guru dan cabaran masa depan ( pelan tindakan )

7
Isu cabaran Pendidikan Semasa Apakah anda adalah orang yang tidak dapat hidup tanpa internet? Apakah anda selalu bergantung kepada teknologi semasa melakukan aktiviti harian anda? Jika ya, mungkin anda merupakan sebahagian daripada kelompok generasi Y. Siapakah mereka? Generasi Y merupakan kelompok orang yang lahir antara tahun 1981 sehingga tahun 2000. Mereka juga dikenali dengan generasi millenium. Oleh itu remaja abad ke 21 adalah terdiri daripada golongan orang yang dikatakan generasi Y. Remaja generasi Y dikatakan generasi yang unik, kerana usia 16 hingga 35 tahun merupakan masa produktif sesorang dan mereka membesar di era pembangunan teknologi yang cukup pesat semasa usia mereka mencapai usia produktif. Remaja ini lebih cenderung dan lebih suka berkomunikasi melalui pesanan teks ringkas ( SMS ) atau email, berbanding berkomunikasi secara bersemuka. Dikelilingi dengan gadjet-gadjet canggih merupakan pilihan mereka untuk melakukan aktiviti harian. Kelebihan bagi generasi ini ialah mereka juga mempunyai kreativiti yang tinggi kerana mempunyai kemahiran yang baik dalam menggunakan dan menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi yang berkembang pesat. Sering memberikan idea- idea yang kreatif. Hidup di tengah kecanggihan teknologi membuatkan remaja abad ke 21 kurang berinteraksi secara sosial, sehinggakan mereka menjadi golongan yang tidak mempedulikan keadaan sekelilingnya. Keprihatinan terhadap apa yang berlaku diambil remeh oleh mereka. Oleh kerana gemar melayari internet menggunakan gadjet teknologi yang canggih menjadikan remaja menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi secara bersemuka. Ini menjadikan mereka kurang bersosial dengan cara yang sihat. Gaya hidup mereka juga tidak sihat kerana tidak bersenam mahupun bersukan.Kesan daripada gaya hidupyang tidak sihat ini mengakibatkan ramai dikalangan Remaja menghadapi gangguan dan tekanan emosi. Dalam dunia pendidikan, seseorang guru haruslah sentiasa saling menerima antara satu sama lain dan sentiasa memberi perhatian dan seharusnya sentiasa mengambil tahu tentang masalah emosi dalam kalangan pelajar khususnya pelajar sekolah rendah. Hal ini penting agar semua pelajar sentiasa dapat melibatkan diri secara aktif dalam setiap kegiatan keilmuan

Upload: nor

Post on 11-Feb-2016

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Page 1: Guru dan Cabaran Masa Depan ( Pelan Tindakan )

Isu cabaran Pendidikan Semasa

Apakah anda adalah orang yang tidak dapat hidup tanpa internet? Apakah

anda selalu bergantung kepada teknologi semasa melakukan aktiviti harian anda?

Jika ya, mungkin anda merupakan sebahagian daripada kelompok generasi Y.

Siapakah mereka?

Generasi Y merupakan kelompok orang yang lahir antara tahun 1981

sehingga tahun 2000. Mereka juga dikenali dengan generasi millenium. Oleh itu

remaja abad ke 21 adalah terdiri daripada golongan orang yang dikatakan generasi

Y. Remaja generasi Y dikatakan generasi yang unik, kerana usia 16 hingga 35 tahun

merupakan masa produktif sesorang dan mereka membesar di era pembangunan

teknologi yang cukup pesat semasa usia mereka mencapai usia produktif.

Remaja ini lebih cenderung dan lebih suka berkomunikasi melalui pesanan

teks ringkas ( SMS ) atau email, berbanding berkomunikasi secara bersemuka.

Dikelilingi dengan gadjet-gadjet canggih merupakan pilihan mereka untuk melakukan

aktiviti harian. Kelebihan bagi generasi ini ialah mereka juga mempunyai kreativiti

yang tinggi kerana mempunyai kemahiran yang baik dalam menggunakan dan

menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi yang berkembang pesat. Sering

memberikan idea-idea yang kreatif. Hidup di tengah kecanggihan teknologi

membuatkan remaja abad ke 21 kurang berinteraksi secara sosial, sehinggakan

mereka menjadi golongan yang tidak mempedulikan keadaan sekelilingnya.

