اااااااااا ااااااااااچkkbs.gov.bn/muat turun penerbitan/canangdis2019.pdf1 elia...

12
1 Belia harapan bukanlah kerana namanya belia’, tetapi harapan di sini ialah tonggak untuk membawa perubahan- perubahan besar kepada masyarakat, termasuk merubah gaya dan budaya yang dak baik kepada yang baik atau lebih baik. Semua ini boleh dicapai dengan bersuluh atau berpandu kepada Al-Quran. Inilah hebatnya Al-Quran itu sebagai penunjuk jalan untuk kita sampai kepada kesempurnaan. Al-Quranlah pelita sepanjang zaman. Ialah cahaya yang menerangi kehidupan. Oleh itu, Beta berharap, supaya kita akan terus melahirkan lebih ramai para belia yang mesra Al-Quran, sama ada melalui usaha-usaha persendirian mahupun menerusi Musabaqah Tilawah Al-Quran Belia Asia Tenggara ini. Jadikanlah Al-Quran sebagai teman rapat bagi kita. Janganlah berenggang darinya. Barangsiapa yang menjadikan Al-Quran sebagai temannya, orang itu akan beroleh keselamatan di dunia dan di akhirat. Menjadikan Al-Quran itu teman, bukanlah dengan menggendong naskhahnya, tetapi membacanya, mempelajari dan mengamalkan segala ajarannya. Demikianlah harapan Beta. DISEMBER 2019 CANANG ااااااااا چاااااااااKEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN سوكن دانان بلياين كبوداي كمنPekan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena MAJLIS PENGURNIAAN HADIAH MUSABAQAH TILAWAH AL-QURAN BELIA ASIA TENGGARA KE-9 PADA HARI KHAMIS 09 RABIULAKHIR 1441 / 05 DISEMBER 2019 Foto: Hj Ariffin@infofoto Foto: Md Asri@infofoto

Upload: others

Post on 06-Feb-2020

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Belia harapan bukanlah kerana namanya ‘belia’, tetapi harapan di sini ialah tonggak untuk membawa perubahan-

perubahan besar kepada masyarakat, termasuk merubah gaya dan budaya yang tidak baik kepada yang baik atau lebih baik.

Semua ini boleh dicapai dengan bersuluh atau berpandu kepada Al-Qur’an.

Inilah hebatnya Al-Qur’an itu sebagai penunjuk jalan untuk kita sampai kepada kesempurnaan.

Al-Qur’anlah pelita sepanjang zaman. Ialah cahaya yang menerangi kehidupan.

Oleh itu, Beta berharap, supaya kita akan terus melahirkan lebih ramai para belia yang mesra Al-Qur’an, sama ada melalui

usaha-usaha persendirian mahupun menerusi Musabaqah Tilawah Al-Qur’an Belia Asia Tenggara ini.

Jadikanlah Al-Qur’an sebagai teman rapat bagi kita. Janganlah berenggang darinya. Barangsiapa yang menjadikan

Al-Qur’an sebagai temannya, orang itu akan beroleh keselamatan di dunia dan di akhirat.

Menjadikan Al-Qur’an itu teman, bukanlah dengan menggendong naskhahnya, tetapi

membacanya, mempelajari dan mengamalkan segala ajarannya.

Demikianlah harapan Beta.

DISEMBER 2019

C A N A N G چاااااااااا اااااااااا

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN كمنرتين كبودايان بليا دان سوكن

Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah

Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Sempena MAJLIS PENGURNIAAN HADIAH

MUSABAQAH TILAWAH AL-QUR’AN BELIA ASIA TENGGARA KE-9 PADA

HARI KHAMIS 09 RABIULAKHIR 1441 / 05 DISEMBER 2019

Foto: Hj Ariffin@infofoto Foto: Md Asri@infofoto

2

Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Lambak Kiri, Ahad, 1 Disember -

Seramai 90 belia dan beliawanis menerima sijil masing-masing setelah menamatkan

Perkhemahan Belia dan Beliawanis Masjid Peringkat Senegara selama tiga hari yang bermula dari

29 November.

Program kelolaan Kumpulan Belia Masjid dan Kampung dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa

Takmir Masjid STKRJ Kampung Lambak Kiri sempena cuti sekolah itu diisikan dengan beberapa

aktiviti termasuk acara-acara keagamaan, sukan, kempen kebersihan di kawasan masjid dan

lawatan ke tempat-tempat menarik di Daerah Brunei dan Muara.

Antara objektif Perkhemahan Belia dan Beliawanis Masjid Peringkat Senegara, ianya dihasrat

untuk memantapkan jati diri para belia mengikut acuan yang dikehendaki oleh agama, bangsa

dan negara dengan pendedahan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi, di samping melatih

mereka berdikari, berusaha dan bertanggungjawab dengan menyertai ibadah dan aktiviti serta

riadah yang betul dan sihat.

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL PESERTA PERKHEMAHAN BELIA SENEGARA

When we secure the rights of people with disabilities, we move closer to

achieving the central promise of the 2030 Agenda – to leave no one behind.

António Guterres, UN Secretary-General

PENYAMPAIAN SIJIL KEM EKSPLORASI ANTARABANGSA (KEA)

Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, BERAKAS, Rabu, 4 Disember - Kem Eksplorasi Antarabangsa (KEA) yang disertai oleh seramai 100 peserta, telah melabuhkan tirainya dengan majlis penutup dan penyampaian sijil yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Kem eksplorasi tersebut, yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 2 Disember, diisikan dengan aktiviti-aktiviti inter-aktif dan pendedahan kepada program-program antarabangsa yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program tersebut adalah 'treasure hunt', pertunjukan bakat, aktiviti kitar semula 'turning trash into treasure', belajar membuat

origami dan temaki sushi; perbincangan dari peserta KEA; serta lawatan ke Pusat Biodiversiti Marin. Para Peserta turut terlibat dengan kempen membersihkan Pantai Meragang sebagai menyokong initiatif Hari Bertindak (D.O.A). Selain itu, para peserta juga membentangkan tajuk perbincangan 'Entrepreneurship: Major Role in Industrial Revolution 4.0 and is it a solution to unemployment?'; 'Eradication of Social Stigmas'; 'Social Media: Good use or misuse?'; 'Creative Arts : An Industry or a Scene'; dan 'Inclusivity in Education : Different abilities'.

YB Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok

Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir selaku tetamu kehormat

dan menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta.

Dewan Serbaguna Jalan 77, Rancangan Perumahan Negara (RPN)

Lambak Kanan, BERAKAS, Rabu, 4 Disember - Pusat Kegiatan

Warga Emas (PKWE) Daerah Brunei dan Muara menganjurkan

Pertandingan Syarafil Anam Dikir yang diadakan bersempena dengan

Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Ta-

hun 1441 Hijrah 2019 Masihi telah disertai oleh empat kumpulan

lelaki dan lima kumpulan wanita.

Kategori lelaki: Kumpulan Al Mukmin - juara, Kumpulan Nurul

Ukhwah - naib juara dan Kumpulan Serumpun PAKWE ketiga.

Kategori wanita: Kumpulan Biro Wanita Manggis - juara, Kumpulan

PKWE Brunei Muara - naib juara dan Kumpulan Muslimah Masjid

RPN Lambak Kanan - ketiga.

PERTANDINGAN DIKIR SYARAFIL ANAM

TSUT (Kemasyarakatan) KKBS, Dayang Saidah binti Haji

Wahid/Burut hadir selaku tetamu kehormat dan

menyampaikan hadiah kepada pemenang.

2019 THEME: PROMOTING THE PARTICIPATION OF PERSONS WITH DISABILITIES AND THEIR LEADERSHIP: TAKING ACTION ON THE 2030 DEVELOPMENT AGENDA

TSUT (Kebeliaan dan Kesukanan), KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji

Maiddin bin Pengiran Haji Said menyampaikan sijil kepada para

peserta.

3

Dewan Bina Diri, Pusat Pembangunan Belia, TANAH JAMBU, Jumaat, 6 Disember -

Program Curahan Ilmu merupakan inisiatif bimbingan inklusif kepada 40 pelajar Tahun 6

yang menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) yang terpilih dari sekitar

RPN Panchor Mengkubau, Kampung Sungai Besar, Kampung Mentiri, RPN Mentiri, Katok,

Perpindahan Lambak, Meragang, Batu Marang, Tanah Jambu dan Kampung Belimbing,

Subok.

Program Curahan Ilmu 2019 dikendalikan oleh Majlis Perundingan Kampung RPN Panchor

Mengkubau melalui Biro Kemasyarakatan dan Perhubungan (BKP), Teachmeguru di bawah

Kelab Komuniti Belia Transformasi (KKBT), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

dengan sokongan bersama Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan turut ditaja oleh

Restoran Syarikat Masjafree dan Syarikat Golden Bakery.

MAJLIS DOA SELAMAT PENUTUP PROGRAM CURAHAN ILMU 2019

YB Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin

Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin,

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir selaku tetamu kehormat.

“There are approximately 1 billion volunteers across the globe, who dedicate their time, skills and passion

to make the world a better place. They are often the first to act in moments of crisis.

They create social bonds and give a voice to marginalized and vulnerable groups.

And as the theme of this year’s observance highlights, they help build resilient communities, equipping

people against natural disasters, political instability, economic shocks and other pressures.”

António Guterres, UN Secretary-General

KUNJUNGAN MUHIBBAH

MS MARIANNE CLARK HATTINGH UNICEF REPRESENTATIVE TO MALAYSIA AND SPECIAL REPRESENTATIVE TO BRUNEI DARUSSALAM

05.12.2019

KARNIVAL HARI KELUARGA DBP 2019 (KHK DBP 2019)

Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 Disember - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Kebudayaan,

Belia dan Sukan (KKBS) mengadakan Karnival Hari Keluarga DBP 2019 (KHK DBP 2019) bertempat di kawasan hadapan, Bangunan DBP.

Program ini merupakan satu usaha Dewan Bahasa dan Pustaka menanamkan semangat keluarga harmoni dalam kalangan warga DBP dan masyarakat di

negara ini semasa cuti persekolahan dengan melakukan pelbagai aktiviti yang menarik dan riadah bersama-sama ahli keluarga.

YB Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir

selaku tetamu kehormat dan merasmikan Karnival Hari Keluarga DBP 2019.

05 December International Volunteer Day for Economic and Social Development

4

Dewan Binadiri, Pusat Pembangunan Belia (PPB), TANAH JAMBU, Rabu, 11 Disember - Seramai 143 graduan, terdiri daripada 89 orang bagi Sesi Januari

2018; dan 76 orang bagi Kursus-kursus Singkat 2019, menerima sijil masing-masing pada Majlis Konvokesyen Kali Ke-20, Pusat Pembangunan Belia (PPB).

Pada majlis tersebut, seramai 14 graduan menerima Sijil bagi Kursus Level 2 Award in 2D Computer Aided Design; 10 orang bagi Kursus Level 1 Diploma in

Accident Repair Body; sembilan orang bagi Kursus ITQ Level 1 for IT User; lapan orang bagi Kursus Level 1 Certificate in Food Preparation and Cooking; 12 bagi

Kursus Level 1 Certificate in Food & Beverage Services; 14 orang bagi Kursus Level 1 Certificate in Engineering - Fabrication and Welding; tiga orang bagi Kursus

Skill Proficiency Certificate in Food Preparation; seorang bagi Kursus Skill Proficiency Certificate in

Food & Beverage Services; tujuh orang bagi Kursus Skill Proficiency Certificate in Plumbing; tiga

orang bagi Kursus Kemahiran Computer Aided Design dari Cawangan Belait; seorang bagi Kursus

Kemahiran Teknologi Informasi dan Komunikasi; tiga orang bagi Kursus Kemahiran Teknologi

Rekaan Fesyen; dan empat orang bagi Kursus Kemahiran Terapi Kecantikan.

Sementara itu, penerima-penerima sijil yang mengikuti Kursus-kursus Singkat bagi Tahun 2019,

termasuk 11 orang bagi Program Pendedahan Kemahiran Orang Berkeperluan Khas (OKU); 29

orang bagi Program Pendedahan Pertanian dan Perladangan; sembilan orang bagi Program

Prihatin 3, iaitu Solekan dan Rawatan Naik Seri Pengantin; 11 orang bagi Program Prihatin 3, iaitu

Seri Pengantin; dan 16 orang bagi Program Jahitan 1, iaitu Teknologi Rekaan Fesyen.

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Pusat Pembangunan Belia (PPB) dengan

kerjasama 'stakeholder' dan rakan-rakan strategik melalui konsep '3P', iaitu 'Public, Private and

Partnership' akan terus berusaha untuk melahirkan lebih ramai lepasan pelatih berkualiti sesuai

permintaan pasaran pekerjaan dan keperluan perkembangan dan kemajuan ekonomi negara.

Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Sungai Kebun, SUNGAI KEBUN, Ahad, 8 Disember - Program LESTARI Ke-20 yang dianjurkan oleh Majlis AIDS Negara

Brunei Darussalam yang merupakan satu program bagi mempersiapkan ahli-ahlinya sebagai

agen yang bertanggungjawab bagi penyebaran maklumat-maklumat dan kemahiran-kemahiran

asas bagi tujuan pencegahan, telah diakhiri dengan Majlis Pengijazahan dan Penutup LESTARI

Ke-20.

Program yang diadakan selama empat hari, tiga malam tersebut, diisikan dengan gabungan

aktiviti dalaman dan luaran yang mencabar peserta dari segi keupayaan emosi, fizikal juga

rohani selaras objektif utama program ini iaitu mendidik peserta dengan kemahiran hidup dalam

persekitaran interaktif, selain menggalakkan belia untuk mengambil tanggungjawab ke atas diri

mereka sendiri, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Ia juga menggunakan gabungan pelbagai

latihan praktikal yang diperoleh dari dalam dan luar negara, dan disesuaikan dengan sosio-

budaya tempatan dengan menggunakan muzik, bercerita, audiovisual, aktiviti interaktif dan

permainan.

LESTARI Disember 2019 turut disokong oleh Cuckoo Brunei, GK Restaurant, Ideal Cafe & Grill,

Perwakilan Mahasiswa dan Mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (PMUBD), IBIC Sdn. Bhd.

(SEHAT), Sayangku Child Care dan Hua Ho Department Store.

SUT KKBS, Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji

Ali Hassan hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan

sijil kepada para peserta.

MAJLIS PENGIJAZAHAN DAN PENUTUP LESTARI KE-20

PERTANDINGAN MEMANAH BDAA

Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan Jerudong, JERUDONG 8 Disember –

Berkenan menyertai pertandingan pada hari terakhir Pertandingan Memanah

BDAA ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran

Anak Sarah dalam kategori Female Recurve dan Team Recurve Mix. Pasukan

Elite yang berkenan disertai oleh YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengi-

ran Anak Sarah berjaya muncul juara dalam kategori Team Recurve setelah

berjaya mengalahkan Pasukan SBAC Sepadian dalam perlawanan peringkat

akhir.

Dalam kategori Female Recurve, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri

Pengiran Anak Sarah berjaya menduduki tempat kedua, sementara johan

disandang oleh Dayang Amal Rashidah binti Haji Yussof dan tempat ketiga pula

dimenangi oleh Dayang Noor Saniah binti Awang Mohd Ja'afar.

Pertandingan memamah yang dianjurkan julungkalinya oleh Persatuan

Memanah Negara Brunei Darussalam telah berjaya menarik sebanyak lebih 80

penyertaan dalam 11 kategori yang dipertandingkan.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota

Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di

Jabatan Perdana Menteri, berkenan berangkat menyaksikan

Pertandingan Memanah BDAA.

Berangkat sama menyaksikan pertandingan ialah

anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia,

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia

Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran

Muda Muhammad Aiman.

SUT (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) KKBS, Pengiran Mohd

Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud hadir selaku tetamu

kehormat dan menyampaikan sijil kepada para peserta.

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-20, PUSAT PEMBANGUNAN BELIA (PPB)

Foto : Ak. Syi'aruddin@infofoto

5

“ Secara keseluruhannya, hasil pelaburan Kem Latihan PKBN bukan setakat dilihat dari segi mata wang yang nyata

semata-mata (tangible), apa yang lebih penting ianya hendaklah dinilai melalui aspek tidak ketara (intangible)

terutamanya dari segi impak kepada peserta mahupun kesan mereka kepada masyarakat. Oleh itu, kita amat

berbangga PKBN telah mendidik seramai 2537 orang belia sejak ianya bermula. Disinilah pentingnya untuk

menyatukan matlamat bagi mempersiapkan para belia kita dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat dengan sebaiknya

agar usaha pemerkasaan ini akan diterjemahkan kepada tindakan yang berimpak tinggi kepada masyarakat.

