huraian fn dan fk

31
1.Binaan Frasa Nama: Pembentukan binaan frasa nama biasanya terbentuk daripada satu perkataan sahaja dan sederetan perkataan. Jika binaan frasa nama itu terbentuk oleh sederetan perkataan maka wujud dua jenis hubungan antara perkataan itu. Jenis pertama ialah jenis yang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, Sementara perkataan atau perkataan yang lain merupakan penerang-penerangnya. Manakala jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsur inti di dalamnya. Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu. Misalnya, dalam frasa nama kereta proton itu intinya ialah kereta, sementara proton dan itu ialah penerang-penerang yang menerangkan kereta. (Nik safiah karim dan rakan-rakan) Frasa Nama subjek Predikat Kereta Proton Malaysia Akan dilancarkan bulan depan. Ketua Masyarakat itu Ayah saya Askar Melayu Diraja berbaris di padang Berlagak Ke sana ke mari menjadi tabiatnya Perbuatan Makan suap akan menjejaskan ekonomi negara Kelakuan baik Selalu mendapat pujian Contoh-contoh frasa nama yang mengandungi binaan inti +inti adalah seperti yang berikut: Frasa Nama subjek Predikat Inti Inti Pinggang mangkuk tersusun dengan rapi di atas para ibu bapa harus memberikan perhatian kepada anak-anak. Kerusi meja Itu dikhaskan untuk pelajar-pelajar sekolah.

Upload: dady-cool-edek

Post on 04-Jul-2015

333 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Huraian fn dan fk

1.Binaan Frasa Nama:

Pembentukan binaan frasa nama biasanya terbentuk daripada satu perkataan

sahaja dan sederetan perkataan. Jika binaan frasa nama itu terbentuk oleh

sederetan perkataan maka wujud dua jenis hubungan antara perkataan itu. Jenis

pertama ialah jenis yang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi

seluruh frasa nama itu, Sementara perkataan atau perkataan yang lain merupakan

penerang-penerangnya. Manakala jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada

dua unsur inti di dalamnya.

Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari

segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna

dalam inti itu. Misalnya, dalam frasa nama kereta proton itu intinya ialah kereta,

sementara proton dan itu ialah penerang-penerang yang menerangkan kereta.

(Nik safiah karim dan rakan-rakan)

Frasa Nama subjek Predikat

Kereta Proton Malaysia Akan dilancarkan bulan depan.

Ketua Masyarakat itu Ayah saya

Askar Melayu Diraja berbaris di padang

Berlagak Ke sana ke mari menjadi tabiatnya

Perbuatan Makan suap akan menjejaskan ekonomi negara

Kelakuan baik Selalu mendapat pujian

Contoh-contoh frasa nama yang mengandungi binaan inti +inti adalah seperti yang

berikut:

Frasa Nama subjek Predikat

Inti Inti

Pinggang mangkuk tersusun dengan rapi di atas para

ibu bapa harus memberikan perhatian

kepada anak-anak.

Kerusi meja Itu dikhaskan untuk pelajar-pelajar

sekolah.

Page 2: Huraian fn dan fk

Pemuda pemudi digalakkan mengikuti program itu.

Suami isteri Perlulah mengasihi anak-anak.

1.1 Binaan Frasa Nama: Inti + Penerang

Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti +

Penerang terdiri daripada dua jenis yang berbeza iaitu:

a. Inti + penerang nama

b. Inti + penerang bukan nama

A. Inti + penerang nama:

Dalam binaan frasa nama jenis ini semua konstituen terdiri daripada kata nama; iaitu

intinya terdiri daripada kata nama dan penerang juga adalah kata nama. Kata nama

yang mengisi unsur penerang boleh merupakan:

Jenis unsur penerang

Penerang nama keturunan

Penerang nama jenis

Penerang nama penyambut

Penerang nama kegunaan

Penerang nama kelamin

Penerang nama tempat

Penerang nama arah

Penerang nama anggota badan

Penerang nama tenaga penggerak

Penerang nama hal atau perkara

Penerang nama milik

Penerang nama khas

Penerang nama panggilan atau gelaran

Penerang-penerang

nama ini sebenarnya

memberikan keterangan

lanjut tentang aspek-

aspek tertentu pada inti

kata nama

Page 3: Huraian fn dan fk

Inti + penerang nama keturunan:

Penerang nama keturunan menerangkan aspek salasilah pada inti kata nama

Contohnya:

Frasa Nama

Inti Penerang Nama Keturunan

Kaum Iban

Keturunan Bugis

Pelajar Amerika

Bahasa Tamil

Orang Cina

Suku bangsa Kadazan

Inti + Penerang nama jenis:

Penerang nama jenis ini menerangkan jenis-jenis tertentu bagi nama-nama itu.

