sejarah kemunculan oreintalisme

Upload: puteracho

Post on 08-Apr-2018

377 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    1/51

    1 SEJARAH KEMUNCULAN ORIENTALISME.

    1. Pengenalan.

    Dua kata dasar yang digabungkan , iaitu oreint dan isme. Oreint adalah bermaksud

    Timur, atau negara-negara sebelah timur daripada Meditteranie terutama sebelah AsiaTimur (Hawkins 1985, 591) Sementara isme pula adalah suatu penambahan yang bolehmembentuk satu kata nama bagi membawa maksud sebarang doktrin atau praktis yangtertentu. Sebagai contoh ia ditambah untuk menunjukkan sesuatu sistem atau prinsip(Conservatism), sebarang keadaan atau kualiti (Barbarisme , Heroisme) atau yangmenunjukkan seuatu kelainan , yakni pemusatan sifat-sifat istimewa yang ada padaseseorang individu atau hakmilik secara ekslusif yang tiada pada yang lain( Americanism) (Hawkins 1989,434)

    Ungkapan Oreintalis secara umumnya disebut untuk orang-orang barat yang pakar dalammengkaji ilmu Timur, sama ada kepakaran mereka sampai kepuncaknya, pertengahan

    atau peringkat rendah , sama ada dalam bidang bahasa, sastera, tamaddun dan agama .Walau pun pengajian Timur itu boleh diberikan pengertian yang begitu luas, namun yangpenting dalam kajian ini ialah tentang kajian barat yang berkaitan dengan Islam danpenganutnya , sama ada menyentuh bidang bahasa , sastera, akidah , syariah dan tamadunsecara umum . Makna inilah yang terlintas dalam pemikiran dunia Islam apabilamenyebut ungkapan oreintalis ( al Isytishraq) .

    Bagi Edward W. Said , Terdapat tiga Oreintalime:

    iPengertian yang lebih bersifat akademik . Sesiapa sahaja yang memberi pengertian yangbiasa diinterpritasi untuk pengajaran , menulis dan mengkaji mengenai Timur, tidak kira

    sama ada ia seorang ahli antropologi, sosiologi, ahli sejarah, filologi dan lain-lain , makaia digelar sebagai oreintalis dan hasilan aktiviti mereka itu disebut Oreintalisme.

    iiOreintalisme ialah suatu stail pemikiran yang diasaskan kepada perbezaan-perbezaanontologikal episitmologikal yang dilakukan di antara oreint dan Occident. Di sini didapatisejumlah besar penulis-penulis , antaranya penyair , novelis, ahli falsafah, politik danekonomi telah menerima perbezaan asas di antara Timur dan barat sebagai garispermulaan untuk mereka menghuraikan teori , epik, novel , sosial , politik, adat ,matlamat dan minda orang-orang Timur.

    iiiPengetian yang lebih bercorak sejarah dan material berbanding dengan kedua-dua

    definisi yang awal di atas . Dengan memandang suasana akhir di abad ke 18 ,Oreintalisme boleh didiskusi dan di analisakan sebagai institusi koporat yang berurusandengan Timur,sama ada dalam bentuk membuat kenyataan terhadap Timur, mengulas,mengajar, menguasai dan mengawalnya. Atau dalam kata lain ia adalah satu stail Baratyang bertujuan untuk mendominasi, mengatur dan memilikkuasa ke atas Timur.

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    2/51

    2. Bilakah Bermulanya Gerakan Oreintalis:

    Tidak ada satu tarikh yang tepat dan jelas bila ia bermula. Bagi sejarawan barat merekamencatatkan kemunculannya secara resmi adalah selepas Vienna Church Cionferenceyang telah memutuskan untuk membentuk Jabatan bahasa Arab , Greek, Hebrew dan

    Syria dibeberapa buah Universiti di Eropah (Said 1978,50)

    Sebenarnya gerakan oreintalime gereja memang telah wujud lama sebelum tarikhperhimpunan gereja di Vienna itu lagi , tetapi ia merupakan suatu aktiviti atau gerakanyang tidak resmi. Oleh itulah para pengkaji Eropah tidak mahu berpegang dengan tarikhitu dan kajian terus dijalankan bagi menentukan tarikh permulaan oreintalismeberdasarkan tahun-tahun anggran . Menurut rekod kristian, golongan pendita kristianyang terawal mengkaji Islam ialah Yuhana al Dimashqi (676-749M) yang telahmenghasilkan beberapa buah buku yang berbentuk panduan untuk mengadakan dialogatau panduan untuk berurusan dengan kaum Muslimin. Oleh kerana Yuhana adalahseorang kristian dari Timur yang hidup di zaman kerajaan umawiyyah dan pernah

    berkhidmat di istana kerajaan itu , maka ia tidak boleh dikira sebagai tarikh permulaanyang sebenar .

    Ada Sesetengah pengkaji mengatakan ia bermula pada kurun yang ke sebelas Mesihi,sementara Rodi Poret berpendapat bahawa permulaan kajian tentang Islam dan Bahasaarab di Eropah bermula pada kurun ke dua belas . pada masa yang sama juga al Qurantelah diterjemah ke Bahasa Latindan satu kamus Bahasa Arab-Latin telah disusun.(DrMustafa Mahir, 1967 .al Dirasat al Islamiyah Fi al Jamicah al cIlmaniyah)

    Ada juga yang pengkaji yang mengatakan orentalisme telah bermula pada kurun yang kesepuluh Masihi. Pendapat ini di dokong oleh Najib al cAqiqi yang mengatakan bahawa

    oreintalisme telah wujud sejak seribu tahun dulu lagi bersandarkan kepada wujudnyaseorang Pederi dari Perancis (940-1003) yang telah pergi menuntut ke Andalusia diSevilla dan Cordova sehingga menjadi alim di kalangan pendita di Eropah pada zamanitu. Beliau adalah mahir dalam Bahasa Arab , Ilmu Hisab dan Ilmu Falak. Beliaukemudiannya memegang jawatan ketua pederi di Rom dengan memakai nama Silvester IIpada tahun 999-1003 Masihi. (al cAqiqi, al Mushtashriqun , 1:110) Sementara mengikutpenelitian Sheikh Mahmud Hamdi Zaqzuq tarikh yang tepat terhadap kemunculanoreintalisme ini pada tahun 1799M di Britain dan sejurus selepas itu lahir pula di Perancis. Pada tahun 1883M oreintalisme telah menjadi maddah akademik secara resmi diPerancis ( Zaqzuq 1984 , 7).

    3. Faktor Kelahiran Oreintalisme :

    Kalau dirujuk kepada perbincangan tentang kelahiran oreintalisme tadi, maka kita dapatiada dua sudut yang perlu diperhatikan :

    i- Yang diterima barat sebagai aktiviti resmi iaitu selepas berlakunya perhimpunan gerejayang memutuskan untuk mewujudkan pengajian oreintal di pusat-pusat pengajian dibarat.

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    3/51

    ii . Aktiviti yang dicatatkan sebelum itu , iaitu yang berlaku sebelum keputusanperhimpunan Veinna tersebut .

    Meskipun dari satu sudut, oreintalime ini dikaitkan dengan bidang akademik dan usaha-usaha akademik, tetapi kelahirannya secara rasmi mempunyai tujuan, matlamat dan

    faktor-faktor lain yang bukan semata-mata akademik tersbut. Ia bertaut dengan sejarahhubungan diantara Barat dan Timur atau lebih tepat lagi antara Islam dan Kristian.Pergeseran yang berpanjangan berlaku di antara kedua-duanya sehingga membawakepada perang salib dan seumpamanya adalah merupakan faktor pendorong yang sangatbesar kepada lahirnya keputusan oleh perhimpunan gereja di Veinna itu. Ia kemudiandikuti dan dilaksana dengan matlamat dan strategi yang diatur bagi mencapai tujuan yangmelampaui matlamat akademik dan keilmuan semata-mata .

    Kita akan lihat selepas ini bahawa oreintalisme dengan maksud yang eksklusif , bukansahaja bermaksud untuk memahami dan mendalami Islam , tetapi adalah mempunyaikaitan rapat dengan penjajahan politik dan ekonomi, Ia juga sangat berkait rapat dengan

    gerakan dakwah kristian . Ini akan kita bincangkan dalam oreintalisme nanti . tujuan danmatlamat

    DORONGAN DAN TUJUAN ORIENTALIS.

    1. Tujuan Akademik,

    Aktiviti dan usaha penyelidikan dan pengajian tentang Timur oleh kalangan Barat adalahdidorong oleh matlamat keilmuan dan akademik iaitu untuk memahami dan mendalamiselok belok Timur, termasuk bahasa, budaya dan adat resam mereka telah berlaku danberjalan sejak lama dahulu iaitu sejak berlaku perhubungan dan keilmuan diantara orang-

    orang Timur khususnya Orang Islam dan Barat melalui pertukaran maklumat ,penterjemahan dan sebagainya . Tetapi pengajian dengan maksud yang lain disebaliknyatidak berlaku hanya setelah resolosi dibuat dalam Perhimpunan gerejagereja di Veiannayang telah berlaku pada tahun 1312 M.

    2. Tujuan Keagamaan

    ; Seikh Hamdi Zaqzuq telah menjelaskan bahawa para sejarawan oreintalis meyakinibahawa tujuan agama adalah merupakan motif besar bagi perkembangan fahamanoreintalisme dan peubuhan akademi pengajian dan pengajaran Bahasa arab dan KajianIslam di Eropah. Motif keagamaan oreintalis ini dapat dihuraikan sebagai berikut :

    (zaqzuq 1984 , 66) :

    i-Menyerang Islam dan mencari titik kelemahannya, meyakinkan orang lain bahawaIslam adalah agama yang merendah-rendahkan Islam dan lain-lain .

    ii-Memelihara penganut nasrani atau kristian daripada bahaya Islam dengan cara menutupkebenaran Islam , meyakinkan penganut kristian tentang kekurangan Islam serta

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    4/51

    memperingatkan mereka supaya tidah menyerah kalah kepada Islam . diambil dari agamaNasrani dan Yahudi, dan menjatuhkan martabat Nabi-nabi nilai-nilai Islam

    iii-Di sana ada lagi satu matalamat yang sentiasa tidak dilupai oleh golongan oreintalisdalam setiap kegiatan dan kajian ilmiah yang mereka lakukan iaitu matlamat untuk

    menyebarkan agama kristian dikalangan orang timur, Oleh itu mereka telah cuba sedayaupaya mereka untuk merosakkan kemuliaan Islam dan menanamkan keraguan dalam hatipengikut dan penganutnya.

    Dorongan keagaman ini adalah kerana kegiatan oreintalais itu sendiri adalah dimulakanoleh gereja, Pada mereka . Islam adalah merupakan satu-satunya musuh yangmengancam kristian dan ia adalah satu agama yang sepatutnya tidak boleh berkembang,Kegiatan oreintalis yang didorong oleh tujuan keagamaan ini dapat dirumuskan daripadakenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh kalangan tokoh-tokoh oreintalis sendiritentang tujuan mereka dan juga penelitian terhadap hasil-hasil kajian mereka berkaitandengan Islam. Kenyataan dan pandangan yang dikemukakan oleh oreintalis tentang Islam

    dan ajarannya , tentang dasar-dasar dan perundangannya , berkaitan dengan Nabi, al-Quran, al-Hadis dan lain-lain yang dibuat secara memutarbelitkan sebenarnya, adalahmemperlihatkan matlamat dan tujun ini.

    Antara kenyataan oleh para oreintalis yang mendedahkan tujuan mereka adalah :

    i-Kenyataan oleh Pierri Clury tentang tujuan usaha dan aktiviti beliau yang apa yangmempelopori usaha terjemahan al Quran ke bahasa Latin yang dimulakan pada tahun1143 M bersama Robert Ketton beliau mengatakan :

    Jika usaha ini ternyata di antara perkara-perkara tambahan, dan keduanya kerana

    musuh tidak perlu diserang dengan senjata , tetapi aku berhasrat supaya dinegeri yangada raja yang agung mestilah ada benteng sama ada untuk pertahanan atau perhiasanatau kedua-duanya sekali. Nabi Sulaiman membuat senjata untuk pertahanan walaupun

    ia tidak perlu pada zaman itu Nabi Daud membuat perhiasan walau pun bukan untuk ,

    kegunaan zamannya .. Begitu jugalah halnya dengan usaha ini, walau pun tidak bolehmengkristiankan umat Islam, tetapi cukup sekadar pihak gereja dapat memberikan

    pertolongan kepada orang yang lemah dan susah

    ii- Seorang oreiantlis Jerman menyatakan : Memang wujud sikap perseteruan Kristianterhadap Islam , kerana sewaktu Islam berkembang di kurun pertengahan ia telahmendirikan satu benteng yang kukuh menghalang penjajahan dan perkembangan

    kristian, kemudian Islam telah menyelinap pula ke negara-negara yang dulunya dibawakedaulatan kristian

    iii-Lawrans Brown juga menyatakan: Bahaya yang sebenar adalah wujud dalam sistemIslam yang berkemampuan untuk berkembang dan mempengaruhi serta kesesuaiannyayang mana ia dengan ini dapat menjadi satu-satunya benteng yang boleh menyekatpenjajahan Eropah

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    5/51

    Dalam hasil penulisan dan kajian yang dibuat oleh kalangan oreintalis pula dapat dilihatterlalu banyak penyelewengan yang sengaja dibuat bagi menyerang dan memburuk-burukkan Islam dari pelbagai sudut. (Saudara boleh melihat kenyataan yang dibuat olehmereka ini dan jawapan terhadapnya dalam buku-buku yang telah ditulis oleh ulamaIslam bagi menjawab tuduhan-tuduhan mereka : Antara buku-buku berkenaan ialah :

    Iftiraat al Mushtashriqin ala al Islam oleh Dr Abdul Azim Ibrahim Difa an al Aqidahwa al Syariah Did matain alMushtashriqin oleh Muhamad al Ghazali. Al Islam BaynShubahat al Dallin , Yusuf al Qardawi Al Islam Wa al-mushtashriqun oleh Muhamad alDusuqiy.

