apa yang menyebabkan - bnm.gov.my

12

Upload: others

Post on 19-Oct-2021

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apa Yang Menyebabkan - bnm.gov.my
Page 2: Apa Yang Menyebabkan - bnm.gov.my

2 •

Apa Yang MenyebabkanHutang Berlebihan?

Anda dikatakan telah berhutang secaraberlebihan jika beban hutang terlaluberat untuk ditanggung. Dalam keadaanini, mungkin pendapatan anda tidakmencukupi untuk membayar hutang.Anda terpaksa menggunakan tabungandan pelaburan untuk membayar hutangtersebut.

Tamak

Salah satu punca utama yangmenyebabkan keadaan hutangberlebihan adalah sifat tamak. Adaorang yang terlalu tamak sehinggamudah terpengaruh dengan skim cepatkaya dan berkesudahan dengankerugian besar. Lebih teruk lagi, adapula yang sanggup menggunakanpinjaman, iaitu berhutang dengan bankatau rakan untuk melabur dalam skimpenipuan dan terperangkap dalambelenggu hutang yang lebih besar.

Gaya hidup

Ada orang yang hidup mewah denganmembeli barangan mahal padahalmereka tidak mampu. Merekamerasakan bahawa gaya hidup mewahini penting bagi mengekalkan imej ataustatus mereka mengikut tanggapanorang lain.

Keadaan tidak diduga

Tidak kurang juga yang terpaksaberhutang disebabkan oleh keadaanyang tidak dapat dielakkan. Mungkinanda telah mengambil langkahsewajarnya untuk meminjam mengikuthad kemampuan, tetapi keupayaanmembayar balik hutang boleh terjejasjika berlaku sesuatu keadaan yang diluar kawalan anda. Keadaan ini sepertikehilangan pekerjaan, hilang upaya,menghidap penyakit kritikal,kemalangan atau kecemasan yanglain.

SidangRedaksi

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangSiti Rahayu bt Zakaria

Yu Kin Len

Ringgit merupakan penerbitan usahasama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkanpada setiap bulan. Untuk memuatturun Ringgit dalam format “PDF“,

sila layari laman sesawangwww.fomca.org.my dan

www.bnm.gov.my

Gabungan Persatuan-PersatuanPengguna Malaysia

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076

E-mel : [email protected]: www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan Sumber

Pengguna (CRRC)No. 1D-1, Bangunan SKPPK

Jalan SS9A/1747300 Petaling Jaya

Selangor Darul EhsanTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Sesawang: www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysia atauFOMCA. Ia merupakan pendapat

penulis sendiri.

Page 3: Apa Yang Menyebabkan - bnm.gov.my

• 3

kereta tersebut. Jika ia merupakan pinjamanperumahan pula, institusi kewangan akan merampasrumah dan melelongnya. Seandainya hasil lelongantidak mencukupi untuk menjelaskan hutangsepenuhnya, maka institusi kewangan akan mengambiltindakan undang-undang seperti kebankrapan terhadapanda (dan/atau penjamin, jika ada, untuk menuntutbaki hutang).

Bagi pinjaman tanpa cagaran, institusi kewanganmempunyai beberapa pilihan untuk melaksanakanpenghakiman yang diperoleh untuk mendapatkansemula hutang mereka. Ini termasuk perintah rasmirampasan dan jualan, saman prosiding “garnishee”,saman penghutang penghakiman dan petisyenkebankrapan ke atas peminjam (dan/atau penjamin,jika ada). Pada masa ini, petisyen kebankrapan hanyaboleh dimulakan sekiranya jumlah hutang terkumpulmencecah RM30,000 ke atas.

Sekiranya anda telah diisytiharkan bankrap,terdapat banyak sekatan dari segi undang-undangyang akan dikenakan. Pada umumnya anda tidakboleh melakukan perkara berikut: -• Memegang apa-apa jawatan awam tanpa

kebenaran Ketua Pengarah Jabatan InsolvensiMalaysia (KPJIM).

• Meneruskan sebarang tindakan mahkamah tanpaizin KPJIM.

• Meninggalkan negara tanpa perintah mahkamahatau kebenaran KPJIM.

• Menjadi pengarah syarikat atau menjalankanperniagaan atau terlibat dalam pengurusansyarikat tanpa kebenaran mahkamah atau KPJIM.

• Melibatkan diri dalam pengurusan syarikat ataumenjadi pekerja di syarikat yang dimiliki olehpasangan atau saudara terdekat dan pasanganmereka.

• Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana badanyang berdaftar.

• Tidak boleh membuat sebarang pinjaman melebihiRM1,000 tanpa memaklumkan kepada pemiutangtentang status kebankrapan.

