huraian rph kepelbagaian pelajar model hunter gabungan kaedah dan pelajar

9
Huraian / Penerangan Berkaitan RPH Kepelbagaian Pelajar ( Pelajar Cemerlang dan Pelajar Sederhana) Adalah penting untuk menunjukkan perkaitan antara teori dengan penyediaan pelan pengajaran. Bagi setiap langkah dalam RPH, wajarlah ada rasional dan justifikasi kenapa sesuatu itu dilakukan. Teori-teori yang dipelajari dalam kursus lain khasnya psikologi, sosiologi, kurikulum , pemikiran kritis dan sebagainya WAJAR diintegrasikan bersama dalam penerangan. Contoh profil pelajar diambil kira semasa merancang aktiviti. Soalan taksiran pula dijadikan sebagai cara untuk melihat sama ada objektif pada hari itu berjaya atau tidak dan disemak sendiri oleh pelajar untuk maklumbalas segera. Profil Kelas Untuk rancangan pengajaran harian 3 ini, ia melibatkan pelajar-pelajar daripada kelas 4 ERT 2 yang melibatkan kumpulan pelajar-pelajar yang cemerlang dan sederhana dalam akademik. Kumpulan pelajar-pelajar ini dibezakan dengan latar belakang psikologi yang melibatkan kebolehan kognitif, kelajuan penerimaan dan gaya belajar. Setiap kelas ERT adalah lebih baik sekiranya tidak mempunyai lebih daripada 20 orang pelajar kerana matapelajaran ini banyak melibatkan aktiviti dalam bengkel yang hanya boleh dikendalikan oleh

Upload: zuzan-michael-japang

Post on 13-Jan-2017

2.762 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar

Huraian / Penerangan Berkaitan RPH Kepelbagaian Pelajar ( Pelajar Cemerlang

dan Pelajar Sederhana)

Adalah penting untuk menunjukkan perkaitan antara teori dengan penyediaan pelan

pengajaran. Bagi setiap langkah dalam RPH, wajarlah ada rasional dan justifikasi kenapa

sesuatu itu dilakukan. Teori-teori yang dipelajari dalam kursus lain khasnya psikologi,

sosiologi, kurikulum , pemikiran kritis dan sebagainya WAJAR diintegrasikan bersama

dalam penerangan. Contoh profil pelajar diambil kira semasa merancang aktiviti. Soalan

taksiran pula dijadikan sebagai cara untuk melihat sama ada objektif pada hari itu berjaya

atau tidak dan disemak sendiri oleh pelajar untuk maklumbalas segera.

Profil Kelas

Untuk rancangan pengajaran harian 3 ini, ia melibatkan pelajar-pelajar daripada kelas 4

ERT 2 yang melibatkan kumpulan pelajar-pelajar yang cemerlang dan sederhana dalam

akademik. Kumpulan pelajar-pelajar ini dibezakan dengan latar belakang psikologi yang

melibatkan kebolehan kognitif, kelajuan penerimaan dan gaya belajar. Setiap kelas ERT

adalah lebih baik sekiranya tidak mempunyai lebih daripada 20 orang pelajar kerana

matapelajaran ini banyak melibatkan aktiviti dalam bengkel yang hanya boleh

dikendalikan oleh pelajar dalam bilangan yang kecil supaya senang diawasi oleh guru dan

juga disebabkan peralatan yang terhad.

Tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari itu ialah Bab 3 – Pemilihan dan

penyimpan makanan dan sub topiknya ialah Makanan Segar- Sayur-sayuran. Sesi P&P

ini dijalankan selama 80 minit iaitu dua sesi dimana ia bermula pada jam 8.20 pagi

hingga 9.40 pagi. Tujuan waktu P&P ini dijalankan pada waktu pagi adalah kerana pada

waktu ini, pelajar-pelajar segar dan masih boleh menerima input-input daripada guru

serta mereka juga lebih aktif untuk menjalankan aktiviti dalam kelas jika dibandingkan

dengan waktu tengahari di mana pelajar menjadi penat dan daya penerimaan mereka juga

menjadi rendah terutamanya sekiranya guru itu lebih melakukan pengajaran secara

tradisional dimana guru hanya mengajar dan pelajar hanya duduk mendengar.

Page 2: Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar

Dalam tajuk ini sebenarnya pelajar telah didedahkan dan juga telah mempunyai

sedikit pengalaman dalam pengendalian makanan segar semasa mereka menjalani amali

masakan di tingkatan 1 hingga 3 untuk subjek elektif kemahiran hidup- Ekonomi Rumah

Tangga.

