jawapan kepada golongan anti hadis

141
Kandungan Kata Penghantar Bahagian A: 20 Hujah Asas Golongan Anti Hadis dan Jawapannya. Hujah 1: Al-Qur’an adalah lengkap lagi sempurna. Hujah 2: Tugas Rasulullah hanyalah seorang Posmen. 10 dalil al-Qur’an tentang tugas Rasulullah. Hujah 3: Mentaati Rasulullah bererti menyekutukan Allah kerana beliau hanyalah seorang manusia biasa. 10 dalil al-Qur’an tentang kemulian Rasululla h. Hujah 4: Allah melarang Rasulullah dari berkata sesuatu selain al-Qur’an. Hujah 5: Rasulullah sendiri telah mengadu bahawa umatnya telah meninggalkan al-Qur’an. Hujah 6: Dalam al-Qur’an tidak ada istilah Hadis Nabi atau Sunnah Nabi. Hujah 7: Al-Qur’an terjamin kesahihannya manakala hadis

Upload: ambiya086114

Post on 26-Nov-2015

90 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Jawapan kepada 20 soalan yang dikemukakan oleh golongan anti hadis

TRANSCRIPT

Page 1: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Kandungan

Kata Penghantar

Bahagian A:

20 Hujah Asas Golongan Anti Hadis  dan Jawapannya.

Hujah 1: Al-Qur’an adalah lengkap lagi sempurna.

Hujah 2: Tugas Rasulullah hanyalah seorang Posmen.

10 dalil al-Qur’an tentang tugas Rasulullah.

Hujah 3: Mentaati Rasulullah bererti menyekutukan Allah kerana beliau hanyalah seorang manusia biasa.

10 dalil al-Qur’an tentang kemulian Rasulullah.

Hujah 4: Allah melarang Rasulullah dari berkata sesuatu selain al-Qur’an.

Hujah 5: Rasulullah sendiri telah mengadu bahawa umatnya telah meninggalkan al-Qur’an.

Hujah 6: Dalam al-Qur’an tidak ada istilah Hadis Nabi atau Sunnah Nabi.  

Hujah 7: Al-Qur’an terjamin kesahihannya manakala hadis tidak.

Hujah 8: Al-Qur’an adalah wahyu manakala hadis tidak.

Hujah 9: Allah telah memerintahkan kita untuk berhukum dengan  al-Qur’an sahaja, bukan hadis.

Page 2: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Hujah 10: Rasulullah pernah melakukan kesilapan, oleh itu tidak mungkin  sunnah-sunnahnya dapat dijadikan sumber syari’at. Mengenal 4 Ragam Golongan Anti Hadis apabila berdalil dengan al-Qur’an.

Hujah 11: Rasulullah, Abu Bakar dan Umar al-Khattab telah melarang  penulisan hadis. Ini bererti hadis memang tidak dimaksudkan  sebagai sebahagian dari sumber syari’at.

Hujah 12: Rujukan kepada hadis hanya dipelopori oleh Imam Shafi’i  pada tahun 200 hijrah.

Hujah 13: Hadis-hadis tidak ditulis selama 200 tahun dan selama tempoh ini  telah terjadi pelbagai pergolakan politik dan pertumpahan darah.

Hujah 14: Sahih atau tidak sesuatu hadis adalah relatif kerana yang menilai  kebenaran seseorang perawi adalah manusia sendiri.

Hujah 15: Imam Bukhari telah menapis sebanyak 600,000 hadis dan yang  sahih hanyalah 9,000. Ini menunjukkan wujudnya hadis-hadis  palsu yang sangat banyak ketika itu.

Hujah 16: Sesetengah hadis menyerupai ajaran Kitab taurat dan Injil. Ini  menunjukkan bahawa ajaran Ahli Kitab telah terselit masuk  dalam hadis-hadis.

Hujah 17: Terdapat banyak percanggahan antara sesama hadis.

Hujah 18: Terdapat banyak hadis yang aneh lagi pelik.

Hujah 19: Ada hadis yang mengkhabarkan berita ghaib dan ini sudah tentu  adalah satu dusta kerana tiada yang mengetahui hal ghaib kecuali  Allah.

Hujah 20: Hadis membelenggu umat Islam dan menghalang kemajuan mereka.

Page 3: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Bahagian B:

Mengkaji Kuasa dan Authority Rasulullah di sisi al-Qur’an.

Kajian 1: Kajian terhadap dalil-dalil yang mewajibkan ketaatan kepada para Nabi dan Rasul terdahulu.

Kajian 2: Kajian dari sudut susunan dan gaya bahasa terhadap ayat-ayat yang memerintahkan ketaatan kepada Rasulullah.

Kajian 3: Kajian terhadap ayat-ayat yang memberi kuasa dan authority kepada Rasulullah untuk menggubal dan melaksanakan hukum secara tersendiri.

7 Contoh hadis yang dikatakan bercanggah dengan al-Qur’an dan penjelasannya.

Percanggahan 1: Syahadah al-Qur’an dan syahadah Rasulullah.

Percanggahan 2: Azan

Percanggahan 3: Rukun Iman 6 atau 5 perkara ?

Percanggahan 4: Azab Kubur.

Percanggahan 5: Hadis-hadis larangan memakai sutera dan emas.

Page 4: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Percanggahan 6: Siapakah yang memberi syafaat di Hari Akhirat ?

Percanggahan 7: Membeza-bezakan antara Rasul dalam berselawat.

Bahagian C:

Mendedahkan 10 ragam dan bentuk kesilapan para sarjana Orientalis dalam kajian mereka terhadap hadis-hadis Rasulullah.Pertama: Salah rujukan kitab.

Kedua: Penyelidikan sumber rujukan yang tidak menyeluruh.

Ketiga: Penyelidikan yang tidak menyeluruh terhadap sesebuah kitab.

Keempat: Salah rujukan pengarang kitab.

Kelima: Menafikan kebenaran kitab.

Keenam: Kesalahan terjemahan teks  Arab.

Ketujuh: Menganggap sesesuatu yang tidak diketahui sebagai tidak wujud.

Kelapan: Menuduh umat Islam mencipta hadis tanpa bukti.

Kesembilan: Merumus dari sebahagian kecil teks, jauh dari maksud yang asal.

Page 5: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Kesepuluh: Menganggap para tokoh hadis lalai dan keliru dalam menapis hadis.

BAHAGIAN A

20 Hujah Asas   Golongan Anti Hadis     dan Jawapannya.

Berikut disenaraikan 20 hujah asas (Primary Argument) yang dikemukakan olehGolongan Anti Hadis untuk menolak hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dari sisi syari’at Islam. Sekalipun kelihatan dalam laman-laman web mereka, terutamanyawww.ropelist.com dan www.submission.org seolah-olah mereka memiliki banyak hujah dan alasan untuk menolak hadis, namun kesemua hujah-hujah tersebut hanyalah merupakan terbitan dari 20 kelompok hujah asas ini. Dengan terjawabnya atau lebih tepat tertolaknya 20 hujah asas ini maka tertolak juga puluhan hujah-hujah mereka yang lain.

Hujah   Pertama :

Al-Qur’an adalah lengkap, terperinci lagi sempurna, maka kenapakah perlu dirujuk kepada hadis-hadis Nabi sallallahu-alaihi-wasallam ? Bukankah Allah Subhanahu waTa’ala telah berfirman di dalam al-Qur’an:

Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab (Al-Quran) ini. [al-An’aam 6 :38]

(Katakanlah) : Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu ? [al-An’aam 6 :114]

Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman. [al-‘Araaf 7 :52]

Alif, Laam, Raa’. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya SATU-PERSATU. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya. [Hud 11:01]

Jawapan:

Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala apabila Dia menyatakan kesempurnaan, kelengkapan dan perincian kitab suci-Nya al-Qur’anul Karim, adalah merujuk kepada peranan yang dimiliki oleh al-Qur’an sebagai “kitab induk” yang telah mengusulkan pelbagai kaedah dan cara bagi umat manusia menerima dan mempraktikkan risalah Allah dalam kehidupan harian mereka

Page 6: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

sehingga ke Hari Akhirat.[1] Al-Qur’an adalah lengkap dan sempurna dalam konteks ia meletakkan asas-asas mentauhidkan Allah dan kaedah-kaedah menjanakan syari’at-Nya. Demikian juga, apabila dikatakan bahawa kitab al-Qur’an tidak meninggalkan atau terlupa apa-apa, ia bererti bahawa al-Qur’an tidak leka atau lengah dari menggariskan pelbagai kaedah serta prinsip penukilan hukum dan ajaran yang diperlukan umat untuk melaksanakan syari’at Allah yang indah ini dalam semua suasana dan keadaan.

Dalam suasana kelengkapan dan keterperincian inilah al-Qur’an meletakkan dasar serta prinsip yang jitu bahawa hadis serta sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam wajib dijadikan salah satu dari sumber syari’at yang ditaati, dirujuki dan dipegangi. Apabila hadis dan sunnah Rasulullah disisihkan, maka ia bererti menyisih sebahagian dari dasar dan prinsip penting yang digariskan oleh al-Qur’an; dan apabila hadis dan sunnah Rasulullah ditentang, ia bererti menentang sebahagian dari ajaran al-Qur’an itu sendiri.[2]

Adalah merupakan tindakan yang amat jahil apabila seseorang itu memahami ayat-ayat di atas secara zahir (face value) sehingga mereka berkata segala apa yang berkaitan dengan agama dan kehidupan di dunia ini telah diperincikan satu-persatu di dalam al-Qur’an. Jika inilah kefahaman mereka, maka penulis bertanya – jika pagi tadi kita bersarapan Mee Goreng dan ingin mengetahui hukumnya, bolehkah kita mencarinya di dalam al-Qur’an ? Pastinya kita tidak akan menemui keterangan tentang Mee Goreng. Maka apakah dengan itu Mee Goreng tersebut menjadi sesuatu yang halal, atau haram, atau sesuatu yang dilupai oleh al-Qur’an ?

Sebaliknya jika difahami ayat-ayat di atas sebagai yang menerangkan peranan al-Qur’an dalam meletakkan dasar serta prinsip syari’at dan kehidupan, pasti kita akan ketahui bahawa Mee Goreng tersebut adalah halal dan baik untuk dimakan, kerana al-Qur’an sedia menggariskan beberapa prinsip asas pemakanan, antaranya semua yang ada di mukabumi ini adalah halal untuk dimakan (Yunus 10:59) asalkan disembelih atas nama Allah (al-An’aam 6:121) atau dari sembelihan Ahli Kitab (al-Maidah 5:05) dan ia bukan bangkai atau daging khinzir (al-Maidah 5:03); dan bahawa umat Islam sangat dianjur makan (al-An’aam 6:142) asalkan mereka tidak berlebih-lebihan (al-A’raaf 7:31).[3] Inilah maksud dan cara sebenar mengguna-pakai ayat-ayat di atas yang menjadi asas perbincangan.

 

Hujah 2: Tugas Rasulullah hanyalah seorang Posmen.

 

[1]               Yusuf Qardhawi – Penghantar Kajian Islam: Studi Analistik Komprehensif tentang Pilar-pilar Substansial, Karakteristik, Tujuan dan Sumber Acuan Islam, ms 382.

[2]               Lihat Ibnu Qayyim – I’lam al-Muwaqi’in, jld 2, ms 417.

[3]               Lihat Quraish Shihab – Wawasan al-Qur’an: Tafsir Maudhu’i atas Pelbagai Persoalan Umat, ms 137-154. Amat dianjurkan menelaah buku ini bagi mengetahui pelbagai prinsip yang telah digariskan oleh al-Qur’an dalam pelbagai persoalan umat seperti pemakanan, pakaian, kerja dan sebagainya.

Page 7: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Hujah   Kedua :

Tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam hanyalah sebagai seorang posmen yang membawa surat daripada seorang pengirim untuk diserahkan kepada penerimanya. Demikianlah juga Rasulullah, baginda hanya ditugaskan membawa al-Qur’an daripada Allah untuk diserahkan kepada manusia. Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan sahaja. [al-Maidah 5:99]

Tugasmu (Wahai Muhammad) tidak lain hanyalah menyampaikan. [asy-Syura 42:48]

Jawapan :

Ayat-ayat di atas dan beberapa lain yang senada sebenarnya menerangkan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak dipertanggung-jawabkan untuk memastikan setiap orang menerima risalah Islam. Baginda hanya dipertanggung-jawabkan untuk menyampaikanrisalah tersebut. Terima atau tidak, ia adalah berkaitan dengan hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu waTa’ala. Dalam ertikata lain, sama ada seseorang itu menerima atau menolak Islam, itu bukan urusan Rasulullah tetapi adalah urusan mutlak Allah Subhanahu waTa’ala. Penjelasan ini akan lebih difahami dengan merujuk kepada ayat-ayat berikut:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu”. [Yunus 10:108]

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). [al-Qasas 28:56]

Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah – hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azab-Nya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan). Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). [asy-Syura 42: 47-48] [1]

Dakwaan bahawa tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam hanya membawa al-Qur’an juga dapat ditolak dengan merujuk kepada ayat-ayat lain di dalam al-Qur’anul Karim yang sedia menerangkan pelbagai tugas dan tanggung-jawab baginda. Berikut disenaraikan antara 10 tugas dan tanggung-jawab Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

  

 

Page 8: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

10 Tugas dan Tanggung-Jawab Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

[1] Mengajar manusia untuk mentauhidkan Allah Azza waJalla sahaja.

Antara tugas pertama yang diamanahkan kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah mengajar manusia untuk mentauhidkan Allah Subhanahu waTa’ala. Allah menurunkan ayat berikut kepada Rasulullah untuk beliau katakan dan ajarkan kepada manusia:

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya. [al-Ikhlas 111:1-4]

[2] Membawa al-Qur’an untuk manusia.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran (untuk menjadi panduan hidup) kepada umat manusia seluruhnya. [az-Zumar 39:41]

[3] Membacakan al-Qur’an kepada manusia.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

 Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (al-Qur’an). [‘Ali Imran 3:164]

Membaca di sini bererti menyampaikan secara lisan ayat-ayat al-Qur’an. Sepertimana yang kita tahu, al-Qur’an dibawa oleh malaikat Jibrail alaihi-salam kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam seorang sahaja. Setiap kali Jibrail turun membawa ayat atau ayat-ayat, Rasulullah akan bacakan ayat tersebut kepada umat. Di kalangan mereka ada yang mencatitnya manakala yang lain menghafalnya.

[4] Membersihkan manusia dari dosa dan kemungkaran.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka. [‘Ali Imran 3:164]

Membersihkan bermaksud menyucikan roh dan jiwa manusia yang dipenuhi dosa akibat dari kekotoran syirik, mempertuhankan taghut – yakni segala yang dijadikan tuhan selain dari Allah, keyakinan kurafat, tahayul dan pelbagai lagi yang menjadi akidah dan pegangan umat di zaman jahiliyah dahulu. Termasuk juga dalam pembersihan ini adalah pendidikan rohani, pembentukan akhlak murni, mendisiplinkan nafsu dan syahwat, menghindar maksiat dan kemungkaran dan pelbagai lagi kotoran yang menguasai manusia pada ketika itu.[2]

[5] Mengajar dan menerangkan al-Qur’an.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Page 9: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran). [‘Ali Imran 3:164]

Maksud mengajar al-Qur’an bukanlah cara-cara membaca dan mentilawahkannya kerana orang ramai ketika itu sedia mengetahui bahasa Arab, tetapi adalah mengajarkan maksud ayat-ayat dan cara-cara mengamal serta mempraktikkannya.

[6] Menerang, menghurai dan memperincikan al-Qur’an.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka. [an-Nahl 16:44]

Perkataan supaya engkau menerangkan adalah terjemahan dari perkataanlitubayyina yang berasal dari kata al-Bayan. Ia bermaksud menerangkan, menghuraikan dan memperincikan sesuatu dari pokoknya. Maka apabila Allah Tabaraka waTa’ala menugaskan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam sebagai mubayin al-Qur’an, ia bererti beliau ditugaskan untuk menerangkan, menghuraikan dan memperincikan al-Qur’an.[3] Contohnya al-Qur’an memfardhukan solat maka tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah menerangkan apakah itu solat, menghuraikan hukum-hukumnya dan memperincikan sifat-sifatnya.

Ayat ini juga jelas menolak dakwaan bahawa tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah hanya sekadar seorang posmen kerana Allah Azza waJalla telah menggunakan istilah Litubayyina dan bukannya Balagh atau Mubaligh yang berertisampaikan atau penyampai.

[7] Mengajar al-Hikmah, iaitu segala ilmu-ilmu dan perincian agama yang tidak terkandung dalam al-Qur’an.

Terdapat dua ragam dan pola susunan perkataan al-Hikmah dalam al-Qur’an.[4]Ragam pertama adalah apabila perkataan al-Hikmah berdiri dengan sendirinya. Ia memiliki beberapa erti seperti sifat-sifat kenabian (nubuwah), kebijaksanaan dan syari’at agama, setiapnya bergantung kepada konteks perbincangan ayat. Berikut dikemukakan beberapa contoh:

Dan Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan al-Hikmah (pangkat kenabian-nubuwah) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya.[al-Baqarah 2:251]

Allah memberikan al-Hikmah (kebijaksanaan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan al-Hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. [al-Baqarah 2:269]

Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa al-Hikmah (syari’at agama), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara agama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku. [az-Zukhruf 43:63]

Ragam kedua adalah apabila perkataan al-Hikmah digandingkan dengan al-Kitab,iaitu al-Kitab dan al-Hikmah. Contohnya ialah ayat-ayat berikut:

Page 10: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: al-Kitab dan al-Hikmah, dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.[an-Nisaa’ 4:54]

Dan Allah telah menurunkan kepadamu (Muhammad) Kitab (Al-Quran) serta al-Hikmah. [an-Nisaa’ 4:113]

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan al-Hikmah. [‘Ali Imran 3:164]

Dalam ragam kedua ini, perkataan al-Hikmah bererti segala sumber syari’at, ilmu dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci (al-Kitab). Ini adalah kerana Allah Azza waJalla tidak akan membicarakan dua perkara yang sama dengan dua istilah yang berbeza melainkan yang dimaksudkan oleh-Nya adalah dua perkara yang berbeza juga. Demikian juga, al-Qur’anul Karim dengan segala kemukjizatan dan kekayaan bahasanya tidak akan merujuk kepada dua objek yang sama dengan dua istilah yang berlainan melainkan yang dirujuki adalah dua subjek yang berlainan juga.

Oleh itu al-Hikmah bukanlah bererti al-Kitab atau kitab suci yang diturunkan oleh Allah dari langit kepada para RasulNya tetapi ia adalah segala sumber syari’at, ilmu, dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci. Segala apa yang disampaikan oleh para Rasul Allah tentang al-Hikmah, baik ia dalam bentuk lisan, praktikal atau pengiktirafan, itulah yang dikenali sebagai as-Sunnah.

Para Rasul Allah yang diberikan al-Kitab juga diberikan al-Hikmah (an-Nisaa’ 4:54) dan ini termasuklah Rasul Allah yang terakhir Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam (an-Nisaa’ 4:113). Baginda bukan sahaja diberi al-Hikmah tetapi ditugaskan untuk mengajar al-Hikmah tersebut kepada umatnya (‘Ali Imran 3:164).

Selain dua ragam utama di atas tentang susunan perkataan al-Hikmah dalam al-Qur’an, terdapat satu susunan lain yang sedikit berbeza, iaitu dalam ayat:

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa; Dan ketika Aku mengajarmu al-Kitab, dan al-Hikmah dan Kitab Taurat dan Kitab Injil. [al-Maidah 5:110, lihat juga ‘Ali Imran 3:48]

Dalam ayat ini Allah Subhanahu waTa’ala menerangkan bahawa Dia telah mengajar Nabi Isa alaihi-salam empat perkara: [1] al-Kitab, [2] al-Hikmah, [3] Taurat dan [4] Injil. Memandangkan Taurat dan Injil adalah dua kitab suci yang Allah turunkan dari langit, maka perkataan al-Kitab yang pertama tidak bererti kitab suci juga, tetapi ia bererti tulisan. Ini adalah kerana perkataan al-Kitab memiliki beberapa erti dalam bahasa Arab dan dalam konteks susunan dan perbincangan ayat di atas, ia bererti kebolehan menulis dalam usia masih bayi yang diajarkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada Nabi Isa alaihi-salam. Ini adalah sebagaimana kebolehan berkata-kata yang dikurniakan Allah kepada baginda dalam usia bayinya.[5] Perkataan al-Hikmah pula bererti sifat kenabian (nubuwah), kebijaksanaan dan ilmu-ilmu agama yang diajarkan Allah kepada Nabi Isa. Termasuk dalam pengertian al-Hikmah ini ialah segala sumber syari’at, ilmu, dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci Taurat dan Injil.

[8] Mengajar perkara-perkara baru yang sebelum itu tidak diketahui.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Page 11: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Sebagaimana Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu, dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. [al-Baqarah 2:151]

Selain diamanahkan mengajar umat berkenaan urusan-urusan agama dalam al-Kitabdan al-Hikmah, selanjutnya Allah Subhanahu waTa’ala mengamanahkan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam mengajar umat hal-hal duniawi yang belum mereka ketahui. Maksudnya adalah seperti yang diterangkan oleh Sa’id Hawa (1989M): Dahulu di zaman jahiliyah mereka (masyarakat Arab) adalah orang-orang bodoh, lalu dengan berkat risalah Muhammad – mereka menjadi orang-orang yang pintar dan berpengetahuan. Bahkan menjadi orang yang paling dalam pengetahuan, berhati lembut dan berbahasa paling jitu.[6]

Sayid Quthb (1966M) juga telah mengulas: Islam telah mengangkat mereka (umat Islam) dari lingkungan masyarakat Arab yang tidak mengetahui kecuali hal-hal yang sedikit dan berserakan yang hanya layak untuk kehidupan berkabilah di tengah padang Sahara.Kemudian Islam menjadikan mereka sebagai umat yang memimpin manusia dengan penuh bijaksana, terarah, sangat piawai, tepat dan berpengetahuan. [7] Malah dengan risalah Islam bersama didikan serta pimpinan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam inilah masyarakat Arab dapat membangun, jika tidak tertinggallah mereka sepertimana masyarakat Eskimo di Kutub Utara dan masyarakat Zulu di benua Afrika hari ini ![8]

[9] Merangsang umat untuk sentiasa berjihad menegakkan Islam.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah; engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah Amatlah besar kekuatan-Nya dan Amatlah berat azab seksa-Nya. [an-Nisaa’ 4:84]

Ayat ini sekaligus menerangkan dua tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam:

Pertama, berjihad menegakkan agama Islam sebagaimana firman Allah: Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah… Berdasarkan ayat ini ketahuilah bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak hanya ditugaskan sekadar mengajar al-Qur’an dan mendakwahkan Islam kepada manusia tetapi beliau juga ditugaskan dengan sesuatu yang lebih berat lagi membahayakan, iaitu mengangkat senjata di medan perang menegakkan Islam. Lebih dari itu tugas ini tetap dibebankan ke atas diri Rasulullah sekalipun baginda seorang diri sahaja, sebagaimana firman Allah: … engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri.

Kewajipan berperang yang diperintahkan kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam ayat ini sekali-lagi menafikan dakwaan bahawa baginda hanya memiliki peranan sebagai seorang posmen yang menyampaikan al-Qur’an sahaja. Malah ayat ini secara jelas menonjolkan kegagahan diri Rasulullah sebagaimana yang diterangkan oleh al-Fakh-ur-Razi: Ayat ini menunjukkan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah seseorang yang memiliki sifat yang gagah lagi yang paling bijaksana dalam urusan peperangan (kerana) tidaklah (Allah) akan memerintahkan demikian melainkan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam memang memiliki sifat-sifat tersebut (gagah dan bijaksana). [9]

Tugas kedua yang diwajibkan ke atas diri Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam ayat di atas adalah mengerah dan mengajak umat Islam agar turut berperang sepertimana firman Allah: Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani).

[10] Menggubal hukum.

Page 12: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Dia (Muhammad) menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan daripada mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. [al-A’raaf 7:157]

Dalam ayat ini Allah Subhanahu waTa’ala menerangkan tugas dan kekuasaan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam menggubal hukum-hukum agama seperti menghalalkan apa yang baik dan mengharamkan apa yang memudaratkan.

Demikian antara 10 tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang dijawatkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala dalam al-Qur’anul Karim. Terdapat beberapa lagi tugas Rasulullah yang diterangkan oleh al-Qur’an seperti menunjuki umat ke arah jalan yang lurus, menerangi mereka dengan nur – cahaya Islam, mengkhabarkan berita gembira kepada orang yang beriman akan balasan syurga bagi mereka, memberi amaran kepada orang yang ingkar akan balasan neraka, menjadi saksi kepada umat di akhirat dan pelbagai lagi. Yang pentingnya tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidaklah sekadar membawa al-Qur’an sahaja umpama seorang posmen yang membawa surat dari pengirim kepada penerima.  

 

Hujah 3: Mentaati Rasulullah bererti menyekutukan Allah kerana beliau hanyalah seorang manusia biasa.

 

[1]               Abdul Halim el-Muhammady – Islam dan al-Hadis: Dialog Bersama Kasim Ahmad, ms 91.

[2]               Lihat huraian lanjut oleh Sayid Quthb dalam Fii Zhilali Qur’an, jld 1, ms 303-304.

[3]               Mustafa as-Sibai - al-Hadits sebagai Sumber Hukum, ms 228.

[4]               Ibnu Qayyim - Madarij as-Salikin, ms 330-331 (edisi ringkasan dalam satu buku). Lihat juga Muhammad Uwais an-Nadwy – Tafsir Ibnu Qayyim: Tafsir Ayat-ayat Pilihan, ms 263-264.

[5]               Lebih lanjut lihat Fakh-ur-Razi – Tafsir al-Kabir, jld 3, ms 226 dan  jld 4, ms 409; al-Mawarzi – an-Nukatu al-‘Uyun, jld 2, ms 79; al-Qasimi – Mahasin at-Takwil, jld 4, ms 292; HAMKA – Tafsir al-Azhar, jld 3, ms 1917 dan lain-lain lagi.

[6]               Tafsir al-Asas, jld 1, ms 418.

[7]               Fii Zhilali Qur’an, jld 1, ms 304. Yang dimaksudkan dengan penjelasan di atas adalah bagi umat Islam generasi awal.

[8]                 Demikian ulas Maryam Jameelah dalam Islam in Theory and Practice, pg 7.Malang sekali kemajuan dan tamadun yang dibawa oleh Islam sepertimana yang penulis ungkapkan di atas hanya

Page 13: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

sempat berkekalan untuk beberapa kurun yang pertama. Setelah itu umat menjadi malas dan tidak berdisiplin (complacent) sehingga menyebabkan kejatuhan dan kemunduran semula. Tiada jalan lain untuk bangun kecuali dengan mengkaji dan meneladani semula langkah-langkah pendidikan dan pembinaan umat seperti yang dilakukan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

[9]               Tafsir al-Kabir, jld 4, ms 157; juga dinukil oleh Hamka dalam Tafsir al-Azhar, jld 2, ms 1329.

 

Hujah   Ketiga :

          Prinsip Islam yang terpenting adalah tidak boleh mentaati sesuatu hukum syari’at kecuali yang berasal dari Allah Subhanahu waTa’ala. Tidak boleh mencari atau mentaati sumber hukum yang lain sebagaimana yang dikritik oleh Allah waTa’ala dalam ayat berikut:  

          Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah ? [al-An’aam 6:114]

         Umat Islam mentaati hukum-hukum yang berasal dari Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam kerana mereka memahami firman Allah yang bermaksud: Taatlah kepada Rasulullah sebagai bererti mentaati hukum-hukum yang berasal dari beliau. Ini adalah satu fahaman yang salah kerana perintah mentaati Rasulullah bukanlah bererti mentaati Muhammad tetapi bererti mentaati tugas yang dipertanggung-jawabkan kepada Muhammad sebagai seorang Rasul Allah, iaitu membawa kitab al-Qur’anul Karim kepada manusia. Seandainya umat Islam dikehendaki mentaati hukum-hukum yang berasal dari Muhammad, pasti Allah akan berfirman umpama: Taatlah kepada Muhammad.

         Lebih dari itu Muhammad hanyalah seorang manusia biasa seperti kita semua, mentaati beliau dalam urusan syari’at bererti menyamakan kedudukannya di sisi Allah Ta’ala dan ini jelas satu perbuatan syirik yang besar.

Jawapan.

         Dakwaan di atas akan penulis jawab dalam 4 bahagian, [1] Siapakah “hakim” yang sepatutnya bagi orang beriman ? , [2] Erti perintah Taatlah kepada Rasulullah [3] Adakah mentaati Rasulullah satu perbuatan syirik ? dan [4] Kedudukan Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam sebagai seorang manusia biasa.

Pertama: Siapakah “hakim” yang sepatutnya bagi orang beriman ?

          Firman Allah Azza waJalla yang bermaksud: Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah ? [al-An’aam 6:114] sebenarnya merupakan jawapan kepada tindakan orang-orang musyrik Makkah ketika itu yang telah melantik seorang pemimpin Ahli Kitab untuk mengadili kebenaran Muhammad sebagai seorang Rasul Allah. Mereka menyuruh pemimpin Ahli Kitab tersebut menilai kebenaran Muhammad berdasarkan apa yang tertulis dalam kitab Taurat dan Injil.[1] Maka Allah Subhanahu waTa’ala menurunkan ayat ini yang seluruhnya berbunyi:  

          (Katakanlah): Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dialah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu ? Dan orang-orang yang Kami berikan kitab (orang-orang Yahudi dan Nasrani), mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu. [al-An’aam 6:114], iaitu apakah patut dicari seorang hakim selain Allah padahal Allah telah menurunkan kitab al-Qur’anul Karim yang jelas menyatakan dan membuktikan kerasulan Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam. Ayat ini memiliki erti

Page 14: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

yang lebih luas, iaitu apabila kita berdialog dan berbincang dengan orang-orang bukan Islam, adalah mencukupi al-Qur’an sebagai “hakim” yang menjadi dalil, sumber penghujahan dan bukti kebenaran.

           Ayat di atas tidak bermaksud mengecualikan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam sebagai “hakim” bagi umat Islam dalam persoalan hukum-hukum mereka. Perhatikan ayat berikut yang bukan sahaja menuntut ketaatan tetapi juga menjanjikan kejayaan kepada sesiapa yang menjadikan Rasulullah sebagai seorang “hakim” yang memutuskan persoalan hukum di kalangan mereka:  

           Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya menjadi hakimmemutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”; dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. [an-Nur 24:51]

Kedua: Erti perintah Taatlah kepada Rasulullah.

           Jika dikaji keseluruhan al-Qur’an akan didapati Allah Subhanahu waTa’ala merujuk kepada Muhammad bin Abdullah sallallahu-alaihi-wasallam dengan 4 istilah. Yang pertama adalah dengan istilah hamba-Nya sebagaimana ayat berikut:

          Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [al-Israa’ 17:01]

         Kedua Allah merujuk kepada Muhammad dengan nama baginda yang sebenar bagi menerangkan kepada para pembaca al-Qur’an siapakah beliau. Contohnya adalah ayat berikut:

         Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).  [al-Fath 48:29]

         Ketiga Allah merujuk kepada Muhammad dengan istilah Nabi apabila membicarakan persoalan peribadi baginda seperti nasihat, urusan rumahtangga dan sebagainya. Berikut adalah satu contoh:

       Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya. [al-Ahzab 33:28]

        Termasuk dalam kategori ketiga ini ialah apabila Allah Subhanahu waTa’ala merujuk kepada Muhammad dengan kata-kata engkau atau kamu.

        Keempat Allah merujuk kepada Muhammad dengan istilah Rasul atau Rasul-Nya atau Rasulullah, semua ini merujuk kepada tugas, peranan, amanah dan tanggung-jawab yang dimiliki oleh baginda dalam urusan risalah Islam. Terdapat banyak contoh ayat yang menggunakan istilah ini, satu darinya adalah:

Sebagaimana Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu, dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. [al-Baqarah 2:151]

Page 15: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Selain itu istilah Rasul juga digunakan oleh Allah Subhanahu waTa’ala dalam al-Qur’an bagi mengingatkan kelebihan, kemuliaan dan keistimewa Muhammad sebagai seorang manusia yang berpangkat Rasul supaya umat Islam menghormati dan berlaku sopan terhadapnya. Berikut adalah satu contoh dan perhatikan perbezaan penggunaan istilah Nabi dan Rasul:

           Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabisambil mereka berkata: Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya). Katakanlah: Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu. Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [at-Taubah 9:61]

           Kembali kepada asas perbincangan, tidak dinafikan bahawa Allah telah memerintahkan ketaatan kepada Rasulullah dan bukan kepada Muhammad, bererti bahawa yang wajib kita taati adalah segala tugas, peranan, amanah dan tanggungjawab baginda dalam konteks risalah Islam. Akan tetapi adalah tidak wajar jika tugas tersebut dibataskan kepada membawa kitab al-Qur’an sahaja kerana selain itu baginda juga memiliki pelbagai tugas yang penting seperti yang telah disenaraikan di atas (lihat jawapan bagi hujah kedua). Maka perintah mentaati Rasulullah bererti mentaati semua tugas-tugas yang dipertanggung-jawabkan kepadanya oleh Allah Subhanahu waTa’ala, tidak satu sahaja.

Ketiga: Adakah mentaati Rasulullah satu perbuatan syirik ?

           Dakwaan bahawa mentaati ajaran, perintah dan larangan yang berasal dari Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah satu perbuatan syirik terhadap Allah Azza waJalla adalah tidak benar kerana ia sebenarnya telah diberi pengiktirafan dan keizinan oleh Allah sendiri sebagaimana firman-Nya:

          Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. [an-Nisaa’ 4:64]

          Lebih dari itu, mentaati ajaran, perintah dan larangan yang berasal dari Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam bererti mentaati Allah Subhanahu waTa’ala sendiri sebagaimana firman-Nya:  

         Sesiapa yang taat kepada Rasul, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah.[an-Nisaa’ 4:80]

Dalam sebuah ayat lain Allah Azza waJalla menegaskan:

       Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka yang memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). [al-Fath 48:10]

         Firman Allah …memberi pengakuan taat setia kepadamu… adalah terjemahan dari perkataan (yubaya`unaka) yang berasal dari kata dasar (al-bai') : al-Bai’ah. Ibnu Athir (606H) menerangkan bahawa al-Bai’ah ialah suatu ungkapan (yang bermaksud) saling mengikat atau saling berjanji, seolah-olah setiap pihak dari keduanya telah menjual apa yang ada pada dirinya kepada sahabatnya, dan (dalam perjanjian itu) dia memberikan ketulusan hati, ketaatan dan urusan dirinya (menyerahkan diri sepenuhnya).[2]

          Ibnu Khaldun (808H) juga berkata: Ketahuilah bahawa al-Bai’ah merupakan kontrak dan perjanjian untuk taat. Misalnya seorang yang menyampaikan sumpah setia, membuat perjanjian dengan amirnya, akan menyatakan bahawa dia akan menyerahkan pengawasan atau urusannya sendiri dan kaum muslimin kepadanya (amir) dan bahawa dia tidak akan menandingi kekuasaannya dan bahawa dia akan

Page 16: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

mentaatinya dengan melaksanakan semua tugas yang dibebankan kepadanya baik dia bersetuju atau tidak.[3]

Oleh itu sesiapa yang berbai’ah kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam maka dia sebenarnya berbai’ah kepada Allah Azza waJalla. Sesiapa yang bermuafakat, berikrar, berjanji dan bersetuju untuk mentaati serta menyerahkan diri sepenuhnya kepada Rasulullah maka dia sebenarnya bermuafakat, berikrar, berjanji dan bersetuju untuk mentaati serta menyerahkan diri sepenuhnya Allah Azza waJalla. Ayat ke 10 surah al-Fath ini bersama ayat 80 surah an-Nisaa sebelumnya secara tegas membatalkan dakwaan bahawa mengikut dan mentaati Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah satu perbuatan syirik terhadap Allah Azza waJalla.

Kempat: Kedudukan Muhammad sebagai seorang manusia biasa.

Tidak dinafikan bahawa Muhammad bin Abdullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah seorang manusia biasa yang makan dan minum seperti kita semua. Semua Rasul yang diutuskan oleh Allah adalah dari jenis manusia, bukan malaikat atau jin. Hal ini telah diterangkan sendiri oleh Allah Subhanahu waTa’ala beberapa kali di dalam al-Qur’an, antaranya:

Katakanlah (wahai Muhammad): Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul ? [al-Isra’ 17:93]

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada “Ahlu – Zikri” jika kamu tidak mengetahui. Dan Kami tidak menjadikan Rasul-rasul itu bertubuh badan yang tidak makan minum, dan mereka pula tidak akan kekal hidup selama-lamanya (di dunia). [al-Anbiya’ 21:7-8]

Hikmah diutus para Rasul dari jenis manusia adalah kerana tugas mereka bukanlah sekadar membawa kitab suci Allah tetapi mereka juga bertanggung-jawab mengajar, menjelas dan menterjemah ayat-ayat kitab suci menjadi perbuatan praktikal agar umat mudah memahami dan mengikutinya. Para Rasul juga bertanggung-jawab untuk menunjukkan umat kaedah hidup, terutamanya dari sudut akhlak dan moral supaya manusia dapat mengekalkan diri mereka sebagai sebaik-baik ciptaan dan tidak pula menjadi haiwan dan binatang ternak. Sudah tentu tugas-tugas ini tidak dapat disempurnakan jika Allah Subhanahu waTa’ala mengutuskan para Rasul-Nya dari jenis malaikat, jin atau mana-mana makhluk lain.

           Oleh itu adalah benar dakwaan bahawa Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam adalah seorang manusia biasa. Akan tetapi adalah tidak benar untuk memandang rendah dan meremehkan Muhammad kerana Allah Subhanahu waTa’ala di dalam al-Qur’an telah mengangkat dan memuliakan beliau berbanding manusia selainnya. Berikut adalah 10 keterangan al-Qur’an tentang kemulian dan kelebihan Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam.

 

10 Kemulian dan Kelebihan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.    

[1] Allah Subhanahu waTa’ala dan para Malaikat berselawat kepada Rasulullah.

 Firman Allah Subhanahu waTa’ala:  

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu

Page 17: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [al-Ahzab 33:56]

Istilah Selawat berasal dari perkataan solat yang bererti doa. Apabila dikatakan berselawat kepada Rasulullah, ia bererti mendoakan segala yang baik untuk baginda. Selawat Allah kepada Rasulullah bererti pujian, pengagungan dan pengurnian rahmat oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada baginda. Manakala selawat para malaikat dan manusia kepada Rasulullah adalah doa agar Allah Subhanahu waTa’ala memberikan rahmat, keberkatan, keutamaan dan kemulian kepada baginda. Ayat 56 surah al-Ahzab ini jelas menunjukkan kemulian dan kelebihan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam di atas mana-mana manusia lain sehingga ke Hari Akhirat.

 [2] Allah meninggi dan memuliakan nama Rasulullah.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:  

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu, dadamu (wahai Muhammad) ? Dan Kami telah meringankan daripadamu, bebanmu (menyiarkan Islam) - Yang memberati tanggunganmu ? Dan Kami telah meninggikan bagimu, sebutan namamu ? [asy-Syarh 94:1-4]

Terhadap firman Allah: ....... Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu .... telah diriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam bersabda:

Jibrail (alaihi salam) telah datang kepada aku dan berkata: “Sesungguhnya Rabb aku dan Rabb engkau telah telah berfirman – Tahukah bagaimana (Aku) menaikkan sebutan namamu ?” Berkata Rasulullah: “Allah sahaja yang mengetahui.” Berkata Jibrail: “Apabila namaKu disebut nama engkau disebut bersamaKu.” [4]

Riwayat ini sekalipun lemah isnadnya, tetapi maksudnya dibenarkan oleh umat Islam sejak dari saat pertama Islam bermula. Yang dimaksudkan dengan Apabila namaKu disebut nama engkau disebut bersamaKu adalah dalam sebutan syahadah, yakni apabila nama Allah Subhanahu waTa’ala dan Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam disebut bersama: “Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah” Berkata Mujahid (104H) rahmatullhu-alaihi, anak murid bagi Abdullah ibnu Abbas (68H) radiallahu-anhu: Tidaklah disebut (nama Allah) melainkan disebut juga nama dia (Muhammad) bersama (iaitu ketika berkata) “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah.” [5] Berkata juga Qatadah (118H) rahmatullahu-alaihi: Allah telah meninggikan namanya (Muhammad) di dunia dan akhirat. Tiadalah seorang yang menyebut atau bersyahadah atau bersolat  kecuali akan berkata - “Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah.” [6] Mujahid dan Qatadah adalah dua tokoh ilmuan dan pakar tafsir generasi tabiin.

