hbmt 3203

Upload: jamalina-samm

Post on 13-Oct-2015

175 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

FAKULTI BAHASA MELAYUSEMESTER JANUARI/2014________________________________________________________HBMT 3203(TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS PART IV)SARJANA MUDA PENGAJARAN(KEPUJIAN)SEKOLAH RENDAH________________________________________________________

NAMA : JAMALINA BT SAMSUDIN

NO. MATRIKULASI : 731103085922001NO. KAD PENGENALAN: 750311 08 - 5922NO. TELEFON: 0174637864E-MEL: lynnjbs1644.oum.edu.myPUSAT PEMBELAJARAN: OUM IPOH, JALAN LIM BOO SENGISI KANDUNGANMUKA SURATPenghargaan1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan1.2 Objektif Tugasan

2.0 MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

2.1 Konsep2.2 2.3 Kajian Lepas

3.0 PEMBINAAN PAKEJ MEDIA

3.1 Bahan3.2 Langkah Penyediaan3.3 Cara Penggunaan Media

4.0 KEPENTINGAN PAKEJ MEDIA4.1 Ciri-ciri Media4.2 Kepentingan media Dalam Pengajaran

5.0 VIDEO AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN MEDIA

6.0 REFLEKSI DAN CADANGAN PENAMBAHABAIKAN6.1 Keberkesanan Media6.2 Pendapat Rakan Guru dan Murid6.3 Cadangan Penambahbaikan

7.0 RUJUKAN8.0 LAMPIRAN

PenghargaanDengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad sallallahu alaihi wassallam. Syukur alhamdulilah, keraa dengan limpah kurnia dan hidayahNya saya mempunyai kekuatan dan kefahaman ilmu hingga berjaya menyiapkan tugasan HBML3103 ini yang berjudul PENGAJARAN KOMSAS BAHASA MELAYU .Tugasan ini dilakukan untuk mempertingkatkan darjah keilmuan masyarakat guru dan pihak-pihak lain khususnya dalam bidang pendidikan BAHASA MELAYU. Di samping itu, ia diharap dapat digunakan untuk meningkatkan kualiti dalam kepimpinan pendidikan dan kecemerlangan sekolah-sekolah di Malaysia.Kejayaan menghasilkan tugasan ini, melibatkan banyak pihak. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pensyarah ENCIK RAMAN BIN NUSI yang banyak memberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan penyelidikan ini. Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan OUM yang sama-sama membantu dan memberikan maklum balas semasa menghasilkan tugasan ini.Tidak dilupakan juga kepada murid-murid dan rakan-rakan guru SK Seri Samudera, Manjung Raya yang turut membantu. Segala kerjasama semua pihak amatlah saya hargai. Sekian.

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penggunaan media dalam pengaharan dan pembelajaran Matematik merupakan perkara yang terpenting dan semakin menjadi amalan guru di sekolah rendah. Menurut teori Piaget ang berfokuskan aspek konstruktivisme member hujah bahawa pemikiran kanak kanak mula memanipulasi objek untuk merasa dan membangunkan idea idea Matematik bermula dari peringkat praoperasi lagi.

Secara umumnya, media Matematik memainkan peranan yang sangat berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran bermula di sekolah Secara umumnya, resos Matematik memainkan peranan yang sangat berkesan dalam PdP Matematik bermula dari sekolah rendah lagi. Kajian banyak menunjukkan dan menyokong bahawa manipulasi alat bahan bantu sangat berguna untuk perkembangan mental murid yang berkaitan dengan konsep Matematik.

Resos Matematik dapat meningkatkan tahap pemikiran murid melalui proses memanipulasi objek fizikal, mod ikonik yang mewakili idea-idea menggunakan gambar atau imej, dan mod simbolik yang melibatkan idea-idea yang diwakili melalui bahasa atau simbol. Melalui perwakilan idea ini, Bruner telah merujuk kepada hasil pemprosesan maklumat dan pengalaman di masa lampau. Menurut Bruner, pembangunan sistem mental membolehkan murid untuk membuat ramalan dan mendapatkan maklumat yang relevan berdasarkan pengalaman yang lalu untuk diaplikasikan dalam situasi baru. Penggunaan sumber model, fizikal dan imej dalam PdP Matematik dapat menyokong pemahaman dan penggunaan simbol.

Menurut Haylock dan Cockburn (2003), beliau mengatakan bahawa pengalaman konkrit, gambar, bahasa dan simbol boleh menjadi penting dalam pemahaman konsep Matematik bagi seseorang murid.. Oleh hal yang demikian, penggunaan resos dalam PdP Matematik boleh melibatkan murid untuk melakukan aktiviti. Mereka terlibat dengan memanipulasi alat konkrit, simbol, bahasa dan gambar yang mana membolehkan murid memperkembangkan pemikiran mereka ke dalam konsep abstrak. Selain daripada itu juga aktiviti Matematik juga melatih murid dalam pemikiran dan strategi mental terutama sekali apabila membuat aktiviti hands-on . Menurut kajian yang dibuat oleh Askew dan William, ia menunjukkan bahawa kerja praktikal menyediakan bayangan yang dapat membantu murid dalam mentafsir idea-idea Matematik. Untuk menyediakan aktiviti yang berkesan kepada murid, guru perlu memainkan perana dalam menyediakan aktiviti dan komunikasi yang berkesan seperti mengaitkan pengetahuan lama ke dalam aktiviti praktikal dan menggalakkan murid untuk memperkembangakan imej mental mereka.

Pemilihan dan penggunaan resos Matematik yang berkesan memerlukan penelitian yang rapi dan perancangan yang baik dari pihak guru. Menurut Bottle, keberkesanan sesuatu resos boleh dikenalpasti melalui sejauh mana pemikiran mental murid dapat dibentuk sama ada berguna ataupun tidak berguna dalam menstrukturkan pemikiran mereka.

Resos Matematik didefinisikan sebagai apa-apa bentuk alat Matematik (struktur atau tidak berstruktur), gambar, ICT, permainan, alat, kertas atau sebarang alatan harian yang boleh digunakan untuk menyediakannya sebagai alat pembelajaran Matematik. Alat manipulatif Matematik spesifik ialah objek yang direka bentuk khas untuk mempersembahkan idea Matematik yang abstrak dan konkrit. Ia boleh digunakan oleh kedua-dua sama ada guru dan murid, boleh dipegang dan dirasai kewujudannya dan juga direka sebagai alat manipulasi hands-on.

Alat Matematik yang berstruktur direka khusus untuk menunjukkan konsep-konsep tertentu. Melalui manipulasi alat, murid dan guru dapat menggunakan alat tersebut dalam pelbagai kegunaan. Contohnya Blok Asas 10, Dieness Block, Rod Cuisenaire yang mana alat-alat ini dapat menunjukkan konsep asas dalam sistem nombor, sistem nilai tempat dan perpuluhan. Alat ini juga dapat membantu murid membuat penghuraian dan penolakan tentang sifat-sifat nombor dan hubungan antara nombor. Pasangan nombor, operasi songsang dan corak nombor boleh diterokai dan kebiasaan dengan / penggunaan radas boleh membantu pemahaman matematik (Delaney, 1992).

Kebanyakan alat Matematik berstruktur lebih versatil dan terbuka dalam penggunannya kerana ia tidak direka hanya untuk memberi tumpuan kepada konsep tertentu sahaja. Namun begitu, terdapat juga resos Matematik yang hanya digunakan dalam bentuk tertentu sahaja. Contohnya untuk pengiraan, penyiasatan nombor,bentuk dan corak, rekaan dan binaan ataupun untuk mencari perkaitan antara nombor dan bentuk. Pemilihan kepelbagaian jenis resos sangat penting untuk memastikan murid tidak salah pemahaman berdasarkan resos yang terhad. Kebolehan menggunakan alat Matematik dalam pelbagai cara boleh meransang proses penyiasatan dan kerja berkolaborasi di pihak murid. Sebagai contoh, perbincangan Matematik secara berkumpulan dapat menggalakkan perkembangan pemikiran logikal murid.

Alat visual seperti abakus mendorong murid dalam perhubungan pengiraan kepada pergerakan. Resos seperti ini membantu murid untuk mengembangkan deria susunan nombor dan corak nombor. Dalam penggunaan abakus Slavonic, penggunaan warna dan kumpulan biji melibatkan konsep pemahaman melalui imej.

Imej abstrak memberi peluang kepada sestengah aspek dalam Matematik dipersembahkan sama ada dalam bentuk visual ataupun alat bantuan PdP hands-on. Termasuklah gambar imej bentuk/ objek atau imej yang berkaitan dengan simbol sistem nombor seperti garisan nombor, kad digit, petak 100 dan garis nilai nombor. Melalui penggunaan imej abstrak konkrit dan imej abstrak ini, murid dapat mengaitkan simbol nombor dan susunan kepada imej konkrit yang mereka fahami.

