h) pembelajaran berpusatkan pelajar di ipt-1

14
STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI: SATU ANJAKAN PARADIGMA Oleh Maria Chong Abdullah Samsilah Roslan Tajularipin Sulaiman Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Selangor Abstrak: Proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa mengalami perubahan selaras dengan hasrat negara bagi melahirkan generasi yang bersedia menghadapi cabaran baru dalam era globalisasi. Tugas seorang pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi juga melahirkan pelajar yang holistik, berdaya saing dan memenuhi keperluan pasaran. Nilai tambah dalam matlamat pengajaran dan pembelajaran ini mewajarkan usaha untuk menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajarani, yang memerlukan pensyarah menggabungkan pelbagai pendekatan pengajaran. Kertas kerja ini akan menghuraikan konsep pembelajaran berpusatkan pelajar dan perbandingan di antara pembelajaran berpusatkan pelajar dengan pengajaran berpusatkan guru. Selain itu, perbincangan akan menumpu kepada kaedah pengajaran kontemporari yang sesuai untuk diterapkan konsep pembelajaran berpusatkan pelajar. Antara kaedah pengajaran yang dimaksudkan ialah kaedah pembezaan pembelajaran, kaedah pembelajaran berasaskan masalah, kaedah perbincangan, dan kaedah tutorial. Kata kunci: pengajaran, pembelajaran berpusatkan pelajar, institusi pengajian tinggi Abstract: The process of teaching and learning is constantly undergoing changes in concurrent with the development of the country’s vision in producing younger generations that are engaged in facing new challenges in the era of globalisation. The duty of a lecturer in the teaching and learning process is not only restricited to imparting knowledge, but extends towards producing holistic, competitive and true to market-needs learners. The added value in teaching and learning aims justifies the efforts to improve teaching and learning processes, whereby lecturers need to combine multiple teaching approaches. This paper will elaborate on the concept of student centered learning as well as the comparison between students centered learning and the teacher-centered teaching. In addition, discussions will be focused on the contemprory teaching methods that are suitable to adopt the student centered approach. Among these teaching methods are differentiated learning, problem- based learning, discussions, and tutorials. Keywords: teaching, student-centered learning, institution of higher learning

Upload: suki-yeong

Post on 10-Aug-2015

27 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: h) Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Di IPT-1

STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI: SATU ANJAKAN PARADIGMA

Oleh

Maria Chong Abdullah

Samsilah Roslan Tajularipin Sulaiman

Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Selangor

Abstrak: Proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa mengalami perubahan selaras dengan hasrat negara bagi melahirkan generasi yang bersedia menghadapi cabaran baru dalam era globalisasi. Tugas seorang pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi juga melahirkan pelajar yang holistik, berdaya saing dan memenuhi keperluan pasaran. Nilai tambah dalam matlamat pengajaran dan pembelajaran ini mewajarkan usaha untuk menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajarani, yang memerlukan pensyarah menggabungkan pelbagai pendekatan pengajaran. Kertas kerja ini akan menghuraikan konsep pembelajaran berpusatkan pelajar dan perbandingan di antara pembelajaran berpusatkan pelajar dengan pengajaran berpusatkan guru. Selain itu, perbincangan akan menumpu kepada kaedah pengajaran kontemporari yang sesuai untuk diterapkan konsep pembelajaran berpusatkan pelajar. Antara kaedah pengajaran yang dimaksudkan ialah kaedah pembezaan pembelajaran, kaedah pembelajaran berasaskan masalah, kaedah perbincangan, dan kaedah tutorial. Kata kunci: pengajaran, pembelajaran berpusatkan pelajar, institusi pengajian tinggi Abstract: The process of teaching and learning is constantly undergoing changes in concurrent with the development of the country’s vision in producing younger generations that are engaged in facing new challenges in the era of globalisation. The duty of a lecturer in the teaching and learning process is not only restricited to imparting knowledge, but extends towards producing holistic, competitive and true to market-needs learners. The added value in teaching and learning aims justifies the efforts to improve teaching and learning processes, whereby lecturers need to combine multiple teaching approaches. This paper will elaborate on the concept of student centered learning as well as the comparison between students centered learning and the teacher-centered teaching. In addition, discussions will be focused on the contemprory teaching methods that are suitable to adopt the student centered approach. Among these teaching methods are differentiated learning, problem-based learning, discussions, and tutorials. Keywords: teaching, student-centered learning, institution of higher learning

