hlm3 asia pasifik buku panduan cabaran inovasi belia€¦ · anda. dalam buku panduan ini kami...

26
HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA dihasilkan oleh

Upload: others

Post on 04-Jun-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

HLM3 ASIA PASIFIK

BUKU PANDUAN

CABARAN INOVASI

BELIA

dihasilkan oleh

Page 2: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

MAMPUKAH GENERASI ANDA

MEMIMPIN INOVASI SOSIAL

DI RANTAU ASIA PASIFIK?

Sekiranya anda berusia 24 tahun ke bawah

dan tinggal di Asia, sertailah kami dan

terokai potensi untuk anda memacu

perubahan sosial dan mengatasi cabaran

yang dihadapi oleh golongan muda dan

kanak-kanak di rantau ini.

1. Pengenalan Buku Panduan 2. Inovasi Sosial + Golongan Muda 3. Reka Bentuk Berpusatkan Manusia 4. Prinsip-prinsip Reka Bentuk UNICEF 5. Tema + Galakan 6. Seterusnya? 7. Terima kasih

©U

NIC

EF

Tim

or-

Les

te/2

016/

Kell

ey

Lyn

ch

Page 3: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

PENGENALAN BUKU PANDUAN

Buku panduan ini bertujuan memperkasa

para perintis perubahan bagi memahami

dan menangani cabaran kritikal yang

dihadapi oleh golongan muda dan kanak-

kanak. Ia memerihalkan proses-proses

inovasi sosial, prinsip-prinsip khusus serta

aplikasinya dalam kehidupan sebenar.

Buku panduan ini berfungsi sebagai asas

bagi Cabaran Inovasi Belia HLM3 Asia

Pasifik dan 3 tema bersertanya:

perlindungan kesihatan sejagat,

perlindungan sosial untuk keluarga dan

keganasan terhadap kanak-kanak.

RINGKASAN

Seiring perkembangan pesat sosio-ekonomi, kehidupan kanak-kanak dan golongan

muda di rantau Asia Pasifik turut meningkat dengan pesat dalam beberapa dekad

ini. Namun, di sebalik peningkatan ini, banyak lagi cabaran yang perlu ditangani.

Fikirkan:

• Hampir 70% daripada kanak-kanak yang paling kekurangan zat tinggal di Asia1 • 220 juta belia berusia 15 hingga 24 tahun di Asia Pasifik - sejumlah besar adalah

perempuan - tidak belajar mahupun bekerja.

• Hampir 300 juta belia bekerja di peringkat bawahan atau tiada masa depan

dan kurang digunakan 2 • Kadar perkahwinan kanak-kanak yang tinggi di rantau Asia Pasifik terutama di

Asia Selatan, di mana 30% daripada kesemua perempuan yang berusia 15-19

tahun telah berkahwin berbanding dengan kadar purata 22% di dunia3

Penglibatan pelbagai orang diperlukan bagi menangani isu-isu sosial dengan

berkesan daripada akar umbi sehinggalah ke peringkat dasar. Dengan lebih

daripada 750 juta belia di Asia Pasifik - 60% daripada jumlah belia di seluruh dunia

- golongan muda berpotensi untuk memainkan peranan utama dalam menangani

cabaran-cabaran ini.

Melalui pengalaman hidup anda sebagai orang muda, anda sudah tentu mahir

tentang bagaimana isu-isu ini memberi kesan kepada anda dan rakan-rakan. Anda

boleh memberi wawasan, pandangan dan idea kreatif yang berharga tentang cara

menangani cabaran yang dihadapi oleh masyarakat anda. Kami yakin anda dan

rakan-rakan layak memacu perubahan sosial dalam masyarakat anda malah

merentasi kawasan yang lebih luas.

Golongan muda sudah mula mendahului dalam inovasi sosial, menangani

permasalahan seperti mendapatkan air yang bersih sehinggalah pengangguran di

kalangan gelandangan. Universiti-universiti di rantau ini juga menawarkan ijazah

dalam inovasi sosial, dan para pemerintah menjadikan keusahawanan sosial satu

keutamaan.

Page 4: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

Di Thailand contohnya, kini terdapat kira-kira 116,000 perusahaan sosial yang

membawa perubahan-perubahan positif dan mampan di negara tersebut.4 Di

Malaysia, kerajaan telah memperuntukkan USD4.9 juta untuk perusahaan

sosial.5

Buku panduan ini direka bentuk untuk mengiringi Cabaran Inovasi Belia HLM3,

yang bergerak bersama Mesyuarat Peringkat Tinggi bagi Kerjasama Mengenai

Hak Kanak-kanak (HLM). Buku Panduan Cabaran ini bertujuan untuk memberi

inspirasi dan memperkenalkan kepada anda - penyelesai masalah dan perintis

perubahan yang muda dan beraspirasi untuk menjadikan inovasi sosial sebagai

alat untuk perubahan.

Buku Panduan ini menekankan beberapa cabaran yang paling mendesak bagi kanak-kanak di rantau Asia Pasifik, memperkenalkan konsep reka bentuk berpaksikan insan yang boleh digunakan untuk menangani cabaran-cabaran sosial yang kompleks berserta kejayaan inovator muda yang mencipta perubahan dalam masyarakat mereka.

Bidang tumpuan Buku Panduan ini khusus kepada cabaran tersebut dan

konteks Asia Pasifik. Bidang tumpuannya adalah perlindungan kesihatan

sejagat, keganasan terhadap kanak-kanak serta perlindungan sosial untuk

keluarga. Di dalam cabaran-cabaran ini terdapat pelbagai peluang bagi

berbagai pelakon untuk terlibat dalam menghasilkan perubahan.

Kami berharap, dokumen ini dan proses Cabaran dapat membuka pintu untuk

anda lebih memahami bagaimana isu-isu ini memberi kesan kepada kanak-kanak

dan merealisasikan kemampuan anda sebagai agen perubahan.

©U

NIC

EF

Tim

or-

Le

ste

/201

6/

Ke

lley

Lyn

ch

Page 5: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

PENGENALAN

HLM

Pada November, Malaysia akan menganjurkan Mesyuarat Peringkat Tinggi

Mengenai Hak Kanak-kanak yang Ketiga (HLM3). Mengumpulkan para pemimpin

negara, menteri-menteri dan penggubal dasar kanan dari seluruh rantau Asia

Pasifik, mesyuarat ini akan menerokai kaedah-kaedah bagi negara peserta

memacu perkembangan dalam tiga bidang bertema: perlindungan kesihatan

sejagat, perlindungan sosial untuk keluarga dan keganasan terhadap kanak-kanak.

Peserta akhir Cabaran Inovasi Belia HLM3 Asia Pasifik akan berpeluang untuk

membentangkan idea mereka kepada 160 hadirin HLM3, termasuk sebuah panel

hakim elit daripada kalangan ketua-ketua sektor swasta, pegawai kerajaan dan

penggubal dasar. Seorang pemenang daripada cabaran bertema akan dipilih untuk menerima

sokongan pementoran dan inkubasi selama empat bulan.

