kemunculan tamadun islam dan perkembangannya di makkah

32
Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah Bab 4: Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah Masyarakat Arab Jahiliah: Jahiliah bermaksud jahil atau tidak tahu serta tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Diberi gelaran masyarakat jahiliah kerana tidak mahu menerima kebenaran dan ajaran para nabi dan rasul sebelumnya. Masyarakat jahiliah terbahagi kepada dua iaitu masyarakat badwi dan hadhari. Zaman jahiliah dianggap zaman kegelapan kerana; mereka tidak menyembah Allah, mereka menyembah berhala dan animism, kehidupan masyarakatnya kucar-kacir, tiada panduan daripada kitab, nabi dan rasul kepada masyarakat. Mempunyai akhlak yang rendah seperti kejam, zalim angkuh dan sebagainya. Ciri-ciri Masyarakat Jahiliah: Wanita dipandang rendah dan hina. Mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral. Lelaki boleh berkahwin sebanyak mungkin. Golongan miskin ditindas. Riba dan penindasan berleluasa. Merompak dan merampas barangan dibenarkan. Mengamalkan sistem kabilah dan semangat asabiah yang kuat. Empat bentuk kepercayaan iatu agama Wathani (sembah berhala) agama Samawi (Kristian dan Yahudi), agama Hanif iaitu agama yang dibawa oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail dan kepercayaan khurafat. Kesan-kesan semangat assabiah ialah: Mementingkan kepada suku kaumnya sahaja. Kerap mencetuskan peperangan dan pergaduhan. Sistem kabilah melahirkan perasaan kesukuan yang menebal dan sangat fanatik. Mewujudkan masyarakat yang kucar kacir dan tidak aman. Kehidupan Nabi Muhammad SAW Sebelum Dilantik Menjadi Rasul: Nabi Muhammad SAW berasal daripada keturunan Qusai bin Kilab iaitu pemimpin Makkah. Nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah. Bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib dan ibunya bernama Aminah binti Wahab. Baginda dilahirkan pada 20 April 570 Masehi pada malam Isnin bersamaan 12 Rabiulawal. Pengalaman baginda ialah pernah bekerja sebagai pengembala kambing dengan Abu Talib. Terlibat dalam perniagaan sejak berusia 12 tahun. Membantu bapa saudaranya Abu Talib dalam perniagaan di Syam dan menjalankan perniagaan Khadijah bt. Khuwailid. Baginda berkahwin dengan Khadijah bt. Khuwailid ketika berusia 25 tahun. Keperibadian Nabi Muhammad SAW: memiliki empat sifat terpuji iaitu, Siddiq (benar) Amanah (amanah), Tabligh (menyampaikan) dan Fatonah (bijaksana). Rasa rendah diri dalam pergaulan dengan semua masyarakat dan mempunyai sikap pemaaf. Baginda mempunyai sifat pengasih dan

Upload: norina-mustafa

Post on 13-Aug-2015

282 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di MakkahBab 4: Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah

Masyarakat Arab Jahiliah: Jahiliah bermaksud jahil atau tidak tahu serta tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Diberi gelaran masyarakat jahiliah kerana tidak mahu menerima kebenaran dan ajaran para nabi dan rasul sebelumnya. Masyarakat jahiliah terbahagi kepada dua iaitu masyarakat badwi dan hadhari.

Zaman jahiliah dianggap zaman kegelapan kerana; mereka tidak menyembah Allah, mereka menyembah berhala dan animism, kehidupan masyarakatnya kucar-kacir, tiada panduan daripada kitab, nabi dan rasul kepada masyarakat. Mempunyai akhlak yang rendah seperti kejam, zalim angkuh dan sebagainya.

Ciri-ciri Masyarakat Jahiliah: Wanita dipandang rendah dan hina. Mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral. Lelaki boleh berkahwin sebanyak mungkin. Golongan miskin ditindas. Riba dan penindasan berleluasa. Merompak dan merampas barangan dibenarkan. Mengamalkan sistem kabilah dan semangat asabiah yang kuat.

Empat bentuk kepercayaan iatu agama Wathani (sembah berhala) agama Samawi (Kristian dan Yahudi), agama Hanif iaitu agama yang dibawa oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail dan kepercayaan khurafat.

Kesan-kesan semangat assabiah ialah: Mementingkan kepada suku kaumnya sahaja. Kerap mencetuskan peperangan dan pergaduhan. Sistem kabilah melahirkan perasaan kesukuan yang menebal dan sangat fanatik. Mewujudkan masyarakat yang kucar kacir dan tidak aman.

Kehidupan Nabi Muhammad SAW Sebelum Dilantik Menjadi Rasul: Nabi Muhammad SAW berasal daripada keturunan Qusai bin Kilab iaitu pemimpin Makkah. Nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah. Bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib dan ibunya bernama Aminah binti Wahab. Baginda dilahirkan pada 20 April 570 Masehi pada malam Isnin bersamaan 12 Rabiulawal.

Pengalaman baginda ialah pernah bekerja sebagai pengembala kambing dengan Abu Talib. Terlibat dalam perniagaan sejak berusia 12 tahun. Membantu bapa saudaranya Abu Talib dalam perniagaan di Syam dan menjalankan perniagaan Khadijah bt. Khuwailid. Baginda berkahwin dengan Khadijah bt. Khuwailid ketika berusia 25 tahun.

Keperibadian Nabi Muhammad SAW: memiliki empat sifat terpuji iaitu, Siddiq (benar) Amanah (amanah), Tabligh (menyampaikan) dan Fatonah (bijaksana). Rasa rendah diri dalam pergaulan dengan semua masyarakat dan mempunyai sikap pemaaf. Baginda mempunyai sifat pengasih dan bertimbang rasa. Digelar al-Amin kerana perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai. Sering berfikir untuk mencari kebenaran dengan bertahanuth seorang diri di Gua Hira yang terletak di bukit Nur. Selepas 6 tahun bertahanuth, akhirnya pada 6 ogos 610 Masehi bersamaan dengan 17 Ramadhan, wahyu pertama telah diturunkan melalui malaikat Jibrail.

Kerasulan Nabi Muhammad SAW: Wahyu pertama yang diturunkan ialah Surah Al-Alaq ayat 1 – 5 yang memerintahkan umat Islam supaya lakukan amalan membaca. Wahyu kedua diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW daripada surah Al-Muddasir ayat 1 – 7 yang menjadi bukti kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Penyebaran Islam di Makkah: Dakwah Islamiyah secara rahsia berjalan selama 3 tahun yang hanya ditujukan kepada ahli keluarga, sahabat dan kerabat baginda. Kaedah yang digunakan untuk 

Page 2: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

berdakwah secara rahsia ialah, ceramah secara rahsia dan ajak secara persaorangan. Dakwah secara terbuka dilakukan selama 10 tahun di Makkah dan cara ini dilakukan setelah mendapat perintah daripada Allah daripada surah al-Hijr. Kaedah yang digunakan untuk berdakwah cara ini ialah; ceramah di rumah dan seruan secara terbuka.

Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam: Ajaran Islam memberi layanan yang sama rata terhadap semua manusia. Ajaran Islam menekankan persamaan taraf, tolong menolong dan saling membantu. Pada peringkat awal, tumpuan dakwah kepada ahli keluarga dan sahabat yang rapat dilakukan secara rahsia. Orang Arab Quirasy telah menentang ajaran Islam yang dibawa oleh rasulullah kerana;

Perbezaan kepercayaan iaitu mereka menyembah berhala sedangkan Islam memerintahkan agar menyembah Allah SWT. Takut pengaruh mereka tergugat kerana mengiktiraf kepimpinan Nabi bererti pengaruh dan kedudukan mereka akan diambil alih. Enggan menerima konsep persamaan taraf. Akan menjejaskan ekonomi mereka kerana aktiviti pembuatan dan pengukiran berhala akan diharamkan.Mereka telah menyeksa sesiapa yang memeluk Islam dengan kejam, antaranya ialah; Bilal bin Rabah – dijerut leher dengan tali oleh tuannya iaitu Umaiyah bin Khalaf namun imannya tidak goyah. Keluarga Yasir – keluarganya telah dijemur di padang pasir hingga Yassir dan isterinya, Sumaiyah gugur syahid. Amir bin Fuhairah – diseksa dengan kejam oleh tuannya hingga gila. Zunainah – diseksa oleh Abu Lahab hingga matanya buta.Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah ditentang dengan pelbagai cara seperti: Diganggu semasa beribadat. Penyair Arab mengejek ajaran Nabi Muhammad SAW melalui puisi mereka. Melemparkan tohmahan dan pelbagai tuduhan. Memujuk Nabi agar meninggalkan dakwah Islam dengan menawarkan kedudukan, wanita cantik dan harta tetapi ditolak. Melakukan pemulauan terhadap keluarga nabi.Nabi Muhammad SAW Menyelesaikan Masalah: Apabila berlaku penentangan yang hebat daripada kaum Quirasy, nabi telah membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan. Pemilihan Habsyah kerana rajanya iaitu Najasyi adalah raja yang baik dan masih mengamalkan ajaran yang terkandung dalam kitab Injil. Menjalankan dakwah ke Thaif, nabi bersama Zaid bin Harithah telah cuba untuk pergi berdakwah di Thaif tetapi tidak diterima oleh penduduk Thaif. Berhijrah ke Madinah, berlaku pada tahun 622 Masehi setelah mendapat perintah daripada Allah SWT. Setelah berlaku penghijrahan ke Madinah, Nabi Muhammad SAW telah berjaya menjadikan Madinah sebagai sebuah negara Islam yang unggul.

Bab 4 Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah

Bab 4 Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah

Page 3: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

 

1)      Sebab empangan Maarib runtuh

a)      Banjir besar

b)      Kelalaian pemimpin Sabak membaiki

 

2)      Sebab zaman jahiliah dikenali zaman gelap

a)      Tidak sembah Allah Yang Maha Esa

b)      Kehidupan kucar-kacir

c)      Tidak ada nabi atau rasul

d)      Tiada kitab suci sebagai petunjuk

e)      Akhlak rendah

 

3)      Aktiviti ekonomi masyarakat Arab jahiliah

a)      Perniagaan

b)      Merompak

c)      Merampas barang kabilah lain

 

4)      Bukti kegiatan ekonomi yang menggambarkan amalan jahiliah

a)      Perniagaan yang dijlnkan berasas riba dan penindasn

b)      Penting untung dan kekayaan

c)      Ekploitasi orang kaya terhdp orang miskin

d)      Merompak wajib dilakukan

 

5)      Golongan masyarakat jahiliah

Page 4: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

a)      Arab Hadari

b)      Arab Badwi

 

6)      Tempat tinggal masyarakat Arab Hadari dan masyarakat Arab Badwi

a)      Arab Hadari: persisir pantai

b)      Arab Badwi: gurun, pedlman, bahagian tgh sem. Tanah Arab

 

7)      Sistem kabilah mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan Arab jahiliah

a)      Kemunculan smangat assabiyah melampau dan tercetus perang sesama sendiri

 

8)      Sistem kepercayaan yang diamalkan masyarakat Arab jahiliah

a)      Agama wathani

b)      Animisme

c)      Samawi

d)      Percaya tilik nasib, sihir, roh orang mati

 

9)      Maksud dan contoh khurafat

a)      Kepercayaan karut atau tahyul. Contoh: sihir, nujum, percaya pakai cincin perak/tembaga boleh jd kuat

 

10)  Maksud jahiliah

a)      Jahil tidak mengetahui atau tidak ada ilmu pengetahuan

 

11)  Akhlak buruk masyrakat jahiliah

Page 5: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

a)      Berjudi, berzina

b)      Minum arak

c)      Bunuh anak perempuan

d)      Memandang rendah pada wanita

 

12)  Kedudukan wanita pada zaman jahiliah

a)      Tidak dapat warisi harta pusaka

b)      Anggap anak perempuan menjatuhkan maruah

c)      Lelaki boleh kahwin berapa ramai wanita sekaligus

d)      Bayi perempuan baru lahir ditanam hidup2

 

13)   Sifat terpuji nabi Muhammad

a)      Siddiq

b)      Amanah

c)      Tabligh

d)      Fathonah

 

14)  Sebab thn kelahiran nabi Muhammad dikenali tahun Gajah

a)      Sempena thn berlakunya serangan tentera bergajah di Makkah yang diketuai Abrahah dari Habsyah

 

15)  Pengalaman nabi Muhammad dalam perniagaan

a)      Menjalankan perniagaan perseorangan

b)      Berkongsi niaga dengan rakan

c)       Ikut rombongan bapa saudaranya

Page 6: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

d)       Menjlnkan perniagaan Khadijah

 

16)  Sebab Nabi s.a.w digelar Al-Amin

a)      Tidak pernah bohong/menipu dalam setiap perkataan dan tindak tanduk

 

17)  Wahyu dan isi kandungan ppertama yang diturunkan kepada Nabi s.a.w

a)      Surah Al-alaq ayat 1-5 yang memerintahkan umat Islam membaca

 

18)  Tokoh memeluk Islam pada peringkat awal

a)      Khadijah bt Khuwailid

b)      Abu Bakar As-Siddiq

c)      Zaidbin Harithah

 

19)  Sahabat Nabi s.a.w yang diseksa tuannya kerana memeluk Islam

a)      Bilal b Rabah

b)      Keluarga Yasir

c)      Amir b Fuhairah

d)      Zunaidah

 

20)  Peringkat dakwah Nabi s.a.w di  Makkah

a)      Bermula secra rahsia 3thn

b)      Secara rahsia kepada keluarga dan sahabat rapat

c)      Secara terbuka 10thn

d)      Secara terbuka kepada keluarga Abu Mutalib dan orang ramai

Page 7: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

 

21)  Sebab golongan bawahan golongan awal memeluk Islam

a)      Tertarik kepada ajaran Islam yang memberikan layanan yang sama kepada semua manusia

 

22)  Bentuk penentangan oleh kaum Quraisy terhadap dakwah Nabi s.a.w

a)      Menggunakan penyai Arab melakukan tohmahan dan fitnah

b)      Kekerasan

c)      Diplomasi dengan tawarkn kedudukan, wanita dan pangkat

d)      Pemulauan

 

23)  Cara Nabi s.a.w menghadapi tentangan daripada kaum Quraisy Makkah

a)      Benarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah

b)      Menyebar Islam di tmpat baru seperti Taif

c)      Menanamkan kesabaran kepada pengikut

d)      Berhijrah ke Madinah

Bab 4 Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah

BAB 4

KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

DI MAKKAH

Pengenalan:

Tamadun Awal Dunia secara umum terletak di Sungai Tigris, Euphrates, Nil, Hwang Ho, dan Indus.

Berbeza dengan Tamadun Islam . wujud di yempat terpencil di kawasan padang pasir yang panas dan

kering kontang – Hijjaz. Ia berasaskan pemikiran dan ajaran agama – anugerah Allah kepada manusia.

