grafik

8
GRAFIK IMEJ & GRAFIK

Upload: amy

Post on 09-Jan-2016

73 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

IMEJ & GRAFIK. GRAFIK. GRAPHICS. Grafik juga memberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: GRAFIK

GRAFIKIMEJ & GRAFIK

Page 2: GRAFIK

GRAPHICS•Grafik juga memberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks.

•Dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas, tepat dan konsisten antara individu yang berbeza.

•Grafik dikatakan sebagai sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi.

•Grafik berkomputer pula merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan menggunakan sebarang jenis komputer (PC, Macintosh, Silicon Graphicsdan sebagainya).

Page 3: GRAFIK

Visualisasi merupakan antara proses yang amat penting dalam komunikasi maklumat dan grafik boleh digunakan untuk tujuan ini bagi meningkatkan penekanan terhadap sesuatu maklumat.

mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep.

sesebuah halaman internet itu menjadi lebih ceria, menarik dan menyegarkan mata memandang serta menghidupkan lagi suasana pencarian maklumat di sesebuah laman web.

FUNGSI GRAFIK

Page 4: GRAFIK

GIF (Graphic Interchange Format)

Piawaian jenis ini telah dibangunkan pada tahun 1987 oleh CompuServe .

grafik asas seperti ikon, butang, garisan atau imej-imej yang berbentuk kartun.

Fail yang menggunakan format GIF menggunakan format grafik 8 bit (mampu memaparkan imej sehingga 256 warna yang berbeza)

Walaupun imej GIF agak kecil dan tidak memerlukan masa pemindahan terima yang tinggi namun ianya mempunyai satu kelemahan di mana ianya tidak boleh digunakan bagi grafik yang mempunyai lebih dari 256 warna.

FORMAT GRAFIK

Page 5: GRAFIK

JPEG (Joint Photographic Expert Group) menggunakan teknik pemadatan algoritma yang lebih baik berbanding dengan GIF

dan sekaligus menghasilkan satu fail grafik yang saiznya lebih kecil dan padat berbanding GIF.

Salah satu kegunaan utama fail berformat JPEG ini adalah untuk menyimpan fail bagi gambar sebenar.

Ini adalah kerana JPEG mampu mengendalikan imej-imej yang mempunyai kedalaman warna yang tinggi (sehingga 16.7 juta warna) tetapi dalam masa yang sama ianya tidak memerlukan ruang storan yang terlalu besar.

BMP (Bitmap) BMP merupakan antara format fail yang paling lama wujud iaitu sejak sejak

kemunculan sistem pengoperasian Microsoft Windows 3.0. Ia sesuai untuk menyimpan grafik dalam kualiti yang tinggi kerana ia tidak cuba

untuk memadatkan sesebuah imej tersebut. Ini menyebabkan kebanyakan fail grafik yang menggunakan format ini mempunyai

saiz fail yang agak besar. Kelebihannya, kebanyakan perisian grafik yang asas boleh menerima ofrmat fail ini.

Page 6: GRAFIK

TIFF PICT TGA WMF

LAIN-LAIN FORMAT

Page 7: GRAFIK

Fotograf (Gambar Foto) Antara paparan imej yang paling menyamai keadaan sebenar. Pita video warna, gambar berwarna mahupun foto hitam putih merupakan alat yang paling

berkesan di dalam sesuatu komunikasi. Gambar foto atau fotograf berwarna juga memainkan peranan yang amat besar di dalam

sesebuah persembahan dan boleh dijadikan latarbelakang bagi teks dan grafik.

Lukisan Merujuk kepada imej yang kurang realistik berbanding dengan fotograf. Namun demikian, ia banyak digunakan bagi menangani masalah ketiadaan fotograf bagi

keadaan sebenar. Ia boleh jadi lukisan yang mudah sehinggalah kepada lukisan yang abstrak.

Kartun Sejenis lukisan yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Kartun boleh merujuk kepada yang berunsur kemanusiaan, haiwan, objek dan sebagainya. Ia sesuai digunakan terutamanya sekiranya kumpulan sasaran adalah kanak-kanak atau

remaja.

JENIS GRAFIK

Page 8: GRAFIK

Diagram Diagram merujuk kepada sejenis lukisan yang digunakan bagi melambangkan

sesuatu sepertimana yang asal. Contohnya diagram jantung mungkin mewakili sepertimana gambar jantung yang

sebenar.

Graf/Carta Merujuk kepada kaedah berkomunikasi berunsurkan data dan numerik. Sesuatu maklumat yang kompleks dapat dimudahkan sekiranya ia ditukarkan ke

bentuk carta atau graf.