hgf 3043 kaji iklim

11
SITI NASUHA BINTI OTHMAN D2014106778

Upload: violetputih

Post on 31-Jan-2016

88 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

assignment individu

TRANSCRIPT

Page 1: HGF 3043 Kaji Iklim

SITI NASUHA BINTI OTHMAN D2014106778

Page 2: HGF 3043 Kaji Iklim

1) MAKSUD KAJI IKLIM

Kaji iklim bermaksud ilmu yang berkaitan dengan fenomena pelbagai jenis iklim.

Sumber : http://dictionary.reference.com/browse/climatology

Menurut National Drought Mitigation Center, menyatakan kaji iklim dapat didefinisikan kepada dua iaitu cuaca dan iklim. Cuaca adalah keadaan atmosfera dalam tempoh masa yang singkat. Sebagai contoh , kita bercakap mengenai cuaca hari ini atau cuaca pada minggu ini. Iklim mewakili komposit hari -hari cuaca dalam tempoh yang lebih lama.

Sumber : http://drought.unl.edu/DroughtBasics/WhatisClimatology.aspx

Page 3: HGF 3043 Kaji Iklim

2) KOMPOSISI DAN STRUKTUR ATMOSFERA MENGIKUT LAPISAN YANG BERBEZA

Page 4: HGF 3043 Kaji Iklim

Menurut Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah,(2008), atmosfera dapat di bahagikan kepada beberapa lapisan utama berasaskan perbezaan suhu iaitu lapisan troposfera, stratosfera, mesosfera dan termosfera.

TROPOSFERA Lapisan ini mempunyai ketebalan 17 km dari aras laut di khatulistiwa dan 8 km di bahagian kutub. Lapisan ini mengandungi wap air yang berbeza-beza kawasan yang membolehkan adanya kehidupan serta berlakunya proses cuaca dan iklim.

STRATOSFERA Lapisan ini merupakan lapisan yang kedua atmosfera dengan ketebalan bermula dari 17 km hingga 48 km di atas permukaan bumi. Ia merupakan lapisan mengandungi gas ozon. Gas ozon bersifat menyerap dan menipiskan bahagian ultra lembayung (UV) , sentiasa wujud dan musnah secara berterusan selagi kadar proses adalah sama dan purata konsentrasinya adalah kekal walaupun berbeza dari segi tempat dan ketinggian.

Page 5: HGF 3043 Kaji Iklim

MESOSFERA

Lapisan ini berada pada paras 80 km dari bumi yang mempunyai suhu berkurangan semula mengikut ketinggian dan mencapai paras minimum di sekitar -90 °C di mesopaus (lapisan mesosfera paling tinggi dan menjadi sempadan dengan lapisan termosfera).

TERMOSFERA

Lapisan ini merupakan lapisan yang mempunyai profil suhu meningkat semula dengan ketinggian. Di lapisan bawah lapisan ini mengandungi gas nitrogen dan oksigen manakala lapisan atas terdapat gas atom oksigen. Peningkatan suhu di kawasan ini disebabkan oleh kekuatan atom oksigen yang menyerap cahaya UV dengan banyak.

sumber:

Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah,(2008).Pengantar

Persekitaran Fizikal. Tanjong Malim, Perak: UPSI

Page 6: HGF 3043 Kaji Iklim

3) CIRI-CIRI PLANET DALAM SISTEM SURIA

Page 7: HGF 3043 Kaji Iklim

UTARID (MERCURY)

Planet paling dekat dengan matahari

Kedua terkecil, terletak 0.38 unit astronomi (AU) dari matahari

Berputar dengan orbit yang agak membujur

satu putaran di atas paksinya = 59 hari di bumi

1 hari di permukaan Utarid mengambil masa selama 2 tahun

Bentuk permukaan yang mempunyai kawah dan tebing yang tinggi

Suhu antara 425 ° C pada waktu siang dan -170 °C pada waktu malam

Tiada atmosfera, tiada bulan

Bergaris pusat 4900 km , tiada satelit

Tiada udara (kurangnya tarikan graviti dan jisim)

ZUHRAH (VENUS)

Terletak 0.72 AU dari matahari

Mempunyai saiz dan jisim yang sama dengan bumi

Mengalami fasa-fasa yang sama dengan bulan

Berputar mengikut arah bertentangan

1 putaran paksinya = 243 hari di bumi

95% udara terdiri daripada Karbon dioksida, sedikit nitrogen dan gas-gas lain

Mempunyai atmosfera yang nipis

Awannya berwarna kekuningan akibat dari titisan asid sulfurik

Permukaannya berbentuk kawah, gunung berapi

Kesan rumah hijau menyebabkan permukaan bersuhu antara 450 °C hingga 475 °C

Tiada bulan

Page 8: HGF 3043 Kaji Iklim

BUMI (EARTH)

berputar mengelilingi matahari di atas dataran Ekliptik (berputar atas paksinya 23 ½ condong dari arah menegak.

Berlakunya kejadian siang dan malam dan 4 musim (bunga,

panas, luruh dan sejuk)

Hujung bulan Jun, Hemisfera Utara akan condong ke arah

matahari menyebabkan siang lebih panjang berbanding

malam menyebabkan suhu meningkat

Hemisfera Selatan pula akan condong ke arah matahari

pada hujung bulan Disember, Hemisfera Utara akan menjauh

dari matahari menyebabkan malam lebih panjang

berbanding malam

Khatulistiwa mempunyai waktu siang dan malam yang sama

panjang

Ada lapisan yang melindungi kehidupan (troposfera,

stratosfera, mesosfera dan termosfera)- menyebabkan

berlakunya perubahan suhu mengikut tahap ketinggian

78 % dari atmosfera terdiri daripada nitrogen, 21 % oksigen

dan selebihnya gas argon, karbon dioksida, wap air dan

partikel-partikel lain

Kadar oksigen yang tinggi disebabkan adanya hidupan

Dikelilingi medan magnet disebabkan adanya arus elektrik

yang mengalir di bahagian cecair teras bumi

Mempunyai 1 bulan yang besar

MARIKH ( MARS)

Permukaannya berwarna merah-kekuningan akibat daripada batu yang mengandungi besi oksida (iron oxide)

Topi ais (ice caps) diperbuat daripada karbon dioksida dan air

Saluran menandakan bahawa air telah mengalir di permukaan

Ada lembah dan gunung berapi yang besar

Mempunyai atmosfera yang nipis- banyak karbon dioksida

Suhu antara -125 °C hingga 35 °C

Diliputi ribut debu yang besar

Mempunyai dua bulan

Page 9: HGF 3043 Kaji Iklim

MUSYTARI (JUPITER)

Merupakan planet terbesar dalam sistem suria

Ada gas hidrogen dan helium

Berlaku ribut yang berpusar (ribut terbesar dikenali sebagai Great Red Spot)

Ada 4 bulan besar dan 24 bulan kecil, salah satunya bernama lo (gunung berapi aktif)

10 jam masa diambil untuk berputar atas paksinya

Zon merah merupakan satu pergerakan awan di lapisan tertinggi

Bergaris pusat 143000 km (11 kali ganda dari bumi)

ZUHAL (SATURN)

o Planet kedua terbesar

o Terletak 9.5 AU dari matahari

o Bergaris pusat 121000 km

oMempunyai sistem gegelang yang sangat kompleks

o Ada 30 bulan- yang paling besar dikenali sebagai Titan ( lebih besar dari planet Utarid)

o Gegelangnya terdiri daripada air yang berbentuk pepejal

o Garis pusat gegelang (bahagian luar) adalah 600 000 km dan tebalnya kurang 2 km

o Perbezaan warna disebabkan oleh pencemaran dan batu

Page 10: HGF 3043 Kaji Iklim

URANUS

• Planet ketiga terbesar

• Terletak 19 AU dari matahari

• Berwarna biru kehijauan yang seragam

• 1 putaran pada paksinya = 17 jam

• Mempunyai gas hidrogen, helium dan metana

• Ada 21 bulan

NEPTUN

Merupakan planet gas dengan cincin yang berbeza dari segi ketebalan

Planet yang jauh dari matahari

Gas metana yang berada dalam lapisan atmosfera menyebabkan planet berwarna hijau kebiruan

Terdapat ribut yang gelap dalam atmosfera

Ada 8 bulan, bulan terbesar dikenali sebagai Triton.

Sumber:

National Geographic Society, Ralph Feather dan Dinah Zike, (2002).

Astronomy. New York, New York: Glencoe/McGraw-Hill

Page 11: HGF 3043 Kaji Iklim

SEKIAN

TERIMA KASIH