kuah kacang dan sate ayam goreng

14
Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng

Upload: janjiada

Post on 23-Jan-2016

64 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Resepi

TRANSCRIPT

Page 1: Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng

Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng

Page 3: Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng

Resepi kuah kacang ini adalah resepi pilihan saya untuk menyediakan kuah kacang dan sate kerana bukan sahaja ianya sedap tapi juga sangat mudah dan menggunakan bahan bahan yang ringkas. Resepi dipelajari dari blog Kak Jee yang merupakan resepi turun termurun keluarga beliau yang berniaga sate suatu ketika dulu. Boleh klik di SINI untuk melihat entri berkenaan penyediaan kuah kacang menggunakan resepi ini yang saya sediakan dulu. 

Page 5: Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng

Saya menyediakan kuah kacang ini pada hari raya ke4 iaitu selepas 2 hari saya kembali ke tanah air dari mengerjakan Umrah pada 10 akhir Ramadhan yang lalu. Bagi yang tak peka, ibadah umrah bukan lah satu percutian, tapi ianya adalah satu ibadah bagi orang Islam. Jadi tak perlu lah merungut yang saya bercuti panjang ke apa ke. OK kuah kacang ni lagi sedap dimakan selepas sehari dimasak. Baru semuanya mesra dan sebati. Memang sedap sehingga saya terpaksa meminta hubby melarang saya dari makan. Maklumlah ambil masa berbulan untuk menurunkan berat badan tapi perlu beberapa hari sahaja untuk naik semula. Cuma yang paling saya tak gemar dalam menyediakan Kuah Kacang ini ialah bab menyediakan kacang goreng. Memang memakan masa untuk menyiapkannya dari di sangai sehingga dikisar. Nasib baik Aween ringan tulang untuk membantu. Setakat ini belum cuba lagi cara menggoreng kacang tanah dengan sedikit minyak.

Jika anda tercari cari resepi Kuah Kacang dan Sate Goreng, bolehlah mencuba resepi ini. Jom layan resepi di bawah ini....

Page 6: Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng

Satay Ayam GorengOleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:600 gram daging batang pinang/isi dada ayam1 cawan gula pasir2 batang serai2 sudu besar kacang tanah1 sudu besar garam - guna 3/4 sudu besar jer1 sudu besar serbuk kunyit

Cara cara:Ayam dibersihkan atau daging dibersihkan urat urat dan lemaknya dan dihiris halus dalam sebesar ibu jari. Kacang tanah disangai tanpa minyak dan dibuang kulitnya.

Page 7: Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng

Ricik serai dan tumbuk halus, ketepikan dan tumbuk pulak kacang tanah. Masukkan semua bahan seperti gula, garam, kunyit serbuk dan serai serta kacang tumbuk tadi ke dalam bekas. Gaul rata. 

Pastu masukkan ayam/daging tadi dan gaul sampai rata betul betul. Perap selama dua jam. Jangan bubuh air sebab air daging tu akan keluar setelah diperap hampir dua jam.

Pastu, cucuklah guna lidi buluh. Kemudian bakarlah atas tempat bakar yang guna arang. Amik sebatang serai diketuk ketuk sikit, Kemudian bubuh sedikit minyak dalam mangkuk campur air sesudu. Pastu celupkan serai dalam minyak dan tepuk atas satay

Page 8: Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng

masa bakar. Balik balikkan. Hati hati jangan terbakar lidinya atau daging hangus.

Nota:Kalau nak buat satay goreng, tak payah dicucuk daging perap. Goreng dalam minyak terendam dan curahkan kuah diatasnya. Atau dimasukkan satay yang telah digoreng dalam periuk kuah.

Boleh simpan dalam plastik dan bekukan. Jika ada satay lebih, masukkan dalam plastik dan simpan dalam freezer.

Kuah KacangOleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

Page 9: Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng

600 gm kacang tanah - disangai5 biji bawang besar - mayang½ cawan cili kering - 1/2 mangkuk cili kisar1 cawan gula Melaka1 sudu besar gula pasir1 cawan minyak mazola2-3 cawan air1/2 sudu besar garam halus atau secukup rasa

Cara cara:Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Guna air hanya secukupnya untuk gerakkan blender sahaja. Jangan terlalu banyak sangat air.

Panaskan 1 cawan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu. Kalau rasa kurang, boleh tambah sedikit lagi minyak semasa menumis. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili benar benar masak dan naik minyak.

Page 11: Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng

Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend dan 2 - 21/2 cawan air. Bila sudah menggelegak, masukkan gula Melaka, gula dan garam.

Kuah kacang akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai pandailah nak agak banyak mana air yang hendak diletak.

Page 12: Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng

Nota:Sedap dimakan dengan bawang dan hirisan timun.

Boleh goreng kacang tanah bersama sedikit minyak dan ditumbuk dgn kulitnya sekali hingga separuh halus. Atau Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.

Jika lebih, boleh bubuh dalam bekas dan disimpan di dalam freezer untuk tahan lama.

Boleh gunakan beberapa cara untuk memasak sate ini:(1) Goreng dengan minyak yang agak banyak di dalam kuali hingga garing(2) Goreng tanpa minyak/ sedikit sahaja minyak di dalam kuali hingga garing

Page 13: Kuah Kacang Dan Sate Ayam Goreng

(3) Bakar dalam oven dengan sedikit minyak, pada suhu maksimum dan kacau-kacau sekejap-sekejap dan masak hingga agak garing.