Page 2: h) Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Di IPT-1

2

PENDAHULUAN Secara umum, mengajar bermaksud menyampaikan pengetahuan, kemahiran, sikap, dan nilai yang dijangka akan membawa perubahan dalam diri pelajar. Pengajaran boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara, iaitu dengan memberi penerangan, bercerita, menunjuk ajar, mengadakan perbincangan, dan memberi bimbingan terhadap proses pembelajaran pelajar atau gabungan cara-cara di atas. Justeru, Reigeluth dan Carr-Chellman (2009) menjelaskan bahawa pengajaran merupakan proses bagi membantu pelajar membina pengetahuan dan juga apa sahaja aktiviti yang bertujuan untuk menjana pembelajaran. Pengajaran juga melibatkan sumber daripada guru atau pensyarah seperti pengetahuan, kemahiran, bahan-bahan yang tersedia secara profesional seperti filem, perisian komputer, sumber manusia atau bakat, dan kemahiran dan pengetahuan yang sedia wujud dalam diri pelajar. Secara umum terdapat dua jenis strategi utama yang dipraktikkan di dalam bilik darjah ataupun bilik kuliah. Dua strategi ini ialah strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) berpusatkan guru dan strategi P&P berpusatkan pelajar. Strategi P&P berpusatkan guru yang juga dikenali sebagai strategi/kaedah tradisional merupakan strategi yang telah lama diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah atau kuliah. Ciri utama strategi berpusatkan guru ialah guru/pengajar memainkan peranan utama dalam menentukan dan mengawal segala aktiviti pengajaran pembelajaran yang berlangsung dalam bilik darjah (Shahabuddin Hashim, RohizaniYaakub, & Mohd Zohir Ahmad, 2003). Pola interaksi lebih bersifat satu hala dan guru mendominasi keseluruhan aktiviti P&P. Strategi ini lazimnya menggunakan kaedah ekspositori dan berasaskan kuliah. Pelajar tidak kelihatan memainkan peranan yang aktif, dan lebih bertindak mendengar serta menuruti pengajaran guru. Meskipun mendapat kritikan daripada aliran kognitif konstruktivism, kaedah ini sesuai digunakan untuk pembelajaran peringkat asas sesuatu konsep atau perkara serta didapati membantu pelajar lemah dan berpencapaian rendah yang perlukan banyak bimbingan daripada guru. Perkembangan dalam ilmu pendidikan khususnya dalam bidang pedagogi dan psikologi telah menyebabkan berlakunya satu anjakan paradigma dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Santrock (2008), apa yang penting dalam pengajaran di bilik darjah/kuliah adalah memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan bakat dan kecerdasan mereka dalam proses pembelajaran. Justeru, satu pendekatan yang memberi keutamaan kepada peranan pelajar dalam melaksanakan sesi pengajaran pembelajaran telah dicadangkan. Strategi ini ialah pembelajaran berpusatkan pelajar. Dalam strategi ini, pelajar diberi peluang melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran dibantu oleh pengajar yang berperanan sebagai fasilitator (Shahabuddin Hashim et al, 2003). Corak komunikasi yang digunakan adalah bercirikan interaksi pelbagai arah iaitu antara pengajar dengan pelajar, dan pelajar dengan pelajar. Dalam pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, pensyarah yang berperanan sebagai fasilitator harus dapat menggunakan kedua-dua corak komunikasi ini sebagai asas dalam merancang aktiviti pengajaran pembelajaran.

Page 3: h) Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Di IPT-1

3

KONSEP PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR Pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan suatu istilah yang luas digunakan pada masa kini bagi menghuraikan dan memahami proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam dan di luar kelas. Pendekatan pembelajaran ini menekankan penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Shuell, 1986). Menurut Meyers dan Jones (1993), pembelajaran berpusatkan pelajar yang dapat dijalankan dengan baik akan memberikan kesan terhadap peningkatan dalam motivasi untuk belajar, penguasaan isi pelajaran yang lebih mendalam dan bermakna, serta sikap yang lebih positif terhadap mata pelajaran atau kursus yang diikuti. Melalui pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar, pelajar akan lebih bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh dalam menguasai pelajaran mereka. Pelajar mempunyai peranan yang penting dalam merancang pembelajaran, membuat kajian mendalam, menilai hasil kerja, serta berinteraksi dengan pengajar, pelajar dan sumber maklumat lain dalam proses pembelajaran mereka. Dalam hal ini, pensyarah hanya berperanan sebagai mentor atau fasilitator dalam proses pembelajaran tersebut. Justeru, suasana pembelajaran sebegini akan dapat membentuk peribadi pelajar yang bermotivasi tinggi, sentiasa mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi, berupaya mengurus masa dengan bijak, serta mahir dalam mencari maklumat. Justeru, pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan strategi pengajaran pembelajaran yang paling sesuai dan berkesan untuk memupuk kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Konsep pembelajaran berpusatkan pelajar dapat diperjelaskan lagi melalui satu perbandingan paradigma antara pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar dengan pengajaran berpusatkan guru daripada aspek peranan pelajar dan guru, serta ciri pengajaran pembelajaran yang melibatkan penggunaan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran yang memberi tumpuan kepada pembelajaran dan individu pelajar dalam bilik darjah. Perubahan perspektif yang disarankan di sini ialah tumpuan harus diberi terhadap pembelajaran dan bukan pada pengajaran untuk memperluaskan pengalaman pelajar sama ada yang sedang belajar di kolej ataupun di universiti. Secara ringkas, maklumat yang tercatat dalam Rajah 1 dapat menjelaskan perbezaan antara pendekatan pengajaran berpusatkan guru dengan pengajaran berpusatkan pelajar daripada beberapa aspek pengajaran dan pembelajaran seperti penerokaan pengetahuan dan maklumat, peranan pensyarah, penilaian pembelajaran, jenis motivasi yang dimiliki oleh pelajar dalam proses pembelajaran, dan jenis perspektif pembelajaran bagi pelajar.

Page 4: h) Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Di IPT-1

4

Jadual 1: Perbandingan Paradigma Pengajaran Berpusatkan Guru dengan Paradigma Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

Pengajaran Berpusatkan Guru Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Pengetahuan disalur kepada pelajar melalui Pelajar mencari dan menguasai pensyarah. pengetahuan melalui pengumpulan

dan sintesis maklumat yang disepadukan dengan kemahiran inkuiri, komunikasi, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, dan sebagainya.

___________________________________________________________________________ Pelajar menerima maklumat secara pasif. Pelajar memainkan peranan yang aktif.

dan bertanggungjawab dalam merancang pembelajaran diri, berinteraksi dengan pensyarah dan pelajar lain, menyelidik, dan menilai.

___________________________________________________________________________ Penekanan adalah terhadap pemerolehan Penekanan adalah terhadap penggunaan pengetahuan di luar konteks yang pengetahuan secara berkesan untuk akan dihadapi pada masa akan datang. untuk menghadapi isu dan masalah dalam konteks kehidupan sebenar. ___________________________________________________________________________ Pensyarah memainkan peranan utama sebagai Pensyarah memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan penilai utama juru latih, mentor dan fasilitator.

Pensyarah menilai pembelajaran bersama-sama dengan pelajar.

___________________________________________________________________________ Pengajaran dan penilaian dijalankan secara Pengajaran dan penilaian terpisah. digabungjalinkan. ___________________________________________________________________________ Hasil pembelajaran dinilai melalui pengujian Hasil pembelajaran dinilai melalui yang diukur secara objektif. kertas kerja, projek, folio dan sebagainya ___________________________________________________________________________ Penekanan dalam penilaian adalah terhadap Penekanan dalam penilaian adalah jawapan yang betul. terhadap penghasilan soalan yang lebih

baik dan pembelajaran melalui kesilapan ___________________________________________________________________________ Motivasi ekstrinsik Motivasi intrinsik ___________________________________________________________________________ Persepktif pembelajaran jangka Perspektif pembelajaran jangka pendek: penekanan pada penyempurnaan panjang: Lifelong learning kerja tugasan untuk tujuan peperiksaan. Sumber: Diubah suai dari Huba dan Freed (2000, hlm. 5) dan Cannon dan Newble (2000, hlm. 17)

Page 5: h) Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Di IPT-1

5

ELEMEN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR DALAM KAEDAH PENGAJARAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh pensyarah untuk menyampaikan ilmu dalam bilik kuliah. Lazimnya seseorang pensyarah tidak menggunakan satu kaedah atau teknik pengajaran sahaja, tetapi menggabungkan dua atau tiga jenis kaedah atau teknik pengajaran secara serentak bagi menyesuaikan pengajarannya dengan kesediaan dan keperluan pelajar yang pelbagai dalam bilik kuliah. Kaedah pengajaran yang lazimnya digunakan oleh pensyarah di institusi pengajian tinggi seperti kolej dan universiti adalah terdiri daripada kaedah kuliah atau syarahan, kaedah perbincangan, kaedah tunjuk cara, kaedah seminar, kaedah tutorial, kaedah projek, kaedah lawatan, kaedah pembezaan pembelajaran, dan kaedah penyelesaian masalah atau lebih dikenali sebagai Pembelajaran Berasaskan Masalah atau Problem-Based Learning (PBL). Perbincangan dalam bahagian yang seterusnya adalah tertumpu kepada beberapa kaedah pengajaran yang mengandungi elemen pembelajaran berpusatkan pelajar yang sesuai diamalkan di kolej atau universiti. Selain itu, perbincangan juga memberi tumpuan yang khusus terhadap kaedah pembezaan pembelajaran sebagai satu kaedah pengajaran yang komtemporari yang masih baru dalam bidang pedagogi. Kaedah Pembezaan Pembelajaran (Differentiated Learning) Tumpuan yang diberikan kepada kepelbagaian pelajar mutakhir ini merupakan antara faktor yang menjustifikasikan keperluan kepada pendekatan yang boleh meraikan pelbagai perbezaan ciri pelajar. Sehubungan itu, muncul pendekatan pembezaan pembelajaran yang dipercayai boleh disesuaikan dengan keperlbagaian pelajar daripada segi minat, gaya pembelajaran, kebolehan serta kecenderungan. Pembezaan pembelajaran dikenali juga dengan pembezaan pengajaran (differentiated instruction) atau pengajaran pelbagai tingkat (multi-level instruction). Menurut Tomlinson (2000), pendekatan pembezaan pembelajaran merupakan respons seorang pengajar terhadap keperluan pelajar yang dipandu oleh beberapa prinsip umum seperti tugasan yang mengambil kira keperluan dan minat pelajar, pengelompokan yang fleksibel dan penilaian berterusan. Pengajar boleh melakukan pembezaan daripada segi kandungan, proses dan produk mengikut kesediaan, minat dan profil pelajar, menerusi pelbagai strategi pengajaran dan pengurusan. Fokusnya adalah mengenal pasti dan menyesuaikan rentak dan kandungan pengajaran dengan keperluan pelajar yang berbeza, serta menyediakan peluang untuk pelajar berlatih menggunakan pemikiran tahap tinggi (Treffinger, Nassab & Selby, 2009). Pendekatan pembezaan pembelajaran ini memerlukan pengajar merancang dan melaksanakan pengajarannya berdasarkan prinsip bahawa pelajar adalah berbeza antara satu sama lain. Langkah utama dalam melaksanakan pembezaan pembelajaran ialah perancangan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang cukup fleksibel dan akomodatif. Dalam konteks ini, pengajar memerlukan sedikit maklumat tentang latar

