harapan pengetua smk simpang pulai

Upload: ramkumar1967

Post on 08-Jan-2016

49 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Harapan Pengetua SMK Simpang Pulai

TRANSCRIPT

Harapan PengetuaBersyukur kita ke hadrat Ilahi lantaran di bawah lembayung rahmat dan keredhaan-Nya dapat kita bersama- sama meneruskan agenda pendidikan di SMK Simpang Pulai pada tahun 2015.Penyediaan laman sesawang rasmi ini menjadi bukti institusi kita memiliki sistem yang kemas dan mantap serta memikul amanah dan tanggungjawab bagi meningkatkan kualiti kerja serta keberhasilannya. Buku ini merupakan pelan pihak pengurusan yang memberi fokus kepada perancangan progam-program sekolah agar lebih strategik dan berkualiti.Tahun 2015 merupakan tahun pertama saya menerajui kepimpinan di SMK Simpang Pulai ini.. Sehubungan dengan itu, saya mengharapkan komitmen dan sokongan seluruh warga sekolah agar semua agenda yang disusun nanti dapat direalisasikan secara kolaboratif demi kelangsungan kecemerlangan sekolah ini. Rangkuman pelbagai perancangan yang strategik diadun bersama komitmen kerja warga sekolah yang melalui sisi anjakan paradigma akan melonjakkan sekolah kita ke tahap sekolah berprestasi tinggiSaya yakin dokumen ini akan dapat dimanfaatkan sebagai sumber rujukan bagi melunaskan agenda pendidikan dengan penuh iltizam demi kecemerlangan profesion kita. Semoga visi, misi dan objektif yang telah dirancang dapat kita sama-sama realisasikan.Sekian, terima kasih.BERSAMA KE ARAH KECEMERLANGAN

TN. HJ ZULKIFLE BIN OTHMANPENGETUA ,SMK SIMPANG PULAI,31300 KG.KEPAYANG, PERAK D.R.