Perkembangan tamadun islam diikuti bersama perkembangan tamadun Parsi dan Rom.

Page 8: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

Masyarakat Arab Jahiliyah

Jahiliyah berasal dari perkataan arab jahala – bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak

mempunyai ilmu pengetahun.

Masyarakat Jahilioyah – masyarakat arab yang hidup selepas runtuhnya empangan Maarib di Sabak

sehingga turunya wahyu kepada Nabi Muhamad saw. Jangka masa lebih kurang 310 tahun dari 300sm

hingga 610sm.

Sebab empangan maarib runtuh : berlaku banjir besar, kelalaian pemimpin sabak untuk membaikinya.

Kerajaan sabak : 2 peringkat – 950 – 650 sm, 650 – 115 sm. Ekonominya berasaskan pertranian, dan

perdagangan. Pernah diterajui oleh Ratu Balqis.

Dikatakan jahiliyah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran nabi dan rasul

sebelumnya.

Zaman jahiliyah dianggap zaman kegelapan kerana tidak sembah allah. Keadaannya kucar-kacir

Akhlaknya rendah spt kejam, angkuh, dan degil sebab tiada petunjuk dan pembimbing spt nabi dan rasul

serta kitab suci..

Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah.

1. Dua golongan : Arab Badwi dan Arab Hadari. Arab Badwi tinggal di gurun dan pedalaman. Bahagian

Tengah Semenanjung Arab. Arab Hadari – menetap di kawasan pesisiran pantai.

2. Ciri-cirinya dapat dilihat dari aspek agama, ekonomi , kepercayaan, nilai hidup dan sosial.

a. Amalkan perbuatan berzina, berjudi, dan meminum arak.

b. Kedudukan waanita rendah sehingga tidak dapat mewarisi harta pusaka.

c. Menanam bayi perempuan – percaya ia pembawa sial kepada keluarga.

d. Perkahwinan tidak ada peraturan khusus. Lelaki boleh berkahwin dengan seberapa banyak wanita

sekali gus, begitu juga wanita.

e. Aktiviti p[erniagaan berasaskan riba dan penindasan.Lebih pentingkan untung.

f. Merompak kafilah antara punca pencarian. Merompak satu kewajipan dalam kabilah Kafilah –

sekumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat bertujuan berniaga atau

berpindah.

g. Ekploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin.

h. 4 bentu kepercayaan.

i. Agama wathani – menyembah berhala.

ii. Animisme – memuja alam

iii. Samawi – Kristian dan Yahudi

iv. Kepercayaan – menilik nasib, sihir dan percayai roh orang mati menjadi burung.

Page 9: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

i. Catatan Al Quran ada sebilangan orang yang menganut agama Hanif – Agama yang disampaikan oleh

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail . Penganutnya digelar Hunafa. Antara pengikutnya ialah Waraqah bin

Naufal, Uthman bin Huwarith, Abdullah bin Jahsh, dan Umaiyah bin Abi Saif. Ada juga yang

mencampurkan agama ini dengan amalan jahiliyah. Beransur-ansur hilang setelah 3500 tahun.

j. Amalkan sistem kabilah hidup berpuak dan berkelompok. Dalam kabilah ada suku dan tinggal dalam

sebuah kawasan. Ada identiti dan peraturannya – taasub kepada kabilah masing-masing.

i. Diketuai oleh Sheikh – lambang perpaduan kabilah.

1. Syarat Pelantikan sheikh – Mesti disukai ahli kabilah

2. Dilantik atas persetujuan ramai

3. Berfikiran matang, gagah, berani, dan pandai berpidato

ii. Amalan datangkan kesan.

1. Kemunculan semangat assabiah atau kesukuan yang melampau. –

a. Berpunca dari sistem kabilah yang berasaskan keturunan.

b. Keadaan geografi dan suasana tempat tinggal yang kering kontang.

2. Menjadikan kehidupan kucar-kacir dan persengketaan.

3. Peperangan antara kabilah berlaku. Perang Al-Basua selama 40 tahun – antara Bani Tagrib dan bani

bakar. Sebab berlaku:

a. Tindakan seorang ahli Bani Bakar membunuh ahli Bani Tagrib

Kehidupan Nabi Muhamad saw sebelum menjadi Rasul

Keperibadian Nabi Muhamad saw

1. siddiq ( Berkata Benar)

2. amanah ( dipercayai )

3. Tabliq ( menyampaikan )

4. fatanah ( bijaksana )

1. Mendapat gelaran Al Amin – sentiasa dipercayai dan berkata benar. Kesannya

a. Mendapat kepercayaan Khadijah Khuwailid untuk memberikan modal perniagaan.

b. Menyelesaikan persengketaan di kalangan kabilah Quraish dalam peristiwa Hajar Aswad..

c. Menjadi pemimpin unggul.

2. Ketua keluarga yang patut dicontohi. Sifat pengasih, melayan anak, memasak, menampalkan pakaian

koyak, dan membersihkan rumah. Anak diberikan didikan agama.

3. Penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak, pengampun.

4. Bijaksana dalam menyelesaikan masalah. Cth Perjanjian Hudaibiyah 628M. Walau berat sebelah tetapi

berjaya sebar Islam di Makkah.

Page 10: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

5. Ubah nilai masyarakat jahiliyah dengan cara bertahannuth ( mengasingkan diri untuk beribadat) di

gua Hira yg terletak di Jabal Nur kira-kira 6 km dari Mekah..

6. 6 Ogos 610M ( 17 Ramadhan ) turun wahyu pertama. Surah Al- Alaq – menjadi tanda pemisah Zaman

Jahiliyah dengan Zaman Islam. Umur Nabi ketika itu 40 tahun.

Kerasulan Nabi Muhamad saw.

1. Wahyu pertama Surah Al-Alaq ayat 1-5 – memerintah umat Islam membaca. Mula tamadun Islam yang

bersandarkan ilmu.

2. Kepentingan pembacaan dari aspek Ilmu :

a. Pembacaan melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan.

b. Bacaan menggalakkan kajian.

c. Bangsa yang maju ialah bangsa yang berilmu – ilmu hanya wujud jika masyarakat rajin membaca.

d. Kewujudan dan peningkatan tamadun adalah kerana penguasaan ilmu.

3. Wahyu kedua Surah Al-Muddasir ayat 1 –7. Mengistiharkan Muhamad sebagai rasul dan mewajibkan

Nabi saw menyampaikan kepada masyarakat Arab Jahiliyah.

4. Cara pertama yang dilakukan ialah

a. membetulkan akidah dan kehidupan masyarakatnya.

b. Menggesa meninggalkan amalan yang keji seperi penindasan , pembunuhan dan mencuri.

Penyebaran Islam di Makkah

1. Cara dakwah beperingkat.

a. Secara rahsia

i. Selama 10 tahun di kalangan ahli keluarga, sahabat rapat dan kaum kerabay baginda.

ii. Antaranya kepada Khadijah Khuwailid, Ali Bin Abi Talib ( 10 Tahun ), Zaid Bin Harithah, anak angkat

Nabi, Abu bakar Assiddiq dan beberapa tokoh Qiraisyh spt Uthman Bin Affan, Zubair bin Awam, Al-

Arqam bin Abu Arqam.

iii. Al- Arqam menjadikan rumah sebagi pusat dakwah yang pertama di Makkah

iv. Nabi menyebarkan melalui keperibadiannya seperti ketinggian akhlak Nabi, kejujuran para sahabat.

b. Terbuka - apbila mendapat perintah daripada Allah swt.

i. Kepada keluarga Abul Muttalib. Diadakan di rumah Ali bin Abu Talib. Penentang kuat Abu Lahab , bapa

saudara Nabi.

ii. Secara terangan di Bukit Safa. Menerusi wahyu Allah al- Hijr ayat 94. kepada bani Abdul Muttalib,

Zuhrah, Tamim, Makhzum dan Asad.

iii. Berlaku perdebatan terbuka dengan Abu Lahab.- menghina Nabi saw.