Buku Panduan ini menggalakkan anda meneroka dan menangani

persoalan seperti:

• Bagaimana kita dapat menjadikan makanan berkhasiat lebih mudah didapati di sekolah kerajaan?

• Bagaimanakah kita dapat melindungi kanak-kanak daripada penderaan seksual

dan eksploitasi di ruang digital dan dalam talian dengan lebih baik? • Bagaimana kita dapat membantu ibu agar menghentikan hukuman fizikal dan

mengamalkan pendekatan tanpa kekerasan dalam mendisiplinkan anak-anak

mereka? • Bagaimana kita boleh membantu rakyat memantau kerajaan dalam

perbelanjaan kesihatan awam agar ia dapat mendorong tindakan yang responsif

daripada kerajaan? • Bagaimana kita hendak mendidik para ibu dengan lebih baik mengenai

kepentingan nutrisi kanak-kanak di peringkat awal, terutamanya penyusuan

susu ibu yang memakan masa?

UNICEFMalaysia/2014/Pirozzi

Page 6: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

INOVASI SOSIAL +

GOLONGAN MUDA

Kajian Kes : SoaPen Cirit birit, yang meragut nyawa 1.5 juta kanak-kanak setiap tahun merupakan antara penyebab utama kematian di kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun.

Direka bentuk oleh empat siswazah baharu dari pelbagai negara, SoaPen

merupakan alat kebersihan dan pengajaran yang menggalakkan tabiat mencuci

tangan di kalangan kanak-kanak berusia tiga hingga 6 tahun. Guru dan ibu bapa

boleh menggunakan SoaPen-sebatang krayon-sabun - untuk melukis bahagian

utama pada tangan kanak-kanak yang perlu dibersihkan. Seterusnya, kanak-kanak

akan membasuh kesan yang dilukis dan mendapat ganjaran visual daripada tangan

yang bersih. Pasukan SoaPen juga membangunkan sebuah aplikasi pendamping

mudah alih yang menampilkan kaedah inovatif dalam menerapkan amalan

kebersihan diri ke dalam kurikulum pembelajaran sedia ada.

Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.soapen.com/#why

APA ITU INOVASI SOSIAL?

Bagi menangani cabaran-cabaran sosial yang kompleks dan berbilang dimensi seperti perubahan iklim atau mendapatkan penjagaan kesihatan yang berpatutan, kita perlu menggunakan bentuk pemikiran dan penyelesaian masalah yang baharu. Inovasi sosial boleh dijelaskan sebagai satu kaedah penyelesaian masalah bagi isu-isu sosial, cuba membina pendekatan yang lebih berkesan, mampan dan berpusatkan manusia.

Sememangnya ada inovasi yang berskala besar - sehingga ke peringkat kebangsaan

mahupun global. Namun, inovasi sosial tidak semestinya perlu berskala besar. Jika anda

menemui satu kaedah baharu yang berkesan untuk mengitar semula sampah atau cara

mengelakkan kecurian di kejiranan anda - ia juga dikira sebagai inovasi.

Pasukan Soapen sebagai pemenang Wearables For Good Challenge berkumpul di San Francisco

Page 7: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

untuk bertemu dengan rakan kongsi dan penasihat Program Inkubasi di studio frog

Page 8: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

ANDA BOLEH MENJADI INOVATOR SOSIAL

Belum pernah terjadi dalam sejarah di mana golongan muda sebegitu mudah untuk

berperanan dalam inovasi. Pembangunan teknologi, sains dan budaya lebih

memudahkan anak muda untuk mewujudkan intervensi yang nyata dalam masalah

sosial. Golongan muda boleh membina aplikasi, melancarkan perniagaan sosial,

mengumpul dana untuk NGO dan mereka bentuk teknologi keselamatan untuk orang

miskin. Kini, golongan muda mempunyai sumber yang paling meluas untuk

membayangkan dan mewujudkan perubahan yang mereka inginkan.

Fikirkan isu-isu yang memberi kesan dan mendorong anda. Apakah perubahan yang

anda ingini? Dengan jumlah golongan muda yang terbesar di dunia, pemuda dan

pemudi di Asia Pasifik mempunyai peluang yang besar untuk mempamerkan

kepimpinan dalam menangani cabaran-cabaran sosial golongan muda yang paling

mendesak di dunia.

Kajian Kes : Kita Bersaudara Seandainya anda mempunyai adik berusia 13 hingga 15 tahun yang sedang

belajar di sebuah sekolah di Indonesia, terdapat 50% kemungkinan bahawa

dia dibuli. Pada 2014, lima orang pelajar universiti mengambil keputusan

untuk berhadapan dan bersuara menentang ketidakadilan ini. Pemenang

dalam Cabaran UNICEF untuk Reka Bentuk Global, Kita Bersaudara adalah masyarakat belia yang menangani masalah buli di

Indonesia. Penyelesaian mereka adalah pencegahan dan penyembuhan

dengan menghubungkan pelajar berisiko dengan rangkaian sokongan dalam

talian dan/atau individu. Mereka juga mempunyai program latihan untuk

mendidik pelajar, ibu bapa dan guru tentang berbagai bentuk buli dan

langkah-langkah bagi menghadapi situasi sedemikian.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kita Bersaudara, layari

:https://www.facebook.com/We-are-Siblings-1547522812153105/

©UNICEF Bangladesh/2016/ Kelley Lynch

Page 9: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

APAKAH CIRI-CIRI YANG BOLEH ANDA

MILIKI SEBAGAI INOVATOR SOSIAL?

Inovator muda mencabar pandangan tradisi yang menganggap golongan muda tidak

berpengalaman dan tidak bersedia. Sebaliknya mereka membuktikan bahawa golongan

muda adalah rakyat bertanggungjawab yang mencetus perubahan dalam komuniti dan

masyarakat yang lebih besar. Penglibatan dalam inovasi memberikan anda peluang untuk membangunkan ciri-ciri

yang bernilai dan kemahiran hidup seperti:

Kegigihan

Anda akan menghadapi banyak halangan dan cabaran ketika

memulakan projek baharu. Namun, dengan sikap yang positif dan

keinginan untuk sentiasa bermula semula jika berhadapan dengan

halangan-halangan ini, akan membawa kejayaan kepada inovator

muda ini.

Analisis

Bagi menangani suatu masalah dengan berkesan, inovator sosial perlu

benar-benar memahami masalah tersebut. Sebagaimana pentingnya

kaitan emosi dan kegigihan, penyelesaian masalah juga memerlukan

kajian kualitatif dan kuantitatif serta refleksi dan pemikiran kritikal.

Kreativiti

Menjana idea yang baharu dan menarik merupakan komponen teras

dalam inovasi. Ini bermakna berinteraksi dengan dunia melalui

pemerhatian baharu dan minda terbuka, membina idea-idea dan

menolak sempadan konvensional.

UN

ICE

FN

YH

Q2

006

-146

9/P

iro

zzi

Tujuan Berdedikasi demi sesuatu yang sungguh bererti sering memberi

semangat kepada inovator sosial yang muda.

Empati Mengaitkan diri kita kepada pengguna akhir dan masyarakat akan

memberikan wawasan tentang pengalaman, pandangan dan

keperluan mereka. Pemahaman ini membantu kita untuk

menghadapinya dengan betul.

Page 10: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

REKA BENTUK

BERPUSATKAN MANUSIA

Salah satu cara penyelesaian masalah yang digunakan oleh inovator sosial adalah

pendekatan reka bentuk berpusatkan manusia (HCD6), yang membantu inovator sosial untuk

memahami cabaran sosial sehinggalah membangunkan reka bentuk akhir untuk

menanganinya. Kita sering menganggap suatu masalah itu ada penyelesaiannya apabila

melihatnya daripada jauh. Namun tanpa memahami konteks - kehidupan dan pengalaman

orang berkenaan - kita sering tersalah tafsir dan menghasilkan reka bentuk yang tidak

berkesan. HCD menangani hal ini dengan mengekalkan empati untuk pengguna akhir anda

(orang yang menjadi tujuan rekaan ini dihasilkan).

Sebagai orang muda, mungkin anda tidak mempunyai banyak pengalaman bekerja di sektor

sosial mahupun kepakaran yang tinggi tentang isu tertentu - tetapi, HCD menyokong "minda

orang baharu". Penelitian sering merangsang pandangan baharu terhadap sesuatu isu,

meluaskan tanggapan bagi sebarang potensi dan menolak struktur tradisi. HCD

menawarkan rangka kerja bagi orang baharu dan pakar bekerjasama, menghasilkan cara

yang baharu dan kreatif dalam menyelesaikan masalah lama.

Penerangan

Persoalan Utama

yang Perlu

Dijawab Kaedah, Peralatan

atau Ranga Kerja

untuk Digunakan

Hasil

Inspirasi

Melalui kajian yang empatetik dan

mendalam, fasa ini cuba memahami

keperluan dan pengalaman pengguna akhir

anda

Apa yang pengguna fikir, rasa, buat dan

perlukan? Mengapa?

• Temuduga • Pemerhatian • Penyertaan masyarakat • Diari peribadi • Karangan bergambar

Berdasarkan wawasan kajian, satu cabaran

reka bentuk akhir iaitu satu soalan tentang

orang yang menjadi tujuan rekaan and apakah

cabaran yang mereka hadapi

Gagasan

Anda dan pasukan anda menyumbang dan

menghasilkan idea serta potensi-potensi

yang kreatif bagi menangani cabaran

pengguna anda

Apakah cara yang baik untuk menangani

cabaran pengguna anda?

• Sesi percambahan minda • Pecut (proses untuk menghasilkan reka

bentuk, prototaip dan menguji idea

selama 5 hari) • Perjalanan pengguna (peta yang

menggambarkan cabaran yang dialami oleh

pengguna akhir)

Perkhidmatan yang berpotensi/idea-idea bagi produk

Pelaksanaan

Idea terbaik daripada peringkat terdahulu diuji dan diuji

semula dengan model kasar - iaitu prototaip. Sebarang

masalah yang dihadapi oleh pengguna akhir ketika

menggunakan prototaip ini diperhalusi

Bagaimana kita dapat memperbaiki dan

memperhalusi idea ini dalam konteks pengguna

tersebut?

• Model (persembahan 3D bagi idea anda) • Replika olokan (peralatan digital versi kertas) • Main peranan • Diagram (memetakan struktur, perjalanan atau

pengalaman produk atau perkhidmatan baharu

tersebut)

Prototaip yang terperinci (model yang murah, kasar dan

pantas bagi menguji dan menetapkan reka bentuk

anda)

Page 11: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

PRINSIP-PRINSIP REKA BENTUK UNICEF

Prinsip-prinsip reka bentuk membimbing kita dalam mereka bentuk untuk pengguna

akhir - dalam hal ini, kanak-kanak, keluarga mereka dan golongan muda lain seperti

anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan

Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip ini tidak tetap. Sebaliknya ia boleh

dianggap sebagai amalan terbaik yang dapat membantu rekaan bagi projek atau

program pembangunan sosial yang berpusatkan pengguna.

MEREKA BENTUK BERSAMA PENGGUNA

FAHAMI EKOSISTEM

SEDIA ADA

MEREKA BENTUK UNTUK SKALA BESAR

BINA UNTUK KELESTARIAN

SENTIASA BERPANDUKAN DATA

GUNAKAN PIAWAIAN TERBUKA, DATA TERBUKA, SUMBER TERBUKA DAN INOVASI TERBUKA

GUNA SEMULA DAN PERBAIKI

USAH MEMBAHAYAKAN SENTIASA BERMUAFAKAT

Page 12: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

MEREKA BENTUK BERSAMA PENGGUNA BINA UNTUK KELESTARIAN

GUNA SEMULA DAN PERBAIKI

• Hasilkan penyelesaian mengikut konteks berdasarkan

keperluan pengguna. • Libatkan semua kumpulan pengguna dalam

perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan

penilaian. • Bangunkan projek yang bertambah dan berulang. • Mereka bentuk penyelesaian yang berpandukan; serta

memperbaiki aliran kerja sedia ada dan merancang untuk

penyesuaian organisasi.

• Pastikan penyelesaian itu peka dan berguna bagi

penduduk yang paling terpinggir: wanita, kanak-kanak,

OKU dan mereka yang terjejas kerana konflik dan

bencana.

FAHAMI EKOSISTEM SEDIA ADA • Sertai rangkaian dan komuniti-komuniti pengamal yang

sama pemikiran. • Selaraskan dengan dasar-dasar teknologi, perundangan

dan peraturan sedia ada.

MEREKA BENTUK UNTUK SKALA BESAR

• Guna, ubah suai dan tingkatkan peralatan, platform dan

rangka kerja sedia ada jika boleh. • Bangunkan secara modular, utamakan pendekatan yang

boleh saling beroperasi berbanding reka bentuk yang

monolitik.

Rancang demi kelestarian daripada awal, termasuklah perancangan

untuk kestabilan kewangan jangka panjang, iaitu menilai jumlah kos

pemilikan. • Manfaatkan dan melabur dalam pembangun dan masyarakat

setempat secara tersedia dan bantu memangkin perkembangan

mereka. • Bekerjasama dengan kerajaan tempatan untuk menjamin

persepaduan dalam strategi nasional dan kenal pasti penyokong

kerajaan peringkat tinggi.

SENTIASA BERPANDUKAN DATA • Mereka bentuk projek yang boleh disukat pada perkembangan

yang diskret dengan tumpuan kepada hasil, bukannya keluaran.

• Nilaikan penyelesaian inovatif dan perkara yang mempunyai

jurang dalam data dan bukti. • Gunakan maklumat masa nyata untuk memantau

dan maklumkan keputusan pengurusan di semua

peringkat. • Jika boleh, manfaatkan data sebagai produk sampingan

daripada transaksi dan tindakan pengguna untuk penilaian.

