globalisasi dan cabaran pendidikan

Upload: shukri-ismail

Post on 15-Oct-2015

404 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

PPPM 2013-2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia pada 11 September 2012 bersamaan dengan hari pertama UPSR tahun 2012. Sehubungan dengan itu satu dokumen telah dikeluarkan sebagai garis panduan yang perlu dirujuk oleh semua pihak yang terlibat.Rasional pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah untuk mempercepatkan usaha-usaha murni ke arah pencapaian transformasi pendidikan abad ke-21. Apa yang kita tahu, Malaysia sedang berhadapan dengan persaingan getir dalam usaha untuk menyediakan sistem pendidikan yang berkualiti. Perkembangan sosiobudaya yang sihat dan pembangunan ekonomi yang mapan bergantung keupayaan sistem pendidikan kerana pendidikan merupakan asas kepada pembangunan secara komprehensif.Dokumen berharga ini mengandungi 248 muka surat dan mengandungi 8 bab yang dihurai dengan begitu mendalam. Bab-bab dalam dokumen Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah seperti berikut:-

1. Konteks & Pendekatan2. Aspirasi Baharu3. Analisis Keberhasilan Pelajar4. Mengkaji Pembelajaran pelajar5. Peranan Guru & Pemimpin Sekolah6. Pembangunan Fungsi Kementerian7. Struktur Sistem Pendidikan8. Garis Panduan Sistem Transformasi.

Terdapat 11 anjakan yang ditetapkan dalam PPPM. Anjakan tersebut adalah seperti berikut1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025Semalam telah pun diumumkanPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013-2025 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.Laporan lengkap boleh dibaca diSINI.Namun begitu sudah ada yang menunjukkan rasa tidak puas hati.Kumpulan Ibu Bapa untuk Pendidikan (Page) hari ini menyarankan kekecewaan mereka terhadappelan pembangunan pendidikan barudengan mendakwa tiada sesuatu yang baru diperkenalkan.Pengerusinya Noor Azimah Abdul Rahim berkata, laporan awal yang disediakan hanya pelabelan semula tanggungjawab Kementerian Pelajaran.Tiada umph atau wow factor. Ia hanya penjenamaan semula atau pelabelan semula perkara yang sudah menjadi tanggungjawab kementerian, katanya ketika ditemui ketika pelancaran rangka dasar itu di Kuala Lumpur hari ini,Noor Aziman (kanan) juga kecewa terhadap apa yang didakwanya peminggiran topik panas seperti pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).Katanya, beliau terkejut apabila pakar perunding antarabangsa tidak menyarankan penggunaan bahasa Inggeris untuk pembelajaran kedua-dua bahasa itu.Lebih mengejutkan, katanya, pakar terlibat antaranya bekas menteri pelajaran Korea Selatan negara yang membelanjakan 50 peratus belanjawan pendidikan untuk dasar ala-PPSMI itu.(Rangka dasar) bertujuan menjadikan anak-anak kita sebagai pemain di peringkat antarabangsa tetapi saya tidak lihat perkara itu berlaku.Kita bercakap soal sains dan inovasi tetapi semuanya dalam bahasa Inggeris, jadi kena tidak mengakui perkara ini? katanya.Page antara kumpulan yang menyokong PPSMI sejak dasar itu mendapat tentangan hebat melalui Gerakan Mansuh PPSMI (PPSMI) pendorong utama terhadap pemansuhannya secara pendaratan lembut sebelum iniSUMBERPada saya setiap pelan atau perancangan pendidikan mempunyai kekuatan tersendiri tetap yang menetukanya ada pelaksanaan di setiap peringkat, yang merancang perlu memastikan yang akan melaksanakan mampu melakukannya.Apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangannya. Sebagai salah seorang balak pelaksana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini saya terima dengan hati yang terbuka. Saya harap kerajaan juga bakal membekalkan kelengkapan yang cukup bagi melaksanakanPPPMterutamanya anjakan ke-7 iaituMemanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

Globalisasi dan Cabaran PendidikanGlobalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Di samping itu, ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik serta teknologi. Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi.Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.Takrifan pendidikan juga amat penting supaya kita dapat memahami dengan lebih lanjut serta mendalam dengan tajuk yang ingin diselami. Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Pengertian bagi pendidikan pula mempunyai perbezaan bagi setiap individu. Dapat diberikan contoh pengertian daripada tokoh-tokoh falsafah iaitu Plato yang telah memberikan takrifan pendidikan sebagai suatu proses untu membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau telah menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberikan latihan moral kewarganegaraan yang baik.Komputer merupakan salah satu alat komunikasi pada zaman globalisasi ini. Komputer boleh direkabentuk supaya ia dapat membantu pelajar secara individu dan secara berkumpulan. Ini dapat dijalankan dengan menggunakanArahan Program, pelajar akan diajar mengikut kadar dan tahap yang boleh diterima oleh mereka. Ini adalah penting supaya pelajar tidak tercicir dan putus asa. Merujuk kepada sistem pendidikan konvensional, kesemua pelajar terpaksa mengikuti sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira samada mereka dapat mengikuti pelajaran tersebut. Justeru itu, arahan program dapat memberi peluang terutamanya kepada golongan pelajar "lemah" untuk membaiki kelemahan dia.Dalam arahan program ini, pelajar akan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam pembelajarannya, langkah tersebut akan diteruskan asalkan pelajar dapat memberi jawapan yang sesuai dan boleh diterima. Namun sekiranya jawapan tersebut tidak memuaskan, dia akan dipandu kepada langkah terdahulu dan ditunjukkan bahan rujukan yang berkaitan bagi memperbaiki kelemahan tersebut. Pengajaran sedemikian biasanya tidak dijalankan di dalam kelas yang terdiri daripada ramai pelajar, tambahan pula pelajar Asia yang kurang bertanya akan memburukkan lagi proses pembelajaran pelajar.Selain itu,pendidikan jarak jauhdibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Trenda semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.Justeru itu, sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi asas pada awal persekolahan dan menggunakan teknologi maklumat pada masa yang sama. Dengan itu, pelajar mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk menggunakan teknologi maklumat atau cara konvensional sesuai dengan keadaan tertentu.Seterusnya,peningkatan prestasi pencapaian sekolah kebangsaan perlu dilakukan supaya menjadisekolah pilihanrakyat. Sekolahmerupakan tapak semaian penting bagi memupuk perpaduan negara dan menyemai semangat integrasi nasional. Pelbagai langkah perlu diambil ke arah memperkasakansekolah kebangsaan supaya ianya menjadi sekolah pilihan semua kaum. Kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah kebangsaan juga perlu ditingkatkan. Kurikulum dan aktiviti kokurikulum di sekolah juga perlu dikaji semula untuk memastikan ia menyediakan asas kukuh dan bersesuaian dengan kehendak semasa. Peluang pendidikan bagi kanak-kanak istimewa dan yang mengalami masalah pembelajaran juga perlu ditingkatkan.Langkah seterusnya ialah dengan mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan institusi tertiari memenuhi kehendak majikan.Langkah untuk mempertingkat kualiti pendidikan tertiari akan terus dilaksanakan. Institusi pengajian tinggi tempatan perlu diberi tanda aras mengikut piawaian antarabangsa. Bagi memperkukuh keupayaan penyelidikan di universiti tempatan, jalinan kerjasama dengan institusi terkemuka di peringkat antarabangsa dan juga swasta perlu dilaksanakan agar misi ini berjaya menjelang 2020. Institusi pengajian tertiari juga hendaklah meneliti kursus-kursus yang ditawarkan sejajar dengan keperluan semasaSelain itu, dengan mengadakan lebih banyak tempat untuk pembangunan kemahiran, latihan dan pembelajaran kepada tenaga buruh pada setiap peringkat dan umur termasuk kemahiran penggunaan ICT, misi ini boleh dicapai.Keupayaan dan keberkesanan sesuatu latihan untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran perlu ditingkatkan dengan membanyakkan institusi latihan awam, menambah kursus lanjutan dalam bidang-bidang teknikal, serta menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam bidang latihan teknikal. Pengambilan pelatih teknikal juga perlu ditambah lagi agar misi ini dapat direalisasikan.Selain daripada itu, kemudahan-kemudahan bagi tujuan pendidikan juga akan terus bertambah bagi tujuan pembelajaran. Bersesuaian dengan dunia tanpa sempadan, kita seharusnya didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya kita semua tidak ketinggalan. Maka, kemudahan-kemudahan inilah yang akan membantu kita sebagai alat bantu mengajar yang boleh dipercayai. Kepesatan arus globalisasi ini juga akan membuatkan pemikiran anak-anak generasi kita pada masa hadapan akan lebih jauh ke hadapan dengan bantuan pelbagai kemudahan yang di sediakan.Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata ketika membentang Rancangan Malaysia Kesembilan, Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan. Pembangunan modal insan dalam RMK-9 dirangka supaya bersifat holistik, menyeluruh dan bersepadu. Melalui ungkapan beliau itu, beliau amat berharap agar negara kita akan mencapai hasrat dan aspirasi dan seterusnya menyertai barisan negara maju menjelang 2020

Ahad, 15 Ogos 2010Impak globalisasi dan pengantarabangsaan pendidikan ketika ini sudah mulai difahami dan pelan tindakan telah pun digubal untuk menangani isu dan cabaran yang bakal timbul. Perubahan corak dalam pendidikan dalam masa terdekat akibat daripada globalisasi, pengantarabangsaan dan perubahan dalam teknologi maklumat dan komunikasi ini cukup mencabar bagi pendidikan di Malaysia. Berikutnya adalah cabaran-cabaran, peranan pendidikan serta persekitaran yang perlu dihadapi oleh pendidikan di Malaysia.

CABARAN: KESEDIAN GURU DALAM MENGHADAPI GLOBALISASICabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya dengan penuh kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu:1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebib-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak mar seperti pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastic kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu.3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagi "jenis hari".4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang memberikan sokongan iaitu dari segi:a) kewanganb) motivasi dan doronganc) pengiktirafand) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dane) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah.5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.JESSICA AGNES FLETCHER (196878)

CABARAN: KEBERKESANAN KOKURIKULUM SEKOLAHDunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan sosial. Kebanjiran maklumat, akses yang mudah keadaan dunia hiburan,layaran mudah bahan-bahan porno melalui Internet dan melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat menyebabkan berlakunya gejala negatif di masyarakat kini.Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus akibat fenomena negatif ini. Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang kurikulum Malaysia terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan terhadap kekuatan dan kelemah system pendidikan di Malaysia perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh perancang kurikulum untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit dan mencabar.CHONG ZYY KIAT (196877)

CABARAN: PENGURUSAN PENDIDIKANPengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam pengurusan pendidikan di Malaysia terutama di peringkat sekolah bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information System). Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas rutin seperti:1. Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.3. Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.5. Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses danmenyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.6. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaanpelajar.7. Penempatan pelajar dalam kelas.8. Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.9. Pembinaan jadual waktu guru.10. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.11. Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.CHEE HAN PING (196754)

PERANAN PENDIDIK

Hussien Ahmad (2001) memberi penegasan bahawaproses globalisasi telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia. Masyarakat Malaysia sedang berdepan dengan pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya setempat. Jati diri anak-anak remaja yang masih di bangku sekolah kini menjadi pertanyaan kerana terdapat petunjuk dimana asas-asas budaya, agama dan bangsa mulai longgar. Mereka semakin liar dan terikut-ikut akan gaya hidup dan amalan negatif kehidupan barat seperti pergaulan bebas dan berseronok-seronok sehingga lewat malam menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas keesokan hari. Semua institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk meletakkan anak-anak remaja di landasan moral yang betul melalui pelaksanaan program-program pendidikan nilai di sekolah.Aspek yang diteliti adalahaspekberkaitan keperibadian guru. Guru perlu menampilkan perwatakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Antara watak yang perlu diterampilkan supaya menjadi contohan pelajar ialah amanah, bersopan santun, berdedikasi serta taatkepadatuhan. Aktiviti kokurikulum seperti badan beruniform, persatuan, kelab, dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat kerjasama, berdikari dan semangat cinta akan negara serta membantu dalam pembentukan jati diri dan moral pelajar.NG NOOR VEEN (197475)

PERANAN PELAJARIsuisu berkaitan perlakuan negatif pelajar semakin membimbangkan. Hasrat untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan individu pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sedang menghadapi ujian dari segi keberkesanan pelaksanaannya kerana masyarakat masa kini sedang berhadapan dengan arus globalisasi yang bersamanya membawa masuk pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya setempat. Dalam era globalisasi ini, banyak cabaran yang harus ditempuhi. Globalisasi itu sendiri merujuk kepada dunia tanpa sempadan. Generasi kini dikatakan mempunyai kemudahan dihujung jari. Namun begitu, generasi muda seperti pelajar harus lebih berhati hati dalam memilih segala maklumat yang diperolehi.Sebagai contoh, dunia hari ini banyak menggunakan internet sebagai rujukan maklumat terutamanya kepada pelajar. Pelajar menggunakan internet dalam mencari bahan rujukan kepada tugasan yang diberikan oleh pengajar. Selain itu, pelajar juga menggunakan internet sebagai bahan untuk bersosial pada laman web tertentu bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah mempunyai nilai kesedaran sendiri. Mereka perlulah pandai dalam memilih maklumat. Banyak maklumat positif yang boleh merangsang minda pelajar dan dalam masa yang sama banyak maklumat negatif yang boleh merosakkan pelajar.Para pelajar dikatakan sebagai tunjang kepimpinan pada masa akan datang. Pelajar harus bersikap matang dalam menghadapi cabaran era globalisasi. Pada masa sekarang pelajar harus lah sentiasa mengikut perkembangan dalam setiap maklumat kerana persaingan yang ramai. Pelajar yang ketinggalan tidak akan dapat bersaing dan akan sentiasa kebelakang. Perkembangan semasa penting untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani. Dunia hari ini mengatakan sehari tanpa berita semasa sudah banyak maklumat yang dilepaskan. Pelajar harus dididik dari sekarang supaya terbiasa dengan arus dunia sekarang.SITI NORSAIDAH BT MOHD AZIMI (195751)

PERANAN IBUBAPAIbu bapa merupakan contoh terbaik untuk pembentukan sahsiah diri anak-anak. Ia bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti anak-anak supaya ciri-ciri tingkah laku yang ditunjukkannya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara. Keindahan tingkah laku dalam diri anak-anak menjamin masa depan yang cerah bagi belia untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa kelak. Oleh yang demikian, peranan ibu bapa dalam cabaran globalisasi masa kini terutama di Malaysia semakin mencabar. Ibu bapa haruslah menjadi contoh yang terbaik dalam mengorak langkah bagi membimbing anak-anak mereka ini. Seawal dalam kandungan lagi, ibu bapa haruslah cuba untuk menjaga permakanan dan kesihatan agar dapat melahirkan anak yang baik.Ibu bapa juga haruslah memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik dari guru-guru dan seboleh-bolehnya ibu bapa haruslah cuba untuk memenuhi keperluan pelajaran mereka seperti menyediakan komputer peribadi kepada mereka, bahan-bahan bacaan yang mencukupi dan memberikan perkhidmatan tuisyen tambahan agar masa terluang mereka tidaklah diabaikan begitu sahaja. Tambahan pula, ibu bapa mesti sentiasa peka dengan pembelajaran anak-anak dan cuba untuk memberikan yang terbaik agar mereka dapat belajar dalam persekitaran yang baik dan tenang bagi memudahkan mereka menelaah pelajaran dengan berkesan. Selain itu, ibu bapa mestilah sentiasa menemani anak mereka terutama pada waktu malam sekiranya ibu bapa ada kelapangan bagi menemani anak-anak mengulangkaji pelajaran. Dengan itu, tidaklah mereka berasa sunyi dan ada teman untuk berbual atau teman ketakutan. Maka, jelaslah peranan ibu bapa amatlah besar dalam cabaran globalisasi pendidikan masa kini di Malaysia khususnya.NUR AMIRA BINTI ISMAIL (195612)PERANAN ICTGlobalisasi yang asaskan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan budaya dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam system mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan.NOR SYAHIDA BT NIK WIL (114070)

PERSEKITARAN PEMBELAJARANDalam usaha menangani cabaran globalisasi dalam sektor pendidikan, Malaysia perlu menyediakan segala sumber manusia dan kelengkapan sosialnya agar dapat membentuk satu daya ketahanan budaya yang membolehkannya berinteraksi dan bertindak secara autonomous dalam persekitaran baru ini. Pada abad ini, adalah amat penting untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih produktif dalam persekitaran ekonomi baru.Pengurusan sumber manusia dalam pendidikan dahulu dan kini telah membangkitkan pelbagai isu yang menyentuh pelbagai aspek perkhidmatan dalam pendidikan.Namun dalam memastikan produktiviti dipertingkatkan, isu-isu berbangkit ini perlu diberikan perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab.Antara isu yang telah dibangkitkan dalam sektor pendidikan beberapa tahunkebelakangan ini termasuklah:i)isu penilaian prestasi atau insentif dalam pendidikan,yang merangkumi, penilaian prestasi tidak dilaksanakan mengikut jadual seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling yang berkenaan, penilaian prestasi tidak dibuat secara objektif, adil dan telus, kelemahan pegawai penilai, sistem giliran dalam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang,penetapan kuota 8% penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang mengikut Pekeliling yang relevan, dan kefahaman konsep dan pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan.ii)isu globalisasi pendidikan, yang merangkumi pencapaian perkhidmatanpendidikan bertaraf dunia,pencapaian daya saing dan daya tahan global, dan transformasi pengajian tinggi bagi menjadikan negara hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa.iii)isu teknologi dalam pendidikan, yang merangkumi keefisienan sistem pertukaran guru atas talian,kemahiran kakitangan dalam teknologi maklumat dan kekurangan infrastruktur fizikal (komputer/peralatan) dan infrastruktur bukan fizikal (perisian teknologi maklumat & komunikasi).iv)isu jaminan kualiti pendidikan yang merangkumi isu-isu berhubung Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 dan Pengurusanv)Kualiti Menyeluruh (Total Quality Management (TQM)) dan Persijilan ISO(International Organisation for Standardisation);vi)isu perekrutan dan pemilihan staf yang merangkumi perekrutan dan pemilihan guru,unjuran keperluan guru, pembangunan kurikulum,latihan dan pembangunan kerjaya dan penempatan dan pertukaran guru,kekurangan data dan maklumat pendidikan.vii)isu latihan dan pembangunan staf yang merangkumi pembentukan polisi dan objektif latihan memerlukan maklum balas daripada semua kakitangan masalah impak latihan, contohnya, analisis organisasi yang tidak mencukupi sebelum pelaksanaan, kurangnya sokongan pengurusan, pelatih yang tidak bermotivasi, kemahiran diajar tidak berkaitan dengan masalah, tiada tindakan susulan di tempat pelatih dan masalah peruntukan bagi program latihan yang tidak mencukupi.

viii)isu pembangunan kerjaya pekerja yang merangkumi kriteria yang dijadikan asas kenaikan pangkat,pertukaran tempat bertugas,pengurusan kerjaya,contohnya penilaian berorientasikan kerjaya, disiplin pekerja dan persaraan serta latihan yang diperlukan sebelum persaraan.NURUL SYUHADA BT MOHD SOHAIMI (113992)

KESIMPULANKesimpulannya, dunia tanpa sempadan ini memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri

TANJUNG MALIM 13 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan isu kualiti guru harus ditangani bagi mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menyasarkan negara berada dalam kelompok satu pertiga sistem pendidikan terbaik dunia.Beliau berkata, bagi menyokong hasrat tersebut, Kementerian Pendidikan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di bawah Skim Geran Penyelidikan Nic bagi mengkaji pembangunan model pendidikan guru untuk menyediakan tenaga pengajar berkualiti pada masa hadapan."UPSI perlu menampilkan suatu model yang benar-benar dapat dijadikan rujukan untuk melahirkan guru berkualiti pada masa hadapan. Bermula dengan pengambilan 30 peratus lepasan terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai bakal guru sehingga kepada pembangunan profesional berterusan (CPD), profesion keguruan akan terus dimartabat menjadi pilihan."Semua institusi pendidikan guru perlu proaktif dalam menghasilkan guru-guru yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan dan pedagogi, tetapi juga keghairahan dan kesungguhan tinggi dalam memastikan anak bangsa kita mampu bersaing dan berjaya di peringkat global," katanya.Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Pendidikan Nasional Ke-14 di UPSI di sini hari ini.Yang turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Pro Canselor UPSI, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad dan Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Zakaria Kasa serta Presiden Persatuan Alumni Suluh Budiman UPSI, Datuk Ahmad Burak.Konvensyen selama tiga hari yang bermula hari ini dihadiri kira-kira 1,000 warga pendidik itu antara lain membentangkan tentang keutuhan sistem pendidikan dan hubungannya dengan Perlembagaan negara, pembinaan nilai dan jati diri, pemerkasaan bahasa Melayu serta kualiti produk latihan guru.Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, kualiti guru merupakan faktor paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid, justeru cabaran para pendidik pada abad ke-21 berbeza kerana para pelajar mempunyai akses kepada pengetahuan di hujung jari, hasil perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi.Sehubungan itu katanya, para guru perlu sedar bahawa pengajaran dan pembelajaran ilmu perlu berlaku secara aktif dengan mengaplikasikan sumbangan murid dalam proses perkongsian ilmu."Guru bukan lagia sage on the stagetetapia guide on the side. Selaras dengan aspirasi PPPM yang antara lain menekankan kemahiran berfikir dan memimpin, pembelajaran berpusatkan kepada perkembangan murid perlu menjadi teras pendekatan pedagogi guru pada masa kini," katanya.Dalam perkembangan sama, Muhyiddin yakin, UPSI boleh berperanan sebagai pusat kecemerlangan pendidikan guru secara lebih komprehensif, apatah lagi ketika negara sudah berada pada landasan betul bagi menjayakan PPPM dalam masa 12 tahun lagi.Tambah beliau, transformasi pendidikan negara tidak lagi sekadar menuntut UPSI untuk meneruskan tradisi menyampaikan ilmu semata-mata, malah mengkehendaki para sarjana menghasilkan dapatan kajian yang boleh menyumbang kepada penghasilan inovasi selain dimanfaatkan untuk pembangunan modal insan dan negara.

Ganjaran dan Pengurusan Prestasi Bagi Guru ( Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 )

Pada tahun 2011, penilaian perbelanjaan sistem pendidikan di Malaysia oleh Bank Dunia menyatakan, Banyak yang beranggapan bahawa guru dibayar gaji yang rendah... situasi sebenar adalah tidak seperti yang didakwa. Seperti yang ditunjukkan dalam Ekshibit 5-7, gaji permulaan bagi guru dalam perkhidmatan awam adalah setara dengan gaji pekerja di sektor awam dan sektor swasta di Malaysia, termasuk peguam, akauntan, dan eksekutif IT. Selain itu, gaji guru di Malaysia yang telah berkhidmat selama 15 tahun sama dengan gaji guru yang mempunyai sistem terbaik seperti Finland apabila diukur sebagai peratus daripada per kapita KDNK (Ekshibit 5-8). (Peratus daripada per kapita KDNK digunakan untuk membolehkan perbandingan antara sistem pendidikan yang berbeza-beza). Dalam hal ini, Singapura dan Korea Selatan terkecuali kerana keduadua negara tersebut telah mengecilkan saiz tenaga kerja untuk membolehkan negera itu membayar gaji yang lebih tinggi kepada guru.

Kementerian telah menambah baik prospek kemajuan kerjaya pada tahun 1994 dengan memperkenalkan laluan Guru Cemerlang yang membolehkan guru dinaikkan gred dengan lebih cepat sekiranya mereka dapat menunjukkan kecemerlangan dalam kedua-dua aspek pengetahuan kandungan mata pelajaran dan pedagogi. Sejak diperkenalkan, terdapat sebanyak 13,300 orang guru yang menyandang gelaran Guru Cemerlang. Dalam masa yang sama, semua guru boleh memegang jawatan kepimpinan sama ada pada peringkat sekolah, daerah, negeri atau Kementerian, atau menjawat jawatan pensyarah di IPG atau di Institut Aminuddin Baki (IAB). Sistem kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan 8:8:6:3 yang baharu merupakan suatu penambahbaikan yang jelas lebih baik daripada sistem sebelumnya. Sistem ini membolehkan guru dalam tempoh 25 tahundinaikkan gred daripada DG41 (skala gaji permulaan bagi guru siswazah baharu) kepada Gred DG54 (skala gaji yang paling tinggi bagi seseorang guru dalam jawatan bukan kepimpinan). Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan guru kurang berusaha untuk memperbaiki profesionalisme mereka secara berterusan kerana sistem ini masih terikat dengan tempoh perkhidmatan. Tambahan lagi, jangka waktu kenaikan pangkat selama 25 tahun masih merupakan suatu tempoh yang panjang. Oleh itu, sistem ini tidak akan dapat menyelesaikan isu dan cabaran semasa, iaitu masih terdapat kekurangan guru yang berpengalaman untuk membimbing guru baharu sewaktu mereka mula menyertai profesion ini. Kini terdapat 58% guru yang masih berada pada gred terendah DG41 atau gred DGA29 berbanding 1.2% pada gred DG52 atau gred DGA34 (lihat Ekshibit 5-9).

Taburan guru mengikut gred perkhidmatan

Satu lagi cabaran kepada kemajuan kerjaya secara berkesan ialah instrumen utama yang digunakan dalam penilaian guru, iaitu Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). LNPT tidak dikaitkan dengan kompetensi pengajaran khusus seperti pengetahuan mata pelajaran dan penguasaan pelbagai strategi pengajaran. Memandangkan LNPT ialah instrumen yang sama bagi kegunaan semua penjawat awam, dimensi penilaiannya adalah bersifat generik dan tidak menjadi pengukur prestasi yang sebenarnya. Sebagai contoh, daripada hampir 48,000 orang sampel guru yang diambil pada tahun 2010, lebih daripada 60% responden telah digredkan dengan markah melebihi 90%, manakala 38% mendapat skor antara 70% hingga 90%, dan 2% daripada responden mendapat skor bawah daripada 70%. Keadaan ini menyebabkan Kementerian menghadapi kesukaran menyediakan sokongan profesionalisme mengikut kumpulan sasaran yang tepat berdasarkan prestasi Bagi mengatasi kesukaran ini, Kementerian telah menyediakan beberapa instrumen lain seperti Standard Kualiti Pendidikan Malaysia: Standard 4 dan instrumen penilaian guru cemerlang, untuk membantu proses penilaian. Walau bagaimanapun, instrumen berkenaan secara tidak langsung menimbulkan kekeliruan dalam kalangan guru tentang dimensi atau kriteria sebenar yang diambil kira dalam penilaian mereka. Disamping itu, para guru juga telah menimbulkan kekhuatiran mengenai penilaian yang membazirkan masa dan sumber kerana pertindihan kriteria.