Jika anda gagal membuat bayaran ke ataspinjaman, dapatkan nasihat dengan segera.Jangan tunggu sehingga masalah berlarutan dantidak terkawal. Lebih cepat anda mendapatkanbantuan, semakin mudahlah untukmenyelesaikan masalah anda.

Sumber: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Beberapa tanda masalahkewangan

Kad kredit• Membayar baki minimum sahaja setiap bulan.• Baki tertunggak meningkat setiap bulan• Menggunakan kad pada had maksimum.• Kerap mengambil pendahuluan wang tunai.• Tidak membayar atau lewat membuat bayaran.• Kad kredit dibatalkan oleh pihak bank.

Pinjaman• Kerap kali menggunakan overdraf atau kemudahan

pinjaman automatik daripada akaun semasa.• Menerima notis bayaran daripada pemiutang

kerana tidak membayar hutang.• Gagal mendapat pinjaman kerana laporan kredit

tidak memuaskan.• Meminjam wang daripada keluarga atau kawan

untuk membayar hutang.• Kerap kali dihubungi oleh pihak pemungut hutang.

Simpanan• Menggunakan simpanan pada kadar yang

membimbangkan.• Mempunyai sedikit ataupun tiada langsung

simpanan untuk menangani perbelanjaankecemasan.

Perbelanjaan• Hidup semata-mata bergantung pada pendapatan

bulanan.• Bergantung kepada kerja sampingan, kerja lebih

masa, komisen atau bonus untuk membiayai sarahidup.

• Tidak mengetahui berapa banyak hutangsehinggalah penyata diterima.

• Kerap kali bertengkar dengan pasangan mengenaiwang.

Apakah akibat tidak membayarhutang dengan bank?

Apabila anda gagal menjelaskan sesuatu pinjaman,institusi kewangan akan mengambil tindakanmahkamah terhadap anda.

Sekiranya pinjaman itu adalah pinjaman kereta,institusi kewangan akan menarik balik dan menjualkan

Page 4: Apa Yang Menyebabkan - bnm.gov.my

4 •

Hak milik harta atau kuasa terhadap harta perlu disusundengan baik sebelum anda meninggal dunia.Kadangkala usaha ini akan bertentangan denganhalangan psikologi kerana seolah-olah merancangpengurusan harta pusaka akan mengundangkedatangan maut dengan lebih cepat. Fahaman sepertiini patut dihindari.

Masalah utama akibat daripada sikap menangguhkanmembuat perancangan harta pusaka ialah ajal tidakberbau. Takut-takut anda meninggal dunia sebelumsempat menyusun perancangan harta dengan kemas.Ini akan mengundang pelbagai masalah. Harta andakemungkinan besar akan dibekukan, yakni tidak dapatdimanfaatkan oleh ahli keluarga, isteri ataupun anak-anak anda.

Sekiranya anda meninggal dunia tanpa mempunyaiwasiat yang sah, satu proses perundangan yang bolehmengambil masa yang agak panjang terpaksa dilaluisebelum harta berkenaan dapat diagihkan ataudimanfaatkan oleh waris anda. Keadaan akan menjadibertambah rumit sekiranya berlaku perbalahan antaraahli-ahli waris yang merasakan hak mereka tidakdiambil kira dengan adil.

Hibah, Wakaf dan Akaun Amanah

Bagi penganut agama Islam, semasa masih hidup andaboleh membuat keputusan untuk terus mengagihkanharta anda dalam bentuk hibah (hadiah), wakaf ataupunmenubuhkan dana khas dengan memindahkansebahagian atau keseluruhan harta anda ke dalamakaun amanah yang akan dipegang oleh pemegangamanah yang anda lantik.

• Hibah: Hadiah, iaitu pemberian hak milik andasecara sukarela kepada sesiapa yang pada hematanda patut menerima hibah tersebut. Penerimahibah boleh terdiri daripada isteri, suami, anak-anak, ahli keluarga yang lain dan yang bukantergolong dalam ahli waris anda. Sekiranya hakmilik harta telah berpindah kepada penerima hibahdan jika penerima hibah meninggal dunia, hartayang dihibah akan menjadi harta pusaka penerimahibah tersebut. Anda boleh melantik pemegangamanah seperti Amanah Raya Berhad bagi kespenerima hibah yang masih bawah umur ataupunterdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi terlebihdahulu oleh penerima hibah tersebut.

• Wakaf: pemindahan hak milik harta anda kepadasesuatu badan ataupun institusi dengan tujuankhusus ataupun umum yang melewati kepentinganahli-ahli waris anda untuk mencakupi kepentinganmasyarakat umum. Wakaf adalah amal jariahyang berterusan dan biasanya melibatkan “hartatak alih” seperti hartanah.

• Akaun amanah: Dana ini ialah harta anda dalambentuk harta alih, seperti wang tunai dan sahamserta harta tak alih seperti hartanah. Dana ini akandipegang dan diuruskan oleh pemegang amanahseperti Amanah Raya Berhad. Tujuan akaunamanah ialah memelihara kepentingan benefisiariapabila anda meninggal dunia. Biasanyabenefisiari (penama yang mendapat manfaat) iniseperti isteri atau suami dan anak-anak. Hartayang telah dimasukkan ke dalam akaun amanahbukan harta pusaka. Maka agihannya bolehdisegerakan apabila anda meninggal dunia.

UruslahUruslahUruslahHartaHartaHartaPusakaPusakaPusakaSebelumSebelumSebelum

MeninggalMeninggalMeninggalDuniaDuniaDunia

... bersambung ke muka 6

Page 5: Apa Yang Menyebabkan - bnm.gov.my

• 5

Memiliki kenderaan sendiri adalah impian bagi setiapindividu. Kini, terdapat pelbagai tawaran dan promosidiperkenal untuk anda memiliki kereta impian, samaada anda ingin menjual kereta lama dan membeli keretayang baharu. Keputusan membeli kereta perlulahdifikirkan secara teliti dengan mengambil kirakomitmen bayaran bulanan, penyelenggaraan,membaik pulih kenderaan, insurans dan keperluansekeluarga.

Berikut adalah beberapa tip umum membeli keretabaharu dan terpakai yang boleh dijadikan sebagaipanduan: -a) Apabila anda berhadapan dengan penjual kereta,

pastikan penjual memaklumkan kepada andaharga kereta yang ditawarkan dan kos-kos yangterlibat secara terperinci.

b) Pastikan perjanjian yang dibuat adalah mudah.Jangan tergesa-gesa membincangkan untukmenjual kereta lama anda atau pinjaman kereta,kecuali jika anda telah bersetuju dengan hargabelian.

c) Buat perbandingan harga antara syarikat penjualkereta yang lain serta promosi/pakej menarik yangmemberi kelebihan kepada anda.

d) Sebelum anda berkunjung ke bilik pameran keretabaru, pertimbangkan model-model yang sesuaidengan keperluan anda sekeluarga, dan yangpaling penting, mengikut kemampuan anda. Andaboleh melawati beberapa bilik pameran modelkereta yang berlainan.

e) Jika boleh, pandu uji kenderaan untukmemastikan ia sesuai dengan keperluan anda.

f) Anda juga boleh menyemak senarai harga keretadi pasaran semasa melalui surat khabar, iklan-iklan dan risalah-risalah.

g) Pastikan kelengkapan aksesori kereta benar-benarlengkap, seperti yang dinyatakan semasa prosesperjanjian jual beli, sebelum anda membawapulang kereta berkenaan.

h) Hati-hati dengan sebarang perubahan terhadapkenderaan, kemungkinan terdapat kekuranganaksesori pada kenderaan tersebut.

i) Elakkan daripada menerima tawaran, membayar

deposit atau perjanjian jual beli kereta pada cutiumum atau hujung minggu. Sebaik-baiknya,lakukan sewaktu hari bekerja. Ini untukmengelakkan berlakunya penyelewengandaripada pihak ejen.

j) Untuk pembelian kereta terpakai, pastikandokumen pemilik kenderaan lama telah dipindahmilik sepenuhnya kepada anda dan mendapatkelulusan daripada PUSPAKOM.

Berikut disertakan serba ringkas prosedur membelikereta bermula daripada membuat tempahansehinggalah setelah menerima kenderaan.

1. Semasa membuat tempahan• Tempahan hendaklah dibuat dengan menggunakan

cek atau bank deraf. Bayaran tunai tidakdigalakkan.

• Pastikan setiap bayaran yang dibuat diberikan resitrasmi syarikat serta merta sebagai mengakuipenerimaan bayaran.

• Pastikan borang tempahan diisi dengan betul,seperti maklumat peribadi, maklumat pinjamandan maklumat kenderaan.

• Anda harus menyimpan satu salinan yang lengkapyang telah ditandatangani.

• Sila baca dan fahami keseluruhan terma dansyarat yang terkandung dalam borang tempahantersebut.

2. Ketika Membuat pinjamanKetika memohon pinjaman, serahkan dokumen-dokumen berikut:• Salinan borang tempahan rasmi syarikat pengedar.• Salinan kad pengenalan yang dicatatkan

perkataan ‘untuk tujuan pinjaman dengan syarikatkewangan’ bagi mengelakkan penyalahgunaansalinan tersebut.

• Salinan lesen memandu atau sekeping gambarpemohon.

