hubungan etnik esei

Upload: syahir-shuhaimi

Post on 07-Jul-2015

558 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Malaysia telah berjaya melangkah keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun. Kini, Malaysia bergerak menuju ke arah status negara maju, seperti yang dicita -citakan dan dinyatakan dalam Wawasan 2020. Pergerakan daripada negara mundur kepada negara sedang membangun berlaku dalam tempoh 53 tahun (1957 2010) - Satu jangka waktu yang cukup singkat menurut ukuran sejarah dunia. Pencetus kepada proses tranformasi sosioekonomi yang luar biasa ini ialah peristiwa rusuhan etinik 13 Mei 1969 yang telah membuat semua rakyat tersentak lalu membuka mata bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat kita, khususnya dari segi hubungan etnik, walaupun kita sudah merdeka dan perlahan-lahan sudah mula menikmati keselesaan ekonomi. Daripada pengalaman pahit tersebut Malaysia sedar bahawa kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai dengan kestabilan politik. Pada masa yang sama, kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yan seimbang. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik. Keseimbangan tersebut melibatkan agihan kekayaan ekonomi secara saksama dan perkongsian kuasa pemerintahan yang matang. Pelbagai faktor perlu diambil kira untuk membawa keseimbangan dan terdapat perkara yang perlu dipertahan serta dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara berterusan. Anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik ialah hunbungan etnik yang harmonis. Faktor penting bagi konteks Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk ialah usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik. Sekiranya tidak dilakuan, dalam sekelip mata, pertumbuhan ekonomi dan setabilan politik yang kit a nikmati akan tergugat sekiranya berlaku lagi konflik etnik secara terbuka seperti peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberi beberapa pengajaran penting kepada ahli-ahli politik dan setiap rakyat Malaysia. Pertama, rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa. Malahan, rusuhan kaum merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Kedua, langkah -langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional dan kehamonian antara kaum. Ketiga, perpaduan nasional tida k akan dicapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin. Keempat dan akhir sekali, peristiwa 13 Mei telah memberi pengajaran bahawa setiap rakyat harus menghormati satu sama lain. Kita harus bersikap toleran dan menghormati adat resam kumpula n-kumpulan etnik lain ( Ranjit Singh Malhi, 2005). Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional JPNIN ( sebulum ini dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara) yang ditubuhkan pada tahun 1969 untuk memupuk perpaduan dan kerharmonian antara kaum. Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional kini juga dipertanggungjawabkan memantapkan intergrasi nasional, iaitu merapatkan masyarakat daripada semua negeri di Malaysia, khususnya antara Semenanjung

Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Ini adalah merupakan antara usaha -usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan nasional. Antara usaha -usaha lain yang diambil oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan nasional dan hubungan etnik yang harmonis ialah pengenalan Rukun Negara (ideologi kebangsaan), Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan dasar Kebudayaan Kebangsaan; pergabungan parti-parti politik melalui Barisan Nasional; dan intergrasi antara wilayah ( antara kawasan bandar dengan luar banda serta antara Semenanjung dengan Sabah dengan Sarawak). Sudah banyak kita dengar tentang perpaduan dan intergrasi tetapi apakah kita tahu apakah yang dimaksudkan dengan perpaduan dan intergrasi tersebut? Apakah yang kita tahu tentang konsep perpaduan dan intergrasi? Konsep perpaduan dan intergrasi termasuk dalam konsep-konsep asas dalam hubungan etnik. Menurut buku Modul Hubungan Etnik yang dicetak semula mengikut ketua editornya iaitu Shamsul Amri Baharuddin, Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Manakala mengikut buku Hubungan Etnik : Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa yang dicetak pada Januari 2011, Per paduan merujuk sebagai satu proses yang meyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Apa yang kita lihat berdasarkan definisi at au takrifan oleh kedua-dua buku itu ialah perpaduan ialah satu proses penyatupaduan masyarakat dan negara. Apakah pula yang dimaksudkan dengan Intergrasi? Menurut Modul Hubungan Etnik, Intergrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasiona l dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik ( Ahmad Haji Kambar, 1987). Manakala menurut buku Hubungan Etnik : Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa pula Intergrasi merupakan satu proses penye suaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara, Identiti, hak dan budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan. Dalam konteks Malaysia, intergrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari sedi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Manakala menurut laman sesawang Wikipedia Indonesia, I ntegrasi berasal dari bahasa inggeris iaitu "integration" yang bererti kesempurnaan atau keseluruhan. integrasi sosial yang bermakna sebagai proses penyesuaian di antara unsur-unsur yang saling berbeza dalam kehidupan masyarakat sehingga menghasilkan pola kehidupan masyarakat yang memilki keserasian fungsi. Definisi lain mengenai integrasi adalah suatu keadaan di mana kelompok -kelompok etnik beradaptasi dan

bersikap optimis terhadap kebudayaan masyarakat, mempertahankan kebudayaan mereka masing-masing.

namun

masih

tetap

Mengikut Sufean Hussein (1996), intergrasi bermaksud menyatupadukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk yang lain yang tersendiri. Mengikut Khalid yaakub (1982) pula, intergrasi merupakan proses menyatupadukan secara budaya dan kelompok-kelompok sosial yang berbeza kepada satu unit yang mempunyai identiti yang umum dan tersendiri. Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998), intergrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai kaum dan mewujudkan pula pembentukan kebudayaan kebangsaan atau nasional yang tersendiri dalam kalangan mereka. Menurut Kamus Dewan edisi keempat melalui perisian e -kamus 5.02 edisi profesional, integrasi bermaksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian , dll) menjadi satu kesatuan; penyatuan. Manakala menurut nota yang diberikan oleh pensyarah subjek hubungan etnik, integrasi bermaksud Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nas ional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Terdapat pelbagai maksud integrasi disini. Ini menunjukkan bahawa setiap pendapat berbeza tetapi mempunyai beberapa persamaan yang diberikan. Ini menunjukkan intergrasi merupakan proses menggabung dan menyatupadukan masyarakat dan budaya untuk mewujudkan pembentukan satu budaya baru atau kebangsaan atau nasional yang terdiri dari pelbagai kaum, Terdapat beberapa unsur integrasi. Un sur integrasi terdiri daripada Integrasi Wilayah, Integrasi ekonomi, Integrasi kebudayaan, Integrasi sosial, Integrasi pendidikan dan juga Integrasi Politik. Integrasi Wilayah menurut Modul Hubungan Etnik bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia Barat dengan Malaysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai barat Semenanjung Malaysia. Agihan yang sama dari segi pendapatan, kemudahan asasi, pelajaran, kemudahan kesihatan dan rekreasi, perumahan serta peluang pekerjaan.

Integrasi ekonomi pula boleh diertikan sebagai usaha -usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik. Rancangan pembangunan lima tahun dan dasar -dasar kerajaan dibuat untuk mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan mengurangkan pengenalan kaum berdasarkan aktiviti utama seperti Dasar Ekonomi Baru. Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk satu kebudayaan kebangsaan dengan saling menyesuaikan diri di antara un sur-unsur sesuatu kebudayaan serta meminimakan perbezaan identity masing -masing. Sebagai contoh, kaum Baba dan Nyonya di Melaka, amalan kunjung -mengunjung semasa musim perayaan, dan masyarakat bukan melayu mula menerima budaya orang Melayu dari segi pakaian dan makanan. Bagi menghayati Dasar Kebudayaan Kebangsaan, terdapat tiga prinsip iaitu Mestilah berteraskan kebudayaan asal rantau ini, unsur -unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima dan Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Integrasi sosial merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan. Integrasi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek. Jasmani dan rohani. Integrasi politik yang merangkumi usaha -usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik. Sikap sedia menghormati atau menerima pendapat kaum lain walaupun ia berbeza dengan pandan gan atau pendapat kaum sendiri. Pembentukan barisan kepimpinan harus disertai oleh pemimpin pelbagai kaum. Parti-parti politik mampu bergabung walaupun berlainan. mempunyai ideology yang

Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukan sesuatu yang mudah. Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang amat kompleks. Tahap-tahap hubungan etknik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segresi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan harmonis antara pelbagai etnik.