Pelan Tindakan: Mentransformasi profesion

Keguruan menjadi profesion pilihan

Kementerian terus beriltizam mengekalkan dasar sedia ada, iaitu mengukuhkan profesion keguruan di Malaysia bagi menjadikannya menarik, mendatangkan kepuasan dan berprestij. Mengambil iktibar daripada kejayaan yang dikecapi daripada usaha terdahulu, dan permuafakatan awal dengan para guru serta kesatuan guru, Kementerian bercadang melaksanakan Pakej Kerjaya Guru baharu dalam beberapa fasa. Pakej Kerjaya ini akan menangani cabaran masa kini yang dihadapi oleh guru pada setiap peringkat dalam kerjaya mereka. Pakej ini merangkumi usaha meningkatkan standard kemasukan, meningkatkan peluang pembangunan profesional berterusan mengikut keperluan individu, membolehkan guru maju dalam kerjaya berdasarkan prestasi dan kompetensi, serta mewujudkan budaya kecemerlangan profesionalisme berasaskan teladan rakan setugas.

Gelombang 1 (2013-2015): Meningkatkan standard dan sistem sokongan

Gelombang 1 akan menumpukan kepada peningkatan standard profesionalisme, dan menambah baik sistem sokongan dan persekitarankerja. Empat langkah akan diambil:(i) meningkatkan standardkemasukan;(ii) mengukur prestasi berdasarkan kompetensi;(iii)meningkatkan jumlah peruntukan dalam pembangunan profesionalismeberterusan; dan(iv) mengurangkan beban tugas pentadbiran guru. Secara keseluruhan, langkah ini dilaksanakan bertujuan menyediakan peluang dan sokongan yang diperlukan oleh guru bagi menggalakkan peningkatan kemahiran dan kecemerlangan mereka dalam pekerjaan.

Meningkatkan standard kemasukan bagi guru pelatih dan ambilan guru baharu

Kementerian akan mengetatkan proses pemilihan ambilan guru ke IPG dengan memilih calon guru pelatih daripada kumpulan 30% teratas bagi setiap kohort yang tamat persekolahan. Kementerian bercadang mengecilkan saiz ambilan guru sekiranya bilangan calon yang berkelayakan pada sesuatu tahun berkurangan; seterusnya, bekerjasama dengan IPTA untuk menetapkan standard kemasukan yang setara bagi program latihan perguruan.

Kementerian juga akan menetapkan standard yang lebih ketat untuk bergraduat daripada latihan perguruan dan seterusnya diambil bertugas sebagai guru permulaan bawah Kementerian. Pada masa hadapan, guru permulaan akan dipilih hanya apabila mereka dapat menguasai kompetensi minimum yang mereka perolehi melalui praktikum dan kerja kursus semasa latihan perguruan. Syarat ini adalah untuk memastikan hanya guru yang terbaik dan paling layak menyertai sistem. Walaubagaimanapun, guru pelatih sedia ada di IPG dan di IPTA pada masa kinitidak terikat dengan dasar baru ini.

Sehingga kini, Kementerian telah mengambil hampir 15,000 orang guru pelatih setiap tahun. Oleh sebab kekurangan guru secara mutlak bukan lagi menjadi isu, Kementerian sedang meneliti pengurangan ambilan guru pelatih secara berperingkat-peringkat sehingga 50% dalam tempoh lima tahun akan datang. Dalam masa yang sama, dengan kadar persaraan sedia ada dijangkakan baharu akan berlaku pengurangan dalam saiz kohort sebanyak 10% menjelang 2025. Kementerian akan memantau perubahan saiz bilangan guru yang berada dalam sistem bagi memastikan sebarang pengurangan ambilan guru baharu tidak akan menjejaskan saiz kelas atau keberhasilan murid. Sebaliknya, pengecilan kohort ini akan dapat dilaksanakan apabila guru menggunakan waktu bekerja dengan optimum dan meningkatkan produktiviti mereka. Mengukuhkan kaitan antara prestasi dengan kompetensi Peningkatan kualiti guru bermula dengan gambaran yang jelas tentang ckecemerlangan profesion keguruan. Dengan itu, Kementerian dapatmengenal pasti bidang-bidang yang memerlukan sokongan, dan dengan itu dapat menyediakan bantuan yang tepat kepada guru yang memerlukannya.

Bagi mencapai tujuan ini, Kementerian akan menyediakan satu instrumen yang mengandungi kompetensi yang perlu dimiliki oleh guru pada setiap peringkat tempoh perkhidmatan mereka. Kompetensi ini merentas empat dimensi yang berbeza: pengajaran dan pembelajaran, nilai-nilai profesional, aktiviti di luar bilik darjah, dan sumbangan profesional. Instrumen ini akan dirintis pada tahun 2013 dan diguna pakai pada tahun 2014 bagi menggantikan semua instrumen yang ada pada masa ini,termasuk LNPT.

Berdasarkan instrumen penilaian guru yang baharu, (lihat Ekshibit 5-10), dicadangkan hampir 60% daripada skor penilaian diasaskan pada keberkesanan pengajaran guru. Penilaian ini ditentukan melalui dua aspek, iaitu pemerhatian guru dalam bilik darjah dan pencapaian murid dalam kelas yang diajar. Kementerian juga mencadangkan lebih daripada seorang penilai, termasuk seorang penilai rakan sebaya, dilantik dan mewujudkan proses rayuan bagi guru yang tidak setuju dengan penilaian yang dilakukan terhadap mereka. Objektif proses penilaian ini adalah mewujudkan suatu pendekatan lebih tekal dan objektif yang merentas semua penilaian dan memupuk budaya prestasi cemerlang di sekolah

Menekankan pembangunan profesionalisme berterusan

Menyedari bahawa guru mungkin memerlukan bantuan bagi memenuhi kompetensi baharu yang diharapkan, Kementerian beriltizam untuk memenuhi keperluan berkenaan bagi memastikan kejayaan mereka. Oleh itu, Kementerian akan membangunkan portfolio program latihan bagi setiap aspek keperluan kompetensi dalam instrumen baharu. Sesetengah modul dalam portfolio program latihan ini merangkumi kecekapan asas yang diharapkan daripada semua guru, seperti pedagogi yang menyokong pembangunan pemikiran aras tinggi murid. Kompetensi teras ini diwajibkan kepada semua guru. Modul lain akan dijadikan elektif bagi membolehkan guru membuat pilihan berdasarkan minat dan kekuatan peribadi, atau mana-mana bidang yang dikenal pasti untuk meningkatkan profesionalisme guru. Dalam membangunkan portfolio ini, Kementerian akan lebih menumpukan kepada program pembelajaran berasaskan sekolah. Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa program pembelajaran berasaskan sekolah merupakan bentuk pembangunan profesionalisme yang paling berkesan. Dua inisiatif akan dilancarkan pada Januari 2013 untuk memperkenalkan guru kepada program pembangunan profesionalisme baharu. Inisiatif pertama ialah pewujudan perpustakaan video e-Guru yang menyediakan koleksi contoh pengajaran terbaik. Guru akan mendapatkan gambaran bersifat amali tentang amalan pengajaran terbaik untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah mereka. Video ini boleh juga digunakan semasa sesi latihan dan bimbingan kemahiran pedagogi. Inisiatif kedua ialah peluasan program bimbingan guru iaitu

Pembimbing Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement (Band 5, 6 dan 7). SISC+ yang baharu akan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pejabat Pelajaran Daerah yang lebih luas seperti yang telah dibincangkan dalam Bab 4. Kementerian juga beriltizam dalam memastikan penerusan program pensiswazahan guru dengan matlamat 60% guru siswazah sekolah rendah dan 90% guru siswazah sekolah menengah pada tahun 2015. Bagi tujuan ini, Kementerian akan terus menyokong guru bagi melanjutkan pengajian mereka.

Meningkatkan kualiti persekitaran kerja guru

Menyedari bahawa tugas pentadbiran yang berlebihan bolehmenjejaskan masa dan keberkesanan tugas utama pengajaran dan pembelajaran guru, maka Kementerian akan mengambil dua tindakan utama semasa Gelombang 1 untuk mengurangkan beban tugas yang tidak diperlukan.

Pertama, Kementerian telah mula menyeragamkan sistem pengurusan dan pengumpulan data sedia ada untuk menghapuskan pertindanan keperluan data. Tiga pangkalan data telah disasarkan bagi proses awal penyeragaman data: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang digunakan untuk menggabungkan keputusan murid daripada peperiksaan semester berasaskan sekolah, Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang digunakan untuk menjejak keputusan pentaksiran berasaskan sekolah dan Sistem Maklumat Murid (SMM) yang mengandungi data sekolah dan guru. Perubahan ini seharusnya menghapuskan permohonan berulang bagi data yang sama dan memudahkan proses memasukkan data baharu ke dalam sistem. Kementerian juga akan mengkaji semula keperluan laporan pendokumentasian dan laporan sedia ada (sebagai contoh, keperluan untuk pensijilan ISO) bagi penyeragaman bidang-bidang berkenaan. Kedua, Kementerian akan mengenal pasti kaedah bagi mengatasi isu kesesakan di sekolah yang mempunyai purata saiz kelas melebihi 35 orang murid. Kaedah yang dicadangkan termasuk pembinaan bilik darjah tambahan, penempatan semula guru tambahan, dan/atau mengetatkan penguatkuasaan kuota enrolmen. Walau bagaimanapun, Kementerian tidak akan mengurangkan bilangan murid bagi setiap kelas daripada 35 orang kerana terdapat bukti kajian peringkat antarabangsa yang menunjukkan saiz kelas bukan faktor penyumbang utama kepada pencapaian murid berbanding kualiti guru.

Gelombang 2 (2016 ke 2020): Mengukuhkan kemajuan dan laluan kerjaya

Dalam Gelombang 2, Pakej Kerjaya Guru baharu akan dibina atas kejayaan Gelombang 1 yang memberi tumpuan kepada peningkatan standard dan kualiti program latihan praperkhidmatan perguruan, dan memastikan hanya graduan yang terbaik dipilih menyertai profesion keguruan. Pakej ini akan menyediakan pelaksanaan laluan kerjaya yang dimantapkan dengan tawaran pelbagai pengkhususan bergantung pada minat guru. Selain itu, kemajuan kerjaya yang lebih pantas disediakan untuk guru berprestasi tinggi, manakala guru yang tekal berprestasi rendah diberi pilihan bagi penempatan semula. Semua kerja awal bagi perubahan ini perlu bermula semasa pelaksanaan Gelombang 1 untuk membolehkan inisiatif yang dirancang dilaksanakan segera pada tahun 2016.

Meningkatkan sistem latihan praperkhidmatan dan sistem pemilihan guru

Kementerian akan menyemak semula kurikulum latihan praperkhidmatan di IPG bagi memastikan guru diberi persediaan secukupnya bagi mengajar Kemahiran Abad ke-21 yang diperlukan oleh murid di Malaysia (lihat Bab 4 untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perubahan yang dihasratkan dalam kurikulum dan pentaksiran). Kementerian juga akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya kurikulum latihan praperkhidmatan yang sama dilaksanakan di IPTA. Di samping itu, Kementerian akan meningkatkan kualiti pengalaman praktikum secara tekal dari segi waktu yang diperuntukkan, dan melibatkan guru berpengalaman yang memiliki kemahiran pementoran menyelia guru pelatih. Langkah ini akan membolehkan guru menambah keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah seawal hari pertama mereka menyertai perkhidmatan perguruan.

Pengukuhan laluan kerjaya

Kementerian akan meneliti pelaksanaan tiga laluan kerjaya yangberbeza:(i) laluan pengajaran bagi guru yang ingin kekal mengajar di bilik darjah;(ii) laluan kepimpinan dan pengurusan bagi guru yang ingin menjawat jawatan kepimpinan sama ada pada peringkat sekolah, daerah, negeri atau pusat;(iii) laluan pakar bidang khusus bagi guru yang ingin menjadi pembimbing guru dan jurulatih, pensyarah di IPG dan IAB, atau pembangun kurikulum dan pentaksiran. Laluan kerjaya ini akan dibangunkan semasa Gelombang 1 selepas berunding dengan kesatuan guru dan akan dijajarkan dengan perubahan laluan kerjaya yang serupa bagi pemimpin sekolah (perincian Bab ini dalam bahagian Pemimpin Sekolah).

Bagi setiap laluan, Kementerian menggunakan instrumen yang dibangun dalam Gelombang 1 bagi menentukan kompetensi guru yang dijangka berkembang selari dengan keperluan setiap kenaikan pangkat. Kementerian juga akan memastikan peluang kenaikan pangkat dalam setiap laluan adalah setara, dan pergerakan merentas mana-mana laluan dibenarkan.

Rombakan kemajuan kerjaya

Kementerian berhasrat untuk mengukuhkan skim Guru Cemerlang sedia ada. Di bawah skim laluan pantas yang disemak semula, dicadangkan guru berprestasi tinggi dinaikkan gred dari DG41 ke DG54 dalam tempoh masa yang lebih pendek berbanding tempoh 25 tahun sekarang (Ekshibit 5-11). Kemajuan kerjaya guru bergantung pada kepantasan seseorang guru menguasai kompetensi yang ditetapkan pada setiap peringkat. Kredit tambahan akan diberikan kepada guru yang berjaya menyempurnakan perkhidmatan antara tiga hingga lima tahun di sekolah di luar bandar/pedalaman, dan/ atau di sekolah berprestasi rendah. Pergerakan pantas ini bertujuan memberikan ganjaran kepada guru yang cemerlang, dan menjadi insentif kepada guru yang terbaik untuk bertugas di sekolah berkenaan. Implikasinya, komposisi tenaga kerja guru akan beranjakdaripada didominasi oleh guru muda kepada guru berpengalaman berkemahiran tinggi. Dianggarkan terdapat antara 2% hingga 5% guru pada setiap tahun yang mendapat manfaat daripada skim laluan pantas ini.

Kementerian juga akan melancarkan satu skim peralihan untuk guru yang menunjukkan prestasi rendah tiga tahun berturut-turut walaupun telah diberikan sokongan secara intensif. Kementerian menyedari hakikat bahawa mengekalkan tugas mengajar kepada guru-guru ini akan menyebabkan mereka kehilangan peluang kenaikan pangkat. Prospek mereka mungkin lebih cerah sekiranya mereka berupaya melaksanakan tugas lain yang lebih sesuai dengan kebolehan mereka. Kementerian beriltizam untuk menyediakan beberapa pilihan untuk guru-guru ini dan memastikan mereka menerima sokongan secukupnya bagi melakukan peralihan ini. Menerusi skim ini, Kementerian akan menempatkan semula guru bagi menjalankan peranan lain dalam sekolah seperti membantu tugas pentadbiran, pengurusan disiplin, atau pengurusan aktiviti kokurikulum (Ekshibit 5-12). Kementerian juga akan meneroka pilihan bagi melatih semula guru-guru ini supaya berjaya melaksanakan peranan baharu yang dipilih mereka.

Gelombang 3: Mewujudkan budaya

Kecemerlangan profesionalisme berasaskan rakan setugas

Menjelang tahun 2021, semua elemen Pakej Kerjaya Guru baharu diharap akan dapat dilaksanakan. Profesion keguruan akan berubah apabila guru dapat menikmati pelbagai laluan kerjaya berbeza; dan menerima kesan daripada pelan induk pembangunan profesionalisme yang dirangka khusus untuk guru; serta pemberian ganjaran berdasarkan prestasi, bukannya tempoh perkhidmatan. Sepanjang tempoh Gelombang 3, Kementerian akan menumpukan kepada usaha memastikan semua guru memanfaatkan keluwesan dalam hal-hal profesionalisme berkaitan jadual waktu, kurikulum dan susunan pengajaran, pendekatan pedagogi dan pentaksiran berasaskan sekolah. Keluwesan dalam hal ini diberikan kepada mereka dalam Gelombang terdahulu. Kementerian berhasrat untuk mewujudkan budaya kecemerlangan profesionalisme teladan rakan setugas, iaitu guru membimbing satu sama lain, dan saling memberi inspirasi, berkongsi amalan terbaik, dan memastikan rakan setugas mengamalkan nilai kebertanggungjawaban untuk memenuhi standard profesional. Kementerian juga mempertimbangkan cadangan bagi mewujudkan skim pensijilan berdasarkan penguasaan kompetensi keguruan seperti ditetapkan dalam Gelombang 1. Kementerian akan bekerjasama dengan wakil kesatuan guru untuk mencapai semua matlamat ini.

PISA 2015: M'SIA MAMPU CAPAI KEDUDUKAN LEBIH BAIK MELALUI PELAKSANAAN PPPM

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Malaysia mampu mencapai kedudukan lebihbaik dalam Program Penilaian Murid Antarabangsa (Pisa) 2015 melalui pelaksanaanPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), seterusnya meletakkannegara setanding piawaian antarabangsa.Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, PPPM akan dapat menanganicabaran sedia ada serta mengubah sistem pendidikan negara supaya lebih memenuhikeperluan ekonomi global yang semakin kompetitif."Walaupun keputusan Pisa 2012 yang dikeluarkan baru-baru ini agak tidakmemberangsangkan, kementerian yakin Malaysia mampu mencapai kedudukan lebih baikdalam Pisa 2015 melalui pelaksanaan PPPM yang dilancar 6 Sept lalu," katanya.Kenyataan itu menyebut keputusan Pisa 2012 menunjukkan peningkatanpencapaian dalam Matematik sebanyak 17 mata iaitu daripada 404 dalam Pisa 2009+kepada 421."Dalam ujian Matematik, Malaysia berada pada kedudukan ke-52 daripada 65negara yang mengambil bahagian berbanding kedudukan ke-57 dalam Pisa 2009,"katanya.-- LAGIPENDIDIKAN-PISA 2 KUALA LUMPURMenurut kenyataan itu, keputusan Sains pada 2012 pula menunjukkan pencapaianyang hampir serupa dengan Pisa 2009, iaitu menurun dua mata daripada 422 kepada420 dan berada pada kedudukan ke-53, jatuh satu tangga berbanding sebelumnya.Pencapaian Pisa 2012 dari aspek bacaan pula menurun 16 mata daripada 414kepada 398 dan Malaysia menduduki tempat ke-59 berbanding ke-55 dalam Pisa 2009.Kementerian Pendidikan juga akan terus komited memperhebat usaha daninisiatif bagi melonjakkan sistem pendidikan negara untuk berada dalam kalangannegara sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik di dunia.Kenyataan itu menyebut Malaysia mengambil bahagian dalam Pisa buat pertamakali pada 2010 (Pisa 2009+) di mana lebih kurang 5,000 murid dari 154 sekolahdinilai manakala seramai 5,700 murid bagi Pisa 2012, yang melibatkan 164 sekolahsebelum PPPM dilancar.Kementerian mengenal pasti kelemahan dalam pelaksanaan kurikulum sebelum iniyang kurang menekankan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), menyebabkanmurid kurang berkemampuan untuk mengaplikasi kemahiran itu semasa menjawabsoalan pentaksiran berkenaan.-- LAGIPENDIDIKAN-PISA 3 KUALA LUMPURMenurut kenyataan itu, sebagai langkah segera, kementerian menubuhkanJawatankuasa Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS)dan Pisa yang diterajui Bahagian Pembangunan Kurikulum serta dianggotai kesemuabahagian profesional kementerian.Jawatankuasa itu akan mengenal pasti dan memantau inisiatif yang perludijalankan untuk penambahbaikan program penilaian murid antarabangsa.Kementerian juga sedang menyusun pelbagai tindakan penambahbaikan yangselari dengan amalan terbaik antarabangsa dan menangani segera kelemahan yangdikenal pasti melalui penilaian Pisa.Satu daripada inisiatif dalam PPPM untuk meningkatkan prestasi Malaysiadalam TIMSS serta Pisa ialah dengan membangunkan modul latihan Matematik danSains bagi menangani jurang khusus dalam kandungan dan kemahiran yang diujidalam Pisa dan TIMSS serta format soalan Pisa dan TIMSS.Kementerian turut menambah baik inisiatif berkaitan KBAT dan menambahkemahiran guru yang akan meningkatkan hasil pembelajaran bagi keseluruhan murid.-- LAGIPENDIDIKAN-PISA 4 (AKHIR) KUALA LUMPURMenurut kenyataan itu, bagi menjayakan inisiatif berkenaan, kementeriansedang mengemas kini kurikulum sekolah rendah dan menengah agar selari denganpiawaian antarabangsa.Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperbaharui dan KurikulumStandard Sekolah Menengah (KSSM) yang baharu akan dilancar pada 2017."Di samping itu, kementerian juga menambah baik sistem penilaian kebangsaandengan memasukkan unsur KBAT dalam ujian. Pada 2016, 40 peratus soalan KBAT akandimasukkan ke dalam kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)manakala 50 peratus untuk kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),"katanya.Kementerian juga sedang memperhebat sokongan kepada guru dengan menambahbaik cara mereka menyampaikan kurikulum itu dan pelbagai program bagimempertingkat kemahiran sedang dirangka untuk mempersiapkan guru dengan KBATseperti program i-Think."Di samping itu, program peningkatan kemahiran literasi bahasa Malaysia,bahasa Inggeris dan Matematik (Linus 2.0) juga dijangka menyokong keputusan yanglebih baik dalam TIMSS dan Pisa," menurut kenyataan itu

Kemenjadian Murid dan Kerangka Baharu Sistem Pendidikan Malaysia.Bersamaan tarikh ulang tahun runtuhnya World Trade Center yang ke-11, Perdana Menteri melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Kuala Lumpur City Centre, menara berkembar yang menjadi kebanggaan Malaysia.Secara kebetulan ramai yang berfikir, kenapakah pelancaran PPPM itu dilakukan pada tarikh yang begitu banyak kesannya kepada psikologi masyarakat antarabangsa akibat serangan menara berkembar yang menempatkan para pedagang saham di New York sehingga mempertajamkan lagi hubungan barat dengan Islam.Tragedi 911 itu turut merubah perspektif hubungan antara Islam dan barat dalam kancah persengketaan yang lebih besar sehingga lebih ramai aktivis sosial melihat semula apakah faktor agama menjadi penyumbang terbesar kepada sikap ganas. Malang sekali, penelitian tersebut tidak banyak membantu dalam memperbetulkan rasa takut kepada Islam, kerana itulah setiap ikon yang berhubung dengan Islam dilihat mempengaruhi sikap ganas.Pemilihan KLCC sebagai tapak pelancaran Laporan Awal PPPM memberikan perspektif bahawa menerusi pendidikanlah akan merubah keadaan yang sedang dialami oleh masyarakat Malaysia sekarang, yang sistem pendidikannya dilihat semakin berkecamuk dan penuh masalah.Dalam laporan awal PPPM terpampang usaha yang sedang dan bakal dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperbetulkan simpang-siur sistem pendidikan negara dengan mensasarkan kedudukan yang lebih baik di peringkat antarabangsa sama ada dari aspek kemenjadian murid, keseimbangan kos, profesionalisme guru, kebahasaan, sokongan sistem, persekitaran masyarakat, sokongan komuniti (ibu bapa dan sektor swasta) dan hasrat yang hendak dicapai oleh negara ketika perjalanan menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi sedang giat dipersiapkan.Dalam perjalanan menuju ke tahap negara maju itulah tersimpuh semula makna dan maksud pendidikan yang hanya berkisar kepada keperluan menghasilkan modal insan yang bukan sahaja mempunyai kebolehpasaran yang tinggi, bahkan turut seimbang antara keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek, sebagaimana dihasratkan menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan sejak mula dimaktubkan pada tahun 1986.Jarak antara tahun 1986 hingga 2012, iaitu selama 26 keseimbangan sahsiah dan kemenjadian murid tidak berjaya dilaksanakan sepenuhnya. Di dalam laporan awal PPPM ini terserlah banyak kelemahan termasuk kedudukan pencapaian pelajar dalam kelompok satu pertiga ke bawah dalam 74 buah negara yang menyertai PISA (Programme for International Student Asessment) dan menurun daripada kedudukan di atas purata pada tahun 1999 kepada di bawah purata antarabangsa pada tahun 2007 dalam TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study).(Hal. E-5 dan E-6).Maknanya, semakin lama penyertaan Malaysia dalam kajian tersebut, prestasi pelajar dalam tiga bidang yang diukur telah menurun, iaitu kebolehan Membaca, Matematik dan Sains. Jika dibandingkan dengan Thailand, prestasi pelajar Malaysia berada di dua tahap terkebawah dalam kebolehan bacaan, lima terkebawah dalam matematik dan di satu tangga di belakang dalam bidang sains.Hampir 60 peratus murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44 peratus dalam Bacaan dan 43 peratus dalam Sains. Terdapat perbezaan sebanyak 38 mata, maksud ketinggalan selama setahun dengan Thailand dan tiga tahun atau lebih dengan Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Shanghai.Maknanya, semakin lama penyertaan pelajar Malaysia dalam ukuran tersebut semakin terperosok dan atas keperluan itulah maka ianya perlu dilakukan rombakan.Dalam rombakan yang sedang dilaksanakan ialah mengatasi punca kelemahan para pelajar, kerana sejak diperkenalkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2002, ia turut menjejaskan kualiti guru.Faktor bahasa dikatakan sebagai pengekang kepada prestasi. Hampir kesemua pakar pendidikan bersetuju bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan adalah dilaksanakan dalam bahasa ibunda ataupun bahasa yang digunakan secara meluas dan bahasa pertuturan utama. Oleh itu, adalah tidak menjadi sesuatu yang janggal apabila KPM membuat keputusan untuk kembali proses pengajaran dua mata pelajaran wajib itu menggunakan bahasa Melayu.Proses tersebut mengakibatkan perubahan dasar, yakni dari PPSMI kepada MBMMBI, iaitu memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuh bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris diperkukuhkan dengan menambahkan jumlah masa pengajaran, meningkatkan kualiti guru, memperkenalkan program mentor-mentee (guru penutur jati) dan membangunkan profil kemahiran berbahasa dalam kalangan guru bahasa Inggeris.Sayangnya, MBMMBI mendapat reaksi kurang senang daripada segelintir ibu bapa yang tetap mahukan PPSMI dengan memberikan pilihan kepada sekolah untuk membuat penentuan. Dalam menangani keresahan tersebut, KPM akhirnya membuat semula jajaran pelaksanaan MBMMBI menerusi soft-landing, yakni sepatutnya pelajar tingkatan satu akan mula belajar matematik dan sains dalam bahasa Melayu pada tahun 2012, ia dibenarkan sehingga tamat tingkatan lima pada tahun 2016. Ini bermakna MBMMBI akan dilaksanakan sepenuhnya di semua peringkat sekolah menengah pada tahun 2021.PPPM turut menerima kecaman daripada sekumpulan pertubuhan-pertubuhan pendidikan China yang terus mahu memperjuangkan peluang sama proses pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Mandarin walaupun pada peringkat sekolah rendah, SJK (C) dan SJK (T) dibenarkan berbuat demikian. Mereka turut mahukan bahasa Mandarin dijadikan salah satu bahasa pengantar di sekolah menengah kerana menganggap usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di sekolah-sekolah akan mengakibatkan bahasa ibunda lain berhadapan dengan masalah.Oleh kerana itulah mereka terus mendesak agar KPM boleh menerima kesemua cadangan yang dikemukakan kerana melihat inilah peluang terbaik setelah kerajaan turut menerima calon-calon yang lulus dalam UEC (Unified Chinese Education) memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) pada tahun lalu bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru di sekolah-sekolah SJK (C). Dalam masa yang sama, Lembaga Penasihat Sekolah (LPS) tidak mahu menerima guru-guru yang tidak mahir berbahasa Mandarin mengajar di sekolah-sekolah vernakular itu walaupun untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.Desakan daripada pejuang-pejuang bahasa Melayu dan Sastera Melayu turut menampakkan ada kecenderungan melihat PPPM tidak akan melonjakkan kedudukan bahasa Melayu kerana kejelasan laluannya tidak terarah ke peringkat pendidikan tertiari. Hal ini menyebabkan mereka terus mendesak agar berlaku semacam akujanji daripada IPTA untuk melakukan transformasi penggunaan bahasa pengantar sebagaimana pernah dilaksanakan pada awal tahun 1980-an. Hari ini sistem pendidikan di universiti banyak menggunakan bahasa Inggeris manakala proses penterjemahan karya-karya ilmiah sedikit terbantut.Pasaran buku akademik berbahasa Melayu cukup kecil oleh kerana tidak semua IPTA menggunakan buku-buku tersebut sebagai rujukan. Para pensyarah bebas menentukan bahan rujukan kerana pendidikan tinggi tidak perlu tertakluk kepada konsep buku teks sebagaimana berlaku di peringkat sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Apa yang berlaku di IPTA ialah kurikulum yang fleksibel, di mana para pensyarah bebas menerokanya secara kreatif, kerana hayat sesuatu subjek yang ditawarkan bergantung kepada sambutan dan penerimaan para pelajar, terutama subjek bukan teras.PPPM 2013-2025 sudah menemukan jalan keluar secara makronya bagaimana untuk membangunkan modal insan daripada aspek kemahiran akademik dan kebolehpasarannya, terutama dalam persekitaran ekonomi baharu yang lebih tertumpu kepada kreativiti dan inovasi. Bagaimanapun, kekurangan yang amat ketara ialah bagaimana perancangan PPPM itu untuk menjadikan seorang murid benar-benar menjadi dalam aspek bukan akademik, terutamanya sahsiah dan daya tahan moral.PPPM tidak menemukan kaedah atau jalan yang mampu memperkuatkan nilai keinsanan dalam diri pelajar setelah berada di bangku persekolahan wajib selama 11 tahun (sekolah rendah 6 tahun dan sekolah menengah 5 tahun), kerana persekitaran pembelajaran yang selari dengan pembangunan sahsiah dan keagamaan tidak diberikan ruang yang luas.Apa yang cuba dipaparkan ialah sekadar meningkatkan jumlah guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dan moral, pengukuhan sekolah-sekolah agama dan pembangunan kurikulumnya, tetapi tidak banyak disentuh bagaimana kemenjadian pelajar itu sendiri dalam pembangunan diri. Pola hubungan etika secara berkesan tidak dimasukkan sebagai landasan utama, maka hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijangka sekali lagi menerima kegagalannya.Mungkin ketika perumusan pelbagai pandangan, sumbang saran daripada kumpulan fokus (750 pengetua dan guru besar;15,000 guru; 22,000 murid; dan 300 pegawai JPN/PPD), perbincangan terbuka (8,000 orang guru; 2,000 ahli PIBG dan 2,000 orang awam), panel penilai bebas (12 orang), panel antarabangsa (4 orang), universiti tempatan (6 buah) dan makmal pendidikan (9 ) tidak menyentuh keperluan tersebut.PPPM mengambil kira 9 bidang utama, profesion keguruan, keupayaan kepimpinan sekolah, kualiti pengajaran, rangka kerja kurikulum dan pentaksiran, kemahiran pelbagai bahasa, kesediaan murid ke pendidikan tinggi dan pasaran kerja, menganjak pendidikan dari sistem sekolah kepada sistem pembelajaran, kos dan produktiviti, dan peningkatan penyampaian dan pelaksaan. Masih belum berbuah persoalan membentuk etika belajar dan lebih kondusif antara guru dan pelajar, sedangkan inilah falsafah yang amat diberikan perhatian dalam Islam.Al-Ghazali (1058-1111M), seorang intelektual muslim yang berpengaruh hingga ke hari ini walaupun sudah meninggal lebih sembilan ratus tahun, saranannya masih tetap relevan bagi menyelesaikan persoalan ummah dan hasil limpahan keunggulan akademik menerusi pencapaian skor A ataupun jumlah peratusan cemerlang.Salah sebuah bukunya yang termasyhur dalam bidang tasauf, Ayyuhal Walad dan kemudiannya ditulis semula dalam bahasa moden oleh Islah Gusmian dan diterbitkan oleh PT Mizan Pustaka pada tahun 2006 dengan judul, Surat Cinta al-Ghazali, memberikan kita kaedah bagaimana untuk mendidik dengan lebih baik dan berkesan.Buku ini disifatkan mempunyai kekhususan yang tersendiri kerana al-Ghazali menjadikan nilai-nilai tasauf sebagai mata air gagasan pendidikan. Diberikan penekanan yang luar biasa hubungan antara tasauf sebagai satu disiplin spiritual dengan amalan pendidikan.Buku ini dimulai dengan rasa resah seorang murid al-Ghazali dan sebagai pengantarnya, Islah Gusmian melatarinya dengan berkata: Saya telah penat mengkaji ilmu-ilmu itu. Kini, saya tidak tahu ilmu yang manakah lebih bermanfaat bagi diri saya sebagai wahana menggapai cahaya Tuhan dan lebih mampu memimpin saya menghadapi masa hadapan. Saya pun tidak tahu ilmu mana yang tidak bermanfaat sehingga ia dapat dihindari dan saya dapat menjaga diri darinya. Murid al-Ghazali berhadapan dengan kemelut ilmu sebagaimana pernah beliau alami ketika mengajar di Madrasah Nizamiyyah sehingga menyebabkan beliau berkelana jauh meninggalkan dunia akademik untuk mencari kebenaran.Hampir sebelas tahun lamanya al-Ghazali mencari kebenaran dengan mendekatkan diri dengan Allah SWT di persekitaran masjid di Syria, Palestin dan kemudiannya mengerjakan haji sebelum pulang semula ke kampung halamannya mendirikan madrasah. Beliau kemudiannya kembali semula ke Madrasah Nizamiyah untuk beberapa ketika dengan pengalaman yang baharu, dan sebahagian besar pengalaman tersebut diterjemahkan menerusi ratusan kitab yang dihasilkan selepas menjalani proses mencari kebenaran.Resah diri itulah menyebabkan muridnya menulis sepucuk surat untuk meminta nasihat, bimbingan dan doa. Guru, tulisan murid tersebut, apabila jalan menuju jawapan bagi saya telah tertulis dalam pelbagai bukumu, seperti Ihya Ulumudin, Kimiya al-Saadah, dan sebagainya, sesungguhnya muridmu ini tumpul nalar untuk menelaahnya. Saya mohon kepada Guru, sebuah ringkasan yang dapat saya. Risalah itulah kemudiannya ditulis dan diberikan judul Ayyatul Walad oleh al-Ghazali.Dialog itu juga membuktikan bahawa penekanan utama yang dilaksanakan oleh al-Ghazali ialah membolehkan muridnya mudah memahami, dan seterusnya dapat dijadikan teladan amalan terbaik. Itulah ilmu yang kita perolehi daripada kemuliaan hati seorang guru yang bernama al-Ghazali, beliau tidak pernah berkata: Kamu bacalah apa yang saya tulis.Al-Ghazali meletakkan hubungan guru-murid seperti hubungan ayah dengan anaknya sendiri, maka proses pembelajaran berjalan secara mesra dan bersifat dialog yang memberikan kejelasan, kefahaman dan bersifat afektik. Ini tidak berlaku dalam kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan moden, kerana para guru hanya mengajar dan mengajar, tetapi tidak menjiwai ilmu itu terlebih dahulu.Para guru, yang sebahagian besar memilih kerjaya tersebut bukan kerana minat. Mereka memilih kerjaya keguruan kerana tidak ada pilihan lain yang sesuai dengan bidang pengetahuan yang dipelajari ketika di universiti. Kerjaya guru boleh memberikan jaminan keselamatan sekurang-kurangnya hingga tahap umur persaraan mandatori, kerana seseorang guru tidak dinilai sejauhmanakah penerokaan ilmu selanjutnya, meskipun ada sebahagian berusaha melanjutkan pendidikan pasca siswazah. Ini belum memadai kerana ramai juga para guru tidak menjadikan alam sebagai gedung ilmu dan pemerhatian sebagai sumber pengetahuan paling berharga.Guru juga kurang berminat membaca buku-buku ilmiah di luar bidang pengajarannya, maka beruntunglah guru-guru di Malaysia selagi anda tidak dikenakan tindakan disiplin, kedudukan anda tetap selamat. Anda masih boleh menerima gaji yang lumayan walaupun anda kurang mengajar. Anda tetap dibayar gaji, maka kerana itulah apabila berlaku beberapa program transformasi, ramai guru yang menyuarakan kebimbangan dan mempersoalkan kedudukannya.Ada guru marah-marah apabila PPPM diperkenalkan, mereka akan bekerja dengan kelajuan yang lebih dan beban yang semakin sarat. Menerusi PPPM, sistem peperiksaan sudah berubah menjadi Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), maka gurulah yang akan membuat penilaian secara berhemah ke atas para pelajarnya, dan setiap perubahan psikomotor dan penguasaan murid perlu direkodkan sebagai evidence. Di situlah bermula segala-galanya, kerana ramai guru dilanda sindrom kasut baharu.Dalam sindrom itu ramai guru mula ragu-ragu, apakah hasil pengajaran selama ini tidak dapat menghasilkan kemenjadian murid? Ramai yang mengambil sikap lepas tangan, bagaimana kemenjadian murid itu boleh ditingkatkan kerana murid sendiri tidak menunjukkan sikap ingin berubah ataupun jadi lebih pandai.Maknanya, selagi revolusi dalam diri guru tidak dimulakan, maka nasib PPPM akan mengalami kesan yang serupa dengan program-program pendidikan yang gah ketika permulaannya. Ramai yang masih ingat, ketika PPSMI diperkenalkan ramai guru yang terbabit merasakan skeptik kerana terpaksa mengajar dalam bahasa Inggeris, sedangkan sejarah persekolahan yang dilaluinya adalah dalam bahasa Melayu.Bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan (PPSMI), kerajaan memperuntukan ratusan juta ringgit bagi menyediakan buku teks, alat bantu mengajar (kemudahan komputer, skrin dan projekter), latihan dan kursus berbahasa Inggeris, bahan-bahan interaktif, tetapi akhirnya prestasi pelajar tidak juga meningkat.Bahkan, bila dilaksanakan pembinaan pengkalan data penguasaan berbahasa Inggeris, ramai guru yang gagal, maka semangat itu mula berubah, proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bercampur-campur (bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia). Bukti kajian oleh KPM sendiri sudah memadai bagi menggambarkan situasi tersebut.Begitu juga dengan kegagalan berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar walaupun proses pembelajarannya mengambil masa yang panjang. Sebelas tahun belajar bahasa Inggeris, akhirnya murid tidak juga boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa tersebut, kerana ada guru bahasa Inggeris, sama ada yang bukan opsyen ataupun opsyen tidak melepasi tahap kecemerlangan berbahasa berdasarkan standard ujian yang digunakan.Lebih menyedihkan peratusan pencapaian adalah begitu rendah dan ia memerlukan latihan semula yang menyebabkan ratusan juta ringgit lagi perlu dibelanjakan. Apakah ini akan terus berlaku dalam situasi selepas terbitnya laporan akhir PPPM nanti, atau di akhir tempoh 2025, masih ramai guru bahasa Inggeris tidak lancar dan mampu berbahasa Inggeris dengan baik? Inilah yang menjadi misterinya, kerana lorong yang disediakan semakin kerap perlu diturap dan bukannya dibina semula dengan asas yang lebih kukuh.Harapan rakyat Malaysia ialah proses pengambilan calon guru mestilah dilaksanakan secara terbuka dengan memilih calon-calon yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan peringkat universiti. Calon-calon itu perlulah dijadikan sebagai kadet untuk tempoh tertentu, apabila penilaiannya sampai ke tahap membanggakan, maka mereka akan diserap masuk ke dalam kerjaya perguruan.Jangan jadikan bidang keguruan sebagai kerjaya tangkap muat bagi mengurangkan pengangguran dan lambakan siswazah. Biarlah mereka berkelulusan dalam bidang pendidikan itu bersaing secara sehat dalam pasaran terbuka, manakala seluruh IPG yang ada menjadi pusat latihan dalam perkhidmatan.Biarlah guru siswazah berada di sekolah rendah mahupun sebagai guru prasekolah. Mereka boleh menjadi seorang guru yang baik kerana mereka meminati profesion tersebut, dan bukannya sebagai pilihan terakhir. Setiap mereka yang mengajar perlu diberikan tahap ikhtisas oleh satu badan profesional, seolah-olah sijil amalan keguruan. Sijil tersebut tentunya boleh ditarik balik sekiranya guru melanggar etika dan tidak mampu menghasilkan kemenjadian murid.Bahkan, apabila seorang guru berkata: tanggungjawab seorang guru ialah menjadikan anak muridnya lebih pandai daripada guru sendiri. Kalau hanya guru lebih pandai akhirnya daripada anak murid, itu adalah kegagalan. Itu bermakna guru tidak benar-benar memahami dan membudayakan amalan pengajaran yang baik. Bolehkah kemenjadian murid, berdasarkan kecerdasan intelek, spiritual dan emosi dibentuk menerusi sistem pendidikan yang sedang dirintis dalam PPPM ini berlaku? Kalau ada, apa jaminannya?Itu adalah falsafah dan harapan yang masih lagi kabur, kerana PPPM hanya menggariskan pencapaian dan kemenjadian murid dari aspek kebolehpasaran, kerana selepas tahun 2020, Malaysia diharapkan telah mencapai tahap negara berpendapatan tinggi. Kita hanya mengukur kemenjadian murid berdasarkan kehendak pasaran, dan bukannya kehendak membentuk meeting of minds yang dilingkari oleh kesedaran moral dan spiritual secara bersepadu, kerana sifat keinsanan merangkumi kesemuanya.Bahkan, konsep pendidikan yang dirintis oleh al-Ghazali turut dikembangkan oleh Ibnu Khaldun dan kemudiannya Malek Bennabi. Sayangnya, dalam penerobosan psikologi pendidikan barat,kita sebenarnya sudah lupa dengan kemurnian asas spiritual Islam yang telah melonjakkan kedudukannya sebagai pusat ilmu dan tamadun yang amat besar pengaruhnya kepada seluruh masyarakat dunia, termasuk barat sendiri. Sistem pendidikan barat hanya mampu melahirkan manusia yang bertamadun, tetapi hilang ghairahnya (jiwa).Pendidikan merupakan satu proses asimilasi (penghadaman) antara keyakinan dan nilai sehingga mampu memberikan kaedah penyelesaian kepada setiap permasalahan kehidupan secara seimbang dan bukannya menambahkan lagi berat bagasi sosial, seperti gejala sosial, bunuh diri dan perobohan institusi keluarga, sosial dan sebagainya. Itulah yang diharapkan, kerana proses menjadikan seseorang itu benar-benar menjadi tentunya bermula dari rebungnya. Tetapi, kenapa rebung pula mahu dipatahkan sebelum diberikan peluang untuk membesar dan menjadi buluh?Jawapannya, tentu boleh dicari di mana-mana. Tetapi, hingga kini masih belum ditemui dengan jelas dalam laporan awal PPPM 2013-2025. Maka, laporan akhirnya nanti, mungkin ada harapan yang jelas, kerana kita tidak mahu rasa berdosa yang teramat besar apabila rebung pada hari ini tidak akan menjadi buluh dalam tempoh yang sepatutnya.Muhamad Irfan Iskandar

25