harapan anda terhadap ibu bapa

15
APA YANG ANAK-ANAK HARAPKAN DARIPADA IBU BAPA

Upload: mahani71

Post on 10-Feb-2016

114 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ppt

TRANSCRIPT

Page 1: Harapan Anda Terhadap Ibu Bapa

APA YANG ANAK-ANAK HARAPKAN DARIPADA IBU BAPA

Page 2: Harapan Anda Terhadap Ibu Bapa

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK

• Memberikan kasih sayang secukupnya• Menyediakan keperluan asas• Memberikan pendidikan (keagamaan & keduniaan)• Menjaga keselamatan anak-anak• Membantu anak-anak menyelesaikan masalah yang dihadapi

Page 3: Harapan Anda Terhadap Ibu Bapa

Hasil tinjauan yang telah dijalankan kepada pelajar tentang apa yang diharapkan daripada ibu bapa

1. Ibu bapa memahami dan ‘sporting’.2. Selalu berada di rumah dan sentiasa ada di sisi anak-

anak ketika diperlukan.3. Makan masakan ibu. (nak ibu selalu masak di rumah)4. Memberi kebebasan kepada anak-anak (dalam

batasan)5. Membawa anak-anak bercuti sekiranya mempunyai

masa dan bajet.6. Tidak memberi tekanan kepada anak-anak terutama

menjelang peperiksaan atau meletakkan harapan terlalu tinggi untuk berjaya dengan cemerlang.

Page 4: Harapan Anda Terhadap Ibu Bapa

Hasil tinjauan yang telah dijalankan kepada pelajar tentang apa yang diharapkan daripada ibu bapa

7. Berada bersama-sama anak-anak ketika mengulangkaji pelajaran dan makanan / minuman ringan disediakan.

8. Membenarkan anak ke rumah kawan untuk membuat ulangkaji pelajaran bersama dan membenarkan rakan anak datang ke rumah untuk ulangkaji.

9. Sentiasa memberi galakan / semangat / motivasi / nasihat untuk anak berjaya . Sentiasa mendoakan kejayaan anak.

10. Tidak memandang remah apa yang diperkatakan anak.

Page 5: Harapan Anda Terhadap Ibu Bapa

Hasil tinjauan yang telah dijalankan kepada pelajar tentang apa yang diharapkan daripada ibu bapa

11. Tidak memandang rendah keupayaan anak-anak.12. Menerima anak seadanya tanpa syarat. Tidak

membandingkan dengan adik-beradik yang lain.13. Membenarkan anak memelihara binatang

peliharaan.14. Memberi hadiah walaupun kecil sebagai galakan

untuk berjaya. 15. Ibu bapa yang boleh bergurau senda..16. Tidak menceritakan keburukan anak kepada orang

lain.

Page 6: Harapan Anda Terhadap Ibu Bapa

•Pengorbanan masa untuk anak-anak kerana bagi mereka nilai sebuah kasih sayang itu diukur daripada nilai masa yang diluangkan bersama.

•Kebanyakan ibu bapa melakukan kesilapan dengan tidak meluangkan masa bersama anak-anak sebelum berdepan dengan permasalahan.

RUMUSAN APA YANG ANAK-ANAK HARAPKAN DARI IBU BAPA:

Page 7: Harapan Anda Terhadap Ibu Bapa

•Korbankan perasaan dan ego kita kerana ada ketika anak-anak melakukan sesuatu yang melukakan hati serta mengecewakan kita.

•Anak-anak memerlukan kita dari semua aspek termasuk untuk memahami jiwa dan pemikiran selain menjadi pendengar serta penasihat yang baik.

Page 8: Harapan Anda Terhadap Ibu Bapa

•Korbankan kehendak kita demi kebaikan anak kerana biasanya kemahuan anak bertentangan dengan kehendak kita. Misalnya, anak lebih berminat dengan bidang kemanusiaan sedangkan kita mahukan mereka menjadi jurutera. “Begitu juga dalam soal memilih sama ada mahukan anak ke sekolah harian atau ke sekolah berasrama penuh.

Page 9: Harapan Anda Terhadap Ibu Bapa

•Korban keseronokan kita demi keseronokan anak dan kerana setiap anak mempunyai keunikan berbeza. Setiap anak berbeza dari segi daya intelek, bakat, kebolehan dan kecenderungan. Justeru, kita perlu belajar menyukai apa yang anak kita gemar untuk memupuk kehebatan anugerah Allah.

Page 10: Harapan Anda Terhadap Ibu Bapa

•Korbankan wang ringgit kerana ramai ibu bapa yang mahu anak mereka berjaya, tetapi sukar membuat pelaburan.

Page 11: Harapan Anda Terhadap Ibu Bapa

* Jadilah ibu bapa yang prihatin akan keperluan mereka serta membuktikan betapa anak-anak yang dulunya lemah dan sederhana pencapaiannya meningkat secara mendadak prestasi pelajaran selepas ibubapa faham akan tangungjawab sebagai mentor kepada mereka dirumah, semoga kita dapat lahirkan anak yang cemerlang dari segi pendidikan dan kerohaniah

Page 12: Harapan Anda Terhadap Ibu Bapa

•Memberikan ganjaran kepada anak-anak untuk setiap kejayaan yang mereka capai. Ini sebagai galakan dan menaikkan semangat anak-anak untuk terus Berjaya.

Page 13: Harapan Anda Terhadap Ibu Bapa

Ibu bapa juga perlu mengawasi :

Kerana anak-anak lebih

terpengaruh dengan :

Siapa kawan anak-anak

Kawan

Rakan sebaya

37

Page 14: Harapan Anda Terhadap Ibu Bapa

Anak-anak perlu diasuh :

Kemungkaran

Kejahatan

Membenci

Menonton filem ganas

Merokok

Mendekati zina

Pergaulan bebas

Kelakuan negatif39

Page 15: Harapan Anda Terhadap Ibu Bapa

KEJAYAAN ANAK-ANAK ADALAH IMPIAN SETIAP

IBU BAPA & GURU