golongan anti hadis.doc

13
GOLONGAN ANTI-HADITH Assalamualaikum, Mohon maklumat bagi sesiapa yang mengetahui apakah gagasan/ prinsip/ pegangan/dasar golongan ini. Apakah identiti atau cara mengenali mereka. -------------------------------------------- Jawab: Kumpulan Anti hadis atau jama'ah AlQur'an Gagasan/prinsip/pegangan/dasar: 1. Menolak hadis sebagai sumber aqeedah dan syari'at Islam 2. menolak dua kalimah syahadah 3. menolak qadha dan qadar 4. memesong pengertian sebenar maksud alQur'an oleh pentafsirnya Dr Rashad Khalifa. 5. Hadith/Sunnah adalah ajaran palsu dan punca kelemahan dan perpecahan umat Islam 6. menerima selain AlQuran sebagai sumber hukum adalah sesat dan syirik. Mula berkembang di USA pada tahun 60-70'an oleh Dr Rashad Khalifa yang menemui teori kod 19 dan menggerakkan gerakan al Qur'an di Masjid Tuscon Arizona. Rashad Khalifa kelahiran Mesir (1930-1990) telah menterjemah dan mengeluarkan kitab tafsir al Qur'an yang memesongkan maksud sebenar alQur'an dan merendahkan martabat kerasulan. Pada tahun 1989 dia telah mengisytiharkan dirinya sebagai Rasul dan dia telah dibunuh secara misteri pada tahun 1990. Di Malaysia ia diasaskan oleh Kassim Ahmad, kelahiran Baling Kedah (1933) telah terpengaruh dengan ajaran Rashad Khalifa dan telah mengembangkannya di Malaysia pada tahun 1985. beliau telah menulis sebuah buku, 'Hadis satu Penilaian semula' yang telah diharamkan oleh Pusat Islam; kemudian Kassim telah menubuhkan Jama'ah alQur'an Malaysia tetapi ditolak oleh pendaftar Pertubuhan. Jama'ah antiHadis atau Jama'ah alQur'an diwartakan sesat pada tahun 1995 oleh Majlis agama Islam Selangor dan diikuti oleh negeri-negeri lain pada tahun berikutmya. Kumpulan ini masih aktif. Bagaimana mengenali mereka? Ambillah kata-kata Umar alKhattab RA' kita menghukum seseorang berdasarkan zahir seseorang;

Upload: danjuro-hamada

Post on 10-Apr-2016

18 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ANTI HADIS

TRANSCRIPT

Page 1: golongan anti hadis.doc

GOLONGAN ANTI-HADITH Assalamualaikum, Mohon maklumat bagi sesiapa yang mengetahui apakah gagasan/ prinsip/ pegangan/dasar golongan ini. Apakah identiti atau cara mengenali mereka.-------------------------------------------- Jawab: Kumpulan Anti hadis atau jama'ah AlQur'an Gagasan/prinsip/pegangan/dasar: 1. Menolak hadis sebagai sumber aqeedah dan syari'at Islam 2. menolak dua kalimah syahadah 3. menolak qadha dan qadar 4. memesong pengertian sebenar maksud alQur'an oleh pentafsirnya Dr Rashad Khalifa. 5. Hadith/Sunnah adalah ajaran palsu dan punca kelemahan dan perpecahan umat Islam 6. menerima selain AlQuran sebagai sumber hukum adalah sesat dan syirik. Mula berkembang di USA pada tahun 60-70'an oleh Dr Rashad Khalifa yang menemui teori kod 19 dan menggerakkan gerakan al Qur'an di Masjid Tuscon Arizona. Rashad Khalifa kelahiran Mesir (1930-1990) telah menterjemah dan mengeluarkan kitab tafsir al Qur'an yang memesongkan maksud sebenar alQur'an dan merendahkan martabat kerasulan. Pada tahun 1989 dia telah mengisytiharkan dirinya sebagai Rasul dan dia telah dibunuh secara misteri pada tahun 1990. Di Malaysia ia diasaskan oleh Kassim Ahmad, kelahiran Baling Kedah (1933) telah terpengaruh dengan ajaran Rashad Khalifa dan telah mengembangkannya di Malaysia pada tahun 1985. beliau telah menulis sebuah buku, 'Hadis satu Penilaian semula' yang telah diharamkan oleh Pusat Islam; kemudian Kassim telah menubuhkan Jama'ah alQur'an Malaysia tetapi ditolak oleh pendaftar Pertubuhan. Jama'ah antiHadis atau Jama'ah alQur'an diwartakan sesat pada tahun 1995 oleh Majlis agama Islam Selangor dan diikuti oleh negeri-negeri lain pada tahun berikutmya. Kumpulan ini masih aktif. Bagaimana mengenali mereka? Ambillah kata-kata Umar alKhattab RA' kita menghukum seseorang berdasarkan zahir seseorang; Kita dapat mengenali mereka dengan melihat cara hidup mereka dan mendengar percakapan dan membaca penulisan mereka yang hanya berpegang kepada alQur'an. Itulah mereka. sekian,

PERBAHASAN GOLONGAN ANTI HADITH - ISU SALAM jentayu wrote: Maaf kerana mengenengahkan isu ni . Saya risau kerana saya dapati pihak pihak antihadith ni berkeliaran dalam IRC (internet relau chat) dan juga emails. (Saya masih lagi menerima emails dari pihak ini) Untuk paduan saya apakah the most effective response kepada soalan berikut? (Soalan yang sering diketengahkan oleh pihak anti hadith ini) 1. Kenapakah umat Islam mengucapkan Assalamulaikum sedangkan dalam Alquran Allah menyuruh kita mengucapkan Salamun alaikum . ---------------------------------------------------- Jawab:

Page 2: golongan anti hadis.doc

Apabila kita diserang oleh ideologi yang asing bagi kita, maka langkah pertama ialah kita boleh menangkis serangan mereka dengan mendapat kejelasan terhadap isu yang dibawa oleh mereka, dalam hal ini kumpulan AH. Berikut saya perturunkan dialog saya dengan salah seorang ahli kumpulan itu tidak lama dulu di rangkaian msm-net. ------------------------------------ 45. Lafaz Salam anti-hadis menulis, open quote: Salamun 'alaikum dangt;Surah Al-An'aam(6) ayat 54:Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami datang kepadamu maka katakanlah : Salaamun-alaikum, bahawa barangsiapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakan dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang Tuhan mengajar kepada kita dari perkara kecil iaitu memberi salam dengan bentuk ucapannya sekali tetetapi kita mencipta dan menambah ucapan salam yang lain - seolah-olah kita lebih mengetahui daripada Tuhan. -----------close quote from che'mat------------- Jawapan THTL: Wa'alaikumussalam, Tajuk perbahasan: Manakah lafaz salam yang lebih afdhal: Salaamun alaikum atau Assalamu'alaikum?! Saya hendak memperbetulkan sedikit ucapan salam yang dikemukakan oleh saudara Chemat; saudara telah mengambil lafaz alQur'an 'salaamun alaikum' yang mana ia bukanlah lafaz yang dipraktikkan dalam kehidupan sebenar RasuluLlah saw dan golongan salaf atau khalaf. Lafaz salam yang dipraktikkan oleh sunnah ialah: Assalamu'alaykum warahmatuLlah Saya akan syarah dengan panjang lebar jika keliru kenapa terdapat perbezaan antara lafaz alQur'an dan lafaz sunnah/hadith: Perbahasan: Lafaz salam yang paling afdhal ialah: Assala mu'alaikum warahmatuLlahi wabarokaatuh. Ini pandangan al Imam Abul Hassan al Maturidi (kitab: al Haawi fi Kitabi Sya'ir) dan Imam al-Mutawalli. Dalil hadisnya: HR adDarimi, Abu Daud, Tirmidhi, status: hasan), dari Imran bin Husain: Seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu memberi salam: 'Assalamu'alaikum', maka Nabi saw menjawabnya. Nabi bersabda : Sepuluh hasanah. Kemudian datang seorang lagi seraya mengucapkan, Assala mu'alaykum warah matuLlah. Maka nabi menjawabnya, kemudian Nabi saw bersabda, 20 hasanah. Kemudian datang pula seorang yang lain, seraya ia mengucapkan, Assala mu'alaikum warah matuLlahi wabarokatuh. Nabi menjawab dan bersabda, 30 hasanah. Pandangan Imam Nawawi dan madzhab Syafi'iy (kitab: al Azkar bab Adab) Lafaz salam ' Assalamu'alaikum' sudah cukup ataupun 'Assala mu'alaika' adalah memadai; manakala menjawab salam memadai dengan lafaz: 'Wa'alaikumussalam' atau Wa'alaikas salam'. Menurut Imam Nawawi lagi, ucapan salam yang yang digunakan oleh alQur'an seperti Ibrahim melafazkan 'salam' dalam ayat 25 Ad Dzaariyat itu adalah syariat yang terdahulu dalam bahasa Hebrew atau Ibrahimic. Juga ucapan yang disyari'atkan untuk Nabi Adam as. Mengikut Imam Abu Hassan al Wahidi asySyafi'i: aku berpendapat salam yang dimulakan dengan lafaz Assalam adalah lebih afdhal daripada Salaamun. Pandangan Imam-imam lain:

Page 3: golongan anti hadis.doc

1. Abu Bakar Jabir al Jazairi (kitabnya Adabul Muslim) lafaz salam yang betul ialah: Assalamu'alaikum warahmatuLlah. lalu berjabat tangan, yang diberi salam menjawab: Wa'alaikumussalam.

2. Abdullah Nasih Ulwan dalam Tarbiatul Awlad juga menggunakan lafaz Assala, bukannya salamun.

3. Syaikh Yusof Qardhawi dalam Fatawa Mu'asirat juga menyebut lafaz salam yang betul ialah yang bermula dengan Assalamu'alaikum bukannya Salaamun alaikum.

Kesimpulan: Lafaz alQur'an tidak semestinya boleh terus dilaksanakan, kita kena melihat sunnah bagaimana ia dilaksanakan. Kalimah Salamun 'alaikum itu hanyalah anjuran untuk bersalam; tetapi cara sebutan yang betul ialah melihat pula kepada sunnah nabi saw. Adapun lafaz salamun itu adalah syari'at yang terdahulu, di mana Orang Yahudi memberi salam dalam bahasa Hebrew. Shalom (salam).sekian THTL ------------------------------------------------------- Perbahasan lanjutan dari che'mat... SALAAMUN 'ALAIKUM saudara, Surah 58 ayat 8: Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) akan orang-orang (Yahudi) yang telah dilarang daripada perbuatan berbisik-bisik, kemudian mereka berbalik melakukan perbuatan yang telah dilarang itu serta mereka berbisik-bisik berkenaan dengan melakukan dosa dan pencerobohan serta kederhakaan kepada Rasulullah? Dan lagi apabila mereka datang kepadamu, mereka memberi salam hormat bukan dengan lafaz salam hormat yang diberikan Allah kepadamu; dan mereka berkata sesama sendiri: (Kalau benar Muhammad utusan Tuhan, maka) sepatutnya kami diseksa oleh Allah disebabkan (kata-kata buruk) yang kami ucapkan itu? Cukuplah untuk mereka neraka Jahannam, yang mereka akan dibakar didalamnya; maka itulah seburuk-buruk tempat kembali. Ayat diatas ada saya sertakan dalam mel pertama saya: Dan lagi apabila mereka datang kepadamu, mereka memberi salam hormat bukan dengan lafaz salam hormat yang diberikan Allah kepadamu; Terjemahan ini saya petik dari SAKHR Ayat ini dengan jelas menerangkan larangan Tuhan supaya tidak memberi lafaz salam hormat lain daripada apa yang tuhan wahyukan. Saudara terlupa untuk mengulas ayat ini dalam mel yang lepas. Persoalan yang saudara bangkitkan akan saya ulas selepas mendapat jawapan ini ----------------------------- Komentar THTL: Baiklah saya akan ulas tafsir ayat 58:8 daripada tafsir Qurthubi: Ayat ini ditujukan kepada sekumpulan orang Yahudi yang datang menemui Nabi saw: mengikut Qatadah: mereka melafazkan ucapan salam: Assaamulaykum (bererti: binasa atau matilah engkau) Mengikut Aisyah RA: org yahudi datang kepada Nabi saw dan mengucap salam: Assaam alaik ya Abal Qaasim (binasa atas engkau ya bapa si Kasim) Ia tidak ada kaitan dengan perbahasan ayat 6: 54: Ayat 6:54; Allah menyuruh kita supaya mengucap salam; maka lafaz salam yang popular diucapkan oleh Nabi saw ialah Assalamu'alaikum. Mengikut perbahasan mufassir, adalah tidak salah untuk mengucap lafaz yang saudara suka itu yaitu Salaamun alaikum. Ia adalah khilaf, namun lafaz assalamualaikum yang diketahui umum adalah lebih popular dan Jibrail tidak menegur RasuluLlah saw sehinggalah baginda wafat. Ini bermakna lafaz RasuluLlah saw itu adalah menepati ayat tersebut. Untuk menamatkan cerita..jika

Page 4: golongan anti hadis.doc

saudara suka dengan lafaz itu, silalah..maknanya tidak lari dari lafaz Assalamu'alaikum. jangan Good morning atau Hoi udahlah.sekian, THTL AHMAD ZAMREE B. SHAARI, MMP wrote: THTL wrote: Tajuk perbahasan: Manakah lafaz salam yang lebih afdhal: Salaamun alaikum atau Assalamu'alaikum?! ----------------------- Soalan saya: Saya kurang faham tentang perbezaan lafaz al-Qur'an dan lafaz al-Hadith. Kenapa kita tidak boleh ambil terus dari al-Qur'an sedangkan maknanya sama dan kenapa pula Rasulullah tidak menggunakan lafaz al-Quran? Harap THTL boleh terangkan. --------------------------------------------- Jawab: Utk memahami lafaz-lafaz al Qur'an (dan hadis), kita hendaklah difahami dengan kaedah-kaedah bahasa Arab. Firman Allah (maksud),Sesungguhnya Kami turunkan alQur'an itu dalam bahasa Arab. (Yusof: 2) Firman Allah lagi (maksud): Dengan lisan Arab yang jelas. (Asy Syu'ara:195) Lafaz-lafaz alQur'an ini tidak boleh diambil secara terlalu memberat-beratkan (takalluf) atau membabibuta (ta'assuf); Takalluf ialah memahami lafaz-lafaz alQur'an dengan makna-makna yang susah dan sukar (seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil yang terlalu memberat-beratkan lafaz kalimah 'baqarah' (sapi betina) hingga amat sukar bagi mereka untuk melaksanakan perintah Allah supaya menyembelih sapi itu). Manakala Ta'assuf ialah mengambil lafaz-lafaz alQur'an tanpa panduan dan petunjuk; hanya sanya mengikut akal fikiran. Misalnya ayat ini (maksud), maka berjalanlah kamu di muka bumi selama 40 hari. (atTawbah:2) Maka mereka mentafsirkan makna ayat ini ialah kewajipan keluar berdakwah selama 40 hari dalam setahun. Ini tidak benar! Kemudian datang kaum zindik membawa ayat: apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka katakanlah, salaamun 'alaikum..(al An'am:54) Maka mereka terus menerima pakai lafaz alQur'an itu secara ta'assuf (membabibuta, terus beramal dengannya tanpa ilmu dan petunjuk) Bolehkah kita beramal terus dengan ayat-ayat alQur'an? Boleh. Dengan syarat kita melihat tafsirannya yang ditafsir dengan lebih jelas oleh ayat-ayat lain, sebab sebaik-baik tafsir atau pengertian ayat ialah apa yang diperinci oleh ayat-ayat yang lain. Bagaimana jika kita merasa was-was dan tidak pasti dengan makna-makna atau lafaz alQur'an itu?Atau tidak ada ayat-ayat lain yang menjelaskan dengan lebih terperinci. Maka di sinilah peranan assunnah, kerana assunnahlah yang mensyarahkan alQur'an, menjelaskan dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. Lihat Firman Allah yang menjelaskan peranan sunnah: Maksud ayat: Dan tiadalah Kami turunkan kitab kepadamu, melainkan supaya kamu jelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan, juga untuk menjadi petunjuk hidayat dan rahmat bagi kaum yang beriman. (an Nahl: 64) Lagi, (maksud),dan tiadalah dia (Muhammad) itu berkata-kata menurut hawa nafsunya, tiada lain yang disampaikan melainkan wahyu yang diwahyukan. (an najm) HR Abu Daud dari al Miqdam bin Ma'adi RA katanya, RasuluLlah saw bersabda, Ingatlah sungguh aku telah diberi alQur'an dan yang serupa dengan alQur'an (assunah) selain daripada alQur'an.

Page 5: golongan anti hadis.doc

HR Imam Malik (al Muwatta # 899) (maksud) Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang kepada keduanya: Kitaballah dan sunnah Rasul-Nya. --------------------------------------------- Mari kita tengok bab salam yang diambil lafaznya dari alQur'an: Firman Allah (maksud), Maka apabila kamu memasuki rumah-rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya dengan salam yang ditetapkan di sisi Allah, yang penuh berkat lagi baik. an Nur: 61 Firman-Nya lagi, Apabila kamu diberi salam kehormatan, maka balaslah salam kehormatan itu dengan salam yang lebih baik daripadanya atau salam yang serupa dengannya. (an Nisaa':86) Ayat lain, Sudahkah sampai kepadamu cerita tetamu Ibrahim yang mulia, Ingatlah ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan salam. Ibrahim menjawab,salam (maksud ayat: AdzDzariyat: 24) Kemudian ayat al An'am: 54, katakanlah salaamun 'alaikum. Maka dari sini kita dapati ada macam-macam kalimah yang digunakan oleh alQur'an, arahan supaya mengucap salam, kemudian lafaz Ibrahim salam dan di ayat yang lain salamun alaikum Maka untuk mendapat lafaz yang tepat, maka di sinilah peranan alHadis. sebagaimana arahan alQur'an, apa-apa yang dibawa atau diberi oleh Rasul, maka terimapakailah, dan apa-apa yang ditegahnya, maka jauhilah dia. alHasyr: 7 Bukan setakat Nabi saw mengajar lafaz salam yang betul, malah baginda telah mengajarkan pula bagaimana menjawab salam dengan lebih baik, bagaimana salam di sebalik tembok, salam kepada wanita, salam kepada kumpulan, orang berjalan kaki dan yang menunggang kenderaan dan kepada orang kafir. Kemudian ulamak memperpanjangkan lagi sesuai dengan ruh sunnah, seni menyampaikan salam kepada orang buta, tuli dan bisu, bila sunat, makruh dan harus memberi salam, dan seterusnya. sekian semuga jelas. TH

