globalisasi dan cabaran pendidikan

11

Upload: zaini-md-saad

Post on 24-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

cabaran

TRANSCRIPT

Page 1: Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan
Page 2: Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan
Page 3: Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan

GLOBALISASI DAN CABARAN PENDIDIKAN

Mengikut Prof Michael Gibbons (2003), Setiausaha Agong Persatuan Universisti Komonwel

(ACU), globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan

pengajaran yang berkualiti. Fungsi utama globalisasi pendidikan adalah menghasilkan sumber-

sumber yang diperlukan untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. 

Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman

individu.

Dalam hal ini, pelbagai langkah telah dilakukan untuk menghadapi cabaran globalisasi

pendidikan ini antaranya, menubuhkan Multimedia Super Corridor (MSC) dan mengembangkan

sekolah-sekolah bestari. Selain itu, mereformasikan kurikulum sekolah dengan melaksanakan

pengajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris atau dikenali sebagai PSMI dan

penswastaan pendidikan tinggi dengan memberi peluang untuk penubuhan kolej dan universiti

swasta dalam negeri. 

Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang berperanan dalam

menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri guru dalam cabaran globalisasi

pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru. Guru perlulah mempunyai iltizam yang tinggi

iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam

pelaksanaan tugas melahirkan modal insan kelas pertama. Seterusnya, dalam era globalisasi

ini seseorang guru itu perlu berorientasikan maklumat, dengan kata lain bersungguh-sungguh

Page 4: Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan

mengejar maklumat baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa. Aspek ini perlu

diambil perhatian kerana ia amat berguna kepada pelajar.

Seseorang guru perlu berpandangan jauh dan mempunyai visi terutamnya dalam

perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan negara dalam

alaf baru. Selain itu, guru juga perlu berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan

inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam perspektif yang positif yang boleh

mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan negara contohya peka kepada

perubahan dalam setiap aspek, sedar tentang keperluan negara dan bersikap positif terhadap

pembelajaran. Seseorang guru juga perlu berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan

diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan dengan menguasai kemahiran belajar. 

Salah satu nilai aspirasi dalam penerapan “Satu Malaysia” adalah budaya inovasi dan budaya

ilmu. Oleh yang demikian, kesediaan rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan

berinovasi dalam apa jua lapangan yang diceburi perlu dititikberatkan.

Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam

bidang masing-masing. Rakyat Melaysia perlu berani mencari penyelesaian baru dalam

menangi masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis. Seterusnya, negara Malaysia

akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.

Budaya ilmu yang diterapkan dalam nilai aspirasi cenderung untuk sentiasa memburu

pengetahuan yang terkini dan kesediaan menimba ilmu sepanjang hayat. Justeru itu, globalisasi

dan cabaran pendidikan amat bertepatan dengan konsep “Satu Malaysia” itu sendiri.

Jadi untuk merealisasikan konsep “Satu Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan”, rakyat Malaysia perlulah disediakan dengan kriteria globalisasi dan cabaran

pendidikan kerana kemajuan dan pembangunan sesebuah negara bermula dari pendidikan. 

Profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan dibuat hanya

dalam kalangan graduan 30 peratus terbaik dalam negara dalam usaha mentransformasi

profesion itu menjadi profesion pilihan.

Page 5: Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan

Ini bermakna Kementerian Pendidikan akan meninggikan syarat kelayakan kemasukan ke

profesion keguruan bagi memastikan semua guru yang mengikuti setiap latihan perguruan

memenuhi syarat minimum kelayakan akademik.

Kementerian turut berhasrat untuk mengubah Institut Pendidikan Guru (IPG) kepada universiti

latihan guru bertaraf dunia menjelang 2020 dan menilai semula kurikulum latihan

praperkhidmatan semasa bagi memastikan guru bersedia untuk mengajar kemahiran berfikir

aras tinggi yang diperlukan murid.

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, mulai

tahun ini, guru akan menerima program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) bagi

membantu guru mencapai potensi penuh.

Program CPD itu termasuk latihan komponen teras dan elektif mengikut keperluan

pembangunan diri yang akan diberi latihan secara individu daripada penyelia masing-masing.

Pelan itu turut menyebut, guru boleh memilih laluan kerjaya yang menarik berdasarkan prestasi,

potensi dan minat mereka, sama ada memilih untuk menjalankan tugas kepimpinan atau

menjadi guru pakar.

Selain itu, guru juga akan dinilai secara tahunan oleh pengetua atau guru besar dengan

menggunakan input yang mungkin diberikan oleh rakan sejawat dan menggunakan instrumen

penilaian baharu yang memberi tumpuan kepada keupayaan guru menyampaikan pengajaran

secara berkesan di dalam dan luar bilik darjah.

Dalam memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah, kementerian

akan menukar kriteria pemilihan pengetua dan guru besar daripada pemilihan berasaskan

tempoh perkhidmatan kepada pemilihan yang berfokuskan kecekapan kepimpinan.

Setiap pengetua atau guru besar juga dikehendaki mendapatkan sijil Kelayakan Profesional

Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan (NPQEL) daripada Institut Aminuddin Baki sebelum

boleh dilantik.

Page 6: Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan

Pengetua dan guru besar yang bakal dilantik juga akan mengikuti program pementoran selama

satu bulan di bawah bimbingan pengetua dan guru besar yang akan berpindah dan bersara.

Dalam pada itu, kementerian akan memastikan 100 peratus sekolah memenuhi keperluan

infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak bagi mewujudkan

persekitaran pembelajaran yang selamat, bersih dan kondusif.

Kementerian juga akan melaksanakan prinsip asas yang telus dan saksama dalam pengagihan

kewangan dan sokongan lain kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

Bagi memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam meningkatkan kualiti

pembelajaran, kementerian menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya

melalui iBestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah menjelang tahun ini.

Perpustakaan video pengajaran oleh guru cemerlang akan diwujudkan supaya guru boleh

menggunakan sumber ini bagi mendapatkan idea dan murid pula dapat menjadikannya sebagai

alat ulang kaji

TIGA gelombang pembaharuan yang bertujuan meningkatkan prestasi sistem pendidikan

negara ditetapkan untuk dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun bermula tahun depan hingga

2025.

Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menjelaskan, menerusi

Gelombang Pertama membabitkan tahun pelaksanaan 2013 hingga 2015, sasaran diletakkan

bagi menambah baik kualiti pendidikan negara supaya setanding dengan pencapaian purata

global.

Menurut laporan itu, sepanjang pelaksanaan gelombang itu, Kementerian Pelajaran

menentukan tiga bidang tumpuan iaitu menambah baik pengajaran di bilik darjah, meningkatkan

kepimpinan kementerian dan sekolah serta meningkatkan kecekapan guru bahasa Inggeris.

Page 7: Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan

“Hal ini tidak bermakna inisiatif perubahan akan menumpukan perhatian kepada tiga bidang

berkenaan sahaja malah terdapat inisiatif yang memberikan tumpuan kepada isu lain seperti

penambahbaikan kurikulum dan peningkatan infrastruktur.

“Bagaimanapun, tiga bidang itu dipilih sama ada ketiga-tiganya merupakan pemacu utama bagi

menambah baik kualiti guru dan pengetua atau kerana keperluan bagi keseluruhan aspirasi

ekonomi negara (bahasa Inggeris),” jelas laporan tersebut.

Bagi Gelombang Kedua (2016-2020), laporan berkenaan memberitahu, kementerian akan

melaksanakan perubahan dari segi struktur untuk mempercepat langkah perubahan dengan

perancangan bagi semua inisiatif akan bermula semasa gelombang pertama.

Perancangan itu termasuk menggerakkan semua 410,000 orang guru dan 10,000 pengetua

atau guru besar kepada pakej kerjaya baru selain menstruktur dan menjajarkan pejabat

Persekutuan, negeri serta daerah terhadap fungsi baru.

Ini bagi membolehkan pejabat berkenaan membantu sekolah dan memperkenalkan kurikulum

sekolah menengah yang baru dan kurikulum sekolah rendah yang disemak dalam menangani

isu mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk berkembang maju di

persekitaran ekonomi global masa kini.

Sementara itu laporan itu menyebut, semasa awal Gelombang Ketiga (2021-2025) pula, semua

sekolah, guru dan pengetua seharusnya menunjukkan prestasi yang lebih tinggi daripada

standard minimum.

“Oleh itu, kementerian akan menumpukan perhatian kepada peningkatan keluwesan operasi

untuk menyemai budaya pemimpin rakan sebaya ke arah kecemerlangan profesional.

Kementerian juga akan menggerakkan kebanyakan sekolah, jika tidak semuanya, ke arah

model pengurusan berasaskan sekolah dan menambah model inovasi pengajaran yang

berjaya.

“Matlamatnya adalah untuk membentuk suatu sistem tadbir urus kendiri yang mampu membuat

pembaharuan dan membawa pencapaian ke tahap lebih tinggi,” tambah laporan itu.

Jelas laporan itu, kementerian menyedari kepentingan serta kesegeraan dalam melaksanakan

tugasan yang sedang dijalankan dan untuk itu, kementerian akan mula mengambil tindakan

awal dalam beberapa bidang kritikal.

Page 8: Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan

“Sebahagian besar daripada tindakan awal itu akan menjadi asas perubahan dramatik pada

masa depan. Bagaimanapun kementerian juga menyedari keperluan menghasilkan pencapaian

dengan kadar segera dan konsisten bagi membina dan mengekalkan momentum transformasi.

“Dalam 12 bulan yang akan datang, kementerian mempunyai kesungguhan untuk

melaksanakan perubahan dan mendapatkan hasil seperti semua 70,000 guru bahasa Inggeris

dinilai pada tahap kecekapan berbahasa mengikut standard antarabangsa dan syarat

pengambilan guru diperketat selain semua 10,000 sekolah rendah dan menengah kebangsaan

akan mendapat liputan internet 4G melalui pelaksanaan 1BestariNet,” jelas laporan berkenaan.

SUMBER : http://psssksa.wordpress.com/category/isu-semasa-pendidikan/

Page 9: Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan