cabaran bahasa melayu dalam era globalisasi

Upload: nash-melaka

Post on 02-Jun-2018

503 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    1/34

    Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    CABARAN BAHASA MELAYU DALAM ERA GLOBALISASI

    Oleh Datuk Seri Utama Rais Yatim

    [Disember 2004]

    Dipetik dari:http://lokmandayat.blogspot.com/2008/11/bahasa-melayu-dalam-era-globalisasi.html

    [Edit dan buat tokok tambah untuk esei anda]

    NEGARA TELAH melangkah ke alaf baru empat tahun lalu. Dan pada tahun 2020 Malaysia

    dijangka menjadi sebuah negara maju, meninggalkan tarafnya sebagai negara membangun.

    Perhitungan ini banyak disandarkan kepada pembangunan fizikal dan terlalu sedikit kepada asas-

    asas jiwa dan penjiwaan, kualiti hidup dan jati diri bangsa.

    Kita, misalnya, sentiasa mengukur pencapaian mengikut KDNK, pertumbuhan ekonomi sebenar,ketinggian bangunan yang kita bina dan lain-lain pencapaian fizikal. Pada tahun 2020, iaitu

    sekitar 15 tahun dari kini tentunya serba-serbi berjalan pantas. Kehidupan masyarakat Malaysia,

    seperti yang diramal, akan dipenuhi pembaharuan demi pembaharuan. Teknologi informasi dan

    komunikasi pada masa itu akan secanggih mungkin. Cara hidup kita di Malaysia dan juga di

    merata dunia akan turut berubah.

    Kita sedang diterap dan dicorakkan oleh nilai-nilai dan amalan dunia global dengan hebatnya.

    Segala macam ilmu pengetahuan akan lebih pantas diperolehi. Cara berfikir, cara bertindak dan

    cara hidup, semuanya akan berubah. Banyak penyakit yang tidak terubat pada masa ini mungkin

    beroleh penawar yang mujarab di zaman itu. Atau sebaliknya, masyarakat Malaysia, khususnya

    orang Melayu, akan lebih terdedah kepada unsur-unsur baru.

    Unsur-unsur ini tidak semestinya membina jati diri atau yang membina bangsa yang dikehendaki

    kerana proses yang ada pada masa itu ialah yang sesuai dipanggil osmosis di mana proses nilai

    kuat lagi berpengaruh menyedut nilai lemah yang kurang berpengaruh. Salah satu yang bakal

    disedut melalui proses osmosis itu nanti ialah menerusi pencabulan bahasa, kebudayaan dan cara

    hidup yang mencorakkan sifat kemelayuan mereka. Pandangan yang cenderung ke arah

    fenomena ini mungkin akan dipertikai tetapi pada amatan kebanyakan pemerhati ianya pasti

    berlaku.

    Seperti yang telah disaksikan kebelakangan ini, kesan kemajuan global telah banyak mengubah

    cara hidup lama. Satu-satunya yang baru ialah hidup dengan komputer dan internet. Orang kini

    mengirim berita pantas melalui e-mail dan smsdua istilah yang sudah pun menjadi sebahagian

    perbendaharaan kata kita, dan sehubungan itu ramai yang berurus niaga melalui internet.

    Perkataan terbaru sering memasuki perbendaharaan kata kita, kadangkala tanpa perlu ditapis atau

    http://lokmandayat.blogspot.com/2008/11/bahasa-melayu-dalam-era-globalisasi.htmlhttp://lokmandayat.blogspot.com/2008/11/bahasa-melayu-dalam-era-globalisasi.htmlhttp://lokmandayat.blogspot.com/2008/11/bahasa-melayu-dalam-era-globalisasi.htmlhttp://lokmandayat.blogspot.com/2008/11/bahasa-melayu-dalam-era-globalisasi.htmlhttp://lokmandayat.blogspot.com/2008/11/bahasa-melayu-dalam-era-globalisasi.htmlhttp://lokmandayat.blogspot.com/2008/11/bahasa-melayu-dalam-era-globalisasi.html
  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    2/34

    dihalusi terlebih dahulu. Istilah Infotenmen, misalnya, yang menimbulkan kontroversi dalam

    penggunaan istilah bahasa Melayu juga merupakan satu istilah baru yang dipertikaikan walaupun

    Menteri Penerangan telah menghujahkan alasan-alasan penggunaannya di Parlimen. Hiburan,

    berita dan maklumat, kebanyakannya disajikan oleh media sampai terus ke bilik tidur dengan

    nisbah yang lebih ketara daripada yang disajikan secara tempatan. Alat-alat canggih pengguna

    dipasarkan secara meluas lalu menggantikan peralatan lama. Bahasa Melayu dituturkan separuh

    Melayu separuh Inggeris, di kalangan sektor swasta pertuturan adalah lebih kurang 70% dalam

    bahasa Inggeris dan hanya 30% dalam bahasa Melayu, itu pun adunan bahasanya dalam keadaan

    lintang-pukang seolah-olah sekerat ular sekerat belut. Dan secara ketara, pendidikan negara

    mulai disalut dengan kaedah-kaedah baru dengan perantaraan media baru iaitu bahasa Inggeris.

    Nisbah perkataan baru yang di ceduk dari bahasa Inggeris lalu jadi sebahagian bahasa rojak kita.