Disini saya ingin mengingatkan betapa pentingnya peranan Alumni PKBN sebagai platform untuk

meneruskan impak dan sumbangan yang bermanfaat. “

- Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan berucap semasa

Majlis Pelancaran Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan ke-9

07.12.2019 - MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KHIDMAT BAKTI NEGARA (PKBN) PENGAMBILAN KE-9

Ahad, 1 Disember 2019 - Sesi Pendaftaran Pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) pengambilan ke-9 (394 orang pelatih)

Foto:MuhammadAkmal@Infofoto Foto:MuhammadAkmal@Infofoto

Foto

:Muh

am

ma

dA

kma

l@In

fofo

to Foto:MuhammadAkmal@Infofoto

Foto: Md Asri@infofoto Foto: Syazwan@JBS

Foto: Syazwan@JBS

Foto: Syazwan@JBS

6

JOHAN QARI

KAMARUDDIN G ZAIDON

Republik Filipina

JOHAN QARIAH

DAYANGKU UMMI SYAZANA BINTI

PENGIRAN HAJI MARJUKI

Negara Brunei Darussalam

Foto

: In

fofo

to, S

yazw

an

@JB

S

7

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BANTUAN PERALATAN DAN KEPERLUAN

PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK YATIM BAGI TAHUN 2020 BAGI DAERAH BELAIT

PERKAMPUNGAN PERPUSTAKAAN DAN HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN 2019

Dewan Binadiri, Pusat Pembangunan Belia, Tanah Jambu, Khamis, 12 Disember -

Seramai lima orang lepasan pelatih Pusat Pembangunan Belia (PPB) menerima 'Grant',

berbentuk Bantuan Kewangan bagi memulakan perniagaan mereka baik secara individu

atau berkumpulan. Manakala dua syarikat juga turut menerima 'Grant' bantuan tempat

dan kemudahan asas beroperasi di beberapa bengkel PPB, Jalan Utama Tanah Jambu,

Berakas.

Pemberian 'Grant' ini diberikan melalui Program YDC Light On yang diselenggarakan

bersama pihak Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) bersama PPB kepada mereka yang

berjaya mengikuti beberapa program keusahawanan yang dijadikan asas penilaian dan

pemilihan dengan menyediakan kertas-kertas cadangan perniagaan.

PROGRAM RAKAN BEREMPATI DAN BERDAYA TAHAN (PEER EMPHATIZE AND EMBRACING RESILIENCE - P.E.E.R)

YB Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin

Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin,

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir selaku tetamu kehormat

dan menyampaikan Grant kepada para usahawan muda yang terpilih.

PROGRAM YDC LIGHT ON

Dewan Utama, Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah BERAKAS,

Khamis, 12 Disember - Seramai 33 peserta berusia 16 hingga 28 tahun menerima sijil

penyertaan bagi Perkhemahan Program Rakan Berempati dan Berdaya Tahan

(Peer Emphatize and Embracing Resilience - P.E.E.R).

Program selama tiga hari dua malam anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM),

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) tersebut merupakan usaha bersama Pusat

Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan; Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU);

EMPOWERIOR Counseling & Consultancy; Kumpulan Syababul Iman; Medley House Produc-

tions dan Soul Industry.

Program kesukarelawanan ini merupakan satu sistem sokongan dan seliaan belia kepada

rakan belia yang mengalami masalah kesihatan mental. Program ini dijalankan bagi

melengkapkan para belia dengan kemahiran dalam mengenal pasti masalah kesihatan

mental, berempati dan menyelesaikan masalah melalui kaedah perbincangan dan ekspresi

diri untuk lebih berdaya tahan dengan penerapan nilai positif dan kehidupan yang lebih sihat.

YB Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin

Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin,

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir selaku tetamu

kehormat dan menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta.

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Lambak Kanan, Jalan 99, Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan, BERAKAS, Sabtu, 14 Disember – Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Lambak Kanan mengadakan Hari Terbuka Perpustakaan dan turut diselajurkan dengan Perkampungan Perpustakaan. Aktiviti ini dijalankan sebagai salah satu platform bersuai kenal di samping memberi peluang kepada ahli-ahli perkhidmatan perpustakaan di keempat-empat daerah untuk meninjau acara hari terbuka perpustakaan di perpustakaan cawangan lain.

Acara perkampungan yang berkonsepkan aktiviti sukan ria sesuai dengan tema 'Perpustakaan Ceria' bagi Majlis Perkampungan Perpustakaan dan Hari Terbuka Perpustakaan tahun ini. Pelbagai pameran dan kegiatan aktiviti diadakan selama dua hari dengan kolaborasi bersama beberapa agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), masyarakat dan penduduk kampung sekitar di Mukim Berakas 'B', Majlis Perundingan Kampung (MPK), vendor-vendor persendirian dan syarikat swasta. Sambutan ini juga dibuka-kan untuk kunjungan orang ramai.

Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran

Haji Ali bin Pengiran Maon, juga selaku Penghulu Mukim

Berakas 'B' hadir selaku tetamu kehormat.

Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) ditubuhkan

bertujuan bagi membantu anak-anak yatim untuk mendapatkan asuhan, pimpinan dan pendidikan

bagi menjadikan mereka warganegara yang berguna.

Tahun ini, DANA menyalurkan sumbangan yang keseluruhannya berjumlah B$1,622,250.00 kepada

3,605 orang anak yatim di seluruh negara bagi program bantuan

peralatan dan keperluan persekolahan anak-anak yatim bagi tahun 2020.

