gp_perawatan hiv dirumah

Upload: rais-izen

Post on 06-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    1/37

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    2/37

    2

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    3/37

    3

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    4/37

    4

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    5/37

    5

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    6/37

    6

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    7/37

    7

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    8/37

    8

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    1.0 PENGENALAN

    Jangkitan HIV merupakan penyakit jangkitan kronik di mana ia

    mengambil masa yang lama (2 hingga 10 tahun) untuk seseorangpesakit itu sampai ke peringkat AIDS. Walaubagaimanapun dalam

    tempoh tersebut, pesakit HIV boleh mengalami berbagai masalah

    jangkitan oportunistik terutama sekali apabila sistem pertahanan

    tubuh semakin menurun. Secara kasar pesakit HIV adalah sihat

    kecuali mereka ini membawa virus HIV dalam sistem tubuh mereka.

    Justeru itu sebahagian besar daripada masa mereka berada di

    dalam komuniti khususnya di rumah mereka tidak memerlukanrawatan. Mereka hanya akan dimasukkan ke hospital sekiranya

    memerlukan rawatan pesakit dalam.

    Maka amatlah wajar penjagaan pesakit HIV/AIDS di rumah diberi

    perhatian agar penjagaan dapat diberikan secara holistik dan

    komprehensif supaya kualiti kehidupan yang optima dapat

    dinikmati. Penjagaan pesakit HIV / AIDS di rumah melibatkan

    berbagai pihak seperti ahli keluarga, pekerja sukarela, pekerja

    kesihatan dan lain-lain. Dengan itu satu garispanduan penjagaan

    pesakit HIV/AIDS di rumah perlu diwujudkan sebagai panduan

    kepada penjaga.

    2. 0 OBJEKTIF

    2. 1 Memberi panduan perawatan asas kes HIV/AIDS di rumahkepada ahli keluarga dan penjaga pesakit.

    2.2 Memberi panduan kepada keluarga dan penjaga pesakit

    HIV/AIDS di rumah bagaimana membantu pesakit

    menghadapi masalah kesihatan yang biasa dialami di

    peringkat akhir penyakit.

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    9/37

    9

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    2.3 Memberi pengetahuan dan amalan praktikal mengenai langkah-

    langkah keselamatan semasa memberi perawatan kepada ahli

    keluarga dan penjaga bagi mengelakkan risiko jangkitan HIV.

    3.0 PENJAGAAN PESAKIT HIV / AIDS DI RUMAH

    Penjagaan pesakit HIV/AIDS di rumah secara holistik merangkumi

    beberapa aspek utama ;

    Perawatan bagi pesakit HIV/AIDS

    Pemakanan

    Senaman Sokongan psikosoial

    Rujukan untuk rawatan lanjut

    Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh

    penjaga semasa membuat perawatan

    Bagi memberikan perawatan yang baik dan berkesan kepada

    pesakit HIV/AIDS, seseorang penjaga hendaklah mempunyai ciri-ciri positif seperti berikut;

    Berfikiran positif , empati dan tidak bersikap judgemental

    Memberi perhatian yang tidak berbelah bagi

    Tidak merasa takut untuk merawat dan menjaga pesakit

    Mempunyai pengetahuan asas HIV/AIDS

    4.0 PERAWATAN ASAS BAGI PESAKIT HIV/AIDS DI RUMAH

    4.1 Peringkat Peringkat Dalam HIV / AIDS

    Seseorang yang telah dijangkiti HIV di peringkat awal tidak

    menunjukkan sebarang gejala penyakit. Apabila sistem

    pertahanan tubuh pesakit semakin menurun, mereka akan mengalami

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    10/37

    10

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    gejala-gejala penyakit seperti jangkitan oportunistik dan akhirnya akan

    mendapat AIDS. Secara am peringkat-peringkat dalam HIV / AIDS boleh

    difahami dengan jelas seperti berikut :-

    a) Peringkat awal (tanpa gejala penyakit) :

    Walaupun pada peringkat ini, pesakit HIV tidak menunjukkan apa-

    apa masalah kesihatan, beberapa perkara perlu diambil perhatian

    dalam pengurusan diri bagi mengekalkan tahap kesihatan yang

    optima. Perhatian khas juga harus diberi sekiranya berlaku

    perdarahan akibat luka, kemalangan dan sebagainya untuk

    mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain.

    b ) Peringkat simptomatik

    Pesakit jangkitan HIV juga akan mudah terdedah kepada jangkitan

    opotunistik seperti; jangkitan kulat rongga mulut (oral candidi-

    asis), Tibi paru-paru, radang paru-paru, kayap di bahagian kulit

    dan kemaluan, kudis buta, ekzema dan sebagainya. Padaperingkat ini pesakit perlu berjumpa dengan doktor untuk

    rawatan perubatan dan perawatan yang khusus. Perawatan

    sendiri (self care) di rumah juga boleh membantu mengurangkan

    masalah ini.

    c) Peringkat AIDS

    Pada peringkat akhir jangkitan HIV pesakit akan menunjukkan

    tanda-tanda AIDS di mana keadaan kesihatan semakin merosot,

    serangan berbagai jenis jangkitan oportunistik semakin kerap dan

    teruk sehinggalah ke peringkat di mana akhirnya mereka tidak

    berdaya dan terbaring di katil.

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    11/37

    11

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    4.2 LANGKAH-LANGKAH PENTING PERAWATAN DI RUMAH YANGPERLU DIAMBIL:

    a ) Menjaga kebersihan diri : mandi, menggosok gigi,membersihkan rambut serta memotong kuku danberpakaian bersih adalah amat penting untuk menghindarijangkitan kuman.

    b ) Tidak berkongsi peralatan peribadi seperti: berus gigi, pisaucukur dan tuala mandi. Bagi wanita, digalakkanmenggunakan tuala wanita (untuk haid) jenis pakaibuang.

    c ) Perkara yang perlu diberi perhatian dalam penjagaan luka ;

    i ) Luka- luka keci l hendaklah dicuci dengan ubatpencuci luka atau air bersih dan ditutup denganplaster kalis air.

    i i) Luka-luka besar setelah dicuci hendaklah ditutupdengan gauze kemudian dibalut dengan kainpembalut.

    d ) Menjaga kebersihan mulut penting bagi mengelakkan jangkitan pada rongga mulut ;

    i ) Memberus gigi 3 kali sehari dengan menggunkanberus gigi yang lembut.

    ii) Berkumur dengan air garam atau dengan ubat kumuryang dibekalkan setiap kali selepas makan atausekurang-kurangnya 3 kali sehari.

    e ) Kejadian kudis tekanan di kalangan pesakit HIV/AIDS yangterlantar boleh dielakkan dengan;

    i) Tukar posisi baringan setiap dua jam sekali.

    ii) Galakkan pesakit duduk di kerusi dari masa ke semasajika terdaya.

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    12/37

    12

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    iii) Pastikan tempat tidur sentiasa kering, bersih dan cadartidak berkedut.

    iv) Penggunaan air-ring dan tilam air/angin (ripple mattess)

    digalakkan jika mampu.

    f) Penjagaan kulit merangkumi ;

    i) Elakkan kulit dari menjadi kering dengan menggunakanlosyen pelembab.

    ii) Elakkan daripada menggaru apabila berasa gatal.

    iii) Jika ada jangkitan kulit, berjumpa dengan doktor segerauntuk mendapat rawatan.

    g) Jika batuk ;

    i) Tutup mulut dengan kertas tisu bagi mengelakkanpenyebaran jangkitan paru-paru.

    ii) Jangan meludah atau membuang kahak di merata-rata tempat.

    iii) Sentiasa sediakan bekas kahak yang dimasukkan

    larutan kloroks (1 bahagian kloroks dalam 10bahagian air) untuk kemudahan meludah.

    iv) Ludahan kahak ke dalam bekas bertutup tersebutdan curah ke dalam mangkok tandas.

    h) Berhenti merokok boleh mengurangkan risiko jangkitanparu-paru dan membuat pernafasan lebih selesa.

    i) Jangan mengambil alkohol atau apa-apa jenis dadah.

    j) Gunakan kondom dengan cara yang betul setiap kalimelakukan hubungan seks.

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    13/37

    13

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    4.3 MASALAH MASALAH KESIHATAN YANG SERING DIHADAPIOLEH PESAKIT PESAKIT HIV / AIDS DAN PERAWATANNYA

    a) Demam

    i) Demam disebabkan oleh jangkitan kuman yang biasanya berlakuberulang-ulang dan berpanjangan. Ia boleh menyebabkankekejutan, sawan,kekeliruan dan kekurangan cecair badan.

    ii) Rawatan sendiri yang boleh dilakukan di rumah adalah seperti berikut;

    Mandi atau lap badan dengan air sejuk dan biarkan badankering sendiri.

    Minum air masak yang telah disejukkan dengan banyak. Makan pil paracetamol (Panadol) untuk menurunkan suhu

    badan setiap 6 hingga 8 jam sekali (tidak melebihi 8 bijisehari bagi orang dewasa).

    Berjumpa doktor dengan segera sekiranya demamberterusan atau mengalami gejala-gejala seperti dibawah;

    Batuk

    Sukar bernafas

    Leher kejang

    Sakit kepala yang berterusan

    Mata berwarna kuning

    Cirit-birit atau muntah yang teruk

    Mengandung

    Wabak denggi atau malaria berlaku dikawasan anda.

    Batuk

    i) Batuk mungkin berpanjangan selama beberapa hari dan adaketikanya menjadi lebih teruk. Batuk mungkin berkahak atautidak berkahak. Kahak samada berwarna putih, kuning,perang,hijau atau berdarah.

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    14/37

    14

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    ii) Batuk yang berterusan boleh mengakibatkan seseorangmengalami kekeringan air liur, sakit kerongkong, sakit dada,sesak nafas dan menganggu tidur.

    iii) Batuk adalah salah satu petanda jangkitan paru-paru.

    iv) Bagi menggalakkan pengeluaran kahak dan memberi keselesaankepada pesakit;

    v) Tepuk belakang dengan perlahan

    iv) Letakkan kepala lebih rendah dari dada dan baring melentang,

    meniarap dan mengiring selama 5 minit, lakukan sekurang-kurangnya 4 kali sehari

    v) Tinggikan bahagian kepala dengan mengguna beberapa bijibantal atau meninggikan bahagian katil jika boleh.

    vi) Peluk bantal sekiranya batuk menyebabkan sakit dada

    vii) Tutup mulut semasa batuk untuk mengelakkan jangkitan kepada

    orang lain

    viii) Segera berjumpa doktor sekiranya;

    Batuk berpanjangan melebihi dua minggu.

    Disertai demam.

    Sakit dada.

    Kahak berdarah.

    Sesak nafas berterusan atau pernafasan tidak teratur.

    Hujung jari dan bibir menjadi kebiruan.

    Rasa mual dan muntah-muntah

    i) Muntah biasanya d isebabkan oleh kesukaran menelan,kesakitan pada saluran pemakanan dan kesan sampinganubat-ubatan yang diambil.

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    15/37

    15

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    ii) Muntah boleh menyebabkan pesakit merasa tidak selesa,kehilangan cecair badan dan susut berat badan.

    iii) Muntah mungkin berwarna kuning, perang, berdarah ataukelihatan seperti air kopi dan berbau najis.

    iv) Elakkan mencium bau yang kuat.

    v) Bagi pesakit yang terlantar di katil, letakkan di dalam baringanmengiring bagi mengelakan tertelan muntah ke dalam paru-paru, atau duduk sekiranya terdaya.

    vi) Sekiranya terasa mual, bernafaslah dengan perlahan-lahan dandalam.

    vii) Muntahlah ke dalam bekas khas dan buang muntah ke dalammangkok tandas.

    viii) Makan dan minum dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.

    ix) Cuba makanan kering seperti nasi, roti bakar dan biskut bijirindan elakkan makanan berminyak.

    x) Elakkan daripada makan dan minum selama dua jam jikamengalami muntah yang teruk.

    xi) Minum air masak dengan banyak atau ORS (oral rehydrationsolution) yang boleh didapati di farmasi atau boleh dibuatsendiri dengan membancuh 4 camca kecil gula dan

    setengan camca kecil garam dengan 4 gelas air.

    xii) Segera berjumpa doktor sekiranya ;

    Muntah berterusan dan bertambah teruk

    Muntah bercampur darah atau berbau najis

    Sakit perut yang teruk

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    16/37

    16

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    d) Cirit-birit

    i) Cirit-birit bermakna najis yang berair sekurang-kurang 3 kalisehari. Ia boleh berlarutan sehingga beberapa minggu

    ii) Cirit-birit boleh menyebabkan badan kehilangan banyak air,kurus dan lemah serta kekejangan otot.

    iii) Selepas setiap kali cirit-birit minumlah secawan ORS yang bolehdidapati di farmasi atau yang dibuat sendiri dengan membancuh4 camca kecil gula dan setengah camca kecil garam dengan 4gelas air.

    iv) Bagi mengelakkan kekurangan zat makanan anda dinasihatkansupaya teruskan mengambil makanan mengikut panduanberikut;

    Makan sedikit makanan sekurang-kurangnya lima kalisehari.

    Makan makanan yang lembut seperti bubur atau makananyang dikisar.

    Makanan yang dimakan hendaklah mengandungi kanji danprotin seperti nasi, roti, mi, ikan, ayam , telur dan daging.

    Makan buah-buahan lembut seperti pisang dan betik,tetapi elakkan buah-buahan yang terlalu masak.

    Elakkan memakan sayuran berdaun, gentian gandum, susu,minyak masak , kari dan makanan pedas.

    Sekiranya dubur dan kawasan sekeliling berasa pedih,rendam punggung di dalam air garam suam untuk

    beberapa ketika.

    Hanya gunakan ubat yang diberikan oleh doktor.

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    17/37

    17

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    Segera berjumpa doktor sekiranya;

    Cirit-birit berterusan

    Disertai kesakitan dan perdarahan

    Tidak boleh mengambil makanan dan minuman

    Penyakit mulut

    i) Penyakit-penyakit yang biasa berlaku adalah seperti;

    Oral thrush, iaitu luka kemerahan atau keputihan dankesakitan di dalam mulut, lidah ,lelangit dan kerongkong.

    Hairy Leukoplakia ialah tompokan putih yang tidak sakit

    pada lidah dan tidak boleh ditanggalkan dan tidakmerbahaya.

    Herpes Simplex ialah melepuhan yang menyakitkan disekitar bibir.

    Akibat daripada kesakitan dalam rongga mulut dan kerongkong pesakitmerasa tidak selesa dan mengalami kesukaran menelanterutamanya makanan pedas dan keras.

    iii) Bagi mengurangkan risiko jangkitan pada rongga mulut, beruslahgigilah 3 kali sehari dengan menggunakan berus gigi yanglembut.

    iv) Amalkan berkumur dengan air yang dimasukkan sedikit garamatau serbuk soda bikarbornat (serbuk penaik).

    v) Jangan berkongsi berus gigi.

    vi) Lakukan pemeriksaan rongga mulut sendiri setiap hari untukpengesanan awal masalah jangkitan mulut.

    vii) Segera berjumpa doktor sekiranya; mengalami thrushyang tidak sembuh setelah tindakan di atas telah diambil.

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    18/37

    18

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    f) Berat badan

    i) Hampir semua pesakit AIDS akan mengalami penyusutan beratbadan yang ketara.

    ii) Pengurangan berat badan disebabkan oleh kurang selera, sukaruntuk menelan, cirit-birit, muntah ,demam yang berpanjangandan tekanan perasaan.

    iii) Kehilangan berat badan ini boleh menyebabkan ketahananbadan untuk melawan berbagai jangkitan semakin lemah.

    iv) Timbang berat badan setiap minggu untuk memerhatikansebarang perubahan berat badan.

    v ) Untuk menambahkan berat badan makan makananseimbang yang kaya dengan protin dan kanji.

    v i) Segera berjumpa doktor jika;

    Pesakit kehilangan berat badan yang berterusan

    Tiada selera untuk makan dengan tiba-tiba

    Mengalami gejala-gejala seperti sakit perut , cirit-birit danmuntah-muntah yang teruk.

    g ) Ruam kulit

    i) Ruam kulit mungkin disebabkan oleh perkara berikut ;

    penyakit kulit yang berkaitan dengan AIDS

    jangkitan pada kulit

    alahan pada ubat-ubat

    akibat tekanan yang disebabkan baring atau duduk terlalupada satu kedudukan

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    19/37

    19

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    ii) Ruam kulit boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ia jugaboleh menjadi kudis yang lebih menyakitkan.

    iii) Bersihkan kulit setiap dengan air dan sabun yang lembut.

    v) Jangan menggaru ruam kulit bagi mengelakkan kulit pecah danluka.

    vi) Bagi kulit kering jangan gunakan sabun, sebaliknya gunakanminyak seperti minyak zaitun atau vaselin.

    vii) Bagi kulit yang gatal dan sakit, cuba;

    Pakai pakaian longgar yang diperbuat dari kain kapas

    Balut bahagian yang beruam dengan kain basah yangbersih

    Sapu kulit dengan lotion calamine yang boleh diperolehidari klinik atau farmasi

    Segera berjumpa doktor jika;

    Pesakit tidak dapat menahan kesakitan dan rasa gatal

    Benjolan yang panas dan kemerahan pada kulit

    Benjolan ungu gelap yang tidak gatal dan tidakmenyakitkan tetapi tidak boleh disembuhkan (KarposisSarcoma)

    Kudis

    i) Kulit yang melepuh dan pecah boleh dijangkiti kuman dan

    seterusnya terjadi kudis.

    ii) Kudis ini mungkin mengeluarkan nanah, berasa panas dankemerahan di sekelilingnya

    iii) Jangkitan kuman pada kulit berkudis boleh merebak ke dalamsistem peredaran darah dan menyebabkan septisemia

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    20/37

    20

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    (keracunan darah) yang boleh membawa maut.

    iv) Cuci kudis setiap hari dengan air bersih yang dicampurkandengan sedikit garam : satu camca kecil untuk 4 gelas air.

    v) Balut kudis dengan pembalut bersih yang dibasmi kuman yangboleh diperolehi dari farmasi setiap hari

    vi) Kudis yang telah kering tidak perlu dibalut

    vii) Segera berjumpa doktor jika;

    Luka bernanah, berbau, panas atau berasa sakit

    Disertai dengan demam

    Kesakitan

    i) Kesakitan mungkin berlaku secara tiba-tiba (akut) atauberlarutan (kronik).

    ii) Kesakitan pada pesakit AIDS mungkin disebabkan oleh;

    berbaring terlalu lama

    tangan dan kaki yang bengkak

    sakit kepala

    barah

    tekanan perasaan

    jangkitan penyakit

    Ketakutan, tekanan atau hilang harapan boleh

    menyebabkan kesakitan bertambah teruk

    Kesan kesakitan yang teruk dan berlarutan menyebabkan seseorangmengalami tekanan dan keinginan untuk membunuh diri.

    iv) Di antara kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untukmengurangkan kesakitan ;

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    21/37

    21

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    Mengajar pesakit mengamalkan kaedah senaman releksasiseperti: meditasi, yoga, taichi, releksasi otot dan pernafasanmendalam.

    Mengambil ubat penahan sakit yang disyorkan oleh doktor

    Penjaga patut bersikap tenang, memahami dan merungut

    Segera berjumpa doktor jika ;

    Pesakit tidak dapat menahan kesakitan dan kelihatanterlalu lemah

    Mengalami sakit kepala yang teruk dan berlarutan

    Pesakit mengalami kesakitan yang disertai dengan :demam, perdarahan, masalah pernafasan, ruam,

    muntah-muntah dan kekejangan leher.

    Perasaan / emosi / spritual

    i) J angk itan HIV dan AIDS bo leh menyebabkan pesak itmengalami tekanan emosi seperti kesedihan, ketakutan,kemarahan, rasa bersalah, kesunyian dan hilang harapan.Kesan yang sama juga dirasai oleh penjaga mereka.

    ii) Akibat tekanan perasaan boleh membawa kepada masalahberikut ;

    Kecenderungan untuk membunuh diri

    Kurang selera makan

    Tidak boleh tidur.

    Tidak boleh menjalankan tugas dengan sempurna

    meretakkan hubungan yang baik

    mendedah kepada penyalahgunaan dadah dan alkohol

    Sokongan emosi kepada pesakit AIDS boleh diberikan mengikutpanduan berikut ;

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    22/37

    22

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    Galakkan pesakit bersama-sama menjaga diri mereka

    Galakkan mereka membuat keputusan sendiri danberdikari

    Jika berkeupayaan, ajak mereka melakukan kerja-kerjaringan di rumah untuk mengelakkan rasa jemu dan sunyi

    Libatkan mereka di dalam aktiviti kekeluargaan

    Jika mereka terlantar di katil, sentiasa bersama merekaapabila diperlukan

    Bersedia berbual dan berbincang apabila merekamemerlukan teman

    Tunjukkan yang penjaga benar-benar memahami danmengambil berat akan diri mereka

    Bawa berjumpa dan berbual dengan pesakit HIV/AIDSyang lain atau kumpulan sokongan

    Jemput kawan-kawan mereka ke rumah

    Membaca buku-buku agama, berkunjung ke tempat-tempatsuci, dan mengamalkan aktiviti-aktiviti keagamaan akandapat memberi ketenangan dan kekuatan jiwa.

    Gangguan sistem saraf

    i) HIV boleh menyerang otak dan menyebabkan kekeliruan, hilangingatan dan hilang keupayaan untuk berfikir dengan waras,pertukaran personaliti seperti tingkah laku yang ganjil.

    ii) Gangguan pada sistem boleh menyebabkan kelemahan otot,strok, sawan, hilang daya penglihatan, tidak dapat mengawalpembuangan najis dan tidak sedar diri.

    iii) Mereka mungkin menghadapi masalah dalam penjagaan diridan mencederakan diri sendiri.

    iv) Jauhkan barang yang membahayakan seperti pisau, gunting,

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    23/37

    23

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    pencukur dan benda-benda tajam di tempat yang selamat.

    v) Bercakap dengan mereka menggunakan ayat yang pendek danmudah difahami.

    vi) Simpan barang keperluan pesakit di tempat yang sama sepanjangmasa, senang diambil dan dapat dilihat.

    vii) Segera berjumpa doktor jika ;

    Masalah ini adalah baru atau tiba-tiba bertambah teruk

    Perubahan kecil pada daya penglihatan

    Perlakuan pesakit tidak dapat dikawal Disertai dengan demam, sakit kepala, masalah pernafasan

    dan kekejangan leher.

    4.4 HIV / AIDS DAN WANITA

    i) Wanita yang dijangkiti HIV/AIDS mungkin mendapat perubahankitaran haid dan ini menimbulkan kebimbangan

    ii) Perubahan kitaran haid ini disebabkan oleh kehilangan beratbadan, tekanan perasaan dan penyakit

    iii) Jangkitan yang teruk pada faraj terutamanya thrush atauvaginal candidiasis iaitu selaput keputihan dan ia bolehmenyebabkan kesakitan yang teruk dan gatal.

    iv) Barah serviks boleh berlaku jika tidak dikesan dan dirawat awal.

    v) Hubungan seks wanita yang telah dijangkiti HIV/AIDS masihboleh menyebabkan kehamilan

    vi) Gunakan kondom setiap kali melakukan hubungan seksuntuk mengelakkan penyebaran jangkitan HIV, jangkitankelamin yang lain dan kehamilan

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    24/37

    24

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    vii) 30% daripada bayi yang dilahirkan oleh ibu positif HIV mungkinakan mendapat jangkitan HIV dari ibu ini.

    viii) Ibu positif HIV tidak digalakkan mengandung dan dinasihatkanberbincang dengan doktor sekiranya bercadang untukmengandung.

    ix) Sekiranya didapati mengandung segera membuat pemeriksaankandungan, kerana rawatan awal dapat mengurangkan risikojangkitan kepada bayi dalam kandungan.

    x) Wanita hamil positif HIV digalakkan bersalin di hospital dantidak di rumah

    xi) Wanita hamil tidak dibenarkan memberi susu ibu kepada bayimereka bagi mengelakkan jangkitan melalui susu ibu.

    xii) Apabila terdapat luka pada faraj ;

    Jangan basuh dengan sabun atau bahan pembasuh

    Keringkan faraj setiap kali selepas membilas

    Segera berjumpa doktor sekiranya ;

    Terdapat thrush atau luka yang menyakitkan

    Terdapat cecair dari faraj yang berwarna dan berbau

    Kesakitan di bawah perut (bahagian ari-ari) disertaidemam

    Pasangan mempunyai luka pada zakar atau zakarmengeluarkan nanah

    Digalakkan menjalani ujian PAP smear setiap 6 hingga 12 bulan.

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    25/37

    25

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    4.5 HIV / AIDS DAN KANAK-KANAK

    i) Kanak-kanak boleh mendapat jangkitan HIV dari ibu merekayang positif HIV semasa dalam kandungan , semasa proseskelahiran atau melalui susu ibu.

    ii) Kanak-kanak yang mendapat jangkitan HIV/AIDS akanmenghadapi masalah kesihatan, disisihkan masyarakat danmungkin menjadi yatim piatu kerana kematian ibubapa akibatAIDS.

    iii) Kanak-kanak yang dijangkitan HIV lebih mudah mendapat

    masalah kesihatan dan lebih cepat mendapat AIDS berbandingorang dewasa

    iv) Bayi yang dilahirkan oleh wanita positif HIV memerlukanpemeriksaan teliti. Sekiranya kanak-kanak tersebut positif HIVmemerlukan penjagaan perubatan yang khusus.

    v) Penjaga bertanggung jawab mempastikan kanak-kanak positifHIV/AIDS mendapat rawatan susulan secara berterusan di

    kemudahan kesihatan/hospital. Rawatan berterusan dapatmemanjangkan hayat kerana melambatkan perkembanganpenyakit AIDS.

    vi) Ibu bapa yang positif HIV patut menyedia dan merangka masadepan anak-anak mereka dengan meninggalkan wasiat danmenyediakan mereka dengan penjaga yang sah.

    vii) Kanak-kanak positif HIV mempunyai hak membesar dan

    mendapat pendidikan yang sama seperti kanak-kanak lain.

    5.0 PEMAKANAN UNTUK PESAKIT HIV / AIDS

    Tujuan utama permakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah

    untuk memberi tenaga dan membantu menguatkan sistem

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    26/37

    26

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    pertahanan badan melawan penyakit seterusnya melambatkan proses

    perkembangan jangkitan HIV kepada fasa AIDS.

    Terdapat beberapa sebab kekurangan zat makanan (nutrien) di kalanganpesakit HIV/AIDS;

    Anoreksia atau tiada rasa lapar yang disebabkan kemurungan,loya atau kesan ubat.

    Sakit ketika makan akibat infeksi di rongga mulut atau esofagus.

    Gangguan rembesan atau penghasilan air liur akibat jangkitan

    atau mal-nutrisi.

    Kesukaran mendapatkan makanan akibat faktor sosio-ekonomi.

    Pemilihan makanan dari berbagai kumpulan makanan adalah penting

    untuk memastikan tubuh mendapat bekalan makanan yang diperlukan.

    Jadual di lampiran 1, memberi panduan kasar mengenai jumlah

    makanan yang perlu diambil.

    5.1 PANDUAN MENGATASI MASALAH KEHILANGAN SELERA MAKAN

    Panduan di bawah boleh digunakan bagi pesakit yang mengalami

    kehilangan selera makan;

    i) Cuba makan sebanyak yang boleh semasa badan merasa sihat.

    ii) Sekiranya sukar, makan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.

    iii) Ambil makanan yang memberikan tenaga nasi, roti dansebagainya.

    iv) Elakkan minum ketika makan kerana ini boleh menyebabkancepat rasa kenyang dan kurang mengambil makanan lain.

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    27/37

    27

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    v) Pelbagaikan rasa dan jenis masakan bagi menambahkan seleramakan.

    vi) Minum air yang telah dimasakkan sekurang-kurang 8 gelassehari.

    vii) Minum minuman berzat seperti susu tepung,dan jus buah-buahan.

    viii) Makan dalam suasana yang tenang, bersama keluarga ataukawan-kawan, dan ini membantu menambah selera makan.

    Infeksi boleh menyebabkan gangguan serapan dan penghadaman yang

    mana sering mengakibatkan cirit-birit yang kronik. Oleh kerana HIV

    menggangu sistem ketahanan tubuh, maka adalah sangat penting untuk

    mengawal jangkitan ke tahap yang paling minima.

    5.2 PANDUAN MENJAGA KEBERSIHAN MAKANAN

    Panduan yang boleh diikuti bagi menjamin kebersihan makanan;

    i) Basuh tangan dengan sabun sebelum mengendalikan makanan

    ii) Simpan makanan yang telah dimasak dengan makan yangmentah secara berasingan.

    iii) Gunakan papan pemotong yang berbeza bagi makanan

    mentah dan yang telah dimasak.

    iv) Jangan makan makanan selepas tarikh luput.

    v) Basuh sayuran mentah dengan sempurna dalam air bersih.

    vi) Masak makanan dengan sempurna.

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    28/37

    28

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    vii) Makanan yang telah dimasak hendaklah dimakan dengan segerakerana kuman boleh membiak dalam makanan dalam masabeberapa jam.

    6.0 SENAMAN

    Senaman adalah penting bagi menjaga kesihatan. Faedah senaman

    kepada pesakit HIV/AIDS adalah untuk;

    i) Membantu mengekalkan berat badan

    ii) Menguatkan otot

    iii) Menguatkan keupayaan otot jantung

    iv) Mengelakkan sendi-sendi dari menjadi kaku

    v) Menggalakkan peredaran darah

    vi) Menambahkan selera makan

    vii) Mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekananperasaan

    viii) Membantu tidur dengan nyenyak

    ix) Badan menjadi sihat dan cergas

    Di antara contoh-contoh senaman yang yang boleh dilakukan

    oleh pesakit HIV/AIDS mengikut kemampuan adalah seperti

    berikut;

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    29/37

    29

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    i) Bagi yang berdaya mereka boleh melakukan senamrobik, berjalankaki, berenang, regangan, taichi, yoga dan sebagainya.

    ii) Bagi yang lemah kaki dan tangan bolehlah melakukan

    pergerakan-pergerakan ringan anggota (range of motionexercise) , berjalan menggunakan tongkat atau alat bantuan.

    iii) Bagi yang terbaring di katil boleh melakukan senaman denganmenggerakkan sendi anggota samada secara aktif (melakukansendiri) atau secara pasif (dibantu oleh penjaga).

    6.1 PANDUAN MELAKUKAN SENAMAN

    Panduan umum berikut digunakan untuk melakukan senaman;

    i) Setiap kali bersenam lakukan mengikut kemampuan jangansampai mudarat.

    ii) Jika terdaya lakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan30 minit setiap sesi.

    iii) Mulakan dengan senaman ringan bagi yang tidak pernahbersenam, tingkatkan secara perlahan-lahan.

    iv) Elakkan dari melakukan aktiviti senaman yang lasak danmudah terdedah kepada kecederaan.

    7.0 PERSIAPAN MENGHADAPI KEMATIAN

    Setiap kehidupan berakhir dengan kematian. Pesakit AIDS akan

    mengalami perubahan fizikal, kurang upaya dan terpaksa

    bergantung kepada orang lain. Mereka juga mungkin mengalami masalah

    kewangan terutamanya mereka yang hidup dengan AIDS. Ini memberi

    kesan psikososial yang serius kepada pesakit, keluarga dan masyarakat.

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    30/37

    30

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    Pesakit muda selalunya mempunyai harapan dan cita-cita yang tidak

    dapat dicapai. Tanggungjawab terhadap anak-anak dan ibu bapa tidak

    dapat ditunaikan. Mereka mengalami tekanan perasaan terutamnya

    dalam menghadapi stigma terhadap pesakit AIDS. Peskit AIDS jugamengalami konflik dan tekanan psikologikal yang hebat. Amatlah penting

    bagi keluarga untuk cuba memahami dan memberi sokongan moral

    disaat mereka memerlukannya.

    7.1 PERKARA-PERKARA YANG PATUT DISELESAIKAN

    Beberapa perkara perlu diselesaikan menjelang kematian seperti; Pesakit digalakkan meninggalkan wasiat yang jelas untuk

    mengelakkan kesulitan yang mungkin timbul

    Sekiranya kedua ibu bapa meninggal dunia, hak penjagaan anakakan ditentukan oleh mahkamah. Untuk mengeklakkan masalahibu bapa digalakkan melantik seorang pemjaga kepada anaknya.

    Pengeluaran wang simapan KWSP boleh disyorkan bagi tujuansara hidup dan rawatan pesakit AIDS dan keluarga.

    Pembahagian harta hendaklah dilakukan semasa hidup supayapesakit meninggal dunia dengan tenang.

    Bagi penganut agam Islam hartanya dibahagikan mengikuthukum faraid. Harta untuk anak angkat dan derma untukkebajikan hendaklah diberi semasa hidup sekiranya perlu.

    7.2 KEMATIAN DI RUMAH

    Keluarga pesakit hendaklah melaporkan segera kepada Pegawai

    Kesihatan Daerah berkenaan bila pesakit meninggal dunia.

    Makluman kepada Pejabat Kesihatan Daerah boleh dibuat secara

    terus oleh keluarga si mati atau melalui balai polis atau penghulu yang

    terdekat.

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    31/37

    31

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    i) Inspektor kesihatan / jururawat kesihatan perlu membuatpenyeliaan terhadap disinfeksi mayat dan pakaian yangdigunakan.

    i i) Bilangan mereka yang terlibat dalam pengurusan mayathendaklah diminimakan. Adalah disyorkan tidak lebih dari5 orang.

    iii) Semua pengurus jenazah dinasihatkan supaya mengambillangkah-langkah perlindungan semasa menguruskan mayatseperti garispanduan pengurusan jenazah HIV/AIDS yang telahdisediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

    iv) Sekiranya waris si mati ingin melihat mayat tersebut, merekahendaklah dibenarkan, tetapi tidak digalakkan untukmemluk atau mencium mayat jika terdapat luka, kudis ataukeluar bahan cecair dari rongga terbuka.

    8.0 LANGKAH-LANGKAH PERLINDUNGAN BAGI PERAWAT YANGMEMBERI PERAWATAN KEPADA PESAKIT HIV / AIDS DI RUMAH

    HIV paling banyak terkandung di dalam cecair badan pesakit HIV/AIDS seperti darah, nanah,muntah, kahak, air mani cecair faraj ,

    najis dan air kencing. Penyebaran HIV boleh berlaku melalui

    percampuran antara cecair badan yang telah tercemar dengan HIV

    dan cecair badan individu yang belum tercemar. Percampuran ini boleh

    berlaku melalui luka atau kudis pada anggota individu yang terdedah.

    Percampuran ini boleh berlaku melalui luka atau kudis anggota yang

    terdedah. Dalam konteks perawatan pesakit HIV/AIDS, walaupun risikojangkitan HIV dari pesakit kepada pemberi rawatan adalah rendah,

    namun langkah keselamatan atau pencegahan standard hendaklah

    sentiasa diikuti.

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    32/37

    32

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    8.1 PANDUAN UMUM LANGKAH PERLINDUNGAN

    Panduan umum langkah perlindungan bagi pemberi perawatan semasa

    menjalankan perawatan pesakit HIV/AIDS di rumah:

    i) Membasuh tangan sehingga bersih sebelum dan selepasmelakukan perawatan , menyediakan makanan dan selepaske tandas dengan menggunakan sabun dan air.

    ii) Jika pemberi rawatan ada luka atau kudis pada bahagian tangan,cuci dan balut luka/kudis tersebut sebelum memberi perawatan

    pesakit.

    iii) Gunakan sarung tangan dan apron plastik pakaibuang apabila;

    perlu menyentuh darah, muntah najis, air kencing

    semasa mencuci mulut , menukar pampers dan mandi

    semasa mencuci kainan yang berlumuran darah ataucecair badan peskit

    semasa membersihkan tumpahan darah atau cecair badanpesakit dilantai

    Cara membersihkan tumpahan darah atau cecair badan di atas lantai;

    Jika sedikit, tuangkan kloroks ke atasnya, lapkan, kemudianbasuh dengan sabun dan air

    Jika banyak tutup dengan kertas (surat khabar/tisu) dahulu,

    tuang kloroks dan tunggu 10 minit, masukkan kotoran kedalam beg plastik basuh dengan sabun dan air dan moplantai dengan air.

    Penyediaan larutan kloroks (1:10) ; 1 bahagian kloroksdengan 9 bahagian air.

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    33/37

    33

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    Pada lantai, dinding, kerusi atau bangku yang mungkin tercemar tetapitiada kesan lapkan dengan larutan kloroks 1 : 100.

    vi) Pembuangan muntah ,air kencing, najis dan kertas tisu yang

    telah dicemari, curah ke dalam tandas. Berhati-hati supayatidak memercik.

    vii) Tuala, kertas, tuala wanita, tampun,kondom, pembalut lukadan pampers yang telah digunakan masukkan ke dalambeg palstik dua lapis, diikat dengan kemas dan dibuangke dalam tong sampah yang tertutup.

    viii) Jika wanita positif HIV bersalin di hospital adalah dinasihatkansupaya uri tidak dibawa pulang.

    ix) Sekiranya uri wanita (positif HIV) bersalin dikendalikan dirumah,ikuti panduan berikut ;

    Gunakan dua lapis sarung tangan semasa mengendalikanuri

    Sesiapa yang ada luka atau kudis di tangan tidak digalakkan

    mengendalikan uri. Jika boleh elakkan daripada membasuh uri tersebut,

    masukkan ke dalam dua lapis beg plastik dan tanam didalam lubang yang dalam.

    Sekiranya uri dibasuh ;

    Di samping memakai sarung tangan, pengendali jugamesti memakai apron plastik, penutup mulut danmata serta kasut but.

    Rendamkan uri ke dalam dua lapis beg plastik hitam

    yang mengandungi larutan kloroks (1:10) selama 10

    minit.

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    34/37

    34

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    Keluarkan uri dari beg plastik, curahkan air ke atas

    uri dengan berhati-hati supaya tidak memercik.

    Masukkan uri ke dalam dua lapis beg plastik hitam

    yang baru, ikat dengan kemas dan tanam.

    Beg plastik yang telah digunakan hendaklah

    dimasukkan ke dalam dua lapis beg plastik yang

    lain, diikat dan dibuang ke dalam tong sampah

    bertutup.

    Bersihkan tempat pencucian dan pengaliran air

    basuhan dengan kloroks 1 :10

    Pengenda li hendak lah mencuci tangan ,

    membersihkan diri selepas mengendalikan uri.

    RUJUKAN :

    1 . Kaunseling HIV/AIDS, Teks Rujukan, Jilid 1, November 2000,Kementerian Kesihatan Malaysia.

    2. Dr. Ditch Townsend, Penjagaan AIDS di Luar Hospital, EdisiPertama 1999.

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    35/37

    35

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    Kumpulan makanan, saiz bahagian dan hidangan yang diperlukan

    dari setiap kumpulan makanan yang diambil setiap hari.

    Kumpulan Makanan & Saiz Bahagian Hidangan / Hari

    Bijirin ( Karbohidrat ) Nasi ( 1 cawan ) Roti ( 1 keping ) Mee / Meehon / Kuay teow dsb. ( 1 cawan ) Pasta ( 1 cawan ) 4 - 6 Bijirin sarapan ( 1 mangkok sederhana )

    Biskut kraker ( 5 keping )

    Buah buahan Epal, pear, pisang ( 1 biji ) Betik ( 1 potong ) Nenas ( 2 potongan kecil ) 3 Jambu Batu ( 1 biji )

    Sayur sayuran Sayur yang telah dimasak ( 1 cawan ) 3

    Daging, kacang dan kekacang Telur ( 2 biji ) Dada ayam ( _ ) Kepak ayam kecil ( 3 ) Daging lembu / kambing ( 1 saiz kotak mancis ) Sate ( 4 cucuk ) 2-3 Kacang / pis kering ( 1 cawan ) Mentega kacang ( 4 sudu kecil ) Ikan ( seekor ikan ) Tauhu ( 1 keping )

    Susu, Keju, Tairu Susu ( 1cawan ) Keju ( 40 gram ) 3 Tairu ( 150 gram )

    Minyak, Mentega, Margerin Minyak zaiton/soya/bunga matahari/jagung

    (1 sudu besar) 3

    Margerin ( 2 sudu kecil )

    LAMPIRAN 1

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    36/37

    36

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HI

    V/AIDS

    DiRumah

    LAMPIRAN 2

    Panduan Am Pengambilan Makanan Rendah Lemak

    Dan Makanan Berfiber

    i) Makanan Rendah Lemak

    Makan hanya potongan daging rendah lemak.

    Buang kulit ayam sebelum masak.

    Pilih kaedah memasak yang menggunakan kurang lemak; contoh :rebus, kukus, panggang dsb.

    Kukus ikan tanpa menambah minyak.

    Minum / makan susu / produk susu yang rendah lemak dan laktos.

    Elakkan;

    Makanan yang digoreng

    Minyak, mentega, margerin, kacang, mentega kacang dan saladdressing.

    Pastri, kek dan pencuci mulut yang kaya lemak Makanan snek berminyak seperti keropok dan kerepek

    ii) Makanan Berfiber

    Makan roti putih yang diperkaya, bijirin rendah fiber, nasi,

    barli dan oatmeal.

    Makan 1 sudu besar dan secara perlahan ditambah kepada 3 sudu

    besar oatbran setiap hari.

    Makan lobak merah dan sayuran berkanji seperti kentang

  • 8/3/2019 Gp_perawatan Hiv Dirumah

    37/37

    Garispan

    duan

    Perawatan

    Pesakit

    HIV/AIDS

    DiRumah