hari jumaat jilid ii lhb april, malaysia - · pdf filetuan haji abu bakar bin lajim: tuan yang...

81
Jilid II Bil. 5 MALAYSIA Hari Jumaat lhb April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament PENGGAL KEDUA Second Session KANDUNGANNYA JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 743) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Pertubuhan (Pindaan) [Ruangan 833) Rang Undarig-undang Perbekalan Tambahan (1987). [Ruangan 888) DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPUR DATUK HAJJ MUKHTAR SHAMSUDDIN. P.s.o .• J.S.D .• S.M.S .. S.M.T.. S.M.P .. K.M.N .. P.I.S .. KETUA PENGARAH PERCETAKAN NEGARA, MALAYSIA 1988

Upload: leliem

Post on 11-Mar-2018

264 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

Jilid II Bil. 5

"··

MALAYSIA

Hari Jumaat lhb April, 1988

PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

PENGGAL KEDUA Second Session

KANDUNGANNYA

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 743)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Pertubuhan (Pindaan) [Ruangan 833)

Rang Undarig-undang Perbekalan Tambahan (1987). [Ruangan 888)

DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPUR DATUK HAJJ MUKHTAR SHAMSUDDIN. P.s.o .• J.S.D .• S.M.S .. S.M.T .. S.M.P .. K.M.N .. P.I.S ..

KETUA PENGARAH PERCETAKAN NEGARA, MALAYSIA 1988

Page 2: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

MALAYSIA

PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KEDUA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUK BENEDICT STEPHENS, P.S.M., S.P.D.K., B.E.M. (Dilantik).

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

Timbalan Yang di-Pertua, DATUK ABANG HAn AHMAD URAI BIN DATUK HAKIM ABANG HAn MoHIDDEEN, P.N.B.s., J.B.s., A.M.N., A.B.s. (Sarawak).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, TuAN HAJI HUSSEIN BIN AHMAD (Dilantik).

Timbalan Menteri Kewangan, TUAN MoHAMED FARID BIN ARIFFIN (Dilantik).

LT. KoL. (B) ABDUL HAMID BIN IBRAHIM, s.M.s., K.M.N., P.r.s. (Dilantik).

TUAN HAJI ABDUL HAMID BIN HAn LATIF (Dilantik).

TuAN HAn ABDUL MAJID BIN HAn ABDULLAH (Johor).

TUAN HAn ABDUL MANAP BIN HASHIM (Kedah).

TUAN HAn ABU BAKAR BIN LAJIM, K.M.N. (Dilantik).

PUAN AINON BINTI ARIFFIN (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

PuAN HAJJAH AzrzAH BINTI HAn MoHo. SAID, P.J.K. (Dilantik).

TUAN AZMAN ATAR BIN OTHMAN (Dilantik).

TUAN AZUMU BIN TAK (Perak).

TUAN BEE YANG SEK (Kedah).

TUAN CHAN CHOONG TAK (Dilantik).

DR CHONG ENG LEONG (Sabah).

TUAN DAHALAN BIN HAJI EMBUN (Perlis).

TuAN DouGLAS SuLLANG ANAK GANDA (Sarawak).

TUAN Foo BooN LIANG (Pahang Darulmakmur).

PuAN HABIDAH BINTI JusoH alias YusoF (Terengganu).

TUAN HAJI HAMID ARABY BIN HAJI Mo. SALIH (Pulau Pinang).

TUAN HASSAN BIN HARUN (Kelantan).

TUAN HASSAN BIN NAM, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

Page 3: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

737 1 APRIL 1988 738

Yang Berhormat TuAN HAil IBRAHIM BIN HAil UJANG, P.P.N., P.J.K. (Negeri Sembilan).

"

"

"

" "

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

" "

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

TUAN HAJI JAAFAR BIN HARON (Dilantik).

TuAN R. M. JASNI, B.K. (Dilantik).

TUAN KoH IM PIN (Negeri Sembilan).

TUAN G. KRISHNAN (Dilantik).

TUAN LAU KENG SIONG alias JosEPH LAu KENG SEONG, K.M.N., A.M.N., P.I.S. (Johor).

PvAN LAW JAcK YooN (Dilantik).

TUAN LIM HENG TEE (Pulau Pinang).

DATO MAK HoN KAM, D.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

PUAN MAZIDAH HAil ZAKARIA (Dilantik).

TuAN HAJI MoHo. NooR BIN HAJI ABDULLAH (Kelantan).

TUAN MOHO. NOOR BIN BEDAH, P.J.K., P.J.B. (Perlis).

TUAN MoHO. WAJDI BIN DATO' HAJI ISHAK (Dilantik).

TUAN MUSTAFA BIN AWANG (Terengganu).

DATUK HAil NASIR BIN HAil MANAP, D.M.S.M., D.S.M., A.M.N., P.J.K. (Melaka).

DR NG KHEK KIVNG (Selangor Darul Ehsan).

TUAN NG PENG HAY (Melaka).

DATO DR K. S. NIJHAR, s.P.M.J., J.M.N. (Dilantik).

CIK NORANI BINTI HAJI BELUAH alias HAJI HITAM (Pahang Darulmakmur).

DR NoRDIN SELAT (Dilantik).

TUAN PANDIKAR AMIN BIN HAil MULIA (Sabah).

TUAN PARAMJIT SINGH (Dilantik).

TuAN G. RAmo (Dilantik).

PUAN HAJJAR RoGAY~H BINTI CHE MAT (Dilantik). • PUAN ROKIAH alias MAIMUN BINTI ZAINUDDIN, A.M.N., P.J.K.

(Dilantik).

PUAN HAJJAH RosNAH BINTI HAJI MoHo. SALLEH (Dilantik).

PUAN HAJJAH SALBIAH BINT~ MOHO. AKIM (Dilantik).

TUAN M. SANGARALINGAM (Dilantik).

TuAN HAil SHAHAROM BIN HAn MAASOM, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN STEPHEN TIMOTHY WAN ULLOK (Dilantik).

Page 4: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

739 1 ~PRIL 1988 740

Yang Berhormat TUAN HAJI SYED ABDUL HAMID BIN SAGAFF (Dilantik).

, TuAN TAN CHAI Ho, A.M.N. (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

, DR TAN CHONG KENG (Dilantik).

"

" "

"

"

DATO TAN PENG KHOON, S.P.M.J., S.S.I.J., J.M.N. (Dilantik).

TUAN TIONG HIEW KING, P.B.S. (Dilantik).

PUAN VALLI MUTHUSAMY (Dilantik).

TUAN WONG KIE YIK (Dilantik).

DATO' HAJJ ZAKARIA BIN HAJJ YAHAYA, D.P.M.S., K.M.N., S.M.S., P.J.K., P.P.N. (Selangor Darul Ehsan).

Page 5: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

741 1 APRIL 1988 742

DEWAN NEGARA

PEGA WAI-PEGA WAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Abdul Rahim bin Haji Abu Bakar, J.S.D., s.A.P., K.M.N., P.B.S., P.J.K.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abdul Hamid, A.M.N.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Ketua Penyunting: Haji Yahya Manap.

Penyunting Kanan: P. B. Menon.

Penyunting Kanan: Haji Osman bin Sidik.

Penolong Penyunting: N. Ramaswamy.

Penolong Penyunting: Amran bin Ahmad.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Hajjah Juliah binti Awam.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Hassan.

Shamsiah binti Mohd. Yusof.

Hajjah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., B.s.o., P.J.K.

Page 6: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

743 1 APRIL 1988 744

MALAYSIA

DEW AN NEGARA

Jumaat, lhb April, 1988

Mesyuarat dimulakan pada puku/3.00 petang

DOA datang, kita pergi balik kepada pertanyaan Nombor 1.

(Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI

PERTANYAAN­PERTANYAAN

LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Abu Bakar bin La jim.

2. Lt. Kol. (B) Abdul Hamid bin Ibrahim minta Menteri Pertahanan menyatakan keuntungan yang diperolehi oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan kadar faedah atau dividen yang dibayar kepada pencarijm-pencarum dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, soalan No 1.

(Tiada jawapan dari Menteri).

Tuan Yang di-Pertua: Menteri belum sampai! Baiklah, kita lompat dahulu. Yang Berhormat, Menteri yang menjawab belum sampai lagi. Kita lompat dahulu, nanti hila sudah

Timbalan Menteri Pertahanan (Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha): Tuan Yang di-Pertua, mengikut akaun yang telah diaudit di dalam tempoh 5 tahun yang lalu, keuntungan yang diperolehi oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan kadar dividen yang dibayar kepada pencarum-pencarum adalah seperti berikut:

Tahun Keuntungan Kasar

Kadar Dividen yang Diisytihar-

1982 ..

1983 ..

1984 ..

1985 ..

1986 ..

($)

60,933,900

78,973,320

100,364,775

104,133,710

90,685,834

kan (%)

8.5% + 0.5 (sebagai bonus) dividen yang di­isytiharkan adalah ber­sempena dengan 10 tahun penubuhan Lem­baga Tabung Angkatan Tentera.

8.5

8.75

8.75

8.00

Page 7: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

745 1 APRIL 1988 746

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Boleh­kah Yang Berhormat beritahu ada­kah Kerajaan akan menggunakan keuntungan ini untuk menolong bekas anggota tentera yang menganggur sepertimana kes yang berlaku di Kedah di mana 2,000 bekas anggota tentera sedang menghadapi kesukaran mendapat kerja setelah bersara dari angkatan tentera.

Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat itu terkeluar daripada soalan asal.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

Puan Hajjah Rogayah binti Che Mat: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Tidakkah pihak Tabung Angkatan Tentera bercadang untuk memberi kemudahan kepada Anggota Tentera mengeluarkan carumannya bagi tujuan membeli rumah kos rendah?

Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua, LTAT belum ada dasar berbuat demikian setakat ini.

Puan Ainon binti Ariffin: Saya ingin tahu, nampaknya Tabung ini mem­perolehi keuntungan yang begitu lumayan dan amat menggalakkan. Apakah rancangan atau cadangan pihak Kerajaan untuk menggunakan keuntungan daripada Tabung berkenaan. Apakah ianya berkaitan juga dengan untung nasib bekas perajurit yang banyak sedang terlantar dan menganggur.

Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua, ingin saya memaklumkan bahawa Tabung LTAT ini ialah serupa dengan skim EPF iaitu untuk askar-askar apabila mereka bersara nanti dapat balik kewangan

yang dicarumkan di masa mereka ber­khidmat di dalam tentera. Kita tidak dapat memberi perbelanjaan yang besar selain daripada untuk pelaburan. Walaupun demikian seperti yang disebutkan dalam ucapan menggulung saya semalam, kita mem­punyai tujuan-tujuan tertentu untuk menolong bekas perajurit yang telah berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia.

LABEL MAKANAN

3. Puan Hajjah Azizah binti Haji Mohd. Said minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah tindakan­tindakan yang lebih berkesan yang akan diambil oleh Kementerian terhadap pengeluar-pengeluar makanan segera yang dibungkus dengan suratkhabar, makanan yang tidak berlabel dan kurang khasiat.

Menteri Kesihatan (Dato' Chan Siang .Sun): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan mengambil berat tentang masalah yang dibangkit­kan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajjah Azizah. Kementerian sedang mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi memperbaiki keadaan ini. Di antara tindakan-tindakan yang telah diatur ialah:

Cara sederhana-

(a) Mempertingkatkan pendidikan mengenai keperluan-keperluan undang-undang berkaitan dengan pembungkusan dan pelabelan makanan ke­pada pengusaha-pengusaha makanan.

(b) Menasihati penjual-penjual makanan supaya tidak me­nerima dan menjual makanan­makanan yang tidak dibungkus dan dilabel dengan sempurna.

Cara berat atau cara serius-

(a) Merampas dan menghapuskan makanan-makanan yang tidak

Page 8: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

747 1 APRIL 1988 748

mematuhi keperluan-keperluan pelabelan dan yang dibungkus dengan suratkhabar-surat khabar.

(b) Mendak~a pengeluar-penge­luar makanan yang terlibat dalam penggunaan suratkhabar untuk membungkus makanan.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Selama ini berapa orang peniaga telah didak~a oleh Kementerian Kesihatan kerapa menggunakan suratkabar sebagai pembungkus makanan?

Dato' Chan Siang Sun: Yang saya tabu, Tuan Yang di-Pertua, tidak banyak oleh . kerana kita pun telah sebutkan di dalam jawapan tadi ialah kita melalui pendidikan dan menasihati dahulu. Kalau masih enggan membuat perubahan, tindakan yang kedua iaitu yang serius akan diambil.

Dr Tan Chong Keng: Tuan Yang di­Pertua, saya ingin bertanya Kementerian Kesihatan jikalau surat­khabar itu tidak digunakan untuk membungkus makanan, jadi apakah bahan-bahan yang sesuai yang di­cadangkan oleh Kementerian ini untuk membuat pembungkus makanan yang tidak merrgancam kesihatan orang ramai yang makan makanan itu? Terima kasih.

Dato' Chang Siang Sun: Tuan Yang di-Pertua, saya suka memaklumkan bahawa semenjak kita menguatkuasa­kan peraturan-peraturan makanan pada bulan Oktober tahun 1986, kita sudah dapat mengesan bahawa banyak penjual-penjual makanan segera (instant food) yang mana mereka pada masa dahulu ada menggunakan daun­daun untuk membungkus makanan tetapi hari ini sudah banyaklah yang mengubah cara itu dengan menggunakan kertas-kertas plastik yang nipis sedikit. Jadi ini merupakan satu cara · atau satu keadaan yang sangat sihat dan juga ini tentula:h

memudahkan dari segi pembungkusan dan juga dari segi food handling. Ini dapat dibuktikan dalam bandar­bandar. dan juga ibukota kita yang mana pada hari ini kita barangkali tidak nampak kalau kita membeli nasi lemak, bungkusan itu sudah gunakan kertas plastik yang nipis, barangkali di luar ia gunakan suratkhabar, itu barangkali boleh dibenarkan. Jadi oleh kerana inner layer itu menggunakan plastik, barangkali itu boleh dikatakan hygiene. Jadi dengan ini juga merupakan satu cara untuk kita meningkatkan perusahaan plastik di dalam negara kita.

KEMALANGAN DI LEBUHRAYA SEREMBAN-AIR KEROH

4. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Kerja Raya menyatakan banyak kemalangan telah berlaku di sepanjang Lebuhraya Seremban-Air Keroh akibat binatang-binatang ternakan berkeliaran:

(a) berapa kes kemalangan yang telah berlaku dan jumlah penumpang atau pemandu yang terbunuh dalam tahun 1987; dan

(b) apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurang­kan kejadian yang tidak diin~ini ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya (Tuan Osu bin Haji Sukam): Tuan Yang di-Pertuf,

(a) Jumlah kes kemalangan yang berlaku dalam tahun 1987 di se­panjang Lebuhraya Seremban­Air Keroh ialah sebanyak 151 kes. Daripada jumlah kes itu sebanyak 25 kes kemalangan yang terlibat dengan binatang­binatang. Bilangan kematian adalah 9 orang dan daripada jumlah itu 2 kes kematian yang melibatkan kemalangan dengan binatang-binatang.

Page 9: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

749 1 APRIL 1988 750

(b) Pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia telah mengambil langkah yang sesuai untuk menghalang binatang ternakan daripada berkeliaran di Lebuhraya Seremban-Air Keroh untuk menentukan ke­selamatan pengguna-pengguna Lebuhraya adalah terjamin. Langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut:

(i) mendirikan pagar-pagar di kiri kanan reserve di sepanjang Lebuhraya ber­kenaan;

(ii) di samping itu juga Lembaga Lebuhraya Malaysia telah me­maklumkan dan memohon Kerajaan-kerajaan Negeri melalui Wakil-wakil Rakyat, Pejabat-pejabat Daerah dan Jawatankuasa-jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung untuk membantu memberi nasihat dan kesedaran kepada penternak­penternak setempat mengenai masalah ini;

(iii) pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia juga sedang dalam proses untuk menambah jumlah anggota penguatkuasa atau Peronda Lebuhraya yang bertug;:ts di Lebuhraya tersebut untuk mempastikan pemandu-pemandu mematuhi araban-araban Lebuhraya supaya tidak membahayakan pengguna-pengguna lain.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Adakah pihak Kementerian Kerja Raya berpuas hati dengan langkah-langkah yang telah diambil ini untuk menjamin keselamatan pengguna-pengguna Lebuhraya Seremban-Air Keroh, kerana pada masa sekarang masih banyak lagi binatang-binatang yang berkeliaran di Lebuhraya tersebut dan apakah tindakan yang lebih berkesan

akan diarnbil oleh Kementerian untuk rnempastikan Lebuhraya ini akan menjadi satu Lebuhraya yang lebih selamat untuk digunakan oleh pemandu-pernandu?

Tuan Osu bin Haji Sukam: Tuan Yang di-Pertua, apa juga tindakan yang dibuat oleh Kerajaan tidak akan mendapat kesannya yang kita harapkan kecuali jika ada kerjasama sepenuhnya daripada masyarakat setempat. Begitu juga seperti yang saya terangkan dalam jawapan saya bahawa kita juga telah meminta Wakil-wakil Rakyat seperti Ahli Yang Berhormat untuk memberi nasihat dan memberi tunjuk-ajar kepada penternak-penternak supaya dapat mengawal ternakan-ternak;m mereka supaya jalan raya itu lebih selamat untuk kegunaan orang awam.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Untuk menjamin keselamatan di Lebuhraya tersebut, tidakkah Kementerian Kerja Raya bercadang bekerjasama dengan Kerajaan-kerajaan Tempatan untuk menangkap lernbu-lembu dan kambing-kambing yang ada berkeliaran di Lebuhraya tersebut?

Tuan Osu bin Haji Sukam: Tuan Yang di-Pertua, kalau itulah yang harus juga kita laksanakan untuk mengelakkan ternakan-ternakan ini untuk mengguna atau memasuki kawasan larangan, maka kita juga akan terpaksa mengambil tindakan yang demikian.

Tuan Koh lm Pin: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Adakah Menteri Kerjaraya telah men­cadangkan supaya Lebuhraya Seremban-Air Keroh diswastakan, jika tidak, mengapa tidak dicadangkan? Jika Kerajaan tidak rnempunyai wang untuk membaiki atau membesarkan jalan raya, saya mencadangkan supaya ia diswastakan.

Page 10: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

751 1 APRIL 1988 752

Saya juga mencadangkan semua jalan raya diswastakan supaya dapat menjimatkan wang Kerajaan dan jikalau kita boleh menjimatkan wang, kita akan batalkan Kementerian Kerja­raya. (Ketawa)

Tuan Osu bin Haji Sukam: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat soalan ini terkeluar daripada soalan asal.

Tuan Koh Im Pin: (Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Ya, sudah. Duduk! Tidak ada kena mengena dengan pertanyaan asal. Saya bilang duduk, kalau tidak duduk ....

Tun Koh Im Pin: Excuse me, Tuan Yang di-Pertua, ....

Tuan Yang di-Pertua: Will you please sit down or else I will have you out of here. I won't allow that question.

KWSP-PENCARUM MENUNAIKAN FARDHU

HAJI

5. Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang minta Menteri Kewangan menyata­kan adakah benar pihak KWSP akan membenarkan pencarum­pencarumnya mengeluarkan wang simpanan mereka bagi tujuan dan keperluan menunaikan fardhu haji, p~rbelanjaan anak -anak/tanggungan belajar di Pusat-pusat Pengajian Tinggi di dalam dan luar negeri.

4-4-88

14. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Kewangan menyat~kan sama ada Kementeriannya bercadang membenarkan pencarum KWSP untuk mengeluarkan sebahagian dari wang carumannya untuk menunaikan fardhu haji.

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Mohamed Farid bin Arirm): Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana

pertanyaan-pertanyaan Yang Berhormat Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang dan Yang Berhormat Puan Rokiah binti Zainuddin yang dijadualkan pada 4-4-1988 adalah mengenai perkara yang sama, saya bercadang menjawab pertanyaan­pertanyaan berkenaan serentak.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, syor-syor mem­perkenalkan dua skim pengeluaran baru iaitu bagi membenarkan pencarum-pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka bagi tujuan menunaikan fardhu haji dan pelajaran tinggi telah pun dipertimbangkan oleh Lembaga KWSP. Kedua-dua skim ini masih lagi dalam kajian oleh Kerajaan berkenaan dengan implikasi pelaksanaannya dan pengumuman akan dibuat tidak lama lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Berhormat Puan Mazidah Zakaria.

Yang Haji

Puan Hajjah Rogayah binti Che Mat: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan No. 6.

PERTUBUHAN ANTARA­BANGSA-KEANGGOTAAN

MALAYSIA

6. Puan Hajjah Rogayah binti Che Mat (di bawah S.O. 23 (2) minta Menteri Luar Negeri menyatakan nama-nama pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia pada masa ini dan jumlah caruman atau pembayaran tahunan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia kepada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa ini. Apakah tujuan-tujuan dan faedah­faedah yang diperolehi oleh Malaysia dari keanggotaannya di dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa ini.

Timbalan Menteri Luar Negeri (Toh Muda Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Malaysia

Page 11: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

753 1 APRIL 1988 754

adalah anggota kepada banyak pertubuhan antarabangsa dan pertubuhan antarabangsa utama yang dianggotai oleh Malaysia adalah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Komanwel dan Pertubuhan Persidangan Islam.

Di bawah PBB sendiri, terdapat 20 buah agensi yang dianggotai oleh Malaysia. Di antaranya ialah, dengan . izin, United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO), United Nations Children's Fund (UNICEF). United Nations Industrial Development Organization (UNIDO), United Nations Development Programme (UNDP), International Labour Organisation (ILO), Food and Agricultural Organisation (FAO) dan sebagainya.

Bagi caruman untuk tahun 1987 sahaja, jumlah yang dikenakan kepada Malaysia terhadap PBB dan agensi-agensinya berjumlah US$1,287,135.20. Caruman ini di antara lain termasuklah US$724,128.00 untuk belanjawan PBB, US$385,000.00 untuk UNDP dan US$50,000 untuk UNICEF.

Caruman untuk Pertubuhan Ko­manwel pula adalah seperti berikut:

Dengan izin,

1. Commonwealth Fund - £100,000.00 for Technical

2. Commonwealth Foundation

3. London Central Mosque Fund

- £16,190.00

-£4,000.00

Malaysia menyumbangkan se-banyak US$278,950 sebagai caruman kepada Pertubuhan Persidangan Islam manakala tiada caruman dibuat untuk Pergerakan Negara-negara Ber­kecuali.

Tuan Yang di-Pertua, dengan menganggotai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa tersebut, Malaysia dapat menggunakan forum pertubuhan­pertubuhan tersebut sebagai landasan untuk mengutarakan pandangan serta pendirian negara kita terhadap pelbagai isu semasa antarabangsa. Antara isu-isu semasa yang mana Ma,laysia memainkan peranan penting ialah seperti isu Kampuchea, masalah Palestine, peperangan Iran-Iraq, isu Apartheid Afrika Selatan, Antartika dan isu Dadah. Selain daripada itu melalui pertubuhan-pertubuhan tersebut Malaysia dapat mem­pertingkatkan lagi hubungan baik pelbagai hala dan duahala antara Malaysia dengan negara-negara anggota serta imej Malaysia sebagai sebuah negara rang sederhana dan berkecuali di kalangan masyarakat antarabangsa. Dengan menganggotai agensi-agensi dan badan-badan tersebut di bawah pertubuhan­pertubuhan tadi pula, Malaysia memperolehi bantuan di bidang teknikal, ekonomi, pertukaran maklumat serta dapat menyertai seminar-seminar anjuran pertubuhan­pertubuhan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua: Saya lihat wakil Jabatan Perdana Menteri sudah pun sampai, kita kembalikan kepada Yang Berhormat Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim. Belum ada lagi? Lain kali tolong bersedialah. Maaf Yang Berhormat, belum sedia lagi.

LEBUHRAYA KAYAN· KG. KOH-PERAK

7. Tuan Mohd. Wajdi bin Dato Haji Ishak minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah dasar-dasar yang diamalkan bagi mewujudkan laluan lebuhraya Persekutuan. Mengapa dan kenapa lebuhraya Kayan-Kampung Kok di Perak laluannya tidak diselaraskan dengan kehendak Kerajaan Negeri.

Page 12: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

755 1 APRIL 1988 756

Tuan Osu bin Haji Sukam: Tuan Yang di-Pertua, sesuatu laluan Persekutuan atau Jalan Persekutuan diwujudkan berasaskan kepada kriteria-kriteria berikut:

(i) jalan yang menghubungi bandar­bandar utama,

(ii) jalan yang menghubungi ke pelabuhan dan lapangan-terbang;

(iii) jalan yang menghubungi ke tempat-tempat yang mempunyai kepentingan Kerajaan Per­sekutuan seperti jalan menuju ke stesen Hidro Elektrik, Stesen Televisyen, Stesen Talikom dan sebagainya; dan

(iv) permintaan lalulintas yang meningkat yang mana jalan sedia ada tidak dapat menampung lalulintas sehingga jalan itu perlu diperbesarkan atau laluan baru perlu di­wujudkan.

Kriteria-kriteria di atas adalah perkara-perkara yang diambil kira dalam mewujudkan sebuah laluan Persekutuan. Walau bagaimanapun, perkara-perkara selain daripada itu juga diambilkira mengikut kesesuaian setempat.

Mengenai Jalan Kg. Kayan-Kg. Koh cadangan memperelokkan jalan tersebut sememangnya telah mengambil kira kriteria-kriteria di atas, kerana ia adalah sebahagian daripada laluan Persekutuan yang menghubungkan antara Johor ke Seberang Prai.

Dalam perancangan sesuatu Jalan Persekutuan, kehendak-kehendak Kerajaan Negeri sememangnyalah diambilkira. walau bagaimanapun Kerajaan Persekutuan sudah tentu tidak dapat memenuhi semua kehendak terutamanya mengenai aliran jalan raya. Kehendak ini boleh diatasi dengan cara mengadakan jalan masuk daripada jalan utama itu ke

kawasan-kawasan yang diperlukan. Perkara ini boleh dipohon daripada Kerajaan Negeri.

Datuk Haji Nasir bin Haji Manap: Soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila.

Datuk Haji Nasir bin Haji Manap: Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan Lebuhraya Seremban dan Air Keroh, diperhatikan laluan Lebuhraya ke laluan Persekutuan iaitu ada dua laluan yang telah wujud. Satu Tampin dan Alor Gajah, satu lagi Pedas. Saya perhatikan ada satu laluan lagi selepas laluan Lebuhraya Seremban-Air Keroh ini sampai ke Johor iaitu laluan J asin bel urn kita perhatikan untuk dilaksanakan.

Saya perhatikan laluan ke Jasin ini agak perlu, jadi adakah pihak Lebuhraya bercadang untuk mengadakan laluan ke J asin?

Tuan Railey bin Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, walaupun soalan ini sudah agak keluar sedikit dari soalan pokok, tetapi saya sukalah menyatakan di sini bahawa kalau ada permohonan daripada penduduk setempat, maka kita akan mempertimbangkan.

Tuan Koh Im Pin: Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf tarik diri dari soalan saya. Tuan Yang di-Pertua, bukan saya hendak tentang dengan Menteri Kerja Raya. Saya tidak puas hati fasal tiga hari yang lalu, saya minta membesarkan jalan, tetap1 jawapan Menteri berkenaan keluar dari soalan asal dan pokok. Nampaknya ahli-ahli rakan saya selalu soal keluar dari soalan asal, tidak payah dijawab. Tetapi nampaknya Menteri jawab pun ada keluar dari soalan asal juga.

Tuan Yang di-Pertua: Nanti Ahli Yang Berhormat, duduk dahulu.

Tuan Koh Im Pin: Ya, thank you.

Page 13: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

757 1 APRIL 1988 758

Tuan Yang di-Pertua: Saya suka bawa perhatian dalam Peraturan Mes­yuarat 23 (3) di mana ia kata, saya baca:

"23 (3) Tuan Yang di-Pertua boleh membenarkan ahli-ahli menge­luarkan pertanyaan tambahan kerana menerangkan apa-apa butir perkara yang telah diberi jawab mulut, tetapi boleh ditahannya apa­apa pertanyaan demikian jika pada timbangannya pertanyaan itu mendatangkan perkara yang tidak berkait dengan pertanyaan asal atau melanggar apa-apa jua syarat Per­aturan Mesyuarat 22".

Kerana itu saya tidak membenarkan, sebab Tuan Yang di­Pertua di sini boleh menahan, pertanyaan itu luar dari biasa. Jadi, saya boleh tolak.

Tuan Koh Im Pin: Tuan Yang di­Pertua, saya bersetuju .....

Tuan Yang di-Pertua: . . . sebab kalau membenarkan, masa lebih banyak lagi, ada 60 pertanyaan di sini. Cuma 15, barangkali 12 sahaja dapat kita selesaikan. Jadi, sebab itu soalan­soalan, pertanyaan boleh masuk dalam Dewan. Jadi, saya minta kerjasama dengan lain-lain Ahli Yang Berhormat, tolong kalau soal tambahan puas hati dahulu pertanyaan itu ada berhubung dengan soal asal.

KES PECAH RUMAH

8. Tuan Mohd. Noor bin Bedah minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) jumlah kes pecah rumah berlaku dalam tahun 1985, 1986 dan 1987;

(b) jumlah penjenayah kes ber­kenaan yang ditangkap dan dihukum;

(c) jumlah warganegara asing yang terlibat; dan

(d) langkah-langkah yang di-ambil bagi mengetatkan kawalan keselamatan bagi menjamin keharmonin dan ke­sejahteraan hidup rakyat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Dalam tahun 1985, jumlah kes pecah rumah ialah 25,505, tahun 1986 ialah 25,544 dan tahun 1987 ialah 22,203.

(b) Jumlah yang dapat ditangkap dalam kes ini dari tahun 1985 hingga 1987 ialah 9, 7 40 orang semen tara 7,305 orang telah didakwa di mahkamah dan dihukum.

(c) Seramai 182 orang warganegara asing terlibat dalam kes pecah rumah semenjak tahun 1985 hingga 1987.

(d) Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Polis telah mengadakan berbagai langkah bagi . mengelakkan berlakunya kejadian ini dan di antaranya:

(i) melancarkan operasi-operasi mencegah jenayah di mana anasir-anasir jahat disyaki bersembunyi;

(ii) membuat pemeriksaan dan pengawasan terhadap pendatang-pendatang luar seperti dari Indonesia dan Vietnam;

(iii) membuat pengawasan dan pemeriksaan mengejut ke atas bekas kaki pecah rumah dan curi untuk memastikan mereka tidak lagi terlibat; dan

(iv) menempatkan anggota Polis di tempat-tempat yang sering berlaku kejadian pecah rumah dan curi.

Page 14: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

759 1 APRIL 1988 760

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Adakah warganegara asing yang telah ditangkap yang telah disabit dalam kes jenayah. Adakah kebanyakan mereka datang daripada pendatang haram dari Indonesia?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Daripada 182 orang yang ditangkap yang merupakan 1.8% daripada seluruh jenayah pecah rumah, 1.8% iaitu belum sampai 2%, mereka kita anggap sebagai pendatang haram dan saya tidak ada perangk~an menunjuk dari negeri mana mereka ini. Tetapi mereka kita asingkan, orang asing dan orang dalam negeri.

Tuan Abdul Majid bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin Yang Berhormat menyatakan apakah kajian pihak Polis dengan berlakunya banyak sangat pecah rumah in~. Adakah kerana ban yak penganggur, kerana dadah ataupun rakyat negara ini telah terlampau kaya?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, kalau teliti tentang perangkaan saya beri tadi ada menunjukkan penurunan daripada pecah rumah ini iaitu kalau kita lihat tahun 1987 hanya 22,000; tahun 1985 25,000; 1986 25,000 tetapi tahun 1987 22,000 sahaja. Ini menunjukkan ada kekurangan dan dalam taklimat Polis Perak baru-baru ini kepada saya, di negeri Perak sahaja menurun jenayah 23%. Dan Wilayah Persekutuan juga turun hingga sampai 27%. Ini menunjukkan bahawa pihak Polis dan pihak Keselamatan memang berhati­hati dalam hal ini dan kemungkinan juga kerana ketatnya Undang-undang Dadah kita baru-baru ini menyebabkan takut pihak-pihak tertentu dalam meneruskan kegiatan mereka dari segi penagihan dadah, dengan sebab itu kuranglah jenayah yang dapat kita buktikan pada hari ini.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Soalan tambahan. Adakah benar bahawa kegiatan jenayah ini ada musimnya?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, jenayah pun ada musim, operasi pun ada musim (Ketawa). Selalu kita boleh menelah bilakah agaknya jenayah-jenayah ini akan lebih banyak diperlakukan, terutama apabila hendak diadakan perayaan seperti Hari Raya Cina atau Hari Deepavali atau Hari Raya Puasa dan sebagainya. Dan selalunya pada masa itu jugalah operasi lebih dilipatgandakan oleh pihak Polis. Jadi, segalanya ada bermusim, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, adakah benar bahawa kebanyakan kes pecah rumah ini adalah disebabkan kepandaian pencuri ini dengan ilmu "pukau" mereka?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, adalah sukar untuk kita menentukan bahawa ada kecurian itu dilakukan oleh kerana pukau. Bagaimanapun, pihak Polis merasakan bahawa kalau pun ada berlaku dan berjaya, peratusannya terlalu kecil.

Tuan Haji Hamid Araby bin Haji Md. Salih: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Mengikut Yang Berhormat tadi, 702 orang didakwa di mahkamah. Saya ingin tabu jenis hukuman apa yang dikenakan? Adakah mereka juga disebat dengan rotan. Kalau tidak, perlulah mereka disebat.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara yang demokrasi dan kita meluluskan undang-undang di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, kita sama­sama meluluskannya. Jadi, segala kesalahan mengikut seksyen-seksyen kesalahan-kesalahan tertentu yang

Page 15: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

761 1 APRIL 1988 762

telah pun diluluskan oleh Parlimen dan Dewan Senate ini dan itulah kita laksanakan. Tidak bolehlah kita membuat hukuman lebih daripada apa yang telah kita persetujui.

Tuan Yang di·Pertua: Terlalu banyak soalan tambahan. Kita baharu cuma menjawab 8 soalan. Baiklah, sila.

Dr Tan Chong Keng: Tuan Yang di­Pertua, izinkan satu. Kita tabu pihak Polis adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan masyarakat dan juga keselamatan rumah-rumah orang ramai daripada menjadi mangsa­mangsa pecah rumah. Jadi, di Bahagian Bukit Mertajam contohnya, malangnya kita diberitahu oleh pihak Polis hanya dua tiga kereta peronda yang mesti digunakan untuk menjaga satu kawasan yang besar di mana ada banyak, dengan izin, housing estates.

Jadi, adakah pihak Polis bercadang menambahkan unit-unit peronda yang boleh bertugas pada sebelah malam katakan pada larut malam untuk menjaga keselamatan rumah orang ramai di kawasan-kawasan jagaan Polis itu.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, masalah ini bukan hanya timbul di kawasan Bukit Mertajam tetapi juga timbul di kawasan saya sendiri di Teluk Iotan. Tidak mencukupi. Walau tidak mencukupi, bagaimanapun kereta­kereta peronda ini ialah salah satu sahaja daripada cara untuk kita mencegah jenayah. Ada lagi cara-cara yang lain walaupun tidak mengguna­kan kereta peronda, selepas sahaja dia pecah rumah di satu-satu kawasan itu kita sudah kenai siapa yang pecah rumah dan besok kita boleh tangkap orang yang berkenaan tanpa menggunakan kereta peronda.

Dengan sebab itu, bagaimanapun saya bersetujulah bahawa kereta peronda adalah satu alat yang cukup

mustahak dan perkara 101 akan dipeitimbangkan dengan secara serius oleh . pihak Kementerian Dalam Negeri.

BAHASA MELAYU DALAM SUKATAN PELAJARAN

9. Puan Habidah binti Jusoh minta Menteri Pendidikan menyatakan mengapa di dalam sukatan pelajaran sekarang Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Malaysia, sedangkan di dalam Perlembagaan kita istilah yang digunakan ialah Bahasa Melayu, bukannya Bahasa Malaysia, tidakkah Kementerian ini bercadang untuk membetulkan kejanggalan ini.

Timbalan Menteri Pendidikan (Dr Leo Michael Toyad): Tuan Yang di­Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu tetapi Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Disemak 1971) khususnya seksyen 2, memperuntukan bahawa Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud­maksud rasmi.

Walaupun istilah yang digunakan dalam Akta ialah Bahasa Kebangsaan, namun adalah tidak salah dari segi undang-undang sekiranya istilah Bahasa Malaysia digunakan bagi mengganti istilah Bahasa Kebangsaan untuk maksud-maksud rasmi, seperti sukatan pelajaran sekolah, memandangkan ia mempunyai erti yang sama dan penggunaannya ialah secara administratif sahaja. Walau bagaimanapun, istilah Bahasa Malaysia tidak boleh digunakan dalam perundangan, atau dengan izin, legislation. kerana ini akan bertentangan dengan peruntukan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

Tuan G. Rajoo: Tuan Yang di­Pertua, saya ingin tabu dari Timbalan Menteri Pendidikan adakah perbezaan

Page 16: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

763 1 APRIL 1988 764

istilah di antara bahasa ibunda dengan Bahasa Malaysia? Jika ada, apa dia?

Dr Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini tidak berbangkit di sini.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak usah dijawab. (Ketawa)

PENGANGGURAN-LANGKAH MENGATASI

10. Cik Norani binti Haji Beluah rninta Perdana Menteri rnenyatakan apakah usaha-usaha yang telah dan akan diarnbil oleh pihak Kernen­terian untuk rnengatasi rnasalah pengangguran yang sernakin bertarnbah di negara ini.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Othman bin Abdul): Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan telah dan akan terus mengambil langkah-langkah yang positif untuk rnernpesatkan perturnbuhan ekonorni supaya lebih banyak peluang-peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan seterusnya mengurangkan masalah pengangguran di negara ini. ·

Selaras dengan hasrat tersebut Kerajaan telah pun, antara lain rnembuat beberapa kelonggaran dan pengubahsuaian kepada dasar-dasar pelaburan untuk rnenarik pelaburan baru dari luar negeri ke negara ini. Di sarnping itu Kerajaan juga bercadang rnengawal kenaikan upah sebagai satu langkah rnengurfingkan kos buruh kepada rnajikan-rnajikan supaya penggunaan buruh dapat dipertingkatkan.

Seiring dengan usaha-usaha di atas sebagairnana yang telah dijelaskan beberapa kali di dalarn Dewan yang rnulia ini Kerajaan juga rnelaksanakan langkah-langkah jangka pendek untuk rnengurangkan rnasalah pengangguran seperti yang disyorkan oleh

Jawatankuasa Khas Kabinet rnengenai kernelesetan ekonorni.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, soalan tarnbahan kepada Yang Berhorrnat Setiausaha Parlirnen di Jabatan Perdana Menteri. Benar­kah siswazah-siswazah yang banyak rnenganggur itu adakah daripada Aliran Sains ataupun Aliran Arts kerana kebanyakan jurutera-jurutera dan kebanyakan siswazah-siswazah yang dapat degreenya, dengan izin, daripada Aliran Sains yang banyak rnenganggur. Apakah sebabnya?

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, pengangguran di kalangan siswazah tergolong daripada sernua kurnpulan. Kurnpulan Sastera dan Sains, yang lebih rarnai ialah di kalangan siswazah yang rnendapat pelajaran pendidikan Sastera. Di kalangan siswazah-siswazah Sains dan juga Kejuruteraan rnernang terdapat tetapi tidaklah begitu rarnai bilangan siswazah yang rnenganggur itu.

Tuan R. M. Jasni: Tuan Yang di­Pertua, soalan tarnbahan. Adakah Kerajaan telah rnernbuat kajian atau penyiasatan yang rnenyeluruh di setiap negeri tentang peluang-peluang pekerjaan di pihak swasta, rnisalnya di kilang-kilang dan perusahaan balak, kern-kern balak yang telah diisi oleh orang-orang asing seperti pelarian atau pendatang hararn yang sepatutnya diisi oleh anak-anak ternpatan sebagai rnengurangkan pengangguran kepada anak-anak ternpatan yang sernakin bertarnbah di negara ini.

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, sernernangnya Kerajaan rnernbuat kajian di seluruh negara bagi rnelihat, rneneliti kernungkinan bagi rnenernpatkan para penganggur ini. Sebenarnya Kerajaan rnernanglah berhasrat untuk rnenarnbahkan jurnlah ini. Mengenai pekerja-pekerja asing sernernangnya inilah salah satu daripada langkah

Page 17: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

765 1 APRIL 1988 766

Kerajaan yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kabinet itu adalah untuk menyekat kemasukan baru pekerja-pekerja asing untuk menambah ataupun memberi peluang kepada pekerja-pekerja tempatan bagi mendapat pekerjaan.

Tuan Lau Keng Siong: (Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Ya, okay, satu sahaja Iagi.

Tuan Lau Keng Siong: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah Kerajaan sedar masalah pengangguran pada masa sekarang ada satu cabaran dan kekacauan besar kepada masyarakat dan Kerajaan kita. Jika sedar, patutlah Kerajaan dahulukan perkara ini, utamakan perkara ini oleh sebab orang muda-muda tidak ada kerja, saya fikir negara kita menghadapi satu perkara yang sangat penting. Jadi pada masa sekarang saya nampak pengangguran ini makin lama makin bertambah ..... .

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kalau soalan tambahan, apa soalan tambahannya itu. Jangan panjang Iebar membuat ucapan.

Tuan Lau Keng Siong: Ya, ya. Jadi saya minta Kerajaan kita utamakan perkara ini.

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, sememangnya Kerajaan mengutamakan masalah untuk menyelesaikan masalah pengangguran itu (Ketawa).

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim, wakil daripada Jabatan Perdana Menteri sudah sedia menjawab soalan itu.

AGENSI KERAJAAN­PENSWASTAAN

1. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Perdana Menteri menyatakan

bagaimanakah kejayaan 6 agensi­agensi Kerajaan yang telah diswastakan iaitu Depoh baikpulih kapalterbang Tentera Udara Di-Raja (AIROD), Terminal Kontena Pelabuhan Kelang; Jabatan Telekom; Sistem Penerbangan Malaysia (MAS); Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) dan Sports Toto. Berdasarkan prestasi agensi-agensi Kerajaan yang telah diswastakan itu, adakah pihak Kerajaan bercadang menswastakan agensi-agensi Iainnya.

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, secara amnya keenam-enamnya agensi Kerajaan yang telah diswastakan tersebut berjalan dengan baik. Oleh kerana agensi-agensi ini masih baru diswastakan adalah terlalu awal bagi Kerajaan untuk menilai secara terperinci kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh agensi-agensi tersebut selepas ianya diswastakan.

Sungguhpun begitu sukalah saya memaklumkan bahawa Iaporan­Iaporan diterima oleh Kerajaan menunjukkan prestasi agensi-agensi ini dari segi peningkatan produktiviti para pekerjanya adalah amat menggalakkan. Kerajaan percaya bahawa peningkatan seperti ini akan mendorong agensi-agensi yang diswastakan tersebut memberi perkhidmatan yang bermutu kepada masyarakat di samping mendapat keuntungan.

Berhubung dengan bahagian kedua soalan Ahli Yang Berhormat, suka saya menjelaskan bahawa Kerajaan akan menswastakan agensi-agensi yang lain selepas Kerajaan berpuas hati bahawa penswastaan tersebut mendatangkan faedah kepada semua pihak iaitu kepada pekerja yang terlibat, orang ramai dan juga Kerajaan.

Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tam­bahan. Saya ingin tabu daripada Setia­usaha Parlimen, kejayaan program

Page 18: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

767 1 APRIL 1988 768

penswastaan 101 adalah kerana penyertaan ekuiti dari pelabur-pelabur tempatan mahupun antarabangsa. Saya ingin tabu bagaimana peratusan penyertaan ekuiti pihak Kerajaan, pelabur-pelabur tempatan dan antarabangsa dalam syarikat-syarikat yang disebutkan.

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, Dasar Penswastaan Negara ini adalah mementingkan rakyat tempatan dan juga pegangan Kerajaan. Bagi syarikat-syarikat yang baru diswastakan sudah tentu pegangan Kerajaan itu terlebih dahulu akan dikekalkan bagi membolehkan syarikat itu berjalan dan selepas itu akan dibuka untuk rakyat tempatan yang dipentingkan, seboleh-bolehnya adalah bagi mencapai Dasar Ekonomi Baru iaitu penyertaan 30% bumi­putera dalam bidang-bidang yang di­hajatkan di dalam Dasar Ekonomi Baru.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Di dalam sesuatu projek sebelum diswastakan apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan memastikan supaya bila projek itu diswastakan ia tidak akan merugikan Kerajaan dan adakah setiap projek sebelum diswastakan akan diberi pengumuman kepada orang ramai untuk menyertai ataupun ditawarkan.

Tuan Othman bin Abdul: Kerajaan sudah semestinya akan membuat satu kajian yang mendalam dan kajian itu akan diser dhkan kepada pihak Kerajaan untuk mendapat keputusan. Setiap sesuatu badan Kerajaan yang hendak diswastakan adalah mendapat keputusan daripada Kabinet, Kerajaan untuk memutuskan. Dan sudah pastilah ianya akan menyediakan, memandangkan soal masalah, pekerjaan, pulangan keuntungan kepada syarikat-syarikat yang telah saya sebutkan tadi.

Jadi, syarikat yang dijangka akan merugikan, ianya tidak akan diswastakan oleh Kerajaan. Kerajaan akan terus memegang syarikat­syarikat yang dijangka tidak akan membuat keuntungan kepada masyarakat dan kepada syarikat yang berkenaan.

Tuan Hassan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah sudahkah atau tidak pihak Kerajaan mengkaji denglm teliti agensi-agensi Kerajaan yang telah diswastakan ini, yang merupakan monopoli, sedangkan tujuan asas pengswastaan untuk menimbulkan keefisyenan dalam bidang berkenaan tidak akan tercapai sekiranya tidak ada persaingan dalam bidang itu.

Tuan Othman bin Abdul: Saya tidaklah bersetuju bahawa badan­badan Kerajaan ataupun syarikat­syarikat yang diswastakan oleh Kerajaan itu adalah sebuah syarikat monopoli kerana ianya adalah dibuka peluang kepada seluruh masyarakat, ahli masyarakat untuk menyertai selepas ianya berjalan dengan baik dan mendatangkan kejayaan.

PERHIMPUNAN SETIA (SEMARAK)

11. Tuan G. Rajoo minta Menteri Penerangan menyatakan konsep perhimpunan "Setia" di seluruh negara baru-baru 101. Nyatakan kejayaan yang dicapai akibat perhimpunan "Setia" ini dan masalah yang dihadapi oleh Kementerian atas usahanya menjayakan projek ini.

Timbalan Menteri Penerangan (Tuan Railey bin Jaffrey): Tuan Yang di-Pertua, perhimpunan Setia yang diadakan oleh Kementerian Penerangan dan agensi-agensi Kerajaan serta firma-firma adalah berasaskan kepada konsep bahawa perhimpunan begitu akan dapat menanamkan semangat setia dan

Page 19: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

769 1 APRIL 1988 770

cintakan negara, semangat bekerjasama, ketekunan dan dedikasi kerja dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti.

Usaha-usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan kesetiaan rakyat kepada negara melalui program Gerakan Setia Bersama Rakyat (SEMARAK) yang diadakan di seluruh negara untuk merapatkan lagi hubungan rakyat dengan Kerajaan dan Kerajaan dengan rakyat di samping menanamkan semangat setia dan cinta kepada negara dan semangat membangun di setiap lapisan masyarakat.

Perhimpunan-perhimpunan ini diikuti oleh berbagai aspek setia seperti khidmat, setia bakti, setia jasmani, setia rohani, setia kawan, dan setia negara. Dalam Gerakan SEMARAK pemimpin-pemimpin dan rakyat akan sama-sama bekerja dalam mencapai matlamat membawa semangat membangun masyarakat dan negara. Perhimpunan Setia dan program SEMARAK yang melibatkan rakyat dan pemimpin telah berjalan dengan lancar dan tidak ada masalah besar yang timbul di dalam usaha menjayakan kegiatan itu.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan menerangkan apakah maknanya yang sebenar "setia rohani" yang dimaksudkan itu?

Tuan Railey bin JatTrey: Tuan Yang di-Pertua, "setia rohani" ialah perkara yang ada kaitan dengan soal kerohanian. (Ketawa)

Puan Law Jack Y oon: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambah~m. Mengenai konsep perhimpunan setia itu, bolehkah Yang Berhormat memberitahu jangka masa kempen itu akan dijalankan dan sama ada kempen itu akan dijadikan satu rancangan tetap oleh Kerajaan?

Tuan Railey bin Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, kempen Setia sebenarnya dijalankan semata-mata merupakan satu konsep untuk menanamkan kesetiaan kepada negara. Ianya bukan merupakan satu perkara yang di­paksa kepada sesiapa dan kita tidak mempersoalkan kesetiaan seseorang rakyat, tetapi kita sekadar menggalakkan dan menanamkan semangat agar kesedaran terus timbul di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum supaya kesetiaan kepada negara, bangsa dan Raja akan dapat berterusan selepas merdeka selama 30 tahun.

AIDS-PROGRAM PENCEGAHAN

12. Puan Ainon binti Ariffin minta Menteri Kesihatan menyatakan mengenai:

(a) basil persidangan Menteri­menteri Kesihatan seluruh dunia mengenai "Pencegahan Penularan Penyatdt AIDS" yang diadakan di London pada 26hb Januari, 1988 · y(lng lalu dan bagaimanakah · perkem­.p~ngan Penyakit AIDS itu di Malaysia setakat ini; dan

(b) mengapakah peralatan Pengesanan Barah Buah Dada tidak ada di Hospital Besar Kerajaan. Adakah Kerajaan bercadang untuk membelinya bagi kemudahan wanita-wanita yang memerlukan peralatan ini yang tidak berkemampuan membuat ujian tersebut di klinik-klinik swasta.

Dato' Chan Siang Sun: Tuan Yang di-Pertua, jawapan (a), Persidangan Kemuncak Menteri-menteri Kesihatan Sedunia berkaitan Program Pen­cegahan AIDS yang telah diadakan di London pacta 26hb-28hb Januari, 1988 telah menumpukan kepada cara­cara memberi maklumat dan pendidikan kesihatan kepada

Page 20: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

771 1 APRIL 1988 772

orang ramai, golongan-golongan yang berisiko tinggi dan pengidap-pengidap penyakit AIDS serta pembawa­pembawa kuman AIDS. Hasil dari persidangan tersebut, Malaysia telah dapat mempelajari dengan lebih mendalam cara-cara untuk menyampaikan maklumat dan pendidikan kesihatan kepada golongan-golongan yang disebutkan di atas. Cara-cara ini akan disesuaikan berdasarkan keadaan di Malaysia dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan untuk mencegah dan mengawal penyakit AIDS di negara kita.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sehingga 31hb Mac, 1988 hanya 3 kes AIDS, satu kes "AIDS Related Complex (ARC)" dan tiga pembawa penyakit AIDS telah dikesan di negara kita. Dua daripada kes AIDS ini ialah warganegara Malaysia dan yang seorang lagi ialah warganegara asing. Ketiga-tiga mereka ini telah pun meninggal dunia.

Jawapan berkenaan dengan soalan (b), saya telah pun menjawabnya ketika menggulung perbahasan atas usul ucapan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini pada hari semalan iaitu Kementerian telah pun merancang untuk membeli sebuah alat pengesan barah buah dada untuk Hospital Besar Kuala Lumpur. Alat itu dijangkakan dapat digunakan sebelum penghujung tahun 1989.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Ttcan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin mendapat sedikit penjelasan daripada Menteri Kesihatan iaitu di TV itu apabila menyebut AIDS itu puncanya kerana "persetubuhan rambang". Jadi banyak orang bertanya saya, apa makna "persetubuhan rambang" itu, sedangkan di dalam bahasa yang sebenarnya ada istilah "zina" atau "liwat" Jadi, kenapakah tidak

digunakan istilah yang sudah ada? "Persetubuhan rambang" itu adakah ~a.ksudnya suka celup sana, celup smt. ( Ketawa) Adakah demikian maksudnya? Jadi, masyarakat hendak mengetahui.

. _Yang. . kedua, seseorang yang dtJangktti oleh AIDS itu dijangka berapa lama dia boleh maut?

. Dato' Chan Siang Sun: Tuan Yang ~~~Pertua, sebenarnya jangkitan AIDS mt adalah melalui beberapa cara. Apa yang disebutkan tadi cuma satu cara sahaja. Ada cara yang lain selain daripada melalui perhubungan jenis (sex). Ada cara yang lain juga seperti melalui pemindahan darah atau "blood transfusion" dan juga melalui i?u-ibu yang mengandung. Jadi, itu ttga cara yang dapat diketahui, tetapi untuk menyedarkan kepada masyarakat umum, jangkitan AIDS ini sebahagian besar adalah melalui hubungan jenis atau hubungan seks. Jadi, oleh kerana penyakit ini dahsyat sekali, maka kita pada bila-bila masa sahaja menyentuh persoalan penyakit AIDS ini, kita katakan perhubungan sekslah yang menjadikan ancaman besar sekali terdedah kepada kes AIDS dalam dunia pada hari ini.

Dengan itu saya harap seperti di dalam jawapan asal saya iaitu melalui maklumat pendidikan dua perkara yang penting sekali dan ini juga adalah dua perkara WHO atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga menegaskan bahawa dua cara ini sangat penting. Selain daripada dua cara yang penting ini-itu pun bergantung kepada individu sendiri oleh kerana dalam penyakit AIDS ini penjagaan sendiri juga diutamakan. It is a matter of choice, if you really want to have it you can have it. Jadi, penjagaan sendiri pun adalah penting sekali.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Soalan kedua ialah, berapa lama seseorang yang dijangkit itu.

Page 21: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

773 1 APRIL 1988 774

Dato' Chan Siang Sun: Mengikt.j.t apa yang telah dilaporkan oleh WHO iaitu apabila seseorang yang menjadi pembawa (carrier) ini tidak bermakna bahawa ia terus menjadi kes AIDS, oleh kerana ia mesti menjadi pembawa dahulu, kemudian ARC­AIDS--related complex, lepas itu kes yang benar. Dia ada tiga peringkat­pembawa, ARC dan actual case, kes yang sebenar. Jikalau seseorang itu sudah menjadi pembawa, barangkali tiga atau lima tahun kemudian dia akan menjadi kes. Bila sudah menjadi kes benda itu, sudah tidak berapa harapan lagi, cuma tiga bulan atau lebih-lebih lima bulan dia pun pergilah. (Ketawa) Itu dia punya tempo h.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk pertanyaan bagi Jawab Mulut sudah cukup.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 13 hingga 68 adalah diberi di bawah ini).

MMC-HARGA TIMAH DI PASARAN ANTARABANGSA

13. Tuan Azumu bin Tak minta Menteri Perusahaan Utama memberi tabu jumlah pekerja yang telah diberhentikan kerja oleh MMC sehingga bulan Disember, 1987 disebabkan penutupan kapal-kapal korek.

Menteri Perusahaan Utama (Dato' Dr Lim Keng Yaik): Semenjak wujudnya Kawalan Timah pada tahun 1982-1986 dan kejatuhan harga timah di pasaran antarabangsa pada bulan Oktober 1985, sebilangan kapal korek terpaksa ditutup oleh MMC untuk mengelakkan kerugian. Jumlah pekerja yang telah diberhentikan oleh MMC akibat penutupan kapal-kapal korek tersebut sehingga bulan Disember 1987 adalah 1,288 orang.

ROMBONGAN GALAKAN PELABURAN

14. Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menjelaskan bahawa Kementerian Perdagangan dan Perindustrian telah mengadakan lawatan-lawatan ke luar negeri untuk menarik pelabur ke Malaysia dari 1987 ke awal tahun 1988 termasuklah negara Thai dan Burma pada Februari 1988:

(a) berapa buah negara dan berapa banyak modal yang akan dilaburkan di Malaysia;

(b) negara-negara manakah yang akan melabur; dan

(c) sudahkah bermula perdagangan ataupun industrinya dalam pelaburannya.

Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian (Dato' Kok Wee Kiat):

(a) Dalan tahun 1987, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian telah menganjurkan lawatan rombongan pelaburan ke 14 buah negara dan jumlah modal asing yang dicadangkan untuk dilabur di Malaysia ialah $1,423.2 juta. Pada awal tahun 1988 1m, satu rombongan galakan pelaburan telah melawat negara-negara Belanda, !tali dan Perancis. Rombongan m1 baru saja kerribali ke Malaysia dan oleh itu adalah terlalu awal untuk menentukan basil dari lawatan itu.

(b) Negara-negara asing yang bercadang untuk melabur ialah Taiwan, Hong Kong, Amerika Syarikat, Jerman Barat, Jepun, Australia, United Kingdom, Belgium, Perancis, Sweden dan Arab Saudi.

(c) Beberapa cadangan projek yang dibincangkan semasa lawatan rombongan galakan pelaburan ini telah pun diluluskan untuk

Page 22: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

775 1 APRIL 1988 776

memulakan operasinya di Malaysia. Dalam tahun 1987, sebanyak 166 buah projek yang melibatkan cadangan modal asing sejumlah $523.5 juta dari negara-negara yang dilawati telah pun diluluskan.

PELABURAN ASING

15. Tuan Foo Boon Liang minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan:

(a) bilangan pelabur asing yang telah melabur di negara kita pada tahun 1987;

(b) jenis bidang perniagaan yang mereka labur itu;

(c) jumlah wang yang dilabur;

(d) siapakah pelabur tm dan daripada Negara yang mana­kah terdapat pelabur yang ter­banyak;

(e) penjelasan yang lebih meneliti mengenai perdagangan dengan negeri China berkenaan dengan permit untuk mengimport barangan dari negeri itu; dan

(f) perlukah para saudagar membayar V2% kepada Pernas.

Dato' Kok Wee Kiat:

(a) Jumlah projek-projek yang diluluskan dengan penyertaan ekuiti asing pada tahun 1987 ialah sebanyak 228 projek.

(b) Kebanyakan daripada mereka melabur dalam industri barang­barang elektrik dan elektronik, barang-barang tekstil, kimia dan barang-barang . kimia, industri kertas, percetakan dan penerbitan.

(c) Jumlah ekuiti asing (tidak termasuk pinjaman) bagi projek-projek yang diluluskan bagi tahun 1987 ialah $750 juta.

(d) Negara yang terbanyak melabur ialah Jepun dengan ekuiti berjumlah sebanyak $230.8 juta dijkuti oleh Singapura sebanyak $135.4 juta, Taiwan sebanyak $118.5 juta, Australia sebanyak $29.6 juta, India sebanyak $28.2 juta dan Hong Kong sebanyak $27.8 juta.

(e) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mulai 3 Mac, 1988, pengimportan barangan. dari Republik Rakyat China tidak dikenakan perlesenan lagi.

(f) Para saudagar tidak perlu lagi membayar 112% kepada PERNAS.

PERSATUAN GURU-GURU AGAMA MENENGAH-LAYANAN

16. Tuan Haji Hamid Araby bin Haji Mohd. Salleh minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah pihak Kementerian sedar bahawa Persatuan Guru-guru Agama Menengah, tidak mendapat layanan yang sewajarnya daripada Kementerian berkenaan, jika dibandingkan dengan persatuan guru-guru lain, yang mengakibatkan ramai mereka iaitu guru-guru agama menengah bercenderung kepada aktiviti Tabligh, Arkam, Pas dan sebagainya.

Dr Leo Michael Toyad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan memberi layanan yang sama kepada semua kesatuan dan persatuan. Kecenderungan guru-guru menengah menyertai aktiviti-aktiviti Tabligh, Arkam dan Pas tiada kena mengena dengan layanan Kementerian terhadap persatuan men!ka.

SKIM KHIDMAT SAMBILAN SISWAZAH

17. Tuan Syed Abdul Hamid bin SagatT minta Menteri Pendidikan

Page 23: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

777 1 APRIL 1988 778

menyatakan bilangan peserta serta jumlah peruntukan Rancangan Siswazah Khidmat Sambilan (SKS) dan sama ada program ini akan diteruskan.

Dr Leo Michael Toyad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan asal siswazah yang telah dilantik di bawah Skim Khidmat Sambilan apabila dilancarkan pada 1 Julai, 1986 ialah seramai 4,000 orang. Walau bagaimanapun daripada jumlah tersebut, bilangan mereka yang masih lagi berkhidmat di bawah skim ini hingga sekarang ialah seramai 2,822 orang sahaja.

Jumlah peruntukan yang telah digunakan di bawah Rancangan Siswazah Khidmat Sambilan (SKS) ini daripada 1-7-1986 hingga 31 Disember, 1987 ialah sebanyak $35,191,169.00. Manakala per­belanjaan yang dijangkakan bagi membiayai skim ini daripada 1-1-1988 hingga 31-12-1988 pula ialah sebanyak $15,984,000.00

Program Siswazah Khidmat Sambilan ini, seperti yang telah diperuntukan, akan diteruskan hingga akhir tahun 1988.

PEMBASMIAN KEMISKINAN

18. Dr Nordin Selat minta Perdana Menteri menerangkan sejauh manakah kemiskinan di negara ini telah dapat dihapuskan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Dr Siti Zaharah binti Haji Sulaiman): Semenjak Kerajaan mempergiatkan usaha pembasmian 'kemiskinan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) mutu kehidupan rakyat khasnya yang miskin telah banyak berubah. Maklumat-maklumat terakhir mengenai kemajuan pembasmian kemiskinan sehingga tahun 1984 telah pun dinyatakan dalam dokumen Rancangan Malaysia Kelima. Diharap

Ahli Yang Berhormat dapat membuat rujukan bagi memahami butir-butir lanjut.

Secara keseluruhannya, kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysi~ telah berkurang daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 18.4 peratus pada tahun 1984. Di kawasan bandar, kadar kemiskinan telah berkurang daripada 21.3 peratus kepada 8.3 peratus manakala di kawasan luar bandar daripada 58.7 peratus kepada 24.7 peratus dalam tempoh yang sama. Jumlah keseluruhan isirumah miskin juga telah berkurang daripada 791 ,800 pada tahun 1970 kepada 483,300 dalam tahun 1984; di bandar daripada 85,900 kepada 81,300 manakala di luar bandar daripada 705,900 kepada 402,000.

Pendapatan purata bagi kumpulan 40 peratus terendah di bandar telah meningkat daripada $203 sebulan seisirumah pada tahun 1976 kepada $512 sebulan seisirumah pada tahun 1984. Sementara di luar bandar pendapatan purata kumpulan ini juga telah meningkat daripada $98 sebulan kepada $290 sebulan dalam tempoh yang sama.

Di Sabah dan Sarawak, kadar kemiskinan secara keseluruhan serta bagi kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar juga telah mencatatkan arah aliran yang berkurangan dalam tempoh tersebut.

Banyak kejayaan juga telah dicapai dalam usaha untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat. Mutu kehidupan penduduk luar bandar masa kini adalah jauh lebih baik dan selesa berbanding dengan keadaan di tahun-tahun awal pelaksanaan DEB. Kejayaan ini dicapai melalui berbagai program seperti penyediaan kemudahan asas dan infrastruktur (seperti bekalan air, elektrik dan jalan), perumahan awam, perkidmatan kesihatan, per-sekolahan serta berbagai per-khidmatan sosial yang lain.

Page 24: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

779 1 APRIL 1988 780

BAHASA BAKU

19. Tuan Paramjit Singh minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) apakah yang telah men­dorongkan Kerajaan untuk memperkenalkan Bahasa Baku di dalam negara; dan

(b) adakah kajian yang mendalam dan menyeluruh dibuat untuk mempergunakan Bahasa Baku sebelum pelaksanaannya dan apakah kelemahan-kelemahan sistem pendidikan sekarang.

Dr Leo Michael Toyad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) "Bahasa Baku" yang sedang diperkatakan sekarang dan yang saya percaya Yang Berhormat maksudkan itu, ialah "sebutan baku" yang sedang diperkenalkan di sektor pendidikan sekarang ini.