Hadir sama, SUT KKBS, Pengiran Haji Hasnan bin Pengiran

Haji Ali Hassan; dan TSUT KKBS, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji

Wahsafelah.

10 Disember, B$72,450.00 untuk 161 orang anak-anak yatim Daerah Temburong. 12 Disember, B$1,132,200.00 untuk 2,516 orang anak-anak yatim Daerah Brunei dan Muara .

14 Disember, B$182,700.00 untuk 406 orang anak-anak yatim di Daerah Belait. 17 Disember, B$234,900.00 untuk 522 orang anak-anak yatim di Daerah Tutong.

Dewan Persidangan Kuala Belait, BELAIT, Sabtu, 14 Disember -

YB Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin

Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin,

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir selaku Ahli

Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota

Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim menyampaikan

sumbangan DANA.

Foto:Hernie Suliana@Infoto

Foto:Dk. Nurhafilah@Infofoto Foto:Mastinah@DBP

8

Ruang Legar, Onecity Shopping Centre, Jalan Utama Salambigar, SUNGAI HANCING, Sabtu, 14 Disember - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

selaku 'Custodian of Culture', agensi yang berperanan untuk sentiasa memelihara dan mengembangkan warisan budaya negara, menganjurkan Festival

Kebudayaan III : Alat-Alat Muzik Tujuh puak di Negara Brunei Darussalam sebagai pelestarian warisan budaya di samping mengukuhkan jaringan dan ker-

jasama di antara ketujuh-tujuh puak Melayu di negara ini bersama dengan pihak-pihak yang berkepentingan.

Melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang dua hari itu, festival diharap akan dapat mencapai matlamat dalam meningkatkan kesedaran mengenai

pentingnya dalam memelihara warisan dan budaya Puak Melayu. Ini bertepatan dengan salah satu resolusi yang dicapai pada Festival Kebudayaan

terdahulu yang menyarankan agar program-program warisan budaya tujuh puak di negara ini akan terus diadakan dari masa ke semasa sekaligus sebagai

usaha untuk mengenal pasti lebih ramai nara sumber dan penambahan senarai inventori Warisan Budaya.

Festival Kebudayaan kali ini mengetengahkan alat-alat muzik daripada tujuh puak Melayu di Negara Brunei Darussalam melalui bicara budaya, persembahan

dan pameran yang akan memfokuskan kepada muzik-muzik yang kurang diketahui oleh masyarakat sebagai rujukan dan catatan.

The Coffeebean & Tea Leaf, Onecity Shopping Centre, Jalan Utama Salambigar, SUNGAI HANCING,

Sabtu, 14 Disember - Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato

Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin

menyempurnakan pelancaran buku komik adiwira pertama Brunei.

'Tebuanman', karakter yang diinspirasikan dari ikon

pasukan bola sepak Brunei telah berjaya menjadi juara

Liga Malaysia 1999, merupakan hasil lakaran kartunis

tempatan Adi Farhan dan Khai Anwar.

Pelancaran komik terbitan AD Comics ini ditaja oleh

Progresif Cellular Sendirian Berhad (PCSB) yang turut

memuatkan beberapa aktiviti seperti pertandingan

melukis dan mewarna sketch 'Tebuanman'.

PELANCARAN BUKU KOMIK ‘TEBUANMAN’

MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KEBUDAYAAN III: ALAT-ALAT MUZIK TUJUH PUAK DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

"Amatlah penting bagi usaha memperkukuh muzik puak etnik untuk bermula dalam masyarakat itu sendiri,

terutamanya di kalangan belia. Dari festival ini juga peluang keemasan untuk memanfaatkan kaedah terkini

bagi meningkatkan lagi kesedaran dan penghayatan masyarakat terhadap muzik puak-puak etnik seperti

penggunaan music technology, alat muzik baru dan platform untuk menyebarkan keindahannya.

Disinilah sifat muzik yang dinamik dan sensitif kepada keadaan semasa. Walau bagaimanapun,

apa yang pasti kekal ialah elemen keasliannya yang perlu dipelihara dan diteruskan zaman berzaman".

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa

Majlis Perasmian Festival Kebudayaan III: Alat-Alat Muzik Tujuh Puak di Negara Brunei Darussalam

9

Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam, BERAKAS, Ahad, 15 Disember -

Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) menjalankan aktiviti penanaman pokok

'Sebatang Pokok Sebuah Legasi' sebagai Projek Pembangunan Komuniti Mampan mereka

bersama rakan strategik PPPBD bersempena dengan Hari Sukarelawan Sedunia dan Kempen

Day of Action 2019.

Ini merupakan kali keempat penyertaan PPPBD dalam Kempen 'Day of Action' yang antara lain

bertujuan untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai Matlamat Pembangunan Mampan

(SDG), selain mengangkat dan mempromosi kepentingan sikap Belajar, Bertindak dan

Berkongsi yang juga merupakan tema bagi Projek Pembangunan Masyarakat Mampan PPPBD.

Atur cara juga diisikan dengan pameran projek-projek MDGs yang dijalankan oleh PPPBD dan

projek-projek yang dirancang oleh PPPBD untuk menyokong SDG; dan pameran 'Dollar$ and

$ense' iaitu hasil-hasil organik kebun buah-buahan dan sayur-sayuran PPPBD bagi membantu

dalam menambah tabung PPPBD bagi menjalankan pelbagai kegiatan kepanduan.