Secara keseluruhannya saya ingin pelajar menumpukan pada bahagian klasifikasi,

pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran.

Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran yang saya ingin pelajar peroleh adalalah dua hasil iaitu yang pertama

ialah:

Sebelum tamat pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar

Tingakatan 4 ERT1 (A) dapat:

1. menyatakan ( B-aras) kesemua (D) klasifikasi sayur-sayuran

iaitu berdaun, bunga, batang dan pucuk, buah, biji, bebawang, kacang dan akar.

Menyenaraikan diletakkan pada aras pertama Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan.

Saya mentargetkan kesemua pelajar kelas cemerlang ini dapat menyenaraikan kesemua (8

klasifikasi) sayur-sayuran.

Manakala untuk hasil pembelajaran kedua iaitu:

Sebelum tamat pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar

Tingakatan 4 ERT1 (A) dapat:

2. menghuraikan (B-aras) 80% (D) ciri-ciri pemilihan dan penyimpanan

sayur-sayuran

Untuk hasil pembelajaran kedua ini, ia lebih kepada aras kefahaman dalam Taksonomi

Bloom. Target saya pula pelajar dapat menghuraikan ciri-ciri penyimpanan dan

pemilihan sayur-sayuran ini sebanyak 80% dengan kefahaman mereka sendiri untuk

menerangkannya. Saya tidak terlalu mentargetkan peratusan yang tinggi kerana tahap

penerimaan dan tahap kognitif pelajar-pelajar kelas ini berlainan kerana berbezanya latar

belakang psikologi.

Page 3: Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar

Turutan Aktiviti

Untuk RPH ini, saya menggunakan model Hunter’s Lesson Cycle Design kerana model

ini banyak membantu pelajar untuk mengukuhkan tahap penerimaan mereka untuk subjek

tersebut dengan adanya permodelan, guru menyemak kefahaman murid, guru memantau

dan mengubahsuai sekiranya ada perkara yang perlu dibetulkan, mengadakan praktis

terbimbing dan juga praktis bertempoh yang boleh mengkonkritkan pelajar untuk topik

berkenaaan.

Set Induksi:

Untuk set induksi, proses ini cuma dijalankan secara ringkas iaitu selama 4 minit sahaja

dimana saya menggunakan bahan maujud atau alat fizikal yang pelajar boleh lihat,

sentuh, rasa dan bau iaitu dengan menggunakan tomato dan sayur kangkung dimana

sedikit sebanyak pelajar dapat gambaran mengenai tajuk yang akan guru ajar pada hari

itu. Dalam set induksi, kemahiran berfikir secara secara kritis dan kreatif, pelajar dapat

menjana minda mereka untuk meneka apakah tajuk yang akan diajar oleh guru. Nilai

kerjasama juga diterap dimana 2 daripada 20 orang pelajar memberi kerjasama dengan

meneka secara sukarela pengajaran yang ingin guru ajar pada hari itu.

Maklumkan objektif pembelajaran:

Guru memaklumkan objektif pembelajaran kepada pelajar supaya mereka mendapat

gambaran apakah yang perlu mereka dapat pada akhir pengajaran nanti dan apa

kepentingan menguasai isi pelajaran tersebut.

Input pengajaran:

Untuk menyampaikan input tentang topik yang ingin diajar, guru menggunakan alat

bantu mengajar daripada slaid powerpoint yang telah disediakan guru (Rujuk Lampiran

BBM- 2) untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang klasifikasi, pemilihan dan

penyimpanan sayur-sayuran. Guru menggunakan slaid powerpoint yang disediakan oleh

guru keran ia lebih mudah untuk difahami oleh pelajar daripada menggunakan buku teks.

Page 4: Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar

Permodelan:

Untuk permodelan guru akan membahagikan pelajar kepada 2 kumpulan mengikut tahap

kognitif mereka iaitu pelajar cemerlang dan pelajar sederhana. Untuk pelajar cemerlang

guru telah menggunakan kaedah Pembelajaran Berdasarkan Masalah (PBL) kepada. PBL

digunakan kerana ia merupakan salah satu alternatif untuk pembelajaran aktif.

Pembelajaran berasaskan masalah merupakan satu kaedah pembelajaran yang

menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses

pembelajaran. Ianya didapati sesuai digunakan bukan sahaja dalam meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokong kepada pembangunan

kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam

kumpulan dan kemahiran berkomunikasi. Nilai bekerjasama juga dipupuk dalam aktiviti

ini.