Keprihatinan terhadap apa yang berlaku diambil remeh oleh mereka.

Oleh kerana gemar melayari internet menggunakan gadjet teknologi yang

canggih menjadikan remaja menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi secara

bersemuka. Ini menjadikan mereka kurang bersosial dengan cara yang sihat.

Gaya hidup mereka juga tidak sihat kerana tidak bersenam mahupun

bersukan.Kesan daripada gaya hidupyang tidak sihat ini mengakibatkan ramai

dikalangan

Remaja menghadapi gangguan dan tekanan emosi. Dalam dunia pendidikan,

seseorang guru haruslah sentiasa saling menerima antara  satu sama lain dan

sentiasa memberi perhatian dan seharusnya sentiasa mengambil tahu tentang

masalah emosi dalam kalangan pelajar khususnya pelajar sekolah rendah. Hal ini

Page 2: Guru dan Cabaran Masa Depan ( Pelan Tindakan )

penting agar semua pelajar sentiasa dapat melibatkan diri secara aktif dalam setiap

kegiatan keilmuan yang dijalankan di sekolah. Secara umumnya, emosi pelajar perlu

dikekal atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru agar lebih bersifat pembimbing

di sisi. Guru juga perlu memahami emosi pelajar kerana perbezaan tingkah laku,

sosial dan rohani dalam kalangan pelajar sememangnya berbeza antara satu sama

lain.

Tanda-tanda awal Gangguan Emosi dalam Kalangan PelajarTekanan didefinisikan sebagai 1 reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang

disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.(Dr. David B. Posen - Lifestyle

Counselor and Psychotherapist). Terdapat 2 jenis tekanan iaitu austress iaitu

tekanan positif dan juga distress iaitu tekanan negatif. Lazimnya, masalah emosi

yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan pelajar kini adalah berpunca daripada

pelbagai faktor penyebab. Walau bagaimanapun, masalah emosi tersebut dapat

dikesan melalui beberapa tanda awal gangguan emosi berlaku dalam kalangan

pelajar tersebut. Antaranya termasuklah:

a)    empati iaitu memahami orang lain secara mendalam

b)    mengungkapkan dan memahami perasaan

c)    mengendalikan amarah

d)    kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari

e)    kemampuan untuk menyesuaikan diri

f)     disukai oleh orang lain

g)    kemampuan  untuk  memecahkan  atau  menghilangkan

h)   masalah antara mereka yang berada di sekeliling

i)     semangat setiakawan

j)      keramahan

k)    sikap hormat-menghormati

 Kebiasaannya,terdapat dua jenis tanda awal gangguan emosi tersebut iaitu tanda

positif dan tanda negative. Seseorang pelajar yang merasa emosinya terganggu

adalah kerana disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang berikut:

a)    Kecemasan dan marah

b)    Sukar tunjukkan emosi tertentu

c)    Alami kesulitan

Page 3: Guru dan Cabaran Masa Depan ( Pelan Tindakan )

d)    Konflik

Gejala-gejala tekananAntara gejala-gejala tekanan termasuklah:

a)    Fizikal iaitu berlaku keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan

terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada,

berasa loya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.

b)    Mental iaitu kerap berlaku hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat

keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.

c)    Emosi iaitu sentiasa risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa,

sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.

d)    Perangai di mana sering mengalami keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku

dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak,

menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta

bertindak agresif.

 Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa tekanan juga adalah

penyebab kepada beberapa penyakit seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid

athritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerative colitis),

mandul dan alahan kulit. (Dr. Maria A. Smith, UTC School of Nursing; Advanced

Pathophysiology: Stress & Disease, Chapter 9).

