hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan motivasi guru ... hafiz bin... · nama penyelia tarikh...

33
HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU DI SEKOLAH RENDAH ZON BANDAR MUAR, JOHOR MOHD HAFIZ BIN MOHAMED YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lenga

Post on 07-Feb-2018

270 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU DI SEKOLAH RENDAH ZON BANDAR MUAR, JOHOR

MOHD HAFIZ BIN MOHAMED YUSOF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

iii

30 MEI 2013 30 MEI 2013

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISּט

JUDUL : HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU DI SEKOLAH RENDAH ZON BANDAR MUAR, JOHOR.

SESI PENGAJIAN : 2011/2013

Saya MOHD HAFIZ BIN MOHAMED YUSOF No. Matriks MP111264 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

/ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:

PM DR YUSOF BIN BOON ……………………………………………. Nama Penyelia Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara ּט penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

NO 9 JALAN UTAMA 2, TAMAN UTAMA DUA,

PARIT AMAL, JALAN ABDUL RAHMAN,

84000 MUAR JOHOR.

Page 3: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

iv

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan ijazah Sarjana Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan”

Tandatangan : ....................................................

Nama Penyelia: PROF MADYA DR. YUSOF BIN BOON

Tarikh : ....................................................

Page 4: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU DI SEKOLAH RENDAH ZON BANDAR MUAR, JOHOR

MOHD HAFIZ BIN MOHAMED YUSOF

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan

( Pengurusan dan Pentadbiran )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OGOS, 2013

Page 5: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ....................................................

Nama Penuh : MOHD HAFIZ BIN MOHAMED YUSOF

Tarikh : 20 OGOS 2013

Page 6: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

iii

DEDIKASI

Hj. Mohamed Yusof Bin Jaffar dan Saniah Binti Mian

serta

Hj Jasni bin Hj Nawi dan Hjh Aini binti Che Isa

Terima kasih atas doa dan sokongan sepanjang pengajian ini.

Isteri yang dicintai dan disayangi

'Ayunni binti Hj Jasni

Semoga segala sokongan dan dorongan yang diberi diberkati Allah.

Adik-beradik yang dikasihi

Md. Hussien, Yuhana, Norlinda, M. Faizal dan Norhaliza

Terima kasih atas doa dan pertolongan bagi menjayakan kajian ini.

Semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

Terima kasih atas segalanya

Page 7: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

iv

PENGHARGAAN Alhamdulillah dan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat

dan berkat daripada-Nya, saya dapat menyiapkan laporan akhir projek sarjana ini

dalam tempoh masa yang ditetapkan. Saya mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia projek sarjana saya iaitu Prof.

Madya Dr. Yusof Bin Boon di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan

selama dua semester yang telah berlalu. Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan

kepada semua pensyarah MPA Pengurusan dan Pentadbiran Pesisir Muar yang telah

banyak mencurahkan ilmu sepanjang pengajian saya untuk menghabiskan pengajian

ini.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua pengetua serta guru-

guru yang terlibat secara langsung sebagai responden yang sangat-sangat membantu

dalam menjayakan kajian ini. Kerjasama yang diberikan sepanjang kajian ini

dilakukan adalah amat dihargai. Turut dihargai Pejabat Pelajaran Daerah Muar,

Jabatan Pelajaran Negeri Johor serta Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah

membenarkan saya untuk melaksanakan kajian ini.

Akhir kalam, saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua

yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kejayaan untuk

menyiapkan laporan akhir projek sarjana ini terutamanya buat ibu, ayah dan ibu

mertua, isteri serta ahli keluarga yang banyak memberikan sokongan moral untuk

tabah menghadapi segala cabaran sepanjang tempoh Pengajian Sarjana Pendidikan

ini. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas kalian semua. Terima

kasih atas segalanya.

WALLAHU TA'ALA A'LAM

Page 8: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

v

ABSTRAK Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengkaji tentang gaya kepimpinan

guru besar dan tahap motivasi guru-guru di Sekolah Rendah Zon Bandar Muar, Johor.

Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan gaya kepimpinan

dengan tahap motivasi berdasarkan demografi jantina dan etnik serta melihat

hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan tahap motivasi guru. Kajian berbentuk

kualitatif ini dijalankan ke atas 179 orang guru yang telah dipilih secara rawak.

