hbms3103 pengajaran muzik iv_rekoder_ver03

16
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER 2013 (SMP KHAS) HBMS3103 PENGAJARAN MUZIK IV NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGNEALAN : NO. TELEFON : E-MEL : PUSAT PEMBELAJARAN : TAWAU LEARNING CENTRE

Upload: ilut-johnny

Post on 08-Feb-2016

456 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER 2013(SMP KHAS)

HBMS3103PENGAJARAN MUZIK IV

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGNEALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : TAWAU LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1 PENGENALAN 2

2 TEKNIK BERMAIN REKODER2.1 Teknik Pertama – Postur Badan2.2 Teknik Kedua – ‘Embouchure’2.3 Teknik Ketiga – Penglidahan2.4 Teknik Keempat – Pernafasaan2.5 Teknik Kelima - Penjarian

3 – 5

3 SKOR LAGU ‘BUNGA BERKEMBANG’3.1 Skor Asal ‘Bunga Berkembang’3.2 Skor Lagu Gubahan ‘Bunga Berkembang’

6 – 7

4 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ENSEMBEL REKODER SOPRANO

8 – 9

5 KESIMPULAN 10

6 RUJUKAN 11

1

1. PENGENALAN

Rekoder merupakan sejenis alat muzik tiupan yang diperbuat daripada kayu atau plastic.

Terdapat pelbagai saiz rekoder untuk peranan yang berlainan. Penggunaan rekoder dalam aktiviti

pembelajaran muzik di dalam bilik darjah adalah bertujuan memberi pengalaman muzikal secara

hand-on. Pada masa yang sama, pelajar dapat mengukuhkan kefahaman bahasa muzik melalui

pengalaman praktikal.

2

2. TEKNIK BERMAIN REKODER

Untuk memainkan rekoder dengan baik, beberapa teknik permainan yang betul perlu

diamalkan. Berdasarkan kepada persembahan ensembel rekoder soprano dalam tayangan

Youtube, terdapat beberapa teknik permainan rekoder telah diaplikasikan. Antara beberapa teknik

permainan rekoder adalah seperti berikut:

2.1 Teknik Pertama - Postur Badan

Postur memainkan peranan semasa meniup rekoder.  Postur yang baik membantu untuk

menghasilkan kualiti ton yang baik.  Postur semasa meniup rekoder ialah badan perlu tegak dan

berada dalam keadaan selesa.  Rekoder dipegang dengan kecondongan 45 darjah dari badan.  Ini

untuk memudahkan pergerakan tangan semasa penjarian.  Setelah itu, tangan diregangkan sedikit

agar tidak mengganggu pernafasan. Rekoder dipegang dengan jari tangan kiri di bahagian atas

dan jari tangan kanan di bahagian bawah. Cara ini adalah praktikal untuk permainan rekoder. 

Rekoder diimbangkan dengan diletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan. Gunakan

‘music stand’ untuk meletakkan skor muzik dan ini juga dapat mengekalkan postur badan yang

tegak. Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan badan kerana ini

akan mengakibatkan pernafasan tidak lancar semasa meniup rekoder.

3

2.2 Teknik kedua – ‘EMBOUCHURE’

Embouchure ialah penggunaan otot muka dan pembentukan bibir yang mengikut bentuk pipi

(mouthpiece).  Caranya ialah masukkan bahagian pemipit di antara bibir. Setelah itu, bibir

dirapatkan tetapi tidak mengigit rekoder.  Bibir juga jangan ditegangkan dan pastikan bibir dalam

keadaan selesa. Cara ini dapat digambarkan melalui rajah 2 dibawah.

Rajah 2

2.3 Teknik Ketiga – Penglidahan

Penglidahan adalah penting untuk penghasilan not rendah dan not tinggi. Pergerakan lidah

membantu pengeluaran udara dengan kadar yang sesuai dengan kualiti ton. Untuk not  tengah,

bunyikan ‘du’ dengan lidah.  Manakala not rendah menggunakan bunyi ‘lu’.  Bagi not tinggi,

bunyikan ‘tu’ semasa meniup.  Bunyi ‘du-ku’ digunakan semasa ‘double tongueing’. Semasa

memainkan not kaitan, hanya pada not pertama berlaku penglidahan.  Bagi permainan

cara ‘staccato’, bunyikan ‘tut’ untuk penghasilan not pendek.

4

2.4 Teknik Keempat – Pernafasan

Tekanan udara dari diafragma dilepaskan perlahan-lahan serta terkawal ketika meniup not

rendah. Bagi not tinggi pula, tekanan udara yang lebih dilepaskan secara laju untuk

menghasilkan bunyi yang betul mengikut not. Bagi satu frasa, hanya satu pernafasan yang

digunakan.

2.5 Teknik Kelima – Penjarian

Terdapat lapan lubang pada rekoder. 7 lubang di permukaan atas rekoder dan 1 lubang di

permukaan bawah rekoder. Posisi penjarian yang betul memainkan peranan penting ketika

bermain rekoder. Bagi tangan kiri, ibu jari bernombor 0 menutup lubang rekoder di bahagian

belakang rekoder.  Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.  Jari hantu

bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.  Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder

ketiga. Untuk tangan kanan, jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. Jari

hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.  Lubang rekoder keenam ditutup dengan jari

manis yang bernombor 6.  Lubang rekoder ketuju ditutup dengan jari bernombor tujuh iaitu jari

kelingking. Terdapat dua pembukaan kecil pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7. Tujuan

lubang kecil ini adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flat. 

5

3. SKOR LAGU ‘BUNGA BERKEMBANG’

3.1 Skor Asal ‘Bunga Berkembang’

6

3.2 Skor Lagu Gubahan ‘Bunga Berkembang’

7

4. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ENSEMBEL REKODER SOPRANO

Rekoder merupakan tiupan utama yang diperkenalkan kepada murid dalam pelajaran

Pendidikan Muzik KBSR. Namun begitu, pengajaran dan pembelajaran rekoder telah mula

diperkenalkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah di Tahun 3 sebagai langkah

permulaan bagi murid untuk meningkatkan kemahiran dalam permainan alat muzik serta

menguasai kemahiran membaca bahasa muzik. Seperti yang diketahui, matlamat utama

permainan rekoder adalah untuk memberi pengalaman muzikal kepada murid melalui permainan

secara solo dan juga secara ensemble.

Permainan rekoder soprano dua bahagian merupakan satu kumpulan rekoder soprano

dibahagikan kepada dua kumpulan kecil untuk memainkan dua bahagian yang berbeza secara

serentak. Bahagian rekoder soprano 1 akan memainkan melodi bahagian atas, manakala rekoder

soprano 2 akan memainkan melodi kedua di bahagian bawah.

Oleh itu, berikut merupakan langkah-langkah pengendalian pengajaran dan pembelajaran

ensembel rekoder soprano berdasarkan kepada skor gubahan permainan rekoder yang dihasilkan.

i) Memastikan murid telah bersedia dan keadaan kelas yang terkawal.

8

ii) Memastikan murid duduk atau berdiri di dalam kumpulan yang betul iaitu mengikut

susunan bahagian masing-masing. Cadangan susunan alat adalah seperti berikut

(Rajah 2);

Rekoder 1 Rekoder 2

Soprano 1 Soprano 2

Rajah 2 : Cadangan susunan ensembel rekoder soprano

iii) Memastikan dirian not atau note-stand tersedia.

iv) Memastikan skor muzik untuk setiap bahagian diletakkan pada dirian not.

v) Sebelum latihan, pastikan murid menjalani aktiviti pernafasan.

vi) Selain itu, untuk memastikan setiap kumpulan menguasai bahagian masing-masing.

Guru harus menjalankan latihan mengikut seksyen atau kumpulan.

vii) Setelah itu, guru haruslah juga menjalankan latihan gabungan kesemua bahagian

rekoder soprano bagi memastikan keserasian bunyi, tempo dan melodi.

viii) Pastikan murid membasuh pemipit dan membersihkan rekoder setelah selesai sesi

latihan.

Biasanya rekoder yang sering digunakan dalam persembahan solo ialah descant atau dikenali

sebagai rekoder soprano. Rekoder jenis ini sering digunakan oleh kebanyakan sekolah

memandangkan ia mempunyai pic yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Selain daripada

itu, rekoder soprano ini juga amat sesuai digunakan memandangkan keadaan fizikal murid

sekolah rendah yang mungkin menghadapi kesukaran untuk mengembangkan kedudukan jari

untuk menutup lubang penjarian pada rekoder yang bersaiz besar.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggunakan permainan rekoder untuk

tujuan mengukuhkan persepsi estetik murid, memupuk ekspreso kreatif dan meningkatkan

penghargaan estetik murid. Oleh yang demikian, penggabungjalinan aktiviti permainan rekoder

dengan kandungan sukatan pelajaran lain seperti pengajaran aspek bahasa muzik dan kefahaman

tentang konsep-konsep muzik adalah amat digalakkan. Selain itu, penggabungjalinan permainan

9

rekoder dengan aktiviti permainan perkusi dan nyanyian akan memberi pengalaman muzik yang

lebih menyeluruh dan menyeronokkan kepada murid.

5. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dalam pengajaran dan pembelajaran permainan rekoder ini, guru

boleh menggunakan permainan rekoder untuk tujuan mengukuhkan persepsi estetik murid,

memupuk ekspreso kreatif dan meningkatkan penghargaan estetik murid. Permainan alat muzik

rekoder merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan serta boleh mempertingkatkan

kemahiran murid dalam bidang muzik

10

6. RUJUKAN

1. Baines, Anthony. (1991). Woodwind instruments and their history. New York: Dover

Publication Inc.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu

pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat perkembangan

Kurikulum.

3. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Dunia Muzik. Kuala Lumpur: Pusat perkembangan Kurikulum.

4. Prof Madya Zaharul Lailiddin Hj Saidon, Mohd Nizam Hj Nasrifan. (2011). HBMS3103

PENGAJARAN MUZIK IV. Selangor: Open University Malaysia.

11