hubungan luar negara - bnm.gov.my · adalah untuk meningkatkan keupayaan ekonomi serantau bertindak...

23
204-205 Tinjauan 205-215 Penyusunan Semula Struktur Kewangan Antarabangsa 215-217 Liberalisasi Sektor Kewangan 217-224 Inisiatif Kerjasama Serantau 224-225 Kerjasama Dua Hala Hubungan Luar Negara

Upload: phamhuong

Post on 17-Jul-2019

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

204-205 Tinjauan205-215 Penyusunan Semula Struktur

Kewangan Antarabangsa215-217 Liberalisasi Sektor Kewangan217-224 Inisiatif Kerjasama Serantau224-225 Kerjasama Dua Hala

Hubungan LuarNegara

TINJAUAN

Hubungan luar negara Bank Negara Malaysia (BNM)pada tahun 2001 tertumpu kepada inisiatif serantauuntuk mengukuhkan lagi pemantauan serantau danmekanisme sokongan bagi mengelak krisis. BNMjuga menyertai mesyuarat antarabangsa dalam usahaglobal untuk menyusun semula struktur kewanganantarabangsa. Usaha ini termasuk inisiatif-inisiatifuntuk mengukuhkan sistem kewangan domestik danmeningkatkan pelaksanaan secara sukarelapiawaian-piawaian dan kod-kod amalan berhematyang bersesuaian dalam sektor perbankan dan dalampengawalan dan penyeliaan pasaran modal.

Di sepanjang tahun 2001, tumpuan forumantarabangsa dan serantau secara progresifnyabertukar kepada isu-isu pemantauan apabilakelemahan keadaan ekonomi global menjadisemakin jelas. Penyertaan Malaysia dalammesyuarat-mesyuarat serantau dan antarabangsamemberi peluang kepada Malaysia untukmemperolehi manfaat daripada perkongsianpengalaman dan pertukaran pendapat dalam menilaikeberkesanan maklum balas dasar alternatif untukmengurus kesan kurang baik akibat perkembangandi negara-negara perindustrian utama terhadapekonomi global dan serantau.

Pada tahun ini, kemajuan yang penting telahdicapai di peringkat serantau dalam pelaksanaanlangkah-langkah konkrit bagi membantu ekonomiserantau mengelak krisis. Ini termasuk kejayaanpelaksanaan Inisiatif Chiang Mai (CMI), iaitu satuperaturan pembiayaan serantau bagi mengelak krisisdi kalangan negara-negara ASEAN+3(ahli-ahli Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara,Republik Rakyat Cina, Jepun dan Korea). Malaysiamenandatangani satu peraturan swap dua hala dibawah CMI dengan Jepun. Matlamat peraturan iniadalah untuk meningkatkan keupayaan ekonomiserantau bertindak dengan segera untuk mengelakkemunculan krisis. Kemajuan juga turut dicapaidalam mengukuhkan lagi proses kajian ekonomi dikalangan negara-negara ASEAN+3 untuk melengkapipelaksanaan CMI. Di samping itu, usaha lanjutantelah dijalankan di sebuah lagi forum serantau untukmeningkatkan kerjasama serantau dalam perkongsianmaklumat mengenai aliran modal. Kumpulan Pakar

Bank-Bank Pusat Asia Tenggara (SEACEN) bagi AliranModal telah membentuk satu rangka kerja bersamauntuk menangani kekurangan data mengenai aliranmodal. Usaha kerjasama ini bertujuan untukmemudahkan negara-negara bertukar-tukarpengalaman mengenai pengurusan risiko aliran modalyang merupakan satu isu utama kepada Malaysiadan ekonomi serantau.

Di peringkat antarabangsa, kemajuan dalampenyusunan semula struktur kewangan antarabangsaadalah terhad. Walaupun terdapat beberapakemajuan dalam meningkatkan ketelusan danmenyelaraskan operasi Tabung KewanganAntarabangsa (IMF), asas penyusunan semula masihbelum dicapai, terutamanya dalam hal penyusunansemula institusi kewangan antarabangsa danpengurusan risiko kemudahubahan aliran modal yangberlebihan. Sebagai sebahagian daripada usaha yangberterusan untuk menyusun semula strukturkewangan antarabangsa, BNM telah menjadi tuanrumah kepada satu mesyuarat Kumpulan PakarKumpulan 15 mengenai Penyusunan Semula StrukturKewangan Antarabangsa di Kuala Lumpur pada26 Februari 2002 bertujuan untuk mengekalkanmomentum penyusunan semula dan mengambil kirapandangan serta kebimbangan negara-negaramembangun, termasuk ahli-ahli Kumpulan 15.

Walaupun isu kerjasama global untuk mencegahpengubahan wang haram dan pembiayaan aktivitipengganas menjadi tema utama dalam forumantarabangsa dan serantau hanya selepas September2001, penglibatan Malaysia dalam menggalakkankerjasama di dalam bidang ini telah dapat dilihatsemenjak awal tahun 2001. Sebagai pengerusibersama Kumpulan Asia/Pasifik bagi PengubahanWang Haram, penglibatan BNM dalam kerjaKumpulan ini tertumpu kepada usaha menggalakkankerjasama serantau dan antarabangsa untukmencegah aktiviti pengubahan wang haram.Malaysia juga melaksanakan beberapa langkah bagimenghalang sistem kewangan negara daripadadigunakan untuk membiayai sebarang aktiviti jenayahatau pengganas. Satu lagi kemajuan dalamperhubungan luar negara Malaysia pada tahun 2001adalah peningkatan penglibatan BNM dalammenggalakkan kerjasama antarabangsa dalampembangunan perbankan dan kewangan Islam.

204

Hubungan Luar Negara

205

Hubungan Luar Negara

Pada tahun ini, hubungan luar negara BNM terusmemberi perhatian kepada peningkatan kerjasamadua hala. Usaha telah dipertingkatkan dalammembuat perhubungan tambahan untukmenggalakkan peraturan pembayaran dua hala,selaras dengan objektif Kerajaan untuk mengukuhkanperdagangan Negara-negara Selatan. Ini juga dapatmemudahkan usaha untuk mempelbagaikan pasaraneksport Malaysia dan mengurangkan pendedahanterhadap perkembangan kurang baik dalam pasaraneksport tradisional. Pada tahun ini, BNM terusmenghulurkan bantuan teknikal kepada beberapabank pusat, terutamanya dalam bentuk programikatan dan latihan.

PENYUSUNAN SEMULA STRUKTUR KEWANGANANTARABANGSA

Pada tahun 2001, usaha penyusunan semula strukturkewangan antarabangsa terus tertumpu kepadapencegahan dan pengurusan krisis. Kemajuan telahdicapai dalam bidang ketelusan serta piawaian dankod, yang dianggap penting bagi pencegahan krisis.Terdapat juga kemajuan dalam usaha penyusunansemula institusi-institusi kewangan antarabangsa.Walau bagaimanapun, kemajuan dalam menangani isuurus tadbir di institusi-institusi kewangan antarabangsadan pengurusan risiko aliran modal antarabangsaadalah terhad. Sehubungan itu, BNM telah mengambil

bahagian dalam beberapa mesyuarat serantau danantarabangsa yang memberi tumpuan kepadakebimbangan bahawa adalah perlu bagi masyarakatantarabangsa untuk melaksanakan usaha-usahakonkrit dalam menyusun semula struktur kewanganantabangsa, bagi memastikan kecekapan yang lebihtinggi di pasaran kewangan antarabangsa. Malaysiamenyokong usaha masyarakat antarabangsa untukmengatasi pengubahan wang haram dan aktivitipembiayaan pengganas, berikutan peristiwa 11September 2001. Walau bagaimanapun, usaha-usahatersebut tidak seharusnya melemahkan semangatuntuk meneruskan inisiatif-inisiatif yang sedangdiambil bagi menyusun semula struktur kewanganantarabangsa bagi meningkatkan kestabilan kewangan

antarabangsa serta menangani risiko dan cabaranglobalisasi.

Selain daripada penekanan yang berterusan terhadapketelusan, serta piawaian dan kod, satu elemen yangpenting juga dalam penyusunan semula strukturkewangan antarabangsa adalah penyusunan semulainstitusi kewangan antarabangsa. Kemajuan dalamaspek ini adalah bercampur-campur, di mana terdapatkemajuan dalam menyelaraskan syarat-syarat programIMF, sementara isu urus tadbir di IMF (terutamanya isuberkenaan kuota IMF) masih tidak dapat diselesaikan.Pejabat Penilaian Bebas (IEO) di IMF memulakanoperasinya pada tahun ini, dengan perlantikanPengarah IEO dibuat pada bulan Ogos 2001. Padabulan Disember, IEO menggariskan program kerjanya,yang merangkumi rancangan untuk menjalankanpenilaian bebas terhadap pelbagai aspek operasi IMF,seperti yang dimandatkan oleh Lembaga Gabenor-Gabenor IMF. Di antaranya, program kerja inimerangkumi satu kajian tentang penyesuaian fiskaldan syarat-syarat struktur dalam program bantuan IMF,penilaian terhadap peranan IMF dalam krisis-krisisakaun modal, peranan pemantauan IMF dalampencegahan krisis, dan pendekatan IMF terhadapliberalisasi akaun modal.

Penubuhan IEO adalah hasil daripada gesaan ahli-ahliIMF, termasuk Malaysia, untuk menjalankan satu

penilaian bebas terhadap peranan dan operasi IMF,serta mendapatkan penilaian yang objektif terhadapisu-isu yang berkaitan dengan IMF. Ekoran daripadakrisis kewangan Asia, adalah dianggap penting bagiIMF untuk mengambil iktibar daripada krisis tersebutdan memperbaiki operasi dan keupayaannya untukbertindak dengan lebih cekap terhadap keperluanpelbagai ahlinya yang kian berubah. Dalam hal ini,adalah penting bagi IEO untuk beroperasi secarabebas dan tidak terikat dengan pengurusan IMF,seperti yang dinyatakan dalam terma rujukannya.

Pada tahun ini, IMF memperkenalkan beberapaperubahan untuk menyelaraskan kemudahanpinjamannya dan mengkaji semula syarat-syarat yang

Penyusunan semula struktur kewangan antarabangsa pada tahun2001 mencapai kemajuan dalam bidang ketelusan, piawaian dankod. Kemajuan dalam penyusunan semula perkara-perkara asas,terutamanya dalam menangani isu urus tadbir institusi kewanganantarabangsa serta pengurusan risiko aliran mudah tunaiantarabangsa adalah lebih terhad.

dikenakan ke atas pinjaman tersebut (syarat-syarat IMF).Kerja berkaitan hal ini sedang dilaksanakan. Selaindaripada melindungi sumber IMF, syarat-syarat yangberkaitan dengan pinjaman IMF adalah dianggappenting bagi memastikan kejayaan bantuan kewanganIMF kepada negara ahlinya. Kesepakatan telah dicapaidi mana syarat-syarat tersebut harus diselaraskan untukditumpukan pada bidang-bidang yang kritikal bagimencapai objektif makroekonomi sesebuah programdan meningkatkan rasa hak milik negara di dalamprogram penyusunan semula. Turut dipersetujui ialahsyarat-syarat tersebut harus bertujuan untuk mencapaipembahagian sumber tenaga manusia yang lebihteratur dan perhubungan kerja yang lebih sistematikdan teratur di antara IMF dan Bank Dunia. Sepanjangtahun ini, IMF menganjurkan beberapa seminar luaranuntuk mendapatkan pandangan ahli-ahlinya berkenaansyarat-syarat IMF. BNM telah mengedarkan satu nota diseminar yang diadakan di Tokyo, pada 10 Julai 2001bagi membincangkan isu-isu tersebut. Nota tersebutmenekankan akan pentingnya supaya syarat-syarat IMFuntuk lebih tertumpu dan disesuaikan mengikutkeperluan negara-negara ahlinya dan penggunaansyarat-syarat IMF perlulah mengambil kira ciri-ciritersendiri sesebuah negara serta kebolehan negaratersebut untuk menerima pakai dan melaksanakanpenyusunan semula dasar yang diperlukan. Malaysiajuga menekankan pentingnya untuk meningkatkankeupayaan IMF dalam menganalisa isu ekonomi politik,bagi memastikan program yang dirangka mengambilkira aspek sosial dan politik, serta memastikan kejayaanpelaksanaan sesebuah program. Penilaian terhadapfaktor-faktor ini akan menyumbang kepadapeningkatan pemilikan program oleh sesebuah negara.Justeru itu, perundingan dan kerjasama lebih rapatdengan “pakar” tempatan atau serantau akanmeningkatkan pemahaman IMF mengenai keadaan disesebuah negara. Pendapat BNM telah direkod dalamlaporan seminar IMF di Tokyo.

Malaysia turut menegaskan bahawa syarat-syaratyang dikenakan mestilah selaras dengan GarisPanduan mengenai Syarat-Syarat IMF dan tidakbercanggah dengan prinsip layanan sama rataterhadap semua ahlinya. IMF juga perlu sama-samabertanggungjawab dalam sesebuah program.Memandangkan sesebuah program IMF yang digunapakai oleh negara anggota dirangka oleh staf IMFdan berdasarkan nasihat IMF, maka IMF juga perlusedikit sebanyak bertanggungjawab untukmemastikan kejayaan program tersebut.

Isu urus tadbir di IMF, terutamanya mengenaiperwakilan yang tidak mencukupi dari negara-negara

membangun dalam proses membuat keputusandi IMF masih tidak dapat diselesaikan pada tahun2001. Ini adalah kerana perbincangan mengenai isutersebut hanya tertumpu pada aspek teknikal sahaja.IMF telah mengadakan satu seminar LembagaEksekutif pada bulan Oktober 2001 untukmembincang dengan lebih lanjut isu berkenaanpilihan dan spesifikasi formula kuota IMF (yangmenentukan kuota atau modal langganan ahli IMF).Tujuannya adalah untuk mendapatkan satu formulakuota yang lebih bermakna. Lembaga Eksekutifbersetuju bahawa kerja selanjutnya perlu diadakanbagi mendapatkan formula kuota yangmencerminkan kedudukan ahli-ahli IMF dalamekonomi global. Lembaga Eksekutif juga mengambilmaklum bahawa perkara ini menjadi lebih sukarkerana kuota memainkan pelbagai peranan (kuotamenentukan undian ahli di IMF, keupayaanmenyumbangkan sumber kepada IMF serta kebolehanmendapatkan bantuan kewangan IMF). Seminartersebut diadakan ekoran daripada penilaian bebasmengenai formula kuota yang dijalankan olehKumpulan Penilaian Formula Kuota (QFRG). QFRGberpendapat bahawa kuota harus diselaraskan untukmengenal pasti keadaan ekonomi dunia yang sentiasaberubah dan perubahan relatif yang berterusanmengikut keadaan ahli-ahli IMF.

Malaysia masih merasa bimbang terhadap ketiadaankemajuan yang nyata berhubung kajian mengenaikuota IMF. Bagi memastikan perwakilan yang lebihsaksama dalam proses membuat keputusan di IMF,perubahan yang radikal adalah perlu bagi menyusunsemula struktur kuota. Satu cara atau formula baruuntuk urus tadbir adalah perlu untuk memastikanperwakilan di Lembaga Eksekutif IMF mencerminkankedudukan relatif sesebuah negara dalam ekonomiglobal pada masa kini.

Aktiviti utama IMF pada tahun 2001 adalahpelaksanaan piawaian dan kod untuk meningkatkanketelusan. Mengenai isu kepatuhan kepada piawaiandan kod, kepatuhan seharusnya dilakukan secarasukarela dan Laporan mengenai Piawaian dan Kod olehIMF serta Program Penilaian Sektor Kewangan (FSAP)tidak seharusnya menjadi elemen mandatori di dalamproses Rundingan Artikel IV IMF. Malaysia menyokonginisiatif ketelusan. Walau bagaimanapun, adalahpenting juga memastikan bahawa ketelusan yang lebihini akan membolehkan para pelabur membuatkeputusan yang lebih baik. Dalam hal ini, rumusanyang dicapai pada sebuah forum ekonomi IMF berjudul“Ketelusan di IMF: Cabaran Masa Hadapan” pada 13Disember 2001 adalah amat berguna. Kesepakatan

206

207

Hubungan Luar Negara

Mesyuarat-mesyuarat IMF Pada Tahun 2001

Mesyuarat Jawatankuasa Monetari dan Kewangan Antarabangsa (IMFC) pada tahun 2001

• 29 April 2001, Washington D.C., Amerika Syarikat• 17 November 2001, Ottawa, Canada

(Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia telah dibatalkan berikutanperistiwa 11 September 2001.)

Kesimpulan dari ahli-ahli IMFC• Tinjauan Ekonomi Dunia

- Mengambil maklum bahawa peristiwa 11 September akan menyebabkan kelembapan ekonomidunia berpanjangan, walaupun tindakan dasar telah diambil untuk menyokong pemulihan padatahun 2002.

- Menekankan pentingnya tanggungjawab ekonomi-ekonomi yang maju untuk menggalakkanpemulihan awal pertumbuhan global.

- Mengambil maklum tentang pentingnya melaksanakan dasar yang bernas dan proaktif bagipasaran baru muncul dan negara-negara sedang membangun berikutan permintaan global yangsemakin lemah dan keadaan elakan risiko yang lebih tinggi dalam pasaran kewangan.

- Mengambil maklum tentang pentingnya meningkatkan peluang perdagangan bagi menggalakkanpemulihan.

• Peranan IMF- Mengalu-alukan tindakan yang diambil oleh IMF untuk memberi tumpuan semula kepada usaha

pencegahan krisis dan dasar sokongan bagi mencapai pertumbuhan mapan dan mengurangkankemiskinan.

- Berpendapat bahawa Saluran Kredit Luar Jangka (CCL) adalah satu penunjuk penting mengenaikekukuhan dasar sesebuah negara dan bagi membendung penularan dalam pasaran kewangan.

- Menggesa IMF untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit yang melibatkan sektor swasta dalampencegahan dan pengurusan krisis.

• Pemantauan IMF terhadap Pasaran Kewangan dan Pencegahan Krisis- Mengalu-alukan keputusan untuk menubuhkan Jabatan Pasaran Modal Antarabangsa untuk

meningkatkan kefahaman dan penilaian IMF mengenai isu-isu pasaran modal; untukmeningkatkan keupayaan IMF memberi amaran awal; dan untuk memperkukuhkan pencegahankrisis.

- Menekankan keperluan untuk mencatatkan kemajuan mengenai petunjuk-petunjuk amaran awalterhadap potensi berlakunya krisis.

- Mengambil maklum mengenai kemajuan dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif IMF terhadappencegahan krisis dan pemantauan sektor kewangan yang berkaitan dengan perkara-perkaraberikut:• Persetujuan mengenai senarai piawaian-piawaian dan kod-kod antarabangsa;• Usaha IMF bersama negara-negara untuk mengukuhkan data bagi menyokong analisa-analisa

ketidaktentuan luaran;• Pelaksanaan inisiatif-inisiatif terhadap dasar ketelusan IMF; dan• Kemajuan dalam mengukuhkan pemantauan sektor kewangan domestik dan antarabangsa,

terutamanya Program Penilaian Sektor Kewangan bersama IMF-Bank Dunia.- Mengalu-alukan peningkatan kerja IMF dalam sektor kewangan untuk merangkumi penilaian

secara sukarela oleh institusi kewangan luar pesisir.

208

• Syarat-syarat di bawah Program IMF - Mengalu-alukan kajian semula yang sedang dibuat ke atas syarat-syarat IMF dan menekankan

betapa perlunya syarat-syarat tersebut; serta menegaskan bahawa objektif penyelarasan tersebutadalah untuk menjadikan syarat-syarat IMF lebih efisyen, berkesan dan fokus.

- Bersetuju bahawa syarat-syarat IMF seharusnya tertumpu kepada langkah-langkah yang kritikaluntuk mencapai objektif makro ekonomi sesebuah program.

- Mengambil maklum tentang pentingnya mengambil kira proses-proses membuat keputusan dankeupayaan untuk melaksanakan penyusunan semula oleh sesebuah negara serta perlunya negaramempunyai hak milik kukuh ke atas sesebuah program.

- Mengambil maklum akan pentingnya meningkatkan kerjasama dan pembahagian sumber tenagamanusia yang lebih teratur di antara IMF dan institusi kewangan antarabangsa yang lain dalampenyelarasan syarat- syarat IMF.

• Memerangi Penyalahgunaan Kewangan/Pengubahan Wang Haram/Pembiayaan Kewanganuntuk Pengganas- Menggesa ahli-ahli untuk mengesah dan melaksanakan sepenuhnya instrumen-instrumen

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk memerangi akitiviti pengganas.- Bersetuju supaya 40 Cadangan-cadangan yang disyorkan oleh Pasukan Petugas Tindakan

Kewangan (FATF) diterima sebagai piawaian antarabangsa untuk memerangi pengubahan wangharam, dan supaya Cadangan-cadangan tersebut dilaksanakan dalam operasi IMF.

- Menyokong Cadangan Khas FATF untuk memerangi pembiayaan kewangan pengganas.- Menggesa tindakan antarabangsa untuk memerangi pembiayaan kewangan pengganas, dan

menyeru negara-negara untuk mengambil langkah-langkah berikut, sebaik-baiknya menjelang1 Februari 2002:• Menubuhkan unit perisikan kewangan untuk menerima dan memproses laporan-laporan urus

niaga yang mencurigakan daripada sektor kewangan negara tersebut dan memantau danapengganas yang disyaki; dan

• Mengadakan mekanisme untuk perkongsian maklumat dan kerjasama di kalangan unitperisikan kewangan nasional.

• Usaha-usaha Mengurangkan Kemiskinan dan Hutang Negara-negara Miskin - Melahirkan kebimbangan terhadap kesan buruk kelembapan global terhadap negara-negara

berpendapatan rendah dan miskin yang banyak berhutang, dan menggesa IMF dan Bank Duniauntuk mengambil langkah secara fleksibil dan proaktif dalam memenuhi keperluan negara-negara tersebut.

- Menekankan peranan yang berbeza yang perlu dimainkan oleh negara-negara miskin yangbanyak berhutang, negara-negara sedang membangun dan ekonomi-ekonomi yang maju dalammembasmi kemiskinan.

- Mengiktiraf pentingnya kerjasama yang erat dan perkongsian yang berkesan di antara institusi-institusi antarabangsa dalam usaha-usaha mengurangkan kemiskinan dan beban hutang.

• Isu-isu lain - Mengalu-alukan langkah-langkah yang sedang dijalankan untuk meningkatkan ketelusan, urus

tadbir dan akauntabiliti dalam IMF dengan harapan agar IEO akan membantu IMF untukmemperbaiki operasi dan meningkatkan akauntabilitinya.

- Bersetuju IMF harus menangani isu-isu urus tadbir yang mempunyai kesan makro ekonomi yangbesar.

- Menekankan pentingnya pasaran terbuka, dan menggesa negara maju dan negara sedangmembangun untuk mencapai kata sepakat bagi melancarkan pusingan baru perundinganperdagangan pelbagai hala pada tahun 2001.

- Mengharapkan kemajuan berterusan usaha berkaitan dengan bidang kuota IMF, yangmencerminkan keadaan yang berubah dalam ekonomi antarabangsa.

209

Hubungan Luar Negara

dicapai bahawa amalan ketelusan yang baik tidaksemestinya menjamin kestabilan ekonomi dankewangan. Adalah penting juga untuk mempunyairangka kerja perundangan yang jelas yang merangkumipelaksanaan peraturan dan prosedur IMF yangmembolehkan orang awam serta peserta pasaranmemahami bagaimana IMF berurusan dan membuatkeputusan dasar.

Malaysia kekal komited terhadap ketelusan penyebarandata dan dasar ekonominya. Malaysia terus memenuhisemua keperluan Piawaian Penyebaran Data Khastermasuklah templat mengenai rizab luar Malaysia yangkini bercirikan pandangan ke hadapan, di sampingmeneruskan siaran Notis Maklumat Awam IMF bagiRundingan Tahunan Artikel IV dengan Malaysia.

Usaha ke arah melibatkan penyertaan sektor swastadalam meningkatkan ketelusan telah menampakkanlebih banyak kemajuan pada Mesyuarat ke SembilanKumpulan Rangka Kerja Manila (MFG) di Aucklandpada bulan Disember 2001. Malaysia telahmenegaskan akan keperluan untuk mendapatkansatu pendekatan yang lebih seimbang bagimenangani isu-isu ketelusan, khususnyapendedahan oleh sektor swasta. Terdapatkesepakatan umum bahawa peserta-peserta pasaranperlu meningkatkan ketelusan mereka. Initermasuklah oleh institusi yang mempunyaikepentingan sistemik, seperti institusi berleverajtinggi dan agensi penarafan kredit antarabangsa dimana aktiviti-aktiviti mereka boleh memberi kesankepada kestabilan pasaran.