Kajian ini melibatkan pengumpulan data menggunakan soal selidik. Instrumen yang

digunakan bagi mendapatkan pandangan guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru

besar adalah menggunakan soalan soal selidik Leader Behavior Description

Questionnaire (LBDQ) yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian bahasa. Soal

selidik tersebut menggunakan dimensi tugas yang berstruktur dan dimensi timbang

rasa yang diamalkan oleh guru besar. Dengan menggunakan SPSS Versi 20, analisis

dapatan kajian dijalankan. Datapan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang

signifikan antara gaya kepimpinan guru besar dengan tahap motivasi guru di Sekolah

Rendah Zon Bandar Muar, Johor dengan nilai korelasi r = 0.177 (p>0.05). Walaupun

begitu, hubungan kedua-dua pemboleh ubat ini berada pada aras kekuatan pekali

korelasi yang sangat lemah.

Page 9: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

vi

ABSTRACT

This study was conducted in order to study the leadership style of the headmaster

and the stages motivation of teachers in the Primary School of the District Muar,

Johor. In addition the aim of this study is to look at the differences of leadership style

towards the motivation stage based on sex and ethnic as well as the relationship of

the leadership style towards the stage of teacher motivation. This qualitative study

was conducted among 179 teachers who have been selected using random sampling.

The instrument used to obtain the views of teachers on the leadership style of the

teacher is using the questionnaire of the Leader Behavior Description Questionnaire

(LBDQ) which has been customized to follow the suitability. The questionnaire is

using the structured task dimensions and consideration dimension that practiced by a

headmaster. By using SPSS version 20, income analysis study carried. The result of

study showed that there is a significant relationship between the leadership styles of

the teachers with the motivation stage teacher in the Primary School of the District

Muar, Johor with a correlation value of r = 0.177 (p>0.05). Even so, both the

relationship of the variables has a very weak stage of correlation.

Page 10: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB

PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL viii

SENARAI RAJAH ix

SENARAI SINGKATAN PERKATAAN x

SENARAI SIMBOL xi

LAMPIRAN xii

BAB 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 3

1.3 Pernyataan masalah kajian 4

Page 11: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

viii

1.4 Objektif kajian 5

1.5 Persoalan kajian 5

1.6 Kerangka teori / model 6

1.6.1 Kajian Ohio 6

1.6.2 Teori Motivasi A. Maslow 7

1.7 Kerangka kajian 9

1.8 Kepentingan kajian 9

1.9 Batasan kajian 10

Prosedur kajian 11

Definisi Istilah dan operasional 12

Kesimpulan 14

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Teori dan model 15

2.2.1 Teori gaya kepimpinan 15

2.2.2 Teori motivasi 20

2.3 Kajian terdahulu 22

2.4 Kesimpulan 24

Page 12: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

ix

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Rekabentuk kajian 27

3.3 Lokasi kajian 27

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 28

3.5 Instrumen kajian 29

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 31

3.7 Analisis data 32

3.8 Kajian rintis 33

3.9 Kesimpulan 33

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 35

4.2 Profil Responden 36

4.3 Analisis dapatan kajian 37

4.3.1 Dapatan persoalan kajian 1 37

4.3.2 Dapatan persoalan kajian 2 41

4.3.3 Dapatan persoalan kajian 3 43

4.3.4 Dapatan persoalan kajian 4 45

4.3.5 Dapatan persoalan kajian 5 47

4.4 Kesimpulan

48

Page 13: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

x

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 49

5.2 Rumusan kajian 49

5.3 Perbincangan dapatan kajian 51

5.3.1 Perbincangan dapatan persoalan 1 51

5.3.2 Perbincangan dapatan persoalan 2 53

5.3.3 Perbincangan dapatan persoalan 3 54

5.3.4 Perbincangan dapatan persoalan 4 56

5.3.5 Perbincangan dapatan persoalan 5 57

5.4 Implikasi dapatan kajian 58

5.4.1 Implikasi kepada guru besar 58

5.4.2 Implikasi kepada guru-guru 60

5.4.3 Implikasi kepada institusi sekolah 60

5.5 Cadangan tindakan 61

5.6 Cadangan kajian lanjutan 61

5.7 Kesimpulan 62

5.8 RUJUKAN 63

5.9 LAMPIRAN

Page 14: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

xi

Page 15: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

xii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Bilangan populasi dan sampel mengikut kategori sekolah zon

Bandar Muar

27

3.2 Kekuatan nilai pekali korelasi 32

4.1 Profil responden 35

4.2 Analisis kepimpinan dimensi timbang rasa 37

4.3 Analisis kepimpinan dimensi struktur tugas 39

4.4 Analisis gaya kepimpinan guru besar sekolah rendah zon

Bandar Muar

40

4.5 Analisis tahap motivasi 41

4.6 Perbezaan gaya kepimpinan guru besar berdasarkan jantina. 43

4.7 Perbezaan gaya kepimpinan guru besar berdasarkan etnik. 43

4.8 Analisis tahap motivasi guru dan jantina. 44

4.9 Perbezaan tahap motivasi guru berdasarkan etnik. 45

4.10 Analisis korelasi hubungan gaya kepimpinan guru besar dan

tahap motivasi guru sekolah rendah zon Bandar Muar, Johor

46

Page 16: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

xiii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Teori Hierarki keperluan Maslow 7