SUT (Pentadbiran,

Kewangan dan Estet) KKBS,

Pengiran Mohammad

Amirrizal bin Pengiran Haji

Mahmud ikut serta kemp-

en City Clean Up sempena

Hari Kesukarelawanan

Antarabangsa dan

Kempen DOA .

CITY CLEAN UP

Dewan Serbaguna, Jalan Bunga Rambai, KUALA BELAIT, Ahad, 15hb Disember -

Kumpulan MINDA Youth Movement dengan kolaborasi bersama Jabatan Belia dan

Sukan, Daerah Belait dan Green Depot mengadakan acara 'City Clean Up' iaitu kempen

kebersihan di sekitar kawasan Pekan Belait sempena Sambutan Hari Sukarelawan

Antarabangsa dan Kempen 'Day of Action'.

Aktiviti kebersihan ini merangkumi seluas 2 kilometer dan disertai oleh seramai 40

sukarelawan sebagai langkah menyahut seruan kerajaan dalam mengekalkan

persekitaran yang bersih, memberi kesedaran kepada orang awam terhadap tanggung-

jawab untuk menjaga kebersihan dan meningkatkan penglibatan belia dalam aktiviti

kemasyarakatan dan sukarelawan.

YB Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin

Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin,

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir selaku tetamu

kehormat .

Wafa Hotel and Apartment, Kompleks Annajat, BERIBI, Sabtu, 14 Disember - Komuniti dan peminat kenderaan bermotor terutamanya kereta dan motorsikal yang menjayakan Pesta Roda-Roda Brunei 2019, disambut dan diberikan penghargaan pada Malam Gala PR2B yang diserikan dengan pelbagai persembahan menarik antaranya persembahan kebudayaan dari Kumpulan Daya Kreasi Seni (DKS). Majlis juga turut diselajurkan dengan pertukaran cenderamata antara PR2B dengan kelab-kelab motosikal. Mortar Events, AdXpert Marketing, Nanet Enterprise dan Wings Motor Gang Society (B)

dengan sokongan Lembaga Pelancongan Brunei, telah mengajurkan Pesta Roda-Roda

Brunei 2019 (PR2B) bagi sama-sama mermeriahkan lagi Brunei December Festival (BDF)

2019. Pesta selama tiga hari yang bermula pada 13 hingga 15 Disember, dihasratkan dapat

mengumpulkan komuniti dan peminat motosikal dan kereta bagi menjalinkan silaturrahim

melalui hobi dan aktiviti-aktiviti sihat, terutama sekali yang berkaitan dengan kesedaran

alam sekitar. Bersesuaian dengan objektif BDF yang antara lain bertujuan menyokong dan

menghidupkan budaya Brunei, tradisi dan perhotelan, di samping menjana minat dari

dalam dan luar negara.

MALAM GALA PR2B

YB Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin

Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin,

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama PPPBD dalam

kempen DOA .

SUNGAI BUNGA, Ahad, 15 Disember - Majlis Perundingan Kampung Sungai Bunga dengan sokongan Jabatan Daerah

Brunei dan Muara itu menganjurkan kejohanan sehari yang mempertandingkan Lumba Bot Laju dan Lumba Perahu

Bidar.

Kategori 30 Pekayuh Marathon: Mukim Saba—Juara, pasukan Lela Cheteria - naib juara dan pasukan PTB - ketiga.

Kategori 20 Pekayuh: Mukim Saba –Juara, Pasukan Polis Draja Brunei- naib juara dan PTB - ketiga.

KEJOHANAN LUMBA PERAHU SERI TANJUNG 2019

PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI MAMPAN PERSATUAN PANDU PUTERI BRUNEI DARUSSALAM (PPPBD)

Foto : Kumpulan MINDA Youth Movement

Foto: Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam

10

TSUT (Kemasyarakatan) KKBS, Dayang Saidah binti

Haji Wahid/Burut ikut serta menanam pokok sempena DOA

anjuran BASMIDA.

Dewan Riadah, Pusat Belia BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 15 Disember - KaMaloko Entertaiment

Group melalui Hundred Beats Brunei dan kolaborasi bersama Jerudong Park Country Club dan Progresif

Cellular buat julung kalinya menganjurkan Drum & Percussions Festival 2019 bagi memeriahkan lagi

Brunei December Festival (BDF) 2019.

Penganjuran festival berkenaan antara lain bertujuan untuk meningkatkan rasa minat dan daya saing

para peserta dalam bermain dram mengikut kredibiliti dan kreativiti masing-masing. Festival yang

dikelolakan bersama itu mengetengahkan empat kategori persembahan iaitu Kategori Professional

Drummer; Semi-Professional; Kategori Junior (10 - 15 Tahun); dan Kategori Terbuka.

DRUM & PERCUSSIONS FESTIVAL 2019

Rumah BASMIDA, Kampung Anggerek Desa, BERAKAS, Khamis, 26 Disember -

Persatuan Basmi Dadah Negara Brunei Darussalam (BASMIDA) menganjurkan Projek Lanskap dan

Penanaman Pokok Buah-buahan bersempena Day Of Action (DOA) 2019 bertemakan 'Menyemai

Bakti Sukarelawan'.

Projek melibatkan seramai 20 orang Rakan BASMIDA dan 10 orang Belia BASMIDA, selain daripada

penyertaan Ahli-ahli Jawatankuasa dan Ahli-ahli BASMIDA yang lain merupakan komitmen

BASMIDA dalam sama-sama menjayakan Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa yang diraikan

setiap tahun pada 5 Disember.

