pengurusan kewangan sk simpang rawai 2014

47
TAJUK : TAHAP PEMAHAMAN PENGETUA / GURU BESAR TERHADAP PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH : KAJIAN KES DI SEK. KEB. SIMPANG RAWAI PN. KAMARIAH BT. ABDULLAH ( s816134 ) EN. AHMAD YUSRI BIN ISMAIL ( s 816026 ) CIK HAMIZAH BT IBRAHIM ( s816116 ) FINANCIAL AND PHYSICAL MANAGEMENT IN EDUCATION SGDU608 3 DR. FAUZI HUSSIN PENSYARAH UUM

Upload: mat-yus

Post on 16-Nov-2014

959 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Pengurusan Kewangan 2014 SK Simpang Rawai boleh dijadikan panduan kepada sek lain sebagai rujukan.Dibuat bersama oleh Group Kohort 3 UUM 2013..terima kasih...

TRANSCRIPT

  • 1. FINANCIAL AND PHYSICAL MANAGEMENT IN EDUCATION SGDU6083

2. PEMBENTANGAN MERANGKUMI LATAR BELAKANG SEKOLAH PERSEKITARAN SEKOLAH LATAR BELAKANG GURU BESAR DAN SEJARAH PERKHIDMATANPROSEDUR DAN PROSES MASALAH PENGURUSAN KEWANGAN RUMUSAN / KESIMPULAN RUJUKANHASIL DAPATAN SOALAN PERKAITAN KEWANGAN SEKOLAH 3. PEMBENTANGAN OLEH :EN. AHMAD YUSRI B. ISMAIL 816026 4. GURU BESAR SK SIMPANG RAWAI EN. ISMAIL BIN SALLEH 5. SEDUTAN VIDEO BERSAMA GURU BESAR 6. SEDUTAN RAKAMAN SUARA TEMUBUAL 7. LATAR BELAKANG SEKOLAH ALAMAT SEKOLAH : SK SIMPANG RAWAI, 21400 MARANG TERENGGANU DAERAH : MARANG KATEGORI: LUAR BANDAR PENTADBIR SEKOLAH: o GURU BESAR : EN ISMAIL BIN SALLEH o PEN.KANAN AKADEMIK/PENTADBIRAN : PN HASNAH BINTI MD ZIN o PEN KANAN HEM : EN MOHD NOOR BIN ZAKARIA o PEN KANAN KOKURIKULUM : EN ABD RAHMAN BIN MOHAMAD BIL. GURU: L = 17 P= 40 Staf sokongan: L = 1 P = 6 Bil kelas: 26 ( sesi pagi sahaja ) Bil pelajar : L=431 P=339J= 740 8. GAMBAR SK SIMPANG RAWAI DATARAN RASMI PERHIMPUNAN 9. DEWAN MAKAN GURU 10. BLOK KELAS GAMBAR PERSEKITARAN SK SIMPANG RAWAI 11. DATARAN KECEMASAN 12. PANDANGAN HADAPAN SEKOLAH 13. KANTIN SEKOLAH 14. PEJABAT SEKOLAH 15. DATARAN ILMU 16. ORGANISASI KEWANGAN & SKSR 17. JAWATANKUASA ASET 18. LATAR BELAKANG GURU BESAR DAN KELULUSAN Nama : Encik Ismail bin Salleh Asal : Kg Gelegoh, Binjai Rendah Terengganu Peperiksaan SRP : SMK Bukit Sawa Peperiksaan SPM : SMK Seberang Takir Melanjutkan Pelajaran ke Maktab Perguruan Kuantan-lulus pada 1980 Sijil Asas Perguruan Opsyen : Pengajian Am Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dan Bimbingan dan Kaunseling dariUniversiti Teknologi Mara 19. PERKHIDMATAN Mula berkhidmat:1980-SK LKTP Jerangau 1988-SK Bukit Perah,Ajil,Terengganu sebagai guru biasa. 1995-guru cemerlang matematik Mac 2001-PK HEM SK Tengku Ampuan Intan,Kuala Berang. Oktober 2001-mula jd guru besar SK Felda Tersat Oktober 2003- Guru besar SK Padang Mengkuang Julai 2004- Pegawai Teknologi Pendidikan, BTPN,Terengganu Disember 2008-Guru besar SK LKTP Jerangau Mac 2011-sekarang ~ Guru besar SK Simpang Rawai 20. PENGALAMAN/PENGETAHUAN YANG DIPEROLEHI UNTUK MENGURUSKAN KEWANGAN SEKOLAH: 1.Tunjuk ajar daripada kerani kewangan sekolah. 2.Pengalaman mengurus sendiri kewangan(daripada buku tunaisehinggalah ke laporan kewangan sekolah) semasa bertugas di sekolah yang ketiadaan kerani. 3.Kursus kewangan di IAB(Institut Aminudin Baki). 21. 