1.2 Kerangka Kajian 9

Page 17: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

xiv

SENARAI SINGKATAN

ANOVA Analisis Varian

LBDQ Leader Behavior Description Questionnaire

EPRD Unit Perancangan dan Penyelidikan

Pendidikan

SPSS Statistical Package for the Social Sciences

QMAT Instrumen A Questionnaire Measure of

Individual Differences in Achieving Tendency

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

SK Sekolah Kebangsaan

SJKC Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

SJKT Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Sg Signifikan

Page 18: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

1

SENARAI SIMBOL

α Alpha Cronbach

f Frekuensi

% Peratus

df Degree Of Freedom

N Bilangan

Page 19: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

2

LAMPIRAN

Lampiran 1 Soal Selidik

Lampiran 2 Surat Permohonan EPRD

Lampiran 3 Surat Permohonan Jabatan Pelajaran Johor

Lampiran 4 Surat Permohonan Pejabat Pelajaran Daerah Muar

Lampiran 5 Analisis Realibiliti Kajian Rintis

Lampiran 6 Analisis Kajian Sebenar

Page 20: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

3

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Gaya kepimpinan seseorang guru besar di sesebuah sekolah adalah berbeza

bergantung kepada individu guru besar itu sendiri. Setiap guru besar mempunyai cara

tersendiri dalam usaha mentadbir sesebuah sekolah bagi mencapai misi dan visi sekolah

yang telah ditetapkan. Usaha untuk merealisasikan sesebuah sekolah berkesan

memerlukan seorang guru besar yang mampu untuk mentadbir sekolah dengan berkesan.

Pengetua berkesan mementingkan profesionalisme dan menekankan hubungan manusia

yang baik (Yahya Don et al, 2007). Oleh yang demikian, guru besar sesebuah sekolah

perlu mempunyai ciri-ciri profesionalisme yang baik dan mempunyai jalinan hubungan

yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah.

Kepimpinan boleh didefinisikan sebagai proses mempengaruhi kegiatan kumpulan

ke arah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancangkan (Abu Bakar dan Ikhsan, 2003).

Oleh yang demikian, sebagai seorang guru besar yang mentadbir sesebuah sekolah perlu

mempunyai cara dan pendekatan tersendiri untuk mendapatkan kepercayaan dan

kerjasama daripada subordinat untuk mencapai misi dan visi sekolah. Menurut Koontz

dan O’Donnel, 1972, di dalam Zaidatol Akmaliah, (1990), menyatakan kepimpinan boleh

didefinisikan sebagai kemahiran untuk mempengaruhi kakitangan menyelesaikan tugas

masing-masing dengan penuh minat dan keyakinan.

Cara dan pendekatan yang diambil oleh seseorang guru besar dalam mentadbir

sesebuah sekolah itu menerbitkan suatu gaya kepimpinan yang tersendiri yang mampu

Page 21: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

4

membawa kepada kejayaan sesebuah sekolah mencapai matlamat dan mencapai kejayaan

dalam pelbagai bidang. Sehubungan dengan itu kajian perlu dijalankan terhadap gaya

kepimpinan guru besar serta melihat tahap motivasi guru-guru di bawah pimpinannya.

Guru besar ialah penjawat awam yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin

sekolah supaya berfungsi dengan lebih teratur dan berkesan (Lokman dan Mohd Anuar,

2011). Oleh yang demikian, guru besar mempunyai tanggungjawab yang besar dalam

mentadbir sesebuah sekolah. Beliau juga merupakan nadi utama dalam mencorak suasana

dan senario sesebuah sekolah tersebut. Kejayaan dan kepincangan sesebuah institusi

pembelajaran ini bergantung kepada ketuanya iaitu guru besar.

Hal ini kerana tingkah laku harian guru besar akan mempengaruhi prestasi

pekerjanya (Zaidatol Akmaliah, 1990). Di samping menjadi ketua dalam sesebuah

sekolah, beliau juga merupakan role model kepada guru-guru pimpinannya. Setiap

perilaku guru besar akan dicontohi dan dinilai oleh guru-guru lain. Sekiranya guru besar

hadir awal ke sekolah, guru-gurunya pasti turut sama akan hadir awal ke sekolah dan

begitu juga sebaliknya.

Menurut Snell, 1999 dalam Gan Pei Ling (2008) menyatakan kepimpinan yang

berkesan ialah kepimpinan yang dapat memotivasikan subordinat untuk berusaha

mencapai sesuatu matlamat. Oleh yang demikian, gaya kepimpinan seseorang guru besar

mempunyai hubungannya dengan motivasi guru.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kepimpinan yang dinamik dan efektif merupakan elemen yang paling penting

dalam memastikan kejayaan sesebuah organisasi (Jaafar, 1997). Pemimpin yang dapat

mengurus dan memimpin oraganisasinya dengan baik akan dapat meningkatkan

pencapaian organisasinya. Namun begitu, untuk melahirkan seorang pemimpin yang

Page 22: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

5

mampu memberi sentuhan yang positif terhadap organisasinya bukanlah satu perkara

yang mudah. Hal ini kerana menurut Jaafar Muhamad (1997) lagi, kepimpinan adalah

aktiviti mempengaruhi individu pengikut untuk berusaha secara sukarela untuk mencapai

misi dan visi organisasi tersebut. Justeru itu, peranan seorang pemimpin untuk mengajak

pengikutnya sama-sama berusaha ke arah mencapai satu matlamat yang sama bukanlah

suatu perkara yang mudah jika pemimpin tersebut tidak efektif dan dinamik.

Secara umumnya, terdapat banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengkaji

dan meninjau gaya kepimpinan guru besar atau pengetua yang dijalankan oleh penyelidik

serta hubungannya dengan kepuasan kerja dan motivasi guru-guru yang di pimpin.

Dapatan kajian oleh penyelidik tersebut memerlukan kajian lanjutan agar sampel yang di

pilih adalah mewakili populasi. Kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian perlu diuji

dengan kajian-kajian lanjutan. Sejauh mana stail kepimpinan guru besar dapat

mempengaruhi tahap motivasi guru-gurunya dalam pembangunan organisasi sesebuah

sekolah tersebut? Antara kajian yang telah dijalankan adalah melihat gaya kepimpinan

guru besar wanita dan hubungannya dengan komitmen guru di sekolah.

Faktor demografi yang biasanya di beri tumpuan oleh penyelidik adalah faktor

jantina iaitu pemimpin lelaki dan pemimpin wanita, faktor lokasi institusi sekolah seperti

sekolah bandar dan luar bandar, faktor bangsa atau etnik seperti melayu, cina, india dan

ada lagi faktor-faktor demografi lain yang boleh diambil kira. Rentetan dari itu memberi

dorongan menjalankan satu lagi kajian yang telah meninjau hubungan gaya kepimpinan

guru besar dengan motivasi guru di sekolah rendah Zon Bandar Muar, Johor iaitu sekolah-

sekolah rendah yang berada di kawasan bandar. Sekolah rendah Zon Bandar Muar terdiri

daripada sekolah kebangsaan, sekolah rendah jenis kebangsaan cina dan sekolah rendah

jenis kebangsaan tamil.

1.3 Pernyataan Masalah

Pemimpin memainkan peranan yang paling penting dalam memastikan sesebuah

organisasi itu di tahap yang baik atau sebaliknya. Begitu juga di sekolah, guru besar atau

pengetua adalah individu yang paling penting peranannya dalam memastikan kejayaan

Page 23: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

6

organisasi sekolah. Seseorang pemimpin yang ingin membawa organisasi sekolah ke arah

pencapaian yang baik, pemimpin tersebut seharusnya berwibawa. Pemimpin berwibawa

ialah pemimpin yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam aspek pengurusan sekolah.

Pengetahuan dalam aspek pengurusan sekolah ini adalah merangkumi pengetahuan

pengurusan pejabat, pengurusan kurikulum dan kokurikulum, pembangunan staf, motivasi

kepada guru-guru, para pelajar dan kaki tangan sekolah, hubungan dengan luar sekolah

serta berusaha meningkatkan prestasi sekolah (Roshidah, 2003). Hal ini menegaskan

bahawa seseorang individu yang bergelar pemimpin yang berwibawa menjadi kunci

utama dalam memastikan kejayaan sesebuah organisasi.

Pelbagai amalan gaya kepimpinan yang dilaksanakan di sesebuah sekolah, ini

termasuklah gaya kepimpinan demokrasi, birokrasi dan laissez-faire. Namun begitu, apa

jua gaya kepimpinan yang dilaksanakan oleh seseorang pemimpin, tujuannya tidak lain

dan tidak bukan adalah untuk mempengaruhi subordinat mengikuti arahan selari

dengannya.