Page 6: h) Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Di IPT-1

6

belakang pelajar seperti perbezaan daripada segi pengetahuan sedia ada, minat serta kecenderungan mereka. Ini bukan sahaja bertujuan meraikan keperluan yang berbeza bagi setiap pelajar, tetapi juga bermatlamatkan ke arah memperkembangkan setiap potensi pelajar ke tahap yang paling maksimum. Pengajar juga perlu merancang aktiviti P&P yang boleh merangsang pelajar untuk bangkit dan mengenal pasti keunikan masing-masing serta menggunakan kelebihan tersebut untuk menerima dan memproses maklumat serta idea. Pelajar juga harus digalakkan untuk memupuk dan melatih kelebihan yang ada pada diri masing-masing dan kemudian menggunakannya untuk menghasilkan sesuatu yang menjadi bukti kepada pensyarah bahawa pembelajaran telah berlaku dengan jayanya. Justeru, pensyarah perlu merancang dan menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar yang menjadi pemangkin dan sumber rujukan kepada pelajar dalam melaksanakan tugasan yang dipilih oleh mereka. Pembezaan pembelajaran boleh dilakukan dalam tiga bentuk, iaitu pembezaan isi kandungan pelajaran, pembezaan proses pembelajaran dan pembezaan kaedah penilaian. Pembezaan isi kandungan pelajaran Prinsip di sebalik pembezaan isi kandungan pelajaran adalah selari dengan prinsip pengayaan di mana pelajar boleh meneroka isi kandungan yang diajarkan pada pelbagai tahap dan peringkat yang berbeza. Di sini latihan pemikiran tahap tinggi serta pemupukan kemahiran pemindahan pembelajaran berlaku apabila pelajar diminta mengenal pasti pola atau trend tertentu yang muncul dalam sesuatu isi pelajaran, sama ada berlaku dalam bentuk rentas disiplin, kebarangkalian generalisasi, perkara yang berkaitan dengan isu etika atau moral dan pelbagai lagi. Pengajar juga boleh meminta pelajar mencadangkan pelbagai tajuk, teks atau bidang yang berkait dengan apa yang sedang dipelajari oleh pelajar. Dengan cara ini, pelajar akan memperkayakan pembelajaran mereka dan menajamkan kemahiran pemikiran tahap tinggi seperti pemikiran kritis (membuat analisis, aplikasi) serta pemikiran kreatif (membuat perkaitan dan melihat perhubungan). Pelajar tidak lagi rasa terkongkong dengan sukatan pelajaran yang menetapkan apa dan pada tahap mana yang perlu dipelajari oleh mereka. Bagi pelajar pintar cerdas, mereka boleh meneroka kebolehan mereka dengan lebih jauh, manakala pelajar yang mempunyai bakat atau minat yang berbeza pula boleh mengaitkan apa yang dipelajari dengan sesuatu yang lebih bermakna bagi mereka. Sekiranya pengajar memberikan peneguhan kepada pelajar yang mampu mengembangkan lagi isi kandungan pelajaran, secara tidak langsung, pelajar akan lebih terangsang untuk membuka minda dan menjadi pemikir aktif sepanjang proses P&P. Pembezaan proses pembelajaran Seterusnya pembezaan pembelajaran juga boleh berlaku daripada segi proses pembelajaran itu sendiri. Oleh kerana pelajar mempunyai gaya dan kecenderungan belajar yang pelbagai dan berbeza-beza antara satu sama lain, mereka boleh membentuk kumpulan yang mempunyai persamaan daripada segi gaya pembelajaran dan memilih untuk belajar sesuatu perkara dengan cara yang paling disukai oleh mereka. Antara kepelbagaian dan pembezaan dalam proses pembelajaran yang boleh berlaku ialah pengajar boleh membenarkan pelajar memilih gaya belajar yang lebih dekat dengan jenis kecerdasan pelbagai yang mereka miliki seperti logik-matematik (belajar dengan membuat eksperimen), visual-ruang (belajar dengan memerhati atau membuat model), kinestetik (belajar dengan mengalami dan melakukan sendiri) atau muzik (belajar berasaskan not muzik atau lagu). Kepelbagaian

Page 7: h) Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Di IPT-1

7

dalam proses pembelajaran juga boleh bermaksud pelajar diberikan tugasan bertingkat (tiered assignment) sebagai aktiviti P&P, di mana mereka boleh memilih tahap untuk mempelajari sesuatu subjek tersebut. Sebagai contoh, mengikut taksonomi Bloom, mereka boleh belajar pada tahap pengetahuan dan kefahaman, atau pergi lebih jauh sehingga tahap sintesis dan penilaian. Pelajar juga boleh memilih untuk belajar secara bersendirian atau berkumpulan, secara kolaboratif atau mencari sendiri maklumat dengan menggunakan pelbagai cara seperti membuat kajian kepustakaan seperti merujuk kepada buku dan literatur, internet, pangkalan data, pakar, atau mengumpul data secara deskriptif. Pembezaan kaedah penilaian Pembezaan pembelajaran juga boleh dilakukan daripada aspek penilaian. Ini bermakna pengajar memberikan ruang kepada pelajar untuk mencadangkan kaedah yang sesuai untuk menilai pembelajaran mereka. Antara kaedah penilaian yang boleh dilakukan adalah melihat produk/perkara yang dihasilkan oleh pelajar sebagai bukti bahawa mereka telah mempelajari dan menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran. Untuk penilaian formatif, antara pilihan yang ada ialah pelajar boleh membuat sketsa, pembentangan secara pusingan mengikut stesyen (carousel sessions), menyiapkan jawapan untuk mendapatkan pas keluar (exit card), menggambarkan apa yang dipelajari dalam bentuk visual dua atau tiga dimensi, serta menjawab soalan berdasarkan bahan bacaan mengikut format “Penerokaan Bacaan Mewah” atau Deluxe Reading Tour di mana pelajar diminta memberi tajuk sendiri kepada petikan, memilih petikan yang paling digemari serta membuat justifikasi, membuat ringkasan petikan serta menggambarkan isi petikan dalam bentuk ilustrasi beserta huraian. Penilaian sumatif mungkin memerlukan pelajar menghasilkan satu projek atau produk mengikut bakat atau kecenderungan mereka, tetapi masih menggambarkan bahawa pembelajaran yang dikehendaki oleh pensyarah. Berdasarkan penerangan ringkas tentang pendekatan pembezaan pembelajaran, ternyata bahawa terdapat beberapa perbezaan antara kelas yang menggunakan pendekatan ini dengan kelas yang dilaksanakan secara tradisional. Antaranya ialah, dalam pendekatan tradisional perbezaan pelajar kurang diberi perhatian dan kurang diraikan, sedangkan dalam pendekatan pembezaan, perbezaan dan keunikan pelajar dikenalpasti, ditonjolkan dan dipupuk sewajarnya. Pendekatan tradisional juga lazimnya mendefinisikan pencapaian dan kecemerlangan dengan hanya satu definisi yang eksklusif. Pendekatan pembezaan, sebaliknya, mendefinisikan pencapaian dan kecemerlangan daripada aspek (saiz atau jumlah) perkembangan yang ditunjukkan oleh setiap pelajar daripada awal sehingga akhir sesi atau tahun pengajian/pembelajaran. Dalam pendekatan tradisional, profil pelajar kurang menekankan kepelbagaian dimensi dan ciri keunikan pada pelajar, sedangkan pendekatan pembezaan cuba mencungkil dan mengenengahkan keunikan ini dalam profil setiap pelajar. Satu lagi perbezaan antara kedua-dua pendekatan ini adalah, dalam pendekatan tradisional, lazimnya pengajaran ditujukan kepada seluruh kelas, manakala dalam pendekatan pembezaan, pengajaran dan arahan dipelbagaikan mengikut kumpulan kecil. Ciri-ciri pembezaan pembelajaran yang dibincangkan menunjukkan bahawa pengajaran yang berlaku dalam pendekatan ini adalah gabungan pengajaran dan arahan antara keseluruhan kelas, kumpulan kecil dan individu. Pendekatan ini dikatakan bersifat

Page 8: h) Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Di IPT-1

8

“organik” kerana matlamatnya ialah memupuk potensi yang sedia ada dalam setiap pelajar ke tahap yang paling optimum dan bukannya menetapkan satu tahap piawai untuk semua pelajar. Justeru, fokusnya adalah lebih kepada proses perkembangan, bimbingan (scaffolding) dan penerimaan diri setiap individu dengan selayaknya. Ini boleh membantu mengurangkan risiko keciciran yang amat tinggi bagi kelompok pelajar yang “berbeza” daripada yang lain, termasuk pelajar pintar cerdas, pelajar berbakat, dan pelajar kreatif. Oleh yang demikian, di peringkat awal dan di setiap peringkat pembelajaran seterusnya, adalah amat penting bagi pensyarah mengenali dan memahami setiap pelajar. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh pensyarah untuk mengenal pasti profil, minat dan gaya pembelajaran pelajar serta memantau perkembangannya. Antara aktiviti yang biasa dicadangkan adalah seperti “Learner Profile Card”, “Graph Me”, “Brown Bag It”, “What I Love To Do” dan “Multiple Intelligence Profile Indicator”. Secara keseluruhannya, pendekatan pembezaan pembelajaran ini mempunyai potensi yang amat besar sebagai satu pendekatan yang boleh membantu mengatasi beberapa masalah yang dihadapi oleh sesetengah pelajar yang mungkin agak berbeza daripada kebanyakan pelajar yang lain. Namun, pensyarah memerlukan pengetahuan dan kemahiran khusus bagi pelaksanaan pendekatan pembezaan pembelajaran yang berkesan di samping proses perancangan yang memerlukan usaha yang teliti dan inisiatif yang kreatif daripada pihak pensyarah. Pembelajaran Berasaskan Masalah Pembelajaran Berasaskan Masalah atau Problem-Based Learning (PBL) mula digunakan di fakulti perubatan di McMaster University, Kanada, 25 tahun yang lalu. Kini, PBL digunakan secara meluas dalam pelbagai disiplin seperti kejuruteraan, undang-undang, pertanian, dan pengurusan. Selain itu, PBL juga boleh digunakan untuk mengajar di sekolah rendah dan menengah. Walau bagaimanapun, PBL sering disalahertikan oleh para pendidikan sebagai pengajaran yang menggunakan aktiviti penyelesaian masalah, sedangkan PBL lebih merupakan satu cara merancang dan memyampaikan satu kursus atau mata pelajaran yang berorientasikan masalah dalam amalan profesional atau kehidupan yang sebenar (real life) sebagai rangsangan kepada pembelajaran (Canon & Newble, 2000). PBL juga berbeza dengan pendekatan tradisional kerana PBL merupakan satu strategi yang bertujuan membentuk ‘budaya inkuiri’ yang tidak menggalakkan pembelajaran secara hafalan, serta memerlukan individu pelajar memberi definisi kepada masalah, mencari jalan penyelesaian masalah, dan berkolaborasi dengan pelajar lain untuk menyelesaikan masalah (Jordan & Porath, 2006). PBL merupakan satu pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar. Juteru, PBL memerlukan pelajar melakukan aktiviti pembelajaran sama ada secara individu atau secara berkumpulan berdasarkan masalah yang dibina oleh pengajar berasaskan kandungan atau sukatan pelajaran dalam kursus atau mata pelajaran yang diajar. Masalah yang dikemukakan hendaklah bersifat authentik, iaitu masalah yang sebenar yang wujud dalam situasi profesion atau kehidupan sebenar. Berikut merupakan ciri PBL menurut Savoie dan Hughes (1998):

Page 9: h) Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Di IPT-1

9

• Pembelajaran bermula dengan masalah. • Pastikan masalah berkait dengan dunia pelajar. • Isi kandungan hendaklah diolah berdasarkan masalah dan bukan berdasarkan

disiplin. • Pelajar harus diberi tanggungjawab utama bagi membentuk dan menentukan arah

pembelajaran mereka. • Pelajar belajar dalam kumpulan yang kecil. • Pelajar mempamerkan hasil pembelajaran sama ada dalam bentuk produk ataupun

prestasi yang ditunjukkan Canon dan Newble (2000) telah menjalankan PBL pada sekumpulan pelajar tahun pertama dari jurusan perubatan, dan strategi PBL yang telah dijalankan merangkumi elemen berikut:

1. Penerangan tentang masalah klinikal (contoh: sakit di bahagian dada yang dialami oleh seorang pemain skuasy) diberi kepada keseluruhan kelas yang terdiri daripada 130-140 orang pelajar.