• Slip gaji terbaru bagi tempoh tiga bulan.• Penyata akaun simpanan/semasa/tetap• Borang EA.• Surat perlantikan tawaran kerja.

Panduan MudahSebelum Membeli

Kereta

Page 6: Apa Yang Menyebabkan - bnm.gov.my

6 •

3. Apabila pinjaman telah diluluskan, silaambil tindakan berikut:• Hubungi syarikat kewangan dan sahkan syarat-

syarat kelulusan pinjaman seperti dicatatkandalam surat tawaran, seperti jumlah pinjaman,tempoh bayaran, kadar faedah dan jenis ataumodel kenderaan.

• Semua dokumen mengenai perjanjian pinjamanditandatangani di syarikat kewangan.

• Tidak ada bayaran dikenakan bagi pengendalianproses pinjaman kenderaan.

4. Pendaftaran KenderaanPendaftaran kenderaan hanya boleh dibuat sekiranya:• Bayaran penuh harga kenderaan telah dibuat (bagi

pembelian tanpa pinjaman).• Surat Aku Janji daripada syarikat kewangan

dikeluarkan dan bayaran muka telah dijelaskansepenuhnya.

5. Untuk tujuan pendaftaran, kemukakandokumen-dokumen berikut di JabatanPengangkutan Jalan (JPJ):• Salinan kad pengenalan pembeli yang disahkan

dicatatkan perkataan ‘untuk tujuan pendaftarankenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalansahaja’

• 2 salinan JPJ K1 yang telah lengkap diisi danditandatangani oleh pembeli.

• Borang pelepasan tanggungan JPJ yang lengkapdiisi dan ditandatangani oleh pembeli dan jugaditandatangani oleh seorang saksi.

• Surat jualan daripada syarikat pengedar.• Dokumen perlindungan insurans yang berkuat

kuasa yang diisi penuh dengan butir-butir pembelidan kenderaan.

• Surat tuntutan hak milik daripada syarikatkewangan.

• Resit tender nombor pendaftaran (jika ada).• Untuk mendapatkan pendaftaran segera, pembeli

perlu hadir di Jabatan Pengangkutan Jalan.• Bayaran pendaftaran kereta, cukai jalan dan

tuntutan hak milik termasuk dalam hargakenderaan yang diisytiharkan.

• Bayaran tambahan dikenakan bagi kes-kesseperti penukaran nombor pendaftaran yangmelibatkan pengekalan nombor pendaftaran lamakepada kereta baru.

6. Semasa penyerahan kenderaanApabila anda menerima kenderaan baru, sila pastikan:• Kereta tersebut sempurna dan memuaskan.• Perkakas dan aksesori lengkap dibekalkan.• Buku jaminan diisi dan dicop dengan cop syarikat

wakil pengedar dan ditandatangani oleh pembeli.• Borang penyerahan rasmi syarikat pengedar

kereta hendaklah ditandatangani oleh pembeliserta wakil syarikat pengedar dan satu salinandisimpan oleh pembeli.

Surat wasiat

Walau apapun usaha semasa hayat andamenguruskan harta pusaka, janganlah anda lupauntuk menyediakan surat wasiat. Dokumen pentingini harus mengandungi perkara-perkara sepertiberikut: -a) Pelantikan wasi – iaitu orang ataupun badan

yang akan menguruskan agihan harta pusakaanda.

b) Senarai hutang – hutang perlu dijelaskansebaik-baiknya semasa hayat masih ada danmenjadi keutamaan selepas anda meninggaldunia. Malah penyusunan pembayaran hutangperlu didahulukan sebelum agihan harta pusaka.

c) Senarai harta – harta sepencarian perlu adasenarai yang khusus. Senarai khusus ini akanmemelihara hak suami atau isteri yang masihhidup.

d) Sedekah jariah dan wakaf yang tidakmelebihi setengah harta anda, bolehdiperuntukkan kepada orang yang bukan waris.Maklumkan juga senarai harta yang telahdipindahkan hak miliknya semasa hayat andayang tidak termasuk dalam kategori hartapusaka dan tidak boleh diagihkan mengikutHukum Faraid.

e) Hukum Faraid – cadangan pembahagianmengikut Hukum Faraid. Dalam Islam, ahli warisditentukan seperti berikut: -i) Suami atau isteri;ii) Ayah, ibu, datuk, nenek dan seterusnya;iii) Anak, cucu dan seterusnya;iv) Adik beradik dan zuriatnya;v) Ayah saudara, ibu saudara dan zuriatnya.

Terdapat cara pengiraan yang terperinci untukmenentukan jumlah agihan yang berhak diterima olehseseorang waris. Peranan wasi sebagai pentadbirharta pusaka penting agar agihan dapatdisempurnakan dengan adil dan cepat.

Pengurusan harta pusaka tertakluk kepada dasarkeadilan, kasih sayang, perkongsian, pertolongan dantimbang rasa. Maka memelihara hak ahli-ahli warissepatutnya menjadi pertimbangan utama apabilamengurus agihan harta semasa hayat atau selepasanda meninggal dunia.

Sumber: Panduan Kewangan Peribadi dan Keluarga “CukupWang Hati Tenang untuk Semua” oleh Hajah Rohani Datuk HjMohd Shahir.

bersambung dari muka 4 ...

Page 7: Apa Yang Menyebabkan - bnm.gov.my

• 7

Apakah takaful berkaitanpelaburan?

Ia merupakan pelan takaful keluarga yangmenggabungkan pelaburan dan perlindungan takaful.Caruman anda akan memberi perlindungan takaful,termasuk manfaat kematian dan kehilangan upaya.Sebahagian daripada caruman akan dilaburkan dalampelbagai dana pelaburan pilihan anda yang dibenarkanoleh Syariah.

Konsep takaful dalam takafulberkaitan pelaburan

Dalam takaful berkaitan pelaburan, sebahagian daripadacaruman anda akan diagihkan kepada dana takafuldalam bentuk caruman penyertaan (tabbarru’), dansebahagian lagi akan digunakan bagi membeli unitberkaitan pelaburan.

Jenis-jenis takaful berkaitanpelaburan

Pelan Caruman Tunggal• Bayaran premium tunggal secara sekali gus.• Jumlah perlindungan biasanya adalah peratusan

daripada caruman tunggal.• Bayaran manfaat adalah jumlah perlindungan dan

nilai unit berkaitan pelaburan.

Pelan Caruman Berkala• Bayaran caruman dibuat secara bulanan, suku

tahunan, separuh tahunan atau tahunan• Jumlah perlindungan biasanya adalah gandaan

caruman tahunan• Bayaran manfaat adalah jumlah perlindungan dan

nilai unit berkaitan pelaburan

Ciri unik takaful berkaitan pelaburanTakaful berkaitan pelaburan mempunyai ciri-ciri unikseperti berikut: -

• Anda diberi kelonggaran untuk memilih tahapperlindungan dan pelaburan.

• Anda boleh mengubah jumlah caruman mengikutperubahan kedudukan kewangan anda.

• Anda boleh menukar dana pelaburan yang sediaada kepada dana pelaburan yang lain.

• Anda boleh menebus sebahagian daripada unitberkaitan pelaburan anda pada bila-bila masa.

• Anda boleh memilih untuk melabur dalam pelbagaijenis dana pelaburan (ekuiti, bon atau instrumenkewangan lain.)

Penebusan unit berkaitanpelaburan

Anda mempunyai pilihan untuk menjual unit berkaitanpelaburan anda secara: -

a) Pengeluaran separaPermohonan boleh dibuat dengan mengisi BorangPengeluaran Separa menyatakan opsyen berikut:• Bilangan unit yang ingin anda jual; atau• Nilai tunai yang anda perlukan.

b) PenyerahanAnda perlu mengisi Borang Penyerahan jikaberhajat menjual semua unit berkaitan pelaburananda. Nilai seunit berkaitan pelaburan adalahberdasarkan harga seperti yang dinyatakan dalamsijil.

Pertimbangan penting untukmemilih pelan yang betul

a) Perlindungan takafulCaruman anda biasanya memberi perlindungantakaful daripada kematian dan hilang upaya.Dengan caruman tambahan, anda bolehmeluaskan perlindungan asas bagi merangkumikemalangan diri dan penyakit kritikal.

TakafulBerkaitanPelaburan

Page 8: Apa Yang Menyebabkan - bnm.gov.my

8 •

b) Pilihan dana pelaburanAnda diberi pilihan melabur dalam pelbagai danapelaburan. Harga unit berkaitan pelaburan berubahmengikut nilai semasa dana pelaburan. Adalahpenting bagi anda memilih dana pelaburan yangmenggambarkan tahap risiko yang mampu andaambil, kerana anda akan menanggung sepenuhnyarisiko pelaburan itu.

c) Fi dan cajPengendali takaful mungkin akan mengenakan fidan caj bagi perkhidmatan yang diberikan, sepertifi pengurusan dana, caj perkhidmatan danpenyerahan. Fi pengurusan dana dikenakansecara tahunan dan dikira sebagai peratusandaripada nilai dana pelaburan. Caj perkhidmatanadalah bagi menampung kos pentadbiran takafulberkaitan pelaburan anda. Caj penyerahan akanhanya dikenakan jika pelan diserahkan sebelumtempoh matang tamat.

d) Alihan danaSekiranya anda merasakan bahawa anda telahtersalah dalam membuat pilihan atau anda inginmenukar profil portfolio pelaburan anda, andadibenarkan untuk menukar unit anda daripada satudana pelaburan kepada dana yang lain.

e) Nilai tunai terkumpulCaruman berkala takaful berkaitan pelaburanmungkin tidak mengumpul nilai tunai yangmencukupi pada peringkat awal sijil. Ini bermaknasekiranya sijil ditamatkan para peringkat awal,anda mungkin tidak akan mendapat balik sebarangnilai pelaburan.

Harga bida dan harga tawaran

Anda akan diberikan dua harga: harga tawaran untukunit jualan dan harga bida untuk pembelian balik, samaseperti unit amanah. Perbezaan antara harga tawarandan harga bida dipanggil “spread” bida/tawaran dan iabiasanya dinyatakan sebagai peratusan daripada hargatawaran, biasanya sekitar 5%.

Tempoh bertenang

Terdapat 15 hari tempoh membuat keputusan bagimembolehkan anda memikirkan sama ada mahumeneruskan dengan pelan takaful berkaitan pelaburanitu selepas anda menandatanganinya. Sekiranya andabercadang untuk membatalkan pelan dalam tempohtersebut, pengendali takaful akan memulangkan unitpelaburan dan caruman tabarru’ selepas ditolak fiperubatan dan kos pengunderaitan dalam penaksiranrisiko. Nilai unit berkaitan pelaburan yang dipulangkan

adalah berdasarkan harga seperti yang dinyatakandalam sijil.

Penyata tahunan

Anda seharusnya menerima sekurang-kurangnya satupenyata tahunan mengenai status takaful berkaitanpelaburan anda, yang menunjukkan semua urus niagaatau caj dalam tempoh tersebut.

Perkara yang perlu anda ingat

• Sebelum anda melaburkan wang dalam takafulberkaitan pelaburan, fikirkan tentang risiko yangsanggup anda ambil dan pastikan anda benar-benar memahami risiko yang terlibat dan bersediamembiarkan wang anda terikat untuk tempohtertentu.

• Anda boleh mendapatkan nasihat profesionaldaripada pengendali takaful atau ejen andamengenai risiko dan manfaat sesuatu pelan takafulberkaitan pelaburan.

• Baca dengan teliti semua maklumat yangdisediakan.

Bagaimana saya membuattuntutan?

Pengendali takaful akan membayar tuntutan kepadaanda atau penama anda, tertakluk kepada terma dansyarat takaful berkaitan pelaburan anda. Apabilamembuat tuntutan:• Maklumkan pengendali takaful anda dengan

segera.• Bagi tuntutan pelan takaful yang telah matang,

anda dikehendaki melampirkan sijil asal takafulberkaitan pelaburan. Anda akan menerima nilaiunit berkaitan pelaburan seperti yang dinyatakandalam sijil.

• Bagi tuntutan hilang upaya, anda dikehendakimelampirkan sijil asal takaful berkaitan pelaburandan laporan doktor.

• Bagi tuntutan kematian, penama anda dikehendakimelampirkan dokumen berikut: -> Sijil kematian yang disahkan;> Salinan kad pengenalan si mati;> Sijil asal takaful berkaitan pelaburan;> Bukti hubungan antara orang yang membuat

tuntutan dengan si mati; dan> Dokumen-dokumen lain seperti yang diminta

oleh pengendali takaful.

Sumber: infoinsurans

Page 9: Apa Yang Menyebabkan - bnm.gov.my

• 9

Terdapat beberapa salah anggap yang patut diketahuioleh pelabur unit amanah. Bacalah seterusnya untukmengetahui cerita sebenar di sebalik enam mitos biasadalam pelaburan unit amanah.

1. Masa paling baik untuk melaburialah ketika pengagihan dividen danbonus hampir hendak diumumkan.

Tidak benar: Jika ejen unit amanah menasihatkananda supaya melabur dalam unit amanah keranabayaran dividen dan bonus akan dibayar tidak berapalama lagi dan anda akan mendapat keuntungan segera,fikir baik-baik. Anda perlu mengetahui perkara yangterbabit dalam pengagihan bonus dan dividen unitamanah. Bonus akan meningkatkan jumlah unit dalamdana tersebut. Misalannya, pelaburan anda dalamsesuatu dana berharga RM1 satu unit dan andamelabur RM1,000 bagi 1,000 unit. Dana itukemudiannya memberikan bonus sebanyak satu unitbagi setiap satu unit yang anda miliki (bonus satu-untuk-satu). Selepas itu, anda memiliki 2,000 unit.Tetapi unit tambahan itu tidak menaikkan nilaipelaburan anda kepada RM2,000. Nilainya kekalRM1,000 kerana unit tambahan itu sebenarnyamengurangkan nilai unit anda daripada RM1 kepadaRM0.50 (RM1,000 dibahagi dengan 2,000 unit). Begitujuga, jika dana anda mengumumkan dividen sebanyak5% atau RM0.05, nilai unit anda akan berkurangandaripada RM1 kepada RM0.95 selepas dividendiagihkan. Dividen itu tidak akan menaikkan nilai unitanda kepada RM1.05. Jadi, melabur sebelum bayarandividen atau bonus diumumkan bukanlah cara untukmendapat keuntungan segera. Sentiasa berfikir jangkapanjang ketika melabur dalam unit amanah.

2. Sentiasa pilih dana yang dahulunyamemberikan anda pulangan tinggi.

Tidak benar: Prestasi lalu tidak menggambarkanprestasi masa akan datang. Pelabur tidak harus melihatkepada rekod prestasi lalu untuk meramalkan prospekakan datang. Kaji strategi pelaburan dan pengagihanaset dana tersebut untuk memantapkan keputusan

pelaburan anda. Pada umumnya, pengagihan asetmempunyai sumbangan penting kepada pulangankeseluruhan dana.

3. Semua dana unit amanah sama.

Tidak benar: Terdapat pelbagai dana dengan objektifpelaburan yang berbeza-beza. Setiap satu mempunyaiciri-ciri dan elemen risiko yang berbeza. Pelabur MESTImembaca prospektus dana untuk mempelajari danatersebut dan harus menimbangkan untuk memilih danayang sejajar dengan keperluan pelaburan dan profilrisiko mereka. Anda mungkin melabur dalam dana yangsalah jika anda fikir semua dana unit amanah sama.

4. Pulangannya hanyalah dividen.

Tidak benar: Pelabur boleh mengukur prestasipelaburan mereka dalam unit amanah melalui pelbagaicara. Ini lazimnya meliputi pengiraan untung modal(jumlah selepas harga jualan ditolak harga belian) ataujumlah pengagihan yang diterima daripada dana.Bagaimanapun, kaedah paling berkesan dalammengukur prestasi ialah dengan memasukkan kedua-duanya sekali. Pengukuran prestasi ini dipanggilpulangan keseluruhan kerana membabitkan semuasumber pendapatan iaitu dividen dan untung modal(atau rugi).

5. Unit amanah ialah akaun simpanandan bebas daripada risiko.

Tidak benar: Pelaburan dalam unit amanah tidak samadengan menyimpan wang anda dalam akaun simpanan.Jika anda melaburkan RM1,000, anda mestilahbersedia menerima hakikat bahawa ada kemungkinanakhirnya wang anda itu berkurangan daripada jumlahyang anda laburkan. Ini kerana pelaburan anda terdedahkepada risiko dan anda mungkin menanggung kerugiandisebabkan oleh risiko tersebut. Semua bentukpelaburan mempunyai tahap risikonya sendiri danpelabur mestilah bersedia untuk menerima risikotersebut.

Mitos TentangUnit Amanah

... bersambung ke muka 11

Page 10: Apa Yang Menyebabkan - bnm.gov.my

10 •

Pada 12 Disember 2012, Agensi Kaunseling danPengurusan Kredit (AKPK) telah melancarkan bukukomik ‘Pengurusan Wang’ dalam usahanya yangberterusan untuk meningkatkan lagi tahap pendidikankewangan untuk masyarakat awam. Buku komikpendidikan kewangan bertujuan menambat hatigolongan pembaca dewasa muda.

Penerbitan buku komik adalah melalui usahasamaAKPK dengan beberapa rakan strategik, iaituPermodalan Nasional Berhad (PNB), PerbadananInsurans Deposit Malaysia (PIDM), Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM), Suruhanjaya Sekuriti (SC),Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN), Bank Simpanan Nasional (BSN) danMalaysian Electronic Payment System Sdn Bhd(MEPS).

Puan Koid Swee Lian, Ketua Pegawai Eksekutif,AKPK, dalam ucapan perasmian menegaskan bahawakecelikan kewangan merupakan satu kemahiranterpenting sebagai asas pengurusan kewangan peribadiindividu yang akan menyumbang secara positif terhadappembangunan ekonomi keluarga dan negara. Namun,keupayaan kewangan pengguna-pengguna dewasamasih menjadi perhatian utama memandangkan ramailagi rakyat Malaysia yang masih tidak berupayamenguruskan kewangan mereka secara berhemat. Initerbukti apabila masih terdapat kes-kes pinjaman tidakberbayar dan kebankrapan.

AKPK MensasarPendidikan

Kewangan untukGolongan Muda

Menerusi Buku KomikPengurusan Wang (Old Master Q)

AKPK, yang telah ditubuhkan oleh Bank NegaraMalaysia sejak tahun 2006, telah memainkan perananpenting melalui program-program yang membentukmasyarakat kearah ’Mengamalkan PengurusanKewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup’ mereka.AKPK telah mewujudkan program-program pendidikankewangan bertujuan untuk meningkatkan pemahamanpengguna-pengguna supaya mereka lebih mengenaliproduk-produk dan perkhidmatan perbankan sertamenjadi peminjam yang bertanggungjawab. Semuaperkhidmatan AKPK adalah percuma.

Komik ‘Pengurusan Wang’ merupakan penerbitanterkini dalam rangkaian penerbitan buku pendidikankewangan AKPK. Buku terbitan AKPK yang lain terdiridari buku ‘POWER! – Pengurusan Wang Ringgit Anda’dan buku ‘Celik Wang – Pengurusan Wang SecaraBijak’. Kedua-dua buku ‘POWER!’ dan ‘Celik Wang’berdasarkan pengalaman dan kisah kehidupansebenar para pelanggan AKPK. Komik ‘PengurusanWang’ sebaliknya mengambil pendekatan mudahfaham untuk menarik minat pembaca-pembacaterutama golongan dewasa muda untuk memahamipendidikan kewangan secara lebih seronok dan mudah.

Komik yang baru dilancarkan ini sebahagian besarnyaberdasarkan dua watak utama dari komik ‘Old MasterQ’ iaitu ‘Old Master Q’ dan ‘Big Potato’. Siri-siri komikini telah mula diperkenal sejak tahun 1962 di HongKong dan setakat hari ini lebih 100 juta naskah komikini telah terjual di serata dunia.

Page 11: Apa Yang Menyebabkan - bnm.gov.my

• 11

6. Percaya kepada hanya satusyarikat pengurusan sahaja.

Tidak benar: Bukan semua dana daripadasyarikat pengurusan yang sama memberikanprestasi atau pulangan yang sama. Sesuatudana mungkin mempunyai objektif pelaburanyang berbeza-beza, oleh itu mempunyai elemenrisiko dan pendedahan yang berlainan.Bergantung kepada keadaan pasaran, setiapdana mempunyai prestasi masing-masing.

Artikel perancangan kewangan dan pelaburan inimerupakan salah satu usaha berterusan SIDC dalammelahirkan pelabur yang arif dan berpengetahuandalam pasaran modal. Selain itu, SIDC turutmeningkatkan tahap kesedaran mengenai pelaburanbijak dan pengurusan kewangan melalui seminar danbengkel pendidikan pelabur yang disasarkan untukpelbagai lapisan masyarakat, seperti pelajar sekolah,pelajar institusi pengajian tinggi, ibu bapa, wanita danpekerja kolar putih dan biru. Untuk maklumat lanjut,layari www.min.com.my, hubungi 03-62048889 ataulawati Facebook kami di www.facebook.com/BMWSIDC.

bersambung dari muka 9 ...

Sejajar dengan semangat 1Malaysia dan untukmemastikan komik ini boleh dibaca oleh kesemuagolongan rakyat Malaysia, komik kewangan ini jugaditerbitkan dalam empat (4) bahasa, iaitu BahasaMalaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil. Komik ini dijualpada harga runcit RM8 senaskah dan boleh didapatidi pejabat AKPK di seluruh negara dan juga dirangkaian kedai 7-Eleven, kedai buku terkenalKinokuniya, MPH, Popular dan sebagainya.

Komik ‘Pengurusan Wang’ yang mempunyai 80 mukasurat memaparkan komik-komik terpilih petikandaripada ‘Old Master Q’ berkaitan isu-isu kewangan,seperti tabiat berbelanja, jenis-jenis penipuankewangan, tabungan dan unsur kewangan yang lain.Buku ini juga mengandungi unsur-unsur maklumatberguna mengenai pengurusan kewangan peribadi.

Sumber: Agensi Kaunselling Dan Pengurusan Kredit

Sejak awal penubuhannya dalam tahun 2006, AKPK telahmenyediakan ruang yang membolehkan pengguna-penggunamendapatkan bimbingan pengurusan kewangan mereka secarapercuma. AKPK menyediakan perkhidmatan-perkhidmatanutama seperti pendidikan kewangan, kaunseling kredit danpengurusan hutang kredit. Semenjak penubuhannya sehinggaOktober 2012, AKPK telah berjaya membantu 83,331 pelanggan-pelanggan bermasalah kewangan di bawah programpengurusan kredit.

Page 12: Apa Yang Menyebabkan - bnm.gov.my

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] sesawang : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] sesawang : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] sesawang : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] sesawang : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected]