gp kompilasi final_21122014

4

Click here to load reader

Upload: tubagus-thresna

Post on 25-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: GP Kompilasi Final_21122014

1

1.1 TUJUAN Garis panduan ini dinamakan Garis Panduan Penulisan Tesis/Disertasi Kompilasi. Garis panduan ini bertujuan untuk memberikan panduan penulisan tesis/disertasi menggunakan format kompilasi yang jelas kepada pengurusan pengajian siswazah fakulti di Universiti ini.

Garis panduan ini hendaklah terpakai kepada setiap calon yang mendaftar sesuatu program yang mengurniakan Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa garis panduan ini. 1.2 TAFSIRAN Tafsiran bagi suatu perkataan yang digunakan dalam garis panduan ini adalah merujuk kepada tafsiran yang dinyatakan dalam Peraturan UKM (Pengajian Siswazah) 2011.

Dalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain

“calon” ertinya seorang calon berdaftar Universiti yang mengikuti pengajian siswazah di Universiti bagi suatu program;

“disertasi” ertinya karya akademik yang dikemukakan oleh calon bagi memenuhi sebahagian daripada syarat keperluan penganugerahan ijazah bagi mod pengajian kerja kursus dan penyelidikan yang mempunyai komponen penyelidikan sekurang-kurangnya 50%;

“Fakulti” ertinya mana-mana Fakulti/Institut/Pusat yang ditubuhkan di dalam Universiti;

“Ijazah Kedoktoran” ertinya suatu perakuan yang diberikan oleh Universiti kepada seorang calon yang telah memenuhi syarat program Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Doktor Klinikal, Ijazah Doktor Kesihatan Masyarakat, Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan, Ijazah Doktor Pergigian Klinikal atau Ijazah Kedoktoran lain yang diiktiraf oleh Senat;

“Ijazah Sarjana” ertinya suatu perakuan yang diberi oleh Universiti kepada seorang calon yang telah memenuhi syarat program Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Klinikal atau yang setara dengannya;

Page 2: GP Kompilasi Final_21122014

2

“Jabatan” ertinya mana-mana Jabatan atau Pusat Pengajian yang ditubuhkan di dalam Fakulti untuk mengendalikan sesuatu program;

“Jawatankuasa Pemeriksa Siswazah” ertinya suatu jawatankuasa yang

terdiri daripada Dekan Fakulti atau wakilnya/Pengarah Institut atau wakilnya, selaku Pengerusi, Pengerusi Pusat/Ketua Jabatan, Ketua Program Siswazah (jika berkenaan) dan Penyelaras Program Siswazah (jika berkenaan) untuk menimbang dan memperakukan keputusan peperiksaan calon selain mod penyelidikan;

“Kompilasi” ertinya penulisan tesis yang merupakan gabungan artikel-artikel

yang telah diterbitkan atau telah diterima untuk penerbitan seperti yang diperinci dalam syarat penulisan tesis format kompilasi (Perkara 1.4)

“Tesis” ertinya sebuah karya akademik bagi pengajian peringkat Ijazah

Sarjana dan Ijazah Kedoktoran bagi calon yang mengikuti pengajian mod penyelidikan sahaja;

“Universiti” ertinya Universiti Kebangsaan Malaysia. 1.3 PENULISAN TESIS/DISERTASI FORMAT KOMPILASI Penulisan tesis/disertasi format kompilasi adalah gaya penulisan alternatif kepada penulisan tesis/disertasi format gaya UKM yang sedia ada iaitu format konvensional. Format ini adalah khusus untuk pelajar yang telah menerbit atau telah diterima untuk penerbitan hasil penyelidikannya di jurnal impak tinggi yang diiktiraf oleh Senat dalam tempoh pengajian calon. Peraturan–peraturan yang terkandung dalam garis panduan ini adalah tafsiran kepada Bahagian V, Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2011 atau apa-apa pindaan yang berkaitan selepas ini 1.4 SYARAT-SYARAT BAGI PENULISAN TESIS/DISERTASI FORMAT

KOMPILASI

1. Penyelia bersetuju bahawa tesis penyelidikan yang telah dijalankan ditulis dalam bentuk tesis kompilasi.

2. Calon mesti memohon kepada pihak fakulti/institut untuk menulis

tesis/disertasi dalam format kompilasi semasa peringkat Notis Penyerahan Tesis/Disertasi

Page 3: GP Kompilasi Final_21122014

3

3. Calon mestilah telah menerbit atau telah diterima untuk penerbitan makalah dalam jurnal impak tinggi yang diiktiraf oleh fakulti. Namun demikian setiap disiplin memerlukan tahap impak yang berbeza bagi memastikan kualiti yang setaraf dengan pengajian PhD atau Sarjana.

4. Kertas/artikel perlu memenuhi skop dan objektif penyelidikan yang

dijalankan oleh fakulti.

5. Bilangan makalah adalah tidak kurang daripada EMPAT untuk calon PhD dan DUA untuk calon Sarjana. Namun demikian pihak fakulti bebas menentukan bilangan makalah yang sesuai untuk memastikan kualiti yang setaraf dengan pengajian PhD atau Sarjana.

6. Pelajar mestilah mendapatkan kebenaran hak cipta daripada

penerbit makalah yang diterbitkan.

7. Pelajar mestilah penulis pertama (first author) atau penulis sepadan (corresponding author) bagi setiap makalah yang dinyatakan seperti di atas dan ditulis bersama penyelia.

8. Kesemua makalah perlu berkaitan dan merangkumi skop

penyelidikan yang dinyatakan dalam tajuk dan objektif kajian. 9. Kertas yang dibentangkan di persidangan atau seminar, dan kertas

yang diterbitkan di prosiding persidangan atau seminar tidak boleh diterima sebagai artikel kompilasi.

10. Bagi pelajar berstatus warganegara, di mana tesis mesti ditulis

dalam Bahasa Melayu kecuali dengan kebenaran fakulti/institut, artikel boleh ditulis dalam bahasa ia diterbitkan. Namun pelajar mesti menyertakan ringkasan artikel dan maklumat jurnal penerbitan di dalam Bahasa Melayu mengikut format seperti Perkara 1.5 .

1.5 FORMAT TESIS/DISERTASI

a) Penulisan Format Tesis/Disertasi dalam Bahasa Melayu

Keseluruhan tesis perlu dibuat mengikut GAYA UKM. Kandungan

tesis/disertasi perlu merangkumi perkara berikut :

Page 4: GP Kompilasi Final_21122014

4

1. Bab 1 Pengenalan 2. Bab 2 Kajian Kepustakaan 3. Bab 3 Bahan dan Metodologi 4. Bab 4, 5, 6 dan 7 Mengikut tajuk makalah yang telah diterbitkan dan

hendaklah dituliskan setiap bab dalam format berikut ;

1.1 Maklumat jurnal 1.2 Abstrak lanjutan

5. Bab 8 Perbincangan dan perspektif keseluruhan kajian 6. Bab 9 Kesimpulan 7. Rujukan 8. Makalah yang dterbitkan diletakkan sebagai lampiran

b) Penulisan Format Tesis/Disertasi dalam Bahasa Inggeris

Keseluruhan tesis perlu dibuat mengikut GAYA UKM. Kandungan

tesis/disertasi perlu merangkumi perkara berikut :

1. Bab 1 Pengenalan 2. Bab 2 Kajian Kepustakaan 3. Bab 3 Bahan dan Metodologi 4. Bab 4, 5, 6 dan 7 Mengikut tajuk makalah yang telah di terbitkan dan hendaklah dituliskan setiap bab dalam format berikut ;

4.1 Tajuk 4.2 Maklumat jurnal 4.3 Ringkasan/Abstraks 4.4 Pengenalan dan objektif 4.5 Bahan dan Metodologi 4.6 Keputusan dan perbincangan atau keputusan dan

perbincangan diasingkan mengikut format jurnal yang di terbitkan

4.7 Kesimpulan 4.8 Rujukan

5. Bab 7 Perbincangan dan perspektif keseluruhan kajian 6. Bab 8 Kesimpulan 7. Rujukan