laporan 1 sejarah ringkas kemunculan khawarij

36
1 LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ Aliran Khawarij telahpun muncul semenjak zaman Rasulullah SAW lagi apabila mereka ini dikenali sebagai kaum pemberontak dan penentang yang menganggap hanya mereka sahaja yang benar sedangkan orang lain semuanya salah. Kewujudan mereka semenjak zaman Rasulullah SAW adalah berdasarkan pada hadis riwayat Jabir bin Abdullah RA, ia berkata: “Seseorang datang kepada Rasulullah SAW. di Ja`ranah ketika pulang dari Perang Hunain. Pada pakaian Bilal terdapat perak. Dan Rasulullah SAW mengambilnya untuk diberikan kepada manusia. Orang yang datang itu berkata: ‘Hai Muhammad, berlaku adillah!’ Beliau bersabda: ‘Celaka engkau! Siapa lagi yang bertindak adil, sekiranya aku tidak adil? Engkau pasti akan rugi, jika aku tidak adil.’ Umar bin Khathab RA berkata: ‘Biarkan aku membunuh orang munafik ini, wahai Rasulullah.’ Beliau bersabda: ‘Aku berlindung kepada Allah dari pembicaraan orang bahawa aku membunuh sahabatku sendiri. Sesungguhnya orang ini dan teman-temannya memang membaca al-Qur’an, tetapi tidak melampaui kerongkong mereka. Mereka keluar dari Islam secepat anak panah meluncur dari busurnya.’.” (Hadis Riwayat Muslim) Imam Syahrastani dalam Kitab al-Milal wan Nihal menyatakan bahawa Khawarij adalah: “Semua kumpulan masyarakat yang keluar daripada ketaatan kepada kepemimpinan (imam) yang sah dan yang sudah disepakati oleh majoriti umat Islam, sama ada kumpulan tersebut terjadi pada masa kepemimpinan Sahabat Khulafa’ ar-Rasyidin, atau masa kepemimpinan tabi’in (pengikut Sahabat), atau masa kepemimpinan umat Islam di setiap zaman.” (Sumber: Syahrastani, Kitab al-Milal wan Nihal, Jilid 1, ms. 129) Mengikut istilah, Khawarij bermaksud ‘mereka yang keluar’. Istilah Khawarij muncul pertama kali dalam sejarah Islam pada abad pertama tahun Hijrah (pertengahan abad

Upload: others

Post on 24-Jun-2022

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

1

LAPORAN 1

SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

Aliran Khawarij telahpun muncul semenjak zaman Rasulullah SAW lagi apabila mereka

ini dikenali sebagai kaum pemberontak dan penentang yang menganggap hanya mereka

sahaja yang benar sedangkan orang lain semuanya salah.

Kewujudan mereka semenjak zaman Rasulullah SAW adalah berdasarkan pada hadis

riwayat Jabir bin Abdullah RA, ia berkata:

“Seseorang datang kepada Rasulullah SAW. di Ja`ranah ketika pulang dari Perang Hunain.

Pada pakaian Bilal terdapat perak. Dan Rasulullah SAW mengambilnya untuk diberikan

kepada manusia. Orang yang datang itu berkata: ‘Hai Muhammad, berlaku adillah!’

Beliau bersabda: ‘Celaka engkau! Siapa lagi yang bertindak adil, sekiranya aku tidak adil?

Engkau pasti akan rugi, jika aku tidak adil.’ Umar bin Khathab RA berkata: ‘Biarkan aku

membunuh orang munafik ini, wahai Rasulullah.’ Beliau bersabda: ‘Aku berlindung

kepada Allah dari pembicaraan orang bahawa aku membunuh sahabatku sendiri.

Sesungguhnya orang ini dan teman-temannya memang membaca al-Qur’an, tetapi tidak

melampaui kerongkong mereka. Mereka keluar dari Islam secepat anak panah meluncur

dari busurnya.’.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Imam Syahrastani dalam Kitab al-Milal wan Nihal menyatakan bahawa Khawarij adalah:

“Semua kumpulan masyarakat yang keluar daripada ketaatan kepada kepemimpinan

(imam) yang sah dan yang sudah disepakati oleh majoriti umat Islam, sama ada

kumpulan tersebut terjadi pada masa kepemimpinan Sahabat Khulafa’ ar-Rasyidin, atau

masa kepemimpinan tabi’in (pengikut Sahabat), atau masa kepemimpinan umat Islam di

setiap zaman.”

(Sumber: Syahrastani, Kitab al-Milal wan Nihal, Jilid 1, ms. 129)

Mengikut istilah, Khawarij bermaksud ‘mereka yang keluar’. Istilah Khawarij muncul

pertama kali dalam sejarah Islam pada abad pertama tahun Hijrah (pertengahan abad

Page 2: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

2

ke-7 M), bertitik tolak dari pertikaian politik antara Khalifah Ali bin Abi Thalib RA dan

Muawiyah bin Abi Sufyan.

Menurut kitab-kitab firaq (perpecahan umat) awal kemunculan Khawarij secara rasmi

ialah semasa zaman Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib RA sewaktu terjadinya Majlis

Tahkim bersama dengan Muawiyah RA. Mereka berkumpul di suatu tempat yang

disebut Harurah (sebuah kawasan di daerah Kufah) dan membantah pelaksanaan majlis

tersebut kerana menganggap ianya membelakangi kitab Allah dan hukum Allah SWT.

Setelah Khalifah Uthman bin Affan dibunuh, kaum Muslimin melalui majlis Ahlul Hilli

wal ‘Aqdi yang terdiri daripada para Sahabat ingin melantik Sayyidina Ali RA sebagai

khalifah. Namun, Muawiyah (Gabenor Syam yang mempunyai pertalian saudara dengan

Khalifah Uthman RA) menolak untuk membai’at Ali dan menuntut pembalasan atas

kematian Khalifah Uthman RA.

Muawiyah menuntut semua orang yang terlibat dalam pembunuhan Sayyidina Uthman

RA harus dibunuh. Sedangkan Sayyidina Ali RA berpandangan yang dibunuh hanya yang

membunuh Sayyidina Uthman RA. Perbezaan ini kemudian menyebabkan konflik antara

keduanya sehingga Sayyidina Ali RA mengerahkan bala tenteranya untuk menyerang

Muawiyah. Muawiyah juga mempersiapkan pasukannya untuk menghadapi Sayyidina

Ali RA. Pertempuran dahsyat berlaku dan menunjukkan tanda pasukan Sayyidina Ali RA

akan memenangi pertempuran. Di saat itulah, Amr bin Ash, panglima perang Muawiyah,

mengusulkan kepada Muawiyah agar mengangkat mushaf al-Qur’an dengan hujung

tombak sebagai tanda ingin berdamai.

Kedua belah pihak lalu mengirim utusan. Abu Musa al Asy’ari mewakili Khalifah Ali RA

manakala Amr bin Ash pula mewakili Muawiyah. Kedua-duanya sepakat menerima

tahkim untuk mengakhiri persengketaan. Tahkim tersebut membuat sekelompok kecil

orang merasa kecewa dan mengisytiharkan keluar dari dua kelompok utama ini, yang

kemudiannya dikenali sebagai kaum Khawarij. Mereka merancang untuk membunuh

Muawiyyah dan Sayyidina Ali RA, namun hanya berhasil membunuh Sayyidina Ali RA.

Page 3: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

3

Meskipun pada awal kemunculan kaum Khawarij berasaskan politik, namun

berdasarkan pada perkembangannya kelompok ini lebih bercorak teologis. Contohnya,

mereka keluar dari kelompok utama kerana menolak tahkim yang dilakukan oleh

Sayyidina Ali RA dalam menyelesaikan masalah dengan Muawiyah. Menurut mereka,

tahkim tersebut tidak berdasarkan al-Qur’an kerana berpandangan semua persoalan

seharusnya diselesaikan dengan merujuk kepada hukum-hukum yang diturunkan oleh

Allah SWT. Kaum Khawarij kemudiannya berkembang menjadi beberapa kumpulan.

Namun, hampir semua kumpulan membenarkan pendekatan kekerasan untuk

mencapai tujuan termasuk membunuh.

Munculnya kumpulan-kumpulan militan dan pada masa kini tidak terlepas dari ideologi

dan teologi pemikiran Khawarij. Antara ciri-cirinya termasuklah: (i) Mengisytiharkan

keluar (kharij) dan tidak mengakui pemerintah yang sah. Mereka hanya taat kepada

pemimpin yang dinilai memerintah sesuai dengan syari’at, (ii) menganggap golongan

yang berbeza pandangan dengan mereka sebagai kafir dan musuh yang harus ditentang

dan, (iii) memegang prinsip bahawa pemerintah wajib ditaati hanya apabila mereka

bersikap adil dan menjalankan Syari’at Islam namun sekiranya mereka menyeleweng

dari ajaran Islam, pemerintah tersebut perlu dibunuh.

Mereka juga enggan untuk mengambil pemahaman para Sahabat (Salafussolih) dalam

memahami masalah-masalah agama, sehingga terjerumuslah mereka ke dalam

kesesatan.

Rasulullah SAW bersabda dengan mafhumnya:

“Maka jika kalian mendapati mereka (Khawarij), perangilah mereka! Kerana

sesungguhnya orang-orang yang memerangi mereka akan mendapat pahala di sisi Allah

pada hari kiamat.”

