hubungan etnik.docx

15
PENGENALAN PEMBENTUKKAN MASYARAKAT ETNIK DI MALAYSIA Masyarakat didefnisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama di satu tempat dengan amalan dan ciri tertentu. Sesebuah masyarakat dibentuk oleh kelompok-kelompok kecil, individu dan keluarga. Kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia mewujudkan kepelbagaian budaya, adat resam, bahasa dan agama. Manakala etnik pula bermaksud kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam. Ini termasuk adat resam, kegiatan ekonomi, bahasa dan pakaian. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari erlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. !orak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-"# dan ke-"$, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung %ahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan &rang 'sli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. %etapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat majmuk. Sebelum abad ke-"#, penduduk di %anah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang 'sli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. %etapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama ()ames . &ngkili, "$#*+ . ada awal abad ke-"#, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh enomena migrasi dari luar yang berlaku akibat aktor penarik yang ada di bumi mahupun aktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga

Upload: holoman-halimunan

Post on 06-Oct-2015

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENGENALANPEMBENTUKKAN MASYARAKAT ETNIK DI MALAYSIAMasyarakat didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama di satu tempat dengan amalan dan ciri tertentu. Sesebuah masyarakat dibentuk oleh kelompok-kelompok kecil, individu dan keluarga. Kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia mewujudkan kepelbagaian budaya, adat resam, bahasa dan agama. Manakala etnik pula bermaksud kelompok manusia yangmengamalkan budaya yang hampir seragam. Ini termasuk adat resam,kegiatan ekonomi, bahasa dan pakaian.Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat majmuk.Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N. Arseculeratne,1991:10).Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.

KONSEP PERPADUAN DAN INTERGASI DI MALAYSIA

SEGREGASI Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan diantaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan,pengangkutan dan kemudahan awam. ia wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau tidak seperti Dasar Apatheid di Afrika Selatan.

AKOMODASI Merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati kumpulan etnik yang lain dan masih mempertahankan budaya hidup masing-masing. Sebagai contohnya A+B+C=A+B+C, ABD merujuk kepada budaya yang dibawa oleh etnik masing-masing (Ting Chew Peh, 1987). Kepelbagaian kumpulan etnik dapat hidup dengan harmoni saling menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Konsep inilah yang digunakan di Malaysia. Dari sudut luar pula, Negara seperti Switzerland mempunyai hubungan yang bersifat Akomodasi kerana Jerman,Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian.

AKULTURASI Satu proses penerimaan unsur budaya dalam kalangan individu sesuatu budaya yang lain. Ianya terjadi disebabkan satu kelompok manusia dengan suatu budaya tertentu dihadapkan dengan unsur budaya yang berbeza sehingga unsur budaya asing tersebut diterima dan diolah untuk kesesuian budaya sendiri. Ini berbeza dengan proses Asimilasi dimana proses Akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima. Di Malaysia sebagai contohnya penggunaan tali leher, pemberian angpaow, makanan dan sebagainya merupakan contoh akulturasi yang telah berlaku.

ASIMILASI Merupakan satu prosespercantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik yang berlainan budaya dan membentuk satu lagi kelompok dengan kebudayaan yang sama. Menurut Vander Zander, asimilasi ialah satu proses dalam mana-mana kelompok yang berfikiran, berperasaan dan bertindak secara yang berlainan,menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama(Chew Hock Thye, 1975). Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkab berlakunya penghapusan penuh dari sudut kebudayaan dan identiti. Formula untuk menjelaskan proses asimilasi ialah A+B+C=A, A mewakili golongan yang dominan manakala BC merupakan etnil yang minority. Sebagai contohnya orang Melayu Islam di Thailand mengalami proses asimilasi yang menyebabkab nama, bahasa, cara hidup dan amalan yang hamper sama dengan masyarakat Thai. Akan tetapi pegangan agama tetap tidak berubah. Manakala di Malaysia masyarakat Jawa, Cina Kelantan dan Baba Nyonya merupakan bukti asimilasi yang terjadi dinegara kita. Etnik Cina dan Baba Nyonya juga tidak menerima proses asimilasi dari segi agama yang dianuti.

AMALGAMASI Merupakan satu proses yang terjadi apabial budaya atau ras bercampur dan membentuk budaya yang baru. Salah satu cara yang boleh terjadinya proses amalgamasi ialah dengan amalan perkahwinan campur antara etnik. Teori yang dapat menerangkan proses amalgamasi adalah seperti A+B+C=D. ABC mewakili etnik yang berlainan dan D ialah amalgam iaitu etnik yang baru terhasil dari gabungan ABC.

BENTUK-BENTUK CABARAN HUBUNGAN ETNIK BERDASARKAN DASAR-DASAR KERAJAAN

RUKUN NEGARA

CABARAN DALAM HUBUNGAN ETNIK BERDASARKAN

RUKUN NEGARA

RUKUN NEGARA

RUKUN NEGARA MALAYSIARukun Negara dibentuk berdasarkan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk jati diri rakyat Malaysia pada 31 Ogos 1970. Ianya digubaloleh Majlis Perundangan Negara untuk menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum. Ini berikutan terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 yang telah melanda Negara suatu ketika dahulu.

