hasil kajian lengkap sate

17
Hasil kajian 6.1 : Maklumat asas 6.1.1 Jenis kegiatan ekonomi Kegiatan ekonomi tradisional yang telah saya pilih ialah pengusaha sate. Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu. Sate dicipta oleh para pedagang jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad 19. Selain sate lembu dan ayam yang popular, terdapat beberapa jenis sate lain yang dijual, antaranya, Sate arnab, Sate perut, Sate pedal, Sate kerang, Sate ikan dan Sate ampai-ampai

Upload: -

Post on 11-Dec-2015

193 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

kerja kursus sejarah

TRANSCRIPT

Hasil kajian

6.1 : Maklumat asas

6.1.1 Jenis kegiatan ekonomi

Kegiatan ekonomi tradisional yang telah saya pilih ialah pengusaha sate. Sate (ejaan

lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat

daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan

api arang kayu.

Sate dicipta oleh para pedagang jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada

abad 19. Selain sate lembu dan ayam yang popular, terdapat beberapa jenis sate lain yang

dijual, antaranya, Sate arnab, Sate perut, Sate pedal, Sate kerang, Sate ikan dan Sate ampai-

ampai

Kebanyakan orang Melayu tidak makan daging semata-mata. Oleh itu biasanya turut

disertakan nasi dalam bentuk ketupat. Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk

dengan lidi kelapa. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul

serta dimasak dengan pelbagai herba. Bau yang wangi amat penting. Boleh juga didapati, sate

dihidang dengan bawang merah dan timun, selain ketupat nasi atau nasi himpit.

Di Malaysia, sate sering dikaitkan dengan sate Kajang. Di Bayan Baru, Pulau Pinang ada

dijual sate Kajang. Begitu juga dengan di Ipoh, Muar dan Johor Bahru.

Sate bukan menu makanan Melayu semata-mata. Sate turut popular di negara-negara

Asia Tenggara lain. Di benua Amerika Selatan iaitu di negara Guyana ada juga sate, tetapi

saiznya lebih besar.

Di Malaysia, sate dipercayai diperkenalkan oleh Haji Tasmin bin Sakiban di pusat bandar

Kajang sekitar tahun 1900. Beliau menjual dari rumah ke rumah dan di sepanjang jalan,

beliau akan berhenti jika dipanggil. Jadi perniagaan beliau adalah jenis perniagaan bergerak

ataupun peniaga kandar.

6.1.2 Sejarah kewujudan.

Sejarah perusahaan sate bermula apabila keluarga Encik Ahmad Razali Bin Ismail

telah berhijrah ke Kampung Ampang Indah kira-kira 30 tahun yang lalu. Mereka telah

mengusahakan pelbagai jenis sate seperti sate ayam, daging, hati dan arnab. Apabila

menamatkan persekolahan, Encik Ahmad Syafik Bin Ismail telah menyambung usaha kedua

ibu bapanya memandangkan beliau mempunyai minat yang tinggi dalam bidang masakan di

samping telah mewarisi kepakaran ibunya menghasilkan kuah kacang yang sangat lazat.

6.1.3 Lokasi.

Lokasi kajian ialah Lot 1363 Jalan Indah 1, Kg. ampang Indah, 68000 Ampang, Selangor

6.1.4 Nama Pengusaha

Pengusaha sate ini telah mendaftarkan nama syarikat menggunakan nama Encik Ahmad

Syafik Bin Ismail sebagai pemilik syarikat. Mereka menggunakan nama Sate Lembah Jaya

Enterprise. Beliau berusia 43 tahun dan menetap di Kampung Ampang Indah

6.2 Latar Belakang

6.2.1 Tujuan dijalankan

Potensi perniagaan berasaskan makanan sangat luas dan mampu mendatangkan

pulangan yang lumayan. Menurut Puan Siti Aisyah, beliau mengusahakan perniagaan sate

untuk memenuhi beberapa keperluan yang berikut.

Tujuan yang pertama termasuklah untuk memenuhi keperluan penduduk sekitar yang

memilih untukmendapatkan makanan. Cita rasa pengguna kebanyakkannya lebih

menggemari makanan tardisional yang lazat.

Selain itu, beliau juga perlu memenuhi permintaan masyarakat setempat untuk

mendapat bekalan sate pada musim perayaan. Kebiasaannya permintaan memuncak semasa

musim perayaan Aidil Fitri.

Di samping itu, terdapat juga permintaan sate dari syarikat yang memerlukan sate

untuk dijadikan hidangan istimewa dalam majlis-majlis keraian tertentu khususnya program

rumah terbuka.

Akhir sekali beliau merasakan aktiviti perniagaan sate merupakan pekerjaan yang

sangat serasi dengan dirinya dan mampu mendatangkan kepuasan dalam hidupnya. Beliau

berpendapat menjadi seorang usahawan mampu menjadikan dirinya seorang yang penyabar

dan cekal.

6.2.2 Produk yang dihasilkan

Produk yang dihasilkan oleh Puan Siti Aisyah ialah sate ayam, sate daging, kuah

kacang dan nasi impit. Produk tersebut dijual dalam dua kaedah iaitu terus dibakar atau

disediakan dalam bentuk sejuk beku bagi pelanggan yang ingin membakar sate tersebut

sendiri.

6.2.3 : Kaedah / Cara penghasilan.

6.2.3.1 : Senarai bahan.

Bahan membuat sate terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sate, kuah kacang dan ulam.

Bahan-bahan sate:

ayam dan daging

halia lengkuas

jintan manis

gula melaka

gula

garam

bawang besar

bawang putih

Bahan kuah kacang.

kacang tanah

serai

bawang besar

halia

bawang putih

udang kering

cili kisar

asam jawa

garam dan gula

Ulaman

Timun

Bawang besar

6.2.3.2 : Proses / peringkat penghasilan.

(a) Sate

Proses membuat sate merangkumi beberapa langkah. Berikut merupakan urutan

langkah penyediaan sate.

Daging ayam dicucuk kepada lidi sate

Membersihkan ayam &Memotong isi ayam

kepada bahagian-bahagia n kecil

mencucuk daging ayam ke lidi sate

Memerap isi ayam dengan rempah sate untuk tempoh

24 jamMembakar sate

Ayam yang telah siap dicucuk dan sedia untuk diperap

(b) Kuah kacang

Proses membuat kuah kacang merangkumi beberapa langkah. Berikut merupakan urutan

langkah penyediaan sate.

kacang tanah dibasuh dan

ditoskan

kacang digoreng tanpa minya

sehingga garing

kulit kacang diasingkan dan dimesin kasar

proses memasak kuah kacang

Kacang tanah dibersihkan dan ditoskan

Kacang tanah digoreng tanpa minyak

Kulit kacang tanah diasingkan

Kacang tanah disedia dimasak di dalam periuk besar

6.2.4 Kos pengendalian

Untuk menjalankan perniagaan sate ini, Pn. Siti Aisyah telah mengeluarkan beberapa kos.

Berikut merupakan anggaran kos pengeluaran dalam sebulan.

Produk Kos bahan

mentah yang

digunakan

seunit

Harga jualan

seunit (RM)

Jangkaan jualan

sebulan (RM)

Margin kasar

seunit

Sate ayam 35 sen 65 sen 25,000 12, 000

Sate daging 40 sen 65 sen 18,000 8, 500

Beliau juga perlu mengeluarkan kos untuk membayar gaji pekerja iaitu kira-kira RM2500,

kos bahan bakar kira-kira RM400, kos ulam RM200 dan kos kuah kacang kira-kira RM800,

dan kos operasi kira-kira RM200. Anggaran keuntungan kasar sebulan kira-kira RM12,500.

6.3 Sumbangan/pengaruh kepada keluarga atau masyarakat

6.3.1 Sumber pendapatan

Pernigaan sate menjadi sumber pendapatan utama bagi keluarga puan Siti Aisyah

sekeluarga sejak kira-kira 30 tahun dahulu lagi. Pendapatan daripada bidang ini

membolehkan mereka sekeluarga membina rumah kediaman, membeli kenderaan,

menmbiayai pengajian ahli keluarga dan menunaikan ibadah haji. Pendapatan tersebut juga

telah digunakan untuk membesarkan gerai mereka bagi memajukan perniagaan sate tersebut.

Selain itu, mereka juga telah membuat tabungan dan pelaburan dalam Amanah Saham

Bumiputera sebagai persediaan untuk masa depan mereka.

6.3.2 Penerusan tradisi keluarga

Memandangkan aktiviti perniagaan sate telah manjadi darah daging dalam keluarga

Puan Siti Aisyah, maka beliau berpendapat bahawa beliau dan keluarga perlu meneruskan

tradisi yang telah dimulakan oleh keluarganya itu apatah lagi bidang ini dianggap sebagai

ketinggalan zaman dan tidak popular. Bagi Puan Siti Aisyah, dia bangga kerana dapat

meneruskan usaha ibu bapanya lebih-lebih lagi bidang tersebut telah berkembang dengan

lebih baik.