Tujuan Kerajaan mem-perkenalkan sebutan "bahasa baku" ini ialah untuk mewujudkan suatu cara komunikasi yang formal berlandaskan satu cara sebutan yang seragam dan mantap yang diterima umum bagi menggantikan pelbagai cara sebutan, termasuk loghat atau dialek yang masih digunakan hingga kini.

(b) Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengkaji dengan sedalam-dalamnya kemung­kinan dan kesan baik buruk­nya penggunaan sebutan baku Bahasa Malaysia sebelum di­laksanakan di semua sektor pendidikan.

Sebutan yang tidak baku atau "standard" merupakan satu kelemahan yang telah dikenalpasti.

GERAKAN CINTAILAH BAHASA KITA

20. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Pendidikan menyatakan sambutan orang ramai kepada Kempen Cintai Bahasa Malaysia, sejauh mana berjayanya penggunaan Bahasa Malaysia baku di pusat pengajian rendah dan tinggi.

Dr Leo Michael Toyad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semenjak dilancarkan pada 11 Disember, 1987, Gerakan "Cintailah Bahasa Kita" telah mendapat liputan, sambutan dan penyertaan yang sangat baik dan menggalakkan. Pihak media elektronik, RTM dan TV3 telah mengadakan program Forum Khas, selain daripada liputan berita semasa dan hebahan promosi. Pihak akhbar dan penerbitan berkala juga telah memberikan liputan yang luas tentang gerakan ini.

Di sektor Kerajaan, Gerakan "Cintailah Bahasa Kita" sedang giat dilaksanakan dengan penyertaan Jabatan Kerajaan pada peringkat pusat dan negeri-negeri.

Beberapa pihak di sektor swasta juga turut menyertai gerakan ini dengan mengatur acara-acara yang melibatkan pelbagai kaum, kalangan perniagaan parti politik dan golongan masyarakat.

Kesemua perkembangan yang berlaku ini jelas menunjukkan bahawa usaha mendaulatkan Bahasa Kebangsaan melalui program Gerakan Cintailah Bahasa Kita mendapat perhatian dan diterima oleh Kerajaan dan masyarakat.

"Bahasa Baku" atau bahasa standard telah digunakan dengan meluas dan dengan jayanya di sekolah dan pusat pengajian tinggi semenjak sistem pendidikan kebangsaan diperkenalkan tiga puluh tahun yang lalu. Semenjak itu, proses pemantangan bahasa baku terus

Page 25: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

781 1 APRIL 1988 782

berlaku hingga mencapai tahapnya yang begitu maju pada masa ini. Tetapi, sekiranya istilah "bahasa baku" yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat itu adalah "sebutan baku" yang sedang diperkenalkan dan dilaksanakan di sektor persekolahan sejak awal tahun 1988 ini, maka belumlah lagi dapat kita mengukur kejayaannya.

GURU SEMENTARA DI SEKOLAH RENDAH

KEBANGSAAN

21. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) berapa ramaikah guru sementara sedang mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan dan di Sekolah Menengah Kebangsaan. Adakah benar bahawa guru-guru seumpama ini tidak dapat menyampaikan pelajaran kepada murid-murid dengan berkesan kerana mereka tidak mempunyai kelulusan dalam mata pelajaran yang khusus;

(b) adakah benar bahawa terdapat guru-guru sementara ini ramai ditempatkan di sekolah-sekolah luar bandar; dan

(c) adakah Kerajaan bercadang menghapuskan guru-guru se­mentara jika ia bilakah ianya akan dilaksanakan dan jika tidak harap mendapat pen­jelasan kenapa tidak boleh dihapuskan.

Dr Leo Michael Toyad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Bilangan guru-guru sementara atau sandaran yang sedang berkhidmat di Sekolah Rendah Kebangsaan seluruh negara seperti pada 31-1-1988 adalah seramai 9,406 orang dan

bilangannya bagi Sekolah Menengah adalah seramai 1,623 orang.

Dakwaan Ahli Yang Berhormat bahawa guru-guru seumpama ini tidak dapat menyampaikan. pelajaran kepada murid-murid dengan berkesan adalah tidak benar oleh kerana guru-guru sementara yang berkhidmat di sekolah-sekolah adalah sentiasa diawasi oleh pihak sekolah bagi memastikan prestasi pengajaran dan pembelajaran guru-guru tersebut sentiasa berada di tahap yang dikehendaki.

(b) Penempatan guru-guru sementara ke sekolah-sekolah adalah berdasarkan kepada keperluan mata pelajaran yang dikehendaki oleh sekolah dan juga yang boleh diajar oleh guru-guru berkenaan. Oleh yang demikian soal tentang guru-guru sementara yang ditugaskan ke sekolah-sekolah di luar bandar tidak timbul. Ini ialah kerana ianya bukan dirancangkan tetapi adalah berdasarkan kepada ke­pentingan perkhidmatan.

(c) Kerajaan tidak menghapuskan sementara kerana:

bercadang guru-guru

(1) Penempatan guru-guru terlatih di semua sekolah di seluruh negara tidak dapat dipenuhi.

(2) Mereka diperlukan untuk mengambil tempat guru­guru yang telah diluluskan cuti belajar (bergaji penuh atau sebaliknya).

(3) Mereka boleh menampung kekosongan akibat dari guru-guru . mengikuti kursus jangka pendek.

Page 26: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

783 1 APRIL 1988

(4) Mereka boleh memenuhi kekurangan yang berlaku pada tahun semasa disebabkan oleh:

(i) perletakan jawatan

(ii) persaraan (wajib atau pilihan)

(iii) kematian

(iv) sakit dan lain-lain sebab.

DADAH DI SEKOLAH-SEKOLAH

22. Dr Ng Khek Kiung minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(i) setakat manakah masalah­masalah dadah telah mencerobohi sekolah di negara kita dan apakah langkah­langkah yang telah diambil oleh pihak Kementerian untuk mengatasi masalah tersebut;

(ii) adakah pihak Kementerian mengenalpasti sebab-sebab berlakunya masalah-masalah dadah di sekolah; dan

(iii) jika ya, apakah sebab-sebabnya.

Dr Leo Michael Toyad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(i) Berdasarkan laporan yang diterima oleh Kementerian Pendidikan, masalah dadah di sekolah-sekolah adalah tidak membimbangkan dan terkawal. Daripada tahun 1983 hingga tahun 1987, 390 buah sekolah menengah telah melaporkan ada murid-murid yang terlibat dengan dadah. 1,168 orang murid-murid dilaporkan terlibat dengan masalah dadah dalam tempoh tersebut. Kebanyakan murid­murid ini mencuba-cuba dadah jenis ganja.

784

Bagi membanteras ancaman najis dadah di kalangan murid­murid sekolah, Kementerian Pendidikan telah dan akan terus mengambil beberapa langkah yang difikirkan akan menjauhkan ancaman ini.

Langkah-langkah tersebut termasuklah:

(a) mengadakan serbuan mengejut dan ujian air kencing ke atas murid-murid terutama di sekolah-sekolah me-nengah yang kerap melaporkan ada murid­murid terlibat dengan penyalahgunaan dadah;

(b) mengada dan mengiatkan lagi kempen kesedaran akan bahaya dadah kepada murid-murid melalui ceramah-ceramah, pameran anti dadah dan pertandingan menulis esei dan melukis poster di kalangan murid­murid;

(c) mengarahkan pihak sekolah menubuhkan jawatankuasa anti dadah di peringkat sekolah bagi menjalankan pelbagai aktiviti penerapan dan pendidikan mengenai bahaya dadah;

(d) mengadakan kursus kesedaran anti dadah kepada ketua-ketua murid dan pemimpin­pemimpin pelajar supaya mereka dapat mem-bantu pihak sekolah mengenalpasti murid-murid yang disyaki terlibat dengan dadah;

(e) meminta sekolah-sekolah meningkatkan lagi aktiviti bimbingan dan kaunseling

Page 27: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

"~~--- -----------

785 1 APRIL 1988 786

bagi membantu murid­murid yang menghadapi masalah terutama masalah yang boleh mendorong murid-murid itu ke arab perbuatan menyalahgunakan dadah;

(f) mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah menubuhkan jawatan-kuasa pendidikan pen-cegahan dadah bagi melaksanakan aktiviti penerangan dan pen­didikan kepada ibu bapa dan guru-guru serta masyarakat setempat dan peranan masing-masing dalam usaha membanteras ancaman dadah dalam keluarga dan masyarakat;

(g) mengadakan aktiviti kern jayadiri untuk murid­murid yang berisiko supaya mereka sedar bagaimana mereka boleh terperangkap ke dalam ancaman najis dadah; dan

(h) menerbitkan bahan-bahan dan rujukan serta mengadakan kursus untuk guru-guru bagi meningkatkan komitmen mereka dalam usaha mencegah ancaman dadah di kalangan murid­murid.

(ii) Kementerian Pendidikan tidak ada membuat kajian untuk mengenalpasti sebab-sebab berlakunya masalah dadah di sekolah. Bagaimanapun Pusat Ubat-ubatan dan Dadah, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pernah membuat tinjauan mengenai sebab-sebab murid sekolah mengambil dadah.

(iii) Kajian itu mendapati antara sebab-sebab murid sekolah mengambil dadah ialah:

(a) Jahil atau tidak mempunyai maklumat dan pengetahuan me­ngenai dadah dan kesan-kesannya.

(b) Pengaruh rakan sebaya yang pernah mencuba dadah.

(c) Rasa ingin tabu.

(d) Ingin be bas dari kong­kongan keluarga.

PERDAGANGAN MALAYSIA­INDIA

23. Dato' K. S. Nijhar minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan kemajuan yang tercapai baru-baru ini untuk mengurangkan ketldakseimbangan perdagangan antara Malaysia dan India.

Dato' Kok Wee Kiat: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Malaysia - mengamalkan sistem ekonomi bebas di mana pengimport­pengimport diberi peluang mengimport dari mana-mana negara yang mereka ingin. Oleh itu Kerajaan tidak boleh mempengaruhi pihak swasta membeli dari mana-mana negara.

Pada masa ini Malaysia mempunyai lebihan dagangan dengan India kerana pihak India membeli lebih banyak dari Malaysia. Keadaan ini mungkin akan berterusan memandangkan India mempunyai lebih ramai penduduk berbanding dengan Malaysia.

Walau bagaimanapun, nilai import Malaysia dari India pada tahun 1987 telah meningkat sebanyak 13.6% berbanding dengan nilai import pada tahun 1986.

Malaysia akan sentiasa memberi peluang kepada India untuk mengeksport barang-barangnya ke Malaysia dan berharap mereka akan berjaya mengurangkan ketidak­seimbangan perdagangan ini.

Page 28: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

787 1 APRIL 1988 788

PERDAGANGAN DUA-HALA MALAYSIA-INDIA

24. Tuan C. Krishnan minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan sejauhmanakah kejayaan yang telah dicapai dalam perdagangan dua-hala antara Malaysia dengan Negeri India sehingga akhir tahun 1987.

Dato' Kok Wee Kiat: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah perdagangan dua-hala di antara Malaysia dan India telah meningkat sebanyak 36% dalam tahun 1987 berbanding dengan tahun 1986 berasaskan angka-angka berikut:

Tahun Jumlah

1986

1987

Perdagangan

M$ 1138 juta

M$ 1548 juta

Import Malaysia dari India pada tahun 1987 berjumlah $250 juta berbanding dengan $220 juta pada tahun 1986. Peratusan peningkatan import adalah sebanyak 13.6%. Sementara ito jumlah eksport Malaysia ke India pada tahun 1987 berjumlah $1297 juta berbanding $918 juta dalam tahun 1986. Peningkatan peratusan eksport ialah sebanyak 41.4%.

Di samping itu, komposisi perdagangan kedua-dua buah negara ini juga telah meningkat. Komposisi eksport Malaysia yang utama ke India adalah minyak kelapa sawit, getah, kayu gergaji, hot briquetted iron dan bijih timah. Sementara komposisi eksport India ke Malaysia pula ialah daging, bawang, ikan, rempahrat:us, pakaian, barang-barang permata, makanan haiwan, komponen kereta dan bijih besi.

Dari angka-angka dan komposisi perdagangan duahala seperti tersebut di atas adalah jelas bahawa perdagangan duahala Malaysia dengan

India sedang menuju ke arab peningkatan.

PERPADUAN BELlA

25. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sama ada Kementeriannya telah membuatkan suatu rancangan induk untuk memajukan perpaduan di kalangan belia Malaysia. Sekiranya ya, sila berikan ringkasan rancangan. Sekiranya tidak, sila berikan rancangan-rancangan apakah yang dirancangkan untuk mengurangkan polarisasi perkauman di kalangan belia.

Menteri Belia dan Sukan (Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak): Adalah menjadi matlamat Kementerian Belia dan Sukan untuk membentuk satu masyarakat belia yang bersatupadu, berdisiplin, sihat, cergas dan bergerak maju ke arab perpaduan negara. Bagi mencapai matlamat yang dinyatakan tadi maka Kementerian telah menggubal dan melaksanakan Dasar Belia Negara dan Dasar Sukan Negara. Prinsip-prinsip perpaduan telah termaktub dalam kedua-dua Dasar tersebut. Dengan demikian aktiviti-aktiviti anjuran Kementerian adalah berasaskan kepada prinsip penggalakan persefahaman, kerjasama, perasaan setiakawan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:

(i) Kern Musim Cuti

(ii) Khemah Kerja Perpaduan (iii) Khemah Kerja Keselamatan (iv) Pertukaran Belia Dalam

Negeri

(v) Kegiatan rekreasi/pengem-baraan/ekspedisi

(vi) Kursus Pengenalan Sukan untuk semua kaum

Page 29: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

789 1 APRIL 1988 790

(vii) Rancangan Sosialisasi Bandar/Desa

(viii) Penambahan ahli persatuan dan penubuhan persatuan

(ix) Penubuhan dan Penggerakan Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah

(x) Penubuhan Badan Penyelaras Bagi Kelab-kelab Servis

(xi) Penubuhan Majlis Perun­dingan Belia Negara dan Negeri.

AKEDMARA

26. Tuan Azman Atar bin Othman minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan mengenai aked MARA, apakah langkah yang dibuat bagi MARA membantu peniaga-peniaga, khusus­nya peniaga-peniaga Bumi­putera.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar (Tuan Abdul Ghafar bin Baba): Mengenai aked yang dibina, pihak MARA menyewakanya kepada peniaga-peniaga Bumiputera yang memerlukan ruangniaga untuk menjalankan perniagaan mereka dengan kadar yang jauh lebih rendah dari kadar pasaran.

Ruangniaga yang dibina dan disediakan oleh MARA adalah terdiri dari bazar, aked, rumah kedai dan kompleks perniagaan. Sehingga akhir tahun 1987, MARA telah pun mendirikan 3,117 unit ruangniaga di seluruh negara.

Selain dari penyediaan ruangniaga, MARA juga menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti khidmat bimbingan, rundingcara dan kursus-kursus perniagaan, bantuan pinjaman modal, promosi petnasaran dan mengwujudkan projek-projek industri kecil yang kesemuanya adalah

bertujuan untuk menambah, menggalak dan memajukan Bumiputera dalam bidang perniagaan.

PERNIAGAAN SECARA LANGSUNG MALAYSIA-CINA

27. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan jumlah penjimatan wang ringgit yang boleh kita perolehi daripada perniagaan secara langsung (direct trade) dengan Republik Rakyat China.

Dato' Kok Wee Kiat: Pada ketika ini sebahagian besar eksport kayu kayan dan getah asli Malaysia ke RRC dilakukan melalui negara ketiga. Sebagai contoh, dari bulan Januari­November, 1987, RRC telah mengimport kayu kayan dan getah asli yang bernilai M$735 juta dan M$424.6 juta. Dari jumlah yang disebutkan ini, import dari Malaysia bernilai M$99.6 juta (untuk kayu kayan) dan M$262.3 juta (untuk getah asli). Ini bermakna dalam tempoh yang disebutkan (Januari-November 1987) RRC telah mengimport kayu kayan yang bernilai M$635.4 juta dari getah asli yang bernilai M$162.3 juta dari negara­negara ketiga. Justru itu adalah diharapkan dengan adanya perjanjian perdagangan dengan RRC negara tersebut akan meningkatkan import secara terus dari Malaysia barang­barang seperti kayu kayan, getah asli dan minyak kelapa sawit. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam tahun 1987 RRC telah mengimport sebanyak 183,614 tan minyak kelapa sawit dari negara ketiga dan adalah dipercayai 99% dari jumlah ini ialah minyak kelapa sawit yang berasal dari Malaysia.

Sejauh mana jumlah penjimatan wang ringgit yang boleh kita perolehi selepas dari perjanjian perdagangan ditandatangani dengan RRC akan dapat diketahui dari statistik eksport Malaysia 1988 ke negara tersebut dan

Page 30: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

791 1 APRIL 1988

statistik import RRC dalam tahun yang sama pada akhir tahun ini.

PROJEK BERSIH DAN SEGAR

28. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan:

(a) apakah usaha Kementerian untuk membantu Melaka dalam projek Bersih dan Segar; dan

792

panduan menjaga kebersihan alam sekitar;

(iii) Meningkatkan aktiviti pengawalan dan penguat­kuasaan terhadap pen­cemaran termasuk kern­pen penguatkuasaan ka­walan asap kenderaan bermotor;

(iv) Bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka dalam mengadakan kempen kesedaran dan program Sambutan Hari Alam Sekitar.

(b) apakah Kementerian sedar kilang getah MARDEC di Durian Tunggal, kilang getah Lee Rubber di Bachang dan kilang getah Hai Guan di Bachang mencemarkan Sungai Melaka dan udara persekitaran. Kenapa Kementerian tidak mengambil tindakan tegas untuk memindah kilang-kilang tersebut ke kawasan yang jauh dari rumah kediaman bagi menjamin beratus-ratus ribu penduduk-penduduk di bandar Melaka.

(b) Kerajaan memang sedar

Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Datuk Amar Stephen Yong Kuet Tze):

(a) Kementerian saya mengalu­alukan projek Bersih dan Segar dan bantuan yang diberi adalah:

(i) Menyertai Program Perkhemahan Alam Sekitar (Envirocamp) untuk murid-murid sekolah bagi meng-galakkan dan me-ninggikan percintaan dan penghargaan ter­hadap alam sekitar;

(ii) Mempergiatkan lawatan dan perjumpaan dengan pihak perusahaan bagi memberi nasihat dan

terhadap masalah yang ditimbulkan oleh kilang getah MARDEC, Lee Rubber dan Hai Guan. Sejak Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) 1978 dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 April 1979, MARDEC dan Lee Rubber telah dilesenkan dan sistem pengolahan telah dipasang dan prestasinya dipertingkatkan dari masa ke masa mengikut kemajuan teknologi. Pelepasan kilang ini didapati mematuhi standard dan keadaan alam sekitar adalah didapati bertambah baik. Kualiti pelepasan air kotor dari Hai Guan didapati tidak begitu banyak kerana kapasiti operasinya kurang dari 5 ton sehari. Walaupun kilang ini tidak dilesenkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, kilang ini dikehendaki mematuhi Kod Amalan Baik bagi menentukan pelepasannya tidak men­datangkan kesan buruk.

Berkaitan dengan bau dari kilang getah, perlulah ditegaskan bahawa semua kilang getah melepaskan bau getah dan setakat ini tiada teknologi yang boleh

Page 31: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

793 1 APRIL 1988 794

menghindari bau ini dengan seratus peratus. Walau bagaimanapun, alat kawalan dipasang untuk mengurangkan kesan bau ini. Selain daripada itu, kilang itu juga dikehendaki menjaga kolam air kotor mereka mengikut amalan kejuruteraan yang baik supaya mengurangkan paras pelepasan bau.

Kilang berkenaan telah dibina beberapa tahun yang lalu dan setakat ini telah dikelilingi oleh kawasan kediaman. Dari segi jangka panjang, adalah lebih sesuai kilang berkenaan dipindah ke tapak yang lebih jauh dari kawasan kediaman. Dalam hal ini, adalah terpulang kepada Kerajaan Negeri untuk menentukan tapak yang lebih sesuai untuk kilang-kilang berkenaan.

PEKERJA WANITA­PENGAMBILAN

29. Tuan Haji Jaafar bin Harun minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) adakah Kerajaan meneruskan lagi Dasar Pengambilan Pekerja-pekerja Wanita

Tahun SektorAwam

. menyeluruh di Jabatan Kerajaan dan Swasta seperti berjalan sekarang ini;

(b) berapa ramai pekerja-pekerja wanita jika dibandingkan dengan pekerja-pekerja lelaki dengan menyatakan angka­angka untuk tempoh (3) tahun kebelakangan ini; dan

(c) adakah dasar ini sesuai dan selari mengikut prinsip-prinsip Islam dan jika tidak adakah Kerajaan bercadang untuk menghapuskan pengambilan pekerja perempuan dalam semua Pentadbiran Kerajaan.

Tuan Othman bin Abdul:

(a) Kerajaan tidak akan menyekat pengambilan pekerja-pekerja wanita bagi jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam dan tidak ada undang­undang yang boleh menyekat pengambilan pekerja-pekerja wanita dalam sektor swasta.

(b) jumlah pekerja-pekerja wanita dibandingkan dengan pekerja lelaki bagi tempoh 3 tahun kebelakangan ini di sektor awam dan sektor swasta adalah seperti berikut:

Sektor Swasta

Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki

1985 207,669 (29.3%) 501,515 (70.7%) 534,354 (40.6%) 780,571 (59.4%) 1986 213,420 (29.8%) 503,704 (70.2%) 543,794 ( 40.8%) 788,359 (59.2%) 1987 214,814 (30.6%) 486,441 (69.4%) 570,540 (41.4%) 807,485 (58.6%)

(c) Dasar ini tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam kerana Islam tidak melarang kaum wanita daripada bekerja untuk menyara hidup mereka.

PENYELUDUPAN BAYI

30. Tuan Haji Shaharom bin Haji

Maasom minta Menteri Dalam Negeri menyatakan benarkah perbuatan menyeludup bayi dari negara lain di pandang berat oleh Kerajaan sehingga sekarang ini berapa tangkapan yang telah dapat ditangkap dan apa hukumannya. Apakah cara yang Kerajaan pandang boleh menghalalkan membawa masuk bayi kepada mereka yang memang

Page 32: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

795 1 APRIL 1988 796

perlukan anak.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Kementerian Dalam Negeri memang memandang berat mengenai perbuatan penyeludupan bayi dari negara luar ke negara kita. Sehubungan dengan itu dari 39 kes yang telah dilaporkan kepada pihak polis, seramai 52 orang bayi khususnya dari Thailand telah dapat dikesan. Dari segi hukuman, penyeludup-penyeludup ini telah dikenakan denda di an tara $200 hingga $4,000 dan tempoh penjara di antara 3 minggu hingga 1 tahun.

Sukalah saya tegaskan bahawa Kerajaan tidak akan menghalalkan kemasukan bayi-bayi dari luar ke negara kita. Perkara 1m dapat menimbulkan gejala buruk seperti masalah sosial dan kebudayaan dan seterusnya menggugat perpaduan kaum di negara kita.

BERITA PERDANA DAN DRAMA MINGGU INI

31. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Penerangan menyatakan:

(a) memandangkan rayuan orang ramai minta RTM, mengubah siaran berita perdana dari jam 8.00 malam kepada 9.00 malam begitu ramai sekali, me­mandangkan rancangan itu sangat mustahak kepada rakyat, harap TV Malaysia me­nimbangkan; dan

(b) minta siaran Drama Minggu Ini diubahsuai waktu siarannya.

Tuan Railey bin Jaffrey:

(a) Kerajaan telah menetapkan semua stesyen-stesyen TV di negara ini termasuk TV3 menyiarkan Warta Berita dalam bahasa Malaysia pada pukul8.00 malam. Ini bertujuan untuk mendaulatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi dan juga

untuk mewujudkan perpaduan nasional. Pukul 8.00 malam dirasakan amat sesuai untuk mencapai matlamat-matlamat terse but.

Sambil itu ingin saya nyatakan bahawa dari maklumbalas yang telah diterima oleh Kementerian melalui kajian penonton di seluruh negara, rakyat pada umumnya setuju dengan Berita Perdana yang disiarkan pacta pukul8.00 malam.

(b) Masa siaran Drama Minggu ini akan terus dikekalkan kerana maklumbalas yang diterima daripada orang ramai menunjukkan siaran Drama Minggu Ini pacta masa ini iaitu sesudah Berita Perdana adalah waktu yang sesuai.

JETI PENDARAT AN DI PULAU-PULAU

32. Tuan Mustafa bin Awang minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan adakah pihak Kementerian yang berkenaan bercadang menyediakan jeti-jeti khas bagi pendaratan para pelancongan di pulau-pulau di Pantai Timur dan Barat Semenanjung Malaysia.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan (Dato' Haji Sabbaruddin Chik): Untuk makluman, Kementerian ini tidak terlibat secara langsung dalam pembinaan tempat-tempat pendaratan seperti yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat. Kementerian ini walau bagaimanapun sentiasa mengawasi dan mempasti supaya jeti­jeti yang ada sekarang sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan bagi para pelancong. Dalam hubungan ini Kementerian sentiasa berhubung dan berbincang dengan Kementerian yang terlibat iaitu Kementerian Pengangkutan, dari masa ke semasa mengenai perkara ini.

Page 33: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

797 1 APRIL 1988 798

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kementerian Pengangkutan, dari masa ke semasa mengenai perkara ini. pendaratan di beberapa tempat pelancong utama seperti berikut:

Namajeti Anggaran Peringkat kos Pelaksanaan

Jeti Kuah. Pulau $5 juta Reka bentuk (siap Mac Langkawi 1990)

Jeti Kuala Perlis $12 juta Reka Bentuk

Lumut dan Pangkor $3.55 juta Proses Tender (siap Ogos 1990)

Jeti Tekek. Pulau $1.4 juta Reka Bentuk (siap Tioman awal1990)

Kementerian tersebut akan terus beri perhatian kepada Pulau-pulau pelancong lain di mana tempat-tempat pendaratan perlu diadakan. Pihak swasta dan Kerajaan Negeri adalah juga digalakkan mengadakan tempat­tempat pendaratan supaya dapat menarik lebih banyak pelancong ke negara kita.

DADAH-HUKUMAN PENJARA/ HUKUMAN MATI

33. Tuan Koh Im Pin minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) berapa orangkah yang telah dijatuhkan hukuman penjara dan hukuman mati bagi mereka yang terbabit dengan najis dadah hingga 31hb Disember, 1987; dan

(b) adakah hukuman yang berat telah mengurangkan jumlah pengedar dan penagih dadah di negara kita.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob:

(a) Jumlah orang yang dihukum penjara kerana kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 sehingga 31hb Disember, 1987 ialah seramai 6,498 orang yang mana pecahannya seperti berikut:

Jenis Hukuman

6 bulan ke bawah

lebih 6 bulan

seumur hid up ..

seumur hayat

Jumlah

246

5,768

286

13

Jumlah . . 6,498

Sementara itu jumlah yang dijatuhkan hukuman mati pula ialah 185 orang. Dari jumlah tersebut seramai 62 orang telah pun menjalani hukuman gantung.

(a) Pada umumnya dengan adanya hukuman-hukuman berat di bawah undang-undang dadah kita telah memberi kesan "deterrent" kepada pengedar­pengedar dadah warganegara Malaysia dan warganegara asing. Sekiranya tiada undang­undang sedemikian itu tentulah bilangan yang lebih ramai akan melibatkan diri dalam kegiatan pengedaran dadah, dan juga akan lebih bermaharajalela mereka dalam melakukan kegiatan ini.

Daripada tangkapan-tang-kapan yang dibuat ke atas pen­jenayah-penjenayah ini juga menunjukkan satu aliran mengedar dadah dalam amaun yang kecil (iaitu amaun yang kurang dari amaun yang boleh di anggap (presume) sebagai pengedaran di bawah Seksyen 39s Akta Dadah Berbahaya, 1952, yang mana jika sabit kesalahan, boleh dihukum gantung).

Dalam tahun lepas (1987) di dapati tiada kes yang dilaporkan ten tang tangkapan pengedar dan rampasan dadah di lapangan terbang antarabangsa kita. Ini menunjukkan bahawa pengedar-pengedar antara-bangsa mula mengelak dari menggunakan lapangan terbang

Page 34: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

799 1 APRIL 1988 800

antarabangsa Malaysia untuk membawa masuk/keluar dadah.

Adalah didapati juga bahawa bilangan warganegara asing yang ditangkap di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya, 1952 kian berkurangan. Dalam tahun 1984 seramai 56 orang warganegara asing telah ditangkap di bawah Seksyen ini. Bilangan ini telah menurun kepada 38 orang dalam tahun 1985, 42 orang dalam tahun 1986 dan 28 orang dalam tahun 1987.

Dengan berkurangan bilangan pengedar-pengedar dadah akibat dari . adanya undang-undang dadah yang keras telah membawa kesan ke atas kegiatan pengedaran dan penjualan dadah di dalam negara. Bekalan dadah khususnya heroin dan candu menjadi sukar untuk diperolehi dan jika ada, harganya mahal, ketulinannya menurun dan tempoh pembekalan yang tidak tentu. Keadaan ini serta usaha­usaha gigih dan agresif agensi­agensi tindakan anti dadah telah dapat membendung bilangan penagih dadah, bahkan sejak tahun 1984 bilangan penagih yang dikesan buat kali pertamanya menunjukkan aliran yang menurun seperti berikut:

1983 .. 14,524 orang

1984 .. 11,915 orang

1985 .. 9,591 orang

1986 .. 7,329 orang

1987 .. 7,596 orang

TAMAT VISA BAGI WARGANEGARA ASING

34. Tuan Abdul Manap bin Hashim minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan

berhubung dengan 40,000 pendatang yang telah tamat visa mereka tetapi masih menetap di negara ini. Dengan jumlah sebegitu ramai tentulah sedikit sebanyak mengancam keselamatan negara.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Kerajaan dari masa ke semasa mengadakan operasi bagi mengesan warganegara asing yang tinggal lebih masa setelah tamat visa mereka. Mereka yang ditangkap, ditahan akan dihadapkan ke Mahkamah dan dihantar pulang ke negara asal mereka.

Kerajaan sentiasa sahaja mengawasi mereka dengan tindakan-tindakan tertentu supaya keselamatan negara terjaga.

PENYELARASAN PROJEK PELANCONGAN

35. Puan Haijah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan apakah penyelarasan projek pelancongan yang telah dirancangkan di antara negeri oleh Jawatankuasa Penyelarasan Pelancongan.

Dato' Haji Sabbaruddin Chik: Bagi maksud menyelaras projek-projek pembangunan pelancongan yang dilaksanakan di peringkat persekutuan, negeri-negeri dan oleh sektor swasta, Kementerian kebudayaan dan Pelancongan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Induk Pelancongan pacta 16 Oktober, 1987. Jawatankuasa ini di pengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan dan Pelancongan sendiri dan dianggotai oleh semua Ahli-ahli Exco dan Menteri-menteri Negeri yang menduduki portfolio pelancongan. Satu daripada bidang tugas J awatankuasa ini ialah untuk

. menyelaras dan mengawasi pertumbuhan dan kemajuan industri pelancongan negara supaya tidak

Page 35: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

801 1 APRIL 1988 802

berlaku -pertindihan dalam projek­projek yang dijalankan oleh Kerajaan­kerajaan negeri.

Di Mesyuarat Pertama, satu garis panduan untuk strategi pembangunan pelancongan negara telah pun dibentangkan dan Jawatankuasa menerima Garis Panduan tersebut untuk dijadikan dasar dan strategi dalam pembangunan pelancongan di negara ini.

Saya ingin menegaskan bahawa Jawatankuasa ini hanya merupakan sebagai satu badan penasihat kerana negeri masing-masing mempunyai kuasa sendiri atas bidang pelancongan.

TABUNG KEBAJIKAN BEKAS PERAJURIT

36. Tuan Abdul Hamid bin Ibrahim minta Menteri Pertahanan menyatakan sebab-sebabnya Kementerian Pertahanan tidak membuat peraturan tetap supaya Kementerian dapat memperolehi peruntukan Kerajaan pada tiap-tiap tahun bagi menubuhkan "Tabung Kebajikan Bekas Perajurit" khususnya untuk memberi bantuan kepada bekas­bekas perajurit serta tanggungan mereka yang kurang bernasib baik.

Dato' Abang Abu Dakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan tidak bercadang untuk membuat peraturan tetap bagi mendapatkan sumbangan peruntukan wang untuk penubuhan satu "Tabung Kebajikan Bekas Perajurit". Walau bagaimanapun ini usaha-usaha ke arah untuk mendapatkan punca kewangan bagi memberi bantuan kebajikan kepada bekas-bekas perajurit pada keseluruhannya telah pun dijalankan oleh Kerajaan. Di antara sumbangan­sumbangan Kerajaan secara nyata dan tidak nyata adalah seperti berikut:

(i) Kerajaan tdah menyumbang-kan wang sejumlah $3

juta kepada penubuhan Wisma Pahlawan iaitu ber­dasarkan kepada sumbangan Kerajaan sebanyak $2.00 bagi $1.00 yang dikutip oleh pihak Persatuan Bekas Perajurit Malaysia (PBPM). Dengan penubuhan Wisma Pahlawan satu Lembaga Pemegang Amahan Wisma Pahlawan telah ditubuhkan dan ianya diharapkan menjadi punca pendapatan berpanjangan kepada PBPM dan juga bagi bekas-bekas perajurit.

(ii) Sumbangan tidak nyata Kerajaan ialah melalui sokongan Kerajaan kepada kutipan derma-derma untuk kegiatan kebajikan seperti melalui derma Rayuan Hari Pahlawan yang mana perolehan derma dikecualikan dari cukai. Kutipan Rayuan Hari Pahlawan telah dijalankan setiap tahun oleh PBPM dengan sokongan Kerajaan dan pihak Swasta.

(iii) sumbangan dari agensi-agensi Kerajaan dan juga Syarikat­syarikat Kerajaan untuk kebajikan bekas perajurit yang diberikan dalam bentuk tabung amanah. Misalnya dalam tahun 1981 dengan kelulusan Kerajaan, Syarikat MAS telah menyumbangkan derma sebanyak $1 juta untuk kegunaan kebajikan bekas­bekas perajurit. Satu Tabung amanah PBPM!Mas telah diujudkan.

Selain dari faktor-faktor di atas Kementerian berpendapat satu tabung seperti di atas seharusnya ditubuhkan oleh pihak Persatuan Bekas Perajurit Malaysia sendiri dengan memperolehi bantuan dari punca-punca yang lain selain dari bantuan Kerajaan. Ini termasuklah dari derma orang perseorangan, syarikat-syarikat

Page 36: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

803 1 APRIL 1988 804

perriiagaan dan perusahaan dan dari derma-derma kutipan rayuan Hari Pahlawan yang diadakan setiap tahun. Dalam ertikata lain pihak PBPM perlu melipatgandakan usaha bagi memperolehi sumbangan dari pihak awam dan swasta. Kementerian sentiasa menyokong usaha-usaha murni PBPM asalkan pihak PBPM sendiri dapat bergiat dengan lebih aktif. Sekiranya Kerajaan terus memperuntukan sejumlah wang untuk menubuhkan "Tabung Kebajikan Bekas Perajurit", adalah dikhuatiri ianya akan melemahkan semangat dan inisiatif PBPM.

KA YU GETAH-PEMASARAN

37. Tuan Dahlan bin Haji Embun minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan apakah potensi kayu getah. Apakah galakan yang diberi kepada pekebun-pekebun kecil untuk menceburi dalam bidang pemerosesan dan pemasaran kayu getah.

Dato' Dr Lim Keng Yaik: Kayu getah mempunyai potensi untuk diusahakan menjadi kayu gergaji yang seterusnya boleh diusahakan bagi pembuatan perabot dan lain-lain barangan kayu seperti parket, barang-barang permainan, barang-barang perhiasan dan sebagainya.

Setiap tahun Malaysia dianggarkan boleh menghasilkan 1.5 juta meter padu balak kayu getah. Daripada balak ini boleh dihasilkan 378 ribu meter padu kayu gergaji bernilai antara M$219 juta ~ingga M$221 juta setahun berdasarkan harga di pasaran ialah antara M$580 hingga M$585 semeter padu masa ini.

Kayu getah bergergaji mempunyai pasaran eksport yang baik di mana harga FOB purata adalah M$582 semeter padu dan pada tahun 1987 Malaysia telah mengeksport 259 ribu meter padu bernilai M$97 .25 juta. Ini tidak mengambilkira kebanyakan kayu

getah yang digunakan dalam industri perabot tempatan.

Melalui rancangan tanaman semula, pekebun-pekebun kecil digalakkan melalui RISD A memasarkan kayu getah untuk mendapat harga yang baik. Sekiranya pekebun-pekebun kecil ingin menceburi bidang pemerosesan mereka mesti melibatkan diri dalam pengilangan kayu gergaji, perabot dan sebagainya.

Kerajaan melalui agensi-agensinya seperti FRIM dan MTIB, boleh membantu pekebun-pekebun kecil untuk menceburi pelbagai bidang pemerosesan kayu getah meliputi aspek-aspek teknikal dan pemasaran.

PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM

38. Puan Habidah binti Jusoh minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) apakah Dasar Penerapan Nilai­nilai Islam dalam Pentadbiran Kerajaan diterima oleh pegawai­pegawai dan kakitangan Kerajaan yang bukan Islam; dan

(b) sejauh manakah kefahaman dan penerangan tentang Islam diberi kepada mereka tentang maksud sebenar dasar tersebut.

Tuan Othman bin Abdul:

(a) Penerapan Nilai-nilai Islam adalah merupakan salah satu dasar bagi menerapkan nilai­nilai yang baik ke dalam Pentadbiran. Tujuan yang terpenting Dasar ini adalah untuk melahirkan Pentadbir­pentadbir, Pegawai-pegawai dan Kakitangan Kerajaan yang amanah, bertanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun, bersih, berdisiplin, bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur.

Page 37: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

805 1 APRIL 1988 806

Berdasarkan kepada tujuan tersebut, maka tidak munasabah dan tidak ada alasan bagi mereka yang tidak mahu menerima Dasar tersebut.

Sehubungan dengan itu basil kajian yang dibuat ke atas 75 Jabatan di seluruh Kementerian dan penerangan-penerangan yang diberikan melalui kursus­kursus, ceramah-ceramah dan sebagainya, maka didapati keseluruhannya menerima Dasar ini.

(b) Kefahaman dan penerangan mengenai Islam yang diberikan kepada mereka berkait dengan Dasar ini ialah tentang gambaran secara menyeluruh apa itu Islam. Kemudian diikuti dengan menerangkan secara khusus tentang apa yang terkandung di dalam Dasar tersebut iaitu:

(i) Dasar segi definisi can objektifnya;

(ii) Dasar-dasar umum nilai­nilai Islam;

·(iii) Skop penerangan Dasar ini; dan

(iv) Nilai-nilai utama yang hendak diterapkan.

Untuk makluman Yang Berhormat, semua kefahaman dan penerangan yang diberikan adalah berpandukan kepada buku kecil yang ber­tajuk "Perpaduan Rancangan Penerapan Nilai-nilai Islam" Siri 1 dan 2 yang dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

KERETAPI TANAH MELAYU­PENSWASTAAN

39. Tuan G. Rajoo minta Menteri Pengangkutan menyatakan respon kepada tawaran menswastakan

Keretapi Tanah Melayu yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan semasa membentangkan ucapan Belanjawan dahulu. Nyatakan syarikat-syarikat yang berminat dan tindakan yang diambil sehingga ini untuk menswastakan Keretapi Tanah Melayu.

Menteri Pengangkutan (Dato' Dr Ling Liong Sik): Kerajaan sedang mengkaji penswastaan KTM dan bagi tujuan ini Kerajaan telah melantik Bumiputera Merchant Bankers Berhad (BMBB) untuk menjalankan kajian kemungkinan penswastaan KTM. Laporan akhir kajian tersebut akan dikemukakan oleh pihak BMBB pada bulan April 1988. Kerajaan akan memutuskan syarat-syarat dan cara penswastaan yang wajar selepas mengkaji laporan tersebut.

Tawaran pengambilan alih KTM oleh mana-mana pihak swasta atas syarat-syarat tertentu akan hanya dibuat setelah Kerajaan membuat keputusan muktamad ke atas laporan yang disediakan oleh BMBB.

Dalam pada itu Kerajaan telah menerima berbagai pertanyaan dari beberapa organisasi keretapi di luar negeri dan juga dari usahawan­usahawan tempatan yang berminat untuk menswastakan KTM.

LANUN DENGAN SENJATAPI

40. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Dalam Negeri menyatakan peristiwa tembak-menembak di antara Polis Marin dengan kumpulan lanun di Pulau Matakin, Sa bah de kat perairan Filipina baru-baru ini, dapatkah pihak polis menangkap lanun-lanun tersebut dan berapa senjatapi yang dijumpai.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di dalam kejadian tembak­menembak di an tara . Polis Marin

Page 38: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

807 1 APRIL 1988 808

dengan sekumpulan lanun di pera_iran Pulau Matakin pada 25-2-1988, ptbak polis tidak berjaya menangkap lanun­lamin tersebut ataupun merampas sebarang senjata kerana mereka telab dapat melarikan diri masuk ke perairan Filipina.

PUSAT SERENTI SUNGAI PET ANI

41. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sudabkab Pusat Serenti di Sg. Petani berfungsi dengan sepenubnya. Berapakab pengbuninya sekarang mengikut jantina.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Pusat Serenti Sg. Petani telab pun berfungsi mulai 8bb Mac, 1986. Pusa~ ini dikbaskan untuk kaum lelakt sabaja. Pada masa ini jumlab peng~uni yang menjalani raw a tan dan pemuhban di Pusat ini ialab seramai 300 orang.

LESEN MENANGKAP IKAN LAUTDALAM

42. Dr Ng Khek Kiung minta Menteri Pertanian menyatakan:

(i) berapakab lesen telab

(ii)

dikeluarkan oleb pibak Kementerian untuk perikanan taut dalam bagi pibak swasta; dan

bagaimanakab perkembangan perikanan laut dalam di negar~ kita dan apakab basil pendapatan yang dijangka_ oleb Kerajaan dalam btdang terse but.

Menteri Pertanian (Datuk Seri Sanusi bin Junid):

(i) Setakat ini Kementerian telab meluluskan sejumlab 359 unit lesen menangkap ikan taut dalam di negara ini. Dari jumlab tersebut 116 unit lesen telab

( ii)

diluluskan kepada syarikat­syarikat (swasta).

Dari jumlab 239 unit lesen yang diluluskan itu, sebanyak 108 unit bot sedang beroperasi dan 51 unit sedang dibina. Oleb yang demikian. pencapaian setakat ini ialab 30%. Dengan adanya perusabaan perikanan taut dalam ini, Kerajaan akan dapat menambabkan lagi pendaratan ikan di Malaysia bagi keperluao dalam negeri dan untuk dieksport. Langkab ini akan dapat mengurangkan jumlab ikan yang diimport serta meningkatkan pendapatan negara. Di samping itu, pembangunan industri yang berkaitan dengan perikanan dapat ditingkatkan. Industr~ tersebut adalab sepertt perikanan, penyelenggaraan kapal dan pukat, pembinaan bot. kegiatan. "down-stream" seperti pemerosesan ikan, pengangkutan dan sebagainya. Ini adalab kegiatan ekonomik yang boleb mendatangkan basil kepada negara sambil menyediakan peluang-peluang pelaburan (investment opportunites) dan pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Bagi ikan-ikan yang dieksport keluar negeri pula, Kerajaan mengenakan cukai eksport sebanyak 5%. Walau bagaimanapun Kementerian sedang mengkaji untuk mengbapuskan cukai ini bagi tujuan menggalakkan eksport.

INDUSTRI NEGARA INDIA

43. Tuan C. Krishnan minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan bilangan Industri Negara India yang telab wu jud dalam Malaysia dan berapakab jumlab ekuiti yang dimiliki oleb Negara India.

Page 39: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

809 1 APRIL 1988 810

. Dato~ Kok Wee Kiat: Bilangan mdustn negara India yang telah wujud dalam Malaysia sejak tahun 1980 sehi;"~ga 1987 ialah 51 dengan jumlah ekmti sebanyak $67.5 juta.

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHAN.A

44. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan adakah Kementeriannya telah merancang satu pelan induk bagi industri kecil dan menengah di negara ini. Sarna ada pelan induk industri kecil dan menengah 1m akan dirangkum bersekali · dengan Pelan Induk Perindustrian yang sedia ada.

Dato' Kok Wee Kiat: Industri kecil dan sederhana adalah penting dan sangat diperlukan bagi pembangunan perindustrian negara keseluruhannya. Ini adalah kerana kumpulan industri tersebut akan memberi sokongan dari segi bekalan komponan dan bahan input serta lain-lain perkhidmatan kepada pembangunan industri-industri berat dan besar. Di samping itu, kumpulan industri kecil dan sederhana juga memberi "linkage" dan "platform" untuk membesar serta peningkatan peluang-peluang pekerjaan.

Memandangkan banyak faedah yang dapat diterokai dengan memaju­kan industri kecil dan sederhana, Kera­jaan telah pun mengambilkira kum­pulan industri tersebut dalam me­rancang dan menyediakan Pelan Induk Perindustrian (PIP). Adalah dijangkakan pembangunan industri kecil dan sederhana serta industri besar dapat diganding bersama demi untuk memajukan sektor perindustrian negara.

Bagi menentukan perancangan dan pembangunan masa depan industri kecil dan sederhana lebih kemas dan teratur, Kerajaan sedang mengkaji

beberapa galakkan serta kemudahan­kemudahan yang boleh diberi kepada kumpulan industri tersebut. Ini diharap akan dapat mengatasi masalah dan kelemahan sektor ini supaya ia dapat berkembang maju dan memainkan peranan yang lebih dinamik di dalam pembangunan perindustrian negara.

GALAKAN INTERAKSI DI KALANGAN RAKYAT

45. Tuan Chan Chong Tak minta Perdana Menteri menyatakan sama ada tindakan-tindakan wajar akan diambil untuk menggalakkan penambahan interaksi di kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai kepercayaan yang berbeza terutama §ekali antara orang yang beragama Islam dengan orang bukan Islam dengan tujuan menghapuskan kes~lahfahaman tiap-tiap agama. Sek1ranya ya, sila senaraikan. Sekiranya tidak, sila berikan alasan.

Tuan Othman bin Abdul: Kerajaan sentiasa mengambil tindakan-tindakan wajar untuk menggalakkan pertambahan interaksi di kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai kepercayaan yang berbeza-beza terutama sekali di antara orang-orang yang beragama Islam dengan orang­orang bukan Islam dengan tujuan menghapuskan · kesalah-fahaman mengenai agama masing-masing.

Dalam hal ini, Jabatan Perpaduan Negara merupakan agensi Kerajaan yang utama dalam usaha membantu Kerajaan untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan ke arab ini. Program yang dilakukan oleh Jabatan Perpaduan Negara ke arab ini adalah melal~i strategi penggalakan yang bertujuan menggalakkan semua lapisan masyarakat dari berbagai agama ~an kaum berinteraksi dengan me~ganJurkan kegiatan-kegiatan yang waJar melalui konsep kejiranan yang dahulunya disebut Skim Rukun Tetangga.

Page 40: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

811 1 APRIL 1988 812

Tujuan kegiatan-kegiatan peng­galakan ini semata-mata ialah untuk mewujudkan · harmoni dan persefahaman di kalangan masyarakat berbilang agama dan juga kaum. Dalam kegiatan-kegiatan ini pihak Kerajaan sentiasa menggalakkan pihak penganjur mengadakan interaksi untuk membincangkan melalui forum dan ceramah mengenai perkara yang berkait dengan perbezaan-perbezaan dari segi kepercayaan khususnya mengenai perbezaan-perbezaan agama.

Mengikut analisis yang dilakukan oleh Jabatan Perpaduan Negara setiap bulan dan kegiatan-kegiatan untuk menggalakkan pertambahan interaksi ini merangkumi aktiviti-aktiviti yang bercorak seperti berikut:

(1) Sosial

(2) Sukan

(3) Pendidikan

(4) Alam Sekitar dan Kesihatan

( 5) Rekreasi

(6) Kebajikan

(7) Kebudayaan

(8) Agama

(9) Keselamatan

(10) Ekonomi

(11) Lain-lain.

PERMOHONAN KERAKYATAN

46. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Dalam Negeri n:tenyatakan bilangan permohonan kerakyatan Malaysia dan bilangan permohonan yang berjaya dalam tempoh 1985-1987.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Bilangan permohonan kerakyatan yang diterima dalam tempoh 1985-1987 ialah sebanyak 8,740 manakala bilangan yang berjaya dalam tempoh yang sama ialah sebanyak 7,057.

TARAF PENDUDUK TETAP BAGI ISTERI ASING

47; Tuan Tan Chai Ho minta Menteri dalam Negeri menyatakan bilangan permohonan isteri asing yang bersuami rakyat Malaysia untuk memperolehi Kad Pengenalan Merah dan peratusan yang telah diluluskan sejak tahun 1980.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Perangkaan permohonan isteri asing warganegara Malaysia untuk mendapatkan taraf penduduk te(ap (Permanent Resident) sejak tahun 1980 ialah 1631. Dari jumlah tersebut 290 orang telah pun mendapat taraf penduduk tetap (yakni17.78%)

LEBUHRAYA SENA WANG-AIR KEROH

48. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Kerjaraya menyatakan:

(a) berapakah jumlah kos perbelanjaan penyelenggaraan Lebuhraya Senawang-Air Keroh dan berapakah jumlah kutipan tol lebuhraya tersebut sejak dibuka sehingga hari ini.

(b) apakah tindakan Kementerian yang lebih berkesan untuk mengelakkan terjadinya kemalangan di lebuhraya Senawang-Air Keroh yang disebabkan oleh binatang ternakan yang bertempiaran di jalan raya tersebut; dan

(c) adakah Lembaga Lebuhraya (LLM) bercadang untuk memasang lampu jalan di permulaan tol Air Keroh ke Bandar Melaka, mencantikkan dan memasang papan tanda yang lengkap ke Melaka bersejarah di kawasan tersebut bagi menggalakkan dan me-ningkatkan lebih ramai pengguna-pengguna meng-gunakan lebuhraya dengan lebih selamat.

Page 41: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

813 1 APRIL 1988 814

Tuan Osu bin Haji Sukan:

(a) Kos penyelenggaraan bagi Lebuhraya Senawang-Air Keroh tidak dapat ditentukan kerana lebuhraya itu baru saja siap dan masih lagi dalam tang~ungan kontraktor selama setahun. Lebuhraya Senawang-Air Keroh baru saja dibuka pada bulan Oktober 1987. Sempena dengan pembukaan bahagian Lebuhraya Senawang-Air Keroh itu, pelancaran sisten tol tertutup dibuat pada 1 Oktober 1987 bersama dengan bahagian Lebuhraya Kuala Lumpur­Seremban yang sedia ada. Jumlah tol yang dipungut di Lebuhraya Senawang Air Keroh tidak dapat ditentukan kerana bahagian lebuhraya itu menggunakan sistem pungutan tol tertutup yang mana ianya bersambung terus dengan bahagian Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. Walau bagaimanapun jumlah pungutan tol bagi keseluruhan lebuhraya itu dari Kuala Lumpur-Air Keroh sejak pelancaran sistem tol tertutup hingga bulan Februari 1988 adalah $14.1 juta.

(b) Pihak Lembaga Lebuhraya telah pun . mengambil tindakan­tindakan untuk mengelakan daripada binatang-binatang berkeliaran di sepanjang lebuhraya. Antara tindakan­tindakan yang diambil ialah memasang pagar-pagar, meminta pegawai daerah supaya menangkap binatang-binatang yang berkeliaran itu, dan pihak Lembaga Lebuhraya juga sedang berusaha untuk menambah peronda Lebuhraya bagi · mempergiatkan penguatkuasaannya.

(c) Pihak Lembaga Lebuhraya telah dan akan memasang lampu-

lampu dan papan-papan tanda yang sesuai sepanjang lebuhraya itu. Mengenai cadangan Ahli Yang Berhormat itu supaya memasang papan tanda untuk pelancong ke Melaka, perkara ini akan diambil perhatian.

RANCANGAN TEMP A TAN DI RTM/TV3

49. Puan Hajjah Azizah binti Mohd. Said minta Menteri Penerangan menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk membanyakkan rancangan buatan sendiri dan mengurangkan program import di RTM dan TV3.

Tuan Railey bin JatTrey: Soal menambahkan rancangan~rancangan tempatan bagi radio dan TV memang menjadi perkara yang· sentiasa ditimbang dan dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan baik untuk stesen-stesen yang dimiliki oleh Kerajaan mahupun oleh pihak swasta. Sambil itu Kementerian ini sedang menimbangkan apakah kandungan minima bahan-bahan tempatan yang harus disiarkan oleh stesen-stesen penyiaran yang ada dalam negara ini, khususnya melalui televisyen. Tujuannya ialah agar dapat ditingkatkan lagi penggunaan bahan­bahan atau rancangan-rancangan tempatan berbanding dengan rancangan-rancangan yang dibawa masuk daripada luar negeri.

Bagi RTM siaran televisyen pada hari ini sudahpun berjaya meningkatkan penggunaan rancangan di RTM 1. Kandungan rancangan yang disiarkan adalah 70% rancangan tempatan dan 30% rancangan daripada luar negeri. Usaha sedang dibuat bagi meningkatkan penggunaan rancangan tempatan bagi RTM 1 kepada 80%. Bagi rangkaian ke 2, RTM sudahpun berjaya menggunakan kira-kira 40% rancangan-rancangan tempatan. TV3

Page 42: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

815 1 APRIL 1988 816

sedang juga berusaha untuk meningkatkan lagi penggunaan rancangan-rancangan buatan tempatan dalam siarannya. Setakat ini saya dimaklumkan TV3 sudahpun mencukupi kadar kira-kira 30%.

Namun begitu bukanlah menjadi hasrat Kementerian ini untuk menghapuskan sama sekali rancangan­rancangan yang dibawa masuk daripada luar negeri. Rancangan daripada luar negeri akan terus dibekalkan untuk disiarkan oleh badan-badan televisyen yang ada.

Ini adalah bersesuaian dengan dasar terbuka Kerajaan dan jua dari segi keperluan mencapai matlamat agar rakyat Malaysia dapat didedahkan kepada perkara-perkara yang berlaku di seluruh dunia agar mereka tidak dianggap seperti "Katak di bawah tempurung". Dengan pendedahan yang ada ini maka rakyat Malaysia akan dapat mengambil aktibar dan pengalaman daripada perkara-perkara yang berlaku di seluruh dunia yang boleh menjadi pegangan mereka dan bersama-sama berusaha untuk kepentingan negara selanjutnya.

PROGRAM PENDIDIKAN DANSUKAN

50. Puan Ha.Uah Azizah binti Haji Mohd. Said minta Menteri Penerangan menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang mem-perbanyakkan program-program pendidikan dan sukan berunsurkan sejarah dari rancangan-rancangan barat yang menonjolkan unsur budaya kuning.

Tuan Railey bin Jaff~ey: Kementerian Penerangan senttasa menambahkan dan mempertingkatkan rancangan-rancangan yang ber­unsurkan pendidikan serta sukan terutamanya yang berunsur sejarah supaya semangat kesukanan antara kanak-kanak, pemuda-pemudi dan

warganegara Malaysia seluruhnya akan dapat diperkuatkan lagi dan Malaysia dapat menjadi sebuah negara sukan yang terkenal.

Peningkatan rancangan-rancangan yang demikian tidaklah bererti bahawa rancangan-rancangan kanak­kanak seperti kartun dan rancangan­rancangan hiburan termasuk filem­filem dari barat harus dikurangkan kerana hiburan juga adalah penting untuk membina masyarakat yang sihat dan segar dari segi pembangunan jasmani dan rohani. Filem-filem kartun misalnya boleh mem-bangunkan daya fikiran dan imaginasi kanak-kanak dan 101

amatlah penting untuk melahirkan warganegara yang punyai daya kreatif serta inovatif di masa-masa akan datang.

Walau bagaimanapun Kementerian Penerangan sentiasa berjaga-jaga supaya "unsur-unsur budaya kuning" akan dapat disekat dengan tegas dari mencemar kemuliaan dan keunggulan budaya kebangsaan Malaysia sendiri. Ini akan dilakukan melalui penapisan yang lebih teliti dan ketat oleh badan penapis filem yang sedang ditubuhkan oleh pihak Kementerian Penerangan khusus bagi penapis filem-filem untuk tayangan televisyen. Dengan penubuhan badan itu nanti maka bahaya penyeludupan unsur-unsur budaya kuning itu melalui filem-filem barat dan dapat dicegah dengan berkesan.

LA WATAN MENTERI KE THAILAND/BURMA

51. Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan dalam lawatan Menteri Perdagangan dan Perindustrian ke Bangkok dan Burma baru-baru ini apakah jenis perdagangan yang akan dilaksanakan di antara kedua negara ini:

Page 43: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

817 1 APRIL 1988 818

(i) Malaysia dan Negara Thai; dan (ii) Malaysia dengan Burma.

Dato Kok Wee Kiat: Untuk makluman Ahli Yang· Berhormat, Yang · Berhormat Menteri Perdagangan dan Perindustrian telah menyertai rombongan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Thailand dan Burma dari 22-27hb Februari, 1988. Tujuan lawatan ini, selain daripada menjalinkan perhubungan baik, adalah untuk mengeratkan lagi perhubungan ekonomi termasuk perdagangan di antara Malaysia, Thailand dan Burma.

Dalam perbincangan dengan pemimpin negeri Thai, adalah dipersetujui bahawa Thailand akan mengimport 5,000 tan minyak kelapa sawit dan berusaha mewujudkan kerjasama di dalam industri otomobil terutamanya di dalam bidang alat-alat ganti.

Semasa di Burma kedua-dua pemlmpin bersetuju untuk meningkatkan perhubungan terus di antara peniaga-peniaga dan usahawan­usahawan di antara kedua buah negara serta mengadakan perkhidmatan penerbangan dan perkapalan. Perhubungan seperti ini dapat memberi peluang kepada peniaga­peniaga dan usahawan-usahawan meningkatkan serta mengembangkan perdagangan di antara Malaysia dan Burma. Sementara itu pihak Malaysia bercadang untuk mengimport beras dari Burma dan Burma pula bersetuju mengimport minyak kelapa sawit dari Malaysia.

TULISAN JA WI-PENGGUNAAN

52. Puan Habidah binti Jusoh minta Menteri Pendidikan menyatakan memandangkan penggunaan tulisan

Jawi makin pupus, apakah tindakan Kementerian ini melalui laporan Kurikulum barunya untuk meningkatkan serta memajukan semula penggunaan tulisan tersebut.

Dr Leo Michael Toyad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penggunaan tulisan Jawi tidaklah semakin pupus sepertimana yang didakwa itu. Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah memajukan penggunaan tulisan Jawi melalui sistem persekolahan dan latihan perguruan. Pada peringkat sekolah rendah, tulisan Jawi telah dijadikan skrip pengantar Pendidikan Islam dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Ini bermakna semua murid yang mengikuti mata pelajaran Pendidikan Islam menggunakan tulisan Jawi. Pada peringkat sekolah menengah tulisan Jawi akan terus dijadikan skrip pengantar mata pelajaran Pendidikan Islam dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Tulisan Jawi juga boleh diajarkan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat rendah dan menengah. Di Maktab-maktab perguruan, tulisan Jawi diajarkan kepada semua guru-guru pelatih dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Teras. Bagi guru-guru pelatih yang mengambil Pengajian Melayu di maktab-maktab perguruan, tulisan Jawi diajarkan dengan lebih mendalam. Dengan adanya langkah­langkah yang telah diambil, seperti dinyatakan di atas penggunaan tulisan Jawi akan terus berkembang.

PUSAT KESIHATAN BESAR DI FELDA GUGUSAN

TAIB ANDAK

53. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Kesihatan menyatakan oleh kerana penduduk di kawasan FELDA Gugusan Taib Andak dan Kampung-kampung di sekitarnya telah melebihi 10,000

Page 44: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

819 1 APRIL 1988 820

orang bilakah lagi "Pusat Kesihatan Kecil Bukit Besar" Kota Tinggi hendak dinaikkan taraf kepada Pusat Kesihatan Besar.

Dato' Chan Siang Sun: Buat masa ini Kementerian Kesihatan tiada rancangan menaikkan taraf Pusat Kesihatan Kecil Bukit Besar, Kota Tinggi kepada Pusat Kesihatan Besar kerana Pusat Kesihatan Kecil ini adalah mencukupi bagi menampung keperluan penduduk-penduduk serta bebankerja yang ada di kawasan operasinya. Pusat Kesihatan Kecil ini hanya 12 km dari Pusat Kesihatan Bandar Tenggera yang baru saja dibuka pada tahun 1987. Pusat Kesihatan ini mempunyai jalan raya yang memuaskan serta menyediakan perkhidmatan yang lebih luas dan menyeluruh. Walau bagaimanapun, keperluan bagi menaikkan taraf akan dikaji dari masa ke semasa apabila bilangan kes-kes dan kedatangan meningkat di masa akan datang.

MUZIK TRADISIONAL DI HOTEL-HOTEL

54. Tuan Mohd. Wajdi bin Dato' Haji Ishak minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan sama ada Kementeriannya bercadang untuk menyusul dan mencadangkan serta menguatkuasakan keperibadian budaya Malaysia menerusj muzik­muzik tradisional di hotel-hotel terkemuka di Malaysia untuk para pelancong tempatan dan luar.

Dato Haji Sabbaruddin Chik: Cadangan oleh Yang Berhormat adalah baik. Dari segi galakan, Kementerian ini sememangnya telah meminta pihak berkuasa hotel supaya memperbanyakkan lagu-lagu dan muzik tradisional atau yang bercorak tempatan dalam persembahan­persembahan mereka. Malahan setiap kumpulan artis-artis tempatan yang diambil bekerja atau secara kontrak di l10tel-hotel, pihak pengurusan hotel di-

minta supaya mengarahkan mereka mempersembahkan lebih banyak muzik dan lagu-lagu tempatan termasuk muzik tradisional. Pihak pengurusan hotel juga, di bawah Garis Panduan Kemasukan Artis Luar diarahkan mengambil bekerja artis­artis tempatan setiap kali mereka membawa masuk artis-artis dari luar. Adakalanya artis-artis luar itu mempersembahkan lagu-lagu tem­patan yang telah mereka pelajari terlebih dahulu.

KEM BRIGADE TENTERA DI BUKIT KOR MARANG­

PEMBINAAN

55. Tuan Mustafa bin Awang minta Menteri Pertahanan menyatakan sehingga kini sejauh mana tindakan telah, sedang dan akan diambil oleh Kementerian yang berkenaan mengenai projek pembinaan Kern Briged Tentera yang dicadangkan di Bukit Kor, Marang, Terengganu kerana pengambilan tanah tapak telahpun selesai.

Dato Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Projek pembinaan Kern Brigade Tentera yang -dicadangkan di Bukit Kor, Marang, Terengganu telah dirancang untuk menempat Kern Brigade Tentera. Hingga kini, kemajuannya ialah pembelian tanah seluas 2,131.256 ekar mulai tahun 1981 dengan harga $2,761,324.96. Kementerian ini tidak dapat melaksanakan projek ini di bawah Rancangan Malaysia Kelima (RML) kerana masalah kewangan. Insya Allah, proses pembinaan Kern tersebut akan dijalankan apabila keadaan ekonomi mengizinkan.

RUMAH ORANG TUA

56. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Kebajikan Masyarakat menyatakan:

(a) berapakah jumlah rumah orang tua serta bilangan orang tua

Page 45: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

821 1 APRIL 1988 822

yang ditempatkan di dalamnya di seluruh negara sejak 1983; dan

(b) adakah bilangan bertambah setiap tahun. Jika ada, mengapa.

Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan.