 

[3] Allah bersumpah dengan nama dan kedudukan Rasulullah.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka. [al-Hijri 15:72]

Para ahli tafsir menerangkan bahawa apabila Allah Subhanahu waTa’ala bersumpah dalam al-Qur’an, ia adalah bagi menunjukkan kebesaran objek yang disumpah-Nya atau bagi mengisyaratkan

Page 18: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

besarnya subjek yang bakal menyusuli sumpah tersebut.[7] Justeru apabila Allah Subhanahu waTa’ala bersumpah dengan usia atau hayat Rasulullah, ia menunjukkan kebesaran, keutamaan dan kepentingan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Malah inilah julung kalinya Allah bersumpah dengan sesuatu yang bernyawa dalam al-Qur’an, sumpah-sumpah-Nya yang lain semuanya ditujukan kepada benda tidak bernyawa seperti bulan, matahari, waktu dan sebagainya. Abdullah ibnu Abbas (68H) radiallahu-anhu berkata: Allah tidak mencipta atau membuat atau mereka suatu nyawa yang Dia muliakan lebih dari Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam. Dan aku tidak pernah mendengar Allah bersumpah dengan suatu nyawa selain nyawanya (Muhammad).[8]

Selain itu Allah Subhanahu waTa’ala juga beberapa kali telah menyusul sumpah-sumpah-Nya dengan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, sekali lagi membuktikan kebesaran dan keutamaan baginda. Sila rujuk ayat-ayat berikut:

Yaa, Siin. Demi Al-Quran yang mengandungi hikmah-hikmah dan kebenaran yang tetap kukuh, Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus. [Yasin 36:1-3]

Demi bintang semasa ia menjunam, rakan kamu (Nabi Muhammad), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat. [an-Najm 53:1-2]

Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila. [al-Qalam 68:1-2]

Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini; Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini. [al-Balad 90:1-2]

Demi waktu Dhuha, dan malam apabila ia sunyi-sepi, (bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu). [ad-Dhuha 93:1-3]

 

[4] Allah membela dan melindungi Rasulullah.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus. [al-Kaustar 108:1-3]

Ayat ini turun sebagai menjawab orang-orang kafir ketika itu yang telah menyindir Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam – kononnya beliau terputus zuriat keturunan, akibat kematian putera-putera beliau dalam usia yang masih kecil. Oleh itu Allah Subhanahu waTa’ala membela Rasulullah dengan menerangkan bahawa sekalipun beliau terputus zuriat keturunan, risalah Islam yang dibawanya tidak akan terputus. Ia akan terus berkembang sebagaimana yang dapat dilihat pada hari ini. Malah yang sebenarnya terputus adalah orang-orang kafir itu sendiri, bilangan mereka makin mengecil dan mereka semua tertinggal dalam kegelapan jahiliyah dan kesesatan taghut.[9]

Ayat ini juga memiliki erti dan pengajaran yang lebih luas memandangkan Allah Subhanahu waTa’ala telah menurunkannya dengan lafaz yang umum lagi terbuka. Oleh itu ayat ini juga ditujukan kepada:

Page 19: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

[1] Sesiapa yang membenci Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, termasuk menghina, meremeh, merendah, bermusuhan, berdengkian dan marah kepada beliau.

[2] Sesiapa yang membenci dan melecehkan sunnah-sunnah Rasulullah, enggan mentaati dan mengikutinya tetapi lebih suka berbuat bid’ah sesuka hati.

[3] Sesiapa yang membenci risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah.[10]

Maka bagi orang-orang yang memiliki sifat kebencian ini, mereka terputus dari rahmat, kasih sayang, hidayah, petunjuk, kebaikan dan ganjaran Allah Subhanahu waTa’ala.

Selain itu terdapat beberapa ayat lain yang menerangkan pemeliharaan dan pertolongan Allah Subhanahu waTa’ala kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, antaranya ialah:

Dan Allah jualah akan memeliharamu (Muhammad) dari (kejahatan) manusia.[al-Maidah 5:67]

Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar. [al-Anfal 8:17] Ayat ini turun semasa Perang Badar apabila Allah Azza waJalla menurunkan pasukan tentera para malaikat bagi menolong Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dan umat Islam.

Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. [al-Anfal 8:30]

Jika kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya. [at-Taubah 9:40]

 

[5] Allah menyifatkan pengutusan Rasulullah sebagai Rahmat bagi sekalian alam.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan rahmat-Nya kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul…..[‘Ali Imran 3:164]

Perkataan mannaLlah bererti limpahan nikmat, rahmat dan kurnia yang Allah berikan kepada orang-orang Islam, iaitu apabila diutuskan kepada mereka Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam.[11]

Katakanlah: Dia mendengar (Muhammad) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu. [at-Taubah 9:61]

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. [al-Anbiya’ 21:107]

 [6] Allah mensyaratkan kasih sayang kepada-Nya dengan ikutan kepada Rasulullah.

Page 20: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Sesiapa yang benar-benar mengasihi Allah Subhanahu waTa’ala, hendaklah dia membuktikan kasih sayang tersebut dengan mengikuti sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Firman Allah Subhanahu waTa’ala melalui lisan Rasulullah.

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka IKUTILAH daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [‘Ali Imran 3:31]

 [7] Sesiapa yang memuliakan, menolong dan mengikut sunnah Rasulullah akan berjaya dunia dan

akhirat, dan akan memperolehi, kasih sayang, keampunan dan keredhaan Allah.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Muhammad), dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya, mereka itulah orang-orang yang berjaya. [al-A’raaf 7:157]

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka IKUTILAH daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [‘Ali Imran 3:31]

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak. [al-Ahzaab 33:21]

[8] Allah memuji akhlak dan perilaku Rasulullah.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.[al-Qalam 68:04]

 

[9] Allah memberi amaran keras kepada sesiapa yang biadap dan tidak sopan terhadap Rasulullah.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. [an-Nur 24:63] Iaitu janganlah dipanggilMuhammad tetapi panggilah “Ya Rasulullah” atau “Wahai Nabi”.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya. [al-Hujerat 49:02]

Allah Subhanahu waTa’ala juga memberikan amaran keras kepada sesiapa yang menyakiti Rasulullah dan melakukan perkara-perkara yang tidak disukainya. Malah dalam satu ayat lain Allah meletakkan Rasulullah di sisi nama-Nya dalam memperingatkan kesalahan yang besar ini:

Page 21: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [at-Taubah 9:61]

Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti (atau melakukan perkara yang tidak diredai oleh) Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina. [al-Ahzaab 33:57]

 [10] Allah tidak akan menghukum sesuatu kaum selagi Rasulullah hadir di tengah-tengah mereka ketika

itu.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka. [al-Anfal 8:33]

Demikian 10 dalil al-Qur’anul Karim yang menerangkan kemulian, penghormatan dan kelebihan yang diberi oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Semua ini menunjukkan bahawa beliau bukanlah sekadar manusia yang biasa tetapi adalah manusia terpilih yang dikhususkan oleh Allah Tabaraka waTa’ala.[12]

Hujah 4:         Allah melarang Rasulullah dari berkata sesuatu selain al-Qur’an.

 

[1]               Muhammad Ali as-Shabuni – Cahaya al-Qur’an, jld 1, ms 346.

[2]               an-Nihayah fi Gharib al-Atsar, jld 1, ms 174.

[3]               Muqaddimah Ibnu Khaldun, ms 226.

[4]               Hasan: Hadis dari Abu Said al-Khudri radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Abu Ya’la dalam Musnad – no: 1380, Ibnu Hibban dalam Sahih – no: 3382, Ibnu Jarir at-Tabari dalam Jamii’al-Bayan -  no: 29068 dan Ibnu Abi Hatim al-Razi dalam Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim no: 19393, semuanya dari jalan Abi al-Haithami, yakni Sulaiman bin ‘Amru al-Laithi – dan adalah beliau seorang yang lemah. Lihat takhrijnya oleh al-Haithami dalam Majma az-Zawaaid – no: 13922, Syu’aib al-Arnuth dalam Sahih Ibnu Hibban, jld 8, ms 175 dan Husain Salim Asad dalam Musnad Abu Ya’la, jld 2, ms 522. Namun maksudnya benar sebagaimana penjelasan yang menyusul di atas.

[5]               Hasan: Dikeluarkan oleh Abdurrazzaq dalam kitab Tafsirnya – no: 3641 dari Ma’amar (bin Rashid), dari (Sufyan) bin Uyaynah, dari Ibnu Abi Najih, dari Mujahid. Penulis berkata, para perawinya terpercaya (thiqah) hanya sahaja Ibnu Abi Najih – nama sebenarnya Abdullah bin Yasir – beliau tidak mendengar secara terus dari Mujahid melainkan dari al-Qasim bin Abi Barrah, demikian terang Sa’id al-Qathan. Lihat Mizan al-Iktidal – no: 4656. al-Qasim adalah salah seorang perawi al-Bukhari. Atsar ini juga dikeluarkan oleh Ibnu Jarir at-Tabari dalam Jamii’ al-Bayan – no: 29065 dan Ibnu Abi Hatim – Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim – no: 19391.

Page 22: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

[6]               Sahih: Dikeluarkan oleh Ibnu Jarir Tabari dalam Jamii’ al-Bayan – no: 29067  - hadathana Bashr (bin Mu’az al-‘Aqadi), dia berkata hadathana Yazid (bin Zari’i), dia berkata hadathana Sa’id (bin Bashir), dari Qatadah. Penulis berkata, para perawinya adalah terpercaya (thiqah) lagi bersambungan. Sa’id bin Bashir adalah maula Bani Nasr, lihat al-Jarh wa Ta’dil, jld 4, ms 6. Riwayat ini juga dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim ar-Razi dalamTafsir al-Qur’an al-‘Adzim Musnadan - no: 19392.

[7]               Ia juga bermaksud sebagai menarik perhatian dan pemikiran manusia kepada guna dan manfaat objek atau subjek yang menyusuli smpah tersebut. Lihat mana-mana kitab tafsir di bawah tajuk sumpah Allah, antaranya Quraish Shihab – Tafsir al-Qur’an al-Karim: Tafsir atas Surat-surat Pendek Berdasarkan Urutan Turunnya Wahyu, ms 322-323dan Muhammad Asad - The Qur’an Translated and Explained, ms 910, nk: 23.

[8]               Sahih: Dikeluarkan oleh Ibnu Jarir at-Tabari dalam Jamii’ al-Bayan – no: 16048 - hadathana (Muhammad bin) al-Mathani, dia berkata hadathana Muslim bin Ibrahim, dia berkata hadathana Sa’id bin Zaid, dia berkata hadathana ‘Amru bin Malik (an-Nakari), dari Abi al-Jauzai, dari Abdullah ibnu Abbas. Penulis berkata, para perawinya adalah terpercaya (thiqah) dan bersambungan. Sa’id bin Zaid, beliau ialah Abu al-Hasan Sa’id bin Zaid bin Darham al-Azdi, lihat Tahzib al-Kamal, jld 10, ms 441, perawi no: 2276 dan Tahzib at-Tahzib, jld 4, ms 29. Juga dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim al-Razi dalam Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim Musnadan - no: 12420.

[9]               Lihat Tafsir Ibnu Katsir, jld 4, ms 527-528.

[10]             Lebih lanjut sila lihat, setiapnya mengikut turutan: [1] M. Quraish Shihab –Tafsir al-Qur’an al-Karim, ms 576-579 [2] Ibnu Taimiyah – Tafsir al-Kabir, jld 7, ms 46-47 [3] al-Maraghi – Tafsir al-Maraghi, jld 30, ms 444-445. Lihat juga Fakh-ur-Razi – Tafsir al-Kabir, jld 10, ms 320-322, Abu Hafs Umar bin Ali – al-Bab fi Ulum al-Kitab, jld 20, ms 524 dan lain-lain lagi.

[11]             Rashid Rida – Tafsir al-Manar, jld 4, ms 180 dan Tafsir al-Maraghi, jld 4, ms 20.

[12]             Ada banyak lagi kemulian dan keutamaan Nabi Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam. Sila rujuk buku as-Shifa: Muhammad Messenger of Allah oleh Qadi ‘Iyad. Nampaknya Golongan Anti Hadis di submitters.org telah menyedari hakikat ini, lalu mereka mengubah taktik dengan tidak lagi meremehkan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tetapi memuliakannya selari dengan ayat-ayat di atas. Namun tetap ada helahnya, dengan kemuliaan yang baru mereka temui ini, mereka kemukakan pula hadis-hadis yang mengikut akal mereka adalah aneh lagi pelik, lalu dituduh bahawa umat Islam sengaja suka memburuk-buruk dan menghina Rasulullah dengan hadis-hadis sedemikian. Alangkah pintarnya ! Insya-Allah hadis-hadis aneh dan pelik tersebut akan penulis jelaskan di bahagian yang akan datang (Jawapan hujah ke-18).

 

Hujah Keempat:

Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam telah dilarang keras oleh Allah Subhanahu waTa’ala dari mengata atau mengajar sesuatu selain dari al-Qur’an sahaja. Firman Allah:

Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia. Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman. Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan. (Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

Page 23: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta – sebarang kata-kata rekaan – Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami – Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta); Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.  [al-Haqqah 69:40-47]

Jawapan :

Ayat di atas khusus membicarakan tentang sifat keaslian kitab al-Qur’anul Karim. Asal ayat adalah bagi menjawab tuduhan orang-orang kafir di zaman Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang enggan menerima dan beriman kepada kitab al-Qur’an. Mereka berkata al-Qur’an itu adalah hasil sebutan dan tulisan seorang penyair dan pawang, yakni Muhammad bin Abdullah sendiri. Ia bukan wahyu Allah. Lalu ayat ini diturunkan bagi menolak dakwaan mereka dengan menyatakan bahawa al-Qur’an yang disebut dan diajar oleh Muhamad bin Abdullah itu sebenarnya adalah wahyu Allah dan Muhammad itu bukanlah seorang penyair atau pawang tetapi adalah seorang Rasul Allah yang mulia.

Ayat ini juga seterusnya menyatakan bahawa seandainya Muhammad itu menyebut atau mengajar sesuatu urusan agama yang tidak berasal dari sumber wahyu, nescaya nyawanya akan diragut serta merta. Ancaman terakhir ini tidak lain adalah bagi membuktikan bahawa risalah agama yang disampaikan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah benar-benar tulen dari Allah Azza waJalla dan ia bukan rekaan atau dustaan beliau semata-mata. Justeru keseluruhan ayat ini memberi jaminan kepada kita semua bahawa kesemua yang disampaikan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam urusan agama dan syari’at ini adalah dari sumber wahyu Illahi belaka.

Namun Golongan Anti Hadis telah menyempitkan tujuan ayat tersebut kepada pengertian bahawa kononnya Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak dibenarkan untuk menyebut atau mengajar apa jua urusan agama melainkan apa yang tertera di dalam al-Qur’an sahaja. Perlu diingatkan bahawa ancaman Allah Azza waJalla dalam ayat: Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta – sebarang kata-kata rekaan……adalah umum meliputi seluruh ajaran deen dan syari’at Islam yang disampai, diucap dan diajarkan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, yakni ajaran al-Qur’an dan sunnah-sunnah beliau. Ayat di atas tidak menyebut…… Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta – sebarang kata-kata selain al-Qur’an … ……

Oleh itu ancaman ayat di atas tidaklah terhad kepada al-Qur’an sahaja tetapi meliputi semua yang disampaikan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam urusan agama.

 

Hujah 5: Rasulullah sendiri telah mengadu bahawa umatnya telah meninggalkan al-Qur’an.

 

 

Hujah   Kelima :

Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam sendiri pernah mengadu kepada Allah Subhanahu waTa’ala bahawa umat Islam telah membelakangkan al-Qur’an dan hanya merujuk dan mengutamakan hadis sahaja. Aduan diungkap sendiri oleh al-Qur’an:

Page 24: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”. [al-Furqan 25:30]

Jawapan :

Dakwaan ini mudah dijawab apabila kita perhatikan benar-benar kepada siapakah pengaduan Rasulullah tersebut ditujukan. Perhatikan bahawa istilah yang digunakan dalam surah al-Furqan di atas adalah “kaumku” dan bukannya “umatku”. Perkataan kaum lazimnya merujuk kepada satu bangsa, suku atau kabilah manakala perkataan umat lazimnya merujuk kepada satu kumpulan manusia yang mengikuti satu jalan atau pimpinan. Seruan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam terhadap kaumnya dalam ayat di atas adalah mirip kepada seruan beberapa Rasul dan Nabi sebelum baginda terhadap kaum mereka masing-masing sepertimana yang telah diungkap oleh al-Qur’an:

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu.” [al-Baqarah 2:54]

Nabi Nuh berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyerukaumku siang dan malam (supaya mereka beriman).” [Nuh 71:05]

Dan kepada kaum Aad, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Hud ia berkata: “Wahaikaumku! Sembahlah kamu akan Allah !” [Hud 11:50]

Nukilan 3 ayat di atas jelas menunjukkan bahawa para Nabi dan Rasul menggunakan panggilan kaumku apabila merujuk kepada kaum atau masyarakat yang mereka hidup bersama. Akan tetapi istilah kaumku akan berubah kepada umatku atau umat sahaja apabila yang dirujuk adalah sekumpulan manusia yang mengikuti jalan atau pimpinan seseorang Rasul tanpa mengira sama ada sekumpulan manusia tersebut hidup sezaman dengan Rasul tersebut atau sesudahnya. Perhatikan ayat-ayat berikut:

Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya). [Yunus 10:47]

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut.” [an-Nahl 16:36]

Dan bagi setiap umat yang memiliki Rasul tersendiri, diturunkan juga syari’at tersendiri:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan. [al-Hajj 22:67]

Kita juga dikenali sebagai satu umat, yakni umat yang diutuskan seorang Rasul bernama Muhammad bin Abdullah sallallahu-alaihi-wasallam:

Demikianlah, Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) kepada satu umat yang telah lalu sebelumnya beberapa umat yang lain. [ar-Ra’d 13:30]

Dan akhirnya setiap umat ini akan dipertanggung-jawabkan di Hari Kiamat nanti:

Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): “Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan !” [al-Jaathiyah 45:28]

Page 25: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Perbandingan antara ayat-ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita perbezaan antara istilah kaum dan umat. Diulangi bahawa perkataan kaum lazimnya merujuk kepada satu bangsa, suku atau kabilah manakala perkataan umat lazimnya merujuk kepada satu kumpulan manusia yang mengikuti satu jalan atau pimpinan. Perkataan umat boleh mewakilikaum tetapi perkataan kaum tidak boleh mewakili umat. Perbezaan guna antara istilahkaum dan umat akan dapat dilihat dengan lebih jelas dalam ayat berikut:

Telah mendustakan sebelum mereka kaum Nabi Nuh dan golongan-golongan sesudah mereka. Dan tiap-tiap umat di antaranya telah merancangkan rancangan jahat terhadap Rasul mereka untuk menawannya (dan membinasakannya); dan mereka pula telah membantah dengan perkara yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan perkara yang salah itu; sebab itu Aku binasakan mereka. Maka (lihatlah) bagaimana kesan azabKu ! [al-Mu’minun 40:05]

Perhatikan bahawa apabila merujuk kepada golongan yang didakwah oleh Nabi Nuh alaihi-salam, al-Qur’an menggunakan istilah kaum manakala apabila merujuk kepada sesuatu golongan secara umum, yang keseluruhannya diutuskan seorang Rasul kepada mereka, al-Qur’an menggunakan istilah umat.

Perbezaan guna antara istilah kaum dan umat juga dapat kita lihat dalam hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Pernah sekali Rasulullah disajikan dengan hidangan daging dhab akan tetapi baginda tidak memakannya, lalu sahabat bertanya – apakah dhab itu haram untuk dimakan ? Baginda menjawab:

“Tidak. Tetapi ia tidak terdapat di bumi kaumku lalu aku merasa jijik.” [1] Perhatikan bahawa baginda Nabi mengaitkan keasingan daging dhab dengan masyarakat atau tempat asalnya, dengan menggunakan istilah kaumku. Demikian juga apabila Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam merujuk kepada kaum kafir Quraish yang telah menghalaunya dari kota asal kelahirannya, yakni Kota Makkah al-Mukarramah, Rasulullah merujuk kepada mereka sebagai kaumku, sebagaimana dalam hadis berikut ini:

Dari Ibnu Abbas (radiallahu-anhu), beliau berkata, telah bersabda Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tentang Kota Mekah: “Alangkah baiknya kamu sebagai satu negeri dan alangkah kamu aku cintai, seandainya kaumku tidak mengusirku dari kamu, nescaya aku tidak tinggal di tempat selain kamu.” [2]

Akan tetapi apabila Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam merujuk kepada urusan orang-orang Islam seluruhnya hingga akhir zaman, beliau akan menyebut umatku sebagaimana terukir dalam dua hadis berikut:

Sesungguhnya Allah memberi keampunan dan tidak mengambil kira segala pembicaraan hati umatku selagi mereka tidak memperkatakannya atau melakukannya.[3]

Perumpamaan umatku adalah seperti hujan, tidak diketahui apakah awalnya yang baik atau akhirnya. [4]

Justeru pengaduan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam terhadap “kaumku” dalam ayat di atas sebenarnya merujuk kepada bangsa atau sukunya sendiri di saat itu, yakni bangsa Quraish.[5] Ayat ini tidak ditujukan kepada kita umat Islam kerana kita tetap merujuk kepada al-Qur’an di samping rujukan kepada al-Hadis.

Perlu ditambah bahawa sekalipun ayat ini merujuk kepada kaum Quraish di zaman Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, pengajarannya tidaklah terlepas dari kita umat Islam sehingga ke akhir zaman. Tentu sahaja kita tidak ingin temasuk dalam kelompok yang dirujuk dan diadukan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tersebut. Justeru kita tetap perlu berusaha untuk mengimani, membaca, mendengar, mempelajari, mengkaji, mempraktik dan membumikan al-Qur’anul Karim.[6]

Page 26: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

 

Hujah 6: Dalam al-Qur’an tidak ada istilah Hadis Nabi atau Sunnah Nabi.  

 

[1]               Sahih: Hadis dari Abdullah ibnu Abbas yang hadir ketika Khalid al-Walid - radiallahu-anhuma - menyajikan daging dhab kepada Rasulullah. Hadis ini dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, al-Bayan – no: 1149 (Kitab Binatang buruan, sembelihan dan binatang yang halal dimakan, Bab Harus memakan Dhab).

[2]               Sahih: Hadis dikeluarkan oleh at-Tirmizi, Ibnu Hibban, ath-Thabarani (Mu’jam al-Kabir) dan al-Hakim, dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnuth dalam Sahih Ibnu Hibban – no: 3709 (Kitab al-Hajj, Bab Keutamaan Makkah).

[3]               Sahih: Hadis dari Abu Hurairah radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat al-Bayan – no: 077 (Kitab al-Iman, Bab: Allah tidak mengambil kira tentang perbicaraan hati .....).

[4]               Sahih: Hadis dari Anas bin Malik, ‘Ammar dan Abdullah ibnu Umar radiallahu-anhum, dikeluarkan oleh Ahmad, Tirmizi, Abu Ya’la dan ath-Thabrani, dinukil dan dinilai hasan oleh as-Suyuti dalam Jamii-us-Sagheir – hadis no: 8161 manakala sahih di sisi Nasiruddin Albani, lihat Sahih Jamii’-us-Sagheir – no: 5854.

[5]               al-Zamakhsyari – Tafsir al-Kasysyaf, jld 3, ms 282; al-Baidawi – Tafsir al-Baidawi, jld 4, ms 215; as-Suyuti - Tafsir Jalalain, jld 3, ms 1520; dan lain-lain. Lihat juga keterangan Muhammad Asad – The Message of The Qur’an: Translated and Explained, pg 553

[6]               Quraish Shihab - Tafsir al-Mishbah: Pesan, Kesan dan Keserasian al-Qur’an, jld 1, ms vi (bhg. muqaddimah).

 

Hujah Keenam:

          

Dalam al-Qur’an tidak ada satu ayat sekalipun yang menyebut Sunnah Nabi atau Hadis Nabi. Malah jika dikaji dan diperbanding antara ayat-ayat al-Qur’an, akan di dapati bahawa perkataan Sunnah dan Hadis memiliki definasi dan erti yang berlainan.

Jawapan:

Sebelum dijawab dakwaan di atas, marilah kita melihat sejenak definasi, maksud dan kaedah penggunaan istilah Hadis dan Sunnah.

Page 27: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Definasi, maksud dan penggunaan istilah   Hadis.

Hadis ( الحديث ) secara harfiah bermaksud sesuatu yang baru dari segala bentuk.[1]Dari segi maksudnya, ia memiliki beberapa erti, antaranya kata-kata, ucapan dan sebutanyang dikhabarkan, disampaikan dan diberitakan.[2] Di dalam al-Qur’an perkataan hadis digunakan beberapa kali dengan beberapa maksud dan tujuan yang berbeza sesuai dengan konteks perbicaraan ayat. Antaranya ialah: perkataan, pembicaraan, percakapan, pernyataan dan al-Qur’an itu sendiri. Berikut adalah dua contoh penggunaannya dalam al-Qur’an:

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan (hadis) iaitu Kitab (Al-Quran) yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan pelbagai cara). [az-Zumar 39:23]

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (hadis).[ad-Dhuha 93:11]

Terdapat juga penggunaan perkataan “hadis” di dalam hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, berikut adalah dua contoh:

Pertama: Abu Hurairah radiallahu-anhu pernah bertanya: Ya Rasulullah, Siapakah orang yang paling bertuah, yang akan menerima syafa’at kamu di Hari Kiamat nanti ? Rasulullah menjawab:

Demi sesungguhnya aku telah menyangka – wahai Abu Hurairah – bahawa tiada siapa yang akan bertanyakan aku mengenai hadis ini terlebih awal selain engkau, kerana aku memang melihat (mengetahui) minat engkau yang besar terhadap hadis. Seutama manusia yang akan mendapat syafa’at aku di Hari Kiamat nanti ialah orang yang menyebut “Tiada Tuhan melainkan Allah” dengan keihlasan yang mendalam di hati dan jiwanya. [3]

 Kedua: Semoga Allah menyerikan wajah orang yang mendengar sebuah hadis dari aku lalu dihafalnya sehingga disampaikan kepada orang lain. [4]

Perlu juga ditambah bahawa penggunaan istilah hadis mengikut kaedah bahasa Arab ia tidaklah bererti kata-kata atau sebutan semata-mata, tetapi adalah kata-kata yang di dalamnya sedia terkandung nilai ilmu, pengajaran dan maklumat yang dikhabar, diberita dan disampaikan dari satu pihak ke pihak yang lain. Demikian juga sebaliknya, apabila hadis disandarkan kepada sesuatu yang bernilai negatif, sepertimana firman Allah:

Dan ada di antara manusia: (ada) orang yang membeli cerita-cerita dan perkara-perkara (hadis) yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan. [Luqman 31:06] – ia bererti kata-kata yang memiliki maklumat dan pengajaran yang memudaratkan seperti sindiran, cacian, gossip, fitnah dan sebagainya.

Para sahabat radiallahu-anhum merujuk kepada percakapan dan ucapan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam sebagai hadis Nabi kerana ia bererti segala kata-kata dan ucapan Rasulullah yang mengandungi ilmu, pengajaran, manfaat dan petunjuk di dalamnya. Sejak itu berkembang masyhurlah penggunaan istilah hadis Nabi di kalangan generasi tabiin, tabiin muda dan generasi-generasi seterusnya, sehingga apabila sahaja disebut hadis, pantas difahami bahawa yang dimaksudkan adalah hadis Nabi sallallahu-alaihi-wasallam. Perbuatan Rasulullah juga termasuk dalam istilah hadis Nabi apabila yang bertanya adalah generasi tabiin yang tidak pernah hidup bersama Rasulullah  sallallahu-alaihi-wasallam dan yang menjawab pula adalah para sahabat kerana mereka (para sahabat) telah menterjemah perbuatan Nabi tersebut menjadi kata-kata yang dikhabarkan kepada yang bertanya.

Page 28: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

 

Definasi, maksud dan penggunaan istilah   Sunnah.

Dalam kamus-kamus Arab, Sunnah bererti tatacara, jalan yang diikuti dan perilaku hidup sama ada baik mahupun buruk.[5] Tatacara, jalan yang diikuti dan perilaku hidup ini adalah langsungan, terbitan dan pancaran dari seseorang atau sesuatu yang berperanan sebagai titik punca.[6] Dalam al-Qur’an ianya digunakan 16 kali, umumnya merujuk kepada dua perkara, yang pertama adalah tatacara dan peraturan Allah Subhanahu waTa’ala dalam mengurus alam, yakni Sunnatullah dan yang kedua adalah tatacara umat-umat terdahulu, yakni Sunnatul awalin. Berikut adalah dua ayat, setiap satunya mewakili maksud yang diterangkan di atas:

(Demikianlah) peraturan (Kami yang tetap mengenai) orang-orang yang telah Kami utuskan sebelummu dari Rasul-rasul Kami; dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu. [al-Israa’ 17:77]

  Allah menghendaki untuk menerangkan (Syariat-Nya) dan untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu daripada kamu (Nabi-nabi dan orang-orang yang

soleh, supaya kamu mengikutinya), dan juga untuk menerima taubat kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. [an-Nisaa 4:26]

Perkataan Sunnah juga merujuk kepada tatacara hidup Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, mewakili percakapan, perbuatan dan persetujuannya. Perhatikan hadis berikut:

Sekumpulan 3 orang lelaki datang ke rumah isteri-isteri Nabi sallallahu-alaihi-wasallam bertanyakan mengenai ibadat Nabi sallallahu-alaihi-wasallam. Maka setelah diberitahu, mereka menganggap seakan-akan ianya sedikit lalu berkata: “Bagaimana kita boleh berbanding dengan Nabi sallallahu-alaihi-wasallam ? Demi sesungguhnya beliau telah diampuni oleh Allah dosa-dosanya yang terdahulu dan yang akan datang.”

Berkata salah seorang dari mereka: “Adapun saya, saya akan bersolat malam selama-lamanya.” Dan berkata seorang lagi: “Saya akan berpuasa sepanjang masa dan tidak akan berbuka.” Dan berkata yang terakhir: “Saya akan menjauhi wanita dan tidak akan berkahwin selama-lamanya.”

Maka (kemudian) datang Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam lalu beliau bersabda: “Kaliankah yang berkata sedemikian sedemikian ? Demi Allah, akulah yang paling takut kepada Allah dan yang paling bertaqwa kepada-Nya dari kalian. Tetapi aku berpuasa dan berbuka, bersolat dan tidur dan aku berkahwin dengan wanita-wanita. Maka barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku maka bukanlah dia dari golonganku.” [7]

Perkataan Sunnah juga boleh merujuk kepada tatacara atau perilaku seseorang lain, sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam hadis berikut:

Maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para Khalifah yang terpimpin lagi mendapat petunjuk.[8]

Perkataan Sunnah juga boleh mewakili perilaku mulia yang dimulakan oleh seseorang, umpamanya:

Barangsiapa merintis dalam Islam suatu jalan yang baik maka dia memperolehi pahala orang yang melakukannya sesudah dirinya tanpa dikurangi sedikit jua pahala mereka. Dan barangsiapa merintis dalam Islam suatu jalan yang buruk maka dia akan menerima dosa jalan

Page 29: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

buruk itu dan dosa orang yang mengerjakannya sesudah dirinya tanpa dikurangi sedikit jua dosa mereka. [9]

Dari contoh-contoh di atas jelas kepada kita tentang definasi, maksud dan penggunaan istilah Sunnah –bererti tatacara, jalan yang diikuti dan perilaku hidup sama ada baik mahupun buruk. Dengan itu juga fahamlah kita bahawa yang dimaksudkan sebagaiSunnah Nabi adalah segala percakapan, perbuatan, pengiktirafan, jalan yang dipimpin dan tatacara hidup Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

Seperkara penting tentang penggunaan istilah Sunnah menurut kaedah bahasa Arab adalah bahawa ia merupakan satu istilah yang tidak dapat berdiri dengan sendirinya melainkan ia wajib dirujuk atau disandarkan kepada seseorang individu, sesuatu perkara dan sesebuah identiti. Sepertimana yang dinyatakan di bahagian awal bab ini, tatacara, jalan yang diikuti dan perilaku hidup yang dimaksudkan dari istilah sunnah adalah langsungan, terbitan dan pancaran dari sesuatu atau seseorang yang berperanan sebagai titik punca. Hal ini jelas dari contoh-contoh yang telah dikemukakan di atas, seperti sunnah Allah, sunnah orang-orang terdahulu, sunnah Rasulullah dan sunnah para Khalifah. Justeru apabila sahaja istilah sunnah digunakan, ia wajib merujuk kepada seseorang atau sesuatu perkara.[10]

Kembali kepada dakwaan Golongan Anti Hadis bahawa di dalam al-Qur’an tidak ada satu ayat sekalipun yang menyebut dan menerangkan istilah Sunnah Nabi atau Hadis Nabi, ia tidaklah menjadi masalah kerana kitab al-Qur’anul Karim bukanlah sebuah kamus bahasa Arab. Malah yang benar-benar keliru di sini ialah Golongan Anti Hadis sendiri kerana mereka telah menjadikan kitab al-Qur’anul Karim sebagai satu-satunya kamus bahasa Arab yang mutlak. Mereka mencari erti sesuatu perkataan Arab dengan merujuk kepada beberapa terjemahan al-Qur’an yang sedia ada; dan mereka juga mencari kefahaman serta cara-guna sesuatu perkataan Arab dengan membanding-banding antara beberapa ayat al-Qur’an yang sedia memiliki perkataan tersebut. Apa-apa erti atau istilah yang tidak terdapat di dalam al-Qur’an, atau maksud pengertiannya adalah berlainan dengan penerangan al-Qur’an, maka perkataan atau pengertian tersebut dianggap batil dan ditolak. Tindakan ini adalah salah kerana:

[1] Al-Qur’an bukanlah kitab yang memperkenalkan bahasa Arab kepada masyarakat Arab 1400 tahun yang lalu. Ketika al-Qur’an mula diturunkan, masyarakat ketika itu sudah sedia mengetahui dan menguasai bahasa Arab. Jika benar al-Qur’an adalah satu-satunya kamus bahasa Arab, maka bagaimana mungkin masyarakat Arab ketika itu hendak memahami ayat-ayat al-Qur’an yang diturunkan ?

[2] Al-Qur’an diturunkan secara berperingkat-peringkat, menjangkau tempoh 22 tahun lebih. Seandainya kita menerima-pakai teori bahawa sesuatu perkataan atau istilah itu hanya tepat difahami dengan merujuk dan membanding antara ayat dengan ayat, adakah itu bererti bahawa masyarakat Arab ketika itu tidak dapat memahami langsung pengajaran al-Qur’an secara tepat kecuali setelah 22 tahun, yakni setelah al-Qur’an menjadi lengkap keseluruhan himpunan ayat-ayatnya ? Sudah tentu tidak !

Justeru tindakan menjadikan al-Qur’an sebagai satu-satunya kamus bahasa Arab dan penjelas pengertian istilah adalah tidak lain merupakan tindakan orang-orang yang tidak tahu bahasa Arab dan amat sempit wawasan pemikiran mereka. Yang benar adalah, al-Qur’an boleh digunakan sebagai salah satu sumber rujukan bagi mengetahui dan memahami pengertian dan maksud sesuatu perkataan Arab, terutamanya oleh kita masyarakat yang bahasa ibundanya bukan bahasa Arab. Tetapi kita tidak boleh memutlakkan al-Qur’an sebagai satu-satunya kamus dan penjelas bahasa Arab. Melakukan sedemikian bererti kita telah memaksa al-Qur’an kepada satu tanggung-jawab yang tidak ia dipertanggungkan pada asalnya.

Persoalan istilah Sunnah dan Hadis Nabi yang tidak disebut dalam al-Qur’an bukanlah satu persoalan yang membatalkan kedudukannya dari sisi syari’at Islam kerana dasar rujukan kepada dua sumber tersebut tidak terletak pada nama atau istilah, tetapi kepada konsep dan pengertian yang didirikan oleh al-Qur’an itu sendiri.[11]Sebagaimana kita di Malaysia dalam bahasa Melayu

Page 30: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

mengatakan bahawa sembahyang itu adalah wajib padahal perkataan “sembahyang” sememangnya tidak terdapat di dalam al-Qur’an tetapi konsep dan perintah mendirikan “sembahyang” tersebut memang sedia terdapat di dalam al-Qur’an. Perbezaan nama atau istilah tidaklah membatalkan sesuatu konsep, pengertian, perintah dan pekerjaan yang jelas diasaskan oleh al-Qur’an.

 

Hujah 7:         Al-Qur’an terjamin kesahihannya manakala hadis tidak.  

[1]               Ajaj al-Khatib – Keutamaan Ilmu-ilmu Hadis, ms 23.

[2]               Subhi Saleh – Ilmu Hadith: Satu Pengenalan dan Kajian, ms 3.

[3]               Sahih: Hadis dari Abu Hurairah radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, Bukhari dan al-Baihaqi, lihat Sahih Bukhari – no: 099. (Kitab al-Ilmu, Bab Kemulian belajar hadis).

[4]               Sahih: Sebahagian dari hadis yang panjang dari Zaid bin Thabit radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Tirmizi dan ad-Dhiyaa’, dinukil dan dinilai sahih oleh as-Suyuti dalamJamii-us-Sagier – no: 9264 dan dipersetujui sahih oleh Nasiruddin Albani dalam Sahih Jamii’-us-Sagheir – no: 6763.

[5]               Lihat Qamus al-Muhit, Lisan al-Arab dan lain-lain; di atas dinukil dari Hadis Nabi dan Sejarah Kodifikasinya, ms 13 oleh Mustafa Azami.

[6]                 S.M.Yusuf – The Sunnah: It’s Development and Revision; sebuah artikel yang dimuatkan oleh P.K. Koya dalam bukunya Hadith and Sunnah: Ideal and Realities, pg 103.

[7]               Sahih: Hadis dari Anas bin Malik radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, Bukhari, Ibnu Hibban dan lain-lain, di atas adalah lafaz al-Bukhari, lihat Sahih Bukhari – no: 5063 (Kitab Nikah, Bab Anjuran untuk bernikah.........).

[8]               Sahih: Sebahagian dari satu hadis yang panjang dari ‘Irbadh bin Sariah radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Hibban dan lain-lain, dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnuth dalam Sahih Ibnu Hibban – no: 05. (Muqaddimah, Bab Berpegang kepada sunnah).

[9]         Sahih: Sebahagian dari sebuah hadis yang panjang dari Munthir bin Jarir radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Muslim, Ibnu Hibban, al-Hakim dan lain-lain, lihat Sahih Muslim – no: 1017. (Kitab az-Zakat, Bab Anjuran bersedekah sekalipun setengah biji kurma……)

[10]                  S.M.Yusuf – The Sunnah: It’s Development and Revision, pg 103-105. Ilmu penggunaan istilah Sunnah ini juga telah ditemui dan diakui oleh M.M. Bravmann dalam bukunya – The Spritual Background of Early Islam: Studies in Ancient Arab Conceptssebagaimana yang dinyatakan oleh Daniel Brown dalam – Rethinking Tradition in Modern Islamic Thought, pg 8. Perkara ini sengaja penulis tekankan bagi menolak dakwaan Schacht dan Juynboll yang berkata istilah Sunnah hanyalah merujuk kepada adat kebiasaan masyarakat Arab ketika itu dan bukannya percakapan, perbuatan dan persetujuan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

Page 31: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

[11]             Mustafa Azami – On Schacht’s Origins of Muhammadan Jurisprudence, pg 36.

 

Hujah Ketujuh:

Kitab al-Qur’anul Karim adalah sebuah kitab yang dipelihara dan dijamin ketulenannya oleh Allah Subhanahu waTa’ala manakala hadis-hadis tidak. Ini berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. [al-Hijr 15:09]

Jawapan :

Ketahuilah bahawa apabila Allah Azza waJalla menjamin keterpeliharaan al-Qur’anul Karim, ia tidak bermaksud sekadar memelihara dan menjaga huruf-hurufnya sahaja, tetapi ia meliputi semua yang berkaitan dengan al-Qur’an, termasuk memelihara dan menjaga maksud, pengajaran dan kaedah pengamalannya. 3 perkara yang terakhir ini diwakili oleh sunnah dan hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Tiada gunanya memelihara huruf-huruf al-Qur’an sahaja sedangkan ajaran dan maksudnya dibiarkan sahaja menjadi mainan yang ditolak dan ditarik sesuka hati oleh umat. Justeru perlu difahami bahawa apabila Allah berjanji memelihara al-Qur’anul Karim, ia adalah pemeliharaan dari dua sudut, yang pertama sudut material yakni sebutan, lafaz dan susunan ayat-ayat al-Qur’an manakala yang kedua adalah dari sudut bukan material, yakni maksud ayat, pengajaran dan kaedah pengamalan ayat.[1] Hadis dan sunnah Nabi sentiasa dipelihara oleh Allah Azza waJalla dengan wujudnya para ahli hadis di setiap generasi yang sentiasa menyemak, menganalisa dan mengkaji kedudukan isnad sesuatu hadis untuk dibezakan antara yang benar dan yang palsu.

Hujah 8: Al-Qur’an adalah wahyu manakala hadis tidak.

[1]               Yusuf Qardhawi - Penghantar Kajian Islam, ms 382-383.

 

ujah Kelapan:

          

al-Qur’anul Karim adalah wahyu Allah manakala hadis dan sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak.

Jawapan :

Penulis akan menjawab dakwaan di atas dalam 4 bahagian: [1] Definasi wahyu, [2] adakah wahyu hanya dalam bentuk kitab ?, [3] jenis-jenis wahyu selain kitab dan [4] jenis-jenis wahyu yang diterima oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

[1] Definasi wahyu.

Page 32: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Wahyu adalah sesuatu yang dimaklumkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada sesiapa sahaja daripada hamba-Nya yang dipilih-Nya dan ia merupakan hidayah dan ilmu (yang diberi) secara rahsia dan tersembunyi bukan dengan cara biasa yang dilakukan oleh manusia.[1]

Lebih lanjut wahyu adalah maklumat dari Allah Subhanahu waTa’ala yang diperolehi oleh seorang hamba terpilih sama ada melalui perantaraan malaikat atau secara langsung, tersembunyi, rahsia dan tersendiri, bukan melalui cara yang biasa dilakukan oleh manusia untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Wahyu diberikan dan diturunkan kepada hamba-hamba yang terpilih oleh Allah Subhanahu waTa’ala sebagai satu kelebihan dan keistimewaan. Ia adalah satu anugerah pemberian dan tidak boleh didapati dengan cara mencarinya atau meminta-minta. Wahyu tidak boleh diukur oleh akal fikiran dan ia tidak tunduk kepada lojik manusia. Sebaliknya akal fikiran dan lojik manusia yang tunduk dibawah pimpinan wahyu Ilahi.[2]

Wahyu diturunkan dalam dua bentuk, pertama dalam bentuk kitab seperti Taurat, Zabur, Injil dan al-Qur’an, wahyu seperti ini dikenali sebagai wahyu bertulis (Wahyu al-Matluw). Kedua adalah wahyu yang diturunkan bukan dalam bentuk kitab, seperti yang Allah berikan kepada Nabi-nabi yang tidak diturunkan kitab suci – antaranya Adam, Nuh, Lut dan ramai lagi. Wahyu seperti ini dikenali sebagai wahyu tidak bertulis (Wahyu Ghairi al-Matlu). Di antara para Rasul ada yang menerima kedua-dua bentuk wahyu, antaranya ialah Nabi Isa alaihi-salam dan Nabi Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam.