PERBAHASAN GOLONGAN ANTI HADITH - AIR KENCING UNTAIsu Jama'ah alQur'an (Anti Hadith): Tuduhan bahawa sahih Bukhari tidak layak diberi status sahih kerana memasukkan hadis Arab Badwi minum air kencing unta untuk perubatan. -------------------------------------------------------------- Jawab: Hadis tentang khasiat air kencing unta sebagai ubat memang ada diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik dan hadis ini adalah hadis Ahad. Ini akan dijelaskan oleh dua tokoh yang hebat iaitu Ibn Khaldun (Muqaddimah) dan Prof Qardhawi (Fatawa Muasirat) Mula-mula kita lihat komentar Ibn Khaldun dalam Muqaddimah, Cairo, 1867, pg 412-413). Arab Badwi (Bedouins Arab), sejak purbakala lagi telah mempraktikkan pelbagai amalan perubatan yang kebanyakan diasaskan kepada pengalaman yang terhad dan juga sebagai sesuatu yang diwarisi dari nenek-moyang mereka. Memang ujud dukun-dukun Arab Badui yang masyhur antaranya al Harith Ibn Kalada. Amalan perubatan tradisional Arab Badui ini kadang-kadang berkesan, namun ia tidaklah menepati

Page 6: golongan anti hadis.doc

susurgalur ilmu perubatan tabi'iy kerana ia hanyalah suatu percubaan yang kadang-kadang menjadi dan kadang-kadang tidak. Jika ada orang yang membawa masuk amalan perubatan ini ke dalam Islam dinamakan sebagai perubatan Islam atau perubatan menurut sunnah sebenarnya tidaklah tepat. Tidak patut sekali jika ia digabungkan sekali kedalam kitab seerah RasuluLlah saw atau menamakan dengan perubatan Nabawi kerana ia bertentangan dengan tujuan wahyu diturunkan. Wahyu tidak turun untuk menerangkan tentang perubatan dan sesuatu yang bersifat adat resam hidup seperti RasuluLLah saw melihat seorang sahabat sedang mengahwini benih kurma dengan sabdanya, engkau lebih mengetahui urusan dunia mu Maka aku beranggapan (bn Khaldun) tidap wajar menggabungkan hadis-hadis tentang perubatan walaupun hadis-hadisnya hasan-sahih sebagai pakej koleksi hadis sumber hukum. Aku berpendapat jika seseorang beramal dengan kandungan hadis sahih tentang perubatan itu mungkin sembuh bukan kerana ubat itu tetapi berkat keyakinan dan keimanan kepada hadis itu. ----------------------------------- Kita lihat pula apa kata Qardhawi (Koleksi Fatwa-fatwa Terkini) Hadis Anas bin Malik tentang air kencing unta boleh dijadikan ubat.Hujah kita untuk menolak fahaman antihadis: saringan pandangan Qardhawi dan Syawkani (Nailool Awthor) Pertama : Jumhur fuqaha' (Maliki, Hanafi, Abu Yusof, Awza'iy, Hanbali dan Zuhri) menjelaskan sucinya air kencing binatang yang halal dagingnya (termasuk unta).(Syawkani, Nailool Awthor, jld 1, pg 49) , sesiapa yang dibesarkan dengan madzhab Syafi'iy tentulah merasa jijik kerana bagi madzhab Syafi'iy air kencing unta adalah najis. Kedua:HADIS itu tiada kaitan dengan usuluddin (pokok agama); ia tidak ditetapkan oleh unsur Ilahiyat (yang diwahyukan melalui alQur'an) dan Nubuwwah (ajaran yang ditetapkan oleh Nabi), atau Sam'iyat (semitic); ia tiada kaitan dengan kewajipan agama yang wajib dilaksanakan; ia tidak ada kaitan dengan hukum halal dan haram seperti yang dijelaskan oleh Ibn Khaldun) Ketiga:Hadis air kencing unta ini adalah tergolong dalam hadis-hadis ahad yakni yang tidak mencapai taraf mutawatir (yang diriwayat oleh ramai perawi); maka kita tidak wajib beramal dengan hadis ahad seperti hadis ini. (Qardhawi, fatawa mu'asirat) Keempat: Oleh kerana air kencing unta dianggap ubat oleh masyarakat Arab badui ketika itu; ia boleh dibuktikan dengan perubatan moden melalui uji-kaji. Kelima: Jika masa telah berkembang dan manusia merasa jijik dengan air kencing unta dan perubatan moden telah menemui hampir kesemua ubat penyakit yang tidak diketahui masa dulu, maka hadis ini tidak perlu diungkitkan. Seperti saranan Ibn Khaldun sepatutnya hadis-hadis tentang perubatan tidak dimasukkan sekali kedalam koleksi hadis yang membicarakan usul agama kerana ia boleh mengelirukan manusia tentang fungsi agama. Apa yang disampaikan oleh Nabi hanyalah apa yang biasa dilakukan oleh tradisi Arab Badwi dan bukanlah suatu yang diwahyukan khusus mengenai perubatan. Kesimpulan:

Page 7: golongan anti hadis.doc

1. Usaha kumpulan anti hadis untuk merendahkan kewibawaan Imam Bukhari adalah satu usaha yang sia-sia. Ini kerana hadis dalam koleksi Bukhari tentang perubatan adalah tidak penting kerana wahyu datang bukan bertujuan menerangkan soal perubatan. Ia hanya bersifat sampingan yang bercampur dengan amalan tradisional masyarakat padang pasir.

2. Hadis-hadis Nabi tentang perubatan tidaklah satu yang termaktub dalam urusan Nubuwwahnya (kerasulannya tidaklah mencakupi bidang perubatan, sains dan teknologi); apa yang disampaikan oleh Nabi kepada mereka yang menghadapi masalah kesihatan ialah apa yang biasa diamalkan oleh orang Arab terutamanya Arab badui.

3. Status hadis perubatan seperti sayap lalat mengandungi racun dan penawar dan air kencing unta boleh dijadikan ubat bukanlah hadis mutawatir atau hadis yang muttafaq 'alaih (yang disepakati keatasnya); maka jika kita tidak mahu beramal dengannya tidaklah menyebabkan kita terkeluar dari Islam. Yang boleh menyebabkan kita keluar daripada Islam ialah apa yang dilakukan oleh anti Hadis, mereka banyak mengeluarkan kenyataan yang mengejek Islam, ulamak dan hadis-hadis.

sekian TH

Ada teguran dari saudara (identiti dirahsiakan) kita yang menyatakan hadis RasuluLlah saw tentang anjuran minum air kencing unta adalah Hadis Mutawatir dan kalaupun ia hadis Ahad, menurut setengah ulamak, wajib beramal dengannya. -------------------------------- Maka inilah penjelasan lanjut: ------------ open quote: ------------------Saya rasa banyak aspek yang diutarakan oleh akh diperselisihkan oleh ulama. Contohnya ada ulama yang mengatakan hadith Ahad wajib diamalkan setelah disabitkan kesahihannya (lihat mana-mana kitab Usul Fiqh) Kebanyakan hadith adalah Ahad dan yang mutawatir adalah sedikit jadi sudah tentu ada perkiraan lain untuk menentukan sama ada sesebuah hadith wajib diamalkan atau tidak. Apa yang disebut oleh Qaradawi dalam Fatawa adalah sama ada hadis Ahad memberi ilm yakini atau dzanni. Begitu juga hadith kencing unta adalah mattafaqun alaihi (Bukhari dan Muslim) dan menurut ulama hadith ia adalah antara jenis sahih yang terkuat. ------------- end quote: --------------------THTL reply:Jazakallah khair, Walaupun ia jatuh hadis atau ahad atau muttafaq alaih, namun ia jatuh bab perubatan yang tidak merupakan tujuan asal nubuwwah (seperti yang dejelaskan oleh Ibn Khaldun), walaupun ia adalah hadis yang sahih, namun dengan advancement dalam medical development, remedy yang telah disembuhkan oleh air kencing unta sudah terdapat ubat alternatif yang lebih acceptable . Bayangkan masyarakat yang tidak terdapat unta seperti Malaysia, sudah tentulah ia tidak dapat beramal dengan hadis ini walaupun ia hadis mutawatir. Kalau kita menyuruhnya orang Hindu India minum air kencing lembu ia dapat menerima tanpa masalah sebab lembu adalah suci bagi mereka. Misalnya ada sahabat yang mengadu sakit perut, RasuluLlah saw menyuruhnya minum madu lebah. Tidaklah menjadi kewajipan setiap orang Islam untuk minum madu lebah bila setiap kali sakit perut; zaman kita langkah yang terbaik ialah pergi cek di klinik untuk ditentukan sebab sebenar kenapa sakit perut.