Menteri · Kebajikan Masyarakat (Tuan MustatTa bin Mohamad):

(a) Jumlah Rumah Tua yang sekarang dikenali sebagai Rumah Seri Kenangan di bawah jagaan Kementerian Kebajikan Masyarakat ialah 8 buah dan bilangan orang tua yang telah di masukkan ke rumah tersebut dari tahun 1983 hingga 1987 adalah seperti yang berikut:

Tahun Bil. Masuk

1983 416 orang

1984 412 orang

1985 400 orang

1986 570 orang

1987 323 orang

Jumlah 2,121 orang

(b) Bilangan orang-orang tua di Rumah Seri Kenangan tersebut lazimnya berbeza dari setahun ke · setahun kerana kema­sukaonya adalah bergantung kepada:

(i) Permohonan yang di­terima; dan

(ii) Jumlah orang papa yang dimasukkan melalui perintah Mahkamah. Misalnya, pada tahun 1986 terdapat perbezaan yang agak besar. Per­tambahan itu adalah

disebabkan oleh kema­sukan orang papa yang tua ekoran daripada gerakan membersih bandar sempena Per­sidangan PTA pada tahun itu.

Bagi membolehkan orang-orang tua yang daif dan miskin hidup terns dalam masyarakat, Kementerian ini meng­adakan satu skim yang dikenali sebagai Bantuan Orang Tua. Tiap-tiap orang tua menerima $50.00 sebulan untuk menampung ke­perluan asasnya. Di samping itu, Kemen-terian ini berusaha menggalakkan sanak-saudara, sahabat-handai atau masyarakat tem­patan supaya memberi apa juga bentuk sum­bangan terhadap mereka. Dengan cara begini dapatlah dikurangkan kemasukan orang tua ke rumah-rumah orang tua.

SYARIKAT PENGANGKUTAN SRI MUAR-ADUAN

57. Tuan· Lau Keng Siong minta Menteri Pengangkutan menyatakan walaupun Encik Tay Thian Hui (Naib Pengerusi Cawangan M.C.A. Cawangan Khalidi Muar) telah mengadu tentang Syarikat Pengangkutan Sri Muar (S.P.S.M) melalui suratnya yang bertarikh 28hb. November, 1987 bahawa syarikat ini tidak menguruskan bas mereka dengan mematuhi syarat-syarat permit yang ditetapkan, tetapi hingga sekarang Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Muar masih belum ambil tindakan tentang aduan ini. Sila beri penjelasan mengenai perkara ini.

Page 46: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

823 1 APRIL 1988 824

Dato Dr Ling Liong Sik: Adalah tidak benar pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Muar tidak mengambil tindakan tentang aduan tersebut. Pihak Cawangan Muar telah menemusiasat Pengurus Syarikat Pengangkutan Sri Muar pada 9 Januari, 1988 dan telah mendapati bahawa syarikat berkenaan sengaja tidak mematuhi laluannya di antara Telok Rimba ke Sg. Mati seperti yang telah diluluskan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan. Sebaliknya syarikat bas ini telah ke luar kawasan (laluan) sehingga ke ban dar Muar. Pengurus syarikat berkenaan telah beberapa kali dinasihatkan oleh Cawangan Muar agar memberhentikan perkhidmatan yang tidak sah tersebut, tetapi nasihat tersebut tidak diindahkan olehnya. Sikap kedegilan yang ditunjukkan oleh syarikat bas berkenaan telah pun dirujukan kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan dengan syor supaya dibatalkan permit per­khidmatan bas berkenaan.

ALAT PERAKAM LAJU

58. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah "Alat perakam laju" digunakan dalam tugas harian; bagaimanakah kesannya.

Dato Dr Ling Liong Sik: Buat masa ini "alat perakam laju" belum lagi digunakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan di dalam tugas hariannya. Jadi tidaklah dapat saya memaklumkan kepada Yang Berhormat bagai­manakah kesannya.

BURUH ASING

59. Puan Hajjah Rosaah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah tenaga buruh asing yang masuk ke negara kita makin bertambah jika dibandingkan 2

tahun yang lalu. Apakah buruh kita tidak mahir atau tidak mahu bekerja.

Dato Megat Junid bin Megat Ayob: Secara umum memang terdapat pertambahan bilangan buruh asing sejak dua (2) tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, dalam bidang tertentu seperti pembantu rumah, bilangan mereka ( dari Indonesia dan Filipina) semakin berkurangan.

1985 1986 1987 (A) Pembantu

Rumah

Indonesia .. 192 394 86 Filipina 374 3260 2902

(B) Buruh

Bangladesh 1126 438 Indonesia .. 806 26 Thailand .. 612 321 4709

Jumlah 2710 4439 7697

Pertambahan jumlah buruh asing di negara ini adalah disebabkan oleh sikap orang tempatan yang kurang berminat untuk bekerja sebagai pembantu rumah dan buruh ladang.

KOMPUTER DI SEKOLAH­SEKOLAH

60. Dr Tan Chong Keng minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh manakah pendidikan komputer diberikan kepada murid-murid sekolah menengah, pelatih-pelatih guru dalam maktab dan universiti.

Dr Leo Michael Toyad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini terdapat dua bentuk pendidikan komputer di sekolah­sekolah menengah, iaitu secara nonformal dan secara formal. Pembelajaran secara nonformal adalah melalui kegiatan Kelab Komputer yang dikelolakan dengan inisiatif pihak sekolah-sekolah sendiri. Kira-kira 500 buah sekolah menengah di seluruh negara mempunyai Kelab

Page 47: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

825 1 APRIL 1988 826

Komputer. Penubuhan Kelab Komputer makin bertambah dari semasa ke semasa dan Kementerian Pendidikan memang menggalakkan­nya. Untuk membantu sekolah­sekolah berbuat demikian, buku panduan "Penubuhan Kelab Komputer" telah 'diedarkan ke sekolah-sekolah.

Bersabit dengan pembelajaran komputer secara formal, 20 buah sekolah dari seluruh negara masih meneruskan projek percubaan mata pelajaran "Pengenalan Kepada komputer" bagi tahun ketiganya. Dalam projek ini, Kementerian Pendidikan telah membekalkan 5 set sistem mikrokomputer kepada sekolah-sekolah yang terlibat, dan pengajarannya diadakan dalam satu waktu seminggu dalam jadual waktu formal. Dapatan dan pengalaman dari projek percubaan ini serta perkembangan dalam bidang komputer akan menjadi asas pertimbangan dan petunjuk dalam merencanakan pendidikan komputer yang sesuai untuk sekolah-sekolah di negara kita kelak.

Di peringkat maktab perguruan, pendidikan komputer diberi kepada guru-guru pelatih menerusi Kelab Komputer dan kepada guru-guru pelatih opsyen Perdagangan.

Sekatan Pelajaran Kelab Komputer telah digubal pada bulan Februari, 1987. Topik-topik yang terkandung dalam sukatan pelajaran ini ialah Pengenalan komputer, Perisian Aplikasi dan Pengatucaraan Basic. Sukatan Pelajaran bagi guru-guru pelatih opsyen Perdagangan pula telah digubal pada awal tahun 1987 di bawah tajuk Pemperosesan Maklumat. Guru-guru pelatih ini diajar cara-cara memproses data dan memproses perkataan.

Universiti-universiti tempatan kebanyakannya mempunyai Fakulti/ J abatan/Pusat komputer yang

~enawarkan kursus di peringkat IJazah, Diploma dan Sijil, kursus pilihan atau sebagai Unit. Per­khidmatan kepada Fakulti/Jabatan lain di universiti. Untuk kursus Perguruan, Pendidikan komputer diwajibkan kepada pelajar-pelajar seperti di UPM, UKM, dan USM. Kursus-kursus ini adalah setakat pengenalan kepada komputer dan komputer sebagai alat untuk pengajaran.

PELAJAR DENGAN PERMAINAN SNOOKER

61. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Pendidikan menyatakan sedarkah Menteri berkenaan bahawa difahamkan ramai bilangan murid­murid sekolah rendah dan menengah sekarang yang terlibat dengan permainan Kelab-kelab Snooker yang banyak terdapat di sana-sini dan menjejaskan pelajaran dan ada juga yang ponteng sekolah. Jika sedar apakah tindakan yang telah diambil untuk mengatasi perkara tersebut.

Dr Leo Michael Toyad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tidak dinafikan kemungkinan terdapatnya pelajar-pelajar yang melibatkan diri dengan permainan Snooker di Kelab-kelab (\tau pusat­pusat · yang menyediakan kemudahan permainan tersebut. Walau bagaimanapun, Kementerian Pelajaran tiQiak mempunyai maklumat atau data ·· mengenai penglibatan pelajaran dan hubungannya dengan ponteng sekolah atau kemerosotan dalam pelajaran kerana kegiatan tersebut dilakukan di luar kawasan sekolah. Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan memandang serius perkara ini. Dalam hubungan ini Kementerian Pendidikan mengharapkan kerjasama sepenuhnya dari orang ramai terutama penguatkuasa perlesenan dan tuan­tuan punya Kelab snooker untuk bersama-sama mengatasi masalah ini.

Page 48: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

827 1 APRIL 1988 828

PELANCONG NEGARA ARAB

62. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan jumlah -bilangan para pelancong daripada negara-negara Arab yang membuat lawatan ke negara kita pada tahun 1986 dan 1987, dan adakah benar mengikut dakwaan orang Arab yang datang ke negara kita ini, mereka lebih mengetahui Thailand daripada Malaysia kerana kata mereka Kedutaan kita di sana kurang membuat publisiti tentang negara kita, jika benar apakah tindakan Kementerian tentang kita, jika benar apakah tindakan Kementerian atau pihak TDC supaya orang-orang dari negara Arab ini lebih ramai datang melancong ke negara kita ini, sebab orang Arab ini banyak duit.

Dato' Haji Sabbaruddin Chik: Seramai 8,164 pelancong dari negara Arab dianggarkan mengunjungi Malaysia pada tahun 1987. Angka ini menunjukkan pertumbuhan sebanyak 25.1% berbanding dengan tahun 1986 yang mencatatkan seramai 6,524 pelawat.

Dakwaan orang-orang Arab yang datang ke Malaysia bahawa mereka lebih mengetahui Negara Thai daripada negara kita mungkin benar kerana Negara Thai memang telah lama menjadi destinasi pelancong dan digemari oleh golongan lelaki Arab. Kementerian menyedari sumber potensi pelancong dari negara-negara Arab dan telah mengenalpasti terutamanya golongan Arab berkeluarga sebagai golongan sasaran untuk menarik lebih ramai pelancong Arab ke Malaysia. Dalam hubungan ini Kementerian melalui Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia telah pun merancang beberapa usaha penggalakan yang tujuannya untuk menarik lebih ramai lagi pelancong

Arab ke Malaysia. Di antara program ini ialah:

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

Mengadakan kempen peng­iklanan mengenai Malay-sia di pasaran-pasaran tertentu di Timur Tengah; Menganjurkan program penggalakan makanan dan kebudayaan Malaysia yang meliputi bandar-bandar utama seperti Dubai, Abu Dhabi, Kuit dan Doha. Program 1m telah dilaksanakan mulai 23 Mac hingga 4 April, 1988 dengan kerjasama Kedutaan­kedutaan Malaysia, MAS dan sebuah hotel tempatan; Menganjurkan lawatan suaikenal ke Malaysia bagi pengusaha-pengusaha pe­lancongan dari Arab Saudi dan Jordan. Program keraian ini dijayakan bersama oleh Syarikat -syarikat Penerbang­an Saudi Air dan Royal Jordanian Airline; Menganjurkan lawatan ke Malaysia bagi para wartawan serta · pemberita radio dari negara-negara Teluk dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri dan MAS.

Adalah diharapkan dengan usaha­usaha penggalakan dan pemasaran ini maka tahap kesedaran mengenai Malaysia sebagai sebuah distinasi pelancongan akan dapat dipertingkatkan di negara-negara Timur Tengah.

FELDA-HAKMILIK KEPADA PENEROKA

63. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menyatakan sehingga sekarang berapa jumlah hektar tanah rancangan FELDA yang telah diberi hakmilik kepada peneroka-peneroka dan berapa ramai bilangan peneroka yang telah

Page 49: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

829 1 APRIL 1988 830

menerima hakmilik di atas serta nyatakan nama negeri berkenaan.

Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (Dato' Dr Sulaiman bin Haji Daud): Sehingga ini kawasan seluas 15,104.9 hektar telah diberi hakmilik kepada peneroka­peneroka. Sejumlah 5,527 peneroka di 30 rancangan telah menerima hakmilik dan kedudukan mengikut negeri adalah seperti berikut:

Negeri Bit. Bil. Rancangan Peneroka

Kedah 4 834

Perak 1 109

Selangor .. 2 188

Melaka .. 4 695

Johor 5 922

Pahang .. 9 1,756

Terengganu 1 279

Negeri 4 745 Sembi! an

30 5,527

PENCEROBOHAN PERAIRAN MALAYSIA

64. Tuan Lim Heng Tee minta Menteri Luar Negeri memaklumkan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia berhubung dengan sesuatu kejadian di mana Timbalan Menteri Pertanian sendiri berjumpa dengan sebuah kapal perang Kerajaan Indonesi yang telah mencerobohi perairan Malaysia menghasut nelayan-nelayan kita. Apakah basil daripada tindakan itu. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan kita untuk melindungi nelayan-nelayan kita daripada hasutan dan dijadikan mangsa oleh kumpulan-kumpulan tertentu termasuk perompak !aut.

Toh Muda Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Sebelum saya menjawab soalan yang dikemukakan itu, izinkan saya menarik perhatian Yang

Berhorrnat bahawa "kapal perang" yang disebutkan di dalam soalan itu adalah tidak benar; sebenarnya kapal yang dikatakan ditemui oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian ~endiri baru-baru ini adalah sebuah bot peronda Kastam Republik Indonesia.

Dalam usaha-usaha kita untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah ini, sukacita saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa perkara tersebut telah disampaikan kepada pihak Indonesia untuk menarik perhatian mereka terhadap masalah ini. Adalah menjadi harapan Malaysia semoga melalui kerjasama-kerjasama yang ada di antara kedua-dua negara masalah ini dapat diselesaikan.

Selain daripada pertemuan-pertemuan di forum-forum yang disebutkan tadi, di pihak kita sendiri sentiasa aktif menjalankan aktiviti­aktiviti mengawal perairan !aut kita. Rondaan dan pengawasan rapi sentiasa dibuat oleh agensi-agensi yang berkaitan seperti pihak Unit Polis Merin, Unit Udara Polis, kapal­kapal ronda TLDM, kapal-kapal ronda Jabatan Perikanan dan Jabatan Kastam. Rondaan dan pengawasan yang dibuat banyak memberi manfaat

·untuk menjaga kepentingan dan keselamatan nelayan-nelayan kita di !aut.

SEKOLAH TERBENGKALAI PEMBINAANNYA

65. Tuan Dahlan bin Haji Embun minta Menteri Pendidikan menyatakan berapa banyakkah sekolah-sekolah yang masih lagi terbengkalai pembinaannya dan apakah kesan terhadap pelajaran penuntut-penuntut.

Dr Leo Michael Toyad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Pinjaman Bank Dunia Kelapan

Page 50: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

831 1 APRIL 1988 832

yang pelaksanaannya telah bermula semenjak pertengahan tahun 1986, Kementerian Pendidikan telah merancang membina 187 buah sekolah Rendah dan 51 buah Sekolah Menengah untuk disiapkan dalam tahun 1987.

Sehingga ke hari ini sebanyak 133 buah Sekolah Rendah dan 33 buah Sekolah Menengah telah siap dibina. 54 buah Sekolah Rendah dan 18 buah Sekolah Menengah yang selebihnya masih dalam pelbagai peringkat pembinaan. Daripada jumlah tersebut, 43 buah Sekolah Rendah dan 14 buah Sekolah Menengah diiktiraf sebagai projek sakit. Pihak Jabatan Kerja Raya telah mengambil tindakan untuk menender semula kebanyakan projek berkenaan dan · adalah dijangkakan bahawa semua projek tersebut akan dapat disiapkan sebelum akhir tahun 1988.

Kegagalan pihak kontraktor menyiapkan projek mengikut jadual yang telah ditetapkan sedikit sebanyak telah menjejaskan penempatan murid­murid ke sekolah-sekolah berkenaan dan telah mengganggu pelaksanaan aktiviti-aktiviti kurikulum dan ko­kurikulum bagi sekolah-sekolah yang terlibat, khususnya di mana projek­projek yang dilaksanakan adalah berbentuk projek-projek tambahan atau gantian.

PAS LAWATAN SAMI-SAMI LUARNEGERI

66. Tuan M. Sangaralingam minta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa~ah permohonan bagi pas lawatan ikhtisas bagi sami-sami dari luar negeri untuk berkhidmat di kuil­kuil berdaftar di Malaysia ditolak oleh pihak Imigresen walaupun Kerajaan membenarkan.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Adalah tidak benar bahawa Jabatan Imigresen Malaysia menolak kesemua

permohonan Pas Lawatan (Iktisas) sami-sami dari luar negeri yang hendak berkhidmat di kuil-kuil berdaftar di Malaysia. Jabatan Imigresen Malaysia akan mengkaji setiap permohonan yang diterima dan mempertimbangkan dengan seadil­adilnya berdasarkan kepada garis panduan dan peraturan-peraturan mengenai kemasukan sami-sami dagang ke negara ini.

GAOlS YANG HILANG

67. Tuan Bee Yang Sek minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) bilangan gadis yang telah hilang setakat akhir tahun 1987;

(b) sebab-sebab mereka itu hilang; dan

(c) bilangan gadis mengikut kaum yang telah hilang.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob:

(a) Bilangan gadis yang hilang dari tahun 1985 hingga akhir tahun 1987 ialah sebanyak 969.

(b) Banyak sebab yang boleh menyebabkan mereka hilang, di antaranya ialah:

(i) meninggalkan rumah untuk menjadi pelacur untuk mendapatkan wang secara mudah;

(ii) terjerumus dengan najis dadah;

(iii) kongkongan dan pen­jagaan yang ketat dari keluarga;

(iv) mencari pekerjaan tanpa pengetahuan keluarga;

(v) meng~kut seseorang yang menj*njikan pekerjaan tetapi ditipu dan terjerumus ke lembah pelacuran.

Page 51: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

833 1 APRIL 1988 834

(c) Bilangan gadis yang hilang mengikut kaum ialah Melayu 468, Cina 289 dan India 212.

PELA TIH DALAM ANGKATAN NELAYAN

LAUT DALAM

68. Dato' Haji Zakaria bin Haji Yabaya minta Menteri Pertanian menyatakan berapa ramaikah bilangan pelatih-pelatih yang telah menamatkan latihan menangkap ikan di laut dalam dan berapa ramai dari mereka yang berkemahiran menangkap ikan di laut dalam dan berkemampuan mengendalikan bot­bot besar di laut luas itu.

Datuk Seri Sanusi bin Junid: Bilangan Pelatih yang telah tamat latihan Angkatan Nelayan Laut Dalam ialah seramai 142 orang. Pada masa ini seramai 85 orang sedang menjalani latihan.

Latihan Angkatan Nelayan Laut Dalam hanya mengeluarkan pelatih­pelatih yang berkemampuan menjadi pekerja biasa (awak-awak) di atas bot­bot laut dalam. Mereka perlulah .mendapat pengalaman kerja dan latihan peningkatan untuk mahir dan mampu mengendalikan bot-bot laut dalam sendiri.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN (PINDAAN) 1988

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

4.02 ptg.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang­undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Pertubuhan 1966 dibaca bagi kali yang kedua.

Tuan Yang di-Pertua, Undang­undang Pertubuhan sekarang ini ber­kuatkuasa ke atas bermacam-macam jenis pertubuhan dari persatuan belia hinggalah kepada pertubuhan politik, dari badan amal hinggalah ke badan profesional. Badan-badan ini bukan sahaja berbeza dari segi tujuan dan undang-undang tubuhnya, tetapi juga daripada segi bilangan ahli dan skop kegiatannya. Justeru itu, apa yang sesuai bagi sesuatu pertubuhan, mungkin tidak praktikal bagi pertubuhan yang lain dan apa yang sesuai bagi satu masa mungkin tidak sesuai pada masa yang lain.

Di antara peruntukan Undang­undang Pertubuhan yang sukar di­amalkan oleh pertubuhan yang besar ialah keperluan mengawasi kegiatan semua ahli dan semua cawangan supaya semua pihak mematuhi undang-undang. Peruntukan dalam Seksyen 12, Akta Pertubuhan ber­maksud jika mana-mana cawangan sesuatu pertubuhan menyalahi undang-undang sehingga ia dihukum tidak sah a tau haram maka pertubuhan induk juga akan menjad~ tidak sah dan dengan itu semua cawangan yang sah yang menjadi tidak sah. Bagi pertubuhan yang hanya mempunyai beberapa cawangan pengawasan mungkin boleh dibuat oleh pihak badan induk, tetapi adalah mustahil dan tidak praktikal bagi mana-mana Ibu Pejabat sesuatu Pertubuhan yang mempunyai beribu-ribu cawangan dan berjuta ahli mengawasi semua kegiatan cawangan dan ahli sepanjang masa. Tanpa pengawasan yang rapi, maka berkemungkinan besar berlaku pelang­garan Akta di peringkat cawangan dan cawangan-cawangan ini mungkin di­haramkan. Oleh itu mengikut peruntukan dalam Akta Pertubuhan sekarang, seluruh pertubuhan di­haramkan.

Bagi pertubuhan politik yang mempunyai lebih sejuta ahli dan cawangan-cawangan di hampir setiap kampung dan bandar serta memiliki

Page 52: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

835 1 APRIL 1988 836

berbagai jenis harta, termasuk bangunan kecil dan besar, saham dalam berpuluh-puluh syarikat dan anak syarikat, simpanan dalam bank, hutang kepada berbagai bank dan cawangan-cawangan bank, pekerja­pekerja yang bergaji, sewaan ban gun an, pengarah dan pen gurus yang mewakili pertubuhan dalam berbagai syarikat, alat-alat pejabat dan lain-lain, maka sudah tentulah pengharaman itu akan mendatangkan implikasi yang amat besar.

Pegawai Pemegang Harta yang ditugaskan untuk mentadbirkan harta sesebuah pertubuhan yang telah di­haramkan terpaksa mengambil masa yang amat panjang untuk menyelesaikannya.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang di­cadangkan di sini bukanlah satu perkara yang luar biasa. Pertubuhan Kebajikan Orang-orang India Semenyih, Selangor dan Kelab Sukan Sepakat Setia Perunding telah dibatal­kan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan. Pertubuhan baru yang sama namanya telah didaftarkan dan · harta kedua-dua pertubuhan tersebut dipindahkan kepada pertubuhan-per­tubuhan yang baru daftarkan itu. Pindaan ini adalah untuk menjelaskan lagi cara yang harus dilakukan bagi mentadbir dan menguruskan harta­harta dan hutang-piutang sesebuah pertubuhan apabila pendaftarannya dibatalkan.

Pindaan ini menjadi penting kerana seperti yang saya katakan tadi, J abatan Pemegang Harta tidak mampu untuk men~adbir harta dan hutang­piutang sesebuah pertubuhan yang besar. Hakikat ini terpaksa diakui dan untuk meilgatasi masalah ini, beberapa pindaan terpaksa dibuat dengan segera terhadap Akta Pertubuhan 1966.

Tuan Yang di-Pertua, berikut adalah pindaan-pindaan yang dicadangkan dan asas-asasnya:

Pindaan kepada seksyen 12

Menurut peruntukan seksyen 12 (3) Akta sekarang, keseluruhan per­tubuhan menjadi pertubuhan yang menyalahi undang-undang jika satu s~haja darip.ada cawangannya dttubuhkan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan. Pindaan ini bertujuan untuk menjadikan hanya cawangan yang menyalahi undang-undang sahaja dan bukannya keseluruhan pertubuhan itu yang menjadi tidak sah.

Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, peruntukan yang sama terdapat dalam Akta Pertubuhan di Singapura dan Ordinan Pertubuhan di Hongkong.

Pindaan kepada seksyen 17

Pindaan-pindaan kepada seksyen 17 Akta ialah mewujudkan sub­seksyen-subseksyen baru (3), (4), (5), (6), dan (7) di bawah seksyen itu. Subseksyen (3) adalah bertujuan memberi kuasa kepada Pendaftar dan Pegawai Pemegang Harta membuat urusan dengan badan pengelola, pemegang-pemegang jawatan dan pekerja sesuatu pertubuhan yang telah dibatalkan pendaftarannya. Pindaan ini juga memperuntukkan bahawa orang-orang tersebut dalam memberi apa-apa bantuan berhubung dengan urusan tersebut tidak a'kan didakwa atas sesuatu kesalahan dibawah berbagai peruntukan AktaTni.

Subseksyen baru (4) adalah mem­peruntukkan hukuman kepada mana­mana orang yang tidak mematuhi kehendak subseksyen (3) tersebut. Penalti bagi sesiapa yang tidak mematuhi subseksyen tersebut ialah hukuman penjara tidak lebih daripada lima tahun atau denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Subseksyen baru ( 6) di bawah . Seksyen 17 pula adalah bertujuan men­jelaskan bahawasnya jika harta sesuatu pertubuhan adalah terletakhak pada Pegawai Pemegang Harta, maka harta-

Page 53: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

837 1 APRIL 1988 838

harta tiap-tiap cawangan pertubuhan itu, sama ada cawangan yang sah menurut undang-undang, atau yang menyalahi undang-undang, akan juga terletakhak pacta Pegawai Pemegang Harta. Dalam keadaan sedemikian, kuasa Pegawai Pemegang Harta dan Pendaftar di bawah Seksyen 17 mengenai penyelesaian harta adalah terpakai bagi tiap-tiap cawangan itu dan hartanya.

Peruntukan ini adalah perlu me­mandangkan terdapatnya cawangan­cawangan setengah pertubuhan memiliki harta dan membuat kontrak mengikut keperluan mereka sendiri.

Seksyen baru 17 A

Seksyen baru 17A bertujuan mem­pastikan bahawa seksyen 17 yang berkaitan dengan penggulungan sesuatu pertubuhan menyalahi undang-undang oleh Pegawai Pemegang Harta itu terpakai bagi suatu cawangan yang menyalahi undang-undang.

Seksyen baru 17B

Seksyen baru 17B bertujuan mem­beri kuasa kepada Pegawai Pemegang Harta untuk memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah meletakhakkan segala aset, hutang dan liabiliti sesuatu pertubuhan yang pen­daftarannya oleh Pendaftar di bawah seksyen 13 dalam sesuatu pertubuhan baru jika perlembagaan dan kaedah­kaedah pertubuhan baru adalah pada matanya serupa dengan per­lembagaan dan kaedah-kaedah per­tubuhan lama dan jika sebilangan besar orang yang menjadi ahli pertubuhan lama adalah juga ahli pertubuhan baru.

Kuasa Pegawai Pemegang Harta dalam hubungan ini hanya boleh di­jalankan jika ia menerima perintah dan mendapat keizinan bertulis daripada badan pengelola pertubuhan baru bagi meletakhakan terse but serta juga suatu akujanji menyatakan bahawa per­tubuhan baru akan mengambilalih

tanggungjawab bagi segala hutang dan liabiliti pertubuhan lama yang ada ketika itu. Perintah perletakhakan mahkamah ke atas permohonan Pegawai Pemegang Harta akan me­letakhakkan pada pertubuhan baru segala harta yang terkandung dalam perintah itu tanpa apa-apa pindahak, serahak atau pindahmilik selanjutnya.

Seksyen baru 48

Mengenai seksyen baru 48 pula, ianya memperuntukkan ada lab menjadi kesalahan bagi sesiapa yang bertindak bagi pihak atau membantu dengan cara apa jua pun, mana-mana pertubuhan yang menyalahi undang­undang dan juga pemegang-pemegang jawatan pertubuhan berkenaan. Peruntukan ini juga terpakai kepada mana-mana badan pengelola pertubuhan yang menyalahi undang­undang dan pemegang jawatannya.

Walau bagaimanapun, peruntukan seksyen ini tidak terpakai bagi sesuatu rayuan oleh pertubuhan yang menyalahi undang-undang atau ber­hubung degan apa-apa prosiding dalam mahkamah yang melibatkan per­tubuhan itu. Penalti bagi kesalahan­kesalahan di bawah seksyen ini ialah hukuman penjara tidak lebih daripada lima tahun atau denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Pindaan kepada seksyen 49

Pindaan kepada seksyen 49 adalah bertujuan mengecualikan pemegang­pemegang jawatan dalam parti-parti politik daripada tertakluk kepada per­untukan seksyen 49 sekarang. Seksyen 49 Akta sekarang memperuntukan bahawa adalah menjadi suatu ke­salahan bagi seseorang pemegang jaw a tan pertubuhan yang telah terbatal pendaftarannya · daripada terus memegang jawatan mana-mana pertubuhan lain tanpa izin Pendaftar. Dengan ini, pemegang-pemegang jawatan dalam parti-parti politik

Page 54: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

839 1 APRIL 1988 840

adalah dikecualikan darjpada per­untukan ini.

Pindaan kepada seksyen ini juga memperuntukan tempoh masa 30 hari bagi penegang jawatan pertubuhan yang terbatal pendaftarannya untuk meminta kebenaran Pendaftar bagi terus memegang jawatan dalam per­tubuhan~pertubuhan lain.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan lain yang dicadangkan dalam Rang Undang-undang Akta Pertubuhan (Pindaan) 1988 adalah untuk mengatasi berbagai masalah pen­tadbiran sahaja.

Seksyen baru 3A adalah bertujuan memberi kuasa bakian atau, dengan tzm, kuasa "residual" kepada Pendaftar yang tidak disebutkan dengan nyata dalam Akta untuk membolehkan Pendaftar menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini dengan berkesan.

Seksyen baru 6A pula akan memberi kuasa kepada Pendaftar untuk meminta maklumat lanjut membuat apa-apa pertanyaan berhubung dengan berbagai-bagai permohonan di bawah Akta termasuk permohonan untuk mendaftar pertubuhan-pertubuhan, kebenaran penubuhan cawangan­cawangan, kebenaran meminda kaedah a tau ke benaran untuk terus memegang jawatan dalam pertubuhan yang lain atau menjadi pemegang jawatan di sesuatu pertubuhan lain. Kegagalan pihak pertubuhan memenuhi kehendak Pendaftar itu boleh menyebabkan permohonannya ditolak.

Pindaan kepada Seksyen 10 meng­kehendaki sesiapa yang memohon untuk membuat pemeriksaan atau mendapatkan salinan dokumen­dokumen yang telah difailkan dengan Pendaftar supaya menyatakan maksud permintaan itu. Pendaftar akan mem­benarkan permohonan itu jika ia berpuas hati bahawa maksud permohonan itu adalah menurut

undang-undang dan ia tidak diminta oleh atau bagi pihak sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang­undang. Pindaan ini bertujuan meng­halang permintaan remeh-temeh dan juga permintaan bagi maksud yang tidak sah di sisi undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan­pindaan ini bertujuan untuk memper­baiki beberapa kelemahan dan ketidakpastian yang terdapat di dalam Akta Pertubuhan sekarang· serta melicinkan lagi pentadbiran Akta terse but.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon me~cadangkan. ·

Menteri Kesihatan (Dato' Chan Siang Sun): Tuari Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormai, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta untuk me­minda Akta Pertubuhan 1966 di­bacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Sila Yang Berhormat Datuk Haji Nasir bin Haji Manap.

4.15 ptg.

Datuk Haji Nasir bin Haji Manap: Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di sini adalah untuk membahaskan suatu Rang Undang-undang bernama suatu Akta Pertubuhan (Pindaan) 1988.

Dalam akta yang dibentangkan ini di antaranya seperti di dalam Seksyen baru 6A adalah bertujuan memberi kuasa kepada Pendaftar meminta apa­apa maklumat lanjut yang difikirkan perlu untuk mendaftarkan satu-satu pertubuhan.

Tuan Yang di-Pertua, tercatat juga di dalam pindaan subseksyen 3 Seksyen 12 Akta, Fasal 5 Rang Undang­undang, adalah bertujuan menyalahi undang-undang hanyalah sesuatu per­tubuhan yang berdaftar sahaja dan per­tubuhan itu sendiri.

Page 55: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

841 1 APRIL 1988 842

Juga di dalam subseksyen baru (4) yang dicadangan adalah bertujuan mengenai kesalahan-kesalahan kerana tidak mematuhi kehendak di bawah subseksyen baru (3) yang dicadangkan itu. Jika sabit kesalahannya, penalti maksimum dikenakan ialah penjara selama tempoh 5 tahun atau denda $10,000. atau kedua-duanya sekali.

Tercatat juga di dalam Seksyen baru 17B adalah bertujuan memberi kuasa kepada Pegawai Pemegang Harta untuk memohon kepada Mahkamah Tinggi suatu perintah dengan meletakkan segala aset, hutang dan liabiliti sesuatu pertubuhan yang pen­daftarannya telah dibatalkan oleh Pendaftar. Dan pada satu pertubuhan baru, jika perlembagaan dan kaedah­kaedah Pertubuhan baru itu serupa dengan perlembagaan dan kaedah­kaedah pertubuhan lama dan jika se­bilangan besar orang yang menjadi a1;1ggota menurut undang-undang bagi pertubuhan lama sebelum pembatalan pendaftaran adalah anggota pertubuhan baru itu diakui.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini adalah jelas dengan pengwujudan sub­seksyen 17 ini saya merasakan sekiranya ada ahli-ahli di dalam satu­satu pertubuhan itu yang telah merasa kecewa dan berhasrat untuk memusnahkan khususnya kepada per­tubuhannya sendiri atau parti politik, mereka tidak akan berhasil, lebih­lebih lagi sebahagian besar dari­padanya ahli-ahli parti bersama-sama dengan mereka dahulu sanggup mengambil tanggungjawab bagi segala hutang dan liabiliti pertubuhan lama pada ketika itu.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang tercatat di dalam subseksyen (4), seseorang yang telah menjadi anggota di dalam pertubuhan lama sebelum pembatalan pendaftarannya dan buka seorang anggota pertubuhan baru, tetapi telah memohon kepada Pegawai Pemegang Harta dibayar pampasan bagi bahagiannya di dalam aset

bersih pertubuhan lama, tetapi mereka tidak boleh lari dan ber­tanggungjawab bagi hutang dan liabiliti pertubuhan lama dan cawangan-cawangannya. Dengan adanya subseksyen (4) ini, saya merasakan ahli-ahli pertubuhan tidak sahaja memikirkan tuntutan asetnya, tetapi mengambil kira juga hutang dan liabiliti yang patut dituntut daripada­nya. Dengan itu tidaklah begitu mudah seorang ahli pertubuhan lama untuk menimbul dan menuntut aset bersihnya.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu sebagai mana yang tercatat di dalam Fasal 10 (b) Rang Undang-undang bertujuan meminda Seksyen 49 Akta yang menjadikan satu kesalahan bagi seorang yang telah menjadi pemegang jawatan sesuatu pertubuhan yang telah dibatalkan pendaftarannya kecuali politik yang menjadikan satu kesalahan bagi orang itu terus kekal menjadi pemegang jawatan mana-mana pertubuhan lain yang dia telah menjadi pemegang jawatan sebelum tanpa kebenaran bertulis daripada Pendaftar Pertubuhan.

Tuan Yang di-Pertua, saya merasai Fasal 10 (b) Rang Undang-undang seperti yang dijelaskan adalah bertujuan untuk mengelakkan ahli­ahli pertubuhan lama yang pendaftaran pertubuhannya telah dibatalkannya tidak dengan sewenang­wenangnya menjadi pemegang jawatan mana-mana pertubuhan. Dengan itu setelah memetik bahagian­bahagian tertentu di dalam Akta Pertubuhan (Pindaan) 1988 yang dibentangkan ini, saya suka menarik perhatian khususnya kepada Kementerian yang berkenaan berhubung dengan Pendaftar Pertubuhan dan lain-lain aspek yang difikirkan perlu. Yang pertama sekali, di dalam Fasal 10 (b) Rang Undang­undang yang bertujuan meminda Seksyen 49 Akta, walaupun telah meletakkan satu kesalahan

Page 56: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

843 1 APRIL 1988 844

sebagaimana yang tercatat di dalam fasal dan seksyen · yang berkenaan, tetapi tidak meletakkan satu penalti yang tertentu. Jika ini nyata-tidak tercatat saya mengesyorkan penalti yang maksimum apabila disabitkan kesalahan itu ialah penjara selama tempoh 2 tahun atau denda $2,000 atau kedua-duanya sekali.

Selain daripada itu, agak saya telah mempastikan juga pada masa-masa yang lalu proses untuk mewujudk~n sesuatu pertubuhan di peringkat cawangan. dikendalikan oleh pihak pertubuhan pusat itu dengan cawangannya dan pihak Pendaftar Pertubuhan. Dengan kata lain, kalau sesuatu cawangan pertubuhan hendak diwujudkan, pihak cawangan hendaklah menghantar kepada pertubuhannya di peringkat pusat, kemudian baharulah permohonan daripada cawangan itu disampaikan ke Pejabat Pendaftar oleh pertubuhan di peringkat pusat tadi.

Saya merasakan kaedah ini boleh menimbulkan masalah kerana di antaranya apabila cawangan memohon untuk mewujudkan satu pertubuhan di peringkat cawangan dan permohonannya disampaikan di peringkat bahagian atau pusat, pihak cawangan memikirkan per­mohonannya telah lulus, pada hal belum diketahui lagi sahihnya, kerana di dalam proses di peringkat bahagian dan pusat. Dengan ini saya mencadangkan sebarang untuk mewujudkan pertubuhan di peringkat cawangan, pertama sekali pe­ringkat cawangan hendaklah dapat persetujuan dahulu daripada pihak pusat untuk menubuhkan pertubuhan itu di peringkat cawangan. Selepas itu baharulah peringkat cawangan menge­mukakan permohonannya kepada Pendaftar Pertubuhan dan salinannya boleh dihantar kepada peringkat bahagian ataupun pusat. Dengan cara ini adalah secara tidak langsung segala urusan pertanyaan dan penjelasan pihak Pendaftar Pertubuhan terus

dihalakan ke peringkat cawangan yang berkenaan. Dengan cara ini selagi pihak Pendaftar tidak meluluskan permohonan di peringkat cawangan­cawangan itu, maka pihak cawangan Pertubuhan itu telah diketahui cawangannya masih tidak wujud lagi. Setelah permohonannya diluluskan oleh Pendaftar, barulah pihak cawangan menghantar surat ke bahagian dan ke pusat yang menyatakan cawangannya telah wujud ataupun telah diluluskan oleh pihak Pendaftar. Dengan ini perlu dinyatakan sebelum pihak cawangan menghantar permohonannya ke Pendaftar Pertubuhan, terlebih dahulu telah diperkenankan oleh peringkat pusat bagi pertubuhan itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya suka menarik perhatian berhubung dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan yang ada di Melaka. Apa yang saya ketahui, Pejabat Pendaftaran Pertubuhan di Melaka yang berpusat di bandar Melaka tetapi aktiviti kerjanya tertakluk di dalam kawasan negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Kalau kita perhatikan di dalam kawasan yang dijaga pula meliputi dua buah negeri, adalah difikirkan pengurusan pentadbiran dan perhubungan orang ramai dengan Jabatan ini agak jauh dan boleh menyusahkan.

Dengan ini saya mencadangkan kepada Menteri ataupun Kementerian yang berkenaan, sekarang telah sampai masanya Pejabat Pertubuhan Pendaftaran yang diadakan di negeri Melaka itu yang merangkumi aktivitinya di Negeri Sembilan dapat diwujudkan juga di Negeri Sembilan. Dengan tidak secara langsung Pejabat Pendaftaran di Melaka mempunyai sebuah pejabat dan juga di Negeri Sembilan.

Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan setakat inilah yang dapat saya sampaikan di dalam Dewan yang mulia ini. Dengan ini saya menyokong

Page 57: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

845 1 APRIL 1988 846

Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Per­tubuhan 1966. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Tuan Azumu Tak.

4.34 ptg.

Tuan Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin turut serta di dalam perbahasan suatu Akta untuk meminda Akta Pertubuhan 1966 ini dan saya mengambil peluang ini untuk menyokong sepenuhnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyokong saranan Yang Berhormat Datuk Nasir tadi bahawa Pejabat-pejabat Pendaftaran Per­tubuhan ini haruslah diubahsuai di kawasan-kawasan di mana mempunyai banyak pertubuhan-pertubuhan. Jika di Melaka seperti yang disebutnya itu tadi, saya suka juga menyebutkan bahawa Pejabat Pendaftaran di negeri Perak juga perlu diubah tempatnya daripada sebuah kedai ke pejabat yang agak selesa yang mana kawasan pejabat banyak di bandar Ipoh.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan meminta pemeriksaan untuk mendapat salinan-salinan dokumen­dokumen, saya cadangkan supaya Pejabat Pendaftaran membenarkan pihak-pihak yang berkehendakkan dokumen-dokumen itu dengan membayar satu "fee". Jika di pejabat pendaftaran syarikat-syarikat apabila seseorang itu berkehendakkan sesuatu maklumat, maka kita terpaksa membayar "fee" kepada pendaftar itu, saya agak Pendaftar Pertubuhan juga harus berbuat demikian.

Saya amat bersetuju jika Pendaftar Pertubuhan diberi kuasa yang agak lebih luas di dalam mentadbirkan pertubuhan-pertubuhan yang begitu banyak di dalam negara kita ini seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri tadi. Tuan Yang di-Pertua, pertubuhan­pertubuhan yang begitu banyak di

dalam negara kita ini kebanyakannya telah didaftarkan sebelum merdeka dahulu dan mereka ini masih wujud dengan aktifnya tetapi rang undang­undang perjalanan pertubuhan­pertubuhan itu tidak langsung berubah mengikut keadaan semasa. Jika pada hari ini sebuah pertubuhan baru hendak ditubuhkan, maka Pendaftar Pertubuhan ber-kehendakkan salinan rang undang­undang pertubuhan itu dan salinan itu diteliti dengan sepenuhnya dan kadangkala diubahsuai oleh Pendaftar Pertubuhan tersebut. Tetapi malangnya pertubuhan-pertubuhan yang lama wujud ini langsung tidak kita semak bagaimana keadaan mereka itu bergerak. Kemungkinan besar ada di antara pertubuhan­pertubuhan itu bergerak menyalahi undang-undang negara kita.

Yang penting sekali kalau kita perhatikan ada juga pertubuhan­pertubuhan ini yang memalsukan dokumen atau rekod yang dihantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan. Misalannya, jika di dalam pertubuhan itu berkehendakkan satu jumlah kuorum yang hadir di dalam mesyuarat agungnya tetapi apabila mesyuarat agung itu dijalankan, kuorumnya tidak cukup, mesyuarat di­jalankan juga dan oleh kerana hendak mengisi kuorum itu kadangkala pegawai-pegawai yang berkenaan mencari kawan-kawan mereka di rumah menandatangani borang kehadiran itu tanpa ahli-ahli yang berkenaan hadir di dalam mesyuarat agung itu. Kita tidak berkehendakkan pe.rkara ini berlaku. Pertubuhan-per­tubuhan yang besar-besar yang mempunyai ahli-ahli dari orang-orang yang kaya, kadangkala inilah per­tubuhan-pertubuhan yang selalu tidak mengikut undang-undang pertubuhan mereka sendiri.

Selain daripada itu, ada juga pertubuhan-pertubuhan yang tidak berdaftar, pertubuhan-pertubuhan yang dianggotai oleh sekumpulan

Page 58: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

847 1 APRIL 1988 848

orang-orang kaya, mempunyai kelab­kelab mereka sendiri yang men­jalankan banyak maksiat-maksiat di dalam rumah kelab mereka itu. Ini adalah kumpulan orang-orang yang berkawan di antara 10, 15-20 orang dan yuran yang dibayar kepada pertubuhan-pertubuhan ini adalah besar. Maka saya agak adalah baik jika Pendaftar Pertubuhan mengambil tabu keadaan mereka ini supaya aktiviti-aktiviti mereka yang dapat diketahui. Mereka ini mempunyai kelab-kelab yang eksklusif yang kadangkala kalau pihak Polis pun hendak masuk ke dalam premis mereka itu langsung tidak dapat berbuat demikian oleh kerana cara pergerakan mereka itu amat menyulitkan untuk sesuitu tindakan diambil.

Kepada kelab-kelab, per-tubuhan-pertubuhan yang kaya-raya yang saya katakan ini, saya telah menyarankan 3 bulan yang lalu di dalam ucapan Belanjawan supaya kita mengutip cukai daripada mereka itu, daripada kelab-kelab yang agak kaya­raya ini, kerana saya difahamkan bahawa mereka juga mengutip "interest" daripada ahli-ahli mereka yang lambat membayar yuran, yang lambat membayar apa sahaja pembayaran yang patut dibayar kepada pertubuhan mereka itu. Dan saya difahamkan bahawa "interest" ini adalah agak tinggi, maka jika kutipan itu mereka boleh kutip daripada ahli­ahli mereka, saya rasa kutipan itu juga harus dicukai oleh Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan keadaan­keadaan jawatankuasa-jawatankuasa di kuil-kuil, di gereja-gereja dan di tokong-tokong di negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, bagi masjid­masjid di negara kita ini saya bersyukur kerana semua masjid­masjid adalah dijaga oleh Jabatan­jabatan Agama di tiap-tiap Negeri di negara kita ini. Sungguhpun ada juga

bilangan masjid yang kecil, yang kita tidak berapa puas hati perjalanannya kerana dikuasai atau digunakan oleh kawan-kawan saudara-saudara kita daripada parti-parti Pembangkang, tetapi pada keseluruhannya masjid­masjid ini adalah dijaga dan dikontrol dengan baik oleh Jabatan Agama Negeri-negeri. Tetapi saya ingin hendak tabu, Tuan Yang di-Pertua, bagaimana keadaan kuil-kuil, gereja­gereja dan tokong-tokong di negara ini?

Tuan Yang di-Pertua, apabila saya menyebut kuil-kuil, gereja-gereja dan tokong-tokong ini, saya harap Ahli­ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, tidak salah faham terhadap apa yang saya katakan, kerana saya juga bersetuju yang amat sangat apa yang dikatakan oleh sahabat kita Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom petang semalam bahawa apabila seseorang Melayu hendak menyebut berkenaan dengan bangsa lain, maka boleh disalahtafsir­kan, demikian juga jika kaum lain menyebut orang Melayu mungkin disalahtafsirkan.

Saya bersetuju bahawa semua Ahli­ahli Dewan ini, perpaduan yang disebutkan oleh sahabat baik kita semalam, harus diikuti dengan sepenuhnya.

Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi adalah Kelab-kelab Lumba Kuda yang ada di negara kita ini. Kelab-kelab ini bergerak dengan kumpulan ahli yang kecil dan inilah yang saya katakan kelab-kelab yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua dahulu tanpa ada apa-apa pindaan kepada Perlembagaan mereka. Kelab-kelab ini amat kaya sekali. Sungguhpun mereka banyak membayar cukai kepada Kerajaan dan ada juga sedikit­sebanyak perkhidmatan diberikan kepada penduduk-penduduk tem­patan, tetapi ahli-ahli mereka ini adalah dihadkan. Ada yang cuma untuk 100 orang sahaja, ada yang

Page 59: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

849 1 APRIL 1988 850

untuk 200 orang sahaja, itu terpulang kepada kelab-kelab yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, jika dibandingkan begitu ramai orang­orang yang pergi melabur di tiap-tiap minggu di kelab-kelab tersebut, tetapi kemudahannya yang diterima oleh ahli yang kecil sahaja, maka ini tidaklah patut. Saya harap Pejabat Pendaftaran Pertubuhan dapat meminta supaya mereka menukar undang-undang mereka untuk membolehkan lebih ramai orang menjadi ahli kelab tersebut. Bukanlah niat saya untuk diri saya hendak menjadi ahli di dalam kelab ini dan juga ahli untuk orang­orang Islam di negara ini, tetapi kawan-kawan kita daripada kaum bukan Islam itu ramai di negara ini, seperti saya katakan tadi selalu melabur di tempat tersebut pada tiap­tiap minggu tanpa menerima apa-apa kemudahan, maka kelab seumpama ini haruslah kita perhatikan supaya satu-satu tindakan dapat diambil, supaya mereka dapat meminda Perlembagaan mereka.

TuanYang di-Pertua, perkara akhir yang saya ingin sebutkan di sini ialah cara-cara apabila sebuah kelab baru itu ditubuhkan, yang menggunakan nombor siri mengikut negeri atau bandar pertubuhan itu ditubuhkan.

Saya cadangkan supaya nombor pendaftaran itu dicentralisekan, diibupusatkan supaya senang hendak diikuti oleh semua pihak, jika hendak mula daripada nombor 1 pun biarlah daripada 1 hingga ke 50,000 atau 1 juta pun tidak mengapa jika jumlah kelab di negara ini ada 1 juta. Tetapi keadaan sekarang ini saya perhatikan bahawa satu negeri mempunyai nombor siri yang lain, maka inilah yang melibat begitu susah di dalam kita mendaftarkan UMNO misalnya di peringkat cawangan-cawangan.

(Timbalan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

Tuan Yang di-Pertua, bagi

mengatasi semua masalah ini, maka saya harap bahawa Pejabat Pendaftar Pertubuhan perlu mempunyai pegawai-pegawai yang Iebih ramai dan peruntukan kewangan yang lebih besar. Adalah dicadangkan supaya semua ini dapat diberikan dengan serta-merta, demi untuk kepentingan semua rakyat di negara kita ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Tuan Tiong Hiew King.

4.46 ptg.

Tuan Tiong Hiew King: Tuan Yang di-Pertua, saya turut bangun dalam Dewan yang mulia ini urituk mengambil bahagian membahaskan suatu Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Pertubuhan 1966 yang sedang dibentangkan ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Rang Undang-undang ini beberapa peruntukan yang terdapat di Akta Pertubuhan 1966 akan dipinda dan digantikan atau dimasukkan dengan yang baru, dengan pindaan dan kemasukan peruntukan-peruntukan ini beberapa perkara yang kabur, kurang jelas atau terlampau dahulu menjadi lebih jelas dan tepat.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ke­masukan Seksyen baru 3A, 6A dan pindaan Seksyen 10 dalam Akta, Pendaftar diberi kuasa dan kewajipan yang lebih untuk menunaikan segala tugas, dan melaksanakan segala fungsi yang perlu berhubung dengan per­untukan-peruntukan Akta ini. Pindaan dan kemasukan peruntukan baru ini adalah perlu untuk me­mastikan mana-mana pertubuhan berfungsi dengan betul mengikut Akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, melihat peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini adalah perlu meminda Seksyen 12 dan 17 dengan memasukkan per­untukan-peruntukan baru seperti yang

Page 60: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

851 1 APRIL 1988 852

dinyatakan dalam Rang Undang­undang ini.

Saya mengalu-alukan pemindaan tersebut kerana dengan penguat­kuasaan Akta ini apabila mana-mana cawangan sesuatu pertubuhan menyalahi undang-undang, cawangan itulah yang terlibat sahaja, bukannya pertubuhan itu sendiri. Pertubuhan itu masih boleh berfungsi, tidak akan terjejas oleh sebahagian anggota yang kurang hati-hati atau mungkin bertindak kurang bertanggungjawab. Itu memang patut, apabila mana-mana cawangan atau pertubuhan telah menyalahi undang-undang · harta-harta serta segala assets dan liabilities, per­tubuhan lama boleh diletakhakkan kembali pada pertubuhan baru atas permohonan pengelolanya, melalui prosedur dan dengan syarat-syarat seperti ditetapkan di seksyen baru 17 A

dan 17B itu. Ini perlu sebab penubuhan sesuatu pertubuhan adalah memelihara kesejahteraan dan faedah semua anggotanya. Harta-harta atau aset sesuatu pertubuhan adalah basil dari usaha anggota-anggotanya selama pertubuhan itu berfungsi, maka dengan penguatkuasaan Akta ini, harta-harta atau aset-aset sesuatu pertubuhan yang diusahakan dan dikumpulkan atau terhimpun oleh semua anggota itu tidak akan hilang dengan sia-sia sahaja.

Tuan Yang di-Pertua sekian ucapan saya dan sekali lagi saya mengucapkan sokongan kepada Rang Undang­undang Pertubuhan (Pindaan) 1988.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Hamid Araby bin Haji Md. Salih.

4.50 ptg.

Tuan Haji Hamid Araby bin Haji Md. SaUh: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun di Dewan yang mulia ini menyokong Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Pertubuhan 1966 yang boleh

dinamakan Akta Pertubuhan (Pindaan) 1988. Pandangan saya, apa yang dipinda itu semuanya baik belaka.

Saya tidak hendak komen apa-apa, kecuali dalam dua perkara sahaja iaitu hal Pejabat Pendaftar Pertubuhan di negeri-negeri juga di Pulau Pinang misalnya. Apakala seorang datang membuat permohonan untuk menubuhkan satu kelab atau persatuan, mereka diberi borang saiklostail dan kebanyakan pt;rkataan itu boleh dikatakan tidak ketara dilihat dan dibaca. Dan prosesnya pun begitu mudah. Akhir-akhir ini satu cara baru kelab kononnya apa yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Tuan Azumu bin Haji Tak, memang betul kelab-kelab ini ditubuhkan dengan tujuan yang lain.

Contohnya kelab kasino kecil ataupun yang mereka cuba menggalakkan perjudian iaitu One Bandit, dengan izin, Jackpot Machine. Untuk menjalankan kasino kecil ini, mereka perlu ada kelab, maka permohonan dimasuk, Pejabat Pendaftaran pun memprosesnya dengan cepat sahaja. Dalam seminggu dua, mereka dapat kelulusan. Kemudian mereka pun jalankan kegiatan kasino kecil ini. Ini perlu dikaji sedalam-dalam, mengapakah begitu mudah satu-satu permohonan itu yang tujuan asalnya hendak tubuh kelab rekreasi kononnya, akhirnya menjadi tempat perjudian.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta Menteri yang berkenaan kalau boleh, hendaklah tegas sedikit dalam hal ini, hatta borang yang dikeluarkan dikenakan bayaran pun tidak mengapalah, asalkan borang-borang itu dicetak dengan terang, dengan elok dan pemerosesan itu biarlah dengan teliti. Pegawai dari jabatan yang berkenaan perlulah pergi ke tempat yang dimaksudkan hendak adakan kelab, kaji baik-baik secara mendalam, kalau boleh janganlah

Page 61: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

853 1 APRIL 1988 854

menggalakkan banyak iaitu perjudian One Arm Bandit ini. Dan ini juga satu masalah sebab Kementerian Kewangan mengeluarkan lesen, "quarterly licence", kononnya tiga bulan sekali mereka ini boleh menjalankan perniagaan itu. Kemudian kalau dia puas hati, dipulih, dia boleh membaharui lagi lesennya. Ini pun satu masalah. Diharap kedua­dua Kementerian ini hendaklah kalau boleh berhentikan, memadailah dengan kasino di Genting sekarang ini. Mereka boleh pergi ke Genting kalau hendak try Jackpot Machine.

Seperkara lagi, Tuan Yang di­Pertua, sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab dan selaku Ahli Dewan Negara, saya berpendapat semua rakyat hendaklah patuh kepada undang-undang yang tujuan utamanya ialah untuk kebaikan rakyat kesemuanya. Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah tentang saranan Yang Berhormat Dato' Dr Mohamad Yusof Nor baru-baru ini iaitu Menteri di J abatan Perdana Menteri yang mana disiarkan dalam akhbar "NST" bertarikh 23hb Mac, 1988 supaya Darul-Arqam didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966. Hal ini sudah pun dibangkitkan semalam, kalau tidak salah saya oleh Yang Berhormat Senator Puan Ainon Ariffin. Walau bagaimanapun, saya pandang perkara ini berat kerana saranan Dato' .Or Mohamad Yusof Nor tnt mahupun kena pada tempatnya, tetapi pihak Darul-Arqam ini sudah pun menjadi satu perkara bahan ketawa. Mereka tidak mengindahkan kepada nasihat Menteri itu, malahan kata mereka hanya ini satu badan dakwah semata­mata.

Kita faham dan kita mahu rakyat bersanjung dan menghormati undang­undang yang diadakan. Jika sekiranya Menteri yang berkenaan tidak dapat memaksa mereka ini menubuhkan ataupun mendaftarkan sebagai satu badan pertubuhan, ada kemungkinan

aktiviti-aktiviti mereka ini kita tidak dapat mengawalnya. Apa saya di­fahamkan mengikut Akta Pertubuhan 1966 itu definisinya dalam Bahasa Inggeris, dengan izin, "Society means company, partnership association of seven or more persons with a set objective". Sudah tentu apakala mereka mengadakan, iaitu Darul­Arqam ini menganjurkan sesuatu per­jumpaan yang besar-besaran, sudah tentu keramaian yang hadir itu ada lebih daripada 7 orang. Maka ada kemungkinan satu-satu aktiviti di­jalankan itu tanpa dikawal dan boleh juga membawa mudarat kepada ke­tenteraman. Dan jika sekiranya Darul-Arqam ini ditubuh atau didaftar sebagai satu pertubuhan, saya fikir faedahnya adalah lebih baik daripada yang dibiarkan seperti sekarang ini.

Selain daripada itu, Kerajaan juga dapat mengawal segala-gala jejak langkanya dan juga dapat ambil tindakan jika sekiranya mereka itu menyeleweng tidak mengikut seperti apa yang dikehendaki oleh undang­undang dan mereka juga boleh dihukum sepertimana yang disebutkan dalam Akta itu. Jadi, dengan menyokong pindaan Akta ini, saya berharap Kementerian berkenaan benar-benar dapat bertindak atas apa yang saya sebutkan tadi secara serius dan kita berharap nama baik Menteri yang menegur dan menasihat itu juga ditebus. Tindakan mereka dengan jawapan yang diberi itu memalukan ataupun merendahkan satu-satu permohonan ataupun nasihat yang dibuat oleh seorang Menteri itu.

Sekian, saya sudahi dengan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Puan Ainon binti Ariffin.

4.58 ptg.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk memberikan sokongan dengan

Page 62: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

855 1 APRIL 1988 856

sepenuhnya kepada Rang Undang­undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Pertubuhan 1966.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan A~ta ini telah dibentangkan dengan begttu panjang lebar dengan ulasan-ulasan yang lojik dan alasan-alasan yang sangat konkrit oleh Yang Berh~:>rmat Timbalan Menteri Dalam Negen yang handsome. Beliau telah menjelaskan keperluan, kegunaan juga matlamat serta faedah untuk mengemaskinikan Akta di negara kita ini yang s~belu~ ini telah menimbulkan berbagat-bagat kepincangan, berbagai-bagai m~s~lah dan akhirnya dalam satu penstlwa besar telah hampir mencetuskan satu perpecahan perpaduan dan satu unsur yang tidak sihat dalam satu usaha perebutan kuasa melalui undang­undang secara halus.

Tuan Yang di-Pertua, kita tabu undang-undang ini telah dipinda setelah difikirkan dengan semasak­masaknya dan setelah diperbincang­kan dengan seadil-adilnya demi mengawasi semua pertubuhan-pertubuhan, persatuan-persatuan, kelab-kelab yang ada di negara kita 1m supaya sejajar dengan kehendak rakyat dan kehendak negara yang mengutamakan keadilan, ketenteraman, keselamatan dan kesejahteraan terhadap orang ramai.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa pindaan Akta ini sesungguhnya telah dimimpikan lama oleh pertubuhan dan persatuan-persatuan di negara kita ini yang pernah menghadapi ancama~ dari dalam, yang pernah menghadap1 dugaan-dugaari yang tidak pernah terduga atau yang pernah diselewengkan oleh beberapa pemegang-pemegang jawatannya yang dengan cara tidak ketara atim secara pukul curi ataupun seperti lempar batu sembunyi tangan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit peristiwa besar yang berlaku baru-baru ini kepada

sebuah parti yang menjadi teras kepada politik negara iaitu parti yang bernama UMNO kerana kelonggaran dari undang-undang pertubuhan kita maka satu cetusan sejarah yang pahit telah berlaku dalam parti yang berkenaan semata-mata kerana emosi, semata-mata kerana ingin tamak kuasa dan semata-mata kerana ingin balas dendam dan semata-mata kerana ingin seperti kata pepatah biarlah putih tulang daripada putih mata. Ertinya satu pepatah yang membawa pengertian seseorang atau sekumpulan yang penuh dengan basad dengki menggunakan undang­undang negara untuk memusnahkan kepada parti atau kumpulan yang tidak disenanginya atau yang telah berjaya memenangi hati rakyat di dalam kerja dan usahanya untuk kestabilan politik, keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat umum dan meninggikan imej negara.

Saya rasa Akta ini agak terlewat dibuat. Namun begitu, biasalah bagi kita kalau tidak ada pengalaman maka kita tidak tabu di mana pahit dan manisnya sesuatu itu. Tetapi iany~ seolah-olah merupakan sepertl terantuk baru tengadah. Namun begitu masih belum terlambat walaupun sedikit terlewat kerana satu cetusan sejarah pahit berlaku di negara kita tidak berapa lama y~ng lalu yang menimbul~an rasa cu~1ga, sangsi, pilu, sedth dan juga menimbulkan beberapa pergeseran­pergeseran faham serta rasa marah di antara kumpulan-kumpulan rakyat negara kita ini di atas satu. tindak~n mahkamah yang dirasakan tldak adll, zalim dan mengandungi sifat unsur­unsur dendam kesumat yang merugikan pihak.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit dari Akta ini iaitu mengenai Fasal 5. Fasal 5 Rang Undang-undang bertujuan meminda subseksyen 3 seksyen 12 Akta untuk menjadikan menyalahi undang­undang hanyalah Cawangan sesuatu

Page 63: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

857 1 APRIL 1988 858

pertubuhan berdaftar sahaja dan bukannya pertubuhan itu sendiri jika sesuatu pertubuhan berdaftar menubuhkan cawangan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada pendaftar atau jika dalam hal sesuatu cawangan yang ditubuhkan sedia ada sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta pertubuhan berdaftar itu tidak memohon kelulusan Pendaftar dalam tempoh yang telah dinyatakan dalam proviso kepada subseksyen 3.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa adalah satu perkara yang amat tidak lojik dan zalim kiranya kesilapan yang dilakukan oleh cawangan-cawangan dari satu pertubuhan dan persatuan lebih-lebih lagi bagi pertubuhan dan persatuan yang besar mempunyai banyak cawangan dan anggotanya seperti yang diterangkan oleh Timbalan Menteri kita tadi maka kerana sedikit kelalaian atau sama ada ianya disengajakan atau tidak disengajakan maka badan induknya turut terbeban satu malapetaka atau terkena bahangnya ataupun menerima akibat buruk daripada perbuatan mereka seperti contoh yang berlaku pada UMNO baru-baru ini.

Sebenarnya tentulah tidak dapat sebuah pertubuhan itu meneliti secara terperinci perkembangan kecilan yang berlaku di cawangan masing-masing. Jadi, ini seolah-olah kita seperti kata pepatah Melayu juga iaitu disebabkan nila setitik maka rosak susu sebelanga. Ertinya sesuatu perbuatan yang tidak adil. Maka setelah adanya undang­undang ini legalah keadaan itu kalau ada cawangan atau ada ranting dari satu-satu pertubuhan atau persatuan itu yang tidaklah menjejaskan badan induknya yang perlu menaungi faedah­faedah yang lebih besar ataupun yang

· lebih berat untuk persatuan yang juga berlunaskan kepada kenegaraan kita sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, saya merasa­kan dengan adanya pindaan ini semua pertubuhan, semua persatuan

dalam negara kita mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Kerajaan kita yang begitu adil dan nampak segala perkembangan yang tidak sihat mungkin berlaku atas tiadanya perlindungan atas perkara yang berkenaan itu. Sekarang ini kalau salah di cawangan atau di ranting merekalah sahaja yang menerima tekanan atau hukuman atau dibatalkan atau apa sahaja tindakan oleh Pendaftar Pertubuhan, badan induk boleh berjalan terus untuk mengembangkan fungsinya khasnya kalau parti politik bagi menstabilkan politik di negara kita.

Dan saya juga ingin menyentuh mengenai Seksyen baru 17B yang bertujuan memberi kuasa kepada Pegawai Pemegang. Harta untuk memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk satu perintah meletakhakan se­gala aset hutang dan liability sesuatu pertubuhan yang pendaftarannya telah dibatalkan oleh Pendaftar di bawah seksyen 13 Akta Pertubuhan lama. Ini juga saya rasa satu keadilan kerana tentulah seperti yang diterangkan oleh Timbalan Menteri, harta-harta pada pertubuhan yang telah dibatalkan atau dikenakan hukuman mempunyai masalah besar dalam hendak menyelenggarakan atau hendak menentukan harta-harta mereka lebih­lebih lagi kalau mereka menubuhkan satu pertubuhan atau persatuan yang baru kerana kalau dengan halangan­halangan begini harta-harta demikian tidak dapat hendak dipergunakan atau dicari jalan yang mudah untuk diselaraskan dan juga ditadbirkan semula.

