halangan terhadap pendidikan pemulihan matematik

3
HALANGAN TERHADAP PENDIDIKAN PEMULIHAN MATEMATIK Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan Pemulihan Matematik? Pemulihan didefinasikan sebagai suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi (Albert, 1977). Manakala, seperti yang diketahui umum, Matematik pula lebih dikenali kerana melibatkan nombor dan operasi seperti tambah (+), tolak (-), darab dan bahagi ( ). ÷ Pengajaran dan pembelajaran dalam matematik berbeza dengan mata pelajaran lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh (NCTM, 1980; Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi, 1997). Walau bagaimanapun, menurut kajian yang dilakukan oleh pensyarah Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Baharudin Omar, Kamarulzaman dan Nordin Mamat (2002) menunjukkan bahawa kurangnya minat pelajar terhadap Matematik itu berpunca daripada sikap mereka yang beranggapan Matematik adalah mata pelajaran yang susah. Setiap pendidik matematik amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya. Amat jarang kedapatan di kalangan guru-guru yang dapat mengajar secara berkesan, jelas, tanpa sebarang gangguan dengan hanya berbekalkan kebolehan semula jadi (D' Augustine, 1973 ). Guru pemulihan merupakan individu Terdapat beberapa punca yang menjadi masalah kepada pembelajaran Matematik di dalam kelas pemulihan. Masalah pertama ialah guru tidak berminat dalam dunia pendidikan pemulihan Matematik. Hal ini mungkin kerana guru terpaksa mengajar di kelas pemulihan. Menurut Kementerian Pelajaran akan menambah bilangan guru pemulihan di sekolah rendah daripada seorang bagi setiap sekolah ketika ini kepada nisbah 1:15 berbanding murid pada tahun ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bagi membolehkan lebih tumpuan kepada murid yang lemah dalam membaca, menulis dan mengira (3M) (Utusan Malaysia, 2010). Maka, untuk menampung kekurangan guru untuk sementara waktu, guru biasa telah dipilih untuk menggantikan guru pemulihan tersebut. Rentetan itu, guru menjadi tidak prihatin dengan masalah pembelajaran Matematik murid pemulihan. Guru itu akan mengajar sambil lewa kerana berasa bahawa mengajar mata pelajaran Matematik murid pemulihan adalah sesuatu yang

Upload: neuro-shewazni

Post on 01-Jul-2015

223 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: HALANGAN TERHADAP PENDIDIKAN PEMULIHAN MATEMATIK

HALANGAN TERHADAP PENDIDIKAN PEMULIHAN MATEMATIK

Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan Pemulihan Matematik?

Pemulihan didefinasikan sebagai ‘suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh

kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan

emosi (Albert, 1977). Manakala, seperti yang diketahui umum, Matematik pula lebih

dikenali kerana melibatkan nombor dan operasi seperti tambah (+), tolak (-), darab

dan bahagi (÷). Pengajaran dan pembelajaran dalam matematik berbeza dengan

mata pelajaran lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran

dan kreativiti yang tinggi, ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan

tepat dan menyeluruh (NCTM, 1980; Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi,

1997).

Walau bagaimanapun, menurut kajian yang dilakukan oleh pensyarah

Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Baharudin Omar,

Kamarulzaman dan Nordin Mamat (2002) menunjukkan bahawa kurangnya minat

pelajar terhadap Matematik itu berpunca daripada sikap mereka yang beranggapan

Matematik adalah mata pelajaran yang susah.

Setiap pendidik matematik amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran

dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya. Amat jarang

kedapatan di kalangan guru-guru yang dapat mengajar secara berkesan, jelas, tanpa

sebarang gangguan dengan hanya berbekalkan kebolehan semula jadi (D'

Augustine, 1973 ). Guru pemulihan merupakan individu Terdapat beberapa punca

yang menjadi masalah kepada pembelajaran Matematik di dalam kelas pemulihan.

Masalah pertama ialah guru tidak berminat dalam dunia pendidikan pemulihan

Matematik. Hal ini mungkin kerana guru terpaksa mengajar di kelas pemulihan.

Menurut Kementerian Pelajaran akan menambah bilangan guru pemulihan di

sekolah rendah daripada seorang bagi setiap sekolah ketika ini kepada nisbah 1:15

berbanding murid pada tahun ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin

Yassin berkata, ia bagi membolehkan lebih tumpuan kepada murid yang lemah

dalam membaca, menulis dan mengira (3M) (Utusan Malaysia, 2010). Maka, untuk

menampung kekurangan guru untuk sementara waktu, guru biasa telah dipilih untuk

menggantikan guru pemulihan tersebut. Rentetan itu, guru menjadi tidak prihatin

dengan masalah pembelajaran Matematik murid pemulihan. Guru itu akan mengajar

Page 2: HALANGAN TERHADAP PENDIDIKAN PEMULIHAN MATEMATIK

sambil lewa kerana berasa bahawa mengajar mata pelajaran Matematik murid

pemulihan adalah sesuatu yang membosankan. Hal ini kerana murid pemulihan ialah

mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran

tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang

menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif

terhadap pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1984).