[2] Adakah wahyu hanya dalam bentuk kitab ?

Persoalan ini dapat dijawab dengan mengkaji dua ayat berikut:

 Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab

Zabur. [an-Nisaa’ 4:163]

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui. [an-Nahl 16:43]

Kita sama-sama ketahui bahawa para Rasul yang diberi kitab suci adalah (1) Nabi Ibrahim alaihi-salam dengan kitab yang digelar suhuf-suhuf. [al-A’laa 87:19], (2) Nabi Daud alaihi-salam dengan kitab Zabur [an-Nisaa’ 4:163], (3) Nabi Musa alaihi-salam dengan kitab Taurat [al-Israa’ 17:02], (4) Nabi Isa alaihi-salam dengan kitab Injil [al-Maidah 5:46] dan (5) Nabi Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam dengan kitab al-Qur’an.

Dalam dua ayat di atas Allah Subhanahu waTa’ala telah menerangkan bahawa semua para Nabi dan Rasul-Nya menerima wahyu. Namun kita sama-sama ketahui bahawa di antara para Nabi yang menerima wahyu sebagaimana yang disebut di atas, ada yang tidak diberikan kitab suci, antaranya Nabi Nuh, Ismail, Ishak, Yaakub, Ayub, Yunus dan Harun alaihim-salam. Dalil-dalil al-Qur’an ini menunjukkan bahawa apabila Allah Subhanahu waTa’ala memberikan wahyu kepada para Nabi dan Rasul-Nya, ia tidak semestinya wujud dalam bentuk kitab suci sahaja.

Antara hujah Golongan Anti Hadis dalam perbincangan ini adalah semua Nabi dan Rasul menerima wahyu dan wahyu tersebut semuanya dalam bentuk kitab suci. Tidak ada Nabi dan Rasul yang tidak menerima wahyu dalam bentuk kitab suci. Dalil mereka adalah ayat 81 surah al-‘Ali Imran berikut:

Page 33: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firman-Nya): Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmah yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya. [‘Ali Imran 3:81]

Ayat ini pada zahirnya menunjukkan bahawa semua Nabi-nabi telah diberikan kitab oleh Allah Subhanahu waTa’ala. Bagi menjawab hujah ini, pertama perlu diterangkan perbezaan antara Rasul dan Nabi. Rasul ialah seorang Nabi yang diangkat oleh Allah Azza waJalla dengan diberikan sebuah kitab suci untuk menyebarkan risalah dan syari’at agama-Nya. Bagi setiap umat Allah Azza waJalla mengutuskan seorang Rasul. Firman-Nya:

Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya). [Yunus 10:47]

Rasul-rasul ini semuanya mengajak kepada mentauhidkan Allah Subhanahu waTa’ala dan melarang sembahan selain Allah:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. [an-Nahl 16:36]

Akan tetapi bagi setiap Rasul ada syari’at mereka yang tersendiri khusus untuk umat masing-masing:

Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). [al-Maidah 5:48]

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan. [al-Hajj 22:67]

Di samping seseorang Rasul, Allah Azza waJalla juga mengutus beberapa orang Nabi, sama ada sezaman dengan Rasul tersebut atau sesudahnya. Nabi-nabi tersebut meneruskan syari’at yang dibawa oleh Rasul mereka dengan berpandukan kitab yang pada asalnya diturunkan kepada Rasul mereka. Contohnya syari’at Nabi Musa alaihi-salam terus dihidupkan oleh beberapa orang Nabi selepas beliau dengan berpandukan kitab Taurat. Syari’at Nabi Isa alaihi-salam terus dihidupkan oleh beberapa Nabi selepas beliau dengan berpandukan kitab Injil. Akan tetapi bagi syari’at Nabi Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam ia terus dihidupkan oleh para ulama’, bukan para Nabi kerana baginda adalah Rasul dan Nabi terakhir. Kerana itulah para ulama’ dikenali sebagai waris para Nabi dan mereka meneruskan dakwah Islam berpandukan kitab al-Qur’an.

Perhatikan sabda Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang berikut:

Adalah Bani Israil dipimpin oleh para Nabi, setiap kali seseorang dari Nabi mereka wafat, akan diganti dengan Nabi yang baru. Dan sesungguhnya selepas aku tidak akan ada Nabi lagi, akan tetapi akan ada para khalifah yang banyak.[3]

Bagi menguatkan penjelasan di atas, marilah kita mengkaji sirah Nabi Musa dan Nabi Harun. Kita sama-sama ketahui bahawa apabila Nabi Musa pergi ke bukit Tursina untuk menerima kitab Taurat, beliau telah melantik saudaranya Nabi Harun untuk tinggal belakang menjaga dan memimpin Bani Israil:

Dan kami telah janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya dengan sepuluh malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam. Dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): “Gantikanlah aku dalam (urusan

Page 34: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

memimpin) kaumku   dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah engkau menurut jalan orang-orang yang melakukan kerosakan.” [al-A’raaf 7:142]

Nabi Harun tinggal di belakang sehinggalah Nabi Musa kembali:

Dan demi sesungguhnya, Nabi Harun telahpun berkata kepada mereka sebelum itu: “Wahai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diperdayakan dengan patung itu, dan sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya; oleh itu, ikutlah daku dan taatlah akan perintahku.” Mereka menjawab: “Kami tidak sekali-kali akan meninggalkan penyembahan patung ini, (bahkan) kami akan tetap menyembahnya hingga Nabi Musa kembali kepada kami.” (Sekembalinya) Nabi Musa dia berkata: “Wahai Harun, apakah yang menghalang engkau ketika engkau melihat mereka sesat daripada menurutku? Adakah engkau ingkar akan suruhanku ?” [Taha 20:90-93]

Sementara di bukit Tursina, Nabi Musa telah menerima kitab Taurat seorang diri:

Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk. [al-Baqarah 2:53]

3 ayat ini menunjukkan kitab Taurat diberikan kepada Nabi Musa seorang sahaja manakala Nabi Harun tinggal di belakang menjaga umat Bani Israil. Akan tetapi perhatikan pula ayat berikut ini:

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Musa dan Nabi Harun al-Furqan (Kitab Taurat) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan yang menjadi cahaya yang menerangi, serta yang mengandungi pengajaran, bagi orang-orang yang mahu bertaqwa. [al-Anbiyaa’ 21:48]

Dalam ayat ini Allah Subhanahu waTa’ala menerangkan bahawa kitab Taurat telah diberikan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun. Keterangan ini nampaknya bercanggah dengan ayat-ayat sebelum ini yang menerangkan bahawa kitab Taurat hanya diberikan kepada Nabi Musa seorang diri manakala Nabi Harun tinggal bersama Bani Israil. Melainkan yang dimaksudkan oleh ayat 48 surah Anbiyaa’ di atas bukanlah Nabi Harun diturunkan kitab Taurat dari langit tetapi dia disuruh sama-sama mendakwahkan syari’at Nabi Musa berpandukan kitab Taurat.

Oleh itu ayat 81 surah ‘Ali Imran di atas bukanlah bererti setiap Nabi diturunkan sebuah kitab suci dari langit tetapi ia bererti setiap Nabi memiliki sebuah kitab suci yang asalnya diturunkan kepada Rasul terdahulu untuk mereka jadikan sumber rujukan dan panduan bagi syari’at masing-masing.[4]

[3] Jenis-jenis wahyu selain kitab.

Berikut adalah beberapa keterangan al-Qur’an tentang jenis-jenis wahyu yang tidak bertulis (Wahyu Ghairi al-Matlu):

[3-A] Wahyu melalui berkata-kata.

Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaan-Nya, lagi Maha Bijaksana. [asy-Syura 42:51]

Page 35: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Maka ketika dia (Musa) sampai ke tempat api itu, (kedengaran) dia diseru dari tepi lembah yang di sebelah kanan, di tempat yang dilimpahi berkat, dari arah pohon kayu: “Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Tuhan sekalian alam.” [al-Qasas 28:30]

[3-B] Wahyu melalui ilham.

Wahyu melalui ilham adalah seperti petunjuk, arahan, panduan, pengurniaan ilmu pengetahuan dan sebagainya, semuanya diberi oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada para Nabi dan Rasul-Nya. Berikut adalah dua contoh:

Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan. Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan.[Hud 11:36-37]

Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: “Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurnia-Nya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hamba-Nya yang beriman.” [an-Naml 27:15]

[3-C] Wahyu melalui mimpi.

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu ?” Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.” [as-Saaffat 37:102]

[3-D] Wahyu melalui perantaraan malaikat.

Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: “Ini adalah hari yang amat mencemaskan.” Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: “Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat) ?”

Mereka menjawab: “Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki.” Nabi Lut berkata: “Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu).”

(Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata): “Wahai Lut ! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat ?” [Hud 11:77-81]

Page 36: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Demikian 4 jenis wahyu selain dari bentuk kitab yang diberikan oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada para Nabi dan Rasul-Nya. Sekali lagi ditekankan bahawa apabila Allah Subhanahu waTa’ala memberikan wahyu kepada para Nabi dan Rasul-Nya, ia tidak semestinya wujud dalam bentuk kitab suci sahaja. Berikut marilah kita mengkaji jenis-jenis wahyu yang diterima oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

[4] Jenis-jenis wahyu yang diterima oleh Rasulullah.

Jenis wahyu pertama yang diberikan kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam ialah kitab al-Qur’anul Karim sebagaimana firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Dan sesungguhnya ia (Al-Quran) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. [asy-Syu’ara 26:192-195]

Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam juga menerima wahyu dalam bentuk ilham, iaitu dalam perkara-perkara yang tidak disebut sama oleh al-Qur’an. Ia terdiri daripada dua perkara, pertama adalah al-Hikmah iaitu segala ilmu syari’at dan perincian agama (lihat tugas ke-7 Rasulullah dalam jawapan bagi hujah ke-2). Kedua adalah ilmu pengetahuan yang diajar oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada Rasulullah sehingga menjadilah baginda seorang manusia yang berilmu lagi bijaksana. Perhatikan ayat berikut:

Dan Allah telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam), dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya. Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu amatlah besar. [an-Nisaa’ 4:113]

Ayat ini juga secara jelas membahagikan wahyu yang diterima oleh Rasulullah kepada dua bentuk, wahyu bertulis (Wahyu al-Matlu) dan wahyu tidak bertulis (Wahyu Ghari al-Matlu). Kitab al-Qur’an yang diturunkan adalah wahyu bertulis manakala al-Hikmah dan ilmu pengetahuan yang diturunkan adalah wahyu yang tidak bertulis.[5]

Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam juga menerima wahyu dalam bentuk mimpi sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala dalam ayat berikut:

Demi sesungguhnya ! Allah tetap membenarkan Rasul-Nya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya Allah. [al-Fath 48:27] Yakni Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam di satu masa dahulu pernah bermimpi bahawa umat Islam akan dapat menakluk Kota Makkah dari tangan orang-orang kafir Quraish. Maka mimpinya itu menjadi benar di mana umat Islam pada tahun 9 hijrah telah berjaya menakluk Kota Makkah. Lalu Allah mengingatkan beliau akan mimpinya tersebut sebagai salah satu bentuk wahyu yang benar.

Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam juga menerima wahyu dengan perantaraan malaikat Jibril alaihi-salam:

Demi bintang semasa ia menjunam, rakan kamu (Nabi Muhammad), tidaklah ia menyeleweng, dan ia pula tidak sesat. Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Wahyu itu diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit); kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada

Page 37: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit, sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi; lalu Allah wahyukan kepada hamba-Nya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukan-Nya. [an-Najm 53:1-10]

Sesetengah pihak cuba membataskan pengertian ayat di atas kepada ayat-ayat al-Qur’an sahaja, yakni al-Qur’an yang disampaikan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah dari sumber wahyu, bukan perkataannya sendiri. Pendapat ini ditolak kerana ayat tersebut berbicara dalam konteks umum, bererti ia mewakili setiap yang disampaikan oleh Rasulullah berkenaan risalah dan agama Allah, mewakili al-Qur’an dan selain al-Qur’an. Perhatikan dipenghujung ayat tersebut:

 …. lalu Allah wahyukan kepada hamba-Nya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukan-Nya. Perkataan (ma auha) apa yang telah diwahyukan adalah ism mausul yang bererti apa-apa sahaja atau apa jua atau apa-apa sekalipun bagi menandakan sifat keterbukaan ayat tanpa pembatasan. Oleh itu adalah tidak benar pendapat yang membataskan ayat-ayat tersebut kepada wahyu al-Qur’an sahaja.

Berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an serta penjelasan yang diberikan di atas, tertolaklah dakwaan bahawa wahyu Allah hanyalah merupakan kitab al-Qur’anul Karim. Yang benar kedua-dua al-Qur’an dan sunnah Rasulullah, kedua-duanya adalah wahyu yang diwahyukan oleh Allah Subhanahu waTa’ala.[6]

 

Hujah 9:         Allah telah memerintahkan kita untuk berhukum dengan  al-Qur’an sahaja, bukan hadis.  

 

[1]                 Muhammad Abdul Azim al-Zarqani – Manahil al-Irfan fi Ulum  al-Qur’an, ms 56dinukil dari Mahmud Saedon Othman – al-Sunnah: Kedudukan dan Peranannya di dalam Syari’ah Islam, ms 88.

[2]               Mahmud Saedon Othman – al-Sunnah: Kedudukan dan Peranannya, ms 88-89.

[3]               Sahih: Sebahagian dari hadis yang panjang dari Abu Hurairah radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih Bukhari – no: 3455 (Kitab al-Anbiya’, Bab Apa yang diperkatakan tentang Bani Israil).

[4]                 Penjelasan ini sengaja penulis huraikan secara panjang lebar kerana ia bukan sahaja merupakan hujah Golongan Anti Hadis tetapi ia adalah juga hujah sarjana orientalis, di mana mereka berkata terdapat percanggahan dan pertembungan antara ayat-ayat yang menerangkan para Nabi yang diberikan kitab dan yang tidak diberikan kitab.

[5]                 Muhammad Taqi Usmani – The Authority of Sunnah, pg 36-37. Dalam buku ini juga Taqi Usmani telah mengemukakan lebih 10 bukti dalam al-Qur’an yang menunjukkan Rasulullah sallallahu-alihi-wasallam telah menerima wahyu selain al-Qur’an, lihat ms 23-40.

[6]               Perlu juga ditambah bahawa sunnah Rasulullah yang dimaksudkan adalah dalam urusan yang berkaitan dengan syari’at Islam. Perkara ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam menjawab hujah anti-hadis yang ke 20 nanti, insya-Allah.

 

Page 38: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Hujah Kesembilan:

          

Allah Azza waJalla telah beberapa kali memerintahkan umat Islam untuk mengadili sesuatu perkara berdasarkan hukum al-Qur’an sahaja. Barangsiapa yang tidak berhukum dengan al-Qur’an maka mereka adalah fasik, zalim dan kafir. Perhatikan ayat-ayat berikut:[1]

Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan Kitab Allah maka mereka itulah orang-orang kafir. [al-Maidah 5:44]

Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan Kitab Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [al-Maidah 5:45]

Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan Kitab Allah maka mereka itulah orang-orang yang fasik. [al-Maidah 5:47]

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan Kitab Allah. [al-Maidah 5:49]

Sekalipun telah jelas ayat-ayat di atas, masih ada umat Islam yang berhukum dengan hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Perlu dibezakan bahawa hadis-hadis Rasulullah adalah bukan Kitab Allah.

Jawapan.

Sebelum kita menjawab hujah di atas, rasanya adalah sangat perlu disalin keseluruhan ayat-ayat al-Qur’an yang dimaksudkan, dari ayat 44 hinggalah ke ayat 49.

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. [al-Maidah 5:44]

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [al-Maidah 5:45]

Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. [al-Maidah 5:47]

Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk

Page 39: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. [al-Maidah 5:48]

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. [al-Maidah 5:49]

Sekarang perbandingkan rangkap ayat al-Qur’an yang diterjemahkan sebagai hujah oleh Rashad Khalifa dan terjemahannya yang sebenar. Perhatikan bagaimana beliau menukar ayat (bima anzalAllah) yang bermaksud dengan apa yang diturunkan oleh Allah sebagaiKitab Allah.

Terjemahan Rashad Khalifa: Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan Kitab Allah maka mereka itulah orang-orang kafir. [al-Maidah 5:44]

Terjemahan sebenar: Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka itulah orang-orang kafir. [al-Maidah 5:44]

Terjemahan Rashad Khalifa: Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan Kitab Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [al-Maidah 5:45]

Terjemahan sebenar: Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka itulah orang-orang zalim. [al-Maidah 5:45]

Terjemahan Rashad Khalifa: Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan Kitab Allah maka mereka itulah orang-orang yang fasik. [al-Maidah 5:47]

Terjemahan sebenar: Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka  mereka itulah orang-orang kafir. [al-Maidah 5:47]

Terjemahan Rashad Khalifa: Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan Kitab Allah. [al-Maidah 5:49]

Terjemahan sebenar: Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah [al-Maidah 5:49]

Jelas di sini kelihatan tindakan menukar maksud ayat-ayat Allah Subhanahu waTa’ala semata-mata kerana ingin menolak dari berhukum dengan hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Mungkin alasan Rashad Khalifa adalah memandangkan ayat-ayat 44 hingga 49 pada awalnya membicarakan tentang penurunan kitab Taurat dan Injil kepada umat Yahudi dan Nasrani dan perintah supaya mereka berhukum dengannya, maka hendaklah juga kita umat Islam berhukum dengan kitab yang diturunkan kepada kita, iaitu kitab al-Qur’anul Karim.

Page 40: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Alasan ini adalah tidak tepat kerana jika diperhatikan benar-benar ayat-ayat di atas, akan didapati Allah Azza waJalla tidak memerintahkan kita untuk berhukum dengan Kitab Allah tetapi yang diperintahkan adalah berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah. Perlu ditegaskan bahawa setiap patah dan huruf al-Qur’an disusun oleh Allah Azza waJalla sesuai dengan maksud yang dikehendaki-Nya, ia bukanlah suatu susunan yang rambang, secara suka-suka atau tidak sengaja. Oleh itu apabila Allah memerintahkan kita untuk berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka hendaklah kita berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah. Kita tidak boleh dengan mudah menafsirkannya sebagai kitab al-Qur’an sahaja kerana seandai itulah yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu waTa’ala, maka pasti itulah juga yang akan difirmankan oleh-Nya secara tepat.

Apakah yang diturunkan oleh Allah untuk kita berhukum dengannya ? Jawapannya adalah keseluruhan syari’at Islam yang diturunkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada manusia melalui Rasul-Nya Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam. Ia terdiri daripada kitab al-Qur’anul Karim dan al-Hikmah sebagaimana firman Allah Ta’ala:

Dan Allah telah menurunkan kepadamu (Muhammad) Kitab (Al-Quran) serta Hikmah. [an-Nisaa’ 4:113]

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, al-Hikmah ialah segala sumber syari’atilmu dan perincian agama yang tidak terkandung di dalam kitab al-Qur’anul Karim. Ia diajar, diterangkan dan diterjemahkan kepada perbuatan praktikal oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dan inilah yang dikenali sebagai as-Sunnah. (lebih lanjut lihat tugas ke-7 dalamJawapan bagi hujah ke-2)

Maka dengan itu perintah Allah Azza waJalla supaya kita umat Islam berhukumdengan apa yang diturunkan oleh Allah sebenarnya bermaksud hendaklah kita berhukum berdasarkan apa yang terkandung dalam kitab al-Qur’anul Karim dan Sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Inilah tafsiran yang sebenar.[2]  

 

Hujah 10: Rasulullah pernah melakukan kesilapan, oleh itu tidak mungkin  sunnah-sunnahnya dapat dijadikan sumber syari’at. Mengenal 4 Ragam Golongan Anti Hadis apabila berdalil dengan al-Qur’an.

 

[1]               Berikut ini adalah ayat-ayat al-Qur’an sebagaimana yang diterjemahkan oleh Rashad Khalifa dalam Quran: The Final Scripture (Authorized English Version), pg 75-76. Terjemahan asal beliau adalah dalam bahasa Inggeris, diterjemah ke bahasa Melayu seperti di atas oleh penulis. Terjemahan sebenar ayat-ayat ini akan menyusul seterusnya.

[2]               Lebih lanjut lihat penerangan Yusuf Qardhawi dalam bukunya – Berinteraksi dengan al-Qur’an, ms 611-614.

 

Page 41: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Hujah Kesepuluh:

          

Rasulullah sendiri pernah melakukan kesilapan sehingga ditegur oleh Allah Subhanahu waTa’ala di dalam al-Qur’an. Ini bererti beliau adalah seorang yang tidak maksum dan sering berbuat silap sehingga tidak memungkinkan kita untuk mengikuti dan mentaatinya.

Jawapan :

Berikut adalah 4 “kesilapan” yang dimaksudkan:

Pertama :  Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam pernah mengenepikan pertanyaan seorang buta tentang Islam kerana terlalu memberi tumpuan mendakwah beberapa pembesar Quraish. Teguran Allah Subhanahu waTa’ala:

Ia memasamkan muka dan berpaling; Kerana ia didatangi orang buta; Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu) ! ; Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya; Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran); Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya;

Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya); Adapun orang yang segera datang kepadamu; Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah); Maka engkau berlengah-lengah melayaninya; Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi). [Abasa 80: 1-11]

Kedua :  Dalam peristiwa Perang Badar, Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam membuat keputusan untuk membiarkan hidup beberapa tawanan perang. Keputusan Rasulullah ini diperbetulkan oleh Allah Tabaraka waTa’ala:

Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [al-Anfal 8:67]

Ketiga :  Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam pernah mengizinkan beberapa orang untuk tidak ikut sama berperang. Keizinan ini ditegur kembali oleh Allah Azza waJalla:

Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-orang yang benar dan (sebelum) engkau mengetahui orang-orang yang berdusta ? [at-Taubah 9:43]

Keempat :  Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam pernah mengasingkan diri daripada bersama para isterinya kerana tidak menyukai tindakan mereka yang berpakat antara satu sama lain membelakangi baginda. Tindakan Rasulullah ini diperbetulkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala:

Wahai Nabi ! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [at-Tahrim 66:01]

Page 42: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Adalah tidak benar untuk membuat kesimpulan bahawa Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam adalah seorang Rasul yang sering keliru, silap dan salah semata-mata berdasarkan beberapa contoh yang diungkap oleh al-Qur’an, kerana jika direnungkan kembali……adakah sepanjang tempoh 22 tahun kerasulan beliau, beliau hanya melakukan 4 kesilapan sahaja ? Adakah al-Qur’an lupa untuk mengungkap kesilapan-kesilapan yang lain atau adakah terdapat tujuan istimewa di sebalik pengungkapan 4 contoh tersebut ?

Ungkapan kisah-kisah “kesilapan” Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam di dalam ayat-ayat di atas tidaklah bertujuan menunjukkan bahawa baginda adalah seorang yang selalu silap dan tergelincir dalam lembah kesalahan tetapi adalah bagi menunjukkan bahawa baginda adalah seorang manusia pilihan Allah yang sentiasa dipelihara dan diawasi-Nya dari kesilapan dan kesalahan.[1]

Ucapan atau perbuatan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam terbahagi kepada dua bentuk, yang pertama adalah berdasarkan wahyu Allah manakala yang kedua adalah berdasarkan ijtihad sendiri. Seandainya ijtihad Rasulullah didapati kurang tepat atau salah, ia akan terus diperbetulkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala, sama ada dengan turunnya ayat al-Qur’an atau oleh Rasulullah sendiri melalui ucapan yang menyusul setelah diberitahu oleh malaikat Jibrail alaihi-salam.[2] Tujuan sengaja dibiarkan berlaku kesilapan lalu diperbetulkan seketika selepas itu adalah tidak lain bagi memberi keyakinan kepada umat bahawa Muhammad adalah seorang manusia pilihan Allah yang sentiasa dipelihara dan diawasi-Nya dari kesilapan dan kesalahan.

 

 

Mengenal 4 Ragam   Golongan Anti Hadis   apabila berdalil dengan al-Qur’an.

Sehingga kini kita telah menganalisa dan menjawab 10 hujah Golongan Anti Hadisyang mereka asaskan dari dalil-dalil al-Qur’an. Seterusnya akan disenaraikan pula 10 hujahGolongan Anti Hadis yang mereka asaskan dari dalil-dalil selain al-Qur’an. Sebelum itu ingin penulis bincang dan menggariskan terlebih dahulu 4 ragam dan strategi yang biasa digunakan oleh Golongan Anti Hadis apabila menghujah satu-satu ayat al-Qur’an sebagai dalil. Ini adalah penting supaya para pembaca dapat mengenal pasti ragam, taktik, strategi dan muslihat Golongan Anti Hadis apabila mereka berhujah dengan al-Qur’an, sama ada masa kini atau akan datang. Tidak dinafikan adakalanya ayat-ayat al-Qur’an yang dihujahkan oleh Golongan Anti Hadis nampak benar lagi meyakinkan. Akan tetapi jika kita sedia mengetahui taktik dan muslihat mereka, mudah sahaja untuk kita “menangkap” kebatilan yang terdapat dalam hujah tersebut. Berikut adalah 4 ragam dan muslihat yang dimaksudkan:

[1] Terjemahan tanpa teks Arab.

Ragam Golongan Anti Hadis yang pertama adalah menghujahkan ayat-ayat al-Qur’anul Karim berdasarkan terjemahannya sahaja tanpa disertakan teks Arab yang asal. Ini menyukarkan kita untuk menyemak kebenaran terjemahan dan hujah-hujah yang mereka asaskan dari ayat tersebut. Contohnya adalah terjemahan ayat 44 hingga 49 surah al-Maidah yang dilakukan oleh Rashad Khalifa (lihat hujah ke-9). Oleh itu setiap ayat al-Qur’an yang dihujah oleh Golongan Anti Hadis wajib kita semak terjemahannya dengan teks Arab yang asli atau dengan mana-mana kitab terjemahan dan tafsir yang diiktiraf.

[2] Menarik dan memaksa tafsiran ayat al-Qur’an.

Apabila teks Arab al-Qur’an diterjemahkan, ia kehilangan segala nilai-nilai ketepatan bahasa dan nahu (grammar) yang membuatkannya tidak lagi tepat sebagai sumber rujukan. Dengan ini mudahlah bagi Golongan Anti Hadis menarik dan memaksa terjemahan ayat-ayat tersebut supaya selari dan secocok dengan fahaman mereka. Akhirnya peranan asal al-Qur’an sebagai kitab yang memimpin dan

Page 43: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

menunjuk telah berubah kepada kitab yang dipimpin dan ditunjuk. Ini sebenarnya pernah digambarkan sendiri oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam 1400 tahun yang lalu dengan sabdanya:

al-Qur’an adalah pemberi syafaat yang diterima syafaatnya dan pembantah (penghujah) yang dibenarkan. Barangsiapa yang meletakkan al-Qur’an di hadapannya maka dia akan dipimpin ke syurga dan barangsiapa yang meletakkan al-Qur’an di belakangnya maka dia akan ditolak ke neraka.[3]

Bagi menangani ragam Golongan Anti Hadis ini, setiap hujah dan tafsiran merekawajib kita kaji dan bandingkan dengan mana-mana kitab tafsir yang muktabar. Seandainya kekurangan bahan rujukan maka bertanyalah kepada mereka yang ahli dalam bidang tafsir. Tidak perlu bertanya kepada Golongan Anti Hadis kerana mereka bukanlah ahli bidang tafsir.

[3] Menjadikan al-Qur’an sebagai kamus bahasa Arab.

Ragam ketiga Golongan Anti Hadis adalah menjadikan kitab al-Qur’anul Karim sebagai satu-satunya kamus bahasa Arab. Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini (lihat jawapan bagi hujah ke-6), kitab al-Qur’anul Karim tidak diturunkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada manusia untuk dijadikan sebuah kamus. Al-Qur’an boleh digunakan sebagai salah satu sumber rujukan bagi mengetahui dan memahami pengertian sesuatu perkataan Arab dan cara menggunakannya tetapi ia tidak boleh dimutlak sebagai sebagai satu-satunya kamus dan penjelas bahasa Arab. Melakukan sedemikian bererti kita telah memaksa al-Qur’an kepada satu tanggung-jawab yang tidak ia dipertanggungkan pada asalnya.

[4] Memilih ayat yang secocok, mendiamkan ayat yang bertentangan.

Ragam keempat yang sangat masyhur di kalangan Golongan Anti Hadis adalah menghujahkan sebahagian ayat dan mendiamkan sebahagian lain. Ayat yang secocok dengan fahaman mereka dijadikan hujah manakala ayat yang tidak secocok dan bertentangan didiamkan. Terdapat banyak bukti dan contoh sepertimana yang telah dibahas dalam menjawab hujah-hujah mereka sebelum ini.

Tindakan Golongan Anti Hadis ini adalah mirip kepada tindakan kaum Yahudi dan Nasrani yang sering menyembunyikan ayat-ayat dalam kitab Taurat dan Injil masing-masing apabila ayat tersebut tidak secocok dengan kehendak mereka. Al-Qur’anul Karim telah beberapa kali menyinggung sikap seperti ini:

Maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain ?

Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. [al-Baqarah 2:85]

Dan orang-orang yang Kami berikan Kitab, mereka bersukacita dengan apa yang Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) dan di antara beberapa kumpulan dari orang-orang itu ada yang mengingkari sebahagiannya. [ar-Ra’d 13:36]

Samalah seperti Kami menurunkan (Kitab-kitab) kepada orang-orang yang membahagi-bahagi; (Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain). [Hijr 15:90-91]

Jika Golongan Anti Hadis menyengajai perbuatan menghujahkan sebahagian ayat dan menyembunyikan sebahagian lain, maka mereka menepati sifat-sifat yang ditegur dan disinggung oleh ayat-ayat a-Qur’an di atas. Akan tetapi jika Golongan Anti Hadis tidak menyengajainya kerana tidak tahu atau terlepas pandang (overlook) maka dinasihatkan agar lebih berhati-hati di masa akan datang.

Page 44: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Ayat-ayat di dalam kitab al-Qur’anul Karim sengaja disusun oleh Allah Subhanahu waTa’ala secara berselerak dan tidak seragam. Hikmahnya ada beberapa, antaranya:

[1] Supaya pembaca al-Qur’an tidak pernah jemu membacanya. Setiap kali dibaca mana-mana surah atau mana-mana bahagian, pasti akan ditemui kisah, ajaran dan peringatan yang berbeza.

[2] Supaya menarik para pengkaji al-Qur’an kepada menganalisa dan membanding antara ayat-ayatnya dengan mendalam sehingga tiada siapa yang dapat menjadi pakar al-Qur’an kecuali mereka yang paling tajam lagi meluas penguasaannya terhadap keseluruhan ayat-ayat al-Qur’an.

Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam selaku seorang guru al-Qur’an telahpun menerangkan bahawa ayat-ayat al-Qur’an pada zahirnya memang kelihatan berselerak, tetapi tidaklah ia saling bertentangan atau menyanggahi antara satu sama lain, malah ia sebenarnya saling menyokong, melengkap dan menyempurnakan. Beliau pernah melihat para sahabat di satu ketika berselisih pendapat tentang beberapa ayat, lalu pantas ditegurnya:

Sebentar wahai kaumku ! Dengan tindakan seperti itulah umat-umat sebelum kalian menjadi binasa. Mereka menentang Nabi-nabi mereka dan mempertentangkan sebahagian isi kitab dengan sebahagian yang lain.

Sesungguhnya al-Qur’an tidak diturunkan dalam keadaan sebahagian isinya mendustakan sebahagian yang lain, tetapi sebahagian isinya membenarkan sebahagian yang lain. Maka apa yang kamu ketahui darinya – amalkanlah dan apa yang tidak kamu ketahui darinya maka kembalikanlah (rujuklah) kepada orang yang mengetahuinya.[4]

Al-Qur’an adalah umpama tubuh badan manusia. Manusia hanya dapat dikatakan sebagai manusia apabila diambil kira semua anggota dan organ-organnya. Manusia tidak dapat dikatakan sebagai manusia jika ia hanya diwakili oleh lidah, sepotong tangan dan sebelah kaki sahaja. Demikian juga al-Qur’an, sesuatu rumusan tidak dapat dikatakan sebagai rumusan al-Qur’an jika ia hanya berdasarkan satu atau dua patah ayat sahaja. Rumusan al-Qur’an yang sebenar adalah apa yang didasarkan kepada seluruh ayat-ayat dan ajaran al-Qur’an.[5]

Setiap ayat yang diperhujahkan oleh Golongan Anti Hadis wajib, dikaji maksud sebenarnya berdasarkan keseluruhan al-Qur’an, sama ada dengan merujuk kepada kitab-kitab tafsir yang muktabar atau dengan bertanya kepada mereka yang pakar dalam keseluruhan ajaran kitab al-Qur’anul Karim. Atau sebagai tindakan yang lebih baik, hendaklah para pembaca sendiri yang mempelajari dan mengenal seluruh ayat-ayat al-Qur’anul Karim: maksud, tujuan dan pengajarannya.

Tidak dinafikan terdapat beberapa orang dari kalangan Golongan Anti Hadis yang lebih mengenal dan menguasai al-Qur’an dari kita semua, hasil dari kajian dan bacaan mereka sendiri. Sedangkan kita pula hanya mengenali al-Qur’an sebagai sesuatu yang dibaca kepada orang mati, amalan malam Jumaat, hadiah hantaran perkahwinan dan gambar hiasan dinding. Maka sudah tiba masanya untuk kita berubah pandangan dan sikap terhadap al-Qur’an, dari apa yang lazim kita lakukan kepada sesuatu yang menepati tujuan penurunannya, iaitu sebagai sebuah kitab yang menjadi sumber iktibar, keinsafan, petunjuk, pengajaran dan penghujahan.

 

Hujah 11: Rasulullah, Abu Bakar dan Umar al-Khattab telah melarang  penulisan hadis. Ini bererti hadis memang tidak dimaksudkan  sebagai sebahagian dari sumber syari’at.

Page 45: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

 

[1]                 Demikian terang Abu ‘Ala al-Mawdudi sebagaimana yang diketengahkan oleh Daniel Brown dalam Rethinking Tradition in Modern Islamic Thought, pg 79.

[2]               Abu Ameenah Bilal Philips – Usool at-Tafseer: The Methodology of Qur’aanic Explanation, pg 123-124; dan mana-mana kitab usul tafsir dan ulum al-Qur’an yang lainnya – dalam bab perbincangan jenis-jenis wahyu yang diterima oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

[3]               Sahih: Hadith dari Jabir bin Abdillah radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh al-Baihaqi (Syu’aib al-Iman) dan dari Ibnu Mas’ud radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh ath-Thabrani (Mu’jam al-Kabir) dan al-Baihaqi dalam kitab yang sama, dinukil oleh as-Suyuti dalam Jamii-us-Sagheir – hadith no: 6182 dan dinilai sahih oleh Nasiruddin Albani dalam Sahih Jamii-us-Sagheir –no: 4443. Lebih lanjut lihat Silsilah Hadis Sahih – no: 2019.

[4]               Sahih: Hadis dari Abdullah bin ‘Amr al-‘Ash, dikeluarkan oleh Ahmad dan dinilai sahih oleh Ahmad Syakir dalam Musnad Ahmad – no: 6702.(Musnad Umar al-Khattab, hadathana Anas bin ‘Iyadh.......).

[5]               Saduran dari penjelasan as-Syatibi dalam al-I’tisham, jld 2, ms 244-245sebagaimana dinukil oleh Qardhawi dalam al-Qur’an dan as-Sunnah: Referensi Tertinggi Umat Islam, ms 192.  

 

Hujah Kesebelas:

          

Dalam kitab-kitab hadis tercatit riwayat bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam telah melarang hadis-hadisnya ditulis oleh para sahabat. Demikian juga dalam kitab-kitab sejarah diterangkan bahawa para Khalifah ar-Rashidun seperti Abu Bakar dan Umar al-Khattab radiallahu-anhuma – mereka juga melarang penulisan dan penyebaran hadis-hadis Rasulullah. Larangan-larangan ini menunjukkan bahawa hadis-hadis Rasulullah sememangnya tidak dimaksudkan sebagai sebahagian dari syari’at Islam.

Jawapan:

Dalam Islam, sebelum diterima dan diperhujahkan sesuatu kisah atau riwayat, wajib disemak dan dikaji isnadnya terlebih dahulu. Apabila didapati sahih maka hendaklah riwayat tersebut difahami bersama-sama riwayat-riwayat yang lainnya, kemudian barulah dirumuskan satu kesimpulan. Kita tidak boleh menerima dengan sewenangnya sesuatu kisah sebagaimana ada sahaja dan tidak boleh membuat rumusan semata-mata berdasarkan satu riwayat sahaja.

Dakwaan di atas akan penulis jawab dalam dua bahagian, pertama larangan menulis hadis oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dan kedua larangan menulis dan menyebarkan hadis di zaman Abu Bakar dan Umar al-Khattab radiallahu-anhuma.

Page 46: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Pertama: Larangan menulis hadis oleh Rasulullah.

Riwayat hadis yang dimaksudkan sebagai larangan penulisan hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah seperti berikut: Berkata Abu Sa’id al-Khudri radiallahu-anhu, telah bersabda Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam:

Janganlah kamu tulis (catat) apa-apa dari aku. Dan barangsiapa yang telah menulis (mencatat) dari aku selain al-Qur’an, hendaklah dia menghapuskannya. Dan sampaikanlah (hadis) dari aku, tidak ada kesalahan di dalam melakukan itu. Dan barangsiapa yang berdusta terhadap aku dengan sengaja, maka dia akan menemui tempatnya di dalam api neraka.[1]

Hadis di atas tidaklah melarang penulisan hadis secara mutlak tetapi ia sebenarnya hanyalah melarangan penulisan hadis di atas kertas atau lembaran yang sama dengan al-Qur’an. Penjelasan ini adalah berdasarkan hadis berikut dari Abu Hurairah radiallahu-anhu:

Adalah kami menulis apa yang kami dengar dari Nabi sallallahu-alaihi-wasallam. Maka di satu hari beliau datang kepada kami dan berkata: Apakah tulisan-tulisan ini ? Maka kami menjawab: Apa yang kami dengar dari engkau. Lalu beliau berkata: Tulisan bersama Kitab Allah (al-Qur’an) ? Kami menjawab: (Ya !) iaitu apa yang kami dengar (dari engkau). Lalu bersabda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam:

Tulislah Kitab Allah (al-Qur’an) dan jagalah ketulenan Kitab Allah. Tulisan selain kitab Allah ? Jagalah ketulenan kitab Allah dan janganlah mencemari ia.[2]

Di zaman Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, bahan-bahan tulis seperti kertas papri sudahpun wujud[3] dan digunakan untuk menulis surat-surat rasmi, perlembagaan negara dan al-Qur’an. Akan tetapi jumlahnya agak terhad dan tidak memungkinkan penulisan hadis-hadis secara berasingan di atasnya. Ini menyebabkan sesetengah sahabat telah mencatit al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah di atas lembaran kertas yang sama, sebelah menyebelah. Lebih-lebih lagi diingatkan bahawa apabila baginda Rasulullah membaca dan mengajarkan ayat-ayat al-Qur’an kepada para sahabat, beliau mengajar 10 ayat diikuti dengan penerangan, penjelasan dan pengamalannya, yakni teori dan praktikalnya. Beliau tidak akan melangkah ke 10 ayat seterusnya selagi 10 ayat yang sedang diajarnya itu tidak difahami benar-benar maksud dan kaedah pengamalannya.[4]

Sesetengah sahabat mencatit ayat-ayat al-Qur’an yang dibacakan Rasulullah dan pada waktu yang sama mencatit juga keterangan dan kaedah pengamalannya yang berupa hadis Rasulullah. Apabila hal ini diketahui oleh Rasulullah, beliau tegas melarangnya kerana bimbang hadis-hadisnya akan bercampur dan disalah anggap sebagai ayat-ayat al-Qur’an juga. Inilah yang dimaksudkan beliau: Tulislah Kitab Allah (al-Qur’an) dan jagalah ketulenan Kitab Allah. Tulisan selain Kitab Allah ? Jagalah ketulenan Kitab Allah dan janganlah mencemari ia ......... iaitu kertas-kertas yang ditulis ayat-ayat al-Qur’an, hendaklah ia mengandungi ayat-ayat al-Qur’an sahaja dan tidak apa-apa lain selainnya.

Jika seseorang sahabat ingin menulis hadis secara berasingan dari al-Qur’an, maka ia sememangnya dibenarkan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Perhatikan riwayat berikut dari Abdullah bin ‘Amr radiallahu-anhu:

Aku biasa menulis segala yang aku dengar dari Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam untuk aku hafalkan. Lalu kaum Quraish menegahku dengan berkata: Apakah kamu menulis segala sesuatu ? Bukankah Rasulullah seorang manusia yang berbicara pada waktu marah dan senang juga ?  Maka aku berhenti sebentar dari menulis sehingga aku menemui Rasulullah dan mengkhabarkan beliau tentang hal ini. Beliau memberi isyarat kepada mulutnya lalu bersabda:

Page 47: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Tulislah ! Demi Dzat yang jiwaku berada di kekuasaan-Nya, tiadalah yang keluar dari mulut ini kecuali yang hak (yakni yang benar). [5]

Selain itu perlu juga dibetulkan rumusan Golongan Anti Hadis bahawa memandangkan Rasulullah melarang penulisan hadis-hadisnya, ia bererti bahawa Rasulullah sendiri tidak mahu hadis-hadisnya dijadikan sebahagian dari sumber syari’at Islam. Rumusan ini tidak benar kerana jika dikaji semula hadis di atas akan di dapati bahawa di sebalik larangan menulis hadis, Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tetap menganjurkan umat untuk menyebarkannya kepada orang ramai. Berikut penulis kemukakan semula hadis tersebut dan perhatikan bahagian yang digariskan:

Janganlah kamu tulis (catat) apa-apa dari aku. Dan barangsiapa yang telah menulis (mencatat) dari aku selain al-Qur’an, hendaklah dia menghapuskannya. Dan sampaikanlah (hadis) dari aku, tidak ada kesalahan di dalam melakukan itu. Dan barangsiapa yang berdusta terhadap aku dengan sengaja, maka dia akan menemui tempatnya di dalam api neraka.