'LIKERT SCALE STFSgt tidak fahamKFkurang fhmAFagak fhmFfahamSFsgt fahamJADUAL MENUNJUKKAN PEMAHAMAN GURU BESAR TERHADAP PENGURUSAN DI SEK. KEB. SIMPANG RAWAI 22. PEMBENTANGAN OLEH :CIK HAMIZAH BT. IBRAHIM 816116 23. TEMUBUAL MENGENAI PENGETAHUAN GURU BESAR TENTANG PENGURUSAN SEKOLAH 24. SUMBER KEWANGAN SEKOLAH Guru besar faham tentang sumber kewangan sekolah yang diperolehi. Beliau dapat menyenaraikan sumber kewangan secara umum iaitu Kumpulan wang Kerajaan dan Kumpulan Wang SUWA. 25. TUNTUTAN AWAL Guru besar faham tentang prosedur tuntutan awal bantuan persekolahan kerana beliau menyatakan dengan jelas bahawa tuntutan perlu dibuat selewat-lewatnya 31 Oktober pada setiap tahun untuk mendapatkan tuntutan awal bagi tahun yang berikutnya. Jumlah tuntutan dibuat adalah berdasarkan bilangan murid tahun semasa. 26. AUDIT DALAMAN Guru besar sangat fahamtentang keperluan audit dalaman sekolah. Beliau ada menyatakan juruaudit dalaman dilantik oleh pihak sekolah dan audit dalaman dilakukan secara berkala pada setiap tahun dan guru besar membuat pengesahan audit yang telah dilakukan. Status audit SK Simpang Rawai adalah baik pada 2011 dan2012.Guru besar menyatakan bahawa pengurusan kewangan sekolah berada pada tahap baik oleh PPD Marang.SIJIL PENGHARGAAN PENGURUSAN KEWANGAN BAIK BAGI 2011 & 2012 27. JENIS-JENIS BANTUAN PERSEKOLAHAN Guru besar kurang faham mengenai jenis-jenis bantuan persekolahan kerana beliau tidak dapat menyenaraikan jenis-jenis bantuan persekolahan yang diterima dengan baik.Beliau hanya memberi satu contoh jenis bantuan sahaja (cth yang diberi beliau:bantuan sukan sekolah,BSS) tanpa membuat penjelasan.Sepatutnya guru besar perlu beri lebih beri kategori & contoh : bantuan persekolahan berdasarkan perkapita murid =Bantuan Makanan Prasekolah,PCG,bantuan kokurikulum (BKK) ;contoh dasar1M 1S; RM 2.00 seorang murid. bantuan persekolahan berdasarkan kriteria/kelayakan ibu bapa= RMT,Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM),elaun murid berkeperluan khas 28. BANTUAN GERAN PERKAPITA (PCG) Guru besar faham tentang tanggungjawab pentadbir terhadap peruntukan kewangan yang diperolehi oleh pihak sekolah. Beliau menerangkan apabila peruntukan kewangan diperolehi ia akan diagih mengikut subjek. Pengagihan tersebut dilakukan oleh kerani kewangan. Mesyuarat akan dilakukan bersama ketua panitia untuk memaklumkan jumlah wang yang patut dibelanjakan oleh panitia masing-masing. 29. PECAHAN PCG Guru besar agak faham pecahan PCG (geran perkapita). Beliau menerangkan pecahan PCG akan dilakukan mengikut peruntukan yang patut diterima oleh setiap subjek tetapi tidak dapat menyatakan secara tepat berapakah peratusan yang patut diterima oleh setiap subjek mengikut kumpulan subjek teras. 30. PROSEDUR TUNTUTAN WANG PCG Guru besar faham tentang prosedur tuntutan wang PCG. Guru besar ada menyatakan tuntutan dibuat mengikut perkiraanjumlah murid semasa untuk mata pelajaran wajib, teras dll. Beliau ada menyatakan tuntutan perlu dibuat denganmenggunakan borang yang disediakan dan memasukkan jumlah pelajar bagi tahun semasa. 