Faktor-faktor tekanan emosi pelajarTerdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang pelajar

mengalami tekanan. Pelajar amat mudah terdedah kepada tekanan disebabkan oleh

proses transisi kehidupan mereka. Hal ini berlaku apabila terdapat sesetengah

pelajar yang menunjukkan kecemerlangan akademik pada peringkat sekolah,tetapi

tidak dapat mengakalkan pencapaian yang baik apabila berada di sekolah

menengah atau kolej. Persaingan yang sengit dalam mengejar kecemerlangan

akademik memberikan tekanan yang tinggi kepada pelajar dalam merealisasikan

wawasan mereka. Selain itu, faktor persekitaran, persaingan hubungan interpersonal

dan cara pemikiran pelajar turut menyebabkan tekanan emosi kepada pelajar. Oleh

itu, tekanan masih tidak dapat dipisahkan daengan kehidupan pelajar dalam

kesibukan mereka menuntut ilmu dan memperoleh pelbagai kemahiran. Bentuk

tekanan dalam kalangan pelajar juga adalah berbeza. Terdapat pelajar yang

berupaya berhadapan dengan tekanan tanpa mengalami apa-apa kesan fizikal,

Page 4: Guru dan Cabaran Masa Depan ( Pelan Tindakan )

mental atau emosi yang negatif serta berupaya memotivasikan diri. Ada juga pelajar

yang tidak berupaya menguruskan tekanan apabila berada dalam peringkat

pengajian yang lebih tinggi. Tekanan yang melebihi tahap tertentu sekiranya tidak

dikawal akan mewujudkan pelbagai masalah kepada setiap individu yang terbabit.

Biasanya, tekanan emosi dialami dalam pelbagai keadaan seprti rasa sunyi, kurang

tidur, keresahan, kebimbangan yang tinggi ,serta simpton fisiologi yang ditunjukkan

kesan daripada sesuatu peristiwa yang dialami. Oleh hal yang demikian, tekanan

emosi boleh menyebabkan kehidupan dan pergaulan seharian pelajar terjejas

sehingga memberikan impak negatif terhadap tahap kesihatan, personaliti, interaksi

sosial dan pencapaian akademik mereka.

Menurut Campbell dan Svenson, apabila tekanan dilihat dari aspek yang

negatif atau tekanan yang terlalu tinggi, hal ini boleh mendatangkan kesan yang

buruk terhadap kesihatan dan pencapaian akademik pelajar. Oleh sebab tekanan

dalam kalangan pelajar merupakan fenomena yang membimbangkan pelbagai pihak

sekiranya tidak ditangani secara menyeluruh, maka adalah penting untuk mengenal

pasti faktor penyebab tekanan pelajar terlebih dahulu sebelum program pengurusan

tekanan dilakukan.

Penyelidik dari Universiti Melbourne, Australia menjalankan

ProjekGatehouse selama enam tahun terhadap pelajar sekolah di sana mengenai

penggunaan dadah, aktiviti seks, kemurungan dan keinginan membunuh diri.

Dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa masalah sosial ini menurun

sebanyak 50 peratus hingga 66 peratus selepas pelajar dibekalkan ilmu pengurusan

tekanan emosi harian.

Sememangnya ilmu menguruskan tekanan emosi sangat penting diajarkan

kepada pelajar supaya mereka dapat membentengi diri sendiri apabila menghadapi

tekanan dengan menyeimbangkan emosi. Oleh sebab itu, melalui pendidikan di

sekolah, setiap pelajar dididik suoaya dapat menyeimbangkan jasmani, emosi,

rohani dan intekek dalam menjalani kehidupan seharian.

Gejala kesihatan mental dalam kalangan remaja juga menunujukkan pola

meningkat dan peru ditangani dengan sebaik-baik mungkin dari semasa ke semasa.

Bagi mengatasinya, empat sekolah dipilih sebagai sekolah perintis untuk

melasanakan modul khas bagi mengesan gejala penyakit mental dalam kalangan

remaja pada peringkat awal. Usaha semua pihak dalam menangani masalah ini

dapat mengurangkan gejala tekanan emosi dan kemurungan dalam kalangan

Page 5: Guru dan Cabaran Masa Depan ( Pelan Tindakan )

remaja.Pendidikan adab dan akhlak yang baik di rumah serta di sekolah dapat

membentuk tingkah laku yang seimbang,sekali gus membentuk remaja yang

mempunyai personaliti yang seimbang dan mampu menguruskan emosi.

Kaedah mengatasi tekanan emosi dalam kalangan pelajarLangkah menguruskan tekanan dengan secara bijaksana sangat diperlukan

bagi mermbantu pengurusan kehidupan serta mencari kesejahteraan dalam

kehidupan serta mencari kesejahteraan dalam kehidupan yang mencabar

kini.Kepimpinan guru yang bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala

dan membawa kepada suasana sosio-emosi yang sihat, mesra dan harmonis di

antara guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh

mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping

rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan

pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid

berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti

kumpulan.

Aktiviti Kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk

berinteraksi di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan

menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid

menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan

pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid

untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan berasa

diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid untuk

menujukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.

Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang

boleh mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adalah diklasifikasikan di

bawah kategori pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi

dua hala, selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh

menggalakkan murid untuk mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas

mereka. Contohnya, guru boleh menggunakan modifikasi tingkah laku yang

bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji diberi kepada murid yang

menunjukkan tingkah laku yang diingini. Hukuman dikenakan perlu adil dan

berseuaian.

Page 6: Guru dan Cabaran Masa Depan ( Pelan Tindakan )

 Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat

pendiam, penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk

membantu mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu, guru menggalakkan

mereka menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru

juga seharusnya mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima

murid-murid yang bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan

murid-murid bermasalah tersebut. Cara ini dapat mengelakkan murid yang

bermasalah mengalami gangguan emosi.

Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan program-

program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam

pembentukan tingkah laku. Program-program ini bertujuan membantu mereka yang

mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik,

membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal

tingkah laku dan meningkatkan konsep kendiri murid-murid.

Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-efficacy iaitu murid yang

boleh belajar daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan,

memikir bagaimana membaikinya demi menukarnya kepada kemenangan, dan

bukan membimbangi atau menyedih kerana kekalahan. Murid belajar untuk

memandang segala perkara secara optimistik kerana ia merupakan cara yang paling

berkesan untuk menentang emosi yang kurang sihat ini. Murid-murid yang

mengalami gangguan emosi perlu mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling.

Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan kepada ahli psikologi, kaunselor dan

personel yang berkelayakan atau bertauliah.

 

Kerjasama dengan ibu bapa juga perlu semasa seseorang murid itu mendapat

bimbingan daripada ahli psikologi, kaunselor dan personel yang

bertanggungjawabnya. Ini kerana ibu bapa juga perlu diberi maklumat yang berkaitan

dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Perbincangan antara dua

pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga cadangan untuk menangani

masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersama-sama. Selain daripada itu, ibu bapa

juga harus membelikan buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknik

meningkatkan kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada anak yang

mengalami gannguan emosi. Ibu bapa juga seharusnya dapat memberikan beberapa

tunjuk ajar tentang cara menguruskan emosi masing-masing.

Page 7: Guru dan Cabaran Masa Depan ( Pelan Tindakan )

Guru atau ibu bapa seharusnya tidak memukul murid atau anak yang

mempunyai tingkah laku yang tidak diingini seperti anak yang sering kali ponteng

sekolah atau anak yang merokok. Murid perlu diberi peluang untuk mengenalpasti

kesalahan atau tingkah laku yang tidak diingini dan seterusnya diberi ruang untuk

memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini tersebut. Ini kerana sekiranya mereka

memukul anak tersebut, ia cenderung untuk menggalakkan wujudnya perasaan

benci, marah terhadap orang yang memukulnya dan anak itu tidak akan

memperbaiki tingkah laku itu. Ini akan meyebabkan anak atau murid itu mengalami

gangguan emosi.

 

KesimpulanTekanan emosi merupakan pengalaman atau kejadian yang sering dialami

seseorang individu hingga menyebabkan gangguan terhadap pemikiran ,perasaan

dan aktiviti harian,maka hal ini perlu diuruskan dan ditangani dengan segera supaya

tidak menjadi lebih serius dan mengganggu kesihatan individu yang terlibat. Menurut

Lessard, tekanan yang tidak sengaja dialami oleh orang dewasa,bahkan melanda

juga remaja dan kanak-kanak ,memerlukan keseimbangan dari pelbagai

aspek,khususnya bagi memainkan peranan dan tugas yang dilaksanakan .Sekiranya

tiada keseimbangan ,seseorang itu mudah mengalami tekanan emosi.Oleh hal yang

demekian,fenomena terkanan dalam kalangan pelajar merupakan topik yang sering

menjadi bahan kajian kebanyakan pengkaji.