Pada ketika yang lain Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam juga telah bersabda:

Semoga Allah menyerikan wajah orang yang mendengar sebuah hadis dari aku lalu dihafalnya sehingga disampaikan kepada orang lain. [6]

Kalian mendengarkan (hadis aku), lalu akan didengarkan dari kalian, selanjutnya akan didengar pula dari orang yang mendengar dari kalian.[7]

Oleh itu sekali lagi diulangi bahawa yang sebenarnya dilarang oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah menulis hadis-hadisnya di atas lembaran yang sama dengan tulisan al-Qur’an.[8]

 

Kedua: Larangan menulis dan menyebarkan hadis oleh Abu Bakar dan Umar al-Khattab.

Hampir semua riwayat-riwayat yang menerangkan bahawa Abu Bakar dan Umar al-Khattab radiallahu-anhuma melarang penulisan dan penyebaran hadis di zaman pemerintahan mereka adalah daif. Antara yang masyhur dikatakan tentang Abu Bakar adalah kononnya beliau telah mengumpul 500 buah hadis dalam sebuah buku lalu akhirnya beliau membakarnya.[9] Sementara dalam satu riwayat lain kononnya Abu Bakar telah berkata:Maka janganlah kalian menceritakan hadis dari Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam sesuatu apapun. Jika sesiapa yang bertanya kepada kalian, berkatalah antara kami dan kamu ada Kitab Allah, maka apa yang kalian dapati dihalalkan maka halalkanlah ia dan apa yang diharamkan maka haramlah ia.[10] Kedua-dua riwayat ini adalah tidak benar kerana isnadnya memiliki beberapa kecacatan.

Umar al-Khattab pula kononnya didakwa telah memenjarakan beberapa orang sahabat seperti Abdullah ibnu Mas’ud, Abu Darda dan Abu Mas’ud al-Anshari radiallahu-anhum kerana banyak menyampaikan hadis.[11] Selain itu disebut dari Urwah bin al-Zubair bahawa kononnya Umar pernah merancang untuk menulis sunnah-sunnah secara formal lalu beliau bermesyuarat dengan para sahabat dan mereka semua menyetujui rancangan tersebut. Akan tetapi sebulan selepas itu Umar membatalkan rancangannya.[12] Disebut juga dari al-Qasim bin Muhammad bahawa: Sesungguhnya hadis telah menjadi persaingan (menjadi banyak)[13] di masa Umar bin al-Khattab. Maka diumumkan kepada orang ramai supaya mereka membawanya (hadis-hadis tersebut, yakni dalam bentuk tulisan). Maka apabila telah dibawa kepadanya (Umar), diperintahkan agar ia diselidiki lalu kemudiannya ditahan ia (tulisan tersebut) dari mereka (iaitu tidak dikembalikan). Berkata Umar: Dua (kitab) pada waktu yang sama sebagaimana dua (kitab) pada waktu yang sama (seperti perbuatan) Ahli Kitab ? [14]

Page 48: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Ketiga-tiga riwayat di atas adalah daif dan tidak boleh dijadikan hujah dan dakwaan. Hanya sahaja dalam bab ini terdapat dua riwayat lain yang sahih yang perlu kita beri tumpuan dan penjelasan yang sebenarnya. Riwayat-riwayat yang dimaksudkan adalah:

Riwayat Pertama:

Umar al-Khattab pernah mengutus Qurzhah bin Ka’ab dan beberapa orang Ansar radiallahu-anhum dari Madinah ke Kufah dan beliau menerangkan bahawa di sana akan ditemui satu kaum yang masih keras lagi kasar bacaan al-Qur’an mereka. Maka berpesan Umar: Maka persedikitkanlah riwayat dari Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dan aku (Umar) bersama kalian dalam hal ini.[15] Pesanan Umar ini tidaklah bererti melarang sepenuhnya penyampaian dan penggunaan hadis-hadis Rasulullah tetapi ia sekadar memberi prioritykepada kaum yang baru belajar Islam agar mereka memberi tumpuan kepada sebutan ayat-ayat al-Qur’an dan asas-asas agama yang terkandung di dalamnya. Perhatikan bahawa Umar tidak melarang sepenuhnya penyampaian hadis Rasulullah tetapi hanya sekadar dikurangkan jumlahnya.

Sekali lagi ditekankan bahawa tidak boleh membuat kesimpulan yang mutlak bahawa Amirul Mukminin Umar al-Khattab telah menyekat perkembangan, periwayatan dan pembelajaran hadis-hadis serta sunnah-sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam semata-mata berdasarkan satu riwayat di atas. Umar sendiri apabila mengutus para sahabat menjadi gabenor wilayah-wilayah yang baru dibuka oleh Islam, telah menanggung-jawabkan mereka dengan tugas mengajar agama Islam termasuk sunnah-sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Ini jelas terbukti dalam salah satu khutbah Umar di penghujung era pemerintahannya, di mana antara yang beliau katakan adalah: Ya Allah ! Saksikanlah Engkau atas para gabenor wilayah bahawa sesungguhnya aku telah mengutus mereka untuk mengajar manusia agama mereka dan sunnah Nabi mereka.[16]

Riwayat Kedua:

Umar al-Khattab pernah berkata kepada Abu Hurairah radiallahu-anhu: Engkau (perlu) benar-benar berhenti meriwayatkan hadis dari Rasulullah atau aku akan mengusir kamu ke daerah Daus.[17] Riwayat ini adalah sahih tetapi ancaman tersebut adalah tidak lebih sekadar kekhuatiran Umar akan adanya hadis-hadis yang disampaikan bukan pada tempatnya sehingga mungkin dipermainkan oleh orang ramai atau terjadi kekeliruan di dalamnya.[18]Oleh itu ancaman Umar adalah lebih kepada peringatan kepada Abu Hurairah supaya berhati-hati dalam menyampaikan hadis, menerangkannya secara formal dan tersusun disertai penjelasannya; bukan melarang secara mutlak.

Penjelasan di atas disokong oleh satu riwayat yang lain di mana Umar sendiri telah menerima hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah.[19]  Dalam satu perjalanan menuju Kota Mekah, rombongan Umar telah dihalangi oleh suasana angin ribut yang kencang. Lalu Umar bertanya kepada rombongannya: Adakah sesiapa yang boleh meriwayat hadis tentang angin kepada kami ? Maka tidak ada sesiapapun yang mengetahui adanya hadis Rasulullah tentang angin kecuali Abu Hurairah, beliau menunggang kepada Umar lalu berkata: Wahai Amirul Mukminin, dikhabarkan kepada aku bahawa engkau bertanya tentang angin dan sesungguhnya aku mendengar Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam bersabda:

Angin itu adalah dari Rahmat Allah. Ia datang dengan membawa rahmat dan ia datang dengan membawa kesiksaan. Maka jika engkau melihatnya maka janganlah engkau mencaci-makinya dan mohonkanlah kepada Allah kebaikannya dan mohonlah perlindungan kepada-Nya dari keburukannya.[20] Umar tidak menolaknya hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah ini.

Harap penjelasan ringkas di atas dapat membersihkan pelbagai dakwaan bahawa kononnya para Khalifah ar-Rashidun Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab radiallahu-anhuma telah melarang aktiviti penulisan dan penyampaian hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam di zaman pemerintahan mereka. Membuat satu rumusan semata-mata berdasarkan satu atau dua riwayat sahaja adalah seumpama seseorang yang membaca sepatah ayat al-Qur’an:

Page 49: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Solat [al-Ma’un 107:04] lalu terus dibuat rumusan bahawa mendirikan solat adalah satu pekerjaan yang dicela lagi tidak dituntut oleh Islam. Rumusan ini dibuat berdasarkan satu ayat di atas sahaja dan dilupakan pelbagai ayat-ayat lain di dalam al-Qur’an yang menerangkan kewajipan dan kemulian mendirikan solat. Ayat di atas sebenarnya hendaklah difahami dengan sambungan ayat seterusnya:

Maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Solat; laitu mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya). [al-Ma’un 107:4-6]

Demikianlah juga hendaknya sikap kita terhadap beberapa riwayat yang menerangkan tindakan para Khalifah ar-Rashidun ke atas sunnah-sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Kita tidak boleh membuat rumusan bahawa mereka secara mutlak telah melarang aktiviti penulisan, periwayatan, pengembangan dan pengajaran sunnah-sunnah Rasulullah semata-mata berdasarkan satu atau dua riwayat sahaja padahal dalam waktu yang sama terdapat banyak riwayat-riwayat lain yang menerangkan kesungguhan mereka menghidup dan menyebarkan sunnah-sunnah Rasulullah di zaman pemerintahan mereka. Lebih dari itu terdapat ratusan hadis-hadis Rasulullah yang mereka riwayatkan sendiri sebagaimana yang nyata tercatit di dalam kitab-kitab hadis.[21] Oleh itu adalah sangat tidak benar rumusan dan dakwaan Golongan Anti Hadis yang mengatakan para Khalifah ar-Rashidun telah menghalang dan melarang aktiviti-aktiviti ilmiah yang berkaitan dengan sunnah-sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

 

Hujah 12: Rujukan kepada hadis hanya dipelopori oleh Imam Shafi’i  pada tahun 200 hijrah.

 

[1]               Sahih: Hadis dari Abu Said al-Khudri radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, Muslim, ad-Darimi dan lain-lain, lihat Sahih Muslim – no: 3004. (Kitab az-Zuhud dan Raqa’iq, Bab Kedudukan hadis dan penulisannya).

[2]               Hasan: Sebahagian dari hadis yang panjang dengan 3 jalan periwayatan:

[1] Dari Abu Hurairah radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Ahmad dalam al-Musnad – no: 11034. (Musnad Abu Said al-Khudri, hadathana Ishaq bin ‘Isa) dari jalan Abdurrahman bin Zaid bin Aslam dan beliau adalah perawi yang dilemahkan oleh majoriti. Hamzah Ahmad Zain menguatkan hadis ini ke taraf hasan kerana maksudnya selari dengan riwayat Abu Said al-Khudri yang dikeluarkan oleh Muslim dalam kitab sahihnya no: 3004 sebagaimana yang telah disalin di atas (Hadis A). Lihat juga Musnad Ahmad – no: 11027.

[2] Dari Abdullah ibnu Umar radiallahu-anhuma, dikeluarkan oleh ath-Thabarani dalam Mu’jam al-Ausath – no: 7514 dengan lafaz yang sedikit berbeza dari jalan Zaid bin Aslam tanpa anaknya Abdurrahman, namun dalam isnad ini terdapat Isa bin Maimun al-Madani dan adalah beliau seorang yang daif. Lihat al-Kamil fi ad-Dhuafa’ al-Rijal – perawi no: 1388.

Page 50: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

[3] Dari Abdullah bin Amru radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dalam Tarikh ad-Damsyik, jld 62, ms 44-45 dengan lafaz yang juga sedikit berbeza dari jalan selain Zaid bin Aslam, tetapi tetap melalui Isa bin Maimun dan adalah beliau seorang yang daif.

                Ketiga-tiga jalan di atas adalah daif dan lafaznya juga sedikit berbeza antara satu sama lain. Tetapi tetap mengandungi satu persamaan, iaitu pertanyaan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam kepada para sahabat yang sedang menulis hadis: “Tulisan bersama Kitab Allah ?” diikuti peringatan untuk menjaga ketulenan Kitab Allah, iaitu al-Qur’anul Karim. Justeru penulis menilai hadis ini hasan li-ghairihi atas dasar 3 jalan isnad di atas yang saling menguat antara satu sama lain.

[3]                 Montgomery Watt & Richard Bell – Introduction to The Qur’an, pg 31-33

[4]               Tafsir Ibnu Katsir, jld 1, ms 6 (bhg muqaddimah).

[5]               Sahih: Hadis dikeluarkan oleh  Ahmad, Abu Daud, al-Hakim dan lain-lain, dinilai sahih oleh Nasiruddin Albani dalam Silsilah Hadis Sahih – no: 1532.

[6]               Sahih: Sebahagian dari hadis yang panjang dari Zaid bin Thabit radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Tirmizi dan ad-Dhiyaa’, dinukil dan dinilai sahih oleh as-Suyuti dalamJamii-us-Sagier – no: 9264 dan dan dipersetujui sahih oleh Nasiruddin Albani dalam Sahih Jamii’-us-Sagheir – no: 6763.

[7]               Sahih: Hadis dari Abdullah ibnu Abbas radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Hakim, al-Baihaqi, Ibnu Hibban dan ath-Thabarani, dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnuth dalam Sahih Ibnu Hibban – no: 062. (Kitab al-Ilmu, Bab Memperingatkan Sunnah-sunnah dari (melalui) pendengaran......).

[8]               Mustafa Azami – Studies in Hadith Methodology and Literature, pg 28;Muhammad Hamidullah – Sahifah Hamman ibn Munabbih, pg 104-106.

[9]               Daif: Dikeluarkan oleh al-Hakim dan dinukil oleh adz-Dzahabi dalam Tazkirah al-Huffaz, jld 1, ms 10-11 dari jalan Musa bin Abdullah bin Hasan bin Hasan, dari Ibrahim bin Umar bin Ubaidullah at-Taymi, diceritakan kepada aku oleh al-Qasim bin Muhammad, bahawa berkata A’isyah radiallahu-anha ....... sepertimana mana di atas. Isnadnya daif kerana memiliki beberapa kecacatan, iaitu:

[1] Ali bin Saleh – berkata Ibnu Katsir: Tidaklah dia dikenali. [al-Hindi – Kanz al-Ummal – no: 29460]

[2] Musa bin Abdullah - beliau diperselisihkan, lihat Lisan al-Mizan, jld 6, ms 123, perawi no: 465; al-Kamil fi ad-Dhuafa’ al-Rijal, jld 6, ms 346, perawi no: 1826 dan Daif al-Uqaili, jld 4, ms 159, perawi no: 1730.

[3] Ibrahim bin Umar bin Ubaidullah – beliau tidak dikenali. Biografinya tidak disebut atau dibicarakan oleh mana-mana ahli hadis.

                Oleh itu berkata adz-Dzahabi dalam Tazkirah al-Huffaz, jld 1, ms 11 setelah mengemukakan riwayat ini: Maka riwayat ini – tidaklah ia sah, Dan Allah sahaja yang lebih mengetahui. Dan berkata Ibnu Katsir sebagaimana nukil al-Hindi dalam Kanz al-Ummal – no: 29460: Hadis dengan wajah seperti ini adalah aneh.

[10]             Daif: Dinukil oleh adz-Dzahabi dalam Tazkirah al-Huffaz, jld 1, ms 9 dan berkata adz-Dzahabi: Maka adalah ia mursal (iaitu isnadnya terputus). Oleh itu riwayat ini adalah daif juga.

[11]             Daif: Dikeluarkan oleh ath-Thabarani dalam Mu’jam al-Ausath – no: 3449 dan dinukil oleh adz-Dzahabi dalam Tazkirah al-Huffaz, jld 1, ms 12 dan dalam Siyar A’lam Nubala, jld 7, ms 206. Juga dikeluarkan oleh an-Nasai dan dinukil oleh adz-Dzahabi dalamSiyar A’lam Nubala, jld 11, ms 555. Kedua-

Page 51: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

duanya dari jalan Abdullah bin Idris, dari Syu’bah, dari Sa’ad ibnu Ibrahim, dari ayahnya, bahawasanya Umar al-Khattab.....sepertimana di atas. Isnadnya daif juga kerana beberapa sebab:

[1] Syu’bah – adalah beliau diragukan. Lihat Ibnu Hazm – al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, jld 2, ms 256-258.

[2] Ibrahim bin Abdul Rahman bin Auf, beliau tidak pernah bertemu dengan Umar al-Khattab. Ibrahim lahir pada 20H manakala Umar meninggal dunia pada 23H. Tidak mungkin Ibrahim meriwayatkan hadis pada umur 3 tahun melainkan beliau mendengarnya dari seseorang lain yang tidak diketahui. Justeru isnad riwayat ini terputus. Lihat Majma az-Zawaaid, jld 1, ms 149.

[12]             Daif: Dikeluarkan oleh Abdurrazzaq dalam al-Musannaf – no: 20484. Juga secara ringkas oleh Ibnu Sa’ad dalam Tabaqat al-Kubra, jld 3, ms 287. Semuanya dari jalan Ibnu Shihab az-Zuhri, dari Urwah al-Zubair, bahawa Umar al-Khattab ........ Isnad ini terputus kerana Urwah bin al-Zubair (93H) tidak pernah bertemu dengan Umar al-Khattab (23H).

[13]                 Demikian lafaz yang dinukil oleh adz-Dzahabi dalam Siyar A’lam Nubala, jld 5, ms 59.

[14]             Daif: Dikeluarkan oleh Ibnu Sa’ad dalam Tabaqat al-Kubra, jld 5, ms 188dengan isnad yang terputus juga kerana al-Qasim bin Muhammad (106H) tidak pernah bertemu dengan Umar al-Khattab (23H).

[15]             Sahih: Dikeluarkan oleh Ibnu Sa’ad, Ibnu Majah, al-Hakim, Ibnu Abdil Barr dan ad-Darimi, dinilai sahih oleh Muhammad an-Nasr dalam Sunan Ibnu Majah – no: 028 (Bab Kehati-hatian Sahabat dalam meriwayatkan hadis dari Rasulullah).

[16]             Sahih: Sebahagian dari teks khutbah Umar al-Khattab radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Ahmad dan dinilai sahih oleh Ahmad Syakir dalam Musnad Ahmad – no: 341. (Musnad Umar al-Khattab, hadathana Muhammad bin Ja’far......).

[17]             Sahih: Dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dalam Tarikh ad-Damsyik, jld 50, ms 172dan dinukil oleh Ibnu Katsir dan adz-Dzahabi. Isnadnya sahih sebagaimana nilai Syu’aib al-Arnuth dalam Siyar A’lam Nubala, jld 2, ms 600-601. Dalam bab ini terdapat dua riwayat lain bahawa Abu Hurairah kemudiannya tidak lagi meriwayatkan hadis di zaman Umar kerana takut dirinya dipukul oleh Umar. Kedua-dua riwayat tersebut adalah daif, keterangannya seperti berikut:

[1] Dari Muhammad bin Ajalan, dinukil oleh adz-Dzahabi dalam Siyar A’lam Nubala, jld 2, ms 601. Muhammad bin Ajalan tidak pernah bertemu dengan Abu Hurairah, justeru isnad riwayat ini terputus sebagaimana terang Syu’aib al-Arnuth.

[2] Dari Ibnu Shihab az-Zuhri, dikeluarkan oleh Abdurrazzaq dalam al-Musannaf – no: 20496.Saya berkata, isnad riwayat ini juga terputus kerana Ibnu Syihab az-Zuhri yang lahir pada tahun 50H tidak sempat meriwayatkan dari Abu Hurairah yang meninggal dunia pada tahun 59H. Perhubungan yang sahih antara Ibnu Syihab dan Abu Hurairah adalah melalui perantaraan seorang perawi yang lain, tidak secara terus.

[18]                 Sebagaimana terang Ajaj al-Khatib dalam Hadits Nabi Sebelum Dibukukan, ms 495. Lebih lanjut lihat Bidayah wa Nihayah, jld 8, ms 107-108.

[19]             Dalam satu riwayat lain, Umar sendiri telah membenarkan Abu Hurairah meyampaikan hadis dengan kata beliau: Jika demikian, maka pergilah dan riwayatkanlah hadis. Riwayat ini dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dan dinukil oleh adz-Dzahabi dalam Siyar A’lam Nubala, jld 2, ms 603 dari jalan Yahya bin Ubaidullah, beliau dinilai terpercaya oleh Ibnu Hibban tetapi dilemahkan oleh lain-lain ahli hadis.

Page 52: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

[20]             Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dan dinilai sahih oleh Ahmad Syakir dalamMusnad Ahmad – no: 7619. Musuh-musuh Abu Hurairah mungkin berkata hadis di atas sengaja dicipta oleh Abu Hurairah untuk mendapatkan tempat di sisi Umar al-Khattab. Tuduhan ini adalah tidak benar kerana hadis yang sama di atas juga telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah kepada beberapa orang lain tanpa diminta atau ditanya oleh Umar, lihat Sahih Sunan Abu Daud – no: 5097 dan Aunul Ma’bud Syarah Sunan Abu Daud, jld 14, ms 1.Malah hadis di atas juga diriwayatkan oleh tiga orang sahabat yang lain radiallahu-anhum, iaitu A’isyah dalam Sahih Muslim – no: 899-1; Ubay bin Ka’ab dalam Sahih Sunan Tirmizi – no: 2252 dan Abu Darda dalam Musnad ‘Abad bin Hamid bin Nasr – no: 199.

[21]             Terdapat 81 buah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakar yang tercatit di dalam Musnad Ahmad manakala dalam Musnad Abu Bakar as-Siddiq oleh al-Mawarzi terdapat 143 buah. Dari Umar al-Khattab pula terdapat lebih 300 buah hadis dalam Musnad Ahmad. Dalam Jamii’ al-Musnaidi wa as-Sunan oleh Ibnu Katsir pula terdapat banyak lagi hadis-hadis yang diriwayatkan oleh kedua sahabat ini sama ada terus dari Rasulullah atau riwayat bersama melalui para sahabat lainnya.

 

Hujah Keduabelas:

          

Hadis dan sunnah hanya menjadi rujukan umat Islam setelah dipelopori oleh Imam Shafi’i kira-kira 200 tahun selepas kewafatan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Sebelum itu umat hanya merujuk kepada al-Qur’an sahaja.

Jawapan :

Hujah di atas dapat disangkal dengan tiga fakta berikut:

[1] Ketaatan, rujukan dan ikutan kepada hadis dan sunnah telah mula diperintahkan oleh al-Qur’an sejak bermulanya kerasulan Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam. Sama ada sebelum atau selepas tahun 200 hijrah, umat Islam seluruhnya mentaati, merujuk dan mengikut hadis dan sunnah Rasulullah, bukan kerana Imam Shafi’i tetapi kerana ia adalah perintah Allah Tabaraka waTa’ala di dalam al-Qur’anul Karim.

[2] Ketaatan, rujukan dan ikutan kepada hadis dan sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam jelas terbukti dalam kitab al-Muwattha’ Imam Malik bin Anas, sama ada dalam bentuk riwayat hadis Rasulullah atau kisah para sahabat dan tabiin yang mempraktikkan sunnah Rasulullah. Intisari dan kandungan kitab al-Muwattha’ telah mula diajar oleh Imam Malik pada tahun 120-130 hijrah[1] dan ia lengkap dibukukan pada tahun 150 hijrah.[2] Ini jelas menunjukkan bahawa Imam Shafi’i bukanlah merupakan orang pertama yang mempelopori ketaatan, rujukan dan ikutan kepada hadis dan sunnah Rasulullah.

[3] Menurut dakwaan pihak yang menolak hadis, sebelum tahun 200 hijrah umat Islam seluruhnya hanya merujuk kepada satu sumber – yakni al-Qur’anul Karim. Jika dakwaan ini adalah benar, kita bertanya – bagaimana mungkin seorang Imam bersama sebuah kitabnya berjaya mempengaruh dan menukar dasar agama dan rujukan ratusan ribu umat selama 200 tahun dari al-Qur’an sahaja kepada al-Qur’an dan sunnah Rasulullah ? Sudah tentu ini mustahil mengingatkan budaya hidup dan peradaban umat ketika itu yang tidak memiliki sebarang kemudahan media cetak, elektronik dan multimedia. Lebih dari itu, pasti ratusan ribu umat Islam di saat itu akan bangkit membantah dan menolak konsep al-Qur’an dan sunnah Nabi secara besar-besaran.

Bagi menggambarkan betapa besarnya kemustahilan Imam Shafi’i mengusulkan konsep “baru” al-Qur’an dan sunnah Rasulullah di zaman 200 hijrah, marilah kita bandingkan dengan usaha Golongan Anti-Hadis masa kini di zaman peradaban yang serba moden lagi canggih. Umpamakan usaha mereka

Page 53: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

mengusulkan konsep al-Qur’an sahaja di kalangan umat masa kini yang berpegang kepada al-Qur’an dan sunnah Rasulullah seperti usaha Imam Shafi’i mengusulkan konsep al-Qur’an dan sunnah Rasulullah di kalangan umat tahun 200 hijrah yang berpegang kepada al-Qur’an sahaja. Dapat kita perhatikan bahawa Golongan Anti-Hadis masa kini dengan segala medium serba moden yang mereka gunakan, seperti internet, buku bercetak, risalah percuma, poster-poster, artikel akhbar, rencana majalah dan wawancara radio televisyen, tetap tidak dapat mengubah pegangan umat dari al-Qur’an dan sunnah Rasulullah kepada al-Qur’an sahaja. Usaha mereka siang dan malam selama bertahun-tahun secara berkumpulan hanya membuahkan hasil yang minimum.

Nah ! Jika dengan segala kelengkapan moden ini gagal menukar pegangan umat masa kini, maka bagaimana pula dengan Imam Shafi’i seorang, bersama sebuah kitabnya yang berjudul al-Risalah yang dicatit tangan, tanpa media cetak, internet, radio, televisyen dan sebagainya mampu hendak mengubah pegangan umat di zaman 200 hijrah ? Sudah tentu bertambah mustahil. Justeru ketahuilah – bahawa Imam Shafi’i bukanlah orang yang pertama mengusulkan konsep hadis dan sunnah Rasulullah di samping al-Qur’an kepada umat Islam. Yang benar adalah konsep hadis dan sunnah Rasulullah di samping al-Qur’an telah bermula sejak saat-saat pertama agama Islam bermula. Inilah hakikat yang sebenarnya.

 

Hujah 13: Hadis-hadis tidak ditulis selama 200 tahun dan selama tempoh ini telah terjadi pelbagai pergolakan politik dan pertumpahan darah.

 

[1]               Habib-ur-Rahman Azami – The Sunnah in Islam, pg 33.

[2]               Yasin Dutton – The Origins of Islamic Law: The Qur’an, The Muwattha’ and Madinan Amal, pg 26-27.

 

 

Hujah Ketigabelas:

          

Hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak ditulis sehingga kira-kira 200 tahun selepas kewafatan beliau. Sepertimana yang diketahui, dalam tempoh 200 tahun pertama sejarah Islam, telah terjadi pelbagai perbalahan dan pertarungan politik yang amat buruk sehingga menyebabkan umat saling berbunuhan. Bagaimana mungkin di dalam tempoh ini kita dapat mempercayai para perawi yang menyampaikan sesebuah hadis kerana pasti sahaja setiap dari mereka mempunyai motif dan hajat politik tersendiri. Sudah tentu dalam tempoh yang lama tersebut, pelbagai kepalsuan telah menyelinap masuk ke dalam hadis-hadis tersebut sehingga ia tercatit bersama di dalam kitab-kitab.

Jawapan :

Page 54: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Dalam tempoh 200 tahun pertama sejarah Islam,memang telah berlaku beberapa pergeseran politik di kalangan umat akan tetapi adalah sangat tidak benar untuk dikatakan bahawa pergeseran tersebut telah memporak-perandakan seluruh umat dan mengubah mereka dari sifat ketaqwaan kepada sifat kemunafikan. Contohnya apabila kita membaca dalam akhbar hari ini berlakunya rompakan di Kuala Lumpur, kes pecah rumah di Miri dan kes kecurian di Alor Setar, kita tidak boleh mengandaikan bahawa seluruh Malaysia sedang berada dalam keadaan yang sangat tidak selamat dengan pelbagai kes jenayah berlaku di sana sini dalam setiap jam atau minit. Demikianlah juga, apabila kita membaca dalam sejarah Islam beberapa pergeseran politik, kita tidak boleh mengandaikan bahawa pergeseran tersebut melibatkan seluruh umat sehingga tidak seorangpun dari mereka yang bebas dari pengaruhnya.

Adalah sangat tidak benar dakwaan bahawa hadis-hadis tidak ditulis selama 200 tahun selepas kewafatan Rasulullah sallalahu-alaihi-wasallam. Aktiviti penulisan dan pencatitan hadis telahpun bermula sejak dari zaman kehidupan Rasulullah. Catitan dan penulisan ini dilakukan secara kecil-kecilan sahaja kerana kebanyakan dari ucapan dan perbuatan Rasulullah masih segar di ingatan para sahabat dan ia diterjemahkan melalui percakapan dan perbuatan harian mereka. Perbuatan ini seterusnya diturunkan ke generasi tabiin dan tabiin muda. Adalah juga tidak benar untuk dikatakan bahawa catitan formal hadis-hadis Rasulullah hanya bermula lebih 200 tahun selepas kewafatannya kerana jelas tercatit dalam kitab-kitab sejarah Islam mahupun dengan penemuan-penemuan manuskrip lama, bahawa aktiviti mencatit hadis-hadis secara formal telahpun bermula sejak pertengahan kurun pertama Islam, yakni kira-kira 50 tahun selepas kewafatan Rasulullah.[1]

Sepertimana kata as-Shafi’i, apabila Allah Azza waJalla memerintahkan ketaatan kepada Rasul-Nya berulang-kali di dalam al-Qur’an, maka perintah ini ditujukan-Nya kepada umat seluruh zaman sehingga ke Hari Akhirat. Bagi membolehkan umat seluruh zaman mentaati Rasulullah, pasti sahaja Allah – dengan segala kekuasaan-Nya yang Maha Besar lagi Maha Luas – akan menggubah cara-cara serta kaedah supaya hadis dan sunnah Rasulullah dapat sampai kepada umat seluruh zaman. Oleh itu tidak perlu diragui kaedah catitan dan perkembangan hadis Rasulullah di zaman awal Islam kerana ia sentiasa berada di bawah pengawasan dan pengurusan Allah Azza waJalla.[2]

Seperkara lain yang perlu dipertimbangkan adalah, ditulis atau tidak hadis Rasulullah di zaman awal Islam tidaklah menjadi faktor yang utama kerana yang penting adalah kejujuran dan sikap adil orang yang membawa hadis-hadis tersebut. Tidak ada jaminan ketulenan dan keaslian hadis sekalipun ia telah ditulis sejak dari awal jika yang menulisnya adalah seorang pendusta. Demikian juga tidak ada kecacatan pada hadis jika yang menghafal dan mempraktikkannya sehari-harian, sekalipun ia meliputi orang perseorangan dari beberapa generasi, adalah terdiri dari orang-orang yang jujur, adil, beriman lagi bertaqwa sepenuhnya. Bezakanlah ia !

 

Hujah 14: Sahih atau tidak sesuatu hadis adalah relatif kerana yang menilai kebenaran seseorang perawi adalah manusia sendiri.

 

[1]               Lihat hasil-hasil kajian berikut:

Page 55: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

[1] Nadia Abbott – Studies in Arabic Literary Papyry. 3 jld, lihat jilid pertama. (Chicago Univ. Press 1957).

[2] Fu’ad Segzin – Geschichte des Arabischen Schrifttums. 9 jilid, lihat jilid pertama. (Leiden 1967).

[3] Mustafa Azami – Studies in Early Hadis Literature – with A Critical Edition of some Early Text. (Indiana: American Trust Publication 1968).

[4] Muhammad Hamidullah – Sahifah Hammam bin Munabbih. (England: Apex Books 1979).

[5] Harald Motzki – The Musannaf of ‘Abd al-Razzaq al-San’ani as a Source of Authentic Ahadis in The First Century A.H. (Journal of Near Eastern Studies – edisi 50, 1991).

[2]               Lihat Daniel Brown - Rethinking Tradition, pg 15.

 

Hujah Keempatbelas:

          

Sahih atau tidak sesuatu hadis bergantung kepada jujur atau tidak para perawinya. Ini sudah tentu satu kaedah yang amat longgar kerana kejujuran seseorang hanyalah didasarkan kepada penilaian orang lain dan ini sudah tentu relatif kepada banyak faktor dan keadaan.

Jawapan :

Menentukan kesahihan sesuatu hadis berdasarkan sifat para perawinya memiliki dasar dalam al-Qur'an itu sendiri. Perhatikan bahawa apabila al-Qur�an menetapkan hukuman bagi jenayah zina, ia mensyaratkan persaksian 4 orang saksi, dan para saksi ini hendaklah dari kalangan orang yang beriman, baligh, berakal, jujur, benar, adil, beramanah dan bertaqwa. Sifat-sifat yang mengikitiraf seseorang saksi tersebut ditentukan pula berdasarkan pengamatan orang-orang di sekitarnya yang juga perlu terdiri dari orang-orang yang memiliki sifat tersebut. Maka jika kaedah menentukan sifat seseorang saksi sebegini diiktiraf oleh al-Qur'an untuk menjatuhkan hukuman jenayah 'sehingga ke tahap hukuman bunuh' sudah tentulah pula hadis yang dibawa oleh orang-orang yang beriman, baligh, berakal, jujur, benar, adil, beramanah dan bertaqwa dapat diterima sebagai sesuatu yang benar-benar berasal dari mulut Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.[1]

 

Hujah 15: Imam Bukhari telah menapis sebanyak 600,000 hadis dan yang sahih hanyalah 9,000. Ini menunjukkan wujudnya hadis-hadis palsu yang sangat banyak ketika itu.

Page 56: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

[1]    Ringkasan dari keterangan Muhammad bin Idris as-Shafi�i dalam al-Umm, jld 7, ms 82-83. Lihat juga Mustafa as-Siba'i-al-Hadits sebagai Sumber Hukum: Kedudukan as-Sunnah dalam Pembinaan Hukum Islam, ms 214.

 

Hujah Kelimabelas:

          

Dalam riwayat yang masyhur disebut bahawa Imam Bukhari telah menapis sebanyak 600,000 buah hadis dan beliau hanya memilihi 9,000 yang sahih untuk dimuatkan dalam kitabnya Sahih Bukhari. Jumlah 600,000 ini jelas menunjukkan bahawa berlakunya penciptaan hadis-hadis palsu secara besar-besaran di zaman awal Islam.

Jawapan :

Terdapat dua perkara penting yang perlu diterangkan dari hujah atau dakwaan di atas:

Pertama :  Apabila dikatakan wujudnya 600,000 hadis, ia bukanlah bermaksud ada 600,000 sebutan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, tetapi adalah 600,000 jalan-jalan periwayatan hadis-hadis Rasulullah. Perlu diterangkan bahawa para tokoh hadis tidak mengira hadis menurut jumlah sebutan yang berasal dari Rasulullah tetapi adalah menurut jumlah jalan-jalan periwayatannnya. Jumlah jalan-jalan periwayatan hadis adalah sangat besar bilangannya kerana jumlah bilangan orang yang meriwayatkannya dari generasi ke generasi adalah banyak dan ia bertambah secara gandaan.[1]

Sebagai contoh, kita umpamakan seorang sahabat Rasulullah yang masyhur bernama Abdullah ibnu Mas’ud radiallahu-anhu. Katakan beliau memiliki 50 orang murid dari generasi tabiin dan 50 orang ini selepas mendapat ijazah dari Ibnu Mas’ud akan menjadi guru pula dengan setiap dari mereka memiliki 50 orang murid dari generasi selepas tabiin. Setiap dari 50 orang ini selepas mendapat ijazah dari guru mereka masing-masing akan mengajar pula dan setiap dari mereka memiliki 50 orang murid juga dari kalangan generasi berikutnya dan demikianlah seterusnya. Dari contoh yang penulis umpamakan di atas, pada ketika generasi ketiga sahaja sudah ada kira-kira 125,000 orang yang meriwayatkan hadis padahal mereka semua mungkin hanya meriwayatkan 100 ucapan yang berasal dari mulut Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Maka bilangan 125,000 inilah yang menjadi kiraan dan perhatian para tokoh hadis kerana mereka akan menapis dan menelusuri orang-orang yang terkandung dalam jumlah 125,000 tersebut untuk mencari yang jujur, amanah dan sebagainya untuk diambil hadis yang mereka riwayatkan.

Kedua :  Apabila dipilih 9,000 dari 600,000 jalan periwayatan hadis, tidaklah bererti bahawa baki 591,000 jalan periwayatan hadis yang disisih adalah terdiri daripada orang-orang fasik yang sengaja berdusta dan mencipta hadis sesuka mereka. Syarat pilihan sesuatu hadis yang sahih adalah sangat tinggi lagi ketat. Ia wajib terdiri dari orang-orang yang kuat imannya, tinggi ketaqwaannya, berdisiplin dalam ilmu-ilmu agama, jujur, amanah, adil, berperibadi mulia, kuat ingatan atau tahu apa yang dicatitnya, faham akan maksud hadis yang dihafal atau ditulisnya, benar-benar menerima hadis dari mulut gurunya dan pelbagai lagi. Tidak semua orang yang meriwayatkan hadis dapat menepati syarat-syarat yang ketat ini, justeru itulah mereka diketepikan. Oleh itu bezakanlah, apabila disisihkan 591,000 jalan periwatan hadis, ia bukan kerana para perawinya terdiri dari orang-orang yang berdusta, mencipta hadis sendiri atau sebagainya.

 

Hujah 16: Sesetengah hadis menyerupai ajaran Kitab taurat dan Injil. Ini menunjukkan bahawa ajaran Ahli Kitab telah terselit

Page 57: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

masuk  dalam hadis-hadis.

   

[1]               Mustafa as-Siba’i – al-Hadits sebagai Sumber Hukum, ms 313-317; juga Mustafa Azami – Studies in Hadis Methodology and Literature, pg 26.

 

Hujah Ketujuhbelas:

          

Hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam banyak yang bercanggah dan berlawanan antara satu sama lain. Oleh itu adalah mustahil untuk merujuk dan menukil sesuatu hukum atau kefahaman dari hadis-hadis.

Jawapan.

Satu perkara yang tidak dinafikan tentang hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah terdapatnya beberapa percanggahan, pertentangan dan pertembungan antara satu sama lain. Hal ini terjadi kerana beberapa sebab, yang utama adalah kerana Rasulullah mendakwahkan Islam selama 22 tahun lebih dan sepanjang tempoh yang lama tersebut, bicara dan dakwah ditujukan kepada sekian banyak orang atau kumpulan yang terdiri dari pelbagai peringkat keimanan dan daya intelek dan semua ini pula dilatar belakangkan dengan pelbagai persoalan, kes, keadaan dan suasana yang saling berbeza-beza. Faktor-faktor ini telah menyebabkan hadis-hadis pada zahirnya nampak seolah-olah berbeza-beza dan saling bercanggah antara satu sama lain.[1] Bagi mengkaji dan menyuraikan “percanggahan” ini, para ilmuan Islam telah menggariskan beberapa langkah dan kaedah seperti berikut:

[1]           Langkah pertama ialah memastikan bahawa antara dua hadis yang bercanggah setiap darinya memiliki status kekuatan yang sama. Jika yang bercanggah adalah antara hadis sahih dengan hadis daif, maka percanggah ditamatkan dengan mengambil hadis sahih sahaja. Jika kedua-dua hadis adalah sahih maka kaedah selanjutnya adalah:

[2]           Mengkaji bilakah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam menyabdakan hadis-hadis tersebut. Adakalanya dua hadis bercanggah antara satu sama lain kerana yang pertama disabdakan oleh Rasulullah di zaman awal Islam manakala yang kedua disabdakan beliau di zaman pertengahan atau akhir Islam. Hadis yang terakhir tersebut membatalkan hadis yang pertama. Hadis yang membatalkan disebut nasikh manakala hadis yang dibatalkan disebutmansukh.

Hikmah wujudnya nasikh dan mansukh adalah kerana Islam mendidik, mentarbiyah, membina dan membangun umatnya secara berperingkat-peringkat, tidak secara mendadak dan terburu-buru. Oleh itu ada ajaran Islam disyari’atkan secara berperingkat-peringkat sesuai dengan suasana umat, masyarakat dan kekuatan Islam di ketika itu.

Page 58: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Sebelum seseorang membezakan antara hadis nasikh dan hadis mansukh wajib dia mencari bukti dan petunjuk terlebih dahulu bahawa hadis yang awal tersebut (hadis mansukh) telah benar-benar dibatalkan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam hadis yang terakhir (hadis nasikh).

[3]          Kaedah ketiga adalah dengan mengkaji kepada siapakah sesuatu hadis itu ditujukan. Kadang-kadang dua hadis nampak bercanggah kerana ia ditujukan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam kepada dua individu atau kumpulan yang berlainan. Ketahuilah bahawa salah satu kebijaksanaan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah beliau sentiasa perhatikan kepada siapa dia mengajar dan dari siapa dia menerima soalan. Dengan kebijaksanaan ini beliau dapat menjadi guru dan pemimpin yang bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat, sama ada yang tua atau muda, lelaki atau wanita, yang bijak atau yang jahil, yang baru memeluk Islam atau sudah lama dan seterusnya.[2]

[4]     Sebab percanggahan sesuatu hadis juga boleh “disuraikan” dengan mengkaji suasana dan keadaan sekeliling apabila sesuatu hadis disabdakan. Adakalanya wujud percanggahan kerana satu hadis disabdakan dalam suasana perang dan hadis yang lain pula dalam suasana damai. Boleh juga terjadi percanggahan antara hadis yang disabdakan Rasulullah dalam khutbah kepada orang awam manakala ada hadis yang disabdakan dalam ceramah kecil yang dihadiri oleh beberapa sahabat senior. Dengan mengkaji perbezaan suasana dan keadaan sekelling, dapat difahami kenapa wujudnya percanggahan dan ditemui kefahaman yang sebenar.

[5]     Sebab terakhir wujudnya percanggahan adalah kerana kurangnya fahaman kita sendiri sama ada dari sudut memahami bahasa Arab, perbandingan dengan hadis-hadis lain atau kefahaman kepada seluruh ruh dan tujuan syari’at. Bagi mengelak masalah ini hendaklah seseorang itu memahirkan diri dalam bahasa Arab dahulu. Kemudian apabila berhadapan dengan hadis yang bercanggah, hendaklah dicari semua hadis-hadis yang termasuk dalam bab yang dibincangkan kemudian digarap kefahaman darinya.

Sebagai contoh perhatikan semula perbincangan sebelum ini dalam bab larangan penulisan hadis (lihat jawapan ke-11). Terdapat dua hadis Rasulullah yang bercanggah, yang pertama dari Abu Sa’id al-Khudri yang melarang penulisan hadis manakala yang kedua dari Abdullah bin ‘Amr yang membenarkan penulisan hadis. Akan tetapi setelah dikaji hadis lain dari Abu Hurairah, fahamlah kita bahawa yang sebenarnya dilarang oleh Rasulullah adalah menulis hadis di atas lembaran yang sama dengan al-Qur’an hingga mungkin menyebabkan percampuran.

Demikian 5 kaedah dan langkah bagi mengkaji dan “menyuraikan” hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang nampak bercanggah. Tidak dinafikan bahawa untuk menguasai sepenuhnya bidang ini seseorang itu perlu memiliki ilmu menyemak isnad serta pengetahuan yang luas dalam keseluruhan hadis-hadis Rasulullah dan syari’at Islam. Seandainya tidak berkemampuan menguasai bidang ini maka rujuklah kepada para pakarnya, janganlah terburu-buru berkata bahawa disebabkan wujudnya percanggahan mustahil untuk menukil hukum dan kefahaman.

 

Hujah 18: Terdapat banyak hadis yang aneh lagi pelik.

[1]                 Muhammad al-Ghazali – Menjawab 40 Soal Islam Abad 20, ms 131-132.

Page 59: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

[2]               Lihat as-Sunnah sebagai sumber Iptek dan Peradaban, ms 164 dan seterusnyaoleh Yusuf Qardhawi.

 

Hujah Kelapanbelas:

          

Hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam banyak yang aneh lagi pelik. Dalam sudut syari’at Islam umpamanya, kita dapati ada hadis yang berkata sesiapa sahaja yang akhir ucapannya adalah “La ilaha illaLlah” akan masuk syurga !! Hadis ini sudah tentu aneh jika dibandingkan dengan pelbagai syarat dan kewajipan yang telah digariskan oleh al-Qur’an untuk seseorang itu layak masuk syurga. Dari sudut sains pula, dapati hadis-hadis menyalahi penemuan ilmiah yang sah lagi terbukti seperti hadis yang berkata tidak ada penyakit yang berjangkit. Kita juga dapati ada hadis-hadis yang mensabitkan diri Rasulullah dengan perbuatan yang zalim lagi kejam seperti hadis yang mengatakan Rasulullah telah menghukum beberapa orang dengan mencungkil keluar mata mereka dan membiarkan di tengah gurun sehinggalah ajal menemui mereka.

Bagi kami, contoh-contoh di atas dan banyak lagi sebenarnya bukanlah merupakan sabda Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tetapi adalah rekaan orang-orang terkemudian lalu didustakan atas nama Rasulullah. Rekaan dan dustaan terlepas masuk ke dalam kitab-kitab hadis yang sahih lagi masyhur. Hadis-hadis seperti ini tidak meninggalkan kita apa-apa pilihan kecuali menolak keseluruhan hadis-hadis kerana ia sebenarnya hanyalah rekaan dan dustaan manusia selepas kewafatan Rasulullah.

Jawapan.

Letak kesilapan Golongan Anti Hadis di sini ialah terburu-buru membuat kesimpulan semata-mata berdasarkan ilmu pengetahuan yang sangat terbatas tanpa mahu mempelajari ilmu hadis secara mendalam terlebih dahulu, seperti mengkaji sebab kelahirannya (ashabul wurud), kaedah lafaz bahasa Arabnya, tujuan atau maksud disebaliknya dan perbandingan dengan hadis-hadis yang lain. Lebih memudahkan adalah bahawa setiap dari hadis-hadis yang didakwa “aneh dan pelik” itu telahpun dijelaskan oleh para ilmuan Islam dalam kitab-kitab syarahan hadis. Tanpa berlengah lagi marilah kita mengkaji dan menjelaskan hadis-hadis “aneh dan pelik” yang disebut di atas.[1]

Pertama: Sesiapa yang akhir ucapannya: “La ilaha illaLlah” akan masuk syurga.

Berikut adalah teks sebenar hadis yang dimaksudkan. Sabda Rasulullah sallallahu-alahi-wasallam:

Barangsiapa akhir perkataannya adalah “La ilaha illaLlah” maka dia masuk syurga.[2]

Hadis di atas sebenarnya disabdakan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam di zaman awal Islam di Kota Makkah. Berkata Ibnu Syihab az-Zuhri (124H), seorang tokoh generasi tabiin: Hadis sebegini hanya pada permulaan Islam sebelum turunnya kewajipan-kewajipan dan larangan.[3] Yakni di zaman permulaan Islam di mana pada saat itu belum disyari’atkan pelbagai ibadah, kewajipan, larangan dan hukuman kecuali sekadar mentauhidkan Allah Azza waJalla dan meninggalkan segala amalan syirik yang mereka praktikkan sebelum itu. Pada waktu itu mereka yang baru memeluk Islam diugut dan dipaksa agar meninggalkan Islam dan sesiapa yang enggan – mereka diseksa hingga ke tahap dibunuh dengan kejam. Ketika sedang diugut, diseksa dan sesaat sebelum dibunuh, tiada yang diucapkan oleh mereka kecuali “La ilaha illaLlah” – Tiada Tuhan selain Allah – secara berulang-ulang sehinggalah mereka dibebaskan atau sehingga maut menemui mereka.

Page 60: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Terhadap umat Islam inilah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam bersabda:Barangsiapa yang akhir perkataannya adalah “La ilaha illaLlah” maka dia masuk syurga dan memang benar bagi mereka adalah ganjaran syurga kerana menegakkan ketauhidan Allah Azza waJalla sehingga ke akhir hayat mereka. Senada dengan hadis ini adalah firman Allah Subhanahu waTa’ala dalam ayat berikut yang juga diturunkan di Kota Makkah:

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atasnya, maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Merekalah ahli Syurga, tetap kekal mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. [al-Ahqaf 46:13-14]

Adapun kedudukan hadis ini pada masa kini, maka berkata para ilmuan bahawa ia tetap sah diperlakukan. Sesiapa sahaja yang mentauhidkan Allah Subhanahu waTa’ala secara yakin dan benar sehingga ke akhir hayatnya, syurgalah balasannya. Seandainya ada dosa-dosa besar, maka mereka akan diazab setimpal dengan kadar dosa masing-masing dan akhirnya tetap akan dimasukkan ke dalam syurga Allah Tabaraka waTa’ala.[4]

Kedua: Tidak ada penyakit berjangkit.

Sabda Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Tidak boleh menjangkitkan penyakit, dan tidak boleh mengundi nasib, dan tidak boleh mempercayai Hama[5], dan tidak boleh mempercayai (kecelakaan) bulan Safar, dan larilah kamu dari penyakit Kusta sebagaimana kamu lari dari seekor singa.[6]

Perkataan Laa ‘Udwa (  عدوى biasanya diterjemahkan sebagai tiada penyakit ( الberjangkit atau tidak ada penyakit berjangkit. Akan tetapi dalam kaedah bahasa Arab, perkataan Laa tersebut boleh memiliki dua erti, yang pertama sebagai menunjukkan satu “peniadaan” (nafyun) dan yang kedua sebagai menunjukkan satu “larangan” (nahyun). Kaedah bahasa Arab ini boleh juga kita lihat dalam ayat al-Qur’an berikut:

(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan ibadat Haji.[al-Baqarah 2:197]

Firman Allah Subhanahu waTa’ala di atas bukanlah bermaksud satu peniadaanseperti tidak ada persetubuhan, tidak ada kemaksiatan dan tidak ada pertengkaran kerana tiga perkara ini memang sentiasa wujud dan tidak boleh dihapuskan begitu sahaja. Akan tetapi yang dimaksudkan adalah larangan, iaitu jangan bersetubuh, jangan bermaksiat dan jangan bertengkar.

Perhatikan pula sabda Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam hadis berikut:

Tidak boleh membuat mudarat dan tidak boleh memudaratkan.[7] Sekali lagi perkataan Laa tidak bermaksud peniadaan kerana unsur mudarat memang sentiasa wujud. Yang dimaksudkan adalah larangan iaitu jangan melakukan sesuatu yang memudaratkan diri sendiri dan jangan pula melakukan sesuatu yang memudaratkan orang lain.

Kembali kepada hadis asal di atas, yang dimaksudkan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah tidak boleh membiarkan penyakit menjangkit, membiak, menjalar, menular dan merebak.[8] Hadis tersebut tidak bererti bahawa penyakit berjangkit tidak wujud. Bukankah di penghujung hadis sedia terdapat petunjuk bahawa wujudnya penyakit yang berjangkit, iaitu apabila Rasulullah menyuruh kita

Page 61: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

menjauhkan diri dari penyakit Kusta ? Perhatikan juga hadis-hadis di bawah ini sebagai penyokong kepada keterangan penulis di atas, bahawa yang sebenarnya dimaksudkan oleh Rasulullah adalah jangan membiarkan sesuatu penyakit itu menjangkit, merebak dan menular.

Janganlah orang yang sakit mengunjungi orang yang sihat.[9]

Apabila kamu mendengar satu wabak penyakit berjangkit di sesuatu daerah maka janganlah memasuki ia (daerah tersebut). Dan apabila kamu berada dalam daerah yang sedang dilanda wabak penyakit berjangkit maka janganlah kamu keluar darinya.[10]

Ketiga: Kezaliman hukuman Rasulullah.

Dakwaan kezaliman ini merujuk kepada keterangan Anas bin Malik radiallahu-anhu dalam hadis berikut:

Bahawa datang beberapa orang yang sakit (kepada Rasulullah) dan mereka berkata: Wahai Rasulullah, berilah kami tempat berlindung dan makanan. Setelah itu mereka menjadi sihat semula, lalu mereka kata pula: Cuaca Madinah kurang sesuai untuk kami.

Maka Rasulullah menghantar al-Harra[11] bersama beberapa unta betina kepunyaan baginda dan berkata: Minumlah susu (dan air kencingnya).[12] Kemudian setelah menjadi sihat semula, mereka membunuh pengembala Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan menghalau unta-unta tersebut.

Lalu Rasulullah mengantar beberapa orang untuk mengejar mereka dan setelah berjaya ditangkap, baginda memerintahkan agar tangan dan kaki mereka dipotong dan mata mereka dicucuk dengan besi panas.

Aku (Anas bin Malik) melihat mereka menjilat tanah dengan lidah (kerana dahaga) sehinggalah mereka mati.[13]

Sekali imbas kelihatan hukuman Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam di atas adalah kejam lagi zalim. Akan tetapi bertenanglah kerana hukum tersebut sebenarnya adalahQishash atau timbal balik dari apa yang mereka lakukan ke atas unta-unta dan pengembala Rasulullah yang bernama al-Harra. A’isyah radiallahu-anha menerangkan bahawa unta-unta tersebut telah diseksa terlebih dahulu sebelum dihalau.[14] Mereka kemudian memotong tangan dan kaki pengembala Rasulullah[15] dan menyucuk matanya dengan besi panas.[16]Setelah itu semua mereka murtad dari Islam dan mula memerangi umat Islam lainnya.[17]

Maka atas kekejaman mereka inilah Rasulullah sallallahu-alahii-wasallam menghukum mereka dan hukuman yang dijatuhkan adalah serupa dengan tindakan mereka sendiri.[18]

Demikian penjelasan bagi tiga hadis yang dikatakan aneh dan pelik, yang pertama dijelaskan dari sudut sejarah kelahirannya (asbabul wurud), yang kedua dari sudut kaedah bahasa Arab dan yang ketiga dari sudut himpunan dan kajian lain-lain riwayat yang rapat berkaitan. Tiga kaedah ini jugalah yang harus ditempohi oleh sesiapa yang ingin mencari penjelasan bagi mana-mana hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang pada awalnya kelihatan aneh dan pelik. Janganlah terburu-buru membuat kesimpulan bahawa hadis-hadis seperti ini adalah semata-mata rekaan dan dustaan orang-orang selepas kewafatan Rasulullah kerana ini tidak lain hanya membuktikan kejahilan diri sendiri sahaja.

 

Hujah 19: Ada hadis yang mengkhabarkan berita ghaib dan ini sudah tentu

Page 62: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

adalah satu dusta kerana tiada yang mengetahui hal ghaib kecuali Allah.

 

[1]               Dalam memberikan penjelasan-penjelasan bagi hadis-hadis ini, penulis sedia ketahui terdapat beberapa pendapat dan tafsiran bagi setiapnya. Di sini penulis hanya kemukakan satu pendapat yang mengikut ukuran penulis adalah paling baik. Ini tidaklah bermaksud penulis menolak pendapat-pendapat serta tafsiran yang lain.

[2]               Sahih: Hadis dari Muadz bin Jabal radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Bazzar, ath-Thabarani (Mu’jam al-Kabir), al-Baihaqi (Syu’aib al-Iman) dan al-Hakim, dinukil dan dinilai sahih oleh as-Suyuti dalam Jamii-us-Sagheir – no: 8965 dan dipersetujui sahih oleh Nasiruddin Albani dalam Sahih Jamii-us-Sagheir – no: 6479.  Lihat juga Sunan Abu Daud – no: 2987  (Kitab Jenazah, Bab Talqin) dan an-Nawawi – Kitab al-Adzkar, ms 373.

[3]               -----: Dikeluarkan oleh Muhammad bin Isa at-Tirmizi dalam Sunan Tirmizi, jld 4, ms 449 tanpa isnad. Saya berkata isnad atsar ini telah diisyaratkan kedaifan atau ketidak pastiannya memandangkan at-Tirmizi telah mendahuluinya dengan kata-kata: Dan sesungguhnya diriwayatkan dari az-Zuhri.... Qadi Iyadh dalam Ikmal al-Mu’lim bi-Fawa’idi Muslim (juga dikenali sebagai Syarah Sahih Muslim lil Qadi Iyadh), jld 1, ms 254 berkata bahawa ini adalah juga merupakan pendapat majoriti generasi salaf (yakni mereka yang hidup sebelum tahun 300H), di antaranya ialah Sa’id ibnu Musayab (94H), namun Qadi Iyadh juga tidak mengemukakan isnadnya. Oleh itu status riwayat ini penulis biarkan terbuka sehingga dapat ditemui isnadnya. Perbandingkan juga dengan Syarah Sahih Muslim an-Nawawi, jld 1, ms 63 dan seterusnya.

[4]               at-Tirmizi – Sunan Tirmizi, jld 4, ms 449.

[5]               Hama berasal dari satu adat Jahiliyah yang mempercayai ruh seseorang yang mati dibunuh akan keluar dari kuburnya dalam bentuk jelmaan manusia atau burung dan ia akan mencela tuannya yang mati terbunuh itu. Demikian terang Mahmoud Matraji dalamSahih Muslim yang beliau terjemahkan, jld 3B, ms 465.

[6]               Sahih: Hadis dari Abu Hurairah radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh al-Bukhari sahaja dengan lafaz di atas. Lihat Sahih Bukhari – no: 5707. (Kitab at-Tibb, Bab (Penyakit) Kusta). Hadis seumpama juga diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Umar dan Anas bin Malik radiallahu-anhuma dan dikeluarkan oleh Malik, Ahmad, Bukhari, Muslim dan ramai lagi.

[7]               Sahih: Hadis mutawatir dikeluarkan oleh Ahmad, ad-Daruquthni, Ibnu Majah dan lain-lain, dinukil dan dinilai hasan oleh as-Suyuti dalam Jamii-us-Sagheir – no: 9899manakala dinilai sahih oleh Nasiruddin Albani dalam Irwa’-ul-Ghaleel – no: 896.

[8]                 Abdullah bin Ali an-Najdy al-Qushaimy – Memahami Hadits-hadits Musykil, ms 101-107. Dalam bab ini terdapat beberapa pendapat lain sebagaimana yang telah dihimpunkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Fath-ul-Bari, jld 11, ms 407-411. Lihat jugaal-‘Aini: Umdat al-Qari, jld 14, ms 749-752,as-Suyuti: at-Tausih, jld 8, ms 3552-3554, al-Qari – Mirqatul Mafatih Syarah Misykat al-Masabih, jld 8, ms 341 dan seterusnya dan kitab-kitab syarah yang lain.

Page 63: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

[9]               Sahih: Hadis dari Abu Hurairah radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Bukhari dan Abu Daud, lihat Sahih Bukhari – no: 5771 & 5774. (Kitab at-Tibb, Bab Tidak boleh menjangkitkan penyakit).

[10]             Sahih: Hadis dari Abdurrahman bin ‘Auf dan Sa’ad radiallahu-anhuma, dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Uwanah, Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih Bukhari – no: 5728 & 5729. (Kitab at-Tibb, Bab Apa yang diperkatakan tentang wabak penyakit).

[11]             Beliau juga dikenali sebagai Yasar an-Nubi yang berasal dari selatan Mesir. Beliau adalah adalah salah seorang budak kerja Rsulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang mengembala unta-unta tersebut. Demikian terang Jala Abualrub dalam kitab Za’ad-ul-Ma’adyang diterjemahnya, jld 1, ms 179.

[12]             Dalam beberapa riwayat lain disebut dengan tambahan “dan air kencingnya”.Lihat Sahih Bukhari – no: 5686. (Kitab at-Tibb, Bab Mengubati dengan air kencing unta).

[13]             Sahih: Hadis dikeluarkan oleh Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain dengan lafaz yang sedikit berbeza-beza tetapi dengan maksud yang sama. Lihat Sahih Bukhari – no: 5685. (Kitab at-Tibb, Bab Mengubati dengan susu unta).

[14]             Sahih: Dikeluarkan oleh an-Nasai dan dinilai sahih oleh Nasiruddin Albani dalam Sahih Sunan an-Nasai – no: 4048. (Kitab tentang darah yang diharamkan, Bab beberapa perbezaan Thalhah bin Musharif.......).

[15]             ----- : Disebut oleh Ibnu Ishaq dan dinukil oleh Ibnu Qayyim dalam Hasyiyah Ibnu Qayyim Syarah Sunan Abu Daud,  jld 12, ms 18.

[16]             Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dan an-Nasai, lihat Sahih Muslim – no: 1671-7.(Kitab Perjanjian, Hukuman Pembunuh, al-Qishash dan Diat, Bab Hukum pembunah dan orang murtad).

[17]             Sahih: Dikeluarkan oleh an-Nasai dari Anas bin Malik dan dinilai sahih oleh Nasiruddin Albani dalam Sahih Sunan an-Nasai – no: 4042. (Kitab tentang darah yang diharamkan, Bab Beberapa perbezaan nukilan khabar Humaid dari Anas).

[18]             Lebih lanjut lihat Ibnu Hajar al-Asqalani – Fath-ul-Bari, jld 11, ms 286-288; al-Aini – Umdat al-Qari, jld 14, ms 674-676 dan lain-lain kitab syarah.

 

Hujah Kesembilanbelas:

          

Terdapat hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang menceritakan tentang urusan dan perkara-perkara ghaib seperti azab dalam kubur, peristiwa dalam syurga dan neraka, pengkhabaran syaitan dan jin dan ramalan tentang perkara-perkara masa depan yang bakal terjadi. Padahal Allah Subhanahu waTa’ala telahpun menerangkan dalam al-Qur’an bahawa urusan dan perkara ghaib tidak dapat diketahui oleh sesiapa jua. Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah ! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati). [an-Naml 27:65]

Page 64: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Demikian juga para Nabi dan Rasul Allah, mereka semua tidak mengetahui perkara-perkara ghaib. Seandainya mereka berkata mereka mengetahuinya, tergolonglah mereka di kalangan orang-orang yang zalim. Hal ini diungkapkan oleh Allah Azza waJalla dalam ayat berikut melalui lisan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam:

Dan aku tidak pernah berkata kepada kamu: di sisiku ada perbendaharaan Allah, dan tidaklah aku mendakwa mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan aku tidak mengatakan bahawa aku ini malaikat; dan aku juga tidak berkata terhadap orang-orang yang beriman yang kamu pandang hina itu, bahawa Allah tidak akan memberi kebaikan kepada mereka. Allah lebih mengetahui akan apa yang ada di dalam hati mereka. Sesungguhnya aku jika bertindak demikian, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang zalim. [Hud 11:31]

Oleh itu tidak syak lagilah bahawa hadis-hadis perkara ghaib ini bukanlah berasal dari ajaran Rasulullah tetapi sebenarnya adalah rekaan dan dustaan orang-orang selepas kewafatan baginda sekalipun ia memang tercatit dalam kitab-kitab hadis yang sahih.

Jawapan.

Memang benar Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak mengetahui akan urusan dan perkara ghaib – kecuali apa yang diketahuinya dari wahyu dan pengkhabaran Allah Tabaraka waTa’ala sendiri. Memang benar bahawa hanya Allah Azza waJalla sahaja yang mengetahui urusan dan perkara ghaib akan tetapi ketahuilah bahawa Allah adakalanya membuka pintu-pintu ilmu ghaib ini kepada para Rasul-Nya. Hal ini dikhabarkan sendiri oleh Allah Subhanahu waTa’ala melalui firman-Nya:

Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkankepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya;  maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan). [al-Jinn 72: 26-27]

Allah Subhanahu waTa’ala dalam al-Qur’an telahpun menerangkan bahawa Dia mengajar Rasul-Nya Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam perkara-perkara yang tidak diketahuinya dan mewahyukan kepada baginda beberapa perkara dan berita ghaib. Perhatikan dua ayat berikut:

Dan Allah telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam), dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya. Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu amatlah besar. [an-Nisaa’ 4:113]

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. [al-An’aam 6:50]

Oleh itu apa yang diterangkan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tentang urusan dan perkara ghaib bukanlah berasal dari pengetahuan atau khayalannya sendiri dan bukan juga berasal dari rekaan serta dustaan orang-orang selepas baginda. Ia sebenarnya berasal dari pengajaran dan wahyu yang diwahyukan oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada baginda.

 

Hujah 20: Hadis membelenggu umat Islam dan menghalang kemajuan mereka.

Page 65: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

 

Hujah Keduapuluh:

          

Sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam sebenarnya telah mengakibatkan umat Islam menjadi mundur, jumud lagi terbatas fikiran mereka. Ini adalah kerana dengan fahaman“mengikut sunnah Rasulullah” maka umat Islam telah membataskan diri mereka kepada segala tradisi, perbuatan dan tingkah laku Rasulullah sahaja, tidak lebih dari itu. Maka tinggallah umat Islam masa kini mundur dengan fikiran dan perbuatan 1400 tahun yang lalu manakala umat lain terus maju ke hadapan.

Jawapan.

Sebenarnya amalan “mengikut sunnah Rasulullah” bukanlah merupakan rekaan manusia semata-mata tetapi adalah berdasarkan prinsip yang digariskan oleh al-Qur’an sendiri. Allah Subhanahu waTa’ala berfirman:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). [al-Ahzab 33:21]

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [‘Ali Imran 3:31]

Dua ayat ini jelas menyuruh kita umat Islam untuk mengikut dan mencontohi Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, iaitu mengikuti dan meneladani percakapan, perbuatan, pengiktirafan, jalan pimpinan, etika, dan tatacara baginda. Inilah yang dimaksudkan sebagai sunnah Rasulullah. Ikutan dan teladan ini bukanlah sekadar satu anjuran sahaja tetapi adalah merupakan prasyarat bagi seseorang itu membuktikan kasih sayangnya kepada Allah Subhanahu waTa’ala. Inilah maksud ayat 31 surah ‘Ali Imran di atas, di mana Allah Subhanahu waTa’ala berfirman melalui ungkapan kata-kata Rasulullah, bahawa seandainya seseorang itu mengasihi Allah maka hendaklah dia membuktikan kasih sayang tersebut dengan mengikuti sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

Perkara yang tidak disedari oleh Golongan Anti Hadis dan mungkin juga sesetengah kita adalah bahawa sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang perlu kita ikuti hanyalah sunnah dalam urusan agama dan syari’at manakala sunnah dalam urusan duniawi, kita diberikan kelonggaran. Dalil yang membahagikan keumuman ayat-ayat Allah Ta’ala di atas kepada “dua jenis” sunnah adalah sabda Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam sendiri:

Sesungguhnya aku hanyalah manusia, apabila aku memerintahkan kalian sesuatu berkenaan agama kalian maka berpeganglah kalian dengannya dan apabila aku memerintahkan kamu sesuatu daripada pandangan persendirian maka aku hanyalah seorang manusia.[1]

Kalian lebih mengetahui tentang urusan dunia kalian.[2]

Kedua-dua hadis ini berasal dari peristiwa penanaman pokok kurma. Pernah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam melihat orang-orang sedang memindahkan debunga kurma antara pokok ke pokok bertujuan mempercepat dan memperbanyakan penghasilan buah kurma. Melihat demikian Rasulullah berkata: Aku tidak melihat adanya faedah padanya. Lalu mereka meninggalkan usaha

Page 66: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

tersebut dan nyata selepas itu hasil kurma mulai berkurangan. Rasulullah diberitahu akan akibat ini lalu baginda bersabda seperti dua hadis di atas.

Kedua-dua hadis ini jelas menerangkan bahawa umat Islam tidak diwajibkan mengikuti keseluruhan perintah dan perbuatan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Hadis-hadis ini menerangkan bahawa dalam perintah dan perbuatan Rasulullah atau tepatnya – sunnah Rasulullah – terdapat dua kategori, yang pertama adalah berkenaan risalah syari’at Islam dan yang kedua adalah berkenaan pendapat dirinya sendiri sebagai seorang manusia. Yang pertama wajib diikuti oleh semua umat Islam manakala yang kedua tidak wajib dikuti melainkan dalam beberapa kes tertentu di mana baginda telah memerintahkannya secara tegas.

Contohnya dalam urusan makanan, umat Islam boleh makan apa yang mereka suka dengan cara masakan yang mereka gemari tanpa terikat kepada sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Akan tetapi mereka wajib pastikan bahawa makanan yang diperolehi adalah dari kaedah yang halal, iaitu halal sembelihannya dan halal cara perolehannya dan wajib menyuap ke mulut dengan tangan kanan tanpa mengira sama ada mengunakan jari-jari sendiri atau dengan menggunakan perkakas sudu, garpu dan pisau. Juga dilarang makan di atas perkakas yang diperbuat dari logam berharga. Disunatkan juga untuk berdoa sebelum dan selepas makan, tidak makan secara berlebihan, hendaklah berkongsi makanan, menghabiskan (melicinkan) semua yang tertinggal dipinggan dan jari, dan beberapa lagi – semua ini dikatakan wajib dan sunat hukumnya kerana ia telah diperintah, dilarang dan dianjurkan secara terperinci oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

Contoh kedua ialah dalam urusan peperangan di mana umat Islam bebas menggunakan apa sahaja senjata dan strategi peperangan tanpa terikat kepada pedang, lembing dan anak panah sebagaimana yang digunakan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dan umat Islam di zaman baginda. Akan tetapi umat Islam tetap wajib mengikuti beberapa sunnah Rasulullah dalam urusan peperangan, antaranya memberi masa tiga hari kepada pihak musuh untuk berserah diri sebelum menyerang mereka, tidak membunuh wanita serta kanak-kanak dan tidak merosakkan tanaman dan harta benda. Semua ini wajib diikuti kerana telah diperintah dan dilarang secara terperinci oleh Rasulullah.

Contoh ketiga ialah dalam kaedah pengubatan penyakit. Umat Islam tidak diwajibkan berubat dengan perubatan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam seperti berbekam, minum madu bagi sakit perut, bercelak bagi menjaga penglihatan mata, minum air Habatus Saudah bagi penyakit umum dan pelbagai lagi. Akan tetapi umat Islam tetap terikat dengan beberapa sunnah Rasulullah dalam urusan perubatan ini kerana ia telah diperintahkan secara khusus oleh beliau, antaranya ialah wajib berubat bagi setiap yang sakit, tidak boleh berubat dengan bahan yang diharamkan dan orang yang mengubati (doktor) mestilah yang bertanggung jawab dalam kerjanya.

Demikian tiga contoh bagi membezakan antara sunnah duniawi Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang wajib dan tidak wajib diikuti. Umumnya sesuatu sunnah Rasulullah dalam konteks beliau sebagai seorang manusia biasa tidak wajib kita ikuti kecuali jika sunnah tersebut memiliki perintah atau larangan yang tegas di dalamnya.[3] Jika seseorang itu dapat membezakan antara “dua jenis” sunnah ini seperti siang dan malam, maka tidak akan timbul lagi dakwaan bahawa mengikut sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam bererti mengikut tamadun dan peradaban yang 1400 tahun terkebelakang.

Adalah juga tidak benar dakwaan bahawa sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam telah menyebabkan umat Islam jadi mundur dan tidak maju. Perlu ditentukan apakah faktor sebenar yang menyebabkan kemunduran tersebut, adakah sunnah Rasulullah atau sunnah umat Islam masa kini yang tidak berilmu, tidak kreatif, tidak inisiatif, serba malas, serba lemah rohani dan jasmani, suka bertengkar, leka dengan dunia, tamak dengan harta, memikirkan diri sendiri dan pelbagai lagi.

Sebenarnya jika dikaji, ditelaah dan diselidiki sunnah-sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam akan didapati bahawa ia sangat-sangat menganjurkan umat Islam ke arah kemajuan dan

Page 67: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

kejayaan. Sebagai langkah pertama, Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam telah mewajibkan umatnya menuntut ilmu. Perintah beliau:

Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap muslim.[4]

Orang yang memiliki ilmu adalah lebih utama kedudukan mereka dari orang yang beribadah sahaja, sebagaimana yang dineracai oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam:

Keutamaan ilmu adalah lebih baik dari keutamaan ibadah dan sebaik-baik agama kalian adalah bersifat wara’.[5]

Pasti sahaja yang dimaksudkan oleh hadis di atas adalah orang-orang yang menyibukkan diri dengan ibadah sunat sahaja, yang wajib tetap wajib. Selain itu Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam juga sangat menganjurkan umatnya untuk berfikir, berikhtiar, kreatif lagi inisiatif. Anjuran ini dapat kita fahami dari hadis baginda yang tidak mahu umatnya mengikut dirinya sahaja semata-mata tetapi terus maju ke hadapan dalam urusan duniawi masing-masing:

Kalian lebih mengetahui tentang urusan dunia kalian.[6]

Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam juga menganjurkan umat Islam untuk mencari, mengambil dan memanfaatkan ilmu, kepakaran dan pengetahuan dari sesiapa sahaja termasuk dari orang-orang bukan Islam asalkan ilmu tersebut tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sabda baginda:

Kalimah al-Hikmah ialah barangan orang Islam yang hilang, di mana sahaja kamu menjumpainya kamu kamulah yang lebih berhak terhadapnya. [7]

Seterusnya Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam sangat menganjurkan umat Islam untuk berkerja. Adalah tidak benar dakwaan dan tafsiran segelintir umat Islam bahawa sunnah Rasulullah hanya menekankan kehidupan di Akhirat dan meremehkan kehidupan di dunia. Perhatikan sabda Rasulullah berikut ini:

Seandainya Hari Kiamat (hampir) datang dan di tangan seseorang kalian terdapat sepohon kurma yasng hendak ditanamnya, jika dia mampu menanamnya sebelum Kiamat tersebut maka hendaklah dia menanamnya.[8]

Sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang sebenar adalah hendaknya setiap orang Islam berkerja di dunia ini dan perkerjaan tersebut hendaklah dilakukan sebaik mungkin, secara profesional, bijak, cekap dan kompeten. Kecekapan seseorang Muslim itu diumpamakan oleh Rasulullah seperti orang yang dapat membunuh cicak dengan sekali pukulan maka dia mendapat sekian-sekian markah manakala sesiapa yang berjaya membunuh hanya selepas dua kali cubaan maka dia mendapat markah yang kurang dan begitulah seterusnya. Kecekapan dan kehandalan seorang mukmin itu juga mengelak diri mereka dari melakukan dua kesilapan yang sama secara berulang, diumpamakan oleh Rasulullah seperti orang yang tidak akan disengat dari satu sarang binatang dua kali.

Perhatikan hadis-hadis berikut:

Sesungguhnya Allah Ta’ala mengasihi jika seseorang itu berkerja, dia berkerja dengan cemerlang.[9] 

Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berkerja, apabila dia berkerja dia melakukannya secara ihsan (sebaik-baiknya, sesempurna mungkin).[10]

Sesungguhnya Allah Ta’ala mencintai seseorang mukmin yang profesional.[11]

Page 68: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Sesiapa yang membunuh seekor cicak dengan sekali pukulan maka baginya sekian-sekian kebaikan. Dan sesiapa yang membunuhnya dengan pukulan yang kedua maka baginya sekian-sekian kebaikan, kurang dari yang pertama tadi. Dan jika seseorang dapat membunuhnya dengan pukulan yang ketiga maka baginya sekian-sekian kebaikan, kurang dari yang kedua tadi.[12]

Tidaklah seorang mukmin akan disengat dua kali dari satu lubang (sarang binatang) yang sama.[13]

Sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam juga tidak menghalang seseorang itu dari memiliki harta, asalkan sahaja harta tersebut diperolehi secara halal dan dimanfaatkan secara halal juga. Dia tidak kikir dan tidak boros, tidak leka dan tidak terlalu khusyuk dengannya. Inilah maksudnya harta yang dimiliki oleh seorang yang soleh sebagaimana sabda baginda:

          Sebaik-baik harta yang halal adalah harta yang dimiliki oleh orang yang soleh.[14]

Demikian beberapa hadis terpilih dari puluhan lain yang sedia ada, semuanya menganjurkan kita untuk menjadi umat yang berilmu, berfikir, berkerja dan sentiasa berusaha ke arah kejayaan. Terdapat beberapa hadis lain yang pada zahirnya seolah-olah menyuruh umat untuk menyisihkan dunia dan segala urusannya. Hadis-hadis seperti ini sebenarnya tidak terlepas dari dua penjelasan:

[1] Isnadnya daif (lemah) atau maudhu’ (palsu). Hadis-hadis sebegini memang banyak disebarkan oleh segelintir ahli zuhud, ahli tereqat dan mereka yang sempit pandangan tentang Islam. Hadis-hadis ini tidak boleh dijadikan hujah.

[2] Jika isnadnya sahih, maka yang dimaksudkan adalah memberi peringatan kepada umat supaya tidak terlalu leka dan taksub dengan urusan duniawi sehingga lupa tentang kehidupan Hari Akhirat. Islam mengajar umatnya supaya berusaha untuk kejayaan dunia danHari Akhirat, tidak dunia sahaja atau Hari Akhirat sahaja. Islam juga mengajar umatnya bahawa berusaha di dunia bukanlah untuk meraih ganjaran duniawi semata-mata tetapi ia hanya satu jalan untuk mencapai ganjaran yang hakiki di Hari Akhirat kelak.[15]

Dalam Sirah Nabawiyah kita dapat melihat bagaimana Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam masa 23 tahun telah menukar satu generasi manusia yang berpuak-puak, jahil lagi mundur menjadi satu generasi yang bersatu, maju lagi berjaya. Ini adalah bukti terkuat tentang peranan yang dimainkan oleh sunnah Rasulullah dalam membimbing umat ke arah kejayaan. Oleh itu sangat perlu dibezakan apakah faktor sebenar yang menyebabkan kemunduran umat masa kini. Tegasnya kemunduran umat masa kini bukanlah kerana mengikuti sunnah Rasulullah tetapi adalah kerana meninggalkannya atau tidak memahaminya dengan pemahaman yang sebenar.  

 

Mengkaji Kuasa dan Authority Rasulullah di sisi al-Qur’an.

 

[1]               Sahih: Hadis dari Rafi bin Khadji radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Muslim, lihatSahih Muslim – no: 2362. (Kitab al-Fadail, Bab Kewajipan Mengikuti Rasulullah dalam Urusan Agama dan Bebas

Page 69: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Mengikut Fikiran Sendiri dalam Urusan Lain). Terdapat juga hadis senada dari Musa bin Talha radiallahu-anhu, Sahih Muslim – no:2361.

[2]               Sahih: Hadis dari Anas bin Malik radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Malik dan Muslim, lihat Sahih Muslim – no: 2363. (Kitab al-Fadail, Bab Kewajipan Mengikuti Rasulullah dalam Urusan Agama dan Bebas Mengikut Fikiran Sendiri dalam Urusan Lain)

[3]               Bab ini memerlukan perbincangan dan penjelasan yang lebih mendalam bagi membezakan antara sunnah yang perlu diikuti dan yang tidak perlu diikuti. Di atas penulis hanya menerangkan secara umum dan ringkas sahaja sekadar mencukupi perbincangan dan menjawab dakwaan. Lebih lanjut lihat buku Yusuf Qardhawi – as-Sunnah sebagai Sumber Iptek dan Peradaban, Muhammad Quthb – Tafsir Hadits: Kajian Kontekstual atas Beberapa Teks Nabawiah, ms 257-290 dan Mahmud Syaltut – Aqidah dan Syariah, jld 2, ms 266 dan seterusnya.

[4]         Sahih: Hadis mutawatir dikeluarkan oleh Ibnu Adiy, al-Baihaqi, ath-Thabarani, al-Khatib dan lain-lain, dinukil dan dinilai sahih oleh as-Suyuti dalam Jamii-us-Sagheir – no: 5264 dan dipersetujui sahih oleh Nasiruddin Albani dalam Sahih Jamii-us-Sagheir – no: 3913.

[5]               Hasan: Hadis dari Hudzaifah bin al-Yaman radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh ath-Thabarani dalam Mu’jam al-Ausath dan al-Bazzar, dinukil dan dinilai hasan oleh al-Mundziri dalam at-Tarhib wat-Targhib – no: 103 (Kitab al-Ilmu, Bab Anjuran dalam berilmu.......) dan dipersetujui hasan oleh pentahqiq Samir Ahmad al-‘Atha dan rakan-rakan.

[6]               Sahih: sebagaimana yang telah diterangkan sumber dan kedudukannya di mukasurat sebelum ini.

[7]          Hasan: Hadis dengan dua jalan periwayatan:

[1]           Dari Abu Hurairah radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh at-Tirmizi dalamSunan Tirmizi – no: 2687 dan Ibnu Majah dalam Sunan Ibnu Majah – no: 4169,kedua-duanya dari jalan Ibrahim al-Fadhl dan beliau didaifkan oleh at-Tirmizi sendiri. Lihat juga Daif Sunan at-Tirmizi – no: 2687. (Bab keutamaan ilmu dari Rasulullah, Bab Keutamaan pandai ilmu dari ibadah) oleh Nasiiruddin Albani.

[2]           Dari Ali bin Abi Talib radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dalam Tarikh ad-Damsyik, jld 55, ms 192, disebut juga oleh ad-Dailami dalamMusnad al-Firdaus – no: 3878 dengan jalan beberapa perawi yang tidak dapat dikesan biografinya oleh penulis.

As-Suyuti menukil kedua-dua jalan riwayat di atas dalam Jamii-us-Sagheir – no: 6462 dan beliau menilainya hasan. Namun Albani menilainya sangat daif dalam Daif Jamii-us-Sagheir, jld 4, ms 166. Mungkin yang dikaji oleh Albani adalah dari sudut isnad sahaja. Bagi penulis hadis ini memiliki kebenaran dari sudut matannya kerana dalam Sirah Nabawiyah kita dapati Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam sering mengambil dan memanfaatkan ilmu-ilmu dan kepakaran dari orang bukan Islam asalkan sahaja ia tidak bertentangan dengan syari’at. Contohnya mengikut seorang Quraish untuk menunjuk jalan yang khas ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, menyuruh tawanan perang Badar untuk menganjar umat Islam membaca dan menulis, mengambil teknologi Rom dan Parsi menggali parit yang dalam sekeliling Kota Madinah dalam perang Khandak dan pelbagai lagi. Oleh itu hadis ini dinilai sebagai daif isnadnya tetapi sahih matannya.

Hadis ini juga diperkatakan oleh beberapa sahabat dan tabiin, antaranya:

[1]           Dari Abi Bardah radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf – no: 35681

Page 70: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

[2]           Dari Buraidah radiallahu-anhu, disebut oleh ad-Dailami dalamMusnad al-Firdaus – no: 2770.

[3]           Dari Zaid bin Aslam radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Abu Abdullah al-Qadho’i dalam Musnad al-Shahaba, jld 1, ms 118, no: 146.

[8]               Sahih: Hadis dari Anas bin Malik radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, at-Taylisi, al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad - no: 479 dan lain-lain, dinilai sahih oleh Nasiruddin Albani dalam Silsilah Hadis Sahih – no 09.

[9]               Sahih: Hadis dari A’isyah radiallahu-anha, dikeluarkan oleh Abu Ya’la dan al-Baihaqi, dinilai sahih oleh Mokhtar Ahmad an-Nadwi dalam Jamii’ li Syu’aib al-Iman – no: 4930 (Bab Tentang Amanah...).

[10]             Hasan: Hadis dari Kulaib bin Shahab, dikeluarkan oleh ath-Thabarani dalamMu’jam al-Kabir dan al-Baihaqi dalam Jamii’ li Syu’aib al-Iman – no: 4932, isnadnya daif sepertimana terang Mokhtar Ahmad al-Nadwi. Namun penulis menilainya hasan kerana matannya disokongi oleh sebuah hadis lain dari Syaddad bin Aus dalam Sahih Muslim – no: 1955 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan dalam segala hal. Jika kalian membunuh (binatang buruan) maka hendaklah dibunuh dengan ihsan. Jika kalian menyembelih, sembelihlah dengan ihsan. Hendaklah seseorang kamu menajamkan pisaunya dan mengistirehatkan sembelihannya (terlebih dahulu).

[11]             Hasan: Hadis dari Abdullah ibnu Umar radiallahu-anhuma, dikeluarkan oleh ath-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir dan al-Baihaqi dalam Syu’aib al-Iman, dinukil dan dinilai daif oleh as-Suyuti dalam Jamii-us-Sagheir – no: 1873. al-Munawi telah membincangkan kedaifan isnadnya dalam Faidh al-Qadir Syarah Jamii-us-Sagheir, jld 2, ms 290-291 dan beliau menukil kata-kata as-Sakhawi bahawa hadis ini memiliki beberapa penguat (syawahid). Penulis berkata, penguatnya adalah dari sudut matan di mana ia selari dengan hadis-hadis lain yang telah dinukil dalam bab ini di mana semuanya menganjurkan orang Islam berkerja dengan sebaik-baiknya. Oleh itu penulis mendudukkannya ditangga hasan.

[12]             Sahih: Hadis dari Abu Hurairah radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih Muslim – no: 2240. (Kitab as-Salam, Bab Dorongan membunuh cicak).

[13]             Sahih: Hadis dari Abu Hurairah radiallahu-anhu dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih Muslim – no: 2998. (Kitab az-Zuhud dan Kata-kata yang melembutkan hati (ar-Raqaiq), Bab Seorang mukmin tidak akan disengat dua kali .......).

[14]             Sahih: Sebahagian dari hadis yang panjang dari ‘Amr al-Ash radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Ahmad dan Abu Ya’la, dinilai sahih oleh al-Haithami dalam Majma az-Zawaaid – no: 6242.

[15]             Lebih lanjut lihat penjelasan yang amat baik oleh Yusuf Qardhawi dalam bukunya Peran Nilai dan Moral dalam Perekonomian Islam.

 

BAHAGIAN B

Mengkaji Kuasa dan   Authority   Rasulullah saw di sisi al-Qur’an.

Antara yang sering menjadi pertanyaan orang ramai dan yang selalu dijadikan hujah oleh Golongan Anti Hadis adalah tentang wujudnya hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang memerintah atau melarang sesuatu hukum, sedangkan hukum tersebut tidak terdapat di dalam al-Qur’an, malah adakalanya bertentangan dengan hukum al-Qur’an. Satu contoh yang masyhur adalah hukuman bagi jenayah zina, di mana al-Qur’an hanya menghukumkan sebatan 100 kali kepada penzina

Page 71: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

tanpa membezakan antara yang sudah berkahwin atau belum manakala al-Hadis pula memberatkan lagi hukuman tersebut kepada rejaman batu sehingga mati kepada penzina yang sudah berkahwin.

Di atas hanyalah satu contoh. Sama ada ia satu hukuman, perintah atau larangan, yang menjadi asas perbincangan adalah, apakah seorang Rasul itu wajib ditaati dalam perkara-perkara dan urusan yang tidak disebut dalam kitab al-Qur’anul Karim. Lebih luas, apakah kita patut mentaati segala ajaran, perintah, larangan dan hukum yang berasal daripada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam padahal ajaran, perintah, larangan dan hukum tersebut tidak terdapat di dalam kitab al-Qur’anul Karim. Untuk menjawab persoalan ini, akan kita kaji ayat-ayat al-Qur’an dan mencari dalil-dalilnya agar dapat diketahui secara pasti kedudukannya.  Kajian ini amat penting kerana apabila telah diketahui kuasa dan authorityRasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang diberi oleh Allah Subhanau waTa’ala, tidak akan timbul lagi sebarang kemusykilan tentang hukum-hukum atau ajaran-ajaran al-Hadis yang berbeza atau bercanggah dengan al-Qur’an.

Kajian ini dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu:

[1] Kajian terhadap ayat-ayat yang menerangkan perintah mentaati para Nabi dan Rasul sebelum Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam.

[2] Kajian terhadap susunan dan gaya bahasa ayat-ayat yang memerintahkan ketaatan kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

[3] Kajian terhadap ayat-ayat yang memberi kuasa dan authority kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam untuk menggubal dan melaksanakan hukum secara tersendiri.

 

 

                           Pertama:     Kajian Terhadap Dalil-dalil Mewajibkan Ketaatan kepada Para Nabi dan Rasul Terdahulu.

Sebagaimana yang kita sama-sama ketahui, Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam bukanlah seorang Rasul yang pertama diutus oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada manusia. Hal ini jelas diterangkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala di dalam al-Qur’an:

Katakanlah (Wahai Muhamad): Aku bukanlah Rasul yang pertama di antara rasul-rasul. [al-Ahqaaf 46:09]

Kesemua Rasul-rasul ini diwajibkan ketaatannya oleh umat yang mereka diutuskan kepada, sebagaimana yang diterangkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala:

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. [an-Nisaa’ 4:64]

Apabila telah jelas bahawa semua para Rasul ini wajib ditaati atas perintah dan izin Allah Subhanahu waTa’ala sendiri maka kini perlu kita kaji pula apakah para Rasul ini wajib ditaati hanya dalam perkara-perkara yang disebut di dalam kitab suci mereka masing-masing sahaja atau adakah perintah mentaati ini turut meliputi perkara-perkara yang di luar dari kitab suci mereka. Kita sama-sama ketahui bahawa para Rasul yang diberi kitab suci adalah:

[1] Nabi Ibrahim alaihi-salam dengan kitab yang digelar suhuf-suhuf. [al-A’laa 87:19]

Page 72: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

[2] Nabi Daud alaihi-salam dengan kitab Zabur [an-Nisaa’ 4:163]

[3] Nabi Musa alaihi-salam dengan kitab Taurat [al-Israa’ 17:02]

[4] Nabi Isa alaihi-salam dengan kitab Injil [al-Maidah 5:46]

[5] Nabi Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam dengan kitab al-Qur’an.

Memandangkan lima para Rasul di atas telah diberi kitab suci, kita akan tumpukan kajian  kepada para Rasul dan Nabi yang tidak diberi kitab suci. Dengan itu dapat kita ketahui bahawa apabila Allah Azza waJalla memerintahkan ketaatan kepada para Rasul dan Nabi ini nyata bahawa ketaatan tersebut adalah kepada ajaran, perintah, larangan dan hukum yang berasal dari para Rasul dan Nabi itu sendiri bukan kepada sesebuah kitab suci.

Kajian kita ditumpukan kepada lima orang Nabi dan Rasul berikut, di mana kisah-kisah mereka telah diungkap Allah Subhanahu waTa’ala di dalam kitab al-Qur’anul Karim:

(Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka); Ketika saudara mereka – Nabi Nuh berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa ? Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu; Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.[asy-Syu’ara 26:105-108]

Kaum Aad telah mendustakan rasul-rasulnya, Ketika saudara mereka – Nabi Hud berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa ? Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu; Oleh itu,bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. [asy-Syu’ara 26:123-126]

Kaum Thamud telah mendustakan rasul-rasulnya, Ketika saudara mereka – Nabi Shalih berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa ? Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu; Oleh itu,bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. [asy-Syu’ara 26:141-144]

Kaum Lut telah mendustakan rasul-rasulnya, Ketika saudara mereka – Nabi Lut berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa ? Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu; Oleh itu, bertaqwalahkepada Allah dan taatlah kepadaku. [asy-Syu’ara 26:160-163]

Penduduk Aikah telah mendustakan rasul-rasulnya, Ketika saudara mereka – Nabi Syu’aib berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertaqwa ? Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu; Oleh itu,bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. [asy-Syu’ara 26:176-179]

Dalam kumpulan ayat di atas, diterangkan kisah-kisah Nabi Nuh, Hud, Shalih, Lut dan Syu’aib alaihim-sallam yang telah memerintah kaum masing-masing untuk bertaqwa kepada Allah, iaitu dengan mematuhi segala suruhan dan menjauhi segala larangan Allah; dan untuk mentaati diri mereka sendiri. Kita sama-sama ketahui bahawa mereka adalah para Nabi dan Rasul yang tidak diturunkan sebuah kitab suci, maka merujuk kepada apakah mereka menuntut ketaqwaan dan ketaatan tersebut ? Ia tidak lain merujuk kepada segala ajaran, perintah, larangan dan hukum yang disampaikan oleh para Nabi dan Rasul itu sendiri.

Di sini jelas terbukti perintah mentaati seorang Nabi atau Rasul tanpa perlu ketaatan tersebut dirujuk atau didasarkan kepada sebuah kitab suci kerana jika setiap ajaran, perintah, larangan dan hukum seseorang Nabi atau Rasul wajib dirujuk dan dikandung sama oleh sebuah kitab suci, maka bagaimanakah kaum-

Page 73: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

kaum di dalam kisah-kisah di atas hendak mentaati segala ajaran, perintah, larangan dan hukum Nabi dan Rasul mereka padahal mereka tidak memiliki sebuah kitab suci untuk dirujukkan kepada ?

Dengan jelasnya perkara ini kepada kita, maka jelaslah juga satu prinsip asas yang penting, iaitu apabila Allah Subhanahu waTa’ala memerintahkan ketaatan kepada seseorang Rasul, perintah ketaatan tersebut adalah merujuk kepada segala ajaran, perintah, larangan dan hukum yang bersumber dari Rasul tersebut tanpa mengira sama ada Rasul tersebut diberi sebuah kitab suci atau tidak. Ia juga menunjukkan bahawa ketaatan adalah wajib kepada seseorang Rasul tanpa mengira sama ada subjek yang hendak ditaati dari Rasul itu terkandung sama di dalam kitab suci atau tidak. Ini adalah Sunnatullah terhadap para Nabi dan Rasul terdahulu dan Sunnatullah ini berlaku terus kepada Rasul yang terakhir, Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam.[1]  

 

Kajian 2: Kajian dari sudut susunan dan gaya bahasa terhadap ayat-ayat yang memerintahkan ketaatan kepada Rasulullah.

[1]               Abbas Mutawali Hammadah – Sunnah Nabi: Kedudukannya Menurut al-Qur’an, ms 69-74.

 

 

Kedua: Kajian dari Sudut Susunan dan Gaya Bahasa terhadap ayat-ayat yang Memerintahkan Ketaatan kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

Terdapat dua ragam atau pola susunan ayat yang memerintahkan ketaatan kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dan larangan menderhakainya. Ragam pertama adalah ayat-ayat yang memerintahkan ketaatan kepada Allah Subhanahu waTa’ala dan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dengan perkataan “taat” hanya disebut sekali diawal perintah. Perhatikan ayat-ayat berikut:

Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. [‘Ali Imran 3:32]

Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu. [al-Anfal 8:46]

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. [al-Ahzaab 33:71]

Ragam yang kedua pula adalah ayat-ayat yang memerintahkan ketaatan kepada Allah Subhanahu waTa’ala dan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dengan perkataan “taat”hanya disebut dua kali bagi setiap perintah. Perhatikan ayat-ayat berikut:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. [al-Nisaa’ 4:59]

Page 74: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling, sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata. [AT-Taghabun 64:12]

Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan Rasul-Nya). [al-Maidah 5:92]

Dua ragam atau pola susunan ayat yang berbeza ini bukanlah sesuatu yang tidak disengajai di dalam al-Qur’an, tetapi ia adalah salah satu tanda kemukjizatan dan kekayaaan gaya bahasanya. Ragam dan pola susunan pertama hanya menyebut perintah “taat” sekali, iaitu Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, bererti ia mewakili ketaatan kepada ajaran, perintah, larangan dan hukum di dalam al-Qur’an dan al-Hadis yang ada persamaan di antara kedua-duanya. Justeru kerana adanya persamaan tersebut, adalah memadai perintah taat disebut sekali sahaja diawalnya. Contohnya adalah perintah wajib berwudhu di dalam solat, ia diwajibkan oleh al-Qur’an dan juga oleh al-Hadis.

Ragam dan pola susunan kedua pula mengulangi kata “taat” bagi setiap perintah, iaitu Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul-Nya, bererti ia merangkumi ketaatan kepada ajaran, perintah, larangan dan hukum di dalam al-Qur’an dan al-Hadis yang memiliki perbezaan dengan setiap darinya tetap ditaati walaupun tidak memiliki persamaan antara satu sama lain. Justeru perintah al-Qur’an wajib ditaati dan perintah al-Hadis wajib ditaati sekalipun tidak ada perhubungan atau kesamaan antara kedua-duanya. Contohnya adalah perintah mengulangi wudhu’ kerana beberapa sebab yang membatalkannya, ia wajib ditaati sekalipun ia hanya disebut oleh al-Hadis dan tidak disebut oleh al-Qur’an.[1]

Keterangan dalam perenggan terakhir di atas diperkuatkan lagi dengan kehadiran ayat-ayat yang hanya memerintahkan ketaatan kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dan larangan menderhakainya secara bersendirian sahaja. Perhatikan ayat-ayat berikut:

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasulullah supaya kamu beroleh rahmat. [an-Nur 24:56]

Dan jika kamu taat kepadanya (Muhammad) nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk. [an-Nur 24:54]

Pada hari itu orang-orang yang ingkar dan derhaka kepada Rasulullah, suka jika mereka disama ratakan dengan tanah (ditelan bumi), dan (ketika itu) mereka tidak dapat menyembunyikan sepatah kata pun dari pengetahuan Allah. [an-Nisaa’ 4:42]

Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. [an-Nisaa’ 4:115]

4 ayat di atas menerangkan perintah untuk mentaati Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dan larangan menderhakainya dan sebagaimana yang telah disebut, perintah larangan ini ditujukan khusus terhadap diri Rasulullah sallallahu-alaihi-wasalam sahaja. Ini tidak lain menunjukkan perintah mutlak mentaati segala ajaran, perintah, larangan dan hukum Rasulullah tanpa mengambil kira sama ada ia terkandung dalam al-Qur’an atau tidak.

 

Kajian 3: Kajian terhadap ayat-ayat yang memberi kuasa dan authority kepada Rasulullah untuk menggubal dan

Page 75: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

melaksanakan hukum secara tersendiri.

 

[1]               Quraish Shihab – Membumikan al-Qur’an: Fungsi dan Peran Wahyu dalam Kehidupan Masyarakat , ms 121.

 

          

Ketiga: Kajian terhadap ayat-ayat yang memberi kuasa dan   authority   kepada Rasulullah untuk menggubal dan melaksanakan hukum secara tersendiri.

Berikut akan kita kaji dan teliti pula ayat-ayat al-Qur’anul Karim yang menerangkan kuasa dan authority yang sedia diberikan oleh Allah Azza waJalla kepada Rasul-Nya Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam. Kajian akan ditumpukan kepada 3 buah ayat, ayat ke 157 dari surah al-A’raaf, ayat 65 dari surah an-Nisaa’ dan ayat ke 7 dari surah al-Haysr.

Pertama :  Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. [al-A’raaf 7:157]

Ayat ini secara jelas dan mutlak memberi kuasa dan authority kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam untuk menggubal dan melaksanakan hukum-hukum syari’at Islam. Jika diperhatikan ayat ini, akan di dapati:

[1] Allah Azza waJalla memulai ayat ini dengan menyatakan bahawa Muhamad sallallahu-alaihi-wasallam adalah seorang Rasul yang telah sedia tercatit nama dan kedudukannya di dalam kitab-kitab yang terdahulu, khususnya Taurat dan Injil. Pernyataan ini adalah bagi membina dasar yang kukuh terhadap kedudukan dan kemulian Rasul pilihannya itu.

[2] Kemudian diterangkan tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam menyuruh umat melakukan apa yang baik lagi bermanfaat dan melarang serta menghindar mereka daripada melakukan apa yang keji lagi memudaratkan. Perhatikan bahawa Allah Azza waJalla menerangkan tugas Rasul-Nya ini secara tersendiri tanpa menyuruh beliau merujuk atau menyandar kepada ayat-ayat al-Qur’an. Iaitu Allah Ta’ala tidak berfirman Ia dengan al-Qur’an ini menyuruh mereka melakukan apa yang baik atau Ia menyuruh mereka melakukan apa yang baik sepertimana yang diterangkan oleh al-Qur’an ini atau Ia melarang mereka apa yang buruk sebagaimana yang dilarang dalam al-Qur’an atau apa-apa lain yang seumpama.

Page 76: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

[3] Seterusnya Allah Azza waJalla menerangkan kuasa dan authority Rasul-Nya menghalalkan apa yang baik lagi berfaedah untuk umat dan mengharamkan apa yang buruk lagi membinasakan umat. Sekali lagi perhatikan bahawa Allah Azza waJalla memberi kuasa penuh kepada Rasulullah untuk menghalalkan sesuatu dan mengharamkan sesuatu tanpa menyuruh beliau merujuk atau menyandar kepada ayat-ayat al-Qur’an. Iaitu Allah Ta’ala tidak berfirman Halalkanlah apa yang dihalalkan dalam al-Qur’an dan haramkanlah apa yang diharamkan dalam al-Qur’an atau apa-apa lain yang seumpama.

[4] Dan akhirnya Allah Azza waJalla menerangkan tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam menghapuskan segala bebanan dan belenggu yang mengikat manusia di ketika itu. Antaranya ialah beberapa fahaman agama yang sengaja diada-adakan oleh para tokoh agama Yahudi dan Nasrani seperti kehidupan ala Rahib dan Paderi, tidak boleh berkahwin, anak menanggung dosa orang tua dan sebagainya. Begitu juga dengan pelbagai istiadat dan perlakuan masyarakat Arab Jahiliyah ketika itu seperti perhambaan, pembunuhan anak perempuan, melakukan sembelihan dan korban untuk tuhan-tuhan dan macam-macam lagi. Sekali lagi perhatikan bahawa Allah Azza waJalla memberi kuasa penuh kepada Rasulullah untuk menghapuskan bebanan dan belenggu ciptaan menusia tersebut tanpa menyuruh beliau merujuk atau menyandar kepada ayat-ayat al-Qur’an. Iaitu Allah Ta’ala tidak berfirman: hapuskanlah bebanan dan belenggu tersebut berdasarkan apa yang disyari’atkan di dalam al-Qur’an atau apa-apa lain yang seumpama.

Kedua :  Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Maka tidaklah – Demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. [an-Nisaa’ 4:65]

Sepertimana ayat 157 surah al-A’raaf, ayat ini juga dengan tegas dan mutlak menerangkan kuasa dan Authority Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam untuk menggubal dan menjatuhkan hukum secara tersendiri tanpa perlu dirujuk atau disandarkan kepada al-Qur’anul Karim. Malah ayat ini mempersyaratkan keimanan seseorang kepada ketaatan dan keredhaan penuh terhadap apajua hukum yang diputuskan oleh Rasulullah. Sesiapa yang taat dan redha maka dialah orang yang benar beriman manakala sesiapa yang ingkar dan tidak setuju maka dia bukan orang yang beriman. Jika dicermati ayat di atas, akan didapati:

[1] Allah Azza waJalla memulakan ayat ini dengan suatu bentuk sumpah: Maka tidaklah – Demi Tuhanmu… Para ahli tafsir telah menerangkan bahawa apabila Allah Subhanahu waTa’ala bersumpah di dalam al-Qur’an, ia adalah bagi menunjukkan kebesaran objek yang disumpah-Nya atau bagi mengisyaratkan besarnya subjek ayat yang bakal menyusuli setelah sumpah tersebut. Maka di sini sumpah Allah Subhanahu waTa’ala adalah bagi mengisyaratkan besarnya subjek yang bakal menyusuli iaitu ukuran sama ada beriman atau tidak seseorang manusia itu.

[2] Allah Azza waJalla telah menjadikan ukuran beriman atau tidak seseorang manusia itu berdasarkan terima atau tidak seseorang itu terhadap hukum yang diputus oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Firman Allah Ta’ala: …dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka… tidaklah bererti bahawa ayat ini hanya sah dilaksanakan di zaman Rasulullah masih hidup untuk menghakimi sesuatu perselisihan yang dihadapkan kepada beliau tetapi ia adalah sah dilaksanakan kepada semua generasi manusia di semua zaman sesuai dengan peranan yang dimiliki oleh kitab al-Qur’anul Karim yang sah dijadikan sumber rujukan dan penghujahan sehingga ke Hari Kiamat. Sebagai contoh, ayat in tetap sah untuk dijadikan hujah bagi menangani sikap segelintir umat masa kini yang mempertikaikan hukuman rejam dengan batu sehingga mati terhadap penzina yang sudah berkahwin yang diputuskan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Hukum yang diputuskan oleh Rasulullah tersebut adalah sah selari dengan kuasa dan authority yang diberikan oleh Allah Azza waJalla kepada beliau. Maka barangsiapa yang menerima hukum tersebut maka dia adalah orang yang beriman manakala sesiapa yang mengingkari hukum tersebut maka dia tidak beriman.

Page 77: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

[3] Seterusnya Allah Subhanahu waTa’ala mensyaratkan bahawa penerimaan hukum yang diputuskan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam hendaklah secara total dan menyeluruh tanpa adanya rasa keberatan atau tidak puas hati. Pensyaratan tambahan oleh Allah Ta’ala ini tidak lain menunjukkan sifat mutlak, absolute dan ketidak-terbatasan yang dimiliki oleh hukum-hukum yang digubal, diputus dan dijatuhkan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

[4] Perhatikan juga bahawa dalam menetapkan ukuran beriman atau tidak seseorang berdasarkan penerimaan apa yang dihukumkan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dan dalam mensyaratkan penerimaan hukum tersebut secara total tanpa keraguan atau keberatan, Allah Tabaraka waTa’ala tidak membuat apa-apa rujukan atau sandaran kepada kitab al-Qur’anul Karim. Allah Ta’ala tidak menghubungkan hukum yang diputuskan oleh Rasulullah dengan hukum yang terkandung di dalam al-Qur’an dan Allah Ta’ala tidak menghubungkan penerimaan hukum tersebut secara total dengan kitab al-Qur’anul Karim. Dalam erti kata lain, seseorang itu hendaklah menerima hukum yang diputuskan oleh Rasulullah tanpa mengambil kira sama ada hukum tersebut diputuskan dalam al-Qur’an dan seseorang itu hendaklah menerima hukum tersebut secara total tanpa perlu ia diperkuat atau diperkukuhkan oleh al-Qur’anul Karim.

[5] Akhir sekali, perhatikan juga bahawa Allah Subhanahu waTa’ala secara mutlak menjadikan ukuran iman seseorang itu hanya berdasarkan hukum yang diputuskan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Ini tidak lain menunjukkan sifat kewahyuan, kesempurnaan dan keterpeliharaan hukum yang diputuskan oleh Rasulullah. Kerana jika diandaikan bahawa hukum yang diputuskan oleh Rasulullah adalah berasal dari ijtihad dan penalaran dirinya sendiri tanpa bimbingan ILlahi, sudah tentu ia terbuka kepada pelbagai kekurangan dan kecacatan manusiawi sehingga pasti ia tidak dapat dijadikan ukuran keimanan seseorang.[1]

Ketiga :  Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. [al-Haysr 59:07]

Ayat ini dengan jelas dan tepat menerangkan perintah Allah Subhanahu waTa’ala kepada umat Islam untuk menerima apa sahaja yang dibawa, dianjur dan diperintahkan oleh Rasululullah sallallahu-alaihi-wasallam dan meninggalkan apa sahaja yang dinafi, dicegah dan dilarang olehnya. Ayat ini merupakan satu lagi dalil yang kuat lagi padu bahawa Allah Azza waJalla memberikan kuasa dan authority penuh kepada Rasul-Nya Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam untuk menggubal dan memerintahkan sesuatu perkara secara tersendiri manakala umat pula wajib menerima dan mentaatinya. Sekali lagi perhatikan juga bahawa perintah Allah Ta’ala dalam ayat ini adalah mutlak secara tersendirinya tanpa suruhan kepada umat untuk merujuk dan menyandarkan suruhan-larangan Rasulullah tersebut kepada dalil-dalil al-Qur’anul Karim.

Segelintir pihak, terutamanya Golongan Anti-Hadis menolak kemutlakan maksud firman Allah Subhanahu waTa’ala dalam ayat di atas. Mereka berkata ayat ini hanyalah merujuk kepada perintah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam urusan sebaran dan pembahagian harta-harta rampasan perang. Mereka berpendapat sedemikian berdasarkan keseluruhan ayat ke 7 tersebut, iaitu:

Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan).

(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.

Page 78: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya.

Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya). [al-Hasyr 59:7]

Dengan merujuk kepada keseluruhan pengajaran ayat, mereka berkata bahawa firman Allah:……Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya… hanyalah merujuk kepada perintah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam urusan sebaran dan pembahagian harta-harta rampasan perang. Yakni, apa yang disebar dan dibahagi-bahagikan oleh Rasulullah maka terimalah ia dan apa yang tidak disebar atau dibahagi-bahagikan oleh Rasulullah maka janganlah dipersoalkan pula. Pengertian dan pengajaran ayat tidak ditujukan kepada apa-apa selain sebaran dan pembahagian harta-harta rampasan perang sahaja.

Baiklah, mari kita bincang dan bahas secara mendalam ayat ke 7 surah al-Haysr ini. Ia sememangnya diturunkan berkaitan dengan pembahagian harta-harta rampasan perang. Lebih tepatnya sebagaimana terang Umar al-Khattab radiallahu-anhu[2], ia diturunkan berkenaan urusan sebaran, pembahagian dan penggunaan harta-harta yang ditinggalkan oleh Bani an-Nadhir, satu komuniti Yahudi yang diusir keluar dari lembah Madinah kira-kira 6 bulan selepas peristiwa Perang Badar[3] kerana mereka mencabuli perjanjian damai yang sedia dipersetujui dengan orang-orang Islam ketika itu.[4]

Namun adalah tidak tepat untuk dikatakan bahawa keseluruhan pengertian dan pengajaran ayat ke 7 surah al-Haysr tersebut hanya ditujukan kepada urusan harta rampasan perang sahaja. Jika didalami keseluruhan ayat tersebut, akan didapati bahawa ia dibahagikan kepada 3 bahagian sebagaimana yang ditanda dengan tanda waqf al-Jaa’iz Berikut disusun secara berasingan setiap dari bahagian tersebut dengan terjemahan harfiah .(ج  )perkataan demi perkataan (word by word translation) yang disalin dari buku Bacaanoleh Othman Ali[5]:

[01]Segala apa rampasan perang yang Allah memberi rasul--Nya daripada penduduk bandar-bandar raya adalah kepunyaan Allah, dan rasul--Nya, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, supaya ia jangan bergilir antara orang-orang kaya antara kamu.

[02]Apa sahaja yang rasul memberi kamu, ambillah; apa sahaja yang dia melarang kamu daripadanya, hentikanlah.[6]

[03]Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.

Perhatikan bahawa bahagian pertama ayat secara khusus membicarakan perihal harta rampasan perang manakala bahagian kedua ayat membicarakan perintah-larangan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam secara umum lagi terbuka tanpa ditujukan kepada apa-apa pengertian yang tertentu atau khusus. Demikian juga bahagian ketiga ayat, ia secara umum lagi terbuka membicarakan perintah untuk bertaqwa kepada Allah dan ancaman kepada sesiapa yang menyalahinya dan ia tidak ditujukan kepada apa-apa pengertian yang tertentu atau khusus.

Perbezaan lafaz antara bahagian pertama dengan bahagian kedua ayat perlu kita fahami secara mendalam. Telahpun dinyatakan sebelum ini dan akan diulangi sekali lagi bahawa Allah Tabaraka waTa’ala dengan segala Kebijaksanaan dan Keluasan Hikmah-Nya, tidak akan membicarakan satu perkara yang sama dengan susunan ayat yang berbeza melainkan apa yang dikehendaki-Nya antara kedua ayat tersebut adalah juga berbeza. Dengan itu juga, kitab al-Qur’anul Karim dengan segala sifat-sifat kemukjizatan bahasa dan gaya penyampaian yang sehingga kini tidak tercabar keistimewaannya, tidak akan membicarakan satu perkara yang sama dengan dua susunan ayat yang berbeza melainkan pengajaran yang hendak disampaikan juga adalah berbeza antara keduanya.

Page 79: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Justeru itu apabila bahagian pertama ayat membicarakan perihal urusan harta rampasan perang, maka sememanglah ia membicarakan urusan harta rampasan perang dan ini tidak kita sanggahi. Akan tetapi perlu dikenali bahawa bahagian kedua ayat membicarakan perihal perintah dan larangan Rasulullah sallallahui-alaihi-wasallam secara umum lagi terbuka tanpa dihad atau dikhususkan kepada sesuatu subjek yang tertentu. Allah Azza waJalla menggunakan perkataan (ma) berupa ism mausul yang bererti apa-apa sahaja atau apa juaatau apa-apa sekalipun bagi menandakan sifat keterbukaan ayat tanpa pembatasan. Ini berbeza dengan bahagian pertama ayat di mana Allah Azza waJalla telah menggunakan perkataan (afa') yang sememangnya bererti harta rampasan.

Perbezaan antara bahagian pertama dan kedua ayat bukanlah satu ketidaksengajaan tetapi demikianlah kehendak sebenar Allah Azza waJalla kerana seandainya Allah menghendaki perintah-larangan Rasulullah tersebut dibatasi oleh urusan harta rampasan perang sahaja, adalah memadai dengan bahagian pertama ayat tanpa pengulangan semula. Atau jika pengulangan diperlukan untuk menekankan authority Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam urusan harta rampasan perang, maka Allah Azza waJalla pasti akan menggunakan lafaz yang khusus lagi membatasi, umpama: Dan barang-barang rampasan perang yang rasul memberi kamu, ambillah; dan barang-barang rampasan perang yang dia melarang kamu daripadanya, hentikanlah. Akan tetapi Allah Ta’ala tidak melakukan sedemikian maka siapakah pula kita untuk melakukannya ?

Kemudian perhatikanlah pula bahagian ketiga ayat di mana Allah Subhanahu waTa’ala sekali lagi berbicara dengan lafaz yang umum, memerintahkan umat untuk bertaqwa kepada-Nya dan mengancam keras sesiapa yang menyalahi perintah bertaqwa tersebut. Diulangi, bahawa Allah Azza waJalla menggunakan lafaz umum bagi menandakan bahawa ketaqwaan kepada-Nya adalah umum meliputi seluruh perintah-larangan. Keumuman firman Allah dan gaya bahasa ayat menunjukkan bahawa perintah ini tidak terhad kepada urusan pembahagian harta rampasan perang sahaja.

Daripada penerangan di atas yang merujuk khusus kepada kaedah susunan ayat oleh yang Maha Bijaksana dan kemukjizatan gaya penyampaian al-Qur’anul Karim, jelas bahawa bahagian kedua ayat yang bermaksud: Apa sahaja yang rasul memberi kamu, ambillah; apa sahaja yang dia melarang kamu daripadanya, hentikanlah – adalah ditujukan umum kepada apa sahaja perintah-larangan agama yang disampaikan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Termasuk dalam keumuman perintah-larangan ini adalah urusan pembahagian harta rampasan perang.

Maka adalah tidak asing apabila kita dapati orang yang telah dipertanggung jawabkan untuk membaca, menyampai mengajar dan menghurai kitab al-Qur’anul Karim yakni Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, dengan sendirinya telah bersabda:

Apabila aku memerintahkan kamu dengan sesuatu maka lakukanlah ia dengan semampu kamu dan apabila aku melarang kamu dengan sesuatu maka tinggalkanlah ia.[7]

Sabda beliau ini adalah selari dengan firman Allah Subhanahu waTa’ala yang sedang kita bahas: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya.

Selain itu kita juga dapati para sahabat radiallahu-anhum, iaitu generasi yang hidup di zaman Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, yang hadir ketika turunnya ayat-ayat al-Qur’an dan yang paling memahami konteks pengajaran serta tujuan ayat, sering merujuk kepada ayat ke 7 surah al-Haysr yang sedang kita bahaskan ini bagi membenarkan sesuatu perintah, larangan dan hukuman Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

Abdullah ibnu Umar dan Anas bin Malik radiallahu-anhum berkata, Abdullah ibnu Abbas pernah bertanya kepada orang ramai: Tahukah kalian firman Allah Azza waJalla“Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang

Page 80: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya” ? (al-Haysr 59:7). Orang ramai menjawab: Ya !

Berkata lagi Ibnu Abbas: Tahukah kalian firman Allah Azza waJalla “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka” ? (al-Ahzab 33:36). Orang ramai menjawab: Ya !

Kemudian berkata lagi Ibnu Abbas: Maka sesungguhnya bersaksilah bahawa Nabi sallallahu-alaihi-wasallam telah melarang menyimpan buah (air jusnya) dalam bekas kayu yang dilubangi, dan (dalam) bekas kayu (pokok) kurma, dan (dalam) bekas yang diperbuat dari buah labu air, dan dalam bekas yang diminyaki (atau diwarnai).[8]

Dalam satu riwayat yang lain pula, Abdurrahman bin Yazid radiallahu-anhu pernah melihat seseorang yang sedang berihram (bagi ibadat umrah atau haji) dengan memakai baju, lalu beliau melarangnya. Maka orang itu berkata: “Cuba bacakan kepada aku ayat al-Qur’an yang mengharuskan aku membuka baju.” Lalu Abdurrahman membaca ayat: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya .[9]

Seorang lagi sahabat yang masyhur, Abdullah ibnu Mas’ud radiallahu-anhu pernah menyampaikan sabda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam yang bermaksud: Allah melaknat para wanita yang bertato, yang berusaha bertato, yang mencabut bulu-bulu muka (bulu mata dan kening), yang mengubah-suai gigi supaya nampak lebih cantik dan dengan itu mereka merubah ciptaan Allah. Kemudian perkara ini sampai ke pengetahuan seorang wanita dari Bani Asad yang bernama Ummu Ya’qub. Dia datang menemui Ibnu Mas’ud lalu berkata:Saya mendengar tuan melaknat wanita yang sekian-sekian. Ibnu Mas’ud berkata: Mengapa saya tidak melaknat orang yang dilaknat oleh Rasul Allah dan Kitab Allah ? Ummu Ya’qub berkata: Saya telah membaca al-Qur’an tetapi saya tidak mendapati apa yang tuan katakan itu. Ibnu Mas’ud menjawab: Kalau anda membacanya nescaya anda akan menemuinya. Tidakkah anda membaca ayat: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya ?  Ummu Ya’qub menjawab: Ya ! [10]

Penerangan-penerangan di atas, dari sudut perbahasan gaya penyampaian al-Qur’an, sabda Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dan penghujahan para sahabat radiallahu-anhum, jelas menolak pendapat segelintir pihak yang ingin membataskan kemutlakan ayat ke 7 surah al-Hasyr tersebut kepada maksud pembahagian harta rampasan perang sahaja. Yang benar ayat tersebut adalah mutlak membuktikan kuasa dan authority yang diberikan oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Dan kemutlakan ini adalah menyeluruh tanpa perlu dikira sama ada apa jua yang disuruh atau dilarang tersebut disokong sama oleh dalil-dalil al-Qur’anul Karim.

Kesimpulan:

Penerangan dalam beberapa mukasurat yang lepas telah menunjukkan bahawa:

[1] Allah Azza waJalla sejak dari awal telah mewajibkan ketaatan kepada para Nabi dan Rasul-Nya termasuk kepada mereka yang tidak diturunkan sebuah kitab suci. Ini jelas menunjukkan bahawa ketaatan kepada para Nabi dan Rasul ini adalah mutlak kepada apa sahaja ajaran, perintah dan larangan yang mereka sampaikan tanpa perlu ia dikandung atau disokong sama oleh sesebuah kitab suci.

[2] Allah Azza waJalla telah memerintahkan ketaatan kepada Rasul-Nya Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam dengan dua gaya atau susunan ayat, yang pertama adalah“Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya” manakala yang kedua adalah “Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul”. Perbezaan susunan ayat ini bukanlah suatu ketidak-sengajaan tetapi setiapnya memiliki erti yang tersendiri.

Page 81: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Susunan ayat yang pertama adalah bagi ajaran, perintah dan larangan Rasulullah yang dikandung sama oleh al-Qur’an manakala susunan ayat yang kedua adalah bagi ajaran, perintah dan larangan Rasulullah yang tidak dikandung sama oleh al-Qur’an. Hal ini lebih diperkuatkan lagi dengan hadirnya ayat-ayat yang memerintahkan ketaatan kepada Rasulullah dan ancaman bagi sesiapa yang mengikarinya secara tersendiri tanpa perintah atau ancaman ini diganding sama kepada kitab al-Qur’anul Karim.

[3] Allah Azza waJalla juga dalam al-Qur’anul Karim telah beberapa kali menerangkan dengan jelas kuasa, hak, kewenangan dan authority yang Dia berikan kepada Rasul-Nya Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam untuk menggubal dan melaksanakan sesuatu hukum syari’at agama. Dan Allah Azza waJalla memerintahkan kita umat Islam untuk mentaati segala ajaran, perintah, larangan dan hukum yang digubal oleh Rasulullah secara mutlak dan menyeluruh tanpa perlu disemak atau dirujuk ia dikandung sama oleh al-Qur’an atau tidak.

3 hujah atau kesimpulan di atas jelas menunjukkan bahawa ajaran, perintah dan larangan yang disampaikan oleh seseorang Nabi atau Rasul Allah, adalah ia berdiri dengan sendirinya secara mutlak sebagai salah satu sumber syari’at tanpa perlu ia dikandung sama oleh dalil-dalil sesebuah kitab suci. Demikian juga, apa sahaja yang didakwah, diajar, diperintah, dilarang dan dihukum oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, adalah ia berdiri dengan sendirinya sebagai satu sumber syari’at Islam tanpa perlu ia dikandung sama oleh kitab al-Qur’anul Karim.

Dengan jelasnya asas dan dasar yang amat penting ini, tidak perlu lagi timbul persoalan, kemusykilan dan bantahan terhadap hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang bercanggah, berlainan atau tidak dikandung sama oleh al-Qur’an. Seperti hukum rejam dengan batu kepada penzina yang telah berkahwin, hukum larangan memakai emas dan sutera bagi lelaki, hukum batalnya wudhu’ dan sebagainya.  Semua ini adalah hukum-hukum syari’at Islam yang digubal oleh Rasulullah berdasarkan kuasa dan authority yang telah diberikan oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepadanya dan hukum-hukum ini wajib kita terima dan taati secara sendirinya tanpa mengambil kira sama ada ia selari atau tidak dengan hukum al-Qur’an. Bukankah al-Qur’an sendiri yang telah menerangkan kuasa dan authorityRasulullah sebagai penggubal hukum dan mewajibkan umat untuk mentaatinya secara mutlak ? Justeru itu sesiapa yang ingin mentaati al-Qur’an hendaklah dia mentaati Rasulullah. Dan sesiapa yang ingin mentaati Allah Azza waJalla hendaklah dia mentaati Rasulullah. Tidak ada perbezaan antara mentaati hukum-hukum dari Rasulullah atau mentaati hukum-hukum al-Qur’an kerana kedua-duanya itu tetap berasal dari Allah Subhanahu waTa’ala juga pada dasarnya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

Sesiapa yang taat kepada Rasul, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. [an-Nisaa’ 4:80]

Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam juga telah bersabda:

Dikhuatirkan seseorang duduk di atas kerusinya, dia menyampaikan hadis aku kemudian dia berkata: “Antara kami dan kamu ada Kitab Allah (al-Qur’an), apa yang kami dapati dihalalkan di dalamnya maka kamipun menghalalkannya dan apa yang kami dapati diharamkan di dalamnya maka kamipun mengharamkannya.” Ingatlah ! Demi sesungguhnya apa yang diharamkan oleh Rasulullah maka ia adalah sama dengan apa yang diharamkan oleh Allah.[11]

Kekhuatiran Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam di atas ditujukan kepada kemungkinan akan wujudnya orang-orang yang mempersoalkan hadis-hadisnya yang tidak dikandung sama oleh al-Qur’an, lalu akhirnya mereka hanya mengambil apa yang dihalal dan diharamkan oleh al-Qur’an sahaja. Sikap seperti ini diperbetulkan oleh Rasulullah, di mana beliau menyatakan bahawa apa yang beliau haramkan, maka ia adalah sama dengan apa yang diharamkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala. Demikianlah juga sebaliknya, apa yang diperintah atau dihalalkan oleh Rasulullah, maka ia juga adalah apa yang diperintah dan dihalalkan oleh Allah Ta’ala. Dalam ertikata lain, segala perintah dan larangan yang disampaikan

Page 82: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

beliau, ia berasal dari Allah Subhanahu waTa’ala. Perhatikan bahawa Rasulullah tidak mengaitkan apa yang diharamkannya dengan al-Qur’an tetapi dikaitkan dengan Allah Subhanahu waTa’ala.

 

7 Contoh hadis yang dikatakan bercanggah dengan al-Qur’an dan penjelasannya.

 

[1]               T.M. Hasbi as-Shiddiqy dalam Tafsir al-Qur’anul Majid an-Nur, jld 1, ms 860.

[2]               Sahih: Atsar sahabat dikeluarkan oleh Ahmad, Bukhari, al-Baihaqi dan lain-lain, lihat Sahih Bukhari – no: 4885. (Kitab at-Tafsir, Surah al-Haysr, Apa yang diberi oleh Allah kepada Rasul-Nya dari rampasan perang)

[3]               Sahih: Sebagaimana terang A’isyah radiallahu-anha, dikeluarkan oleh Ibnu Mardhawih dan Abdurrazzaq ibnu Humman as-Sa’nani. Isnadnya sahih sebagaimana nilai Habib-ur-Rahman al-Azami dalam Musannaf Abdurrazzaq - no: 9732 dan seterusnya. (Bab Kejatuhan Bani an-Nadhir, jld 5, ms 357 dan seterusnya).

[4]               Untuk bacaan lebih lanjut, sila lihat mana-mana kitab sirah Nabi, antaranya The Life of Muhammad, pg 277-281 oleh Muhammad Husein Haykal dan Madinan Society at the Time of The Prophet, vol 1, pg 128-134 oleh Akram Diya’ al-‘Umari.

[5]               Yang dirujuk adalah edisi internet di alamat (http://www.ropelist.com/articles/malay/malay_bacaan.html ). Othman Ali pada waktu penulis mengusahakan buku ini adalah salah seorang dari tokoh Golongan Anti-Hadis di Malaysia. Antara karyanya masyhur adalah buku Bacaan ini yang merupakan terjemahan harfiah kitab al-Qur’anul Karim.

[6]               Menarik juga untuk diperhatikan bahawa dua tokoh Golongan Anti-Hadis yang lain, yakni Kassim Ahmad dan Rashad Khalifa telah mengubah terjemahan bahagian kedua ayat di atas. Kassim Ahmad dalam bukunya Hadis: Satu Penilaian Semula, ms 58, nk 11telah menterjemahkan ayat tersebut sebagai: Apa-apa harta rampasan perang yang diberi oleh rasul kepadamu hendaklah kamu terima dan apa yang ditegahnya hendaklah kamu tinggalkan; manakala Rashad Khalifa dalam Qur’an: The Final Scripture (Authorized English Version), pg 391 telah menterjemah ayat tersebut sebagai: Any gained spoils that the messenger gives you, you shall accept, and whatever he forbids you, you shall leave. Padahal dalam teks Arab yang sebenar, tidak terdapat perkataan harta rampasan perang dan gained spoils.

[7]         Sahih: Hadis dikeluarkan oleh Abdurrazzaq, Ahmad, Muslim dan lain-lain dari Abu Hurairah radiallahu-anhu. Lihat Sahih Muslim – no: 1337. (Kitab al-Hajj, Bab Kewajipan Haji hanya sekali seumur hidup.)

[8]               Sahih: Dikeluarkan oleh an-Nasai dalam Sunan al-Kabir – no: 5154; juga dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustarak – no: 3798 (Kitab at-Tafsir, Tafsir surah al-Hasyr) tanpa sandaran kepada Anas bin Malik dengan susunan teks yang sedikit berbeza dan ia dinilai sahih oleh adz-Dzahabi.

Page 83: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

                Larangan ini adalah kerana minuman yang tersimpan sekian lama dalam bekas-bekas tersebut boleh menukar sifatnya kepada yang memabukkan (proses penapaian), sebagaimana dalam sebuah hadis lain yang senada dari Abu Salamah dan Abu Hurairah radiallahu-anhuma, di mana di akhir hadis tersebut Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam menerangkan sebab larangan beliau: Setiap yang memabukkan adalah haram. Hadis ini dinilai sahih oleh al-Haithami, disebut oleh Fu’ad Abdul Baqi dalam Sunan Ibnu Majah – hadis no: 3401 dan seterusnya. (Kitab Urusan Minuman, Bab Larangan membuat minuman dalam beberapa jenis bekas atau benjana).

[9]               Hasan: Dikeluarkan oleh Ibnu Abdil Barr dalam Jami’ ul-Bayan il-‘Ilmi wa Fadhlihi – no: 2338 dan dinilai hasan oleh pentahqiq – Abu al-Ashbal al-Zahiri.

[10]             Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad, Bukhari dan lain-lain, lihat Sahih Bukhari – no: 4886. (Kitab at-Tafsir, Surah al-Haysr, Apa yang diberi oleh Rasul maka terimalah ia).

[11]             Sahih: Hadis dari Miqdam bin Ma’di al-Kariba radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, ad-Darimi dan lain-lain; dinilai sahih oleh Hasain Salim Asad dalam Musnad ad-Darimi – no: 606 (Muqaddimah: Bab as-Sunnah penentu atas Kitab Allah Ta’ala).

 

          

Tujuh contoh hadis yang dikatakan bercanggah dengan al-Qur’an.

Berikut dikemukakan tujuh contoh hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang sering didakwa oleh Golongan Anti Hadis sebagai bercanggah dengan ajaran al-Qur’an, padahal yang benar ia tidaklah bercanggah sedikitpun. Sesiapa yang melompat terus ke bahagian ini dinasihatkan agar membaca terlebih dahulu dari permulaan perbincanganBahagian B ini.

 

Percanggahan Pertama:

Hadis-hadis dua kalimah syahadah yang diajar oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah” adalah bercanggah dengan syahadah yang diajar oleh al-Qur’an melalui lisan Nabi Ibrahim alaihi-salam:

Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam [al-Baqarah 2:131]

Penjelasan:

Dakwaan wujudnya percanggah ini adalah sangat lemah kerana jika dikaji ucapan Nabi Ibrahim alaihi-salam tersebut, ia adalah sebagai menyahut firman Allah Subhanahu waTa’ala kepadanya:

(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim) !” [al-Baqarah 2:131] Mendengar firman Allah ini maka menjawablah Nabi Ibrahim alaihi-wasallam:

Page 84: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. [al-Baqarah 2:131]

Sesiapa yang menelusuri firman Allah Subhanahu waTa’ala kepada Nabi Ibrahim alaihi-salam dan jawapannya sepertimana dalam ayat di atas akan mendapati ia tidak sedikitpun memiliki erti mengatasi, membatalkan atau menyanggahi syahadah: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Rasul Allah.” Syahadah yang diajar oleh Rasulullah ini terbahagi kepada dua bahagian: Syahadah pertama bererti bahawa seseorang itu sedia mentauhidkan Allah Subhanahu waTa’ala sebagai Tuhan yang satu-satunya layak disembah dan sedia mengakui bahawa semua urusan langit dan dunia tertakluk kepada kekuasaan dan kehendak-Nya. Syahadah kedua bererti seseorang itu sedia menerima dan mengiktiraf Nabi Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam sebagai Perutusan Allah, yakni dengan menerima dan mentaati segala perintah-larangan syari’at agama yang dibawanya.[1] Perkataan saksi dalam kedua-dua kes di atas bukanlah bererti saksi sepertimana dalam kes mahkamah, tetapi bererti ikrar, pengakuan pengesahan, pembenaran dan pembuktian.[2] Persaksian ini tidak lengkap dengan sebutan mulut sahaja tetapi hanya setelah ia tersemat kukuh di jiwa dan dibuktikan dengan perbuatan harian. Oleh itu seseorang yang bersyahadah tetapi dia masih menyembah berhala atau enggan solat sepertimana Rasulullah solat, maka syahadahnya tidaklah dikira sah. Dua kalimah syahadah yang diajar oleh Rasulullah ini memang tidak terdapat lafaznya di dalam al-Qur’an, tetapi maksudnya adalah merupakan terbitan dan rumusan dari seluruh keterangan, ajaran dan perintah al-Qur’an itu sendiri. Tiada siapa yang akan mempersoalkan hakikat ini kecuali orang yang benar-benar tidak mengenal al-Qur’an.

 

Percanggahan 2: Azan

 

[1]               Lihat Abdullah Yasin – Hakikat Dua Kalimah Syahadah dan A. Zakaria –Menguak Hakikat Syahadat, Bai’at dan Jama’ah Muslimin.

[2]               Sakhr al-Qamus v4.0 - أشهد

           

Percanggahan Kedua:

Azan merupakan sesuatu yang dipelopori oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang tidak berasal dari al-Qur’an. Setiap hari umat Islam melaungkan azan bagi menandakan masuknya waktu solat dan kalimah azan tersebut mengandungi seruan bahawa Muhammad adalah seorang Rasul Allah. Tindakan ini jelas bertentangan dengan ayat 18 surah al-Jinn, di mana umat Islam telah dilarang daripada menyeru sesuatu selain Allah dalam masjid-masjid. Firman Allah:

Page 85: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru sesiapapun bersama-sama Allah. [al-Jinn 72:18]

Penjelasan:

Azan merupakan sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang telah disyari’atkan selepas umat

Islam berhijrah ke Kota Madinah. Sebelum berhijrah ke Kota Madinah, ibadah solat hanyalah sunat

hukumnya dan ia dilaksanakan secara rambang tanpa adanya pembahagian waktu. Hanya selepas

hijrah ibadah solat difardhukan lima kali sehari dan bagi menandakan masuknya waktu solat,

Rasulullah mensyari’atkan azan sepertimana yang kita amalkan hari ini. Azan dan susunan kalimah-

kalimahnya memang tidak berasal dari al-Qur’an tetapi azan adalah satu amalan

yang diiktiraf dan diakui oleh al-Qur’an. Antara dalilnya adalah dua ayat berikut:

Pertama:

Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan solat, mereka menjadikan solat itu

sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang

tidak berakal. [al-Maidah 5:58]

Perhatikan bahawa dalam ayat ini al-Qur’an mengungkap sikap Ahli Kitab yang apabila diseru kepada

mendirikan solat, mereka menjadikannya sebagai satu bahan ejekan dan permainan. Ayat …

menyeru untuk mengerjakan solat … merujuk kepada azan[1] yang berasal dari sunnah Rasulullah

sallallahu-alaihi-wasallam. Al-Qur’an tidak memberi sebarang ulasan terhadap azan tersebut tetapi

sebaliknya mengkritik orang yang meremehkannya. Ini menandakan pengiktirafan dan pengakuan al-

Qur’an terhadap azan.

Kedua:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan (azan) untuk mengerjakan solat pada hari

Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan

solat jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi

kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).[al-Jumu’ah 62:09]

Melalui ayat ini Allah Subhanahu waTa’ala memerintahkan umat Islam supaya segera pergi ke masjid

untuk mengerjakan solat Jumaat apabila “diseru”. Yang dimaksudkan dengan“diseru” adalah

Page 86: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

azan[2] yang berasal dari sunnah Rasulullah. Sungguhpun lafaz ayat yang terkandung dalam azan itu

tidak diperincikan oleh al-Qur’an namun ianya menjadi peringatan kepada umat Islam untuk segera ke

masjid dan menangguhkan urusan dunia dan perniagaan. Ini menunjukkan pengiktirafan dan

pengakuan al-Qur’an terhadap azan.

Azan yang berasal dari sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidaklah bertentangan dengan ayat ke 18 surah al-Jinn di atas kerana ayat tersebut sebenarnya merujuk kepada ibadah yang dipraktikkan dalam tempat-tempat peribadatan. Perkataan al-Masajid (al-masajid) adalah jamak (plural) dari perkataan masjid. Kalimah alif-lam di awalnya menunjukkan erti segala tempat-tempat peribadatan. Sepertimana keterangan Fakh-ur-Razi,al-Masajid merujuk kepada semua tempat dan binaan yang di dalamnya manusia beribadah (bersolat) dan mengingati Allah. Termasuk dalam definasi al-Masajid ini adalah biara-biara, gereja-gereja dan masjid-masjid orang Islam. Golongan Yahudi dan Nasrani, apabila mereka mendirikan solat dalam gereja dan biara, mereka mencampur adukkan beberapa amalan syirik. Maka Allah memerintahkan orang Islam agar beribadah (bersolat) dengan penuh keikhlasan dengan mentauhidkan Allah sahaja.[3]

Perkataan (tad`u) bukanlah bererti menyeru atau azan sepertimana lazimnya, tetapi ia bermaksud beribadah, iaitu janganlah kamu beribadah kepada sesiapapun bersama-sama Allah atau di samping Allah. Beribadahlah kepada Allah dengan ikhlas kepadaNya sahaja dengan mentauhidkanNya sahaja.[4] Perlu dibezakan bahawa ajaran Islam tidak sekali-kali menyuruh umatnya beribadah kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

Jika Golongan Anti Hadis ingin mengekalkan perkataan (tad`u) sebagai menyeru sebagaimana ertinya

yang lazim, ia tetap tidak tepat untuk dijadikan hujah ke atas azan, kerana perbuatan menyeru jauh

berbeza dari perbuatan bersaksi. Menyeru adalah meminta, memanggil dan berdoa manakala

bersaksi adalah berikrar, mengesah, membenar dan membuktikan; sepertimana yang telah

diterangkan sebelum ini (lihat penjelasan bagi percanggahan pertama).

 

Percanggahan 3: Rukun Iman 6 atau 5 perkara ?

 

[1]               al-Alusi – Ruh ul-Ma’ani, jld 3, ms 339 dan lain-lain.

[2]               al-Alusi – Ruh ul-Ma’ani, jld 14, ms 293 dan lain-lain.

Page 87: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

[3]               Fakh-ur-Razi dalam Tafsir al-Kabir, jld 10, ms 673. Lihat juga Abu Hafs Umar bin Ali – al-Bab fi Ulum al-Kitab, jld 19, ms 431-434 dan Tafsir Ibnu Katsir, jld 4, ms 400.

[4]               Selain rujukan di atas, lihat al-Alusi – Ruh al-Ma’ani, jld 15, ms 102; Ibnu Jarir at-Tabari – Jamii al-Bayan, jld 14, bhg 2, ms 144; al-Mawardi – an-Nukatu wa al-‘Uyun, jld 6, ms 119; al-Qurtubi – Jamii al-Ahkam, jld 10, ms 18; as-Suyuti – Tafsir Jalalain, jld 4, ms 2564; al-Qasimi – Mahasin at-Ta’wil, jld 9, ms 334; al-Maraghi – jld 30, ms 177 dan lain-lain.

 

  Percanggahan Ketiga:

Dalam hadis-hadis diterangkan bahawa Rukun Iman ada enam perkara: (1) Beriman kepada Allah, (2) Beriman kepada para Malaikat, (3) Beriman kepada para Nabi dan Rasul, (4) Beriman kepada Kitab-kitab, (5) Beriman kepada HariAkhirat dan (6) Beriman kepada Qadar dan Qada’. Rukun Iman ini bercanggah dengan Rukun Iman yang diterangkan oleh al-Qur’an dalam ayat berikut:

Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada  (1) Allah dan  (2) Rasul-Nya, dan kepada (3) Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan (4)Malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya dan juga (5) Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. [an-Nisaa’ 4: 136]

Dari ayat ini Rukun Iman hanyalah lima perkara iaitu (1) Beriman kepada Allah, (2) Beriman kepada Rasul-Nya, (3) Beriman kepada Kitab-kitab, (4) Beriman kepada para Malaikat dan (5) Beriman kepada Hari Akhirat. Tidak disebut rukun iman ke-6 iaitu beriman kepada Qadar dan Qada’.

Penjelasan:

Dakwaan ini sekali lagi tidak benar kerana jika seseorang itu benar-benar memahami dan mengetahui keseluruhan al-Qur’an, dia akan mengetahui bahawa konsep Qadar dan Qada’ itu sedia diterangkan berulang-kali dan ia adalah salah satu perkara yang wajib diimani.[1] Antara ayat yang menerangkan hakikat Qadar dan Qada’ adalah:

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. [al-Hadid 57: 22-23]

Kewajipan beriman kepada Qadar dan Qada’ sememangnya tidak diterangkan di dalam ayat 136 surah an-Nisaa’ tetapi semata-mata berdasarkan satu ayat, kita tidak boleh membuat rumusan bahawa umat tidak perlu beriman kepada takdir ILlahi. Rukun Iman ke-6 yang digariskan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tetap mempunyai asas di dalam al-Qur’an berdasarkan kepada banyak ayat-ayatnya yang lain, selain surah an-Nisaa’ ayat 136.  

 

Percanggahan 4: Azab Kubur.

Page 88: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

[1]               Lebih lanjut lihat buku Ibnu Qayyim – Qadha’ dan Qadar: Ulasan Tuntas Masalah Takdir.

Percanggahan Keempat:

Dalam hadis-hadis diterangkan pelbagai jenis azab alam kubur padahal dalam al-Qur’an tidak ada satupun ayat yang membenarkannya. Al-Qur’an hanya menerangkan azab ketika manusia dibangkitkan semula di Hari Kiamat, tidak sebelum itu. Malah al-Qur’an juga tidak menerangkan wujudnya satu alam yang dinamakan “alam kubur.” Lebih dari itu seandainya benar apa yang dikatakan sebagai azab alam kubur, ia adalah termasuk perkara-perkara ghaib yang tidak siapapun mengetahuinya kecuali Allah Subhanahu waTa’ala. Maka adalah dusta apabila dikatakan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam mengetahui kejadian ghaib alam kubur.

Penjelasannya:

Sama sekali tidak benar apabila dikatakan bahawa al-Qur’an tidak menerangkan wujudnya satu alam di antara saat kematian dan saat kebangkitan semula. Perhatikan ayat berikut:

Sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) – Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan.”  Tidak! Masakan dapat ? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkansemula (pada Hari Kiamat). [al-Mu’minun 23: 99-100]

Ayat ini menerangkan adanya tempoh antara saat ajal kematian dan kebangkitan semula. Ia juga menerangkan adanya azab di antara tempoh / masa tersebut kerana disebabkan azab inilah orang-orang yang telah mati meminta dikembalikan semula ke dunia agar mereka dapat mengerjakan amal soleh. Azab alam kubur diterangkan juga oleh Allah Azza waJalla di dalam dua ayat berikut:

Pertama:

Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya !” [Ghafir 40: 46]

Perhatikan bahawa dalam ayat ini terdapat dua bentuk azab, yang pertama adalah“bahang api neraka” dan yang keduanya ialah “pada Hari Kiamat” di mana barulah mereka dimasukkan ke dalam azab yang sebenar-benarnya. Jika azab yang kedua adalah pada Hari Kiamat maka azab yang pertama adalah sebelum Hari Kiamat, iaitu di alam kubur. Azab yang pertama ini bukan di Padang Masyar kerana perhimpunan di Padang Masyar adalah selepas berlakunya Hari Kiamat.

Kedua:

Dan di antara orang-orang yang di sekeliling kamu dari orang-orang “A’raab” ada yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah; mereka telah berkeras dengan sifat munafik; engkau tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka. Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar. [at-Taubah 9:101]

Page 89: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Perhatikan bahawa di sini terdapat dua suasana di mana orang munafik di azab, yang pertama adalah “azab yang berulang-ulang” manakala yang kedua adalah “azab yang besar”. Azab yang pertama adalah di alam kubur manakala azab yang kedua adalah di Hari Kiamat.

Memang benar bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak mengetahui akan urusan dan perkara ghaib – kecuali apa yang diketahuinya dari wahyu dan pengkhabaran Allah Tabaraka waTa’ala sendiri. Memang benar bahawa hanya Allah sahaja yang mengetahui urusan dan perkara ghaib akan tetapi ketahuilah juga bahawa Allah adakalanya membuka pintu-pintu ilmu ghaib ini kepada para Rasul-Nya. Hal ini dikhabarkan sendiri oleh Allah Subhanahu waTa’ala melalui firman-Nya:

Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkankepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya;  maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan). [al-Jinn 72: 26-27]

Oleh itu apa yang diterangkan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tentang urusan dan perkara ghaib bukanlah berasal dari pengetahuan atau khayalannya sendiri tetapi ia sebenarnya berasal dari wahyu yang diwahyukan Allah kepadanya.

          

Percanggahan 5: Hadis-hadis larangan memakai sutera dan emas.

 

Percanggahan Kelima:

Dalam hadis-hadis juga terdapat larangan memakai rambut palsu, bertatoo, menyusun semula gigi dan sebagainya. Khusus bagi kaum lelaki pula, mereka dilarang memakai kain sutera dan berhias dengan emas. Larangan-larangan ini tidak terdapat di dalam al-Qur’an. Malah ia bercanggah dengan ayat berikut:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakan-Nya?” Katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat”. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. Al-A’raaf 7:32]

Penjelasan:

Jika diperhatikan benar-benar ayat di atas, akan didapati pertanyaan tersebut ditujukan kepada sesiapa yang berani mengharamkan perhiasan yang dihalalkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala. Jika yang menghalal dan mengharamkan itu adalah manusia biasa maka jelas itu adalah satu kesalahan dan inilah yang sebenarnya dibicarakan oleh ayat 32 surah al-A’raaf di atas. Akan tetapi jika yang menghalal atau mengharamkan itu adalah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam maka jelas itu adalah kebenaran kerana apa yang dihalal atau diharamkan oleh Rasulullah semuanya berpangkal kepada kuasa dan authorityyang diberi oleh Allah Azza waJalla kepada baginda.[1]

 

Page 90: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Percanggahan 6: Siapakah yang memberi syafaat di Hari Akhirat ?

 

[1]               Lebih lanjut lihat M. Quraish Shihab – Fatwa-fatwa Seputar Masalah Ibadah dan Muamalah, ms 64-72.

 

 

Percanggahan Keenam:

Dalam hadis-hadis banyak disebut bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dapat memberi syafaat kepada umatnya di Hari Akhirat nanti. Ini jelas bercanggah dengan ayat-ayat al-Qur’an yang menerangkan bahawa tiada siapa yang dapat memberi syafaat kecuali Allah Subhanahu waTa’ala sahaja. Antaranya ialah ayat berikut:

Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang-orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) tiadalah bagi mereka pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah, supaya mereka bertaqwa. [al-An’aam 6:51]

Penjelasan:

Jika dikaji keseluruhan ayat-ayat al-Qur’an, akan didapati bahawa syafaat yang sebenarnya dinafikan oleh Allah Subhanahu waTa’ala adalah syafaat syirik yang diyakini oleh orang-orang musyrik. Mereka sering berkata bahawa patung-patung dan berhala-berhala yang mereka sembah akan datang di Hari Akhirat nanti sebagai syafaat membela mereka dari azab Allah Subhanahu waTa’ala. Penjelasan ini adalah berdasarkan ayat-ayat berikut:

Dan mereka menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka dan mereka pula berkata: “Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah”. [Yunus 10:18]

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa datangnya), iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut, sambil masing-masing menahan perasaannya itu. (Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya. [al-Ghafir 40:18]

Adapun hadis-hadis yang menerangkan kebolehan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam memberi syafaat kepada umatnya di Hari Akhirat kelak, ia sebenarnya adalah dengan izin Allah Subhanahu waTa’ala. Ketahuilah bahawa Allah Azza waJalla dengan segala sifat Maha Pemurah lagi

Page 91: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Maha Penyayang adakalanya memberi izin kepada beberapa hamba-Nya yang terpilih untuk memberi syafaat di Hari Akhirat kelak sepertimana firman-Nya dalam Ayat Kursi yang selalu kita baca:

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. [al-Baqarah 2:255]

Siapakah yang diizinkan oleh Allah untuk memberi syafaat ? Mereka yang diberikan keizinan antara lain ialah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Oleh itu tiada percanggahan antara hadis-hadis yang menerangkan pemberian syafaat oleh Rasulullah dengan ayat-ayat al-Qur’anul Karim.[1]  

 

Percanggahan 7: Membeza-bezakan antara Rasul dalam berselawat.

[1]               Yusuf Qardhawi – Bagaimana Berinteraksi dengan al-Sunnah, ms 116-121.

 

 

Percanggahan Ketujuh:

Dalam hadis-hadis diajar cara berselawat kepada Rasulullah adalah “sallallahu-alaihi-wasallam” yang bererti “Selawat dan salam ke atasnya” manakala bagi para Nabi dan Rasul selainnya, selawat kepada mereka hanyalah: “Alaihi salam” yang bererti: “Salam ke atasnya”. Perbuatan seperti ini jelas membeza-bezakan antara sesama Rasul dan ia dilarang oleh Allah Subhanahu waTa’ala dalam ayat berikut:

Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya dan mereka pula tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara Rasul-rasul itu, (maka) mereka yang demikian, Allah akan memberi mereka pahala. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [an-Nisaa’ 4:152]

Penjelasan:

Maksudkan membeza-bezakan antara para Rasul di dalam ayat di atas bukanlah dalam sudut ucapan atau doa tetapi adalah dalam sudut keimanan kepada mereka. Perhatikan semula ayat di atas, ia pada asalnya membicarakan sifat orang-orang yang beriman kepada [1] Allah dan [2] Rasul-rasul-Nya. Seterusnya diterangkan bahawa keimanan tersebut ditujukan kepada semua Rasul-rasul Allah tanpa membezakan antara satu sama lain, yakni tidak beriman kepada sesetengah Rasul dan mengingkari sesetengah yang lain. Kita menerima dan mengimani semua Rasul-rasul Allah, termasuk semua para Nabi-Nya juga. Ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam yang

Page 92: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

berbeza dari Rasul-rasul yang lain bukan atas dasar suka-suka sendiri tetapi atas perintah Allah Subhanahu waTa’ala di dalam ayat surah al-Ahzab:

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [al-Ahzab 33:56]

Melebihkan atau mengurangkan pujian atau kedudukan seseorang Nabi atau Rasul adalah hak Allah Subhanahu waTa’ala, sepertimana firman-Nya:

Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikan-Nya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. [al-Baqarah 2:253]

Dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya yang lain. [al-Israa’ 17:55]

Oleh itu tindakan melebihkan ucapan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad adalah tindakan yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala dan ia selari dengan pilihan dan kehendak-Nya.

Demikian tujuh contoh hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang didakwa bercanggah dengan ajaran al-Qur’anul Karim. Sama-sama kita perhatikan bahawa dakwaan ini sebenarnya hanyalah berpunca dari tiga sebab: [1] Tidak sedar akan kuasa dan authorityyang diberi oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada Rasulullah untuk menggubal hukum tersendiri di luar al-Qur’an, [2] Tidak mahir dalam bahasa Arab dan segala kaedah-kaedahnya dan [3] Kefahaman yang cetek terhadap keseluruhan ajaran al-Qur’an.

Sebenarnya jumlah bilangan hadis-hadis yang bercanggah dengan al-Qur’an adalah relatif – ia bergantung kepada ilmu dan penguasaan seseorang dalam bidang ini. Jika yang mengira hadis-hadis yang bercanggah dengan al-Qur’an adalah orang yang jahil, maka sudah tentu jumlah percanggahan adalah sangat banyak. Akan tetapi jika yang mengira adalah orang yang mendalam ilmu pengetahuan lagi luas penguasaannya terhadap keseluruhan ajaran al-Qur’an, maka tidak akan wujud satu hadispun yang bercanggah dengan al-Qur’an.

 

Mendedahkan 10 ragam dan bentuk kesilapan para sarjana Orientalis dalam kajian mereka terhadap hadis-hadis Rasulullah.

 

Bahagian C 

Mendedahkan 10 ragam dan bentuk kesilapan para sarjana Orientalis dalam kajian mereka terhadap hadis-hadis Rasulullah saw.

Page 93: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Orientalis ialah para sarjana Barat yang mengkaji dan menyelidik ilmu-ilmu ketimuran, iaitu segala yang berkaitan dengan bahasa, sejarah, budaya, tamadun dan peradaban negara-negara Timur.[1] Apabila yang dikaji mereka adalah bersangkutan dengan agama Islam, gelaran orientalis disandarkan kepada sarjana-sarjana bukan Islam Barat yang mengkaji dan menyelidik agama Islam.

Antara ilmu-ilmu Islam yang turut menjadi perhatian para orientalis adalah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Minat mereka dalam jurusan ini amat luas, malah dalam beberapa sudut boleh dikatakan bahawa jurusan inilah yang paling diberi perhatian oleh mereka, melebihi jurusan pengkajian al-Qur’an, syari’at, sejarah dan sebagainya. Banyak kajian yang mendalam lagi terperinci dijalankan oleh mereka dan banyak buku-buku, jurnal dan artikel yang mereka tulis. Umumnya hasil kajian mereka menyimpulkan bahawa tidak ada hadis-hadis yang sahih daripada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Hadis-hadis sebenarnya adalah reka-cipta umat Islam dalam kurun kedua dan ketiga hijrah yang mereka sandarkan kepada sebutan dan perbuatan Rasulullah. Pengkajian dan penyemakan isnad pula hanya dapat menapis hadis secara longgar, jauh sekali dari ketepatan yang dikatakan. Malah adakalanya isnad itu sendiri dicipta oleh ahli-ahli hadis untuk membenarkan diri mereka sendiri.

Hasil-hasil pengkajian mereka ini akhirnya sampai ke tangan umat Islam khususnya para pelajar kita yang berada di pusat pengajian tinggi negara-negara Barat, dibaca, dipelajari, diyakini, dipegangi, lalu akhirnya terus disisihkan hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dari syari’at Islam. Keyakinan sementara umat Islam ini terhadap kesimpulan kajian sarjana orientalis bukanlah kerana ia adalah benar lagi tepat, tetapi adalah kerana:

[1] Terperdaya dengan method kajian sarjana orientalis yang kononnya ilmiah dan saintifik. Kaedah ini menurut mereka pasti membuahkan hasil yang benar lagi tepat, tanpa perlu lagi diulang kaji dan disemak semula.

[2] Terpengaruh dengan bahan-bahan rujukan orientalis yang terdiri daripada kitab-kitab klasik Islam sendiri. Justeru apabila para sarjana orientalis merumuskan fahaman dan hujah daripada kitab-kitab Islam sendiri, apa lagi yang dapat diperkatakan kecuali menerimanya sahaja.

[3] Tidak memiliki ilmu yang secukupnya dalam bidang hadis untuk mengukur dan menapis hasil-hasil penemuan para sarjana orientalis.

Sememangnya amat sukar untuk mengelakkan tiga faktor di atas dari membelenggu umat Islam sama ada di masa lalu, masa kini atau masa hadapan. Akan tetapi yang memusykilkan penulis adalah – kenapakah ada di antara umat Islam yang mudah terpengaruh dengan hujah-hujah sarjana orientalis – lebih tepat sarjana Yahudi dan Nasrani - padahal dalam al-Qur’an banyak kali diberi peringatan dan amaran agar tidak mengikut dan menyakini orang-orang sedemikian dalam urusan agama. Sekalipun seseorang itu tidak mengenal dengan baik akan ayat-ayat al-Qur’an yang dimaksudkan, sudah tentu naluri hati (instinct) serta bisikan iman dan taqwanya akan mencegah dirinya daripada menyakini, mahupun membaca hasil-hasil tulisan sarjana-sarjana orientalis mengenai Islam.

Allah Azza waJalla telah beberapa kali memberi peringatan dan amaran dalam al-Qur’an berkaitan hubungan kita dengan orang bukan Islam, khususnya kaum Yahudi dan Nasrani, antaranya:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu. [al-Mumtahanah 60:01]

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada

Page 94: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.[al-Maidah 5:51]

Seterusnya Allah Subhanahu waTa’ala memberi peringatan bahawa orang-orang bukan Islam, khususnya Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali berpuas hati dengan umat Islam dan agama Islam kecuali apabila mereka berjaya menarik umat kepada kekafiran atau ke arah agama mereka sendiri. Firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Merekatidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. [‘Ali Imran 3:118]

Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian). [al-Baqarah 2:217]

Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka). [al-Mumtahanah 60:02]

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran. [al-Baqarah 2:109]

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. [al-Baqarah 2:120]

Lebih memburukkan adalah apabila orang bukan Islam diberi tumpuan manakala orang Islam dibelakangkan:

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah.

Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintah-Nya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahannam. [an-Nisaa’ 4:139-140]

Selain itu Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam pernah berpesan kepada umatnya:

Page 95: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Janganlah bertanya kepada Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) berkenaan apa-apa kerana sesungguhnya mereka tidak akan dapat memberi petunjuk kepada kamu apabila mereka sendiri dalam kesesatan. Jika kamu menerima dari mereka sesuatu, sama ada kamu akan mempercayai apa yang batil atau menolak apa yang hak.[2]

Amaran-amaran serta peringatan-peringatan Allah Subhanahu waTa’ala di atas jelas melarang kita daripada menjadikan orang-orang bukan Islam, khususnya kaum Yahudi dan Nasrani, menjadi teman rapat. Terjemahan teman rapat dalam dua ayat pertama di atas adalah dari perkataan auliya' yang berasal dari kata dasar wali. Ia bererti, sebagaimana konteks ayat, melarang kita dari menjadikan mereka sebagai teman setia, teman seperjuangan, sekutu, rakan perjanjian dan tempat bergantung keyakinan dan pertolongan. Orang-orang bukan Islam tersebut cenderung menarik umat Islam ke arah kekafiran dengan menabur pelbagai benih keraguan dan syak wasangka ke atas dasar-dasar ajaran Islam.

Apabila telah jelas hal ini, maka sudah tentu terlarang bagi kita umat Islam untuk mempercayai dan menyakini sarjana-sarjana orientalis, atau lebih tepat ulama’-ulama’ bukan Islam dalam kajian dan rumusan mereka terhadap ilmu-ilmu Islam. Lebih terlarang adalah mempercayai mereka dan mengenepi ulama’-ulama’ Islam sendiri, seperti menyakini hujah-hujah mereka yang meragui kesahihan hadis dan mengingkari hujah-hujah ulama’ Islam yang membenarkan hadis.

Terdapat dua perkara tambahan yang perlu diterangkan:

Pertama:

Kita tidak menolak pengkajian, penyelidikan dan hujah-hujah ilmiah sarjana orientalis secara mutlak dan menyeluruh. Kita mengalu-alukan sikap rajin, kerja keras dan minat mendalam mereka kepada agama Islam kerana ini merupakan salah satu cara yang memungkinkan mereka menerima Islam. Malah tidak dinafikan juga bahawa kita sendiri adakalanya mempelajari beberapa perkara baru hasil dari penemuan mereka. Sikap kita yang benar dalam hal ini adalah menerima apa yang betul dan menolak apa yang salahsetelah dilakukan semakan dan penetilian semula secara adil dan saksama. Yang ditegah adalah sikap sesetengah kita yang secara gelojoh menerima seratus-peratus hujah sarjana orientalis dan menolak sepenuhnya hujah sarjana Islam tanpa sebarang kajian ilmiah mahupun perbandingan lanjut. Inilah sikap negatif yang perlu diperbetulkan tanpa sebarang kelengahan.

Kedua:

Penghujahan ayat-ayat di atas tidaklah bermakna bahawa Islam melarang umatnya dari berurusan dan berinteraksi dengan orang-orang bukan Islam. Kita hanya dilarang berurusan dalam perkara yang bersangkutan dengan agama, pengecualian ini terkandung dalam salah satu ayat yang dinukil di atas:

Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintah-Nya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahannam. [Maksud surah an-Nisaa’ 4:140]

Perhatikan pengecualian dalam ayat di atas: ......sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain...... . Ayat di atas jelas melarang umat Islam daripada duduk sama, yakni mengikuti dan bersubahat dengan orang-orang bukan Islam jika mereka mempermain-mainkan kitab al-Qur’an – umumnya termasuk mempersendakan agama Islam – kecuali apabila mereka menukar subjek perbincangan kepada selain yang berkaitan dengan al-Qur’an dan agama Islam.

Keterangan di atas diperkuatkan lagi oleh ayat berikut:

Page 96: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [al-Mumtahanah 60:8-9]

Selain dari urusan agama, Islam membebaskan umatnya untuk berurusan, berinteraksi, menerima pakai dan mengambil manfaat dari apa jua hasil tangan orang-orang bukan Islam. Islam tidak menyuruh umatnya untuk membenci kaum yang berlainan agama sehingga berlaku tidak adil kepada mereka, sepertimana tegas Allah Subhanahu waTa’ala:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. [al-Maidah 5:08]

Sekalipun terhadap kaum Yahudi dan Nasrani, Allah Subhanahu waTa’ala menyuruh kita umat Islam untuk berinteraksi dengan mereka dengan cara yang sebaiknya, kecuali apabila mereka membuka langkah menzalimi dan mendahului dengan kekejaman. Firman Allah:

Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka. [al-Ankabut 29:46]

Perbandingan antara ayat-ayat di atas jelas menunjukkan bahawa larangan Islam terhadap orang-orang bukan Islam bukanlah mutlak dalam semua urusan tetapi hanya kepada apa yang berkaitan dengan urusan agama. Perkara ini juga dapat dilihat dalam hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang disebut sebelum ini: Janganlah bertanya kepada Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) berkenaan apa-apa kerana sesungguhnya mereka tidak akan dapat memberi petunjuk kepada kamu apabila mereka sendiri dalam kesesatan. Jika kamu menerima dari mereka sesuatu, sama ada kamu akan mempercayai apa yang batil atau menolak apa yang hak. Perkataan petunjuk dankesesatan yang digunakan oleh Rasulullah dalam hadisnya ini jelas menunjukkan bahawa yang dimaksudkan beliau adalah dalam urusan agama sahaja, bukan selain itu. Sebelum ini juga telah dinukil hadis baginda (lihat Bhg A, Hujah ke-20) yang menganjurkan umat Islam mencari dan memanfaatkan ilmu dari mana sahaja mereka memperolehinya termasuk dari orang-orang bukan Islam: Kalimah al-Hikmah ialah barangan orang Islam yang hilang, di mana sahaja kamu menjumpainya kamu kamulah yang lebih berhak terhadapnya.

Seterusnya marilah kita melihat ragam dan pola kajian para sarjana orientalis terhadap hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Marilah kita melihat setakat manakah kebenaran kajian “ilmiah” dan “saintifik” mereka terhadap kitab-kitab klasik Islam.

Kajian kita akan ditumpukan kepada tiga sarjana besar hadis orientalis: Ignaz Goldziher (1921M), Joseph Schacth (1969M) dan G.H.A Juynboll. Method pengkajian penulis adalah dengan menggariskan dasar bentuk kesilapan dan disusuli dengan contohnya. Pengutaraan satu contoh hanyalah sebagai bukti sokongan, ia tidak bererti kesilapan tersebut dilakukan oleh mereka sekali sahaja.

 

Page 97: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Pertama: Salah rujukan kitab.

 

[1]               Lebih lanjut lihat buku Orientalisme: Kesan Pemikirannya terhadap Tamadun Islam oleh Mahmud Hamdi Zaqzuq.

[2]                Hasan: Sebahagian dari satu hadis yang panjang dengan 3 jalan periwayatan:

[1]           Dari Jabir bin Abdullah radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnad – no: 14565; Abu Ya’la dalam Musnad – no: 2132 dan secara ringkas oleh al-Baihaqi dalamSunan al-Kubra – no: 2238; semuanya melalui jalan Mujalid bin Said dan adalah beliau seorang yang sangat daif. Lihat ad-Dhu’afa’ wa al-Matrukin Ibnu Jawzi – perawi no: 2851.

[2]           Dari Jabir bin Abdullah radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh al-Bazzar melalui jalan Jabir al-Ja’afi dan adalah beliau seorang yang lemah lagi dituduh pendusta. Lihat Majma az-Zawaaid al-Haithami, jld 1, ms 174, no: 807 & 809.

[3]           Dari Abdullah ibnu Mas’ud radiallahu-anhu dikeluarkan oleh ath-Thabarani dalamMu’jam al-Kabir, jld 9, ms 354, no: 9759, dari Abdullah ibnu Mas’ud radiallahu-anhu dengan lafaz yang sedikit berbeza, iaitu: Janganlah bertanya kepada Ahli Kitab berkenaan apa-apa kerana sesungguhnya mereka tidak akan dapat memberi petunjuk kepada kamu apabila mereka sendiri dalam kesesatan. Seandainya mereka menceritakan kamu sesuatu yang (mereka katakan) benar maka dustailah mereka atau (seandainya mereka menceritakan kamu sesuatu yang mereka kata) adalah batil maka benarkanlah mereka. Dalam isnadnya terdapat ‘Amru bin Marzuq, beliau diperselisihkan. Lebih lanjut lihat Dhu’afa’ al-Uqaili – perawi no: 1294, al-Mizan al-Iktidal – perawi no: 6451 dan al-Mughni fi ad-Dhu’afa’ – perawi no: 4708. Juga Majma az-Zawaaid al-Haithami, no: 923.

                Penulis berkata, jalan periwayatan no: 1 & 3 adalah lemah tetapi ia saling menguat antara satu sama lain. Malah maksud hadis ini juga dibenarkan oleh ayat-ayat al-Qur’an yang menerangkan sikap orang-orang Yahudi dan Nasrani yang sentiasa ingin memperdayakan umat Islam dan menjauhkan mereka dari hidayah yang sebenar. Maka atas dasar adanya sokongan-sokongan ini, penulis menilai hadis ini sebagai hasan li-ghairihi.

 

          

Pertama: Salah rujukan kitab.

Kedua: Penyelidikan sumber rujukan yang tidak menyeluruh.

Analisa berikut akan menyentuh dua ragam orientalis sekaligus, pertama adalah salah rujukan kitab dan kedua adalah penyelidikan sumber rujukan yang tidak menyeluruh.

Ignaz Goldziher dalam bukunya Muslim Studies telah meragui sama ada Imam Malik bin Anas (179H) telah benar-benar menulis secara lengkap kitab al-Muwattha’ sebelum kematiannya kerana

Page 98: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

menurut analisa beliau, beberapa edisi awal kitab tersebut telah menunjukkan perbezaan yang ketara antara satu sama lain. Beliau menulis: Considering the accounts available about the different versions of the Muwattha’ and on the other hand comparing the two versions, the full text of which are stil extant, the belief that Malik b. Anas made a fixed text, whether orally or by munawala (penyampaian secara lisan-P) the object of transmission,  is severely shaken . In that case two versions of the same book could not really be so completely different.[1]

Hasil penemuan Goldziher di atas tidaklah memeranjatkan kerana beliau telah membanding antara dua kitab yang saling berlainan, atau lebih tepat – salah rujukan kitab. Bagi merumuskan hujah di atas, Goldziher telah menganalisa dan membanding antara 2 edisi Muwattha’, iaitu antara edisi Muwattha’ Imam Malik salinan Yahya bin Yahya al-Masmudi (234H) dengan Muwattha’ Imam Malik salinan Muhammad al-Hasan as-Shaibani (189H).[2]

Yahya bin Yahya dan Muhamad as-Shaibani adalah dua orang anak murid Imam Malik yang telah mempelajari dan menyalin kitab al-Muwattha’ Imam Malik. Naskah salinan Yahya bin Yahya kekal sehingga hari ini manakala naskah as-Shaibani telah mengalami beberapa tambahan. Ini adalah kerana as-Shaibani, selepas beliau duduk belajar bersama Imam Malik selama 3 tahun, telah berhijrah ke Kufah untuk belajar bersama Imam Abu Hanifah (150H) pula. Dalam penghijrahannya itu dan ketika duduk di Kufah, beliau telah menemui beberapa lagi hadis-hadis Rasulullah, kata-kata sahabat dan hujah tabiin lalu turut dicatitnya dalam naskah yang asalnya mengandungi salinan Muwattha’ Imam Malik. Atas dasar tambahan-tambahan ini, kitab as-Shaibani tersebut tidak lagi dikenali di kalangan ilmuan Islam sebagai Muwattha’ Imam Malik tetapi sebagai Muwattha’ as-Shaibani. Kitab ini juga sering dijadikan rujukan oleh ilmuan Islam bagi mengkaji hadis-hadis yang berasal dari Kufah dan mengenal hujah-hujah Imam Abu Hanifah, jauh sebagai mengenal hujah-hujah Imam Malik.

Ignaz Goldziher sebenarnya tahu bahawa terdapat 15 anak murid Imam Malik yang menyalin dan menyimpan naskah Muwattha’ yang asal[3], tolak as-Shaibani – maka tinggal 14. Dari 14 salinan, 8 masih wujud sehingga masa kini, sama ada sebahagian atau sepenuhnya, sama ada dalam bentuk manuskript atau bercetak.[4] Kenapakah Goldziher hanya membanding dengan edisi as-Shaibani lalu terburu-buru membuat rumusan tanpa terlebih dahulu membanding dengan edisi lain ? Lebih dari itu Goldziher sendiri mengenal baik akan jalan hidup as-Shaibani yang dipenuhi dengan aktiviti penghijrahan ilmiah, maka kenapa tidak diketahui pula bahawa as-Shaibani sedia mencatit pelbagai tambahan dalam naskah asal Muwattha’ Imam Malik yang disalinnya sehingga akhirnya menjadilah ia satu kitab yang berasingan ?

Demikian dua ragam kajian yang sangat masyhur di kalangan sarjana hadis orientalis, iaitu [1] kitab yang dijadikan perbandingan adalah kitab yang salah dan [2] rumusan dilakukan tanpa merujuk kepada pelbagai kitab-kitab lain yang sedia ada, yakni penyelidikan sumber rujukan yang tidak menyeluruh.

 

Ketiga: Penyelidikan yang tidak menyeluruh terhadap sesebuah kitab.

[1]               Muslim Studies, vol 2, pg 204-205. Teks yang digaris adalah dari penulis sendiri bagi menarik perhatian pembaca.

[2]               Muslim Studies, vol 2, pg 207-209.

[3]               Muslim Studies, vol 2, pg 205, fn 4.

Page 99: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

[4]               Lihat kajian Yasin Dutton – The Origins of Islamic Law, pg 22 dan seterusnya.Dalam buku ini Dutton telah menjawab perlbagai dakwaan orientalis terhadap kitabMuwattha’  Malik, penjelasan penulis di atas adalah ringkasan dari salah satu tanggapan beliau dalam buku tersebut.

 

Ketiga: Penyelidikan yang tidak menyeluruh terhadap sesebuah kitab.

Jika sebelum ini kita telah melihat contoh penyelidikan sumber rujukan yang tidak menyeluruh, maka kini kita akan lihat pula salah satu dari sekian banyak contoh penyelidikan yang tidak menyeluruh terhadap sesebuah kitab. Dalam erti kata lain, kesimpulan dibuat tanpa mengkaji keseluruhan kitab dari muka ke muka, atau dalam bahasa mudah: baca tak habis !.

G.H.A. Juynboll dalam artikelnya Some New Ideas on The Development of Sunna as a Technical Term in Early Islam[1] telah merujuk kepada kitab tafsir Ibnu Jarir at-Tabari (310H) – Jamii al-Bayan an Takwil ay al-Qur’an - bagi mengkaji siapakah di kalangan generasi tabiin yang berpendapat perkataan al-Hikmah di dalam al-Qur’an memiliki maksudsunnah Nabi sallallahu-alaihi-wasallam. Beliau menulis: Tabari mentioned only Qatada (d. 118/736) who identified hikma with as-sunna (but we will see below what Qatada meant by that). Other early authorities in Tabari’s tafsir suggested that it conveyed “knowledge of and insight into religion” (al-ma’rifah bi ‘d-din wa ‘l-fiqh fi d’-din) or similar expressions. Not even Tabari himself, who died more than a century after Shafi’i in 310/923, mentioned here sunnat an-nabi as the interpretation of hikma, though in another context he did without basing himself on earlier authorities, as was otherwise his custom. [2]

Rujukan kembali kepada kitab tafsir Jamii al-Bayan di atas menunjukkan bahawa at-Tabari juga telah meriwayatkan dengan isnad yang lengkap tafsiran al-Hikmah sebagai mewakili maksud sunnah Nabi dari beberapa tabiin selain Qatadah, antaranya ialah Ibnu Juraij (150H)[3] dan Ibnu Zaid (182H), yang telah berkata: (al-Hikmah ialah) bahagian agama yang tidak mereka ketahui kecuali dengan Nabi sallallahu-alaihi-wasallam, beliau mengajar mereka tentangnya.[4] Apa yang diajar oleh Rasulullah, itulah yang dikenali sebagai sunnah.

Rumusan Juynboll bahawa at-Tabari sendiri tidak menafsirkan perkataan al-Hikmahsebagai sunnah Nabi adalah juga tidak benar, kerena rujukan semula ke dalam kitab Jamii’ al-Bayan mendapati at-Tabari menulis: al-Hikmah ialah as-Sunnah, iaitu yang ditetapkan Allah (segala pujian baginya) kepada sekalian mukminin atas lisan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, juga segala keterangan beliau kepada mereka.[5] Sementara dalam satu bahagian lain at-Tabari menulis: al-Hikmah ialah dengan hikmah, iaitu as-Sunnah. Setelah itu at-Tabari mengemukakan beberapa riwayat dari Ibnu Zaid dan Qatadah yang beliau jadikan sandaran.[6]

Seterusnya Juynboll dalam artikelnya yang sama mengemukakan beberapa pendapat lain tentang perkataan al-Hikmah yang ditafsirkan kepada maksud selain sunnah Nabi.Perbezaan tafsir ini adalah kerana – sebagaimana terang Ibnu Qayyim (757H)[7] – terdapat dua ragam dan pola susunan perkataan al-Hikmah dalam al-Qur’an. Ragam pertama adalah apabila perkataan al-Hikmah berdiri dengan sendirinya. Ia memiliki beberapa erti seperti sifat-sifat kenabian (nubuwah), kebijaksanaan dan syari’at agama, setiapnya bergantung kepada konteks perbincangan ayat. Ragam kedua adalah apabila perkataan al-Hikmahdigandingkan dengan al-Kitab, iaitu al-Kitab dan al-Hikmah. Dalam ragam kedua ini, perkataan al-Hikmah bererti segala sumber syari’at, ilmu dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci (al-Kitab). Ini sepertimana yang telah penulis sebelum ini (lihat tugas ke-7 dalam bab 10 Tugas dan Tanggung-Jawab Rasulullah)

 

Keempat: Salah rujukan pengarang kitab.

Page 100: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

 

[1]                 Dibukukan dalam Studies on The Origins and Uses of Islamic Hadis, pg 97-118.

[2]               Studies on The Origins and Uses of Islamic Hadis, pg 106-107.

[3]               Jamii al-Bayan an Takwil ay al-Qur’an, jld 3,bhg 1, ms 373,  no: 5575.(Tafsir ayat 3:48).

[4]               Jamii al-Bayan, jld 1, ms 775, no: 1716. (Tafsir ayat 2:129)

[5]               Jamii al-Bayan, jld 3, bhg 2, ms 217. (Tafsir ayat 3:164).

[6]               Jamii al-Bayan, jld 14, bhg 1, ms 120. (Tafsir ayat 62:02).

[7]               Madarij as-Salikin, ms 330-331. Lihat juga Muhammad Uwais an-Nadwy –Tafsir Ibnu Qayyim: Tafsir Ayat-ayat Pilihan, ms 263-264.

 

Keempat: Salah rujukan pengarang kitab.

Ignaz Goldziher dalam bukunya History of Classical Arabic Literature, halaman 31[1]  menerangkan bahawa di zaman pemerintah Dinasti Umayyah, tidak ada hadis-hadis yang menyentuh hukum-hukum Islam, tetapi hanya sekadar yang berkaitan dengan akhlak, zuhud, akhirat dan politik. Dari penemuan ini Goldziher cuba mengisyaratkan bahawa hadis-hadis hukum tidak wujud di kurun pertama Islam.

Akan tetapi sayang sekali rumusan di atas dibuat oleh Golziher berdasarkan bukuKitab az-Zuhud karangan Asad bin Musa yang hidup di zaman Dinasti Abasiyyah. Beliau lahir pada tahun 132H dan meninggal pada tahun 212H. Kita tidak menolak kebolehan merujuk kepada kitab-kitab yang dihasilkan selepas zaman subjek yang ditulis, tetapi apabila rujukan digunakan untuk membuat tuduhan dan kritikan, maka adalah amat tidak tepat lagi tidak adil untuk merujuk kepada hasil kajian yang ditulis selepas zaman subjek yang dikritik. Apatah lagi sedia diketahui bahawa antara para pendukung Umayyah dan Abasiyyah sedia wujud konflik politik dan keinginan merampas kuasa. Maka adalah tidak menghairankan apabila hasil karya penulis di zaman Abasiyyah mengenai zaman Umayyah tidak mengandungi sebarang kebaikan kecuali yang negatif dan buruk.

Arus sebegini adalah satu kebiasaan di kalangan rujukan-rujukan yang dipilih oleh kalangan sarjana orientalis. Mereka cenderung memilih rujukan daripada penulis yang sedia diketahui berkonflik dengan subjek yang ia tulis. Tidak diketahui sama ada tindakan ini disengajakan oleh mereka atau tidak, tetapi yang pasti ia sering berlaku. Antara contoh lain ialah merujuk hasil karya penulis Syiah di zaman Umayyah padahal sedia diketahui wujudnya beberapa konflik antara kaum Syiah dan sebahagian pemimpin Umayyah di ketika itu. Oleh itu pasti sahaja ia mengandungi pelbagai kritikan negatif terhadap pola pimpinan Umayyah – khususnya kegiatan ilmiah dan agama di ketika itu. Tidak dikatakan bahawa semua penulis Syiah bersikap demikian - bahkan mungkin segelintir sahaja - tetapi bukankah merupakan satu penyelewengan ilmiah untuk membuat kajian di zaman Umayyah tanpa merujuk kepada sumber-sumber penulisan Umayyah itu sendiri ?  

Page 101: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

 

Kelima: Menafikan kebenaran kitab.

 

[1]               Dinukil dari buku Mustafa Azami - Hadis Nabawi dan Sejarah Kodifikasinya, ms 93

 

Kelima: Menafikan kebenaran kitab.

Telah dinyatakan sebelum ini akan sikap sarjana-sarjana hadis orientalis yang cenderung memilih sumber rujukan dan kitab dari para penulis yang sedia berkonflik dengan subjek yang ditulisnya, maka berikut akan ditunjukkan pula sikap mereka yang menafikan kebenaran sesebuah kitab - apabila kitab tersebut menentang arus kajian mereka.

Juynboll dalam bukunya Muslim Tradition[1] telah menganalisa beberapa kajian yang dilakukan oleh beberapa sarjana terhadap manuskript-manuskript awal tulisan hadis, termasuk dari kalangan orientalis, lalu menulis:

Sezgin’s epochal work presents a new approach. Where Goldziher’s and Schacht’s findings amounted virtually to denying the ascription of the bulk of hadis literature to its alleged originators (the prophet, his Companions, or even later authorities) as authentic, Sezgin appears to be a great deal less sceptical. His main thesis that the writing down of hadis as well as other material started almost immediately after the death of the prophet and continued virtually uninterrupted during the first three centuries of Islamic history, and this on an increasing and ever more sophisticated scale, has raised little doubt as far as I know. And Azmi, in his study referred to above, arrived quite independently at more or less the same conclusion. But unearthing and cataloguing material, as Segzin has done, is something altogether different from establishing its authenticity.

By that I mean establishing whether the material ascribed to certain early authorities is in actual fact, theirs or whether it originated with later authorities who, for variety of reasons, wanted it to appear older and, therefore, projected it back artificially onto older and thus more awe-inspiring authorities. Apart from a few isolated cases in which Segzin questions the authenticity of certain texts, he presents the bulk of them as if he has no qualms as to their genuineness. Something which always struck me in work of Sezgin, Azmi, and also in that of Abbott – to which I shall turn in a moment – is that they do not seem do realize that, even if a manuscript or a papyrus is unearthed with an allegedly ancient text, this text could very easily have been forged by an authority who lived at a time later than supposedly older authority given in its isnad.

Fu’ad Sezgin, Nadia Abbott dan Mustafa Azami adalah 3 orang sarjana yang telah mengkaji dan menyelidik sejarah penulis hadis dari sumber-sumber manuskript dan palpa dan berjaya membuktikan bahawa penulisan hadis-hadis telah bermula sejak dari saat-saat awal kewafatan Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan ianya berterusan dan makin berkembang tanpa sebarang halangan atau perhentian. Akan tetapi Juynboll meragui hasil penemuan mereka atas alasan bahawa kononnya manuskript-manuskript dan palpa-palpa tersebut kemungkinan besar telah ditulis oleh pihak di masa terkemudian lalu disandarkan kepada zaman selepas kewafatan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

Page 102: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Kita berasa aneh bagaimana seorang sarjana seperti Juynboll boleh membuat kesimpulan yang sebegitu rendah nilainya. Kita mungkin dapat menerima dan membuka semula hasil kajian seandainya kesimpulan yang dikemukakan oleh Juynboll adalah hasil dari kajian dan penyelidikan semula beliau ke atas manuskript-manuskript dan palpa-palpa tersebut. Tetapi nampaknya Juynboll hanya membuat andaian - atau lebih tepat tuduhan - tanpa sebarang penyelidikan atau kajian. Jika Juynboll mahu kita menerima kesimpulannya tersebut, maka apakah yang menghalang kita dari membuat  kesimpulan bahawa bukuMuslim Tradition tersebut asalnya adalah esei-esei sejarah Islam yang ditulis oleh beberapa orang penuntut tahun pertama sebuah kolej pengajian tinggi, lalu ia ditemui oleh Juynboll dan terus dihimpun, diedit, dibuku dan diterbitkan di bawah namanya sendiri ?

 

Keenam: Kesalahan terjemahan teks  Arab.

[1]               Muslim Tradition: Studies in Chronology, Provenance and Authorship of Early Hadis, pg 4.

 

Keenam: Salah menterjemahan teks Arab.

Antara kelaziman para sarjana orientalis adalah keliru dan tersilap dalam menterjemah teks-teks Arab yang mereka rujuk. Hal ini memang sukar dielakkan kerana teks Arab klasik adalah jauh berbeza dengan teks Arab masa kini. Oleh itu seseorang yang boleh membaca akhbar Arab masa kini tidak semestinya dapat membaca dan menguasai penuh kitab-kitab klasik yang dirujukinya. Malah kita juga dapati orang-orang Arab sendiri mendalami bidang bahasa Arab sehingga ke tahap ijazah atau kedoktoran sebelum dapat menguasai sepenuhnya kitab-kitab Arab klasik. Bernard G. Weiss, dalam pendahuluan bukunya yang berjudul The Search for God’s Law[1] telah menulis: It is the result of years of grappling with difficult Arabic text ......... How can one express in English the ideas of a medieval author who wrote in a very specialized kind of classical Arabic ? Obviously, the lexical repertoire available to me is vastly different from that employed by Amidi.

Justeru sememangnya adalah satu kelaziman berlakunya kesilapan dan kekeliruan terjemahan dan tafsiran teks Arab dalam hasil kajian orientalis terhadap sumber-sumber klasik Islam. Malah kadang-kadang kesilapan mereka adalah terhadap sesuatu perkataan yang amat mudah. Joseph Schacht umpamanya, tidak dapat membezakan antara perkataansunnah dengan sunat !

Ketika cuba membuktikan bahawa umat di kurun kedua hijrah telah melaksanakan hukum-hukum dan ibadah secara sendiri-sendiri tanpa merujuk kepada sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, Joseph Schacht telah menganalisa kata-kata Ali bin Abi Talib ini:

Solatlah sempena Hari ‘Aid (Hari Raya-P) di masjid 4 rakaat: dua rakaat sunat dan dua rakaat kerana tidak dilakukan di luar masjid [2]……. lalu terus dirumuskan bahawa mendirikan solat dua rakaat sempena Hari Raya adalah satu sunnah kebiasaan umat Islam di Iraq tanpa disandarkan kepada hadis atau riwayat Rasulullah.[3] Padahal yang dimaksudkan oleh Ali dalam kenyataan di atas adalah solat sunat dua rakaat sempena Hari Raya, sama ada Hari Raya Aidil Fitri atau Hari Raya Aidil ‘Adha. Sunat di sini adalah salah satu dari hukum Islam yang lima: wajib, haram, sunat, makruh dan harus,  dan ia bermaksud solat dua rakaat Hari Raya adalah tidak wajib hukumnya. Ia tidak bermaksudsunnah dalam ertikata percakapan dan perbuatan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam atausunnah dalam ertikata kebiasaan perbuatan sesebuah komuniti.

Page 103: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Tambahan dua rakaat yang dimaksudkan oleh Ali radiallahu-anhu ialah solat sunat mutlak yang biasa dikerjakan oleh para sahabat sejak zaman Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam di masjid sebelum atau selepas mereka mendirikan solat sunat Hari Raya di padang. Di kalangan sahabat ada yang mengerjakan sebelum dan selepas, ada yang sebelum sahaja, ada yang selepas sahaja dan ada yang tidak langsung. Pelaksanaan solat ini adalah bebas mengikut kecenderungan masing-masing.[4]

Perkara kedua adalah – tidak perlu timbul sama ada perlaksanaan solat Hari Raya adalah berdasarkan hadis atau tidak, kerana ia sejak dari awal telah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam 2 kali setahun, dan setiapnya disertai ratusan umat lelaki dan perempuan, tua dan muda. Justeru ia adalah satu perkara yang sangat dikenali oleh semua lapisan umat sehingga ke hari ini. Hanya Schacht yang tidak mengetahuinya, lalu dia menuduh ia adalah satu kebiasaan komuniti Iraq sahaja !

Sengaja atau tidak sengaja, kesilapan di atas bersama kesimpulan hujah yang mengikutinya cukup untuk meragukan kita terhadap pelbagai lagi rumusan yang dikemukakan oleh Schacht dan mana-mana rakan seperjuangannya yang lain. Apatah lagi di dalam buku mereka masing-masing, teks Arab yang sebenar tidak dikemukakan, hanya terjemahan yang mereka lakukan sendiri dan kesimpulan dari hasil terjemahan tersebut.  

 

Ketujuh: Menganggap sesesuatu yang tidak diketahui sebagai tidak wujud.

[1]               The Search of God’s Law: Islamic Jurisprudence in The Writings of Sayf al-Din al-Amidi, pg xix (bhg muqaddimah).

[2]                 Muhammad bin Idris as-Shafi’i – al-Umm, jld 7, ms 167.

[3]               The Origins of Muhammadan Jurisprudence, pg 73.

[4]               Lihat al-Umm, jld 1, ms 234 dan seterusnya, Bab Solat Sebelum Solat Hari Raya dan Sesudahnya.

 

Ketujuh: Menganggap sesesuatu yang tidak diketahui sebagai tidak wujud.

Kelapan: Menuduh umat Islam mencipta hadis tanpa bukti.

Apabila seorang tokoh di zaman awal tidak mengetahui satu hadis, lalu hadis itu diketahui pula oleh seorang tokoh lain di zaman yang kemudian, maka tokoh yang mengetahui itu dianggap telah mencipta sendiri hadis tersebut. Kerana apabila tokoh yang awal itu tidak mengetahuinya, ia membuktikan bahawa hadis tersebut pada awalnya memang tidak wujud kecuali ia dicipta oleh tokoh yang terkemudian itu.

Demikian juga, apabila seorang tokoh tidak mengetahui satu hadis di lokasinya lalu hadis tersebut diketahui pula oleh tokoh lain di lokasi lain, tokoh yang mengetahui hadis itu dianggap telah mencipta sendiri hadis tersebut.

Page 104: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Demikian rumusan ilmiah sarjana-sarjana hadis orientalis. Mari kita lihat satu contoh dari Schacht. Beliau menulis: The best of proving that a tradition did not exist at a certain time is to show that it was not used as a legal argument in a discussion which would have made reference to it imperative , if it had existed.

The evidence collected in the present chapter has been choosen with particular regard to this last point, and in a number of cases one or the other of the opponents himself states that he has no evidence other than that qouted by him, which does not include the tradition in question.

This kind of conclusion ‘e silentio’ is furthermore made safe by Tr.VIII, ii, where Shaibani says: “(This is so) unless the Medinese can produce a tradition in support of their doctrine, but they have none, or they would have produce it.” We may safely assume that the legal traditions with which we are concerned were quoted as arguments by those whose doctrine they were intended to support, as soon as they were put into circulation.[1]

Bagi membuktikan teori di atas, Schacht mengemukakan beberapa contoh, salah satu darinya adalah: Traditions originating between ‘Ata dan Shafi’i: Tr. I, 181:[2] Abu Yusuf refers to and follows the opinion of ‘Ata which he heard personally from Hajjaj b Artat. It is likely that this opinion goes back not even to ‘Ata himself but only to Hajjaj. But in Shafi’i’s time, it was expressed in a tradition from the Prophet.[3]

Yang dimaksudkan oleh Schacht adalah mengenai kedudukan rumput di Tanah Haram Makkah al-Mukarramah, apakah hukumnya bagi binatang yang meragutnya (memakannya) dan bagi manusia yang mencabutnya. Beliau merujuk kepada perbincangan yang dinukil oleh as-Shafi’i dalam kitab al-Umm:

Dan berkata Abu Yusuf rahimahullah, aku bertanya kepada Abu Hanifah radiallahu-Ta’ala-anhu

tentang hukum rumput al-Haram. Maka berkata beliau: Aku tidak menyukai jika dibiarkan binatang

meragut apa-apa rumput al-Haram atau memotongnya. Berkata (Abu Yusuf), dan aku bertanya Ibnu

Abi Laila tentang perkara yang sama. Maka dia berkata: Tidak mengapa jika dipotong rumput al-

Haram dan diragut darinya oleh binatang. Berkata (Abu Yusuf), dan aku bertanya al-Hajjaj bin Artat

maka dia mengkhabarkan aku bahawa dia telah bertanya Atha’ bin Abi Rabah lalu beliau menjawab:

Tidak mengapa jika diragut rumput (al-Haram) oleh binatang akan tetapi tidak disukai jika dipotong

dan (berkata as-Shafi’i) inilah pendapat yang diambilnya (oleh Abu Yusuf).[4]

Dalam kes di atas Abu Yusuf (182H) lebih cenderung kepada pendapat seorang tabiin terkenal

bernama Atha’ bin Abi Rabah (115H) yang didengarnya dari Hajjaj bin Artat (145H). Ini adalah satu

contoh di mana Abu Yusuf merujuk kepada pendapat tabiin dan tabiin muda kerana di saat itu Abu

Yusuf tidak mengetahui sebarang hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang berkaitan dengan

Page 105: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

subjek tersebut. Namun pendapat Atha’ atau pendapat Hajjaj tersebut akhirnya wujud di zaman as-

Shafi’i (204H) dalam bentuk hadis Rasulullah.

Inilah yang menyebabkan Schacht memandang perbincangan di atas dari sudut yang berlainan. Baginya, hukum meragut dan memotong rumput asalnya hanya merupakan pendapat tokoh-tokoh sekitar awal hingga pertengahan kurun kedua hijrah kerana dari perbincangan Abu Yusuf di atas, tidak ada hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang disebut kecuali pendapat tabiin dan tabiin muda. Namun akhirnya pendapat tersebut telah disandarkan kepada sabda Rasulullah dan menjadilah ia hadis Rasulullah di zaman Shafi’i. Justeru Schacht berkata, hadis ini dicipta antara zaman Atha’ dan Shafi’i. Schacht juga berkata, kes seperti ini membuktikan bahawa hadis Rasulullah sengaja direkacipta untuk membenarkan sesuatu hukum dan pendapat.

Pendapat Schacht kita tolak kerana apabila seseorang tokoh tidak mengetahui tentang sesuatu hadis ia tidaklah bererti bahawa hadis tersebut tidak wujud, hanya tokoh itu yang belum menemuinya. Sebagaimana yang kita tahu, tidak semua sahabat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, radiallahu-anhum, yang mengetahui hadis-hadis Rasulullah secara menyeluruh kerana mereka saling sibuk dengan aktiviti jihad, tugas dakwah dan kerja masing-masing. Tidak semua sahabat yang dapat menghadiri majlis ilmu Rasulullah secara serentak setiap kali. Maka ada sebahagian sahabat yang mengetahui sebahagian hadis dan ada sebahagian sahabat yang mengetahui sebahagian hadis yang lain. Setelah wafatnya Rasulullah, para sahabat bertebaran ke seluruh dunia Islam yang ketika itu telah meluas ke seluruh Jazirah Arab dan kawasan sekitarnya. Masing-masing sahabat mengajar dan menyampaikan hadis yang mereka ketahui sahaja. Kegiatan ilmiah seperti ini tidak dapat dielakkan kerana di ketika itu tidak ada teknologi canggih seperti telefon, radio, tv, telex, faks, internet dan telekonferen untuk mereka saling bertukar dan menghimpun hadis. Jurang perbezaan hadis hanya dapat dirapatkan di pertengahan kurun kedua hijrah apabila wujudnya tokoh-tokoh yang berhijrah ke seluruh Jazirah Arab dan kawasan sekitarnya untuk mencari dan mengumpul hadis.

Oleh itu apabila seseorang tokoh di satu tempat tidak mengetahui sesuatu hadis, ia tidak bererti hadis tersebut tidak wujud tetapi kerana dia masih belum menemuinya. Kehadiran hadis tersebut di masa terkemudian adalah sesuatu yang memang dijangkakan selari dengan bertambah giatnya aktiviti mencari dan membukukan hadis. Rujukan seseorang hanya akan lengkap apabila dia dapat menghimpun semua kumpulan hadis dan menelaahnya. Ini sudah tentu agak sukar di zaman pertengahan kurun kedua hijrah tetapi tidak di kurun ketiga hijrah dan seterusnya.

Muhammad bin Idris as-Shafi’i telah menerangkan: Kita tidak mengetahui sesiapa yang memiliki ilmu yang merangkumi semua sunnah kecuali tertinggal sebahagian darinya. Keseluruhan sunnah hanya dapat diketahui apabila semua ilmu-ilmu ini dikumpulkan dari semua tokoh-tokohnya. Namun jika ilmu dari setiap tokoh diambil secara berasingan, kekurangan akan ditemui di bahagian-bahagian tertentu dan kekurangan ini dapat ditemui kembali dengan merujuk kepada tokoh lain.[5]

Kembali kepada hujah Schacht di atas, sukar untuk diterima bahawa beliau tidak mengetahui selok-belok sejarah perkembangan dan pengumpulan hadis di zaman awal Islam. Schacht nampaknya lebih cenderung berhujah atas teori sendiri bahawa sesuatu hadis yang tidak diketahui seseorang sebenarnya memang tidak wujud. Schacht juga mudah menuduh umat Islam mencipta hadis tanpa sebarang bukti melainkan tekaan sahaja.

Tanpa ketinggalan, hujah Schacht di atas sedia memiliki beberapa kelemahan, iaitu:

Page 106: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Pertama:

Schacht mengatakan pendapat berkenaan hukum meragut dan memotong rumput di Tanah Haram Makkah hanya wujud di zaman Shafi’i dalam bentuk hadis Rasulullah, yakni antara tahun 150H sehingga 204H. Nampaknya rujukan Schacht tidak merangkumi dua kitab berikut yang sedia memiliki hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam berkaitan hukum rumput di Tanah Haram Makkah:

[1] Sirah Ibnu Ishaq (151H), jld 3, ms 415-416.

[2] Musnad Rabi’ bin Habib (160H), ms 105[6]

 

Kedua:

Dalam bukunya yang sama: The Origins of Muhammadan Jurisprudence, mukasurat 250, Schacht berkata bahawa Hajjaj bin Artat disyaki mencipta hadis dan menyebarkannya. Jika ini sedia diketahui Schacht, maka kenapakah digunakan hujah yang berasal dari Hajjaj bin Artat di atas ? Adakah Schacht terlalu tertekan untuk mencari hujah sehingga terpaksa merujuk kepada seorang pendusta ? Dan jika benar Hajjaj mencipta hadis sendiri, kenapa dia tidak mencipta hadis mengenai hukum meragut dan memotong rumput di Tanah Haram Makkah ?  

 

Kesembilan: Merumus dari sebahagian kecil teks, jauh dari maksud yang asal.

[1]               The Origins of Muhammadan Jurisprudence, pg 140-141.

[2]               Ini adalah kod rujukan kitab yang digunakan oleh Schacht.

[3]               The Origins of Muhammadan Jurisprudence, pg 142.

[4]               al-Umm, jld 7, ms 146.

[5]               al-Risalah fi Usul al-Fiqh – Treatise on The Foundation of Islamic Jurisprudence, pg 89.

[6]               Dirujuk dari On Schacht’s Origins of Muhammadan Jurisprudence, pg 133 oleh Azami.

 

Kesembilan: Merumus dari sebahagian kecil teks, jauh dari maksud asal yang sebenar.

Page 107: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Ini adalah antara ragam yang masyhur di kalangan sarjana hadis orientalis: menukil, menterjemah dan membuat rumusan dari sebahagian kecil teks, sedangkan rumusan tersebut sangat jauh dari maksud keseluruhan teks yang asal. Satu contoh ialah dari tulisan Schacht sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini: The best of proving that a tradition did not exist at a certain time is to show that it was not used as a legal argument in a discussion which would have made reference to it imperative , if it had existed.

The evidence collected in the present chapter has been choosen with particular regard to this last point, and in a number of cases one or the other of the opponents himself states that he has no evidence other than that qouted by him, which does not include the tradition in question.

This kind of conclusion ‘e silentio’ is furthermore made safe by Tr.VIII, ii, where Shaibani says: “(This is so) unless the Medinese can produce a tradition in support of their doctrine, but they have none, or they would have produce it.” We may safely assume that the legal traditions with which we are concerned were quoted as arguments by those whose doctrine they were intended to support, as soon as they were put into circulation.[1]

Dari perenggan di atas, Schacht cuba membenarkan hujahnya dengan mengutip perkataan Muhammad as-Shaibani: Kecuali apabila orang-orang Madinah dapat mengemukakan sebuah hadis yang menyokong pendapat mereka, tetapi mereka tidak mempunyainya kerana jika tidak sudah tentu mereka akan mengemukakannya. Dari kata-kata as-Shaibani ini, Schacht berhujah bahawa apabila sesuatu hadis tidak diketahui di satu masa, ia adalah kerana hadis tersebut benar-benar tidak wujud. Akan tetapi dari kata-kata as-Shaibani di atas juga, Schacht cuba mengisyaratkan bahawa di satu ketika nanti, sesuatu pihak akan “produce” yakni mengemukakan sesebuah hadis semata-mata untuk membenarkan fahaman atau mazhabnya yang sebelum itu tidak disokong oleh sebarang hadis.

Mari kita semak kata-kata as-Shaibani dari teksnya yang sebenar:

أو عين أو رجل أو يد من العبد به يصاب شيء كل عنه الله رضي حنيفة أبو قالكل في الحر من ذلك مقدار على قيمته من فهو ذلك غير أو مأمومة أو منقلة أو موضحة

موضحته ففي ذلك سوى وما والموضحة السن الحر من معلوم أرش له كثير أو قليل , والجائفة المأمومة وفي عينه وكذلك قيمته نصف يده وفي قيمته عشر نصف أرشها

قيمته . عشر ونصف عشر منقلته وفي قيمته ثلث

ونصف عشر منقلته وفي ثمنه عشر نصف العبد موضحة في المدينة أهل وقالفي حنيفة أبا فوافقوا ثمنه ثلث منهما واحد كل في وجائفته ومأمومته ثمنه من العشر

ثمنه . من نقص ما ذلك سوى فيما وقالوا األربع الخصال هذه

هذه فيختاروا هذا في يتحكموا أن المدينة ألهل جاز كيف الحسن بن محمد قال؟ الخصال بين من األربع الخصال

نزيد فإنا الشام أهل وقال أخريين خصلتين نزيد فنحن قالوا البصرة أهل أن لو أرأيتعليهم . به يرد الذي ما أخر خصال ثالث

Page 108: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

أن إال شيء من قلت ما بقولي قولوا فيقول يتحكم وال الناس ينصف أن فينبغيبه يفرقون أثر هذا في عندهم وليس له فتنقاد بأثر هذا من قالوا فيما المدينة أهل يأتي

فينبغي هذا يكن لم فإذا آثارهم من سمعنا فما به جاءونا عندهم كان فلو األشياء هذه بين. حنيفة أبو قال ما على هذا يكون أن فإما ]2[ اإلنصاف

Dapat dilihat bahawa asal perbincangan adalah perbezaan pendapat antara Abu Hanifah, orang-orang Madinah, Basrah dan Syam mengenai beberapa jenis kecederaan seorang hamba dan nilai tebus baliknya. Muhammad al-Hasan as-Shaibani tidak menyetujui pendapat orang-orang Madinah, lalu berkata beliau (perenggan terakhir):

Orang-orang sepatutnya berlaku adil dan tidak sepatutnya membuat keputusan sesuka hati lalu berkata: “Buat sebagaimana yang saya katakan.” Jika dalam kes-kes ini orang-orang Madinah dapat membawa atsar-atsar yang berkaitan yang menerangkan beberapa jenis tebusan yang berbeza untuk kemalangan yang berbeza, sudah tentu kita akan mengikutnya. Tetapi mereka tidak memiliki sebarang atsar dalam bab ini untuk membeza-bezakan nilai tebusan. Jika mereka memiliki atsar-atsar tersebut kita juga akan dapat belajar dari mereka. Memandangkan mereka tidak memilikinya, maka keputusan mestilah dilakukan secara adil. Oleh itu keputusan yang tepat adalah sepertimana yang diputuskan oleh  Abu Hanifah.[3]

Terdapat dua penyelewengan yang dilakukan oleh Schacht terhadap kata-kata Muhammad al-Hasan

as-Shaibani di atas:

Pertama:

Shaibani tidak berkata hadis Nabi, tetapi beliau berkata Atsar. Perkataan Atsar merangkumi erti kata-

kata Nabi, kata-kata sahabat dan kata-kata tabiin; ia memiliki definasi yang lebih luas dari

perkataan hadis yang bererti kata-kata Nabi sahaja. Oleh itu yang sebenarnya dicari oleh Shaibani

sebagai hujah ialah hadis Nabi, pendapat sahabat dan tabiin. Schacht telah membataskan pencarian

Shaibani kepada hadis Nabi sahaja.

Kedua:

Dalam keseluruhan perbincangan, tidak timbul niat atau cadangan untuk mencipta sebuah hadis

Rasulullah bagi membenarkan hujah masing-masing. Pertanyaan Shaibani sama ada orang-orang

Madinah memiliki atsar sebagai dalil sangat jauh dari membawa makna bahawa hadis akan dicipta

bagi membenarkan hujah masing-masing. Malah ia jelas menunjukkan bahawa masyarakat Islam

ketika itu sangat memberi keutamaan kepada hadis Rasulullah serta pendapat sahabat dan tabiin

sebagai penegak hujah dan penentu hukum.

Page 109: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Tindakan Schacht di atas jelas menunjukkan beliau telah menukil hujah jauh dari apa yang dimaksudkan oleh teks yang asal. Malah jika sekalipun benar perbincangan di atas antara Abu Hanifah, orang-orang Madinah, Basrah, Syam dan Muhammad as-Shaibani akhirnya akan menyebabkan hadis Rasulullah dicipta untuk membenarkan pendapat masing-masing, kita bertanya – di manakah hadis tersebut ?

 

Kesepuluh: Menganggap para tokoh hadis lalai dan keliru dalam menapis hadis.

 

[1]               The Origins of Muhammadan Jurisprudence, pg 140-141.

[2]                al-Umm, jld 7, ms 317.

[3]                 Terjemahan diringkaskan oleh penulis. Bahagian awal teks membicarakan jenis kecederaan seperti di muka, kaki, tangan dan sebagainya – berapa jenis yang diakui oleh sesebuah pihak dan yang tidak diakui oleh pihak lain serta kadar nilai tebusannya.

 

Kesepuluh: Menganggap para tokoh hadis leka dan lalai dari menyemak dan menapis hadis.

Ragam ini adalah lebih berupa satu taktik dari kaedah. Para sarjana orientalis cenderung membincang

dan menghurai isnad-isnad hadis dengan satu cara seolah-olah ia dipenuhi kepincangan, kekacauan,

kekeliruan dan kecelaruan. Dengan pengutaraan sifat isnad sebegini, para pembaca yang tidak

mendalami ilmu hadis akan mudah terpengaruh dan akhirnya yakin bahawa kaedah semakan isnad

tidak sedikitpun dapat menjamin kesahihan hadis.

Contohnya adalah hujah berikut dari Juynboll ketika beliau cuba menyemak sebuah hadis berkenaan kedudukan Qadi: Most of the various readings of this slogan have the successor Sa’id bin Abi Sa’id al-Maqburi as a common link in the isnad. This al-Maqburi, the son of a slave, is one of a category of transmitters belonging to the successors about whom there is much difference of opinion. In his tarjama in the Tadhib (iv, pp.38ff) it says that there are fourteen (!) transmitters of that name. I venture the theory that, when isnads were evaluated in which the name of the transmitters such as this appeared, the rijal experts just could not figure out what to think.[1]

Page 110: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

Saya telah menyemak kitab at-Tahzib at-Tahzib [2] susunan Ibnu Hajar al-Asqalani (852H), dan saya temui lima perawi yang bernama Sa’id bin Abi Sa’id, iaitu:

[1] Sa’id bin Abi Sa’id al-Ansari al-Madini (jld 4, ms 33).

[2] Sa’id bin Abi Sa’id az-Zubaidi (jld 4, ms 33).

[3] Sa’id bin Abi Sa’id al-Maqburi al-Madini (jld 4, ms 34).

[4] Sa’id bin Abi Sa’id al-Beiruti (jld 4, ms 35).

[5] Sa’id bin Abi Sa’id al-Beiruti as-Sahali (jld 1, ms 236).

Dari 5 perawi yang bernama Sa’id bin Sa’id di atas, jelas dan mudah dapat dibezakan antara satu sama lain, yakni dengan menyemak nama penuh, nama gelaran dan sandaran nasab keluarga.

Dan jika sekalipun yang disemak hanyalah perawi yang bernama Sa’id sahaja, perbezaan dilakukan dengan menyemak:

[1] Generasi manakah nama “Sa’id” muncul dalam isnad, adakah generasi sahabat, tabiin, tabiin muda atau selepas tabiin. Setelah dikenal pasti, maka anggaran tarikh lahir dan meninggal dapat dilakukan.

[2] Mengesan jalan isnad di mana nama Sa’id muncul, sama ada dalam isnad yang umumnya terdiri dari para perawi Kufah, Basrah, Madinah dan sebagainya. Dengan ini dapat diketahui di mana seseorang “Sa’id” bermastautin atau belajar hadis.

[3] Mengkaji biografi perawi yang berada sebelum dan selepas nama “Sa’id” tersebut, dan perbandingan dilakukan dengan lain-lain “Sa’id.” Dengan ini dapat dibezakan antara “Sa’id” yang sama dan “Sa’id” yang lain. Juga dapat diketahui siapa guru “Sa’id” dan siapa anak murid “Sa’id.”

Dengan langkah-langkah di atas, “Sa’id” yang asalnya tadi terdiri daripada beberapa belas orang dapat dikurangkan menjadi seorang sahaja. Penulis pasti Juynboll sedia mengetahui kaedah semakan perawi di atas, hanya beliau pura-pura tidak tahu dan buat-buat keliru. Ini terbukti bahawa dalam bukunya yang sama, mukasurat 146, beliau telah menerangkan bahawa pelbagai “Sa’id” tersebut telahpun dibincangkan oleh Khatib al-Baghdadi (463H) dalam kitabnya berjudul al-Muttafiq wa ‘Imuftariq.

Lebih dari itu, jika benar terdapat 14 orang bernama Sa’id bin Abi Sa’id al-Maqburi yang bakal mengelirukan setiap penyemak isnad, maka bagaimanakah Juynboll sedia mengetahui bahawa beliau adalah [1] bekas hamba dari [2] generasi tabiin yang [3] berasal dari Madinah[3] dan [4] meninggal dunia pada tahun 117 atau 123 atau 126 Hijrah?[4]

Kekeliruan yang cuba diungkit oleh Juynboll terhadap perawi bernama Sa’id dalam bukunya di atas jelas menunjukkan niat buruknya kerana di pelbagai tempat lain nampaknya Juynboll sedia mengetahui dan membezakan antara beberapa “Sa’id” yang sedia ada. Bagi para pembaca yang tidak prihatin akan nama-nama perawi dan tidak mendalami ilmu yang berkaitan dengannya, tipu helah Juynboll ini dan yang seumpama oleh lain-lain sarjana orientalis dalam buku mereka masing-masing pasti akan dapat memberikan keyakinan bahawa kaedah semakan isnad adalah satu kaedah yang sedikitpun

Page 111: Jawapan Kepada Golongan Anti Hadis

tidak dapat menapis dan mensahihkan hadis. Dan sememanglah itu tujuan para sarjana hadis orientalis, targetpembaca mereka adalah dari kalangan mereka yang kurang pakar dalam bidang hadis.

Demikian 10 ragam, pola kajian dan jenis kesilapan mendasar yang sering diguna-pakai dan berlaku dalam buku-buku yang dihasilkan oleh para sarjana hadis orientalis. Dari pola kajian dan kesilapan mereka ini, sangatlah sukar untuk kita terima dan mengiktiraf bahawa kononnya para sarjana orientalis ini telah melakukan kajian, semakan dan analisa yang sangat ilmiah, terperinci dan mendalam. Malah yang benar adalah, kajian mereka bersifat sangat tidak lengkap, tidak ilmiah dan tidak terperinci sehingga tidak memungkinkan sesiapa jua untuk memutlakkan sebarang kesimpulan semata-mata dengan merujuk kepada hasil tulisan mereka. Sangatlah benar sabda Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang telah dikemukakan sebelum ini:

Janganlah bertanya kepada Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) berkenaan apa-apa kerana sesungguhnya mereka tidak akan dapat memberi petunjuk kepada kamu apabila mereka sendiri dalam kesesatan. Jika kamu menerima dari mereka sesuatu, sama ada kamu akan mempercayai apa yang batil atau menolak apa yang hak.

 

[1]               Muslim Tradition, pg 81.

[2]          Yang dirujuk oleh Juynboll adalah edisi Hyderabad, 1325-1327H dalam bentuk 12 jilid manakala yang penulis rujuk adalah edisi Dar el-Fikr, Beirut 1404H dalam bentuk 14 jilid.

[3]               Lihat bukunya yang sama Muslim Tradition, pg 43.

[4]               Lihat bukunya yang sama Muslim Tradition, pg 82.