    Dunia siber sudah bertapak dalam hidup kita. Bersediakah kita mempertahankan diri agar jati diri

    dan kesinambungan bina bangsa terjamin? Sebenarnya soalan ini tidak akan dapat dijawab secara

    tepat dan kalau dijawab pun ianya belum pasti akur kepada apa yang mungkin terjadi.

    Jika diamati generasi muda Melayu di pusat-pusat Bandar, akan tersua amalan asas mereka.

    Mereka leka dengan perkelilingan barukeluarga, hiburan, sukan, tempat kerja dan tumpuan-

    tumpuan hidup yang lain lantas dipengaruhi unsur-unsur global yang telah dipopularkan melalui

    media, dagangan antarabangsa dan hiburan muzik serta wayang gambar hollywood dan

    bollywood. Mereka kian lama kian jauh dari apa yang dahulunya boleh dikesan sebagai belia

    Melayu. Sementara itu golongan Korporat Melayu cuba berlumba-lumba mendapatkan hak

    mereka dari kuih ekonomi yang ada, sekali pun tahap yang dicapai setakat ini masih di paras

    18%. Jelaslah 12% lagi masih di awangan dan belum menepati janji serta aspirasi kita yang

    digurindamkan pada tahun 1971 dahulu.

    Dalam perkelilingan beginilah masyarakat Malaysia hidup di negara ini. Dan dalam

    perkelilingan beginilah kita kembali memperkatakan nasib bahasa Melayu (BM). Cuma kali ini

    ditambah sedikit dengan kaitannya dengan senario global. Sebenarnya memperkatakan tentang

    bahasa Melayu hakikatnya ialah kita memperkatakan satu-satunya aspek asas orang Melayu itu

    sendiri. Survival bahasa Melayu di peringkat yang maju dan beridentiti lantas juga

    mencerminkan bangsa Melayu khasnya dan bangsa Malaysia amnya. Cuma bangsa Malaysia

    adalah igauan politik yang hendak dicapai tetapi Bangsa Melayu sudah ada dan nyata.

    Kebelakangan ini sudah begitu banyak pihak memperkatakan tentang Bahasa Melayu. Tetapi

    boleh dikatakan kesemuanya membuat rungutan atau dengusan yang negatif tentang keadaan

    terumbang-ambing beberapa aspek bahasa Melayu itu. Dari tahun 1999 hingga 2003 terdapat

    secara rambang sekitar 94 rencana utama termasuk kertas-kertas simposium dan konvensyen

    yang memperkatakan tentang bahasa Melayu dari pelbagai sudut dan aspek. Tajuk-tajuk yang

    digemari ialah masalah bahasa rojak; keupayaan bahasa Melayu dalam dunia moden, bahasa

    Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu, kemampuan bahasa Melayu sebagai lingua

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    3/34

    franca di kepulauan Melayu, bahasa Melayu dalam konteks pembudayaan bahasa persuratan,

    kelunturan bahasa Melayu dan pelbagai lagi tajuk pokok yang kesemuanya menyentuh tentang

    pusaka perhubungan Melayu ini. Malangnya tiada satu pun di antara rencana-rencana itu yang

    memuji atau memberi markah tinggi kepada usaha memperkasakan bahasa Melayu. Sebenarnya

    usaha memperkasakan Bahasa Melayu semacam sudah dilupai, seolah-olah seperti bidalan

    terpijak pergi terlanda pulang. Boleh juga dikatakan bahawa piel atau sikap yang ada ialah sikap

    tangkap muat atau taking things for granted dalam kiasan bahasa Inggerisnya.

    Bahasa Melayu dalam era global adalah suatu tajuk yang sangat mencabar dan penuh

    permasalahan. Ia berkait rapat dengan soal jati diri orang Melayu dan bangsa Malaysia amnya. Ia

    juga suatu masalah pembudayaan yang amat berat dan rumit. Tajuk ini walaupun pernah

    dibincangkan dalam beberapa polemik yang terdahulu lebih banyak menimbulkan masalah

    daripada jawapan. Ini adalah kerana bahasa Melayu itu sendiri sedang menghadapi cabaran dan

    rintangan yang hebat di dalam negara sendiri. Bercakap pasal bahasa Melayu di era global

    semestinya memerlukan kita membincangkan terlebih dahulu beberapa isu bahasa secaradomestik. Jika tidak, perbincangan kita semacam belum tegak sudah berlari.

    Bahasa sebagai alat komunikasi antara manusia mempunyai berbagai-bagai fungsi. Ia berfungsi

    mengungkapkan konsep, gambaran dan menjelmakan perbuatan. Ia berfungsi menyampaikan

    kehendak mental. Ia berfungsi mengungkapkan perasaan, rasa hati dan gerak hati. Pendeknya

    sesuatu yang bermain-main dalam fikiran kita dapat kita ungkapkan melalui bahasa.

    Dengan bunyi glottal atau vokal manusia melahirkan bunyi itu. Pengalaman begini memakan

    masa dan merentas zaman. Perkataan baru sebelum diterima pakai sebagai sebahagian bahasa

    sesuatu masyarakat itu mengalami ujian penerimaan atau penolakan. Proses menerima ataumenolak ini bergantung kepada sekuat mana jati diri bangsa penuturnya. Jika lemah maka lebih

    banyaklah kata-kata yang diimport sekalipun di dalam himpunan kata-kata bangsa sudah sedia

    ada kata-kata sendiri.

    Sesuatu yang bermain-main dalam fikiran secara umumnya disebut bayangan dan secara

    khususnya disebut sebagai citra dalam Bahasa Sanskrit dan atau imej dalam alih Bahasa Inggeris.

    Citra atau imej muncul dalam bentuk simbol atau perkembangan. Misalnya apabila kita berfikir

    tentang kuda, kita menuturkan sebagai kuda atau menulisnya dalam istilah-kata "Kuda". Ertinya

    setelah membayangkan konsep "kuda" dalam fikiran, kita jelmakan ianya dalam bentuk lisan

    atau tulisan sebagai kuda.

    Bahasa (kata istilah dan konsepnya) cukup penting dalam mengungkapkan tahap-tahap ilmu

    yang tertentu. Dalam hierarki mempelajari sesuatu ilmu, wujud empat tahap keilmuan. Ilmu yang

    terbawah ialah ilmu empirikal (misalnya - ilmu sains dengan berbagai-bagai cabang ilmunya),

    diikuti tahap yang paling tinggi iaitu ilmu rasional ( ilmu falsafah dan ilmu pemikiran kreatif),

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    4/34

    ilmu laduni (intuitive knowledge) iaitu ilmu terus daripada Allah dan ilmu tertinggi ialah ilmu

    makrifat yakni ilmu tentang Ilahi yang merupakan ilmu yang tertinggi dalam hierarki ilmu.Setiap

    tahap ilmu mempunyai kata, istilah dan konsepnya yang tersendiri. Misalnya bahasa yang di

    ungkapkan pada tahap ilmu empirikal adalah bahasa saintifik. Bahasa saintifik membawa

    pengertian bahasa yang logik yakni yang berfungsi dan bersifat tersendiri tetapi yang melibatkan

    erti tepat. Dalam konteks inilah sayang sekali konsep tepat pengertian dan tepat penghasilan

    tidak didalami sebelum kita mengaku kalah lalu bahasa Melayu tidak mampu menjadi wahana

    sains dan matematik.

    Isu-isu bahasa :

    Pada amnya terdapat 7 isu pokok yang berkaitan bahasa Melayu dalam konteks bina bangsa

    (nation building):i. Masalah penjiwaan bahasa Melayuii. Masalah bahasa rojakiii. Masalah

    pemakaian dan keutamaan bahasa Melayuiv. Utiliti atau sifat perlu-guna bahasa Melayuv.

    Unsur-unsur dan amalan yang merosakkan bahasa Melayuvi. Akta Bahasa Kebangsaan 1963vii.

    Perubahan dasar bahasa ilmui.

    Penjiwaan bahasa: Bagi tempoh tahun-tahun 1960an Isu bahasa Melayu sebagai bahasa

    Kebangsaan menjadi perkara hangat dan isu yang membakar semangat perjuangan orang Melayu

    dan rakyat Malaysia. Bahasa Jiwa bangsa sesungguhnya sebahagian dari jiwa nasionalisme orang

    Melayu. Begitu penting dan utama bahasa Melayu sehingga UMNO sendiri menerapkannya ke

    dalam fasal 3 perlembagaannya tentang bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

    Sementelahan pula istilah Melayu itu sendiri mengikut Perkara 160 Perlembagaan negara

    mewajibkan seseorang itu berbahasa Melayu selain beragama Islam dan mengamalkan adat

    istiadat Melayu sebelum layak diiktiraf sebagai seorang Melayu. Kempen Bahasa Kebangsaan

    anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah pimpinan Tuan Syed Nasir Ismail masih diingatisebagai yang terhebat dan berkesan.

    Secara rambang keutuhan bahasa Melayu tidak banyak dipertikaikan sehingga 1986. Bahasa

    Melayu itu sendiri mengalami edaran zaman dan evolusi. Sistem ejaan, kerjasama penyeragaman

    Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia, penulisan novel, cerpen dan penyemarakan bahasa menjadi

    amalan biasa sehingga apabila menjelang tahun 1985 penulisan novel, cerpen, sajak terus beroleh

    tempat di kalangan pembaca. Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai semenjak 1959 hingga

    awal 1980an terus menjadi kilang guru bahasa Melayuyang berkesan dan disegani. Kini ianya

    cuma jadi sejarah. Penekanan kepada bahasa Melayu dari sudut perguruan khusus sudah kurang

    mendapat perhatian.

    Bila pengkhususan pengajaran bahasa berkeadaan sedemikian, maka hasil penjiwaannya juga

    turut berkurangan. Sastera Melayu, penulisan kreatif Melayu, bahasa Indah Melayu dan pada

    amnya pembudayaan bahasa Melayu turut merana. Bila jiwa sudah lemah dalam sesuatu amalan,

    maka aspek praktisnya juga turut lemah. Lemahnya penjiwaan adalah terasas kepada tuntutan

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    5/34

    perkelilingan. Lemah penjiwaan ini hanya dapat diatasi dan diperkukuh semula jika hala tuju

    jiwa bangsa tadi bersedia memungut yang cicir, mencari yang hilang. Jika polemik hanya

    tertumpu kepada hujah yang secara asasnya tidak yakin kepada bahasa ibunda sendiri sebagai

    bahasa ilmu tentulah ubat yang dicari tidak akan menyembuhkan penyakit. Penyakit lama akan

    hinggap kembali. Kini orang Melayu tak pandai sangat berkata halus lagi. Antara Hi dan

    Hello dan showtime pepatah-petitih sudah dilupai. Apa khabar juga sudah dipulas oleh

    Assalamualaikum. Perumpamaan Melayu semacam menjadi pusaka murah. Buku Kiliran Budi

    dan Ilmu Mengarang Melayu karya Pendeta Zaba sudah disaluti habuk kerana tidak dirujuk lagi.

