hujan asid

Download HUJAN ASID

If you can't read please download the document

Upload: rahani-puteh

Post on 30-Jun-2015

1.210 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Impak Kegiatan Manusia dan Isu Alam SekitarNama Ahli Kumpulan: 1) Ilyana Kamaruddin 2) Mohd Badiuzzaman Abd Halim 3) Nurur Rafi ah Roslan

Pemanasan global atau kesan rumah hijau berkaitan dengan peningkatan suhu dunia Sinar ultraungu yang dipancarkan oleh matahari ke bumi, sebahagiannya akan dipantul semula ke angkasa lepas oleh atmosfera,sebahagian lagi pula akan sampai ke bumi untuk memanaskan bumi Haba yang sampai ke bumi akan dipantul semula oleh permukaan bumi ke angkasa lepas sebagai sinar inframerah Tidak semua tenaga haba ini akan menembusi atmosfera. Kebanyakan tenaga haba ini akan diserap oleh gas-as di atmosfera contohnya gas karbon dioksida, karbon monoksida, klorofluorokarbon dan metana Haba yang terperangkap ini akan meningkatkan suhu bumi dan memastikan bahawa bumi sentiasa panas

Sinar ultraungu dipancarkan ke bumi

Sebahagiannya akan dipantul balik oleh atmosefra dan sebahagiannya dipantul oleh bumi

Bukan semua tenaga haba yang dipantulkan menembusi atmosfera

Sinaran yang dipantulkan oleh bumi dipanggil sebagai Inframerah

Tenaga haba yang tidak menembusi atmosfera diserap oleh gas-gas yang terdapat pada atmosfera

Haba yang terperangkap akan memanaskan bumi

Karbon dioksida (CO2): CO2 memasuki atmosfera melalui pembakaran bahan api berfosil (HC seperti petroleum, gas asli, dan arang batu), sisa pepejal, hutan, sisa-sisa kimia yang aktif Gas berfluorin: Hidrofluorokarbon, perfluorokarbon, dan sulfur hexafluorida adalah sintetik, dan merupakan gas-gas rumah hijau yang teremisi daripada pelbagai proses industri. Gas-gas berfluorin dibebaskan ke atmosfera dan menjadi punca penipisan lapisan ozon

Faktor Penyumbang Kesan Rumah Hijau

Metana (CH4): Metana dibebaskan semasa penjanaan, produksi, dan penghasilan arang batu, gas asli, dan minyak HC, juga daripada aktiviti pertanian serta emisi gas daripada haiwan perternakan seperti kambing biribiri dan sebagainya

Nitrat oksida (N2O): Nitrat oksida dibebaskan ke atmosfera melalui emisi gas daripada aktiviti pertanian, perternakan, industri serta pereputan sisa pepejal

Kenaikan suhu bumi Perubahan cuaca yang melampau (taufan, banjir, tanah runtuh, dll.)

Penipisan lapisan ozon

Peningkatan emisi gas-gas rumah hijau di negara-negara yang sedang membangun

Impak Rumah Hijau

Peningkatan aras laut akibat pencairan glasier, akibat pemanasan global

Kandungan CO2 yang tinggi dalam atmosfera

Kemarau

Di United Kingdom, sejak beberapa tahun yang lepas, suhu terpanas pernah direkodkan Pada musim panas tahun 2003, rekod kematian di seluruh Eropah meningkat kerana cuaca panas melampau. Kejadian taburan hujan yang ekstrem dijangka akan meningkat, mengakibatkan banjir yang semakin kerap bagi berjuta penduduk Musim panas pula diramalkan bertambah kering bagi kebanyakan kawasan. Paras laut akan meningkat lebih tinggi lagi tambahan 20 cm menjelang 2050 Di Malaysia, kesannya kurang dirasai walaupun ianya wujud. Ini kerana kita sudah terbiasa dengan keadaan hujan sepanjang tahun dan panas

Kejadian banjir besar di Johor umpamanya merupakan kesan dari perubahan tekanan udara di atmosfera yang menyimpangkan laluan tiupan taufan yang membawa hujan Peningkatan suhu di Malaysia diramalkan pada sekitar 0.18OC dalam tempoh sedekad Bagaimanapun kita harus lebih berjaga-jaga kerana diramalkan variasi perbezaan hujan adalah diantara -30% hingga +30% dari keadaan sekarang

LUMPUH: Keadaan jambatan yang merentangi Sungai Johor ditenggelami air yang memutuskan hubungan Kota Tinggi dengan Johor Bahru dan Mersing, semalam

SEPERTI SUNGAI: Bandar Kota Tinggi kini hanya boleh dilalui dengan menggunakan bot

Menjejaskan Kesihatan 1 . Sisa-sisa kilang yang dibuang ke dalam sungai meracuni air sungai . 2 . Ini membahayakan kesihatan kita jika air tersebut diminum atau digunakan untuk mandi . 3 . Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula mengalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit .

KesanPembunuh Hidupan Air 1 . Minyak yang tertumpah ke laut menghalang kemasukan udara ke dalam air laut . 2 . Jadi tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang hidup dalam laut tidak dapat bernafas dan akan mati . 3 . Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan air . 4 . Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat hakisan tanah menghalang kemasukan sinaran matahari kedalam air . 5 . Ini menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan air .

Memburukkan Keindahan Alam 1 . Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampahsarap tidak indah dipandang . 2 . Air sungai dan laut juga berbau busuk .

Tong-tong yang berisi bahan kimia didapati di kawasan perindustrian Shah Alam

Ikan mati kesan daripada pencemaran sisa toksid (Sumber : Laporan TV3 oleh Karam Singh Walia)

Laporan Keratan Akhbar Berita Harian : 20 Julai 2002

HUJAN ASID Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan

gas Sulfur Dioksida dan Nitrogen Oksida dengan air hujan seterusnya menjadi Asid Sulfurik dan Asid Nitrik Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia

Hujan Asid

Punca-punca Hujan Asidy Kegiatan industri : Menghasilkan Sulfur Dioksida dan

Nitrogen melalui pembakaran bahan api fosil di kilang-kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah menyebabkan pembebasan gas Sulfur Dioksida yang banyak ke Atmosfera y Proses peleburan bijih timah : Peleburan yang banyak akan membebaskan gas Sulfur Dioksida terutamanya peleburan timah kuprum. y Aktiviti sistem pengangkutan : Asap ekzos membebaskan gas Nitrogen Dioksida dan Nitrik Oksida semasa pembakaran pada suhu tinggi di silinder kereta y Kegiatan pertanian : Penggunaan baja Nitrogen akan menghasilkan gas Nitrogen, pembakaran terbuka bungkusan plastik baja dan sisa kayu membebaskan Sulfur Dioksida dan pereputan najis lembu akan membebaskan gas metana dan Oksida Nitrus menyebabkan hujan Asid Nitrik

Punca-punca Hujan Asid

Keratan Artikel Mengenai Hujan Asid

Kesan Hujan Asid1)Kesihatan y Memudaratkan golongan tidak kira tua mahu pun muda terhadap penyakit Athsma, bagi kanak-kanak pula fenomena ini boleh menyebabkan sakit batuk, alergi dan selesema y Gas Sulfur Dioksida adalah merupakan agen kepada beberapa penyakit kepada manusia seperti sakit dada, tulang, batuk, sakit kerongkong, barah kolon dan barah payu dara y Aluminium pula boleh menyebabkan penyakit alzheimer (berkait dengan hilang ingatan)

2)Terhadap tanah dan tumbuhan y Menyebabkan kemusnahan hutan kerana terkena hujan Asid y Contohnya, 70% hutan di Czechslovakia musnah akibat hujan asid ini y Kandungan alkali dan asid dalam tanah menjadi tidak seimbang dan mempengaruhi keseimbangan dan kestabilan tanah y Nilai pH kurang daripada 6 akan menyebabkan bahanbahan organik tanah mati, maka tanah ini menjadi tidak subur dengan ketiadaan nutrien di dalamnya y Memusnahkan fungsi daun y Pokok mati kerana asid bertindak balas dengan nutrien dalam tanah dan mengurangkan kesuburan tanah

3)Ekosistem Akuatik y Tumbuhan dalam tasik dan hidupan plankton termusnah akibat penurunan nilai pH air tasik (kurang daripada 5), ini akan mengganggu kelancaran pembiakan ikan dan Amfibia y Ikan dan udang secara tidak langsung merupakan ancaman kepada manusia di mana kandungan raksa dan asid sulfurik yang tinggi meresap masuk ke dalam kulit haiwan ini y Air sungai dan laut menjadi berasid pada pH 5 membunuh hidupan akuatik seperti ikan

4)Bangunan dan peralatan bangunan y Hujan Asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid, ini akan mempercepatkan kadar hakisan dan pengaratan barangan besi y Meluntur dan merosakkan cat kereta y Batuan dan binaan bangunan menjadi lemah dan rapuh serta mempercepatkan hakisan bangunan

Kesan-kesan Hujan Asid

Kesan-kesan Hujan Asid Terhadap Hidupan Akuatik

VIDE O

PENCEMARAN UDARAy Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang

melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan Biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan Alam Sekitar ke dalam dalam Atmosfera y Contoh pencemar udara ialah seperti gas Karbon Dioksida, Sulfur Dioksida, Kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti Plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif y Pencemaran udara antaranya berpunca dari pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi

Keratan Majalah Mengenai Pencemaran Udara

Punca-punca Pencemaran Udaray Aktiviti perindustrian dan pembangunan y Kenderaan motor y Penjanaan kuasa y Aktiviti harian y Pembakaran terbuka

Punca-punca Pencemaran Udara

Kesan-kesan Pencemaran Udara1) Kesihatan manusia y Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan y Gas-gas seperti Karbon Monoksida akan meracuni sistem pengangkutan Oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru y Bahan tercemar seperti Nitrogen Oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari y Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia

2) Tumbuhan y Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut y Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk juga terganggu

3)Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global y Kenaikan suhu Bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia y Kenaikan suhu Bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara y Gas Karbon Dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas

Kesan Pencemaran Udara- Jerebu

VIDEO

PENCEMARAN AIRy Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di y

y

y

y

sungai, tasik dan laut Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan Punca utama utama ialah pembuangan sampah dari perumahan yang tinggal di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit menyumbang kepada pencemaran air di sungai-sungai di Malaysia. Sisa toksik mengalir ke longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai Contohnya Sungai Juru di Seberang Perai, Pulau Pinang satu ketika dahulu

Keratan Akhbar Berita Harian

Punca-punca Pencemaran Airy Kumuhan kilang - Kebanyakan kumuhan kilang

seperti sisa toksik dibuang ke dalam sungai atau laut y Sikap individu - Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis y Aktiviti Pertanian Penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian menyebabkan hakisan tanah yang seterusnya mengakibatkan mendakan berlaku. Mendakan ini akan mencetekkan sungai dan menjadikan air sungai menjadi keruh

Punca-punca Pencemaran Air

Keratan Akhbar Mengenai Punca Pencemaran Air

Kesan-kesan Pencemaran Airy Kesihatan manusia

Bakteria, virus, parasit dan bahan kimia yang lain y Haiwan - Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksik

Kesan Pencemaran Air

VIDEO

Pencemaran Tanahy Perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan

sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan y Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal y Pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah

y Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila

kesuburan tanah sudah hilang y Contohnya ,tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu

Punca Pencemaran Tanahy Bahan buangan kilang - minyak, sisa toksik dan

sisa-sisa kilang ( dibiarkan begitu sahaja atau ditanam dalam tanah ) y Masyarakat - pembuangan sampah merata-rata tempat dan pelupusan yang tidak sistematik y Penggunaan racun serangga secara berlebihlebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah

Kesan Pencemaran Tanahy Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk

dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam y Pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut mengancam kualiti tanah dunia - (Tanah bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia secara perlahan)

y Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan

penyumbang kepada pencemaran tanah - (tempat yang berlonggokan sampah itu akan menarik perhatian serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan tikus) -(secara tidak langsung ia akan mendatangkan kesan yang mendalam terhadap kesihatan manusia)

y Pencemaran alam juga turut memberi kesan ke

atas aktiviti harian manusia -(jika hampir kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini)

Kawasan Pembuangan Sampah

Sisa buangan kilang

Semburan racun serangga

Pencemaran Bunyiy Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memkakkan telinga

merupakan definasi bagi pencemaran bunyi y Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawan yang tidak bersesuaian y Sebagai contoh, kilang-kilang yang mengeluarkan gangguan bunyi kepada penghuni-penghuni rumah y Pencemaran bunyi kebiasanya melebihi 80 desibel (dB)

Klasifikasi Pencemaran BunyiPencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis : 1) Kebisingan selenjar Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB) Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan

2) Kebisingan fluktasiy Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang

terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah y Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar y Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap

3) Hentakan Impulsy Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam

tempoh yang lebih singkat y Contoh : tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras y Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat

4) Kebisingan selang-seliy Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli y Ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi

perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek y Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan.

Punca Pencemaran BunyiAntara punca-punca pencemaran bunyi adalah : Pembangunan kawasan industri - bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera, kenderaan, aktiviti pembuatan Ianya akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain Kawasan petempatan - bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan bangunan-bangunan tinggi.

y Kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan

bunyi yang memekakkan telinga y Aktiviti masyarakat - mendengar radio/ televisyen dengan kuat y Kuari - bunyi yang dikeluarkan akibat daripada pemecahan batu-batu

Kesan Pencemaran BunyiKesan-kesan pencemaran bunyi : y Wujud pelbagai penyakit y Menjejaskan produktiviti y Gangguan psikologi y Hilang imbangan diri y Pekak y Kesan kepada ibu yang mengandung

y

bunyi hon kenderaan

y Kawasan pembinaan bangunan

y Kawasan kuari (Rawang Perdana)

Bahan utama bagi semua aktiviti Bekalan tenaga yang mencukupi adalah penting untuk

kemajuan ekonomi Sumber tenaga terbahagi kepada dua iaitu: 1)Sumber tenaga konvesional iaitu yang tidak boleh diperbaharui seperti arang batu, petroleum dan gas 2) Sumber tenaga Konvensional iaitu yang boleh diperbaharui seperti air, biojisim dan solar

Punca punca Kepupusan Sumber Tenagay Penerokaan hutan bakau : kepupusan arang y Penggalian petroleum didasar laut tanpa henti y Bekalan air - semakin berkurangan menurut para pakar

kerana sebahagian besarnya disebabkan oleh pertumbuhan populasi, urbanisasi, pengondolan hutan, perindustrian dan air yang disia-siakan

Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitary Perubahan pandang darat y Banjir y Kepupusan y Hakisan tanih y Peningkatan suhu y Pencemaran udara/air

y Sumber air

y Kawasan penggalian petroleum

y Kawasan hutan bakau

y Hakisan tanah

y Pencemaran udara

y Pencemaran air

Rujukany http://www.ktak.gov.my y http://www.kkk.org.my/ y http://www.sabah.org.my/ y http://pkukmweb.ukm.my y http://images.google.com.my y http://www.kkk.org.my

SEKIAN TERIMA KASIH