GUNAKAN PIAWAIAN TERBUKA,

DATA TERBUKA, SUMBER

TERBUKA DAN INOVASI

TERBUKA • Guna dan kembangkan piawaian terbuka sedia ada. • Gunakan kefungsian serta data terbuka dan dedahkan ia dalam

API (Antara Muka Atur Cara Aplikasi) terdokumentasi yang boleh

digunakan oleh komuniti yang lebih besar. • Melabur dalam perisian sebagai barangan awam. • Bina perisian sumber terbuka secara tersedia dengan kod yang

boleh didapati dalam repositori awam dan disokong oleh komuniti pembangun.

Mereka bentuk untuk skala daripada awal, nilai dan kurangkan

kebergantungan yang mungkin menghadkan keupayaan untuk

skala.

• Ambil pendekatan "sistem-sistem" bagi reka bentuk,

dengan mengambil kira implikasi reka bentuk menjangkaui

projek terdekat.

• Jadikan ia boleh ditiru dan diubah suai dalam negara dan

konteks yang lain. • Pamerkan kesan sebelum menskalakan penyelesaian. • Analisa semua pilihan teknologi melalui lensa berskala

kebangsaan dan rantauan. • Pertimbangkan perkongsian dan mulakan perundingan

daripada awal.

USAH MEMBAHAYAKAN

• Nilai dan kurangkan risiko terhadap keselamatan pengguna

dan data mereka. • Pertimbangkan konteks dan perlunya kerahsiaan maklumat

peribadi yang boleh dikenal pasti ketika mereka bentuk

penyelesaian dan kurangkan mengikut keadaan. • Pastikan kesaksamaan dan keadilan dalam cipta-sama,

dan lindungi kepentingan pengguna akhir.

SENTIASA BERMUAFAKAT

• Libatkan pelbagai kepakaran merentasi bidang dan

industri di semua peringkat. • Bekerja merentasi silo sektor untuk mewujudkan

pendekatan yang selaras dan lebih holistik. • Dokumenkan kerja, hasil, proses dan amalan terbaik

serta kongsikan ia secara meluas. • Terbitkan bahan di bawah lesen Creative Commons

secara tersedia, dengan rasional yang kukuh jika pendekatan pelesenan lain diambil.

• Jika boleh, manfaatkan data sebagai produk sampingan daripada transaksi dan tindakan pengguna untuk penilaian.

Dapatkan juga garis panduan di

http://www.unicefstories.org/principles/

Page 13: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

©UNICEF Vietnam/2016/ Kelley Lynch

TEMA

Page 14: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

PERLINDUNGAN KESIHATAN SEJAGAT

Apakah ia?

Kebanyakan sistem kesihatan gagal bertindak balas dengan keperluan dan kehendak kanak-kanak dan

keluarga yang termiskin dan terpinggir. Kos kesihatan secara langsung mahupun tidak langsung yang

tinggi menyisihkan golongan miskin daripada mendapat perkhidmatan yang boleh menyelamat dan

memperbaiki kehidupan mereka, atau menyebabkan mereka menjadi lebih miskin. Contohnya, bayangkan

seorang anak yang dilahirkan dalam masyarakat yang sangat terpencil dan sukar untuk dikunjungi, di

mana keluarga tidak mampu menanggung kos untuk membawanya ke hospital. Jika anak tersebut

menghidapi penyakit yang serius, keluarganya mungkin tidak mampu memberinya rawatan dan anak itu

berhadapan dengan risiko kematian, atau keluarganya mungkin berhadapan dengan masalah kewangan

jika cuba mendapatkan rawatan.

Visi perlindungan kesihatan sejagat (UHC) adalah semua orang mampu mendapatkan khidmat kesihatan

yang diperlukan tanpa bergantung kepada kemampuan untuk membayar. UHC mengambil kira kadar

kemudahan dan kemampuan semua komponen dalam sistem kesihatan: kemudahan kesihatan atau

rangkaian komunikasi, teknologi kesihatan, sistem maklumat, mekanisme jaminan kualiti, tadbir urus dan

perundangan.

Siapa yang terlibat?

UHC melibatkan seluruh segmen penduduk, terutamanya dalam meringankan beban kewangan golongan

miskin. Di kebanyakan negara rantau Asia Pasifik, bayaran menggunakan duit sendiri (kos untuk

penjagaan kesihatan yang tidak dibayar balik oleh insuran) adalah lazim dan memberi tekanan kewangan

yang ketara terhadap keluarga miskin. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, perbelanjaan kesihatan

persendirian yang dibayar sendiri berjumlah 40% di Barat Asia Pasifik dan melebihi 60% di Asia

Tenggara.7 Bayaran menggunakan wang sendiri adalah tinggi terutamanya di Bangladesh, Kemboja, Cina,

India dan Vietnam.8 Sesebuah keluarga di Kemboja membelanjakan 5.6% daripada keseluruhan

belanjawan bulanan untuk kesihatan, antara yang tertinggi di rantau ini, menyebabkan 4% keluarga berada

di bawah paras kemiskinan9

Bagaimanakah kesan UHC kepada kanak-kanak? Menurut Selamatkan Kanak-kanak, perlindungan kesihatan yang lebih adil dapat menyelamatkan

nyawa lebih 1.8 juta di dunia. 10Sesungguhnya, keadaan kesihatan dan kelangsungan hidup kanak-

kanak di Asia Pasifik menuntut perlindungan kesihatan yang lebih adil. Kanak-kanak yang dilahirkan

di kalangan 20% keluarga termiskin lebih terdedah kepada kematian akibat penyakit yang boleh

dicegah berbanding kanak-kanak di kalangan 20% keluarga terkaya. Ketaksamaan ini bertambah

teruk dengan adanya ketaksamaan jantina, di mana wanita dan kanak-kanak perempuan

didiskriminasi dalam mendapatkan perkhidmatan asas kesihatan. Pada 2010, 7.6 juta kanak-kanak

di seluruh dunia mati sebelum berusia 5 tahun, dan satu per tiga daripadanya (2.6 juta) berlaku di

rantau Asia Pasifik.11 Enam negara merupakan penyumbang sebahagian daripada kematian kanak-

kanak di bawah lima tahun di seluruh dunia dan tiga daripadanya terletak di rantau Asia Pasifik

iaitu: Cina, India and Pakistan.12

Apakah kesannya daripada segi ekonomi? Apabila rakyat sesebuah negara berpenyakit dan tidak sihat, mereka turut membebankan keluarga,

sistem kesihatan dan masyarakat sekeliling daripada segi ekonomi. Pekerja yang sakit tidak

produktif, menyebabkan keluarga kekal dalam kemiskinan. Keluarga terpaksa mengutamakan kos

perubatan berbanding pendidikan mahupun aktiviti-aktiviti yang menjana pendapatan. Kesannya,

keupayaan keluarga untuk menjana pendapatan merudum lalu menjejaskan ekonomi negara.13

Malahan, kos perubatan dan kesihatan merupakan antara penyebab utama kemiskinan di seluruh

dunia. Dianggarkan bahawa 100 juta keluarga terjebak dalam kemiskinan setiap tahun disebabkan

oleh kos perubatan dan kesihatan.14

Namun, pelaburan kerajaan mampu memberi pulangan yang positif. Menurut kajian Universiti

Victoria di Melbourne ke atas enam buah negara Asia, setiap dolar yang dibelanjakan untuk

intervensi yang utama bagi kesihatan reproduktif, maternal, bayi baru lahir dan anak, mampu

menjana faedah kira-kira USD20 .15

Page 15: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

KEGANASAN

TERHADAP KANAK-

KANAK

Siapa yang terlibat? Keganasan terhadap kanak-kanak adalah masalah yang meluas di seluruh Asia Pasifik - anggaran terkini menunjukkan bahawa 64% daripada semua kanak-kanak berusia 2 hingga 17 tahun

menyaksikan atau mengalami keganasan fizikal, emosi, seksual, dan buli.16

Statistik berikut memberi gambaran mengenai kadar dan skala keganasan terhadap kanak-

kanak di rantau ini:

• Kadar penderaan seks kira-kira 11-22% bagi budak perempuan dan 3-16% bagi budak

lelaki.17 • Kanak-kanak yang menyaksikan keganasan di kalangan ibu bapa atau pengasuh ketika

zaman kanak-kanak mereka kira-kira 12-32%.18

• Buruh kanak-kanak, termasuk buruh paksaan dan pemerdagangan seks, melibatkan hampir 1

daripada 10 kanak-kanak di rantau ini.19 Keganasan mungkin digunakan untuk

memerangkap kanak-kanak untuk bekerja, atau menghukum dan mengawal mereka di tempat kerja.

Apakah ia?

Kanak-kanak mungkin mengalami keganasan di tangan orang yang berbeza dalam pelbagai

konteks: daripada pengasuh di rumah, guru di sekolah, majikan di tempat kerja, rakan dalam

masyarakat serta melalui insitusi perundangan. Seorang ayah yang mementingkan disiplin

dalam mendidik mungkin memukul anaknya dengan rotan setiap kali anaknya gagal di

sekolah, contohnya. Atau, seorang anak yang bekerja di restoran untuk membantu

keluarganya yang susah, lalu menerima caci-maki majikannya setiap hari.

Keganasan terhadap kanak-kanak ditakrifkan oleh Artikel 19 dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), sebagai "segala bentuk keganasan fizikal atau mental, kecederaan atau penderaan, pengabaian atau kecuaian, penganiayaan atau eksploitasi, termasuk penderaan seksual, ketika dalam jagaan ibu bapa, penjaga yang sah atau sesiapa sahaja yang menjaga kanak-kanak tersebut." Terdapat berbagai bentuk keganasan. Contohnya, dalam bentuk emosi (penderaan lisan dan pengabaian psikologi), fizikal (hukuman dera dan pukulan), atau seksual (sentuhan yang tidak sepatutnya dan pencabulan).

Bagaimana keganasan memberi kesan terhadap kanak-kanak? Kebanyakan daripada kesan negatif berkaitan kesihatan dan kesejahteraan berpunca daripada

keganasan yang dialami oleh kanak-kanak. Keganasan emosi dan fizikal terhadap kanak-kanak

sering menyebabkan kerisauan dan kemurungan, mencederakan diri sendiri, fikir dan cuba

membunuh diri, masalah alkohol dan penyalahgunaan dadah serta cubaan merokok di usia muda.

Malahan, satu per tiga sehingga separuh daripada perokok di awal usia di Asia Pasifik dikatakan

pernah mengalami penderaan fizikal ketika kecil.20 Kesan daripada keganasan terhadap kesihatan

fizikal termasuklah penyakit jangkitan kelamin, kecederaan fizikal atau kecacatan, kualiti kesihatan

yang rendah dan risiko kesihatan lain. Mangsa keganasan juga mudah terdedah kepada keganasan

lain secara berterusan, atau berubah menjadi pelaku pula. Di sekolah dan tempat kerja, kesan ini

boleh mengakibatkan hilangnya motivasi, prestasi yang rendah, ketidakhadiran mahupun keciciran.

Page 16: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

Kesan Ekonomi

Di peringkat rantau, keganasan terhadap kanak-kanak memberikan kesan ekonomi yang

mengejutkan. Kanak-kanak yang mengalami penderaan akan merujuk kepada perkhidmatan

kesihatan, sosial dan kehakiman yang disediakan oleh negara, lalu mengakibatkan perbelanjaan

kerajaan yang meningkat dalam bidang-bidang ini. Tambahan pula, prestasi atau produktiviti

kanak-kanak selaku pekerja mungkin menurun akibat keganasan yang menjejaskan mental dan

fizikal mereka.21

Menurut kajian terhadap keganasan di Asia Timur dan Pasifik pada 2014, kos keganasan

terhadap kanak-kanak berjumlah USD194 billion - hampir melebihi 2% daripada KDNK rantau

ini. Ini termasuklah kos keganasan emosi (USD48.5 bilion), keganasan fizikal (USD20.7 bilion)

keganasan seksual (USD42.9 bilion), pengabaian (USD17.1 bilion), menyaksikan keganasan

domestik (USD21.1 bilion) dan kematian disebabkan penganiayaan (USD0.3 bilion).22

Pencegahan keganasan terhadap kanak-kanak adalah langkah utama dalam memperbaiki

kesihatan dan kesejahteraan mereka yang tinggal di rantau ini.

Peluang untuk perubahan

Keganasan adalah satu masalah yang meluas, dengan kesan dan risiko yang merosakkan. Namun,

bentuk keganasan yang berbeza mempunyai peluang pencegahan dan perlindungan yang sama.

Perhubungan dan persekitaran yang tidak selamat, stabil dan membinalah yang menjadi punca

kepada segala bentuk keganasan. Keadaan yang selamat, stabil dan membina ini perlu bagi

memastikan kanak-kanak membesar dalam konteks yang bebas keganasan.

Page 17: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

PERLINDUNGAN

SOSIAL

Contoh-contoh program perlindungan sosial adalah:

• Program pemindahan tunai yang memberikan tambahan pendapatan kepada keluarga. Ini

dapat membantu keluarga untuk melabur secara terus untuk kesejahteraan dan

pembangunan anak-anak, atau melabur dalam usaha niaga mereka sendiri. • Perubahan polisi dan perundangan yang menangani diskriminasi dan layanan yang tidak

adil terhadap wanita dan kanak-kanak bagi memastikan mereka mendapat peluang

perkhidmatan yang sama. • Pengecualian yuran bagi wanita hamil untuk mendapatkan khidmat penjagaan ibu,

memberi akses yang lebih terhadap perlindungan kesihatan wanita hamil dan

mengurangkan kadar kematian maternal.

Apakah ia? Selalunya, memang sukar bagi golongan miskin untuk bebas daripada kemiskinan kerana mereka disisih

daripada mendapatkan perkhidmatan dan pelbagai peluang. Contohnya: seorang petani miskin di Laos

mungkin tidak layak mendapat khidmat perbankan formal - maka dia tidak dapat melabur untuk

memperluaskan pemilikan tanah atau ternakan, lalu perlu bersusah-payah menyara anak-anaknya.

Manakala di Bangladesh, mungkin ada anak yang menghadapi masalah kesihatan yang serius - namun,

kerana tidak mampu mendapatkan rawatan, sakitnya berterusan dan tidak dapat ke sekolah.

Perlindungan sosial merupakan satu set polisi dan tindakan awam yang komprehensif yang

menghapuskan halangan untuk mendapatkan perkhidmatan, menyebabkan pengagihan manfaat yang

lebih adil, dan ingin membantu mereka yang paling lemah dan terpinggir.23 Negara-negara yang

mempunyai polisi perlindungan yang kukuh boleh menghapuskan halangan dan meningkatkan peluang

kepada rakyat yang selama ini tersisih daripada peluang perkhidmatan seperti kesihatan, pendidikan dan

nutrisi.

Bagaimana ia memberi kesan kepada kanak-kanak? Kanak-kanak berhadapan dengan risiko dan kerentanan yang tertinggi dalam isu ketaksamaan

dan penyisihan sosial kerana mereka bergantung kepada penjaga mereka. Mereka tiada banyak

pilihan untuk mengubah keadaan mereka, dan menjadi mangsa ketaksamaan. Ketaksamaan

sangat menjejaskan kanak-kanak sehingga mempengaruhi kesihatan, pendidikan dan

pemakanan mereka.

Siapa yang terlibat? Program perlindungan sosial memberi manfaat kepada golongan yang disisih masyarakat dan

menghadapi halangan untuk mendapatkan perkhidmatan asas, faedah dan peluang-peluang.

Mereka termasuklan, contohnya, masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman dan sukar

dikunjungi, keluarga yang terlibat dengan HIV dan kemiskinan serta kaum yang telah sekian

lama didiskriminasi.

Page 18: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

Kesan Ekonomi Polisi perlindungan sosial membawa manfaat yang besar untuk ekonomi yang lebih luas dengan

membolehkan penerima meningkatkan penglibatan mereka dalam pasaran kerja, membuat

pelaburan dan menambah pendapatan dan perbelanjaan keluarga - lalu merangsang permintaan

dalam pasaran tempatan dan mengurangkan kemiskinan. Fikirkan kesan-kesan berikut:

• Penerima Bolsa Familia di Brazil didapati mempunyai kadar penyertaan dalam pasaran kerja

yang lebih tinggi berbanding yang bukan peserta, terutamanya kaum wanita. • Di Afrika Selatan, seorang kanak-kanak yang menerima Geran Sokongan Kanak-kanak ketika tempoh

perkembangan kritikal menerima pertambahan gaji bulanan sebanyak 5-7 peratus. • Di Mexico, kanak-kanak yang menyertai program pemindahan tunai bersyarat Oportunidades

menerima pendapatan 8 peratus lebih tinggi kerana mendapat pendidikan yang lebih lama di

sekolah kesan daripada program tersebut. • Sebuah program pemindahan tunai kecemasan di Malawi menunjukkan bahawa bagi setiap dolar

yang dibelanjakan, memberi pulangan melebihi 2 dolar disebabkan peningkatan pengeluaran dan

penambahan nilai produk.24

Disebabkan kesannya yang positif terhadap kanak-kanak dan keluarga daripada segi nutrisi,

pendidikan, perlindungan dan banyak lagi, perlindungan sosial membawa manfaat kepada sesebuah

keluarga dan negara secara keseluruhannya.

Komponen-komponen polisi sosial25

• Pemindahan sosial: Pemindahan langsung yang boleh dijangka untuk individu atau keluarga, dalam

bentuk barangan dan tunai, bagi melindungi mereka daripada kesan kejutan dan membantu

pengumpulan aset manusia, kewangan dan produktif. Contoh: pemindahan tunai, pemindahan

barangan, kerja awam. • Program-program yang menjamin peluang mendapatkan perkhidmatan: Program-program yang

mengurangkan halangan ekonomi dan sosial terhadap keluarga ketika ingin mendapatkan

perkhidmatan sosial. Contoh: Pemansuhan yuran pengguna, insuran kesihatan, pendaftaran kelahiran. • Sokongan sosial dan khidmat jagaan: Sekumpulan perkhidmatan yang membantu mengenal pasti dan

mengurangkan kerentanan dan penyisihan, terutama di peringkat kanak-kanak dan keluarga, bagi

meningkatkan keupayaan manusia dalam menghadapi kejutan dan tekanan dan menghubungkan

mereka kepada program dan perkhidmatan sedia ada. Contoh: perkhidmatan sokongan keluarga,

penjagaan di rumah. • Pembaharuan polisi dan perundangan: Perubahan polisi dan perundangan bagi menghapuskan

ketaksamaan dalam mendapatkan perkhidmatan atau peluang-peluang ekonomi/mata pencarian lalu

membantu menangani isu diskriminasi. Contoh: cuti bersalin dan cuti isteri bersalin, hak mewarisi, skim

jaminan pekerjaan.

Page 19: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

CABARAN

©UNICEF Solomon Island/2016/ Giacomo Pirozzi

Page 20: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

PERLINDUNGAN KESIHATAN SEJAGAT

Tanggungjawab Sosial/Peluang Mendapat Khidmat Kesihatan yang Berpatutan

Disebabkan ketiadaan sumber kewangan sendiri, wanita dan kanak-kanak seringkali gagal

mendapatkan khidmat kesihatan. Tanpa akaun simpanan mahupun aset, kos penjagaan

kesihatan yang rendah sekalipun boleh membenamkan keluarga miskin menjadi semakin

miskin.

Wanita dan kanak-kanak terutamanya, memerlukan khidmat kesihatan pencegahan dan

penyembuhan yang meluas di sepanjang hidup mereka - daripada khidmat kehamilan selamat

sehinggalah imunisasi, rawatan penyakit berjangkit (cth: malaria dan HIV) dan penyakit tidak

berjangkit (cth: kencing manis, sakit mental dan kanser). Jika rakyat perlu membayar

perkhidmatan ini secara terus daripada saku mereka, maka ahli masyarakat yang termiskin

tiada peluang mendapatkan khidmat keselamatan yang mereka perlukan.

PERSOALAN TENTANG CABARAN: • Bagaimanakah golongan muda dapat berperanan dalam menggalak dan mempengaruhi

kerajaan untuk mewujudkan dan membiayai sistem kesihatan sehingga wanita dan

kanak-kanak yang paling terpinggir dan serba kekurangan sekalipun menerima

perlindungan kesihatan yang diperlukan? • Bagaimana kita boleh membantu rakyat memantau kerajaan dalam perbelanjaan

kesihatan awam agar ia dapat mendorong tindakan yang responsif daripada kerajaan? • Bagaimana kita dapat membantu keluarga untuk memberi maklum balas dan pendapat

tentang kualiti khidmat kesihatan yang mereka terima?

Page 21: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

Keganasan Terhadap Kanak-kanak

PERSOALAN TENTANG CABARAN:

• Bagaimanakah kita dapat meyakinkan guru dan pelajar untuk menghalang jika mereka menyaksikan

perbuatan buli di bilik darjah atau kawasan sekolah? • Bagaimana sekolah dan golongan muda boleh mencegah kegiatan buli di media sosial? • Bagaimana kita dapat mengubah persepsi di kalangan pelajar supaya kegiatan buli dilihat

bersifat pemusnah dan bukannya hebat?

Buli

Kegiatan buli menggugat peluang pembelajaran dan pembangunan positif kanak-kanak di seluruh rantau Asia Pasifik.

Di kebanyakan negara, kanak-kanak menghabiskan sebahagian besar masa mereka di sekolah. Namun

begitu, bagi kebanyakan pelajar, sekolah mempunyai kaitan dengan keganasan. Kajian oleh Pertubuhan

Kesihatan Sedunia baru-baru ini mendapati bahawa, lazimnya, 1 daripada 3 budak lelaki dan perempuan

di rantau ini dibuli dalam satu atau lebih hari pada bulan lalu. Kebanyakan daripada mereka akan dibuli berulang kali di sepanjang tempoh persekolahan mereka.26

Walaupun biasanya tersembunyi, kesan buli adalah meluas. Buli memusnahkan zaman kanak-kanak. Ia

menyebabkan kebimbangan dan kemurungan, serta melemahkan motivasi pembelajaran dan

pencapaian. Menyebabkan kehadiran dan penyertaan yang sedikit di kelas, buli menghalang

pembelajaran dan peluang di masa hadapan.

Biasanya, buli menjadi kelakuan yang diikuti atau 'norma sosial': kanak-kanak membuli rakan kerana

mereka melihat orang lain melakukannya dan berhasrat menjadi sebahagian daripada kumpulan

tersebut. Melihat kepada kemusnahan berkekalan disebabkan buli, tindak balas yang diambil terhadap

buli ketika ianya berlaku adalah tidak memadai - pencegahan segera juga sangat diperlukan.

Disiplin ganas

Disiplin ganas - dalam bentuk hukuman dera atau penderaan lisan - memberi kesan negatif terhadap

perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak yang boleh berterusan sehingga dewasa.

Berdasarkan data global UNICEF, 3 daripada 4 kanak-kanak di seluruh rantau Asia Pasifik berhadapan

dengan disiplin ganas di rumah dan bilik darjah.27 Cara ini bukan sahaja tidak berkesan untuk

memperbaiki tingkah laku, malah dikaitkan dengan masalah akademik dan kecelaruan mental di kalangan

kanak-kanak dan meningkatkan keganasan dan jenayah oleh orang dewasa. Walaupun kebanyakan

orang dewasa di rantau ini tidak menganggap hukuman fizikal perlu dalam menghukum, kebanyakan ibu

bapa masih meneruskan amalan itu hingga ke hari ini.

PERSOALAN TENTANG CABARAN:

• Bagaimana kita dapat membantu ibu agar menghentikan hukuman fizikal dan mengamalkan

pendekatan tanpa kekerasan dalam mendisiplinkan anak-anak mereka? • Bagaimana kita boleh mengubah persepsi di kalangan ibu bapa supaya hukuman fizikal dilihat

sebagai sesuatu yang tidak diterima masyarakat? • Bagaimana kita dapat memperbaharui dan mengeratkan hubungan yang positif di antara ibu bapa

dan anak remaja mereka?

Page 22: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

Keganasan Seksual Keganasan seksual adalah suatu pengalaman zaman kanak-kanak yang lazim di seluruh

rantau Asia Pasifik dan mungkin meninggalkan kesan psikologi, emosi dan fizikal yang

berpanjangan ke atas mereka yang telah melaluinya.

Disebalik kelazimannya, keganasan seksual dipenuhi dengan rahsia. Sangat sedikit

daripadanya yang dilaporkan atau didedahkan. Banyak berlaku di kalangan budak lelaki dan

perempuan, perbuatan ganas ini sering kali dilakukan oleh orang yang rapat dengan mereka:

ahli keluarga, jiran, rakan dan/atau kekasih.

Mengenal pasti, menolak dan/atau melaporkan gerak laku seksual - terutamanya dalam

persekitaran di mana kaum lelaki menganggap seks adalah hak mereka, sebagai lambang

kuasa atau kejantanan - boleh jadi terlalu sukar. Perbincangan mengenai seks merupakan

pantang larang dalam kebanyakan masyarakat dan mangsa keganasan seksual selalunya

terlalu malu untuk bersuara, terutamanya budak lelaki.

PERSOALAN TENTANG CABARAN: • Bagaimana cara untuk memperkasakan budak lelaki dan perempuan agar cukup yakin

untuk berkata tidak terhadap gerak laku seksual? • Bagaimana kita dapat membantu ibu bapa mendidik anak mereka tentang perbezaan

sentuhan yang boleh diterima dan sebaliknya? • Bagaimana kita dapat menyokong orang dewasa untuk saling membantu ketika melihat tingkah

laku yang tidak sepatutnya?

Page 23: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

PERLINDUNGAN

SOSIAL

Melabur dalam Modal Kognitif

Sepanjang dua dekad lalu, pertumbuhan ekonomi telah banyak mengurangkan kemiskinan di kebanyakan

negara Asia dan Pasifik. Namun, peningkatan kekayaan turut menyebabkan ketaksamaan dan

kekurangan terutama bagi kanak-kanak. Pelaburan demi kanak-kanak, terutama ketika di awal usia

mereka sangat penting - terbukti dapat menguatkan keupayaan kognitif, kesihatan dan perkembangan dan

seterusnya mengningkatkan produktiviti negara. Namun, pelaburan dalam perkembangan dan

pembelajaran awal kanak-kanak di seluruh Asia Pasifik kekal rendah.

PERSOALAN TENTANG CABARAN:

• Bagaimana kita dapat membantu kanak-kanak menyertai pusat pra-sekolah dalam masyarakat

mereka? • Bagaimana kita dapat membantu keluarga untuk berhubung dengan rangkaian dan

perkhidmatan sokongan dalam masyarakat mereka? • Bagaimana kita boleh menggalakkan ibu bapa baharu mengenal pasti dan mengamalkan aktiviti dan

tindakan keibubapaan yang positif?

Nutrisi

Kanak-kanak yang tidak mendapat nutrisi, perlindungan kesihatan dan pendidikan yang baik tiada

peluang untuk berkongsi dalam kehidupan sosial dan ekonomi masyarakat dan negara di masa

hadapan.

Seribu hari pertama dalam hidup kanak-kanak mewakili tempoh kritikal bagi intervensi pemakanan dan

tingkah laku kerana kanak-kanak melalui perkembangan fizikal dan mental yang pantas dalam tempoh ini.

Tanpa khasiat yang diperlukan, kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan atau terdedah kepada

kencing manis dan lain-lain penyakit tidak berjangkit yang berkaitan dengan obesiti. Mereka lebih kerap

sakit dan mengambil masa yang lama untuk sembuh sehingga meningkatkan kos penjagaan kesihatan

yang tidak mampu ditanggung oleh keluarga. Di sekolah, malnutrisi-sama ada dalam bentuk kurang nutrisi atau obesiti - menghadkan keupayaan dan

peluang pembelajaran kanak-kanak dengan mengurangkan kehadiran dan menyukarkan penumpuan

dalam kelas. Kesan ini berterusan sehingga dewasa, lalu mengurangkan produktiviti kerja dan keupayaan

'kuasa perolehan'.

Persoalan Tentang Cabaran:

• Bagaimana kita hendak mendidik para ibu dengan lebih baik mengenai kepentingan nutrisi kanak-

kanak di peringkat awal, terutamanya penyusuan susu ibu yang memakan masa? • Bagaimana kita dapat menjadikan makanan berkhasiat lebih mudah didapati di sekolah kerajaan? • Bagaimana kita dapat membantu kanak-kanak menggalakkan tabiat pemakanan yang lebih sihat di

rumah?

Peningkatan Usia Penduduk Ketika penduduk Asia Pasifik meningkat tua, beban penjagaan akan ditanggung oleh generasi muda lalu

menyebabkan penurunan produktiviti dan peningkatan kemiskinan ke atas kumpulan yang sememangnya

sudah terpinggir dan kekurangan.

Dalam keluarga yang tidak mampu mendapatkan perkhidmatan sokongan, ibu bapa mungkin terpaksa

berhenti bekerja untuk menjaga saudara yang sudah tua atau sering memberhentikan anak mereka dari

sekolah untuk sebab yang sama. Untuk jangka panjang, penurunan pendapatan, pendidikan dan

peluang pekerjaan keluarga akan mengakibatkan penurunan produktiviti negara dan genangan ekonomi.

Persoalan Tentang Cabaran:

• Bagaimanakah keluarga dapat dibantu untuk mendapatkan khidmat tersedia dalam membantu

menjaga orang tua mereka? • Bagaimanakah penjagaan kesihatan warga emas dapat dibiaya dan disediakan supaya pekerjaan

dan persekolahan tidak terjejas? • Bagaimanakah teknologi dapat menyumbang dalam memperbaiki kualiti hidup ahli keluarga yang tua?

Page 24: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

KE MANAKAH ARAH TUJU KITA Inovasi sosial mampu menawarkan pendekatan baharu bagi menangani cabaran-cabaran sosial yang kompleks dengan berkesan. Perintis perubahan dan inovator sosial dapat memahami masalah dan punca di sebaliknya dengan lebih baik, membina empati terhadap mereka yang menghadapi cabaran, memikirkan cara untuk 1 menangani cabaran ini dan membina prototaip bagi idea-idea menjadi produk dan perkhidmatan.

Kami harap perbincangan di dalam Buku Panduan ini mengenai

masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak akan memberi inspirasi

untuk anda menyertai Cabaran Inovasi Belia HLM3. Sebagai orang

muda, anda dipelawa agar menyahut cabaran untuk memperbaiki

masyarakat anda - bukan sahaja untuk diri anda malahan untuk

generasi anak-anak masa hadapan.

Langkah seterusnya: • Lawati laman sesawang Cabaran HLM3

Challenge di www.hlm3challenge.com • Semak penyertaan negara anda dalam Cabaran ini • Jika ada, daftar untuk menyertai Cabaran melalui laman

sesawang tersebut sebelum 4 September 2016

Jika negara anda tidak menjadi peserta, tidak mengapa. Masih ada

beberapa cara untuk anda terlibat dalam inovasi:

• Cari NGO tempatan atau makmal inovasi berdekatan anda, dan

hubungi mereka untuk ketahui cara bagi anda membantu,

menjadi sukarela atau bekerjasama. • Sertai masyarakat inovator global yang dalam menangani

cabaran-cabaran sosial yang kritikal:

http://www.causetech.net/ • Mohon kepada Dana Inovasi Global untuk mengubah idea anda

menjadi impak: http://www.globalinnovation.fund/ • Ikuti usaha kami di Twitter: @UNICEFinnovate

Page 25: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

RUJUKAN

1UNICEF http://data.unicef.org/nutrition/malnutrition.html 2UNDP http://www.asia-pacific.undp.org/content/rbap/en/home/blog/2016/4/22/How-do-you-unlock-the-immense-potential-of-youth-.html 3UNFPA https://www.unfpa.org/sites/default/files/pub-pdf/MarryingTooYoung.pdf 4Menyerlahkan Belia di Asia Menyerlahkan Belia di Asia -McKinsey 5Themalaymailonline http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/putrajaya-budgets-rm20m-for-magic-so-cial-entreprises 6IDEO IDEO, sebuah firma inovasi dan reka bentuk global, diberi gelaran reka bentuk berpusatkan manusia https:// www.ideo.org/approach

15WHO http://www.who.int/pmnch/knowledge/publications/summaries/knowledge_summaries_24_eco-nomic_case/en/ 16SOCIALSERVICEFORCE http://www.socialserviceworkforce.org/system/files/resource/files/Global%20Prevalence%20 of%20Past-year%20Violence%20Against%20Children.pdf 17UNICEF http://www.unicef.org/eapro/Violence_against_Children_East_Asia_and_Pacific.pdf 18UNICEF http://www.unicef.org/eapro/Violence_against_Children_East_Asia_and_Pacific.pdf 19UNICEF http://www.unicef.org/eapro/Violence_against_Children_East_Asia_and_Pacific.pdf 20UNICEF http://www.unicef.org/eapro/Violence_against_Children_East_Asia_and_Pacific.pdf

7ADB 21ODI

http://blogs.adb.org/blog/universal-health-coverage-too-important-asia-postpone https://www.odi.org/sites/odi.org.uk/files/odi-assets/publications-opinion-files/9178.pdf

8Rockefellerfoundation 22NCBI

https://www.rockefellerfoundation.org/app/uploads/uhc-close-the-gap-report.pdf http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25757367

9Rockefellerfoundation 23UNICEF

https://www.rockefellerfoundation.org/app/uploads/uhc-close-the-gap-report.pdf http://www.unicef.org/socialprotection/framework/files/UNICEF_SPSFramework_Chapter_1.pdf

10Selamatkankanak-kanak 24UNICEF

http://www.savethechildren.org.uk/sites/default/files/images/Universal_health_coverage.pdf http://www.unicef.org/socialpolicy/files/UNICEF_Social_Protection_Strategic_Framework_full_

11OECD doc_std.pdf

25UNICEF

http://www.oecd-ilibrary.org/docserver/download/8112131ec006.pdf?expires=1469855629&id

=id&accname=guest&checksum=CE04D007ACFC4E9303FD52407604E134 http://www.unicef.org/esaro/5483_social_protection.html

12UNICEF 26WHO

http://www.unicef.org/sapc08/docs/SAPC_Full_Report.pdf http://www.who.int/chp/gshs/en/

13WHO 27UNICEF

http://www.who.int/chp/chronic_disease_report/full_report.pdf http://data.unicef.org/

`14UNICEF

http://www.unicef.org/sapc08/docs/SAPC_Full_Report.pdf

Page 26: HLM3 ASIA PASIFIK BUKU PANDUAN CABARAN INOVASI BELIA€¦ · anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip

Terima kasih

UNICEFMalaysia/2014/Pirozzi

Buku Panduan ini merupakan hasil kajian, wawasan dan penelitian ramai orang. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pakar-pakar, anggota masyarakat dan rakan-rakan berikut atas sumbangan dan wawasan mereka.

sebuah hasil