    Kita menerpa dan melompat ke hadapan tanpa menyusun langkah. Di sinilah barangkali tepat

    dikatakan: koyak baju kerana lenggang; pesuk songkok kerana lonjak. Kerosakan ini semua

    adalah akibat badan yang buruk pinta. Rangkap lama mengingatkan kita:

    Jangan disalai ciku kedondong

    Salailah ikan atas para

    Jangan salahkan ibu mengandung

    Salahkan badan yang buruk pinta.ii. Masalah bahasa rojakKini kita sudah diserang penyakit campur-aduk seperti yang disebutkan

    di atas. Penyakit campur-aduk inilah yang menyebabkan berkembangnya bahasa rojak. Bahasa

    rojak wujud dalam sesuatu ayat yang diselang-selikan dengan bahasa asing sehingga

    campurannya itu semacam hidangan rojak. Hanya yang berbeza ialah rojak lebih sedap dimakan

    tetapi bahasa rojak menyebabkan kita sakit telinga mendengarnya dan paling parah, bangsa

    Melayu malu dipalunya.

    Awal-awal lagi boleh diperakukan, mencedok perkataan asing untuk dimuatkan ke dalam sesuatu

    ayat bahasa Melayu memang tidak dihalang, malah memang benar seperti kata-kata Pendeta

    Zaba dalam buku klasiknya Ilmu Mengarang Melayu bahawa dalam bahasa Melayu sediaterdapat sekian banyak perkataan yang asalnya adalah dari pelbagai punca: Sanskrit, Inggeris,

    Portugis, Belanda, Parsi, Arab, Cina dan sebagainya. Tidak perlu bagi saya menyatakan

    perkataan-perkataan itu kerana umum sudah pun mengetahuinya.

    Paling mudah bagi kita mendengar melalui radio atau TV sekarang ungkapan-ungkapan seperti

    e-mail, sms internet, software, hardware, ISDN, html, computer website dan

    sebagainya. Sekarang pun kita secara harian mendengar dialog seperti berikut:

    Hei, hari ini birthday I lah

    Dalam hal ini you yang paling best

    How are you today...harap OK lah

    You dah breakfast kah

    Hei, kawan-kawan, its showtime

    Inilah showtime yang ori

    Ungkapan-ungkapan dalam dialog ini dipetik dari siaran radio dan TV kita. Di kaki lima dan di

    kedai kopi dialog generasi muda begitu juga. Warga emas juga diheret sama. Jelas tiada

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    6/34

    pengawasan oleh pihak-pihak tertentu sehingga berterusan wujudnya bahasa rojak dalam

    kehidupan kita sehari-hari. Di samping pengawasan di media barangkali boleh dilakukan, tetapi

    ianya sukar dikuatkuasakan terhadap individu yang sudah memilih tatabahasa yang baru untuk

    bercakap antara seorang dengan seorang yang lain. Jika diamati, contoh-contoh ini boleh dituruti

    oleh ratusan contoh lain yang rata-rata membuktikan bahawa bahasa lisan kita sudah rosak

    keunggulannya. Sebaliknya bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil tidak tertarik dengan amalan

    campur-aduk ini ke tahap yang dialami bahasa Melayu. Yang merunsingkan ialah kepekaan dan

    rasa prihatin masih belum tertera di pemikiran yang bertanggung jawab di bidang penggunaan

    bahasa.

    Ada beberapa petua sebelum masyarakat harus membenarkan bahasanya dirasuk bahasa rojak

    yang tidak indah dan tidak mencerminkan jati diri. Pihak yang mengatakan bahawa apa salahnya

    diambil perkataan asing, sedangkan perkataan-perkataan asing sudah pun dipinjam semenjak

    beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ini memang boleh diterima tetapi peminjaman itu berasas kepada

    beberapa syarat dan ketertiban demi menjaga keutuhan bahasa Melayu:i. Istilah atau perkataanbaru itu bolehlah diambil jika tiada perkataan yang sama maksudnya dalam bahasa Melayu; Jika

    dalam bahasa sendiri ada perkataan yang sesuai, kenapa kita perlu tiru hak orang? Dalam

    pengertian ini, misalnya kita tak perlu ambil birthday sedangkan hari jadi atau hari kelahiran ada

    dalam bahasa Melayu.

    Showtime boleh diganti dengan masa persembahan atau saat persembahan; ori dengan asli;ii.

    Peniruan atau pengambilan kata perbendaharaan orang lain harus menambah ilmu dan jati diri

    kepada masyarakat.iii. Pihak pengembang dan pemaju bahasa ibunda harus bertindak dan

    membetulkan sesuatu ungkapan atau perkataan yang dirasakan menceroboh bahasa sendiri.