(Hadis Riwayat Muslim )

Kaum Khawarij dikatakan akan selalu muncul termasuk pada zaman kontemporari di

mana ia dikenali sebagai Neo-Khawarij. Kelompok berkenaan berkecenderungan

melakukan penentangan terhadap pihak-pihak tertentu terutamanya pemerintah yang

Page 4: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

4

dinilai telah menyimpang dari ajaran Islam serta pihak yang dinilai telah merugikan dan

memusuhi kepentingan umat Islam. Sebahagian daripada kelompok Neo-Khawarij ini

mula bersifat radikal, ekstrem dan radikal. Contoh mutakhir antaranya adalah al-

Qaeeda dan Daesh. Kelompok-kelompok ini mula berkembang ke pelbagai negara

seperti Afghanistan, Iraq, Syria, Libya, Yaman, Somalia dan pengaruhnya mula

menyusup ke rantau Asia Tenggara termasuklah Filipina, Indonesia dan tidak terkecuali

Malaysia.

Aliran pemikiran dan ideologi yang dibawa oleh mereka adalah tidak sealiran dengan

Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), tidak mentaati pemimpin (pemerintah kaum

Muslimin), berkeyakinan bahawa memberontak terhadap pemerintah dan memisahkan

diri dari jamaah kaum Muslimin merupakan sebahagian daripada agama. Hal ini

bertentangan dengan apa yang diwasiatkan oleh Rasulullah SAW yang menggesa umat

Islam supaya sentiasa mentaati pemerintah (dalam hal yang ma’ruf/yang tidak

bertentangan dengan syari’at) dan menyelisihi apa yang telah diperintahkan oleh Allah

SWT dalam firmanNya:

“Taatilah Allah dan taatilah RasulNya, serta Ulil Amri (pemimpin) di antara kalian.”

(Surah an-Nisaa’; 4 : 59)

Ideologi dan pemikiran Khawarij terus berkembang (dalam merosakkan aqidah umat)

semenjak zaman Rasulullah SAW sehinggalah ke era kontemporari yang mana ia

mendorong pada kemunculan gerakan-gerakan Neo-Khawarij yang bersifat ekstrem

dan militan. Justeru, asy-Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan al-Fauzan menegaskan,

“Wajib bagi kaum Muslimin di setiap masa, jika terbukti telah mendapati mazhab yang

jahat ini untuk mengatasinya dengan dakwah dan penjelasan kepada umat tentangnya.

Jika mereka (Khawarij) tidak mengendahkannya, hendaknya kaum Muslimin memerangi

mereka dalam rangka membentengi umat dari kesesatan mereka.”

(Sumber: Lamhatun ‘Anil Firaqidh Dhallah, ms. 37)

Page 5: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

5

LAPORAN 2

BEBERAPA DALIL DAN PANDANGAN MENGENAI

KEWUJUDAN KHAWARIJ

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar dan jangan) menurut

kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya);

Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah

belahkan orang ramai);

Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum

agama, lagi yang amat berdosa;

(Surah al-Qalam; 68: 10-12)

Rasulullah SAW bersabda dengan mafhumnya:

“Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri daripada orang muda yang

masih mentah fikirannya (dangkal pemahaman agamanya). Mereka banyak

mengucapkan perkataan ‘Khairil Bariyah’ (hadis-hadis Rasulullah SAW) tetapi iman

mereka masih lemah. Pada hakikatnya, mereka telah keluar daripada agama seperti anak

panah yang terlepas daripada busurnya. Di mana saja kalian dapat menemuinya, maka

hapuskanlah mereka itu. Barang siapa yang dapat menghapuskan mereka, kelak akan

mendapat pahala di Hari Kiamat.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW bersabda dengan mafhumnya:

“Mereka baik dalam berkata tapi buruk dalam perbuatan, mengajak untuk mengamalkan

kitab Allah padahal mereka tidak menjalankannya sedikitpun.”

(Hadis Riwayat al-Hakim)

Page 6: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

6

Rasulullah SAW bersabda dengan mafhumnya:

“Kelak pada akhir zaman akan muncul suatu kaum, mereka membaca al-Qur’an tetapi

tidak melebihi kerongkong. Mereka memecahbelahkan persatuan umat Islam sehingga

banyak di antara orang Islam yang keluar daripada Islam (murtad) seperti keluarnya

anak panah daripada busurnya. Mereka akan terus muncul dan yang terakhir keluar di

antara mereka akan bersekutu dengan Dajjal (menjadi tentera Dajjal menghancurkan

Islam). Jika kalian berjumpa dengan mereka, maka perangilah kerana mereka itu adalah

seburuk-buruk makhluk dan seburuk-buruk khalifah di muka bumi ini.”

(Hadis Riwayat Imam Ahmad bin Hambal)

“Orang-orang ekstrem merupakan kelompok fanatik yang sudah melampaui batas, dalam

ucapan maupun perbuatan,” dan “keras pendirian.”

(Imam an-Nawawi)

BEBERAPA ISTILAH BERKAITAN DENGAN KHAWARIJ

1. Haruriyyah

• bersempena tempat mereka keluar iaitu di Harura'.

2. Nahrawan

• bersempena tempat di mana Sayyidina Ali RA memerangi mereka.

3. Abadhiyyah

• pengikut Abdullah bin Abadh.

4. Azariqah

• pengikut Nafi' bin al-Azraq.

5. An-Najadat

• pengikut Najdah al-Haruri.

Page 7: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

7

KUMPULAN-KUMPULAN KHAWARIJ

Shahrastani membahagikan kelompok Khawarij pada beberapa kumpulan iaitu:

• Golongan yang berhukum dengan hukum Allah dengan bersandarkan pada pendapat mereka bahawa tiada hukum kecuali dengan hukum Allah.

• Golongan yang menentang Khalifah Ali RA dan menganggap Sayidina Ali RA berdosa kerana menerima keputusan tahkim (menerima hukum daripada manusia).

• Prinsip yang dipegang: (i) Mengkafirkan Sayyidina Ali RA dan pengikutnya, (ii) menetapkan hukum wajib menurunkan atau membunuh pemimpin jika mereka berbuat zalim, (iii) mengkafirkan mereka yang berbuat dosa, dan (iv) membenarkan anak-anak dan kaum wanita dibunuh.

1. Muhakimah

• Pengikut Nafi bin Al-Azraq.• Golongan yang yang wara’dan tekun beribadah siang dan

malam. (Pendapat al-Malathi).• Prinsip yang dipegang: (i) Menghukum individu atau pihak

yang menyalahi mereka sebagai musyrik, (ii) mensyirikkan individu atau pihak yang tidak berhijrah bersama mereka, (iii) menetapkan hukum wajib menguji sesiapa yang berhijrah bersama mereka, dan membunuh mereka yang dianggap munafik, (iv) membunuh anak-anak dan wanita yang tidak sesuai dengan prinip mereka, (v) menganggap negara/negeri mereka adalah Darul Hijrah dan negara/negeri kaum Muslimin di luar penguasaan atau kawasan mereka sebagai Darul Kufr, dan (vi) mengkafirkan individu atau pihak yang berbuat dosa besar.

2. Azariqah

Page 8: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

8

• Pengikut Najdat bin Amir.• Golongan yang mengkafirkan ulama salaf dan khalaf.

(Pendapat al-Malathi).• Prinsip yang dipegang: (i) Mengkafirkan individu atau

pihak yang tidak mengikuti mereka, (ii) mengkafirkan individu atau pihak yang tidak mengikuti pemimpin mereka, (iii) mempercayai bahawa pengikut mereka tidak akan masuk neraka, walaupun berdosa akan diazab bukan dengan api neraka, (iv) mendakwa bahawa berterusan melakukan dosa kecil membawa pada syirik, dan (v) membenarkan ahludz dzimmah iaitu mereka yang tidak mengikuti ajaran mereka dibunuh.

3. Najadat

• Pengikut Baihas al Haisham bin Jabir.• Prinsip yang dipegang: (i) Menegaskan bahawa seseorang

belum dianggap Muslim kecuali setelah mengenal Allah dan RasulNya, (ii) menganggap bahawa tiada yang haram kecuali yang diharamkan oleh al-Qur’an dan yang tidak disebutkan di dalam al-Qur’an akan keharamannya bererti halal, dan (iii) menyamakan usul aqidah dan hukum fiqhiyah.

4. Baihasiyah

• Pengikut Abdul Karim bin Ajrad.• Prinsip yang dipegang: (i) Menegaskan bahawa tidak

boleh mengatakan kafir atau Muslim terhadap seorang anak Muslim sehingga diajak memeluk Islam dan wajib diajak memeluk Islam ketika mencapai usia baligh, (ii) membenarkan berkahwin dengan cucu dari keturunan anak perempuan, (iii) menetapkan hukum wajib menurunkan pemimpin yang zalim dan menghukum pengikutnya, dan (iv) mendakwa bahawa Surah Yusuf bukan sebahagian daripada surah-surah yang terkandung di dalam al-Qur’an.

5. Ajaridah

Page 9: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

9

• Pengikut Tsa’labah bin Musytakan.• Prinsip yang dipegang: (i) Menyatakan bahawa golongan

yang tidak mengikuti mereka bukan kafir dan juga bukan Muslim, (ii) menetapkan hukum kafir kepada golongan yang meninggalkan solat, (iii) mengambil zakat daripada hamba sahaya, dan (iv) menyatakan Allah bersifat dengan sifat manusia (tasybih) sebagaimana pendapat Jabariyah Jahm bin Sofyan.

6. Tsa’labiyah

• Pengikut Abdullah bin Ibadh At-Tamimiy.• Prinsip yang dipegang: (i) Menganggap bahawa orang

Muslim yang tidak menyetujui kelompoknya sebagai kafir tetapi bukan kafir musyrik, (ii) menetapkan bahawa negara/negeri Muslim yang tidak setuju dengan ajaran dan pendapat mereka adalah bukan negara/negeri Islam dan kawasan tentera negara/negeri tersebut merupakan Darul Harb, (iii) menggolongkan orang yang melaksanakan ajaran al-Qur’an sebagai Mukmin manakala yang tidak melaksanakannya pula sebagai kafir Musyrik, (iv) menjatuhkan hukum ke atas demua dosa besar mahupun kecil sebagai perbuatan syirik, dan (v) membenarkan sesiapa yang tidak bersetuju dengan pendapat mereka dibunuh.

7. Ibadiyah

• Pengikut Zayad bin Ashfar• Berpegang pada prinsip: (i) Menegaskan bahawa dosa

yang terkena hukum hudud tidak menjadi kafir, sedang dosa yang tidak ada hukum hudud seperti meninggalkan solat dan puasa menjadi kafir, dan ( ii) mempunyai pendirian tidak mengkafirkan sesiapa yang tidak mengikuti mereka.

8. Sufriyah Ziyadiyah

Page 10: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

10

LAPORAN 3

CIRI-CIRI DAN PERKEMBANGAN ALIRAN

NEO-KHAWARIJ

• (Sumber: Umar Abd. Kamil, al Mutatharrifun, 1998, ms. 111-124)

•Memiliki sifat ta’assub atau fanatik dengan pendapat sendiri serta menolak pendapat yang lain meskipun pendapat tersebut bersandarkan dalil syar’ii.

1.

•Memuliakan dan berbangga dengan ulama dari kelompok mereka sahaja sebaliknya mereka merendah-rendahkan, menghina serta mencari kekurangan dan kelemahan ulama atau pemimpin dari kelompok yang lain.

2.

•Mengamalkan sikap taqlid kepada pemimpin, kelompok dan kitab-kitab mereka sebaliknya mencela kelompok mazhab yang bertaqlid dengan imam mazhab fiqh disebabkan tidak selari dengan pendapat mereka.

3.

•Menutup pemikiran daripada kebenaran yang disampaikan oleh pihak lain walaupun kebenaran tersebut berasaskan pada dalil yang jelas.

4.

•Menghalang diri daripada mendalami ilmu pengetahuan dan memperluaskan perspektif keagamaan dengan membataskan diri mereka dengan pengajian, kitab-kitan dan rujukan pada kelompok ulama tertentu serta menamakan kelompok mereka dengan kelompok yang selamat (firqah najiyah).

5.

•Memiliki kekurangan segi ilmu dan memahami agama secara tidak seimbang serta melebihkan satu ilmu dan memandang rendah ilmu yang lain.

6.

•Mempunyai kecenderungan mudah memberikan fatwa terhadap suatu hukum halal dan haram, kafir dan syirik, sesat dan bida’ah tanpa memiliki kemampuan untuk memahami nas-nas al-Qur’an dan al-Hadis serta menarik kesimpulan dari sesuatu hukum.

7.

•Menuduh ulama terdahulu dengan tuduhan jahil dan sesat sebab mereka tidak memahami metodologi usul fiqh, nas qat’ie dan dzanni serta tidak memahami perbezaan ulama mujtahid dalam mengambil hukum.

8.

•Mengamalkan sikap dingin terhadap kelompok lain, sehingga mereka tidak akan memberi salam jika berjumpa dengan kelompok yang lain tetapi akan berpelukan jika berjumpa dengan kelompoknya sendiri. Mereka juga tidak mempeduli kelompok lain tetapi sibuk membantu kelompok mereka sendiri.

9.

•Mempunyai pemahaman yang salah terhadap Salaf, sehingga mereka menyangka hanya ulama kelompok mereka sahaja yang mengikut ulama Salaf, sedangkan ulama lain tidak mengikuti Salaf. Padahal mengikuti Salaf adalah salah kaedah memahami nas yang berkaitan dengan aqidah, hukum dan akhlak iaitu berdasarkan metodologi pentafsiran nas serta merujuk kepada cara Salaf dalam berijtihad dan memutuskan hukum.

10.

•Mempunyai kecenderungan untuk bersikap keras dan memberatkan sehingga mereka tidak mengenal adanya keringanan (rukhsah) dan kemudahan dalam hukum.

11.

Page 11: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

11

PERKEMBANGAN ALIRAN NEO-KHAWARIJ

•Secara umumnya, Khawarij sudah tidak wujud, namun pengaruh serta legasi segi paradigma pemikiran dan ciri-ciri alirannya masih hidup dan berkembang sehingga kini dan ia lebih dikenali sebagai Neo-Khawarij.1.

•Antara kelompok yang berkecenderungan pada pemikiran Neo-Khawarij adalah Salafi-Wahabi yang menurut sebahagian ulama merupakan kelompok yang mengamalkan pemikiran dan pendekatan politik secara menyimpang.2.

•Kelompok Neo-Khawarij begitu mudah menuduh orang-orang Islam dengan menjatuhkan hukum kafir, bida’ah, syirik, dan haram secara membuta tuli tanpa bukti dan mengikut hawa nafsu mereka semata-mata.3.

•Kelompok Neo-Khawarij menggunakan nama Islam atau memperalatkan agama untuk mengabsahkan tindakan-tindakan kekerasan mereka termasuk melakukan serangan ke atas tempat-tempat ibadah (masjid, gereja dan sebagainya) dan mengusir penduduk dari tempat tinggal mereka.

4.

•Gerakan Neo-Khawarij mempunyai kecenderungan melancarkan pemberontakan bersenjata dan mengamalkan sikap mentakfir (mengkafirkan) kelompok yang bertentangan dengan fahaman mereka sehingga sanggup menjatuhkan hukuman mati atau membunuh golongan yang mereka tuduh sebagai kafir.

5.

•Kelompok Neo-Khawarij berkecenderungan mencampuradukkan pelbagai perkara mengikut kehendak mereka dan asalkan sesuai dengan kepentingan mereka. 6.

•Kelompok beraliran Neo-Khawarij tidak memiliki latar belakang ilmu-ilmu keIslaman yang mendalam tetapi mereka menggunakan ayat-ayat al-Qur’an mengenai orang-orang kafir keluar dari konteksnya dan menerapkannya kepada orang-orang Islam.

7.

•Sepertimana golongan Khawarij, kelompok beraliran Neo-Khawarij membuktikan bahawa kewujudan mereka tidak terbatas pada masa tertentu, tetapi merupakan karakter yang melekat pada kelompok atau individu yang keluar dari batas-batas agama termasuk menuduh orang Islam sebagai kafir.

8.

•Amalan dan pendekatan oleh kelompok Neo-Khawarij diwarisi daripada kelompok Khawarij dan terus diperkembangkan sehingga kini dengan kemunculan anak-anak muda Neo-Khawarij yang menyesatkan. 9.

Page 12: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

12

•Sebahagian besar daripada kelompok Neo-Khawarij pada hari ini terdiri daripada para pengikut aliran Salafi-Wahabi. Mereka sangat aktif menyebarluaskan kepalsuan ajaran mereka dengan melancarkan propaganda secara besar-besaran termasuk melalui program-program di masjid, media digital, media elektronik, media cetak, penerbitan video dan sebagainya.

10.

•Kelompok Neo-Khawarij turut menyembunyikan kebenaran ajaran-ajaran Islam klasik yang menjadi arus utama umat Islam, serta berkomplot untuk mengekang atau menghapuskan mana-mana individu atau pihak yang menentang sikap ekstrem mereka.

11.

•Gejala Neo-Khawarij hampir menguasai sebagian besar dunia Islam khususnya Pakistan, Afghanistan, Mesir dan Syria serta mula merebak ke dunia Nusantara termasuk Indonesia dan Malaysia.12.

•Kelompok Neo-Khawarij sering dijadikan alat politik oleh pihak tertentu, terutama dalam rangka mencapai tujuan kekuasaan atau menciptakan ketidakstabilan.13.

•Kelompok Neo-Khawarij menolak demokrasi di satu sisi, tetapi di sisi lain mereka menggunakan fasiliti demokrasi sebagai platform untuk mempertahankan eksistensinya di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi serta terdiri daripada masyarakat majmuk.

14.

•Kelompok Neo-Khawarij juga mempunyai kecenderungan menggunakan anarki sebagai alat untuk menekan pemerintahan yang dipilih secara demokrasi.15.

•Kelompok Neo-Khawarij menyemarakkan budaya kekerasan sehingga mengancam keselamatan serta keamanan masyarakat dan negara serta mendorong pada sifat defensif yang berakarkan kekerasan pihak-pihak lain.

16.

Page 13: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

13

LAPORAN 4

CIR-CIRI KHAWARIJ PADA BEBERAPA

ALIRAN/GERAKAN

Wahabi Ekstrem

• Memahami al-Qur’an dan al-Hadis secara harfiah dan kaku sehingga menjerumuskan mereka pada pemahaman agama yang salah.

1.

• Mengambil ayat al-Qur’an secara zahir tanpa merujuk tafsiran para ulama.

2.

• Menyalahgunakan ayat-ayat al-Qur’an yang ditujukan kepada golongan kafir musyrik untuk menyerang umat Islam dengan kata-kata yang tidak sewajarnya.

3.

• Memiliki sikap mudah menuduh seorang Muslim dengan sebutan kafir dan tuduhan-tuduhan lain termasuklah pelaku syirik, bida’ah, khurafat dan tahyul.

4.

• Memiliki sifat yang digambarkan oleh Rasulullah SAW iaitu, “pembunuh umat Islam, sedang para penyembah berhala mereka biarkan.”.

5.

• Mempunyai pemahaman menolak kesepakatan majoriti ulama seperti menghukumkan menziarahi maqam Rasulullah SAW adalan perbuatan bida’ah, khurafat, syirik dan tahyul sedangkan majoriti ulama mengatakan ia adalah satu ibadah.

6.

• Memiliki pemahaman yang jumud (beku) termasuk mempersulitkan diri dan ruang lingkup pemahaman terhadap ajaran agama.

7.

• Mempunyai pemahaman dan pentafsiran yang sempit dan menyimpang terhadap ajaran Islam.

8.

• Menetapkan negara Islam yang penduduknya melakukan dosa besar sebagai negara harbi, yang dihalalkan melakukan tindakan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap negara harbi (menghalalkan darah dan harta benda mereka).

9.

• Memiliki pendirian enggan untuk berbaik sangka (husnulzon) dengan golongan selain daripada mereka.

10.

• Menolak hujah atau pandangan daripada kelompok lain kerana menganggap merekalah yang paling benar.

11.

Page 14: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

14

Syi’ah

CIRI-CIRI KHAWARIJ CIRI-CIRI SYI’AH

Mereka pandai membaca Al Qur'an

tetapi tidak mengambil hikmah dan

tidak merenungi ayat-ayat di

dalamnya.

Membaca Al-Qur'an tapi hanya sampai

kerongkongan, tidak memahami

bahkan menyimpang dalam

mentafsirkannya iaitu mentafsir secara

tekstual tetapi hakikatnya memaling

dan mendustakannya.

Mereka membunuh umat Islam dan

membiarkan penyembah berhala.

Menghalalkan darah atau

membenarkan membunuh Ahli Sunnah

Wal Jamaah (mengikut kitab Syi’ah).

Mereka lepas dari Islam bagaikan

anak panah yang lepas dari

busurnya (kafir tanpa sedar sama

ada dalam hal aqidah mahupun

ibadat).

Meyakini bahawa dunia dan seluruh

isinya adalah milik para Imam Syi’ah.

Mereka akan memberikan dunia ini

kepada siapa yang dikehendaki dan

mencabutnya dari siapa yang

dikehendakinya (al-KulainĂŽ, UshĂťlul

Kâfi, ms. 259, cet. India).

Mereka berlebihan dalam

beribadah (beribadah di luar

daripada apa yang disyari’atkan).

Melakukan ibadah yang tidak

disyari’atkan oleh Rasulullah serta

bersifat bidaah seperti menggunakan

At-Turbah Al-Husainiyah iaitu

batu/tanah yang digunakan bagi

menempatkan kening ketika sujud,

tidak segera berbuka puasa setelah

azan Maghrib sebaliknya berkeyakinan

seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika

bintang-bintang sudah nampak di langit

(benar-benar sudah masuk waktu

malam), membakar lilin apabila ada

Page 15: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

15

imam, keluarga/saudara meninggal

dunia, serta memukul dada, menampar

pipi, memukul bahu dan melukakan

tubuh badan pada Hari ‘Asyura (10

Muharram).

Mereka mempunyai sikap suka

berprasangka buruk, mencela dan

berdusta.

Mempunyai prasangka yang sangat

buruk kepada isteri-isteri Rasulullah,

mencela para Sahabat, mengkafirkan

golongan Sunni, mendustai dan

menyebarkan fitnah.

Mereka mengkafirkan sebahagian

Sahabat seperti Sayyidina Ali RA,

Sayyidina Uthman RA, Mu’âwiyah,

Abu Musa, Amru bin al-As, para

Sahabat yang berjuang dalam

Perang Jamal dan Perang Siffin serta

mencela dan merendahkan mereka

sebahagian Salaf.

Mengkafirkan seluruh Sahabat RA dan

mencela semua imam Ahli Sunnah Wal

Jamaah.

Mereka masih muda tetapi bersifat

jahil.

Menyatakan bahawa para Imam Syi’ah

merupakan gudang ilmu Allah dan

penterjemah ilmu Allah serta bersifat

maksum, merendahkan jamaah lain

dengan menganggap zuriat selain

daripada golongan Syi’ah adalah anak

haram serta mengkafirkan golongan

bukan Syi’ah.

Page 16: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

16

Salafi Jihadi

Beberapa ciri persamaan antara Khawarij dan Salafi Jihadi:

• Persamaan segi bentuk dan pegangan asas Islam yang tidak bersifat wasatiyah. Ia kesan daripada tidak memahami ajaran Islam mengikut pendekatan yang sebenar. Ahli-ahli gerakan ini kebanyakannya terdiri daripada golongan muda yang cetek agama tetapi kuat semangat untuk memperjuangkan Islam.

1.

• Persamaan segi konstektual. Khawarij lahir daripada budaya ekstrem padang pasir dan kejahilan kerana baharu memeluk Islam. Manakala Salafi Jihadi pula lahir melalui konstektual penindasan pemerintah Mesir terhadap gerakan Islam. Gerakan ini menganggap bahawa sistem demokrasi tidak akan membantu perjuangan mereka yang menyebabkan mereka menukar haluan kepada pendekatan revolusi. Di samping itu, gerakan ini lahir dalam suasana budaya dan iklim melampau seperti Afghanistan.

2.

• Persamaan segi sifat jahil dan bebal. Khawarij enggan menerima pandangan Sayyidina Ali RA tentang sebab kenapa Majlis Tahkim dengan Muawiyah bin Abi Sufyan dilakukan malah mereka telah berkomplot membunuh Sayyidina Ali RA. Salafi Jihadi juga menolak pandangan ulama Islam yang muktabar tetapi bertaqlid hanya kepada tokoh rujukan idola mereka semata-mata.

3.

Page 17: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

17

Antara kesimpulan mengenai persamaan Khawarij-Salafi Jihadi:

• Keduanya mencabar tradisi Islam yang dominan yang terbina lebih awal. Khawarij menolak pandang dunia kefahaman Islam, khususnya sistem khalifah yang terbina sebelumnya oleh Sahabat-Sahabat besar. Salafi Jihadi juga menolak sistem Kerajaan Islam semasa kerana dianggap menerima warisan penjajah Barat.

1.

• Keduanya menolak elemen kontekstual dalam perjuangan Islam. Khawarij menyamakan gaya pemerintahan Ali dengan Muawiyah. Salafi Jihadi juga menegaskan semua kerajaan umat Islam semasa sebagai sesat (taghut) dan mengikut dasar Barat. Sistem Kerajaan Malaysia secara mutlaknya disamakan dengan kerajaan bukan Islam. Mereka enggan menerima hakikat bahawa hal ini berlaku kerana faktor sejarah kita pernah dijajah dan terpaksa mewarisi sistem pemerintahan Westminister British. Sedangkan, selepas merdeka memang dilakukan usaha penambahbaikan ke atas sistem warisan British ini.

2.

• Keduanya memilih tindakan yang melampau dalam operasi gerakan. Khawarij mengutamakan tindakan melampau ini dengan melakukan beberapa siri keganasan yang menumpahkan darah umat Islam. Tindakan ini telah menyebabkan Sayyidina Ali RA seorang yang tidak menyukai peperangan sesama Islam memerangi mereka habis-habisanan dalam perang Nahrawan. Bahkan di akhir hayatnya, Sayyidina Ali RA telah berpesan kepada kedua puteranya supaya berhati-hati dengan golongan sesat ini, yang akan merosakkan kesucian Islam dan zuriat mereka akan sentiasa ada di tulang sulbi ayah-ayah mereka. Salafi Jihadi turut melakukan hal yang sama. Contohnya, mereka menghalalkan tindakan pengeboman bunuh diri tanpa menghiraukan nasib orang awam yang tidak berdosa.

3.

Page 18: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

18

Daesh

•Mentafsir al-Qur’an menurut fahaman mereka.1.

•Menolak ulama termasuk memperkecilkan serta tidak mengambil nasihat dan teguran daripada para ulama seolah-olah mereka yang lebih berilmu serta menganggap para ulama adalah ulama duniawi.

2.

•Menyimpang daripada ajaran asal Rasulullah SAW, mencanggahi ajaran Salafussolih serta ajaran agama Islam yang asal dan tulen.3.

•Menghukum salah malah kafir pada sesama Islam.4.

•Mentafsir maksud jihad, syahid, Daulah Islamiyyah dan sebagainya secara jumud dan menyimpang.5.

•Mengisytiharkan penentangan terhadap pemerintah yang dianggap tidak menegakkan syari’at Islam berdasarkan perspektif sempit mereka. 6.

•Memiliki anggota gerakan yang majoritinya adalah golongan muda (termasuk profesional dan cendekiawan) yang bertenaga dan bersemangat tetapi jahil segi ilmu khususnya ajaran Islam yang sebenarnya.

7.

•Memiliki semangat yang tinggi dan berkobar-kobar tetapi tidak bersandarkan ilmu sebaliknya mengikut perasaan tanpa membuat jangkaan kesan dan akibat daripada tindakan mereka.

8.

•Mempamerkan keperibadian dan amalan seolah-olah mereka lebih beragama, ‘alim, wara’ dan zuhud sedangkan mereka menyimpang daripada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

9.

•Menampilkan akhlak yang bertentangan dengan akhlak Islamiyyah seperti jahil, taksub, takabbur, tertutup, terburu-buru, keras, zalim dan sebagainya.10.

•Mengamalkan sifat fanatik terhadap gerakan, “khalifah”/pemimpin dan ulama/guru mereka.11.

•Memfokus pada usaha memerangi umat Islam dan bukannya musuh-musuh Islam atau golongan kafir yang memerangi Islam.12.

•Menghalalkan darah dan mencetuskan malapetaka ke atas umat Islam.13.

•Mempunyai jurang dengan masyarakat kerana kedangkalan segi menjaga maslahat ammah.14.

•Mengamalkan sikap tertutup terhadap kelompok lain dan mengganggap kumpulan atau gerakan mereka berada di pihak yang benar manakala pihak yang lain adalah kufur dan sesat.

15.

Page 19: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

19

LAPORAN 5

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PADA SENTIMEN NEO-KHAWARIJ & MEWASPADAI

SIKAP DAN PENDEKATAN BERMIRIPKAN NEO-KHAWARIJ

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PADA SENTIMEN NEO-KHAWARIJ

•Mempunyai kefahaman dan penghayatan terhadap ajaran Islam yang dangkal serta berkecenderungan menuntut ilmu secara jumud.1.

•Mempunyai kecenderungan untuk menggunakan jalan pintas bagi mendapatkan ganjaran duniawi mahupun ukhrawi sehingga mudah terkeliru dengan konsep-konsep seperti hijrah, jihad, syahid dan sebagainya.

2.

•Memiliki semangat keagamaan yang menyimpang sehingga mendorong mereka untuk memberontak terhadap pemerintah yang absah.3.

•Mempunyai perspektif dan pendirian politik yang berbeza, khusus dan keras termasuk berkaitan dengan permasalahan yang berkaitan dengan khilafah atau pemerintahan.

4.

•Menggunakan kesempatan dari persekitaran atau situasi politik semasa yang bergolak atau tidak menentu untuk menguasai dan mengambil alih pemerintahan atau tampuk kepemimpinan.

5.

•Menganggap seseorang pemerintah tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak menepati ciri-ciri atau syarat-syarat kepemimpinan mengikut perspektif mereka.6.

•Mempengaruhi dan menagih simpati daripada umat Islam dengan menyebarkan slogan dan propaganda menerusi pelbagai medium dengan mengatakan pemerintah atau pemimpin sasaran melakukan kezaliman dan menyokong kemungkaran sehingga mereka sanggup melakukan tindakan-tindakan ekstrem seperti memberontak dan membunuh.

7.

•Mengamalkan semangat kepuakan dan fanatisme dalam memastikan penguasaan mereka dalam aspek-aspek kritikal.8.

Page 20: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

20

MEWASPADAI SIKAP DAN PENDEKATAN YANG BERMIRIPKAN NEO-KHAWARIJ

1. Memahami al-Qur’an mengikut pemahaman Khawarij, bukan pemahaman Ahli Sunnah

Wal Jamaah.

Asas penolakan:

i. Abdullah bin Abbas RA menjelaskan,

“Barangsiapa yang mengingkari hukum Allah maka dia kafir, adapun yang masih

mengakuinya namun tidak berhukum dengannya maka dia zalim lagi fasik.”

(Dikeluarkan oleh Ath-Thobari dalam Jami’ul Bayan (6/166),

dihasankan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Ash-Shahihah (6/114)).

ii. Al-Imam Ibnul Jauzi rahimahullah berkata,

“Kesimpulannya, barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah disertai

pengingkaran terhadapnya, padahal dia tahu bahawa itu adalah hukum Allah, seperti

yang dilakukan oleh Yahudi, maka dia kafir. Adapun orang yang tidak berhukum dengan

hukum Allah karena menuruti hawa nafsu tanpa disertai pengingkaran terhadapnya,

maka dia zalim lagi fasik.”

(Sumber: Zadul Masir, 2/366)

2. Mengkafirkan kaum Muslimin termasuk pemerintah Muslim.

Asas penolakan:

i. Hadis Rasulullah SAW dengan mafhumnya:

“Siapa saja berkata kepada saudaranya, ‘Wahai kafir!’, maka salah satu dari keduanya

menjadi kafir. Jika yang dipanggil benar-benar kafir, jika tidak maka kembali kepada yang

mengatakannya.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

ii. Asy-Syaikh Al-‘Allamah Shalih Al-Fauzan hafizhahullah ditanya, “Apakah masih ada di

zaman ini orang yang mengusung pemikiran Khawarij?” Beliau menjawab, ‘Subhanallah,

mengkafirkan kaum Muslimin, bukankah itu perbuatan Khawarij?! Bahkan lebih parah lagi,

membunuh dan memusuhi kaum Muslimin. Ini adalah mazhab Khawarij, yang terdiri dari

tiga bagian. Pertama: Mengkafirkan kaum Muslimin. Kedua: Keluar dari ketaatan kepada

Page 21: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

21

penguasa. Ketiga: Menumpahkan darah kaum Muslimin. Ini adalah mazhab Khawarij,

meskipun seseorang hanya meyakini dalam hati tanpa mengatakan atau melakukan aksi

apa pun, dia telah menjadi seorang Khawarij dalam aqidah dan pemikirannya.’.”

(Sumber: Muhadharah: Ya Ahlal Haramain wa ‘Askaral Islam,

Asy-Syaikh Sulthon Al-‘Ied hafizhahullah, ms. 6)

3. Memuji serta memberi sokongan dan semangat kepada pelaku aksi teroris Khawarij atau

Neo-Khawarij.

Asas penolakan:

Islam mengharamkan pembunuhan kaum Muslimin, tanpa dosa yang mereka lakukan

sebagaimana Rasulullah SAW bersabda dengan mafhumnya:

“Sesungguhnya darah, harta dan kehormatan kamu adalah haram atas kamu seperti

haramnya hari kamu ini, dalam bulan kamu ini, di negeri kamu ini.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hal tersebut, Baginda SAW hanya mengecualikan pelaku zina yang sudah beristeri

(muhsan) dan pembunuh bila belum dimaafkan para wali atau keluarga mangsa serta

orang yang murtad dari agamanya berdasarkan sabda Rasulullah SAW dengan

mafhumnya:

“Tidak halal darah seorang Muslim yang bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak

disembah selain Allah dan bahawa aku adalah Rasulullah kecuali kerana salah satu

daripada tiga hal: pelaku zina yang sudah beristeri, melayangkan nyawa (membunuh) dan

orang yang meninggalkan agamanya lagi memisahkan diri dari jama’ah.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Memberontak kepada pemerintah Muslim, sama ada melalui demonstrasi, menyebarkan

aib penguasa melalui mimbar-mimbar terbuka ataupun pernyataan di media masa

sehingga mendorong pada terbentuknya organisasi yang menyerupai negara dalam

negara.

Page 22: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

22

Asas penolakan:

i. Asy-Syaikh Bin Baz rahimahullah menegaskan,

“Bukan termasuk manhaj Salaf menelanjangi aib-aib penguasa dan membicarakannya di

atas mimbar-mimbar, kerana hal tersebut mengantarkan kepada kudeta dan ketidaktaatan

masyarakat dalam hal yang ma’ruf kepada penguasa. Lebih dari itu, mengantarkan kepada

pemberontakan yang hanya membahayakan dan tidak bermanfaat.”

(Sumber: As-Sunnah fii maa Yata’allaqu bi Waliyyil Ummah,

oleh Asy-Syaikh Ahmad bin Umar Bazmul hafizhahullah)

ii. Asy-Syaikh Ahmad bin Umar Bazmul hafizhahullah berkata,

“Nasihat kepada penguasa secara rahsia merupakan salah satu pokok dari pokok-pokok

manhaj Salaf yang diselisihi oleh ahlul ahwa’ wal bida’, seperti Khawarij.”

Beliau juga menjelaskan bahawa menyebarkan aib-aib penguasa merupakan bentuk

pertolongan kepada Khawarij dalam membunuh penguasa Muslim, sehingga jelas bahawa

pemberontakan itu tidak hanya dengan senjata, tapi juga dengan lisan.

5. Menyerukan slogan-slogan Khawarij, iaitu perkataan yang benar namun yang diinginkan

dengannya adalah kebatilan.

Asas penolakan:

i. Rasulullah SAW bersabda dengan mafhumnya:

“Akan keluar satu kaum dari umatku yang membaca al-Qur’an, dimana bacaan kalian tidak

ada apa-apanya jika dibandingkan dengan bacaan mereka, demikian pula solat kalian tidak

ada apa-apanya jika dibandingkan dengan solat mereka, juga puasa kalian tidak ada apa-

apanya jika dibandingkan dengan puasa mereka.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Begitulah hebatnya ibadah mereka, namun Rasulullah SAW menyatakan mereka adalah

anjing-anjing neraka, sebagaimana dinyatakan dalam hadis berikut:

Page 23: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

23

“Mereka adalah anjing-anjing neraka; seburuk-buruknya makhluk yang terbunuh di bawah

kolong langit, sedang sebaik-baiknya makhluk yang terbunuh adalah yang dibunuh oleh

mereka.”

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

ii. Ubaidullah bin Abi Rafi’ RA menyebut:

“Bahawasannya kaum Khawarij Haruriyah ketika memberontak kepada pemerintahan Ali

bin Abi Thalib RA mereka mengatakan, ‘Tidak ada hukum kecuali milik Allah.’. Maka Ali

berkata, ‘Perkataan yang benar, namun yang diinginkan dengannya adalah kebatilan.

Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah menjelaskan kepadaku tentang ciri-ciri sekelompok

orang yang telah aku tahu sekarang bahawa ciri-ciri tersebut ada pada mereka (Khawarij),

iaitu mereka mengucapkan perkataan yang benar hanya dengan lisan-lisan mereka, namun

tidak melewati kerongkongan mereka (yakni mereka tidak memahaminya).’.”

Page 24: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

24

LAPORAN 6

AKAR UMBI PENGARUH IDEALOGI DAN

GERAKAN NEO-KHAWARIJ DI MALAYSIA

1.

• Beberapa gerakan seperti Wahabi, al-Qaeeda dan Daesh adalah berakarkan pada ideologi Salafi Jihadi. Hal ini diperakukan oleh Shaykh Muhammad al-Yaqoubi, seorang ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

2.

• Gerakan Salafi terbahagi pada; (i) Salafi Da’awah, (ii) Salafi Politik dan (iii) Salafi Jihadi. Salafi Da’wah dan Salafi Politik mengajak masyarakat berpegang kepada apa yang diamalkan oleh generasi Salaf tanpa dan memusuhi tindakan ekstremisme. Manakala Salafi Jihadi pula menggunakan pendekatan revolusi untuk mencapai maksud mereka. Atas dasar itu, Salafi Jihadi dianggap sebagai fahaman Neo-Khawarij bentuk baharu yang timbul selepas kematian Syed Qutb. Mereka memperjuangkan penubuhan negara Islam yang menguatkuasakan Undang-Undang Islam secara revolusi, tidak bertolak ansur dengan sebarang elemen menyimpang seperti bid'ah yang berlaku dalam masyarakat dan akan berusaha menghapuskannya melalui kekerasan.

3.

• Salafi Jihadi berpusat di Afghanistan, Iraq, Syria dan Asia Tenggara. Ia bergerak secara sembunyi di beberapa negara blok Barat seperti Eropah, Amerika dan Australia.

4.

• Secara geneologinya, gerakan Salafi Jihadi ini mendapat idea asas daripada penulisan Syed Qutb tentang konsep jahiliah moden dan hukumiyyah.

5.

• Gerakan Salafi Jihadi semakin tersusun segi bentuk keahlian dan struktur organisasinya selepas berlakunya penaklukan Afghanistan oleh kuasa Rusia. Ramai pejuang Islam daripada seluruh dunia telah pergi turut sama berperang melawan kuasa Rusia. Semasa di Afghanistan dan Pakistan mereka telah menerima fahaman radikal dan latihan ketenteraan di kem Herat, Sa'ada dan Torkham. Kem-kem latihan ini mendapat pembiayaan daripada Arab Saudi dan CIA.

Page 25: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

25

6.

• Terdapat beberapa tokoh utama yang terlibat dalam proses indoktrinisasi ini antaranya, Osama Bin Laden, Ayman Zawhiri, Abu Mus'ab Zarqawi dan Abdullah Azam.

7.

• Selepas Perang Aghanistan tamat, pejuang-pejuang ini telah pulang ke tempat asal masing-masing dengan membawa fahaman Salafi Jihad sehingga mengasaskan pelbagai rangkaian gerakan Salafi Jihad yang berbeza mengikut kawasan:

• i. Al-Qaedaa sebagai pusat asas gerakan di Afghanistan.

• ii. Bay'at Imam di Jordan di bawah Abu Musab Zarqawi yang kemudiannya berkembang menjadi ISIS.

• iii. Individu di Barat yang bertindak sebagai Lone Wolf yang mana walaupun tidak bernaung di bawah Al-Qaedah, tetapi bersimpati dan menerima fahaman Salafi Jihad ini. Mereka terlibat melakukan aktiviti keganasan terhadap kepentingan dan kawasan awam di Barat.

• iv. Abu Sayyaf di selatan Filipina.

• v. Jemaah Islamiyyah dan pecahannya Kumpulan Militan Malaysia (KMM) di Asia Tenggara. Antara pemimpinnya adalah Abu Bakar Bashir, Abdullah Sungkar, Hambali, Dr. Azhari, Nordin Mat Top, Imam Samudera dan Zainon Ismail.

• vi. Di Malaysia, bekas pejuang daripada Afghanistan dan Pakistan ini telah menubuhkan persatuan MASSA-Pakindo (Persatuan Bekas Pelajar Pakistan, India dan Indonesia). Tujuan MASSA-Pakindo adalah untuk memantau, menyelaras dan meneruskan penyebaran dan aktiviti keganasan di Malaysia. Mereka juga turut berusaha menghidupkan jalinan dengan bekas pejuang Salafi Jihad lain yang ada di seluruh dunia. 12 jalinan ini lebih khusus lagi membabitkan rakan-rakan seperjuangan yang ada di Asia Tenggara seperti Indonesia, Selatan Thailand, Singapura, Filipina dan Australia.

Page 26: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

26

WADAH PENYEBARAN IDEOLOGI DAN GERAKAN NEO-KHAWARIJ

7.

• KMM yang bergerak di Malaysia adalah sebuah gerakan yang menjurus pada keganasan. Secara jelasnya mereka sangat Antara tindakan KMM yang bersifat keganasan adalah:

• i. Menubuhkan gerakan ini dengan tujuan menumbangkan kerajaan secara revolusi. Mereka berselindung secara rahsia dalam parti politik PAS yang dianggap satu-satunya platform perjuangan Islam sejati tetapi digerakkan secara bersembunyi kerana mereka memaklumi PAS tidak akan bersetuju dengan pendekatan revolusi.

• ii. Menyeludup dan menyimpan senjata dalam kapasiti yang banyak untuk digunakan apabila perlu.

• iii. Melancarkan tindakan keganasan dengan mengebom kuil Hindu, menyerang balai polis, merompak Southern Bank, melakukan pembunuhan Joe Fernades (kononnya bertanggungjawab memurtadkan ramai gadis Melayu), mengancam untuk membunuh wanita Melayu yang murtad dan cubaan menyerang tentera laut Amerika Syarikat yang mendarat di Malaysia.

8.

• KMM juga mempergiatkan usaha usaha indoktrinasi ahli daripada masyarakat awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

(Sumber: Rahimin Affandi Abdul Rahim et.al. Ekstremisme Islam di alam melayu. Diperolehi pada 19 Mei 2017 daripada https://www.researchgate.net/publication/313420473)

1.

• Personaliti yang berpengaruh (agamawan, pemimpin politik, akademia, aktivis)

2.

• Kuliah-kuliah agama di masjid atau surau.

3.

• Usrah tertutup/hauzah.

4.

• Kelas-kelas pengajian di institusi pengajian tinggi terpilih.

5.

• Media cetak, media digital dan media sosial.

6.

• Program pendidikan.

7.

• Penubuhan premis, syarikat dan pertubuhan (perniagaan, agama dan NGO).

8.

• Dana (sumbangan perseorangan, pertubuhan dan negara luar, perniagaan yang dijalankan dan sumbangan ahli0ahli perniagaan dalam pelbagai sektor).

Page 27: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

27

LAPORAN 7

MODUS OPERANDI GERAKAN IDEOLOGI

NEO-KHAWARIJ DAN KESANNYA DALAM

KONTEKS MALAYSIA

MODUS OPERANDI GERAKAN IDEOLOGI NEO-KHAWARIJ

Fasa 1

• Memberi fokus kepada masyarakat awam khususnya dalam kalangan para penuntut institusi pengajian tinggi sebagai sebahagian usaha perkaderan.

• Menggunakan usrah-usrah tertutup yang tidak berdaftar dengan institusi pengajian tinggi berkenaan.

• Menyebarluaskan slogan dan propaganda ideologi khususnya menerusi media cetak, media digital dan media sosial.

1. Melakukan brainwash

• Menentang mazhab-mazhab dan para ulama muktabar.• Mengapi-apikan kumpulan sasaran dengan memberi perspektif

yang menyimpang mengenai disiplin ilmu Islam seperti al-Hadis dan ilmu feqah yang diwariskan oleh para ulama muktabar.

• Menjatuhkan martabat ulama silam dengan mendakwa mereka menyebarkan hadis-hadis palsu.

• Menyuntik doktrin pentafsiran terhadap hadis secara literal dan menyimpang tanpa merujuk pada ulama kerana mendakwa ulama bukan golongan maksum.

• Menghasut masyarakat awam supaya membenci golongan ulama.• Melabelkan ulama yang menentang ideologi mereka sebagai

pendukung kezaliman.

2. Menjatuhkan martabat dan kredibiliti golongan ulama

• Merosakkan disiplin ilmu aqidah umat Islam.• Melabelkan Syi’ah, taghut, demokrasi laknat dan sebagainya kepada

mana-mana individu atau pihak yang tidak sefahaman atau sealiran dengan mereka.

• Menghukum murtad dan layak dibunuh ke atas golongan yang tidak menyertai perjuangan atau ikut berperang.

3. Menanamkan “mindset” mudah menyesatkan, membida’ah, mensyirik dan mengkafirkan umat Islam

Page 28: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

28

Fasa 2

Fasa 3

Fasa Akhir

• Merendah-rendah dan mempersoalkan peranan institusi-institusi Islam.

• Menyebarkan kritikan dan fitnah yang memburuk-burukkan institusi dan agensi Islam menerusi media (media cetak, media digital dan media sosial).

1. Menyasarkan institusi Islam

2. Mempengaruhi dan menetapkan dalam minda masyarakat awam atau kelompok sasaran untuk menerima, menyokong dan seboleh-bolehnya menyertai ideologi atau gerakan mereka.

Mendatangkan ancaman kepada pihak keselamatan dan menanamkan rasa benci kepada pihak keselamatan (polis dan tentera).

Melakukan rompakan-rompakan bank (kononnya atas dasar “memerangi riba”) dan menggunakan hasil rompakan untuk membeli senjata api daripada “pihak luar”.

Melancarkan serangan terhadap pihak polis seterusnya terhadap angkatan tentera.

Melakukan rampasan kuasa selepas berjaya melumpuhkan pihak keselamatan (polis dan tentera).

Menawan pemimpin dan menjatuhkan kerajaan serta menubuhkan sebuah kerajaan haram yang baharu.

Mewujudkan keadaan darurat.

Melumpuhkan masyarakat dan negara sehingga memaksa pemimpin meminta bantuan daripada kuasa besar dunia “menyelesaikan” kemelut yang dihadapi.

Page 29: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

29

SITUASI DAN JANGKAAN SENARIO KESAN MODUS OPERANDI GERAKAN IDEOLOGI NEO-

KHAWARIJ TERHADAP MALAYSIA

Fasa 1:

Fasa 2:

Fasa 3:

1.

•Wujud kelompangan adab dalam kalangan rakyat.

2.

•Wujud situasi di mana banyak ajaran menyeleweng telah difatwakan.

3.

•Wujud isu dan kecenderungan mempertikaikan status hadis, memperdebatkan perkara khilaf furu’iyyah dan mengkafirkan sesama umat Islam.

4.

•Wujud kecenderungan mempengaruhi kelompok sasaran tertentu seperti golongan pemimpin, profesional dan akademia untuk menyokong dan menyertai Gerakan Ideologi Neo-Khawarij bagi memudahkan usaha menambat keyakinan masyarakat terhadap ideologi mereka.

1.

•Wujud situasi di mana masyarakat khususnya generasi muda cenderung merendah-merendah, menghina dan mencerca para ulama serta institusi dan agensi Islam.

2.

•Wujud situasi, kecenderungan dan budaya fitnah dan penyebaran maklumat palsu termasuk menyelewengkan kenyataan para ulama menerusi media cetak, media digital dan media sosial di mana kita boleh melihat pelbagai agensi agama, mufti-mufti dicerca oleh anak muda di media sosial.

1.

•Wujud situasi di mana terdapat Gerakan Ideologi Neo-Khawarij (seperti DAESH) mula berani mencabar pihak keselamatan termasuk Ketua Polis Negara.

2.

•Wujud kecenderungan dalam kalangan gerakan radikal secara bawah tanah giat menyebarkan fitnah kononnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sedang diresapi fahaman Neo-Khawarij dan fahaman menyimpang yang lain.

3.

•Wujud situasi di mana individu-individu utama (pemimpin dan pihak keselamatan) menerima pelbagai ugutan serta pelbagai tohmahan daripada individu tertentu melalui media kontroversi tertentu.

Page 30: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

30

LAPORAN 8

LANGKAH-LANGKAH MENGEKANG DAN

MEMBANTERAS PENGARUH GERAKAN IDEOLOGI

NEO-KHAWARIJ

PERANAN KERAJAAN/PEMERINTAH

•Menggesa pihak pemerintah atau kerajaan untuk memberi komitmen sepenuhnya serta berterusan dalam menggerakkan usaha-usaha pencegahan, pengekangan, pemantauan, penguatkuasaan dan pembanterasan terhadap pengaruh Neo-Khawarij daripada meresap mahupun menular dalam kalangan masyarakat Islam.

1.

•Mencadangkan pihak pemerintah atau kerajaan atau pihak berautoriti yang relevan menggubal konsep atau pelan tindakan secara ideologis dan teologis untuk memerangi idelogi militan dan radikal seterusnya disebarkan kepada masyarakat termasuk dimasukkan sebagai kurikulum agama di institusi-institusi pendidikan.

2.

•Merangka pelan tindakan pembanterasan yang strategik, taktikal, operasional dan berterusan.

3.

•Memperketatkan pemantauan ke atas pertubuhan-pertubuhan (agama, politik, pertubuhan bukan kerajaan, institusi pendidikan dan badan-badan profesional) khususnya segi aktiviti, perkembangan dan modus operandi yang dijalankan sebagai langkah pembanterasan dapat dlaksanakan dengan lebih segera dan awal.

4.

•Meningkatkan pemantauan serta menguatkuasakan undang-undang secara segera dan tegas ke atas mana-mana pihak yang mencabar hak dan kedudukan Islam dan kepentingan umatnya.

5.

•Memperkasa dan menguatkuasakan akta-akta keselamatan yang ketat dan efektif dalam usaha membanteras segala bentuk ancaman dan menjamin keselamatan agama, negara dan masyarakat.

6.

•Mencari formula dan merangka strategi untuk membentuk persefahaman dan jaringan kerjasama di kalangan badan-badan politik Melayu-Islam, badan-badan profesional Islam dan NGO-NGO Islam supaya mengutamakan agenda pemeliharaan Islam, perundangan syari’ah, maslahah ammah dan kedaulatan negara.

7.

•Menyatakan pendirian yang tegas dan konsisten serta komitmen yang tinggi sama ada di peringkat nasional, serantau mahupun antarabangsa untuk memerangi sebarang gerakan atau tindakan yang bersifat ekstrem, melampau dan militan demi melindungi kedaulatan Islam dan memelihara keamanan sejagat.

8.

Page 31: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

31

PERANAN AGENSI-AGENSI BERKAITAN YANG UTAMA (AGAMA, KESELAMATAN,

PERUNDANGAN, PENDIDIKAN, PENYELIDIKAN DAN LATIHAN, NGOi)

•Memperkasakan peranan majlis-majlis agama dan agensi-agensi yang berkaitan untuk menggunakan pendekatan holistik dan mesra komuniti segi melindungi aqidah umat Islam iaitu menerusi program-program agama dan komuniti yang diterapkan dengan unsur-unsur mendidik, menyubur, melindungi dan mempasak nilai-nilai Islam yang tulen di kalangan umat Islam.

1.

•Memperkukuhkan jentera dan peranan agensi-agensi agama yang berkaitan termasuk peka dan bijak dalam menaakul situasi semasa, supaya tidak ditipu musuh nyata dan tersembunyi melalui perancangan rapi serta mampu menggerakkan tindakan membendung, membanteras dan menghapus agenda atau muslihat musuh-musuh Islam termasuk gerakan ideologi Neo-Khawarij.

2.

•Memantapkan kemampuan mengurus ancaman secara lebih sistematik dan berefikasi seperti mengaktifkan kaedah sistem amaran awal yang berupaya memberi isyarat awal untuk pihak berautoriti merangka perancangan dan tindakan pembanterasan.

3.

•Meningkatkan jaringan kerjasama strategik antara negara khususnya melibatkan risikan dan pemantauan gerakan serta maklumat terkini.

4.

•Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang keselamatan yang mampu memberi kesedaran, mengekang dan membanteras pengaruh dan aktiviti gerakan berkenaan.

5.

•Menetapkan peraturan dan undang-undang yang ketat ke atas penceramah, guru-guru agama, pemimpin politik, pemimpin dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal perubatan, pertubuhan silat dan sebagainya untuk mencegah pelampau agama mengambil kesempatan menyembunyikan identiti dan aktiviti mereka di sebalik jawatan atau pertubuhan yang dianggotai.

6.

•Mempergiatkan usaha penapisan dan larangan ke atas karya-karya kreatif termasuklah filem, drama, teater, novel, cerpen, kartun, seni lukis, lirik lagu dan sebagainya yang berkecenderungan menyuburkan fahaman ke arah pemikiran ekstrem.

7.

•Menggalakkan penghasilan karya-karya ilmiah bersandarkan perjuangan Rasulullah SAW dan para Sahabatnya agar dapat memberi gambaran sebenar sirah perjuangan Islam secara sahih.

8.

Page 32: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

32

•Menjalankan saringan dan penelitian ke atas profil individu-individu yang mahu dilantik sebagai ahli jawatankuasa sesebuah masjid atau surau.

9.

•Meningkatkan pemantauan terhadap penceramah-penceramah dari negara luar khususnya segi kandungan penyampaiannya dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

10.

•Meningkatkan peranan kepemimpinan masyarakat dan institusi masjid dalam memantau permasalahan umat Islam setempat serta pergerakan atau aktiviti-aktiviti yang mencurigakan.

11.

•Memperkasakan institusi masjid dan surau dengan mewujudkan kelas-kelas pengajian yang lebih menyeluruh dan mencakupi kerangka pemahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

12.

•Memperkukuhkan rangkaian strategik antara agensi-agensi agama dan NGO-NGO Islam dengan memfokus pada pemuafakatan segi fikrah dan pendirian dalam mempertahankan Islam dan umatnya daripada serangan pemikiran oleh musuh-musuh Islam.

13.

•Melahirkan kumpulan da’i yang berilmu dan berkemahiran untuk mendekati masyarakat khususnya di kalangan golongan yang dijadikan sasaran oleh gerakan ideologi Neo-Khawarij.

14.

•Memberi kesedaran dan pencerahan kepada masyarakat Islam mengenai ancaman pengaruh dan gerakan Neo-Khawarij secara berterusan dan berimpak serta menggunakan pelbagai wadah.

15.

•Menganjurkan bengkel, seminar dan dialog ilmiah yang dipandu oleh para ulama, cendekiawan Islam dan para da’i bertauliah dalam usaha memberi perspektif yang tepat kepada umat Islam serta menangkis fahaman yang berunsur syubhat, palsu dan menyimpang dalam pemikiran golongan yang terpengaruh dengan dakyah Neo-Khawarij.

16.

•Menganjurkan program penerangan dan perbincangan ilmiah dengan lebih kerap sama ada di peringkat nasional, serantau mahupun antarabangsa (forum, seminar, perbincangan kumpulan fokus dan pertemuan pemikiran) mengenai ancaman gerakan Neo-Khawarij dan penjelasan sebenar makna jihad dalam Islam.

17.

•Menggunakan medium pendidikan dari pelbagai peringkat sama ada di kalangan kanak-kanak sehingga kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi untuk memantapkan pemahaman dan penghayatan Islam mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar kepada generasi muda.

18.

Page 33: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

33

• Mendekati, mendidik dan memimpin generasi muda bagi mendorong mereka memahami dan menghayati ajaran Islam yang sebenar serta memantau kecenderungan atau aktiviti-aktiviti yang golongan muda minati bagi mencegah mereka daripada pengaruh-pengaruh yang menyimpang.

19.

• Memberi kerjasama dan sokongan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia merangka serta melaksanakan program pemantauan dan pencegahan penularan pengaruh gerakan ideologi Neo-Khawarij dan gerakan-gerakan menyimpang lain yang bersifat radikal atau ekstrem.

20.

• Menjalankan penyelidikan secara terperinci bagi menilai tahap penularan pengaruh militanisme dan ekstremisme di kalangan warga institusi pendidikan di institusi pengajian tinggi (IPTA dan IPTS).

21.

• Menanamkan sifat tabayyun di kalangan generasi muda supaya mereka lebih peka dan berhati-hati dalam mencari jawapan kepada serangan pemikiran dan kekeliruan yang dibawa oleh gerakan ideologi Neo-Khawarij.

22.

• Memberi pembelaan dan menjaga kebajikan golongan yang bermasalah (ar-riqab) supaya tidak terjebak dengan pengaruh pelampau agama.

23.

• Mendekati individu dan kumpulan yang terlibat dengan gerakan ideologi Neo-Khawarij Islam untuk diberi nasihat secara teratur dan terancang melalui dialog, wacana pemikiran, dan sebagainya.

24.

• Menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan berterusan kepada individu-individu yang pernah terlibat dan berpegang pada fahaman dan gerakan ideologi Neo-Khawarij untuk kembali menghayati ajaran Islam yang sebenar.

25.

Page 34: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

34

PERANAN ULAMA/CENDEKIAWAN ISLAM

• Mengutamakan peranan ulama dalam menyatakan penegasan, memberi pencerahan dan mengeluarkan fatwa secara jelas mengenai fahaman dan amalan yang berkaitan dengan ideologi yang menyimpang tersebut.

1.

• Menggunakan saluran dan wadah yang strategik untuk mematahkan hujah seterusnya memberi pencerahan kepada golongan berkaitan supaya tidak terus tenggelam dengan perspektif mereka yang menyesatkan diri dan orang lain.

2.

• Mengamalkan sikap proaktif dan bukannya reaktif untuk membantu umat Islam mengatasi keraguan dan kekeliruan berhubung sesuatu isu, permasalahan, hukuman dan tindakan.

3.

• Menggesa para ulama dan cendekiawan Islam mempraktikkan adab ikhtilaf yang dianjurkan oleh Islam secara serius, komited dan berlapang dada.

4

• Memfokus pada usaha membentuk kumpulan pemikir Islam daripada pelbagai latar belakang profesion yang berperanan menaakul situasi, memberi pencerahan dan hujah balas, merangka strategi tindakan dan menggubal agenda ummah secara berfasa.

5.

Page 35: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

35

PERANAN MEDIA

• Mendidik masyarakat mengenai konsep manhaj, dakwah, jihad, politik dan pemerintah yang tepat menurut perspektif Islam dengan menyebarkan ilmu dan maklumat mengenainya secara meluas menerusi medium media (media cetak, media elektronik, media digital dan media sosial) dan medium strategik yang lain.

1.

• Memberi peringatan dan kesedaran secara konsisten kepada masyarakat Islam melalui pelbagai saluran media massa (media cetak, media elektronik dan media digital) supaya berhati-hati dan merujuk dengan pihak berautoriti sekiranya ingin terlibat atau melibatkan ahli keluarga dalam sesebuah organisasi atau institusi pendidikan dan latihan.

2.

• Mempergiatkan program penyebaran maklumat dan penerangan melalui pelbagai bentuk kempen yang relevan, berobjektif dan berimpak kepada seluruh lapisan masyarakat Islam mengenai muslihat musuh-musuh Islam termasuk serangan pemikiran oleh gerakan ideologi Neo-Khawarij.

3.

• Membentuk kumpulan pemikir dan pengendali blog patuh syari’ah yang berupaya menyerang balas apa-apa juga bentuk kenyataan, propaganda, pendirian atau tindakan gerakan pelampau dan pendukung-pendukungnya mengenai sesuatu isu.

4.

• Memperketatkan saringan dan pemilihan terhadap karya-karya dan program-program untuk dipaparkan sebagai tatapan umum bagi menghindarkan masyarakat terpengaruh dengan unsur, pemikiran dan budaya yang menyimpang.

5.

• Menggalakkan penerbitan dan penyiaran karya-karya atau program-program yang mempunyai elemen pendidikan, pemantapan akhlak dan penyuburan pemikiran serta menepati kerangka syari’at Islam.

6.

• Meningkatkan pemantauan dan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pemain media (termasuk stesen-stesen penyiaran) yang cenderung menyuntik elemen-elemen menyimpang (termasuk ekstrem dan militan) bertujuan untuk mempengaruhi jiwa dan pemikiran masyarakat.

7.

Page 36: LAPORAN 1 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN KHAWARIJ

36

PERANAN UMMAH

•Menggalakkan setiap individu Islam untuk memperlengkapkan diri mereka dengan asas ilmu Islam yang kukuh serta menyediakan prasarana ilmu yang lengkap dan mencukupi bagi membentuk ummah yang beriman, berilmu dan berakhlak.

1.

•Menggesa umat Islam supaya bijak mengimbangi segi penguasaan ilmu dan kemahiran duniawi dan ukhrawi serta sentiasa mendorong diri untuk lebih kreatif dan inovatif supaya tidak terus menjadi umat pengguna yang mudah dipergunakan.

2.

•Memperkukuhkan peranan institusi perkahwinan dan keluarga mengikut acuan Islam menerusi program, kursus serta kempen kesedaran kekeluargaan, keibubapaan dan kesatuan ummah di setiap negeri.

3.

•Menyuburkan nilai dan prinsip Islam dalam mendidik anak, membimbing keluarga dan membudayakan masyarakat supaya terbentuk ummah yang memiliki jati iman, jati fikrah Islamiyyah dan jati akhlak yang tinggi.

4.

•Menggesa para ibu bapa dan keluarga meningkatkan pemantauan dan kawalan ke atas anak-anak atau ahli keluarga daripada terpengaruh dengan unsur-unsur pemikiran menyimpang melalui saluran media yang pelbagai terutamanya media sosial.

5.

•Menganjurkan program kekeluargaan dan kemasyarakatan secara berkala yang bertemakan pemeliharaan aqidah Islam dalam keluarga dan komuniti untuk mendorong umat Islam lebih peka dan prihatin memantau aktiviti ahli keluarga dan komuniti di tempat tinggal mereka.

6.

•Menolak dan menentang tindakan terorisme kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam, serta menolak segala tuduhan dan upaya musuh-musuh Islam yang ingin mencemarkan imej umat Islam dengan melabelkannya terorisme.

7.

•Menggalakkan masyarakat Islam untuk memainkan peranan segi menyalurkan maklumat mengenai individu atau kumpulan atau aktiviti-aktiviti yang memusykilkan serta bermirip gerakan radikal atau militan.

8.

•Menggesa golongan kritikal seperti para akademia, profesional dan pemimpin untuk menguasai manhaj ilmu-ilmu Islam secara komprehensif kerana mereka sering dijadikan rujukan oleh masyarakat termasuk generasi muda.

9.