hbae3103 kraf tradisional

28
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2012 HBAE3103 KRAF TRADISIONAL PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN MELAKA

Upload: marsyaza-hashim

Post on 08-Dec-2014

12.660 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Hbae3103 kraf tradisional

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012

HBAE3103

KRAF TRADISIONAL

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN

MELAKA

Page 2: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE3103:Kraf Tradisional

Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012

Isi Kandungan Halaman

Penghargaan i

Pengenalan 1

1. Seni Batik 2-3

1.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Batik Melayu 3-4

1.2 Analisis Mengenai Contoh Batik Lukis MelayuYang

Berkonsepkan Islam 5

2. Seni Ukiran 6

2.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Ukiran Melayu 6-7

2.2 Analisis Mengenai Contoh Ukiran Melayu

Yang Berkonsepkan Islam 7-8

3. Seni Tenunan Songket 9

3.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Tenunan Songket Melayu 9-10

3.2 Analisis Mengenai Contoh Tenunan SongketMelayu

Yang Berkonsepkan Islam 10-11

4. Seni Anyaman Melayu 11

4.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam

Anyaman Melayu 11-12

4.2 Analisis Mengenai Contoh Anyaman Melayu

Yang Berkonsepkan Islam 12-13

Kesimpulan 13

Rujukan ii-iii

Page 3: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE3103:Kraf Tradisional

i

Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012

Penghargaan

يِم� ِح� الَّر� مِن� ِح� الَّر� اللِه� ِم� ِب�ْس�

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan

hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk ‘Kraf Tradisional’ HBAE3103

pada kali ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami serta

memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan

pembelajaran saya di OUM Melaka yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh

warga OUM semester Januari 2012 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah memberikan

kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah

yang di hormati, Pn Maria Mohammad. kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada

saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Begitu juga dengan E-Tutor,

Encik Muhamad Ali Bin Zakaria,yang banyak memberi maklumat melalui laman forum LMS.

Tanpa penerangan mereka, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang

baik datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.

Sekian terima kasih.

Page 4: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE3103:Kraf Tradisional

Pengenalan

Mungkin kita sering kali mendengar istilah kraf dalam kehidupan ini seperti kraf tangan dan kraf

tradisional yang merupakan salah satu bidang dalam matapelajaran dunia seni visual. Seni kraf,

menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, merupakan satu perusahaan hasil kerja atau hasil seni yang

memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang

mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Kraf tangan juga adalah dikategorikan sebagai seni rupa

dalam masyarakat Melayu kerana ia merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang

dihasilkan oleh orang Melayu melalui batik, ukiran, anyaman, wau, gasing, tekat, tenunan, seni bina

dan lain-lain. Di Malaysia, kraf sudah menjadi karya seni yang mempunyai nilai komersialnya yang

tersendiri. Hasil seni kraf ini selalunya dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi sebilangan

masyarakat di Malaysia. Namun begitu, kraf juga sudah menjadi sebati dalam diri rakyat Malaysia

bukan sahaja di kalangan Melayu malah pelbagai kaum lagi seperti, Cina, India, Kadazan, Bidayuh

dan sebagainya. Semuanya memiliki kelebihan tersendiri dengan hasil kraf tangan yang dihasilkan

yang begitu indah dan menarik. Contohnya kaum Bidayuh di Sarawak menghasilkan pelbagai

perhiasan rumah yang diperbuat daripada buluh, akar dan rotan. Dalam seni kraf tangan, apa jua hasil

seni yang dicipta bagi keperluan manusia akan digubah indah dengan memasukkan unsur-unsur seni

dengan memberi bentuk yang cantik dan menarik hati. Rekaan kraf tangan itu memerlukan kemahiran

dan kecekapan yang tinggi dalam menggunakan bahan-bahan asas dengan teratur mulai dari proses

yang awal sehinggalah sesuatu hasil seni kraf tangan itu tercipta. Proses penciptaan seni kraf tangan

itu juga memerlukan daya estetika yang tinggi demi untuk menghasilkan reka bentuk yang indah dan

menarik. Selalunya, motif-motif yang dipilih adalah seperti motif flora yang lebih kepada tumbuh-

tumbuhan, bunga-bungaan dan dedaunan. Motif fauna yang dipilih pula adalah berkisar kepada

serangga seperti rama-rama, kupu-kupu, siput, ayam dan lain-lain. Bagi kraf yang dihasilkan oleh

orang Melayu yang beragama Islam, kebanyakan motif atau corak yang dipilih lebih berunsurkan

tumbuh-tumbuhan, geometri dan arabes yang tidak bercanggah dengan apa yang dilarang

agama.Unsur-unsur figura seperti manusia, haiwan seperti harimau, singa, gajah dan sebagainya

adalah tidak digalakkan dalam seni kraf Tradisional Islam. Ini berlaku kerana motif benda bernyawa

yang dihasilkan dalam kraf seperti batik dan sebagainya dikhuatiri mewujudkan unsur yang tidak

diingini seperti pemujaan dan sebagainya. Di dalam tugasan pada kali ini empat seni kraf yang akan

dikupas bagaimana proses menggarap idea, mentafsir idea dan memberi pengaruh makna kepada

1

Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012

Page 5: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE3103:Kraf Tradisional

hasil seni yang berkonsepkan Islam dilakukan. Seni kraf yang dipilih ialah batik, ukiran, tenunan

songket, dan anyaman. Diharap apa yang dirungkaikan ini nanti dapat memenuhi kehendak tugasan

pada kali ini.

1. Seni Batik Melayu

Batik adalah seni kraftangan yang terkenal di Malaysia. Batik dikatakan berasal daripada Kepulauan

Jawa sejak abad ke 12 lagi. Ia telah dikembangkan ke Tanah Melayu terutamanya di kawasan

Kelantan dan Terengganu berkemungkinan daripada kedatangan orang Jawa ke sini. Batik merupakan

satu proses yang memerlukan terapan lilin pada kain putih yang telah diregang pada kayu pemidang.

Setelah lakaran dibuat lilin panas akan dimasukkan ke dalam canting dan proses terapan bermula.

Setelah itu sapuan pelbagai warna yang indah akan dilakukan oleh pembuat batik yang mahir.

Seterusnya beberapa proses seperti merendam kain selama 8 hingga 12 jam dengan sodium silikit

untuk mematikan warna dan air dilalukan kepada kain untuk menghilangkan sodium silikit tersebut.

Kemudian, kain direbus dengan soda ash untuk menanggalkan lilin. Akhir sekali, kain di cuci dan

dibilas di dalam air bersih sebelun ia dikeringkan. Sesungguhnya, walaupun proses membuat batik

agak lama dan rumit, tetapi harga yang ditawarkan kepada pembeli sememangnya amat berpatutan

dengan hasil kerja pembuat-pembuat batik. Di Malaysia, terdapat beberapa jenis batik yang

dihasilkan di sini. Antaranya ialah;

a. Batik Blok

Teknik pembuatan ini adalah terawal digunakan oleh masyarakat kita. Blok yang digunakan diperbuat

daripada kayu atau logam yang diukir dengan motif tertentu dan sesuai bagi mengecap kain yang

dikenali sebagi batik blok atau cop.. Kain yang digunakan terdiri daripada kain kapas, kain sutera dan

organza yang kini menjadi satu jenama fesyen dan digemari rakyat Malaysia bahkan luar negara.

Selain daripada pakaian, batik blok juga boleh dijadikan sebagai hiasan rumah yang menarik.

b. Batik Canting

Batik canting juga digelar sebagai batik lukis. Ia memerlukan kemahiran proses yang tinggi untuk

menghasilkan motif dan corak yang tertentu di atas sehelai kain putih yang diregang pada

menggunakan pemidang. Ini kerana, pembuat batik memerlukan lilin cair untuk diterapkan di atas

2

Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012

Page 6: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE3103:Kraf Tradisional

lakaran pada kain dengan menggunakan satu canting khas. Proses mencanting memerlukan ketelitian

dan kesabaran kepada pembuatnya. Kemudian, ia diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Reka

corak dan warna yang indah bukan sahaja menjadi tarikan dari segi fesyen pakaian malahan turut

dijadikan sebagai alat perhiasan dan kelengkapan rumah serta cenderamata. Kain yang digunakan

untuk batik canting terdiri daripada kain sutera, organza, rayon, voile dan kain kapas.

c. Batik Skrin

Batik skrin adalah batik stensil atau batik sutera saring yang mana ia menggunakan teknik lakaran

corak dan terapan warna dibuat di atas skrin yang dhasilkan dari poliester dan diregang di atas

pemidang. Motif dilukis di atas skrin yang telah ditetapkan ukurannya. Selalunya, beberapa keping

pemidang dengan reka corak yang berlainan disediakan. Ini disebabkan satu pemidang boleh

disapukan satu warna sahaja. Skrin akan dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan proses

penwarnaan dan ia dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik.

