ulang kaji b&k

65
1. Bimbingan dan Kaunseling a) Huraikan konsep asas bimbingan ? i. Asas Kerahasiaan Segala sesuatu yang dibicarakan klien (peserta didik) kepada konselor (guru pembimbing) tidak boleh disampaikan kepada orang lain, atau lebih-lebih hal atau keterangan yang tidak boleh atau tidak layak diketahui oleh orang lain. Asas kerahasiaan ini merupakan asas kunci dalam usaha bimbingan dan konseling. ii. Asas Kesukarelaan Proses bimbingan dan konseling harus berlangsung atas dasar kesukarelaan, baik dari pihak si terbimbing atau klien maupun dari pihak konselor. Klien diharapkan secara sukarela dan rela tanpa ragu-ragu ataupun merasa terpaksa menyampaikan masalah yang dihadapinya serta mengungkapkan segenap fakta, data, dan seluk-beluk berkenaan dengan masalahnya itu kepada konselor. Konselor hendaknya dapat memberikan bantuan dengan tidak terpaksa, atau dengan kata lain konselor memberikan bantuan dengan ikhlas. iii. Asas Keterbukaan Dalam pelaksanaan bimbingan dan konseling sangat diperlukan suasana keterbukaan, baik keterbukaan dari konselor maupun keterbukaan dari klien. Keterbukaan ini bukan hanya sekedar bersedia menerima saran-saran dari luar, tetapi juga diharapkan masing-masing pihak yang bersangkutan bersedia membuka diri untuk kepentingan pemecahan masalah. Individu yang membutuhkan bimbingan diharapkan dapat berbicara sejujur mungkin dan berterus terang tentang dirinya sendiri, sehingga dengan keterbukaan ini penelaahan serta pengkajian berbagai kekuatan dan kelemahan klien dapat dilaksanakan.

Upload: edward-chiong

Post on 13-Dec-2014

182 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: ulang kaji B&K

1. Bimbingan dan Kaunselinga) Huraikan konsep asas bimbingan ?

i. Asas Kerahasiaan Segala sesuatu yang dibicarakan  klien (peserta didik)

kepada konselor (guru pembimbing) tidak boleh disampaikan kepada orang lain, atau lebih-lebih hal atau keterangan yang tidak boleh atau tidak layak diketahui oleh orang lain. Asas kerahasiaan ini merupakan asas kunci dalam usaha bimbingan dan konseling.

ii. Asas Kesukarelaan Proses bimbingan dan konseling harus berlangsung

atas dasar kesukarelaan, baik dari pihak si terbimbing atau klien maupun dari pihak konselor. Klien diharapkan secara sukarela dan rela tanpa ragu-ragu ataupun merasa terpaksa menyampaikan masalah yang dihadapinya serta mengungkapkan segenap fakta, data, dan seluk-beluk berkenaan dengan masalahnya itu kepada konselor. Konselor hendaknya dapat memberikan bantuan dengan tidak terpaksa, atau dengan kata lain konselor memberikan bantuan dengan ikhlas.

iii. Asas Keterbukaan Dalam pelaksanaan bimbingan dan konseling sangat

diperlukan suasana keterbukaan, baik keterbukaan dari konselor maupun keterbukaan dari klien. Keterbukaan ini bukan hanya sekedar bersedia menerima saran-saran dari luar, tetapi juga diharapkan masing-masing pihak yang bersangkutan bersedia membuka diri untuk kepentingan pemecahan masalah. Individu yang membutuhkan bimbingan diharapkan dapat berbicara sejujur mungkin dan berterus terang tentang dirinya sendiri, sehingga dengan keterbukaan ini penelaahan serta pengkajian berbagai kekuatan dan kelemahan klien dapat dilaksanakan. 

iv. Asas kekinian Asas kekinian juga mengandung pengertian bahawa

konselor tidak boleh menunda-nunda pemberian bantuan. Jika diminta bantuan oleh klien atau jelas-jelas terlihat misalnya adanya siswa yang mengalami masalah, maka konselor hendaklah segera memberikan bantuan. Konselor tidak selayaknya menunda-nunda memberi bantuan dengan berbagai dalih. Konselor harus mendahulukan kepentingan klien daripada yang lain-lain. Jika dia benar-benar memiliki alasan yang kuat untuk tidak memberikan batuannya

Page 2: ulang kaji B&K

kini, maka konselor harus dapat mempertanggungjawabkan bahwa penundaan yang dilakukan itu justru untuk kepentingan klien. 

v. Asas Kemandirian Pelayanan bimbingan dan konseling bertujuan

menjadikan klien dapat berdiri sendiri, tidak bergantung pada orang lain atau tergantung pada konselor. Individu yang dibimbing setelah dibantu diharapkan dapat mandiri dengan ciri-ciri pokok mampu:a. Mengenal diri sendiri dan lingkungan sebagaimana adanya.b. Menerima diri sendiri secara positif dan dinamis.c. Mengambil keputusan untuk dan oleh diri sendiri.d. Mengarahkan diri sesuai dengan keputusan itu.e. Mewujudkan diri secara optimal sesuai dengan potensi, minat, dan

kemampuan-kemampuan yang dimilikinya. Kemandirian dengan ciri-ciri umum di atas haruslah

disesuaikan dengan tingkat perkembangan dan peranan klien dalam kehidupan sehari-hari. Kemandirian sebagai hasil konseling menjadi arah dari keseluruhan proses konseling dan hal itu disadari baik oleh konselor maupun klien.

b) Nyatakan tiga perbezaan antara kauseling dan psikoterapi ?Kaunseling Objektif kaunseling ialah membantu individu mengatasi

masalah pertumbuhankendiri "personel growth" pada bila-bila masa ke arah mencapai perkembangankekuatan optimum yang ada pada dirinya.

membantu individu mengatasi kebuntuan / kekusutan fikiran untuk meneruskan kehidupan dengan lebih tenteram.

jangka masa kurang dari 6 bulan dilakukan secara "outpatient"

Psikoterapi Objektif psikoterapi ialah menyelesaikan masalah

perubahan "reconstructive" dalam seorang individu. pemulihan "penyakit mental"jangka masa 6 bulan hingga 2 tahun dilakukan secara "outpatient" dan "inpatient"´

c) Huraikan lima matlamat kaunseling dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai ?

Page 3: ulang kaji B&K

i. Memudahkan perubahan tingkah laku positifContoh : Ali (seorang guru) tanpa disedarinya selalu memberi respon yang negative seperti menyindir pelajar yang memberikan jawapan yang salah dalam kelas. Tingkah laku Ali menyebabkan pelajarnya enggan berinteraksi dengannya dalam kelas. Ini menimbulkan masalah dan menggangu keberkesanan pengajaran. Dengan sesi kaunseling, Ali dapat mengenal pasti masalah sebenar dan kaunselor boleh membantu Ali mengubah tingkah lakunya, iaitu Ali sepatutnya memberi sokongan kepada pelajar yang berinteraksi dengannya dan membimbing mereka, walaupun jawapan yang diberikan adalah salah.

ii. Meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan dan meneruskan perhubungan.Contoh : apabila Mona, seorang guru ditegur oleh pengetuanya, Mona marah dan enggan mendengar apa yang dikatakan, lalu menyebabkan putus aliran komunikasi antara keduanya. Mona menganggap teguran itu adalah sesuatu ktirikan. Kaunselor boleh membantu Mona untuk berhubung dengan lebih baik dengan pengetuanya apabila ditegur, Mona dibantu untuk bereaksi secara negative tetapi secara rasional dengan mendengar secara tenang sebarang teguran dan mengambil apa yang positif untuk dirinya.

iii. Membantu keberkesanan klien mengurus diriContoh : Ahmad sentiasa dikritik apabila gagal dalam mata pelajaran. Akibatnya, Ahmad menjadi malas mencuba dan selalu ponteng kelas. Perangai ini terbawa kea lam pekerjaan. Ahmad selalu datang lambat dan malas mencuba sesuatu baru. Kaunselor dapat membantu Ahmadmengurus dirinya dengan lebih berkesan dan meningkatkan imej kendirinya.

iv. Menggalakkan proses membuat keputusan Contoh : Ah Kau berasa tidak puas hati dan tertekan dalam pekerjaannya. Dia takut untuk membuat sebarang perubahan. Kaunselor dapat menolong Ah Kau mencari punca perasaan tidak puas hatinya dan mencungkil nilai hidupnya. Kaunselor juga dapat membantu Ah Kau mencari dan menganggar risiko pelbagai alternative seperti menukar jabatan, berbincang dengan majikannya atau menukar kerja.

v. Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klienContoh : Indra mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pelakon. Indra berasa tertekan apabila dia asyik

Page 4: ulang kaji B&K

gugup dan takut semasa berdiri di depan khalayak ramai. Ini membantutkan cita-citanya. Seorang kaunselor boleh membantu Indra berasa selesa apabila berdiri di depan khalayak ramai dan secara tidak langsung mencapai cita-citanya sebagai seorang pelakon.

d) Jelaskan lima prinsip bimbingan dan kaunseling ?i. Bimbingan

Untuk semua pelajar Satu sistem tanggungjawab bersama. Mengutamakan perkembangan individu. Berasaskan proses perlakuan individu-Walaupun buat

secara kelompok besar namun kita kene tahu apa kehendak mereka.

Proses berterusan.

ii. Kaunseling kaunseling diberi kepada org normal yang sedang

menghadapi kecelaruan dan kerunsingan. Hubungan interaksi antara kaunselor dan klien

berasaskan kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaan adalah faktor penting.

Kaunselor membantu klien untuk membuat keputusan, Kaunselor tidak mebat pilihan atau keputusan.”Kaunselor ibarat tochlight”

Kanselor percaya sesorang itu haruslah mempunya peluang ntuk memilihmatlamat hidup dan bebas dala mencapai matlamat hidup.

Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan.

Kaunselor menggunakan suatu kaedah dan pendekatan berasaskan teori-teori dalam kaunseling.

Kaunseling mestilah berasaskan etika kaunseling yang baik.

e) Nyatakan lima kepentingan bimbingan dan kaunseling untuk murid ?

i. mengenal dan melaksanakan tujuan hidupnya serta merumuskan rencana hidup yang didasarkan atas tujuan itu;

ii. mengenal dan memahami kebutuhannya secara realistisiii. mengenal dan menanggulangi kesulitan-kesulitan sendiriiv. mengenal dan mengembangkan kemampuannya secara

optimalv. menggunakan kemampuannya untuk kepentingan pribadi

dan untuk kepentingan umum dalam kehidupan bersamavi. menyesuaikan diri dengan keadaan dan tuntutan di dalam

lingkungannyavii. mengembangkan segala yang dimilikinya secara tepat

Page 5: ulang kaji B&K

dan teratur, sesuai dengan tugas perkembangannya sampai batas optimal.

2. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunselinga. Jelaskan tiga jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

i. Inventori, taksiran dan rekodInventori: - pengumpulan maklumat mengenai kanak-kanak secara

keseluruhan, dank lien secara spesifik.

Taksiran: - usaha guru b&k untuk menganalisis dan menggunakan

pelbagai jenis data murid termasuk peribadi, psikologikal dan social yang diperoleh daripada pelbagai jenis inventori di atas.

- Taksiran yang dibuat boleh berbentuk objektif atau subjektif.

- Bertujuan untuk membantu individu lebih memahami dirinya.

Rekod:- Buku rekod perkhidmatan b&k- Rekod sesi b&k- Rekod program b&k- Rujuk rujukan b&k kanak-kanak m/s 45

ii. Bimbingan- Perkembangan peribadi dan social- Perkembangan akademik- Perkembangan kerjaya

iii. Kaunseling- Kaunseling individu Satu proses interaksi yang memudahkan pemahaman

bermakna di antara diri dengan alam sekitar dan menghasilkan pencapaian matlamat serta nilai-nilai untuk tingkah laku masa hadapan.(Shertzer & Stone, 1981)

- Kaunseling kelompok Proses social tentang masalah perkembangan dan sikap

para pelajar di bawah keadaan terkawal. Isi kandungan merangkumi keperluan dan minat bersama pelajar (C.A. Mahler & E. Caldwell).

Sebagai proses mencari alternative untuk membantu sekumpulan pelajar yang menghadapi masalah serupa sama ada dalam bidang akademik atau social.

- Klien terdiri daripada tiga kategori iaitu:-

Page 6: ulang kaji B&K

Sukarela Dijemput Dirujuk

iv. Penempatan dan tindakan susulan- Membantu pelajar membuat keputusan mengenai aliran

persekolahan.- Penempatan melibatkan taksiran kanak-kanak,

perkhidmatan maklumat, dan bantuan kaunseling yang relevan dengan pilihan mereka.

- Tindakan susulan pula melibatkan perancangan yang sistematik bagi mengekalkan hubungan dengan bekas murid.

v. Konsultasi dan rujukan- Perjumpaan bersama ibu bapa.- Rundingcara dengan guru- Membina kolaborasi antara guru b&k, ibu bapa dan guru- Membincangkan isu-isu berkaitan pelajar

vi. Penilaian- Penilaian program membuktikan sejauhmana perkhidmatan dan aktiviti yang

dijalankan menyumbang kepada kejayaan pelajar. Menggambarkan status program b&k sekolah berbanding

dengan piawaian program yang telah ditetapkan.

- Penilaian personalia fokus kepada guru b&k. menggambarkan penilaian terhadap guru bimbingan dan

kaunseling melalui data proses yang dikumpulkan.