2. Pelajar diminta menganalisis masalah tersebut dalam kumpulan 4 hinga 5 orang. 3. Wakil setiap kumpulan menyampaian idea hasil daripada latihan yang analitis. 4. Pelajar meneruskan usaha mencari penyelesaian kepada masalah. 5. Pelajar boleh menyelesaian masalah dalam satu sesi pengajaran (dibantu oleh

seorang pakar) atau beberapa sesi pengajaran (proses PBL yang sepenuhnya). Kaedah PBL mempunyai banyak keistimewaan jika dibandingkan dengan kaedah pengajaran lain. Antaranya, pelajar dilatih untuk memupuk rasa tanggungjawab yang sepenuhnya terhadap pembelajaran yang dialami serta menghargai ilmu yang dipelajari dalam konteks sumbangan terhadap masyarakat dan negara. Melalui PBL pelajar dapat menikmati keseronokan belajar kerana PBL dapat memberikan kepuasan belajar yang tinggi kepada pelajar yang seterusnya dapat meningkat lagi motivasi instrinsik pelajar untuk belajar. Kaedah Perbincangan Kaedah perbincangan merupakan satu kaedah pengajaran alternatif yang amat digemari oleh para pengajar tidak kira sama ada di sekolah mahupun di kolej dan universiti. Kaedah ini merupakan pendekatan pengajaran yang mengandungi banyak elemen pembelajaran berpusatkan pelajar. Penggunaan kaedah ini dapat menggalakkan interaksi pelbagai hala dalam bilik kuliah iaitu interaksi di antara pelajar dengan pensyarah, dan di antara pelajar dengan pelajar. Justeru, kaedah perbincangan merupakan kaedah yang paling sesuai untuk melaksanakan pengajaran secara berpusatkan pelajar. Umumnya, terdapat dua bentuk aktiviti perbincangan yang boleh dilaksanakan, iaitu perbincangan secara kelas, iaitu antara pensyarah dengan pelajar, dan perbincangan di antara pelajar dengan pelajar dalam kumpulan kecil. Bagi aktiviti perbincangan yang pertama, pensyarah mengemukakan soalan yang memberi fokus terhadap isi kuliah, manakala pelajar memberi respons terhadap soalan pensyarah sama ada dalam bentuk jawapan ataupun pendapat. Proses ini

Page 10: h) Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Di IPT-1

10

berterusan sehingga tamat kuliah. Perbincangan antara pelajar dengan pelajar pula dilaksanakan secara berkumpulan. Untuk tujuan itu, pensyarah akan membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan, dan setiap kumpulan dikehendaki berbincang tentang sesuatu isu yang dikemukakan oleh pensyarah. Lazimnya, sesi perbincangan akan berakhir dengan aktiviti pembentangan oleh wakil kumpulan diikuti oleh maklum balas oleh pensyarah dan pelajar yang lain. Untuk menjamin kejayaan aktiviti perbincangan ini, pensyarah harus memastikan pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada berkaitan dengan isi kuliah atau isu yang akan dibincangkan. Pensyarah juga boleh membantu dengan menyediakan bahan perbincangan sebagai bahan rangsangan untuk diberi kepada pelajar ketika sesi perbincangan berlangsung. Untuk memperjelaskan lagi pelaksanaan kaedah perbincangan dalam bilik kuliah, perbincangan yang seterusnya bertumpu pada beberapa teknik perbincangan yang telah disarankan oleh Cannon dan Newble (2000) yang antaranya, perbincangan secara berpasangan atau one-to-one discussion, teknik sumbangsaran (brainstorming), dan sesi plenari. Sedikit penyesuaian turut dilakukan pada teknik perbincangan yang disarankan oleh Cannon dan Newble (2000). Perbincangan secara berpasangan

Perbincangan secara berpasangan sesuai digunakan sebagai aktiviti ‘ice-breakingr’ apabila pelajar bertemu buat pertama kali dan amat berguna untuk meningkatkan kemahiran mendengar dalam kalangan pelajar. Teknik ini memerlukan pelajar mendengar pandangan pasangannya dan kemudian disampaikan kepada semua ahli kumpulan pada akhir sesi. Prosedur pelaksanaan perbincangan secara berpasangan mengikut Cannon dan Newble (2000) adalah seperti berikut: Langkah

1. Pelajar A diminta berbincang dengan pelajar B yang duduk bersebelahan dengannya tentang satu topik atau isu yang diberi oleh pensyarah.

2. Pelajar A bercakap dan pelajar B mendengar (masa: 3-5 minit). Pelajar B tidak dibenarkan menganggu percakapan pelajar A

3. Pelajar B pula diberi giliran untuk bercakap dengan pelajar A. 4. Setelah masa tamat, semua ahli kumpulan berkumpul semula. 5. Setiap pelajar dikehendaki memperkenalkan diri dan rakannya kepada kelas, dan

menyatakan semula apa yang diperkatakan oleh rakannya. 6. Ahli kumpulan lain diminta memberi respons dan mengemukakan soalan kepada

pelajar yang menyampaikan pendapat rakannya tadi. 7. Aktiviti ini diteruskan dengan pasangan lain hingga semua pelajar telah mengambil

bahagian atau melaporkan hasil perbincangan. Sungguhpun perbincangan secara berpasangan bukan satu teknik pengajaran yang baru, teknik tersebut mungkin tidak dilaksanakan secara sistematik sebelum ini. Justeru, langkah pengajaran yang disarankan di atas boleh dijadikan panduan untuk pelaksanaan teknik perbincangan secara berpasangan yang lebih teratur dan sistematik.