6.3.3 Peluang pekerjaan

Bidang perniagaan sate ini mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk

di kawasan yang berhampiran. Memandangkan , pekerjaan ini tidak memerlukan kelulusan

yang tinggi berbanding kerja profesional dan separuh professional. Buat masa ini Puan Siti

Aisyah telah memiliki tiga orang pekerja untuk membantunya memproses sate.

6.3.4 Memenuhi permintaan

Aktiviti penjual sate ini dilakukan untuk memenuhi keperluan penduduk sekitar yang. Cita

rasa pengguna kebanyakkannya lebih menggemari makanan tradisional. Selain itu,

perniagaan sate bertujuan memenuhi permintaan masyarakat setempat untuk mendapat

bekalan sate khususnya untuksemasa musim perayaan. Kebiasaannya permintaan memuncak

semasa musim perayaan Aidil Fitri. Di samping itu, terdapat juga permintaan sate dari

syarikat katering yang memerlukan sate untuk dijadikan hidangan dalam majlis-majlis

keraian tertentu.

6.4 Prospek

6.4.1 Cabaran yang dihadapi

Sepanjang menjalankan perniagaan, Pn. Siti Aisyah terpaksa mengharungi beberapa cabaran

untuk memajukan perniagaan mereka. Baginya, cabaran tersebut merupakan asam garam

untuk memajukan perniagan tersebut.

6.4. Cuaca

Cabaran utama yang terpaksa mereka hadapi termasuklah faktor cuaca yang sedikit

sebanyak mengganggu urusan perniagaan mereka. Memandangkan gerai mereka berada di

kawasan yang agak rendah, air daripada projek pembinaan di kawasan berhampiran akan

memenuhi ruang hadapan gerai apabila hujan turun dengan lebat. Keadaan ini akan

menyukarkan pelanggan untuk memarkir kenderaan dan sekaligus akan menjejaskan

perniagaan mereka.

6.4.2 Kenaikan harga barang

Selain itu belaiu juga terpaksa menanggung kerugian apabila barang mentah

meningkat dengan mendadak menjelang musim perayaan. Kesannya, margin untung mereka

menjadi kecil.

6.4.3 Sikap pelanggan

Beliau juga pernah mengalami kerugian apabila pelanggan tidak menjelaskan baki

bayaran tempahan. Kebiasaan kes ini berlaku apabila pelanggan menempah sate dalam

kuantiti yang banyak untuk majlis-majlis tertentu. Bagi mengelakkan kejadian ini berulang,

beliau menaikkan deposit tempahan sehingga 70 peratus daripada harga asal sekiranya

pelanggan tersebut merupakan pelanggan baru.

6.4.2 Galakan Kerajaan

Pn. Siti Aisyah telah mendapat bantuan dari pihak kerajaan untuk mengembangkan

perniagaan beliau. Pada peringkat awal, beliau telah membuat pinjaman perniagaan melalui

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) sebanyak RM15,00 bagi memulakan

perniagaan. Modal tersebut telah digunakan dengan sebaiknya bagi membeli peralatan

memasak dan mengubahsuai ruang memasak.

Selain itu, beliau juga telah menghadiri kursus usahawan anjuran Majlis Amanah

Rakyat (MARA). Melalui kursus tersebut, beliau telah menjapat tunjuk ajar untuk

menguruskan perniagaannya dengan lebih efisyen khususnya tentang pengurusan keewangan.

6.4.3 Reaksi masayarakat

Menurut Pn. Siti Aisyah, sepanjang menjalankan perniagaan tersebut, beliau

mendapat reaksi yang sungguh menggalakkan daripada masyarakat. Memandangkan

perniagaan mereka telah lama bertapak, mereka telah mempunyai pelanggan tetap yang tidak-

tidak putus menyokong perniagaan mereka. Beliau mengakui pada peringkat awal terdapat

juga komen negative daripada pelanggan tentang rasa sate yang dianggap kurang enak.

Beliau menjadikan teguran tersebut sebagai pembakar semangat untuk membuat

penambahbaikkan.

6.4.4 Harapan

Pn. Siti Aisyah menaruh harapan yang tinggi agar perniagaan mereka berkembang dengan

maju pada masa akan dating. Beliau berhasrat untuk memasarkan produk mereka dalam

bentuk sejuk beku agar mudah dinikmati oleh penggemar sate di mana-mana sahaja.

Selain itu, beliau berharap agar perniagaan tersebut akan diwarisi oleh anak-anaknya dan

menjadi identiti masyarakat setempat.