1.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Batik Melayu

Dalam penghasilan batik, memilih motif dan membuat reka corak adalah kemahiran yang tinggi perlu

ada pada pembuat batik. Bagaimana seseorang itu menggarap motif yang kreatif dan indah lalu

diterjemahkan kepada sehelai kain polos yang berwarna putih. Proses penggarapan motif selalunya

adalah berasakan sumber alam sekeliling seperti motif flora, arabes geometri, fauna, benda buatan

manusia, atau motif isen. Jika di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu yang terkenal

dengan penghasilan batik yang halus dan ekslusif, unsur-unsur motif yang dipilih adalah berasaskan

hidupan alam seperti tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, subjek yang berkaitan pantai dan laut

seperti motif isen yang terdiri daripada sisik, mata dara, poleng, dan lain-lain lagi. Mereka

menjadikan objek sekeliling sebagai motif yang digubah indah dan mempunyai nilai estetika yang

tinggi. Orang-orang lama selalunya melihat sesuatu objek yang berada disekeliling mereka itu

mempunyai keistimewaan dan menggubahkan serta menjadikan ia sebagai motif yang tersirat di

dalam batik yang dihasilkan. Contohnya sisik ikan yang digubah menjadi corak yang menarik dalam

batik. Begitu juga paku-pakis, pucuk rebung, bunga raya, dan sebagainya yang banyak di dapati di

kawasan itu menjadi sumber inspirasi dan motif popular kepada para pembuat batik. Namun begitu,

tidak semua motif yang digunakan oleh pengusaha batik di negara kita. Ini kerana para pengusaha

3

Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012

Page 7: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE3103:Kraf Tradisional

batik di sini adalah kebanyakannya Melayu yang beragama Islam, maka motif-motif yang dipilih

adalah tidak bercanggah dengan agama dan lebih berkonsepkan Islamik. Dalam Islam juga sendiri

menggalakkan kesenian kepada manusia sejagat dalam menunjukkan penghargaan dan rasa syukur

kepada Tuhan yang esa. AlGhazali pernah mengatakan bahawa, "Kesenian merupakan satu

penghasilan dari jiwa yang jujur & tercipta bagi menyatakan suara jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia ibarat

pengaduan rasa dan ucap syukur akan keindahan yang diciptakanNya kepada diri manusia”. Budaya

Melayu itu sendiri, lebih mengutamakan sesuatu yang positif, kelembutan dan kebaikan dalam

menghasilkan seni berlandaskan kepada seni yang dituntut oleh Islam. Jika di Indonesia atau

kepulauan Jawa, mereka menghasilkan batik tanpa mengira motif subjek. Ini kerana pengaruh agama

seperti Hindu telah meresapi budaya di sana. Jadi terhasillah motif fauna seperti kuda, harimau, ular,

naga dan sebagainya, malahan motif figura seperti manusia juga dipersembahkan sebagai karya seni

batik yang digemari di sana. Ini adalah bercanggah dengan konsep seni Islam yang kita amalkan yang

mana unsur benda hidup seperti haiwan dan figura manusia tidak digalakkan kerana dikhuatiri

menjadi unsur pemujaan dan diagung-agungkan oleh sesetengah pihak. Dalam Islam itu sendiri

melalui para ulama Islam, tiga mazhab Islam iaitu mazhab Al-Imam Abu Hanifah, Al-Imam Al-

Syafie dan Al-Imam Ahmad ibnu Hanbal, menyatakan bahawa membuat gambar atau mengukir

patung berunsurkan manusia atau haiwan adalah dilarang sama sekali kerana menurut hadith

Rasulullah, ia dikira mencabar kuasa Allah Taala. Apatah lagi jika sesuatu gambar itu dihasilkan

untuk tujuan penyembahan agama lain ia mewujudkan kemaksiatan dan menyekutukan Allah SWT.

Namun begitu, dalam Mazhab Imam Al Maliki pula, para ulama menyatakan bahawa melukis objek

ini dibenarkan walaupun makruh. Pada pendapat penulis adalah lebih baik kita mengelakkan dari

melakukan sesuatu yang bercanggah agama kerana itu akan mendatang keburukan daripada kebaikan.

Berbalik kepada motif yang dihasilkan dalam budaya Melayu bercirikan Islam, motif flora sering

menjadi pilihan seperti dalam batik ela motif bunga, kudup, putik ranting dan pucuk digunakan secara

tunggal atau bertabur disusun indah seolah-olah pembuat batik ingin menterjemahkan perasaannya

yang mengagumi ciptaan Tuhan dan bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. Unsur geometri

juga menjadi pilihan yang menarik dan mempunyai keistimewaan sendiri dan sering dijadikan kaki

kain atau gigi. Kadang-kadang, garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperti

cengkerang, siput, kisi-kisi dan lain-lain lagi. Gambar pada rajah 1 adalah salah satu contoh batik

canting yang dibeli oleh penulis daripada seorang teman di Terengganu.

4

Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012

Page 8: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE3103:Kraf Tradisional

1.2 Analisis Mengenai Contoh Batik Lukis Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Rajah 1

Kain batik canting atau batik lukis keluaran Batik Eksklusif Terengganu

Motif batik yang dihasilkan adalah bercorak Arabes iaitu gabungan antara motif flora dan geometri.

Bunga dan daun disusun indah secara menegak dan dihiasi dengan corak paku-pakis,akar kayu dan

bentuk geometri yang melingkar di kiri, kanan hingga ke atas kain. Penulis berpendapat, susunan

motif ini menterjemahkan imaginasi pembuat batik melalui motif-motif yang dipilih untuk

menggambarkan bahawa betapa indahnya objek ciptaan Allah. Pembuat batik mungkin melihat

objek-objek tersebut di sekitar rumah mereka. Contohnya bungaan dan dedaunan,akar serta corak

paku-pakis. Warna-warna harmoni digunakan adalah merah muda serta kuning dan jingga serta

berlatarkan warna hitam yang menarik mata memandang. Dari konsep sains pula, tumbuhan memberi

banyak faedah kepada manusia dengan menghasilkan oksigen untuk keperluan pernafasan setiap

makluk yang hidup di muka bumi ini serta ia dapat mengindahkan rumah kediaman atau baik untuk

penglihatan manusia dan memberi ketenangan pada jiwa manusia. Keseniaan seperti inilah yang

dituntut dalam Islam.

5

Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012

Page 9: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE3103:Kraf Tradisional

2. Seni Ukiran Melayu

Ukiran kayu tradisional juga adalah satu hasil kreativiti masyarakat Melayu yang mengagumkan.

Ukiran ini kerap kita lihat pada tangga rumah Melayu, kisi-kisi rumah, masjid, istana, rumah makam,

rumah kediaman, kepala sampan, perabot rumah dan barangan hiasan dan keperluan harian seperti

bingkai jam, bingkai cermin, bingkai gambar, katil dan sebagainya. Namun di Malaysia, ukiran bukan

sahaja dihasilkan oleh orang Melayu malahan, suku kaum di Sabah dan Sarawak serta masyarakat

Orang Asli. Teknik ukiran yang dihasilkan adalah hampir sama, tetapi motif yang dipilih mungkin

agak berbeza. Ukiran bermaksud mengukir sesuatu bahan, contohnya kayu menggunakan alat

mengukir seperti pisau wali, ‘carving tool’(Khairuddin Talib: 2011). Terdapat empat jenis ukiran

iaitu, ukiran layang, ukiran larik, ukiran timbul dan ukiran tebukan tembus. Seni ukir di Tanah

Melayu banyak terdapat dalam catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu yang menyatakan seni

ukiran Melayu tradisi telah wujud sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu

sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah

kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang

dan menghidupkan suasana seni ukiran. yang kini menjadi peninggalan yang amat berharga.

Tambahan pula, kedatangan Islam pada ketika itu yang membawa AlQuran sebagai pegangan

menjadi sumber motif ukiran bercirikan Islam contohnya kaligrafi. Seni ukiran di Malaysia juga

antara seni kraf yang terkenal di dunia mungkin kerana keadaan alam semula jadi yang kaya dengan

kayu-kayan yang digunakan sebagai bahan binaan, alat perahu, senjata, dan hiasan.