Disamping langkah pembarigaan untuk memberikan kesedaran betapa pentingnya semua golongan

masyarakat termasuk para belia dan ibu bapa untuk melibatkan diri dalam kerja sukarelawan,

projek ini juga bertujuan bagi memfokuskan mengenai nilai-nilai kemanusiaan yang perlu

disemarakkan dalam kalangan Rakan dan Belia BASMIDA serta mengamalkan erti kesukarelawanan

juga kerjasama dalam satu kumpulan kerja.

Aktiviti yang bermanfaat sebegini, dapat mengeratkan tali silaturahim dan semangat

bermasyarakat yang boleh membantu membenteras dan menangani gejala dadah yang berbahaya

dan mengancam keharmonian masyarakat dan negara.

BASMIDA DAY OF ACTION (DOA) 2019 : 'MENYEMAI BAKTI SUKARELAWAN'

The Mall, GADONG, Khamis, 26 Disember. - Inspireworks Sendirian Berhad telah

menganjurkan Pesta Back to School sebagai platform untuk membantu kanak-kanak dari

keluarga yang memerlukan dan kurang berkemampuan mendapatkan keperluan persiapan

persekolahan tahun 2020.

Pesta Back to School yang berlangsung selama lima hari tersebut, menampilkan vendor-

vendor tempatan yang menjual variasi barangan daripada peralatan sekolah, elektronik dan

banyak lagi bagi memudahkan para ibu bapa juga pengunjung membeli peralatan

persekolahan lebih-lebih lagi menjelangnya musim persekolahan yang bakal tiba tidak lama

lagi dan membantu menambah dana Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM). SUT KKBS, Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan

hadir melancarkan Pesta Back to School 2019.

PESTA BACK TO SCHOOL 2019

Pusat Belia, BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 27 Disember - Seramai lebih 200 peserta dari

dalam dan luar negara menyertai Pertandingan Dart Beregu Terbuka Kali Ke-2 sempena Brunei

December Festival (BDF) 2019 dan Sambutan Jubli Emas Pusat Belia.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Kampung Tanjong Bunut (KTB) Darters yang dikendalikan

bersama Kelab Komuniti Belia Transformasi (KKBT) dan sokongan Kementerian Sumber-Sumber

Utama dan Pelancongan; Jabatan Belia dan Sukan, serta Persatuan Dart Kebangsaan Brunei

(BNDA) ini mempertandingkan tiga kategori iaitu Beregu Terbuka, Perseorangan Terbuka dan

Perseorangan Wanita. Selain menjadi platform kepada para pemain mencari penaja bagi

membiayai pertandingan di peringkat antarabangsa, pertandingan tersebut juga bertujuan

untuk mengukuhkan hubungan komuniti Dart serantau dan antarabangsa dan menarik minat

orang ramai untuk mencuba sukan tersebut.

SUT (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) KKBS, Pengiran Haji

Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud merasmikan

Pertandingan Dart Beregu Terbuka kali ke 2.

PERTANDINGAN DART BEREGU TERBUKA KALI KE-2 SEMPENA BRUNEI DECEMBER FESTIVAL (BDF) 2019

YB Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin

Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri

Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan

Sukan hadir selaku tetamu kehormat dan merasmikan

Drums & Percussions Festival 2019.

Foto: Marlinawaty@Infofoto

Foto: Ak Md Aminol@Infofoto

Foto: Mohd. Sahrizal@Infofoto

11

Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian

Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr Siti Norkhalbi binti Haji

Wahsalfelah hadir melancarkan Pesta Back to School 2019.

Mukim Bukit Sawat, BELAIT, Sabtu, 28 Disember - Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan

Undang-Undang), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Mohammad Amir Hairil bin Haji

Mahmud; Setiausaha Tetap (Bandaran Dan Daerah), KHEDN, Awang Salminan bin Haji Burut; dan Se-

tiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengi-

ran Haji Ali Hassan membuat tinjauan ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan banjir di Mukim Bukit

Sawat, Daerah Belait bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (DDMC) Belait dan seterusnya

menyerahkan bantuan catuan kepada mangsa-mangsa.

Sebanyak 13 bantuan catuan yang disediakan oleh oleh pihak JAPEM telah diserahkan, iaitu lima catuan

di Kampung Sungai Mau, di Kampung Laid Lakang sebanyak dua catuan, di Kampung Merangking Hilir

sebanyak dua catuan, dan empat catuan di Kampung Kandul.

Lawatan tersebut merupakan usaha bersepadu dan muafakat dalam membuat pemantauan secara berterusan oleh agensi-agensi kerajaan khususnya

Penghulu Mukim, Ketua Kampung, Jabatan Daerah Belait, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Ambulan

(EMAS), Pusat Kesihatan, JAPEM, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Kerja Raya, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei

(PPDB) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).

TINJAUAN KAWASAN TERJEJAS BANJIR DI MUKIM BUKIT SAWAT, DAERAH BELAIT

Jerudong Park Amphitheatre, BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Disember -

Sebanyak enam kumpulan bertanding pada peringkat akhir pertandingan realiti tarian

'Rentak Optima' yang merupakan anjuran RTB. Ianya dibukakan penyertaannya

kepada warganegara Brunei Darussalam yang berumur 10 hingga 40 tahun untuk

mencari bakat-bakat baru tempatan.

'Rentak Optima' ditaja oleh Makan Ceria Sdn Bhd; Firoz Jaya Silkhouse and Textile

Palace; DST; DSTIncomm: Progresif Cellular Sdn Bhd; Intracorp (B) Sdn Bhd; Parkview

Hotel; Sin That Enterprise Sdn Bhd: Sagar Restaurant Sdn Bhd; Saycheese; Royal Brunei

Airlines; Aewon Brunei; Shadons Styleicon; IJOI Snacks; IBIC Sdn Bhd; TLT Enterprise

dan Sri Azlina Sdn Bhd.