Contohnya:

Frasa Nama

Inti Penerang Nama jenis

Beg Kulit

Kuda Belang

Kerusi Plastik

pokok Getah

kelapa Sawit

Gelang Emas

Pingat Perak

Meja Rotan

Buah Durian

Air Limau

Almari Kayu

Buku Matematik

Page 4: Huraian fn dan fk

Inti + penerang nama penyambut:

Penerang nama penyambut menerangkan perkara atau benda yang menjadi objek

atau penyambut kepada alat atau perlaku yang ada pada inti, misalnya pemotong

kayu; kayu ialah penyambut kerja dengan alat pemotong.

Frasa Nama

Inti Penerang Nama Penyambut

Pisau Sayur

Pembaca Berita

pengurus Syarikat

Pemandu Lori

Pemotong Kayu

Penyambut Tetamu

Pengurus Pasukan

Inti + penerang nama kegunaan:

Penerang nama kegunaan ialah unsur yang menerangkan makna fungsi atau

peranan kepada inti, misalnya pisau penyukur.Penyukur ialah kegunaan yang

ditimbulkan oleh alat. Contohnya:

Frasa Nama

Inti Penerang Nama kegunaan

Kayu Pengukur

sabun Pencuci

Tali Pengukur

getah Pemadam

jamu Pengawet

minyak Pelincir

Batu Pangasah

Racun Perosak

Kayu Pemukul

Page 5: Huraian fn dan fk

Inti + penerang nama kelamin:

Penerang nama kelamin ialah nama yang menerangkan jenis jantina bagi inti

Contohnya:

Frasa Nama

Inti Penerang Nama Kelamin

Ayam Betina

lembu Jantan

kaum Perempuan

orang Lelaki

budak Lelaki

anak Perempuan

Inti + penerang nama tempat :

Penerang tempat ialah unsur yang menerangkan lokasi inti, misalnya masyarakat

barat. Barat ialah tempat masyarakat golongan yang tinggal di kawasan tersebut.

Contohnya:

Frasa Nama

Inti Penerang Nama Tempat

Penduduk Pedalaman

Anak Desa

orang Asing

Melayu Sarawak

Masyarakat Kota

Wagra Malaysia

Golongan Elite

Cina Melaka

Pinggir Kota

Tepi Hutan

Page 6: Huraian fn dan fk

Inti + penerang nama arah:

Penerang nama arah ialah unsur yang menerangkan hala bagi inti

Contohnya:

Frasa Nama

Inti Penerang Nama arah

Monsun Barat daya

Wilayah Timur

Koridor Selatan

Ruang Tengah

simpang Kanan

Inti+ penerang nama anggota badan:

Penerang nama anggota badan menerangkan bahagian tubuh badan yang berkaitan

dengan inti itu. Contohnya:

Frasa Nama

Inti Penerang Nama Anggota Badan

Telunjuk Kaki

sarung Tangan

penyakit Kulit

batang Hidung

penyejuk Muka

Tudung Kepala

Anting Telinga

Barah Usus

Jam Tangan

Pengikat Rambut

Bedak Badan

Pengutip Kuku

Gelang Kaki

Page 7: Huraian fn dan fk

Inti + penerang nama tenaga penggerak:

Penerang nama tenaga penggerak ialah unsur yang menyatakan daya yang

menggerakkan benda dalam inti. Misalnya jam bateri; bateri ialah tenaga yang

menggerakkan jam contohnya:

