kota singa - mllpc.sg 18... · murid-murid haruslah dibekalkan dengan bahan bacaan yang ... bentuk...

26
hasil karya Suhainis Samsi Kota Singa

Upload: vuongnhu

Post on 11-May-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

hasil karyaSuhainis Samsi

Kota Singa

Profesor Madya Dr. Muhammad Faishal IbrahimSetiausaha Parlimen KananKementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Sosial dan KeluargaPengerusi, Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC)

Prakata oleh Pengerusi MLLPC

‘Pelajar Aktif, Pengguna Cekap’ merupakan matlamat pembelajaran Bahasa Ibunda di Singapura. Murid-murid haruslah dibekalkan dengan bahan bacaan yang kreatif untuk mendorong minat mereka terhadap pembelajaran Bahasa Ibunda. Lebih banyak bahan bacaan yang dapat mereka akses, lebih baik natijahnya.

Siri Nabil dan Nabilah telah diilhamkan pada tahun 2015 untuk murid-murid sekolah rendah khususnya bagi Darjah 1 dan 2 dengan tujuan untuk menambah jumlah bahan bacaan tempatan bahasa Melayu. Buku-buku yang dihasilkan oleh guru-guru Bahasa Melayu Singapura ini telah mendapat sambutan baik daripada kanak-kanak, ibu bapa dan juga para pendidik.

Lanjutan daripada maklum balas tersebut, Siri Nabil dan Nabilah diteruskan untuk murid-murid Darjah 3 dan 4 pula. Terdapat pembaharuan yang telah dilakukan terutama sekali aspek jalan cerita dan penampilan watak-watak dalam siri tersebut agar dapat memenuhi cita rasa para pembaca yang berusia antara sembilan hingga sepuluh tahun. Selain itu, aktiviti-aktiviti susulan setelah membaca disediakan untuk membolehkan ibu bapa dan ahli keluarga terlibat sama. Aktiviti membaca bersama-sama keluarga dapat memupuk sikap-sikap positif dan berpotensi menanamkan nilai-nilai yang baik.

Guru merupakan golongan yang dekat dengan murid. Mereka mengenali minat dan cita rasa murid. Oleh hal yang demikian, setiap sumbangan guru dalam penghasilan siri buku bacaan ini amat dihargai. Kepada guru-guru yang telah menyumbang dalam penulisan buku cerita ini, saya mengucapkan syabas dan ribuan terima kasih.

Besar harapan saya agar usaha ini dapat diteruskan dan lebih banyak karya dapat dihasilkan demi kemajuan dan pembangunan intelek anak-anak kita. Semoga mereka bakal menjadi pengguna bahasa ibunda yang cekap dan yakin serta berbangga akan bahasa dan budaya Melayu.

Burung punai di pucuk rebung,Anak kedidi terbang berempat;

Bahasa disanjung budaya dijunjung,Majulah seni bangsa berdaulat.

Para Penulis Buku Darjah 4

Salina Hussin Mulianya Hatimu Suzanah Yahaya Bo, Bo, Boling! Suriani Sokran Terima Kasih Md Hizammuddin Md Yusof Planet Ceper Juraida Miswari Salam Sayang Suzanah Miswari Pasar Malam Nurhidaya Mohd Sidik Pulau SemakauSuhainis Samsi Kota Singa Sarifah Hassan Di Manakah Ayah?Nur Syazwani Shaibani Cinta T Pengurusan Pembinaan Buku

Penasihat Projek ZafilinAbdulHamidEditor Zainaba OmarSekretariat MLLPC Siti Fazila Ahmad Murshidah Hassan Nasrudin Raja Sulaiman Nur Fa’izah Matnoor Nur Sifa Hussin Mislimah Misti

PENGHARGAAN

hasil karyaSuhainis Samsi

Kota SingaPara Penulis Buku Darjah 4

Salina Hussin Mulianya Hatimu Suzanah Yahaya Bo, Bo, Boling! Suriani Sokran Terima Kasih Md Hizammuddin Md Yusof Planet Ceper Juraida Miswari Salam Sayang Suzanah Miswari Pasar Malam Nurhidaya Mohd Sidik Pulau SemakauSuhainis Samsi Kota Singa Sarifah Hassan Di Manakah Ayah?Nur Syazwani Shaibani Cinta T Pengurusan Pembinaan Buku

Penasihat Projek ZafilinAbdulHamidEditor Zainaba OmarSekretariat MLLPC Siti Fazila Ahmad Murshidah Hassan Nasrudin Raja Sulaiman Nur Fa’izah Matnoor Nur Sifa Hussin Mislimah Misti

2

Nabil dan Nabilah berada di stesen kereta api gerak cepat (MRT) Raffles Place bersama keluarga mereka dan keluarga Pak Ngah. Ayah ingin membawa mereka semua berjalan-jalan pada hari itu.

Hatiku riang, girang sekali;Menaiki MRT bersama famili.

3

Keluarga Pak Ngah menetap di Australia. Keluarga Pak Ngah telah datang ke Singapura untuk melawat saudara-mara mereka di sini.

4

Selama ini, Nabil dan Nabilah hanya berhubung dengan sepupu-sepupu mereka itu melalui panggilan video. Oleh itu, mereka teruja apabila dapat bersua.

5

Nabil telah membawa tabletnya untuk lawatan itu. Dia bercadang untuk mendapatkan ilham tugasan mengarang pantun dua kerat di tempat-tempat yang akan dilawati oleh mereka.

6

Gilap permata supaya kilat;Inilah pantun dua kerat

Pantun Dua Kerat

Cikgu Syahira, guru Bahasa Melayu Nabil, telah memperkenalkan pantun dua kerat kepada murid-muridnya sebelum cuti sekolah bulan Jun. Cikgu Syahira meminta murid-muridnya mengarang pantun berdasarkan pengalaman cuti sekolah mereka.

7

Separuh singa, separuh ikan;Tugu Merlion menjadi tarikan.

Setelah keluar dari stesen MRT Raffles Place, mereka berjalan menuju ke arah tugu Merlion. Alia dan Ali kagum akan Merlion yang memancurkan air ke dalam Sungai Singapura. Mereka seronok berswafoto bersama mercu tanda itu.

Separuh singa, separuh ikan;Tugu Merlion menjadi tarikan.

Setelah keluar dari stesen MRT Raffles Place, mereka berjalan menuju ke arah tugu Merlion. Alia dan Ali kagum akan Merlion yang memancurkan air ke dalam Sungai Singapura. Mereka seronok berswafoto bersama mercu tanda itu.

8

Meskipun dilahirkan di Australia, kedua-dua anak Pak Ngah fasih berbahasa Melayu kerana Pak Ngah dan Mak Ngah sering berbual dengan anak-anak mereka dalam bahasa Melayu. Setelah puas mengambil gambar di Merlion, mereka pun menuju ke arah Esplanade dengan ghairah.

Apakah nama bangunan itu, Nabilah?

Itu Esplanade, Alia. Pelbagai persembahanseni diadakan di sana.

9

Nabil dan Nabilah pernah pergi ke Esplanade tahun lalu kerana sekolah mereka telah menganjurkan lawatan menonton teater di sana. Mereka rancak menceritakan kepada sepupu-sepupu mereka tentang lawatan mereka itu.

10

Reka bentuk Esplanade sangat menakjubkan. Bentuk bangunan itu sangat unik. Pelbagai kegiatan seni diadakan di situ. Keluarga Pak Ngah seronok dapat bergambar di hadapan bangunan itu. Mereka juga kagum melihat pameran-pameran yang ada di dewan utama Esplanade.

Bak durian dari jauh dan dekat; Esplanade menawan, hati terpikat.

11

Setelah itu, mereka berjalan menuju ke arah Roda Raksasa Singapura. Mereka perlu melalui Pelantar Terapung Singapura. Ayah Nabil dan Nabilah memberitahu Alia dan Ali tentang sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan di pelantar tersebut.

12

Setelah membeli tiket, kedua-dua keluarga itu menaiki salah sebuah kapsul Roda Raksasa itu. Pada mulanya, mereka agak takut apabila kapsul mereka naik semakin tinggi. Namun, apabila mereka sampai di puncak pelayang itu, mereka berasa takjub melihat pemandangan sekeliling.

Roda Raksasa menuju ke awan;Mulanya takut, akhirnya tertawan.

Kapsul kini tinggi di awan; Kota Singa indah menawan.

13

Setelah putaran kapsul mereka selesai, mereka duduk di sebuah bangku berhampiran yang menghadap Sungai Singapura. Mereka menikmati pemandangan indah sambil berbual-bual.

14

Kemudian, mereka meneruskan perjalanan ke Taman di Persisiran. Mereka menggunakan jambatan Helix, sebuah jambatan untuk pejalan kaki yang mirip dengan model DNA manusia. Semasa dalam perjalanan, mereka melihat bangunan Muzium Seni dan Sains. Ayah Nabil dan Nabilah berjanji akan membawa mereka ke sana pada hari lain.

Bentuk menarik bak bunga teratai;Muzium Seni dan Sains dikunjungi ramai.

15

Semasa di Taman di Persisiran, mereka seronok melihat pelbagai jenis flora yang ada. Apabila tiba di kawasan Dusun Pokok Besar atau dikenali dengan Supertrees, mereka mencari tempat untuk berehat. Nabilah, Alia dan Ali bermain kejar-kejaran sementara ibu bapa mereka berbual. Nabil mengarang serangkap pantun sebelum bermain.

Berjenis-jenis flora di kanan kiri;Taman di Persisiran indah berseri.

16

Setelah puas berehat, mereka berjalan ke arah tempat makan Sate di Persisiran. Langit sudah semakin gelap. Semasa dalam perjalanan, Nabil tiba-tiba sedar yang dia terlupa tabletnya. Dia berasa sangat risau. Ali cuba memujuk saudaranya itu.

Jangan bersedih, Abang Nabil. Kami akan bantu Abang cari tablet itu. Mari!

17

Mereka kembali ke kawasan Supertrees tadi. Mereka mencari-cari tablet Nabil. Akhirnya, mereka menjumpai tablet itu terselit di celah bunga-bungaan yang ada di situ. Kemungkinan Nabil tidak sedar yang tabletnya itu terjatuh semasa mereka seronok bermain.

Pohon di sini sungguhlah tinggi;Terima kasih seikhlas hati.

18

Mereka meneruskan perjalanan mereka ke arah tempat makan Sate di Persisiran sekali lagi. Langit sudah semakin gelap. Walaupun ramai orang di situ tetapi mujurlah mereka dapat mencari tempat duduk. Mereka ghairah dapat makan malam bersama-sama di situ.

19

Sate lembu, sate ayam, air longan;Gembira dapat eratkan hubungan.

Minda tenang, hati berbunga;Berjalan-jalan di Kota Singa.

Nabil dan Nabilah gembira kerana dapat menghabiskan hari Sabtu mereka itu bersama keluarga Pak Ngah. Mereka dapat mengeratkan hubungan keluarga. Nabil dan Nabilah berharap mereka akan mendapat peluang bersiar-siar dengan keluarga Pak Ngah lagi pada masa akan datang.

20

Apabila Cikgu Syahira menerima projek pantun Nabil, dia membacakan pantun-pantun Nabil di hadapan kelas. Cikgu Syahira memuji bakat Nabil mengarang pantun dua kerat.

Gilap permata supaya kilat; Rajin usaha membawa berkat.

Pantun Dua Kerat

Perkataan Maksud

menetap (hlm. 3) tinggal bersua (hlm. 4) berjumpa

swafoto (hlm. 7) mengambil foto sendiri

takjub (hlm. 12) kagum

menikmati (hlm. 13) mengalami / merasai

mirip (hlm. 14) seiras

Glosari

21

22

Aktiviti Bersama Keluarga Nama Aktiviti: Nama Aktiviti: Buku Foto

Ibu bapa boleh membawa anak-anak berjalan-jalan di Kota Singa mengikut perjalanan yang diambil oleh keluarga Nabil dan Nabilah.

Bersama-sama anak anda, karanglah pantun dua kerat di setiap tempat menarik yang anda kunjungi. Cipta kenangan yang indah dengan mengambil swafoto di tempat-tempat yang anda kunjungi.

Buat buku foto menggunakan pantun dan gambar-gambar yang telah diambil.

© 2018 Kementerian Pendidikan Singapura

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang, menyimpan atau menerbitkan semula mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta buku ini.

Diterbitkan oleh

Kementerian Pendidikan Singapuradan

Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu

Illustration and Design by Thoughts CreationsEmail: [email protected]

First published 2018

All rights reserved. No part of this publication may be produced, stored in a retrieval system or transmitted, in any form or by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without prior permission of the copyright owner.

KOTA SINGAISBN 978-981-11-6417-0 Printed in Singapore