ESDC - juara, Warith Budaya - kedua, dan Studio Eleve - ketiga.

PERTANDINGAN TARIAN 'RENTAK OPTIMA'

Bridex Hall 1, JERUDONG, Sabtu, 28 Disember - Festival Seni “Gema Irama” merupakan salah satu

platform bagi mendedahkan persembahan dan pameran seni keusahawanan belia tempatan kepada

masyarakat umumnya serta golongan sasaran yang dapat membangkitkan kesedaran wujudnya belia

yang berkebolehan dan kemahiran dalam pelbagai bidang seni.

Edisi Gema Irama 2019 kali ini menampilkan barisan artis dan bakat-bakat baharu belia seni yang

pernah menjadi juara dalam pertandingan-pertandingan. Pendedahan ini secara tidak langsung

memperlihatkan sudut jiwa kreatif serta keunikan seni Brunei, yang mana dapat dijadikan satu

produk untuk menarik perhatian pelancong dan peminat seni. Dalam masa yang sama

memperjuangkan dan mempertahankan irama tradisi agar tidak tenggelam dalam arus kemajuan

dan perkembangan irama moden.

SUT (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) KKBS, Pengiran Haji

Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud hadir selaku tetamu

kehormat Festival Seni “Gema Irama”.

PERSEMBAHAN GEMA IRAMA 2019

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN

MANGSA KEBAKARAN (1 DISEMBER 2019) DAN MANGSA-MANGSA BANJIR DAERAH BRUNEI DAN MUARA (1 OKTOBER 2019)

28.12.2019

Foto : Noraisah@Infofoto

Foto : Jamadil@Japem

Foto : Hatral Hazmi @Infofoto

Foto : Dk. Nur Hafilah@Infofoto

12

MAJLIS KESYUKURAN SEMBAHYANG FARDU MAGHRIB DAN ISYAK BERJEMAAH, MEMBACA SURAH YAA SIIN, TAHLIL DAN DOA

KESYUKURAN SEMPENA HARI ANTARABANGSA ORANG KELAINAN UPAYA (HAOKU) @ MASJID RASHIDAH SA'ADATUL BOLKIAH

12.12.2019

Reda Allah Subhanahu Wata’ala terletak kepada reda ibu bapa

- Petikan Khutbah Jumaat 23 Rabiulakhir 1441/ 20 Disember 2019.

Daripada Abu Dara’ Radiallahuanhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “ Orang tua adalah pintu syurga paling tengah. Kamu boleh sia-siakan pintu itu, atau kamu menjaganya,” - (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi.)

Sesungguhnya pengabaian itu adalah satu perbuatan derhaka terhadap ibu bapa yang patut kita hindari. Ketahuilah, antara balasan bagi orang yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya ialah:

Pertama: Mendapat dosa besar. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, daripada Anasbin Malik Radhiallahuanhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersambda yang bermaksud: “Sebesar-besar dosa besar itu ialah menyekutukan Allah, membunuh orang, derhaka kepada kedua

ibubapa dan berkata dusta.”

kedua: Semua amal kebajikan menjadi sia-sia atau tidak bermanfaat sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Tabrani, daripada Tsauban Maula, Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara yang menyebabkan segala amalan tidak bermanfaat iaitu

menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan lari dari medan perang.”

Ketiga: Allah Subhanahu Wata’ala akan menyegerakan pembalasan di dunia sebelum pembalasan di hari akhirat. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Tabrani, daripada Abu Bakar Nufaih binal-Harith, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Dua kejahatan akan

disegerakan (pembalasan oleh Allah) di dunia ini juga: Zina dan derhaka kepada ibu bapa.”

Keempat: Tidak akan memasuki syurga. Daripada Abdullah bin Amr Radhiallahuanhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Tidak akan memasuki syurga orang yang derhaka kepad kedua ibu bapanya, orang yang suka menunjuk-nunjukkan pemberiannya (hebohkannya), dan

orang yang ketagihan minuman keras.” - (Riwayat Al-Imam An-Nasa’i).

Selagi ibu bapa kita masih hidup, rebutlah masa dan kesempatan yang ada ini untuk kita berbakti dan berbuat baik kepada mereka dengan sepenuh jiwa raga. Sementara bagi mereka yang sudah tiada lagi ibu bapa, maka doakanlah mereka, ziarahilah pusara mereka dengan mendoakan keampunan dan

kerahmatan, jika ada rezeki, bersedekahlah untuk ibu bapa yang telah kembali ke rahmatullah. Akhirnya semoga Allah Subhanahu Wata’ala menggolongkan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa mentaati dan berbakti kepada kedua ibu bapa serta memasukkan kita ke dalam

syurga-Nya yang kekal abadi di akhirat kelak. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Surah An-Isra’, ayat 24:

Tafsirnya : “Dan hendaklah engkau merendah diri dengan penuh kasih sayang dan berdoalah untuk (kedua -duanya) : “Ya Tuhan!Kurniakanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidik ku semasa kecil (lagi). ”

Tim Penerbitan Unit Perhubungan Awam Penyunting & Penyemak, Unit Perhubungan Awam Perwajahan dan Aturhuruf Unit Perhubungan Awam

Jurufoto Hajah Ajijah binti Haji Ali, Pg Suhaimi bin Pg Haji Othman, Haji Norfaisal bin Haji Mohd Salleh.

MAJLIS TAHLIL SEMPENA MENYAMBUT HARI ANTARABANGSA ORANG KELAINAN UPAYA (HAOKU) @ KUBAH MAKAM DIRAJA .

12.12.2019