Perkembangan tahap kecanggihan garis nombor abstrak diperlukan untuk memperkembangkan pemahaman mereka dalam sistem nombor. Imej yang menggambarkan bagaimana perkaitan nombor dalam struktur logikal dijadikan model dalam PdP. Oleh hal yang demikian, garisan nombor memberi kefahaman yang jelas kepada murid berkaitan dengan integer positif dan integer negatif. Penggunaan satu garis nombor ini boleh menjadikan satu pengajaran yang berguna di mana murid dapat melihat dengan jelas bagaimana pengiraan nombor berlaku dan juga bagaiman cara untuk mengira kembali mengikut susunan dari belakang. Murid juga sering mengalami kesukaran dalam pemahaman berkaitan topik pecahan dan perpuluhan. Kesukaran untuk memahami tajuk pecahan dan perpuluhan ini adalah disebabkan nilainya tersendiri. Namun begitu, dengan menggunakan aktiviti mendemostrasikan nombor di atas garisan nombor ini boleh meningkatkan kefahaman tentang nilai tempat, hubungan antara pelbagai jenis nombor dan keseluruhan tentang sistem nombor. Bagi menguji tahap kefahaman murid berkaitan dengan penggunaan garisan nombor ini, guru boleh menyediakan satu garis nombor yang kosong untuk diisikan oleh murid yang mana murid akan menggunakan pengiraan mental dalam Matematik.

Oleh itu, abstrak imej yang boleh dipersembahkan dalam bentuk garis nombor contohnya dapat menyediakan alat untuk berfikir kepada murid untuk mereka berfikir di samping memperkembangkan pemahaman mereka berkaitan dengan sistem nombor serta membuat pengiraan dengan nombor. Tambahan pula, model, gambar rajah dan imej boleh membantu pemahaman tentang bagaimana strategi dan kaedah yang digunakan dalam penyelesaian Matematik. Kajian yang dijalankan oleh Clausen-May menunjukkan bahawa pemikir visual dan sentuhan adalah lebih cenderung untuk mendapat manfaat daripada pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan model dan imej yang berkesan.

Seterusnya adalah berkaitan dengan resos Matematik yang berteknologi tinggi iaitu ICT. ICT adalah satu teknologi jalur lebar informasi dan komunikasi yang boleh didapati di sekolah sebagai satu resos dan alat untuk menyokong PdP Matematik. Ini termasuklah robot program, kalkulator, televisyen, radio, video, kamera digital, komputer, perisian, pengaksesan internet dan papan putih interaktif. Penggunaan resos ICT boleh menyediakan cara yang paling efektif dan berkesan untuk mencapai objektif pembelajaran. ICT sangat berguna dalam PdP Matematik yang mana ia memberikan perhubungan antara tugasan Matematik yang menggunakan perisian ICT dengan aktiviti yang tidak memerlukan perisian tersebut. Contohnya pernggunaan kalkulator yang mana merupakan alat kognitif yang efektif apabila mereka ingin menguji pemikiran mereka dalam mendapatkan jawapan kepada pengiraan yang dibuat.

Walaupun terdapat sedikit keraguan bahawa ICT menyediakan imej visual yang kuat dan murid lebih bermotivasi dengan perisian ICT tersebut, atas kegunaannya yang tersendiri keadaan ini tidak diperlukan untuk meningkatkan kefahaman konsep Matematik. Seperti kegunaan semua resos Matematik, ia adalah pilihan tugasan, penggunaan resos/perisian yang berkesan, kualiti penglibatan guru dan peluang yang diberikan untuk perbincangan adalah asas kepada suatu PdP yang berjaya. Namun begitu, resos ICT ini banyak membantu guru-guru terutama apabila melibatkan pengajaran yang menggunakan perisian tertentu. Contohnya perisian Geometer Sketchpad (GSP) yang banyak digunakan dalam pengajaran topik graf, bentuk dan pepejal. Selain itu juga, laman-laman web ataupun blog yang mempunyai nota-nota ringkas turut dipaparkan kepada murid sebagai salah satu resos PdP.

Resos yang seterusnya adalah permainan Matematik yang mana boleh dimainkan di dalam kelas, kumpulan-kumpulan kecil ataupun secara berpasangan. Sumber ini sangat menarik perhatian murid serta memotivasikan mereka dan sekaligus dapat menggalakkan tumpuan yang maksimum dalam penglibatan murid dengan aktiviti Matematik. Permainan boleh digunakan dengan cara yang berbeza untuk mengukuhkan amalan kemahiran pembelajaran, meneroka hubungan matematik dan membangunkan strategi penyelesaian masalah. Banyak papan permainan dan jenis permainan yang dihasilkan adalah untuk memberi latihan beberapa aspek Matematik. Kelebihan utama yang terdapat pada permainan adalah boleh merangsang pengiraan aritmetik mental secara berulang. Oleh disebabkan penggunaan resos dalam bentuk permainan juga menggalakkan aplikasi kemahiran dalam konteks yang berbeza, guru harus mempertimbangkan kandungan Matematik dan tahap murid-murid supaya ia bersesuaian dan mencapai objektf pembelajaran.

Salah satu keseronokan permainan bagi murid-murid ialah mereka boleh berada dalam situasi yang dikawal oleh pembelajaran mereka sendiri. Murid-murid sentiasa berusaha menyelesaikan masalah dan mencari jalan penyelesaian. Permainan Matematik yang berkesan seperti pengiraan mental dalam pemikiran murid-murid. Selain itu juga murid-murid digalakkan untuk berbincang konsep Matematik yang wujud dalam permainan tersebut dan strategi yang digunakan supaya dapat membantu perkembangan bahasa Matematik dan kemahiran memberi sebab.

Selain itu juga, permainan Matematik yang direka adalah berbentuk permainan perlawanan yang selalunya ditukar menjadi permainan koperatif yang mana murid-murid menyokong antara satu sama lain untuk mencapai kejayaan. Permainan Matematik boleh memberi peluang untuk memperkembangkan kemahiran berkaitan pemikiran Matematik iaitu meramal, menjustifikasikan, dan menerangkan. Permainan Matematik juga boleh dijadikan sebagai kerja rumah ataupun aktiviti sendirian di dalam kelas. Penggunaan yang paling berkesan permainan adalah apabila mereka dimasukkan ke dalam kurikulum matematik dirancang. Gurl perlu jelas tentang hasil pembelajaran daripada permainan tersebut, bagaimana semua kanak-kanak boleh mendapat manfaat daripada permainan yang sesuai.

Seterusnya, resos yang digunakan dalam PdP Matematik adalah lemabaran kerja dan buku teks. Kedua-dua resos ini merupakan kunci dalam bilik darjah. Buku teks dan buku latihan memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pemikiran guru ke dalam PdP Matematik sekolah rendah. Sesuatu pendekatan pengajaran yang bergantung sepenuhnya kepada penggunaan buku teks dan buku latihan bagi subjek Matematik boleh menyukarkan murid-murid. Penggunaan yang sepenuhnya pada lembaran kerja dapat meyakinkan murid bahawa Matematik tidak berkaitan dengan kehidupan sebenar sebaliknya menggalakkan sikap bahawa Matematik ialah yang ada dalam buku teks dan lembaran kerja. Hasil kerja di dalam buku teks dan lembaran kerja biasanya tidak dapat menunjukkan ketepatan apa yang murid fahami dengan betul.

Di samping itu juga, masalah juga timbul apabila buku teks dan lembaran kerja digunakan sebagai aktiviti atau tugasan. Pengajaran yang berkesan akan berlaku apabila guru terlalu bergantung kepada lembaran kerja kerana murid-murid terpaksa bertungkus lumus dalam menyiapkan lembaran kerja sedangkan mereka tidak berminat terhadap pengajaran yang sedemikian. Selain itu juga, penggunaan yang keterlaluan menunjukkan guru sangat terikat pada pengajaran buku teks dan tidak menunjukkan kaedah yang tersendiri.

Satu pendekatan yang lebih berkesan untuk menggunakan buku teks dan lembaran kerja kanak-kanak adalah menjadikan resos tersebut untuk menyokong, menyatukan atau melanjutkan pembelajaran matematik kanak-kanak melalui menghubungkan aspek yang dipilih dan dirancang oleh guru. Pendekatan sedemikian membolehkan untuk guru-guru untuk membuat keputusan mengenai kesesuaian bahan, kumpulan kanak-kanak yang mungkin mendapat manfaat daripada tugasan, dan merancang kerja secara berpasangan / kumpulan yang memberi tumpuan kepada penjelasan pemahaman. Aktiviti di dalam buku teks boleh digunakan sebagai batu loncatan kepada tugasan menyelesaikan masalah yang mana murid mendapat manfaat melalui hubungan antara buku teks dengan aktiviti Matematik dalam kehidupan sebenar.