Masalah yang kedua ialah guru pemulihan tidak menjalankan ujian diagnostik

Matematik. Ujian diagnostik merupakan ujian yang terpenting dalam Program

Pendidikan Pemulihan (Buku Panduan Pemulihan, 1999). Ujian ini dapat membantu

guru mengenalpasti dareah kelemahan murid dalam menguasai 3M (membaca,

menulis dan mengira.) sekiranya guru tidak menjalankan ujian diagnostik ini, guru

tidak dapat merancang proses pengajaran dan pembelajaran dengan betul dan

sesuai dengan murid. Hal ini boleh melambatkan pembelajaran dan penguasaan

Matematik murid pemulihan dan menyebabkan murid pemulihan jauh ketinggalan.

Seterusnya, punca masalah kepada pembelajaran dan penguasaan

Matematik dalam pendidikan Pemulihan Khas ialah penggunaan kaedah dan strategi

pengajaran yang kurang sesuai seperti tidak berperingkat-peringkat. Semua teknik

atau kaedah adalah baik dan sesuai selagi mana ianya dapat membantu pelajar

mencapai objektif yang digariskan ( Shaharir, 1984). Walau bagaimanapun, guru

tersebut tidak menggunakan Buku Panduan yang mana mempunyai sukatan

pembelajaran Matematik Pemulihan sebagai rujukan. Merujuk kepada sukatan

tersebut, tajuk pertama yang perlu diketahui oleh murid pemulihan ialah Pranombor,

kemudian barulah mengenal Konsep Angka (banyak, sedikit, lebih, kurang)

seterusnya tajuk Mengenal Nombor. Sekiranya murid sudah menguasai tajuk-tajuk

atas, guru boleh meneruskan pembelajaran iaitu Operasi Tambah, Operasi Tolak

dan lain-lain lagi.

Tidak hanya setakat itu sahaja, masalah yang menjadi penghalang kepada

kelancaran pembelajaran matematik dalam kelas Pemulihan ialah guru tidak

memberi tumpuan kepada murid yang memerlukan proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) secara individu. Mengikut Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-

Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. K.P.(BS) 867/Jld.II.32 bertarikh 22

Januari 1985 - “Guru Khas Pendidikan Pemulihan”, jumlah murid pemulihan adalah

Page 3: HALANGAN TERHADAP PENDIDIKAN PEMULIHAN MATEMATIK

seramai 15 orang dalam satu-satu masa. Namun begitu, ada juga sesetengah guru

yang tidak dapat melaksanakan P&P individu. Melaksanakan proses pengajaran

kepada kumpulan murid yang belum bersedia dari segi mental dan fizikal, akan

menyebabkan kesukaran dan pembaziran masa (D'Augustine, 1973). Terdapat

beberapa perkara yang menjadi penyebab kepada permasalahan ini iaitu bahan

bantu mengajar tidak mencukupi dan tidak sesuai. Kebanyakan bahan bantu

mengajar yang telah diberikan oleh Kementerian Pelajaran biasanya tidak

mencukupi bahkan ada sesetengah sekolah yang tidak menerima bantuan tersebut.

Bagi mengatasi masalah ini, terdapat beberapa jalan penyelesaiannya.

- Bagi peluang kepada yang berminat sahaja (interview) – matematik tinggi,

cara perckapan

- Guru harus rajin, kreatif (buat bahan bantu mengajar

Kesimpulannya, guru harus memainkan peranan penting dalam proses

pembelajaran murid. Pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan

kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran (NCTM, 1989; Cockroft, 1982;

Skemp, 1987; Souviney, 1990; Nik Azis, 1992). Oleh yang demikian, penguasaan

pelajar terhadap matematik tidak hanya bergantung kepada kefahaman konsep

semata-mata. Latihan yang mencukupi perlu dilakukan dari masa ke semasa

sehingga semua kemahiran dalam sesuatu tajuk benar-benar telah dikuasai

sepenuhnya (D' Augustine, 1973). Oleh itu, Guru pemulihan matematik perlu

memaparkan sifat-sifat yang matang, berfikiran terbuka, kreatif, inovatif, konstruktif,

rasional dan bijaksana (Nik Azis, 1996). Pengajaran matematik yang berkesan akan

menghasilkan pembelajaran matematik yang mudah dan menyeronokan. Oleh yang

demikian, pengetahuan tentang isi kandungan, kaedah mengajar (pedagogi), dan

gaya pembelajaran murid (psikologi) mestilah dikuasai sepenuhnya oleh para

pendidik Pemulihan Matematik.