Page 11: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam

Peringkat awal tidak ambil tahu kerana hal keluarga. Bila ramai memeluk Islam mula proses

penentangan terhadap Islam. Asasnya reaksi masyarakat Arab dapat dilihat melalui dua unsur:

Penerimaan Terhadap Islam

1. Reaksi positif – kerana dibuat secara rahsia bagi mengelakkan ajaran ini dihancurkan dan

melemahkan penganutnya.

2. Peringkat awal penganut dari kalangan ahli keluarga , para sahabat yang terdekat dan golongan

hamba. Sebab layanan yang sama antara sesama manusia.

3. Sebab penerimaan Islam oleh penganutnya kerana

a. Layanan yang saksama

b. Kemurnian ajarannya.

c. Kebijaksanaan dakwah Nabi saw secara lemah lembut dan berhikmah

d. Seruan tanpa paksaan tetapi memujuk dengan menggunakan akal.

e. Pendekatan yang baik seperti:

i. Membandingkan nilai akhlak jahiliyah dan nilai akhlak Islam.

ii. Pembacaan ayat suci Al-Quran untuk menjawab soalan yang dikemukakan

iii. Penerangan dan teladan yang baik.

f. Penyebaran dibuat dengan menanam kekuatan iman. Harta bukan matlamat , tetapi kesabaran dan

pengorbanan

g. Keperibadian Nabi saw yang berakhlak mulia.

h. Nabi saw mempunyai kekuatan mental, fizikal, dan rohani

Penentangan Terhadap Islam

1. Penentangan dilakukan dengan pelbagai cara . Antaranya

a. Dicemuh.

b. Diganggu dalam membuat ibadat. Sebagai cth. Diletakkan benda kotor pada tengkuk baginda Nabi

saw.

c. Cubaan membunuh Nabi.

d. Hamba yang peluk Islam disiksa. Bilal bin Rabah dijerut lehernya oleh Umaiyah bin Khalaf, Keluarga

Yassir dijemur di tengah padang pasir, Isterinya Sumaiyah mati syahid, Amir bin Fuhairah disiksa dengan

kejam sehingga gila dan Zunainah disiksa Abu Lahab sehingga buta.

e. Melalui syair – sering ejek melaluimpuisi.

Page 12: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

f. Pujukan dengan menyerahkan wanita cantik dan harta.

g. Pemulauan terhadap Nabi dan keluarga baginda. Pernyataan pemulauan digantungkan di kaabah.

Berjalan selama 3 tahun. Tidak begitu berjaya sebab:

i. Bantuan daripada Abu Talib.

ii. Ada orang Quraish yang tidak mematuhi pemulauan.

iii. Orang Islam yang berkeupayaan membantu. Khadijah serahkan semua hartanya untuk Islam. Selain

Khadijah wanita Islam yang berjuang spt Aisyah dan Ummu Salamah di Madinah.

h. Bentuk pemulauan orang Quraish:

i. Tidak menjalankan perniagaan dengan keluarga Nabi.

ii. Tidak memberikan sebarang bentuk pertolongan kepada keluarga Nabi.

iii. Tidak berkahwin dengan anggota keluarga Nabi.

2. Sebab penentangan:

a. Perbezaan kepercayaan dan amalan. Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah swt. Jahiliyah –

berhala.

b. Ajaran Islam menyarankan prinsip persamaan , Jahilaiyah tidak.

c. Islam bertunjangkan konsep persaudaraan, Jahiliyah menolak lebih kepada Assabiyah.

d. Amalan dan akhlak yang murni, Jahiliyah banggakan mencuri, merampas harta orang, dan menindas.

e. Politiknya – Mereka merasakan jika menerima Islam mereka akan tunduk kepada kepimpinan Nabi.

Sebab mereka dari dulu bersaing untuk menjadi ketua.

f. Islam boleh menggugat pengaruh politik kabilah mereka dan menaikkan kabilah bani Qusai / Hashim.

g. Aspek ekonomi – Islam menggugat dan jejaskan perusahaan ukir patung berhala.

Penyelesaian masalah oleh Nabi Muhamad saw.

1. Penentangan terhadap Islam semakin meningkat setelah kematian Abu talib dan Khadijah. Maka Nabi

mengambil langkah tertentu. Antaranya ialah

a. Hijarh ke Habsyah untuk dapatkan perlindungan.

b. Nabi dan Zaid bin Harithah ke Taif – kurang dapat sambutan.

c. Hijrah ke Madinah pada 622M

Page 13: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

Penentangan Terhadap   Islam

20/04/2010 at 11:24 PM (Bab 4: Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah) 

1) Penentangan terhadap Nabi Muhammad dilakukan dengan pelbagai cara seperti dicemuh,

diganggu semasa beribadat (benda kotor diletakkan di tengkuk semasa baginda bersembahyang)

malah ada orang yang ingin membunuh baginda

2) Penentangan orang Arab Quraisy Makkah terhadap ajaran Islam disebabkan pelbagai faktor:

1. Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan antara orang Arab Quraisy dengan Islam

2. Ajaran Islam menyarankan prinsip persamaan taraf sesama manusia

3. Arab Jahiliah menolak konsep persaudaraan Islam (sangat bertentangan dengan konsep

assabiah)

4. Islam melarang amalan dan akhlak yang keji (mencuri, menindas)

5. Arab Quraisy mempunyai tanggapan salah terhadap tugas Nabi Muhammad

6. Penyebaran Islam menggugat ekonomi Arab Quraisy (menjejaskan perusahaan mengukir

patung

3) Penentangan terhadap Islam dilakukan dengan pelbagai cara:

1. Penyair Arab Quraisy sering mengejek ajaran Islam melalui puisi mereka

2. Orang Arab Quraisy memujuk Nabi Muhammad secara lembut (menawarkan kedudukan,

wanita cantik, harta)

3. Orang Arab Quraisy melakukan pemulauan terhadap Nabi Muhammad dan keluarga baginda

(3 tahun)

Pemulauan

1) Mereka menulis pernyataan tentang pemulauan dan menggantungkannya di Kaabah

2) Semasa pemulauan, Abu Talib (bapa saudara Nabi Muhammad) sentiasa melindungi dan

membantu baginda

3) Pemulauan berjalan selama 3 tahun sahaja kerana orang Quraisy tidak mematuhi peraturan

pemulauan dengan memberikan bantuan kepada orang Islam

4) Golongan Islam berkemampuan telah membantu golongan kurang berada

Page 14: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

5) Pengorbanan wanita dalam memperjuangkan Islam seperti Khadijah di Makkah yang

menyerahkan kesemua hartanya demi membantu perjuangan islam dan diteruskan oleh Aisyah

dan Ummu Salamah di Madinah

Leave a Comment

Penerimaan Terhadap   Islam

14/04/2010 at 2:09 AM (Bab 4: Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah) 

1. Golongan paling awal menerima Islam ialah ahli keluarga dan sahabat rapat Nabi

Muhammad.

2. Strategi dakwah peringkat awal adalah secara RAHSIA kerana:

Islam masih baru

penganut masih sedikit

mengelakkan penentangan yang boleh menghancurkan asas Islam

3. Penganut Islam peringkat awal terdiri daripada golongan bawahan (hamba) kerana tertarik dengan Islam yang memberi layanan yang sama kepada manusia4. Ada yang menerima Islam dengan yakin walaupun diseksa dengan kejam seperti:

i)  Bilal bin Rabah (dijerut lehernya oleh tuannya, Umayyah bin Khalaf)

ii) Keluarga Yassir dan isterinya Sumayyah (dijemur di padang pasir hingga mati syahid)

iii) Amir bin Fuhairah (diseksa sehingga gila)

iv) Zunainah (diseksa Abu Lahab sehingga buta)

5. Islam diterima kerana kemurnian ajarannya dan kebijaksanaan Nabi Muhammad berdakwah

6. Pendekatan dakwah Nabi:

i) membandingkan nilai akhlak masyarakat Jahiliah dengan Islam

ii) membacakan ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan sahabat

iii) memberikan penerangan

iv) mewujudkan teladan yang baik

7. Kunci kejayaan Nabi Muhammad menyebarkan Islam di Makkah:

kesabaran yang tinggi

pengorbanan

kekuatan fizikal, mental dan rohani

Page 15: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH.( 1 ) Zaman Masyarakat Arab Jahiliah.

a) Apakah pengertian Jahiliah.

1. Jahiliah daripada bahasa Arab iaitu jahala bermaksud jahil, tidak mengetahui atau tiada ilmu

pengetahuan.

2. Masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab selepas

runtuhnya empangan Maarib di Sabak hingga turunnya wahyu Allah s.w. kepada Nabi Muhammad

s.a.w.

3. Mereka tidak menerima ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Ibrahim, Nabi

Ismail, Nabi Musa, Nabi Isa.

4. Zaman ini dianggap zaman kegelapan kerana mereka tidak menyembah Allah Taala, mereka

menyembah berhala dan menyembah anismisme.

5. Mereka juga tiada nabi, rasul dan kitab suci.

6. Akhlak mereka rendah – kejam, angkuh, degil.

b) Ciri – ciri masyarakat Arab Jahiliah.

1. Dua golongan iaitu Badwi ( tinggal di gurun dan pendalaman) dan Hadari ( tinggal dipesisiran

pantai).

2. Mengamalkan perbuatan tidak bermoral – judi, zina, arak.

3. Pemabuk dianggap telah menjadi lelaki sempurna.

4. Wanita dipandang rendah – tidak mewarisi harta ibu bapa, bayi perempuan ditanam hidup –

hidup (dianggap menjatuhkan maruah keluarga).

5. Lelaki boleh berkahwin dengan beberapa wanita dan sesiapa sahaja yang disukai.

6. Perniagaan – berasaskan riba, merompak/merampas satu kewajipan, orang kaya menindas

orang miskin.

7. Kepercayaan – menyembah berhala, pokok, menilik nasib.

8. Agama samawi – Kristian, Yahudi, Hanif.

Page 16: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

9. Sistem kabilah – berpuak – puak dalam suku tertentu, sangat taksub/fanatik dengan suku

sendiri, diketuai oleh syeikh (seseorang yang disukai, dipersetujui ramai, berani, gagah).

10. Semangat assabiah – semangat kesukuan melampau, terikat dengan peraturan kabilah,

sanggup menuntun bela demi diri dan kabilah.

11. Keadaan geografi panas kering kontang- menbawa sikap ingin berperang, kacau – bilau

contohnya perang al – Basus.

( 2 ) Nabi Muhammad s.a.w. sebelum menjadi rasul.

a) Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum menjadi rasul.

1. Nabi keturunan Qusai bin Kilab (pemimpin Arab Quraisy).

2. Keluarga nabi mengusai Makkah, Kaabah, telaga zamzam.

3. Keturunan nabi bijak mentadbir Makkah dan bijak berniaga.

4. Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib, ibunya ialah Aminah bt. Wahab.

5. Nabi dilahirkan pada tahun 570 M (Tahun Gajah) di rumah datuknya dan diberi nama

Muhammad bermaksud terpuji.

6. Bapa nabi meninggal dunia ketika nabi dalam kandungan

7. Nabi menyusu dengan Halimatus Sa’diyah.

8. Pada usia 6 tahun ibu nabi meninggal dunia dan nabi dipelihara oleh datuknya. Kemudian

datuknya meninggal dunia lalu dipelihara pula oleh datuk saudaranya Abu Talib.

9. Pengalaman hidup – mengembala kambing bapa saudaranya, berniaga di Syam ( usia 12

tahun ).

10. Kerasulan nabi telah diramal oleh pendeta Nasrani bernama Buhaira ketika rombongan

perniagaannya singgah di Basrah.

11. Kemudiannya baginda menjalankan perniagaan Khadijah bt Khuwalid bersama – sama

Maisarah ( hamba Khadijah ). Sifat terpuji baginda menyebabkan keuntungan berlipat kali ganda.

Akhirnya nabi berkahwin dengan Khadijah.

b) Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

1. Empat sifat terpuji nabi ialah benar, dipercayai, menyampaikan dan bijaksana.

2. Nabi digelar Al – Amin kerana dipercayai dan tidak pernah berbohong.

Page 17: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

3. Sifat amanah menyebabkan Khadijah memberi modal yang besar kepada nabi.

4. Sifat kepimpinan baginda dilihat ketika menyelesaikan persengketaan meletakkan batu Hajar

Aswad.

5. Nabi ketua keluarga contoh – membantu isteri memasak, menampal kain koyak, melayan anak.

6. Anak diberi pendidikan agama dan nabi menjadi teladan kepada anak – anak.

7. Baginda merendah diri – bergaul dengan orang kaya, miskin, tua, kanak – kanak.

8. Sifat pemaaf – contohnya mengampunkan kaum Quraisy ketika membuka semula Kota Makkah.

9. Sifat bijaksana – Perjanjian Hudaibiyah yang berat sebelah akhirnya menyebarkan agama Islam.

10. Bertahannuth (mengasingkan diri beribadat ) – di Gua Hirak.

11. Baginda sabar dan tabah mendaki Gua Hirak, di Bukit Nur.

12. Pada tahun 610 M menerima wahyu pertama.

( 3) Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam di Makkah.

a ) Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

1. Wahyu pertama – surah al – Alaq 1 – 5 yang memerintahkan umat Islam membaca. Islam

menggalakkan umatnya membaca dan membuat kajian. Ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang

membina masyarakat.

2. Wahyu kedua – surah al – Muddasir ayat 1 – 7 yang mengisytiharkan nabi sebagai rasulullah dan

wajib menyampaikan Islam kepada seluruh manusia.

3. Selepas itu nabi terus menerima wahyu dan menyebarkannya.

4. Perkara utama yang ditekankan ketika ini ialah akidah.

b ) Cara penyebaran Islam di Makkah.

1. Pada mula secara rahsia selama 3 tahun – ditujukan pada ahli keluarga nabi, para sahabat, dan

kaum kerabat.

2. Secara terbuka selama 10 tahun – cara terang – terangan selepas menerima perintah Allah.

3. Pengislaman secara rahsia – Khadijah bt Khuwailid ( isteri ), Ali b. Abu Talib ( 10 tahun –

sepupu ), Abu Bakar al – Siddiq ( sahabat baginda yang kemudiannya mengislamkan Uthman b.

Affan dan al – Arqam b. Abu Arqam yang menjadikan rumahnya pusat kegiatan Islam di Makkah ).

4. Pengislaman secara terbuka – kepada keluarga Abdul Muttalib, ceramah di rumah Ali bin Abu

Talib tetapi ditolak kuat oleh Abu Lahab ( bapa saudara nabi ).

Page 18: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

c) Penerimaan terhadap Islam peringkat awal.

1. Ahli keluarga menerima secara rahsia (jumlahnya kecil).

2. Hamba memeluk Islam kerana layanan yang sama oleh Islam seperti Bilal b. Rabah, keluarga

Yassir.

3. Mereka diseksa – Bilal dijerut lehernya oleh tuannya, Yassir dan isterinya dijemur di padang pasir

hingga mati syahid.

4. Nabi menyebarkan Islam secara berhikmah dan lemah – lembut, tiada paksaan untuk memeluk

Islam.

5. Nabi menanamkan iman yang kuat, harta bukan ukuran tetapi kesabaran dan pengorbanan

yang diutamakan.

6. Nabi menunjukkan teladan positif – berakhlak mulia, kuat mental, fizikal, rohani dalam mencari

kejayaan.

d) Penentangan terhadap Islam peringkat awal.

1. Cara penentangan ialah dengan menggangu baginda ketika bersembahyang (meletakkan benda

kotor di tengkuk nabi), mencemuh dan ingin membunuh nabi.

2. Faktor penentangan kerana perbezaan kepercayaan antara Islam (menyembah Allah) dan

Quraisy (menyembah patung).

3. Islam ditentang kerana pertentangan sistem sosial seperti konsep persamaan taraf dan

perbezaan darjat, konsep persaudaraan dan assabiah, amalan keji seperti mencuri dikeji Islam

tetapi diterima Quraisy.

4. Quraisy menanggap menerima Islam bermakna tunduk kepada kepimpinan nabi maka kuasa

politik akan terganggu.

5. Dari segi ekonomi penerimaan Islam akan mengugat perusahaan membuat patung.

6. Penentangan juga dilakukan melalui syair Quraisy.

7. Quraisy juga merasuah nabi dengan wanita cantik dan harta tetapi ditolak baginda.

8. Nabi sekeluarga juga pernah dipulaukan selama 3 tahun tetapi dilindungi oleh Abu Talib.

9. Nabi juga dibantu oleh wanita seperti Khadijah, Aisyah, Ummu Salamah dalam menghadapi

cabaran sama ada di Makkah mahupun di Madinah.

e) Nabi Muhammad s.a.w. menyelesaikan masalah.

1. Penentangan kian hebat selepas Abu Talib dan khadijah meninggal dunia.

2. Nabi membenarkan orang Islam mendapatkan pelindungan di Habsyah.

3. Nabi dan Zaid Harithah ke Taif tetapi kurang berkesan.

Page 19: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

4. Nabi tetap sabar sehingga akhirnya berhijrah ke Madinah.

5. Penghijrahan ke Madinah setelah menerima perintah Allah dan telah dijemput oleh suku Aus dan

Khazraj.

Reaksi masyarakat Arab Jahiliah.Pada mulanya,orang islam Quraisy tidak mengambil berat tentang penyebaran Islam kerana penyebaran Islam ini hanya melibatkan keluarga Nabi Muhammad s.a.w..Mereka tidak mahu mencampuri urusan dalaman keluarga baginda.Mereka juga tidak menyangka seruan itu akan disambut oleh sebahagian masyarakat arab Quraisy.Walau bagaimanapun, setelah dakwah Islamiah dilaksanakan secara terang dan mendapat tempat dihati sebilangan orang ramai,barulah orang arab Quraisy menentangnya.

Penerimaan terhadap Islam.

1. Orang yang paling awal menerima Islam ialah Ahli keluarga dan sahabat rapat Nabi Muhammad s.a.w.

2. Pada mulanya kegiatan dakwah dilakukan secara rahsia.3. Pada peringkat ini,kebanyakan penganut agama Islam ialah golongan bawahan seperti

hamba kerana mereka tertarik dengan ajaran Islam yang memberikan layanan yang sama kepada semua manusia.

4. Golongan ini tetap menerima ajaran Islam dengan yakin walaupun ada dikalangan mereka yang diseksa dengan kejam,contohnya Bilal bin Rabah yang dijerut lehernya dengan tali oleh tuannya.Keluarga Yassir pula telah dijemur di Padang sehingga Yassir dan isterinya mati syahid.

5. Sebab-sebab ajaran Islam dapat diterima oleh orang ramai kerana :

kerana kemurnian ajarannya kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w berdakwah,iaitu baginda menggunakan cara yang

lemah-lembut.

6. Pendekatan yang digunakan oleh Nabi Muhammad untuk menyebarkan islam ialah:

membandingkan akhlak masyarakat jahiliah dengan akhlak yang disarankan oleh Islam. membaca ayat al-quran untuk menjawab pertanyaan para sahabat dan memberi

penerangan. menunjukkan teladan yang baik.

7. Pengorbanan dan kesabaran Nabi Muhammad s.a.w yang tinggi merupakan kunci kejayaan agama Islam.Harta bukan menjadi ukuran utama dalam berdakwah.

 

Penentangan terhadap Islam.

1. Orang Quraisy menentang dakwah Islamiah yang disampaikan Nabi Muhammad kerana:

ajaran Islam bertentangan daripada kepercayaan nenek moyang kaum Quraisy yang mengamalkan penyembahan berhala dan kepercayaan syirik.

agama Islam memansuhkan dan menganggu-gugat sistem sosial kaum Quraisy yang berdasarkan keturunan dan kekayaan.

Page 20: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

mereka tidak senang dengan persaudaraan Islam yang akan menggugat semangat assabiyah yang menebal dikalangan kaum Arab Quraisy.

mereka takut dengan konsep agama Islam seperti pahala,dosa,syurga,neraka serta hari pembalasan (akhirat).

sumber ekonomi utama kaum Arab Quraisy iaitu pembuatan patung berhala akan terjejas kerana Islam melarang penyembahan patung berhala sebaliknya menyembah Allah s.a.w.

2. Orang Arab Quraisy tersalah anggap dengan mendakwa bahawa Nabi Muhammad ingin merampas kekuasaan Makkah daripada tangan orang Arab Quraisy dengan cara menyebarkan Islam.

3. Penentangan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. ditunjukkan dengan cara:

mengejek dakwah Islamiah melalui sajak dan puisi serta karya orang Arab Quraisy. memujuk baginda meninggalkan dakwah Islamiah. menyeksa orang yang memeluk Islam. memulaukan orang Islam.

Sudut Maklumat:

Bilal bin Rabah.

beliau ialah hamba kepunyaan Umaiyah yang berasal dari Habsyah.

beliau telah diseksa dengan kejam,misalnya dengan cara dijemur,diselar dengan besi panas,dan ditindih dadanya dengan batu.

Abu Bakar al-Siddiq telah membeli Bilal daripada tuannya,Umaiyah ,semasa beliau diseksa.

beliau ialah muazzin (orang yang melaungkan azan) pertama pada zaman awal perkembangan Islam.

SEJARAH TG4 - BAB 4BAB 4 ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

A. Masyarakat Arab Jahiliyah

► Apakah maksud Jahiliah?

1. Perkataan bahasa Arab, jahala yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.

► Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat Arab Jahiliah?

1. Masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

► Mengapakab masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad digelar masyarakat Arab Jahiliah?

1. Gelaran masyarakat Arab Jahiliah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul.

2. Masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa malah kebanyakan mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme.

Page 21: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

3. Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah adalah kucar-kacir kerana pada masa itu tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalarn kehidupan.

4. Akhlak mereka adalah rendah, misalnya, mereka bersifat kejam, angkuh dan degil.

► Jelaskan dua golongan masyarakat Arab Jahiliah.

1. Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun dan pedalaman di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab.

2. Masyarakat Hadari menetap di kawasan pesisiran pantai Semenanjung Tanah Arab.

► Nyatakan kedudukan wanita dalam masyarakat Zaman Jahiliah

1. Kedudukan yang rendah dalam masyarakat.

2. Wanita tidak boleh mewarisi harta pusaka.

3. Kelahiran anak perempuan menyebabkan bapa menjadi marah.

4. Menyembunyikan diri daripada kaumnya kerana kelahiran anak perempuan dianggap berita buruk.

5. Menanam bayi perempuan hidup-hidup sejurus dilahirkan.

6. Anak perempuan boleh menjatuhkan maruah keluarga.

7. Seorang lelaki boleh berkahwin dengan ramai wanita serentak.

8. Wanita menjadi pemuas nafsu lelaki.

► Terangkan kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dari segi sosial, ekonomi, agama dan kepercayaan dan politik.

Sosial

1. Mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi, berzina dan minum arak.

2. Berfahaman seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk menunjukkan mereka telah sempurna sebagai lelaki.

3. Kedudukan wanita dalam masyarakat pula adalah rendah sehinggakan mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibu bapa mereka.

4. Mereka yang menanam bayi perempuan secara hidup-hidup kerana beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga.

5. Dalam soal perkahwinan seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya.

Ekonomi

1. Aktiviti perniagaan yang dijalankan berasaskan riba dan penindasan kerana mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata.

Page 22: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

2. Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir merupakan punca mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah.

3. Merompak sebagai satu kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dalam sebuah kabilah.

4. Golongan kaya mengeksploitasi golongan miskin.

Agama dan Kepercayaan

1. Terdapat empat bentuk kepercayaan agama, iaitu agama wathani (menyembah berhala), animisme (memuja alam seperti pokok), samawi (Kristian dan Yahudi) dan kepercayaan (seperti menilik nasib, sihir, dan mempercayai roh orang mati menjadi burung).

2. Menurut catatan al-Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah menganut agama Hanif tetapi telah melupakan ajaran ini secara beransur-ansur.

Politik

1. Mengamalkan Sistem Kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok.

2. Semangat assabiah atau semangat kesukuan amat tebal di kalangan masyarakat.

3. Sering berlaku peperangan antara satu kabilah dengan kabilah yang lain disebabkan perkara kecil.

► Apakah yang dimaksudkan sistem kabilah?

1. Amalan hidup berpuak-puak dan berkelompok dalam kehidupan masyarakat arab jahiliah.

► Nyatakan ciri-ciri Sistem Kabilah yang menjadi amalan masyarakat Arab Jahiliah.

1. Berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok.

2. Dalam sesebuah kabilah, ahlinya terdiri daripada suku yang sama dan mereka tinggal dalam sebuah kawasan.

3. Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.

4. Ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing.

5. Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang syeikh merupakan lambang perpaduan kaum mereka.

6. Pelantikan syeikh berdasarkan syarat-syarat antaranya, bakal syeikh tersebut mestilah disukai oleh ahli kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai.

7. Beliau mestilah memiliki sifat berfikiran matang, gagah, berani, dan pandai berpidato.

► Mengapakah amalan sistem kabilah mendatangkan kesan buruk kepada kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?

1. Kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau.

2. Menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.

Page 23: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

3. Kehidupan yang kucar-kacir dan tidak aman.

4. Peperangan sering berlaku antara sama kabilah dengan kabilah yang lain disebabkan perkara kecil.

► Apakah maksud semangat assabiah?

1. Semangat kesukuan yang melampau dan saling bermusuhan antara satu sama lain.

► Bagaimanakah semangat assabiah terbentuk dalam kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?

1. Kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau berpunca daripada Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.

2. Setiap Puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan terikat kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah.

3. Keadaan geografi dan suasana tempat tinggal mereka yang panas dan kering-kontang menyebabkan sesuatu kelompok kabilah terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi secara bersama.

4. Sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang seperti mana peperangan al-Basus.

5. Setiap ahli kabilah sangat taasub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing.

C. Islam dan Penyebarannya di Makkah.

► Namakan datuk Nabi Muhammad s.a.w.

1. Abdul Muttalib bin Hashim

► Namakan bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.

1. Al-Haris

2. Abu Talib

3. Abu Lahab

4. Abbas

5. Hamzah

► Mengapakah tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w disebut tahun Gajah?

1. Sempena tahun berlakunya serangan tentera bergajah di kota Makkah yang dipimpin oleh Abrahah dari Habsyah.

► Terangkan riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. sebelum dilantik menjadi Rasul.

1. Berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal, bijak dalam urusan pentadbiran Makkah dan mahir dalam selok-belok pemiagaan.

Page 24: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

2. Berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormati oleh kabilah Arab yang lain.

3. Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib dan ibu baginda, Aminah binti Wahab.

4. Nabi Muhammad sa.w. telah dilahirkan pada 20 April, tahun 570 M., iaitu bersamaan 12 Rabiulawal pada Tahun Gajah.

5. Nabi Muhammad s.a.w. telah diserahkan kepada Halimatus Sa'diyah untuk dipelihara dan disusui setelah bapa baginda meninggal dunia.

6. Ketika berusia enam tahun, ibu baginda, Aminah binti Wahab meninggal dunia dan baginda telah dipelihara oleh datuk baginda, Abdul Muttalib.

7. Bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. Abu Talib memelihara setelah datuk baginda Abdul Muttalib meninggal dunia.

8. Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi yatim piatu sejak berumur enam tahun.

9. Pernah mengembala kambing kepunyaan bapa saudara baginda, Abu Talib.

10. Mengikuti rombongan perniagaan bapa saudara baginda ke Syam ketika berusia 12 tahun.

11. Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. telah diramalkan oleh seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira, semasa rombongan ini singgah di Basrah.

12. Giat berdagang dan pernah berniaga secara berseorangan dan berkongsi bersama temannya ketika berusia 20 tahun.

13. Baginda menguruskan perniagaan Khadijah bersama-sama Maisarah, iaitu hamba Khadijah.

14. Khadijah memberi modal yang besar kepada baginda kerana kemuliaan budi pekerti, sifat amanah, dan kebolehan baginda menjalankan perniagaan.

15. Kebijaksanaan dan kelembutan tutor kata serta kepandaian baginda menyebabkan perniagaan memperoleh keuntungan yang berlipat ganda.

16. Perasaan hormat Khadijah terhadap baginda telah membawa kepada perkahwinan ketika baginda berumur 25 tahun dan Khadijah pula berusia 40 tahun.

17. Menyelesaikan persengketaan untuk meletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asalnya, iaitu di penjuru timur Kaabah semasa berumur 35 tahun.

18. Sifat pengasihnya dan timbang rasanya sebagai ketua keluarga sering membantu isterinya memasak, menampal pakaian yang koyak, melayan anak, dan membersihkan rumah.

19. Mengamalkan cara hidup yang sederhana anak-anak diberikan pendidikan agama secukupnya dan menjadikan diri baginda teladan kepada anak-anak.

20. Sentiasa merendah diri ketika bergaul dengan semua lapisan masyarakat sama ada yang kaya atau yang miskin walaupun kedudukan baginda yang tinggi dan dihormati.

21. Bersifat penyayang terhadap orang tua dan juga kanak-kanak.

Page 25: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

22. Menunjukkan sifat pemaaf dengan mengampun dan memaaf Arab Quraisy yang menyerah diri semasa pembukaan semula kota Makkah.

23. Sifat bijaksana dalam menyelesaikan masalah semasa baginda mementerai Perjanjian Hudaibiyah dengan orang Arab Quraisy Makkah walaupun perjanjian tersebut berat sebelah, menerimanya sebagai satu hikmah untuk menyebarkan Islam seterusnya.

► Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. bertahannuth di Gua Hirah?

1. Sering memikirkan kehidupan masyarakat di sekelilingnya yang tidak bermoral dan taksub dengan amalan jahiliah.

2. Berusaha mencari suatu cara untuk dapat mengubah nilai yang dipegang oleh masyarakat di sekelilingnya.

3. Mengasingkan diri untuk beribadat kepada Allah.

4. Tempat beribadat yang sunyi dan tenang.

5. Menyerahkan diri kepada Allah dengan sepenuh jiwa raga baginda dan memikirkan masalah yang dihadapi oleh kaum Quraisy Makkah.

6. Tempat Allah menurunkan wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. menerusi Jibrail.

► Apakah wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.?

1. Wahyu pertama diturunkan olehAllah kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah surah al-Alaq, ayat 1-5 yang memerintahkan umat Islam supaya membaca.

► Berdasarkan wahyu yang pertama mengapakah amalan membaca sangat penting dalam Islam?

1. Melalui pembacaan, seseorang itu akan mendapat ilmu dan menambah ilmunya.

2. Melalui pembacaan kajian terhadap sesuatu perkara dapat dilakukan.

3. Seseorang atau sesuatu bangsa yang berilmu dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang di meningkatkan tamadun bangsanya.

4. Ilmu yang dituntut mestilah dapat membina masyarakat.

► Mengapakah wahyu kedua Surah al-Muddasir yang diturunkan sang penting dalam perkembangan Islam?

1. Merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasulullah yang mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.

2. Pelantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul juga dianggap sebagai rahmat kepada seluruh alam sejagat.

E. Reaksi Masyarakat Arab

Page 26: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

► Senarai tokoh yang terawal memeluk Islam

1. Isteri Nabi Muhammad - Siti Khadijah binti Khuwalid

2. Anak angkat Nabi - Zaid bin Harithah

3. Sahabat Nabi - Abu Bakar al-Siddiq, Utman bin Affiti, Zubair al-Awam, Arqam bin Abu Arqam.

4. Kanak-Kanak - Ali bin Abi Talib

5. Golongan hamba - Bilal bin Rabah, Keluarga Yasir, Amir bin Fuhairah dan Zunainah

► Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah di Makkah?

1. Secara rahsia selama tiga tahun.

2. Dakwah Islamiah secara rahsia ditujukan kepada ahli keluarga baginda, sahabat yang rapat, dan kaum kerabat baginda.

3. Melalui sahabat baginda Abu Bakar al-Siddiq, beberapa orang tokoh Quraisy lain telah memeluk Islam.

4. Nabi Muhammad s.a.w. menjadikan rumah al-Arqam sebagai pusat kegiatan Islam untuk menyebarkan Islam.

5. Melalui ketinggian akhlak Nabi Muhammad s.a.w. dan kejujuran para sahabat telah menyebarkan dakwah lslamiah pada peringkat awal mendapat sambutan.

6. Dakwah Islamiah secara terbuka kepada keluarga Abdul Mutalib, sahabat dan orang ramai.

7. Mengadakan majlis ceramah di rumah Ali bin Abu Talib untuk menerangkan tentang Islam.

8. Dakwah Islamiah secara terbuka kepada orang ramai pula dilakukan di Bukit Safa, yang dihadiri oleh kesemua ketua pentadbir kota Makkah melalui perbahasan antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Abu Lahab yang telah menghina baginda.

► Apakah pendekatan yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyebarkan Islam di Makkah?

1. Mereka memeluk Islam kerana tertarik kepada ajaran Islam yang memberikan layanan yang sama kepada semua manusia terutama golongan hamba.

2. Diterima oleh orang ramai kerana kernurnian ajarannya.

3. Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah secara lemah lembut dan berhikmah.

4. Baginda tidak memaksa orang ramai memeluk Islam tetapi memujuk mereka dengan menggunakan akal yang dianugerahi Allah.

5. Mengunakan pendekatan membandingkan antara nilai akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai akhlak yang disaran oleh Islam.

6. Nabi juga membacakan ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan para sahabat, di samping memberikan penerangan dan menunjukkan teladan yang baik.

Page 27: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

7. Nabi Muhammad s.a.w. telah menanamkan keimanan yang kuat kepada pengikutnya.

8. Mengenali peribadi Nabi Muhammad s.a.w. yang terkenal sebagai orang yang berakhlak mulia.

► Mengapakah orang Arab Quraisy menentang ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.?

1. Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan, ajaran Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa sedangkan orang Arab Quraisy mempercayai dan mengamalkan tradisi turun-temurun menyembah patung berhala dan mempercayai animisme.

2. Prinsip persamaan taraf sesama manusia bertentangan dengan sistem social masyarakat Arab Jahiliah yang mewujudkan perbezaan darjat antara golongan atasan dengan bawahan.

3. Menolak konsep persaudaraan Islam yang sangat bertentangan dengan konsep assabiah yang menjadi pegangan mereka.

4. Amalan dan akhlak yang keji seperti mencuri dan menindas yang menjadi kebiasaan mereka tetapi dilarang sama sekali oleh Islam.

5. Orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas nabi menganggap jika menerima agama Islam, terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi.

6. Menggugat pengaruh dan kedudukan keluarga mereka di Makkah kerana Nabi Muhammad s.a.w. berasal daripada keturunan yang menguasai kepimpinan kota Makkah.

7. Menggugat ekonomi orang Arab Quraisy serta menjejaskan perusahaan mengukir patung berhala kerana Islam mewajibkan menyembah Al l ah.

► Bagaimanakah orang Arab Quraisy menentang dakwah Islamiah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.?

1. Nabi Muhammad s.a.w dicemuh dengan kata-kata nista.

2. Golongan hamba yang memeluk Islam diseksa dengan kejam hingga membawa kepada gila, buta dan mati.

3. Nabi Muhammad s.a.w. diganggu semasa beribadat contohnya, benda-benda yang kotor telah diletakkan di tengkuk semasa baginda bersembahyang.

4. Penyair Arab Quraisy sering mengejek ajaran Islam melalui puisi mereka.

5. Orang Arab Quraisy telah memujuk Nabi Muhammad s.a.w, dengan menawarkan kedudukan, wanita cantik dan harta agar meninggalkan dakwah Islamiah.

6. Orang Arab Quraisy melakukan pemulauan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga dengan menulis pernyataan pemulauan dan menggantungkannya di Kaabah.

7. Ada kalangan orang Quraisy telah membuat pakatan membunuh Nabi Muhammad.

► Mengapakah perlantikan Nabi Muhammmad s.a.w. sebagai rasul dianggap rahmat kepada masyarakat dunia?

Page 28: Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah

1. Mencorakkan tamadun Islam bagi masyarakat Arab Jahiliah di Semenanjung Tanah Arab.

2. Mengubah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah kepada suatu kehidupan yang lebih teratur secara beransur-ansur.

3. Menerapakan nilai-nilai murni dalam kehidupan, misalnya, amalan bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.

4. Membawa pembaharuan dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan sosial.

► Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengatasi ancaman puak Quraisy Makkah?

1. Membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan.

2. Nabi Muhammad s.a.w. dan Zaid bin Harithah pula merancang ke Taif untuk menyebarkan Islam ke tempat baru tetapi gagal.

3. Berhijrah ke Madinah setelah mendapat wahyu dari Allah.