Alatan yang digunakan dalam kehidupan seharian juga boleh dijadikan resos dalam PdP Matematik sebagai salah satu resos yang boleh menyokong dan memperkembangkan pemahaman murid-murid tentang kegunaan Matematik dalam konteks kehidupan yang sebenar. Antaranya ialah kertas, jadual waktu, resit, katalog, kalendar, gambar yang mempunyai bentuk-bentuk, alat penyukat dan alat pengukur dan lain-lain lagi. Resos yang sedemikian boleh digunakan dalam PdP sama ada dalam aktiviti berkumpulan, sebagai alat pameran serta untuk mendemonstrasi. Sebagai tambahan, banyak resos yang direka untuk PdP Matematik boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Contohnya, pasir, air, play dough boleh digunakan dalam memperkenalkan konsep awal berkaitan nombor, bentuk dan ukuran. Dengan memanipulasi objek dan barang yang berkaitan, ia membantu murid untuk merasai pengalaman yang sebenar. Penggunaan resos yang terdapat dalam kehidupan setiap hari akan menyokong pembelajaran murid melalui jenis pendekatan pengajaran yang berbeza dan juga pengalaman di dalam bilik darjah akan lebih bermakna bagi seseorang murid.

Secara umumnya, resos Matematik berfungsi untuk memotivasikan murid, menyediakan kepelbagaian pengalaman PdP, mengaitkan bilik darjah Matematik dengan kehidupan yang sebenar serta bertindak sebagai alat visual yang membantu murid untuk membina penyimpanan imej mental yang baik. Selain itu juga resos boleh mambantu guru dan juga murid untuk membina model proses Matemtaik yang melibatkan operasi atau pengiraan bagi nombor yang spesifik. Ia juga menggalakkan komunikasi Matematik di dalam bilik darjah serta menyokong tugasan guru untuk melatih pengetahuan dan pemahaman murid dalam aspek Matematik. Resos Matematik ini juga dapat menyokong pemahaman idea Matematik dengan cara membenarkan murid untuk membuat perkaitan antara apa yang mereka faham dengan pembelajaran Matematik.

Dalam penyediaan resos yang baik dan berguna, seorang guru haruslah jelas tentang mengapa sesuatu resos itu disediakan dan mengenalpasti perkaitan yang wujud antara tugasan praktikal, imej visual yang direka dan abstrak Matematik yang terlibat. Guru juga harus mengutamakan penyoalan dan perbincangan antara murid berkaitan dengan resos untuk menyokong pemikiran Matematik secara individu. Keupayaan guru untuk berunding dengan tafsiran murid yang berbeza akan menjadi faktor yang penting dalam membantu murid mentafsir proses kefahaman mereka daripada mengendalikan objek ataupun menggunakan gambar rajah kepada persembahan simbolik. Elemen yang penting dalam penggunaan resos Matematik ini adalah penggunaan aktiviti mental. Tanpa penggunaan aktiviti mental dalam tujuan melakukan aktiviti fizikal, bahan konkrit yang digunakan sebenarnya tidak dapat memperkembangkan pemahaman Matematik bagi seseorang murid. Oleh hal yang demikian, untuk menggunakan aktiviti mental yang seiring dengan aktiviti fizikal, perlunya ada wacana antara murid dan guru yang akan membolehkan murid untuk merapatkan jurang antara bahan-bahan dan idea-idea abstrak.

Seterusnya adalah berkaitan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan oleh seorang guru dalam membuat keputusan untuk menggunakan resos Matematik yang berkesan untuk menyokong PdP. Pendidikan Moyer menekankan bahawa penyediaan resos dalam pendidikan Matematik haruslah lebih menyeronokkan bagi murid-murid. Resos tersebut juga haruslah menjadi satu pendekatan mudah yang terbaik yang mana boleh memberi manfaat kepada guru dan juga murid dalam pembelajaran Matematik. Resos itu juga perlu menglibatkan murid secara individu dan menyediakan skop yang besar untuk pembangunan kemahiran yang berkaitan dengan pemikiran Matematik.

Kepelbagaian adalah penting dalam memilih sumber untuk menyokong pembelajaran murid-murid. Murid berpeluang membentuk generalisasi melalui sumber yang disediakan. Oleh itu, adalah penting bagi seorang guru untuk memberi peluang kepada murid menerokai resos yang disediakan serta membincangkan bersama-sama murid. Pendekatan yang menggalakan pemikiran dalam kalangan murid ini boleh menggalakkan budaya sentiasa berfikir dalam penyelesaian masalah yang pelbagai. Penggunaan resos serta mewujudkan komunikasi antara murid perlu untuk mendiagnosis apa-apa salah faham yang mengkin akan lebih jelas melalui penggunaan resos tersebut. Selain itu juga, ia dapat menilai keberkesanan sumber sebagai alat bantuan kepada pembelajaran dan sebagai mekanisme untuk menyokong pembangunan pemikiran matematik.

Resos memainkan peranan yang penting untuk membenarkan guru untuk memodelkan atau mendemonstrasikan idea Matematik dalam bentuk persembahan dan dalam menyokong perkembangan pemahaman dan pemikiran Matematik murid. Penggunaan resos yang berkesan dan efektif akan bergantung kepada pemahaman guru tentang bagaimana bahan tersebut dapat meningkatkan pemikiran mental murid dan bagaimana untuk menggunakan sepenuhnya resos tersebut dalam membantu pemahaman murid berkaitan konsep Matematik. Proses pengabstrakan idea matematik daripada bantuan imej atau praktikal adalah sukar bagi kebanyakan ramai murid. Oleh itu, semua guru perlu sedar bahawa tidak semua bahan bahan konkrit dapat membantu meningkatkan kefahaman murid untuk mengabstrak idea-idea Matematik. Guru-guru perlu bijak dalam memilih jenis resos yang harus digunakan bertepatan dengan objektif pembelajaran dan tahap kepandaian murid.Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR)telah digubal atas rasional bahawa aktivitipembelajarandanpendidikanperingkatrendahmerupakanpendidikanasasyangmelibatkan tigakemahiran,iaitumembaca,menulisdan mengira (3M).Pendidikanperingkat rendahjugahendaklah menyeluruhdan seimbang dari segiperkembangan intelek, rohani, emosi, sosial danjasmani.KBSR juga dirancangkan untuk memberi setiap muridpeluang yangsama untuk mendapat kemahiran, pengetahuan,nilai, sikap dan amalan-amalan yang diperlukan . Murid-murid juga diberipeluang danruangbagi mengembangkan atau mempertajamkan bakat,minatdandayakreatifmereka.

Mengikutperakuan 57(a)LaporanJawatankuasaKabinetpula menyatakan bahawa kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahirandalam bidang komunikasi, bidang manusia denganalam sekeliling danperkembangan bidang diri individu yang sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaanmurid-murid.

Untuk mencapai matlamat di atas, bukanlah satu perkara mudah kerana ia memerlukankesungguhan, kebijaksanaan dan ketabahankeduabelah pihakiaitu gurudan murid-murid itusendiri.Keberkesanan guru yang mengajar di bilik darjah pula tidak akan tercapai dengan baik tanpa sokonganbahan bantu mengajar yangkreatif, cantik dan menarik.Bahan bantu mengajar itu pula perludiinovasikan (Kamus Dewan1989: 455menjelaskan inovasibermaksud memperkenalkan sesuatuyang baru atau memperbaharui sesuatu yang telah sedia ada dengandiberi wajah baru )Mengikut penyelidikan yang telah dibuat oleh pakar-pakar alat pandang dengar, konsepkefahaman danpengetahuan yangdiperolehi olehmanusia,75% adalahdiperolehimelalui deriapandang 13% daripada deriadengar6% daripada deria sentuh 3% daripada deria rasa, 3% daripada deria bau. ( Mok Soon Sang, Lee Shok Mee : 1986)

