hikayat marakarma

12
HIKAYAT MARAKARMA

Upload: kairos

Post on 23-Feb-2016

286 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

HIKAYAT MARAKARMA. PEPERANGAN. PERKAHWINA N. PERTABALAN. Watak. Watak utama : Maharaja Marakarma Watak pembantu : Maharaja Indera Dewa / lawan perang Marakarma Raja Mengindera Sari / adinda Marakarma - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: HIKAYAT MARAKARMA

HIKAYAT MARAKARMA

Page 2: HIKAYAT MARAKARMA

PEPERANGAN PERKAHWINAN PERTABALAN

Page 3: HIKAYAT MARAKARMA

WatakWatak utama: Maharaja Marakarma

Watak pembantu: Maharaja Indera Dewa / lawan perang Marakarma Raja Mengindera Sari / adinda Marakarma Tuan Puteri Nila Cahaya / anak Maharaja Indera Dewa / taruhan perang maharaja Tuan Puteri Cahaya Khairani / bekas tawanan raksasa / diselamatkan oleh Marakarma / isteri Marakarma Raja Bujangga Indera / adinda Tuan Puteri Cahaya Khairani Maharaja Malai Kisna / raja negeri Mercu Indera / ayahanda TPC Khairani dan Bujangga Raja Dikar Agas Peri (menunjukkan kesaktian memanah ke udara, turun permata ratna mutu manikam)

Page 4: HIKAYAT MARAKARMA

Perwatakan

-berani, -memegang janji, -menghargai jasa, -penyayang

Page 5: HIKAYAT MARAKARMA

Latar Tempat-medan perang / negeri hikmat-negeri Anta Beranta / menerima pertabalan Raja Bujangga Indera-negeri Puspa Sari-negeri Mercu Indera / menerima pertabalan Maharaja Marakarma (ganti Maharaja Malai

Kisna)-negeri Pelanggam Cahaya / menerima

pertabalan Raja Mengindera Sari

Page 6: HIKAYAT MARAKARMA

Sinopsis Hikayat

Maharaja Indera Dewa berang dengan kejayaan Marakarma membina negeri dengan kuasa hikmat, lalu mengisytiharkan perang. Pertempuran bersemuka berlaku mengikut darjat, misalnya menteri dengan menteri dan hulubalang dengan rakyat. Akhirnya, Maharaja Indera Dewa tinggal seorang, lalu cuba diusir oleh Marakarma, tetapi dibalas dengan sindiran tajam. Maharaja Indera melepaskan anak panah tetapi sipi. Kemudian, mereka bertarung kesaktian dan langsung bertikam. Marakarma berjaya membunuh Maharaja Indera yang sempat berpesan menitipkan Tuan Puteri Nila Cahaya yang manja kepada Marakarma. Melihat kedua-dua orang tuanya mati, Puteri Nila cuba membunuh diri, tetapi dapat dihalang.

Page 7: HIKAYAT MARAKARMA

Isteri Marakarma terkejut melihat adiknya yang sudah lama tidak ditemui, Raja Bujangga Indera menghadap suaminya. Berita pertemuan dua beradik itu disampaikan kepada ayahanda mereka, Maharaja Malai Kisna menerusi seorang hulubalang yang pantas berjalan. Raja Bujangga Indera dijodohkan dengan Tuan Puteri Nila Cahaya dan dirajakan di negeri Anta Beranta. Pesta perkahwinan dan pertabalan itu memakan masa 40 hari 40 malam.

Page 8: HIKAYAT MARAKARMA

Maharaja Malai Kisna menerima menghadap hulubalang

pantas berjalan dan mendengar bacaan surat anakandanya, Raja Bujangga. Sejurus selepas itu, Marakarma, menantu baginda pun tiba, lalu disambut dengan segala adat kebesaran istana. Pesta memandikan TPC Khairani (sebagai tanda syukur penemuannya) dilangsungkan selama 40 hari 40 malam juga. Pesta menunjukkan kesaktian dan perarakan panca persada tujuh tingkat untuk Marakarma dan TPC Khairani ialah antara upacara pertabalan Maharaja Marakarma menggantikan kedudukan mertuanya itu. Sesudah itu, saban tahun sekalian raja datang membawa bingkisan untuk Marakarma.

Page 9: HIKAYAT MARAKARMA

TemaMitos pertabalan raja-raja zaman dahulu

Page 10: HIKAYAT MARAKARMA

Nilai Murni-keberanian -menepati janji-berterima kasih- kasih sayang

Page 11: HIKAYAT MARAKARMA

Persoalan- keberanian dalam menghadapi cabaran /

serangan musuh- janji tetap ditunaikan / janji tidak pernah

dimungkiri- membalas budi orang yang berjasa- kasih sayang sesama keluarga

Page 12: HIKAYAT MARAKARMA

Pengajaran- kita hendaklah berani dalam menghadapi

cabaran kehidupan / ancaman musuh (pesaing)

- kita hendaklah menepati / menunaikan janji / kita janganlah mungkir janji

- kita hendaklah membalas budi orang yang berjasa

- kita hendaklah berkasih sayang sesama keluarga