    Malangnya kuasa membetulkan ini tiada pada sesiapa atau mana-mana pihak pada masa ini.

    Manakala siaran pantas dari satelit atau multimedia yang lain bertambah pesat, seperti yang

    laksanakan Astro pada masa ini, kita dapat bayangkan betapa besar dan dahsyatnya

    kemungkinan pencabulan berlaku di bidang-bidang lain kehidupan kita.

    Secara amnya kita terdedah dan terlalu terbuka kepada anasir-anasir luar. Mekanisme penahanan

    atau mengehadkan penerapan luaran ini tidak cukup ada pada kita sekalipun agama itu

    tampaknya patut lebih berkesan sebagai penangkis.Apabila bahasa berubah dan diubah soalan

    yang muncul ialah: siapa yang ubah dan kenapa? Jawabnya tentu terletak pada hakikat bahawa

    ianya diubah sedemikian cara kerana penuturnya berasa bahasa ibundanya tidak lagi cukup untuk

    melahirkan maksudnya sehingga ia terpaksa menggunakan perkataan-perkataan asing.

    Sebaliknya mereka mungkin beranggapan bahawa imej yang mereka perolehi dengan

    menyelitkan perkataan Inggeris di celah-celah ayat Bahasa Melayu akan meninggikan imej

    mereka walaupun ini tentunya berupa pendekatan bersifat makjujad (hypocrite); atau dengan

    bahasa Melayu rojak mereka berasa boleh mencapai kepuasan berkomunikasi; atau, dan ini

    penting, mungkin asuhan bahasa Melayu mereka di sekolah tidak sampai ke tahap mantap. Juga

    terdapat di beberapa kalangan, termasuk pemimpin yang tidak berpendidikan aliran Inggeris,

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    7/34

    lantaran mereka rata-rata dianggap tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi, mereka

    cuba menyelitkan sepatah dua perkataan Inggeris dalam perbualan dengan tujuan supaya orang

    menganggapnya boleh speaking atau tinggi tahap pendidikannya.

    Walaupun gejala ini barangkali kecil bilangannya, boleh diperakukan bahawa ianya wujud nyata

    di kalangan masyarakat kita.Sebenarnya ungkapan sekerat belut-sekerat ular tadi:

    Hei, hari ini birthday I lah boleh dituturkan sebagai Hei, hari ini hari jadi saya (aku)lah.

    Semua ungkapan di atas tadi boleh belaka dituturkan secara Melayu 100%. Tetapi kenapa tidak

    dilakukan sebegitu? Ini semua adalah petanda yang bakal membawa kepada kelunturan. Ini

    bukan sekadar ramalan seorang idealis atau yang semata-mata bersifat tulen tak menentu, tetapi

    pandangan ini bertapak pada alam nyata:

    Sekilat ikan di air, sudah tahu jantan betina

    Kilat beliung ke kaki, kilat cermin ke muka.

    Jika demikian cara dan kaedah yang paling berkemungkinan untuk menangani bahasa rojak yang

    memuramkan imej bahasa kita ialah dengan menjayakan program-program latihan lisan yang

    membina amalan komunikasi. Ia harus dijalankan di semua institusi persekolahan dan pengajiantinggi.

    Personaliti media utama, pemimpin, institusi kawalan kerajaan harus mengutamakan percakapan

    bahasa Melayu yang betul. Gejala bahasa rojak tidak akan hapus kerana pembudayaan bahasa

    ibunda belum wujud sepenuhnya di negara ini. Jati diri tidak dikaitkan dengan pentingnya bahasa

    ibunda dipersadakan.iii. Masalah pemakaian dan keutamaan bahasa MelayuDari segi bahasa,

    bahasa Inggeris sudah nyata akan merobah cara berfikir dan juga cara bertindak di samping cara

    menimba ilmu serta jenis ilmu yang bakal ditimba.

    Akan wujud sekian ramai anak Melayu yang nanti berfikir dalam bahasa Inggeris kemudian

    bercakap dalam bahasa Melayu. Malah bermimpi dalam bahasa Inggeris juga kebiasaan. Jugaakan ada anak-anak masyarakat Cina dan India Malaysia yang bercakap dalam bahasa Melayu

    dan berfikir dalam bahasa Cina dan India. Sekarang pun kecenderungan ini sudah berlaku. Juga

    tidak dapat dinafikan bahasa Mandarin dan Tamil akan beroleh tempat yang lebih signifikan

    melalui langkah-langkah pembudayaan bahasa mereka.

    Oleh kerana bahasa perisian pada masa itu rata-rata Inggeris, Bahasa Melayu akan disadur

    banyak oleh terma-terma dan sintaksis Inggeris. Penutur bahasa Melayu mesti bersedia untuk

    perubahan-perubahan ini. Mereka yang bersifat sebagai pengamal keaslian (purist) mungkin

    akan berduka kerana bahasa lama akan secara perlahan menghilang, struktur dan gaya baru pula

    akan muncul.Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dijamin di bawah Perkara 152

    Perlembagaan Malaysia. Ia juga bahasa rasmi Parlimen Malaysia. Status ini tidak perlu

    dipertikaikan lagi. Cuma kemajuan dan kepesatannya mungkin terjejas akibat dasar

    mengglobalkan bahasa Inggeris dan bukan Bahasa Melayu.