- Penilaian hasil impak program kepada pelajar dan sekolah. Antara data hasil yang dikutip termasuk kadar

penambahbaikan dari segi kehadiran murid, markah dang red, skor pencapaian, dan tingkah laku dalam bilik darjah; kadar penurunan kes disiplin, dan sebagainya.

b. Terdapat dua jenis kaunseling. Huraikan.i. Kaunseling krisis

- Digunakan bagi kes yang memerlukan perhatian atau tindakan segera guru b&k.

- Contoh: gempa bumi, penggunaan dadah

ii. Kaunseling pemulihan

Page 7: ulang kaji B&K

- Dijalankan ke atas kanak-kanak yang berisiko.- Contoh: ponteng sekolah, merokok, vandalism

iii. Kaunseling pencegahan- Berpegang kepada prinsip bahawa mencegah adalah lebih

berfaedah daripada merawat.- Contoh: kempen anti-merokok, ceramah motivasi

iv. Kaunseling perkembangan- Melengkapi kanak-kanak dengan pengetahuan dan

kemahiran serta memupuk sikap yang positif berasaskan keperluan mereka.

- Persepsi, sikap dan matlamat dibincangkan agar rancangan hidup, pilihan atau kebimbingan yang dialami dapat diperjelaskan.

c. Nyatakan lima perbezaan antara kaunseling individu dengan kaunseling kelompok?

Kaunseling individu Kaunseling kelompokProses teraputik terhad

antara kaunselor dengan klien.

Proses teraputik berlaku antara kaunselor dengan beberapa ahli dalam kumpulan.

Pertolongan yang diterima hanya satu hala: kaunselor sahaja

Ahli berpeluang memberi dan menerima pertolongan sama ada daripada kaunselor atau ahli.

Fungsi kaunselor tidak berubah.

Fungsi kaunselor sebagai ketua kumpulan boleh dan akan berubah dan diambilalih oleh ahli lain.

Lebih mudah membina suasana yang selesa dan percaya kerana interaksi adalah dengan seorang sahaja.

Lebih sukar bagi kaunselor membina suasana selesa dan percaya kerana ahlinya ramai.

Klien hanya menumpukan perhatian kepada masalahnya sahaja dan mendapat teguran daripada kaunselor.

Ahli dapat perhati tingkahlaku proses penyelesaian masalah dan cara mengendalikan masalah oleh ahli lain.

Kaunselor beri sepenuh perhatian kepada klien.

Ahli yang merasa kurang selamat dan terancam mempunyai pilihan untuk berdiam diri dalam kaunseling.. perhatian kaunselor dibahagikan

Page 8: ulang kaji B&K

kepada ramai peserta.

Tidak wujud identity kelompok, bersatu padu dan semangat tolong-menolong antara ahli seperti dalam kaunseling kelompok.

Terdapat semangat tolong menolong, identiti kelompok dan bersatu padu antara ahli.

d. Apakah yang dimaksudkan dengan etika kerahsiaan. Nyatakan tiga situasi yang membolehkan kaunselor mengetepikan aspek kerahsiaan?

Etika kerahsiaan Tanggungjawab kaunselor menjaga kerahsiaan klien bukanlah

muktamad. Kerahsiaan dijaga sekiranya tidak mengugat hak individu / hak

orang lain. Kalau rahsia diketahui orang lain, kaunselor tidak terikat

dengan soal kerahsiaan.

Situasi yang membolehkan kaunselor mengetepikan aspek kerahsiaan

Klien membahayakan diri atau orang lain. Klien meminta maklumat didedahkan. Mahkamah meminta maklumat didedahkan. Berlaku penderaan kanak-kanak.

e. Jelaskan lima perkara yang boleh dikaitkan dengan etika kaunselor?

Autonomi Menghormati hak klien untuk membuat keputusan atau bertindak sendiri tanpa sebarang pergantungan kepada atau gangguan daripada guru bimbingan dan kaunseling.

Kemurahan hati

Berbuat baik kepada klien. Membantu klien mencapai hasil positif

akibat sesi kaunseling.Tidak

berniat jahat Tidak melakukan sesuatu yang

mencederakan, atau memudaratkan klien atau orang lain.

Keadilan Membekalkan akses dan layanan yang sama dan adil kepada semua kanak-kanak.

kejujuran Bersifat jujur dan ikhlas. Elakkan sebarang penipuan atau

ekspoitasi terhadap klien. Kotai perjanjian atau komitmen yang

dibuat.

Page 9: ulang kaji B&K

3. Peranan guru biasa sebagai guru bimbingan.a. Terangkan cara-cara yang digunakan oleh kaunselor untuk

mendapatkan maklumat klien.(Rujuk m/s 81-93)I. Teknik ujian

- Ujian-ujian piawai yang dibentuk untuk mengukur cirri-ciri kanak-kanak seperti kebolehan, pencapaian, aptitud, minat, sikap, nilai dan personaliti.

a) Ujian pencapaiano Ujian dalam bilik darjah yang dijana oleh guru

bertujuan untuk mengukur apa yang diketahui oleh kanak-kanak berhubung dengan satu-satu mata pelajaran seperti bacaan, sains, bahasa dan sebagainya.

o Amat berguna untuk mengenalpasti potensi kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran.

b) Ujian Aptitudo Berbentuk bateri yang merangkumi pelbagai jenis

ujian bagi mengukur aspek-aspek seperti penaakulan verbal, kebolehan mekanikal, kefasihan bahasa, kebolehan numerical dan sebagainya.

c) Inventori minat kerjayao Boleh ditadbirkan untuk memperoleh profil awal satu-

satu kumpulan kanak-kanak yang boleh digunakan sebagai bahan perbincangan dalam sesi kaunseling individu nanti.

d) Ujian dan inventori personalitio Inventori personality

-Bersifat objektif dan merangkumi aspek seperti konsep kendiri, penyesuaian social, gaya penyelesaian masalah, dan tret-tret yang lain.

o Teknik projektif-Bersifat lebih subjektif dan tidak berstruktur.

e) Ujian sikapo Menentukan pemikiran atau tindakbalas semulajadi

terhadap sesuatu objek, peristiwa, insitusi, jenis tingkahlaku, seseorang atau kelompok.

II. Teknik bukan ujian- Bersifat subjektif.

a) Pemerhatian

Page 10: ulang kaji B&K

- Guru akan mengetahui tentang tahap perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, kognitif, dan emosi.

- Tiga tujuan:-o Memahami tingkahlaku kanak-kanak. Guru perlu memberi perhatian kepada komunikasi

bukan lisan yang ditunjukkan oleh murid. Kanak-kanak berkomunikasi dengan mata mereka,

kualiti suara, kedudukan badan, senyuman, gerak-geri, dan sebagainya. Melalui cara mereka melakukan sesuatu serta apa yang dilakukan, mereka cuba memaklumkan kepada kita apa yang sedang mereka fikirkan dan rasai. Menurut Cohen, Stern, dan Balaban (dalam Wortham, 2008)

o Menilai perkembangan kanak-kanak. Pemerhatian yang dibuat oleh guru kelas atau guru

matapelajaran merupakan input yang amat berguna tentang tahap literasi bahasa masing-masing.

Penilaian berasaskan main juga dapat membantu guru untuk mengenalpasti tahap kecacatan fizikal, dan mental kanak-kanak yag bermasalah pembelajaran dengan membuat perbandingan dengan kelompok kanak-kanak yang normal.

o Menilai kemajuan pembelajaran kanak-kanak. Melalui pemerhatian, guru dapat mengenalpasti

gaya pembelajaran masing-masing. Melalui pemerhatian terhadap aktiviti dalam kelas,

misalnya melukis, menggunting atau merekabentuk sesuatu, guru akan dapat menentukan apa yang tidak boleh dilakukan oleh seorang kanak-kanak, apa yang boleh dilakukan dengan bantuan orang lain, dan apa yang mampu dilakukan secara berdikari.

b) Temubualo Temubual berstruktur

- Guru akan menjalankan temubual berdasarkan soalan-soalan yang disediakan terlebih dahulu.

o Temubual tanpa struktur- Guru tidak akan terikat dengan mana-mana soalan yang

telah disediakan terlebih dahulu.- Guru perlu melengkapi diri dengan kemahiran menyoal,

kemahiran komunikasi, dan sebagainya agar dapat menggerakkan pemberian maklumat oleh kanak-kanak yang berkenaan.

o Temubual separa struktur

Page 11: ulang kaji B&K

- Pada peringkat awal, guru tadi biasanya akan mengemukakan soalan-soalan yang telah disediakan, kemudian bertanya mengikut rentak maklumat yang dibekalkan.

- Guru akan menggabungkan kedua-dua jenis temubual di atas.

c) Analisis dokumeno Kad laporan murid

- Markah menggambarkan pencapaian satu-satu matapelajaran, dan juga komen yang dituliakan oleh guru.

- Komen-komen tersebut merupakan bahan sokongan serta pengukuhan kepada kejayaan atau dorongan untuk membuat penambahbaikan terhadap matapelajaran tertentu.

o Buku kedatangan murid- Membekalkan maklumat awal tentang kes ketidakhadiran

ke sekolah.o Kad kumulatif murid

- Rekod maklumat persekolahan kanak-kanak: Butir peribadi termasuk butiran latar belakang keluarga Rekod kehadiran mengikut tahun persekolahan System sokongan (kebajikan, bantuan kewangan) yang

pernah diberikan kepada kanak-kanak yang berkenaan atau keluarganya.

Rekod pencapaian pendidikan mengikut tahun persekolahan

Anugerah yang pernah diterima Rekod disiplin dan tingkahlaku Nama guru-guru kelas mengikut tahun persekolahan Rekod pertukaran sekolah Rekod kesihatan termasuk penyakit berjangkit, alergi, dan

sebagainya.- Melalui ini, guru b&k dapat mengenali kanak-kanak yang

berkenaan secara ringkas pada peringkat awal sesi intervensi.

b. Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak.o Konflik interpersonal- Kanak-kanak yag sedang menghadapi masalah komunikasi

dengan ibubapa, guru-guru, ataupun rakan sebaya.

o Konflik intrapersonal- Kanak-kanak menghadapi masalah yang berkaitan dengan

membuat keputusan perlukan penjelasan mengenai alternative-alternatif penyelesaian dan akibat.

Page 12: ulang kaji B&K

o Kekurangan maklumat tentang diri- Kanak-kanak yang ingin mengenali diri secara lebih

mendalam dari segi kebolehan, kekuatan, minat dan nilai.

o Kekurangan maklumat tentang persekitaran- Kanak-kanak perlukan maklumat tentang cara mencapai

kejayaan dalam bidang akademik serta kerjaya di dunia pekerjaan.

o Kekurangan kemahiran- Kanak-kanak perlu belajar mengenai satu-satu kemahiran,

misalnya: cara belajar yang berkesan, tingkahlaku asertif, kemahiran mendengar yang berkesan, dan sebagainya.

c. Huraikan langkah-langkah yang digunakan untuk mengenal pasti masalah kanak-kanak.(Rujuk rujukan m/s 96-114)

o Rekod anekdot- Dalam konteks pemerhatian, “anekdot” adalah satu cerita

mengenai tingkahlaku kanak-kanak.- Cerita ini bermula apabila kanak-kanak yang berkenaan

mengambil bahagian dalam satu-satu aktiviti dan berakhir apabila dia meninggalkan, menyempurnakan atau keluar daripada aktiviti tersebut.

o Rekod running- Satu huraian yang terperinci mengenai tingkahlaku atau

satu peristiwa yang disediakan semasa ianya berlaku.- Rekod running digunakan apabila maklumat berbentuk

objektif diperlukan bagi satu-satu situasi yang berlaku.

o Persampelan masa- Perwakilan tingkahlaku seseorang kanak-kanak yang

ditunjukkan pada masa-masa tertentu dalam satu hari, misalnya semasa aktiviti kumpulan.

- Digunakan apabila guru ingin mengkaji betapa kerap satu-satu tingkahlaku berlaku.

o Persampelan peristiwa- Sesuai digunakan apabila satu-satu tingkahlaku cenderung

untuk berlaku dalam satu seting tertentu; bukannya mengikut satu tempoh masa yang boleh diramalkan.

- Bertujuan untuk mengenalpasti sebab dan akibat satu-satu tingkahlaku, dan direkodkan dengan menggunakan format ABC.

o Penulisan dairi

Page 13: ulang kaji B&K

- Membantu dalam menyediakan profil bagi kanak-kanak kerana apabila tingkahlaku direkodkan dalam diari bagi satu tempoh masa tertentu, rekod tersebut dapat mengesan pertumbuhan dan perkembangan yang berlaku sama ada dari segi fizikal, kognitif, social, emosi mahupun rohani.

o Senarai semak- Amat berguna apabila ingin tahu sejauh manakah

seseorang kanak-kanak telah menguasai satu-satu kemahiran.

- Walaupun terdapat senarai semak dalam buku teks atau kit diagnostic, adalah disyorkan agar dapat merekabentuk senarai semak tersendiri.

- Ini akan memastikan senarai semak tersebut mempunyai hubungkait secara spesifik dengan tujuan pemerhatian dan dapat membantu mengumpul maklumat yang diperlukan.

6. Intervensi kaunseling kanak-kanak.(m/s 208)a. Huraikan terapi kaunseling dengan menggunakan contoh yang

sesuai:-i. Terapi bermain

- Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.

- Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masinf-masing.

- Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.

- Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.