Ketelusan di IMF

Dasar Penyiaran IMFPada 4 Januari 2001, Lembaga Eksekutif IMF bersetuju dengan satu set prinsip dasar penyiaran IMFseperti berikut: • Penyiaran nota mengenai sesebuah negara harus bertumpu kepada:

i. Memastikan bahawa perbincangan dasar yang jujur dan laporan kepada Lembaga akandikekalkan;

ii. Mengimbangi di antara ketelusan dan perkara-perkara yang sulit dalam mengendalikan isu-isuyang sensitif; dan

iii. Meningkatkan kualiti laporan staf IMF.

• Penyiaran nota mengenai sesebuah negara adalah tertakluk kepada dasar pemadaman yangseragam, yang sepatutnya sedikit dan terhad kepada maklumat pasaran yang amat sensitif.

• Andaian bahawa Surat Cadangan/Memoranda mengenai Dasar Ekonomi dan Kewanganakan disiarkan. Surat sebegini akan menyatakan cadangan dasar kerajaan. Surat-surat initermasuklah Memorandum Persefahaman Teknikal berserta dengan maklumat dasar dan NotaStrategi Pembasmian Kemiskinan.

Dokumen-dokumen ini akan disiarkan sepenuhnya, tertakluk kepada dasar pemadaman yangdipersetujui. Negara anggota yang tidak berhasrat untuk menyiarkan dokumen-dokumen ini perlumenyatakan sebabnya sebelum IMF memberi kebenaran di atas kepada permintaan negara tersebutuntuk tidak menyiarkan dokumen.

• Penyiaran nota Inisiatif Negara-negara Miskin yang Banyak Berhutang dan Nota StrategiPembasmian Kemiskinan serta Kenyataan Pengerusi yang berkaitan, yang menjelaskan maklumatutama kepada orang awam akan terus disiarkan.

• Lembaga akan meneruskan dasar penyiaran secara sukarela bagi Notis Maklumat Awam berikutanRundingan Artikel IV dan perbincangan Lembaga mengenai nota-nota pemantauan serantau,rumusan Rundingan Artikel IV, Perkembangan Ekonomi Semasa, Isu-Isu Terpilih, Lampiran mengenaiStatistik serta Laporan Pematuhan Piawaian dan Kod (ROSC).

Penilaian mengenai Pelaksanaan Piawaian dan KodPada 29 Januari 2001, Lembaga Eksekutif IMF telah mengkaji semula pengalaman melaksanakan

210

piawaian dan kod serta membincangkan langkah selanjutnya. Lembaga Eksekutif bersetujusupaya:

• Pembentukan dan pelaksanaan piawaian dalam bidang yang berkaitan dengan keberkesananfungsi sistem ekonomi dan kewangan negara-negara anggota memainkan peranan utama dalammengukuhkan struktur sistem kewangan antarabangsa;

• Peningkatan tumpuan kepada piawaian dan pengenalan penilaian piawaian akan dapatmembantu memberi tumpuan kepada perbincangan dasar antara IMF dengan pihak berkuasanegara-negara anggota serta mengukuhkan fungsi pasaran; dan

• ROSC, sebagai rujukan utama untuk menilai pelaksanaan, akan dapat memberi kesepaduan, isidan fokus kepada kerja-kerja piawaian. ROSC diperkenalkan pada bulan Januari 1999 sebagaisatu program rintis untuk penyediaan dan kegunaan penilaian ringkasan terhadap pelaksanaandan pematuhan piawaian dan kod-kod ahli IMF.

Kod Amalan Baik mengenai Ketelusan Fiskal Pada 23 Mac 2001, Lembaga Eksekutif IMF telah meluluskan semakan semula Kod Amalan Baikmengenai Ketelusan Fiskal serta Panduan Mengenai Ketelusan Fiskal, dengan objektif untuk memberipenekanan yang lebih kepada kepentingan kualiti data fiskal.

Kajian Semula Inisiatif Piawaian Data IMFPada 23 Julai 2001, Lembaga Eksekutif IMF telah melaksanakan Kajian Semula Inisiatif Piawaian Datayang ke-Empat dan bersetuju mengenai hal-hal berikut:

• Pematuhan terhadap Piawaian Penyebaran Data Khas:- Isu-isu mengenai pematuhan akan ditangani dengan mengeluarkan notis mengenai

pematuhan Piawaian, yang akan menjelaskan hal-hal ketidakpatuhan serta pelan jangkawaktu untuk pelanggan mematuhi piawaian tersebut; dan

- Usaha-usaha untuk meningkatkan penyertaan akan diperkukuhkan melalui seminar mengenaipiawaian dan kod antarabangsa serta kajian mengenai penggunaan Papan Buletin PiawaianPenyebaran.

• Satu pengkalan data umum yang disediakan secara sukarela untuk plat contoh data mengenairizab akan dilaksanakan dan diedarkan melalui ruangan web IMF.

• Usaha perlu diteruskan untuk menyiapkan Garis Panduan Hutang dan memberi kesedaranmengenai piawaian penyebaran data hutang luar.

• Penubuhan unit Sistem Penyebaran Data Umum (GDDS) di IMF. Sementara itu, IMF dan BankDunia akan berkerjasama rapat mengenai komponen sosio demografi GDDS serta pembangunanmetadata negara-negara yang ingin mengambil bahagian.

• Satu metodologi penilaian untuk menilai kualiti data yang dikenali sebagai Rangka Kerja PenilaianKualiti Data akan diserapkan ke dalam struktur modul data ROSC sebagai elemen utama ProgramPenilaian Kualiti Data.

Satu isu yang menjadi tumpuan Malaysia,terutamanya mengenai pengurusan risiko aliranmodal, terus muncul sebagai isu yang penting dalamagenda beberapa forum antarabangsa pada tahun2001. Beberapa kemajuan telah dicapai dalam halberkaitan dengan aliran modal, terutamanya di IMF

dan Bank for International Settlements (BIS).Program kerja IMF yang masih dijalankan, berhubungpencegahan krisis dan pemantauan sektorkewangan, termasuk penggunaan PiawaianPenyebaran Data Khas dan Sistem Penyebaran DataUmum IMF yang lebih meluas; liputan yang lebih luas

dalam Kaji Selidik Pelaburan Portfolio Terselaras IMFuntuk merangkumi instrumen dan seliaan tambahan,termasuk pusat kewangan luar pesisir; dan jugakemajuan berkaitan FSAP.

Pada tahun ini, BIS meneruskan usahanya untukmenggantikan rangka kerja kecukupan modal(Persetujuan Modal 1998) dengan rangka kerja yanglebih sensitif terhadap risiko. Dalam menyokonginisiatif ini, BNM telah memberi maklum balas danmenyertai perbincangan-perbincangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan draf Persetujuan baru ini.Jawatankuasa Basel mengenai Penyeliaan Perbankanbercadang untuk mengkaji kesan Persetujuan baru initerhadap bank-bank dan seterusnya mengedarkankertas rundingan pada tahun 2002. Persetujuan iniakan dimuktamadkan pada tahun 2002 untukpelaksanaan pada tahun 2005.

BNM telah berpeluang untuk berkongsipengalamannya mengenai isu aliran modal dan dasardi negara ekonomi baru, yang merupakan subjek diMesyuarat Lembaga Bulanan BIS pada bulanSeptember 2001. Pada tahun 2001, BNM jugamenerima jemputan BIS untuk menyertai kaji selidikBIS mengenai statistik perbankan antarabangsa. Dataini dikemukakan pada setiap suku tahun, berdasarkankepada maklumat perbankan antarabangsa terkinimengikut kawasan dan instrumen.

Di Persidangan Kemuncak ke-11 Ketua-Ketua Negaradan Kerajaan Kumpulan 15 (G-15) yang diadakanpada bulan Mei 2001, kebimbangan telah disuarakanmengenai peningkatan pergantungan ke atas aliranmodal swasta dalam membiayai pembangunan yangtelah menyebabkan pembahagian sumber yang tidaksama rata di kalangan negara-negara, dan pada masayang sama, ia juga menggalakkan kemudahubahanaliran kewangan. Berikutan kekurangan aliran masukmodal ke negara-negara sedang membangunmeskipun terdapat usaha-usaha penstrukturan danpenyusunan semula, peserta-peserta telahmenyarankan agar kerjasama di antara pihak awamdan pihak swasta dipertingkatkan dalam usahamenambah aliran modal tersebut. Pelabur-pelaburdisarankan mengambil kira objektif pembangunannegara-negara tuan rumah.

Di peringkat serantau, Malaysia terus memainkanperanan yang aktif dalam Kumpulan Pakar SEACENmengenai Aliran Modal (SEG). Kemajuan telahdicapai dalam pembentukan satu set templat dataumum supaya ahli SEG dapat bertukar-tukarmaklumat mengenai aliran modal. Sebagai langkah

ke hadapan, SEG akan berusaha membuat cadanganyang konkrit dan praktikal yang boleh dilaksanakanbersendirian atau bersama-sama dengan ahli SEGyang lain dalam meningkatkan pengurusan risikokemudahubahan aliran modal.

Berikutan cabaran-cabaran yang berpunca daripadapeningkatan globalisasi dan liberalisasi kewangan,Malaysia telah menegaskan di Mesyuarat MFG yangke-9 pada bulan Disember 2001 akan perlunyainisiatif-inisiatif tambahan. Di peringkatantarabangsa, Malaysia mencadangkan agar institusikewangan antarabangsa memainkan peranan yanglebih dalam menggalakkan dan melindungi kestabilankewangan antarabangsa. Inisiatif-inisiatif di peringkatserantau termasuk pengukuhan pemantauan serantaudan peraturan pembiayaan serantau yang lebih baik.Di peringkat negara, satu rangka kerja pengurusanrisiko bersepadu boleh dibentuk bagi memantaualiran modal hutang dan bukan hutang,mengenalpasti tahap risiko yang munasabah danmembentuk kaedah dan teknologi untuk mengukurdan memantau risiko yang meningkat.

Pada tahun ini, terdapat kemajuan dalam inisiatif-inisiatif yang sedang berlangsung berkaitan denganinstitusi berleveraj tinggi (HLI). Satu KumpulanKerja HLI (gabungan Jawatankuasa Basel mengenaiPenyeliaan Perbankan dan Organisasi AntarabangsaSuruhanjaya Sekuriti (IOSCO)), telah mengkaji isu-isuberkaitan dengan urusan-urusan di antara bank danfirma sekuriti dengan HLI pada bulan Mac 2001.Kemajuan yang menggalakkan oleh firma-firmadalam melaksanakan cadangan-cadangan AmalanUtuh HLI yang dikemukakan oleh kedua-duaJawatankuasa Basel dan IOSCO terbukti apabilapihak pengurusan atasan telah mengukuhkanpengawasan mereka melalui dasar yang lebih baikdan definisi ambilan risiko yang lebih jelas. Kerja-kerja tambahan adalah diperlukan dalam usaha-usaha penilaian ke atas pendedahan firma-firmakepada HLI. Walaupun pendedahan HLI kepadarakan-rakan niaga mereka telah diperbaiki, namunkemajuan ini tidak konsisten.

Kajian oleh Kumpulan Kerja Forum KestabilanKewangan (FSF) mengenai HLI pada bulan Mac 2001melaporkan penemuan yang sama di bidangpengurusan risiko rakan niaga dan penzahiran.Di bidang tingkah laku pasaran, Prinsip PerdaganganPertukaran Asing yang diperkenalkan pada bulanFebruari 2001 akan dimasukkan ke dalam kodtingkah laku pasaran yang sedia ada. Kemajuandalam pembentukan amalan dokumentasi

Hubungan Luar Negara

211

undang-undang yang sah dilaporkan adalah baik,namun kemajuan dalam meningkatkan konsistensi diantara piawaian dokumentasi yang berbeza di antaraindustri adalah susah untuk dicapai.

Walaupun terdapat kemajuan dalam inisiatif-inisiatifHLI, ia masih menjadi isu di beberapa forum,termasuk di Sidang Kemuncak ke-11 Ketua-KetuaNegara dan Kerajaan Kumpulan 15 pada bulanMei 2001 dan di Mesyuarat ke-9 Kumpulan RangkaKerja Manila pada bulan Disember 2001.Memandangkan perlunya mengekalkan kestabilankewangan antarabangsa, Menteri-Menteri G-15menyeru supaya HLI diawasi dan dikawalselia supaya

negara-negara tersebut dilindungi daripada kesan-kesan tidak stabil yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti HLI.

Di Mesyuarat ke-9 Kumpulan Rangka Kerja Manila(MFG), BNM melahirkan kebimbangan bahawatidak banyak perhatian diberi kepada kesan aktiviti-aktiviti dana lindung nilai ke atas keutuhan dankestabilan pasaran baru muncul yang kecil. Iniadalah kerana inisiatif-inisiatif yang sedia ada hanyatertumpu pada usaha meningkatkan penzahiranoleh HLI dan memastikan rakan-rakan niaga merekamengukuhkan amalan pengurusan risiko apabilaberurusan dengan HLI. BNM menyatakan semula

212

Mesyuarat-mesyuarat Forum Kestabilan Kewangan (FSF)Pada Tahun 2001

Mesyuarat Forum Kestabilan Kewangan• 22 - 23 Mac, Washington, D.C., Amerika Syarikat• 6 - 7 September, London, United Kingdom

Isu-isu yang Dibincangkan• Tinjauan Sistem Kewangan Antarabangsa

- Mengkaji kesan keadaan ekonomi global semasa ke atas kestabilan kewangan dan bersetujumengenai keperluan untuk terus berhati-hati.

- Mengkaji semula tindakbalas sistem dan pasaran kewangan utama terhadap kelembapanekonomi dunia.

• Institusi Berleveraj Tinggi (HLI)- Mengkaji semula tindakan yang diambil setakat ini untuk mengatasi masalah yang dibangkitkan

dalam laporan Kumpulan Kerja Institusi Berleveraj Tinggi.- Mengalu-alukan kerja yang disiapkan oleh Kumpulan Kerja Pelbagai Disiplin untuk Meningkatkan

Ketelusan dan menggalakkan supaya inisiatif ini dilaksanakan.- Mengalu-alukan dan menggalakkan lagi usaha Jawatankuasa Pemandu Dokumentasi Global

dalam memastikan konsistensi dokumen piawaian.

• Pusat Kewangan Di Luar Pesisir (OFC)- Mengalu-alukan usaha badan-badan yang menetapkan piawaian dan institusi kewangan

antarabangsa untuk memperbaiki amalan penyeliaan, pengawalan dan kerjasama dan maklumatdalam OFC.

- Menggalakkan OFC supaya terus meningkatkan pelaksanaan piawaian antarabangsa yangberkaitan, mendapatkan bantuan daripada IMF dan Bank Dunia, dan menyertai program-programpenilaian.

- Mendapati bahawa pendedahan pelan tindakan dan hasil penilaian adalah satu cara yang baikbagi OFC untuk menunjukkan kemajuan mereka ke arah pencapaian piawaian tersebut.

- Mengkaji semula tindakan yang telah diambil setakat ini untuk mengatasi kebimbangan yangdibangkitkan dalam laporan Kumpulan Kerja FSF mengenai OFC yang telah dikeluarkan padabulan Mac 2000.

- Mengalu-alukan cadangan Jawatankuasa Basel mengenai Penyeliaan Perbankan supayamenubuhkan kumpulan perhubungan dengan para penyelia di luar pesisir.

213

Hubungan Luar Negara

• Pelaksanaan Piawaian- Mengkaji kerja untuk menggalakkan pelaksanaan piawaian antarabangsa bagi membina sistem

kewangan yang kukuh.- Membincang kemajuan dalam pemberian insentif bagi menggalakkan pelaksanaan piawaian.

• Garis Panduan Antarabangsa mengenai Sistem Deposit Insurans- Mengalu-alukan kemajuan dalam membentuk garis panduan bagi negara-negara yang sedang

menubuhkan atau melaksanakan reformasi sistem deposit insurans.

• Pengurusan Risiko dan Peraturan Modal - Mengalu-alukan kerja-kerja Forum Bersama (Jawatankuasa Basel mengenai Penyeliaan Perbankan,

Persatuan Antarabangsa Penyelia-penyelia Insurans dan Organisasi Antarabangsa SuruhanjayaSekuriti) dalam membuat perbandingan mengenai kaedah-kaedah dalam pengurusan risiko danperaturan modal dalam sektor perbankan, insurans dan sekuriti.

• Kekukuhan Sektor Kewangan - Mengalu-alukan kerja-kerja Forum Bersama dalam membandingkan tiga set Prinsip Utama bagi

penyeliaan perbankan, penyeliaan insurans dan pengawalan sekuriti yang lebih berkesan.

• Perkembangan dalam E-kewangan - Membincangkan implikasi perkembangan dalam E-kewangan ke atas penyeliaan, pengawalan dan

cara pasaran berfungsi.

pendiriannya bahawa “kawalan sendiri”di kalangan HLI bukanlah satu pilihan yang berdayamaju. Langkah-langkah tambahan telahdicadangkan iaitu memperbaiki bidang pengurusanrisiko oleh kedua-dua dana lindung nilai dan bank,amalan urus niaga dana lindung nilai,mengenalpasti insentif untuk dana lindung nilaimematuhi amalan-amalan dan mengenalpastimekanisme untuk menyelesaikan pertelingkahanmengenai akitiviti-aktiviti dana lindung nilaidi antara ekonomi-ekonomi yang terlibat.

Isu penyertaan sektor swasta dalam menghalangdan menyelesaikan krisis kewangan telah mencapailebih banyak kemajuan pada tahun 2001.Berdasarkan prinsip asas di mana ekonomi pasaranmemerlukan pihak penghutang dan pemiutangswasta menanggung kesan daripada keputusanmereka, prinsip-prinsip mengenai ketelusan dankomunikasi yang baik telah disediakan olehKumpulan Kerja mengenai Perhubungan Pemiutangdan Penghutang, yang ditubuhkan oleh KumpulanRundingan Pasaran Modal IMF. KumpulanRundingan ini terdiri daripada wakil-wakil kananinstitusi kewangan swasta yang kerap mempunyaidialog secara tidak rasmi dengan IMF.

Sebagai langkah seterusnya, pada bulan November2001, pihak IMF telah mencadangkan satu rangka

kerja bagi menggalakkan kedua-dua pihakpenghutang dan pemiutang untuk menstruktursemula hutang Kerajaan yang terbayar dengan carayang lebih berkesan dan cekap. Mekanisme IMFmenawarkan kepada negara yang berhutangperlindungan daripada tindakan undang-undangoleh pemiutang yang menghalang penstrukturansemula yang perlu dibuat, manakala negaraberhutang pula perlu berunding dengan pemiutangmereka dengan niat baik dan melaksanakan dasarbagi mengelakkan daripada masalah yang samaberulang pada masa akan datang. Mekanisme yangdicadangkan ini bertujuan untuk menangani isurumit berkaitan penstrukturan semula hutang negaradengan cara yang teratur, boleh dijangka dan cepat.Namun demikian, terdapat banyak isu lain yangmerangkumi isu perundangan hingga ke isu politik,yang perlu diselesaikan sebelum mekanisme ini dapatdilaksanakan. Kajian susulan perlu dibuat supayaprinsip dan peraturan mekanisme ini jelas,munasabah dan boleh dilaksanakan.

Perbincangan mengenai rejim kadar pertukaranterus mendapat perhatian masyarakat antarabangsa,dan ramai mengakui bahawa tidak ada satu rejimkadar pertukaran yang sesuai untuk semua negaradalam semua keadaan. Tambahan pula, terdapatkata sepakat di kalangan masyarakat antarabangsa,termasuk di Mesyuarat Eksekutif Bank-bank Pusat

Asia Timur dan Pasifik (EMEAP) dan MesyuaratAsia-Eropah (ASEM) serta institusi kewanganantarabangsa seperti IMF, bahawa negara-negaraperlu mengamalkan rejim kadar pertukaran yangmenyokong dan membantu dasar ekonomi makrodan dasar struktur mereka.

Di tengah-tengah perdebatan mengenai kos dankebaikan rejim “dua penjuru” iaitu rejim kadarpertukaran yang diapung secara bebas atau kadarpertukaran tetap, IMF menegaskan akan pentingnyabagi negara-negara untuk mengamalkan rejim kadarpertukaran yang sejajar dengan keadaan khusus asasekonomi makro mereka. Mengenai sistem kadarpertukaran tetap Malaysia, IMF dalampemerhatiannya dalam Rundingan TahunanArtikel IV dengan Malaysia pada bulan Ogos 2001,mendapati bahawa sistem kadar tetap adalah sesuaiselagi kadar pertukaran ringgit adalah sejajar dengankeseimbangan jangka panjang dan asas ekonomikekal teguh. Justeru itu, yang menjadi isu bukanlahrejim kadar pertukaran yang diguna pakai, akantetapi sama ada rejim kadar pertukaran itu bolehdisokong oleh dasar yang kukuh yang memenuhikeperluan ekonomi dan tidak menyebabkanketidakseimbangan ekonomi makro. Dalam hal ini,adalah dirumuskan bahawa kadar pertukaran tetapMalaysia telah disokong secukupnya oleh asasekonomi Malaysia yang kukuh.

Penyertaan dalam Mesyuarat IMFSebagai sebahagian daripada program luarannya,IMF telah menganjurkan lawatan sambil belajar kenegara-negara ahlinya secara berkala untukmenyesuaikan Pengarah-pengarah Eksekutif IMFdengan keadaan terkini di negara-negara ahli.Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada lawatansekumpulan Pengarah Eksekutif IMF pada 25-27Oktober 2001 dalam lawatan sambil belajar merekake empat buah negara Asia Tenggara (yang lainadalah Kemboja, Thailand dan Vietnam).Pengarah-pengarah IMF telah mengadakanperbincangan yang meluas dengan TimbalanPerdana Menteri, Gabenor BNM, Ketua SetiausahaKementerian Kewangan, Pengarah Eksekutif MajlisTindakan Ekonomi Negara, Pengerusi SuruhanjayaSekuriti, lain-lain pegawai kanan Kerajaan, sertawakil-wakil dari sektor swasta. Malaysiamemaklumkan kepada IMF mengenai keadaanekonomi semasa dan dasar di Malaysia. Dalammenjawab soalan yang diajukan olehPengarah-pengarah Eksekutif, Malaysia telahmenyuarakan pandangannya mengenai perlunyamemberi cadangan-cadangan dasar yang lebih

fleksibil, dengan mengambil kira rangka kerjainstitusi dan keadaan khusus ekonomi, sosial danpolitik sesebuah negara. Malaysia turut melahirkanpandangan bahawa walaupun Malaysia menyokongusaha IMF dalam memperbaiki ketelusan dalamoperasinya, Malaysia berpendapat perlunya untukmencapai keseimbangan dari segi mengekalkanrahsia berkaitan nasihat dasar IMF kepadanegara-negara ahli.

Mengenai dasar kadar pertukaran, BNMmenekankan bahawa bagi sesebuah ekonomi yangkecil dan amat terbuka yang berorientasikanperdagangan seperti Malaysia, kestabilan dalamkadar pertukaran adalah penting. Di Malaysia,sistem kadar pertukaran tetap disokong oleh dasarekonomi makro dengan inflasi yang rendah,imbangan luar yang kukuh, hutang luar yangrendah, tahap rizab yang tinggi, dan sistemperbankan yang cukup modal. Keadaan pertukaranasing dan pasaran kewangan yang stabil telahmembenarkan kemajuan yang nyata dalampenyusunan semula sektor kewangan dan korporat.

Dalam bidang perbankan dan kewangan Islam diarena antarabangsa, BNM telah menghadirimesyuarat yang dianjurkan oleh IMF termasukmesyuarat jawatankuasa persediaan dan mesyuaratperundingan peringkat Gabenor mengenaiPengurusan Risiko dan Piawaian Pengawalseliaanbagi Institusi Kewangan Islam. Mesyuarat tersebutmembincangkan kebolehlaksanaan penubuhan satubadan piawaian untuk institusi kewangan Islamyang antara lain, bertujuan untuk memajukan danmenggalakkan piawaian berhemat, penzahiran danpengawalseliaan bagi menangani risiko produkkewangan Islam. Mesyuarat tersebut dihadiri olehGabenor dan pegawai kanan bank pusatdari Arab Saudi, Bahrain, Bangladesh, Indonesia,Iran, Jordan, Kuwait, Malaysia, Mesir, Pakistandan Sudan, serta wakil-wakil IMF,Bank Pembangunan Islam (IDB) dan PertubuhanPerakaunan dan Pengauditan bagi InstitusiKewangan Islam (AAOIFI).