    Bila ini berlaku, Bahasa Melayu tetap menyusul dari belakang kerana dari segi keutamaan global

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    8/34

    bahasa Inggeris beroleh keutamaan. Peranan dan posisi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dari

    sudut ini tidak akan meningkat tanpa peningkatan industri buku yang seharusnya

    diperjuangkan.Bahasa Melayu, seperti yang telah diketahui, akan lebih terdedah kepada pelbagai

    pindaan informal yang dicetuskan oleh dan melalui media elektronik, khususnya oleh pengaruh

    komunikasi serta aliran alam siber. Dalam erti kata sebenar, cara hidup baru itu nanti bakal

    merubah pemakaian tatabahasa Melayu.

    Seharusnya, bibit-bibit budaya yang indah, yang halus, yang murni perlu dikekalkan tetapi

    berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni bermakna kita tidak minta dibuli atau dipijak.

    Ini termasuklah asuhan Islam positif yang perlu dibudayakan terus-menerus. Khususnya dalam

    hal ini nilai-nilai yang dijalin dan disajikan melalui Islam Hadhari akan lebih diminati. Amalan

    Islam yang mengambil kira tamadun yang berevolusi, konsep dan amalan budi-bahasa, amalan

    tradisi Melayu seperti sopan-santun, kekeluargaan, hormat-menghormati dan sebagainya akan

    lebih membimbing. Pendeknya mesti diteruskan apa yang selama ini dikenali sebagai asuhan

    budi. Barangkali falsafah Rukunegara yang membentuk masyarakat Dasar Ekonomi Baru(DEB) boleh disemarakkan semula. Kejuruteraan sosial (social engineering) tidak boleh

    dihentikan atau dicanai oleh pemikiran seseorang sahaja. Satu muafakat bangsa mesti diadakan.

    Mewujudkan Kementerian Kebudayaan kesenian dan Warisan hanya sebahagian daripada usaha

    ke arah itu. Di samping Bangsa Malaysia hendak diwujudkan, soal adab dan tamadun tidak harus

    dikelasduakan. Bahasalah menjadi penjalin dan penjana bangsa.iv. Utiliti atau sifat perlu guna

    bahasa Melayu adalah lumrah manusia iaitu jika sesuatu itu tidak berapa menepati tuntutan

    kegunaan atau utilitinya, perkara atau barang itu akan kurang disimpan, kurang dipakai dan

    kurang keperluannya.

    Dalam satu aspek bahasa Melayu mungkin tergolong kepada keadaan ini jika bahasa ilmu terus

    menerus disalur oleh bahasa Inggeris. Tetapi hakikat yang satu lagi ialah bahawa bahasa Melayumasih diperlukan sebagai syarat lulus dan cukup syarat dalam peperiksaan dengan kelulusan

    dalam bahasa Melayu. Lagipun sebagai lingua franca negara ini BM akan tetap digunakan

    sebagai wahana komunikasi. Sebagai bahasa ilmu BM dikhuatiri tidak akan terlalu membangun

    kecuali dasar pembukuan negara diubah dengan erti kata semua teks ilmu moden dan usang

    diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Tetapi soalnya, sekalipun buku-buku aeronautik, kimia,

    kaji cuaca, kejuruteraan, elektronik dan lain-lain diterjemahkan, siapa akan baca lantaran buku-

    buku ini dengan mudah diperolehi dalam bahasa Inggeris, bahasa yang dipelajari di sekolah

    untuk menimba ilmu. Di sini sudah jelaslah kedudukan BM sebagai bahasa ilmu.

    Sebaliknya pula jika anak-anak Melayu tidak berlumba-lumba pula untuk menguasai bahasa

    Inggeris, mereka akan tercicir terus dalam usaha menimba ilmu semasa. Keadaan serba-salah ini

    sebenarnya tidak harus digusarkan. Ini adalah kerana jika zaman moden dunia hendak disertai

    oleh warga Malaysia melalui kebangkitan global, bahasa Inggeris tidak dapat dinyahkan lagi. Ini

    bererti sekian banyak istilah bahasa Inggeris akan menerpa masuk kepada perbendaharaan kata

    BM. Bahasa rojak akan berterusan dituturkan dan dilaungkan.

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    9/34

    Mungkin dalam bahasa tulisan sedikit sagu hati akan diperolehi kerana nahu semasa akan terus

    digunakan. Sebagai perbandingan, bahasa Arab juga menghadapi permasalahan yang sama.

    Mereka belum mampu menimba ilmu moden dengan bahasa ibunda mereka. Justeru saban tahun

    sekitar 20,000 mahasiswa dalam pelbagai jurusan sains mengaji di universiti dan institusi

    pengajian tinggi Barat yang bahasa pengantarnya ialah Inggeris.

    v. Unsur-unsur yang merosakkan bahasa Melayu.