Frasa Nama

Inti Penerang Nama Tenaga Penggerak

kereta Kuda

kapal Layar

Seterika Arang

Lampu Minyak

mesin Tangan

Kipas Elektrik

perahu Galah

Dapur Gas

Inti + penerang nama perihal atau perkara:

Penerang nama perihal ialah unsur yang menerangkan hal atau perkara tentang inti,

misalnya slip peperiksaan. Peperiksaan ialah perkara tentang slip itu.contohnya

Frasa Nama

Inti Penerang Nama Perihal atau perkara

sijil Kelahiran

borang Penyertaan

slip Peperiksaan

lesen Pembalakan

majlis Penutupan

bilik Persidangan

garis Permulaan

Tarikh Perasmian

Page 8: Huraian fn dan fk

Inti + penerang nama milik:

Penerang nama milik menerangkan makna kepunyaaan bagi benda dalam inti.

Contohnya:

Frasa Nama

Inti Penerang Nama Milik

Kasut Raju

Kereta Nasional

Kemajuan Malaysia

Kulit Buaya

Pakaian Calvin

Produk Amerika

kawasan Jepun

keluarga -ku

Inti + Penerang nama khas:

Penerang nama khas ialah jenis perkataan yang merujuk kata nama khas bagi

menerangkan inti. Contohnya:

Frasa Nama

Inti Penerang Nama khas

Bahagian Betong

Bandaraya Kuching

Sungai Sarawak

Gunung Santubong

Lautan Hindi

selat Melaka

Banjaran Titiwangsa

Terusan Suez

Negeri Sembilan

Pulau Pangkor

Taman Negara

Page 9: Huraian fn dan fk

Inti + penerang nama panggilan atau gelaran:

Penerang nama panggilan atau gelaran ialah unsur yang merujuk nama julukan atau

penghormatan kepada makhluk atau benda, misalnya Si Tompok, Tan Sri, dan

sebagainya. Bentuk ini merupakan kecualian kepada bentuk susunan inti+ penerang

nama, iaitu penerang ini terletak di hadapan inti.

Frasa Nama

Penerang Nama Panggilan Gelalaran Inti

Hajah Aminah

Si Tompok

Nik Kamal

Syed Mokhtar

Tan Sri Goh

YBhg. Datuk Nazir

Sang Seladang

ustaz Kamarulzaman

Haji Khalid

YB senator Fatimah

Profesor Munir

wan Azli

Doktor Fazilah

Sarjan Hassan

Koperal Mathew

Laftenan Calvin

Page 10: Huraian fn dan fk

2. Inti + penerang bukan nama :

Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan

daripada jenis kata nama. Penerang bukan nama terdiri daripada penerang-

penerang yang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama, iaitu:

A. Inti + penerang penentu:

Penerang penentu ialah unsur yang memberikan sifat ketentuan kepada kata nama

dan kedudukannya boleh di hadapan atau di belakang inti. Terdiri daripada dua jenis

golongan penerang penentu kata nama, iaitu:

I. Penentu hadapan

II. Penentu belakang

Penentu hadapan:

Penentu hadapan ialah unsur-unsur yang hadir di hadapan kata nama, dan unsur-

unsur itu terdiri daripada kata bilangan yang boleh diikuti oleh penjodoh bilangan,

seperti yang terdapat dalam contoh di bawah ini:

Frasa Nama

Penentu Hadapan Inti

Bilangan Penjodoh bilangan

Lima jambak Bunga Ros

Page 11: Huraian fn dan fk

Sepuluh Ekor Ayam

Beribu-ribu Orang Penonton

Lapan Utas Tali

Beberapa Pucuk Senapang

Segala - Kelengkapan

Kesemua - Pekerja

Keempat-empat Ekor Unta

Penentu belakang:

Penentu belakang ialah unsur-unsur yang hadir sesudah kata nama, dan unsur-

unsur itu terdiri daripada kata penentu itu dan ini, seperti yang terdapat dalam

contoh berikut:

Frasa Nama

Inti Penentu Belakang

Kereta Itu

Orang Ini

Bangunan Itu

Peserta Ini

Pemenang Itu

Inti + Penerang kata kerja:

Penerang kata kerja atau akar kerja umumnya menerangkan perlakuan kepada inti.

Misalnya kolam renang; renang ialah perlakuan yang berkaitan dengan tempat

itu.contohnya:

Frasa Nama

Inti Penerang kata kerja

Kerusi Urut

Ruang Rehat

Kedai Gunting

Tuala Mandi

Page 12: Huraian fn dan fk

Inti + penerang kata adjektif:

Penerang kata adjektif ialah unsur yang menerangkan makna sifat bagi inti.

contohnya:

Frasa Nama

Inti Penerang kata Adjektif

Anak Muda

Warna Merah tua

Minyak Wangi

Bulan Terang

Tahun Baharu

Kulit Putih

Rumah Haram

Penutur Asli

Emas Tulen

Sekolah Rendah

Inti + penerang kata adverb:

Penerang kata adverb ialah unsur yang menerangkan cara atau masa bagi kata

nama inti. Contohnya:

Frasa Nama

Inti Penerang kata Adverba

Masa Serentak

Cara Demikian

Hari Lusa

Ketibaan Nanti

Hujan Begitu

Lawatan Julung kali

Kedatangan Sering kali

Jawapan Sekali gus

Kemasukan Kemudian

Page 13: Huraian fn dan fk

Inti + penerang frasa sendi nama

Penerang frasa sendi nama ialah unsur-unsur yang mengadnungi kata sendi nama

diikuti kata nama atau frasa nama, dan mendukung antaranya makna tempat, waktu,

bahan asal dan matlamat.

Contohnya:

Frasa Nama

Inti

Penerang Frasa sendi Nama

Sendi Nama Nama

rumah Di Bandar

wang Pada Saya

kehidupan Pada Masa kini

sumbangan kepada Negara

hadiah Untuk Adik

Penghargaan kepada Abang

suasana Di Pasar Tamu

Inti + penerang bilangan ordinal:

Penerang bilangan ordinal ialah kata bilangan yang menunjukkan kedudukan dari

segi urutan bilangan, misalnya pertama, kedua, kesepuluh, keseratus, dan

sebagainya. Unsur-unsur demikian hadir sesudah inti. Contohnya:

Frasa Nama

Inti Penerang ordinal

Tajuk Pertama

Peserta Kesepuluh

Rukun Kelima

Kateogari Ketiga

Pelakon Keseratus

Bab Ketiga

Aras Satu

Tingkat Kesembilan

Page 14: Huraian fn dan fk

Binaan Frasa Nama: Inti + Inti:

Binaan Frasa nama Inti + inti tidak mempunyai unsur penerang makna keseluruhan

frasa nama itu didukung oleh kedua-dua kata nama inti. Oleh itu, binaan jenis ini

tidak mempunyai makna penerang. Ada dua golongan frasa nama dari jenis inti +

inti, iaitu berdasarkan makna yang didukung oleh perkataan-perkataan:

I. Inti + inti dengan maksud sama erti

II. Inti + inti dengan maksud lawan erti

I. Inti + Inti dengan maksud sama erti:

Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama

demikian membawa makna sam erti, iaitu merupakan semacam ulangan.

Contohnya:

Frasa Nama

Inti Inti

Tubuh Badan

Rakan Taulan

Wang Ringgit

Rebut Taufan

Hutan Rimba

Pinggang Mangkuk

Sawah Lading

Hamba Abdi

Kampung Halaman

Jiran Tetangga

Suku Sakat

ii. Inti + Inti dengan maksud lawan erti

Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama jenis ini

membawa makna yang berlawanan. Contohnya:

Page 15: Huraian fn dan fk

Frasa Nama

Inti Inti

Tua Muda

Kerusi Meja

Jantan Betina

Lelaki Perempuan

Ibu Bapa

Saudara Saudari

Tuan Puan

Datuk Nenek

Abang Adik

Teruna Dara

Rakan Teman

Kecualian Hukum D-M

Kecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh

berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan terutama pada nama-nama jawatan.

Contohnya:

Frasa Nama

Penerang (M) Yang Diterangkan (D)

Perdana Menteri

Timbalan Menteri

Naib Presiden

Naib Yang dipertua

Naib Canselor

Timbalan Pengerusi

Pembantu Penyelidik

Ibu Pejabat

Naib Setiausaha

Page 16: Huraian fn dan fk

2.Binaan Frasa kerja:

Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan

kata intinya kata kerja. Kata kerja boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata

kerja transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu

atau sederetan perkataan, manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta

unsur-unsur lain. Contoh frasa kerja adalah seperti ayat-ayat yang berikut:

(Nik Safiah Karim dan rakan-rakan)

Definisi frasa kerja:

• Tatabahasa Tradisional: Sekumpulan kata yang mempunyai fungsi sintaksis

yang sama dengan kata kerja tunggal. Contoh:

Orang itu sedang melukis.

• Tatabahasa Transformasi Generatif: Konstituen ayat yang mengandung

predikat atau pelengkap atau adjung berbanding dengan frasa nama subjek.

Contoh:

Mahasiswa mengelilingi Kuala Lumpur kelmarin

(Universiti Putera Malaysia Net)

Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek @ kata kerja tak transitif:

Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu

jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif. Kata kerja tak

transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama

sebagai objek untuk melengkapkannya.

Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti kata kerja

transitif dalam ayat aktif, dan ayat demikian boleh mengalami proses pasif. Jika

sesuatu ayat aktif tidak dapat dipasifkan, maka itu bererti kata kerja dalam ayat

tersebut bukan kata kerja transitif dan oleh itu tidak berobjek.

Ada tiga jenis kata kerja tak transitif, seperti yang berikut:

Page 17: Huraian fn dan fk

Kata kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap:

Kata kerja yang mempunyai makna lengkap. Oleh itu, kata kerja ini tidak

memerlukan pelengkap untuk berfungsi dalam ayat. Contohnya:

Kata kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

Semua mahasiswa duduk

Mereka akan pulang

Buah hatinya menangis

Permata idamannya hilang

Bunga berguguran

Monyet bergayutan

Beliau berkorban (demi cinta sucinya)

Mahasiswa ini menjeling (dengan jelingan membunuh)

Kainnya terlucut

Buah yang tergantung itu telah gugur

Rambutnya memutih

Page 18: Huraian fn dan fk

Kata Kerja Tak Transitif dengan Pelengkap:

Kata kerja tak transitif yang dapat menerima pelengkap ialah kata kerja yang tidak

mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap.

Namun, Unsur –unsur itu bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan.

Antara contoh kata kerja tak transitif demikian termasuklah beransur,

tinggal,menjadi,berbuat, ada, berbantalkan, bertilamkan dan sebagainya. Unsur-

unsur yang menjadi pelengkap kepada kata kerja tak transitif demikian boleh

dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

Kata adjektif sebagai pelengkap:

Pelengkap kata adjektif seperti genting, kukuh, jahat, baik, lemah, miskin, adil dan

selainnya hadir sesudah kata kerja tak transitif untuk melengkapkannya. Contohnya:

Kata adjektif sebagai pelengkap

Keadaan orang itu beransur sihat

tenaganya menjadi lemah

seniman itu berbuat baik.

Orang kampung itu masih tinggal miskin

Ekonomi negara kita bertambah kukuh

Mereka tidak berbuat jahat

Semua pemimpin hendaklah berlaku adil

Page 19: Huraian fn dan fk

Frasa sendi nama sebagai pelengkap:

Frasa sendi nama sebagai pelengkap yang hadir selepas kata kerja tak transitif

mendukung makna ‘tempat’ sebagai unsur-unsur yang melengkapkan kata kerja tak

transitif. Contoh kata kerja demikian ialah berada, tinggal, menetap, bermastautin,

membelok dan singgah.

Frasa sendi nama sebagai pelengkap

pemuda itu tinggal di atas pokok

isterinya berada di kampung

bapanya berumah di tepi pantai

pelancong itu singgah di Bukit Berapit

perahunya membelok ke kiri

Kata nama sebagai pelengkap:

Ada kata kerja tak transitif tertentu yang mesti diikuti oleh pelengkap kata nama.