2.1 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Ukiran Melayu

Terdapat pelbagai motif yang dipilih untuk menghasilkan ukiran ialah terdiri daripada motif flora,

motif fauna, Arabes, motif angkasa atau kosmos, motif geometri dan motif seni khat atau kaligrafi

yang menggunakan huruf Arab. Proses menggarap idea adalah berunsurkan objek disekeliling mereka

seperti bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan larat yang terdiri daripada bintang,

matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga serta tulisan ayat Al Quran. Kebanyakannya

melambangkan budaya Melayu itu sendiri yang bernaungkan agama Islam. Dikebanyakan rumah

Melayu, ciri-ciri Islam agak terserlah dengan ukiran khat pada ambang pintu rumah, tingkap, bingkai

cermin, bingkai jam serta alat keagamaan seperti rehal. Di masjid atau surau juga sering kita dapati

6

Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012

Page 10: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE3103:Kraf Tradisional

ayat-ayat Al Quran di ukir di kayu dan diletakkan di dinding serta ukiran motif pelbagai diukir pada

mimbar masjid atau surau. Di bawah adalah contoh-contoh ukiran yang telah diambil untuk kita

analisis bagaimana idea motif itu digarap dan ditafsirkan dan pengaruh apakah yang memberi makna

kepada hasil ukiran tersebut.

2.2 Analisis Mengenai Contoh Ukiran Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Contoh Ukiran 1

Foto ini diambil daripada: http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241ea

Ukiran di atas dinamakan sebagai ukiran tebukan timbul. Idea motif adalah dari motif arabes yang

menggabungkan unsur flora dan geometri dan ada ciri-ciri kosmos yang berbentuk bintang di situ.

Corak disusun dengan indah dan teratur menunjukkan bahawa motif yang dipilih menggambarkan

bahawa pengukir cuba melihat dunia ciptaan Allah yang luas ini dan menterjemahkannya dengan cara

tersendiri. Di sini juga kita boleh menafsirkan bahawa pengukir sebenarnya menghayati kebesaran

Ilahi dan mengagumi bahawa setiap apa yang diciptakan Allah mempunyai fungsi tersendiri. Konsep

penting dalam penghasilan seni ukiran yang bercirikan Islam kerana ia mewujudkan perasaan tenang,

aman dan damai di hati dan merendah diri pada Tuhan yang Esa. Pengagungan dan perhiasan

bukanlah matlamat sebenar bagi seni ukiran Islam. (Norashikin Mohd Bani, 2002). Dalam seni

ukiran Islam, pengukir perlulah mengikut syariat agama seperti tidak menghasilkan ukiran berbentuk

haiwan dan manusia atau makhluk bernyawa. Ini adalah untuk mengelakkan perkara yang tidak

diingini terjadi seperti unsur-unsur, penyembahan, pemujaan dan mengagung-agungkan benda buatan

7

Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012

Page 11: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE3103:Kraf Tradisional

manusia. Ukiran pada tembaga dan gangsa juga perlulah bergabung dengan motif-motif kaligrafi dan

arabes supaya tidak timbul ciri-ciri motif yang melampau dan dilarang dalam Islam. Selain itu, seni

ukiran tradisional Melayu yang bercirikan Islam seharusnya dipelajari kerana mengandungi nilai-nilai

estetika yang mencerminkan kemahiran dan kehalusan budi sesuatu kaum (Norashikin Mhd

Bani,2002)

Contoh Ukiran 2

Foto diambil daripada blog: http://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lama-perak-yang-

terbiar-old-and.html

Di atas adalah foto ukiran jenis tebuk tembus yang didapati di sebuah surau lama di Perak

bermotifkan seni khat atau kaligrafi. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa seni khat adalah

keitimewaan seni ukiran yang sering menghiasi bangunan-bangunan Islam, masjid, surau, sekolah

agama, dan segelintir rumah orang Melayu Islam. Seni khat ini berasal dari Negara-negara Timur

Tengah.Wujudnya ukiran seperti ini adalah memberi kesan keindahan yang mendekatkan diri

manusia kepada Penciptanya. Oleh itu, ukiran-ukiran dari pelbagai motif itu terjalin dengan

keindahan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat yang dapat menambat hati dan

perasaan manusia (Abdul Ghani Samsudin etal 2001). Budaya Melayu sendiri juga mengajar anak-

anak agar mencintai ayat-ayat Allah dan sentiasa menyemaikan jiwa dengan iman melalui

penghayatan kepada agama Islam.