    3. Dorongan Penjajahan

    Peperangan salib telah berlaku dalam tujuh pusingan dan berakhir dengan kekalahan dipihak musuh Islam, Ia pada zahirnya adalah peperang yang berlaku atas sebab agamatetapi pada hakikatnya adalah merupakan peperangan untuk matlamat penjajahan ,Bagaimana pun barat tidak berputus asa untuk terus kembali dan menjajah negaranegara

    arab dan Islam setelah kekalahan dan kejatuhan kerajaan Othmanyah turki yang menjadipelindung dan penaung kepad umat Islam , Mereka telah menjajah negara-negara Arabdan negara-negara Islam yang lain. Selepas itu mereka telah berusaha untuk mengkajisemua aspek yang ada di negara-negara berkenaan , sama ada di sudut akidah , adatresam, corak dan perangai masyarakat juga hasil bumi yang ada , Tujuannya ialah untukmengenalpasti sudut kekuatan yang ada untuk melaksanakan tujuan mereka . supayadapat dilemahkan dan dikuasai , Juga di selidikan aspek-aspek kel;emahannya agar dapatdigunakan bagi

    4. Dorongan Perniagaan .

    Diantara faktor yang mendorong kegiatan oreitalis ialah keinginan barat untuk berdagangdengan orang Islam sama ada untuk melariskan barangan keluaran mereka dan juga untukmemperolehi dan membeli barangan mentah yang ada pada orang Islam dengan hargayang murah disamping dapat mematikan diserata tempat dinegara Islam .

    5. Dorongan Siasah ( Politik).

    Pada masa kini setelah negara-negara Arab dan negara-negara Islam telah mencapaikebebasan , maka terserlah pula satu lagi pendorong baru untuk kegiatan oreintalis ini. Dikedutaan-kedutaan barat yang terdapay dinegara-negara Arab dan negara Islam terdapatpegawai khas yang fasih berbahasa arab atau bahasa umat Islam di negaranegara yang

    berkenaan. Dengan itu membolehkan mereka berhubung secara terus dengan parapemikir, wartawan dan ahli politik untuk mereka menyelami arah pemikiran mereka .Mereka akan berusaha untuk menyuntik pemikiran yang selari dengan siasah dankemahuan negara mereka . Di negara-negara arab misalnya mereka berusaha untukmenanam pemikiran yang bertentangan dan memecah belahkan pemimpin-pemimpinnegara Arab agar saling bertentang antara satu dengan yang lain. Hal ini dilakukan dalambentuk nasihat dan menyampaikan bantuan . Ia dilakuakn setekah mereka dapat kebanyakpemimpin utama yang bertanggungan jawab dalam mengenali sikap kilang-kilang

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    6/51

    perusahaan setempat yang bersaing dengan kilang-kilang mereka yang besar-besar yangdiwujudkan mengatus strategi negara.

    3. Matlamat dan Tujuan Oreintalis.

    Ada tiga bentuk tujuan dan matlamat golongan oreitalis ini mengikut kelompok mereka.

    Pertama: Golongan yang dikuasaioleh rasa fanatik dan mempunyai rasa

    permusuhan yang jelas terhadap Islam dan penganutnya .

    Kegiatan golongan ini adalah bermatlamat untuk :

    iMenimbulkan keraguan tentang kesahihan kerasuluan Nabi Muhamad s.a.w. danmenanam prasangka terhadap sumbernya. Kebanyakan mereka menyangkal bahawa nabiMuhamad itu seorang Rasul yang menerima wahyu dari Allah S.W.T. Mereka berusahauntuk membuat pelbagai tafsiran yang menyeleweng tentang wahyu dan al-Quran .

    iiPenolakan mereka terhadap al-Quran yang sebagai yang datang dari langit membawakepada usaha mereka menolak Islam sebagai agama Allah . Islam didakwa sebagai hasilciplakan dari dua agama sebelumnya iaiatu Yahudi dan Nasrani.

    iiiMenimbulkan keraguan terhadap kesahihan hadith yang menjadi asas pegangan umatIslam dan asas perundangan hukumnya. Mereka bersandarkan kepada wujudnya hadispalsu dengan membutakan matanya terhadap usaha yang membersihkan hadith daripadasemua dilakukan oleh para ulama hadith teliti dan kemas pemalsuan itu. Ia dibuat olehpara ulama dengan kaedah dan metod yang cukup yang belum pernah ada tandingannya.Sebenarnya mereka merasa iri hati melihat hadith Nabi yang lengakap dan sempurna

    serta kaya dengan khazanah perundangan yang begitu mengkagumkan sedang merekatidak mahu mengakui tentang kerasulan Nabi Muhamad s.a.w. lalu mereka dakwa adalahtidak munasabah ia datang dari seorang yang ummiy yang tak tahu membaca danmanulis.

    ivMenanam keraguan tentang sepanjang zaman. vMenanam keraguan terhadapkemampuan Bahasa Arab untuk mengikuti nilai Fiqh Islam itu sendiri. Iaitu suatuperbendaharan yang begitu agung dan tidak pernah ada pada mana-mana umat disepanjang zaman

    vmenanam keraguan terhadap kemampuan bahasa arab untuk mengikuti perkembangan

    dan kemajuan akademik . Dengan adanya keyakinan demikian maka umat Islam khasumat Arab akan sentiasa mengemis untuk menggunakan istilah dan bahasa mereka .Orang Islam akan merasa mereka tidak akan mampu menandingi barat dalam semuabidang .

    Kedua : Golongan oreintalis yang mempunyai sikap yang tidak fanatik.

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    7/51

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    8/51

    aktiviti mereka adalah digerakkan oleh sikap fanatik dan perseteruan mereka terhadappengenutnya, sehingga mereka dengan sengaja melancarkan berbagai-bagai seranganyang tidak berasaskan terhadap Islam dan apa saja yang berkaitan dengan agama ini danpenganutnya. Fokus yang akan di berikan penekanan dalam pembicaraan ini ialahperancangan dan strategi golongan orientalis yang mempunyai matlamat dan tujuan

    menjadikan Islam sebagai sasaran mereka dalam usaha mereka menyekat pengaruh dankewibawaan Islam terhadap manusia sejagat.

    Kelahiran gerakan orietalisme adalah berkait rapat dengan gerakan untuk penyebaranagama kristian dan juga penjajahan, maka strategi gerakan dan usaha awal mereka adalahdiatur untuk mencapai matlamat bersama . Apa yang diatur oleh pihak pengembangkristian adalah mendapat dokongan berbentuk akademik dari golongan orientalis.Pendakwah kristian telah menggunakan pelbagai cara dalam menjayakan misi merekaterhadap bangsa Timur. Antaranya ialah dengan mengiksploitasi semua bidang keperluanmanusia untuk tujuannya, termasuklah melalui bidang pendidikan dengan menubuhkaninstitusi pendidikan di semua peringkat dengan kurikulum dan pengisian yang sesuai

    dengan agama kristian, mengiksploitasi pelajar-pelajar yang dihantar ke barat untukmengubah pendirian dan pemikiran mereka terhadap ajaran Islam yang sedia ada dalamdiri mereka agar menerima pandangan , pemikiran yang sesuai dengan anutan mereka .

    Selain dari bidang pendidikan , maka bidang-bidang seperti perubatan , media dankewartawanan , penerbitan majallah dan sebaran digunakan untuk maksud tersebut .Selain daripada gerak kerja yang dilaksanakan melalui kegiatan missionari ini ,makaorientalis juga menjalankan kegiatan mereka dalam bidang akademik yang meliputipelbagai bidang . Al Sayid Mustafa al Sibay telah mengemukakan 5 aktiviti yangdijalankan oleh orientalis

    i) meliputi pengajian di Universiti ,

    ii) pengumpulan manuskrip dan membut katlog,

    iii) penyuntingan dan penerbitan ,

    iv) penterjemahan dari bahasa Arab ke Bahasa Eropah ,

    v) Penulisan dalam berbagai-bagai bidang ilmu Islam .

    matlamat orang barat termasuk golongan orientalis sejak awal lagi adalah merupakan

    serampang dua mata :

    i- Untuk menyekat masyarakat barat atau kristian daripada terpengaruh denganajaran Islam dan menerima Islam sebagai anutan mereka . Dalam hal ini merekamenumpukan kerjakerja yang dilihat boleh memburukkan wajah Islam sertamenutup semua keindahan dan keistimewaannya agar dapat meyakinkan kaumkristian bahawa Islam adalah tidak sesuai untuk mereka.

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    9/51

    ii- ii- Menumpukan kajian mereka tentang umat Islam dan mereka mulamenimbulkan dan membuat pelbagai dakwaan dan pembohongan terhadapakidah dan syariah Islam juga sumber-sumber Islam . Tujuan mereka adalah bagimelemahkan pegangan umat Islam terhadap agama serta menimbulkanperpecahan dikalangan umat Islam . Disamping itu ia disertai dengan usaha yang

    kuat dan bersungguh-sungguh ke arah menjadikan mereka sebagai penganutkristian .iii- iii. Menjadi konco kepada penjajah dan berusaha bagi membuka jalan dan

    memudahkan pihak penjajah menundukkan negara-negara umat Islam agarmenerima pemikiran mereka yang akhirnya mereka akan turut mendewa-dewakan nilai-nilai barat , dan pada waktu yang sama mengurangkan peganganmereka kepada nilai dan ajaran Islam .

    Berikut adalah huraian ringkas tentang beberapa strtegi yang dilaksasanakan olehorientalis dalam gerak kerja mereka .

    Polisi Pendidikan .

    Barat yang telah berjaya menguasai negeri-negeri umat Islam secara leceknya menyusundan mengatur strategi mereka melalui pendidikan disemua peringkat pengajian kepadamasyarakat. . Mereka membangun dan mendirikan sekolah-sekolah di semua peringkatdari pra persekolahan sehingga peringkat tinggi. Banyak sekolah yang kemudahan yanglengkap didirikan dan diletakkan dibawah kendalian pihak gereja atau misionarikristian . Di tanah Melayu semasa dibawah penjajahan , sekolah-sekolah yang baik danlengkap kemudahannya adalah dikendalikan oleh pihak gereja dan diletakkanberhampiran dengan gereja . Bangunan sekolah pula kadang-kadang merupakansebahagian daripada kawasan gerejaitu sendiri . Ia selalunya dilengkapi dengan corak

    dan bentuknya. Terdapat banyak bangunan sekolah yang diletakkan dipuncaknyalambang salib sama seperti bangunan gereja sendiri. Paling tidak nama sekolah yangterkenal pada masa pnjajahan dan pada permulaan kemerdekaan seperti convent, SentJohn, La Salle , dan sebagainya hingga kini masih kekal sebagai bukti.

    Peranan orientalis adalah membantu pihak penjajah dan pihak gereja atau misionariagar merangka kurikulum yang boleh diterima oleh masyarakat orng Islam dan jugayang akan memberikan hasil kepada mereka dalam jangka panjang . Penyusunankurikulum adalah dengan tujuan untuk menanam secara halus nilai-nilai barat sehinggamereka membesar dengan pemikiran dan kecenderungan kepada barat dan diwaktu yangsama nilai-nilai Islam akan terhakis secara halus sedikit demi sedikit dari jiwa mereka .

    Sepanjang tempoh penjajahan oleh barat di negara-negara umat Islam , mereka telah jugamenubuh dan mendirikan pusat-pusat pengajian tinggi. Bahkan kadang -kadang institusipengajian tinggi itu didirikan dengan kerjasama rapat pihak misionari dan dalam bentukyang jelas sebagai sebuah institusi kristian . Antara contohnya ialah :

    i. Amerikan Universiti di Qahirah . Ia didirikan di sana bagi menyaingi UniversitialAzhar yang dikira sebagai satu benteng kekuatan Umat Islam di Mesir .