Page 8: golongan anti hadis.doc

Begitu juga dengan sakit mata, boleh dititik madu lebah kedalamnya, namun langkah terbaik ialah pergi berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mengenalpasti penyakit. Kita meninggalkan hadis mutawatir minum madu lebah bila sakit perut itu tidaklah berdosa sebagaimana kita melanggar hadis mutawatir dalam syarat-syarat rukun solah. Meninggalkan hadis dalam bab perubatan tidak sama dengan meninggalkan hadis dalam bab iman, dan ibadah. Inilah konsep yang Ibn Khaldun dan Qardhawi hendak terangkan bahawa hadis-hadis Nabi tentang perubatan tertakluk kepada zaman dulu yang mana ilmu perubatan amatlah primitif. Tidak bermakna kita meninggalkan hadis mutawatir dalam bab minum madu lebah dan air kencing unta kita telah ingkar kepada RasuluLlah saw. Kita juga tidak memperlecehkan Bukhari dalam hal ini. Kita ambil contohnya amalan bersugi, menggunakan kayu sugi itu bukanlah sunnah hakiki, yang sunnahnya ialah oral hyangiene (termasuk memberus gigi dengan berus yang moden, ubat gigi dengan tartar control, juga regular dental check-up) Inilah sunnah kerana ia dapat menjaga gigi dengan lebih baik. Begitu juga dengan perubatan, sunnah ialah mencari ubat bila sakit. Madu dan air kencing unta itu adalah apa yang biasa digunakan oleh umat zaman dulu; atau akar-akar kayu oleh umat Melayu dan Cina. Yang perlu kita tekankan ialah sunnahnya mencari ubat bila sakit, madu dan air kencing unta atau akar kayu itu hanyalah releven dengan sesuatu penyakit sahaja atau untuk zaman tertentu. Namun dengan penemuan baru dalam alopati dan hemeopati itu, maka ubat-ubat baru yang lebih saintifik dengan teknik pembedahan laser serta IT, maka ini sebenarnya lebih sunnah. Kita tak mahu diketawakan oleh umat lain hanya bergantung dengan air kencing unta dan madu lebah yang memang mujarab pada 1600 tahun dulu, sedangkan penyakit-penyakit baru mendatangi manusia dalam bentuk yang lebih yang memerlukan ubat-ubatan yang lebih canggih. Saya ambil contoh hadis yang mengatakan, jika dengan usaha kamu seorang mendapat hidayah, ia lebih baik daripada unta yang merah. Kalau zaman sekarang apa nilainya unta merah berbanding dengan sebuah private jet atau Rolls Royce. Maka hadis ini hendaklah difahami dengan,jika dengan usaha kamu seseorang mendapat hidayah, maka ia lebih baik daripada sebuah private jet. barulah kena! Ini bermakna kalau RasuluLlah saw hidup di zaman kita dan ia melihat seorang sedang sakit, niscaya baginda akan berkata, kenapa ia tidak pergi ke hospital untuk mendapat rawatan? Baginda tidak akan berkata, berilah kepadanya air kencing unta. Inilah pendapat Qardhawi dalam bukunya 'Bagaimana kita berinteraksi dengan asSunnah. Kita hanya mengambil makna lahir dan gagal menyelami maksud sesebuah hadis yang kadang-kadang hanya membawa makna lain yang mendalam. ma'af kerana huraian yang agak panjang.TH