Jawatankuasa persediaan telah mengadakan mesyuaratpada bulan Mac 2001 (Washington D.C.), Jun 2001(Kuala Lumpur), Julai 2001 (Bahrain) dan Januari 2002(Paris) bagi menyediakan rangka kerja dan ArtikelPerjanjian bagi badan piawaian tersebut untukdibincangkan di mesyuarat perundingan peringkatGabenor. Mesyuarat perundingan peringkat Gabenortelah diadakan pada bulan September 2000 (Prague),April 2001 (Washington D.C.) dan November 2001

214

(Paris). Dalam mesyuarat yang diadakan pada bulanNovember, kesemua Gabenor telah bersetuju terhadappenubuhan satu badan piawaian bagi institusikewangan Islam, dan Malaysia menjadi negara tuanrumah kepada badan piawaian tersebut. Dalamperkembangan yang berkaitan, Bahrain dan Malaysiatelah memeterai satu Memorandum Persefahamanpada bulan Oktober 2001 dengan objektif untukmeningkatkan kerjasama di bidang kewangan. Usahaini akan melibatkan kerjasama dan permuafakatandengan negara-negara lain bagi membangunkanPasaran Kewangan Islam Antarabangsa.

LIBERALISASI SEKTOR KEWANGAN

Pertubuhan Perdagangan SeduniaPeristiwa yang paling penting bagi PertubuhanPerdagangan Sedunia (WTO) pada tahun 2001merupakan Persidangan Menteri WTO yang Keempat(PM Ke-4) yang telah diadakan di Doha, Qatar, pada 9-

14 November 2001. PM Ke-4 bersetuju untukmelancarkan pusingan baru rundingan perdaganganpelbagai hala, yang dikenali sebagai AgendaPembangunan. Pusingan baru rundingan perdaganganini merangkumi rundingan yang sedang dijalankandalam sektor pertanian dan perkhidmatan, sertarundingan atau rundingan yang mungkin diadakanmengenai pelbagai isu, termasuk pembukaan pasaranuntuk barangan bukan-pertanian, isu pelaksanaan,alam sekitar, pelaburan, dasar persaingan dan ketelusandalam perolehan kerajaan. Rundingan di bawahAgenda Pembangunan ini dijadualkan selesai pada 1Januari 2005.

Malaysia menyokong pelancaran pusingan barurundingan perdagangan pelbagai hala tetapimenekankan keperluan supaya diadakan satu agendayang seimbang dan boleh diurus yang memberipertimbangan sewajarnya kepada kepentingan dankebimbangan semua ahli WTO, terutama sekalinegara membangun. Oleh yang demikian, Malaysiamenyokong kemasukan rundingan sektor pertaniandan perkhidmatan, serta pembukaan pasaran untukbarangan bukan pertanian. Tambahan lagi, pusinganbaru ini turut mengakui keperluan khusus negaramembangun, terutamanya dalam melaksanakan

perjanjian WTO yang sedia ada, dan mendapatkankomitmen ahli WTO untuk menangani kelemahannegara membangun melalui bantuan teknikal danpembangunan kapasiti. Mengenai isu yang bolehmenimbulkan perselisihan seperti pelaburan, dasarpersaingan, ketelusan dalam perolehan kerajaan danfasilitasi perdagangan, proses pembelajaranberdasarkan program kerja yang lebih tertumpu akanditeruskan. Setelah mengambilkira pandanganbeberapa buah negara membangun, rundinganberkenaan isu-isu ini hanya akan bermula selepas PMKe-5, dengan syarat semua ahli WTO bersetujudengan kaedah rundingan tersebut.

Rundingan untuk meliberalisasikan lagi sektorperkhidmatan, termasuk sektor perkhidmatankewangan, telah dilancarkan secara rasmipada 25 Februari 2000. PM Ke-4 seterusnya telahbersetuju supaya ahli WTO menyerahkanpermohonan awalan bagi komitmen yang spesifik

pada 30 Jun 2002 dan tawaran awalan pada 31Mac 2003. Persetujuan juga dicapai supayarundingan dalam sektor perkhidmatan diselesaikanselewat-lewatnya pada 1 Januari 2005.

BNM terlibat secara aktif dalam rundingan sektorperkhidmatan pada tahun 2001, terutamanya dalamperbincangan untuk meliberalisasikan lagi sektorperkhidmatan kewangan. Dengan bermulanyarundingan peringkat “permohonan dan tawaran”pada 28 Mac 2001, beberapa buah negara telahmengemukakan cadangan rundingan dalam sektorperkhidmatan kewangan, dengan mengenalpastibidang dan isu yang mereka ingin ketengahkandalam rundingan pusingan ini. Ini termasuklahpermohonan supaya sekatan sedia ada dalamkemasukan pasaran dan layanan yangmengutamakan peserta tempatan dihapuskan, sertamenyarankan supaya pihak berkuasa tempatanmeningkatkan tahap ketelusan dalampengawalseliaan sektor kewangan.

Pada akhir rundingan pusingan perkhidmatankewangan yang lalu, yang tamat pada bulanDisember 1997, Malaysia telah membuat beberapakomitmen yang lebih baik dalam sektor insurans dan

Hubungan Luar Negara

215

Satu pusingan baru rundingan perdagangan pelbagai hala,merangkumi rundingan dalam sektor pertanian dan perdaganganserta beberapa bidang baru, telah dilancarkan pada tahun 2001.Rundingan akan diselesaikan pada 1 Januari 2005.

kewangan luar pesisir. Malaysia telah membuatkomitmen di bawah Perjanjian Am mengenaiPerdagangan Perkhidmatan (GATS) untukmembenarkan had agregat maksimum pemeganganekuiti rakyat asing sebanyak 30% dalam institusiperbankan tempatan. Selaras dengan dasarpenyatupaduan dalam sektor perbankan, tiadakomitmen dibuat untuk mengeluarkan lesenperbankan yang baru kepada rakyat tempatanmahupun asing. Dalam sektor insurans, satukomitmen telah dibuat untuk membenarkanpemegang saham rakyat asing yang sedia adamemiliki sehingga 51% ekuiti syarikat insurans.

Tambahan lagi, kemasukan baru syarikat insuransasing adalah dibenarkan melalui penyertaan(sehingga 30% daripada jumlah ekuiti) dalam syarikatinsurans yang diperbadankan di Malaysia.

Rundingan bagi meliberalisasikan lagi sektor kewanganakan mengikuti haluan pembangunan sektorkewangan yang telah ditetapkan dalam Pelan IndukSektor Kewangan (PISK). Pada masa kini, penyertaanasing dalam sektor kewangan tempatan adalah tinggi.14 daripada 27 buah bank perdagangan (termasuk duabank Islam) adalah dimiliki sepenuhnya oleh rakyatasing dan rakyat asing juga memiliki, secara purata

216

Jadual Rundingan WTO mengenai Perdagangan Perkhidmatan (2000-2005)

25 Februari 2000Rundingan pusingan baru bagisektor perkhidmatan telahdilancarkan secara rasmi.

Rundingan telah dimulakan dengan peringkat “merangkaperaturan” di mana ahli WTO telah merundingkan peraturan dandisiplin baru berkenaan beberapa peruntukan yang spesifik dalamPerjanjian Am mengenai Perdagangan Perkhidmatan (GATS),termasuk subsidi, perlindungan kecemasan dan perolehan kerajaan.

Perbincangan juga tertumpu kepada kaedah dan garis panduanbagi peringkat “permohonan dan tawaran”, penjadualan garispanduan dan disiplin ke atas pengawalan domestik.

BNM terlibat secara aktif dalam rundingan untuk mengguballangkah-langkah perlindungan kecemasan (emergency safeguardmeasures) bagi sektor perkhidmatan (sila rujuk Laporan TahunanBNM 2000).

Rundingan peringkat “permohonan dan tawaran” bermula apabilaahli WTO menerima garis panduan rundingan. Rundingan bagimeliberalisasikan lagi sektor perkhidmatan akan dijalankanberdasarkan cadangan-cadangan rundingan yang telahdikemukakan oleh ahli WTO.

“Permohonan dan tawaran” merupakan satu pendekatanrundingan dua hala, di mana rundingan dijalankan berdasarkanpermohonan yang dibuat oleh sebuah negara kepada rakanperdagangannya, dan tawaran yang diberikan oleh rakanperdagangan tersebut.

Ahli WTO perlu membuat permohonan awalan untuk komitmen-komitmen yang spesifik daripada ahli yang lain pada 30 Jun 2002.

Ahli WTO perlu membuat tawaran awalan untuk komitmen-komitmen yang spesifik pada 31 Mac 2003.

Rundingan sektor perkhidmatan dijadual tamat.

28 Mac 2001Rundingan sektor perkhidmatanmemasuki peringkat “permohonandan tawaran”

30 Jun 2002

1 Januari 2005

31 Mac 2003

sebanyak 18% daripada jumlah ekuiti lima buah bankmilik rakyat tempatan. Secara keseluruhannya, rakyatasing menguasai kira-kira 32% daripada jumlah asetbank perdagangan. Penyertaan asing turut tinggidalam industri insurans tempatan, di mana 25 daripada63 syarikat insurans dimiliki oleh rakyat asing. Syarikatinsurans yang dimiliki oleh rakyat asing ini menguasaisebanyak 64% daripada jumlah premium insuranshayat dan 39% daripada jumlah premium insurans am.

Selaras dengan komitmen untuk terus meliberalisasikanlagi sektor kewangan, dasar pada tahun 2001 memberitumpuan kepada pengukuhan kapasiti dan keupayaaninstitusi kewangan tempatan. Ini adalah bertujuanuntuk meningkatkan kebolehan institusi kewangantempatan supaya mereka boleh bersaing denganinstitusi kewangan asing pada tahap yang lebihsaksama. Rundingan bagi meliberalisasikan sektorperkhidmatan kewangan di bawah pusingan yang baruini telah meningkatkan lagi keperluan untukmengukuhkan kapasiti institusi kewangan tempatan.Beberapa inisiatif untuk membangunkan kapasiti telahdikenalpasti di bawah PISK, termasuklah strategi-strategi tertentu untuk meningkatkan tahap prestasi.Dalam pada itu, sebagai sebahagian daripada langkahuntuk membangunkan lagi sektor kewangan, PISK telahmengenalpasti beberapa langkah liberalisasi yang akandiambil dalam tempoh 10 tahun yang akan datang.

Perjanjian Rangka Kerja ASEAN berkenaan Perkhidmatan Perjanjian Rangka Kerja ASEAN berkenaan denganPerkhidmatan (AFAS) telah ditandatangani pada15 Disember 1995 oleh Menteri-Menteri EkonomiASEAN di Persidangan Kemuncak ASEAN yang Ke-5di Bangkok. Matlamat AFAS ialah untuk membangundan mempertingkatkan daya saing industriperkhidmatan ASEAN melalui, antara lainnya,meliberalisasikan perdagangan perkhidmatan melebihikomitmen yang dibuat dalam GATS (iaitu, GATS-plus).Pusingan pertama rundingan di bawah AFAS untukmeliberalisasikan sektor perkhidmatan, termasuksektor perkhidmatan kewangan, telah tamat padatahun 1998. Seterusnya, pusingan rundingan yangkedua telah dilancarkan pada bulan Januari 1999,dan dijadualkan tamat pada tahun 2001.Sehubungan dengan itu, pada bulan Ogos 2000,“Jawatankuasa Kerja mengenai Liberalisasi KewanganASEAN di bawah AFAS” telah ditubuhkan untukmenyediakan satu forum rundingan bagimeliberalisasikan sektor kewangan di kalangannegara-negara ASEAN. BNM telah menyertaibeberapa mesyuarat Jawatankuasa Kerja tersebutsepanjang tahun 2001, di mana ahli ASEAN

mengemukakan dan berunding mengenai tawaranGATS-plus mereka. Tawaran-tawaran komitmen olehnegara ASEAN telah diselesaikan dan “Protokoluntuk Melaksanakan Pakej Komitmen PerkhidmatanKewangan di bawah AFAS” dijangka ditandatanganipada bulan April 2002.

INISIATIF KERJASAMA SERANTAU

Kerjasama Kewangan ASEANKemajuan penting telah dibuat di dalam beberapainisiatif bagi mengeratkan lagi kerjasama serantau padatahun 2001. Di peringkat ASEAN, BNM telahmempengerusikan Forum Bank Pusat ASEAN (ACBF),iaitu sebuah forum bagi Timbalan Gabenor daripada10 bank-bank pusat dan pihak berkuasa kewanganASEAN untuk bertukar pendapat mengenaiperkembangan ekonomi dan kewangan serantau.Sehubungan dengan ini, BNM telah mempengerusikanMesyuarat ACBF yang Ke-8 dan Ke-9, yang telahdiadakan di Kuala Lumpur masing-masing pada 3 Aprildan 13 September 2001. Semasa mesyuarat ACBFyang Ke-9, ahli bank-bank pusat telah bersetuju untukmengukuhkan format ACBF bagi mempertingkatkanlagi proses pemantauan antara anggota danmenggalakkan pertukaran pendapat secara terbukasesama negara anggota.

Selaku pengerusi Pasukan Petugas Mata Wang danMekanisme Pertukaran Asing ASEAN, BNM telahmenganjurkan satu seminar mengenai “PeraturanMata Wang Tunggal dan Mekanisme PertukaranAsing dalam ASEAN” di Kuala Lumpur pada6 - 7 Ogos 2001, dan mempengerusikan mesyuaratpertama Pasukan Petugas pada 8 Ogos 2001.Seminar yang dianjurkan itu telah memberi peluangkepada para peserta untuk mendengar pendapatpakar-pakar mengenai prasyarat, kos dan faedahperaturan mata wang tunggal. Mesyuarat pertamaPasukan Petugas telah bersetuju bahawa tugasPasukan Petugas akan tertumpu kepadamengenalpasti kos, faedah dan kesesuaian untukmengadakan mata wang tunggal dalam ASEAN.

Satu lagi perkembangan penting dalam kerjasamakewangan ASEAN pada tahun 2001 adalahpersetujuan memorandum persefahaman bagimenubuhkan Institut Latihan dan PenyelidikanInsurans ASEAN (AITRI) di Malaysia, iaitu sebagaisebuah pusat rangkaian pembelajaran danpenyelidikan insurans di ASEAN. Sebagai permulaan,operasi AITRI akan dikendalikan oleh Institut InsuransMalaysia. Pada 8 April 2001, Menteri-menteriKewangan ASEAN telah menandatangani

Hubungan Luar Negara

217

“Protokol untuk Menubuhkan Skim Insurans WajibKenderaan Motor ASEAN”. Pelaksanaan Protokol iniadalah langkah pertama ke arah penubuhan satuskim insurans dalam ASEAN yang akan memudahkanpergerakan barangan di antara negara ASEAN,di mana ini akan mengurangkan kelewatan dalammenyeberangi sempadan.

Kerjasama Kewangan ASEAN+3Pada tahun 2001, perkembangan penting telah dibuatdalam pelaksanaan Inisiatif Chiang Mai (CMI), yangtelah dilancarkan oleh Menteri-Menteri KewanganASEAN dan rakan sejawatan mereka dari RepublikRakyat China, Jepun dan Korea (iaitu Menteri-MenteriKewangan ASEAN+3) pada 6 Mei 2000.

218

Mesyuarat Forum Bank Pusat ASEAN Pada Tahun 2001

I. ACBF Ke-8, 3 April 2001, Kuala Lumpur, MalaysiaII. ACBF Ke-9, 13 September 2001, Kuala Lumpur, Malaysia

Isu-isu yang Dibincangkan:• Pemantauan Antara Anggota: Ahli-ahli membincangkan dengan mendalam implikasi kelemahan

ekonomi dunia terhadap negara-negara ASEAN dan bertukar pendapat mengenai dasar tindakbalasyang telah diambil oleh negara-negara anggota untuk mengurangkan kesan-kesan buruk yangdihadapi. Mesyuarat telah bersetuju bahawa pengukuhan di dalam permintaan dalam negeri adalahpenting bagi mengurangkan kesan-kesan yang disebabkan oleh kelemahan di dalam permintaan luarke atas pertumbuhan ekonomi serantau. Ahli-ahli juga telah bersetuju bahawa adalah sangat pentinguntuk mengekalkan kestabilan kadar pertukaran mata wang dan kewangan di rantau ini, danmemperkukuhkan penyusunan semula sektor kewangan dan korporat.

• Peraturan Swap Dua Hala (BSA) di bawah Inisiatif Chiang Mai: Ahli-ahli membincangkankemajuan dalam pelaksanaan BSA.

• Cadangan Langkah-langkah untuk Mempertingkatkan Ulasan Ekonomi dan PerbincanganDasar Serantau: Ahli-ahli bertukar pendapat mengenai cadangan langkah-langkah untukmenggalakkan ulasan ekonomi dan perbincangan dasar yang sedia ada di antara negara-negaraASEAN+3.

• Mata Wang Tunggal dan Mekanisme Pertukaran Asing ASEAN: Ahli-ahli membincangkanlaporan yang dibentangkan oleh Pengerusi Pasukan Petugas Mata Wang dan Mekanisme PertukaranAsing ASEAN, dan bersetuju bahawa Pasukan Petugas perlu membuat analisis terhadap kos danfaedah mempunyai mata wang tunggal di ASEAN, dan mengenalpasti langkah-langkah yang perludiambil untuk memastikan peraturan mata wang tunggal akan dapat dilaksanakan.

• Persidangan Gabenor Bank Pusat ASEAN: Ahli-ahli membincangkan cadangan untukmenganjurkan Persidangan Tahunan Gabenor Bank Pusat ASEAN bagi melengkapkan ACBF.Persidangan ini akan menyediakan satu forum bagi Gabenor untuk bertukar pendapat mengenaiperkembangan ekonomi dan kewangan serantau terkini, serta mengenalpasti bidang kerjasama diantara bank pusat ASEAN. Persetujuan telah dicapai untuk mengadakan Persidangan Gabenor yangPertama, berkemungkinan pada bulan Jun 2002.

Usaha untuk mengukuhkan kerjasama serantau dipergiatkan lagipada tahun 2001. Kemajuan telah dicapai dalam pelaksanaanInisiatif Chiang Mai dan kerja telah bermula bagimempertingkatkan keberkesanan ulasan ekonomi danperbincangan dasar serantau.

219

Hubungan Luar Negara

Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan ASEAN dan ASEAN+3 Pada Tahun 2001

I. AFMM Ke-5, 7 - 8 April 2001, Kuala Lumpur, MalaysiaII. AFMM+3, 9 Mei 2001, Honolulu, Amerika Syarikat

Isu-isu yang Dibincangkan:• Pemantauan Antara Anggota: Para Menteri mengambil maklum mengenai kemerosotan prospek

ekonomi dunia dan langkah-langkah awalan yang telah diambil oleh sesetengah negara anggotauntuk mengatasi kesan daripada permintaan luar yang rendah. Para Menteri bersetuju mengenaikeperluan untuk meneruskan penyusunan semula sektor kewangan dan korporat, dan jugamenggalakkan pembangunan sistem kewangan yang stabil dan kukuh untuk berupaya menghadapikejutan luaran dengan lebih baik. Para Menteri juga bersetuju untuk mengadakan perbincangandasar yang lebih erat dan memperkukuhkan kerjasama serantau dalam pemantauan aliran modal,mekanisme bantuan, dan penyusunan semula kewangan antarabangsa.

• Kerjasama Kewangan ASEAN: Para Menteri mengalu-alukan kemajuan dalam pelaksanaanProgram Kerja Kewangan ASEAN, termasuk dalam memperkukuhkan sistem kewangan,pembangunan pasaran modal dan liberalisasi sektor kewangan di bawah AFAS.

• Kerjasama Kewangan Asia Timur: Para Menteri mengambil maklum kemajuan pelaksanaan BSA dibawah CMI dan bersetuju untuk mengkaji semula prinsip utama BSA dalam masa tiga tahun lagi,dengan mengambil kira operasi sebenar BSA dan faktor-faktor yang berkaitan.

• Kumpulan Kerja untuk Mempertingkatkan Keberkesanan Ulasan Ekonomi dan PerbincanganDasar: Para Menteri bersetuju untuk menubuhkan Kumpulan Kerja ASEAN+3 untukmempertingkatkan keberkesanan ulasan ekonomi dan perbincangan dasar di antara negara-negaraASEAN+3.

• Pemantauan Aliran Modal: Para Menteri bersetuju untuk mengadakan pertukaran maklumatmengenai aliran modal jangka pendek secara berterusan. Sehubungan dengan ini, negara anggotatelah bersetuju untuk bertukar maklumat berkenaan aliran modal secara sukarela denganmenggunakan format yang telah dipersetujui.

• Struktur Kewangan Antarabangsa: Para Menteri mengambil maklum perkembangan di G-7, G-20dan FSF pada tahun 2001.

BNM telah menandatangani dua perjanjian PeraturanSwap Dua Hala (BSA) dengan Bank of Japan, yangbertindak bagi pihak Kementerian Kewangan Jepun,pada 5 Oktober 2001. Perjanjian-perjanjian iniadalah untuk BSA baru sebanyak AS$1 bilion dibawah CMI dan pembaharuan kepada peraturanswap yang sedia ada sebanyak AS$2.5 bilion dibawah Inisiatif Baru Miyazawa (NMI). Perjanjian-perjanjian ini adalah untuk jangka masa selamatiga tahun.

Di peringkat serantau, Jepun telah menandatanganiperaturan swap sebanyak AS$2 bilion dengan Koreapada 4 Julai 2001. Ini adalah tambahan kepadaperaturan swap yang sedia ada dengan Koreasebanyak AS$5 bilion di bawah NMI. Jepun juga

telah menandatangani perjanjian peraturan swapdengan Thailand sebanyak AS$3 bilion pada 30 Julai2001, dan dengan Filipina sebanyak AS$3 bilionpada 27 Ogos 2001. Thailand dan Republik RakyatCina telah menandatangani perjanjian peraturanswap sebanyak AS$2 bilion pada 6 Disember 2001.

Satu lagi perkembangan penting dalam kerjasamakewangan serantau adalah penubuhan“Kumpulan Kerja ASEAN+3 untuk MengkajiLangkah-langkah bagi MempertingkatkanKeberkesanan Ulasan Ekonomi dan PerbincanganDasar” oleh Menteri-Menteri Kewangan ASEAN+3semasa mesyuarat mereka di Honolulu pada 9 Mei2001. Tugas Kumpulan Kerja tersebut adalah untukmengkaji langkah-langkah bagi meningkatkan

keberkesanan ulasan ekonomi dan perbincangan dasarantara negara ASEAN+3. Ulasan dan perbincangandasar yang lebih berkesan, termasuk pemantauanantara anggota, dapat membantu dalam mengenalpastiisu dan masalah yang bakal timbul, dan ini seterusnyamembolehkan pihak berkuasa mengambil langkah-langkah dasar pembetulan dan awalan danmengurangkan kesan penularan. Sebagai tambahan,proses perbincangan dasar serantau yang berkesanakan menggalakkan dasar makroekonomi yang baikdan menangani risiko moral yang mungkin timbul didalam pelaksanaan CMI. Kumpulan Kerja tersebuttelah dipengerusikan oleh Jepun dan Malaysia, danterdiri daripada pegawai-pegawai kanan darikementerian kewangan dan bank pusat negara-negaraASEAN+3. Mesyuarat pertama Kumpulan Kerja tersebuttelah diadakan di Kuala Lumpur pada 22 November2001. Mesyuarat tersebut telah membincangkanlangkah-langkah untuk mempertingkatkan ulasanekonomi dan perbincangan dasar serantau yang telahdicadangkan oleh Jepun dan BNM.

SEACENSemasa Persidangan Ketiga-Puluh Enam Gabenor-Gabenor Bank Pusat Asia Tenggara (SEACEN), yangdiadakan di Singapura pada 1-2 Jun 2001, paraGabenor telah berkongsi pengalaman negara masing-masing dalam mengekalkan kestabilan kewangan.Perbincangan tersebut merangkumi pelbagai aspektermasuk isu-isu mengenai pengurusan kadarpertukaran; peningkatan keupayaan dan rangka kerjapenyeliaan; dan pelaksanaan Persetujuan ModalBaru Basel.

Aktiviti utama yang telah dilaksanakan oleh PusatPenyelidikan dan Latihan SEACEN (Pusat SEACEN)adalah penyempurnaan Kajian Semula StrategikSEACEN dan mengemukakannya kepada LembagaPara Gabenor SEACEN pada bulan Jun 2001.Lembaga Gabenor telah menimbang cadangan-cadangan yang dibentangkan oleh Kajian Semulatersebut mengenai struktur, sumber dan operasi PusatSEACEN. Cadangan-cadangan yang dibentangkanadalah untuk memastikan bahawa Pusat SEACENmasih relevan dalam meningkatkan kemahiran ahli-ahlinya bagi menghadapi cabaran arus globalisasi danmengukuhkan peranannya sebagai pusat penyelidikandan latihan yang unik dan bereputasi tinggi di rantauini. Dalam hal ini, para Gabenor bersetuju padadasarnya dengan cadangan untuk menjajar semuladan memberi tumpuan yang lebih kepada aktiviti danstruktur organisasi Pusat SEACEN. Satu langkah sertamerta yang diambil untuk meningkatkankeberkesanan struktur pentadbiran Pusat SEACEN

ialah penubuhan Jawatankuasa Eksekutif yangdianggotai oleh para Timbalan Gabenor dari ahli-ahlibank pusat. Struktur pentadbiran baru ini akanmembolehkan Lembaga Gabenor untuk menyerahkantanggungjawab mengenai pengurusan danpengawasan operasi Pusat SEACEN, seperti programkerja tahunan dan belanjawan, kepada JawatankuasaEksekutif tersebut. Ini akan membolehkan LembagaGabenor, yang kekal sebagai badan penggubal dasarPusat SEACEN yang tertinggi, memberi tumpuan yanglebih kepada pertimbangan isu-isu penting mengenaidasar monetari dan kewangan.

Untuk meningkatkan kualiti program-programlatihannya, SEACEN terus mengukuhkan hubunganyang strategik dengan institusi-institusi kewanganantarabangsa seperti IMF, BIS dan Pusat Toronto.Sumber kewangan Pusat SEACEN telah dipertingkatkanoleh jaminan Bank of Japan untuk menyediakanpembiayaan bagi lima aktiviti latihan SEACEN setahunseperti yang dipersetujui oleh pihak Bank of Japan.Sepanjang Tahun Operasi 2001/2002 Pusat SEACEN,BNM telah menganjurkan dua aktiviti latihan iaituBengkel Strategi Komunikasi untuk Dasar Monetari(19-21 Februari 2002) dan Seminar KepimpinanSEACEN-Pusat Toronto bagi Pihak Pengurusan KananBank Pusat dalam Pemantauan Sistem Kewangan(18-22 Mac 2002).

Kumpulan Pakar SEACEN mengenai Aliran Modal(SEG) telah terus mencapai kemajuan untukmembentuk rangka kerja serantau bagimenggalakkan perkongsian maklumat mengenaialiran modal di kalangan ahli-ahlinya. SemasaMesyuaratnya yang Ke-3 yang diadakan di KualaLumpur pada 3-4 Mei 2001, ahli-ahli bersetuju untukmemberi maklumat berdasarkan satu set data templatyang bertujuan untuk menangani masalahkekurangan data mengenai aliran modal. Data yangdikumpul akan dikongsi melalui kemudahanpertukaran data elektronik yang selamat yang akanditempatkan di Pusat SEACEN. Semasa mesyuarattersebut, ahli-ahli telah bertukar pengalaman negaramasing-masing dalam pengurusan risiko aliran modal.Sebagai tambahan, bengkel separuh hari mengenaipengurusan risiko yang berkaitan dengan aliranmodal telah diadakan, dengan pembentangannyaoleh wakil Bank Dunia dan sektor swasta.Seterusnya, SEG akan memulakan kerja bagimencapai objektif keduanya iaitu membentukcadangan yang konkrit dan praktikal yang bolehdilaksanakan secara individu atau bersama olehahli-ahlinya dalam meningkatkan pengurusan risikoaliran modal yang mudah ubah.

220

Di bawah Skim Biasiswa dan Bantuan TabungAmanah SEACEN (STF), empat biasiswa telahdianugerahkan kepada ahli-ahli bank pusat yanglayak, sementara satu telah dianugerahkan kepadabank pusat pemerhati SEACEN. Skim tersebut, yangbermula pada tahun 1993, memberi bantuankewangan kepada pegawai-pegawai dari ahli-ahlibank pusat dan bank pusat pemerhati yang layakuntuk menghadiri program latihan yang dikendalikanoleh Pusat SEACEN.

EMEAPMesyuarat Eksekutif Asia Timur dan Pasifik(EMEAP) Bank-bank Pusat terus menjadi sebuahforum yang penting untuk kerjasama monetaridan kewangan di kalangan bank-bank pusat danpihak berkuasa kewangan di rantau Asia Timurdan Pasifik. Pada tahun ini, para TimbalanEMEAP mengadakan mesyuarat dwi-tahunanmereka di Beijing pada 26 Mac, dan di Aucklandpada 3 Disember. Mesyuarat Tahunan Ke-6para Gabenor telah diadakan di Sydney pada7 Julai 2001.

EMEAP, melalui aktiviti tiga kumpulan kerjanya, telahmenyumbang kepada pembentukan kapasiti dikalangan ahli bank-bank pusat. Kumpulan Kerjamengenai Sistem Pembayaran dan Penjelasanmenumpukan kepada langkah-langkah untukmengurangkan risiko penjelasan kadar pertukaran

di rantau EMEAP. Kumpulan Kerja mengenaiPenyeliaan Perbankan memberikan tumpuanterutamanya terhadap cadangan Perjanjian Basel yangbaru. Sementara itu, Kumpulan Kerja mengenaiPasaran Kewangan terus membincangkan mengenaiperkembangan sistem penjelasan yang mempunyaijalinan berterusan untuk kadar pertukaran dankesannya kepada operasi pasaran bank pusat danpengurusan rizab di rantau ini. Tema utama yangdibincangkan oleh EMEAP pada tahun 2001termasuklah menggalakkan kestabilan kewangandengan tumpuan kepada pencapaian dan cabaran,harga aset serta dasar bank pusat.

Satu perkembangan yang berkaitan ialah penubuhanMajlis Perundingan Asia (ACC) BIS pada bulan Mac

2001. Para anggota terdiri daripada semua Gabenorbank pusat EMEAP di dalam BIS termasuklahMalaysia. ACC merupakan jentera perhubungandi antara anggota-anggota BIS dari Asia dan Pasifikdengan Lembaga dan pihak Pengurusan BIS tentangperkara-perkara di mana pihak bank pusat Asiamempunyai kepentingan dan kebimbangan.Mesyuarat pertamanya telah diadakan di Basel padabulan Jun 2001.

Kumpulan Rangka Kerja ManilaKumpulan Rangka Kerja Manila (MFG) para TimbalanKewangan dan Bank Pusat bermesyuarat sebanyakdua kali pada tahun 2001, iaitu di Beijing pada27-28 Mac, dan di Auckland pada 4-5 Disember,untuk mengkaji perkembangan ekonomi di rantauAsia Pasifik dan membincangkan isu-isu dasar yangberkaitan. Dalam hal pemantauan serantau,Kumpulan ini mengenal pasti bahawa keadaanekonomi global terkini yang lemah telahmeningkatkan keperluan para ahli untukmengekalkan dasar ekonomi makro yang bersifatmenyokong dan dasar struktur yang kukuh bagimelancarkan usaha-usaha yang dibuat supaya dapatkembali kepada suasana di mana ekonomi mengalamipertumbuhan yang baik, stabil dan kemiskinan dapatdibasmikan. Peristiwa 11 September telah menjadiasas untuk Kumpulan ini memberikan sokongannyakepada usaha Kumpulan 20 yang telah melancarkanPelan Tindakan mengenai Pembiayaan Pengganas.

Komitmen juga telah diberikan untuk melaksanakanlangkah-langkah dalam Pelan tersebut mulai bulanFebruari 2002.

Kumpulan tersebut juga telah membincangkanlaporan Pasukan Petugas Peraturan Pembiayaan MFG,dengan penekanan terhadap prinsip-prinsip yangmungkin dapat menguruskan operasi peraturanpembiayaan yang bersifat bekerjasama, sebagaimanadicadangkan semasa MFG bersidang pada tahun1997. Kumpulan ini telah bersetuju bahawasebarang peraturan pembiayaan MFG akanmelibatkan pembiayaan dua hala yang disokong olehprogram IMF, berdasarkan setiap kes danpenyertaannya pula adalah secara sukarela. Isu-isu iniakan dibincangkan kembali oleh Kumpulan tersebut

Hubungan Luar Negara

221

Perbincangan pada peringkat serantau (EMEAP, APEC, MFG danMajlis Perundingan Asia, BIS) tertumpu kepada pilihan dasarekonomi makro untuk menangani kemelesetan ekonomi global.Kerjasama daripada kumpulan petugas telah menyumbang kepadapembentukan kapasiti domestik di kalangan ahli.

untuk memastikan ianya sentiasa sesuai digunakanoleh para anggota Kumpulan ini, dari segi prinsipserta cara pelaksanaannya yang akan menjadi asaskepada peraturan pembiayaan.

Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik Sejajar dengan tema “Pertumbuhan denganPenstrukturan, Kestabilan dan Kesaksamaan”,Menteri-Menteri Kewangan APEC telah bermesyuarat diSuzhou, Republik Rakyat China pada 8-9 September2001. Para Menteri Kewangan APEC telahmenumpukan perhatian mereka kepadacabaran-cabaran dasar yang dihadapi oleh ekonomiAPEC dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomiyang mampan dan kestabilan kewangan di rantau ini.Menteri-Menteri Kewangan bersetuju bahawa perlunyareformasi struktur yang lebih komprehensif untukmengukuhkan asas kestabilan makroekonomi danpemulihan yang mampan dalam taraf kehidupan.Ahli-ahli APEC juga mengekalkan usaha-usaha bersama

mereka di bawah pelbagai inisiatif APEC di sepanjangtahun tersebut. Sebagai tambahan, untuk memastikanagar APEC peka kepada kewujudan cabaran-cabaranekonomi dan kewangan di rantau ini, para Menteriturut mengesahkan Kajian Semula Strategik terhadapProses Menteri-Menteri Kewangan APEC. KajianSemula Strategik tersebut telah mengemukakan rangkakerja baru yang akan menjadi teras kepada kerja yangdijalankan di bawah proses kewangan untukmelengkapkan visi keseluruhan APEC. Rangka kerjabaru tersebut telah mengambil kira keunikan sertakelebihan dan batasan APEC, seperti keahlian APECyang pelbagai, penglibatan secara sukarela oleh ahli-ahlinya dan sumber-sumber yang terhad untukmembangunkan inisiatif-inisiatif dasar.

Dari segi usaha kerjasama, BNM terus mengambilbahagian dalam program kerja APEC yangdikendalikan di bawah pelbagai inisiatif. Programkerja ini merangkumi aktiviti-aktiviti kumpulan utama;

222

Mesyuarat-Mesyuarat APEC Pada Tahun 2001

I. Mesyuarat Pegawai Kewangan dan Bank Pusat Peringkat Timbalan APEC1 Mei, Washington D. C., Amerika Syarikat6-7 September, Suzhou, Republik Rakyat China

II. Mesyuarat Ke-8 Menteri-Menteri Kewangan APEC8-9 September, Suzhou, Republik Rakyat China

Isu-isu yang Dibincangkan• Cabaran Makroekonomi dan Maklumbalas Dasar

Memandangkan persekitaran ekonomi global yang kurang memberangsangkan, APEC telah memberipenekanan akan kepentingan masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan dasar yang sesuaibagi membantu pemulihan awal aktiviti ekonomi global. APEC turut menekan komitmen bagimeningkatkan dialog dan kerjasama berhubung dasar makroekonomi untuk mengurus masalah-masalah ekonomi yang dihadapi oleh ahli-ahlinya dan membina asas yang kukuh untuk mengekalkanpertumbuhan yang menyeluruh di rantau ini. Sebagai tambahan, APEC memberikan penekananbahawa perlunya reformasi struktur dalaman yang berterusan untuk meningkatkan keupayaan untukbertindakbalas kepada kejutan kewangan dan ekonomi.

Mengenai arus globalisasi, APEC menekankan perlunya pelaksanaan dasar dan rangka kerja yangsesuai untuk membolehkan semua ahli memperolehi manfaat daripada peningkatan dalam prosesintegrasi kewangan dan ekonomi.

• Mengukuhkan Sistem Kewangan AntarabangsaAPEC mengalu-galukan tindakan semasa yang diambil untuk menyusun semula struktur kewanganantarabangsa dan menggalakkan pelaksanaan reformasi tersebut secara berterusan. WalaupunAPEC mengesahkan pelaksanaan kod dan piawaian antarabangsa, ia telah menekankan bahawapelaksanaan dan penilaian keterpakaian kod dan piawaian tersebut perlu mengambil kira keadaantersendiri setiap negara dan keupayaan institusinya.

dialog mengenai dasar; dan program latihan. Dalamhal ini, BNM telah mengambil bahagian dalam siridialog dasar mengenai penyeliaan perbankan; danpengurusan kegagalan bank; serta dalam programlatihan yang dianjurkan di bawah Inisiatif LatihanPenguatkuasa Kewangan. BNM turut terlibatdi dalam Kumpulan Kerja APEC mengenai SistemTransaksi Kewangan Elektronik dan Kumpulan Kerjabagi Menentang Jenayah Kewangan.

Kumpulan G-15Sidang Kemuncak ke-11 Ketua-Ketua Negara danKerajaan Kumpulan 15 (G-15) telah diadakan di Jakarta,Indonesia pada 30-31 Mei 2001. Di Sidang Kemuncaktersebut, ahli-ahli G-15 telah menyuarakankebimbangan mereka mengenai kurangnya kemajuanterhadap penyusunan semula struktur kewanganantarabangsa. Ia adalah penting untuk menanganirisiko-risiko dan cabaran-cabaran globalisasi secaraefektif. Untuk mengekal dan mempercepatkan usaha-usaha reformasi, ahli-ahli G-15 telah bersetuju dengancadangan Malaysia untuk menubuhkan KumpulanPakar mengenai Penyusunan Semula StrukturKewangan Antarabangsa. Kumpulan Pakar ini telahdipertanggungjawabkan untuk menilai kemajuan kerja-kerja mengenai penyusunan semula struktur kewanganantarabangsa dan mengemukakan cadangan-cadanganuntuk menangani kebimbangan dan menjagakepentingan negara-negara membangun, terutamanyaG-15. Fungsi penubuhan Kumpulan Pakar berkenaanadalah untuk mengemukakan pendapat ahli-ahli G-15di pelbagai forum antarabangsa. Mesyuarat KumpulanPakar telah diadakan di Kuala Lumpur pada26 Februari 2002.

Mesyuarat Asia-EropahSelepas Mesyuarat Ke-3 Menteri-Menteri KewanganAsia-Eropah (ASEM) yang diadakan di Jepun dalambulan Januari 2001, Mesyuarat Kumpulan Teras ASEMtelah diadakan di Washington, D.C., Amerika Syarikatpada 13-14 April 2001. Semasa mesyuarat tersebut,ahli-ahli ASEM telah menilai semula kemajuan aktiviti-aktiviti ASEM yang sedang dijalankan seperti ProjekPenyelidikan Kobe, Tabung Amanah ASEM II dan InisiatifPencegahan Pengubahan Wang Haram ASEM. Ahli-ahliASEM juga turut diberi laporan terkini mengenai inisiatif-inisiatif dalam kerjasama serantau di Asia dan Eropah.Berhubung dengan kemajuan kerjasama serantau diAsia, Malaysia telah memaklumkan ahli-ahli ASEMmengenai status terkini CMI, yang merangkumiPeraturan Swap ASEAN yang diperbesarkan danPeraturan Swap Dua Hala dan Perjanjian Beli-Balik DuaHala. Malaysia telah juga memaklumkan Mesyuarattentang status pembangunan proses pemantauan

ASEAN. Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan ASEMyang seterusnya dijadual akan diadakan di Copenhagen,Denmark pada 5-6 Julai 2002. Sidang KemuncakPemimpin-Pemimpin ASEM, yang diadakan dua tahunsekali, akan juga diadakan di Copenhagen, Denmarkpada 22-24 September 2002.

Kumpulan Asia/Pasifik bagi PengubahanWang HaramInisiatif antarabangsa memerangi pengubahan wangharam, yang dimulakan sejak sedekad yang lalu olehbadan antarabangsa dan pasukan petugas khas,semakin dipertingkatkan sejak kebelakangan ini. Padatahun 2001, usaha-usaha menyekat pengubahanwang haram semakin dipertingkatkan selepasperistiwa 11 September 2001. Malaysia telahmenyokong secara aktif kerjasama serantau danantarabangsa dalam usaha memerangi pengubahanwang haram. Malaysia telah menggubal AktaPencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (Akta)yang telah dikuatkuasakan pada 15 Januari 2002.Inisiatif merangka Akta ini telah bermula denganperumusan kertas konsep pada bulan Oktober 2000dan seterusnya Akta ini telah diwartakan pada 5 Julai2001. Akta ini menjadikan pengubahan wang haramsebagai satu jenayah dan memperuntukkan kuasapenguatkuasaan kepada agensi-agensi berkaitan;mewajibkan pengenalpastian pelanggan,penyimpanan rekod dan tanggungjawab sebagaipelapor; serta memberi mandat kepada pihakberkuasa berwibawa untuk menerima, menganalisadan berkongsi maklumat berkenaan aktivitipengubahan wang haram. Bagi melaksanakan fungsidi bawah Akta ini, BNM telah menubuhkan sebuahjabatan baru, iaitu Unit Perisikan Kewangan, bagimelaksanakan langkah-langkah pencegahan danpengenalpastian pengubahan wang haram.

Malaysia menjadi ahli Kumpulan Asia/Pasifik bagiPengubahan Wang Haram (APG) pada 31 Mei 2000.APG telah ditubuhkan dengan rasminya pada Februari1997 semasa Simposium Pengubahan Wang Haramyang ke-4 di Bangkok. Pejabat urusetia APGditempatkan di Sydney. Misinya adalah untuk“menyediakan kerjasama serantau di dalammenyelesaikan isu pengubahan wang haram sejagat”.Strategi utama APG ialah untuk mengawasipenggunaan, pelaksanaan dan penguatkuasaansebarang piawaian antarabangsa berhubung denganpencegahan pengubahan wang haram di dalambidang perundangan, kewangan dan penguatkuasaanundang-undang serta menggunakan kaedah penilaianbersama bagi menggalakkan pematuhan ahliterhadap piawaian antarabangsa tersebut.

Hubungan Luar Negara

223

Malaysia dan Australia adalah pengerusi bersamaAPG pada ketika ini. Tempoh pengerusi bersama iniadalah selama dua tahun yang akan berakhir padapertengahan tahun 2002. BNM mengetuai delegasiMalaysia ke APG, dan selaku pengerusi bersama,bertanggungjawab membantu Sekretariat APG dalampersediaan mesyuarat. Pada tahun 2001, BNM telahmenganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan APG ke-4di Kuala Lumpur (22-24 Mei 2001). Mesyuarat inimerupakan mesyuarat terbesar pernah dianjurkanoleh APG hingga ke hari ini. Ia berjaya menarik lebihdari 200 peserta, mewakili 38 bidang kuasa,dan 13 badan serantau dan antarabangsa. Tigabidang kuasa iaitu Kepulauan Cook, Macau dan Niue,telah diterima sebagai ahli baru APG di mesyuarat ini,menjadikan jumlah keahlian kepada 22. APG jugadisertai oleh lapan lagi bidang kuasa dengan statuspemerhati. Mesyuarat APG ke-4 antara lainmembincangkan:• Empat laporan penilaian bersama ke atas ahli

bidang kuasa;• Bengkel tipologi semasa dan masa depan bagi

cara-cara pengubahan wang haram dan langkah-langkah untuk menanganinya;

• Kerjasama serantau dan antarabangsa; dan• Inisiatif pencegahan pengubahan wang haram

sejagat.

Selaras dengan keahlian APG, kesemua ahliditetapkan untuk turut serta di dalam penilaianbersama di kalangan ahli-ahli APG. Proses penilaianbersama memberikan pengiktirafan apabila syaratpiawaian antarabangsa dipenuhi dan membantumengenalpasti kelemahan yang perlu diperbaiki.Pada tahun 2001, Malaysia juga telah dinilai olehAPG. Pusat Kewangan Antarabangsa Pesisir LuarLabuan (Labuan IOFC) telah dinilai oleh APGbersama dengan Kumpulan Penyeliaan Perbankanbagi Pesisir Luar (2-6 April 2001). Programpencegahan pengubahan wang haram Malaysia jugatelah dinilai oleh APG pada 9-12 Julai 2001. Disepanjang misi penilaian tersebut, penilai-penilaitelah bertemu dengan pelbagai agensi kerajaan daninstitusi kewangan di Malaysia. Penilaian bersamake atas Malaysia ini akan dibentang untukperbincangan dan penerimaan di Mesyuarat AgungTahunan APG ke-5 pada bulan Jun 2002.

Di sepanjang tahun ini, Malaysia turut menyertaiBengkel Latihan Penilaian Bersama APG di Bangkokdan Bengkel Tipologi Cara-cara Pengubahan WangHaram di Singapura. Malaysia juga menjadi ahliKumpulan Kerja APG bagi Perkongsian Maklumat.Objektif utama Kumpulan Kerja ini adalah untuk

membuat cadangan bagi meningkatkan kecekapandan keberkesanan perkongsian maklumat di antarabidang kuasa, terutamanya berhubung denganketepatan maklumat serta pemberian maklumat padamasa yang tepat dan secara timbal-balik.

KERJASAMA DUA HALA

Peraturan Pembayaran Dua HalaDi sepanjang tahun, BNM terus mempromosikanPeraturan Pembayaran Dua Hala (BPA) sebagaisebahagian daripada usaha Malaysia untukmempelbagaikan pasaran eksportnya danmempertingkatkan dagangan dua hala dengannegara-negara membangun yang lain.

BNM juga mengambil bahagian dalam kajian semulaskim Peraturan Pembayaran dan Kredit Minyak Sawit(POCPA) yang di bawah bidang kuasa KementerianPerusahaan Utama. Kajian semula ini dilaksanakanberikutan masalah lebihan pengeluaran dalam industriminyak sawit yang mengakibatkan kejatuhan hargaminyak sawit ke paras terendah dalam sejarah. Dalammempromosikan skim POCPA, kaedah dagangan timbalbalas diperkenalkan sebagai alternatif kepadapenjelasan secara tunai. Sebagai tambahan, skimPOCPA yang baru akan ditawarkan berasaskan kreditpusingan selama tiga tahun, di mana negara penerimakredit dapat mengguna balik kredit tersebut apabilamembuat bayaran balik dalam masa yang ditetapkan.

Bantuan Teknikal dan Pertukaran Maklumat BNMPada tahun 2001, BNM terus giat menggalakkankerjasama erat dengan bank pusat dan pihakberkuasa kewangan lain, dan juga dengan institusisektor awam dan swasta asing selaras dengan polisiBank untuk berkongsi pengalaman dan berinteraksidengan pihak yang berminat.

Di sepanjang tahun, BNM menerima 58 delegasiasing bagi mengadakan perbincangan, lawatansambil belajar dan program ikatan.Delegasi-delegasi tersebut adalah dari bank pusat,agensi kerajaan dan organisasi sektor awam danswasta yang lain dari Afrika, Asia, Eropah, AmerikaUtara dan Oseania. Tumpuan adalah diberikandalam pelbagai aspek perbankan pusat, termasuklahoperasi perbendaharaan dan pelaburan, sistempembayaran, dasar monetari dan kewangan,pengawalan bank,penyeliaan bank,teknologimaklumat,kawalan pertukaran,pengurusan danoperasi mata wang, pengurusan dan latihan sumbermanusia, dan perbankan Islam.

224

Pada bulan Mei 2001, BNM melancarkan ProgramLatihan dan Teknikal selama dua tahun ataspermintaan State Bank of Pakistan. Pembiayaanprogram tersebut disediakan oleh Bank PembangunanAsia. Program ini turut melibatkan program ikatandi Kuala Lumpur bagi pegawai State Bank of Pakistan.

Enam belas peserta dari bank pusat benua Afrika,Asia, Eropah dan Amerika Utara turut bersamadengan para pegawai peringkat pertengahan BNMdalam Kursus Perbankan Pusat yang ke-20 yangdikendalikan oleh BNM di Kuala Lumpur pada10-29 September 2001. Pembiayaan para pesertaberkenaan disediakan di bawah Program KerjasamaTeknikal Malaysia. Sehingga kini, seramai 166 pesertadari 64 buah bank pusat asing telah menghadiriprogram ini. Kursus ini, yang merangkumi pelbagaisubjek seperti penggubalan dasar monetari dankewangan serta peranan bank pusat dalammengawal sistem kewangan, dirangka untuk

membentuk para pegawai dalam kerjaya merekasebagai pegawai bank pusat. Di akhir program ini,para peserta dijangka mempunyai perspektif yanglebih meluas, melebihi bidang tugasan mereka.

Pada tahun 2001, BNM telah menjadi tuan rumahkepada tiga mesyuarat tahunan dua hala di KualaLumpur, iaitu dengan Bank of Thailand, Hong KongMonetary Authority dan Monetary Authority ofSingapore. Mesyuarat dua hala ini dianggap pentingkerana ianya memberi peluang untuk pertukaranpendapat dan berkongsi pengalaman dalam suasanayang lebih erat. Mesyuarat tersebut telahmengukuhkan pertalian dan kerjasama antara BNMdan bank pusat yang lain. Antara isu-isu yangdibincangkan pada mesyuarat tersebut ialah kesandaripada perkembangan semasa ekonomi global;dasar strategi dan risiko bersama dalam pengurusanmakroekonomi; perkembangan kadar pertukaran;prestasi sistem perbankan; dan pengurusan risiko.

Hubungan Luar Negara

225