Saya rasa ini satu lagi seksyen yang membawa kepada satu keadilan, kelancaran perjalanan parti politik khasnya dan pertubuhan serta persatuan amnya., Dan rasanya ini juga dialu-alukan sangat oleh semua pihak kerana persatuan dan pertubuhan hampir kesemuanya mempunyai harta-harta dan m~mpunyai berbagai-bagai tang-

Page 64: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

859 1 APRIL 1988 860

gungjawab yang berkaitan dengan harta, umpamanya pekerja-pekerja atau juga menanggung beban segala urusan-urusan perjalanan pertubuhan atau persatuan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai Fasal 10 (b) Rang Undang-undang bertujuan meminda seksyen 49. lni juga saya sendiri dan semua pihak dalam persatuan atau pertubuhan di Malaysia patut mengalu-alukan kerana memanglah tidak adil kalau seseorang yang sudah memegang satu jawatan di satu persatuan maka dengan tanpa kebenaran daripada pendaftar memegang pula satu jawatan di lain-lain pertubuhan. Ini juga boleh mengelakkan satu kemonopolian kepada jawatan-jawatan kerana terdapat juga antara pemimpin atau pemegang jawatan dalam pertubuhan itu bukan semuanya betul belaka, ada juga mereka itu suka menyerap masuk di pertubuhan dan persatuan A, B, C, D, E, F, Kelab-kelab dan lain-lain semata-mata untuk mencari kepentingan diri atau untuk mendoktrinasikan sesuatu anasir­anasir yang tidak sihat atau untuk mengembangkan fahaman-fahaman­nya atau isme-ismenya yang boleh membawa kepada keruntuhan atau perpecahan atau sekurang-kurangnya kepada masalah dalam persatuan­persatuan.

Jadi ada baiknya kita kawal perkara-perkara ini dan kita jadikan mereka itu betul-betul bertanggungjawab dan tidak semata­mata menggunakan persatuan, pertubuhan atau kelab atau kumpulan untuk sesuatu tujuan kepentingan yang berdasarkan kepada peribadi, emosi atau monopoli.

Tuan yang di-Pertua, perkara­perkara lain tidaklah saya sentuh kerana jelas dan nyata telah dijelaskan dan sesungguhnya membawa faedah besar kepada negara, persatuan, orang ramai, ahli-ahli dan juga kepada

perjalanan pendaftaran dan undang­undang itu sendiri. Cuma saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri yang arif iaitu apakah Kelab Snooker ini merupakan sebuah kelab atau ianya tertakluk di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Pindaan) 1988 di bawah pendaftaran pertubuhan kerana kelab-kelab ini juga sudah memainkan peranan, yang saya faham, kalau hendak mengadakan permainan snooker kena minta permit, tetapi cara mana ianya diusahakan kerana ada pertaruhan kewangan dan ianya mula sudah menular di kampung-kampung seperti kata sahabat baik saya Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom mula sudah diperkenalkan kepada mereka yang belum faham tentang hal perjudian ringan, adakah ini juga terkawal di dalam pendaftaran pertubuhan?

Kedua, saya ingin bertanya adakah pertubuhan atau persatuan atau kumpulan yang tidak berdaftar boleh mengadakan pusat rawatan pemulihan mengenai masalah dadah atau mereka membuat apa-apa kegiatan yang merupakan untuk tujuan luarnya menolong bekas penagih dadah tetapi sebenarnya menolong bekas penagih dadah atau penagih dadah, ada dua makna yang berlainan, dengan tujuan di luarnya adalah satu amalan jariah dalam agama Islam atau sebagai satu perkhidmatan kebajikan tetapi di dalamnya mencari keuntungan dan juga kewangan untuk pentadbir berkenaan sahaja. Ini banyak berlaku dan banyak kita mendapat rungutan serta mendapat rungutan serta mendapat laporan-laporan.

Yang kedua, mengenai gerakan tabligh-tabligh. Apakah mereka ini tidak tertakluk di bawah pendaftaran pertubuhan kerana mereka juga bukan tergulung dari seorang malahan ada 10, 20, 30, 40, 50, 60 dan mereka itu bergerak pula dari rumah ke rumah, kampung ke kampung, surau ke surau dan kalau mereka membawa

Page 65: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

861 1 APRIL 1988 862

ajaran yang baik, yang soleh dan takwa kita alu-alukan sangat kerana itu adalah salah satu yang dituntut oleh agama Islam. Tetapi ada juga di antaranya itu yang membawa ajaran­ajaran negatif kalau tidak penyelewengan.

Yang terakhir saya juga ingin mengulangi lagi saranan saya di dalam perbahasan atas Titah Ucapan Di-Raja iaitu Usul Menjunjung Kasih dua hari yang lalu mengenai AI-Arqam. Sahabat saya sebentar tadi juga telah menyentuh perkara yang sama, nyatalah setiap orang nampaknya ingin benar supaya pehak KDN mengambil perhatian berat mengenai pengembangan, perjalanan dan juga usaha-usaha yang agak negatif, yang agak menyeleweng dari tarikat Islam yang sedang dijalankan dan diusahakan oleh AI-Arqam ataupun Darui-Arqam yang diketuai oleh Syeikh Ashaari kerana kita dapati Pusat Islam atau Jabatan Agama Islam sendiri merasa tidak senang dengan perkara begini. Kalau tidak masakan Yang Berhormat Menteri telah menyeru dengan iklas supaya AI­Arqam ini berdaftar sebagai sebuah "society" atau pertubuhan, kerana dengan ini bolehkah Kerajaan kita mengawal tindak-tanduk ataupun tolong membantu membetulkan kekusutannya atau terus mengambil tindakan supaya penyelewengan yang berleluasa ini yang sedang merebak dapat disekat. Jangan pula nanti dalam negara kita timbul dua hala mengenai tarikat dan akidah terhadap Islam, barang dijauhkan Allah perkara ini. Besok mungkin ada pula, ampun maaf saya katakan, ada pula dua cara kelslaman di negara kita seperti berlaku dengan agama Katholik dan Protestan.

Jadi, barang dijauhkan Allah, kita tidak mahu Islam ini dipecah­pecahkan oleh beberapa sunnah atau kepada beberapa tarikat atau akidah yang membawa kepada penyelewengan daripada Islam yang

sebenar-benarnya. Nanti besok timbul pula lagi puak-puak Syiah umpamanya di negara ini, kalau perkara ini tidak dicegah.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom telah kembali ke kerusinya dan dengan itu saya sekali lagi menyokong penuh kepada suatu Akta untuk meminda Akta Pertubuhan 1966.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Chan Choong Tak dahulu. Dipersilakan.

5.23 ptg.

Tuan Chan Choong Tak: Tuan Yang di-Pertua, saya juga bangun untuk turut menyokong suatu Akta untuk meminda Akta Pertubuhan 1966.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini dibuat ialah akibat kejadian di atas parti politik UMNO dan apa yang terjadi kepada UMNO adalah di bawah Seksyen 12 di mana ada dinyatakan kalau sesebuah pertubuhan menubuhkan cawangan tanpa mendapat kebenaran daripada Pendaftar, maka pertubuhan itu juga dipersalahkan, dan oleh sebab itu UMNO mengikut Akta ini telah dikatakan sebagai sebuah pertubuhan yang tidak sah dan Pendaftar pun telah membatalkan pendaftarannya.

Tuan Yang di-Pertua, barangkali pembatalan itu dibuat di bawah Seksyen 2A atau 13 atau 14 atau 16. Sesuatu pertubuhan itu, pendaftarannya boleh dibatalkan di bawah Seksyen 2A, 13, 14, atau 16. Di bawah Seksyen 2A, kalau pertubuhan itu tidak menjalankan hal-hal mengikut Perlembagaan Malaysia misalnya dan lain-lain.

Di bawah Seksyen 13, sesuatu pertubuhan itu dapat dibatalkan jika sekiranya pertubuhan itu dibatalkan oleh ahli-ahlinya sendiri, kalau ia telah diperintah oleh Menteri atau Pendaftar telah berpuas hati bahawa pertubuhan itu hendak menjalankan

Page 66: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

863 1 APRIL 1988 864

sesuatu yang tidak mengikut undang­undang (unlawful). Di bawah Seksyen 14, sesuatu pertubuhan kalau dia tidak menghantar dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh Pendaftar pada sesuatu masa yang ditetapkan, maka pertubuhan itu boleh dibatalkan pendaftarannya. Tetapi di bawah Seksyen 14 juga mengikut perintah daripada Pendaftar itu, kalau perintah itu tidak diikuti, barangkali Pendaftar boleh membatalkannya. Yang penting itu bukan mandatory. Mengikut Seksyen 42, Pendaftar boleh, saya bacakan dalam bahasa lnggeris:

"A society or a branch thereof which has had its registration cancelled under Section 2A, 13, 14 or 16 .... "

Di bawah tiap-tiap satu itu adalah discretion bagi Pendaftar.

Maka di sini barangkali lebih baik kalau kita dapat meminda Akta ini supaya Pendaftar itu dapat menggunakan discretionnya seperti apa yang telah terjadi kepada UMNO. Di sini ada satu perkara teknikal sahaja di mana cawangan-cawangan yang didaftarkan tidak mendapat kebenaran daripada Pendaftar, maka sepatutnya kalau Pendaftar itu menggunakan discretionnya barangkali dia boleh restore UMNO sebagai satu pertubuhan yang sah. Tetapi oleh kerana ada Seksyen 12 sekarang, maka boleh jadi parti-parti yang lain juga menghadapi masalah yang sama, maka pindaan ini patut dibuat supaya tidak ada apa-apa masalah lagi selepas ini kerana kalau Pendaftar itn cuba memeriksa tiap­tiap parti politik, barangkali tiap-tiap parti politik di Malaysia sekarang ada mempunyai cawangan-cawangannya yang baragkali didaftarkan tetapi tidak mendapat kebenaran dan tidak diketahui oleh · pemimpin-pemimpin di peringkat nasional itu.

Maka pindaan kepada Seksyen 12 saya fikir adalah sangat sesuai dan selepas itu barangkali kalau sesuatu

cawangan itu dikatakan tidak sah, pertubuhan itu masih tinggal sah. Oleh sebab itu, saya juga berasa sedikit bimbang di atas pindaan kepada Seksyen 41 dalam Bill ini, Fasal 8.

Pada masa sekarang seksyen 41 itu hanya di dalam satu subseksyen sahaja. Maka dengan pindaan itu satu subseksyen tambahan dibuat. Seksyen 41 Akta ibu adalah dipinda dengan menomborkan semula per­untukan-peruntukan yang sedia ada sebagai subseksyen (1);

(b) dengan renggan berikut:

menggantikan (c) dengan

pe­yang

(c) Sesuatu cawangan sesuatu pertubuhan berdaftar, jika cawangan itu telah ditubuh­kan berlanggaran dengan subseksyen (1) seksyen 12, atau terus wujud berlang­garan dengan proviso kepada subseksyen (3) seksyen 12; dan

(c) dengan masukkan selepas sub­seksyen (1), subseksyen baru (2) seperti berikut:

Ini yang menjadi kesangsian saya.

"(2) Jika sesuatu pertubuhan adalah menyalahi undang-undang di bawah subseksyen (1), atau pendaftarannya dibatalkan di bawah Akta ini, maka tiap-tiap cawangan pertubuhan itu hendaklah dengan serta merta selepas itu menjadi menyalahi undang-undang dan kelulusan Pendaftar bagi penubuhannya hendaklah disifatkan terbatal, dan jika cawangan sesuatu pertubuhan adalah menyalahi undang-undang di bawah subseksyen (1) atau kelulusan Pendaftar bagi penubuhannya di­sifatkan terbatal seperti yang disebut terdahulu di bawah subseksyen ini, maka tiap-tiap cawangan yang di bawah cawangan itu hendaklah dengan serta merta selepas itu menjadi menyalahi undang-undang

Page 67: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

865 1 APRIL 1988 866

dan kelulusan Pendaftar bagi penubuhannya hendaklah disifatkan terbatal".

Tuan Yang di-Pertua, pada penge­tahuan saya, tiap-tiap parti politik ada cawangan. Misalnya, ada cawanga~ negeri dan selepas cawangan nege~1 ada bahagian. Bahagian pula d1-katakan sebagai cawangan pertubuhan itu. Maka jika sekiranya ole~ s~bab? dengan izin, negligence pem1mp10 d1 negeri itu untuk menghantar dokumen­dokumen tahunan kepada Pendaftar bagi sesuatu tahun, oleh ~~rana tiap­tiap cawangan dalam negen ttu .cten&an tersendirinya telah membuat ttap-ttap tahun semua apa yang dikehendaki dan taip-tiap cawangan !tu sepa~u~n~~ sah, tetapi mengikut p10daan tm J1kalau negeri itu juga cawanga~. kepada pertubuhan nasional, negen 1tu suda~ salah, maka tiap-tiap caw.ang~n dt dalam negeri itu kalau mengtkut 10ter­pretasi saya, betulpun dikatakan semuanya tidak sah dan boleh p~n: daftarannya dibatalkan.. ~alau 101 berlaku, akan juga menJadt masalah seperti yang dihadapi sekarang.

Kedua ada satu pindaan juga di seksyen lO pada Akta ibu, dalam bil ini Fasal 4. Seksyen 10 Akta ibu adalah dipinda dengan menggantikan nokhtah di hujung subseksyen (1) dengan nokhtah bertindih dan memasukkan proviso yang berikut pada subseksyen itu. Saya bacakan:

"Dengan syarat bahawa orang ~ang meminta pemeriksaan atau sal10~n itu menyatakan maksud yang d1a berkehendakkannya, dan Pendaftar berpuashati bahawa maksud itu adalah satu maksud yang menurut undang-undang, d~n . bah.awa pemeriksaan atau sah~a~ 1tu ttdak diminta oleh atau bag1 p1hak suatu pertubuhan yang menyalahi undang­undang".

Ini saya tidak tabu apakah sebabnya untuk meminda untuk memasukkan subseksyen yang baru ini.

Dengan itu sekali lagi saya menyokong pindaan ini dan saya berharap bahawa peraturan dapat dibuat supaya Pendaftar dapat meng­gunakan discretionnya pada masa yang akan datang supaya kalau sesuatu pertubuhan itu disalahkan oleh sesuatu perkara teknikal, janganlah pen­daftarannya itu dibatalkan. Pendaftar itu sepatutnya memberikan peluang kepada perttibuhan atau cawangan yang berkenaan supaya me~baiki sesuatu yang tidak betul. Tetap1 me: ngikut Akta ini ada-dan barangkab Pendaftar itu telah juga menggunakan discretion tetapi pada orang ramai discretion itu baik, biar pertubuhan itu sah, tetapi cawangan-cawangan ya.ng · tidak menerima kebenaran 1tu barangkali diberhentikan supaya pertubuhan seperti UMNO itu sah.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom.

5.26 ptg.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk bersama-sama m~~­berikan sokongan dan membuat sed1k1t perbahasan mengenai dengan satu Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Pertubuhan 1966 yang ba~u sebentar tadi dibentangkan di Dewan yang mulia ini oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalan Negeri, Yang Berhormat Dato' Megat Junid.

Tuan Yang di-Pertua, walau apa l?u~ hendak diperkatakan sekarang 101, Akta ini Akta meminda Akta Pertubuhan 1966 mesti diluluskan untuk menyelamatkan keadaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya membuat satu tafsiran, meng.ikut hukum atau kehendak ajaran agama Islam, hukuman terbahagi kepada dua, satu hukuman akidah, satu hukum muamalat. Pada saya Pendaftar Pertubuhan sekarang ini yang ada,

Page 68: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

867 1 APRIL 1988 868

yang lepas, seolah-olah seperti ia menentukan satu hukum akidah. Hukum akidah ini kalau seseorang itu menyalahi rukun syahadatnya, maka tercabut syahadatnya, batal kelslamannya. Ini yang berlaku sekarang ini. Satu cawangan tidak berdaftar, batal pertubuhan induk. Itu akidah. Sedangkan kalau hukum muamalat, puasa sebulan, batal satu hari, yang dua puluh sembilan hari sah. Ini hukum muamalat. Sekarang kita kembali kepada hukum muamalat. Hukum muamalat ini hukum kehidupan sehari-hari. Saya katakan syabas kepada Kerajaan, kepada Kementerian yang berkenaan menyedari hakikat ini, kita kembali kepada penerapan nilai-nilai Islam.

Kerana selama 1m di dalam masyarakat kita orang tabu apabila di­sebutkan sahaja kuasa di kampung­kampung, orang yang cerdik sedikit dia tidak kata Pendaftar Pertubuhap dia kata Registrar of society. Ini kuasa yang cukup hebat, boleh membatal, boleh mengharam, boleh menutup, boleh merampas. Jadi rupanya selama ini kita terkena kepada undang-undang yang dicipta oleh Parlimen negara kita pada tahun 1966 di mana apabila berlaku sesuatu ke dalam negara kita, ke atas diri kita yang mencatatkan sejarah negara kita, sejarah perjuangan kita maka kita nampak keadaan ini. Namun demikian, walau apapun hendak dikatakan tadi hukum alam tetap berlaku. Jadi ini hukum alam. Hukum alam-hukum muamalat. Kita kena kembali, kita kena berpijak kepada bumi nyata bahawa manusia mentadbir, Allah mentakdir.

Tuan Yang di-Pertua, sepanjang pendengaran saya daripada pem­bentangan yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Data' Megat Junid sebentar tadi, beberapa perkara yang disebutkan iaitu berhubung dengan masalah-masalah undang-undang kerana saya bukan orang undang­undang, dan saya bukan orang yang dapat menyelami istilah-istilah di

dalam undang-undang. Jadi, kadang­kadang kita bercakap istilah di luar, istilah di Dewan ini dengan istilah orang undang-undang, istilah mahkamah berlainan. Oleh itu, timbul pergeseran di antara pelulus, pencipta undang-undang dengan pihak kehaki­man. Ini berlaku sudah kerana salah takrif, salah tafsir. Kita membuat undang-undang maksudnya begini tetapi apabila kita serah kepada tangan yang melaksanakan undang-undang jatuh hukum begini, jadi kita pun terasa begitu.

Jadi untuk membetulkan inilah maka musyawarah, Dewan Negara, Dewan Rakyat ini tempat yang menentukan, membuat undang­undang dalam negara kita ini maka pentafsiran sesuatu undang-undang itu hendaklah diberi fahaman yang sebenar-benarnya kepada pelaksana, kepada mereka yang bertanggung­jawab di dalam melaksanakan undang­undang ini apabila telah diwartakan nanti.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen demi seksyen, ceraian demi ceraian telahpun disebutkan oleh Yang Berhormat Data' Megat Junid tadi mengenai dengan pindaan di dalam Akta Pertubuhan 1966 ini. Justeru itu saya mengambil satu sikap dan saya mencari beberapa perkara yang ingin saya mendapat penjelasan yang lebih Ian jut.

Misalnya, di dalam pindaan kepada Seksyen 12. Menurut peruntukan Seksyen 12 (3) Akta sekarang ini, keseluruhan pertubuhan menjadi pertubuhan yang tidak sah, haram, menyalahi undang-undang kalau satu sahaja cawangannya yang ditubuhkan tadi tidak terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pihak Pendaftar.

Tuan Yang di-Pertmi, susa:h hendak sebut pertubuhan lain, saya sebut UMNO sahaja, senang. Misalnya, UMNO sekarang ini apabila pihak pendaftar minta supaya cawangan­cawangan UMNO yang ada 8,200

Page 69: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

869 1 APRIL 1988 870

cawangan itu membuat pendaftaran, sudah ada cawangan baru daftar. Hantar nama Ketua Cawangan, Naib Ketua Cawangan, Jawatankuasa; alamat begitu begini; baru kita dapat satu surat. Nombor Pendaftaran UMNO Cawangan Banting­Pendaftarannya 6322. Ertinya, sudah ada cawangan sejak 30 tahun.

Jadi kalau mengikut pindaan sekarang ini ertinya dapatkan lesen dulu baru tubuh. Adakah begitu maksudnya. Dulu sudah tertubuh baru minta kebenaran, daftarkan semua. Sekarang 101 ertinya pertubuhan terlebih dahulu mesti mendapat kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan boleh tubuhkan satu cawangan di Banting, kata Pendaftar Pertubuhan-"Okay", boleh, baru tubuh. Adakah itu maksudnya?

Jadi kalau ini maksudnya adakah Pendaftar Pertubuhan kata saya mampu hendak menyelesaikan masalah di dalam tempoh setahun ini, hendak menyelesaikan semua rayuan 8,000 cawangan, hendak keluarkan surat kebenaran baru hendak tubuh. Kemudian hendak tubuh cawangan­cawangan 8,000 ini bukan suatu perkara yang senang. Mungkin memakan masa satu dua tahun sedang­kan orang Melayu yang menjadi ahli UMNO 1.4 juta tertunggu-tunggu. Ini masalahnya.

Jadi kalaulah definisi pindaan ini maknanya minta kelulusan baru tubuh, ini ada satu masalah. Jadi, kalau boleh dibuat kelonggaran macam yang sudah, tubuh baru hantar senarai .Jawatankuasa kepada Pendaftar baru hantar surat kepadanya, menyalahi undang-undang pula. Jadi haram lagi nanti.

Jadi, ini saya minta penjelasan yang terang bagaimana supaya apabila kita balik kawasan masing-masing bolehlah kita ceritakan keadaan yang se­benarnya. Sebab sekarang ini macam­macam tafsiran boleh dibuat, macam­macam tafsiran orang boleh

ungkapkan, sehingga menjadikan orangramai bingung.

Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun demikian, perlu saya sebutkan dalam ini orang Melayu tidak gegapah, orang Melayu tidak sibuk, orang Melayu tidak punya satu perasaan yang lain kerana telah ditanam di dalam semangat orang Melayu sejak 40 tahun yang UMNO itu Melayu, Melayu itu UMNO. Dia tunggu sahaja. Picit lampu hijau, jalan. Jalan Serentak. Insya Allah tidak ada apa-apa. Kalau dalam negeri lain sudah diharamkan hendak dibawa ke Parlimen hendak pinda Perlembagaan, senapang sudah meletup. Itu kalau dalam negara lain. Ini tengok sahaja cerita-cerita, berita­berita politik dalam negara-negara lain. Tetapi negara kita aman, tidak ada apa-apa kerana Kerajaan kita masih kuat, masih kukuh dapat menguasai keadaan. Salah satu daripada cara Kerajaan menguasai keadaan ini bawa dulu Rang Undang­undang ini ke Dewan rakyat, ke Dewan Negara hendaklah diluluskan baru dilaksanakan. "Tasammuh", lapang dada, toleransi masyarakat kita. Jadi, kalau ini boleh kita teruskan kita akan bertambah baik lagi.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi ialah mengenai dengan apa yang ingin saya sarankan di dalam pindaan ini. Di sini ada disebut pindaan kepada Seksyen 10 menghendaki kepada sesiapa yang memohon untuk membuat pemeriksaan atau mendapatkan salinan dokumen-dokumen yang telah difailkan dengan Pendaftar supaya menyatakan maksud permintaannya. Ertinya, masih boleh dibongkar kesah ini. Ini fahaman saya.

Jadi sekarang UMNO lama, UMNO yang 42 tahun itu sudah tidak disahkan, hendak disebut haram pun saya sedih sangat. UMNO diharamkan itu saya sedih sangat hendak menitik air mata. Tidak disahkan oleh pendapat Hakim Mahkamah Tinggi. Jadi masih ada lagi hendak diungkit-ungkit.

Page 70: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

871 1 APRIL 1988 872

Jadi, saya cadangk~n supaya di dalam pindaan ini diadakan satu per­untukan baru sama ada ada atau tidak, saya tidak tabu, sebab saya kata saya bukan peguam, saya tidak tabu. Kalau sudab ada Alhamdulillab. Kalau tidak ada, saya bendak bertanya supaya kalau boleb dibuat satu peruntukan baru iaitu mana-mana pertububan yang didapati sudah batal pendaftarannya oleb Pendaftar babis ceritanya setakat itu, tidak boleb bendak dibawa rayu ke mana-mana, bendak diungkit-ungkit tidak boleb. Yang boleb banya barta-barta pusakanya sabaja. Ini kalau boleb bendak dibabagi-babagikan kepada abli-ablinya ataupun diserabkan kepada orang baru yang mengambil alib, yang membuat pertubuhan baru macam Persatuan India Semenyib itu, iaitu pusakanya. Kalau barta UMNO ini bendak diserabkan kepada badan yang baru. Yang kesab badan induk itu stop, berhenti di situ, sudab didapati baram, sudab didapati tidak sab tidak boleb walau siapa pun bendak ungkit­ungkit balik. Hendak tanya-tanya balik. ·

Kalau itu barangkali kita akan dapat menyelamatkan lagi, kalau sudab ada Peruntukan itu saya mengucapkan ber­banyak terima kasib kepada Kerajaan, kepada Kementerian yang berkenaan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, terutama sekali yang menyedari inilab gejala-gejala yang selama ini kita tidak sedar dan sekarang ini terkena kepada batang hidung kita sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berbormat Tuan Azumu Haji Tak telab menyebutkan per­tububan-pertububan yang kaya-raya yang berduit, sama ada berdaftar atau tidak. Sekarang saya ingin bendak mengaju mengenai pertububan ini, kalau tidak salah saya lagi sekali saya minta penjelasan benarkan dalam negara kita ini ada satu peruntukan di dalam undang-undang apabila ada 7 orang berkumpul ia wajib berdaftar.

Kalau dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri, duduk berlima berborak-borak pun tidak boleb. Kalau 7 orang ber­kumpul . mesti berdaftar dengan Pendaftar Pertububan (Registrar of Society). Kalau betul bagaimanakab dengan pertububan yang dianggotai oleb beribu orang yang tidak berdaftar? Malab dia mencabar Kerajaan seperti mana yang di­sebutkan oleb Yang Berbormat Senator Ainon Ariffin tadi, Al-Arqam.

Saya mula-mulanya pun saya seronok juga kerana badan ini bagus, ada jual kerepek, jual mee, jual taubu, buat seminar, buat sekolab, buat TADIKA, tetapi apabila ada satu usaba cuba untuk menerangkan adakab pertububan ini berdaftar atau tidak, pibak Kerajaan menjawab tidak berdaftar. Minta maaf Tuan Yang di­Pertua, kalau tidak salab saya kenyataan Yang Berbormat Dato' Megat Junid juga menyatakan babawa pertububan ini belum berdaftar, macam mana? Jadi, saya minta penjelasan. Kalau dalam istilab yang lain kalau satu pertububan gelap, tidak boleb, sebab dia terang-terang. Jadi, ini kongsi teranglab, bukan kongsi gelap. Jadi, geng kongsi terang ini sama ada pibak Kerajaan memikirkan biarlab begitu sabaja, tidak apa kerana kita boleb kawal. Tidak apalab, saya pun tidak apalab.

Tetapi kalau Kerajaan kata tidak boleb kawal, sebab cawangan­cawangan ini pun bendak katakan sama banyak dengan cawangan UMNO tidak adalab, cawangan UMNO 8,000 lebib. Cawangan dia ini boleblab katakan tiap-tiap negeri ada 4-5 buab cawangan-adakab terkawal atau tidak? Sebab-sebab cerita-cerita yang telab dibangkitkan yang sudab­sudab mengenai kisab-kisab yang ter­sembunyi di sebalik itu macam-macam cerita, macam-macam peristiwa yang berlaku. Mungkin gerakannya, amalannya tidak menggugat ke­tenteraman dan keselamatan negara, tetapi di setengab-setengab tempat dia

Page 71: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

873 1 APRIL 1988 874

menggugat dan tidak mengamankan ketenteraman jiwa. Keselamatan negara tidak terancam, tetapi jiwa orang terancam.

Di Kuala Langat sudah timbul 2 perkampungan muslimin. Ini contoh, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, apabila orang datang, "Assalammualaikum tuan", "Mualaikum-mussalam". Di mana perkampungan muslimin? Yang Kebun Baru Batu 10 ini bukan kampung orang Islamkah? Masjid ada satu, surau ada 7, dia tidak kata per­kampungan muslimin, ada satu per­kampungan baru yang orang sini buat surau sendiri. Perkara ini sudah ber­panjangan sampai kepada S.U.K., sampai kepada Pejabat Agama Negeri.

Di Kampung "Bondry", Bukit Changgang antara sempadan Kuala Langat-Sepang, satu perkampungan muslimin lagi. Ini yang saya katakan tidak mententeramkan jiwa dan perasaan setempat. Bagi ngara tidak ada apa-apa, bagi negara tidak ada masalah. Sebab saya percaya kecekapan pihak Polis (S.B.) di Kuala Langat itu dapat menguasai masalah ini. Tetapi ketenteramkan jiwa orang ramai itu tidak hendak ditenteramkan dengan timbulnya perkampungan muslimin misalnya.

Jadi, sudah berpecah, sudah ada dua kelompok. Ditambah lagi nanti dengan satu gerakan yang· lain. Saya sudah pernah timbulkan dengan lebih 7 orang yang mengikuti kumpulan ini, satu ajaran agama yang dibawa oleh guru yang datang dari seberang yang sudah menimbulkan polemik di kampung, dia telah menghalalkan sup ekor, sup tulang, bukan sup ekor kamping, kalau sup ekor kamping boleh juga me­manc:tskan badan, sup buntut celeng, boleh kata dia. ini berlaku di kampung itu. Sudah berpecah. Saya pernah sebutkan di dalam Dewan ini t~tapi tidak ada tindakan apa-apa. Di Kampung Endah hampir berlaku per­tempuran di antara 200-300 orang

penduduk Kampung Endah itu dengan berpuluh-puluh orang pengikut kumpulan ini. Saya rasa pihak polis di sana pernah diadakan dialog di antara puak orang ramai (puak penduduk kampung) dengan kumpulan ini. Ketua Polis Daerah dan Kadi telah datang, tidak dapat keputusan apa-apa. Mereka malah mencabar dan sekarang berterusan. Mereka mengumpulkan yuran untuk membina bangunan sendiri. Ini juga pertubuhan, ada peng­ikutnya, ertinya ada pertubuhan. Jadi, ini sepatutnya kita awasi supaya keadaan ini tidak merebak lebih jauh.

Subversif Komunis, ini pun saya tidak tabu. Saya cuma baca sejarah, baca cerita sedikit-sedikit, batalion ataupun sayap yang kesepuluh Komunis (PKM) yang dianggotai, katanya dulu, oleh ahli-ahli daripada orang-orang Melayu yang diketuai oleh Abdullah C.D. Abdullah C.D. itu sekarang entah di mana. Dulu kita dengar ada papery masuk ke kampung­kampung di Hulu Kelantan, di sempadan negara dan baru-baru ini saya dengar kenyataan dari Ketu Polis Negara, Tan Sri Hanif di Televisyen bercakap sendiri mengatakan gerakan komunis sekarang ini ada dekat Kuala Lumpur, ada di Taman Templer, ada di Ulu Langat. Makna Ulu Langat ini bukan Ulu Langat, Kajang tempat sate sana, tetapi Ulu Langat di Bukit Belacan di Belakang Ampang. Kalau yang di sempadan itu masih ada lagi, yang di Temerloh, di Kuala Lipis, di Bentong, di Raub masih ada lagi dan tabu pula jumlahnya, katanya 56 orang. Jadi gerakan ini pula ada lagi anasir-anasir subversif yang masuk di dalam kumpulan-kumpulan, kemudian timbul satu gerakan mengkristiani­sasikan orang Melayu seperti yang timbul di Kuala Lumpur ini, paderi­paderi pakai songkok, pakai baju kurung, pakai kain pelikat, kitab Biblenya diletakkan di rehal macam kita hendak bertadarus dalam bulan puasa. Ini sudah keluar dalam kertas putih.