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    10/51

    Institusi ini setiap tahun melahirkan para pendidik dan pendakwah untuksekolah-sekolah yang mereka dirikan di seluruh pelosok negeri Timur dekat .

    ii. ii. Universiti Amerika di Beirut. Ia dinamakan juga sebagai Fakulti Syria Injildan selepas itu diubah nama sebagai Universiti Beirut . Institusi ini telahditubuhkan pada tahun 1865 M ( Dr cAbd al Muncim : 2001) .

    Kedua-dua Uninversiti Amerika ini di katakan memaksa pelajar-pelajar yang memasukipengajiannya supaya mereka masuk ke gereja setiap pagi dan mengikuti upacarakeagamaan yang dilakukan. Sewaktu di bantah oleh pelajar-elajar Islam , maka salahseorang dari pihak berkuasa dan pentadbirnya telah mengemukakan akta dan dokumenpenubuhannya yang menyebut : Faedah agama kristian wajib diberikan kepada setiappelajar . Injil adalah antara mata pelajaran asas/ utama yang teras . Setiap palajar yangmemasuki institusi ini perlu tahu sejak awal lagi apa yang diperlukan untuk lakukanoleh mereka.

    iii. Di Istambul Turki, Universiti yang serupa telah ditubuhkan oleh seorang

    pendakwah kristian dan sehingga kini ia terus diketuai oleh pihak misionarikristian.iv. iv- Pusat-pusat pengajian tinggi seumpamanya ditubuhkan juga dinegara-negara

    umat Islam yang lain seperti di Sudan , di Lahore, di Lubnan dan lain-lain .

    Semua pusat pengajian tinggi dan institusi pendidikan lain adalah membantumenyebarkan matlamat yang ingin dicapai oleh orientalis . Ia bekerja sepanjang masabagi membantutkan pertumbuhan belia yang bersemangat Islam dan memelihara nilai-nilai agama Islam yang tulin .

    Penulisan Buku Dan Penerbitan .

    Satu kegiatan dan strategi yang sangat luas digunakan oleh golongan orientalis ialahpenulisan dan penerbitan buku-buku dan apa yang dikatakan sebagai hasil kajian danpenyelidikan oleh kalangan mereka , tentang pelbagai aspek yang berkaitan denganIslam dengan pelbagai arah bentuk dan jodol. Ianya menyentuh tentang Agama Islamsecara menyeluruh atau Rasulullah atau tentang al Quran dan sebagainya .Kebanyakannya ditulis dan mereka dengan sengaja memutar belitkan fakta dan hakikatkebenaran yang ada, sama ada dengan mengubah maksud atau menafikan hakikat yangsebenar dan sebagainya .

    Kalangan orientalis sangat giat dan produktif dalam usaha mereka ini. Mereka secara

    berkumpulan menerbitkan beberapa Islam yang telah disusun hasil penulisan yangbegitu besar dan menjadi kemudiannya pegangan dan rujukan oleh para pelajar Islam .Antaranya ialah The Encyclopaedia of pada mulanya dalam bahasa Inggeris danditerjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Ia kemudian telah mula diterjemahkan kedalam Bahasa Arab pada tahun 1956.Penerbitan pertama dalam edisi Bahasa Arabmengandungi 13 Jilid. Banyak perkara dan fakta yang tidak tepat tentang Islamterkandung dalam buku ini..( Dr Mustafa al Sibaciy: Cet3 1985) Oleh kerana sistemkandungan yang begitu baik maka para penulis Islam telah berusaha untuk meneliti dan

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    11/51

    memperbetulkan semula fakta-fakta dan kandungan yang tidak tepat di dalamnya.Selain itu buku yang diberikan jodol Shorter Encyclopaedia of Islam , danEncyclopaedia of Religion And Ethics, Encyclopaedia of Sosial Sciences dan banyaklagi.

    Demikian juga dengan buku Mucjam Mufahras untuk hadis yang telah disusun olehWensink dan rakan-rakannya . Walau pun tujuan asalnya adalah untuk meneliti mencarihadis-hadis dan bagi meneliti aspek-aspek kelemahan yang boleh dipergunakan bagimenentang Islam, tetapi susunannya telah dapat digunakan oleh para pelajar Islamdalam penyelidikan dan pengajian mereka.

    Dalam usaha orientalis mencapai matlamat mereka , beberapa perkara menjaditumpuan dan sangat dititikberatkan oleh mereka untuk dicapai:

    a- Menanam keraguan tentang kebenaran kerasulan Nabi Muhamad s.a.w. serta alQuranyang sumbernya dari Allah SWT. . Ini sentiasa diulang dan diwar-warkan oleh para

    orientalis dalam pelbagai bentuk dan ibarat.

    b. Penolakan terhadap al-Quran itu sebagai kitab yang diturunkan dari langit. Ini dibuatdengan pelbagai cara dan alasan .

    c. Ekoran dari itu maka usaha dilakukan bagi menolak Islam sebagai satu agama langit.

    d. Menimbulkan keraguan dan kesangsian tentang kesahihan hadis Nabi s.a.w. Inidisebabkan adanya apa yang disebutkan sebagai pemalsuan dalam hadis.

    e. Menanamkan keraguan tentang nilai fiqh dan perundangan Islam .

    f. Menimbulkan keraguan dan tidak yakin terhadap kemampuan Bahasa Arab danbahasa umat Islam lain untuk mengikuti kepesatan dari perkembangan keilmuan . Oranglain - umat Islam khususnya- akhirnya tunduk mengakui dan terpaksa mengemis bahasadan istilah ilmu dari mereka untuk mampu bersaing .

    g. Menghakiskan penghormatan umat kepada tokoh-tokoh dan ulama-ulama Islam yangkomited dan yang ulung.

    Penubuhan Kesatuan dan Penerbitan Majalah.

    Antara kegiatan yang dilaksanakan oleh orientalis dalam usaha mereka ialahmenerbitkan majalah untuk menjadi tatapan dan bahan bacaan masyarakat. DalamMajalah ini dimuatkan pemikiran atau yang disebut sebagai hasil kajian mereka tentangsesuatu permasalahan yang mahu disampaikan kepada pembaca.

    Penerbitan majalah dilakukan oleh kesatuan orientalis . Kesatuan ini telah ditubuhkan dipelbagai negeri mengumpulkan tenaga orientalis. Antaranya ialah Kesatuan OrientalisAsia yang ditubuhkan di Paris pada tahuan 1822, Kesatuan Diraja Asia yang ditubuhkan

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    12/51

    di Britan dan Ireland pada tahun 1942 dan di German pada 1845 . Majalah yangmengandungi hasil kajian penyelidikan mereka tentang Islam ini diterbit dan diedarkanoleh kesatuan/ pertubuhan ini dalam jumlah yang besar. Antaranya ialah :

    1. Majallah Orientalis yang pertama diterbitkan di veinna pada tahun 1809-1818M .

    2. Majallah Islam diterbitkan oleh guru-guru bantuan Prancis yang dihantar ke Morocopada tahun 1895. Ia kemudian digantikan dengan majallah Dunia Islam pada tahun1906M yang kemudiannya ditukakan lagi jodolnya kepada majalah Kajian Islam .

    3. Di German diterbitkan majalah Derlslam atau Islam . Ia diterbitkan pada tahun1910M.

    4. Di Rusia diterbitkan satu majalah pada tahun 1912M , yang diberikan jodol Mirlslama atau Dunia Islam .

    5. Di Britan diterbitkan sejak 1911 majalah yang juga dinamaka sebagai dunia Islam The Muslim World. Ia di asaskan oleh S. Zweimer.

    Lebih jauh dari itu para orientalis juga telah merebut peluang menggunakanakhbarakhbar tempatan di negari-negeri umat Islam yang dibeli oleh mereka dandikekalkan penerbitannya dengan pengisian dari pihak mereka. Di mesir misalnyamereka berjaya menggunakan akhbar-akhbar tertentu bagi menyetakan pandangan danpendapat agama kristian secara lebih bebas dan meluas berbanding dengan negeri-negerilain . (Dr Mustafa al Sibaciy: )

    Mengadakan Muktamar Atau Persidangan.

    Atara Kegiatan yang sering di atur oleh orientalis ialah persidangan dan muktamardiperingkat dunia atau kawasan dan negeri tertentu menghimpunkan para tokoh-tokohakademik bagi membincangan hasil kajian yang mereka buat berkaitan Islam . Kegiatanseperti ini telah lama dimulakan . Untuk peringkat antara bangsa ia telah dimulakan sejak1763M dan berterusaan hingga kini . Sementara untuk peringkat wilayah atau negeritelah dimulakan di German 1849M.

    6. Kegiatan Yang Berbaur Politik.

    Jika diperhatikan nama-nama orientalis yang begitu menonjol dan yang begitu terserlah

    pendapat dan pemikiran mereka tentang Islam dan umat Islam , maka didapati sebilanganmereka adalah merupakan tenaga yang bergiat dibawah kendalian kerjaan penjajah .Mereka menjadi ahli pemikir yang berpengaruh bagi mengatur strategi dalammenghadapi umat Islam di negeri-negeri yang terletak dibawah penjajahan kerajaanbarat. Pembentukan dasar dan keputusan politik di negara-negara umat Islam sangatberkait rapat dengan kajian dan penyeliidikan oleh kalangan orietalis ini. Ramai kalanganorientalis yang bekerja sebagai penasihat atau atache di pejabat kedutaan merekadinegara Islam yang dijajah . Antara mereka ialah :

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    13/51

    Snouck Hurgronje. Beliau merupakan seorang penasihat dalam merangka strtegi politikuntuk kerajaan Belanda menghadapi umat Islam rakyat Indonesia yang dijajah. Beliaujuga bertanggungjawab dalam merangka , menggalakkan agar mengkristiankan umatIslam di sana dilaksanakan peraturan dan undang-undang sekular untuk umat IslamIndonesia. disamping syor melaksanakan peraturan dan undang-undang sekular untuk

    umat islam indonesia

    Macdonald pula adalah orientalis yang menjadi penasihat kepada kerajaan British bagimerangka dasar dan strategi politik menghadapi umat Islam di Benua kecil India .

    Orientalis Gibb pula adalah juga penasihat kepada kerajaan British dan merangkastategi politik untuk Britan dan Amerika yang bersekongkol dengan Israil memusuhinegara Arab dan Umat Islam.

    L. Massignon pula adalah merupakan penasihat kepada kerajaan Perancis dalammengatur strategi mereka terhadap umat Islam di Afrika Utara terutama Algeria. Nasihat

    dan cadangan yang diberikan olehnya telah mengakibatkan lebih sejuta umat Islam diAlgeria mati syahid dalam jihad mereka menentang penjajahan Perancis.

    SIKAP ORIENTALIS TERHADAP AL QURAN .

    Pendahuluan :

    Al Quran adalah merupakan asas utama kepada Islam dan Syariatnya . Ia adalah sumberutama kepada semua ajarannya . Sikap golongan orientalis yang memusuhi Islamterhadap Al-Quran adalah sama seperti sikap mereka terhadap Rasulullah saw. danhadithnya. Bagi mereka al Quran tidak patut dibiarkan menjadi pegangan umat Islam dan

    menguasai pemikiran mereka. Umat Islam harus dipisah atau dijauhi darinya.

    Atas sikap ini maka didapati pelbagai kekeliruan dan tuduhan tidak benar yang telahdilemparkan secara berterusan oleh golongan orientalis terhadap al Quran ini, baik darisegi kedudukannya sebagai wahyu, isi kandungannya dan dalamnya . Semua kekeliruanyang ditimbulkan adalah untuk menafikan al Quran itu sebagai wahyu dari Allah danuntuk membukti atau mengithbatkan bahawa ia adalah hasil ciptaan Nabi Muhamad

    Berikut akan dilihat beberapa tuduhan dan kekeliruan yang telah ditimbulkan olehmereka serta ulasan yang dibuat oleh penulis-penulis dan ilmuan Islam terhadapnya.

    1. Al Quran Adalah Hasil Ciptaan Nabi Muhamad .

    Kaum orientalis sama ada mereka terdiri dari kalangan yahudi atau nasara memangtidak senang untuk menerima pandangan bahawa al Quran itu merupakan wahyu dariAllah. Mereka sendiri menganggap kitab suci mereka sebagai hasil dari susunan danciptaan yang dilakukan oleh para Nabi atau pendita mereka , maka begitu jugadakwaan mereka terhadap al Quran . Mereka seboleh-bolehnya mahu memadamkan

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    14/51

    keyakinan terhadap nilai ketinggian dan kesucian al-Quran dari hati sanubaripenganut Islam .

    Tuduhan seperti ini dikemukakan oleh para orientalis dalam pelbagai cara.Montgomery Watt , Noldeke , Goldizher dan lain-lain membuat tuduhan sedemikian

    dalam bentuk yang berbeza tetapi maksudnya sama..

