hubungkait sistem rangka dengan pengaplikasiannya dalam pendidikan jasmani

6
PJM3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI Hubungkait Sistem Rangka dengan Pengaplikasiannya dalam Pendidikan Jasmani. Terdapat dua jenis posisi dalam pergerakan iaitu kedudukan biasa dan kedudukan anatomi. Kedudukan biasa ialah berdiri lurus atau tegak dan tangan rapat ke sisi badan. Manakala kedudukan anatomi pula berdiri lurus atau tegak dan tapak tangan menghala ke hadapan. Kaki kanan dan kiri pula terbuka menghala ke luar. Sistem rangka membolehkan kita melakukan pelbagai jenis pergerakan antaranya ialah pergerakan linear, putaran, bersudut, dan khusus. Hal ini kerana dalam mata pelajaran pendidikan jasmani kita melakukan banyak pergerakan bagi sesuatu aktiviti. Pergerakan linear adalah pergerakan yang melibatkan sasaran menegak, mendatar atau melengkung pada arah dan kelajuan yang sama. Contohnya meluncur dan menggelungsur. Pergerakan putaran pula ialah mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu putaran. Contohnya, supinasi dan pronasi. Seterusnya pergerakan bersudut yang merupakan pergerakan lurus tetapi masih bersudut. Pergerakan ini melibatkan seluruh bahagian bergerak dari satu kedudukan ke satu kedudukan lain. Sebagai contoh, fleksi, ekstensi, aduksi, abduksi, dan sirkumduksi. Akhir sekali pergerakan khusus iaitu pergerakan yang tiada had seperti fleksi- dorsi, plantar-fleksi, eversi, inverse, elevasi dan depresi. NOOR AZILA BINTI ZAINI NUR MUSERNAH BINTI MUSINI –K15 1

Upload: cintahatisaya

Post on 04-Jan-2016

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sistem rangka anatomi fisiologi

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungkait Sistem Rangka Dengan Pengaplikasiannya Dalam Pendidikan Jasmani

PJM3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Hubungkait Sistem Rangka dengan Pengaplikasiannya dalam

Pendidikan Jasmani.

Terdapat dua jenis posisi dalam pergerakan iaitu kedudukan biasa dan

kedudukan anatomi. Kedudukan biasa ialah berdiri lurus atau tegak dan

tangan rapat ke sisi badan. Manakala kedudukan anatomi pula berdiri lurus

atau tegak dan tapak tangan menghala ke hadapan. Kaki kanan dan kiri pula

terbuka menghala ke luar. Sistem rangka membolehkan kita melakukan

pelbagai jenis pergerakan antaranya ialah pergerakan linear, putaran,

bersudut, dan khusus. Hal ini kerana dalam mata pelajaran pendidikan

jasmani kita melakukan banyak pergerakan bagi sesuatu aktiviti.

Pergerakan linear adalah pergerakan yang melibatkan sasaran

menegak, mendatar atau melengkung pada arah dan kelajuan yang sama.

Contohnya meluncur dan menggelungsur. Pergerakan putaran pula ialah

mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu putaran. Contohnya, supinasi dan

pronasi. Seterusnya pergerakan bersudut yang merupakan pergerakan lurus

tetapi masih bersudut. Pergerakan ini melibatkan seluruh bahagian bergerak

dari satu kedudukan ke satu kedudukan lain. Sebagai contoh, fleksi, ekstensi,

aduksi, abduksi, dan sirkumduksi. Akhir sekali pergerakan khusus iaitu

pergerakan yang tiada had seperti fleksi-dorsi, plantar-fleksi, eversi, inverse,

elevasi dan depresi.

Rajah 1 : Pergerakan Linear Rajah 2 : Pergerakan Putaran

NOOR AZILA BINTI ZAININUR MUSERNAH BINTI MUSINI –K15 1

Page 2: Hubungkait Sistem Rangka Dengan Pengaplikasiannya Dalam Pendidikan Jasmani

PJM3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Rajah 3 : Pergerakan Bersudut

Rajah 4 : Pergerakan Khusus

NOOR AZILA BINTI ZAININUR MUSERNAH BINTI MUSINI –K15 2

Fleksi Ekstensi

Eleva

si

Depres

i

Page 3: Hubungkait Sistem Rangka Dengan Pengaplikasiannya Dalam Pendidikan Jasmani

PJM3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Pergerakan-pergerakan yang terdapat dalam setiap rajah di atas,

merupakan pergerakan yang selalu digunakan dalam aktiviti pemanasan

badan. Disini kita dapat lihat bahawa sistem rangka memainkan peranan

yang penting bagi membantu dan menyokong pergerakan kita.