Page 72: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

875 1 APRIL 1988 876

Kalau ia pertubuhan adakah per­tubuhan ini berdaftar atau tidak. Kalau dia ada pengikutnya pula, adakah per­tubuhan itu atau cawangannya ber­daftar ·a tau tidak? Kalau tidak, haramkan pertubuhan itu. Gereja itu boleh diharamkan. Itu maksud saya, Tuan Yang di-Pertua. Paderi sudah tahu, sebagai pengembangnya, kemudian dia ada pula cawangan. Cawangan itu belum berdaftar, bagaimana dengan gereja ini, gereja itu patut diharamkan. Jadi melihat kepada ini semualah kita pinda ini, kerana nasib yang ditimpa oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Daripada situ kita belajar dan mengambil iktibar untuk menye­lamatkan negara, menyelamatkan rakyat, menyelamatkan kehidupan kita di masa yang akan datang untuk berterusan.

Kemudian, Tuan Yang di-Pertua, di dalam satu pindaan ini lagi disebutkan, maknanya dalam masa yang di­tentukan dalam masa 30 hari boleh meminta kebenaran untuk memegang jawatan. Ini saya tidak faham. Saya minta penjelasan dari Yang Berhormat Dato' Megat Junid. Maknanya apabila bertubuhan yang besar itu telah didapati tidak sah, maka orang-orang yang di dalamnya tidak boleh memegang jawatan di dalam apa-apa pertubuhan sekalipun. Ini pertubuhan yang macam ini? Kemudian dalam tempoh 30 hari dia boleh minta kebenaran untuk boleh memegang apa-apa jawatan. Jadi kalau boleh Yang Berhormat Dato' Megat Junid bercakap memberi penjelasan kepada saya, jangan cakap bahasa undang­undang, Yang Berhormat Dato' Megat, cakap cara kita senang macam mana. Misalnya, orang UMNO yang lama macam saya ini Ketua Cawangan UMNO lama sudah tidak sah, saya tidak boleh pegang jawatan apa-apa. Dalam tempoh 30 hari saya boleh minta kebenaran pegang balik Ketua Cawangan UMNO. Kalau Yang

Berhormat Dato' Megat cakap macam itu, saya senang.

Ini kerana Dato' Megat pun bercakap secara undang-undang jadi saya pun susah hendak mengikuti, hendak faham. Pindaan kepada seksyen ini juga memperuntukkan tempoh masa 30 hari bagi pemegang jawatan pertubuhan yang terbatal pendaftarannya untuk meminta kebenaran pendaftar bagi terus memegang jawatan dalam pertubuhan-pertubuhan lain. Kok pertubuhan lain, barangkali kok pertubuhan yang terbatal itu. Ini yang menjadi masalahnya. Jadi, adakah di dalam negara kita satu orang tidak boleh pegang dua jawatan? Pertubuhan ini bukan parti, kalau parti politik, saya UMNO, saya tidak boleh pegang jawatan dalam parti lain, tetapi ini pertubuhan umum.

Jadi kalau pertubuhan saya ini batal, UMNO ini batal, sedangkan saya menjadi Pengerusi Badan Khairat Kematian yang sah berdaftar, adakah jawatan saya dalam Badan Khairat Kematian itu juga batal, dalam tempoh 30 hari saya minta kebenaran baru saya boleh pegang jawatan Pengerusi Khairat Kematian, adakah itu maksudnya? Kalau maksudnya dalam tempoh 30 hari pemegang jawatan pertubuhan yang terbatal pendaftarannya untuk meminta kebenaran Pendaftar bagi terus memegang jawatan di dalam pertubuhan yang baru ditubuhkan bagi menggantikan yang batal, itu saya faham. Ini saya minta penjelasan dari Yang Berhormat Dato' Megat Junid di mana definisinya yang sebenar.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah sahaja yang dapat saya sampaikan di dalam perbahasan meminda Akta Pertubuhan, 1966 ini. Saya percaya kepentingan, keperluan kita memerlukan pindaan ini dibuat untuk keselamatan, untuk keperluan negara umum. Biarlah sejarah yang telah menentukan bahawa Pertubuhan .

Page 73: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

877 1 APRIL 1988 878

Kebangsaan Melayu Bersatu yang menjadi mangsa kepada Akta ini, tetapi ahli-ahli UMNO dengan jujur, orang-orang UMNO dengan jujur membawa pindaan ini dan menyokong pindaan ini untuk menyelamatkan kesemua pertubuhan. Kalau UMNO hendak main sengkling tangan boleh, UMNO Baru pun sudah ditubuhkan, sudah sah, kita korek cari parti-parti lain punya cawangan yang tidak berdaftar, macam mana? Banyak yang kita tabu tetapi kerana tidak dibawa ke mahkamah, kerana tidak ada yang tergesa-gesa, dalam al-Quran ada mengatakan: Allah taala jadikan manusia ini, anak Adam ini, tergesa­gesa, terburu-buru. Sekarang ini yang terburu-buru orang UMNO, apa hendak buatkan, kenalah pada batang tubuh sendiri. Islam hancur kerana orang Islam, UMN 0 han cur kerana orang UMNO. Tetapi UMNO ini baik hati, pemimpin yang memimpin Kerajaan hari ini ialah pemimpin UMNO yang baik hati untuk hendak menyelamatkan pertubuhan-pertubuhan yang lain, jadi pertubuhan-pertubuhan yang lain mesti berterima kasih kepada pimpinan UMNO Baru sekarang ini.

Sekian, terima kasih dan saya menyokong akta untuk meminda Akta Pertubuhan, 1966.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Hassan Nam, dipersilakan.

5.53 ptg.

Tuan Hassan bin Nam: Tuan Yang di-Pertua, saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang saya bangun untuk turut sama mengambil bahagian dalam membahas dan memberi sokongan terhadap suatu Akta untuk meminda Akta Pertubuhan 1966 dan Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pertubuhan (Pindaan) 1988 yang mana telah dibentangkan . oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri di

Dewan yang mulia ini baru sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, segala pindaan-pindaan ke atas Akta Pertubuhan ini perlu dilakukan dan disokong oleh semua pihak, kerana peruntukan untuk tambahan­tambahan ini wajar sekali diubahsuai berikutan dengan pengharaman atau tidak sahnya pertubuhan UMNO yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4hb Februari yang lalu.

Pindaan ini pada zahirnya untuk memperkuatkan keahlian atau kedudukan UMNO Baru tetapi sebenarnya tidak. Kerajaan atau parti pemerintah adalah semata-mata sebagai menyahut seruan suara pertubuhan-pertubuhan dan parti­parti politik sama ada dari ahli parti komponen Barisan Nasional dan juga dari parti Pembangkang yang memikirkan lojik, mesti dan wajib diatasi segera bagi kestabilan politik, kesejahteraan dan keamanan. Saya juga percaya pindaan-pindaan ini akan diterima dengan sebaik mungkin oleh kebanyakan rakyat kerana mereka ingin melihat UMNO kembali pulih dan terus memerintah negara ini sebaik mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, semenjak hampir 31 tahun UMNO dengan bantuan rakan-rakannya dari MCA dan MIC pada satu ketika dan sekarang pula disokong oleh berbagai­bagai parti komponen Barisan Nasionallagi dari Sabah dan Sarawak dan juga Semenanjung telah mentadbirkan negara kita 1m berterusan dan saya berharap kita akan dapat berbuat demikian berterusan hendaknya.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya semua ahli-ahli pertubuhan dan parti politik di negara ini akan senang hati dan berasa tidak bimbang dengan pindaan sebahagian Fasal 5 Rang Undang-undang yang bertujuan untuk meminda Seksyen 12 (3) Akta Pertubuhan, 1966 untuk menjadi salah

Page 74: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

879 1 APRIL 1988 880

dari segi undang-undang, cawangan sesuatu pertubuhan yang berdaftar sahaja dan bukannya pertubuhan itu sendiri, jika sesuatu pertubuhan berdaftar menubuhkan cawangan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan. Dengan meminda Seksyen 12 (3) itu supaya hanya cawangan atau cawangan-cawangan yang tidak berdaftar, satu pertubuhan berdaftar dan bukannya keseluruhan pertubuhan akan menjadi tidak sah adalah munasabah dan sebaiknya kerana tidak ada sebab kelemahan dan kecuaian sesuatu cawangan pertubuhan itu akibatnya untuk menghukum seluruh pertubuhan apabila kesalahan itu qanya tertumpu kepada satu atau beberapa cawangan pertubuhan itu.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan­pindaan kepada Akta Pertubuhan ini telah menjadi tidak dapat dielakkan lagi dari persepsi Kerajaan dan reaction kepada apa yang telah berlaku basil daripada pergolakan parti siasah tempatan sepertimana kita sedia makluman pada akhir-akhir ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga yakin pindaan-pindaan ini tidak akan berlaku kalau tidak ada apa yang telah berlaku, hal ini tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun. Kalau kita tidak mahu pindaan-pindaan kepada Perlembagaan dan juga Akta Pertubuhan khususnya dibuat, maka kita haruslah pula berwaspada jangan membuat sesuatu yang boleh menimbulkan timbal-balas yang boleh ada reaksi di satu pihak yang lain iaitu sama-sama hendak hidup, berwaspada dan memelihara kepekaan dan sensitiviti masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Kerajaan kita tidak mengabaikan tugasnya dalam menjaga kesejahteraan rakyat, kemakmuran mereka, ketenteraman negara, kelicinan jentera Kerajaan dan keteguhan siasah haruslah dipelihara.

Maka Kerajaan telah dan mesti bertindak dengan berani setiap ketika yang perlu dalam masa itu pun kita haruslah pula sensitif kepada kehendak-kehendak majoriti dan bersikap timbangrasa seboleh­bolehnya.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi saya ingin bertanya atau menyentuh sebagaimana yang disentuh oleh rakan saya Senator Ainon Ariffin iaitu berkenaan dengan "snooker". Saya ingin tahu adakah benda ini di bawah kuasa KDN atau sebaliknya, sebab saya tengok banyak di tempat-tempat sebagaimana yang kita maklum di tempat-tempat, di ceruk-ceruk rantau di Wilayah dan di Selangor dan kita dapati banyak kelab-kelab 101

ditubuhkan. Tetapi saya tidak tahu sama ada kalau di Wilayah saya tengok pada hari ini budak-budak yang berumur antara 18-21 tahun di larang tetapi di Selangor saya tidak pasti, adakah undang-undang ini di antara satu wilayah dengan negeri berlainan dan saya harap penubuhan kelab-kelab ini patut diawasi kerana kita dapati banyak menjadi masalah kepada budak-budak sekolah ponteng akibat dari kelab-kelab ini. Harap kalau hendak ditubuhkan kelab ini patutlah diawasi di mana pula yang agak sesuai.

Jadi, dengan kata-kata itu, sekianlah sahaja dan akhirnya saya menyokong Rang Undang-undang ini diterima.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab. Dipersilakan.

6.01 ptg.

Timbalan Menteri dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob): Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Yang Amat Berhormat Menteri Dalam Negeri, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Yang

Page 75: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

881 1 APRIL 1988 882

Berhormat-Yang Berhormat Senator­senator yang telah bercakap dan hampir kesemuanya menyokong dan telah memberi pandangan-pandangan kepada cadangan pindaan Akta Pertubuhan ini.

Memang benarlah bahawa tujuan Kerajaan meminda Akta Pertubuhan ini adalah untuk memperlengkapkan dan memperkemaskan lagi kuatkuasa Akta tersebut, juga untuk menambahkan lagi kelicinan perjalanan Akta tersebut, dan berharap dengan pindaan-pindaan ini maka perjalanan pertubuhan­pertubuhan yang ada dalam negara kita ini akan dapat dikemaskini dan berjalan dengan sebaik-baiknya. .

Saya akan cuba menyentuh satu demi satu daripada apa yang telah diperkatakan oleh Yang Berhormat­Yang Berhormat sekalian. Yang pertama iaitu Senator Datuk Haji Nasir bin Haji Manap dari Melaka, telah pun menyebut tentang penalti di bawah Seksyen 49 Akta Pertubuhan. Untuk perhatian Yang Berhormat peruntukan penalti bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Seksyen 49 telah pun sedia ada. Di bawah Seksyen 49 sekarang iaitu seseorang jika didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen ini bolehlah dihukum penjara 5 tahun atau denda $10,000 atau kedua-duanya.

Masalah Pejabat Pendaftaran Negeri Melaka yang berkongsi dengan Negeri Sembilan, perlulah saya katakan di sini, bahawa Kementerian saya sedang pun mengkaji untuk menubuhkan Pejabat Pendaftaran di Negeri Sembilan.

Menyentuh mengenai proses pembukaan cawangan yang juga telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom, penubuhan cawangan adalah tertakluk Seksyen 12 (1) Akta Pertubuhan iaitu:

"Pertubuhan induk dikehendaki mendapat kelulusan terlebih dahulu

daripada Pendaftaran Pertubuhan dan pertubuhan berkenaan diberi masa 3 bulan di bawah Seksyen 12 (6) Akta untuk menubuhkan cawangan yang berkenaan".

Masalah yang akan timbul dalam UMNO yang ditakuti oleh Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom, insya Allah, ini dapatlah kita jalankan dengan sebaik-baiknya, dengan secepat-cepatnya kerana sepertimana Yang Berhormat kata bahawa orang Melayu ini adalah satu masyarakat yang patuh dan akan menunggu apa sahaja, kerana UMNO itu Melayu, Melayu itu UMNO dan dengan kerjasama ini, insya· Allah janganlah dikhuatirkan, kita akan menjalankan segala daya usaha untuk memperberes dan mempercepatkan penubuhan UMNO Baru ini.

Yang Berhormat Tuan Azumu bin Tak daripada Ipoh telah meminda masalah dokumen yang difailkan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan dikenakan "fee". Inginlah saya nyatakan di bawah peraturan Pertubuhan 1984 yang berkuatkuasa sekarang, semua urusan di bawah Akta Dokumen Pertubuhan 1966 termasuklah salinan-salinan dikenakan bayaran "fee" yang telah ditetapkan, semua bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk stem bukan dalam bentuk kewangan.

Sebelum saya lupa, saya hendak tekankan sedikit tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom iaitu Seksyen 49 mengenai tempoh "30 hari". Ini tidak terlibat bagi yang memegang dalam parti politik dikecualikan, tetapi kalau sekiranya memegang pertubuhan yang di luar dari parti politik, inilah yang hendak mendapat kebenaran "30 hari" daripada Pendaftar Pertubuhan untuk memegang pertubuhan-pertubuhan · lain. Tetapi jikalau kita memegang Jawatankuasa dalam badan-badan politik, ia tidak termasuk dalam "30 hari" ini. Jadi janganlah Yang

Page 76: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

883 1 APRIL 1988 884

Berhormat susah hati kalau Yang Berhormat memegang jawatan dalam UMNO lama sekarang memegang berpuluh-puluh jawatan lain, tidaklah payah hendak memohon kebenaran dalam "30 hari'' itu, tetapi kalau pertubuhan itu pertubuhan di luar daripada parti politik yang diharamkan, itulah kebenaran mesti dipohon.

Yang Berhormat Tuan Haji Hamid Araby dari Pulau Pinang menyentuh mengenai "cyclostyle" dan sebagainya. Yang sebenarnya tidak ada cyclostyle, semua dibuat dalam permohonan yang bercetak, tidak ada timbullah cyclostyle. Saya pun tidak tabu kerana saya sendiri sudah melawat ke lbu Pejabat Pendaftaran ini saya tidak ada tengok borang yang cyclostyle, semuanya dicetak dengan elok dengan warna-warna yang tertentu. Jadi saya pun merasa hairanlah macam mana borang di Pejabat Pendaftaran Pulau Pinang ini hanya dicyclostyle, sampai tidak nampak ayat-ayatnya. Saya ingat kalau ada tolong Yang Berhormat hantar sebagai contoh, kerana saya tidak mahulah dikelabukan oleh Ibu Pejabat saya, kerana saya telah lihat semua sendiri.

Mengenai kelab-kelab dibenarkan mengadakan perkhidmatan perjudian. Semua pertubuhan yang berdaftar hendaklah ditadbirkan berdasarkan Undang-undang Berdaftarnya sahaja. Adalah tidak benar kelab-kelab berdaftar dengan mudah boleh menjalankan aktiviti perjudian. Jika ada kelab ini terlibat dalam aktiviti perjudian, tolonglah beri pengetahuan kerana tiap-tiap pettubuhan yang ditubuhkan mempunyai Undang­undang Tubuh dan kita akan mendaftar pertubuhan itu mengikut Undang-undang Tubuh itu. Jika sekiranya terkeluar daripada Undang­undang Tubuh, maka kalau sekiranya laporan dibuat pihak Pendaftar akan mengambil tindakan tentang hal terse but.

Menyentuh "snooker" banyak sangat telah dikatakan, adakah ia di bawah pendaftaran. Untuk menubuhkan Pusat-pusat Snooker ini terpulang kepada Majlis Bandaran, Dewan Bandaraya, Majlis Daerah kerana ia bukan merupakan satu Badan Pertubuhan. Kerana Badan Pertubuhan untuk perhatian Ahli Yang Berhormat adalah di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 yang berkuatkuasa sekarang, semua Pertubuhan yang mempunyai 7 orang ahli atau lebih yang diuruskan berasaskan kepada keahlian serta mempunyai tujuan-tujuan tertentu hendaklah didaftarkan di bawah Seksyen 7 Akta. Sekiranya Kelab­kelab Snooker dan Pusat-pusat Rawatan Dadah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Puan Ainon Ariffin itu mempunyai ciri-ciri di atas, ia hendaklah didaftar di bawah Akta ini, tetapi jikalau sekiranya tidak sedemikian maka ia tidaklah di bawah Akta Pertubuhan.

Sungguhpun Yang Berhormat Datuk Haji Nasir telah menyentuh banyak perkara tadi, saya telah pun sebutkan perkara-perkara yang penting tadi. Kepada sahabat saya Tuan Azumu bin Tak dari Ipoh juga telah bercakap tentang bayaran dan juga untuk mengkaji Pejabat Pendaftaran . Pertubuhan di Ipoh, daripada hanya di sebuah kedai hendaklah mendirikan bangunan pejabat, jy.ga akan diambil perhatian dan beliau memohon supaya semua Perlembagaan Pertubuhan yang wujud sebelum merdeka dikaji semula, ini juga akan diambil perhatian oleh pihak Kementerian.

Saya tertarik hati dengan apa yang telah diperkatakan oleh Yang Berhormat Senator Puan Ainon Ariffin. Memang benar bahawa apa yang kita lakukan hari ini kerana akibat sesuatu peristiwa. Tetapi memang benar sudah terantuk baru hendak tengadah atau boleh kita kata sudah terlambat. Ini adalah kerana kita tidak

Page 77: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

-------------------

885 1 APRIL 1988 886

sekali-kali merasakan bahawa ada golongan orang Melayu sanggup marahkan nyamuk, bakar kelambunya sendiri; sanggup marahkan pacat, ladangnya dibakar, sanggup marah lintah, racun semua paya supaya semua ikan mati. Kita tidak sangka ada golongan Melayu yang sudah sanggup berbuat demikian dalam UMNO. Kerana kita menyangkakan semua orang-orang UMNO meletakkan harga UMNO itu lebih tinggi daripada harga dirinya, tetapi rupanya berlaku sebaliknya kerana meletakkan harga diri lebih penting dari UMNO. Di atas sikap inilah maka pindaan ini terpaksa kita buat kerana sudah ada golongan­golongan yang sedemikian wujud dalam masyarakat kita.

Saya juga tertarik hati dengan Yang Berhormat Senator Chan Choong Tak yang telah pun menerangkan bagaimanapun perlu pindaan mesti dibuat terutama seksyep 12. Ini berdasarkan atas apa yang telah berlaku dalam UMNO dan kemungkinan ia juga akan berlaku dalam parti-parti lain. Tentang masalah seksyen 41 yang bersangkut­pautdengan subseksyen (1) dan (2). Ini juga saya minta pihak Pendaftaran akan memberi perhatian dari segi pelaksanaannya terutama jika sekiranya negeri dianggap tidak sah, adakah semua cawangan-cawangan dalam negeri itu tidak sah. Ini juga dari segi pelaksanaannya akan dititikberatkan.

Terlalu ban yak Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menimbulkan soal Darul-Arqam dan sebagainya. Perkara ini cukup sukar untuk saya jawab. Jawab mati emak, tidak jawab mati ayah. Tetapi masalah perkara ini terlalu sensitif, kerana badan-badan agama ini adalah dianggap sebagai badan dakwah. Jika sekiranya badan dakwah itu tidak mempunyai ciri-ciri keahlian sepertimana yang saya', katakan tadi dalam seksyen 7, sukarlah untuk kita mendaftar. Dan kalau kita lihat bahawa badan-badan dakwah

adalah di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Jadi, itu sebabnya kita mempunyai cukup banyak masalah. Kalau kita bercakap fasal Darul-Arqam sahaja, maka timbullah Tabligh, timbullah bermacam-macam lagi badan agama. Timbul pula badan agama yang di luar dari Islam yang mana kuil-kuil yang kecil-kecil dipakai pokok dan sebagainya. Ini yang say a katakan cukup sensitif. Sungguhpun memang menjadi percakapan ramai termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat, berilah kesempatan kepada Kementerian Dalam Negeri dan juga Jabatan Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri juga Jabatan Agama Negeri-negeri duduk semeja untuk membincangkan masalah ini dan biarlah daripada sini dapat kita menyelesaikan masalah yang begitu rumit dan sensitif ini. Jadi, tidak usahlah kita besar-besarkan perkara 1m. Memang dalam pengetahuan kita semua tentang masalah-masalah ini, tetapi perkara ini cukup sensitif untuk diterangkan di Dewan yang mulia ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana terlalu banyak yang diperkatakan adalah bertindih lapis antara satu sama lain, dan banyak diulang-ulang, dengan sebab itu mana saya yang tidak sentuh terutama daripada sahabat saya Yang Berhormat Senator Haji Hassan Nam. Saya hendak sebut Yang Berhormat "Tuan Haji" ini kerana mungkin berkat, esok bolehlah dia sama-sama dengan kita. Dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain dari Pulau Pinang, terutama Yang Berhormat Senator Haji Shaharom Maasom, yang telah bercakap panjang Iebar tentang hal ini dan menyokong, pihak saya dan pihak Kementerian, dan juga pihak pegawai Kementerian Dalam Negeri mengucapkan ribuan terima kasih. Segala cadangan akan diambil perhatian. Yang tidak dijawab juga akan dititikberatkan kerana maklum sahajalah saya terpaksa menulis semua

Page 78: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

887 1 APRIL 1988 888

butir-butir yang telah dipercakapkan. Mana yang dapat saya jawab, saya jawab; mana yang saya tidak dapat jawab, saya bawa balik untuk saya bincangkan dengan pegawai-pegawai. Dan lagi sekali saya mencucapkan ribuan terima kasih, Tuan Yang di­Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

(Timbalan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Jawatankuasa)

Fasall hingga 10 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Pengerusi, saya ingin mendapat penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu perkara, adakah di dalam undang­undang Pertubuhan tadi sudah ada peruntukan yang tertentu, kalau satu pertubuhan telah didapati tidak sah, makna cerita itu sudah habis, tidak boleh hendak dibawa kemana-mana, diungkit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Pengerusi, kalau kita lihat dalam seksyen 10 itu, memohon untuk membuat pemeriksaan atau mendapatkan salinan dokumen-dokumen yang telah difailkan dengan pendaftar supaya menyatakan maksud

permintaan itu. Pendaftar akan membenarkan permohonan itu jika ia berpuas hati bahawa maksud permohonan itu adalah menurut undang-undang yang ada. Jadi, kalau sekiranya bercanggah daripada undang-undang yang ada, maka Pendaftar boleh menolak. Jadi, kalau sekiranya untuk keperluan undang­undang negara untuk kebaikan undang-undang kita, maka ini diberi kebenaran. Tetapi jika sekiranya tidak, maka Pendaftar berhak untuk menolak permohonannya.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (1987)

Bacaan Kali Yang Kedua

6.13 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Mohamed Farid bin Ariffin): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang­undang bemama suatu Akta bagi menggunakan wang dari Kumpulan Wang Disatukan untuk Perbelanjaan Tambahan bagi perkhidmatan 1987 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu dibaca kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang 1m meminta kebenaran bagi peruntukan berjumlah $315,955,510 dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk membiayai Perbelanjaan Tambahan bagi perkhidmatan tahun 1987 seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual kepada Rang Undang-undang ini. Sebenamya Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua, 1987 adalah berjumlah $441,301,620. Tetapi sebanyak $315,955,510 sahaja diminta diluluskan di bawah Fasal 2 Rang

Page 79: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

889 1 APRIL 1988 890

Undang-undang rm, kerana baki daripada jumlah peruntukan tersebut sebanyak $125,345,110 adalah merupakan perbelanjaan tanggungan yang tertakluk kepada perbekalan undang-undang tertentu.

Tambahan-tambahan besar yang diminta diluluskan di bawah Rang Undang-undang ini adalah seperti berikut:

1. Sebanyak $100.5 juta adalah dikehendaki di bawah Maksud B.29 Perkhidmatan Am Perbendaharaan sebagai pemberian bagi membiayai 50% kos pengurusan Jabatan-jabatan Negeri di bawah senarai bersama Perlembagaan, khususnya Jabatan Parit dan Taliair, Jabatan Haiwan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti yang telah diluluskan di dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara pada 5hb Mac, 1987.

2. Sebanyak $47 juta adalah dikehendaki di bawah Maksud B. 7 Jabatan Perdana Menteri. Dari jumlah ini sebanyak $38.3 juta untuk membiayai projek-projek kecil infrastruktur, kemudahan awam dan sosial serta keagamaan bagi kawasan-kawasan bandar dan luar bandar dan sebanyak $8.7 juta untuk menyelaras peruntukan program-program bagi bahagian Wilayah Persekutuan, Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang telah dipindahkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dari Kementerian Wilayah Persekutuan yang telah · dimansuhkan mulai 20hb Mei, 1987.

3. Sebanyak $36 juta adalah dikehendaki di bawah Maksud B .30 peruntukan kepada Kumpulanwang Terkanun. Dari jumlah ini sebanyak $23 juta

diperuntukkan kepada Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam persidangannya pada lOhb November, 1987 dan pelaksanaan Tabung ini berkuatkuasa mulai 1hb Januari, 1987. Sebanyak $10 juta diperuntukkan kepada Tabung Amanah Taman Laut dan Rizab Laut yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam persidangannya pada 15hb Oktober, 1987 dan sebanyak $3 juta diperuntukkan kepada Kumpulanwang Amanah Pem­bangunan Ekonomi Belia yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam persidangannya pada 15hb Oktober, 1987.

4. Sebanyak $34 juta adalah dikehendaki di bawah Maksud B.57 Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Dari jumlah tersebut sebanyak $27.4 juta untuk menyelaras peruntukan Perbelanjaan Mengurus bagi Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara yang telah dipindah­kan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar dari Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah mulai 1hb Julai, 1987 dan sebanyak $6.6 juta untuk membiayai perbelanjaan bagi mengadakan pertandingan keindahan rumah-rumah kampung dan keindahan kampung di peringkat daerah dan negeri untuk tahun 1987.

5. Sebanyak $31.5 juta adalah dikehendaki di bawah Maksud B.8 Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menampung kekurangan peruntukan biasiswa kepada pelajar-pelajar di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

(6) Sebanyak $28.6 juta adalah dikehendaki di bawah Maksud

Page 80: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

/

891 1 APRIL 1988 892

B.59 Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Jumlah ini termasuk sebanyak $23.4 juta untuk menyelaras peruntukan perbelanjaan Mengurus bagi Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia yang telah dipindahkan di bawah Kementerian baru ini dari Kementerian Perdagangan dan Perindustrian mulai .20hb Mei, 1987 dan sebanyak $2.3 juta untuk menyelaras peruntukan Perbelanjaan Mengurus bagi program kebudayaan yang telah dipindahkan di bawah Kementerian baru mt dari Kementerian Belia dan Sukan mulai 20hb Mei, 1987.

7. Sebanyak $21.5 juta adalah dikehendaki di bawah Maksud B.36 Polis Di Raja Malaysia untuk menampung kekurangan peruntukan bagi membiayai gaji dan elaun-elaun kepada anggota­anggota pangkat rendah polis dan kakitangan awam di dalam Pasukan berikutan dari pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1985, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1986 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1986.

8. Sebanyak $9.1 juta adalah dikehendaki di bawah Maksud B.19 Kementerian Pertanian. Dari jumlah ini sebanyak $8.7 juta untuk menyelaras peruntukan Lembaga Padi dan Beras Negara yang telah dipindahkan di bawah Kementerian pertanian dari Kementerian Perusahaan awam mulai 1hb Julai, 1987 dan sebanyak $437,900 untuk menyelaras peruntukan Perbelanjaan Mengurus bagi program Parit dan Taliair untuk Wilayah Persekutuan yang telah dipindahkan di bawah Kementerian Pertanian dari

Kementerian Wilayah Per-sekutuan yang telah di-mansuhkan mulai 20hb Mei, 1987.

9. Sebanyak $3.2 juta adalah dikehendaki di bawah Maksud B.16 Jabatan Perkhidmatan Bomba untuk menampung kekurangan peruntukan berkaitan dengan kenaikan pangkat, kenaikan kadar elaun gantian tetap dan kenaikan gaji tahunan bagi 308 anggota­anggota perkhidmatan Bomba.

10. Sebanyak $2.8 juta adalah dikehendaki di bawah Maksud B.4 Suruhanjaya Pilihanraya untuk menampung kekurangan peruntukan bagi membiayai pelbagai Perbelanjaan Mengurus berhubung dengan urusan mengadakan pilihanraya umum Dewan Undangan Negeri Sara­wak pada 15hb dan 16hb April, 1987.

11. Sebanyak $1.1 juta adalah dikehendaki di bawah Maksud B.54 Kementerian Kebajikan Masyarakat untuk membantu kanak-kanak yang miskin dan kurang bernasib baik supaya mereka dapat terus tinggal bersama keluarga atau keluarga ganti yang sesuai serta untuk membantu orang-orang tua yang daif dan miskin. Di samping itu tambahan ini adalah juga untuk membiayai bantuan galakan orang-orang cacat mendapatkan pekerjaan dan menampung pendapatan mereka yang rendah.

Yang lain-lainnya adalah merupakan tambahan-tambahan kecil di bawah Maksud B.1 Parlimen, B.6 Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, B.22 Muzium Negara. Butir-butir dan keterangan lanjut mengenai peruntukan tambahan ini adalah seperti dalam Penyata Anggaran Tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3 Tahun 1988 dan

Page 81: Hari Jumaat Jilid II lhb April, MALAYSIA - · PDF fileTuan Haji Abu Bakar bin Lajim: Tuan Yang di-Pertua, ... Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Tuan Yang di-Pertua,

893 1 APRIL 1988 894

dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 3A Tahun 1988.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta bagi menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 1987 dan bagi memperuntukkan Wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ada di antara Ahli-ahli yang ingin memulakan perbahasan? Dipersilakan Yang Berhormat Dr Tan Chong Keng.

6.29 ptg.

Dr Tan Chong Keng: Tuan Yang di­Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang yang dinamakan Akta Perbekalan Tambahan (1987) 1988.

Sebagaimana yang kita semua maklum, negara kita m1 masih terhutang kepada Bank Dunia dan negara-negara asing kerana adanya pinjaman-pinjaman yang besar. Dengan mengadakan kebenaran untuk

L-A00684.

metlggunakan wang yang sejumlah besar ini untuk membiayai segala perbelanjaan daripada pelbagai Ke~enterian, J abatan dan sebagainya kita mesti beringat-ingat bagaimana kita boleh membayar balik hutang yang masih ada pada bahu kita semua. lni cuma adalah satu peringatan supaya Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan di negara kita ini boleh membelanjakan duit tambahan ini dengan teliti dan dengan tidak membazir dalam semua aspek.

Bila saya pandangkan Jadual kepada Fasal 2 yang membentangkan peruntukan-peruntukan tambahan ini kepada Kementerian-kementerian yang berkenaan, saya dapati bahawa hanya ada sedikit wang sahaja yang diberi kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dr Tan, saya minta maaf kerana sudah cukup. Yang Berhormat boleh, menyambung ucapan pada minggu hadapan.

Dr Tan Chong Keng: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan Dewan yang mulia ini hingga jam 2.30 petang, hari Isnin, 4hb April, 1988.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.