kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan

20
DISEDIAKAN OLEH: MELATI NURAZWA

Upload: mel-cassie

Post on 21-Jul-2015

1.236 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan

DISEDIAKAN OLEH:MELATI

NURAZWA

Page 2: Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan

Kebebasan Beragama bermaksud dalam sesebuah kelompokmasyarakat atau seseorang itu bebas untuk memilih menganuti

agama yang mereka kehendaki.

Kebebasan beragama juga didapati tercatiti dengan jelasnyadalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang

menjadi teras pentadbiran kerajaan Malaysia.

Tidak mempunyai paksaan untuk menganuti mana-manaagama.

Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan jugaamalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.

Page 3: Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan

ISLAM

HINDHU

BUDDHA

KRISTIAN

ANIMISME

Etnik Iban, Bidayuh, Banjau, Orang Asli dan

sebagainya.

Page 4: Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan

MAKSUD PERLEMBAGAAN

Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang yang tertinggi untuk menentukan bagaimana

pemerintahan sebuah negara itu mesti dijalankan.

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA (AGAMA)Bahagian 1 - Negeri-negeri, Ugama dan Undang-

undang bagi Persekutuan

Perlembagaan sesebuah negara menerangkan dan memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh

pelbagai anggota negara itu.

Page 5: Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan

PERKARA 3: AGAMA BAGI PERSEKUTUAN

Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain bolehdiamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Dalam tiap-tiap negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai ketua agama Islam.

Perlembagaan-perlembagaan bagi negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberikepada Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua Agama Islam dalam

negeri itu.

Page 6: Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan

BUKTI-BUKTI

Pada 29 September 2001, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr.Mahathir Mohamad menyatakan bahawa negara Malaysiaadalah Negara Islam.

Perkara 8 menjelaskan bahawa semua orang adalah sama rata disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yangsama tanpa tiada perbezaan agama, kaum, keturunan dansebagainya.

Perkara 150 (6A), jelas memelihara hal ehwal Islam walaupundalam keadaan darurat yang memberi kuasa kepada pihakeksekutif untuk membuat undang-undang.

Peranan Yang di-Pertuan Agong juga dimasukkan dalam ruanglingkup Islam dalam Perlembagaan.

Page 7: Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan

Perkara 11 menerangkan mengenai kebebasan beragama dalam peruntukanperlembagaan Malaysia. Seluruh rakyat berhak memilih agama yang ingin di

anuti tetapi untuk kaum Melayu, mereka wajib menganut agama Islam. Terdapat beberapa klausa dalam perlembagaan yang menerangkan konsep

sebenar kebebasan beragama yang di benarkan di negara ini.

Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dantertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya.

Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau

menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antaraorang-orang yang menganuti agama Islam.

Page 8: Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan

Memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan persekutuan untukmenggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan

mereka kepada orang-orang Islam.

Kebebasan yang diberikan untuk mengamalkan agama masing- masing inijuga tidaklah sehingga membenarkan apa-apa perbuatan yang bertentangan

dengan undang-undang, mendatangkan masalah kepada kesihatan awam danakhlak individu yang lain. Perkara ini diperuntukkan dalam Perkara 11 (5)

Perlembagaan.

Perlembagaan Malaysia memang memperuntukkan kebebasan beragamadalam persekutuan. Seluruh rakyat mempunyai hak untuk beragama danmemilih agama sendiri tetapi bagi kaum melayu, mereka wajib menganut

agama Islam.

Walaupun konsep kebebasan beragama diamalkan tetapi terdapatpengecualian tertentu terhadap kebebasan tersebut. Penyebaran agama

bukan Islam di negara di halang dan tidak dibenarkan sama sekali dan sesiapayang terlibat menyebarkan agama bukan Islam dan di sabit kesalahan akan di

denda di bawah akta-akta yang telah di tetapkan.

Page 9: Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan

Perkara 11 menjelaskan bahawa setiap orang berhakmenganuti dan mengamalkan agama masing-masing serta

menguruskan hal ehwal agamanya sendiri.

Kerajaan secara umumnya menyokong agama Islam sebagaiagama rasmi negara.

Dari segi pendidikan, kanak-kanak Islam diberi pendidikanagama yang sesuai dengan kurikulum. Kanak-kanak

penganut lain juga tiada sekatan diberikan dalam pendidikanagama.

Page 10: Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan

Tempat-tempat ibadah turut dibina untukmereka mejalankan aktiviti ibadah.

Kerajaan turut menyediakan bantuan khaskewangan untuk mendirikan pusat-pusat ibadat

agama lain.

Namun pembangunan pembinaan tempat-tempat ibadah ini dikawal oleh kerajaan negeri.

Page 11: Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan

Pembentukan perlembagaan Malaysia telah melalui satu proses sejarah yang panjang.

Kesan peninggalan Inggeris di Tanah Melayu, antaranya ialah perlembagaan. Beberapa unsur pemerintahan Inggeris yang pernah

diamalkan telah diserap masuk ke dalam perlembagaan seperti jentera Kerajaan, Parlimen, dan kewarganegaraan – unsur moden

Merupakan adunan unsur-unsur yang terdapat dalam sistem pemerintahan Melayu lama dan juga penjajah Inggeris.

Institusi raja, bahasa Melayu, hak istimewa, dan agama Islam dikekalkan - “unsur-unsur tradisi” iaitu amalan pra-British.

Page 12: Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan

Empat unsur lama yang pernah diamalkan dalam sistem pemerintahanKerajaan Melayu lama yang dikekalkan di dalam perlembagaan negara:1. Pemerintahan Beraja2. Agama Islam3. Bahasa Melayu4. Kedudukan Hak Istimewa Orang Melayu

Dalam perlembagaan Malaysia, orang Melayu didefinisikan sebagai orang beragama Islam dan mengamalkan cara hidup dan budaya

Melayu serta bertutur dalam bahasa Melayu.

Orang Melayu telah mengenali dan mengamalkan Islam sejak lebih 500 tahun yang lalu. Antara faktor penting agama Islam cepat

diterima oleh orang Melayu kerana sultan pada waktu itu beragama Islam. Orang Melayu yang terkenal sebagai taat dan pantang derhaka

kepada Sultan begitu mudah menerima Islam sebagai agama baru mereka, lebih-lebih lagi kedudukan sultan sebagai ketua agama.

Page 13: Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan

Bagaimanapun, sesuai dengan negara demokrasi, agama lain bebas untuk diamalkan tetapi dilarang untuk menyebarkannya kepada

penganut agama Islam.

Setelah merdeka, Islam telah dijadikan agama persekutuan dankerajaan. Sebagai agama rasmi negara, kerajaan mempunyai kuasauntuk memperuntukkan sebahagian daripada perbelanjaan untukpembangunan dan kemajuan berkaitan dengan agama Islam, sepertiperbelanjaan mengurus, membina masjid, dan sekolah agama.

Kedudukan Sultan sebagai ketua agama telah dikukuhkan lagi apabila Inggeris campur tangan di negeri-negeri melayu pada tahun 1870-an.

Bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874, kuasa Raja-Raja Melayu telah dihadkan dalam adat istiadat dan agama Islam sahaja. Selain

daripada itu, Sultan hendaklah menerima nasihat daripada seorang penasihat Inggeris.

Page 14: Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan

Hari Ahad merupakan hari cuti tradisional Kristian adalah hari cuti rasmiakhir di Wilayah Persekutuan.

Pengecualian adalah negara bahagian Kedah, Kelantan dan Terengganu,serta Johor di mana akhir cuti jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu.

Percutian beberapa agama diiktiraf sebagai hari cuti rasmi, termasuk HariRaya Puasa (Muslim), Hari Raya Haji (Muslim), ulang tahun Nabi (Muslim),Hari Wesak (Buddha) , Deepavali (Hindu), Thaipusam (Hindu), Krismas(Kristian) dan dalam Sabah dan Sarawak, Jumaat Agung (Kristian).

Page 15: Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan

1. PENUKARAN AGAMA

Perkara 11 di dalam Perlembagaan Malaysia ada menyatakan bahawaindividu yang berumur 18 tahun ke atas bebas memilih agama masing-masing.

Penukaran dari agama Islam ke agama lain (Kes Hartini Kamarudin danAzlina Joy).

Penukaran dari agama lain ke agama Islam (Kes Suzie Teoh-Nur Aini).

Kita lebih takut kepada undang-undang dunia dari undang-undang Islamdengan alasan tidak sesuai digunakan pada masa sekarang padahalundang-undang Islam itu sesuai untuk sepanjang zaman.

Page 16: Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan

• ISLAM

“Sesiapa yang menukaragamanya, makabunuhlah ia”.

(Riwayat Bukhari).

• PERLEMBAGAAN

Perkara 11 (1) PerlembagaanPersekutuan telahmenyatakan setiapindividu itu bebas untukmenganut apa-apaagama.

Page 17: Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan

• ISLAM

“Adalah tidak Halal (Sah) untuk mencurahkan darahseorang Islam, kecualidalam TIGA Perkara berikut, yaitu – Menjadi ‘murtad’ sesudah dia memeluk Islam, kedua – Berzina sesudahberkahwin, dan ketiga –Membunuh seseorangtanpa apa-apa hak atausebab yang munasabah.”

• PERLEMBAGAAN

Mahkamah-mahkamahSyariah di negeri-negeri diMalaysia maksima 3 tahun penjara atau 6 sebatan atau RM5000 denda atau kesemuanyasekali.

Page 18: Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan

ISU 2: PENYEBARAN DAKWAH MELALUI MEDIA CETAK DAN MEDIA ELEKTRONIK

Islam tidak menghalang penganutnya untuk berkarya dan melahirkanekspresi diri mereka.

Tetapi, Islam melarang penganutnya untuk menyentuh isu-isu atau perkara-perkara yang sensitif dengan Islam.

Undang-undang Malaysia melarang sebarang ajaran daripada agama Kristian mahupun Hindu kepada mereka yang beragama Islam.

Namun undang-undang Malaysia tidak melarang ajaran Islam dari menularkepada mereka yang bukan beragama Islam.

Ketidakadilan yang seringkali disebut ini, seringkali digunakan oleh merekayang bukan beragama Islam bagi menghentam undang- undang Malaysia yang

memberikan kelebihan kepada agama Islam 12

Page 19: Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan

ISU 3: PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH AGAMA LAIN

Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepadaAllah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang

kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripadaakidah trinity.

Seterusnya berlaku pertelingkahan dengan kewujudan serangan terhadapgereja kristian dan surau/masjid bagi umat islam.

Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untukmengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telahdikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan

Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam.

Page 20: Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan

KESIMPULAN

Akan tetapi kekebalan undang-undang yang terdapat dalamPerlembagaan merupakan benteng dalam menangani isu-isu

kebebasan beragama di Malaysia dalam mewujudkan suasanayang aman dan harmoni.

Di Sarawak dan sabah, mereka tiada isu dalam hubungan antara agama mahupunhubungan antara kaum. Masing-masing mempraktiskan kepercayaan masing-

masing dan pada masa sama menghormati kepercayaan pihak lain.

Status kebebasan beragama di Malaysia adalah merupakan salah satu masalahkontroversi. Dalam beberapa kali, ada sejumlah isu-isu dan peristiwa yang telah

menguji hubungan antara bangsa-bangsa yang berbeza di Malaysia.