    Bahasa Melayu yang dituturkan pada hari ini, selain melalui ucapan, ialah bahasa yang ditulis

    dan dijadikan sebagai wahana komunikasi surat-menyurat. Sementara keadaan bahasa Melayu

    lisan boleh dikatakan dalam keadaan kurang memuaskan berbanding BM tulisan, beberapa sebab

    dapat diperhatikan:

    a. kurang latihan pertuturan yang baik yang melibatkan anak-anak sekolah, mahasiswa dan

    petugas awam.b. Kurangnya asuhan melibatkan bahasa indah dan cara berfikir objektif dalam pembahasaan dan

    pertuturan.

    c. Kurangnya asuhan bahasa baik, bahasa indah.

    d. Kurangnya latihan atau mata pelajaran berkaitan karya-karya besar sastera bangsa sendiri.

    e. Pembelajaran dalam bidang the Arts yang tidak disaring dan dikemas.

    f. Kurangnya tenaga pengajar yang komited dengan pembudayaan bahasa atau pembahasaan

    sebagai satu bidang kajian atau mata pelajaran.

    Sementara itu amalan-amalan di peringkat pimpinan, kepegawaian dan urusan-urusan rasmi juga

    dilihat orang sebagai unsur-unsur yang mempengaruhi dan merumitkan penggunaan BM yangbaik. Jika bahasa mesyuarat juga bercampur-aduk dengan selingan bahasa rojak, bagaimana

    penggunaan bahasa baik dapat dicapai? Sementara itu akhbar Utusan Melayu berkeadaan mati

    segan hidup tak mahu lantaran orang Melayu sendiri bersikap dingin terhadap tulisan Jawi.

    Menurut pihak berkuasa di syarikat Utusan, akhbar yang pada satu masa dulu berfungsi sebagai

    pencetus nasionalisme Melayu kini sudah jadi edisi sekali seminggu. Itu pun dengan jualan yang

    kurang dari 7,000 naskhah seminggu. Ini memalukan. Jika dicari di mana hilangnya, jika dipintas

    di mana hanyutnya, puncanya ialah pembelajaran bangsa.

    vi. Akta Bahasa Kebangsaan 1963Cinta rakyat kepada Bahasa Kebangsaan meluap-luap

    sehingga mereka yang mulanya memperleceh Bahasa Kebangsaan akhirnya diam dan mula

    segan dan hormat terhadap bahasa ibunda orang Melayu itu. Pada tahun 1963 Akta Bahasa

    Kebangsaan diluluskan Parlimen. Akta itu hanya sekadar mengisytiharkan peruntukan Perkara

    152 perlembagaan Persekutuan. Ia tidak memperuntukkan sebarang provisi penalti terhadap

    sesiapa yang mencabul bahasa atau yang tidak mengamalkan penjiwaan bahasa, umpamanya.

    Malah jika terdapat penggunaan bahasa pada iklan papan tanda, Dewan Bahasa dan Pustaka,

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    10/34

    misalnya, tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menasihatkan pihak yang berkenaan.

    Apabila Singapura merdeka dari Persekutuan Malaysia pada 1965 Bahasa Melayu lantas

    dijadikan bahasa rasminya. Banyak pihak beranggapan bahawa Akta bahasa Kebangsaan 1963

    adalah tulang belakang kepada maju atau mundurnya bahasa Melayu. Pada satu hakikat ini

    mungkin benar tetapi pada pengertian khususnya Akta ini hanya bersifat deklatori, yakni

    menyatakan apa yang sudah jelas dan nyata daripada hal bahasa Melayu itu. Sebaik-baiknya

    beberapa pindaan harus dilakukan dalam usaha memberi sedikit kuasa penguatkuasaan kepada

    satu-satunya agensi bahasa di negara ini, Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Penguatkuasaan yang dihajati benar ialah apabila disuai penggunaan yang telah disalahgunakan,

    DBP tidak boleh berbuat apa-apa sedangkan di Perancis, misalnya, Biro Bahasa Perancis di

    bawah Kementerian Kebudayaan berkuasa membetulkan sesuatu penyelewengan bahasa

    Perancis. Fenomena pencapaian dan kecapaian pada tahun 1996 seharusnya boleh diatasi

    dengan segera oleh DBP tetapi lantaran ketiadaan peranan yang jelas dari segi membetulkan

    bahasa yang disalahgunakan, anggota masyarakat bermaharajalela dengan pembahasaan salah.

    Kesalahan bahasa papan tanda juga sedemikian.vii. Perubahan dasar:

    Benarkah ia melemahkan Bahasa Melayu?Pada suatu hakikat memang boleh diterima bahawa

    dasar 2002 yang mewajibkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran matematik dan sains

    merobah satu lagi pancang seri yang selama ini menjadi kebiasaan dalam pengajaran kedua-dua

    mata pelajaran tersebut di Sekolah Kebangsaan.

    Tetapi realiti perkara ini memerlukan penilaian objektif dan bukan subjektif. Sebelum anjakan

    dasar ini dibuat dua tahun lalu, keciciran anak-anak Melayu dalam Bahasa Inggeris, Matematik

    dan Sains memang ketara sedangkan penguasaan sains dan matematik di kalangan bukan Melayu

    berada di tahap baik. Ini adalah kerana pengajaran bahasa Inggeris di SRJK lebih mantap dan

    berkesan sedangkan di Sekolah Rendah Kebangsaan adalah di sebaliknya. Pencapaian sains danmatematik di sekolah-sekolah berbahasa Mandarin, sebaliknya, terus meningkat. Ini disebabkan

    kualiti pengajaran menyumbang kepada pencapaian anak-anak di SRJK.