Dalam PBL, para pelajar diberikan suatu masalah atau situasi sebenar dan

dikehendaki menyelesaikannya dengan mencari input-input daripada artikel yang

diperoleh daripada surat khabar (Rujuk Lampiran BBM 3).

Pelajar sederhana pula masuk ke kumpulan heterogenous. Guru menjalankan

aktiviti, guru menggunakan kaedah kecerdasan pelbagai iaitu visual kepada pelajar-

pelajar sederhana ini dimana mereka berkebolehan mengesan dan menggambarkan

gambar (Rujuk Lampiran BBM 4) yang diberikan oleh guru serta mengaitkannya dengan

isi pelajaran hari tersebut. Sebab mengapa guru menggunakan kaedah visual ini kerana

pelajar daripada kelas sederhana ini gemar melihat gambar-gambar daripada tulisan yang

berjela-jela dan sukar untuk mereka fahaminya.

Semak Kefahaman Murid:

Guru bertindak sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang dilakukan

oleh para pelajar dimana guru menerangkan keperluan untuk melakukan tugasan secara

berkumpulan dengan memberi peluang kepada setiap rakan dalam kumpulan untuk

menyumbang idea. Di sini kemahiran sosial iaitu pelajar menjadi penyokong yang baik

kerana memberi dan menghormati idea rakan-rakan yang lain serta memberi cadangan

yang bernas untuk meyokong idea rakan-rakan.

Page 5: Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar

Pelajar pula diminta untuk merekodkan hasil perbincangan daripada apa yang

mereka faham dari gambar yang diberi. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif iaitu

menjana idea juga dipraktikkan di mana setiap pelajar digalakkan untuk menyumbangkan

idea mereka atau menghasilkan idea yang asli dan bernilai dalam pembentukkan peta

konsep yang kreatif yang berkaitan dengan gambar dan isi pelajaran berkaitan dengan

klasifikasi, pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran. Untuk pelajar sederhana, guru

mengemukakan panduan bahan rangsangan iaitu GO banding beza (Rujuk Lampiran

BBM 5) untuk membantu murid membuat keputusan terbaik dalam aktiviti

Pantau dan ubah suai:

Pada sesi ini guru telah memantau serta membimbing pelajar agar tidak tersasar daripada

objektif pembelajaran dan pembincangan serta memberi panduan kepada pelajar untuk

menyelesaikan masalah dalam aktiviti mereka.

Praktis terbimbing:

Pelajar dari kumpulan cemerlang telah diberikan masa selama 20 minit untuk melakukan

perbincangan dalam kumpulan. Pelajar juga bersama-sama bekerjasama

mengaplikasikan dan mengeluarkan segala apa isi yang berkaitan dengan topik hari

tersebut semua pengetahuan dan kemahiran mereka dalam topik hari tersebut untuk

menyelesaikan masalah daripada artikel yang diberikan oleh guru. Kemudian pelajar

mengekpresikan maklumat yang mereka perolehi dalam bentuk peta minda.

Untuk kumpulan pelajar hetegenous, mereka juga diberikan masa selama 20 minit untuk

menyediakan peta konsep yang kreatif merujuk kepada jadual GO banding beza yang

mereka isikan. Pelajar juga bersama-sama bekerjasama untuk menyediakan peta konsep

yang paling kreatif di atas kertas mahjung yang disediakan oleh guru. Manakala guru

akan terus memantau kedua-dua kumpulan pelajar ini untuk aktiviti adan tugasan yang

diberikan kepada pelajar agar mereka tidak tersasar.

Page 6: Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar

Praktis bertempoh:

Untuk praktis bertempoh guru telah meminta pelajar dari kumpulan untuk merumuskan

apa yang telah mereka pelajari dan perolehi daripada pengajaran dan aktiviti yang

dijalankan. Kemudian, guru mengedarkan soalan taksiran dan memberi pelajar 5 minit

untuk menjawab diikuti dengan semakan jawapan yang ditulis di papan putih. Soalan

yang dikemukan adalah soalan kognitif yang ingin menguji tahap kefahaman dan

pengetahuan pelajar mengenai topik yang diajar.

Penutup:

Untuk penutup, guru merumuskan apa yang pelajar belajar pada hari tersebut,

mengatakan nilai yang mereka perolehi secara tidak langsung semasa proses P&P ini

berjalan serta menekankan sekali lagi isi pelajaran yang perlu pelajar kuasai.