    Ulasan ilmuan Islam terhadap tuduhan dan kekeliruan :

    Tuduhan yang dibuat oleh orientalis ini adalah tidak mempunyai sebarang asas yangkukuh. Tidak ada sebarang sandaran bukti sejarah . Ia hanya merupakan khayalanmereka semata-mata . Tuduhan itu tidak lebih dari ulangan semula terhadap apa yangpernah di katakan oleh kaum kafir quraisy dahulu seperti yang dijelaskan oleh alQuran dalam ayat 4-5 Surah al Furqan , dan telah pun dijawab oleh al Quran dalamayat 6 . Jika tuduhan mengatakan bahawa Nabi belajar dari seseorang maka ia jugatelah dijawab oleh al-Quran dalam ayat 103 surah al Nahl.

    i- Sejarah memang nyata bahawa Nabi Muhamad s.a.w. adalah seorang yang ummi taktahu membaca dan menulis- dan al Quran mula dipaparkan oleh Rasulullah s.a.wsetelah baginda berumur 40 tahun , sedang corak kehidupan Rasulullah dalam tempohsebelum itu tidak memberikan sebarang peluang untuk baginda mempelajari dari mana-mana sumber. Bagaimana seorang yang ummi boleh mengarang dan mencipta suatu kitabyang sebegini unik bentuknya?.

    ii-Ada juga kalangan yang mendakwa bahawa Nabi telah meperolehi maklumat darikalangan kaum ahl kitab ( Yahudi dan Nasara ) . Dakwaan ini boleh diberikanpertimbangan sekiranya dapat dibuktikan bahawa baginda ada peluang dan kesempatan

    yang cukup untuk berhubung dengan mereka yang dikatakan itu dan mendapatkanmaklumat seperti yang terkandung dalam al-Quran itu!.

    iii-Kalau al Quran itu Nabi cipta hasil penglibatannya dengan kaum Yahudi dan Nasara,soalannya ; mengapa orang yang lebih lama dan lebih banyak bergaul dengan kaumberkenaan tidak mampu untuk mengemukakan hasil seperti itu. Dan mengapa tidak adakalangan yahudi dan Nasara yang menjadi sumber itu sendiri yang mampu. Sedangkanmereka sangat-sangat ingin menyekat pengaruh dan ajaran Nabi Muhamad s.a.w.disamping dicabar untuk berbuat demikian.

    iv-Kalau al Quran itu ciptaan Nabi Muhamad mengapa pula terdapat ayat-ayat yang

    mengkritik dan menegur baginda sendiri dalam al Quran itu.

    v-Secara logiknya apakah seorang yang ummi mampu untuk mengemukakan dalam alQuran itu perkara-perkara yang seluruh ahli ilmu di masa itu tidak mempunyai sebarangpengetahuan berhubung dengannya seperti ilmu yang berkaitan unsur alam / fakta sainsdan sebagainya .

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    15/51

    vi-Dari sudut masa dan tempoh . Tempoh kerasulan adalah sekitar 23 tahun sahaja sedangRasulullah s.a.w berada 13 tahun di Makkah dengan menghadapi dan berdepan denganpelbagai tindakan oleh kaum kafir quraisy , sementara tempoh 10 tahun di Madinah dipenuhi dengan pelbagai tugas yang dihadapi oleh Rasulullah saw. Dari pentadbiran,kepada megharungi medan perang , menguruskan berbagai-bagai perkara lain lagi .

    Logiknya bagaimana baginda mempunyai peluang untuk berfikir dan duduk merenungmencipta dan mengarang al Quran , pada hal kitab ini begitu sempurna dan lengkapkandungannya mencakupi seluruh bidang kehidupan manusia yang tidak dapat ditandingioleh mana-kitab pun sebelum dan sesudahnya .

    2. Isi Kandungan Al Quran Adalah Di Saring Dari Kitab Taurat dan Injil.

    Di antara dakwaan dan kekeliruan yang mereka timbulkan berkaitan al-Quranadalah ; ia adalah saringan atau dengan lain ungkapan berasal dari kandungan kitahTaurat dan Injil .

    Sandaran yang menjadi latar belakang kepada dakwaan ini ialah

    iDakwaan mereka bahawa al Quran itu ciptaan Nabi .

    iiAdanya titik persamaan antara kandungan al-Quran dan kandungan kedua kitabberkenaan. Iaitu tentang kisah nabi-nabi dan umat dahulu.

    Matlamat dari tuduhan ini tetap bermaksud untuk mengisbatkan bahawa al Quran ituciptaan Nabi Muhamad dan bukannya wahyu Allah . Tujuan akhirnya ialah menghakiskeyakinan dan mengikis penghormatan manusia terhadap kitab suci ini.

    Ulasan Terhadap Tuduhan :

    i- Tuduhan ini adalah berkait dengan anggapan mereka bahawa nabi Muhamadadalah pencipta dan pengarang kepada al Quran. Jika mereka menerima bahawaal-Quran itu datangnya dari Allah maka dakwaan bahawa al-Quran itu disaringatau diambil daripada apa yang terkandung di dalam Taurat dan Injil tidaktimbul. Bila dakwaan itu dibuat sudah tentulah ada pihak atau orang yangmengambil atau menyaringnya . Maka yang mereka maksudkan ialah NabiMuhamad sendiri. Anggapan dan dakwaan ini telah pun di ulas dan dijawab sertadinyatakan kepalsuannya . Oleh itu tak perlu dipanjangkan lagi jawapannya.

    ii- ii- Kandungan Kisah yang Berbeza.

    Adapun tentang terdapatnya persamaan di antara kisah dan cerita-cerita yangterdapat dalam al-Quran dan dalam kedua kitab berkenaan berhubung dengan paranabi dan umat dahulu , maka adalah benar dan tak dapat dinafikan bahawa topikdan isu yang sama terdapat dalam al-Quran dan kitab-kitab sebelumnya .Persoalannya apakah keseluruhan cerita dan kandungan kisah itu benar-benarsama ?

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    16/51

    Jika diteliti maka persamaan yang ada hanya pada tajuk ceritanya dan merekayang berkenaan sahaja, tetapi isi kandungannya adalah jauh berbeza. Ceritadan kisah yang terdapat di dalam al-Quran adalah tertumpu kepada pekara-perkara penting yang menjadi pengajaran dan perkara yang boleh dijadikancontoh teladan dan iktibar , sedang yang terdapat di dalam Taurat dan Injil adalah

    lebih tertumpu kepada jalan cerita dan kisah itu semata-mata tanpa sebarangpenekanan kepada apa-apa aspek pengajaran. Bahkan kadang apa yangdikemukakan adalah suatu yang tidak munasabah dan bertentangan dengan logikdan kehormatan para Nabi dan Rasul .

    Bahkan terdapat perbezaan yang jelas di antara apa yang dipaparkan di dalam al-Quran dengan yang terdapat dalam kedua sumber ini walau pun tentang kisahyang sama. Seperti cerita yang berkaitan dengan Nabi Yusuf dengan isteripembesar Mesir , kisah kelahiran Nabi Isa adalah sangat berbeza. Bahkan terdapatperkara-perkara yang dinyatakan oleh al Quran tentang kisah umatumat dahuluyang langsung tidak disebut di dalam Taurat dan Injil. Contohnya kisah tentang

    kaum cAd dan Thamud, Tentang Mariam yang dijaga oleh Nabi Zakaria , dandialog yang berlaku antara Nabi Nuh dan juga anaknya sewaktu dilandagelombang banjir besar .

    iii. Perbezaan dalam perkara asas yang penting.

    Selain perbezaan yang begitu ketara wujud dalam perkara yang pada mulanya dilihat adakebetulannya, maka terdapat perbezaan dan pertentangan yang begitu jelas antara keduakitab ini dalam perkara-perkara asas yang utama , seperti akidah , hukum syariah,

    a- Dalam akidah :

    -Al Quran memandu dan mengajar konsep tauhid yang tegas akidah dalam keduakitab ini tidak menegakan tauhid. Dalam Injil tuhan itu berbilang . Ini dijelaskandalam al Quran : .

    Dalam injil yang menjadi pegangan mereka ( orientalis) konsep trinity adalahmerupakan ajarannya. Sedang di dalam al-Quran konsep tauhid adalah suatu yangtidak ada tolak ansurnya. Al Quran menolak semua bentuk syirik terhadap Allahs.w.t.

    -Al Quran menjadikan hak memberikan keampunan hanya oleh Allah ajaran yang

    dipegang oleh nasara pula ialah , para padri mereka adalah diberikan hak untukmenerima pengakuan dosa oleh setiap orang dan boleh mengampunkan dosa mereka .

    -Mengikut ajaran al-Quran ,dosa adalah ditanggung oleh yang melakukannya tidakseorang pun boleh menanggung dosa orang lain tapi dalam ajaran injil Isa yang dikirasebagai salah satu tuhan mereka adalah dibunuh dan disalib sebagai penebus kepadadosa yang yang ditangung oleh umat manusia. (Adam dan anak cucunya)

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    17/51

    -Dalam Injil Nabi Isa dibunuh dan salib sedang di dalam al-Quran menegaskanabahawa Nabi Isa tidak dibunuh dan tidak disalib.

    - Dalam ajaran al Quran para rasul di berikan nilai yang tinggi dan merupakan hambayang maksum dan terpelihara dari dosa tetapi dalam ajaran taurat dan injil tidak

    melihat Nabi sedemikian bahkan kadang mereka di lihat sebagai penjenayah yangmelakukan bebagai kejahatan .

    b- Dalam Hukum /Perundangan /

    -Dalam Taurat yang menjadi pegangan Yahudi tidak banyak peraturan hukum hakamyang mengatur penghidupan. Yang ada itu pun berbeza. Contohnya Taurat membenarkankaum yahudi mengambil riba dari golongan lain tetapi tidak membenarkannya sesamayahudi. Ia berbeza dari yang ada dalam alQuran yang mengharamkan riba untuk semua .

    -Di dalam al Quran peraturan hukum hakam yang mengatur semua aspek penghidupan

    adalah lengkap semantara di dalam Injil dan Taurat hampir tak ada.

    c- Tentang Fakta Ilmiah .

    -Al-Quran mengandungi fakta-fakta ilmu yang begitu tinggi dan nyata dan fakta-faktayang menepati dengan hakikat yang diketahui itu tidak terdapat sedikit pun dalam keduakitab yang didakwa menjadi sumbernya . Contohnya seperti ilmu berkaitan unsur alam,kejadian manusia dan lain-lain .

    -Ilmu ilmu berkenaan yang termuat dalam al-Quran bukan sahaja tidak terdapat dalamTaurat dan Injil tetapi tidak terlintas pun dalam fikiran manusia pada masa itu, bahkan

    sebahagian daripada perkara yang terkandung dalam al-Quran itu hanya baru bolehdifahami oleh manusia hampir seribu tahun selepas ia diturunkan.

    d- Penilaian al Quran terhadap Kedua Kitab dan pengajarannya.

    -Al-Quran telah mengkritik dan menjelaskan berbagai-bagai keburukan yang adalahdalam Taurat dan Injil .

    -Al-Quran juga mendedahklan perbuatan kaum Yahudi dan Nasara dalam meminda danmengubah kandungan kedua kitab ini.

    -Dalam al-Quran dipenuhi dengan kritikan dan penjelasan terhadap keburukan amalankaum yahudi dan nasara.

    Adakah layak untuk mendakwa bahawa kandungan al-Quran itu diambil daripada Tauratdan Injil pada hal hampir keseluruhan kandungannya itu berbeza dan bahkanbertentangan dengan apa yang ada dalam kedua-dua kitab berkenaan. Apakah logik untukdikatakan al Quran itu merupakan saringan atau dicedok dari kedua kitab itu sedangkan

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    18/51

    al Quran mendedah dan menelanjang segala keburukan dan kepincangan yang terdapat didalam kedua-dua nya. Tentunya dakwaan itu tidak berasas langsung.

    3. Pengharaman Arak Di Dalam Al Quran Ditangguhkan Kerana Takutkan

    Quraisy.

    Suatu dakwaan yang dibuat oleh sebahagian orientalis khususnya oleh MontgomeryWatt yang telah menulis dalam bukunya Muhamad di Makkah mengatakan bahawa al-Quran telah mendiamkan diri dan tidak mengharamkan arak dan riba secara tegassebelum Nabi berhijrah ke Madinah . Ini adalah disebabkan oleh ketakutan dankegerunan Islam terhadap kebengisan dan tindakan oleh kaum kafir Quraisy.

    Sekali lagi dakwaan ini dibuat atas landasan bahawa al Quran itu merupakan ciptaan nabiMuhamad s.a.w. dan berasaskan bahawa kedua perkara tersebut iaitu arak dan riba adalahmerupakan dua perkara yang menjadi darah daging dalam amalan dan kehidupan kaumquraish di Makkah. Golongan kafir quraisy pula dilihat sebagai satu bangsa yang bengis

    dan ganas , melalui tindakan yang mereka lakukan terhadap pengikut Nabi. ContohnyaterhadapBilal , terhadap keluarga Amamr dan lain-lain. Satu bangsa yang di lihat tidakberperik kemanusiaan apabila sanggup menanam ank perempuan mereka hidup-hidup .

    Yang nyata dakwaan ini adalah merupakan andaian palsu yang tidak berasaskan sesuatualasan yang kukuh .

    Memang benar pengharaman arak dan riba tidak berlaku pada peringkat Makkah . Bukansahaja dua perkara ini , bahkan semua pensyariatan hukum tidak dikemukakan oleh alQuran pada peringkat ini Bukan disebabkan ketakutan dan kegerunan terhadap kaumquraisy seperti yang di dakwa, tetapi disebabkan oleh hikmah yang Allah tentukan .

    Antara hikmat yang boleh difahami , bahawa Islam di peringkat Makkah adalahmerupakan perinngkat memberikan tarbiyah . Ia menerap dan melaksanakan strategimendahulu yang terpenting daripada yang penting dan kurang penting . Perkara yangpaling penting diberikan tumpuan pada peringkat awal dakwah diMakkah ini ialahmembetulkan akidah dan pegangan serta keyakinan terhadap keesaan Allah SWT. Keranaapabila akidah dapat diperbetulkan maka segala hukum hakam akan dapat dikemukakandan ia akan dilaksanakan dengan mudah dan penuh kepatuhan . Apakah denganpengharaman arak itu dilewatkan maka boleh dibua dakwaan wujud ketakutan dalam diriMuhamad? Sedangkan sejarah perjalanan dakwah di Makkah memang diketahui denganjelas oleh semua termasukorientalis ini. Yang manakah lebih utama antara arak dan ribayang di amalkan dengan akidah dan keyakinan yang menjadi tunjang kehidupanquraisy.Akidah penyembahan berhala . Tentunya akidah adalah lebih utama .

    Bagaimana boleh diterima dakwaan Nabi Muhamad gerun dan takut sedangkan dalamsepanjang tempoh 13 tahundi Makkah Al Quran yang disampaikan oleh Baginda adalahmengkritik dan menghentam perkara yang lebih asas dan terpenting bagi kaum quraisyini, iaitu seluruh akidah yang menjadi pegangan hidup mereka sambil mepersendakankebodohan mereka kerana menyembah berhala yang mereka bentuk dengan tanganmereka sendiri. Sedangkang sewaktu mengatakan tentang perkara ini Nabi Muhamad

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    19/51

    masih sendirian tanpa sebarang kekuatan atau hanya disokong oleh beberapa keratpengikutnya sahaja.

    Nabi dan kaum muslimin berada di Makkah selama 13 tahun menghadapi pelbagaitindakan zalim yang dilakukan oleh kafir quraisy terhadap baginda dan pengikutnya ,

    termasuk ejekan , penyiksaan , pemulauan dan sebagainya . Kalau ada rasa takut dangerun masakan baginda terus berada di Makkah selama tempoh itu dan terus melakukandakwah yang ditentang oleh kaum quraisy . Sejarah mengenali sikap Rasulullah s.a.wini, yang terpancar dalam ungkapan baginda sewaktu menjawab tawaran yang dibuat olehquraisy melalui bapa saudaranya Abu Talib supaya berhenti daripada dakwah Baginda .Baginda menegaskan Demi Allah jika mereka boleh meletakkan matahari di kanankudan bulan di kiriku supaya aku berhenti dari urusanku ini maka aku tetap tidak akanberhenti sehingga urusan ini selesai atau pun aku terkorban kerana mempertahan kannya. Apakah orang yang bersikap begini boleh dituduh sebagai pengecut dan takut.Sesungguhnya melewatkan pengharaman arak itu tidak ada sangkut paut dengan perasaandemikian tetapi ia dilaksanakan mengikut perintah Allah yang mempunyai hikmatnya.

    orientalisma

    TA'RIF

    Orientalisma adalah gagasan pemikiran yang mencerminkan berbagai kajian tentangnegaranegara timur Islam. Objek kajiannya meliputi peradaban, agama, seni, sastera,bahasa dan kebudayaannya. Gagasan pemikiran ini telah memberikan kesan yang besardalam membentuk persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Caranya ialah denganmenyebarkan kemunduran cara berfikir dunia Islam dalam pertarungan peradaban antaraTimur (Islam) dengan Barat.

    SEJARAH KEMUCULAN DAN TOKOH-TOKOHNYA

    1. Awal Kemunculannya

    Amat sukar untuk menentukan secara pasti bilakan munculnya Orientalisma. Sebagianahli sejarah berkecenderungan mengatakan bahwa Orientalisma bermula dari zamanDaulah Islamiyah di Andalusia (Sepanyol). Sedangkan sebagian ahli sejarah yang lainmengatakan ia muncul ketika terjadi Perang Salib.

    Orientalisma Ketuhanan (Lahuti) sudah wujud secara rasmi sejak dikeluarkan keputusan

    Perundingan Gereja Viena tahun 1312 M dengan memasukkan subjek bahasa Arab keberbagai Universiti di Eropah.

    Orientalisma muncul di Eropah hanya pada penghujung abad ke 18 M di mana pertamakali muncul di England pada tahun 1779 M, di Perancis pada tahun 1799 dan dimasukkanke dalam Kamus Akademi Perancis pada tahun 1838.

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    20/51

    Gerbert de Oraliac (9381003 M), seorang paderi Venezia, pergi ke Andalusia. Di sanaia belajar dengan seorang profesor. Setelah kembali ke tanah air, dia dipilih sebagaiPaderi Agung dengan gelaran Silvester II (9991003) M. Beliau merupakan Paus yangpertama dari Perancis.

    Tahun 1130 M, Ketua Paderi Toledo menterjemahkan beberapa buku ilmiah berbahasaArab. Kemudiannya langkah ini diikuti oleh Gerard de Cremona (11141187 M) dariItali. Dia telah pergi ke Toledo dan menterjemahkan buku-buku yang tidak kurang dari87 judul di bidang falsafah, kedoktoran, astronomi dan geologi.

    Di Perancis, Pierre le Venerable (1094-1156), seorang paderi Venezia dan KepalaBiarawan Cluny, menubuhkan kumpulan penterjemah. Tujuannya ialah untukmemperolehi ilmu dan pengetahuan secara objektif tentang Islam. Dia sendiri adalahorang pertama yang menterjemahkan al-Qur'an ke dalam bahasa Latin (1143 M).Manakala penterjemahan al-Qur'an ke dalam bahasa Inggeris dilakukan pertama kali olehRobert of Ketton.

    Juan de Sevilla, seorang Yahudi yang memeluk agama Kristian, muncul padapertengahan abad ke-12 dan memberi perhatian dalam bidang astronomi. Ia telahmenterjemah 4 buah buku berbahasa Arab karya Abu Ma'syar al-Balkhi (1133 M). Tugaspenterjemahannya dibantu oleh Adelard.

    Roger Bacon (12141294 M), dari England . Menuntut ilmu di Oxford dan Paris danmendapat gelaran doktor di bidang Theologi. Ia menterjemahkan buku berbahasa Arabberjudul Mir'at alKimia dalam tahun 1251 M

    2. Orientalis-orientalis yang Objektif (tidak berat sebelah)

    Hardrian Roland (meninggal pada tahun 1718 M), adalah profesor bahasa-bahasa Timurdi Universiti Utrecht, Belanda. Ia menulis buku Muhammadanism dalam bahasa Latinsebanyak dua jilid (1705 M). Gereja-gereja di Eropah telah mengharamkan buku tersebut.

    Johann J. Reiske (17161774 M), seorang orientalis Jerman pertama yang patutdikenang. Ia dituduh murtad (atheis) karena sikapnya yang adil terhadap Islam. Ia hidupmenderita dan mati karena sakit paru-paru. Ia sangat berjasa dalam memperkenalkan danmengembangkan pengajian Bahasa Arab di Jerman.

    Silvestre de Sacy (meninggal 1838 M), seorang orientalis yang memberi tumpuan

    kepada sastera dan nahu Arab. Ia mengelak dari terlibat dalam pengkajian tentang agamaIslam. Ia juga sangat berjasa dalam menjadikan Paris sebagai pusat pengkajian Islam.Salah seorang yang pernah berurusan dengan beliau ialah Syaikh Rifa'ah Thanthawi.

    Thomas Arnold (18641930 M) dari England . Bukunya yang berjudul Preaching inIslam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki, Urdu dan Arab.

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    21/51

    Gustav le Bon, dikenal sebagai orientalis dan ahli falsafah materialisma. Ia tidak percayakepada agama. Pada umumnya kajian dan buku-bukunya menyentuh tentang peradabanIslam. Disebabkan hasil kajian-kajiannya beliau tidak dipedulikan malah dibenci olehorang Barat.

    Z. Honke dianggap tidak berat sebelah kerana buku-bukunya yang objektif yangmemperkenalkan pengaruh peradaban Arab terhadap Barat. Di antara bukunya yangtermasyhur ialah Matahari Arab Bersinar di Barat.

    Jack Burke, Anne Marie Simmel , Thomas Garlyle, Renier Ginaut, Dr. Granier danGocthe adalah orientalis-orientalis yang tergolong sederhana.

    3. Orientalis Fanatik (Melampau)

    Goldziher (18501920 M), orientalis berketurunan Yahudi, penulis buku SejarahAliran-aliran Tafsir dalam Islam, adalah tokoh Pengajian Islam di Eropah. Ketokohan

    dan juga kefanatikannya tidak dapat dipertikaikan

    J.Maynard, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini termasuk salah seorang PengarangMajalah Islamic Studies.

    S.M. Zwemer, orientalis dan pendawah Kristian , adalah pengasas majalah IslamicWorld di Amerika. Di antara bukunya yang bernada fitnah ialah Islam MemasungAqidah, terbit tahun 1908 M dan Al-Islam yang merupakan kumpulan makalah yangdisampaikan dalam Persidangan Kristianisasi II pada tahun 1911 M di Lucknow, India.

    G. Von Grunebaum, seorang Yahudi berbangsa Jerman yang pernah belajar di universiti-

    universiti Amerika. Tulisannya antara lain ialah Upacara-upacara Agama Muhammad,terbit tahun 1951 M dan Beberapa Kajian Tentang Sejarah Kebudayaan Islam terbitpada tahun 1954 M.

    A.J. Wensinek adalah orientalis yang sangat memusuhi Islam. Bukunya yang berjudulAqidah Islam yang diterbitkan dalam tahun 1932, mengandungi banyak kecamanterhadap Islam.

    K.Cragg, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini menulis buku Da'wah dan MenaraAzan yang diterbitkan pada tahun 1956 M.

    L. Massignon, pendakwah Kristian berbangsa Perancis, pernah menjadi penasihatkepada Departmen Jajahan Perancis Berkenaan Afrika Selatan. Bukunya yang terkenalialah Hallaj; Shufi yang Syahid dalam Islam, terbit pada tahun 1922 M.

    D.B. Macdonald orientalis dan pendakwah Kristian berbangsa Amerika ialah seorangyang terkenal fanatik. Ia menulis buku Perkembangan Ilmu Kalam, Fiqh dan TeoriUndang-Undang Negara, terbit pada tahun 1930 M, dan buku Sikap Agama TerhadapKehidupan Menurut Islam, terbit pada tahun 1908 M.

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    22/51

    M. Green, setiausaha kepada Sidang Pengarang Majalah Timur Tengah.

    D.S. Margoliouth (18851940 M), orientalis berbangsa Inggeris yang sangat fanatik inipernah mendidik dan mengasuh Thaha Husain dan Ahmad Amin . Buku-bukunya antaralain: - Perkembangan Baru dalam Islam, terbit pada tahun 1913 M. - Muhammad

    Menjelang Kelahiran Islam, terbit pada tahun 1905 M. - Universiti Islam, terbit padatahun 1912 M.

    A.J. Arberry, adalah orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam. Bukunyaterkenal antara lain; - Islam Dewasa Ini, terbit tahun 1943 M. - Tashawwuf, terbit padatahun 1950 M.

    Baron Carra de Vaux adalah Orientalis Perancis yang sangat fanatik dan termasuk salahseorang tokoh penting Sidang Pengarang Ensiklopedia Islam.

    H.A.R. Gibb (18951965 M), orientalis berbangsa Inggeris penulis buku

    Mohammedanism, diterbitkan dalam. tahun 1947 M dan Aliran-aliran Moden dalamIslam yang diterbitkan juga dalam tahun 1947 M.

    R.A. Nicholson, orientalis berbangsa Inggeris yang menolak aspek kerohanian Islam. lamenganggap Islam sebagai agama materialistik dan tidak mengakui keluhuran manusia.Bukunya yang terkenal ialah Shufi-Shufi Islam ( 1910 M) dan Sejarah KesusastraanArab ( 1930 M )

    Henry Lammens (18721937M), orientalis fanatik yang menulis buku Al-Islam danTha'if. Dia juga salah seorang sidang pengarang Ensiklopedia Islam.

    J. Schacht, terkenal sebagai orientalis Jerman yang sangat fanatik memusuhi Islam.Penulis buku Ushul Fiqh Islam.

    Blacherc yang pernah bekerja untuk Kementerian Luar Negara Perancis sebagai stafuntuk urusan Arab dan umat Islam.

    Alfred Guillaume orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam, penulis bukuAIIslam.

    PEMIKIRAN DAN DOKTRIN-DOKTRINNYA

    Pertama : Faktor-faktor munculnya Orientalisme

    1. Faktor Agama

    Faktor inilah yang menjadi asas kepada kemunculan dan pertumbuhan orientalisma yangberlangsung begitu lama. Sasarannya antara lain ialah :

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    23/51

    a. Menimbulkan keraguan ke atas kerasulan Muhammad s.a.w dan menganggap hadisNabi sebagai amal perbuatan ummat Islam (bukannya daripada nabi) selama tiga abadpertama.

    b. Menimbulkan keraguan terhadap kebenaran al-Qur'an dan memutar belitnnya.

    c. Memperkecil nilai fiqh Islam dan menganggapnya sebagai saduran dari hukumRomawi.

    d. Menganaktirikan bahasa Arab dan menjauhkannya dari ilmu pengetahuan yangsemakin berkembang.

    e. Memperkenalkan teori bahwa Islam adalah berasal dari agama Yahudi dan Nasrani

    f. Mengkristiankan ummat Islam.

    g. Menggunakan hadis-hadis dha'if dan maudhu' untuk menyokong pendapatnya danmengembangkan teorinya.

    2. Faktor ekonomi dan penjajahan

    Institusi-institusi kewangan, industri-industri mega dan pihak pemerintah sendiri telahmengeluarkan banyak modal untuk kajian-kajian bagi mengenalpasti keadaan negara-negara Islam dengan lebih mendalam . Kajian tersebut sangat digalakkan terutamanyapada masa sebelum penjajahan Barat dalam abad 19 dan 20 M.

    3. Faktor politik

    a. Melemahkan semangat ukhuwah Islamiyah dan memecah belah ummat untukmembolehkan mereka (orang-orang Islam) dikuasai

    b. Menghidupkan bahasa Arab 'amiyyah (bahasa pasar) dan mengubah adat istiadat yangdiamalkan.

    c. Para pegawai di negara-negara Islam diarahkan untuk mempelajari bahasa asing (iaitubahasa penjajah) agar memahami kebudayaan dan agama penjajah. Tujuannya agarmereka mudah dipengaruhi dan dikuasai.

    4. Faktor keilmuan

    a. Sebagian orientalis ada yang mengarahkan kajian dan analisanya semata-mata untukmenambah ilmu dan pengetahuan. Sebagian mereka ada yang memahami asas-asas danroh Islam malah ada yang memeluk Islam, seperti Thomas Arnold yang mempunyaiperanan yang besar dalam menyedarkan kaum muslimin dengan bukunya The Preachingin Islam, dan Dinet yang telah memeluk Islam dan tinggal di Algeria. la menulis, bukuSinar Khusus Cahaya Islam. Ia meninggal di Perancis dan dikebumikan di Algeria.

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    24/51

    Kedua: Karya-karya Orientalis yang Penting

    1. Sejarah Kesusasteraan Arab, Carl Brockelmann (meninggal 1956 M). 2. EnsiklopediaIslam, cetakan pertama terbit dalam bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman, antara tahun19131938 M. Sedangkan cetakan berikutnya diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan

    Perancis saja, 19451977 M. 3. Mujam Mufahras li Alfazhi al-Hadits, sebuah kamusuntuk mencari lafaz-lafaz hadits. Mujam ini mencakup Kitab Sunan Sittah, kumpulanhadits yang terhimpun dalam kitab yang enam, ditambah dengan Musnad Darimi,Muwaththa' Imam Malik, Musnad Ahmad bin Hanbal. Mujam ini terdiri daripada tujuhjilid dan beredar sejak tahun 1936 M sampai sekarang.

    Ketiga: Persidangan dan Organisasi

    Pada tahun 1873 telah diadakan persidangan orientalis pertama di Paris. Setelah itubanyak kali persidangan-persidangan seumpamanya diadakan. Setakat ini tidak kurangdari 30 kali persidangan di peringkat antarabangsa dianjurkkan. Ini tidak termasuk sesi

    perbincangan, seminar dan pertemuan-pertemuan di peringkat serantau, sepertiPersidangan Orientalis Jerman yang dianjurkan di Bandar Dresden, Jerman Barat, padatahun 1849 M. Sampai sekarang persidangan-persidangan seperti itu masih tetap berjalan.Dalam persidangan-persidangan seperti ini disertai beratus cendikiawan orientalis.Misalnya, Persidangan Oxford yang dihadiri tidak kurang dari 900 cendikiawan dari 25negara, 80 universiti dan 69 institusi ilmiah. Kegiatannya ditaja oleh institusi-institusiorientalisma, seperti Institut Asiatik di Perancis, ditubuhkan dalam tahun 1822 M.Lembaga Hak Milik Asia di England, ditubuhkan dalam tahun 1823 M, InstitutOrientalisma Amerika, ditubuhkan pada tahun 1842 M dan Institute Orientalisma Jerman,didirikan tahun 1845 M.

    Keempat : Majalah-majalah Orientalis

    Mereka menerbitkan majalah dan mempunyai banyak kilang-kilang penerbitan. Lebihdari 300 majalah yang beraneka ragam dan dalam berbagai bahasa diterbitkan, antara lain;

    1. The Muslim World, diasaskan oleh Samuel Zwemer (meninggal tahun 1952 M) diEngland . Dalam tahun 1911 M ia menjadi Ketua Gerakan Kristianisasi di Timur Tengah.

    2. Mir Islama terbit di Petersburg pada tahun 1912 M. Tapi majalah ini tidak berumurpanjang.

    3. Sumber Air Timur, diterbitkan di Wina, 18091818 M.

    4. Islam, terbit di Paris, pada tahun 1895 M. Kemudian dalam tahun 1906 M ditukarnama kepada Islamic World. Majalah ini diterbitkan oleh Missi Ilmiah Perancis diMorocco. Akhir sekali, namanya ditukar menjadi majalah Islamic Studies.

    5. Tahun 1910 M di Jerman terbit sebuah majalah berbahasa Jerman, Der Islam.

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    25/51

    Kelima: Orientalisma Adalah Abdi kepada Penjajah

    Carl Heinrich Becker (meninggal tahun 1933 M) adalah yang bertanggungjawab

    menubuhkan majalah Islam di Jerman. Ia melakukan kajian tentang Timur untukkepentingan penjajah di Afrika. Barthold (meninggal tahun 1930 M), pengasas majalahThe Muslim World Rusia, yang telah menjalankan kajian untuk menjaga kepentinganRusia di Asia Tengah. Snouck Horgronje dari Belanda (18571936) pernah menziarahiMekah pada tahun 1884 dengan nama Abdulghaffar. Ia tinggal di Mekah selama lebihkurang setengah tahun. Kemudian dia kembali ke Belanda dengan laporan-laporan untukkepentingan penjajahan di dunia Islam bagian Timur. Sebelumnya ia pernah tinggal diIndonesia selama 17 tahun. Institut bahasa-bahasa Timur di Paris, ditubuhkan dalamtahun 1885 M, bertugas sebagai pengumpul data dan maklumat tentang negara-negaraTimur dan Timur Jauh untuk memudahkan penjajah mengukuhkan cengkamannya dikawasan-kawasan tersebut.

    Keenam: Pemikiran-pemikiran Orientalisma yang Sangat Merbahaya

    George Sale, dalam kata pengantar terjemahan al-Qur'annya (1736 M), menyatakanbahwa alQur'an adalah produk dan karangan Muhammad. Ini, katanya, tidak dapatdibantah. Richard Bell menuduh Muhammad menyusun al-Qur'an berasaskan sumberdari kitab Yahudi, khususnya Perjanjian Lama dan juga dari orang-orang Nasrani.Reinhart Dozy (Meninggal 1883 M) menganggap bahwa al-Qur'an mempunyai citarasayang sangat buruk. Di dalamnya tidak ada yang baru, kecuali sedikit. Selain gayabahasanya yang tidak menarik, kalimat-kalimatnya terlalu panjang dan membosankan.Menteri urusan koloni Inggeris di dalam salah satu laporannya yang disampaikan kepada

    Ketua Pemerintahan 9 Januari 1938 menyatakan, "Kami telah mendapat pelajaran dariperang Ternyata perpaduan Islam adalah sangat berbahaya. Ianya mesti diperangi olehkerajaan. Bukan hanya Kerajaan yang merasakan demikian, tetapi juga Perancis. Kamisangat gembira karena Khilafah Islamiyyah telah lumpuh. Saya berharap semoga ianyatidak akan bangkit kembali." Saledon Amous berkata,bahwa 'Ajaran Muhammadhanyalah merupakan ciplakan undangundang Romawi bagi sebuah kerajaan Timur,terutama dalam soal politik dan peraturan hak milik." Ia berkata lebih lanjut, "undang-undang Muhammad tidak lain hanyalah undang-undang Justinian yang berbaju Arab.'Ahli falsafah Perancis Ernest Renan berkata, "Falsafah Arab adalah falsafah Yunani yangditulis dalam bahasa Arab." Sedangkan Louis Massignon, seorang tokoh perosak ,menganjurkan agar bahasa Arab ditulis dengan huruf latin dan menggalakkanpenggunaan bahasa 'Amiyyah.

    CATATAN

    Walaupun demikian, para orientalis cukup berjasa dalam menggali buku-buku warisanIslam dan disebarkannya setelah ditahqiq dan disistematikkan. Banyak di antara merekayang memiliki kaedah-kaedah ilmiah yang sangat berguna dalam menjalankan kajian.Sebagian mereka ada juga yang memiliki kesabaran, ketekunan dan ketelitian dalam

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    26/51

    mentahqiq, menyaring dan menganalisai bahan-bahan dan masalah-masalah. SeorangMuslim hendaknya bersikap kritis dalam menelaah karya-karya mereka, serta berhatihatiterhadap hal-hal yang sesat dan menyimpang. Seorang Muslim hendaklah membuangyang salah atau membongkar kesalahannya kemudian dilakukan penolakan. "Hikmahadalah barang hilang milik kaum muslimin. Di mana saja ia ditemukan, kaum muslimin

    berhak memilikinya."

    ASAS PEMIKIRAN DAN SIFAT IDEOLOGINYA

    Sebenarnya orientalisme adalah hasil pergeseran yang terjadi antara Timur yang Islamdan Barat yang Nashrani pada masa Perang Salib dengan melalui delegasi-delegasi resmiataupun melalui perjalanan-perjalanan. Pendorong utamanya ialah ajaran Nasrani yangbercita-cita menghancurkan Islam dari dalam dengan cara tipu daya dan pembelotan.Tetapi pada akhir-akhir ini, orientalisme nampaknya mula cuba melepaskan diri daribelenggu tersebut dan beralih mendekati semangat ilmiah.

    PENYEBARAN DAN KAWASAN PENGARUHNYA

    Barat merupakan medan gerakan kaum orientalis. Mereka terdiri daripada orang-orangJerman, Inggeris, Perancis, Belanda dan Hungari. Sebahagiannya muncul di Itali danSepanyol. Sekarang, Amerika merupakan pusat orientalis yang terkemuka. Di sanabanyak terdapat pusatpusat orientalisme dan pengkajian Islam. Pemerintah, lembaga-lembaga ekonomi, yayasan dan bahkan gereja tidak putus-putus menyediakan dana untukkepentingan orientalisma. Selain mengeluarkan dana keuangan dan penajan , mereka jugamenyediakan kemudahan untuk pengkajian tentang Islam di universitiuniversiti sehinggajumlah orientalis mecapai ribuan orang. Gerakan orientalisme diciptakan untuk mengabdikepada penjajahan dan gerakan Kristianisasi. Akhir-akhir ini gerakan ini dimanfaatkan

    kaum Yahudi dan Zionisme untuk kepentingannya dalam rangka melumpuhkan Timuryang Islami dan mengukuhkan cengkamannya , baik langsung ataupun tidak langsung.

    Saringan dari Ensaiklopedia Gerakan Keagamaan dan Pemikiran dari

    www.alahkam.net

    Mengenal Penentang Hadis

    NIK ROSKIMAN ABDUL SAMAD

    _____________________________________________________________________

    ______

    Golongan yang "meragui" hadis (mereka menafikan diri mereka sebagai golonganantihadis) sekali lagi muncul di persada negara, menggamatkan suasana hening dandamai masyarakat Islam di Malaysia - sehangat isu artis ditangkap melacur dan isupolitik wang. Walaupun kini isunya reda lantaran tindakan bijak Pusat Islam untuk tidakmenganjurkan sebarang dialog, namun ramai di kalangan masyarakat masih kaburtentang asal usul fahaman meragui hadis ini. Golongan seumpama ini pernah wujud diawal kurun Islam yang menggelari golongan mereka sebagai "Ahlul Quran", iaitugolongan yang menolak hadis, menolak pendapat dan tafsiran ulama serta menolak juga

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    27/51

    fakta sejarah. Kedudukan hadis sebagai sumber hukum Islam yang kedua selepas al-Quran sepatutnya tidak dipersoalkan lagi, lebih-lebih lagi bagi kita umat Islam. Sayamelihat gerakan mempertikaikan autoriti hadis yang dihebohkan dewasa ini, khususnyadi Malaysia, sebenarnya disebabkan oleh empat faktor utama iaitu sekularisme,sosialisme, orientalisme dan "bebalisme" (meminjam istilah Prof. Dr. Syed Husein Al-

    Attas). Sikap biadab golongan ini yang menolak pendirian ulama muktabar danmengganggap mereka sebagai pembohong, sebenarnya mencerminkan kepada kita akan"kebebasan" (freedom) mutlak dan "tiada keterikatan" yang diperjuangkan oleh golonganini. Sudah pasti dengan berpegang hanya kepada al-Quran, tidak hadis dan pendapat paraulama, menjadikan paradigma agama Islam itu semakin meluas berbanding dengankeadaan sebelumnya lantaran perincian (refinements) yang dikemukakan oleh hadis danpara ulama dibakulsampahkan. Dengan paradigama baru itu, sembahyang dari lima kalimenjadi tiga kali sehari dan pelbagai lagi tafsiran baru yang karut-marut dibuat;membawa kepada agama yang dulunya "Islam" telah bertukar menjadi suatu ideologiatau agama baru. Menyingkap timbulnya aliran pemikiran menentang serta mencercaulama ini sebenarnya adalah ciplakan daripada apa yang diistilahkan oleh Cornelis van

    Peursen sebagai "gerakan pembebasan" seperti mana gerakan yang dipimpin oleh MartinLuther (1485-1546) menentang para paderi gereja Katolik di awal abad ke-16 Masihi.Martin Luther menganggap bahawa para paderi telah melakukan banyak pembohonganterhadap masyarakat di dalam banyak perkara khususnya di dalam soal "pengampunan" -di mana paderi mengenakan bayaran (atas khidmatnya sebagai perantaraan denganTuhan) ke atas setiap orang yang ingin meminta ampun. Bagi mempengaruhi masyarakatmenyokong perjuangannya, pada 1520, Martin Luther telah menerbitkan buku-bukumengkritik Pope Leo dan para paderi. Bukubuku itu telah dikecam hebat oleh Pope Leodan Majlis Paderi sebagai sesat dan menyeleweng. Pun begitu, buku-buku itu telahmendapat sambutan hangat sekali di mana sekitar 300,000 naskhah telah dijual diSwitzerland, Perancis, Sepanyol dan England. Sebaliknya buku-buku para paderi, sepertibuku-buku Papal Bull, telah dibakar oleh para pengikut Luther dan akhirnya, kemuncakkepada penentangan untuk membebaskan masyarakat dari kongkongan paderi gereja ituialah penubuhan Gereja Lutheran dan Gereja Protestan. "Semangat Reformasi MartinLuther" golongan meragui hadis itulah yang sekarang ini melanda negara ini bukanterhadap agama Kristian tetapi terhadap agama Islam yang suci bersih dan dijaga olehAllah s.w.t. Dalam benak kepala golongan ini para ulama Islam adalah sama saja denganpara paderi Kristian. Lantas tuduhan membohong kini dihalakan pula kepada para ulamaIslam semata-mata kerana berandaian bahawa mereka juga telah menokok tambahkanajaran Islam seperti mana para paderi Kristian lakukan terhadap agama mereka. Lanjutandaripada perjuangan Martin Luther itu telah membibitkan benih-benih ideologi yangdipanggil "sekularisme", yang kemudiannya diperjuang dan dikembangkan lagi oleh parafilsuf seperti Descartes dan yang seangkatan dengannya, membawa kepada "RevolusiSains" di kurun ke-17. "Sekular" yang berasal dari perkataan Latin saeculum itusebenarnya bermakna "masa" dan "tempat" iaitu dalam erti kata lain masa kini dan duniaini. Oleh itu "sekularisme" adalah ideologi yang memperjuangkan pembebasan masa kinidaripada apa jua bentuk kongkongan atau keterikatan sama ada terhadap nilai agama,politik, budaya dan termasuklah juga pembebasan dari ikatan sejarah. Lebih dari itusejarah masa silam "dimatikan" dan "diputuskan" dari masa kini kerana ia jugamerupakan suatu bentuk pengongkongan, sebaliknya mengambil dunia masa kini yang

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    28/51

    terbuka luas sebagaimana seadanya, dan mencorakkan masa depannya sebebas mungkin(lihat Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Islam and Secularism). GolonganAhlul Quran juga adalah golongan yang menolak sejarah dan kini golongan yang"sefahaman" dengannya, iaitu golongan meragui hadis, muncul kembali di penghujungabad ke20 ini, bercita-cita untuk bertapak di bumi Malaysia. Elemen terpenting

    sekularisme iaitu pemutusan sejarah silam daripada kehidupan masa kini terus mendapattempat di dalam masyarakat moden dengan dipelopori oleh para filasuf Barat sepertiJean-Paul Sartre, Albert Camus dan ramai lagi, malah telah berjaya menjajahi pemikiranumat Islam. Bahaya pemikiran seumpama ini dalam masyarakat Islam sebenarnya sudahlama dibimbangi, sejak dari 1972 lagi oleh cendekiawan agung zaman ini, Prof. SyedMuhammad Naquib apabila beliau memberi amaran: "Keadaan memutuskan diri darisejarah lampau inilah yang di sini terlihat sebagai suatu bahaya besar, satu malapetakatelah menimpa jiwa kita dan akibatakibatnya nyata sekarang" (Islam dalam Sejarah danKebudayaan Melayu) Bagi umat Islam, sejarah bukan sahaja penting malah ia diterimapakai sebagai fakta dan bukti kebenaran di dalam penghujahan. Kita lihat bagaimanakandungan Al-Quran sendiri diperuntukkan untuk menceritakan tentang sejarah umat

    yang silam. Amat malang dan hinanya bagi mereka yang menolak sejarah - lebih-lebihlagi sejarah agamanya, bangsanya dan keturunannya sendiri. Meminjam ungkapan Dr.Wan Mohd. Nor Wan Daud, " orang yang tidak tahu sejarah keturunannya sendiri .Mungkin cuba menyembunyikan asal kejadiannya yang tidak sah".

    Api pemberontakan menentang para paderi yang dinyalakan oleh Martin Luther di abadke-16 itu terus marak hingga ke abad ke-19, memperlihatkan satu zaman di manaberlakunya penerusan penentangan terhadap para paderi Kristian, kali ini di kalanganpara pemikir Barat. Ekoran dari itu, lahirlah "sosialisme" iaitu suatu ideologi yangdipopularkan oleh Karl Marx (1818-1885) dan Engles (1820-1895) bagi melakukanpeperangan ideologi terhadap para paderi dan juga agama itu sendiri dengan

    menggunakan kaedah yang dipanggil dialectical materialism, iaitu suatu scientific worldoutlook yang menentang sebarang kepercayaan terhadap kuasa ghaib. Sosialisme yangmasih menjadi teras anutan para pemuka golongan meragui hadis di Malaysia ini, kinidijadikan asas bagi mereka untuk melihat Islam ini seperti mana Kristian. Kononnyatelah wujudnya penindasan kelas ulama terhadap kelas Muslim awam sebagaimanawujudnya golongan paderi yang menindas golongan Kristian awam. Mereka melihatIslam itu dari kerangka atau "paradigma" sosialisme Barat. Kalau awal 70-an dahulu diMalaysia pejuang sosialis menjadi jaguh dan pujaan sebahagian besar daripada golonganintelektual dan mahasiswa, maka kini perjuangan Islam lebih mendapat tempat dikalangan masyarakat terpelajar. Diparahkan lagi dengan robohnya tembok Kremlin dangelombang kapitalisme yang semakin hebat, aliran sosialisme menjadi semakin nazakbahkan jenama "sosialis" itu sendiri sudah tidak laku lagi. Justeru untuk kembali menarikperhatian masyarakat dan memberikan nafas baru kepada para pendokongnya di sampinguntuk merekrutkan ahli-ahli baru bagi golongan intelektual dan profesional, maka merekaturut terjun menangani persoalan agama, yang sebelum ini dianggap "candu masyarakat",kononnya bermatlamatkan untuk mengembalikan kesucian agama Islam itu dari "tangankotor" para ulama. Dasar utama sosialisme, yang menentang pemilikan harta kekayaanoleh golongan kapitalis sebagai lesen untuk menindas golongan pekerja (J.M. Roberts,History of the World, hal. 605), kini digerakkan ke alam agama di mana golongan ulama

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    29/51

    pula kononnya dilihat berperanan sebagai "kapitalis" dalam agama. Hak untuk bercakapmengenai agama mestilah dibebaskan dari didominasikan oleh para ulama sahajasebaliknya ia hendaklah dijadikan milik awam dalam masyarakat yang tiada kelas(classless society) . Lantaran itu, para ulama perlu ditentang dan digulingkan darikedudukan mereka yang tinggi itu agar tiada lagi beza antara ulama dan massa. Fahaman

    sosialisme anutan golongan meragui hadis ini yang juga memberi penekanan yang begitukuat terhadap kebebasan (liberty) dan persamaan (equality), telah berjaya menarik minatsebahagian golongan intelektual wanita Islam yang sudah sekian lama berjuang atasnama "pembebasan wanita" (womens liberations/emancipation) untuk turut sertabersama mereka. Kemasukan intelektual wanita Islam itu ke dalam "kandang" sosialismegolongan meragui hadis ini, telah memberikan platform bagi mereka untuk bersuaradengan lebih lantang lagi atas nama pembebasan dan persamaan hak wanita Islam, dansekali gus bekerjasama memporakperandakan kesucian, kemurnian dan keutuhan agamaIslam.Golongan berlatarbelakangkan beginilah, yang mula ingin bercakap tentang Islam -bukan kerana cintakan Islam - tetapi kerana terpaksa ikut serta dalam arus kebangkitanIslam dengan masih mengekalkan kerangka atau "paradigma" sosialisme mereka. Namun

    malang kerana sosialisme usang tiada menyediakan apaapa buat mereka tentang agama.

    Justeru itu, mereka tercari-cari input agama bagi mengisinya di dalam kerangka yangkosong dan lantas menemukannya dalam orientalisma. Ditambah lagi dengan tiadakemahiran bahasa Arab, maka para orientalis Barat dan akal merekalah yang menjadirujukan dan sandaran utama mereka bagi memahami agama Islam, termasuklahmemahami kedudukan dan autoriti hadis. "Sumbangan" para orientalis Barat yang lebihbanyak menimbulkan keraguan terhadap autoriti hadis ini telah diambil sebagai asasilmiah untuk mereka membebaskan diri dari hadis yang dirasakan mengongkongkebebasan akal dan nafsu mereka dalam membuat tafsiran bebas tentang agama,manakala para ulama dan perawi hadis pula dijadikan sasaran serangan mereka

    seterusnya. Antara para orientalis Barat yang mempelopori gerakan meragui autoritihadis, yang menjadi rujukan utama dan guru mereka ini ialah Ignaz Goldziher dan ramailagi seperti Aloyer Sprenger dan James Robinson Sprenger dan Muir misalnya,mendakwa bahawa hadis hanya mula dikumpulkan oleh Abu Bakar bin Muhammad binAmr bin Hazmi (meninggal 117H) atas arahan Khalifah Umar b. Abdul Aziz. Begitu jugadengan Goldziher dan Schact yang bersependapat bahawa hadis, khususnya yangberkaitan dengan hukum-hakam, hanya mula dikumpul dan dilakukan pada pertengahankurun kedua selepas hijrah seperti oleh Imam Abu Hanifah (meninggal 150H), AbdulMalik bin Juraij (meninggal 150H) Imam Malik (meninggal 179H), Imam Shafei(meninggal 240H) dan lain-lain. Memandangkan hadis mengikut pengajian mereka hanyamula dikumpul dan dibukukan selepas lebih 150 tahun hijrah, besar kemungkinanberlakunya tokok-tambah dan pemalsuan hadis. Mereka juga khususnya Goldziher,menolak pendapat majoriti ulama hadis yang mengatakan pengumpulan hadis sudahbermula sejak dari zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a lagi setelahmenerima pandangan yang diberikan oleh Sayidina Umar r.a. agar pengumpulan hadisdibuat. Mereka berhujah bahawa memang benar Sayidina Umar pernah mengutus suratkepada Sayidina Abu Bakar mencadangkan sedemikian, tetapi bukti Sayidina Abu Bakarmenerima cadangan Umar itu tidak dapat dikesan di dalam sejarah Islam. Hujah paraorientalis itu sebenarnya telah lama dijawab oleh para ulama dan sarjana Islam, dan jika

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    30/51

    mereka (golongan yang meragui hadis itu) benar-benar berminat dan ikhlas mengkajiIslam, mereka juga sepatutnya turut merujuk kepada jawapan balas para ulama dansarjana Islam yang telah mengemukakan bukti yang jelas menangkis tuduhan tersebut.Fuad Sezgin di dalam bukunya Tarikh al-Turath al-Arabi dan Muhammad Mustafa Azmidi dalam Studies In Early Hadis Literature misalnya, telah satu persatu mematahkan

    hujah Sprenger, Muir, Goldziher dan Schacht. Mengenai dakwaan para orientalis bahawahadis mula dikumpulkan setelah lebih 150 tahun selepas hijrah, Mustafa Azmi menjawabdengan mendakwa bahawa para orientalis itu sebenarnya gagal memahami maksudsebenar bahasa Arab terhadap perkataan seperti Tadwin, Tasnif, Risalah, Sahifah danjuga Nuskhah. Pengumpulan hadis sebenarnya telah wujud sejak kurun pertama hijrahlagi, cuma ia di dalam bentuk Sahifah dan Nuskhah yang bertaburan dan tidak tersusunsecara kemas dan sistematik seperti Sahifah Hammam Ibn. Munabbih, Sahifah alSadiqah,Nuskhah Salim bin Abdillah al-Khayyat dan seterusnya.

    Bertitik tolak dari sahifah dan nuskhah inilah para ulama hadis seawal kurun pertama lagiseperti Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Juraij (80-1150h), Muhammad bin Ishaq (80-

    151H), Mamar bin Rashid (96-153H), Said bin Abi Aruba (80-155H), Muhammad binAbdul Rahman Ibni abi. Dhib) (80-158H), Abdul Rahman bin Amr al-Auzai (88-158H),Sufyah bin Said al-Thauri (96161H) dan ramai lagi, mula menyusun dan mengkelaskanhadis-hadis yang sememangnya sedia terkumpul dalam bentuk sahifah dan naskhah itutadi, kepada bentuk buku yang lebih kemas, sistematik dan tersusun. Kesilapan yanglebih besar yang terjadi pada kebanyakan orang ialah mereka beranggapan bahawa hadishanya mula dikumpulkan di zaman enam ulama hadis. (Sihah Sittah) pada awal kurunketiga hiujrah iaitu oleh Imam Bukhari (194-256H), Muslim (206-281H), al-Nasai(214303H) Abu Dawud (202-275H), al-Tkirmizi (209-274H) dan Ibn Majah (209-273H).Tanpa mengkaji sejarah, pasti akan timbul keraguan bagaimana mungkin keenam-enamimam tersebut yang hanya hidup setelah hampir 200 tahun kewafatan Rasulullah s.a.w

    (wafat 11H) dapat mengumpul hadis yang begitu banyak.Mereka tidak menyedaribahawa keenam-enam imam hadis itu tadi bukanlah di peringkat pengumpulan hadis,sebaliknya mereka adalah di peringkat memastikan kesahihan sesuatu hadis danseterusnya mengklasifikasikan hadis-hadis tersebut mengikut bad-bad tertentu sesuaidengan disiplin ilmu dalam Islam yang kemudiannya di panggil Musnad dan Musannaf.Kita tegaskan sekali lagi bahawa pengumpulan hadis memang telah bermula sejak darizaman pemerintahan Sayidina Abu Bakar lagi ( di dalam bentuk sahifah dan nuskhahseperti mana yang kita jelaskan sebelum ini), dan bukannya hanya baru bermula di zamanKhalifah Umar Abdul Aziz seperti mana yang didakwa oleh para orientalis, atau dizaman Imam hadis yang enam. Berhubung dengan kegagalan mengesan jawapan bertulisSayidina Abu Bakar r.a. terhadap cadangan Sayidina Umar sepertimana yang didakwaoleh Goldziher, ia juga telah dijawab oleh Mustafa Azmi. Memang benar tiada buktibertulis ( sama ada tidak diketahui atau sememangnya tiada) sebagai menandakanpersetujuan Sayidina Abu Bakar terhadap cadangan pengumpulan hadis oleh SayidinaUmar. Namun persoalannya apakah bukti persetujuan itu mesti dalam bentuk bertulis?Kita berpendapat bahawa sama ada Sayidina Abu Bakar menjawab secara bertulis atautidak, itu sepatutnya bukanlah perkara pokok. Apa yang lebih penting dari itu ialah apayang sejarah telah catatkan terhadap tindakan Sayidina Abu Bakar selepas menerimacadangan itu. Apakah beliau hanya berpeluk tubuh dan mendiamkan diri, atau berbuat

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    31/51

    sesuatu ke arah pengumpulan hadis seperti dicadangkan Umar. Kajian sejarah secara telitidan halusi khususnya terhadap manuskrip-manuskrip asal sejarah Islam, terutamanyasejarah perkembangan hadis, yang masih tersimpan di beberapa perpustakaan seperti diMaghrib, Turki, Mesir dan lain-lain telah menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 50orang sahabat, 48 orang tabiun kurun pertama hijrah, 86 orang para ulama akhir kurun

    pertama dan awal kurun kedua hijrah dan 256 orang ulama awal kurun kedua telahmencatatkan di dalam kitab-kitab mereka bahawa Sayidina Abu Bakar pernahmengerahkan pengumpulan hadis dibuat, sekaligus membuktikan beliau menerimacadangan Umar itu tadi. Semua ini boleh dilihat di dalam menuskrip Kitab al-Maghazioleh Musa bin Uqba (60-141H), manuskrip Kitab al-Siyar oleh Ibrahim b. Muhammad b.Harith al-Farasi yang masih selamat tersimpan di Perpustakaan Qarawiyyih, Fez,Maghribi. Begitu juga manuskrip Seerah oleh Muhammad bin Ishaq bin Yaser (80-151H)yang baru ditemui dan Nuskhah, kepunyaan Salim bin Abdillah al-Khayyat (85-150H).Inilah dia bukti dari segi sejarah. Bagi kita yang mengkaji sejarah, sejarah Islam itu ibaratmata rantai bersambung dari satu generasi ke generasi yang lain bermula dari Rasulullahs.a.w. kepada para sahabat dan seterusnya. Kepentingan sejarah tidak dapat dinafikan lagi

    di dalam menentukan kebenaran perisitwa yang berlaku di zaman silam. Jika merekayang meragui hadis juga meragui sejarah, maka manusia yang seumpama ini akan tibasuatu masa nanti turut meragui al-Quran dan sejarah penurunannya, Rasul dan sejarah(seerah) kerasulannya, dan akhir sekali meragui kewujudan Tuhan ini sendiri. Semuanyadiragui, termasuk sejarah keturunannya sendiri. Oleh itu sikap pihak kerajaan, khususnyaPusat Islam menolak muzakarah dengan golongan ini bertepatan sekali dan patut dipuji.Golongan yang meragui hadis menolak ulama mutabar dan menolak apa juga fakta darisejarah Isalam sebenarnya adalah golongan yang tidak boleh diajak berbincang bagimencari kebenaran, kerana mereka seumpama golongan Sufastaiyah (Sophists) suatugolongan yang hanya inginkan kemenangan, bijak menggunakan teknik-teknik retorikadalam perdebatan untuk menampakkan kepalsuan itu suatu kebenaran dan kebenaran itusuatu kepalsuan, atau dalam istilah Prof. Dr. Syed Husein Al-Attas golongan yangmempunyai bentuk pemikiran bebalisme. (lihat Syed Husein Al-Atas, Intel-lectuals inDeveloping Societies, 1977, hal.25). Golongan Sufastaiyah ini percaya bahawa tiada"kebenaran mutlak" (absolute truth) kerana bagi mereka kebenaran itu bersifat relatifbergantung atas setiap individu. Justeru itu mereka sering bersikap skeptikal di dalamsemua perkara sehinggalah kewujudan tuhan itu sendiri pun turut diragui, contohnyaseperti Protagoras of Abdera di kurun ke-5 sebelum Masihi. Kesimpulannya, fahamangolongan ini telah melahirkan suatu "agama" (kalau pun masih mahu dipanggil agama)atau ideologi baru yang merangkumi empat elemen terpenting mendasari fahaman iniiaitu: Paradigmanya ialah sosialisme, inputnya pula dari para orientalis Barat,pendiriannya terhadap perkaitan antara dunia dengan agama, sejarah dan lain-lain adalahatas fahaman sekularisme, manakala pendukung ideologi baru ini pula adalah sejenismanusia yang degil dan bebal.

    [NIK ROSKIMAN ABDUL SAMAD adalah seorang pensyarah di Kulliyyah IlmuWahyu dan Sains Kemanusiaan, UIAM. Rencana ini pernah tersiar di akhbar UtusanMalaysia tanggal 17.08.1995]

    Orientalisme

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    32/51

    TA'RIF

    Orientalisme adalah gelombang pemikiran yang mencerminkan berbagai studi ketimuranyang Islami. Yang dijadikan obyek studi mencakup peradaban, agama, seni, sastra,bahasa dan kebudayaannya. Gelombang pemikiran ini telah memberikan andil besar

    dalam membentuk persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Caranya ialah denganmengungkapkan kemunduran pola fikir dunia Islam dalam rangka pertarungan peradabanantara Timur (Islam) dengan Barat.

    SEJARAH BERDIRI DAN TOKOH-TOKOHNYA

    1. Awal Pemunculannya

    Sungguh sulit menentukan secara pasti awal tumbuh Orientalisme. Sebagian sejarawanberkecenderungan bahwa Orientalisme bermula dari zaman Daulah Islamiyah diAndalusia (Spanyol). Sedangkan sebagian ahli lain mengatakan ketika terjadi Perang

    Salib. Khusus tentang Orientalisme Ketuhanan (Lahuti), keberadaannya sudah tampaksecara resmi sejak dikeluarkannya keputusan Konsili Gereja Viena tahun 1312 M denganmemasukkan materi bahasa Arab ke berbagai Universitas di Eropa. Orientalisme munculdi Eropa baru pada penghujung abad 18 M. Pertama kali muncul di Inggris tahun 1779M, di Perancis tahun 1799 dan dimasukkan ke dalam Kamus Akademi Perancis padatahun 1838. Gerbert de Oraliac (9381003 M), seorang pendeta Venezia, pergi keAndalusia. Di sana ia belajar kepada seorang profesor. Setelah kembali, ia terpilihsebagai Pendeta Agung dengan gelar Silvester II (9991003 M). Dengan demikian iaadalah Paus pertama dari Perancis. Tahun 1130 M, Kepala Uskup Toledomenerjemahkan beberapa buku ilmiah Arab. Kemudian jejak ini diikuti oleh Gerard deCremona (11141187 M) dari Italia. Ia pergi ke Toledo dan menerjemahkan buku tidak

    kurang dari 87 judul di bidang filsafat, kedokteran, astronomi dan geologi. Di Perancismuncul Pierre le Venerable (1094-i-1156). seorang pendeta Venezia dan KepalaBiarawan Cluny, membentuk kelompok penerjemah. Tujuannya agar mendapatpengetahuan objektif tentang Islam. Ia sendiri adalah orang pertama yangmenerjemahkan al-Qur'an ke dalam bahasa Latin (1143 M). Sedangkan penerjemahan al-Qur'an ke dalam bahasa Inggris dilakukan pertama kali oleh Robert of Ketton. Juan deSevilla, Yahudi yang masuk Kristen ini muncul pada pertengahan abad ke-12 danmenaruh perhatian pada bidang astronomi. Ia telah menyadur 4 buah buku berbahasaArab karya Abu Ma'syar al-Balkhi (1133 M). Tugas penerjemahannya dibantu olehAdelard. Roger Bacon (12141294 M), dari Inggris. Menuntut ilmu di Oxford dan Parisdan meraih gelar doktor di bidang theologi. Ia menerjemahkan buku berbahasaArabMir'at al-Kimia tahun 1251 M

    2. Orientalis-orientalis yang Objektif

    Hardrian Roland (meninggal tahun 1718 M), adalah profesor bahasa-bahasa Timur padaUniversitas Utrecht, Belanda. Ia menulis buku Muhammadanism, dua jilid, dalam bahasaLatin (1705 M). Tetapi gereja-gereja di Eropa memasukkan buku tersebut sebagai bukuterlarang. Johann J. Reiske (17161774 M), seorang orientalis Jerman pertama yang

  • 8/7/2019 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME

    33/51

    patut diingat. Ia dituduh zindik (atheis) karena sikapnya yang positif terhadap Islam. Iahidup menderita dan mati karena sakit paru-paru. Ia sangat berjasa dalammengembangkan dan menampilkan Arabic Studies di Jerman. Silvestre de Sacy(meninggal 1838 M), seorang orientalis yang menekuni sastera dan nahwu. Iamenghindari terlibat dalam pengkajian Islam. Ia juga sangat berjasa dalam menjadikan

    Paris sebagai pusat pengkajian Islam. Salah seorang yang pernah berhubungan denganbeliau ialah Syaikh Rifa'ah Thanthawi. Thomas Arnold (18641930 M) dari Inggris.Bukunya yang berjudul Preaching in Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki,Urdu dan Arab Gustav le Bon, dikenal sebagai orientalis dan filosof materialis. Ia tidakpernah percaya kepada agama. Pada umumnya kajian dan buku-bukunya menyorotiperadaban Islam. Kajiankajiannyalah yang menyebabkan orang-orang Barat tidakmemperdulikan dan