Pelengkap yang demikian boleh dibezakan daripada kata nama sebagai objek atas

dasar pelengkap tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat pasif. Ada dua kumpulan

kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap demikian. Pertama, kata kerja

yang berimbuhan ber-….-kan. Contohnya:

Kata nama sebagai pelengkap

rumah Dara beratapkan genting

rumah Uda beratapkan nipah

keluarganya ada kebun durian

padi Wan Empok dan Wan Malini berdaunkan perak

anaknya menjadi pramugari

Pak Kaduk berbajukan kertas

Dia berbantalkan lengan

Pengemis itu bertilamkan rumput

Pak kaduk berbajukan kertas

Pengembara itu berselimutkan embun

Pokok padi wan Empuk berbatangkan tembaga

Page 20: Huraian fn dan fk

Kata Kerja Tak Transitif dengan kata Nama sebagai Penerang:

Kata nama sebagai penerang yang mengikuti kata kerja tak transitif bukanlah objek

kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan. Kata nama tersebut

hanya menjadi penerang bagi kata kerja tak transitif dan bukan pelengkap kerana

kata nama penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan makna kata

kerja demikian.

subjek

Frasa kerja

Kata kerja Penerang

suaminya berkain batik

Kegemaran isterinya berniaga rempah

Ketiga-tiga isterinnya berbaju Kebaya

Mahasiswa itu belajar bahasa Hindi

Perahu kecil belayar malam

Kegemarannya mengendap Orang

Kesukaannya berkebun Ubi

Keluarganya berkedai Nasi kandar

Binaan Frasa Kerja dengan Objek:

Frasa kerja yang mengadungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh

kata kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuti kata kerja itu

sebagai objek atau penyambutnya.

Page 21: Huraian fn dan fk

(a). Izati makan nasi mentah ( aktif)

(b). Nasi mentah izzati makan ( aktif songsang)

(c). Nasi mentah dimakan (oleh) izati (pasif)

(d) Dimakan (oleh) izati nasi mentah ( pasif songsang)

(a) Pemburu menikam harimau dengan lembing (aktif)

(b) Dengan lembing pemburu menikam harimau ( aktif songsang)

(c) Harimau ditikam (oleh) pemburu dengan lembing (pasif)

(d) Dengan lembing harimau ditikam oleh pemburu ( Pasif songsang)

Frasa kerja dengan satu objek:

Frasa kerja dengan satu objek adalah seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut:

a) Jamu itu dapat menguatkan tenaga (aktif), tenaga dapat dikuatkan (oleh)

jamu itu (pasif).

b) Zainuddin meminjamkan payung kepada Hayati (aktif), payung dipinjamkan

oleh Zainuddin kepada Hayati (pasif).

c) Pemuda itu menyewa kereta (aktif), kereta disewa (oleh) pemuda itu (pasif).

d) Isterinya mengambil semangkuk bubur (aktif), semangkok bubur diambil

(oleh) isterinya (pasif).

e) Mastura memetik bunga tanjung (aktif), bunga tanjung dipetik (oleh) Mastura

(pasif).

Frasa kerja Dengan Dua Objek:

Frasa kerja yang mengandung objek tepat dan objek sipi. Objek tepat ialah

penyambut secara langsung, dan objek sipi ialah penyambut secara tidak langsung.

Contoh:

Page 22: Huraian fn dan fk

*Contoh di atas menunjukkan bahawa objek tepat sahaja yang dijadikan subjek

dalam ayat pasif, iaitu menjadi unsur yang diterangkan, sedangkan objek sipi tidak

boleh diberikan fungsi itu.*

Frasa Kerja dengan Kata Bantu:

Dalam ayat unsur kata bantu boleh disertai oleh kata penguat. Kata bantu

menerangkan kata kerja dari dua sudut makna mengikut makna yang didukung oleh

kedua-dua jenis kata bantu, iaitu:

Frasa kerja dengan dua objek

Canselor menganugerahi graduan ijazah (aktif), graduan dianugerahi canselor ijazah

(pasif), canselor menganugerahkan ijazah kepada graduan (aktif), ijazah

dianugerahkan canselor kepada graduan (pasif).

Ibu membeli anaknya pakaian (aktif), anaknya dibeli ibu pakaian (pasif), ibu

membelikan pakaian untuk anaknya (aktif), pakaian dibelikan ibu untuk anaknya

(pasif).