Berdasarkankajiandiatas,bolehlahdikatakanbahawapancaindera pandang dandengar merupakan dua saluran indera yang penting sekali dalam proses pembelajaran, terutama bagi murid-murid di sekolah rendah. Bagi murid-murid dalam lingkungan umur6 12 tahun , mereka masih banyakbergantung kepadapengalaman-pengalamankonkritdanbanyak menggunakanderiapandangdandengar untukmenguasai kemahirandanmemperolehiilmupengetahuan. Olehyang demikian sumberpengajaran dan pembelajaran ( bahan bantu mengajar ) khasnya alat pandang dengar, memainkanperanan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran di kelasKBSR.1.0Definisi:Bahan Pengajaran danPembelajaran ( Bahan Bantu Mengajar )Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran,menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikanpembelajaranbaik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yangtersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran.MengikutNoraziahAbdulHamid( 1981: 2 ) , bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggapsebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antaragurudanmuriddansebaliknya,muridsesamamuridserta membantu ataumempercepatkanproses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964 )yang digambarkan dalam bentuk cone of experiencedi mana proses pembelajaran bermula denganprosesaspek semi-abstrak hingga kepadayang lebihabstrak. Penggunaan BBMjuga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. Walau kaedah apadigunakan sekalipun BBM pasti turut sama, supaya komunikasi guru murid berjalan dengan baik.DavidBerlo dalam proses komunikasiitu terdapat empat ciripenting iaitusumber,pesanan, salurandanpenerima.Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, BBM dan tulisan.Empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dewasa ini pengetahuan saintifik,psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi, beberapa BBM yang baru dan lama perlu digunakanuntuk mempercepatkan proses pembelajaran, tetapi tidak berupaya mengambil tempatseorang guru.

1.1DefinisiKonsep1.1.1Pengajaran

Merupakansatubentukkomunikasibertujuanuntukmemberitahu,mempengaruhi,mempengaruhidanmenghibur.Tugaspengajaruntukmemberitahuataumenyampaisatuhimpunan maklumatatau fakta kepadamurid-murid.TujuanBBM jugauntuk mempengaruhidanmenghibur.( Kamarudin Husin: 1989)1.1.2PembelajaranBerlaku apabila guru berjaya dalam usaha komunikasinya. Pembelajaran berjaya dicapai dandipertingkatkan melalui:penerangan guru yang jelaspengalaman murid yang berertikegiatan yang menyeronokkan murid dan guruJadi, pembinaan BBM dibuat dengan teliti danmemenuhi ketiga-tiga syarat di atas.1.1.3BahanBantuMengajar/PeralatanMengajarBBMialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalammenyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-bukuteks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yangdigunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa,hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alatpendengaran,alat-alat pandangandanalat pandang-dengar.Noraziah Abdul Hamid(1981) membahagikan BBMkepadaduaiaitu mediaelektronikdan mediabukanelektronik

Resosmerupakanbahanbahanyangbolehdigunakanuntukmembantuprosespengajarandanpembelajaransupayamenjadilebihberkesandanmenarik.Penggunaan resos merupakan satu strategi yang sangat berkesan dalam pengajarandanpembelajaranmatematikkeranaiaakanmemudahkanmuridmuriduntukmemahamikonsep-konsepyangterdapatdalammatematikdenganmenggunakanbahan- bahan konkrit. Ia merupakan salah satu daripada resos.Memilih dan menyediakan bahan resos yang sesuai akan dapat mewujudkan suasanabelajar yang kondusif dan selesa. Suasana bilik darjah yang kondusif merupakan aspekyangpalingpentingperludititikberatkansupayamurid-muriddapatbelajardanmenerima apa yang disampaikan tanpa sebarang gangguan. Dengan itu, murid-muridyang baik dan cemerlang akan dapat dilahirkan kerana mereka dapat belajar denganbaik.Guruperlumenyedaribahawapenggunaanresosyangbaikdanmenariksangatpenting bagi meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap konsep matematik danmenggalakkan pemikiran matematik dan kreativiti murid-murid. Oleh itu, guru perlulahberusahauntukmenyediakanresosdanbahansupayadapatmenyampaikanpengajarandenganberkesan.Denganitu,prosespengajarandanpembelajaranmatematik yang berlaku dalam bilik darjah memberi kebaikan kepada murid-murid danguru itu sendiri.Antara contohresos yangboleh didapatiialah bahanbercetak,bahan manipulatifdanpengajarandanpembelajaranmenggunakanperisiankomputersertateknologimaklumat dan komunikasi. Contoh bahan bercetak ialah buku-buku, jurnal-jurnal dankalender.Contohbahanmanipulatifpulaialahkitmanipulatifyangterdiridaripadapapangeo,blokDienes,rodCruisenairedanblokasassepuluh.Selainitu,alatpenimbangdan alatmengirasepertikalkulator,abakus, roddan batang kayujugamerupakan resos. Manakala, komputer, projektor dan perisian komputer yang berkaitanpenyelesaian masalah matematik juga boleh digunakan

1.2 Objektif Tugasan

2.0 MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

2.1 KonsepKONSEP DAN KATEGORI BAHAN BANTU MENGAJARDefinisi bahan bantu mengajar(BBM):BBM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran.Kategori dan penjelasan bahan bantu mengajar:Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu: - Bahan bantu mengajar bukan elektronik - Bahan bantu mengajar elektronik - Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenarBahan bantu mengajar bukan elektronik:1. Papan hitam atau papan tulis2. Buku teks3. Papan pemer atau papan buletin - Sumber pengajaran yang produktif - Untuk memperkenalkan idea baru, memberi maklumat memberi kefahaman, memperkayakan perbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap dan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran seseorang pelajar4. Fail tegak dan bahan bacaan - Terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku seperti majalah, kalender, poskad, surat khabar, risalah atau buletin, poster, sampul hari pertama, buku panduan, carta, peta dan gambar skrip, kertas kerja dan nota5. Gambar6. Kad imbasan dan kad cantuman - Kad imbasan terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata yang diberi makna di belakangnya. - Untuk memperkenalkan perkataan-perkataan baru kepada pelajar - Kad cantuman dibentuk dengan menulis perkataan dan rangkai kata di atas kad dan kemudian kad itu dipotong - Pelajar diminta mencantumkan semula keratan-keratan kad supaya membentuk perkataan dan rangkai kata yang dikehendaki7. Carta8. Grafik9. Papan pengajaran - Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya komunikatif dan dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk terus belajar - Contoh: papan flanel - sekeping papan plywood yang dialaskan dengan kain flanel bagi meletakkan gambar-gambar dan kad-kad maklumat - mudah alih dan mudah dibawa - di belakang papan flanel dipasangkan sebatang kayu bersama engsel serta cangkuk penyelak supaya papan ini boleh berdiri10. Model tiga dimensi11. Boneka atau patong - Biasanya berbentuk orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan - Dibuat daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas rendaman12. Diorama - Satu rekabentuk gabungan bahan-bahan real, patung dan model diletakkan dalam satu susunan kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensiBahan bantu mengajar berbentuk elektronik:1. Overhead Projektor (OHP) - Menggunakn sistem pembalikan cahaya daripada satu sumber cahaya (halogen) ke permukaan cermin dan seterusnya membalikkan cahaya tersebut ke skrin - Cahaya yang terlindung akan membentuk imej di atas skrin2. Transparensi OHP3. Pita slaid (filem slaid)4. Radio5. Televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder)6. Alat rakaman7. Filem tayang atau filem jalur8. KomputerBahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitar:1. Bahan-bahan yang bercorak pengalaman adalah seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran2. Bahan sebenar daripada alam sekitar atau disebut sebagai realia iaitu merupakan benda semulajadi. Ia dikelaskan dalam bahan jenis tiga dimensi dan dibahagi kepada beberapa kumpulan iaitu: - Benda bukan hidup - Benda buatan - Tumbuh-tumbuhan - Benda hidupTEKNIK-TEKNIK PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN DANPEMBELAJARANOverhead Projektor (OHP)Pengoperasian OHP:1. Kawalan suis2. Pendedahan maklumat secara peringkat-peringkat3. Penggunaan penunjuk (bersifat sopan)4. Penulisan terus di atas lutsinarLangkah-langkah persembahan OHP:1. Jarak yang sesuai di antara skrin dengan OHP2. Pastikan semua penonton dapat meklihat dengan jelas3. Tentukan lutsinar diletakkan dengan betul sebelum ditayangkan4. Perhatian hendaklah ditumpukan kepada penonton dan elakkan membaca terus daripada skrin5. Duduk atau berdiri di tepi projektor, elakkan gerak-geri yang menjadi halangan dan gangguan6. Matikan suis projektor apabila percakapan yang disampaikan tidak ada kaitanData teknik OHP: Tinggi meja OHP dari lantai = 75 cm Jarak dari skrin ke OHP = 2 3 meter Luas skrin putih = 1.5m x 1.5m (untuk kelas 30 pelajar) Tinggi skrin dari lantai = 1.5mJenis-jenis OHP: Mudah alih Dewan kuliah Pancar terus (Epidiskop) Pancar imej kecil Kegunaan komputerKebaikan menggunakan OHP: Mudah dikendalikan Menjimatkan masa pengajaran Menarik minat pelajar Boleh disimpan lama Paparan imej sebenar Mempelbagaikan bahan bantu mengajarKelemahan menggunakan OHP: Tidak ada audio Masa tayangan tidak lama Kelas kecilTransparensi OHP:Kaedah penggunaan transparensi: Tindan tindih Sisipan Penutup bulat Penutup bahagian demi bahagian (tetingkap) BergulungJenis-jenis transparensi OHP: write on / tulis terus color / warna therma / peka haba print out / cetak keluar photocopy / salin fotoMULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DANPEMBELAJARANMulti - berbilangmedia - perantaraDefinisi multimedia:Multimedia boleh didefinisikan sebagai gabungan di antara visual, audio, grafik dan maklumat tekstual dengan menggunakan teknologi tunggal.Konsep multimedia: teks grafik animasi audio video interaktiviti

Bahan-bahan multimedia:1. Hypermedia Laluan kepada maklumat yang bukan linear. Ia membolehkan pengelolaan dan persembahan yang anjal bagi pelbagai jenis alat seperti teks, grafik, bunyi, video dan sebagainya.2. Program pengarangan misalnya HyperCard untuk komputer Macintosh, HyperStudio untuk Apple, Amiga Viksion untuk Amiga dan LinkWay untuk IBM adalah antara contoh bahan pengajaran yang boleh mendapat laluan oleh hypermedia.3. CD-ROM4. Gabungan kamera video, perakam video dan perakam pita5. Cakera video atau laser6. Alat pengimbas grafikMengapakah teknologi multimedia semakin penting dalam bidang pendidikan? Kesedaran tentang pentingnya merancang kegunaan teknologi multimedia bersama-sama dengan penyampaian sesuatuunit mata pelajaran Teknologi multimedia memainkan peranan sebagai pendukung kepada kaedah pengajaran secara terus dari guru Teknologi multimedia berupaya mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat memberangsangkan pelajar Teknologi multimedia dapat menolong guru dalam proses merancang pengalaman dan persekitaran yang sesuai untuk pelajar supaya pembelajaran menjadi berkesan Pengajaran individu seperti pengajaran terancang atau penggunaan modul yang mengaplikasikan teknologi multimedia membolehkan pelajar maju mengikut kadar kebolehannya sendiri.

Fungsi teknologi multimedia dalam pendidikan i. Membuat pengajaran guru lebih tersusun dan terancang ii. Penggunaan media seperti filem dapat memperkayakan pengalaman pelajar iii. Memberi maklumat dengan penggunaan teknologi multimedia iv. Pengajaran lebih bersifat individu di mana pelajar boleh menguasai pembelajaran mengikut cara dan kemampuan mereka sendiri v. Pembelajaran menjadi lebih dekat kerana sesuatu isi pengajaran atau perkara dari jauh boleh dipindah masuk ke dalam bilik darjah vi. Pendidikan boleh disebarkan dengan meluas vii.Pembelajaran menjadi lebih menarikPengajaran multimediaPerisian multimedia mampu menyediakan bahan kerja, aplikasi pembelajaran, aturcara kursus, sistem bantuan, sistem penilaian prestasi dengan elektronik. Perisian multimedia yang disediakan hendaklah disusun dan diolah dengan baik selaras dengan kehendak dan tahap pengguna. Oleh itu, guru-guru di sekolah seharusnya didedahkan dengan perisian multimedia kerana dengan kepakaran dalam bidang pendidikan membolehkan mereka menghasilkan perisian yang bermutu dan sesuai dengankemampuan pelajar.Sistem AuthorwareAuthorware merupakan satu konsep baru perisian aturcara pengarangan komputer. Ia menggunakan ikon dan carta alir yang mudah dibina. Dalam sistem Authorware ini, elemen-elemen multimedia dan interaksi disusun sebagai objek dalam satu struktur atau proses. Ikon memudahkan pengguna melihat aliran dan susunan projek terutamanya pada cabang yang rumit. Ia memberi pengguna kemudahan untuk mencipta dan mengedit kombinasi teks, grafik, animasi dan bunyi yang diintegrasikan sebagai elemen penting dalam perisian kursus. Penggunaan alat pengarangan Authorware ini membolehkan pendidik membangunkan perisian kursus yang lebih kreatif, kritis dan inovatif untuk pembelajaran pelajar secara berkesan, cekap dan menarik. Pelajar akan tertarik dengan persembahan pengajaran dan maklumat yang menarik dan pelajar dapat berinteraksi dengan komputer dengan baik.MEDIA PENGAJARAN:Menurut Mohd. Arif Hj. Ismai (1999), media pengajaran boleh didefinikan sebagai media, sumber atau bahan(perisian) yang telah dikenalpasti (dipilih), dibina dan disesuaikan (inovasi) untuk menyokong atau memangkinkan proses pengajaran danpembelajaran.Peranan grafik: graf teks carta peta poster kapsion kartun animasi illustrasi gambarajah

Definisi grafik:grafik adalah karangan visual yang memberi katerangan atau mesej dalam komunikasiCiri-ciri penting penyediaan grafik:Objektif: perancangan teliti kemudahan alat atau bahan saiz bahan atau alat yang digunakan rekabentuk visual susuatur penghurufan

Elemen-elemen grafik: garisan - penekanan bentuk - kasan khas dan minat ruang - kesan yang baik dan tidak terlalu padat tetalan - sebagai warna dan hiasan warna - membayangkan perasaan, daya tarikan, simbolik dan menyampaikan perasaanPrinsip-prinsip grafik: penyatuan bentuk mudah penekanan imbangan

Peralatan: komputer pensil - graphite atau lead pen - teknikal, isograf dakwat - India atau China marker, pembaris papan lukisan, set Bofa kertas, pisau, pemandam, gam penghurufan - mekanikal atau teknikal

Jenis-jenis carta: organisasi bersiri pusingan aliran masa daftar ringkasan

2.2 2.3 Kajian Lepas

3.0 PEMBINAAN PAKEJ MEDIA

3.1 Bahan3.2 Langkah Penyediaan

Nama Resos : Turutan Kereta Api

Dengan berpandukan Rancangan Pengajaran Harian yang telah dihasilkan, kami bersependapat dalam menghasilkan satu resos Matematik yang mana digunakan untuk mengajar topik turutan menaik dan menurun bagi Tahun 2. Resos ini telah dinamakan Turutan Keretaapi memandangkan kami menggunakan model kereta api sebagai landasan kepada susunan nombor-nombor yang diberikan. Konsep awal yang menjadi tunjang kepada binaan model ini adalah garisan nombor.

Bahan-bahan yang telah digunakan dalam menghasilkan resos ini ialah:

1. Kertas warna dan kertas A4

2. Sekeping Mounting Board

3. Gam dan GuntingProses membina resos ini terbahagi kepada dua proses iaitu proses membina garisan nombor dan membuat kad-kad nombor. Dalam proses membina garisan nombor, kami menggunakan pendekatan yang mana menjadikan garisan nombor itu lebih menarik jika dibandingkan dengan garisan nombor yang biasa dilihat oleh murid. Oleh hal yang demikian, kami menambahkan daya tarikan pada garis nombor tersebut dengan menjadikan gerabak kereta api sebagai tempat dan ruang bagi nombor-nombor yang terdapat dalam garis nombor. Selain daripada daya penarik, ia juga bertujuan memudahkan kefahaman konsep turutan menaik dan menurun. Seperti kebiasaan, murid sudah sedia maklum mengenai pergerakan kereta api sama ada bergerak ke hadapan ataupun mengundur ke belakang. Oleh itu, samalah juga apabila ia diaplikasikan ke dalam konsep turutan nombor menaik dan menurun iaitu menaik bersamaan juga dengan pergerakan kereta api ke hadapan dan menurun sama juga dengan pergerakan kereta api mengundur ke belakang. Apabila murid mulai faham dan jelas mengenai perbezaan konsep menurun dan menaik ini, barulah guru dapat menggunakan garis nombor ini mengikut keselesaan masing-masing. Seterusnya, pembinaan kad-kad nombor adalah seperti biasa di mana kad nombor yang disediakan haruslah mempunyai set-set yang tersendiri. Set-set nombor tersebut haruslah mengikut susunan ataupun mengikut skala yang sama.

Kegunaan resos ini adalah untuk mengajar murid berkaitan topik turutan menaik dan menurun dalam susunan nombor untuk pelbagai angka digit. Resos ini boleh digunakan oleh kedua-dua pihak sama ada guru untuk melakukan demonstrasi ataupun murid iaitu mereka boleh menggunakannya tanpa kawalan guru. Contohnya, apabila murid sudah menguasai susunan nombor ini, mereka boleh bermain teka-teki di dalam kelas secar beramai-ramai. Selain itu juga, resos ini boleh digunakan untuk mengajar kemahiran menambah atau menolak secara berkala atau secara konsisten. Resos ini tidak memerlukan modal yang besar untuk menghasilkannya kerana ia hanya menggunakan beberapa kertas warna dan juga sekeping mounting board sahaja. Di samping itu juga, resos ini mudah dibawa ke mana-mana tanpa memerlukan beban yang berat memandangkan ia hanya diperbuat daripada kertas.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

3.3 Cara Penggunaan Media

4.0 KEPENTINGAN PAKEJ MEDIA4.1 Ciri-ciri Media4.2 Kepentingan media Dalam PengajaranKeberkesanan penggunaan Media Sebelum kita memembincangkan dengan lebih jauh mengenai isu penggunaan resos ini marilah kita terlebih dahulu mengungkap maksud ataupun takrif-takrif yang telah diberikan kepada resos ini.Resos merupakan bahanbahan yang boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan dan menarik. Atan Long (1982) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai alat bantu mengajar. Umumnya, resos boleh dianggap sebagai sebarang bahan-bahan, objek, kelengkapan, model, rekaan, alat, gambar, carta, penerbitan atau sebarang kemudahan yang dapat menolong menambah atau memudahkan pembelajaran matematik. Resos boleh merujuk kepada segala benda dalam persekitaran luar pelajaran. Ini bermaksud resos merujuk kepada set benda yang boleh digunakan untuk memajukan pengajaran dan pembelajaran matematik serta meningkatkan pemikiran matematik pelajar.

Pendekatan pengajaran tradisi yang berasaskan chalk and talk tidak berapa menarik minat atau merangsang proses pembelajaran kerana tidak melibatkan kesemua panca indera terutama sekali dalam pembelajaran matapelajaran Matematik. Menurut Brunerpembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar membina idea baru berdasarkan pengetahuan semasa atau lepas. Pelajar memilih dan mengubah maklumat, membina hipotesis, membuat keputusan bergantung kepada struktur kognitif untuk berbuat demikian.Menurut teori Konstruktivisme pula pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Ini menunjukkan bahawa perlunya ada objek atau bahan-bahan bantu mengajar yang digunakan untuk menyokong sesi pembelajaran.

Resos memain peranan serta banyak membantu dalam proses pengajaran. Resos mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan oleh guru untuk membuat pengajaran di dalam kelas. Matematik banyak melibatkan idea-idea abstrak lebih daripada objek. Implikasinya bahan resos jarang digunakan secara optimum seperti yang diharapkan. Sesuatu makna atau konsep abstrak tidak semuanya dapat ditafsir dan diterangkan melalui pengajaran langsung iaitu dengan menggunakan perkataan sahaja. Kebiasaannya, apabila seorang guru gagal menerangkan konsep matematik kepada murid secara berlisan, dia seharusnya mencari jalan inisiatif lain untuk mencapai matlamat tersebut. Di sinilah pentingnya penggunaan resos dalam pengajaran matematik.

Salah satu daripada fungsi resos adalah untuk membantu murid menemui konsep, prinsip dan kemahiran matematik. Kemahiran metematik merujuk kepada keupayaan seperti menggunakan laras bahasa matematik yang betul dan mengaplikasikan penaakulan matematik serta menggunakan matematik untuk memperihalkan dunia fizikal. Selain itu, resos juga berfungsi sebagai kaedah untuk mempelbagaikan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru sekolah rendah digalakkan mempelbagaikan kaedah mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, inovatif, berkomunikasi, dan berinteraksi.

Memilih dan menyediakan resos yang sesuai bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif merupakan satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Ini bagi memastikan segala bahan resos yang digunakan oleh guru mahupun pelajar dapat membawa manfaat dan kelebihan kepada kedua-dua pihak. Dengan penggunaan resos yang menarik dan sesuai, murid akan lebih berminat dan seronok untuk lebih memahami matematik. Untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid, bahan resos yang digunakan harus disediakan ciri fizikal yang sesuai seperti saiz yang tidak terlalu besar dan jelas. Faktor jarak antara pelajar dengan bahan resos yang digunakan juga perlu diambil kira. Jika resos yang digunakan terlalu kecil mungkin bagi pelajar yang duduk di bahagian depan kelas dapat melihat dengan jelas tetapi bagi pelajar yang duduk di bahagian belakang sudah tentu fokus padangan mata mereka sudah berkurangan. Ini akan menyebabkan mereka hilang tumpuan dan minat terhadap pengajaran guru di hadapan.

Selain itu, bahan resos yang digunakan harus disediakan dengan menggunakan gambar atau imej yang berwarna- warni. Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan bahan resos juga telah dijalankan oleh Barry ( 1976, dalam Suzita Mohd Resad, 2002, m.s. 21). Hasil daripada kajian yang beliau jalankan, penggunaan gambar atau imej yang berwarna dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan menyenangkan proses penyimpanan maklumat.

Resos merupakan aspek yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Ia akan membantu untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dalam matematik. Memilih dan menyediakan resos yang sesuai adalah sangat penting bagi mewujudkan suasana yang kondusif bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Seorang guru yang baik perlu sedar tentang peranan resos dalam meningkatkan pemahaman konsep serta pemikiran matematik murid-murid. Dengan penggunaan resos yang sesuai dan menarik, murid- murid akan lebih berminat dan seronok untuk belajar matematik. Resos boleh didapati dalam pelbagi bentuk seperti bahan bercetak, bahan manipulatif, dan juga pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian komputer serta teknologi maklumat dan komunikasi.KepentinganBahan Bantu Mengajar ( BBM) di dalam Pengajarandan Pembelajaran MengikutCharles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 )kepentingan BBM bolehlahdirumuskan seperti berikut:BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsepSebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajarDapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekalMemberi pengalamansebenar yang boleh merangsangkan aktivitisendiridi kalanganpelajarDapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.Boleh membantu pemahaman dan perkembanganperbendaharaan kata pelajar.Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam danberagam.Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242)merumuskan kepentingan BBM seperti berikut:memberi rangsangan dan minat murid-muird.menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran danmengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripadamurid-murid.membekalkandasarperkembanganpembelajarandanmenjadikanpembelajaranmereka lebih kekal.menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain,menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.dapatmenguatkankefahamandanmempercepatkanperkembanganperbendaharaankata.ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkanlagi bacaan murid-murid.SebagairumusannyaBBM adalah sangatpenting keranadapat:menjimatkan masadapat mempelbagaikan kegiatan atauaktiviti-aktiviti murid-muridmenyeronokkanmurid-murid.3.0Prinsip-prinsipinovasiBBM:3.1Pelbagai bahan bantu mengajar berbagaiBBM dapat mempelbagaikan kegiatanataupengalamanmurid-muridbelajarmengikutperingkatatau kebolehannyadaripadamudah kesukar

seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, pengalamaan rekaan, pengalaman dramatized,demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem-filem dan sebagainya.3.2Mutubahanbantumengajar:Mutu bahanbantu mengajar bergantungkepadapembinaan danpemilihannyasebagaibahan pengajaran. Ia harus dipilih sesuai dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan secocok denganmurid-murid yang terlibat. Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas yang tertentu seperti jelas (bunyidan rupa sebutan ), intonasi dan nada, keharmonian warna ( gambar ) kesesuaian saiz, bentuk hurufatau cartadan keteguhannya.Alat itu juga harus mudah dibuat,diperbuat dari bahan-bahanyang murahdan boleh didapati secara percuma seperti di jabatan-jabatan kerajaan, pejabat pos, pusat beli belah,pihak swasta dan sebagainya.3.3KecekapanMenggunakanBBM:Kecekapan seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana kegagalannya menyebabkanpengajaran menjadi tidak berkesan atau merosakkan pelajaran itu seluruhnya. Masa mengendalikanBBM dan tidak mengalami sebarang kesulitan apabilatiba masa menggunakannya. BBM sentiasa beradadi dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya.Guru harus pandai memilih butir-butir penting yangperlu ditulis, supayajelas, terang, kemas dan teratur. Cekap mempersuaikan keperluan muriddan masa yang diperuntukkan3.4KesesuaianBBMBBM seharusnya bersabit dengan tujuan pelajaran dan bahan yanghendak disampaikan. Sekiranya tidak, usaha menyediakannya adalahsia-sia sahaja

ecara amnya, pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru itu menggunakan Bahan Bantu Mengajar. Melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar, seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannya dengan baik (Kamal et.al, 1987, m.s. 227). Dale (1963, m.s. 218 ), telah menyatakan tujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar :

1. merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat satu faktor yang penting dalam pembelajaran mereka.

2. Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan daripada pelajarnya.

3. Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajar -pelajar dan oleh itu menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.

4. Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudahnya melalui cara lain dan menolong menjadikan pembelajaran pelajar-pelajar lebih mendalam dan pelbagai.

5. Menolong dalam kefahaman, oleh itu mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.

6. Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan kegiatan seorang pelajar.

7. mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela.

Para pendidik perlu berubah daripada cara pengajaran tradisional yang masih diamalkan oleh sesetengah guru dalam aspek pengajaran pembelajaran perlu dikaji semula dan diubahsuai jika perlu. Semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi adalah melalui deria. Menurut Kamaruddin (1986, m.s.214), Bahan Bantu Mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku-buku teks,papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan sebagainya.

Hasil dari kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman, 1997 m.s.18 ), mendapati penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan kesan positif seperti;

1. Proses pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media pengajaran.

2. Pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat.

3. Membantu mencapai objektif pengajaran.

4. Pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar.

Ini diikuti dengan kajian Naim Ahmad (1989, m.s. 64), merumuskan hasil kajiannya tentang keberkesanan media pengajaran kepada pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

a. Media pengajaran dapat membantu meningkatkan keupayaan ingatan semasa menyampaikan pelajaran.

b. Dapat membantu pengajar mengubah teknik dan kaedah pengajaran.

c. Dapat menjelaskan konsep pelajaran dengan berkesan.

d. Mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang berterusan kepada pelajar.

e. Menjimatkan masa pengajar.

f. Media pengajaran mendorong daya kreativiti pengajar dengan pelajar.

Justeru, tidak syak lagi bahawa penggunaan resos dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dapat memberikan banyak menafaat di samping dapat mengukuh dan menghasilkan satu pembelajaran yang berkesan. Mari kita lihat pula kepada beberapa contoh bahan bahan resos yang sering digunapakai di dalam kurikulum pendidikan Matematik sekolah rendah. Secara umumnya terdapat banyak bahan resos seperti Blok Dienes, Dekak-dekak, Jalur Nombor, Kit Pecahan, Domino Pecahan, Papan Perpuluhan, Carta Nilai Tempat, Petak Seratus, Papan Geometri, Model Peratus, Grid Peratus, Bekas Air Bersenggat dan banyak lagi. Semuanya mempunyai satu matlamat yang sama iaitu membantu meningkatkan pemahaman murid-murid dan bagi meyokong lagi pengajaran para guru.

Di sini saya akan menerangkan beberapa bahan resos dari segi tujuan, cara pembinaan, dan juga cara penggunaannya :

a) Blok Dienes

Tujuan :Membantu murid memahami konsep nilai tempat serta menguasai kemahiran menambah dan menolak

Konsep dan Kemahiran :

Konsep dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid adalah seperti yang berikut:

a) Konsep

Nilai nombor kurang daripada 1000.

Nilai tempat, iaitu ratus, puluh, dan sa.

Operasi tambah dan tolak.

b) Kemahiran

Menentukan nilai nombor kurang daripada 1000.

Menentukan nilai tempat, iaitu ratus, puluh, dan sa.

Melakukan operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 1000.

Kumpulan Sasaran :

Murid Tahap 1

Bahan-bahan diperlukan :

I. Bod jerami (straw board) licin (2-3mm tebal)

II. Pen penanda

Cara Pembinaan Bahan :

1. Dengan menggunakan bod jerami, lukis bentuk sa, puluh, dan ratus secara berkadaran.

2. Potong bod jerami mengikut bentuk yang dilukis.

3. Sediakan 40 keping bagi setiap bentuk.

Penggunaan Bahan :

Blok Dienes boleh digunakan untuk membantu murid memahami konsep dan menguasai kemahiran yang berikut :

a)Menentukan nilai nombor dan nilai tempat

b)Melakukan operasi tambah tanpa mengumpul semula

c)Melakukan operasi tambah dengan mengumpul semula

d)Melakukan operasi tolak tanpa mengumpul semula

e)Melakukan operasi tolak dengan mengumpul semula

b)Jalur Nombor

Tujuan :

Membantu murid memahami konsep nombor dan operasi asas (tambah, tolak, darab, dan bahagi)

Konsep dan Kemahiran :

Konsep dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid adalah seperti yang berikut:

a) Konsep

Nombor 1 hingga 20.

Kombinasi nombor.

Hukum tukar tertib.

b) Kemahiran

Menguasai fakta asas dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi..

Melakukan operasi asas yang melibatkan nombor dalam lingkungan 20.

Mencari kombinasi nombor dalam lingkungan 20.

Kumpulan Sasaran :

Murid Tahap 1

Bahan-bahan diperlukan :

I. Papan (40 cm x 20 cm x 1 cm)

II. Papan lapis nipis (40 cm x 30 cm)

III. Kayu beroti nipis (400 cm x 2 cm x 0.5 cm)

Cara Pembinaan Bahan :

1. Dengan menggunakan papan berukuran 40 cm x 20 cm x 1 cm dan papan lapis nipis berukuran 40 cm x 30 cm, bina rak jalur nombor.

2. Dengan menggunakan kayu beroti nipis pula, bina jalur nombor 1 hingga jalur nombor 20.

3. Jumlah jalur nombor yang perlu dibina adalah seperti dalam jadual berikut :

Penggunaan Bahan :

Jalur nombor boleh digunakan untuk membantu murid memahami konsep dan menguasai kemahiran seperti yang berikut :

a)Kombinasi nombor

b)Fakta asas operasi (tambah, tolak, darab, dan bahagi)

c)Petak Seratus

Tujuan :

Membantu murid memahami konsep dan menguasai kemahiran menukar pecahan yang penyebutnya 2, 4, 5, dan 10 kepada peratus.

Kumpulan Sasaran :

Murid Tahap 2 (Tahun 6)

Bahan-bahan diperlukan :

I. Bod lekap (100 cm x 100 cm)

II. Plastik pembalut buku

Cara Pembinaan Bahan :

1. Sediakan petak seratus 10 x 10 dan petak seratus 5 x 20 dengan menggunakan bod lekap. Ukuran setiap petak kecil (grid) ialah 5 cm x 5 cm.

1. Pasangkan tali pada petak seratus supaya mudah digantung pada dinding.

Catatan :

Untuk kegunaan murid, sediakan petak seratus 10 x 10 dan petak seratus 5 x 20 yang dibuat pada kertas biasa. Saiz grid yang dicadangkan ialah 1 cm x 1cm

Penggunaan Bahan :

Petak seratus boleh digunakan untuk membantu murid memahami konsep dan menguasai kemahiran menukar pecahan kepada peratus.

Jelas sekali jika kita lihat daripada penggunaan bahan-bahan resos seperti yang ditunjukkan di atas, setiap bahan-bahan resos mempunyai keunikan dan cara penggunaannya yang tersendiri. Antara perkara yang guru perlu peka di dalam penggunaan bahan bantu mengajar adalah guru harus peka tentang menyediakan jenis-jenis alatan yang sesuai dengan isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan dan guru harus arif dan perpengetahuan untuk mengendalikan alat bantu mengajar tersebut agar pengajaran dan pembelajaran tidak membuang masa dan sia-sia. Alat-alat bantu mengajar tersebut juga harus sentiasa berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya serta cekap mempersuaikan keperluan murid dan masa yang diperuntukkan.

Berdasarkan penyataan-penyataan dan contoh-contoh penggunaan bahan resos di dalam pengajaran di atas jelas sekali menunjukkan bahawa penggunaan resos memainkan peranan yang penting di dalam mencapai kejayaan di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Justeru itu pihak pentadbir terutamanya di sekolah harus memberi sokongan sepenuhnya dalam pelaksanaan pelbagai kaedah yang memusatkan murid serta membantu mengatasi masalah pengurusan bilik darjah seperti mengadakan bilik khas untuk Matematik dan sebagainya. Manakala para guru pula perlu mempertingkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid berasaskan kaedah kolaboratif, kooperatif dan fahaman konstruktivisme. Selain itu, guru juga harus memupuk sikap ingin memcuba khususnya penggunaan kaedah serta bahan-bahan bantu mengajar yang pelbagai dan dapat mengambil kira pelbagai kecerdasan pelajar dan gaya pembelajaran yang berbeza.

Sesungguhnya bahan-bahan resos ini bukan sahaja berguna kepada kita sebagai seorang guru tetapi impaknya juga besar kepada para pelajar.Sehubungan dengan itu saya kira perbincangan mengenai isu sajauh manakah penggunaan resos ini dapat mengukuh dan menghasilkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan sudah terjawab dan kini menjadi tanggungjawab kita semua untuk terus mempertingkatkan kemahiran diri terutamanya di dalam penggunaan bahan-bahan resos ini agar dapat terus meningkatkan kualiti pengajaran seterusnya mencapai matlamat misi kementerian pendidikan Malaysia iaitu untuk membangunkan satu sistem pendidikan yang bertaraf dunia (world class) bagi memperkembangkan potensi individu secara sepenuhnya dan seterusnya memenuhi aspirasi negara kita yang tercinta.

Carta Grafik Bahan Bantu Mengajar

5.0 VIDEO AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN MEDIA

6.0 REFLEKSI DAN CADANGAN PENAMBAHABAIKANAlhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya, Tugasan Projek Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan Dan Peratusan ini dapat disiapkan dengan jayanya dalam tempoh yang diberikan. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah bimbingan saya, Datin Zaiton binti Othman yang banyak memberi tunjuk ajar serta panduan kepada saya. Terima kasih juga diucapkan kepada pasangan saya Anis Shamila binti Ab Salam yang setia memberikan kerjasama. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan yang banyak berkongsi ilmu sepanjang membuat tugasan ini. Tidak dilupakan kepada ibu bapa yang tercinta yang sentiasa memberi sokongan.

Tugasan projek ini mendatangkan banyak manfaat dan impak positif kepada saya dalam melatih daya kreativiti seorang bakal guru pada masa hadapan. Tugasan individu yang merangkumi penulisan akademik tentang Penggunaan Resos Matematik banyak memberi saya ilmu dan pengetahuan baru. Bagi menyiapkan penulisan itu, saya banyak merujuk kepada sumber-sumber dan sekaligus ia membantu saya dari aspek memperoleh ilmu. Pengetahuan mengenai resos ini sangat penting kerana ia dapat diaplikasikan dalam pengajaran di sekolah. Seperti yang sedia maklum, resos merupakan salah satu bahan yang terpenting yang dapat menentukan sama ada sesuatu pengajaran itu menarik atau sebaliknya. Bertitik tolak di situ, saya cuba untuk memahami segala pencerahan yang terdapat di sebalik penggunaan resos supaya saya dapat menggunakan resos dengan yang lebih baik di masa hadapan.

Selain itu juga, tugasan individu juga memerlukan saya untuk membina capaian blog yang akan menjadi salah satu resos bagi subjek Matematik. Tugasan ini membuka mata saya bahawa resos blog ini juga merupakan satu media yang sangat mudah dicapai dan digunakan oleh sesiapa sahaja. Tambahan pula, di era teknologi ini, penggunakan internet sudah menjadi satu keperluan kepada masyarakat pada hari ini. Tanpa disedari dengan membina resos melalui blog ini, saya turut dapat melakukan perkongsian ilmu dengan orang lain. Walaubagaimanapun, sepanjang membina blog ini terdapat juga sedikit cabaran yang mana memberi satu lagi kemahiran baru kepada saya untuk menggunakan ICT. Cabaran tersebut dirasakan apabila rakan-rakan mula menggunakan laman weebly untuk membina blog dan jika dibandingkan sebelum ini saya banyak menggunakan laman blog untuk membina blog. Melalui bantuan dan pendedahan daripada rakan-rakan, saya mendapat kemahiran baru iaitu dengan menggunakan laman weebly untuk membina blog.

Seterusnya adalah berkaitan dengan tugasan berpasangan yang mana ia memerlukan kami untuk membina sebuah Rancangan Pengajaran Harian dan resos yang digunakan. Semestinya, RPH tidak dapat dipisahkan daripada seorang guru. Oleh hal yang demikian, pengetahuan dan kemahiran yang tepat sangat diperlukan dan diaplikasikan dalam pengajaran. Tugasan ini sekali lagi menjadi panduan dan penanda aras kepada saya dalam membina RPH pada masa hadapan. Namun begitu, terdapat beberapa kekangan dalam menghasilkan RPH disebabkan percanggahan ilmu yang diperolehi sebelum ini. Walaubagaimanapun, penerangan yang jelas daripada pensyarah pembimbing banyak memberi penjelasan dan membantu saya untuk menghasilkan RPH yang terbaik. Selepas selesai menghasilkan RPH, saya membina resos yang diperlukan. Dalam masa serentak, semua tugasan ini memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Daya kreativiti dalam menghasilkan sebuah perancangan mengajar yang menarik, membina resos yang pelbagai.

Melalui tugasan ini juga, saya berpeluang untuk melakukan microteaching yang mana sangat penting dan memberi latihan asas kepada saya untuk mengendalikan kelas dan menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Setelah melakukan microteaching, ia memberi peluang kepada saya untuk membuat reflektif kendiri tentang kelemahan saya untuk mengajar dan apa yang perlu diperbaiki dalam mutu pengajaran saya.

Bagi cadangan untuk penambaikan, saya mencadangkan agar tugasan projek ini dibuat secara individu berbanding berpasangan. Melalui kerja individu, setiap guru pelatih akan melalui pengalaman yang sendiri untuk membina Rancangan Pengajaran Harian secara individu. Selain itu juga, saya mencadangkan agar pensyarah pembimbing yang menentukan topik yang akan diajar dalam pembinaan Rancanagan Pengajaran Harian. Ini memberi peluang kepada guru pelatih supaya kreatif dalam penyampaian pengajaran yang pelbagai.

Kesimpulannya, saya berasa sangat gembira dalam penghasilan tugasan projek ini kerana ia merupakan pendedahan awal kepada saya untuk mengajar murid di dalam kelas secara realiti kelak. Selain daripada proses perancangan mengajar tugasan ini juga memberi pemahaman yang jelas bagaimana caranya untuk menyampaikan satu pengajaran yang baik.6.1 Keberkesanan Media

6.2 Pendapat Rakan Guru dan Murid6.3 Cadangan Penambahbaikan

7.0 RUJUKANAbdul RahimAbdul Rashid,( 1996 ),Panduan Latihan Mengajar,KualaLumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.Asmah bt. Hj. Ahmad, ( 1989 ),Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman,Selangor,Longman Malaysia Snd. Bhd.EeAh Meng,( 1989 )Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, EdisiKedua,Petaling Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti.John Arul Phillips, (1997 ) ,Pengajaran Kemahiran Berfikir, Kuala Lumpur,Utusan Publications & Distributors Snd. Bhd.Kamarudin Hj. Husin, ( 1994 )KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa(EdisiBaru), Siri Pendidikan Perguruan, KualaLumpur, Kumpulan Budiman Snd.Bhd.________________, ( 1986 )Panduan Latihan Mengajar, Selangor, LongmanMalaysia Snd. Bhd.________________, ( 1989 ),Pedagogi 3,Siri Pendidikan Longman,Selangor,Longman Malaysia Snd. Bhd.________________, (1994),Pedagogi 4,Siri Pendidikan Longman,Selangor,Longman Malaysia Snd. Bhd.________________, ( 1989 ),Pedagogi Bahasa,Siri Pendidikan Longman,Selangor, Longman MalaysiaSnd. Bhd.Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid,( 1988)Alat Bantu Mengajar DalamPengajaran Bahasa,Siri Pendidikan Longman, Selangor, LongmanMalaysia Snd. Bhd.Mok Soon Sang, Lee Shok Mee, ( 1986 )Kurikulum Baru Sekolah Rendah,Tahap I, SiriMaktab Perguruan, Kuala Lumpur, Heinemann Malaysia Snd.Bhd.______________, ( 1995 ),Pendidikan di Malaysia, Siri Pendidikan Perguruan,(Edisi Kelima ), Kuala Lumpur, Kumpulan BudimanSnd. Bhd.Mokhtar Affandi Amran, Poh Swee Hiang, (1996 ),Sumber Teknologi,Pengurusan Sumber Pengajaran Pembelajaran 2, Siri Pendidikan Perguruan,Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd.Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd Dain, ( 1980 ) ,Kaedah dan TeknikMengajarBahasa denganrujukan khusus kepada pengajaranBahasa Melayu,Kuala Lumpur:Penerbit Pustaka Ilmu.Robiah Sidin, Zaiton Sidin, ( 1989 )Sosiologi Pendidikan, Kuala Lumpur:DewanBahasadan Pustaka.Sharifah Alawiah Alsagoff, (1987),Sosiologi Pendidikan,Siri Makta

8.0 LAMPIRAN