Pemimpin yang berkesan juga berperanan sebagai motivator kepada subordinatnya

(Gan Pei Ling, 2008). Keberkesanan kepimpinan seorang pemimpin akan dapat

memotivasikan pengikutnya untuk mencapai matlamat. hal ini menunjukkan perkaitan

antara gaya kepimpinan seseorang pemimpin mempengaruhi tahap motivasi pengikutnya.

Namun begitu, sejauh manakah tahap motivasi guru dipengaruhi oleh tingkah laku gaya

kepimpinan guru besar?

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan antara

gaya kepimpinan guru besar dengan motivasi guru. Secara khususnya objektif kajian ini

adalah untuk :

i. Mengenal pasti gaya kepimpinan guru besar sekolah rendah Zon Bandar Muar,

Johor.

ii. Mengenalpasti tahap motivasi guru sekolah rendah Zon Bandar Muar, Johor.

iii. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan gaya kepimpinan guru besar sekolah

rendah Zon Bandar Muar, Johor berdasarkan demografi (jantina dan etnik).

Page 24: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

7

iv. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap motivasi guru sekolah rendah

Zon Bandar Muar, Johor berdasarkan demografi (jantina dan etnik).

v. Mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan

guru besar dengan tahap motivasi guru di sekolah rendah Zon Bandar Muar, Johor.

1.5 Persoalan Kajian

i. Apakah gaya kepimpinan guru besar sekolah rendah Zon Bandar Muar, Johor?

ii. Apakah tahap motivasi guru sekolah rendah Zon Bandar Muar, Johor?

iii. Adakah terdapat perbezaan gaya kepimpinan guru besar sekolah rendah Zon

Bandar Muar, Johor berdasarkan demografi (jantina dan etnik)?

iv. Adakah terdapat perbezaan tahap motivasi guru sekolah rendah Zon Bandar

Muar, Johor berdasarkan demografi (jantina dan etnik)?

v. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan guru besar

dengan tahap motivasi guru di sekolah rendah Zon Bandar Muar, Johor.?

1.6 Kerangka Teori / Model

1.6.1 Kajian Ohio

Pada permulaan 1940-an hingga 1950-an terdapat satu kumpulan penyelidik yang

membuat kajian berkaitan dengan keberkesanan kepimpinan dalam sektor industri dan

pendidikan. Kajian tersebut dijalankan di Ohio, Amerika Syarikat. Kajian mereka

tertumpu kepada keberkesanan dan kecekapam kumpulan kerja. Melalui kajian yang

Page 25: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

8

5

dijalankan terdapat dua jenis tingkah laku pemimpin yang diamalkan iaitu bertimbang

rasa dan mementingkan tugas yang berstruktur. Menurut kajian tersebut, bertimbang rasa

merujuk kepada tingkah laku yang menyatakan sejauh mana pemimpin mempunyai

hubungan mesra dengan kakitangan (Zaidatol Akmaliah, 1990).

Tingkah laku pemimpin yang bertimbang rasa melalui kajian tersebut kepada

sikap pemimpin yang yakin terhadap kebolehan pekerjanya dengan menghormati

pandangan pekerjanya, mendengar idea, memberi perhatian serta mengambil kira

perasaan pekerja dalam setiap tindakan yang diambil. Oleh yang demikian, sikap yang

diamalkan oleh pemimpin ini dapat mendatangkan kepuasan kerja terutamanya apabila

wujudnya komunikasi dua hala antara pemimpin dan pekerja.

Manakala mementingkan tugas yang berstruktur merujuk kepada tingkah laku

yang menyatakan sejauh mana pemimpin mendefinisikan peranannya dalam menentukan

struktur terhadap tugasnya. (Zaidatol Akmaliah, 1990). Dalam hal ini pemimpin yang

mengamalkan tingkah laku tugas yang berstruktur merupakan seorang yang akan

menstrukturkan tanggungjawab serta tugas pekerjanya. Pemimpin jenis ini akan

menyediakan jadual tugasan yang perlu dipatuhi oleh setiap pekerja serta melaksanakan

idea-idea yang baru dalam pelaksanaan tugas untuk menghasilkan kepuasan dari segi hasil

pengeluaran organisasinya.

Namun begitu, menurut kajian Ohio juga, seorang pemimpin yang berkesan

perlulah mempunyai kedua-dua tingkah laku tersebut iaitu pemimpin yang mengambil

kira kebajikan pekerja dan juga mempunyai kebolehan merancang, mengelola dan

mengawasi perjalanan sesuatu institusi (Zaidatol Akmaliah, 1990). Gabungan tingkah

laku tersebut menghasilkan keseimbangan dalam melaksanakan tugas sebagai seorang

pemimpin yang bukan hanya mementingkan kepuasan kerja dikalangan pekerjanya namun

ia turut menghasilkan pengeluaran yang memuaskan.

1.6.2 Teori Motivasi

Terdapat pelbagai teori motivasi yang telah dikemukakan oleh penyelidik-

penyeldik terdahulu. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan Teori Hierarki Keperluan

Page 26: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

9

1

2

4

3

4

A. H. Maslow. Dalam teori ini Maslow menyusun keperluan manusia mengikut peringkat

seperti dalam gambar rajah di bawah:

Rajah 1.1 Teori Hierarki keperluan Maslow

( Zaidatol Akmaliah, 1990)

Merujuk kepada rajah di atas keperluan manusia itu dipenuhi secara berperingkat.

Keperluan asas manusia pada peringkat 1 dan 2 merupakan keperluan aras terbawah yang

perlu dipenuhi. Peringkat 1 adalah keperluan fisiologi yang merupakan keperluan-

keperluan asas yang diperlukan untuk terus hidup seperti makanan, minuman, pakaian,

rehat serta tidur. Manakala peringkat 2 adalah keperluan keselamatan yang merujuk

kepada keperluan manusia supaya dilindungi daripada ancaman bahaya persekitaran.

Sebagai seorang pekerja manusia memerlukan jaminan dalam pekerjaannya seperti

jaminan pengesahan jawatan oleh majikan, layanan yang adil daripada majikan serta

jaminan gaji yang sesuai dengan kerja dan keperluan harian.

Peringkat 3 dalam teori hierarki keperluan Maslow sudah memasuki fasa

keperluan aras tertinggi. Peringkat 2 merujuk kepada keperluan sosial. Dalam peringkat

ini manusia memerlukan peluang untuk berinteraksi dalam masyarakat. manusia

memerlukan rakan untuk berkomunikasi serta bersosial. Peringkat 4 merupakan peringkat

kebanggaan diri. Pada peringkat ini manusia memerlukan kehormatan diri. Seorang

majikan itu perlu memahami keperluan manusia yang inginkan pengiktirafan dalam

pekerjaannya. Majikan boleh memenuhi keperluan manusia ini dengan memberi kata-kata

pujian, penghargaan melalui anugerah yang setimpal dengan prestasi pekerja serta

menerima kenaikan pangkat dan sebagainya.

Peringkat 4 merupakan peringkat terakhir iaitu keagungan diri.peringkat ini

merupakan aras yang paling tinggi dalam keperluan manusia. Manusia menyedari potensi

Fisiologi

Keselamatan

Keperluan Sosial

Kebanggaan Diri

Keagungan Diri

Keperluan Aras Terbawah Keperluan Aras Tertinggi

Page 27: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

10

diri mereka dan mereka mahu menjadi seorang yang sempurna dalam semua aspek yang

dilakukan. Manusia mempunyai kemahuan untuk mendapatkan segala kesempurnaan

dalam hidupnya.

Oleh yang demikian, keperluan manusia adalah berubah-ubah dan keperluan

tersebut berubah seiring dengan perubahan individu dan organisasi. Sehubungan dengan

itu, sebagai seorang majikan atau pemimpin, mereka seharusnya peka dan sensitif dengan

setiap perubahan keperluan pekerja-pekerjanya bagi memastikan hasil pengeluaran

organisasinya pada tahap yang sentiasa baik.

1.7 Kerangka Kajian

Kerangka kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah merujuk kepada gambar

rajah di bawah:

Rajah 1.2 Kerangka Kajian

Berdasarkan kerangka kajian di atas menunjukkan dua elemen gaya kepimpinan

yang digunakan serta perkaitan dengan motivasi guru. Tingkah laku bertimbang rasa dan

Gaya

Kepimpinan

Guru Besar

� Tingkahlaku

bertimbang

rasa

� tingkahlaku

mementingkan

tugas yang

berstruktur

Guru

Demografi

� Jantina

� Etnik

Motivasi

Guru

Page 28: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

11

tingkah laku mementingkan tugas yang berstruktur memberi kesan terhadap tahap

motivasi guru.

1.8 Kepentingan Kajian

Setelah kajian ini dilakukan, dapatan kajian ini kelak akan dapat mengukuhkan

lagi hasil kajian dari kajian-kajian yang lepas tentang gaya kepimpinan guru besar dan

tahap motivasi guru. Selain dari itu, kajian ini juga dapat memberi maklumat mengenai

gaya kepimpinan guru besar di sekolah rendah Zon Bandar Muar, Johor dan tahap

motivasi guru terhadap amalan gaya kepimpinan guru besar di sekolah rendah Zon Bandar

Muar, Johor .

Sehubungan dengan itu, golongan ketua jabatan terutamanya guru-guru besar di

sekolah rendah Zon Bandar Muar, Johor telah dapat mengetahui gaya kepimpinan mereka

seterusnya membantu mereka untuk menilai dan membuat penambahbaikan terhadap

amalan gaya kepimpinan mereka kearah pembangunan sekolah dan peningkatan motivasi

subordinatnya.

Di samping itu juga, dapatan kajian ini dapat membantu pihak Jabatan Pelajaran

Negeri Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Muar untuk merangka program dan kursus

untuk guru-guru besar meningkatkan lagi tahap profesionalisme guru besar. Pihak yang

berkaitan juga boleh mengadakan bengkel-bengkel yang seumpamanya untuk tujuan

perkongsian ilmu bagi menerapkan bentuk dan gaya kepimpinan yang sesuai supaya guru-

guru pimpinannya berada di tahap motivasi yang baik dan seterusnya dapat meningkatkan

kecemerlangan pencapaian sekolah.

1.9 Batasan Kajian

Page 29: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

12

Skop kajian ini adalah menjurus kepada guru-guru di sekolah rendah Zon Bandar

Muar, Johor yang berhubung kait dengan gaya kepimpinan guru besar di sekolah mereka.

Dapatan kajian ini adalah sampel dari sekolah rendah Zon Bandar Muar, Johor.

Pemilihan sampel adalah dipilih secara rawak. Responden yang menjawab soal selidik

yang dikemukakan dan penilaian mereka mengikut situasi tempat kerja masing-masing.

Kesahan dan kebolehpercayaan sangat bergantung kepada keikhlasan dan kejujuran

responden.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini juga adalah berbentuk kuantitatif iaitu

borang soal selidik. Kajian ini menjangkakan beberapa isu dan membangunkan item bagi

melihat aspek yang ingin dikaji dan bagi memenuhi objektif yang digariskan. Responden

telah memilih skala berdasarkan item yang telah dinyatakan dalam set soal selidik.

Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999), kaedah kuantitatif iaitu sampel diberikan

alat untuk diisikan maklumat dan kemudian maklumat tersebut diproses mengikut kaedah

analisis menggunakan aplikasi SPSS Versi 20. Perbezaan gaya kepimpinan guru besar di

sekolah rendah Zon Bandar Muar, Johor dilihat dari 2 aspek perbezaan demografi iaitu

perbezaan jantina dan perbezaan kaum.

1.10 Prosedur Kajian

Pada peringkat permulaan, penyelidik menyediakan set kertas cadangan sebelum

memohon kebenaran menjalankan kajian dari Unit Perancangan dan Penyelidikan

Pendidikan (EPRD), Kementrian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Selepas itu, penyelidik akan menghantar surat rasmi kepada ketua jabatan bagi sekolah-

sekolah rendah Zon Bandar Muar. Seterusnya penyelidik menyediakan satu set soalan

soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A adalah mengenai latar

belakang responden, manakala bahagian B pula adalah soal selidik mengenai gaya

kepimpinan guru besar dan bahagian C adalah soal selidik mengenai tahap motivasi guru

terhadap amalan gaya kepimpinan guru besar.

Page 30: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

13

Sebelum melaksanakan kajian, penyelidik perlu melaksanakan kajian rintis bagi

menguji tahap kebolehpercayaan set soalan soal selidik yang di bina. Kajian rintis ini

dijalankan bersama 30 orang guru di salah sebuah Sekolah Kebangsaan Daerah Ledang.

Kajian rintis dilakukan di salah sebuah sekolah di Daerah Ledang kerana sekolah tersebut

terletak di luar kawasan Bandar Muar kerana Zon Bandar Muar telah dipilih sebagai

lokasi kajian. Sekolah tersebut mempunyai ciri populasi yang sama dan faktor demografi

yang tidak jauh perbezaannya dengan populasi sebenar kajian. Manakala kesahan alat

ukur disemak oleh pensyarah dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Pengedaran borang soal selidik di hantar ke sekolah-sekolah yang terpilih melalui

Pejabat Pelajaran Daerah Muar. Sebanyak 12 set soal selidik diagihkan kepada setiap

sekolah dan diisi oleh guru. Setiap sekolah diberi tempoh 10 hari bekerja untuk

memulangkan semula set soal selidik ke Pejabat Pelajaran Daerah Muar. Kemudian,

maklumbalas set soal selidik diperoleh apabila responden memulangkan set soal selidik

tersebut kepada Pejabat Pelajaran Daerah Muar. Seterusnya data-data yang diperolehi

dari borang soal selidik dimasukkan ke dalam Statistical Package for the Social Sciences

(SPSS) (versi 20 for windows) untuk dianalisis dan seterusnya proses menulis laporan

akhir.

1.11 Definisi Istilah dan Operasional

1.11.1 Hubungan

Hubungan didefinisikan sebagai sambungan atau rangkaian (Hajjah Noresah,

1994). Dalam erti kata lain, hubungan adalah perkaitan antara dua perkara. Di dalam

penyelidikan, hubungan boleh didefinisikan sebagai perkaitan antara dua pembolehubah.

Dalam kajian ini, hubungan boleh didifenisikan sebagai rangkaian atau perkaitan

antara dua pernyataan atau pemboleh ubah.

Page 31: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

14

1.11.2 Gaya Kepimpinan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), gaya ialah sikap, kesukaan,

ketaksukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang. Manakala kepimpinan

adalah dari perkataan dasar iaitu pimpin yang membawa maksud bimbing, pandu, tuntun

dan tunjuk. Kepimpinan pula bermaksud keupayaan memimpin. Gaya kepimpinan

didefinisikan sebagai keupayaan seseorang guru besar mempengaruhi para guru untuk

mencapai matlamat dan visi sekolah (Gan Pei Ling, 2008).

Dalam kajian ini, gaya kepimpinan boleh diertikan sebagai sikap atau tingkah laku

sesorang pemimpin dalam memimpin sesebuah organisasi yang dapat mempengaruhi

subordinatnya untuk bersama-sama mencapai matlamat organisasi.

1.11.3 Guru Besar

Guru Besar didefinisikan sebagai guru yang mengetuai sesuatu organisasi sekolah

(Hajjah Noresah, 1994). Menurut Gan Pei Ling (2008), guru besar ialah seorang individu

yang dilantik secara rasmi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetuai

organisasi sekolah rendah dan dipertanggungjawabkan untuk mengurus, mentadbir dan

memimpin sekolah.

Dalam kajian ini, guru besar merupakan ketua dalam sesebuah organisasi sekolah.

Beliau merupakan pemimpin yang mengurus dan mentadbir sekolah berlandaskan

tanggungjawab dan mandat yang telah diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.11.4 Sekolah Rendah Zon Bandar

Page 32: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

15

Sekolah Rendah Zon Bandar adalah institusi pembelajaran yang terletak di

kawasan bandar. Menurut Mohd Nor (2004), kawasan bandar mempunyai ciri tertentu

antaranya ialah kepadatan penduduk melebihi 10,000 orang dan 75 peratus daripada

tenaga kerjanya adalah terlibat dalam pekerjaan berbanding di kawasan kampung yang

majoriti adalah terlibat dengan pertanian.

Sekolah Rendah Zon Bandar didefinisikan dalam kajian ini sebagai sekolah

kebangsaan dan sekolah rendah jenis kebangsaaan yang terletak di dalam lingungan

kawasan bandar.

1.11.5 Motivasi Guru

Motivasi adalah merujuk kepada keinginan dan semangat yang kuat pada diri

seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan

untuk mencapai kejayaan (Hajjah Noresah, 1994). Hal ini disokong oleh Gan Pei Ling

(2008) yang menyatakan motivasi ialah daya yang menggerakkan dan mengekalkan usaha

seseorang untuk menunjukkan prestasi kerja yang tinggi untuk mencapai objektif. Dalam

pada itu, Zaidatol (1990) turut menyatakan motivasi ialah penggerak dan pendorong untuk

sesuatu tingkah laku supaya menjadi bertenaga dan bertujuan.

Dalam kajian ini, motivasi guru didefinisikan sebagai semangat dalaman guru-

guru dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pendidik di sekolah.

1.12 Kesimpulan

Di dalam bab ini penyelidik telah menyatakan tentang latar belakang masalah,

pernyataan masalah, objektif kajian ini dilakukan serta persoalan kajian. Di samping itu

juga, turut dinyatakan dalam bab ini ialah kerangka teori dan juga kerangka kajian

berdasarkan Teori Kepimpinan Ohio dan Teori Motivasi Maslow. Penyelidik juga turut

Page 33: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN MOTIVASI GURU ... Hafiz Bin... · Nama Penyelia Tarikh ... yang baik dengan semua guru dan kakitangan di sekolah. ... 2011). Oleh yang demikian,

16

menyatakan kepentingan mengapa kajian ini dilakukan serta batasan-batasan kajian secara

ringkas. Tatacara atau prosedur kajian juga turut dinyatakan berserta dengan definisi

istilah dan operasi berdasarkan kajian yang dilakukan.