hubungan etnik.pptx

22
BAGAIMANAKAH MEDIA CETAK DAN MEDIA ELEKTRONIK DAPAT DIMANFAATKAN DALAM USAHA MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DI MALAYSIA Disediakan oleh: Loke Yin Chuk Tang Huei Mei PISMP MATEMATIK SEMESTER

Upload: yan-ruo-hen

Post on 17-Nov-2015

57 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Bagaimanakah media cetak dan media elektronik dapat dimanfaatkan dalam usaha memupuk semangat perpaduan di MalaysiaDisediakan oleh: Loke Yin ChukTang Huei Mei PISMP MATEMATIK SEMESTER 3

Bagaimanakah media cetak dan media elektronik dapat dimanfaatkan dalam usaha memupuk semangat perpaduan di Malaysia?

Media yang dimaksudkan merujuk kepada alat untuk mewujudkan interaksi sosial, politik dan ekonomi dalam konteks moden. Media berfungsi untuk menyampaikan maklumat dan mendidik masyarakat serta menjadi medium perantaraan. Dalam sistem demokrasi seperti di Malaysia, media merupakan sumber primer dalam komunikasi massa.

Terdapat 2 jenis media massa iaitu media cetak dan media elektronik. Media cetak terdiri daripada sumber bertulis seperti surat khabar, majalah, buku, novel, dan bahan bertaip yang lain.

Media elektronik pula terdiri daripada televisyen, radio, internet, blog, telefon bimbit, dan sebagainya.

Kedua-dua media massa tersebut memainkan peranan penting di negara kita bagi membina kesedaran dan galakan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum.Maklumat yang disebarkan melalui media massa boleh memberi mesej perpaduan kerana nilai-nilai perpaduan ini boleh dibentuk dalam rancangan terbitan televisyen atau radio di samping paparan artikel di akhbar.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Md Salleh Hj Hassan et al., (2009), dibuktikan bahawa media massa di Malaysia menjadi elemen yang berkesan bagi memupuk dan memperkukuh perpaduan negara dan integrasi nasional.

Penekanan aspek perpaduan dan penghayatan terhadap konsep "1 Malaysia" dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan meletakkan media sebagai perantara yang penting dan mampu membuka mata masyarakat Malaysia untuk memahami usaha tersebut.

Contoh 1

Apabila Perdana Menteri mencetuskan gagasan 1 Malaysia, beliau telah menjadikan konsep tersebut sebagai satu agenda yang ditetapkan oleh kepimpinan beliau. Maka, seluruh media telah menyalurkan konsep 1 Malaysia sebagai satu bahan berita yang penting sehingga seluruh warga merasakan konsep ini perlu diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Contoh 2

Iklan yang berunsurkan perpaduan biasanya kerap ditayangkan pada bulan kemerdekaan dan sempena hari perayaan (Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali) sesuatu kumpulan etnik. Contoh 3

Pelbagai jenis iklan tersebut dapat menonjolkan masyarakat Malaysia berbilang etnik hidup bersatu padu dan harmoni telah memenuhi ruang kaca televisyen setiap rumah di negara ini.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) turut menerbitkan iklan berbentuk perpaduan etnik seperti iklan yang menceritakan tentang perkahwinan campur yang dilakonkan oleh kanak-kanak Melayu, Cina dan India. Iklan perkahwinan campur yang dihasilkan telah memberi mesej untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan etnik.Contoh 4:

Begitu juga dengan media seperti perfileman dan dokumentari.

15 buah filem pendek telah dihasilkan oleh para pembikin filem dan ramai pengarah muda yang menceritakan kehidupan warga Malaysia pada tahun 2009. Contoh 5:

Mereka yang terlibat dalam pembikinan filem ini adalah Yasmin Ahmad, James Lee, Amber Chia, Sharifah Amani, Khairy Jamaluddin dan sebagainya. Walaupun filem pendek ini hanya mengambil masa antara 3 hingga 7 minit, tetapi telah berjaya memberikan impak positif kepada penonton.

Ahli politik dan para pemimpin turut memberi kerjasama dalam menghasilkan filem pendek (Halal, Chocolate, The Son) yang menceritakan kehidupan seharian sebagai seorang warga Malaysia. Sekiranya rakyat mengamalkan cara hidup yang sihat dan dapat memahami adat dan kepercayaan setiap etnik, maka tidak ada isu yang akan ditimbulkan.

Perasaan hormat-menghormati dan toleransi juga menjadi tonggak yang kukuh menyuburkan kehidupan setiap individu sebagai bangsa Malaysia yang penuh berwarna-warni. Sehubungan dengan itu, pada 18 Oktober 2009, sambutan dan perasmian 1Malaysia di Perak telah dijalankan. Seramai enam orang rakyat negeri Perak telah diberi anugerah Ikon 1Malaysia.

Antara penerimanya ialah Allahyarham Yasmin Ahmad dan Datuk Mohamad Nor Khalid. Mereka telah berjaya membawa kehidupan rakyat Malaysia yang sebenar melalui layar perak dan pemaparan di dada akhbar.

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) juga tidak ketinggalan menganjurkan pertandingan Malaysia You Love Contest yang bertujuan mencari idea kreatif orang ramai dalam menzahirkan keunikan Malaysia yang dianjurkan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan.Contoh 6

Bagi menyertai pertandingan tersebut para peserta dikehendaki memuat naik imej yang mereka rasa dapat melambangkan Malaysia berserta keterangan gambar tersebut di Malaysia Airlines Facebook Fan.

Pertandingan seumpama ini merupakan satu contoh bagaimana media elektronik dapat menyemai semangat kekitaan dan menzahirkan kesedaran terhadap elemen yang mengukuhkan perpaduan etnik dengan cara yang mudah tetapi berkesan.

Media sangat berkesan dijadikan alat penyampai untuk menerapkan nilai-nilai yang mendorong kepada perpaduan etnik dan membantu menerapkan nilai-nilai luhur sambil membentuk rakyat yang berfikir.Peranan media sebagai perantara untuk menyampaikan mesej kesepaduan sosial terbukti berkesan, di samping dapat menyuntik semangat perpaduan etnik yang berterusan di Malaysia.

TerimakasihTerima kasih