Page 23: Huraian fn dan fk

Kata Bantu Aspek:

Kata bantu aspek menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan, iaitu sama ada

kerja itu akan, sedang, masih, baru, mula atau belum dilakukan. Kata bantu aspek

tergolong kepada tiga jenis aspek masa berdasarkan sama ada perbuatan itu sudah,

sedang, atau belum dilakukan. Contohnya:

Kata Bantu Aspek

Sudah dilakukan Sedang dilakukan Belum dilakukan

Sudah

Telah

Pernah

baru

Sedang

Masih

mula

Belum

akan

Kehadiran kata bantu aspek dalam ayat

Rosini sudah berkahwin pada malam kelmarin.

Majapahit telah menyerang Melaka

Iraq pernah menawan Kuwait

mahasiswa itu sedang berangan-angan

pemuda itu masih bersembunyi

bulan belum mengambang

orang tua itu akan berhijrah ke Ipoh…

Kata Bantu Ragam:

Kata bantu ragam yang hadir sebelum kata kerja dalam frasa kerja ialah perkataan

yang menerangkan ragam atau suasana perasaan sesuatu perbuatan itu dilakukan,

misalnya sama ada seseorang itu mesti melakukan, hendak melakukan atau

berkeupayaan melakukan sesuatu perbuatan itu. Antara kata bantu jenis ini

termasuklah:

Page 24: Huraian fn dan fk

Contoh Kata Bantu Ragam

Mungkin

Hendak

Mahu

Harus

Enggan

Boleh

Dapat

Mesti

patut

Kehadiran kata bantu ragam dalam ayat

Kedua-dua remaja itu hendak bergusti.

dia mahu meningkatkan prestasi kerja

kami harus bergegas ke sana

kamu boleh balik pada petang nanti

kita mesti berkorban untuk negara

Kata bantu ragam juga boleh berpasangan sesama sendiri untuk mengungkapkan

ragam atau suasana perasaan mengikut konteksnya. Contohnya:

*Mahasiswa itu harus mahu mengambil peperiksaan, kedua-dua ibu bapanya harus

dapat ke Mekah tahun ini, suaminya mesti mahu berkahwin lagi, kita mesti dapat

mengambil buah yang tergantung itu…

Page 25: Huraian fn dan fk

Kehadiran kata bantu dalam ayat:

Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam:

Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam

kedua-duanya sedang hendak terjun ke jurang.

suaminya belum hendak mandi lagi

Ahmad akan dapat mengambil hadiahnya pagi esok

yang biru itu masih belum berumah tangga

saudara belum boleh beristeri dua…

Kata Bantu Ragam + kata Bantu Aspek:

Kata Bantu Ragam + kata Bantu Aspek

buah hatinya mesti akan merinduinya siang dan malam.

yang tersenyum itu harus sudah berpunya.

mahasiswa itu mesti sudah berkhatan

pemuda itu harus telah pergi ke sempadan Thailand

mahligai itu mesti telah roboh.

Frasa kerja dengan Ayat Komplemen:

Frasa kerja sama ada mengandungi kata kerja transitif atau tak transitif boleh

menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat

majmuk. Contohnya:

Page 26: Huraian fn dan fk

Frasa Kerja Transitif + Ayat Komplemen

Halim menafikan bahawa dia akan berkahwin lagi.

Mahasiswa itu mengakui bahawa dialah yang bersalah.

Pegawai itu mengumumkan bahawa perdana menteri akan melawat IPG minggu

depan.

Naib censelor mengatakan bahawa mahasiswa yang merusuh akan dikenakan

tindakan tegas

Frasa Kerja Tak Transitif + Ayat Komplemen

Orang itu gagal untuk menjawab akuan nikah.

Beliau telah bersedia untuk menerima hukuman.

Pekebun itu tahu bahawa banjir akan melanda bila-bila masa.

Penuntut IPG berpendapat bahawa cuti hujung tahun haruslah dipanjangkan.

Amir tahu bahawa Majnum masih cinta padanya

Pemuda itu tahu bahawa cintanya ada di mana-mana.

