hbae3103 kraf tradisional

22
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014 SEMESTER JANUARI 2014 HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL NAMA : SURAYA BT MOKTAR NO. MATRIKULASI : 781201010578001 NO. KAD PENGENALAN : 781201010578 NO. TELEFON : 0196788990 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR

Upload: shamsul-bahri-mat-noh

Post on 18-Jun-2015

2.633 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014

SEMESTER JANUARI 2014

HBAE 3103

KRAF TRADISIONAL

NAMA : SURAYA BT MOKTAR

NO. MATRIKULASI : 781201010578001

NO. KAD PENGENALAN : 781201010578

NO. TELEFON : 0196788990

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR

Page 2: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka surat

1.Pengenalan

1

2. Latar belakang kraf tradisional

2

3. Asal usul sejarah kraf & Hasil seni dan utiliti 3

4. Proses penggarapan motif dalam seni ukiran 4

5. Pandangan Islam mengenai kesenian 5

6. Ciri-ciri kesenian Islam 6

7. Analisa Keunikan dan Kesepaduan kesenian Islam dan Melayu 7,8,9

8. Falsafah dan makna dalam seni 10

9. Kesimpulan 11

6. Rujukan 12

Page 3: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014

1.0PENGENALAN.

1.1 DEFINISI KRAF TRADISIONAL

KRAF bererti apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau

tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau

sebahagian kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun

dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk pada atau di mana-mana bahagian.

(Akta 222-Akta Perbadanan Kemajuan kraf tangan Malaysia 1979)

TRADISIONAL menurut atau merupakan tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu

generasi.

KRAF TRADISIONAL bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam

menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat

tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan lain-lain

lagi.

Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita

satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini

jelas tercermin melalui bentuk, gaya sifat, garis, gerak dan warnanya.

Barang-barang kraf ini dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu. Bahan

yang digunakan tidak terhad. Kebanyakkan barang-barang ini pada asalnya dihasilkan adalah

untuk kegunaan harian atau sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu terus berusaha

mencipta bukan sahaja untuk menghasilkan barang untuk tujuan kegunaan tetapi juga

penghasilan bahan yang indah untuk berbagai-bagai tujuan.

Seni Melayu ini adalah penjelmaan unsur-unsur dari alam semula jadi kepada satu bentuk

seni rupa. Karya ini terhasil daripada pengamatan dan pemikiran penciptaannya yang

dijelmakan melalui impian, seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan

alam.

-1-

Page 4: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014

Seni kraf Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang melayu dengan

kepercayaannya iaitu islam. Mereka menganggap alam ini sebagai suatu hiasan yang

berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementara di dunia dan kehidupan kekal di akhirat.

Dari kesedaran ini kahirlah ciptaan yang bukan sahaja sebagai fungsi tetapi memenuhi

keperluan kehidupan dunia yang amat rapat kaitannya dengan akhirat.

2.0 LATAR BELAKANG KRAF TRADISIONAL

Perbezaan dalam menggarap, mentafsir dan memberikan sesuatu kepuasaan dalam

pembuatan kesenian telah menambahkan keanekaragaman dalam hasil seni. Ciptaan-ciptaan

seni ini merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka dan digunakan sebagai kehidupan

harian.

Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menunjukkan pengaruh islam dalam penghasilannya.

Penggunaan ragam hias dan motif dalam sesuatu penghasilan kraf ini jelas menunjukkan ciri-

ciri keislaman.

Kesenian dan keaslian ragam hias yang terdapat dalam kraf tradisional tidak berubah dan

tetap kekal dari dahulu hingga kini walaupun negara telah dijajah oleh kuasa asing. Justeru

itu kraf tangan ini melambangkan jati diri rakyat Malaysia kerana kraf itu masih ada lagi

sehingga kini. Inilah warisan yang perlu dilestarikan oleh generasi masa kini.

Pemikiran kreatif mereka dalam mengolah dan mengubah barangan dan objek yang

memperlihatkan aspek budaya, setetik dan fungsi. Antara peralatan objek atau produk yang

amat kaya dengan nilai dari aspek budaya, estetik dan fungsi ialah yang melibatkan

kelengkapan domestik, tempat kediaman, alat muzik, alat permainan, alat perburuan dan

kenderaan.

3.0 ASAL USUL SEJARAH KRAF

Alat mempertahankan diri seperti keris yang memang dijadikan senjata untuk

mempertahankan diri ketika diserang musuh oleh orang-orang terdahulu.

-2-

Page 5: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014

Alat perhiasan iaitu tepak sirih digunakan sebagai adat untuk menyambut tetamu. Kini

pula digunakan untuk upacara merisik, bertunang dan nikah.

Alat muzik seperti gendang merupakan alat yang menjadi hiburan masyarakat

Malaysia pada zaman dahulu. Gendang berfungsi dalam dalam meraikan majlis

keramaian dan juga bertujuan untuk menghiburkan suasana sesuatu upacara atau

perayaan.

Alat rekreasi pada zaman dahulu dijadikan sebagai sumber untuk bersosial iaitu untuk

menghubungkan masyarakat. Alat permainan seperti bola raga yang terdapat unsur

anyaman kerap dimainkan masyarakat ketika itu. Selain itu Wau Bulan yang terkenal

di negeri Kelantan dan Wau Burung di negeri Terengganu juga turut merupakan antara

alat permainan masyarakat zaman dahulu.

Alat upacara keagamaan kraf tradisional juga turur diguna pakai pada zaman dahulu.

Ada acara keagamaan ada yang menggunakan patung atau boneka untuk dipuja

sebagai dijadikan sebagai menjaga keamanan setempat. Selain itu wayang kulit

dijadikan acara persembahan dalam sesebuah majlis untuk menghiburkan masyarakat.

4.0 HASIL SENI DAN UTILITI

Setiap hasil kraf mempunyai keunikannya yang tersendiri. Penghasilan kraf ini disesuaikan

dengan bahan tertentu. Penghasilan menggunakan buluh, nipah dan daun pandan

menunjukkan keunikannya. Begitu juga dengan penciptaan ragam hias dan ragam bentuk

yang mempunyai bentuk geometri. Contohnya pada anyaman tikar mengkuang dan pandan.

Penghasilan jalur-jalur dan garisan panjang merupakan identiti atau ciri dan dijadikan satu

teknik dalam penghasilan tikar. Penghasilan keris melambangkan kepahlawanan Melayu.

-3-

5.0 SENI UKIRAN

Page 6: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014

Seni ukiran merupakan satu prosesmenggunakan pahatuntuk menoreh , menggores, memahat

dan membuat reka bentuk pada kayu atau barang perhiasan. Seni ukiran adalah seni kraf yang

telah lama wujud dikalangan masyarakat melayu. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui

ukiran kayu, simen atau batu, logam dan sebagainya. Sejarah melayu mengatakan seni ukiran

telah wujud sejal 500 tahun dahulu. Ukiran-ukiran ini banyak terdapat di istana-istana dan

rumah kediaman.

6.0 PROSES PENGGARAPAN MOTIF DALA SENI UKIRAN

Motif yang digunakan dalan seni ukiran banyak dipengaruhi daripada unsur-unsur alam

sekitar dan cara hidup masyarakat. Pengukir banyak dipengaruhi dengan adat resam, agama,

kepercayaan, iklim dan persekitaran. Antara unsur-unsur yang digunakan dalam ukiran ialah:

a) Unsur flora

Unsur flora merupakan unsur yang sangat penting dalam seni ukiran tradisional kerana unsur

flora menunjukkan motif hiasan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Kebiasaannya

tumbuhan menjalar motif kerana sulur pautnya yang lembut dan menjalar mudah diubah suai

mengikut kreativiti pengukir.

Contoh unsur flora seperti sulur dan daun, motif daun keladi, motif bunga melur. Motif ini

banyak terdapat di istana dan kediaman.

b) Unsur fauna

Unsur fauna adalah adaptasi darpada haiwan yang membawa maksud kegagahan, keberanian,

kekuatan dan kepahlawanan. Pengukir menjelmakan ilham bukan bersifat penuh haiwan.

Motif fauna tidak digalakkan Islam kerana tidak boleh dijadikan barang perhiasan.

Contoh motif fauna seperti itik pulang prtang, motif kepala cicak dan motif ayam berlaga.

Motif ini diambil daripada kehidupan haiwan tersebut.

-4-

c) Unsur arabes

Page 7: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014

Motif arabes ini menunjukkan motif berulang dengan penerapan unsur geometri yang

melibatkan pelbagai bentuk seperti flora, fauna, geometri dan kaligrafi. Kebanyakkan motif

arabes ini digunakan pada dinding masjid. Lubang-lubang udara yang digunakan dirumah dan

bangunan kebanyakannya menggunakan motif arabes, terutama di masjid.

d) Unsur geometri

Unsur ini adalah corak yang berulang-ulang berdasarkan bentuk geometri. Bentuk geometri

yang biasa digunakan dalam seni ukiran ialah bulatan, segiempat, segitiga dan poligon. Asas

segitiga menjadi asas kepada motif pucuk rebung. Selain itu digunakan juga pada alang pintu,

pemidang dan jeriji tingkap.

7.0 PANDANGAN ISLAM MENGENAI KESENIAN

Islam diturunkan untuk memenuhi fitrah dan keperluan manusia. Jiwa manusia mempunyai 6

elemen iaitu agama, intelek, etika, estitika, sosial dan rasa diri. Dalam kehidupan seharian

manusia tidak terlepas daripada mencari dan memilih sesuatu yang indah dan baik dalam

berpakaian, menghias diri, rumah dan benda-benda lain. Ajaran islam meliputi hubungan

manusia dengan Allah (hablun minaallah) dan hubungan manusia sesama manusia (hablum

al-Nas).

Kesenian Islam adalah kesinambungan daripada kesenian pada zaman silam yang telah

berkembang dan dicorakkan oleh konsep tauhid yang tinggi kepada Allah s.w.t kesenian

Islam memiliki khazanah sejarahnya yang unik. Kesenian iIslam terus berkembang dalam

bentuk dan falsafahnya yang berorientasikan sumber Islam yang menitikberatkan kesejajaran

dengan tuntutan tauhid dan syara'.

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada seluruh manusia tanpa mengenal

bangsa yang bersumberkan Al Quran dan As sunanah. Islam adalah agama yang nyata dan

sesuai dengan fitrah manusia, pada semuatempat, zaman dan situasi menepati citarasa,

-5-

Page 8: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014

kehendak, sifat, keinginan, nafsu dan keinginan manusia terbenamnyarasa sukakan keindahan

dan keindahan itulah seni.

Sukar untuk mentakrif seni secara tepat dan juga untuk menerangkan konsep keindahan seni

itu. Al-Farabi menjelaskan seni ciptaan bebentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan

seni adalah kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.

8.0 CIRI-CIRI KESENIAN ISLAM

1. Mengandungi Unsur Keindahan

Sabda Rasulalah S.A.W bermaksud:

“Sesungguhnya Allah itu maha indah dan sukakan keindahan”

Keindahan itu bukan terletak pada objek seni tersebut, sebaliknya ia mampu menimbulkan

rasa menyenangkan atau kepuasan kepada pencipta dan penikmat objek itu.

2. Mengandungi Unsur Moral dan Akhlak

Menurut Islam seni dan moral saling berkait rapat antara satu sama lain. Allah

memerintahkan supaya manusia melakukan perkara baik dan melarang daripada melakukan

perkara mungkar.

3. Mempunyai Ciri-ciri Kepelbagaian dalam Kesatuan

Islam adalah agama universal dan dianuti oleh pelbagai bansgsa. Perbezaan bangsa dan

budaya membentuk kelainan dari sudut kesenian yang dihasilkan. Ciri-ciri kepelbagaian

dalam kesatuan ini juga dapat dilihatdalam bentuk perancangan bandar-bandar islam,

institusi-intitusi keagamaan dan bangunan pelbagi fungsi. Elemen-elemen ini mempunyai

hubungan yang tersendiri dengan tauhid.

4. Mempunyai Hubungan antara Agama, Etika dan Estetika

Islam dengan nilai-nilai etikanya menjadi asas kepada pembinaan hasil karya seni sehingga

ukuran keindahan bukan dilihat dari sudut luaran atau bentuk material. Seni dianggap sebagai

imitation (peniruan), play (permainan), emphaty (kemahiran), communication (komunikasi),

-6-

Page 9: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014

expression (pernyataan) dan experience (pengalaman). Seni juga tiada hubungan dengan

seniman. Oleh itu ia boleh mengikut aliran nihilisme, realisme, sosialis, hedonisme,

existentialisme, romantisisme, humanisme sekular dan lain-lain.

9.0 ANALISIS KEUNIKAN DAN KESEPADUAN KESENIAN ISLAM DAN MELAYU

9.1 Proses penggarapan idea di dalam kesenian islam merupakan perkara yang penting. Motif

merupakan salah satu medium penggarapan idea. Motif yang digunakan dalam kesenian

adalah lebih kurang sama, kemungkinan yang berbeza adalah dari segi nama. Kebanyakan

pengukir suka menggunakan motif flora dan fauna iaitu sumber alam. Contohnya motif

pokok kopi, bunga cengkih, daun sirih dan sulur kacang. Penggunaan sesuatu motif itu

mempunyai sesuatu maksud contohnya motif sulur daun yang jatuh melempai mencerminkan

ketaan dan kepatuhan kepada perintah yang satu. Motif bunga yang harum dan wangi

digambarkan sebagai kehalusan budi dan keakraban seperti corak pada bunga setaman.

Manakala motif fauna pula membawa erti kekuatan dan kepahlawanan. Contoh motif pada

burung Balam yang membawa maksud kehidupan rumahtangga atau keluarga yang harmoni.

Selain motif flora dan fauna, motif kaligrafi sering digunakan dalam ukiran. Tulisan khat di

ukir dan dibingkaikan. Motif kaligrafi ini selalunya memuji kebesaran Allah dan

mengagungkan kebesaran Allah. Banyak digantung pada dinding masjid dan sebagai

perhiasan di rumah.

Motif arabes mempunyai gabungan dalam motif kaligrafi. Motif arabes adalah corak berulang

dan motifnya tersusun dalam gabungan bentuk geometri.

Motif arabes ini mempunyai konsep matematik iaitu berdasarkan bentuk, jarak dan saiz sama.

Motif arabes ini adalah motif yang tiada kesudahannya dan sentiasa bersambung dan tiada

permulaannya. Ini dapat di kaitkan dengan ilmu ketauhidan iaitu umat Islam mestilah

sentiasa beribadat kepada Allah dan memohon ketaqwaan kepadaNya secara berterusan.

Motif kosmologi pula melibatkan persekitaran alam seperti matahari, bulan, bintang dan

awan. Pergerakan awan yang tiada kesudahan menjelmakan ilham motif awan larat yang

membawa maksud sama.

-7-

Page 10: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014

Menurut Halim (1986), Awan Larat sebagai satu bentuk ukiran berlangkar-lingkar, meleret-

leret dan berpiuh-piuh seperti awan berarak. Motif ini menjadi tanda dan kehalusan budi

pekerti kehidupan masyrakat Melayu yang penuh beradat dan kesopanan. Motif awan larat ini

selalu digunakan pada ukiran pintu dan dinding rumah. Motif flora banyak digunakan dalam

ukiran awan larat.

9.2 Proses Mentafsir Idea

Seni ukiran yang menggunakan motif yang pelbagai mempunya maksud yang tersendiri yang

berkaitan dengan kehidupan harian masyarakat dan nilai keagamaan.

Seni ukiran kaligrafi yang diganung pada dinding bukan sahaja bertujuan sebagai

hiasan tetapi digunakan sebagai salah satu cara menghalau makhluk halus. Tulisan

kaligrafi yang mengandungi ayat Al Quran diletakkan di pintu dan dinding

menghalang jin dari memasuki rumah. Selain itu dari konsep tauhid kaligrafi

digunakan untuk menjadikan manusia merapatkan diri kepada Allah.

Songket dan batik juga turut dijadikan bahan perhiasan diri seperti dijadikan

tengkolok. Tengkolok merupakan perhiasan bagi lelaki dan menunjukkan herarki

pangkat seseorang. Pada masa dahulu tengkolok digunakan oleh orang

bangsawan.Namun begitu tengkolok pada masa kini digunakan untuk majlis-majlis

perkahwinan dan majlis-majlis keraian.

Motif flora dan fauna banyak terdapat pada hulu keris. Keris sering digunakan oleh

pahlawan pada zaman dahulu yang digunakan untuk mempertahankan diri. Ukiran

yang terdapat hulu keris dan sarungnya memberi banyak makna antaranya kekuatan

pada yang empunya keris.

Seni anyaman pada tudung saji memerlukan ketelitian dan pengiraan matematik yang

betul. Tudung saji memerlukan anyaman yang rapat-rapat agar lalat atau semmut tidak

dapat masuk kedalam makanan yang telah bertutup. Dalam Islam menjaga kebersihan

itu adalah dituntut kerana kebersihan itu sebahagian daripada iman.

-8-

9.3 Pengaruh dalam memberi makna

Page 11: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014

Seni ukiran memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkan ukiran yang halus dan

cantik. Ukiran yag bermotifkan sulur daun atau awan larat memerlukan kesabaran untuk

memahat dan menyilat kayu tersebut. Berkat kesabaran itulah maka akan terhasil bentuk

ukiran yanb menarik. Disamping itu dapat melatih seseorang itu bersikap sabar yang memang

dituntut oleh Islam.

Seni membuat tembikar perlukan ketelitian dan kelembutan tangan. Tembikar yang

dihasilkan mempunyai teknik pembuatannnya yang tersendiri serta dipengaruhi oleh budaya

latar belakang si pembuat. Motif yang digunakan dalam pembuatan tembikar adalah flora dan

fauna. Tembikar seperti labu sayong digunakan untuk menyimpan air. Kebijaksanaan

membolehkan si pengukir befikir untuk menjadi sesuatu hasil seni itu boleh dipelbagaikan.

Sifat kreatif juga membawa makna yang tersirat dalam menghasilan sesuatu karya, contoh

menggabungkan beberapa motif dalam sesuatu hasil seni seperti motif fauna dan arabes

dalam pembuatan wau. Perancangan yang teliti membolehkan motif disusun dengan menarik.

Ini akan menghasilkan hasil seni yang kreatif dan menarik.

10.0 FALSAFAH DAN MAKNA DALAM SENI

Sejarah telah membuktikan bahawa kesenian Islam berbeza dengan kesenian lain. Kesenian

Islam dihasilkan berlandaskan kepercayaan kitab Al-Quran dan juga A-Sunnah.

Menurut Al-Faruqi

Setiap motif 'Arabesque' dengan apa sahaja medium adalah penegasan kebenaran estetika

yang tiada tuhan melainkan Allah.

Kebanyakan karya-karya seni Islam adalah bersifat peniruan terhadap ciptaan Tuhan tetapi

dengan tujuan untuk mempelajari, memahami dan menginsafkan diri kepada pencipta.

Konsep keindahan ini adalah bertujuan agar dapat merapatkan lagi ketakwaan kepada yang

esa.

Menurut Abdullah Mohamad (Nakula), falsafah seni melayu lebih menekankan aspek asal-

usul motif ukiran kayu berlandaskan konsep ketuhanan dan alam. Beliau juga berpendapat

bahawa setiap kejadian perlu berpandukan asal-usul dan penciptanya.

-9-

Page 12: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014

Dalam konsep falsafah ini mampu menjadikan seseorang itu berjiwa halus dan sensitif

kepada alam sekitar.

Kebanyakkan motif flora dan fauna yang diukir menunjukkan kesyukuran kepada alam

ciptaan Allah.

Dalam tradisi lisan Melayu, kehalusan serta ketertiban falsafah seni yang bersandarkan tauhid

terselah melalui piagam estetik ukiran kayu yang berbunyi;

Tumbuhan berpunca, Punca penuh rahsia,

Tumbuhan tidak menunjukkan lawan,

Memanjat tidak memaut kawan,

Tapi melenkar penuh mesra.

(Aziz Deraman-1983)

Unsur flora dalam seni ukiran yang tersirat dalam falsafah tersebut adalah perhubungan

dalam masyarakat sangat akrab dan menghormati. Unsur motif tersebut memang menjadi

amalan kehidupan masyarakat pada zaman dahulu.

Al-Ahmadi (1997) menegaskan bahawa pandangan Melayu mengalami anjakan besar

daripada mitologikal-anamistik kepada rasional dan fisiokal. Kedatangan Islam di kepulauan

Nusantara abadke -13 telah mengubah pemikiran, falsafah orang-orangMelayu dalam aspek

kehidupan termasuk kesenian.

Kedatangan Islam mengubah cara orang Melayu melahirkan karya seni mereka. Segala apa

yang dihasilkan pasti ada maksud disebaliknya yang berlandaskan islam.

kata-kata bijak pandai (hukama'). Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda

Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya kunci

rezeki".Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana

tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan"

Kemahiran menulis khat adalah anugerah Allah. Mereka yang pandai menulis khat ini boleh

memberi pulangan rezeki kepada seseorang.

Riwayat Hadis Muslim,"Allah itu indah dan sukakan akan keindahan", merupa pengangan kuat kepada para seniman yang menyatakan bahawa Islam boleh berganjak untuk menghasilkan pengolahan karya seni, kerana karya-karya seni adalah melahirkan nilai indah. sebenarnya, keindahan yang dimaksudkan lebih kepada keindahan batiniah yang terkandung dalam jiwa manusia.

-10-

Page 13: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014

Manakala keindahan itu adalah manifestasi kepada salah satu sifat-sifatNya (Allah), memiliki bermakna menghargai dan mencintai sifat-sifat Allah. Umapanya seperti dinyatakan oleh Al-Ghazali bahawa keindahan pada seni bina Islam adalah memancarkan keharmonian jiwa seniman itu sebagai lambang kemurnian akhlak dan ilmu terhadap Allah SWT.

11.0 KESIMPULAN

 Kraft tangan melambangkan jati diri rakyat Malaysia .Kraf tangan masyarakat peribumi ini

adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkaitan dengan alam

Melayu.Sumber proses pembutan juga mudah didapati di persekitaranya.Namun keunikan

yang terserlah ialah pemikiran kreatif mereka dalam dalam mengolah dan mengubah

barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya,estetika dan fungsi kraf tradisional

Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Kraf tradisonal amat penting dalam kehidupan seharian. Penerapan Islam dalam sesuatu

unsur seni akan menzahirkan lagi keindahan sesuatu hasil seni itu. Kraf seni tradisional ini

perlu dillestarikan agar menjadi hasil seni warisan turun temurun di negara kita. Kraf ini juga

merupakan aset negara yang amat bernilai.

-11-

RUJUKAN

Page 14: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014

Abdullah bin Mohamed, (Nakula)(1985),Seni Bina Islam Aplikasi di Malaysia, Warisan Kelantan IV, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan: Kota Bharu.

Khairuddin Talib,( 2011), HBAE3103 Kraf Tradisional.Selangor Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Zailani Yaacob & Azimah, (2011). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4&5. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd

Abdul Halim Nasir,(1996),Ukiran Kayu Melayu Tradisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kathleen Chee,(2008),Pendidikan Seni Visual SPM, Kuala Lumpur: Pelangi Publishing Group Sdn. Bhd

-12-

Page 15: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL JANUARI 2014