Konsep terapi bermain

melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia

ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain

kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing

Tujuan terapi bermain

Page 14: ulang kaji B&K

mengurangkan masalah tingkah laku

meningkatkan komunikasi

mempu menilai diri sendiri

meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang 

Kelebihan terapi bermain 

Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri 

Membolehkan melahirkan masalah 

Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan

Proses terapi bermain 

Tahap satu : rasa diterima akibat hubungan erat yang terbinaTahap dua : luahan perasaan secara yang terpendam secara catharsisTahap tiga : penerokaan peristiwaTahap empat : bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih

Pelaksanaan melaksanakan terapi main

1) bilik terapi 

Kelengkapan bilik terapibersesuaian bergantung kepada kesesuaian kanak-kanak 

Disertakan dengan bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku, cermin, almari dan lain-lain

2) media mainan (kritirea)

Mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak

Peluang untuk menguji realiti kanak-kanak

Membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini

Mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak

3) Kategori mainan 

Page 15: ulang kaji B&K

Mainan mencirikan kehidupan sebenar          - set permainan pekejaan seperti polis, doktor dan tukang masak          - set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon

Mainan bercirikan luahan perasaan agresif          - gari          - penukul          - peralatan militari          - topeng

Mainan bercirikan luahan perasaan an kreatif

- crayon          - playdoh          - kad          - boneka bekas air

ii. Terapi bercerita- Merupakan pemulihan emosi melalui bahan cerita yang

bertema.- Tema ditentukan bersesuaian dengan objektif yang ingin

dicapai. - Klien dapat meluahkan perasaan melalui watak-watak yang

diceritakan.

Matlamat umum

1. Membantu kanak-kanak mengenalpasti tahap kebimbangan atau distress dengan mengenalpasti watak atau situasi dalam cerita tersebut.

2. Membantu kanak-kanak mengenalpasti tema dan emosi yang berkaitan yang berlaku dalam hidup mereka. Contoh: kanak-kanak yang takut ditinggalkan keseorangan, dengan menyedari perasaan ini, kanak-kanak boleh menyediakan cara untuk menghadapi isu yang amat ditakutinya.

3. Membantu kanak-kanak memikir atau meneroka alternatif bagi menyelesaiakan masalahnya. Matlamat boleh dicapai dengan menukar cerita supaya kanak-kanak mendapat hasil yang berbagai.

 Matlamat khusus menyediakan cerita

1. Membantu kanak-kanak melahirkan pandangan, harapan dan fantasi. Ini sangat berguna kepada kanak-kanak yang

Page 16: ulang kaji B&K

mempunyai pengalaman yang menyakitkan dan sering memberikan cerita yang tidak benar untuk mengelakkan kesakitan.

2. Dengan menggunakan ‘story telling’ kaunselor akan membantu kanak-kanak menyedari bahawa cerita mereka adalah tidak benar tetapi hanya satu cerita yang memperlihatkan gambaran dirinya sendiri.

3. membantu meningkatkan keyakinan diri pelajar. 4. membantu meningkatkan kreativiti klien menerusi cerita yang

disampaikan secara kreatif dan spontan. 5. pelajar dapat menyampaikan cerita secara

berkesinambungan.

Bagaimana menggunakan cerita

1. Bercerita adalah interaktif proses antara kanak-kanak dan kaunselor. Biasanya kanak-kanak tidak suka menulis semasa sesi kaunseling.

2. Jadikan penceritaan mereka satu yang mudah, menghiburkan, dan sebagai pengalaman yang kreatif dan positif.

3. Biasanya apabila kanak-kanak mula bercerita, kita mula menulis cerita tersebut dalam kertas mahjong.

4. Kadang kala kita juga menggunakan pita rakaman. 5. Kanak-kanak biasanya memerlukan ‘modelling’ daripada

kaunselor sebelum mereka boleh menceritakan cerita  mereka dengan lancar.

6. Kaunselor memulakan cerita kemudian disambung oleh seorang peserta lain dan semua peserta mengambil bahagian untuk bercerita. 

7. Kaunselor fokus kepada seorang peserta yang difikirkan bermasalah berdasarkan isi cerita yang disampaikan.

8. Kaunselor membuat penerokaan terhadap peserta tersebut bagi mengenalpasti isu sebenar bagi tujuan merawat.

9. Rakan-rakan lain mengambil bahagian dengan meneroka melalui pelbagai soalan.

iii. Terapi muzik- Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), terapi muzik adalah

alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan tarak kesihatan mental dan fizikal.

Objektif terapi-          Pengurusan tingkah laku-          Tingkatkan penglahiran perasaan-          Tingkatkan harga diri-          Tingkatkan keupayaan akademik

Page 17: ulang kaji B&K

-          Kembangkan emosi-          Mudahkan komunikasi interpersonaldan intrapersonal-          Latih pertuturan

Langkah-langkah bermain alat muzik          Terdapat beberapa langkah yang perlu diberi perhatian semasa mengajar murid bermasalah pembelajaran bemain alat muzik.            a)     memperkenalkan peralatan muzik      b)     guru membuat demonstrasi      c)     aktiviti warming up yang sesuai      d)     teknik bermain yang betul      e)     postur badan yang betul       f)     membunyikan pola ritma      g)     memainkan corak ritma      h)     bermain mengikut giliran      i)      membuat pergerakan yang sesuai      h)     bermain secara keseluruhan

   Pemilihan muzik sebagai satu rawatan            a)      muzik adalah suatu fenomena yang boleh memberi kesan kepada semua manusia. Ia memberi kesan gerakbalas pada fizikal, kognitif dan emosi serta perhubungannya dengan pemikiran dan tubuh badan

      b)     muzik memberi kesan interaksi antara dan sesama individu. ia boleh mendorong dan menstruktur sesuatu aktiviti dan pencetusan idea.

      c)    muzik meruakan sumber kepada keseronokan, memperkembangkan penghargaan diri dan menggalakkan interaksi yang positif.

  Kebaikan terapi muzik

    a) murid terencat akal        - dapat meningktkan kemahiran sosial dan emosi        - dapat meningkatkan kemahiran komunikasi        - dapat meningkatkan kemahiran psikomotor

    b) murid bermasalah komunikasi        - meningkatkan kelancaran pertuturan        - membetulkan masalah suara        - meningkatkan keyakinan diri dan luahan emosi    c) murid autistik        - meningkatkan pertuturan dan bahasa

Page 18: ulang kaji B&K

        - meningkatkan kemahiran sensorimotor        - menggalakkan interaksi sosial

Aktiviti terapi muzik-          Membuat pergerakan mengikut lagu-          Menulis lirik lagu-          Bermain berlatar belakangkan muzik-          Mengenal dan membuat latihan menggunakan alat

muzik-          Latihan praktikal guna alat muzik

iv. Terapi seni (Art Therapy)- Terapi seni adalah suatu profesion kesihatan mental yang

menggunakan proses kreatif dalam menambahbaik dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah semua peringkat umur.

- Terapi seni mengintegrasi bidang perkembangan manusia, seni visual, dan proses kreatif dengan model-model kaunseling dan psikoterapi.

Matlamat•       Membolehkan kanak-kanak menceritakan pengalaman mereka •       Membolehkan kanak-kanak menyuarakan perasaan atau emosi mereka yang terpendam.•       Membolehkan kanak-kanak belajar menguasai  pengalaman yang telah atau sedang mereka lalui.

JENIS-JENIS•       Melukis •       Mengecat menggunakan berus •       Mengecat menggunakan jari •       Kolaj •      Constrution

v. Terapi muzik- Secara intrinsic, muzik adalah sebahagian daripada budaya

kita.- Memberi kanak-kanak peluang untuk mengenali pemikiran

dan perasaan yang terpendam.- Muzik mempunyai struktur asas untuk menstruktur semula

pemikiran kanak-kanak yang bercelaru.Prosedur dan hasil- Penggunaan pengalaman muzik untuk meningkatkan

pencapaian matlamat kaunseling.

vi. Kaunseling biblio

Page 19: ulang kaji B&K

- Kanak-kanak berjumpa dengan guru bimbingan dan kaunseling yang sedia mendengar.

- Kanak-kanak cuba mengaitkan diri mereka dengan watak tertentu dalam buku.

- Kanak-kanak berpeluang untuk membuat pendedahan kendiri dan catharsis (luahan perasaan tanpa had), kemudian mengkaji cara penyelesaian watak tersebut;

- Klien memperoleh celikakal akibat mengkaji alternative penyelesaian yang digunakan oleh watak tersebut;

- Penyelesaian masalah mengambil masa untuk tercapai dan berlaku secara beransur-ansur.Prosedur dan hasil

- Kanak-kanak diminta untuk membaca buku atau bahan-bahan penulisan yang lain, kemudian berbincang mengenai maklumat yang telah diperoleh.

4. Teori-Teori Kaunselinga. Apakah kombinasi tiga komponen yang dijadikan teori

kaunseling behaviourisme?Pendekatan ketingkahlakuan atau behavioral approach dalam kaunseling

mempunyai sejarah bermula daripada tiga komponen.Komponen Pertama- Komponen pertama dipetik daripada prinsip pelaziman

klasikal, atau kadang-kadang disebut juga sebagai pelaziman responden yang diasaskan dari hasil kajian Pavlov (1960), dan Hull (1943). Dalam sebuah kajian, John B. Watson (1920) telah menggunakan prinsipPavlov, iaitu prinsip pelaziman klasikal, untuk melatih Little Albert takutkan kepada tikusputih, kapas putih dan rambut Watson yang putih.

- Dalam eksperimen tersebut, Watson menggunakan rangsangan tidak terlazim (bunyi locengyang kuat), yang digandingkan dengan rangsangan dilazimkan (tikus putih). Ini mengakibatkanrespon terlazim (terperanjat dan rasa takut). Contoh ini penting untuk difahami kerana iamen jadi asas kefahaman teori behaviorisme, dan ia menunjukkan bahawa emosiseseorang boleh dipelajari dan diubah dengan menggunakan prinsip pembelajaran menunjukkan Prinsip Pembelajaran Pelaziman Klasikal. Pendekatan ini telah dibuat oleh Wolpe secara besar-besaran (1954;1958;1961) apabila beliau memperkenalkan teknik systematic desensitization.

Komponen Kedua- Komponen kedua ialah pelaziman operan yang telah

diasaskan oleh B. F.Skinner (1953). Dalam pelaziman operan, peneguhan digunakan untuk mempastikan sesuatu tingkah lakuberulang. Peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu tingkah laku itudiulang kerana ada unsur keselesaan atau rasa senang. Contoh peneguhan

Page 20: ulang kaji B&K

positif ialah wang atau pujian. Contoh peneguhan negatif ialah seperti menghilangkan ransangan yang negatif seperti kejutan elektrik atau bunyi loceng yang kuat. Peneguhan negatif jugamenguatkan ulangan sesuatu tingkah laku. Contoh peneguhan negatif ialah menghilangkanbunyi loceng yang kuat setiap kali tikus menekan palang. Tikus akan kerap menekan palang apabila bunyi loceng dihilangkan secara beransur. Hukuman dan pelupusan (extinction) mengurangkan tingkah laku berulang.

- Hukuman ialah menambahkan ransangan yangmenyakitkan atau yang tidak selesa. Contohnya seperti dikenakan kejutan elektrik selepas menghisap rokok. Pelupusan ialah untuk mengurangkan sesuatu tingkah laku yang tidak dikehendaki seperti menyampuk apabila orang tua bercakap. Untuk mengurangkan tingkahlaku yang tidak dikehendaki ini memadai dibiarkan sahaja atau tidak diberi sebarang respon pada orang yang menyampuk.

- Penggunaan prinsip pelaziman operan sebagai satu teknik mengubah tingkah laku seseorang dinamakan teknik modifikasi tingkah laku atau behaviour modification.

- Dari segi pelaksanaan, teknik ini kadang-kadang disamakan dengan teknik terapi ke tingkahlakuan. Skinner menggunakan modifikasi tingkah laku ke atas individu atau terhadap satu kumpulan kecil. Kalau anda perhatikan, kedua-dua prinsip tersebut adalah prinsip pembelajaran asas yang telah dibincangkan dalam modul Psikologi Pendidikan.

Komponen Ketiga- Komponen ketiga dikenali sebagai terapi tingkah laku kognitif

atau cognitive behaviour therapy.- Terapi ini adalah gabungan daripada dua aliran pemikiran

yang berbeza, iaitu satu pendekatan yang berunsur ketingkahlakuan sahaja, dan yang satu lagi berunsurkan kognitif.

- kita tidak dapat menjelaskan kejadian atau tingkah laku manusia dari perspektif ketingkahlakuan sahaja, tetapi kita juga perlu mengambil kira proses pemikiran. Proses pemikiran itu adalah proses kognitif

b. Nyatakan bagaimana sesuatu tingkah laku masalah itu dipelajari mengikut

teori kaunseling behaviourisme?Pengikut behaviorisme percaya bahawa semua pembelajaran adalah melaluipengalaman responden atau operan. Oleh yang demikian, tingkah laku yang dianggap maladaptif itu semuanya dipelajari demi untuk mendapatkan peneguhan positif atau untukmengurangkan sakit atau perasaan yang kurang

Page 21: ulang kaji B&K

selesa.Dari perspektif pembelajaran responden, jika rangsangan yang menyakitkan digandingkandengan rangsangan yang neutral, lama kelamaan selepas pembelajaran telah berlaku, rangsangan yang sebelumnya neutral akan mengeluarkan respon yang maladaptif, walaupun sebelum terjadinya situasi sebenar. Contohnya, seorang kanak-kanak mengalami sakit perut(rangsangan yang tidak selesa) dan pada malam hari, dia dan kumpulannya bercadang untuk berkhemah (rangsangan yang neutral) beramai-ramai. Pada satu masa lain pula, dia mengalami sakit perut lagi apabila pergi berkhemah (gandingan). Lama kelamaan apabiladia mendengar perkataan “khemah” sahaja (rangsangan yang terlazim), dia akan rasa loyadan hendak muntah (respon terlazim). Tingkah laku maladaptif yang lain pula dipelajari melalui proses pelaziman operan. Tingkah laku ini akan terbentuk, bertambah dan berterusan dengan adanya peneguhan berikutnya.Sebagai contoh, budak yang mengalami sakit perut tadi mendapat perhatian dari ibubapanyadengan penuh kasih sayang, simpati dan jagaan yang sangat selesa kerana keadaannya pada masa itu. Hal ini akan menyebabkan budak ini mengambil kesempatan yang samadalam situasi lain di mana dia ingin mengelak daripada pergi ke sekolah. Jadi, dengan mengatakan dia sakit perut, dia dapat mengelak membuat sesuatu yang tidak selesa, iaitu pergi sekolah.Kalau diteliti contoh ini dengan lebih mendalam lagi, generalisasi akan berlaku, iaitu apabilabudak ini hendak mengelak sesuatu situasi yang dianggapnya sebagai tidak selesa atau yang mengancam kesejahteraannya, ia akan mengalami sakit perut. Hakikatnya, tingkah laku ini akan menjadi bebananpada dirinya pada masa-masa akan datang; misalnya, dia mungkin akan mengalami sakitperut sebelum mengambil peperiksaan. Individu ini mungkin ingin mengubah tingkah lakunya yang maladaptif, tetapi, oleh kerana ia telah mempelajari bahawa mengelak ransangan yangtidak selesa membawa kesan “baik”, dia sukar untuk melupuskan tingkah laku “sakit perut”itu, melainkan dengan cara menjalani terapi atau kaunseling

c. Huraikan tiga kemahiran yang perlu ditunjukkan oleh kaunselor behaviourisme semasa membantu kliennya?DORONGAN MINIMA Satu tindak balas spontan yang sedikit samada secara verbal

atau non-verbal daripada kaunselor kepada klien yang sedang bercerita dalam sesi kaunseling (Abdul Ghani Sulaiman, 2003)

Page 22: ulang kaji B&K

KONFRONTASI Menghujah seseorang dengan kata-kata yang boleh

mencabar perasaan, pandangan dan juga tingkah laku.KEMAHIRAN MENDENGAR Menurut Muhd. Mansur Abdullah dan S. Nordinar Mohd.

Tamin (2003), mendengar secara aktif merupakan suatu kemahiran yang memerlukan kebolehan luar biasa.

Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang aktif.

KEMAHIRAN MENYOAL satu cara yang digunakan oleh kaunselor untuk mengetahui

sesuatu perkara dengan lebih spesifik mengenai diri klien, ataupun tentang isu yang sedang dibincangkan.

Terdapat 2 jenis bentuk kemahiran menyoal:1. Soalan tertutup2. Soalan terbuka

KEMAHIRAN PARAFRASA- Respon kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati

tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor dinyatakan semula dalam ayat yang pendek, padat dan mudah.

KEMAHIRAN KESENYAPAN- Kesenyapan berlaku apabila penghentian sementara dalam

perbualan . Berlaku di antara jangka masa perbualan kaunselor dan klien.

KEMAHIRAN MEMBUAT INTERPRETASI- menjelaskan kenyataan yang dibuat oleh klien selepas dapat

memahami maksud atau perasaan yang tersembunyi di mana klien sendiri mungkin tidak menyedarinya baik secara sengaja atau pun tidak sengaja.

KEMAHIRAN MEMINTA PENJELASAN- Kaunselor inginkan penjelasan kepada isu atau perkara yang

kurang jelas dan memudahkan kaunselor memahami pemikiran dan perasaan klien

MENGINTEPRETASI TINGKAHLAKU BUKAN LISANKEMAHIRAN MENYEMAK PERSEPSI- Kemahiran menyemak persepsi ialah mengesahkan persepsi

kaunselor tentang apa yang dikatakan oleh klien.KEMAHIRAN MERUMUS- satu usaha kaunselor menonjolkan perkara-perkara penting

atau terma-terma utama mengandungi isi dan perasaan klien semasa proses perundingan dibuat.

- merangkumi aspek mengulang dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh klien. (Mizan & Halimatun, 1996)

KEMAHIRAN REFLEKSI- Menurut Muhd Mansor dan Siti Nordinar (1996), membuat

refleksi membolehkan kaunselor menggambarkan bahawa dia benar-benar menghayati perasaan dan tanggapan yang diluahkan oleh kliennya.

d. Jelaskan tiga strategi yang digunakan dalam teori

Page 23: ulang kaji B&K

behaviourisme untuk membantu klien?Kontrak Kontingensi

- Kontrak kontingensi dalam kaunseling hanya berkesan sekiranya kanak-kanak dilibatkan bersama dalam menentukan syarat-syarat penting yang terkandung.

- Selain itu, bahasa yang digunakan hendaklah mudah difahami, matlamat kaunselig hendaklah jelas, dan peneguhan hendaklah sesuai, serta diberikan sebaik sahaja kelihatan tingkahlaku yang wajar.

- Langkah 1: kenalpasti masalah langkah 2: kumpul data baseline langkah 3: tentukan matlamat langkah 4: bentuk pelan kontingensi langkah 5: menilai pelan kontingensi langkah 6: bentuk pelan penyelenggaraan.

Pembentukan (Shaping)- Teknik atau strategi operan yang kedua merujuk kepada

pembentukan shaping. - Secara praktik, ciri-ciri tingkah laku yang mirip kepada

tingkahlaku sasaran diberikan peneguhan sehingga terhasilnya tingkah laku tersebut.

- Proses ini dikenali sebagai successive approximations. - Guru bimbingan dan kaunseling yang ingin menggunakan teknik

atau strategi ini hendaklah mematuhi langkah-langkah berikut: Mengenalpasti tingkah laku yang diingini. Menunggu sehingga kelihatan tingkah laku tersebut. Memberi peneguhan yang wajar.

- Melalui pembentukan, kanak-kanak diajar tingkah laku kompleks secara beransur-ansur di mana setiap ciri tingkah laku yang ditunjukkan diberi peneguhana.

- Antara peneguh ekstrinsik termasuk gula-gula, pelekat “Smiley”, dan sebagainya.

- Secara ansur maju, peneguh ekstrinsik dipasangkah dengan peneguh intrinsic agar kanak-kanak yang berkenaan tidak bergantung semata-mata kepada ganjaran ekstrinsik. Modeling

- Teknik atau strategi modeling mendedahkan kanak-kanak yang berkenaan kepada seorang atau lebih individu, sama ada dalam kehidupan seharian, berbentuk watak dalam filem atau tayangan video.

- Watak-watak tersebut akan mempamerkan ciri-ciri tingkah laku seperti yang dihasratkan oleh kanak-kanak tadi.

- Kadangkala, guru bimbingan dan kaunseling, ataupun rakan-rakan sebaya boleh menjadi model yang mendemonstrasi ciri-ciri tingkahlaku tertentu.

e. Dengan menggunakan contoh yang jelas, huraikan bagaimana klien menggunakan strategi pengurusan kendiri, pemantauan kendiri dan peneguhan kendiri?

Kilen sebagai peserta yang bekerjasama (collaborator) dan aktif

Page 24: ulang kaji B&K

dalam kaunseling.Peranan aktif setiap fasa kaunselingBuah fikiran sendiri ±membina langkah tertentuyang membinaoProses permikiran klien diambilkira / diberi tumpuan.Klien lebih bertanggungjawab berusaha untuk mencapai perubahan yang dikehendaki.Memberi peneguhan sendiri.Interpretasi data sendiri

Langkah-langkah Pengurusan Kendiri, Pemantauan Kendiri dan Peneguhan Kendiri.

Langkah 1 Mengkonsepsi dan mentakrif masalah dan memilihmatlamat dalam bentuk behavioralA. Tentukan matlamat sasaran satu persatuB. Matlamatnya mesti:- mudah difahami,penting dan mempunyai nilai kepada klien- boleh diukur secara objektif dan dianalisis;- realistik dan boleh dicapai- positif dan membinaC. Kenyataan berkenaan matlamat sasaran mengandungi :- Kehendak klien boleh dicapai atau dilupuskan- pencapaian sedikit demi sedikit matlamat sasaran mengikuttarikhLangkah 2 Mengurus dan memantauA. Tentukan matlamat sasaran satu persatuB. Matlamatnya mesti:- mudah difahami,penting dan mempunyai nilai kepada klien- boleh diukur secara objektif dan dianalisis;- realistik dan boleh dicapai- positif dan membinaC. Kenyataan berkenaan matlamat sasaran mengandungi :- Kehendak klien boleh dicapai atau dilupuskan - pencapaian sedikit demi sedikit matlamat sasaran mengikut tarikh Catatan klien : tingkahlaku dengan segera selepas berlakuguna media yg sesuaiLangkah 3 Perubahan Suasana Persekitaran dan Mengambil Langkah yang sesuai Terus mencatit atau merekodkah tingkah laku sasaranA. Elak persekitaran dan situasi rangsang respontidak dikehendaki / maladaptif B. Ubah persekitaran, suasana dan situasi untuk pastikan :. Menyedari apa yang anda buat.Hadkan rangsangan melawa t/laku tidak dikehendaki.Memudahkan t/laku yang beri kepuasanLangkah 4 Menjana Peneguhan Yang sesuai dan Menentukan Akibat Yang Bermakna Serta Berkesan Bagi KlienTeruskan merekod tingkah laku sasaran Kenalpasti peneguhan dan akibatnya; yang mana peneguhan positif dan yg mana tidak selesa Laksanakan Pemberian peneguhan supaya1. T/laku sesuai peneguhan segera2. kriteria realistik dan mudah dibuat3. sokongan orang terdekat4. setiap peringkat diberi peneguhan

Page 25: ulang kaji B&K

5. peneguhan intrinsik dan ekstrinsik6. Peneguhan kuasa untuk beri kesan7. Peneguhan dijadualkan : jangka pendik, sederhana + panjangLangkah 5 Meneruskan Kejayaan dan Mengira Apa Yang Telah Tercapai Terus mencatit Terus fikir ganjaran yang sesuai untuk perlakuan dikehendaki.Bentuk satu sistem penilaian/feedback yang berkesanpengurusan, pemantauan dan peneguhan kendiri boleh diubahdan dibaiki serta kekal matlamat sasaranB. Meneruskan tingkah laku yang telah dipelajari1. Mengurangkan catitan-kendiri2. kurangkan pemberian peneguhan3. dapatkan sokongan sosial4. Gunakan strategi ini mengubah sesuatu yang klien fikir penting untuknya.

f. Nyatakan tiga sikap yang perlu ada pada seorang kaunselor yang menggunakan teori pemusatan klien ?

a) Kongruen Sikap pertama yang perlu ada di dalam perkembangan

teraputik ini ialah kongruen, keikhlasan ataupun kesepaduan. lni bermakna, dalam perhubungannya dengan klien, kaunselor sentiasa bebas dan bersungguh-sungguh untuk mengalami dirinya yang sebenar secara sedar, dan bukannya bertopeng sama ada secara sedar ataupun tidak untukmenggambarkan dirinya. Perlu diingatkan juga bahawa adalah mustahil bagi seseorang kaunselor bersikap sedemikian di dalam semua aspek kehidupannya. Oleh yang demikian,ia mencukupi sekadar kaunselor bersikap sebegini semasa dalam proses perhubungannyadengan klien.

b) Penerimaan Positif Tanpa Syarat Apabila kaunselor mendapati dia mengalami satu

perasaan kemesraan menerima setiapaspek pengalaman klien sebagai sebahagian kehidupan klien, ini dikatakan bahawadia sedang mengalami penerimaan positif tanpa syarat. Penerimaan ini menunjukkantidak ada penilaian positif atau negatif dilakukan. Ianya melibatkan penerimaan semuapengalaman klien sama ada yang berbentuk negatif seperti “jahat”, sedih, takut, mengalahdan pengalaman ganjil atau pun yang berbentuk positif seperti “baik”, positif, matang, yakindan perasaan bersosial. Kesemua perasaan ini, termasuk juga sama ada diri klien itukonsisten atau tidak, diterima sepenuhnya dengan mesra dan bukan secara menguasaiatau pun kerana memenuhi keperluan kaunselor. Ini bermakna klien itu diterima sebagaiseorang insan yang tersendiri dengan

Page 26: ulang kaji B&K

kebenaran untuknya menerima perasaan danpengalamannya sepenuh hati

c) Empati Syarat ketiga ialah supaya kaunselor mengalami satu

kefahaman yang tepat danempatik akan keadaan klien terhadap pengalamannya. Kaunselor akan cuba mengalami perasaan klien seperti marah, takut atau serbasalah, sebagaimana dia yang mempunyainya walaupun dirinya sendiri tidak pernah mengalamimarah, takut atau serba salah. Apabila kaunselor begitu jelas dengan klien dan dia pula bebas bergerak di dalam dunianya, kaunselor bolehlah mengkomunikasikan kefahamanterhadap apa yang sudah jelas ternampak oleh klien, dan juga menyuarakan makna terhadappengalaman klien yang tidak begitu sedar.

Kaunselor perlu bersikap empatik supaya dia dapat memahami perasaan klien; tidak sangsi apa yang dimaksudkan oleh klien; kata-kata kaunselor sesuai dengan perasaan dan isi

percakapan klien; nada suara kaunselor menunjukkan dia begitu

berupaya untuk berkongsi akanpengalaman klien

g. Kaunseling boleh disifatkan sebagai satu proses perhubungan antara individu dengan seorang atau lebih individu lain, Jelaskan tiga faktor yang boleh dikaitkan dengan perhubungan kauseling ?

Berminat dengan berterus terang dan jujur dengan klien seorang kaunselor haruslah berminat dengan berterus

terang, dan jujur dengan setiap klien. Carl Rogers, pernah berkata bahawa seorang klien mestilah merasa dirinya diterima olehkaunselor. Minat demikian boleh disampaikan kepada klien dalam banyak cara; menepati masa pertemuan, menjadi sensitif terhadap apa yang dikemukakan oleh klien dengan gerakgeri dan air muka, dan gerak balas pertuturan terhadap apa yang dicakapkan oleh klien. Minat demikian hendaklah tidak dibuat-buat atau secara berpura-pura.

Klien mesti mempunyai kepercayaan terhadap kaunselor klien mestilah mempunyai kepercayaan terhadap

kaunselor, dan merasa selamat berada dengannya. Dalam konteks ini, kerahsiaan adalah penting. Jika

seorang klien ituingin menenangkan helah bela dirinya (defences) dan melepaskan segala kelemahan dan kekuatannya, dia ingin mempastikan bahawa segala kelemahan-kelemahan ini tidak digunakan untuk membinasakannya nanti, setelah dia meluahkannya.

Page 27: ulang kaji B&K

Di samping kerahsiaan,kepercayaan (trust) dan penghormatan terhadap kebolehan kaunselor, klien perlu juga menyukainya sebagai seorang individu, dan bersikap positif terhadap keilmuan yang dimilikioleh seorang kaunselor itu.

Perhubungan kaunseling adalah terhad dalam banyak keadaan perhubungan kaunseling adalah terhad dalam banyak

keadaan, dan had-had ini bertujuan untuk perkembangan. Misalnya, temu ramah kaunseling dijalankan dalam masa-

masa tertentu, secara temujanji, dan biasanya mengikut had masa tertentu. Ada juga had-had tentang perkhidmatan yang ingin atau boleh diberikan oleh kaunselor. Ia tidak melakukansesuatu untuk klien, misalnya seperti seorang pekerja kebajikan melawat ke rumah.

Juga ada had tentang rapatnya hubungan dengan klien. Kaunselor tidak mengemukakan pendapatnya dalam kaunseling seperti dalam perbualan seharian. Walaupun dia akan bertemu kliennya dalam kegiatan-kegiatan sosial, ia akan mengelak dari hubungan persahabatan dengan mereka. Dia juga akan mengelak dari memainkan peranan orang-orang lain yang penting bagi klien itu - emak, bapa, kekasih dan sebagainya.

Yang penting ialah bahawa batasan-batasan demikian itu bertujuan untuk menunjukkan bahawatanggungjawabnya terletak pada klien. Apa yang perlu dibuat, klien itu hendaklah melakukannya sendiri. Ia tidak seharusnya bergantung kepada orang lain untuk membuat sesuatu keputusan baginya atau melindunginya daripada akibat sesuatu tindakannya sendiri

h. Jelaskan faktor-faktor penting dalam teori Rasional Emotif ? Teori ini meliputi tiga aspek iaitu pandangan terhadap manusia,

peranan kaunseling, dan teknik/ strategi untuk membantu klien. Pandang terhadap manusia

Bagi Ellis, secara semulajadi, manusia bersifat tidak rasional, dan cenderung kepada kegagalan. Mengikut kebiasaan, mereka gemar menggunakan perkataan seperti “mesti”, “harus”, dan “patut” dalam mengharungi liku-liku hidup masing-masing. Ekoran daripada itu, mereka sering mengalami gangguan emosi, kemarahan, kebimbangan, kemurungan, putus asas, kekecewaan dan perasaan negative lain yang akhirnya membawa kepada tingkahlaku yang merosakkan

Peranan kaunseling Peranan kaunseling yang berorientasikan teori rasional

Page 28: ulang kaji B&K

emotifialah menstruktur semula kognisi klien, termasuk pemikiran dan kepercayaan tidak rasional agar klien memperoleh satu pandangan dan falsafah hidup yang lebih positif dan rasional.

Teknik / strategi membantu klien Teknik kognitif

Menstruktur semula pemikiran dan kepercayaan tidak rasional melalui penggunaan akronium A-B-C-D-E.

Mendefinisi semula situasi negative supaya menjadi lebih positif.

Menkonseptualisasi masalah menjadi holistic dan menyeluruh berbanding dengan bahagian-bahagian kecil yang terpisah.

Teknik emotif Unsur kecindan membantu klien untuk melihat situasi

mereka dalam perspektif, dan tidak memandang rendah terhadap diri sendiri.

Imageri membimbing klien untuk membentuk pola-pola emosi yang positif.

Latihan menyerang perasaan malu/segan membantu klien untuk tidak terlalu mempeduli persepsi orang lain terhadap mereka.

Teknik behavioral Teknik operan seperti latihan asertif, pembentukan Teknik klasikal seperti desensitasi bersistematik Pengurusan kendiri termasuk pemantauan kendiri Tugasan kerja rumah membantu klien cuba dan amalkan

apa yang dipelajari dalam sesi kaunseling dalam aktiviti seharian masing-masing.

i. Huraikan konsep A-B-C-D-E dalam teori Rasional Emotif menggunakan contoh yang sesuai ? Teori rasional emotif dikenali sebagai teori “A-B-C-D-E”. A,B dan C

mewakili perkembangan satu-satu masalah, manakala D dan E mewakili langkah rawatan.

A – peristiwa pencetus – “saya telah gagal ujian sains.” B – penilaian terhadap peristiwa tadi (secara tidak rasional dan

rasional) Penilaian tidak rasional - “Saya telah gagal ujian sains. Oleh

itu, saya adalah seorang yang gagal dalam kehidupan saya” ; Penilaian rasional - “Saya telah gagal ujian sains. Saya

berasa kecewa. Mulai hari ini, saya akan bersedia untuk menghadapi ujian yang berikut”

C – konsekuen atau perasaan akibat penilaian tadi : Penilaian tidak rasional – anda berasa sedih dan putus asas Penilaian rasional – anda akan cuba mengatasi perasaan

kecewa, dan cuba tumpukan perhatian kepada ulangkaji. D – Usaha anda mengatasi penilaina tidak rasional – Guru

bimbingan dan kaunseling akan membantu anda untuk melawan

Page 29: ulang kaji B&K

penilaian tidak rasional. E – jawapan yang dijana bagi melawan pemikiran tidak rasional –

Pemikiran tidak rasional diubah menjadi rasional.

5. Kemahiran Asas Kaunselinga) Huraikan tahap-tahap dalam proses kaunseling?

1) Tahap membina satu hubungan Tahap membina asas yang kukuhuntuk mewujudkan

satuperkongsian bekerjasama. Perhubungan tersebut dapat menanam sifat

kepercayaan klienterhadap kaunselor. 4 tugas utama pada tahap ini merangkumi “mewujudkan

suasana yang menggalakkan interaksi”, “menentukan matlamat awal kaunseling”, “menstruktur hubungan” dan “membina kepercayaan”.

2) Tahap penerokaan Tahap memahami bagaimana klien mempersepsikan

masalahnya, atau memahami bingkai rujukannya. Tumpuan: - Meneroka skop masalah (konteks dan persekitaran

masalah, penglibatan orang yang signifikan) - Analisis aras kefungsian klien dengan persekitaran

(cara klien berhadapan dengan masalah pada masa lampau)

- Analisis corak klien berfikir dan bertindak - Mengenalpasti kekuatan dalaman klien (membantu

klien mendapat kesedaran bahawa dia mempunyai tanggungjawab untuk mengatasi masalahnya)

3) Tahap membuat keputusan Merupakan tahap membentuk satu matlamat untuk

klien. Kaunselor dan klien perlu mempunyai persetujuan

bersama tentang perkara berikut: - matlamat - Strategi dan pendekatan untuk mencapai matlamat Dua tugas tahap membuat keputusan: - Matlamat mesti dipersetujui bersama- Bersetuju dengan pendekatan dan strategi yang

digunakan.4) Tahap pelaksanaan

Merupakan tahap di mana kaunselor berusaha menurunkan aras kerisauan klien, atau menyelesaikan masalahnya.

Menggunakan pendekatan yang sesuai, memberikan tumpuan kepada kesedaran klien sama ada dari aspek mental, fizikal, emosi dan rohani.

Faktor yang mempengaruhi keberkesanan kaunseling:

Page 30: ulang kaji B&K

- Pengaruh orang yang terdekat. Contoh: suami, keluarga.

- Sumber bantuan lain. Contoh: kebajikan masyarakat, bantuan kepakaran.

- Risalah & artikel yang berkaitan. Contoh: maklumat AIDS.

- Pengalaman & pengetahuan kaunselor 5) Tahap menamatkan sesi kaunseling

Tahap kaunselor membuat rumusan apa yang telah berlaku dalam sesi kaunseling dan kesannya.

Tangani dahulu isu kebergantungan klien terhadap kaunselor (jika ada). Penilaian keseluruhan sesi dilakukan bersama.

Membuat rumusan tentang perkembangan proses dari awal sehingga akhir sesi.

Merancang tentang perkembangan klien selepas sesi kaunseling tamat.

b) Terdapat tiga jenis tingkah laku bukan lisan. Jelaskan? (Rujuk OUM m/s67)

Jenis tingkah laku bukan lisan

Bahagian tingkah laku

Contoh tingkah laku

1) Anggota badan

Penumpuan mata

Merenung sesuatu objek dalam bilik.

Memandang ke bawah.Mata Terkelip-kelip

BersinarCara

duduk Menunjukkan kesediaan

memberi respon Duduk dengan cara tak

bermaya Duduk dan menundukkan

kepala

Riak air muka (membayangkan perasaan)

Selamba Dahi berkerut Senyum atau ketawa Menggigit bibir Mulut muncung

Gerakan tangan dan lengan

Menggigit kuku Menggaru kepala Menarik rambut

2) Nada suara

Kelajuan bercakap

Cepat/Sederhana/Perlahan

Page 31: ulang kaji B&K

Ketinggian suara

Tinggi/Sederhana/Rendah

Bahasa Kasar/halus/menyindir/mengejek

3) Persekitaran

Kejarakan Mengundur bila orang lain ke depan

Maju ke depan bila orang lain mengundur

Keadaan dan kedudukan fizikal

Tempat yang teratur dan kemas

Ceria Perkakas yang mewah

Pakaian Menjolok mata Kemas Bergaya Biasa

c) Nyatakan kemahiran penumpuan yang perlu dikuasai oleh kaunselor? Penumpuan mata

- Dapat melihat reaksi klien apabila dia membuat sesuatu kenyataan – ikhlas, was-was atau dalam keadaan ketakutan

Postur terbuka Menghadap individu

- Pastikan tiada sekatan antaranya dengan klien Condong ke hadapan sedikit

- Berminat dan ingin mendengar dengan lebih lanjut Bersahaja dan relek

- Keadaan yang tenteram dan relek

d) Terdapat tujuh kemahiran asas komunikasi. Huraikan dengan contoh-contoh yang jelas.1) Soalan Terbuka

Menggalak klien berkongsi maklumat Meletakkan tanggungjawab untuk menjawab ke atas

klien Klien bebas memberi jawapan – meneroka perasaan,

nilai hidup Contohnya:

- Apakah yang hendak kita bincang hari ini?- Bagaimana perasaan anda setelah dia buat begitu?

Page 32: ulang kaji B&K

- Cuba terangkan apa yang selalu merungsingkan anda?

2) Senyap Kaunselor tidak memberi apa-apa komen atau soalan

sebagai respon Kaunselor mendiamkan diri Klien dibiarkan terus bercakap Klien memerlukan peluang untuk melihat dalam dirinya,

perasaannya, sikap, nilai-nilai dan perbuatannya Dibahagikan kepada senyap positif dan senyap negatif.

Senyap positif:- Menyedarkan klien bahawa tanggungjawab

bercakap adalah pada klien - Membolehkan klien memeriksa apa yang sedang

difikirkannya dan apa yang dirasakannya - Memberi ruang masa untuk membuat kesimpulan

tentang implikasi perbincangan pada sesi itu - Beri klien masa untuk mengimbas kembali dan

memproses apa yang telah berlaku tanpa tekanan menjawab soalan kaunselor, tentang fikiran dan perasaannya Senyap negatif:

- Klien merasa kurang senang kerana dihantar berjumpa kaunselor

- Enggan bekerjasama dengan kaunselor - Kedua-dua kaunselor dan klien telah sampai ke jalan

buntu o Kaunselor harus mencelah – mula bercakap dan

memecahkan suasana senyap o Anda nampaknya diam sahaja, mungkin anda ada

masalah?3) Mendengar

Menerima mesej dengan teliti dan memberi respon yang tepat kepada mesej yang disampaikan

Kemahiran mendengar Menjadi teras kepada keberkesanan kaunseling – dapat

memberi maklum balas tentang fikirannya dan perasaannya

Perlu menggabungkan kemahiran menyatakan semula isi percakapan, kemahiran merefleksi perasaan

Mempunyai nilai teraputik – beri kesan kepada klien bahawa dia difahami dan didengari oleh seseorang

4) Pernyataan Semula Kebolehan menyatakan semula intipati mesej yang

disampaikan oleh klien Dikenali sebagai memparafrasakan sesuatu kenyataan Tujuan memparafrasa

Page 33: ulang kaji B&K

- Memberitahu klien bahawa kaunselor cuba memahaminya

- Meringkaskan dengan lebih jelas apa yang dicakapkan oleh klien

- Menyemak kalau apa yang dipersepsikan oleh kaunselor sama dengan yang dimaksudkan oleh klien

5) Merefleksi Perasaan Mencadangkan satu perasaan yang dialami oleh klien

bila membuat sesuatu kenyataan - untuk menyemak ketepatan perasaan yang dialami ketika itu

Klien - Bila saya dapat tahu permohonan biasiswa saya

diluluskan, barulah saya merasa lega. Kaunselor:- Anda merasa puas hati dan lega kerana masalah

kewangan berkurangan 6) Meringkaskan Isi Perbincangan

Kebolehan meringkaskan perkara-perkara penting yang telah dibincang bersama klien dalam sesi temu bual untuk menyemak bahawa keuda-dua bersetuju tentang apa yang telah dibincang

Tujuan - Semakan - Memberi keyakinan kepada klien bahawa

masalahnya diberi sepenuh perhatian oleh kaunselor7) Meringkaskan Perasaan

Bertujuan - Meringkaskan perasaan klien yang diperhatikan oleh

kaunselor yang pernah diucapkan oleh klien sendiri, ataupun yang dipersepsikan oleh kaunselor

- Menunjukkan kepada klien bahawa kaunselor benar-benar mendengar masalahnya dan berada di sampingnya untuk menolong

e) Huraikan kemahiran mengenal pasti masalah klien? Peranan yang dimainkan oleh kaunselor adalah membantu

klien mengenali masalah yang membawa dirinya menghadiri sesi ini. Dengan mengetahui pelbagai masalah yang dihadapi oleh klien akan memudahkan kaunselor  menentukan langkah bagi membantu klien mengatasinya.

Antara masalah yang seringkali dihadapi oleh klien adalah masalah psikologi1. 1) Masalah Psikologia. - Tekanan emosi. - Malu dan rendah diri terhadap rakan-rakan- Iri hati terhadap kebahagiaan orang lain- Menjadi orang yang sangat sensitif - Tiada tempat untuk meluahkan masalah

Page 34: ulang kaji B&K

- Perasaan marah yang sukar dikawal- Rasa diri tidak dihargaih. Perasaan kesunyian- Kegagalan memenuhi impian individu lain - Masalah hilang keyakinan diri- Masalah perhubungan dengan ibu-bapa mulai renggang- Perhubungan dan komunikasi- Kenangan pahit yang mengganggu, dan lain-lain.

2) Masalah Akademik dan Pengurusan Diria. - Pengurusan masa- Tekanan kerja rumah terlalu banyak dan kerja tertangguh- Tidak bermotivasi untuk belajar - Sering mengantuk dalam kelas- Sibuk dengan aktiviti luar - Berfikiran negatif dalam subjek akademik- Perasaan benci pada guru.

3) Masalah pemikiran.- Berfikiran negatif - Ragu-ragu dalam tindakan yang bakal diambil- Tidak yakin dengan kebolehan diri- Tidak tahu bagaimana mahu membuat keputusan- Terlalu bergantung kepada orang lain- Terlalu mudah putus asa- Tidak boleh terima kegagalan- Terlalu inginkan kesempurnaan

f) Huraikan kemahiran melaksanakan intervensi bagi mengatasi masalah klien? Intervensi membawa maksud mengubah dan membuka

pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri.

Manakala, kaunseling adalah satu perhubungan yang dicirikan oleh keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yang membolehkan klien memperoleh kestabilan dalam menyelesaikan maslah dengan batuan kaunselor. Intervensi yang berasaskan pendekatan kaunseling merupakan tindakan yang dilakukan oleh kaunselor dalm membina program bimbingan dan kaunseling yang lebih komprehensif.

Bentuk intervensi kaunseling yang dijalankan juga perlulah sesuai dengan jenis permasalahan yang dihadapi oleh klien bagi meningkatkan keberkesanan program kauseling yang dijalankan.

Contohnya:(Terapi Lukisan) - Terapi ini dilaksanakan kepada pelajar Tahun 2, Sk.

Kayangat Tenghilan, Tuaran. semua pelajar terdiri daripada 21 orang pelajar dan jenis intervensi yang dilaksanakan merupakan intervensi secara kelompok

Page 35: ulang kaji B&K

besar. Objektif terapi ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti pelajar yang mungkin mempunyai masalah terpendam dan pelajar mengambil sikap memendam masalah. Pelajar-pelajar ini berumur 8 tahun dan melalui pemerhatian awal semua pelajar ini mempunyai tingkah laku yang berbeza serta mereka dating daripada latar belakang yang berlainan malahan tahap prestasi pembelajaran juga berbeza.

- Pelaksanaan terapi ini adalah mengikut perancangan Modul Terapi Lukisan:

Modul Terapi Lukisan

Tarikh : 25/02/2012 Masa : 8.30pg – 9.30pg Alat : Kertas lukisan, berus warna, warna air, LCD,laptop, palatte Sasaran : Tahun 2 Dedikasi ( 21 orang murid – 11 lelaki, 9 perempuan) Tempat : Bilik darjah Tahun 2 Dedikasi Tajuk : Lukisan Saya. Objektif :Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:- 1) Mengenalpasti masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar

2) Meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. 3) Meningkatkan kemahiran berkomunikasi komunikasi pelajar.

Prosedur :

Set induksi (5 min) Guru menanyakan khabar murid.

Guru menunjukkan pelbagai jenis objek yang berwarna asas iaitu kuning, biru dan merah bagi memulakan pembelajaran.

Guru menanyakan persamaan di antara objek tersebut kepada murid.

Murid memberitahu persamaan di antara objek tersebut kepada guru iaitu warna semua objek itu adalah sama (warna asas).

Langkah 1 (25 min)

Page 36: ulang kaji B&K

Guru mengedarkan alat-alat lukisan seperti berus, warna air, kertas lukisan, palatte kepada murid- murid.

Guru memberi arahan kepada murid-murid untuk melukis dan mewarna mengikut kehendak masing-masing.

Semasa murid-murid melukis guru bergerak mengelilingi bilik darjah untuk memerhatikan hasil lukisan mereka.

Selepas, murid-murid tamat melukis dan mewarna, guru mengadakan sesi soal jawab dengan murid.

Dalam sesi soal jawab guru menanyakan sebab untuk hasil lukisan tersebut daripada murid.

Murid-murid memberi penjelasan kepada guru tentang hasil lukisan mereka.

Langkah 2 (20 min) Selepas itu, guru meminta murid – murid melukis gambar yang

sesuai dengan warna (biru, kuning dan merah) yang diberi oleh guru.

Guru meminta lapan orang murid untuk membentang hasil lukisan mereka di hadapan bilik darjah.

Murid-murid menjelaskan hasil lukisan mereka.

Penutup (10 min) Guru menunjukkan pelbagai jenis gambar yang berwarna asas

dengan menggunakan LCD.

Murid – murid diminta menjawab “warna asas” sebanyak dua kali bagi gambar yang mempunyai warna asas dan “shhhhh” bagi gambar berwarna lain.

Guru menamatkan proses pengajaran dan pembelajaran selepas permainan ini.

7. Kaunseling Kelompoka. Jelaskan asas kaunseling kelompok?- Kelompok merujuk kepada kelompok kaunseling dan kesan

pendekatan ini dalam kaunseling kanak-kanak.- Kaunseling kelompok membuka jalan kepada individu mengubah

sikap dan tingkah lakunya, mengikut nilai dan tanggapan asal sesebuah kelompok.

- Semua fungsi ini digunakan dalam sesbuah kelompok kecil dengan berkongsi masalah peribadi bersama rakan sebaya.

- Aminah Haji Hashim (1996) menegaskan Kaunseling Kelompok adalah suatu proses perhubungan antara individu secara berkelompok, yang melibatkan seorang kaunselor

Page 37: ulang kaji B&K

dengan beberapa orang ahli yang mencerminkan diri mereka serta situasi yang dialami.Tujuan perhubungan tersebut adalah untuk mengubah sikap dan kelakuan. 

- Kaunseling kelompok  adalah satu proses antara individu (interpersonal process) yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli atau klien yang meneroka diri serta situasi yang di alami. Process tersebut menekankan pemikiran yang sedar, perasaan dan kelakuan ( Corey, 1990 ).

-  Cottle dan Downie (1970), melihat kaunseling sebagai “proses seorang kaunselor membantu seorang klien memahami dan menerima maklumat mengenai dirinya dan interksi dengan orang lain supaya dia dapat membuat keputusan yang berkesan mengenai pilihan-pilihan dalam hidupnya”.

-  Manakala menurut Zainal Abidin (2002), kaunseling adalah satu perbincangan antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang memahami kekeliruan dan memerlukan bantuan bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa altenatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif  yang dipilih.

- Kaunseling kelompok merupakan satu perkhidmatan pertolongan psikologikal yang membantu individu normal berkembang secara holistic mengikut potensi mereka. 

- Tujuan kaunseling kelompok adalah membaiki sikap dan tingkah laku klien yang tidak berkesan atau tidak mendatangkan faedah.

- Mengikut corey (1990) kaunseling kelompok bertujuan mencegah serta memulih. Hansen et al (1976) menjelaskan, tujuan mencegah adalah supaya klien dapat mengatasi masalah yang dihadapi sebelum masalah tersebut menjadi serius, mana kala tujuan memulih pula adalah bagi klien yang sedang mengalami masalah yang serius di mana kaunseling kelompok merupakan satu proses intervensi untuk menukar kelaluan.

- Kaunseling kelompok berorientasikan masalah yang spesifik, sama ada masalah itu masalah pembelajaran kerjaya, sosial atau emosi.

- Isi dan fokus perbincangan dalam kelompok, sebahagian besarnya ditentukan oleh klien yang terdiri daripada individu yang normal(dapat berfungsi dengan sepenuhnya).

- Kebanyakkan masalah yang dibawa ke dalam kelompok adalah berkaitan dengan bertugas perkembangan dalam hidup seharian. 

- Dengan itu kaunseling kelompok berorientasikan perkembangan (growth oriented), dan fungsi kaunseling serta klien adalah memberi sokongan dan empati yang diperlukan untuk menimbulkan suasana yang selamat dan menyembuh yang membawa kepada kepercayaan ahli berkongsi maklumat dan perasaan ke arah menimbulkan celik akal, membaiki sikap serta perlakuan.

- Kelompok kaunseling berasaskan model pendidikan dan model perubatan. Ia merupakan pertolongan yang diberi kepada

Page 38: ulang kaji B&K

individu yang berfungsi penuh dan menghadapi masalah emosi, sosial dan intelek. Mengikut Szasz (1973) dalam Ohlsen (1977) ”Adalah menjadi satu kesilapan jika dilihat pemulihan individu yang bermasalah emosi itu sebagai hanya satu rawatan perubatan. Ini adalah sebab individu itu telah lama menggunakan cara mengatasi masalah yang tidak sesuai yang mungkin dipelajari sejak usia kecil lagi.

- Melalui kaunseling kelompok individu itu akan mempelajari cara dan perlakuan baru yang lebih sesuai supaya ia dapat membina perhubungan yang memuaskan di kalangan sanak saudara, sahabat handai serta rakan sekerja.

- Maka dengan itu kaunseling kelompok adalah satu pertolongan yang diberi kepada individu yang menghadapi masalah emosi, sosial dan intelek melalui model pendidikan dan model perubatan.

- Model pendidikan merangkumi aspek-aspek membimbing, mengajar, menunjuk cara serta mengasuh individu tersebut dengna perlakuan-perlakuan yang lebih berkesan supaya dapat menangani masalah yang dihadapi.

- Model perubatan pula meliputi aspek mengkelasifikasi danmendiagnosa masalah secara mendalam tetapi tidak termasuk preskrepsi atau memberi ubat.

- Kaunseling kelompok menumpukan masa membantu individu mengidentifikasi perlakuan yang tidak mendatangkan faedah atau menguntungkan diri. Individu dalam kelompok kaunseling mempelajari perlakuan baru supaya dapat berfungsi dengan berkesan.

- Gazda (1973) menegaskan beliau lebih suka melihat kaunseling kelompok sebagai terletak di satu kontinum yang berorientasikan pencegahan kepada yang berorientasikan pemulihan.

- Di sebelah pemulihan beliau letakkan psikoterapi, di sebelah mencegah pula diletakkan kelompok bimbingan, latihan perhubungan antara manusia serta variasi-variasi di bawah pergerakan potensi manusia.

- Manakala di tengah-tengah kontinum tersebut di masukkan kaunseling kelompok.

b. Huraikan bagaimana langkah-langkah yang digunakan untuk memilih ahli kelompok?Beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh pemudahcara termasuk komposisi kelompok, saiz kelompok, kekerapan perjumpaan, tempoh masa sesi kaunseling, bilangan sesi kaunseling, dan kelompok tertutup lawan kelompok terbuka.Komposisi Kelompok Komposisi kelompok merupakan satu isu yang biasa timbul

dalam pembentukan kelompok kaunseling.

Page 39: ulang kaji B&K

Dalam konteks kelompok, kelompok heterogen mengandungi ahli-ahli yang mempunyai perbezaan.

Kelompok homogeny pula mengandungi ahli-ahli yang mempunyai persamaan.

Dari segi umur, Gazda mengesyorkan kelompok homogeny di mana perbezaan umur ahli-ahli tidak melebihi satu tahun.

Dari segi jantina,Gnott mengatakan bahawa kelompok heterogen adalah lebih berkesan bagi kanak-kanak pra-sekolah.

Kelompok homogeny lebih sesuai bagi mereka yang berada di tahap satu peringkat sekolah rendah.

Dari segi personaliti, ahli teoris sebulat suara setuju bahawa kelompok heterogen lebih berkesan.

Saiz Kelompok Menurut tokoh-tokoh kaunseling kelompok, tiada saiz

kelompok yang muktamad; saiz kelompok sebenarnya bergantung kepada jenis kelompok dan umur ahli.

Kelompok yang menggunakan terapi bermain seelok-eloknya tidak melebihi empat orang kanak-kanak.

Kekerapan Perjumpaan Kelompok kaunseling akan berjumpa sekurang-kurangnya

seminggu sekali mengikut jadual yang ditetapkan dan dipersetujui bersama.

Tempoh Masa Sesi Kaunseling Setiap sesi kaunseling kelompok untuk kanak-kanak akan

mengambil masa antara 50 hingga 60 minit. Tempoh masa terlalu singkat, ada ahli yang tidak berpeluang

untuk bercakap atau menyumbang idea dan pandangan mereka.

Satu perkara yang berhubungkait dengan tempoh masa kaunseling kelompok ialah kesesuaian masa.

Ramai guru bimbingan dan kaunseling menghadapi masalah dari segi mengatur masa yang bersesuaian bagi semua ahli.

Guru bimbingan dan kaunseling yang bercadang untuk mengadakan sesi selepas waktu sekolah hendaklah peka kepada masalah yang akan timbul dalam kalangan ahli seperti ketinggalan pengangkutan pulang ke rumah, ketinggalan kelas tuisyen, dan sebagainya.

Bilangan Sesi Kaunseling Bilangan sesi bagi kaunseling kelompok bergantung kepada

jenis kelompok, keperluan ahli, dan orientasi teoretikal guru bimbingan dan kaunseling.

Sesetengah ahli teoris berpendapat bahawa amat penting untuk menetapkan bilangan sesi pada sesi pertama kaunseling kelompok berlangsung; sekurang-kurangnya kanak-kanak dapat bersedia dari segi komitmen masa.

Kelompok Tertutup lawan Kelompok Terbuka Mengikut tokoh-tokoh kaunseling, adalah lebih wajar

sekiranya kelompok kaunseling berbentuk kelompok

Page 40: ulang kaji B&K

tertutup. Kelompok ini ditubuhkan, ia tidak lagi akan terbuka kepada

ahli baru. Syarat sedemikian akan mengelakkan gangguan kepada

kejelekitan kelompok akibat kemasukan ahli baru. Juga tidak akan menjejaskan perkembangan kelompok. Secara diplomatik, guru bimbingan dan kaunseling boleh

pohon supaya kanak-kanak yang berminat untuk menganggotai kelompok kaunseling lain dibentuk pada masa depan.

c. Terdapat dua jenis kelompok. Jelaskan? Kelompok Berpusatkan Krisis- Kelompok berpusatkan krisis ditubuhkan sebagai respons kepada

satu masalah yang perlu diselesaikan dengan segera.- Misalnya: trauma akibat bencana alam seperti gempa bumi,

tsunami, banjir, kematian, dan sebagainya.- Biasanya bilangan sesi berjumlah sebanyak lima kali, di mana

penamatan dibuat apabila keadaan berbalik kepada biasa dan situasi sudah menjadi stabil.

- Bilangan ahli hanya berjumlah antara empat hingga enam orang yang terlibat secara langsung dalam krisis tersebut.

Kelompok Berpusatkan Masalah- Kelompok bepusatkan krisis, kelompok berpusatkan masalah

juga berfokuskan kepada satu masalah umum.- Yang berbeza ialah masalah yang timbul tidak memerlukan

tindakah segera.- Akan tetapi, kelompok yang pada asalnya dibentuk untuk

menangani suatu krisis boleh menjadi kelompok berpusatkan masalah.

- Keadaan ini berlaku apabila ahli-ahli bersetuju untuk meneruskan perjumpaan secara kelompok setelah tamatnya krisis tersebut.

- Kelompok berpusatkan masalah dibentuk untuk mengurus seberapa banyak masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak di sekolah.

- Masalah yang paling biasa adalah berkaitan dengan tingkahlaku, atau akademik.

- Nadi bagi kelompok berpusatkan masalah ialah masalah yang sama dihadapi oleh lebih daripada seorang ahli.

- Elemen yang penting untuk memastikan kesan positif kelompok ini ialah pengetahuan asas tentang dinamika kelompok serta kepercayaan kepada sokongan moral ahli-ahli.

d. Huraikan tahap-tahap dalam proses kaunseling kelompok?- Corey dan Corey (dalam Nystul, 2003) telah mengemukakan

model berikut yang mengandungi empat tahap iaitu: Tahap Satu:

Page 41: ulang kaji B&K

Permulaan (Orientasi); Tahap Dua: Transisi; Tahap Ketiga: Bekerja; dan Tahap Keempat: Penamatan.

- Tahap Satu: Permulaan (Orientasi) Mengikut kebiasaan, kedua-dua pihak, iaitu pemudahcara

dan ahli-ahli kelompok akan memberi perhatian kepada perkara-perkara seperti: orientasi ahli? Secara am, orientasi ahli merujuk kepada usaha menyediakan ahli untuk menyertai sesi-sesi kaunseling kelompok yang bakal berlangsung nanti.

Oleh demikian, pemudahcara mempunyai beberapa fungsi utama, iaitu: (i) membantu ahli-ahli membentuk peraturan (ground rules) serta norma kelompok; (ii) meransang mereka untuk melahirkan ketakutan dan kebimbingan masing-masing; (iii) mendorong mereka supaya bersifat terbuka serta hadir secara psikologikal; (iv) membantu mereka untuk mengenalpasti matlamat peribadi yang konkrit; dan (v) menggalakkan mereka untuk berkongsi jangkaan dan harapan masing-masing demi kepentingan semua ahli.

Secara ringkas, boleh dikatakan bahawa pada tahap permulaan, ahli-ahli kelompok akan cuba memupuk kepercayaan masing-masing; belajar untuk mengemukakan pemikiran serta meluahkan perasaan mereka, termasuk ketakutan atau kebimbingan menyertai kelompok; melibatkan diri dalam membentuk peraturan dan norma kelompok; membentuk matlamat peribadi; dan belajar mengenai dinamika proses kaunseling kelompok.

- Tahap Dua: Transisi Ahli-ahli kelompok akan meneruskan dengan pembinaan

kepercayaan dan kejelekitan antara satu sama. Mengikut kebiasaan, ada ahli yang akan berkongsi sesuatu

yang bersifat peribadi. Kesanggupan ahli-ahli untuk mendengar, kemudian memberi

maklum balas yang wajar membuktikan bahawa mereka sudah mencapai kejelekitan.

Tanggungjawab pemudahcara ialah menggalakkan ahli-ahli supaya meluahkan perasaan bimbang mereka serta mengurus konflik secara terbuka, dan memupuk sifat autonomi dan berdikari dalam kalangan ahli.

- Tahap Ketiga: Bekerja Tahap bekerja berlaku apabila ahli-ahli kelompok berasa

bebas untuk meneroka pemikirandan perasaan masing-masing, di samping berusaha untuk menangani kebimbangan mereka.

Fungsi utama pemudahcara ialah mendorong ahli-ahli untuk mengubah celikakal yang terhasil kepada tindakah, serta membantu mereka melakukan perubahan yang diperlukan ke arah pencapaian matlamat masing-masing.

Pada tahap ini, ahli-ahli akan mengemukakan isu-isu peribadi yang sanggup mereka kerjakan, memberi dan menerima

Page 42: ulang kaji B&K

maklumbalas, mengaplikasi apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian, dan memberi sokonga serta dorongan kepada ahli-ahli yang lain.

- Tahap Keempat: Penamatan Kelompok mempunyai hayat tersendiri. Lama kelamaan, semua kelompok kaunseling akan tamat,

termasuk kelompok yang tidak dihadkan oleh masa. Kadangkala, penamatan kelompok boleh menyebabkan ahli-

ahli rosot kembali atau melahirkan perasaan yang tidak diingini.

Oleh itu, amat penting supaya pemudahcara menyediakan ahli-ahli untuk menerima hakikat tersebut, memberi mereka peluang untuk menjalani sesi kaunseling tambahan, jika perlu, dan membantu mereka untuk memperoleh pemahaman yang jelas tentang apa yang telah dipelajari.

e. Jelaskan peranan kaunselor sebagai pemudahcara?Pengendalian kaunseling individu yang telah pelajari, guru bimbingan dan kaunseling ataupun kaunselor juga mempunyai peranan tertentu semasa menjalankan kaunseling kelompok.Tahap-tahap kaunseling kelompok, sudah tentu telah kenalpasti peranan guru bimbingan dan kaunseling pada setiap tahap.Peranan dalam kaunseling individu, peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam kaunseling kelompok agak berbeza.Dalam kaunseling kelompok, guru bimbingan dan kaunseling lebih berperanan sebagai pemudahcara.Sudah lama wujud satu miskonsepsi dalam kumpulan orang ramai bahawa peranan pemudahcara dalam kelompok agak ringan dan kecil sahaja.Kumpulan ini berpendapat bahawa mana-mana kelompok pasti berupaya untuk berfungsi dengan sendiri.Pemudahcara mempunyai impak dan pengaruh yang agak kuat bukan sahaja ke atas kelompok, malahan matlamat yang ingin dicapai dan hasil yang diperoleh nanti.Enam peranan pemudahcara kaunseling kelompok.1. Pengaruh

pada peringkat penapisan, beliau dikehendaki menentukan matlamat dan tujuan kelompok, serta menjalankan proses pemilihan ahli dengan sempurna.

Perancangan yang rapi juga merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan tempat, dan penentuan masa yang sesuai.

Kemudian pada peringkat orientasi kelompok, pemudahcara mengubah peranan menjadi seorang pemerhati untuk mengenalpasti apa yang sedang berlaku, tingkah laku yang ditunjukkan, arah mana yang sedang ditujui oleh kelompok, dan adakah arah tersebut akan membawa kepada pencapaian matlamat kelompok.

Page 43: ulang kaji B&K

2. Orang yang berkecuali Ahli-ahli kelompok akan mengemukakan idea, pandangan

dan pendapat masing-masing. Pemudahcara yang berperanan sebagai seorang yang

berkecuali bererti bahawa beliau harus bersifat objektif terhadap isu perbincangan ahli.

Dengan itu, baru beliau boleh menumpukan perhatian kepada proses dan dinamika kelompok.

Peranan seperti ini agak mencabar sekiranya hanya guru bimbingan dan kaunseling seorang sahaja yang bertugas sebagai pemudahcara bagi satu-satu kelompok.

3. Orang yang tidak campur tangan Teori pemusatan perorangan Rogers yang menegaskan

supaya guru bimbingan dan kaunseling harus bersifat empati, tulen dan menerima klien secara positif tanpa syarat.

Dalam konteks kaunseling kelompok, penekanan ini juga digunapakai.

Pemudahcara yang bersifat demikian perlu elak daripada melibatkan diri dalam membincangkan tentang kandungan isu yang berkenaan.

Campur tangan beliau akan menunjukkan sikap ketidakprihatinan atau tidak mengendahkan perasaan dan masalah ahli-ahli kelompok.

Akibatnya, suasana teraputik kelompok akan terjejas.

4. Manipulator Apabila kelompok menemui jalan buntu dan sudah jauh

menyeleweng matlamat. Beliau perl memainkan peranan sebagai manipulator

untuk membawa ahli-ahli kembali ke pangkuan yang betul.

Beliau akan menggunakan kemahiran memimpin, dan menyokong.

Peranan di atas juga berkehendakkan pemudahcara untuk menghargai dan mengiktiraf secara positif sumbangan semua ahli tanpa menunjukkan pilih kasih.

Akan tetapi, perlu peka kepada niat yang buruk di sebalik idea, pandangan dan tindakan sesetengah ahli yang berkenaan.

5. Pengurus Peranan sebagai pengurus kelompok merupakan satu

peranan penting bagi pemudahcara. Adakalanya, beliau bertindak sebagai pengadil atau refri

demi memastikan perbincangan kelompok berjalan dengan lancar dan tidak menyimpang daripada tajuk.

Beliau mungkin perlu berhentikan perbincangan tajuk

Page 44: ulang kaji B&K

yang tidak akan mendatangkan apa jua hasil atau manfaat kepada mana-mana ahli.

Peranan ini hendaklah dimainkan dengan diplomasi agar tidak menyinggung hati sesiapa pun dalam kalangan kelompok.

6. Pemangkin Dalam kelompok yang terdiri daripada pelbagai jenis ahli

yang berbeza dari segi pengalaman, budaya, nilai, kepercayaan, sudah tentu amat mencabar bagi pemudahcara mendorong penyertaan semua ahli.

Pada satu ekstrim, ada ahli yang suka bertingkah laku agresif terhadap ahli-ahli lain dan sengajar mencari salah dengan mereka; ada yang asyik monopolikan sesi dengan bercerita panjang tentang hal mereka; dan ada yang suka menarik perhatian sepanjang sesi.

f. Huraikan maksud dinamika dalam kelompok?Pendek kata, ia boleh dikatakan sebagai aliran kelompok dari garisan permulaan sehingga ke garisan penamat. Ia merupakan satu cara untuk memerihalkan tahap-tahap yang dilalui oleh kelompok.Dinamika kelompok merujuk kepada kuasa-kuasa sosial yang wujud dalam kelompok.Dengan kata lain, ia memerihalkan interaksi yang berlaku antara dan sesame ahli termasuk: impak peranan kelompok serta pemudahcara, dan penglibatan ahli.Dinamika kelompok juga boleh diukur melalui teknik-teknik seperti main peranan, aktiviti kelompok, mainan, dan sebagainya.Dengan kata lain, dinamika dalam kelompok menggambarkan interaksi antara ahli-ahli, iaitu bagaimana mereka berhubung antara satu sama lain, dan dengan pemudahcara. Ia juga boleh digunakan sebagai kayu pengukur bagi keberkesanan satu-satu kelompok.Dinamika dalam kelompok juga merujuk kepada perasaan kepunyaan ahli terhadap kelompok yang mereka sertai.Sehubungan itu, amat penting bagi pemudahcara percaya bahawa ahli-ahli mampu untuk mengawal perjalanan sesi kelompok.Keadaan ini akan berubah apabila semakin beransur sesi, semakin tinggi perasaan kekitaan dalam kalangan ahli.Mereka akan cuba dengan sedaya upaya untuk membawa kelompok ke arah pencapaian matlamat.

Page 45: ulang kaji B&K

8. Asas Kerjaya dan Memahami Diri Pelajara) Huraikan konsep membina gaya hidup?

Konsep membina gaya hidup dan kaitannya dengan kerjaya. Kerjaya yang bermaksud kerja yyang kita lakukan sepanjang

hayat hidup(Hoyt, dalam Sciarra, 2004) Gaya hidup ialah (Life style) adalah gambaran personaliti

dan tingkahlaku individu dalam proses berinteraksi dengan persekitaranya.

Idea dan kepercayaan individu terbentuk hasil dari perspektif subjektif dan pengalamannya dahulu

Menurut Adler, gaya hidup adalah “satu cara hidup mencerminkan sikap dan nilai seseorang dan kelompok.”Beliau menegaskan bahawa sikap individu merangkumi sikap terhadap diri, orang lain dan persekitaran social di mana berada.Gaya hidup merujuk kepada orientasi asas individu yang berkenaan terhadap kehidupannya dan merangkumi himpunan pola-pola tema yang berulang-ulang sepanjang hayat hidup.

b) Jelaskan maksud kendiri, Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri? Kendiri adalah suatu trend yang melibatkan klien sebagai

peserta yang bekerjasama dan aktif dalam kaunseling. Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri:

1) PERSEKITARAN2) KELUARGA.3) KESIHATAN.4) RAKAN SEBAYA 5) ASUHAN OLEH KELUARGA6) TAHP PENDIDIKAN 7) PENGHARGAAN KENDIRI:TINGGI ATAU RENDAH

c) Huraikan maksud personaliti. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti?MAKSUD PERSONALITI Pesona- perkataan Latin bererti TOPENG atau PELINDUNG

MUKA ( penampilan seseorang) Merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap dan watak,

keupayaan, kepercayaan, kecerdasan , motivasi dan lain lain. (bersifat dalaman)

Personaliti ialah sesuatu yang dimiliki seseorang Ekstovert, ambivert dan introvert

FAKTOR-FAKTORNYA: Genetik – bentuk tubuh badan

Page 46: ulang kaji B&K

Persekitaran

d) Jelaskan Teori Perkembangan Pilihan Kerjaya-Teori Ginzberg

- Teori ini adalah hasil daripada usahasama 4 orang pakar dalam bidag ekonomi, sosiologi, dan psikologi.

- Diketuai oleh Ginzberg dan dibantu oleh Ginzburg, Axelred dan Herma. Ia merupakan teori perkembangan kerjaya atau teori pendekatan proses. Ginzberg merupakan seorang pakar ekonomi dan disebabkan itu memuatkan kepentingan ekonomi dalam teorinya.

Peringkat Perkembangan kerjaya :Peringkat Fantasi ( 6 hingga 11 tahun)- Berorientasikan permainan, banyak

dipengaruhioleh orang dewasa- Tidak berasaskan minat- Permainan menjadi orientasi pekerjaan

Peringkat Percubaan ( 11-17 tahun)- Proses transisi bermula memikirkan kerjaya itu

sesuai atau tidak- Bersedia kearah realiti iaitu memilih kerjaya

yang sesuai dengan cita-cita

Peringkat realistik ( 17 – 20 tahun)- Individu mula mendapatkan maklumat dan

pengalaman yang membantu mereka membuat pilihan

- Mula membuat pengkhususan dalam pemilihan kerjaya

- Akan mengubah pilihan yang kurang tepat kepada yang lebih tepat

- Ada 3 peringkat iaitu penjelajahan, pembentukan dan penentuan

Unsur-unsur penting perkembangan kerjayaPemilihan kerjaya adalah satu proses perkembangan yang mana secara tipikal berlaku dalam jangkamasa lebih daripada 10 tahun .Proses perkembangan ini adalah satu proses yang tidak boleh berpatah balik.Proses pemilihan kerjaya berakhir apabila wujud kompromi antara minat, kebolehan, nilai dan peluang-peluang yang wujud.

Page 47: ulang kaji B&K

Kenyataan semula   teori ginzberg - Perkembangan kerjaya  berlaku sepanjang

hayat bukan hanya 6 -20 tahun.- Proses perkembangan kerjaya boleh berpatah

balik iaitu individu boleh menukar pilihan yang dirasakan kurang sesuai ke pilihan yang lebih baik.

- Teori KendiriSuper

- Teori ini lebih mementingkan konsep kendiri dalam menentukan arah tuju individu dalam bidang pekerjaan. Menurut Super (Isaacson & Brown, 1993), konsep kendiri ini berkembang melalui pertumbuhan fizikal dan mental, pemerhatian terhadap pekerjaan, hubungan dengan orang dewasa yang bekerja, persekitaran dan pengalaman.

- Dimensi-dimensi ini mewujudkan perbezaan dan persamaan antara individu dan dapat membantu seseorang memilih kerjaya yang sesuai.

- Selain itu, Super turut menjelaskan bahawa dalam perkembangan kerjaya, individu mengambil kira faktor-faktor seperti keperluannya, kebijaksanaan, minat, nilai, sikap, keluarga, rakan sebaya, masyarakat, ekonomi negara, pasaran buruh dan sekolah.

- Dalam pemilihan kerjaya ini, Super (dlm. Ishamumudin Hj. Ismail, 1997) telah menekankan wujudnya beberapa peringkat perkembangan kerjaya seperti peringkat perkembangan, penerokaan, pemantapan, persaraan dan peringkat menurun. Peringkat perkembangan menjelaskan mengenai pembentukan konsep kendiri oleh seseorang individu dengan mengenal pasti orang-orang yang signifikan dalam keluarga dan sekolah. Mereka pada peringkat ini akan menonjolkan minat dan kebolehan dengan menceburi dirinya dalam aktiviti-aktiviti sosial di sekolah atau di rumah. Super telah membahagikan peringkat ini kepada tiga bahagian, iaitu

a. Bahagian fantasi - 4 hingga 10 tahunb. Bahagian minat - 11 hingga 12 tahunc. Bahagian kebolehan - 13 hingga 14 tahun

- Peringkat penerokaan pula adalah peringkat di mana individu itu berada dalam lingkungan 15

Page 48: ulang kaji B&K

hingga 24 tahun. Dalam peringkat ini, Super membahagikannya kepada tiga bahagian:

a. Bahagian tidak tetap - 15 hingga 17 tahunb. Bahagian peralihan - 18 hingga 21 tahunc. Bahagian percubaan - 22 hingga 24 tahun

- Dalam peringkat ini, peranan yang dimainkan oleh pihak keluarga dan sekolah adalah amat penting. Di peringkat ini, individu akan cuba-cuba untuk bekerja secara sambilan untuk menerokai dunia pekerjaan yang sebenar. Ketika ini jugalah individu mencari kerjaya yang sesuai dan yang mereka minati.

iii. Teori Holland

- Teori Pemilihan Kerjaya Holland merupakan hasil kajian Holland terhadap personaliti yang memfokus kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh Tret dan Faktor. Teori ini dibentuk berasaskan andaian bahawa minat vokasional adalah satu daripada aspek personaliti dan oleh yang demikian deskripsi tentang minat individu juga menggambarkan personaliti seseorang. Tret-tret personaliti biasanya dikenal pasti melalui kecenderungan terhadap matapelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja, sementara minat vokasional boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti (dalam Sidek Mohd Noah, 2002)

- Teori Holland telah mengketegorikan individu kepada salah satu daripada enam kategori yang diberikan oleh Holland berdasarkan pengamatannya terhadap budaya masyarakat Amerika.

- Enam personaliti tersebut ialah Realistik (R),

Page 49: ulang kaji B&K

Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C).

- Setiap jenis personaliti terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal daripada interaksi antara individu dengan faktor-faktor ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu dan tidak kepada aktiviti-aktiviti yang lain. Seterusnya, aktiviti-aktiviti ini kian diminati dan minat ini mendorong kepada pembentukan kumpulan kecekapan tertentu.

- Berdasarkan kepada enam kategori individu tersebut, Holland (Zunker, 1994, Osipow, 1973,

- Sidek Mohd Noah, 2002) telah mencadangkan enam personaliti individu yang boleh dipadankan dengan pekerjaan tertentu, iaitu:

i. Realistik atau agresif- sesuai dengan kerja-kerja berat yang memerlukan kemahiran dan masculinity. Individu realistic biasanya akan memilih kerjaya yang akan membenarkan mereka mengekspresi segala ciri yang dimiliki oleh mereka. Kerjaya yang mereka pilih adalah seperti mekanik, juruteknik, tukang kayu dan lain-lain. Ciri-ciri yang dimiliki mereka ialah tidak sosial, akur, jujur, tulen, keras kepala, materialistic, keras hati, tidak menyendiri dan lain-lain.ii. Investigatif atau intelektual - sesuai dengan pekerjaan yang lebih memerlukan pemikiran dari perbuatan seperti ahli kimia, doktor dan lain-lain. Individu investigative mempunyai ciri-ciri analitikal, berhati-hati, kritikal, kompleks, ingin tahu, rasional, menyisih diri, pendiam dan lain-lain.iii. Artistik atau imaginative - artis, sama ada dalam bidang muzik atau seni. Individu artistic menyukai aktiviti-aktiviti yang kabur, bebas dan tidak sistematik yang memerlukan mereka memanipulasi bahan-bahan dan perkataan, disamping menghindari aktiviti-aktiviti yang

Page 50: ulang kaji B&K

eksplisit, sistematik dan berperaturan. Ciri-ciri yang mereka miliki ialah rumit, tunggang tebalik, emosional, ekspresif, idealistic, imaginative, bebas, intuitif dan lain-lain.iv. Sosial - individu sosial akan memilih aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan memanipulasi orang lain seperti memberitahu, melatih, mendidik, memperkembang dan mengubati disamping menghindari aktiviti-aktiviti eksplisit, berstruktur dan aktiviti yang melibatkan bahan, peralatan dan mesin. Mereka mempunyai ciri-ciri seperti berpengaruh, berkerjasama, sabar, peramah, pemurah, suka menolong, idealistic, empati, baik hati dan lain-lain. Mereka meminati kerjaya seperti pendidik, ahli psikologi, pegawai kebajikan dan kaunselor.v. Enterprising atau extrovert - individu enterprising menyukai aktiviti-aktiviti memanipulasi orang lain seperti mengarah, membujuk dan memimpin untuk mencapai matlamat organisasi dan keuntungan ekonomi disamping menghindari aktiviti-aktiviti pemerhatian, simbolik dan sistematik. Mereka mempunyai ciri-ciri seperti sukakan pencapaian, suka mengembara, mudah bersetuju, bercita-cita tinggi, angkuh, bertenaga, suka menunjuk, menggembirakan, berusaha, yakin diri dan lain-lain. Kerjaya yang mereka pilih ialah seperti ahli politik, pengurus, eksekutif dan perniaga.vi. Conventional atau praktikal - individu conventional memiliki minat, kecekapan, persepsi diri dan mempunyai ciri-ciri seperti berhati-hati, akur, teliti, defensif, cekap, sukar dilentur, memendam rasa, tabah hati, praktikal, cermat dan lain-lain. Mereka memilih kerjaya seperti kerani, setiausaha atau operator.

- Teori Holland telah memberi sumbangan dan telah diaplikasikan dengan meluas dalam pelbagai bidang seperti membantu dalam pemilihan kerjaya, penyelidikan dalam sains sosial, pendidikan, perniagaan dan perindustrian. Alat-alat ukuran untuk mengukur jenis personaliti serta aspek-aspek lain telah dirangka dan diperkenalkan seperti Vocational Preference Inventory (VPI), Self-Directed Search (SDS), Vocational Exploration and Insight Kit (VEIK) dan My Vocational

Page 51: ulang kaji B&K

Situation Inventory (MVS) (Sidek Mohd Noah, 2002).

e) Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi proses membuat keputusan kerjaya?

Nilai yang dipegang Persekitaran sebenar Atribut psikologi seperti personaliti, minat, kecerdasan

sikap dan konsep kendiri Peluang pendidikan Pencapaian individu