8

Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012

Page 12: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE3103:Kraf Tradisional

3. Seni Tenunan Songket Melayu

Tenunan juga adalah salah satu kraf tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di kalangan

kaum Melayu. Songket merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi sejak

dahulu lagi. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan

yang indah dan menarik hati sesiapa yang memandang. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah

melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. Kedatangan pedagang-

pedagang ke Tanah Melayu pada zaman dahulu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan

tempatan terutamanya di negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu. Pada zaman

dahulu, motif dan warna yang terdapat pada songket melambangkan kedudukan seseorang. Sebagai

contoh songket yang ditenun menggunakan benang sutera halus dan benang emas dipakai oleh

kerabat raja dan golongan bangsawan. Namun kini, songket ditenun dengan menggunakan benang

kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa dalam majlis-majlis tertentu.

3.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Tenunan Songket Melayu

Motif dalam tenunan songket biasanya terdiri daripada unsur flora seperti Bunga Tanjung, Bunga

Gorek, Bunga Cengkeh, Pucuk Rebung, Bunga Lawang dan lain-lain lagi. Selain itu motif daripada

haiwan seperti Lawi Ayam, Kuda Laut, Kupu-kupu, Ayam Jantan, Burung Merak juga menjadi

sumber inspirasi para penenun menghasilkan karya. Satu lagi motif yang popular ialah geometri,

bintang pecah lapan dan mahkota. Menurut Koordinator Batik International Research Design Access

(Birda), International Institute of Design Excellence, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti

Teknologi Mara (UiTM), Dr. Norwani Md. Nawawi, corak dan motif pada kain songket memaparkan

ciri-ciri unik identiti orang Melayu. Beliau juga menyatakan penenun-penenun tradisional biasanya

tinggal di persekitaran suasana kampung yang dikelilingi oleh bermacam-macam jenis pokok buah-

buahan atau berdekatan dengan laut dan sering mengalami musim tengkujuh. Mereka sangat kreatif

dan mempunyai pemerhatian yang tajam dan daya imaginasi yang kuat. Hasilnya kebanyakan motif

songket adalah nama-nama daripada pokok, bunga, burung dan ada juga daripada kuih-kuih Melayu

yang menjadi kesukaan raja-raja seperti seri kaya, wajik dan tepung talam(Dr. Norwani Md Nawawi:

Utusan Online). Sesungguhya tidak pernah terfikir oleh kita bahawa nenek moyang kita dahulu telah

memahami dan menghayati seni yang dihasilkan oleh mereka terhasil dari deria kreativiti serta bakat

semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang

9

Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012

Page 13: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE3103:Kraf Tradisional

diilhamkan melalui idea dan sumber dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif

yang akan menjadi tenunan hebat yang tidak ternilai. Setiap karya yang dihasilkan mempunyai nilai

estetika yang tinggi dan memikat hati sesipa sahaja yang memandang. Setiap hasil tenunan itu

kebanyakannya tidak lari daripada bercirikan Islam, yang mana secara tersiratnya, melalui motif-

motif tersebut, penenun ingin menyampaikan perasaan mereka mengenai rasa kesyukuran dan

kekaguman dengan setiap apa yang diciptakan Allah di dunia ini. Dan setiap apa yang diciptakan

olehNya itu tidak pernah sia-sia. Itulah kehebatan kraf tradisional Melayu yang bercirikan Islam yang

menemukan keindahan bukan sahaja pada karya yang dihasilkan malahan keindahan dan kasih

sayang antara seorang hamba kepada penciptaNya. Di bawah adalah salah satu contoh hasil tenunan

songket yang akan di analisis mengenai keunikan dan kesepaduan kesenian Islam dengan budaya

Melayu itu sendiri.

3.2 Analisis Mengenai Seni Tenunan Songket Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Contoh Tenunan Songket yang diambil dari blog:

http://seni-art.blogspot.com/2010/01/seni-tenun-songket-melayu-pekanbaru.html

Tenunan songket pada gambar tersebut merupakan kain samping songket yang menggunakan motif

arabes yang menggabungkan unsur flora dan geometri. Motif arabes sangat popular dalam kesenian

Islam kerana ia lahir dalam satu budaya dan tamadun yang masyarakat awalnya mahir dalam

pelbagai ilmu matematik, logik, astronomi, kosmologi, seni bina yang kesemuanya menjadi sumber

nilai-nilai estetika.  Padanan motif geometri dan bunga tersebut sangat indah disusun. Sebenarnya

pemilihan bentuk-bentuk geometri, tumbuh-tumbuhan dan corak khat adalah antara alternatif kepada

larangan menggambar yang disebut dalam hadith-hadith contohnya figura manusia atau motif haiwan.

Selain itu juga, penenun mengolah dan mereka cipta bentuk-bentuk geometri dan hiasan

10

Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012

Page 14: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE3103:Kraf Tradisional

bermotifkan tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan keseniaan yang harmoni dan bernilai tinggi.

Penenun juga menghasilkan motif bukan sekadar indah pada pandangan mata malah ia penuh dengan

makna tersirat. Contohnya motif arabes sering diguna pakai dalam keseniaan Islam kerana selain

bentuk, idea merupakan aspek penting yg perlu dipertimbangkan dalam penjelmaan pelbagai motif

arabes.  Idea yang melahirkan pernyataan kreativiti penenun Melayu Islam dalam percubaan dan

usaha mereka menggali daripada al Quran dan Hadith.  (Fleurza, 2004: CARI Malay Forum)

4. Seni Anyaman Melayu

Anyaman adalah satu jenis kraf yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Terdapat

anyaman ketupat, tikar mengkuang, alat keperluan harian dan sebagainya telah banyak dihasilkan khususnya

penduduk di kampung-kampung. Terdapat beberapa jenis anyaman kaum Melayu seperti, anyaman kelarai,

anyaman biasa dan anyaman sulaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar,

buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui

anyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul

dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk. Anyaman berkembang sejak dahulu lagi dan tidak

mempunyai pengaruh dari luar. Orang dahulu menganyam daunan, tali rotan, untuk menghasilkan barang

keperluan hidup seperti tikar, bakul, tempat buaian, dan kini anyaman sudah dikomersilkan dengan

penghasilan barangan menarik seperti hiasan dinding, bekas duit, bekas tisu, alas pinggan, kipas, bekas

tembakau dan sebagainya. Sewaktu dahulu, aktiviti anyaman ini dikatakan dilakukan oleh kaum wanita untuk

mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama. Malah, kini hasil seni anyaman tidak lagi

terhad kepada bentuk tradisional malahan reka bentuk baru dari segi rupa, warna dan corak, teknik dan bahan,

seringkali diubahsuai mengikut citarasa pengguna.

4.1 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Anyaman Melayu.

Dalam anyaman, idea motif dan corak juga bersumberkan dari alam sekitar. Motif anyaman yang sering

digunakan terdiri daripada tumbuhan, nama manusia, haiwan dan abstrak. Namun begitu, corak yang

dihasilkan bukanlah berbentuk figura manusia ataupun haiwan. Hanya sekadar nama penyedap bicara orang

zaman dahulu sahaja. Contohnya kelarai Mak Mek, Kelarai Cik Kedah ketapang, kelarai Jari Kedidi, Kelarai

11

Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012

Page 15: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE3103:Kraf TradisionalTapak Anjing, kelarai Mata Ketitir adalah sebahagian nama-nama manusia dalam anyaman. Anyaman Kelarai

ini cukup indah dan menarik dipandang mata. Kelarai daripada tumbuhan pula terdiri daripada Kelarai Tampuk

Manggis, Kelarai Bunga Cengkih, Kelarai Bunga Cina dan lain-lain. Begitu hebat orang zaman dahulu yang

berpandukan alam sekeliling untuk dijadikan sumber inspirasi lalu dijelmakan dengan pelbagai corak yang

mempunyai makna tersendiri . Lihat Rajah 2.

Rajah 2: Dipetik dari Blog; http://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.html

4.2 Analisis Mengenai Seni Anyaman Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Foto dipetik dari Blog Work of Art: http://intan-hmd.blogspot.com/

Anyaman di atas bermotifkan Kelarai Tampuk Jantung. Motif yang dipilih adalah berunsurkan

tumbuh-tumbuhan dan geometri yang dikenali sebagai motif arabes. Motif ini banyak digunakan oleh

seniman dan tokoh-tokoh seni Islam kerana bentuknya yang digarap mudah dan indah. Idea anyaman

Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012

Page 16: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE3103:Kraf Tradisional