Unsur Keterangan dalam Frasa kerja:

Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan kata

kerja itu dengan lebih lanjut lagi. Unsur keterangan ini juga berfungsi sebagai frasa

adverb. Dalam ayat susunan biasa, unsur keterangan hadir sesudah kata kerja. Bagi

kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek. Dari segi struktur

binaannya, unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa

nama. Contohnya:

Page 27: Huraian fn dan fk

Frasa sendi nama

angin bertiup dengan sepoi-sepoi bahasa.

mesyuarat akan berbincang tentang perkara itu

banjir melanda dengan tiba-tiba.

Frasa ajektif

pakaiannya berbau amat busuk

burung tempua terbang tinggi

makanannya berbau tengik

Frasa Nama

rombongan pengantin telah tiba kelmarin

dia akan bertolak pagi ini

kapal terbang akan berlepas esok

Kehadiran keterangan dalam Frasa Kerja:

Kehadiran Keterangan dalam Frasa Kerja

kb + KKT + Obj + Ket: akan membina rumah di pinggir bandar, akan memburu rusa

di gunung Kinabalu

kb + KKT + AKomp + Ket: hendak memperincikan laporan seminar yang telah

diadakan pada bulan Januari 2004, telah menafikan bahawa perkara itu adalah

benar pada masa itu.

Page 28: Huraian fn dan fk

kb + KKTT + Pelengkap + Ket: masih tinggal di Terengganu dengan keluarganya,

akan pergi ke Kelantan pada minggu hadapan

kb + KKTT + AKomp + Ket: telah berjaya untuk mendapat anugerah dalam

pertandingan itu, belum berusaha untuk mendapat restu daripada ibu bapanya.

Unsur keterangan Frasa kerja dari sudut Makna.

Keterangan tempat dan arah

banyak orang bekerja di sawah, orang itu berasal dari Turki, pandangan

matanya kena pada jantung, dia menerima berita daripada saudaranya,

bungkusan itu diberikan kepada adiknya.

Keterangan waktu

pementasan itu tamat pada pukul 11.00 malam, dia pergi sejak 10 tahun

dahulu, orang itu menunggu anaknya hingga waktu senja, mahasiswa itu

menyelesaikan tugasnya dalam masa setengah jam, mesyuarat MIC berakhir

jam 3.00 pagi.

Page 29: Huraian fn dan fk

Keterangan cara

Ditandai oleh kehadiran kata adjektif yang menjadi frasa nama dengan

penambahan nya yang didahului oleh kata sendi dengan. Dalam konteks ini,

dengan dan nya boleh digugurkan. Contoh:

* Bas persiaran itu bergerak (dengan) laju(nya), bas persiaran itu bergerak laju.

* Pelajar itu berpidato (dengan) lantang(nya), pelajar itu berpidato lantang

* Sungai Pahang mengalir (dengan) tenang(nya), sungai Pahang mengalir

tenang.

Keterangan tujuan atau harapan

pahlawan itu berjuang demi maruahnya, kebanyakan mahasiswa bertindak

untuk kepentingan diri, rakyat harus berusaha untuk kemajuan negara,

kerajaan membina jambatan untuk kemudahan rakyatnya, orang itu terkorban

demi kemerdekaan negara.

Keterangan alat

pekerja itu datang dengan keretanya, dia memukul ular itu dengan tongkatnya,

Panglima Awang telah mengembara ke seluruh dunia dengan perahu layar,

orang itu mencucuk lidahnya dengan jarum, petani itu membelah kayu dengan

kapak.

Keterangan penyertaan

presiden itu datang dengan rombongannya, dia selalu pergi dengan

setiausahanya, murid-murid melawat zoo dengan gurunya.

Keterangan hal/perkara

kedua-dua orang itu sedang berbincang tentang masa hadapan, menteri

membuat pengumuman tentang perkara itu, Ketua Polis Negara membuat

kenyataan tentang laporan itu

Page 30: Huraian fn dan fk

Keterangan bagai/seperti/umpama

wajahnya berkedut umpama bulan kesiangan, wajahnya berseri-seri bagai

bulan purnama, pasangan itu sedang merindu seperti pungguk rindu akan

bulan.

Page 31: Huraian fn dan fk

Perbezaan antara frasa nama dan frasa kerja: