hbef 4303

Upload: azmi-osman

Post on 10-Jul-2015

374 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 4 BAGI TOPIK PROSES HIDUP YANG DIJALANKAN OLEH MANUSIA

AZMI BIN OSMAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2011 PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 4 BAGI TOPIK PROSES HIDUP YANG DIJALANKAN OLEH MANUSIA

AZMI BIN OSMAN

LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2011

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tarikh : 16 JULAI 2011

Tandatangan : Nama Calon : AZMI BIN OSMAN No.Matrik : 760102025287003

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan tesis bertajuk PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 4 TOPIK PROSES HIDUP YANG DIJALANKAN OLEH MANUSIA dengan jayanya.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada tutor, Encik Abu Hassan Bin Saad yang memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tesis ini.

Tidak dilupakan juga terima kasih kepada Tuan Guru Besar SK Padang Matsirat, Langkawi serta rakan-rakan yang sama-sama mengikuti pengajian Sarjana Muda Pengajaran yang juga membantu saya dalam menyiapkan tesis tersebut.

Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada isteri dan anak tersayang yang telah memberi sokongan serta memahami diri saya sepanjang saya menyiapkan tesis ini.

Sesungguhnya jasa kalian tidak akan dilupakan.

ABSTRAK

Sains merupakan antara mata pelajaran yang menjadi isu nasional apabila mula diajar dalam Bahasa Inggeris mulai tahun 2003.Keputusan peperiksaan awam mahupun dalaman menunjukkan sedikit kemerosotan.Oleh yang demikian kajian ini dirancang bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan peta minda dalam pembelajaran Sains Tahun Empat bagi mengatasi kelemahan penguasaan dalam mata pelajaran Sains.Justeru itu, fokus kajian ini adalah terhadap murid-murid Tahun Empat Melur dan Tahun Empat Kenanga di Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat, Langkawi, Kedah Darul Aman. Kaedah yang digunakan ialah kaedah deskriptif yang melibatkan ujian pra dan ujian pos. Tahun 4 Kenanga merupakan kumpulan rawatan yang diberi pendedahan pengajaran menggunakan computer untuk mencipta peta minda, manakala Tahun 4 Melur ialah kumpulan kawalan yang tidak diberi pendedahan pengajaran menggunakan komputer. Penyelidik bertindak sendiri sebagai guru Sains Tahun Empat Kenanga dan Tahun Empat Melur dan memberi pengajaran sebanyak tiga kali. Seterusnya, ujian pra dan ujian pos dijalankan kepada semua murid Tahun Empat untuk melihat perbandingan antara kedua-dua ujian tersebut. Soal selidik diberi kepada mereka, analisis dibuat dan keputusan diperolehi. Adalah diharapkan kajian ini dapat menjelaskan bahawa penggunaan peta minda dalam mata pelajaran Sains dengan aktiviti yang menarik boleh merangsang pemikiran murid-murid agar mereka dapat menerima proses pembelajaran dengan lebih berkesan.

KANDUNGAN Judul Pengakuan Penghargaan Abstrak Kandungan Bab I: Pengenalan1.1 Latar Belakang Kajian 1.2 Pernyataan Masalah 1.3 Tujuan Kajian

ii iii iv v vi 1 3 5 7 8 9 14 14 16 16 18 18 21 21 22 23 23

1.4 Kepentingan Kajian 1.5 Batasan Kajian1.6 Rumusan

Bab 2: Tinjauan Literatur 2.1 Pengenalan 2.2 Kajian Berkaitan 2.3.Literatur Berkaitan 2.4.Cara membina peta minda Bab 3: Metodologi Kajian 3.1 Pengenalan 3.2 Rekabentuk Kajian 3.3 Populasi dan sampel kajian 3.4 Instrument Kajian 3.5 Prosedur pengumpulan data 3.6 Prosedur menganalisa data 3.7 Rumusan

Bab

4: Huraian Dan Analisis Data 4.1 Pengenalan 4.2 Profil Responden 4.3 Analisis Ujian pra 4.4 Analisis Ujian pasca 4.5 Soal selidik dan pemerhatian 4.6 Perancangan tindakan 24 25 30 31 33 34 38 38 39 40 42 43

Bab 5

Perbincangan,rumusan dan cadangan 5..1.Pendahuluan 5.2 Ringkasan kajian 5.3.Perbincangan dan dapatan kajian 5.4. Masalah dan cadangan kajian 5.5. Cadangan Kajian Lanjutan 5.6. Rumusan

BAB 1

PENYATAAN MASALAH KAJIAN 1.1 PENGENALAN Sains merupakan mata pelajaran teras yang diajar mulai tahun 1 hingga tahun 6.Ia merangkumi lima tema utama iaitu alam kehidupan,alam fizikal,alam bahan,bumi dan alam semesta dan dunia teknologi.Ia juga berkait rapat dengan persekitarannya melalui aktiviti kemahiran belajar, kemahiran berfikir dan kemahiran sosial. Sains juga mampu merangsang setiap individu untuk terus menyoal tentang keadaan fenomena yang berlaku dalam kehidupan harian terutamanya berkaitan proses dalam kehidupan. Pembelajaran mata pelajaran ini dirancangkan untuk memberi pengalaman yang menyeronokkan, bermakna dan mencabar melalui penggunaan pelbagai kaedah seperti kaedah inkuiri penemuan, pembelajaran koperatif dan kolaboratif bagi menanam dan memupuk semangat kekitaan, jati diri dan berdaya tahan di kalangan murid. Penggunaan pelbagai sumber terutamanya pengaplikasian teknologi maklumat digalakkan bagi melatih murid menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Melalui mata pelajaran ini juga, sejak di peringkat sekolah rendah lagi, murid diberi pendedahan mengenai pelbagai aspek kehiupan seperti proses dalam kehidupan,fenomena alam semula jadi, merancang masa depan, mempunyai ketahanan diri yang kental dan berkemahiran saintifik bagi memenuhi matlamat dan aspirasi negara. Sains juga merupakan salah satu pemangkin dalam

pembangunan negara sejajar dengan hasrat menuju ke arah menjadi negara maju. Selain itu, proses pembelajaran yang berkesan dapat menguatkan lagi kefahaman murid berkaitan kepentingan sains menjelang tahun 2020.

Justeru, proses perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan sepatutnya menjadi pemangkin kepada perubahan tingkah laku individu yang disebabkan oleh pengalaman melalui proses pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah.( Salvin, 1997; Mazur, 1990: Rocklin, 1987 ). Staling ( 1973 ) pula berpendapat bahawa pembelajaran berlaku berdasarkan tiga kriteria yang penting iaitu: a. Pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran b. Pembelajaran harus menampakkan perubahan dalam tingkahlaku. c. Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman dan latihan. Menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk menguasai rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru.Dalam mata pelajaran sains murid akan melibatkan diri dalam beberapa aktviti melibatkan hand on dimana setiap pelajar perlu menguasai kemahiran manipulatif sains.Pembelajaran akan menjadi lebih bermakna jika pelajar diberi peluang melalui sendiri pengalaman pembelajaran melalui aktiviti kajian lapangan,eksperimen dan menyediakan folio.Oleh itu kaedah pengajaran pembelajaran hendaklah dipelbagaikan agar murid tidak menjadi bosan.Pembelajaran yang menyeronokkan akan membantu pelajar menjadi lebih berminat dalam sains seterusnya mengaplikasikan dalam kehidupan harian.

1.2

PENYATAAN MASALAH KAJIAN

Prestasi mata pelajaran Sains pelajar tahap 2 terutamanya di kelas tahun 4 sekolah kajian mencatatkan tahap agak memuaskan berbanding semasa pelajar berada di tahun 3. Catatan ini berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2010. Oleh itu, kajian

dijalankan lebih menjurus untuk memperkenalkan suatu strategi atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baru bagi mempertingkatkan pencapaian mata pelajaran Sains di sekolah kajian. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan pembelajaran individu dan keberkesanan penggunaan peta minda dan bahan grafik terhadap pencapaian pelajar dalam menjawab soalan bahagian B mata pelajaran Sains.Kajian ini melibatkan pelajar Tahun 4 di salah sebuah sebuah rendah di Daerah Langkawi yang mempunyai pencapaian akademik yang sederhana. Pelajar yang terlibat dalam kajian ini mempunyai tahap pencapaian yang pelbagai dan mereka tergolong dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Umum mengetahui bahawa mata pelajaran ini menjadi isu nasional apabila diajar dalam Bahasa Inggeris mulai tahun 2003.Sebahagian besar pelajar dan juga ibu bapa beranggapan bahawa prestasi mata pelajaran ini merosot kerana kelemahan pelajar dalam Bahasa Inggeris Oleh itu, ia kurang diminati oleh sebilangan besar pelajar-pelajar yang seterusnya membuatkan prestasi pelajara agak menurun terutama apabila pelajar berada di tahap 2. Namun harus difahami apa yang amat penting adalah memahami fakta dalam pembelajaran sains. Fakta juga merupakan idea yang perlu dikuasai dan difahami oleh pelajar. Pembelajaran di peringkat ini tidak setakat mengingati fakta tetapi yang penting adalah bagaimana fakta ini digunakan untuk membantu pelajar memahami sesuatu

perkembangan yang berlaku dalam mata pelajaran ini dan mengaplikasikan fakta yang dipelajari kepada situasi tertentu. Tahap pencapaian yang sederhana oleh pelajar Tahun 4M dan 4K berdasarkan

pencapaian dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2010, menunjukkan mereka belum lagi dapat menguasai kemahiran konsep dalam mata pelajaran Sains. Ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah. Gred A B C D E Jumlah Markah % 80 100 60 - 79 40 - 59 20 - 39 0 - 19 Bilangan Pelajar 1 13 30 23 67

Jadual 1 : Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2010 Menyedari Sains merupakan subjek yang amat penting kepada pelajar maka pengkaji cuba mengenalpasti punca pencapaian tersebut. Ramai pelajar mengatakan mereka kurang berminat disebabkan masalah tidak memahami istilah dalam Bahasa Inggeri. Keadaan ini menyebabkan pelajar meletakkan persepsi bahawa mata pelajaran tidak menyeronokkan berbanding mata pelajaran lain. Berikutan itu, pelajar mengatakan mata pelajaran ini begitu membosankan dan mereka mengambil sikap sambil lewa semasa pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu juga mereka juga menyatakan sukar untuk menjawab soalan pada bahagian B. Berdasarkan kepada tinjauan yang dibuat oleh pengkaji, satu paradigma harus dilakukan dan jalan penyelesaian perlu dicari agar masalah pencapaian yang sederhana

dalam mata pelajaran ini tidak terus menjadi kudis yang akan merebak dan merosakkan murid amnya dan masa hadapan mata pelajaran ini khasnya. Pengkaji berpendapat bahawa satu intervensi di dalam sesi pengajaran pembelajaran perlu ditambah untuk melihat tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains . Intervensi yang dimaksudkan ialah penggunaan peta minda dan bahan grafik

1.3

TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan penggunaan

peta minda dan bahan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dapat mempengaruhi prestasi pelajar dalam menjawab soalan berbentuk subjektif berbanding pengajaran dan pembelajaran secara konvensional. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan mengubah persepsi pelajar agar lebih meminati mata pelajaran ini dan menganggap ianya sama penting dengan mata pelajaran teras yang lain dan patut dikuasai oleh mereka. Kepentingan mata pelajaran ini bukan sekadar memenuhi penjadualan di sekolah tetapi ianya lebih kepada memberi pemahaman dan menanam sikap saintifik dan menyedari kepentingan sains dalam pembangunan negara.

1.3.1 i.

Persoalan Kajian Adakah ujian yang dijalankan mampu menunjukkan prestasi yang dikehendaki?

ii.

Adakah ujian yang dijalankan mampu memberi impak positif kepada penyelidik?

iii.

Adakah pembelajaran berkonsepkan peta minda dapat mengubah tingkah laku dan memberi motivasi kepada pelajar ke arah meningkatkan tahap pencapaian mereka menjawab soalan berbentuk subjektif?

iv.

Sejauh mana penggunaan peta minda sesuai untuk tujuan menelaah pelajaran, mengambil nota yang diajar oleh guru, membaca buku, persediaan sebelum berbahas, untuk bermesyuarat, malah untuk persediaan membeli-belah.

v.

Adakah diakhir pengajaran pelajar dapat menerapkan nilai taat kepada negara dan bersedia berkhidmat kepada negara dalam keadaaan apa sekalipun?

1.3.2 i.

Objektif Kajian untuk meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran dan pembelajaran guru supaya dapat meningkatkan mutu pembelajaran pelajar.

ii.

Mengubah sikap dan minda pelajar ke arah pembelajaran yang menyeronokkan serta berkesan.

iii. iv.

Untuk mengenalpasti kelemahan pelajar dalam menjawab soalan bahagian B. Untuk menguji sama ada peta minda dapat meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan berbentuk subjektif.

v.

Menjadikan pelajar lebih bersedia untuk belajar dalam suasana yang menarik dengan adanya penggunaan peta minda.

1.4

KEPENTINGAN KAJIAN Hasil kajian ini ialah untuk mengetahui adakah penggunaan peta minda dapat

meningkatkan prestasi para pelajar. Seterusnya, daripada hasil kajian akan diketahui keberkesanan penggunaan peta minda dan bahan grafik dalam peningkatan prestasi akademik pelajar. Kajian ini juga diharap dapat mengubah sikap serta persepsi para pelajar agar lebih meminati mata pelajaran Sains seterusnya meningkatkan tahap kefahaman pada konsepkonsep, istilah dan fakta-fakta yang terkandung di dalam mata pelajaran ini. Kajian ini juga penting untuk pihak pengurusan sekolah meningkatkan prestasi para pelajar dalam mata pelajaran ini sama ada dalam peperiksaan, ujian formatif atau sumatif. Kebaikan peta minda antaranya ialah dapat membandingkan satu tajuk dengan tajuk yang lain dengan tersusun. Isi dan idea dapat dibaca dan difahami dengan lebih cepat, perkaitan antara isi dengan tajuk utama dengan isi dapat dilihat dengan lebih jelas, pemahaman konsep tentang sesuatu tajuk menjadi lebih jelas dan menyeluruh, menjimatkan masa bagi mengolah sesuatu idea dan pemilihan serta penyusunan maklumat dapat dilakukan secara teratur (Abd. Rashid B. Omar, 1999).

Seterusnya, dapatan kajian ini juga dapat membantu guru di sekolah merangka satu bentuk pembelajaran yang sesuai supaya menampakkan perubahan dalam tingkah laku melalui pengalaman dan latihan yang disediakan dan memberi keyakinan kepada pelajar dalam menjawab soalan berbentuk subjektif. Adalah juga diharapkan agar ianya dapat mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan seterusnya meningkatkan prestasi

pelajar.Pengenalan peta minda juga diharapkan dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih luas tentang topik-topik dalam pembelajaran Sains terutamanya pada peringkat sekolah rendah.

1.5

BATASAN KAJIAN

Kajian ini akan dijalankan kepada murid Tahun 4 di salah sebuah sekolah rendah di Daerah Langkawi dan tiada kaitan dengan sekolah sekolah lain di Daerah Langkawi mahupun di negara ini. Kajian ini juga terbatas kepada pelajar yang mempunyai aras pencapaian yang sederhana dan dipilih secara rawak di mana kemungkinan terdapat pelajar yang masih lemah dalam kemahiran membaca dan menulis. Selain daripada itu, pengkaji kemungkinan menghadapi masalah pengurusan masa kerana pengkaji juga terlibat dalam mengajar mata pelajaran lain. Oleh kerana kajian ini dijalankan selepas peperiksaan akhir tahun, mungkin wujud fenomena kekurangan responden kerana biasanya peratus kehadiran pelajar ke sekolah adalah kurang berbanding dengan kedatangan sebelum peperiksaan akhir tahun. Justeru, faktor minat dan kesediaan responden untuk belajar juga semakin menurun.

1.6

DEFINISI ISTILAH

1.6.1

PENGENALAN

Pengajaran adalah satu proses penyampaian, iaitu untuk menyampaikan maklumat. Tugas utama guru adalah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan pada pelajar. Bagi mencapai

maksud tersebut, guru perlu menggunakan cara yang paling sesuai dan berkesan. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan kaedah dan teknik pengajaran. Kaedah boleh ditafsirkan sebagai peringkat di mana sesuatu teori pengajaran itu dipraktikkan. Teknik pula adalah peringkat pelaksanaan pengajaran di bilik darjah. ( Abd Ghafar Md Din 2003 : 47 ).

1.6.2

PETA MINDA Peta minda adalah salah satu teknik digunakan untuk menyampaikan maklumat atau

pengetahuan pada pelajar. Peta minda ialah a while-brain technique using visual images and other graphic devices to form impressions. Otak manusia biasanya merakamkan maklumat melalui gambar, simbol , bunyi dan perkara yang menyeronokkan. Untuk melayani fungsi otak tersebut, maksud peta minda digunakan bagi merakamkan maklumat. Peta minda adalah seperti jalan raya atau sungai dengan anak-anaknya yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran, organisasi dan perancangan dalam bentuk connected ideas. (Unit Kurikulum, Jabatan Pendidikan Perak : 41 ). Peta minda juga merupakan suatu alat pengurusan minda yang amat berguna dalam menghasilkan perhubungan dan kesepaduan terutamanya dalam menghubungkaitkan rangka isi suatu penulisan. Teknik ini sangat disyorkan oleh banyak institusi pendidikan termasuk Universiti James Cook. Tajuk utama sesuatu perkara ditulis di bahagian tengah atau di bahagian-bahagian yang mampu menarik tumpuan dalam peta minda, termasuk beberapa cabang yang berpunca daripada topik atau tajuk di bahagian tengah peta minda. Cabang-

cabang tersebut berakhir dalam suatu bulatan untuk menunjukkan perenggan yang berbeza. Apa yang penting di sini adalah, setiap perenggan perlu membincangkan tentang subtopiknya tersendiri. Sebarang idea yang dijana melalui sesi perbincangan akan dibahagikan kepada setiap bahagian dalam peta minda mengikut kategori yang betul. Kemudian, penulis akan merancang bagaimana untuk mula membina ayat untuk setiap perenggan esei tersebut. (http://www.academon.com/lib/paper/97174.html).

Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semula maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat

Peta minda boleh membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan dan kemahiran untuk mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman. Peta minda merangsang pelbagai

keupayaan yang ada dalam diri kita. Antaranya, kita perlu memikirkan tentang maklumat yang diperlukan dan membuat pemilihan mengikut keinginan kita. Secara langsung, kita berhubung secara aktif dengan maklumat yang ada dalam ingatan kita. Bolehlah kita sifatkan sebenarnya kita sedang berbicara dengan daya ingatan sendiri. Peta minda itu juga boleh merangsang beberapa anggota kita yang mempunyai peranan tersendiri. Antaranya, kita perlu berfikir, memerhati, memilih, melukis, menentukan serta memahami apa yang kita inginkan. Tangan kita ikut serta dalam kerja-kerja tersebut. Hal ini dapat memahirkan

diri kita dengan disiplin yang penting dalam pembelajaran. Menggunakan peta minda bermakna kita harus menggunakan kemahiran menyusun maklumat yang betul

dan tepat serta mudah difahami. Peta minda juga membolehkan kita membuat perkaitan dengan lebih mudah dan cepat. Apa yang diingat akan dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan yang dilakukan. Kemudian kaitkan pula dengan beberapa isi kecil yang

lain.Kadang kala bagi pelajar yang mahir,melalui topik utama sahaja sudah dapat diperkembangkan kepada sub topik yang lebih mendalam.

1.6.3

PENGGUNAAN PETA MINDA Penggunaan peta minda diterapkan sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Guru menggunakan peta minda secara optimum untuk mengajar mata pelajaran Sains. Fakta boleh dipersembahkan dalam bentuk yang menarik melalui penggunaan bahan bantu mengajar. Cara ini bukan sahaja memudahkan ingatan pelajar tetapi dapat membantu mereka memahami sesuatu fakta dengan lebih mendalam. Oleh itu pengkaji merasakan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kefahaman pelajar memahami sesuatu fakta. Penggunaan dan kefahaman fakta merupakan asas utama untuk mengembangkan pengetahuan yang lebih tinggi seperti kebolehan memahami konsep membuat kesimpulan dan anggapan umum.(Abd Rahim Abd Rashid 1997 : 71 )

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan peta minda akan menambahkan keseimbangan otak kiri dan otak kanan. Anda telah ditunjukkan rencana-rencana mengenai yang

keperluan keseimbangan antara otak kiri dan otak kanan dalam

terdahulu. Apa yang menarik mengenai peta minda ialah ia merangkumkan semua aspek

bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria dan sebagainya dalam usahakeseluruhannya. Kelebihan lain yang terdapat pada peta minda ialah ia mudah digunakan serta sesuai untuk semua tujuan. Peta minda amat sesuai untuk tujuan menelaah pelajaran, mengambil nota yang diajar oleh guru, membaca buku, persediaan sebelum berbahas, untuk bermesyuarat, malahuntuk persediaan membeli-belah. Anda tidak perlu menuliskan semuanya pada

sekeping atau lebih kertas. Anda tidak akan sukar untuk memikirkan secara mendalam kerana ingatan anda dibantu oleh hasil lukisan. Peta minda boleh disediakan dengan mudah. Pada buku tulis atau sekeping kertas, tulis topik utama yang menjadi perhatian anda. Topik tersebut, misalnya pembelajaran, dituliskan di eloklah

bahagian tengah. Dari sini, pelbagai perkara lain yang berkaitan dengan topik cawangan daripada

pembelajaran akan dihasilkan dalam bentuk cabang atau

pembelajarantadi. Daripada cabang-cabang tadi, anda boleh menghasilkan pelbagai fakta isi kecil yang lain berbentuk ranting. Di samping itu, anda boleh juga menggunakan pelbagai imej lain yang boleh mencorakkan peta minda dengan lebih menarik.

1.6.4 KEBAIKAN MENGGUNAKAN PETA MINDA DAN BAHAN GRAFIK i. ii. iii. iv. dapat membandingkan satu tajuk dengan tajuk yang lain dengan tersusun isi dan idea dapat dibaca dan difahami dengan lebih cepat perkaitan antara isi atau tajuk utama dengan isi dapat dilihat dengan lebih jelas pemahaman konsep tentang sesuatu tajuk menjadi lebih jelas dan menyeluruh

v. vi. vii. viii. ix. x.

menjimatkan masa bagi mengulangkaji sesuatu idea maklumat dapat diingat dengan lebih lama dan berkesan kelainan peta minda antara individu dapat menambahkan lagi kreativiti seseorang dapat memilih dan menyusun maklumat dengan teratur persembahan yang spontan, kreatif dan tidak membosankan dapat melihat hubungan antara idea utama dengan rantingnya

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1

PENGENALAN

Dalam bab ini, perbincangan ditumpukan kepada kajian berkaitan, literatur berkaitan dan cara membina peta minda. Tumpuan yang menyeluruh dan terperinci akan diselidiki ialah keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains.

2.2

KAJIAN BERKAITAN

Pelbagai penyelidikan telah dijalankan untuk membentuk serta menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ia tidak membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ia tidak sesuai lagi untuk dipraktikkan pada zaman yang serba maju ini.(Ismail Zain, 2003).

Dalam konteks ini, penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai untuk memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna. (Ismail Zain, 2003). Semasa pembentukan peta minda, khususnya dalam keadaan pembelajaran koperatif pelajar akan memerhatikan cara yang pelbagai rakan lain mengutarakan idea tentang topik yang dipelajari. Peta minda tidak hanya melibatkan simbol-simbol bahasa tetapi simbol visual. Kajian telah dijalankan di Universiti Cornell,Amerika oleh Novak , Gowin dan Johanssen (1983) menggunakan peta minda untuk menghubungkan konsep yang kompleks. Dapatan kajian menunjukkan peta minda telah

berjaya digunakan sebagai alat untuk membuat rumusan pembelajaran dan mengukuhkan kefahaman tentang kandungan mata pelajaran.

Boyle (1993) berpendapat pelajar yang diajar strategi peta minda menunjukkan pembelajaran yang signifikan dalam menjawab soalan secara kritis. Dengan adanya peta minda yang terpapar secara visual , pelajar tidak perlu menyimpan terlalu banyak maklumat dalam ingatan. Mereka boleh melihat apa yang sudah tertulis atau terlukis, berfikir semula dan membuat pindaan atau pembentukan semula maklumat. (Pearsall et. all, 1997).

Peta minda juga antaranya dapat membandingkan satu tajuk dengan tajuk yang lain dengan tersusun, isi dan idea dapat dibaca dan difahami dengan lebih cepat, perkaitan antara isi dengan tajuk utama dengan isi dapat dilihat dengan lebih jelas, pemahaman konsep tentang sesuatu tajuk menjadi lebih jelas dan menyeluruh, menjimatkan masa bagi mengolah sesuatu idea dan pemilihan dan penyusunan maklumat dapat dilakukan secara teratur (Abd. Rashid B. Omar, 1999).

2.3

LITERATUR BERKAITAN

Peta minda juga membantu para pelajar mendapat idea atau perkara utama daripada teks untuk dicatatkan dalam bentuk visual. Peta yang sama membantu guru menilai kebolehfahaman sesuatu petikan teks berbanding dengan cara tradisi iaitu menentukan

kebolehfahaman teks dengan merumus suku kata dan panjang ayat peta minda juga membantu mentafsir faedah teks sama ada menerang atau mengelirukan sesuatu konsep yang penting ( Anderson, Madaus, 1990).

Peta minda merupakan satu pendekatan dengan menggunakan fungsi otak untuk sesuatu tujuan. Peta minda adalah satu jenis grafik yang dibina bagi merakamkan penggunaan semua fungsi otak.( Panca Minda, Unit Kurikulum Jabatan Pendidikan Perak. hlm.41).

2.4

CARA MEMBINA PETA MINDA

i)

Peta minda dimulakan dengan membuat imej yang berwarna di bahagian tengah muka surat kertas berdasarkan tajuk atau idea utama. Bentuk imej sama ada dalam bentuk segi empat, bulatan dan apa-apa sahaja bentuk.

ii)

Kembangkan atau tambahkan ranting dari imej bahagian tengah ke semua arah. Bilangan ranting bergantung kepada setiap ranting dan juga gubahan bentuknya supaya lebih menarik.

iii)

Tuliskan kata kunci atau perkataan bagi setiap ranting dan tambahkan rantingranting kecil dengan lebih terperinci bagi setiap ranting utama.

iv)

Tambahkan simbol gambar atau objek tertentu supaya lebih menarik dan berkesan.

v)

Gunakan huruf besar, boleh juga digariskan di bawah perkataan tersebut. Sebaiknya perkataan tersebut dihitamkan (bold).

vi) vii)

Semua idea yang utama dan penting ditulis dengan saiz yang lebih besar. Gunakan warna yang terang supaya lebih menarik dan dapat menambahkan keupayaan mengingat .( Panca minda, Unit Kurikulum Jabatan Pendidikan Perak. hlm.41).

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN KAJIAN

3.1

PENGENALAN

Kajian ini memaparkan satu kajian berkenaan keberkesanan penggunaan peta minda yang dapat merangsang ke arah pencapaian prestasi yang baik dalam mata pelajaran Sains di salah sebuah sekolah rendah di Langkawi. Bab ini akan membincangkan tentang metodologi kajian khususnya melibatkan populasi dan sampel yang dipilih untuk kajian, instrumen kajian, reka bentuk kajian yang akan digunakan, lokasi kajian, prosedur kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data.

3.2

REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kes yang akan dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan dan menggunakan pendekatan kuantitatif di mana terdapat kumpulan sasaran dan kumpulan kawalan. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji akan membuat perbandingan di antara kumpulan tersebut dengan menggunakan 2 set soal selidik sementara ujian pra dan ujian pasca sebagai instrumen kajian. Soal selidik ini adalah untuk mengetahui maklumat latar belakang pelajar dan juga keputusan ujian bagi mata pelajaran Sains. Selain itu, soal selidik ini juga dibuat untuk mengetahui maklum balas terhadap minat, motivasi dan persepsi mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains. Pengkaji juga akan membuat pemerhatian di sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran bertujuan melihat dan mengesan

adakah berlakunya perubahan tingkah laku responden terhadap minat dan kesungguhan responden dalam mata pelajaran Sains

Sementara itu, ujian pra akan dijalankan kepada kumpulan sasaran dan kumpulan kawalan sebelum berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran diikuti oleh ujian pasca yang akan diberikan selepas berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Sesi pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan selama 10 jam waktu mengajar di dalam bilik darjah iaitu merangkumi 5 jam pengajaran untuk kumpulan kawalan dan 5 jam lagi untuk kumpulan sasaran. Bahan bahan yang digunakan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah soalan soalan berbentuk subjektif mengikut topik yang akan dipelajari. Kesemua data yang diperolehi dari kedua dua ujian akan dibuat perbandingan menggunakan frekuansi dan peratusan.

Tujuan utama kajian ini ialah satu kajian untuk mengetahui keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Tahun Empat. Dalam kajian ini, para pelajar telah didedahkan dengan penggunaan peta minda dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan tujuan tersebut, pengkaji menggunakan kajian tindakan berpandukan lima langkah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah iaitu merancang sesuatu strategi untuk menarik minat pelajar untuk mata pelajaran, melaksanakan mengikut perancangan,

pengumpulan data dan membuat analisis, membuat refleksi keberkesanan tindakan yang diambil dan membuat tinjauan terhadap persoalan minat pelajar terhadap Sains.

Langkah-langkah kajian tersebut lebih lagi dipaparkan seperti dalam rajah di bawah.

Membuat tinjauan terhadap persoalan minat pelajar terhadap Sains. Membuat refleksi keberkesanan tindakan yang diambil Langkah Langkah Merancang sesuatu strategi untuk menarik minat pelajar untuk mata pelajaran Sains

Kajian

Pengumpulan data dan membuat analisis

Melaksanakan mengikut perancangan

3.3

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Sampel ialah sekumpulan kecil unsur yang telah dicabut daripada sesuatu rangka persampelan. Sampel ialah subset sesuatu populasi. Sesuatu sampel itu dikatakan mewakili

sesuatu populasi yang dikaji (Ayob, 1992). Kajian akan dijalankan kepada pelajar Tahun 4 seramai 60 orang di salah sebuah sekolah rendah di Langkawi. Sampel yang dipilih adalah terdiri daripada pelajar yang berada dalam kumpulan pertengahan iaitu kelas yang kedua daripada 4 buah kelas. Kajian ini melibatkan hanya 50% sampel sahaja yang dipilih secara rawak menjadi kumpulan sasaran iaitu seramai 34 orang pelajar dan kumpulan kawalan pula seramai 33 orang pelajar

Sampel kajian yang dipilih terdiri daripada pelajar pelbagai aras pencapaian iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Adalah diharapkan kajian yang dijalankan dapat memberi satu maklumat yang berguna untuk pengkaji sendiri dan untuk pengkaji yang lain di masa akan datang.

3.4

INSTRUMEN KAJIAN

Alat penyelidikan adalah penting dalam sesuatu kajian yang akan dijalankan. Ia juga juga kadang kala dinamakan sebagai instrumen kajian atau alat ukur. Alat ukur akan menentukan sama ada data atau maklumat yang dikehendaki diperolehi atau tidak. Alat ukur yang sempurna dapat mengukur dengan tepat sesuatu pembolehubah (Konting,1990). Tiga jenis alat ukur yang akan saya gunakan ialah:(i) (ii) (iii) ujian pra dan ujian pasca soal selidik pemerhatian

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Soalan ujian ini adalah sama untuk mengetahui keberkesanan penggunaan peta minda. Ujian pra akan dijalankan ke atas responden sebelum responden didedahkan dengan penggunaan peta minda di dalam kelas, manakala ujian pasca akan dijalankan ke atas responden setelah responden telah didedahkan dengan penggunaan peta minda di dalam kelas. Pemerhatian pula dijalankan semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Penggunaan soal selidik akan menggunakan satu set soal selidik yang telah dibuat berdasarkan kepada objektif-objektif kajian seperti mana yang telah dinyatakan pada bahagian 1 usul penyelidikan ini. Ianya dianggap praktikal dan berkesan kerana soal selidik tersebut memerlukan kejujuran dan ketetapan subjek dalam menjawab semua soalan yang dikemukakan.

3.5

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Seperti yang dinyatakan, keputusan dari soal selidik, ujian pra dan ujian pasca serta pemerhatian digunakan untuk mengumpulkan data bagi tujuan kajian ini. Pengumpulan data adalah dilakukan oleh penyelidik sendiri. Untuk soal selidik, data dikumpulkan pada awal kajian dan selepas ujian pasca. Ujian pra dan ujian pasca dijalankan dalam tempoh 40 minit. Ujian pra dikumpulkan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran. Ujian pasca pula dikumpulkan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.dijalankan iaitu untuk kumpulan

sasaran dan juga kumpulan kawalan. Kumpulan sasaran akan didedahkan dengan penggunaan peta minda sementara kumpulan kawalan diajar secara konvensional atau tradisional.

3.6

PROSEDUR MENGANALISIS DATA

Bagi kajian ini, data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan peratusan. Peratusan markah ujian pra dan ujian pasca bagi pelajar lelaki dan perempuan akan memberikan maklumat mengenai tahap pencapaian jantina pelajar. Maklumat markah ujian pra dan ujian pasca mata pelajaran Sains bagi setiap pelajar dapat digunakan untuk melihat peratus keupayaan pelajar terhadap pencapaian menjawab soalan subjektif Sains. Tahap pencapaian menjawab soalan berbentuk subjektif pelajar secara pembelajaran berbentuk konvensional dan penggunaan peta minda dapat diukur melalui perbandingan antara ujian pra dan ujian pasca.

3.7

RUMUSAN

Di sekolah tempat kajian ini dijalankan, kebanyakan pelajar Tahun Empat tidak mengendahkan kepentingan mata pelajaran Sains. Ini mengakibatkan pencapaian peratusan kelulusan cemerlang adalah amat sedikit. Jadi, berasaskan kepada pertimbangan yang wajar kajian ini dilakukan dengan harapan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran ini berubah dan seterusnya dapat meningkatkan peratusan kelulusan khususnya untuk gred cemerlang. Dalam kajian ini, pengkaji memainkan peranan sebagai penyelidik dan pengkaji sendiri akan mengumpulkan data berdasarkan peratusan. Adalah menjadi harapan pengkaji agar data

data yang diperolehi dapat memberikan maklumat yang berkesan tentang tahap pencapaian pelajar menguasai soalan berbentuk struktur yang menjurus kepada pencapaian cemerlang bagi mata pelajaran Sains.

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1

PENGENALAN

Dalam bab ini, pengkaji akan mempersembahkan analisis data yang diperolehi daripada hasil kajian dalam bentuk jadual perbandingan. Data-data yang dikumpulkan menggunakan beberapa kaedah iaitu : i) menjalankan ujian pra dan pasca untuk mengetahui tahap pencapaian dan pengetahuan pelajar dalam mata pelajaran Sains tahun 4. Ujian pra dan pasca adalah untuk mengetahui keberkesanan penggunaan peta minda dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. ii) menjalankan pemerhatian sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran untuk melihat keberkesanan penggunaan peta minda dalam mata pelajaran Sains sama ada untuk memudahkan pelajar dalam membuat nota,mengulangkaji pelajaran, mengingati fakta-fakta penting atau boleh juga digunakan untuk perbincangan dalam kumpulan. iii) menjalankan soal selidik dengan menggunakan 2 set borang soal selidik iaitu set 1 sebelum berlakunya pengajaran dan pembelajaran dan set 2 diberikan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Set soal selidik ini hanya diberikan kepada responden kumpulan sasaran sahaja yang mana mereka didedahkan dengan penggunaan peta minda dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

4.2

PROFIL RESPONDEN

Tempat Kajian : Sebuah sekolah rendah di Daerah Langkawi

Status Sekolah :

Luar Bandar

Responden

: Pelajar Tahun 4 K dan 4 M

Jumlah Pelajar

: 67 orang

Kajian ini melibatkan seramai 67 orang pelajar tahun 4 iaitu kelas Kenanga dan Melur di sebuah sekolah kategori luar bandar. Didapati sebahagian daripada responden pernah

menggunakan peta minda. Kebanyakan daripada responden pernah menggunakan peta minda untuk mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu seramai 35 orang (52.23%), mata pelajaran Sains seramai 10 orang (14.93%) mata pelajaran Kajian Tempatan seramai 7 orang (10.45%), mata pelajaran Matematik seramai 10 orang (14.93%) dan mata pelajaran Pendidikan Islam seramai 5 orang (7.46%). Kesemua responden yang ditemui menyatakan bahawa mereka menggunakan peta minda terutamanya ketika mencatat nota atau memilih dan menganalisis idea-idea penting dalam sesuatu tajuk atau topik yang diajar. Taburan responden ini ditunjukkan seperti dalam jadual 2 di bawah: Item/Mata pelajaran Bilangan responden Peratusan(%)

Bahasa Melayu Sains Kajian Tempatan Matematik Pendidikan Islam

35 10 7 10 5

52.23 14.93 10.45 14.93 7.46

Jadual 2 : Latar Belakang Responden Berkaitan Kecenderungan Penggunaan Peta Minda

Kajian juga telah dibuat untuk mendapat persepsi responden terhadap minat dan keupayaan mereka dalam menjawab soalan bahagian B Sains. Responden telah menanda borang soal selidik yang telah diberikan kepada mereka. Terdapat 5 soalan atau item yang perlu dijawab oleh responden dalam soal selidik 1 dan 10 soalan atau item dalam soal selidik 2. Dalam soal selidik 1 item-item lebih menumpukan kepada minat dan persepsi responden terhadap mata pelajaran Sains manakala soal selidik 2 item-item lebih menjurus kepada keupayaan mereka menggunakan peta minda dalam Sains. Daripada item tersebut, responden hanya perlu menjawab sama ada ya atau tidak sahaja. Setiap persepsi tadi kemudiannya akan ditafsirkan dalam bentuk peratusan iaitu berapa peratus responden yang menjawab ya dan berapa peratus responden pula yang memberikan

jawapan tidak.

Persepsi responden terhadap minat dan keupayaan mereka terhadap

keberkesanan peta minda dalam Sains ditunjukkan dalam jadual 3 di bawah dengan menggunakan peratusan.

Bilangan

Item

Peratusan (%) Ya 94.12 88.24 73.53 91.18 94.12 91.18 94.12 88.24 97.06 Tidak 5.88 11.76 26.47 8.82 5.88 26.47 5.88 11.76 2.94

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Bahasa yang digunakan mudah Istilah yang digunakan mudah difahami Istilah yang digunakan diberi maksud diakhir pembelajaran Teknik atau cara persembahan adalah menarik Penggunaan warna yang menarik Arahan yang digunakan mudah Penggunaan gambarajah atau ranting mengukuhkan pemahaman Susunan teks, gambarajah atau jadual telah membantu pembelajaran Secara keseluruhan persembahan sangat menarik

Jadual 3 : Persepsi Responden Terhadap Peta Minda Bagi Kumpulan Sasaran

Responden juga telah menjawab soal selidik 2 iaitu berkaitan dengan peta minda sama ada ianya dapat memotivasikan pelajar. Responden juga perlu menjawab sama ada ya jika

bersetuju dengan penyataan item dan tidak jika tidak setuju dengan kenyataan item. Kemudiannya, bilangan responden yang memberikan jwapan sama ada ya atau tidak ini juga akan diterjemahkan dalam peratusan.

Responden menjawab 9 soalan yang dibentangkan dalam borang yang disediakan kepada mereka. Keputusan soal selidik itu boleh dirujuk seperti jadual 4 di bawah dalam bentuk peratusan.

Bil

Item

Peratusan (%) Ya Tidak 5.88

1

Bahan-bahan yang terdapat dalam pelajaran ini menarik. Saya amat menyukai pelajaran ini sehingga saya ingin tahu

94.12

2 3 4 5 6 7

dengan lebih mendalam tentang peta minda. Saya berasa sungguh seronok belajar pelajaran ini dengan kaedah peta minda. Setelah saya mempelajari kaedah peta minda, saya yakin saya boleh lulus ujian subjek Sains. Saya berasa seronok kerana penggunaan peta minda dapat memotivasikan saya untuk belajar Sains. Saya menghadapi masalah untuk memahami konsep peta minda. Terdapat beberapa unsur yang menarik dalam penyediaan peta minda ini.

94.12 94.12 88.24 88.24 17.65 88.24

5.88 5.88 11.76 11.76 82.35 11.76

Saya seronok menggunakan peta minda ini untuk proses 8 9 pembelajaran. Saya akan cadangkan 97.06 kepada kawan-kawan untuk 94.12 5.88 2.94

menggunakan peta minda ini.

Jadual 4 : Peta Minda Dapat Memotivasikan Responden Pengkaji juga telah membuat pemerhatian semasa responden menggunakan kaedah peta minda di dalam kelas. Pengkaji telah menandakan borang soal selidik dan melihat secara rawak ke atas responden sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Secara umumnya didapati responden memberikan reaksi yang amat positif.. Taburannya adalah seperti jadual 5 di bawah.

Bilangan Item 1 Peta minda dapat mengekalkan tumpuan pelajar 2 Warna dan elemen grafik adalah sesuai dan 3 4 5 6 7 8 9 10 menarik Bahan yang digunakan adalah menarik Pembelajaran berlaku dalam suasana aktif Pembelajaran menjadi menarik. Isi kandungan bersesuaian dengan objektif pengajaran Peta minda ini mudah dikendalikan oleh pelajar Responden berbincang sesama mereka Bahasa dan arahan yang digunakan mudah dan jelas Elemen cabang dan ranting memudahkan lagi

Respons Pelajar Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya

tahap pemahaman tentang peta minda Jadual 5 : Pemerhatian Responden semasa Pembelajaran

4.3

ANALISIS UJIAN PRA

Ujian pra dibuat untuk mendapatkan maklumat awal mengenai pencapaian pelajar. Analisa ini dibahagikan kepada 4 kategori markah seperti dalam jadual berikut.

KATEGORI MARKAH Gagal Memuaskan Baik Cemerlang Jadual 6:

PENSKORAN 0 hingga 39 40 hingga 59 60 hingga 79 80 hingga 100

Kategori markah untuk ujian pra dan ujian pasca:

KATEGORI MARKAH Gagal

KUMPULAN KAWALAN Bil. Pelajar Peratus 7 21.21

KUMPULAN SASARAN Bil. Pelajar Peratus 5 14.71

Memuaskan Baik Cemerlang

19 7 Jadual 7:

57.58 21.21 -

22 6

64.71 17.64 2.94

1 Keputusan ujian pra

Berdasarkan jadual 7, keputusan ujian pra menunjukkan bilangan responden iaitu kumpulan kawalan yang mencatatkan markah gagal sebanyak 7 orang iaitu 21.21%. Manakala

responden dari kumpulan sasaran pula sebanyak 5 orang atau 14.71%. Bilangan responden dari kumpulan kawalan yang mendapat keputusan memuaskan ialah seramai 19 orang atau 57.58% dan bagi kumpulan sasaran pula seramai 22 responden atau 64.71% mendapat keputusan memuaskan. Apa yang jelas di sini ialah bilangan responden dalam kumpulan sasaran yang mendapat markah dalam julat 40-59 melebihi bilangan responden dalam kumpulan kawalan iaitu seramai 3 orang atau 4.48% dari keseluruhan responden yang menduduki ujian pra iaitu seramai 67 orang responden. Bagi responden yang mendapat keputusan baik untuk kumpulan kawalan ialah seramai 7 orang iaitu 21.21% daripada 33 responden manakala dari kumpulan sasaran pula bilangan yang mendapat keputusan baik pula ialah 6 orang yang mewakili 17.64% daripada keseluruhan responden dalam kumpulan itu. Di sini, jika diperhatikan bilangan responden dari kumpulan kawalan mencatatkan

keputusan yang melebihi kumpulan sasaran iaitu sebanyak 1 orang atau 1.49%. Sementara, responden yang mencatatkan keputusan cemerlang hanya 1 orang atau 2.94% untuk

kumpulan sasaran kumpulan kawalan.

dan tiada responden yang mencatatkan keputusan cemerlang bagi

4.4

ANALISIS UJIAN PASCA

Setelah responden didedahkan dengan penggunaan kaedah peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran, ujian pasca diberikan pada kedua-dua kumpulan. Di bawah ini ialah keputusan ujian pasca yang telah diperolehi oleh kedua-dua kumpulan tersebut: KATEGORI MARKAH Gagal Memuaskan Baik Cemerlang KUMPULAN KAWALAN Bil Pelajar Peratus (%) 4 17 10 2 12.12 51.52 30.30 6.06 KUMPULAN SASARAN Bil Pelajar Peratus (%) 10 15 9 29.41 44.12 26.47

Jadual 8: Keputusan ujian pasca

Berdasarkan Jadual 8 di atas,

keputusan ujian pasca menunjukkan responden

yang

menggunakan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran mengalami peningkatan dari segi bilangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang jika dibandingkan dengan keputusan ujian pra. Setelah responden didedahkan dengan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran, tiada pelajar yang mendapat keputusan gagal bagi kumpulan sasaran manakala seramai 4 orang atau 12.12% yang mendapat keputusan gagal bagi

responden kumpulan kawalan. Pelajar yang mendapat keputusan memuaskan pula seramai 17 orang atau 51.52% bagi kumpulan kawalan dan seramai 10 orang atau 29.41% bagi kumpulan sasaran. Sebanyak 10 responden dari kumpulan kawalan atau 30.30% mendapat keputusan baik manakala 15 responden atau 44.12% telah mendapat keputusan baik bagi kumpulan sasaran. Seterusnya, bilangan responden yang mencatatkan keputusan cemerlang juga menunjukkan peningkatan yang amat ketara berbanding dengan keputusan cemerlang semasa ujian pra. Ini terbukti apabila seramai 6.06% atau 2 orang responden bagi kumpulan kawalan telah mendapat keputusan cemerlang. Bagi kumpulan sasaran pula, bilangan responden yang mendapat keputusan cemerlang ialah seramai 9 orang atau 26.47% Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 23.53% bagi keputusan cemerlang untuk kumpulan sasaran berbanding ujian pra.

4.5

ANALISIS SOAL SELIDIK DAN PEMERHATIAN telah diberi soal selidik secara rawak untuk mengetahui

Seramai 34 orang responden

masalah yang dihadapi oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains. Kebanyakan responden menyatakan mereka tidak berminat dengan mata pelajaran ini di mana masalah utama mereka ialah tidak dapat mengingati fakta serta memahami konsep walaupun telah membacanya berulang kali. Setelah diberikan pendedahan penggunaan peta minda mereka lebih tertarik pada mata pelajaran ini dan menyatakan ia sebenarnya menyeronokkan. Pengajaran guru yang tidak menggunakan peta minda

sebenarnya menyebabkan mereka hilang tumpuan dan sukar untuk mengingati fakta-fakta yang banyak. Sebanyak 88.24% responden menyatakan mereka berasa seronok

menggunakan peta minda dan dapat memotivasikan mereka untuk terus belajar dengan lebih baik dan seramai 94.12% responden pula amat menyukai dan menyatakan mereka ingin meneruskan penggunaan peta minda. Ini kerana seramai 82.35% responden menyatakan bahawa mereka tidak menghadapi masalah untuk memahami dan membina peta minda. Oleh itu dari kajian yang dibuat ini, seramai 91.18% responden akan mencadangkan peta minda ini kepada rakan-rakan mereka yang lain untuk menggunakannya dengan efektif.

Selain itu, pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji terhadap perubahan tingkah laku responden sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran juga menunjukkan bahawa mereka amat menyukai teknik peta minda ini. Respons yang diterima melalui pemerhatian ini jelas menunjukkan bahawa responden mengatakan ya terhadap item-item yang dikemukakan dalam soal selidik pemerhatian yang ditanda oleh pengkaji sendiri. (jadual 5)

4.6

PERANCANGAN TINDAKAN

Berdasarkan tinjauan awal yang dilakukan, didapati pelajar perlu didedahkan dengan suatu teknik pembelajaran yang lebih berkesan dan sistematik. Justeru, peta minda diperkenalkan dengan kaedah pembelajaran koperatif ( kaedah STAD) iaitu pelajar belajar dalam kumpulan

dan guru bertindak sebagai fasilitator sahaja. STAD adalah suatu kaedah pengajaran yang diperkenalkan berpusatkan pelajar. Dalam kaedah ini: i) ii) Guru memberi penerangan tentang cara-cara menyediakan peta minda. Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan aktiviti. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 atau 6 orang ahli. iii) Pelajar dikehendaki menyediakan peta konsep berdasarkan tajuk yang diberi oleh guru. Setiap ahli kumpulan bersama-sama menyumbangkan idea untuk melengkapkan peta minda. iv) Setiap pelajar digalakkan mencatat atau menulis nota tentang tajuk dalam Sains dalam bentuk peta minda dalam buku nota. v) vi) Hasil kerja kumpulan dibuat salinan fotokopi dan dilampirkan dalam nota Sains Pelajar akan diberi ujian pasca.

4.6.1

PELAKSANAAN TINDAKAN

Pelaksaan tindakan telah dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif atau kumpulan seperti berikut:

Waktu 1 Pengajaran dijalankan selama 60 minit mengikut langkah-langkah berikut:Langkah 1 : Guru memperkenalkan tajuk pada pelajar pada hari berkenaan dan memperkenalkan peta minda pada pelajar. Terdapat pelbagai jenis bentuk pengurusan grafik yang boleh digunakan untuk menulis isi pelajaran sama ada untuk nota atau sebagai hasil perbincangan kumpulan. Langkah 2 : Guru menerangkan tentang kebaikan menggunakan peta minda dalam aktiviti kumpulan atau untuk catatan nota. Kaedah ini memudahkan mereka mengulangkaji pelajaran. Langkah 3 : Guru meminta murid berada dalam kumpulan masing-masing. Guru memberikan tajuk pada setiap kumpulan. Guru

menerangkan bahawa pelajar boleh memilih salah satu penyusunan grafik yang sesuai berdasarkan fakta-fakta penting yang ada dalam suatu tajuk menggunakan kertas mahjong.

Waktu 2 Pengajaran dan pembelajaran dijalankan 60 minit mengikut langkah-langkah berikut:-

Langkah 1

:

Pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Guru menerangkan isi pelajaran dengan menggunakan peta minda.

Langkah 2

:

Pelajar berbincang dalam kumpulan dan menggunakan peta minda tajuk tugasan yang telah diberikan

Langkah 3

:

Wakil daripada setiap kumpulan membentangkan hasil kerja menggunakan OHP.

Langkah 4

:

Guru memberi ulasan dan teguran terhadap kesilapan pelajar

Waktu 3 Pengajaran dan pembelajaran dijalankan selama 60 minit Langkah 1 : Pelajar melakarkan peta minda untuk menerangkan tajuktajuk yang ditugaskan dalam Tema Menyiasat Alam Kehidupan di mana topik yang dipilih ialah proses hidup yang berlaku di kalangan manusia Langkah 2 Langkah 3 : : Guru membimbing pelajar. Pelajar membentangkan hasil tugasan menggunakan OHP dengan pengawasan guru.

Waktu 4 Langkah 1 : Guru mengedarkan soalan ujian pasca (rujuk lampiran)

Langkah 2

:

Guru meminta pelajar menjawab soalan dalam masa 40 minit.

4.6.2

PENGUMPULAN DATA

Data yang dikumpul menggunakan 3 kaedah iaitu:(i) Menjalankan ujian pra dan pasca untuk mengetahui tahap dan pengetahuan pelajar dalam matapelajaran Sains tahun 4 topik proses hidup yang dijalankan oleh manusia. (ii) Menjalankan soal selidik untuk melihat keberkesanan penggunaan Peta Minda untuk mata pelajaran Sains sama ada untuk memudahkan pelajar dalam membuat nota, mengulangkaji pelajaran, mengingati fakta-fakta penting atau boleh juga digunakan untuk perbincangan dalam kumpulan. (iii) Melakukan pemerhatian sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mengenalpasti minat dan potensi responden dalam membina peta minda serta sejauh mana peta minda memberi motivasi kepada mereka dalam mata pelajaran Sains.

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1

PENDAHULUAN

Hasil analisis data dan dapatan-dapatan kajian telah dibentangkan dalam bab sebelumnya. Dalam Bab 5 pula akan dibentangkan tentang ringkasan kajian, membincangkan dapatandapatan kajian, memberi kesimpulan dapatan kajian, membincangkan implikasi dapatandapatan kajian dan menyediakan cadangan-cadangan kajian lanjutan.

5.2

RINGKASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mendapat persepsi pelajar tahun 4 terhadap penggunaan kaedah peta minda dalam pembelajaran Sains tahun 4 topik proses hidup yang dijalankan oleh manusia. Pengkaji telah menggunakan reka bentuk kaedah tinjauan menggunakan intrumen soal selidik dan pemerhatian. Responden telah diberi dua set borang soal selidik dan

responden menjawab semua soalan yang terdapat pada soal selidik tersebut di mana soal selidik yang pertama berkaitan latar belakang responden serta minat mereka terhadap Sains. Soal selidik kedua pula berkaitan dengan kaedah peta minda dan sejauh mana peta minda memberi impak kepada tahap kesediaan responden untuk terus meminati mata pelajaran Sains. Manakala, pemerhatian dilaksanakan oleh pengkaji sendiri semasa proses pembelajaran dengan menandakan satu senarai semak.

Responden kajian terdiri daripada 67 orang pelajar tahun 5 dalam 2 buah kelas di sebuah sekolah di luar bandar di daerah Langkawi. Kajian ini dibuat dengan kebenaran yang diperolehi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pelajaran dan Guru Besar sekolah yang dilaksanakan kajian. Data dikutip sekali sahaja iaitu semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Data-data yang diperolehi dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif.

5.3

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian telah membuktikan bahawa peta minda merupakan suatu bahan atau kaedah yang menarik dan mudah diikuti oleh pelajar. Pelajar mudah memahami akan topik dan kandungan yang diajar. Persepsi pelajar terhadap peta minda serta persepsi terhadap proses membina peta minda oleh pelajar dapat dilihat daripada analisis soal selidik yang dijawab oleh pelajar dan pemerhatian terhadap pelajar semasa pembelajaran oleh pengkaji.

5.3.1

Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Peta Minda

Daripada analisis yang dilaksanakan telah mendapati bahawa kaedah peta minda adalah suatu kaedah yang mudah diikuti oleh pelajar. Analisis menunjukkan responden bersetuju bahawa peta minda mudah dikendalikan dan ditadbir. Pendapat ini disebabkan oleh penggunaan bahasa, istilah dan arahan yang mudah serta jelas bersesuaian dengan peringkat umur responden.

Dapatan kajian ini mendapati teknik, animasi, gambarajah, teks dan warna yang digunakan adalah menarik. Responden juga bersetuju bahawa teknik atau cara persembahan, animasi, gambarajah, warna dan susunan teks adalah menarik dengan adanya cabang-cabang dan ranting-ranting yang dapat menunjukkan pertalian dan hubungkait antara isi utama dengan isi sampingan. Ia juga dapat membantu pelajar dalam memperkembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Walaupun bahan ini mudah diikuti, namun beberapa orang responden masih memerlukan guru untuk mendapat maklumat dan cara penggunaan. Di sini guru bertindak sebagai

fasilitator kepada responden yang bermasalah. Tidak dapat dinafikan bahawa tidak semua responden yang memahami dan menguasai cara-cara membina peta minda dengan berkesan. Oleh itu, guru sebagai pemudah cara hendaklah membantu menyelesaikan permasalahan bagi responden yang sedemikian. 5.4 MASALAH DAN CADANGAN KAJIAN

Sepanjang kajian ini dijalankan, terdapat pelbagai masalah dan kelemahan yang terpaksa ditangani. Antaranya setelah perancangan untuk ujian ini telah dibuat. responden kajian berkurangan kerana tidak hadir ke sekolah. Ini kerana kajian dijalankan selepas peperiksaan akhir tahun dan kesannya ramai pelajar menganggap mereka tidak perlu lagi untuk ke sekolah kerana peperiksaan sudah tamat. Ini sedikit sebanyak telah membantutkan usaha pengkaji untuk menjalankan kajian dengan sempurna. Semasa menjalankan kajian ini, kekangan masa adalah suatu masalah yang tidak dapat dielakkan. Hal ini disebabkan masa yang digunakan untuk kajian ini agak panjang tetapi pengkaji tidak mempunyai masa yang mencukupi memandangkan pengkaji banyak terlibat dengan aktiviti sebelum dan selepas UPSR disamping komitmen pengkaji sebagai pemeriksa kertas Matematik UPSR. Keadaan ini menyebabkan pengkaji terpaksa menggandakan masa pengajaran pembelajaran bagi memastikan segala perancangan dapat disempurnakan.

Selain itu bilangan pelajar dalam kelas terlalu ramai juga menyebabkan pengkaji tidak mendapat kerjasama yang sebaik mungkin kerana ada pelajar yang sekadar menumpang dalam kumpulan semasa aktiviti kumpulan dijalankan dan responden didedahkan dengan penggunaan peta minda tanpa memberi apa-apa idea. Responden perlu dikurangkan untuk mendapatkan hasil yang relevan dan keberkesanan penggunaan peta minda dapat dijelaskan dengan lebih baik. Kekangan ini sedikit sebanyak mengganggu proses untuk mendapatkan data-data atau keputusan yang lebih baik.

Adalah diharapkan agar penggunaan peta minda ini diteruskan semasa pengajaran dan pembelajaran Sains atau mana-mana mata pelajaran yang difikirkan sesuai oleh semua guru. Untuk memastikan peta minda digunakan dengan jayanya, maka satu tindakan susulan perlu dilakukan untuk memastikan pelajar benar-benar dapat menghasilkan peta minda yang sempurna.

5.5

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Bidang pendidikan merupakan satu bidang yang sentiasa mengalami proses evolusi dan transformasi dari masa ke semasa. Lantaran itu, pengamal-pengamal dalam industri pendidikan perlu bersedia untuk menghadapi proses tersebut tanpa membelakangkan nilainilai murni bagi merealisasikan modal insan kelas pertama. Justeru, seharusnya proses pengajaran pembelajaran di bilik darjah perlu juga mengalami transformasi supaya pelajarpelajar tidak mudah berasa bosan dengan sogokan elemen pengajaran yang sudah lapuk. Itulah sebabnya penggunaan dan pengkaedahan peta minda merupakan satu aspek yang perlu dititikberatkan oleh para pendidik memandangkan para pelajar pada masa akan datang lebih berbudaya kritis dan mempunyai fikiran yang inovatif. Penerapan ilmu juga perlulah selaras dengan kemajuan tersebut supaya nanti cabang ilmu pendidikan akan muncul sebagai satu bidang yang menjadi sebutan dan berjaya muncul sebagai pemangkin kepada kemajuan dan modenisasi negara. Untuk itu, banyak aspek yang boleh diperbaiki dan perlu ditekankan

dalam penggunaan peta minda tontonan sahaja.

ini agar ianya tidak hanya menjadi sebutan dan bahan

Oleh itu, pengkaji ingin mengemukakan beberapa cadangan dan saranan agar kajian seperti ini dapat diperbaiki lagi dari masa ke semasa. Berikut merupakan cadangan dari pengkaji:i) Kajian seterusnya disarankan supaya mempunyai responden yang lebih ramai untuk mendapat hasil keputusan yang lebih tepat, menyeluruh, dan jitu. Responden juga perlulah dipelbagaikan dari aspek kaum, jantina, dan pengalaman menggunakan teknologi maklumat (IT) agar proses pembentukan peta minda dapat dilakukan melalui perisian IT terutamanya yang berbentuk interaktif.

ii) Kajian juga boleh dijalankan kepada para pelajar untuk melihat keberkesanan penggunaan peta minda tersebut dan implikasi kepada keberkesanan dalam proses pembelajaran dan dibuat perbandingan dengan mata pelajaran lain.

iii) Pengisian bahan dan teknik dalam pembentukan peta minda juga perlu dititikberatkan, iaitu hendaklah merangkumi pelbagai aras pengetahuan pelajar. Di samping itu, pengisiannya juga hendaklah diperbanyakkan khususnya bagi pengisian berbentuk latihan dari senang kepada susah dan mudah kepada abstrak.

5.6

RUMUSAN

Pelaksanaan kajian tindakan yang telah dijalankan didapati bahawa pencapaian peratus kelulusan pelajar dalam mata pelajaran Sains telah mengalami peningkatan di dalam Ujian Pasca dengan 26.47% mencatatkan pencapaian cemerlang. Ini jelas menunjukkan bahawa pelajar lebih memahami dan mengingati fakta dalam matapelajaran Sains setelah mereka mempraktikkan penggunaan peta minda dalam aktiviti kumpulan dan ketika mengadakan ulangkaji.

Penggunaan peta minda amat berguna bagi para pelajar untuk memahami sesuatu topik pelajaran kerana dalam pembinaan peta minda pelajar terpaksa menghuraikan isi-isi penting untuk melengkapkannya. Para pelajar juga dapat memperlihatkan daya kreativiti masingmasing dalam menghasilkan peta minda. Kaedah penggunaan peta minda juga berjaya menarik minat pelajar ke arah pembelajaran yang menyeronokkan. Lakaran peta minda mengikut kesesuaian isi pelajaran yang dipilih dapat menarik minat rakan-rakan sekelas untuk terus memahami apa yang disampaikan oleh rakan yang lain.

Seharusnya, di masa-masa akan datang terdapat lebih ramai pengkaji yang membuat kajian tentang keberkesanan penggunaan peta minda bagi memantapkan penguasaan pelajar terhadap penggunaan peta minda dalam kehidupan seharian.

BIBLIOGRAFI Abd Ghafar Md Din (2003) Prinsip dan Amalan Pengajaran, Selangor : Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd. Abd Rahim Abd Rashid (1997) Model dan Pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Abd Rahim Abd Rashid (1999) Pendidikan Sejarah:Falsafah, Teori dan Amalan, Kuala Lumpur : Utusan Publication dan Distribution Sdn Bhd. Anderson Madaus, L (1990) Cognitive Mapping as a Bridgeactivity. Paper presented at the Annual General Meeting of The International Reading Association (35th . Atlanta, May 611) Boon Pong Ying, Ragbir Kaur (1998). Psikologi 11 (Semester 11). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd. Boyle, J.R. (1993) Teaching Students with Mild Abilities to Use Cognivite Mapping Strategies to facilitate Reading Comprehension, Dissertation Sbstracts Int, 54 (09A), 3398 Dilip Mukerjea (2003). Building Brain Power. Horizon Books. Ismail Zain, Kepentingan Penggunaan Peta Minda, http://www.tutor.com.my Mohd Majid Konting (1990) Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Omardin Hj Ashaari dan Yunus Muhamad (1996) Kaedah Pengajaran Sejarah. Kuala Lumpur : Utusan Publication dan Distribution Sdn Bhd.

Panca Minda (1997) Kemahiran Berfikir untuk Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah, Unit Kurikulum Jabatan Pendidikan Perak. Pearsall, N.R., Skipper, T.E Mintzes T.J, (1997) Knowledge Restrusturing in the Life Science : A Longitidinal Study of Conceptual Change in Biology Science Education 81(2)pp 193215. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Sukatan Pelajaran Kurikulum Berepadu Sekolah Rendah Kajian Tempatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tony & Barry Buzan (2003). The Mind Map Book. Kinokuniya: BBC Worldwide. Tony Buzan / Thornsons (2002). How To Mind Map. Kinokuniya. http://www.mind-map.com/EN/mindmaps/definition.html http://www.mind-map.com/EN/mindmaps/how-to.html

BAB 1 PENYATAAN MASALAH KAJIAN 1.1 PENGENALAN

Sains merupakan mata pelajaran teras yang diajar mulai tahun 1 hingga tahun 6.Ia merangkumi lima tema utama iaitu alam kehidupan,alam fizikal,alam bahan,bumi dan alam semesta dan dunia teknologi.Ia juga berkait rapat dengan persekitarannya melalui aktiviti kemahiran belajar, kemahiran berfikir dan kemahiran sosial. Sains juga mampu merangsang setiap individu untuk terus menyoal tentang keadaan fenomena yang berlaku dalam kehidupan harian terutamanya berkaitan proses dalam kehidupan. Pembelajaran mata pelajaran ini dirancangkan untuk memberi pengalaman yang menyeronokkan, bermakna dan mencabar melalui penggunaan pelbagai kaedah seperti kaedah inkuiri penemuan, pembelajaran koperatif dan kolaboratif bagi menanam dan memupuk semangat kekitaan, jati diri dan berdaya tahan di kalangan murid. Penggunaan pelbagai sumber terutamanya pengaplikasian teknologi maklumat digalakkan bagi melatih murid menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Melalui mata pelajaran ini juga, sejak di peringkat sekolah rendah lagi, murid diberi pendedahan mengenai pelbagai aspek kehiupan seperti proses dalam kehidupan,fenomena alam semula jadi, merancang masa depan, mempunyai ketahanan diri yang kental dan berkemahiran saintifik bagi memenuhi matlamat dan aspirasi negara. Sains juga merupakan salah satu pemangkin dalam

pembangunan negara sejajar dengan hasrat menuju ke arah menjadi negara maju. Selain itu, proses pembelajaran yang berkesan dapat menguatkan lagi kefahaman murid berkaitan kepentingan sains menjelang tahun 2020. Justeru, proses perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan sepatutnya menjadi pemangkin kepada perubahan

tingkah laku individu yang disebabkan oleh pengalaman melalui proses pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah.( Salvin, 1997; Mazur, 1990: Rocklin, 1987 ). Staling ( 1973 ) pula berpendapat bahawa pembelajaran berlaku berdasarkan tiga kriteria yang penting iaitu: d. Pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran e. Pembelajaran harus menampakkan perubahan dalam tingkahlaku. f. Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman dan latihan. Menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk menguasai rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru.Dalam mata pelajaran sains murid akan melibatkan diri dalam beberapa aktviti melibatkan hand on dimana setiap pelajar perlu menguasai kemahiran manipulatif sains.Pembelajaran akan menjadi lebih bermakna jika pelajar diberi peluang melalui sendiri pengalaman pembelajaran melalui aktiviti kajian lapangan,eksperimen dan menyediakan folio.Oleh itu kaedah pengajaran pembelajaran hendaklah dipelbagaikan agar murid tidak menjadi bosan.Pembelajaran yang menyeronokkan akan membantu pelajar menjadi lebih berminat dalam sains seterusnya mengaplikasikan dalam kehidupan harian.

1.2

PENYATAAN MASALAH KAJIAN

Prestasi mata pelajaran Sains pelajar tahap 2 terutamanya di kelas tahun 4 sekolah kajian mencatatkan tahap agak memuaskan berbanding semasa pelajar berada di tahun 3. Catatan ini berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2010. Oleh itu, kajian

dijalankan lebih menjurus untuk memperkenalkan suatu strategi atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baru bagi mempertingkatkan pencapaian mata pelajaran Sains di sekolah kajian. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan pembelajaran individu dan keberkesanan penggunaan peta minda dan bahan grafik terhadap pencapaian pelajar dalam menjawab soalan bahagian B mata pelajaran Sains.Kajian ini melibatkan pelajar Tahun 4 di salah sebuah sebuah rendah di Daerah Langkawi yang mempunyai pencapaian akademik yang sederhana. Pelajar yang terlibat dalam kajian ini mempunyai tahap pencapaian yang pelbagai dan mereka tergolong dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Umum mengetahui bahawa mata pelajaran ini menjadi isu nasional apabila diajar dalam Bahasa Inggeris mulai tahun 2003.Sebahagian besar pelajar dan juga ibu bapa beranggapan bahawa prestasi mata pelajaran ini merosot kerana kelemahan pelajar dalam Bahasa Inggeris Oleh itu, ia kurang diminati oleh sebilangan besar pelajar-pelajar yang seterusnya membuatkan prestasi pelajara agak menurun terutama apabila pelajar berada di tahap 2. Namun harus difahami apa yang amat penting adalah memahami fakta dalam pembelajaran sains. Fakta juga merupakan idea yang perlu dikuasai dan difahami oleh pelajar. Pembelajaran di peringkat ini tidak setakat mengingati fakta tetapi yang penting adalah bagaimana fakta ini digunakan untuk membantu pelajar memahami sesuatu

perkembangan yang berlaku dalam mata pelajaran ini dan mengaplikasikan fakta yang dipelajari kepada situasi tertentu. Tahap pencapaian yang sederhana oleh pelajar Tahun 4M dan 4K berdasarkan

pencapaian dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2010, menunjukkan mereka belum lagi dapat menguasai kemahiran konsep dalam mata pelajaran Sains. Ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah. Gred A B C D E Jumlah Markah % 80 100 60 - 79 40 - 59 20 - 39 0 - 19 Bilangan Pelajar 1 13 30 23 67

Jadual 1 : Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2010 Menyedari Sains merupakan subjek yang amat penting kepada pelajar maka pengkaji cuba mengenalpasti punca pencapaian tersebut. Ramai pelajar mengatakan mereka kurang berminat disebabkan masalah tidak memahami istilah dalam Bahasa Inggeri. Keadaan ini menyebabkan pelajar meletakkan persepsi bahawa mata pelajaran tidak menyeronokkan berbanding mata pelajaran lain. Berikutan itu, pelajar mengatakan mata pelajaran ini begitu membosankan dan mereka mengambil sikap sambil lewa semasa pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu juga mereka juga menyatakan sukar untuk menjawab soalan pada bahagian B. Berdasarkan kepada tinjauan yang dibuat oleh pengkaji, satu paradigma harus dilakukan dan jalan penyelesaian perlu dicari agar masalah pencapaian yang sederhana

dalam mata pelajaran ini tidak terus menjadi kudis yang akan merebak dan merosakkan murid amnya dan masa hadapan mata pelajaran ini khasnya. Pengkaji berpendapat bahawa satu intervensi di dalam sesi pengajaran pembelajaran perlu ditambah untuk melihat tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains . Intervensi yang dimaksudkan ialah penggunaan peta minda dan bahan grafik

1.4

TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan penggunaan

peta minda dan bahan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dapat mempengaruhi prestasi pelajar dalam menjawab soalan berbentuk subjektif berbanding pengajaran dan pembelajaran secara konvensional. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan mengubah persepsi pelajar agar lebih meminati mata pelajaran ini dan menganggap ianya sama penting dengan mata pelajaran teras yang lain dan patut dikuasai oleh mereka. Kepentingan mata pelajaran ini bukan sekadar memenuhi penjadualan di sekolah tetapi ianya lebih kepada memberi pemahaman dan menanam sikap saintifik dan menyedari kepentingan sains dalam pembangunan negara.

1.3.1 i.

Persoalan Kajian Adakah ujian yang dijalankan mampu menunjukkan prestasi yang dikehendaki?

ii.

Adakah ujian yang dijalankan mampu memberi impak positif kepada penyelidik?

iii.

Adakah pembelajaran berkonsepkan peta minda dapat mengubah tingkah laku dan memberi motivasi kepada pelajar ke arah meningkatkan tahap pencapaian mereka menjawab soalan berbentuk subjektif?

iv.

Sejauh mana penggunaan peta minda sesuai untuk tujuan menelaah pelajaran, mengambil nota yang diajar oleh guru, membaca buku, persediaan sebelum berbahas, untuk bermesyuarat, malah untuk persediaan membeli-belah.

v.

Adakah diakhir pengajaran pelajar dapat menerapkan nilai taat kepada negara dan bersedia berkhidmat kepada negara dalam keadaaan apa sekalipun?

1.3.2 i.

Objektif Kajian untuk meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran dan pembelajaran guru supaya dapat meningkatkan mutu pembelajaran pelajar.

v.

Mengubah sikap dan minda pelajar ke arah pembelajaran yang menyeronokkan serta berkesan.

vi. vii.

Untuk mengenalpasti kelemahan pelajar dalam menjawab soalan bahagian B. Untuk menguji sama ada peta minda dapat meningkatkan kemahiran pelajar

menjawab soalan berbentuk subjektif. v. Menjadikan pelajar lebih bersedia untuk belajar dalam suasana yang menarik dengan adanya penggunaan peta minda.

1.4

KEPENTINGAN KAJIAN Hasil kajian ini ialah untuk mengetahui adakah penggunaan peta minda dapat

meningkatkan prestasi para pelajar. Seterusnya, daripada hasil kajian akan diketahui keberkesanan penggunaan peta minda dan bahan grafik dalam peningkatan prestasi akademik pelajar. Kajian ini juga diharap dapat mengubah sikap serta persepsi para pelajar agar lebih meminati mata pelajaran Sains seterusnya meningkatkan tahap kefahaman pada konsepkonsep, istilah dan fakta-fakta yang terkandung di dalam mata pelajaran ini. Kajian ini juga penting untuk pihak pengurusan sekolah meningkatkan prestasi para pelajar dalam mata pelajaran ini sama ada dalam peperiksaan, ujian formatif atau sumatif. Kebaikan peta minda antaranya ialah dapat membandingkan satu tajuk dengan tajuk yang lain dengan tersusun. Isi dan idea dapat dibaca dan difahami dengan lebih cepat, perkaitan antara isi dengan tajuk utama dengan isi dapat dilihat dengan lebih jelas, pemahaman konsep tentang sesuatu tajuk menjadi lebih jelas dan menyeluruh, menjimatkan masa bagi mengolah sesuatu idea dan pemilihan serta penyusunan maklumat dapat dilakukan secara teratur (Abd. Rashid B. Omar, 1999).

Seterusnya, dapatan kajian ini juga dapat membantu guru di sekolah merangka satu bentuk pembelajaran yang sesuai supaya menampakkan perubahan dalam tingkah laku melalui pengalaman dan latihan yang disediakan dan memberi keyakinan kepada pelajar dalam menjawab soalan berbentuk subjektif. Adalah juga diharapkan agar ianya dapat mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan seterusnya meningkatkan prestasi

pelajar.Pengenalan peta minda juga diharapkan dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih luas tentang topik-topik dalam pembelajaran Sains terutamanya pada peringkat sekolah rendah.

1.5

BATASAN KAJIAN

Kajian ini akan dijalankan kepada murid Tahun 4 di salah sebuah sekolah rendah di Daerah Langkawi dan tiada kaitan dengan sekolah sekolah lain di Daerah Langkawi mahupun di negara ini. Kajian ini juga terbatas kepada pelajar yang mempunyai aras pencapaian yang sederhana dan dipilih secara rawak di mana kemungkinan terdapat pelajar yang masih lemah dalam kemahiran membaca dan menulis. Selain daripada itu, pengkaji kemungkinan menghadapi masalah pengurusan masa kerana pengkaji juga terlibat dalam mengajar mata pelajaran lain. Oleh kerana kajian ini dijalankan selepas peperiksaan akhir tahun, mungkin wujud fenomena kekurangan responden kerana biasanya peratus kehadiran pelajar ke sekolah adalah kurang berbanding dengan kedatangan sebelum peperiksaan akhir tahun. Justeru, faktor minat dan kesediaan responden untuk belajar juga semakin menurun.

1.6

DEFINISI ISTILAH

1.6.1

PENGENALAN

Pengajaran adalah satu proses penyampaian, iaitu untuk menyampaikan maklumat. Tugas utama guru adalah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan pada pelajar. Bagi mencapai maksud tersebut, guru perlu menggunakan cara yang paling sesuai dan berkesan. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan kaedah dan teknik pengajaran. Kaedah boleh ditafsirkan sebagai peringkat di mana sesuatu teori pengajaran itu dipraktikkan. Teknik pula adalah peringkat pelaksanaan pengajaran di bilik darjah. ( Abd Ghafar Md Din 2003 : 47 ).

1.6.2

PETA MINDA Peta minda adalah salah satu teknik digunakan untuk menyampaikan maklumat atau

pengetahuan pada pelajar. Peta minda ialah a while-brain technique using visual images and other graphic devices to form impressions. Otak manusia biasanya merakamkan maklumat melalui gambar, simbol , bunyi dan perkara yang menyeronokkan. Untuk melayani fungsi otak tersebut, maksud peta minda digunakan bagi merakamkan maklumat. Peta minda adalah seperti jalan raya atau sungai dengan anak-anaknya yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran, organisasi dan perancangan dalam bentuk connected ideas. (Unit Kurikulum, Jabatan Pendidikan Perak : 41 ). Peta minda juga merupakan suatu alat pengurusan minda yang amat berguna dalam menghasilkan perhubungan dan kesepaduan terutamanya dalam menghubungkaitkan rangka isi suatu penulisan. Teknik ini sangat disyorkan oleh banyak institusi pendidikan termasuk Universiti James Cook. Tajuk utama sesuatu perkara ditulis di bahagian tengah atau di bahagian-bahagian yang mampu menarik tumpuan dalam peta minda, termasuk beberapa cabang yang berpunca daripada topik atau tajuk di bahagian tengah peta minda. Cabangcabang tersebut berakhir dalam suatu bulatan untuk menunjukkan perenggan yang berbeza. Apa yang penting di sini adalah, setiap perenggan perlu membincangkan tentang subtopiknya tersendiri. Sebarang idea yang dijana melalui sesi perbincangan akan dibahagikan kepada setiap bahagian dalam peta minda mengikut kategori yang betul. Kemudian, penulis akan merancang bagaimana untuk mula membina ayat untuk setiap perenggan esei tersebut.

(http://www.academon.com/lib/paper/97174.html).

Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semula maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat

Peta minda boleh membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan dan kemahiran untuk mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman. Peta minda merangsang pelbagai

keupayaan yang ada dalam diri kita. Antaranya, kita perlu memikirkan tentang maklumat yang diperlukan dan membuat pemilihan mengikut keinginan kita. Secara langsung, kita berhubung secara aktif dengan maklumat yang ada dalam ingatan kita. Bolehlah kita sifatkan sebenarnya kita sedang berbicara dengan daya ingatan sendiri. Peta minda itu juga boleh merangsang beberapa anggota kita yang mempunyai peranan tersendiri. Antaranya, kita perlu berfikir, memerhati, memilih, melukis, menentukan serta memahami apa yang kita inginkan. Tangan kita ikut serta dalam kerja-kerja tersebut. Hal ini dapat memahirkan

diri kita dengan disiplin yang penting dalam pembelajaran. Menggunakan peta minda bermakna kita harus menggunakan kemahiran menyusun maklumat yang betul dan tepat serta mudah difahami. Peta minda juga membolehkan kita membuat perkaitan dengan lebih mudah dan cepat. Apa yang diingat akan dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan yang dilakukan. Kemudian kaitkan pula dengan beberapa isi kecil yang

lain.Kadang kala bagi pelajar yang mahir,melalui topik utama sahaja sudah dapat diperkembangkan kepada sub topik yang lebih mendalam.

1.6.3

PENGGUNAAN PETA MINDA Penggunaan peta minda diterapkan sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Guru menggunakan peta minda secara optimum untuk mengajar mata pelajaran Sains. Fakta boleh dipersembahkan dalam bentuk yang menarik melalui penggunaan bahan bantu mengajar. Cara ini bukan sahaja memudahkan ingatan pelajar tetapi dapat membantu mereka memahami sesuatu fakta dengan lebih mendalam. Oleh itu pengkaji merasakan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kefahaman pelajar memahami sesuatu fakta. Penggunaan dan kefahaman fakta merupakan asas utama untuk mengembangkan pengetahuan yang lebih tinggi seperti kebolehan memahami konsep membuat kesimpulan dan anggapan umum.(Abd Rahim Abd Rashid 1997 : 71 )

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan peta minda akan menambahkan keseimbangan otak kiri dan otak kanan. Anda telah ditunjukkan mengenai rencana-rencana yang

keperluan keseimbangan antara otak kiri dan otak kanan dalam

terdahulu. Apa yang menarik mengenai peta minda ialah ia merangkumkan semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria dan keseluruhannya. digunakan serta sebagainya dalam usaha

Kelebihan lain yang terdapat pada peta minda ialah ia mudah sesuai untuk semua tujuan.

Peta minda amat sesuai untuk tujuan menelaah pelajaran, mengambil nota yang diajar oleh guru, membaca buku, persediaan sebelum berbahas, untuk bermesyuarat, malah persediaan untuk pada

membeli-belah. Anda tidak perlu menuliskan semuanya

sekeping atau lebih kertas. Anda tidak akan sukar untuk memikirkan secara mendalam kerana ingatan anda dibantu oleh hasil lukisan. Peta minda boleh disediakan dengan mudah. Pada buku tulis atau sekeping kertas, tulis topik utama yang menjadi perhatian anda. Topik tersebut, misalnya pembelajaran, dituliskan di eloklah

bahagian tengah. Dari sini, pelbagai perkara lain yang berkaitan dengan topik cawangan daripada

pembelajaran akan dihasilkan dalam bentuk cabang atau

pembelajaran tadi. Daripada cabang-cabang tadi, anda boleh menghasilkan pelbagai fakta isi kecil yang lain berbentuk ranting. Di samping itu, anda boleh juga menggunakan pelbagai imej lain yang boleh mencorakkan peta minda dengan lebih menarik.

1.6.4 KEBAIKAN MENGGUNAKAN PETA MINDA DAN BAHAN GRAFIK xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. dapat membandingkan satu tajuk dengan tajuk yang lain dengan tersusun isi dan idea dapat dibaca dan difahami dengan lebih cepat perkaitan antara isi atau tajuk utama dengan isi dapat dilihat dengan lebih jelas pemahaman konsep tentang sesuatu tajuk menjadi lebih jelas dan menyeluruh menjimatkan masa bagi mengulangkaji sesuatu idea maklumat dapat diingat dengan lebih lama dan berkesan kelainan peta minda antara individu dapat menambahkan lagi kreativiti seseorang

xviii. dapat memilih dan menyusun maklumat dengan teratur xix. xx. persembahan yang spontan, kreatif dan tidak membosankan dapat melihat hubungan antara idea utama dengan rantingnya

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.2

PENGENALAN

Dalam bab ini, perbincangan ditumpukan kepada kajian berkaitan, literatur berkaitan dan cara membina peta minda. Tumpuan yang menyeluruh dan terperinci akan diselidiki ialah keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains.

2.2

KAJIAN BERKAITAN

Pelbagai penyelidikan telah dijalankan untuk membentuk serta menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ia tidak membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ia tidak sesuai lagi untuk dipraktikkan pada zaman yang serba maju ini.(Ismail Zain, 2003).

Dalam konteks ini, penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai untuk memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna. (Ismail Zain, 2003). Semasa pembentukan peta minda, khususnya dalam keadaan pembelajaran koperatif pelajar akan memerhatikan cara yang pelbagai rakan lain mengutarakan idea tentang topik yang dipelajari. Peta minda tidak hanya melibatkan simbol-simbol bahasa tetapi simbol visual. Kajian telah dijalankan di Universiti Cornell,Amerika oleh Novak , Gowin dan Johanssen (1983) menggunakan peta minda untuk menghubungkan konsep yang kompleks. Dapatan kajian menunjukkan peta minda telah berjaya digunakan sebagai alat untuk membuat rumusan pembelajaran dan mengukuhkan kefahaman tentang kandungan mata pelajaran.

Boyle (1993) berpendapat pelajar yang diajar strategi peta minda menunjukkan pembelajaran yang signifikan dalam menjawab soalan secara kritis. Dengan adanya peta minda yang terpapar secara visual , pelajar tidak perlu menyimpan terlalu banyak maklumat dalam ingatan. Mereka boleh melihat apa yang sudah tertulis atau terlukis, berfikir semula dan membuat pindaan atau pembentukan semula maklumat. (Pearsall et. all, 1997).

Peta minda juga antaranya dapat membandingkan satu tajuk dengan tajuk yang lain dengan tersusun, isi dan idea dapat dibaca dan difahami dengan lebih cepat, perkaitan antara isi dengan tajuk utama dengan isi dapat dilihat dengan lebih jelas, pemahaman konsep tentang sesuatu tajuk menjadi lebih jelas dan menyeluruh, menjimatkan masa bagi mengolah sesuatu

idea dan pemilihan dan penyusunan maklumat dapat dilakukan secara teratur (Abd. Rashid B. Omar, 1999).

2.3

LITERATUR BERKAITAN

Peta minda juga membantu para pelajar mendapat idea atau perkara utama daripada teks untuk dicatatkan dalam bentuk visual. Peta yang sama membantu guru menilai kebolehfahaman sesuatu petikan teks berbanding dengan cara tradisi iaitu menentukan kebolehfahaman teks dengan merumus suku kata dan panjang ayat peta minda juga membantu mentafsir faedah teks sama ada menerang atau mengelirukan sesuatu konsep yang penting ( Anderson, Madaus, 1990).

Peta minda merupakan satu pendekatan dengan menggunakan fungsi otak untuk sesuatu tujuan. Peta minda adalah satu jenis grafik yang dibina bagi merakamkan penggunaan semua fungsi otak.( Panca Minda, Unit Kurikulum Jabatan Pendidikan Perak. hlm.41).

2.4

CARA MEMBINA PETA MINDA

viii)

Peta minda dimulakan dengan membuat imej yang berwarna di bahagian tengah muka surat kertas berdasarkan tajuk atau idea utama. Bentuk imej sama ada dalam bentuk segi empat, bulatan dan apa-apa sahaja bentuk.

ix)

Kembangkan atau tambahkan ranting dari imej bahagian tengah ke semua arah. Bilangan ranting bergantung kepada setiap ranting dan juga gubahan bentuknya supaya lebih menarik.

x)

Tuliskan kata kunci atau perkataan bagi setiap ranting dan tambahkan rantingranting kecil dengan lebih terperinci bagi setiap ranting utama.

xi)

Tambahkan simbol gambar atau objek tertentu supaya lebih menarik dan berkesan.

xii)

Gunakan huruf besar, boleh juga digariskan di bawah perkataan tersebut. Sebaiknya perkataan tersebut dihitamkan (bold).

xiii) xiv)

Semua idea yang utama dan penting ditulis dengan saiz yang lebih besar. Gunakan warna yang terang supaya lebih menarik dan dapat menambahkan keupayaan mengingat .( Panca minda, Unit Kurikulum Jabatan Pendidikan Perak. hlm.41).

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN KAJIAN

3.1

PENGENALAN

Kajian ini memaparkan satu kajian berkenaan keberkesanan penggunaan peta minda yang dapat merangsang ke arah pencapaian prestasi yang baik dalam mata pelajaran Sains di salah sebuah sekolah rendah di Langkawi. Bab ini akan membincangkan tentang metodologi kajian khususnya melibatkan populasi dan sampel yang dipilih untuk kajian, instrumen kajian, reka bentuk kajian yang akan digunakan, lokasi kajian, prosedur kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data.

3.2

REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kes yang akan dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan dan menggunakan pendekatan kuantitatif di mana terdapat kumpulan sasaran dan kumpulan kawalan. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji akan membuat perbandingan di antara kumpulan tersebut dengan menggunakan 2 set soal selidik sementara ujian pra dan ujian pasca sebagai instrumen kajian. Soal selidik ini adalah untuk mengetahui maklumat latar belakang pelajar dan juga keputusan ujian bagi mata pelajaran Sains. Selain itu, soal selidik ini juga dibuat untuk mengetahui maklum balas terhadap minat, motivasi dan persepsi mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains. Pengkaji juga akan membuat pemerhatian di sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran bertujuan melihat dan mengesan adakah berlakunya perubahan tingkah laku responden terhadap minat dan kesungguhan responden dalam mata pelajaran Sains

Sementara itu, ujian pra akan dijalankan kepada kumpulan sasaran dan kumpulan kawalan sebelum berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran diikuti oleh ujian pasca yang akan diberikan selepas berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Sesi pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan selama 10 jam waktu mengajar di dalam bilik darjah iaitu merangkumi 5 jam pengajaran untuk kumpulan kawalan dan 5 jam lagi untuk kumpulan sasaran. Bahan bahan yang digunakan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah soalan soalan berbentuk subjektif mengikut topik yang akan dipelajari. Kesemua data yang diperolehi dari kedua dua ujian akan dibuat perbandingan menggunakan frekuansi dan peratusan.

Tujuan utama kajian ini ialah satu kajian untuk mengetahui keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Tahun Empat. Dalam kajian ini, para pelajar telah didedahkan dengan penggunaan peta minda dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan tujuan tersebut, pengkaji menggunakan kajian tindakan berpandukan lima langkah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah iaitu merancang sesuatu strategi untuk menarik minat pelajar untuk mata pelajaran, melaksanakan mengikut perancangan, pengumpulan data dan membuat analisis, membuat refleksi keberkesanan tindakan yang diambil dan membuat tinjauan terhadap persoalan minat pelajar terhadap Sains.

Langkah-langkah kajian tersebut lebih lagi dipaparkan seperti dalam rajah di bawah.

Membuat tinjauan terhadap persoalan minat pelajar terhadap Sains. Membuat refleksi keberkesanan tindakan yang diambil Langkah Langkah Merancang sesuatu strategi untuk menarik minat pelajar untuk mata pelajaran Sains

Kajian

Pengumpulan data dan membuat analisis

Melaksanakan mengikut perancangan

3.3

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Sampel ialah sekumpulan kecil unsur yang telah dicabut daripada sesuatu rangka persampelan. Sampel ialah subset sesuatu populasi. Sesuatu sampel itu dikatakan mewakili sesuatu populasi yang dikaji (Ayob, 1992). Kajian akan dijalankan kepada pelajar Tahun 4 seramai 60 orang di salah sebuah sekolah rendah di Langkawi. Sampel yang dipilih adalah terdiri daripada pelajar yang berada dalam kumpulan pertengahan iaitu kelas yang kedua daripada 4 buah kelas. Kajian ini melibatkan hanya 50% sampel sahaja yang dipilih secara rawak menjadi kumpulan sasaran iaitu seramai 34 orang pelajar dan kumpulan kawalan pula seramai 33 orang pelajar

Sampel kajian yang dipilih terdiri daripada pelajar pelbagai aras pencapaian iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Adalah diharapkan kajian yang dijalankan dapat memberi satu maklumat yang berguna untuk pengkaji sendiri dan untuk pengkaji yang lain di masa akan datang.

3.4

INSTRUMEN KAJIAN

Alat penyelidikan adalah penting dalam sesuatu kajian yang akan dijalankan. Ia juga juga kadang kala dinamakan sebagai instrumen kajian atau alat ukur. Alat ukur akan menentukan sama ada data atau maklumat yang dikehendaki diperolehi atau tidak. Alat ukur yang

sempurna dapat mengukur dengan tepat sesuatu pembolehubah (Konting,1990). Tiga jenis alat ukur yang akan saya gunakan ialah:(iv) (v) (vi) ujian pra dan ujian pasca soal selidik pemerhatian

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Soalan ujian ini adalah sama untuk mengetahui keberkesanan penggunaan peta minda. Ujian pra akan dijalankan ke atas responden sebelum responden didedahkan dengan penggunaan peta minda di dalam kelas, manakala ujian pasca akan dijalankan ke atas responden setelah responden telah didedahkan dengan penggunaan peta minda di dalam kelas. Pemerhatian pula dijalankan semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Penggunaan soal selidik akan menggunakan satu set soal selidik yang telah dibuat berdasarkan kepada objektif-objektif kajian seperti mana yang telah dinyatakan pada bahagian 1 usul penyelidikan ini. Ianya dianggap praktikal dan berkesan kerana soal selidik tersebut memerlukan kejujuran dan ketetapan subjek dalam menjawab semua soalan yang dikemukakan.

3.5

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Seperti yang dinyatakan, keputusan dari soal selidik, ujian pra dan ujian pasca serta pemerhatian digunakan untuk mengumpulkan data bagi tujuan kajian ini. Pengumpulan data

adalah dilakukan oleh penyelidik sendiri. Untuk soal selidik, data dikumpulkan pada awal kajian dan selepas ujian pasca. Ujian pra dan ujian pasca dijalankan dalam tempoh 40 minit. Ujian pra dikumpulkan se