31. LANGKAH-LANGKAH TUNTUTAN PELARASAN Guru besar fahamtuntutan pelarasan.denganmengetahui tentang langkah-langkah Setelahmembuat tuntutan PCG pada tahun sebelumnya, sekiranya didapati murid bertambah, tuntutan tambahan akan dibuat mengikut pertambahan murid pada tahun semasa. Tuntutan pelarasan dibuat selepas bulan Jun. Tuntutan ini dibuat untukmendapatkan semula peruntukan yang belum diterima berdasarkan pertambahan bilangan pelajar. Sekiranyaberlaku pengurangan jumlah pelajar berbanding jumlah tuntutan yang telah dibuat maka pelarasan juga dibuat dan membayar semula kepada kerajaan lebihan tuntutan yang telah dibuat. Contohnya tuntutan penuh dibuat untuk murid pra seramai 25 orang. Pada tahun berikutnya didapati hanya 20 orang sahaja murid pra yang meneruskan sesi persekolah maka lebihan tuntutan untuk 5 orang pelajar akan dikembalikan kepada kerajaan. 32. PENGURUSAN TERIMAAN Guru Besar faham dengan mengetahui tentang pengurusanterimaan aset. Bila sesebuah syarikat menghantar barangan ke sekolah,pentadbir akan menandatangani borang terimaan selepas membuat semakan. Sekiranya penghantaran dilakukan semasa pejabatditutup/luar waktu pejabat pengesahan terimaan ditangguhkan dengan menyediakan borang lain dan borang terimaan akan ditandatangan setelah semakan dilakukan. 33. PENGURUSAN PUNGUTAN Guru besar faham dengan mengetahui tentang pengurusanpungutan. Pungutandibuat berdasarkan keputusan mesyuarat PIBG. Keputusan mesyurat PIBG akan dipanjangkan kepada pihak JPN. Setelah mendapat kelulusan JPN barulah pungutan dibuat. 34. PENGURUSAN PEROLEHAN Guru besar agak faham dengan mengetahui tentang siapakah yang bertanggungjawab terhadap pengurusan perolehan. Di peringkat sekolah tidak banyak melibatkan pengurusan perolehan. Pengurusan perolehan hanya melibatkan tender kantin sekolah. Bila tamat tempoh tender kantin tamat, iklan akan dibuat untuk membuka tender baru kepada pengusaha-pengusaha kantin yang berminat. Keputusan tender akan dibuka pada 30 Oktober bersama ppd untuk menentukan siapakah pengusaha yang layak. 35. PEMBENTANGAN OLEH :PN. KAMARIAH BT 816134 36. PANJAR WANG RUNCIT (PWR) Guru besar faham dengan menjelaskan tentang panjar wang runcit. Panjar wang runcit adalah untuk memudahkan pihak sekolah melakukan pembelian secara murah dan cepat. Sekolah memohon kebenaran untuk mewujudkan PWR mengikut pekeliling terbaru iaitu had maksimum bagi sekolah rendah ialah RM500.00. Dana bagi PWR diperolehi dari kantin. 37. PROSEDUR MEMBELANJAKAN PANJAR WANG RUNCIT. Guru besar faham tentang prosedur membelanjakan panjarwang runcit. Dengan adanya panjar wang runcit pihak sekolah dapat membuat pembelian kecil atau runcit dengan harga yang murah dan menjimatkan wang kerajaan. Contohnya: Pusat sumber sekolah ingin membeli polistrin,kertas warna dengan jumlah yang sedikit adalah tidak wajar menggunakan cek untuk membuat bayaran. Perbelanjaan yang tidak melebihi RM100 dalam satu bil akandibayar secara tunai/cash menggunakan PWR. 38. PROSES BAGAIMANA MELAKUKAN REKUPMEN Guru besar faham dengan menjelaskan tentang rekupmen. Apabila perbelanjaan dilakukan dengan menggunakan PWR, wangtersebut akan digantikan melalui proses rekupmen. Contohnya: bila pps membelanjakan RM50 dari PWR, baucer kecil akan dikeluarkan untuk merekupmen atau mengambil balik dari peruntukan PSS bagi menggantikan wang dalam PWR. PWR hendak sentiasa direkupmen agar jumlahnya sentiasa adaRM500. Akhir tahun rekupmen penuh akan dilakukan untuk dibawa ketahun hadapan dan mesti ada RM500. Rekupmen dilakukan semula dengan mengambil dari bahagian manawang PWR dibelanjakan. 39. KEMASKINI AKAUN SUBSIDIARI Guru besar faham dengan memberi penerangan tentang tanggungjawab mengemas kini akaun Subsidiari. Buku tunai dan akaun subsidiari perlu diselenggarakan dengansewajarnya. Jika tidak diselenggara dengan betul sekolah akan berbelanja secara tidak menentu dan mungkin terjadi lebihan perbelanjaan. Akaun subsidiari perlu diselenggara agar peruntukan dapat dibelanjakan dengan sempurna. Penyata bank dikemas kini setiap bulan untuk menyemak samaada cek-cek yang dikeluarkan telah ditunai atau tidak. 40. CONTOH AKAUN SUBSIDIARI SK SIMPANG RAWAI 41. PEMERIKSAAN MENGEJUT / BERKALA Guru besar faham mengenai pemeriksaan mengejut. Beliau ada menyatakan bahawa pemeriksaan mengejut perludilakukan. Menurut AP 309 pemeriksaan mengejut perlu dilakukan untukmemastikan wang PWR ada mengikut seperti dalam penyata akaun dan disahkan oleh guru besar. 42. MASALAH PENGURUSAN KEWANGAN YANG DIHADAPI Guru besar faham mengenai apa yang dikatakan mengenai masalah pengurusan kewangan. Sekolah Simpang Rawai dikatakan tidak mengalami masalah pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan merupakan akauntabiliti GB untuk memastikan pengurusan kewanganberjalan dengan lancar. Sebagai pentadbir beliau sangat berhati-hati agar tidak berlaku defisit/lebihan belanjakerana akan menyebabkan audit bersyarat. Akaun subsidiari dan buku tunai sentiasa disemak dengan kerani kewangan agar sentiasadikemaskini dan disahkan. Audit bersyarat akan berlaku sekiranya pentadbir tidak menyelenggara buku tunai dansubsidiari dengan betul menyebabkan berlakunya pembelian melebihi peruntukan atau pembelian yang tidak boleh dilakukan. Contoh: sekiranya pihak sekolah melakukan pembelian komputer audit bersyarat akandikenakan kerana pembelian komputer tidak dibenarkan. 43. HASIL DAPATAN TAHAP KEFAHAMAN GURU BESAR SK SIMPANG RAWAI TERHADAP PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAHNYA Tahap Kefahamansgt tdk fhm kurang fhm agak fhm fhm sgt fhm 44. KESIMPULAN / RUMUSAN Hasil dapatan daripada temubual kumpulan kami bersama Guru Besar SK Simpang Rawai, kami dapat rumuskan bahawa secara keseluruhannya beliau telah menjawab keseluruhan soalan yang kami kemukakan dengan jawapan yang memuaskan. Berdasarkan jadual likert scale menunjukkan tahap optimum pengetahuan beliau berkaitan kewangan sekolah adalah tahap faham. Tahap kefahaman beliau tentang pengurusan kewangan adalah baik kerana pengetahuan pengurusan kewangan sekolah diperolehi daripada kelulusan ijazah berkaitan pengurusan,kursus-kursus yang dihadiri dan juga pengalaman beliau sebagai pentadbir di samping beliau juga berpengalaman dibeberapa buah sekolah daerah Marang dan Hulu Terengganu. 45. RUJUKAN KementerianPelajaran Malaysia (2012).Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah:Bahagian Akaun Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia (2012).Surat Pekeliling KewanganBilangan 8 kepada Buku Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita dan Enrolmen Murid Kuala Lumpur :KPM Shahril@Charil Marzuki (2009). Mengurus Kewangan Sekolah (EdisiKedua).Kuala Lumpur: PTS Professional. 46. SEKIAN.. TERIMA KASIH