Sistem rangka penting dalam menentukan bentuk postur badan yang

baik. Postur badan yang baik ialah apabila berat badan manusia tersokong

pada kedudukan yang betul semasa melakukan aktiviti. Di samping itu, postur

yang baik juga mengelakkan kelesuan dan sakit belakang, memperbaiki

keyakinan diri serta kesihatan.

Kegagalan fungsi sistem rangka boleh mendatangkan kesan ke atas

pergerakan yang sepatutnya boleh dilakukan dan dicapai pada tahap tertentu.

Hal ini disebabkan kegagalan fungsi sistem rangka yang mengurangkan

kecekapan gerak badan akibat dari kesakitan dan ketidakselesaan semasa

melakukan pergerakan. Sebagai contoh aktiviti tekan tubi atau bangkit tubi.

Untuk melakukan aktiviti ini, sokongan daripada sistem rangka iaitu tulang

belakang dan juga bahagian lengan sangat penting bagi menyokong

pergerakan yang hendak dilakukan. Jika bahagian ini tidak berfungsi dengan

baik, individu tersebut tidak boleh melakukan aktiviti ini dan mungkin akan

merasakan kesakitan ketika aktiviti ini dilakukan.

Selain itu, sistem rangka ini juga dapat melindungi organisma badan

yang lembut. Terdapat juga organ-organ yang penting dan mudah tercedara

dapat dilindungi oleh rangka-rangka tertentu. Contoh organ ini adalah seperti

peparu dalam manusia yang dilindungi oleh sangkar rusuk. Rusuk merupakan

rangka dalam, sangkar rusuk ini memboleh tekanan udara dalam peparu naik

dan turun. Hal ini, membantu kita untuk bernafas dan menghembusnya keluar

dengan lebih baik. Dalam pendidikan jasmani terutamanya apabila kita

melakukan sesuatu aktiviti, kita akan berasa letih dan memerlukan oksigen

dengan kadar yang segera bagi memulihkan keadaan kita seperti sediakala.

Dengan adanya bantuan dan sokongan daripada sangkar rusuk ini, ia

memudahkan dan memberikan keselesaan pada badan kita untuk pulih

kepada keadaan yang sediakala dalam masa yang lebih cepat.

NOOR AZILA BINTI ZAININUR MUSERNAH BINTI MUSINI –K15 3

Page 4: Hubungkait Sistem Rangka Dengan Pengaplikasiannya Dalam Pendidikan Jasmani

PJM3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI

Di samping itu, sokongan yang diberikan oleh sistem rangka kepada

tubuh badan juga memberikan banyak manfaat kepada kita. Sebagai contoh,

tanpa sistem rangka, kita tidak boleh melakukan aktiviti yang boleh

menyihatkan tubuh badan kita seperti bersenam. Bahkan kita tidak mampu

untuk memegang bola dan berjalan tanpa sokongan daripada sistem rangka

ini. Kita sedia maklum bahawa aktiviti dalam pendidikan jasmani memerlukan

kita melakukan pergerakan yang banyak. Jadi, dengan bantuan dan

sokongan dari sistem rangka ini, kita mampu melakukan semua aktiviti dalam

pendidikan jasmani dengan lancar tanpa masalah yang serius.

Kesimpulannya, sistem rangka ini sangat penting dalam menyokong

pergerakan tubuh badan manusia di samping memberikan perlindungan

kepada organ-organ yang terdapat pada badan. Justeru kita seharusnya

hendaklah memastikan sistem tubuh badan kita senantiasa berada dalam

keadaan yang baik bagi menjamin tubuh badan yang sentiasa sihat tanpa

sebarang masalah.

NOOR AZILA BINTI ZAININUR MUSERNAH BINTI MUSINI –K15 4