12

ini dijelmakan oleh orang dahulu berdasarkan tumbuhan di sekitar rumah mereka dan bentuk-bentuk

geometri di rumah yang sering dilihat dan menjadi sumber inspirasi dalam penghasilan motif yang

akhirnya di kenali dengan pelbagai nama rekaan mereka sendiri. Motif-motif ini saling berkait antara

budaya Melayu dengan kesenian Islam. Ini kerana sumber motif kebanyakannya adalah berlandaskan

ciptaan Allah yang Esa. Penghasil anyaman selalunya menitikberatkan unsur Islamik dengan

mengagungkan kebesaran Tuhan dan mengelakkan unsur yang bercanggah dengan syariat agama.

Kesimpulan

Sebagaimana kita ketahui, kraf merupakan satu proses menghasilkan hasil seni yang memerlukan

daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai pelbagai

jenis dan bentuk. Berdasarkan daripada huraian di atas seni kraf Melayu mempunyai hubungan yang

erat antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Proses penggarapan idea bagi

setiap jenis kraf mempunyai ciri-ciri yang sama. Setiap daripada kraf mempunyai motif dan corak

dari sumber yang hampir sama seperti flora, fauna, geometri, arabes, abstrak dan sebagainya. Namun

begitu, dalam Islam motif fauna seperti haiwan dan figura berbentuk manusia dilarang dan tidak

digalakkan dalam penghasilan karya berdasarkan hadith dan beberapa mazhab yang terdapat dalam

Islam. Ini kerana, kebanyakan hasilan yang berbentuk figura dan haiwan boleh mewujudkan satu

elemen pemujaan dan tidak sesuai dijadikan perhiasan kerana ia mirip kepada ciptaan asal. Ini dikira

mencabar kuasa Yang Maha Mencipta. Selain itu, motif-motif yang berunsurkan arabes, flora, dan

geometri mempunyai makna yang tersirat yang memperlihatkan elemen ketuhanan serta rasa rendah

diri hamba kepada Penciptanya. Orang Melayu sememangnya sangat kreatif dan mempunyai daya

penglihatan dan pemikiran yang tajam kerana telah menjadikan alam ciptaan Tuhan dan sekitar

kehidupan mereka untuk mendapat idea. Sumber idea itu digarap dan dijelmakan dengan pelbagai

bentuk corak yang akhirnya setiap satunya diberi nama yang memberi gambaran tentang apa yang

difikirkan oleh mereka. Oleh yang demikian, penghasilan kraf, pengusaha dan tokoh-tokoh seni ini,

bukan sahaja menghasilkan karya yang indah pada pandangan lahiriah tetapi menyerapkan unsur-

unsur keagamaan seperti kekaguman dengan ciptaan Allah berdasarkan motif-motif yang dipilih.

3774 patah perkataan

Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012

Page 17: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE3103:Kraf Tradisional

13

Rujukan

Khairudin Talib.(2011).HBAE 3103Kraf Tradisional.Selangor:Meteor Doc.Sdn Bhd.

Anyaman

http://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.html

Batik

http://www.kraftangan.gov.my/craft_category/main/10/?menuid=95

Contoh Ukiran Kayu Melayu

http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241ea

Contoh Kelarai

http://artgeng.blogspot.com/2010/04/contoh-kelarai.html

Hukum Melukis Gambar Menurut Pandangan Islam

http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=929:hukum-melukis-gambar-

menurut-pandangan-islam-&catid=7:ilmiah&Itemid=69

Hukum Melukis Objek dan Binatang

http://www.padinno.com/2011/08/hukum-melukis-gambar.html

Motif Songket Bercirikan Orang Melayu

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?

y=2007&dt=0314&pub=utusan_malaysia&sec=keluarga&pg=ke_04.htm&arc=hive

Sarawak Bidayuh Handicrafts.Beautifully crafted. durable and functional works of art.

http://www.sarawak-vacation-destinations.com/sarawak-bidayuh-handicrafts.html

Seni Lama Melayu

http://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lama-perak-yang-terbiar-old-and.html

Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012

Page 18: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE3103:Kraf Tradisional

ii

Tenunan Songket

http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/tenunan-songket.html

Ukiran Kayu Tradisional

http://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.html

Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012

Page 19: Hbae3103 kraf tradisional

HBAE3103:Kraf Tradisional

iii

Marshizawati Binti Rasip 761020135460002Semester Januari 2012