Page 11: h) Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Di IPT-1

11

Tenik Sumbangsaran

Teknik ini dapat menggalakkan pemikiran yang luas, kritis dan kreatif. Kunci kejayaan tenik sumbangsaran terletak pada peraturan yang ditetapkan yang dapat memisahkan proses penjanaan idea atau kemungkinan penyelesaian masalah daripada proses penilaian terhadap idea dan penyelesaian yang dikemukakan oleh setiap ahli. Langkah melaksanakan sesi sumbangansaran yang dicadangkan oleh Cannon dan Newble (2000) adalah seperti berikut: Langkah

1. Jelaskan peraturan sumbangsaran kepada ahli kumpulan, iaitu: - Tidak boleh mengkritik idea yang diberi oleh ahli kumpulan. - Semua pelajar hendaklah menyumbangkan idea. - Fokus utama aktiviti ialah terhadap kuantiti idea (untuk meningkatkan peluang

mendapatkan idea yang baik dan bernas). - Kombinasi dan penambahbaikan idea dilakukan setelah semua idea baru telah

dikemukakan. 2. Berikan masalah kepada semua ahli kumpulan. 3. Pelajar dibenarkan berfikir sejenak ketika mereka mencatatkan masalah. 4. Idea dikumpul mengikut arah pusingan jam (adalah disarankan supaya pelajar

duduk dalam satu bulatan) dan direkodkan di papan tulis atau di transparensi supaya dapat dilihat oleh semua pelajar.

5. Setelah semua idea dikumpulan, kombinasi dan penambahbaikan idea dilakukan. 6. Perbincang dan penilaian dalam bentuk komen dilaksanakan pada akhir sesi

sumbangasan. Kelebihan teknik sumbangsaran berbanding dengan teknik perbincangan yang lain ialah teknik sumbangsaran amat sesuai untuk melatih kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar. Selain belajar cara mengemukakan pandangan secara berhemah, pelajar juga belajar menerima pandangan orang lain yang mungkin tidak selaras dengan pandangannya. Secara tidak langsung, cara ini dapat memperluaskan lagi perspektif pelajar terhadap banyak perkara khususnya terhadap ilmu dan kehidupan pelajar. Sesi Plenari Perbincangan dalam kumpulan kecil lazimnya berakhir dengan sesi pembentangan hasil perbincangan yang dilakukan oleh wakil kumpulan. Laporan hasil perbincangan ini kekadang membosankan dan apa yang dibentangkan pula mungkin menyimpang daripada hasil perbincangan yang telah dijalankan. Masalah ini dapat diatasi melalui sesi plenari yang mempunyai format yang amat berbeza dengan aktiviti pembentangan yang biasa dilakukan. Prosedur sesi plenari yang disarankan oleh Cannon dan Newble (2000) adalah seperti berikut: Langkah

1. Ahli kumpulan kecil duduk bersama-sama dan mengadap kumpulan kecil yang lain. 2. Ketua kumpulan A menjemput ketua kumpulan B untuk memberi laporan ringkas

tentang hasil perbincangan kumpulan B. 3. Ketua kumpulan A mempelawa ahli kumpulan A, C, dan D untuk menyoal mana-

mana ahli kumpulan B.

Page 12: h) Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Di IPT-1

12

4. Selepas 10 minit, ketua kumpulan C pula menjemput ketua kumpulan A melaporkan hasil perbincangan kumpulannya, dan proses yang sama diulangi sehingga semua ketua kumpulan telah melaporkan hasil perbincangan.

5. Tempoh masa aktiviti laporan dan soal jawab hendaklah dipatuhi sepenuhnya. Sesi plenari mempunyai sedikit kelainan jika dibandingakan dengan aktiviti pembentangan yang sering digunakan dalam kaedah perbincangan secara berkumpulan. Berbeza dengan aktiviti pembentangan yang sering tertumpu pada laporan hasil perbincangan oleh ketua atau wakil kumpulan, dalam sesi plenari seperti yang disarankan di atas, setiap ketua kumpulan juga berperanan sebagai pengerusi atau moderator selain sebagai pembentang bagi aktiviti pembentangan yang dijalankan. Selain itu, semua ahli kumpulan dalam sesi plenari turut dilibatkan untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh audien. Dengan itu, semua ahli kumpulan perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti perbincangan yang dijalankan dan ini akan memantapkan lagi elemen pembelajaran berpusatkan pelajar yang dilaksanakan. Kaedah Tutorial Kaedah tutorial merupakan satu lagi pendekatan pengajaran yang menggunakan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar. Dalam sesi tutorial pelajar akan mendapat perhatian dan bimbingan yang intensif dari pensyarah. Menurut Lowman (1984), sesi tutorial baik secara individu mahupun dalam kumpulan kecil merupakan tulang belakang kepada pendidikan tinggi. Pensyarah di kolej dan universiti sering menggunakan kaedah ini untuk membimbing projek penyelidikan, bengkel penulisan, atau pengajaran individu. Tutorial boleh menghasilkan pembelajaran yang berkesan apabila pensyarah memberi perhatian dan bantuan secara personal kepada seorang pelajar atau beberapa orang pelajar melalui perjumpaan yang tetap (Penner, 1984, hlm. 95). Biasanya aktiviti yang dijalankan dalam sesi tutorial adalah seperti perbincangan lanjutan tentang sesuatu topik kuliah, input tambahan daripada pensyarah, pembentangan hasil tugasan, dan penilaian terhadap aktiviti pembentangan dan penglibatan pelajar. Untuk tujuan itu, pelajar digalakkan berfikir, membina, dan menyampaikan idea mereka secara bebas sewaktu berbincang. Mereka juga perlu bersedia untuk menerima dan menghargai kritikan yang negatif sebagai panduan kepada usaha membaiki kelemahan pada masa akan datang dan membentuk sikap pembelajaran yang matang (Lowman, 1984). Dalam pelaksanaan kaedah tutorial yang berkesan, pensyarah harus merancang jadual tutorial serta pastikan semua pelajar hadir walaupun tiada perkara yang baru untuk dibentangkan. Pertimbangan yang paling penting semasa merancang tutorial ialah objektif pembelajaran yang ingin dicapai, dan pensyarah harus memastikan diri mereka dan pelajar jelas dan bersetuju tentang tujuan tutorial yang diadakan (Lowman, 1984). Menurut Lowman (1984) lagi, sebelum tutorial dijalankan, pelajar harus diberitahu tentang perbezaan antara kuliah biasa dengan tutorial, dan mereka harus bekerja secara bebas serta menggunakan khidmat pensyarah sebagai perunding dan bukan sebagai penyelia. Selain itu, pensyarah juga disarankan supaya menghadkan kebebasan dan tanggungjawab pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan tanpa mengenakan kawalan yang keterlaluan ke atas mereka. Untuk menggalakkan pelajar belajar secara bebas, Lowman menegaskan bahawa