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesopanan dan KesusilaanKedaulatan Undang-UndangKeluhuran PerlembagaanKesetiaan kepada Raja dan Negara

BENTUK CABARAN BERDASARKAN RUKUN NEGARA.

DASAR EKONOMI BARUDasar Ekonomi Baru (DEB) dibentuk bermatlamatkan untuk mencapai perpaduannegara dengan membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang telah wujud antara kaum dan wilayah. Ia juga dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Ketidakseimbangan sosioekonomi suatu masa dahulu merupan salah satu penyebab berlakunya Rusuhan kaum 13 Mei 1969.

CABARAN BERDASARKAN DASAR EKONOMI BARU (DEB)Pada masa kini, terdapat jurang yang begitu ketara sekali dikalangan etnik di Malaysia dari segi penguasaan ekonomi. Kebanyakan orange melayu menguasai sektor pertanian diamana sektor ini lebih banyak menggunakan sumber tenaga manusia danj berteknologi rendah. Berbeza pula bagi kaum cina dimana rata-rata mereka menguasai sektor perniagaan dan perdagangan. Dengan ini mereka lebih mahir menggunakan teknologi yang lebih moden dan canggih. Dari sini kita dapat lihat jurang yang memisahkan antara 2 kaum ini di Malaysia.Setiap golongan etnik di Malaysia berusaha untuk mendapatka hak dan keuntungan lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud. Perbezaan dan jurang oleh sesuatu etnik dan jurang pendapatan merupakan cabaran yang sering menjadi punca ketidakstabilan dalam masyarakat yang majmuk.Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan bahawa perpaduan Negara tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik. Perpaduan Negara tidak boleh dipupuk andainya sebahagian besar penduduk kekal miskin dan jika berpeluang pekerjaan produktif yang mencukupi tidak diwujudkan untuk tenaga buruh yang kian meningkat.Selain itu, penguasaan ekonomi membawa kepada pengenalan pekerjaan mengikut etnik atau mewujukkan perbezaan dari segi pekerjaan. Setiap golongan etnik dikelas mengikut sektor ekonomi. Hal ini lebih ketara semasa penjajahan British apabila orang melayu kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian,nelayan dan berkhidmat sebagai penjawat awam.

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAANSebagai Negara yang telah mencapai kemerdekaan salah satu aspek yang perlu dititikberatkan dalam usaha menuju ke arah Negara yang maju ialah Sistem Pendidikan. Sistem Pendidikan yang dilaksanaka di dalam sesebuah Negara penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu dimana kanak-kanak dididik untuk menjadi insan yang Berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideology kebangsaan kepada masyarakat melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai-nilai positif untuk untuk perpaduan kaum dikalangan pelajar.Satu sistem telah pun dgunakan di Malaysia ianya bertujuan menentukan hala tuju sistem pendidikan Negara iaitu dikenali sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar ini mula diperkenalkan pada tahun 1957. Dasar ini menekankan 3 tujuan utama. Pertama, tujuannya adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial ekonomi dan politik. Seterunya yang kedua pula untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati kedua ibubapa. Prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakan perbelanjaan awam yang tidak tersusun. Tujuan yang ketiganya pula ialah untuk memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama.CABARAN DARI SEGI DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAANSetiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan merelka tersendiri. Pelajar Melayu biasanya bersekolah di sekolah Melayu dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Manakala, pelajar India akan bersekolah di sekolah Tamil dan memggunakan bahasa Tamil. Seterusnya begitu jugalah bagi kaum etnik Cina yang bersekolah Cina dan menggunakan bahasa Cina dalam sistem pendidikan mereka.System pendidikan persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan untuk memupuk integrasi dan persefahaman dikalangan pelajar. Keadaan ini menyebabkan interaksi sesame mereka berkisar dalam etnik yang sama.

CADANGAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN BERDASARKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN. Namun begitu dari segi kurikulumnya adalah sama bagi semua jenis sekolah. Untuk itu, program RIMUP merupakan satu jalan yang boleh digunakan bagi mengeratkan lagi interaksi dan perpaduan antara etnik seawal usia pelajar.

Integrasi antara kaum pula merupakan isu yang amatdiberi perhatianolehpihak kerajaan ketikamenggubal dasarpendidikan selepas negaramencapai kemerdekaannya.Laporan Razak1956dan Laporan RahmanTalib1960telahmenggariskandenganjelasdasaryangberkaitandengan nilai nilai integrasi antara kaum ini. Antara langkah yang telahdiambil dalam usaha untuk mengukuhkan dasar pendidikan negara ini ialahdengan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasapengantar utama di semua sekolah, menggunakan sukatan pelajaran dansistempeperiksaanyangsamadisetiapsekolahdanguruguruyangmengajar di sekolah haruslah dilatih di bawah satu sistem latihan perguruanyang sama. Ketiga tiga faktor ini merupakan kunci kepada pembentukanarah dan orientasi nilai sistem pendidikan kebangsaan negara ini. Menerusiperancangan yang sistematik, kurikulum latihan perguruan yang seragam danamalan amalan pedagogi di bilik- bilik darjah yang bersesuaian , makasistempendidikankebangsaaninidijangkadapatmembentukciri-ciritingkahlakudansikappelajaryangbersesuaiandengantatasusilamasyarakat Malaysia.2.1PerkembangansistempendidikankebangsaanselepasmerdekaSistem pendidikan di Malaysia mengalami banyak perubahan selepasmencapai kemerdekaan terutamanya di sekitar tahun 1980-an. BerdasarkanLaporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar PelajaranKebangsaan (1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun1983. Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan terhadap kemahiranasas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira.Di samping itu juga, ia jugamemberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yangmeliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelekdan sosial (JERIS).Pada tahun1989,RancanganKurikulumBersepaduSekolahMenengah(KBSM)puladiperkenalkandisemuasekolahmenengah.KBSMinidirancanguntukmemperkembangkanpotensiindividudaripadaaspekJERISsecaramenyeluruhdanbersepadudalamusahauntukmelahirkanpelajaryangberilmu,berakhlakmuliasertaberupayamemberisumbangankepadakemajuan , kesejahteraan serta pembangunan negara.Walaubagaimanapun,faktor utama yang menjadi tunjang ke arahpembentukansistempendidikannegaraselepasmencapaikemerdekaanialahPerpaduan.ApabilaTanahMelayumencapaikemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957, tugas utamanyaialahuntukmenyatukankembalirakyatnyayangberbilangkaumsupayadapat membina kembali sebuah negara yang aman dan maju serta bebasdaripadaancamankonflikantarakaum.Padatahun1959,sebuahJawatankuasa Penyemak Matapelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagaiLaporanRahmanTalib.JawatankuasainidiketuaiolehMenteriPelajaranketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib.Tujuan perlantikan jawatankuasa ini untukmengkajisemulapolisipendidikankebangsaansebagaimanayangtelahdicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956. Antaracadangan cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Rahman Talib ialahyang pertama, menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamadi setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.Antara tindakan tindakan yang diambil ialah mewajibkan semua muridlulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam , kertaspeperiksaanditulismenggunakanBahasaMelayudansebagainya.Inibertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalamkalanganmasyarakatyangberbilangkaum.Yangkedua,jawatankuasainimencadangkanagarumur persekolahan murid murid dinaikkan daripada 12 tahun ke 15 tahun.Iabertujuanuntukmengelakkanberlakunyamasalahpengganggurandanmasalah sosial sekiranya murid murid ini berhenti sekolah terlalu awal.Yangketigapula,memberibantuankewangankepadaSekolahMenenga

WAWASAN 2020Wawasan 2020 pada dasarnya bukanlah satu dasar khas tetapi merupakan tindak balas kepada perkembangan ekonomi ,sosial dan politik yang berlaku diperingkat nasional dan antarabangsa. Ia diketengahkan sebagai panduan dan rangka kerja mengenai tindakan yang harus diambil dalam negara menuju ke arah kemajuan.Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malahan ia juga merangkumi segala aspek kehidupan.(ekonomi, politik, sosial, rohani, jiwa dan budaya). Pada tahun 2020, Malaysia akan menjadi salah sebuah negara yang maju dan mampu memenuhi tuntutan rakyat. Rakyat akan hidup dalam masyarakat yang harmoni , demokratik, toleransi, bermoral, berdaya saing, serta mempunyai daya tahan yang tinggi.Wawasan 2020 sememangnya bertujuan menjadikan negara Malaysia sebuah Negara yang maju dengan cara sendiri tanpa mengikuti corak pentadbiran asing. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal sahaja, ianya meliputi adanya masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dijadikan contoh bagi negara-negara maju lain.

CABARAN BERDASARKAN WAWASAN 2020Dalam usaha menrealisasikan Wawasan 2020, pelbagai cabaran dan dugaan yang harus kita sebagai rakyat hadapi. Antara cabaran-cabaran tersebut ialah mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mestilah menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi diperingkat wilayah dan kaum, saling hidup dalam keadaan yang harmoni dan juga didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.Seterusnya mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, aman dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, dan bangga apa yang dicapai serta tabah menghadapi masalah. Masyarakat Malaysia ini mestilah dapat dikenali melalui usaha gigih, berkemampuan dan tidak mudah mengalah terhadap ancaman serta dihormati oleh rakyat negara lain.Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.Selain dari itu mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur. Rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.Mewujudkan masyarakat saintifik dan prograsif, mempunyai daya perubahan tinngidan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifi dan teknologi pada masa akan datang.Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyangi. Dalam hal ini sistem yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi disekeliling sistem kekeluargaan kukuh.Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan Negara secara adil dan saksama di mana wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada jika pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum. Akhir sekali mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. Di sini rakyat akan hidup bersama- sama dalam suasana yang aman disamping bersatu dalam menagkis cabaran hidup.