Page 13: h) Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Di IPT-1

13

pensyarah harus memberi banyak peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah mereka selain bersifat peka terhadap proses interaksi antara diri mereka dengan pelajar, serta sentiasa memantau aktiviti pelajar semasa sesi tutorial berlangsung. Dalam hal ini, perhatian yang harus diberi terhadap tingkah laku pelajar merangkumi cara pelajar belajar, kekerapan mereka meminta bantuan daripada pensyarah, serta cara mereka menerima kritikan daripada pensyarah dan rakan-rakan yang lain. Kaedah tutorial merupakan satu kaedah yang amat berkesan untuk melatih kemahiran berfikir secara kritis serta teknik mengemukakan kritik yang konstruktif dalam kalangan pelajar. Pelajar juga dapat menggunakan sesi tutorial untuk meneroka serta mendalami ilmu yang dipelajari dalam bilik kuliah melalui interaksi yang dinamik antara mereka dengan pensyarah dan rakan kuliah. Berbanding dengan kaedah pengajaran lain, kaedah tutorial dapat mewujudkan peluang bagi pelajar untuk membina hubungan sosial dengan pensyarah dalam suasana yang lebih bersantai dan tenang. KESIMPULAN Pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan satu strategi yang dapat menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran. Justeru, pendekatan ini perlu diterapkan oleh setiap pensyarah dalam pengajaran mereka agar pelajar dapat memperoleh hasil pembelajaran yang lebih bermakna dan berkesan. Dalam perlaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar, setiap pensyarah perlu bertindak sebagai seorang fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah. Pensyarah juga perlu mempunyai kepekaan dan persepsi yang tepat terhadap keperluan pelajar serta bijak menggunakan bahan bantu mengajar belajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar sejajar dengan objektif pengajaran pembelajaran yang ditetapkan. Selain itu, pensyarah harus melengkapkan diri dengan kemahiran berkomunikasi kerana komunikasi yang berkesan memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar. RUJUKAN Cannon, R. & Newble, D. (2000). A Handbook for Teachers in Universities and Colleges:

A Guide to Improving Teaching Methods (Edisi ke-4). London: Kogan Page Limited.

Huba, M. E., & Freed, J. E. (2000). Learner-centred assessment on college campuses:

shifting the focus from teaching to learning. Boston: Allyn and Bacon. Jordan, E. A., & Porath, M. J. (2006). Educational psychology: a problem-based approach.

Boston: Pearson Education, Inc. Lowman, J. (1984). Mastering the techniques of teaching. San Francisco: Jossey-Bass

Publishers.

Page 14: h) Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Di IPT-1

14

Meyers, C. dan T.B. Jones (1993). Promoting active learning: Strategies for the college

classroom. San Francisco : Jossey Bass. Penner. J. G. (1984). Why many college teachers cannot lecture: how to avoid

communication breakdown in the classroom. Springfield: Charles C Thomas Publisher.

Reigeluth, C.M. & Carr-Chellman, A. (2009). Instructional-design theories and models:

building a common knowledge base vol III. New York: Taylor & Francis.

Santrock, J. (2008). Educational psychology (3rd ed.). New York: Mc-Graw Hill.

Savoie, J. M., & Hughes, A. S. (1998). Problem-based learning as classroom solution.

Dlm. R. Fogarty (Editor). Problem-based learning: a collection of articles. (hlm. 95-101). Arlington Heights: SkyLight Training and Publishing, Inc.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, & Mohd. Zohir Ahmad (2003). Pedagogi 1:

strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Shuell, T. J. (1986). Cognitive conceptions of learning. Review of Educational Research,

56, 411 – 436. Tomlinson, C. A. (August, 2000). Differentiation of Instruction in the Elementary Grades.

ERIC Digest. ERIC Clearinghouse on Elementary and Early Childhood Education. Treffinger, D., Nassab, C.A. & Selby, E.C. (2009). Programming for Talent Development:

Expanding Horizons for Gifted Education. In Balchin, T., Hymer, B., & Matthews, D.J., Gifted Education, London: Routledge.