    Justeru sampai kini sekolah-sekolah ini enggan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

    pengajaran sains dan matematik. Tetapi pencapaian mereka di bidang-bidang berkenaan terus

    meningkat sekalipun pencapaian bahasa Inggeris mereka cuma di peringkat sederhana.Apa akan

    berlaku jika amalan lama tidak dianjak? Pertama anak-anak Melayu akan terus berada di tahap

    lama, mereka akan terus lemah pencapaian B Inggeris, sains dan matematik.

    Sekurang-kurangnya bahasa Inggeris mereka selepas ini akan bertambah baik lantas secara

    teorinya mereka akan lebih profisyen dan boleh menimba ilmu lain dengan lebih mudah. Tetapi

    ini bergantung kepada kualiti pengajaran bahasa itu kepada murid-murid. Ini bergantung kepada

    kualiti para guru itu sendiri. Jika kualiti pengajarannya melonjak maka pencapaian di kedua-dua

    subjek itu juga akan turut melonjak. Dalam hal ini pendekatan paling baik ialah mewujudkan

    kumpulan pengajar yang fasih dan berilmu tinggi.

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    11/34

    Peranan Maktab Perguruan Bahasa tidak boleh dipandang ringan.Juga akan berlaku ialah bahasa

    Melayu akan kekurangan peranan dalam pengajaran dua ilmu tersebut. Dari satu sudut ini

    kenampakan sebagai suatu kerugian tetapi dari segi sebenar jika diimbangi ia boleh menjadi

    rangsangan baru. Tetapi bahasa Melayu tidak boleh dianggap bahawa lantaran bahasa Inggeris

    dipilih untuk menyegarkan pengajian matematik dan sains maka BM akan terus lemah dan

    menghilang. Ini merupakan sikap mengalah dan pesimis.

    Rumusan TindakanTampak sebagai penting iaitu penggunaan bahasa Melayu perlu dijana

    semula dan dikempenkan semula. Para pengucapnya mesti dalam keadaan sedar (conscious)

    selalu supaya megah dan berasa senang berbahasa Melayu dengan baik. Sekolah, universiti,

    agensi-agensi Kerajaan, NGO dan kumpulan-kumpulan lain harus bersekutu dan bekerjasama

    memperjuangkan kembali perkara nasional yang amat penting ini.Banyak bidang yang boleh

    terus diperjuangkan: meningkat dan memperhebatkan dasar buku nasional; menerbitkan buku-

    buku bermutu dunia dan serantau; meningkatkan kerjasama bahasa serantau; mengamalkan dasar

    cintakan bahasa sastera, sesungguhnya bermacam-macam projek bahasa boleh diteruskan.Dengan lain pengertian, pembudayaan bahasa perlu diusahakan terus-menerus.

    Kesimpulan boleh dibuat pada peringkat ini, iaitu kita tidak harus terus berasa hilang tenaga

    dalam menghadapi cabaran global. Untuk menghalang bahasa Melayu daripada diselangi

    perkataan dan nilai luar secara melulu tidak akan membawa kita ke mana-mana. Yang penting

    ialah kita mesti terus memupuk rumpun yang ada dan memperkayakannya dengan bimbingan,

    hala tuju dan apresiasi yang berterusan.

    Asas pendidikan kita harus kuat. Pendekatan kita demi BM zaman depan mesti bersandar kepada

    situasi menang. Untuk itu pembudayaan bahasa harus nyata.Di plaza tol lebuh raya kini terdapatbahasa tanda yang berbunyi, Lorong Touch n Go. Bahasa apa ini? Inilah diabahasa rojak

    rasmi. Inilah yang dikatakan pandai meniru tetapi tidak menuras. Inilah juga kerja yang

    memalukan bangsa. Kenapa tidak dipakai saja istilah Lorong pacu segera atau Lorong tekan

    & pacu Sudahkah kita betul-betul menggeledah kamus bahasa ibunda sebelum sewenang-

    wenang menggunakan touch n go Jika tiada azam perjuangan yang kental untuk

    menggunakan bahasa sendiri lantaran istilahnya cukup dalam bahasa sendiri, kita juga nanti akan

    dipanggil bangsa touch n go. Tepuk dada, tanya selera.

    http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/08/cabaran-bahasa-melayu-dalam-era.html

    http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/08/cabaran-bahasa-melayu-dalam-era.htmlhttp://bmpmrspm.blogspot.com/2009/08/cabaran-bahasa-melayu-dalam-era.htmlhttp://bmpmrspm.blogspot.com/2009/08/cabaran-bahasa-melayu-dalam-era.html
  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    12/34

    MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU

    PENGENALAN

    Bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu mula-mula disarankan dalam Laporan Razak 1956 dan

    kemudian diperkukuh dalamLaporan Abdul Rahman Talib 1960. Terbukti kini bahawa BahasaMelayu mampu menjadi bahasa ilmu apabila digunakan sepenuhnya di institut pengajian tinggi

    awam di Malaysia. Apakah dengan pencapaian tersebut mencerminkan masa depan yang

    gemilang bagi Bahasa Melayu? Jawapannya mungkin ya atau mungkin tidak, bergantung kepada

    persepsi individu yang melihat persoalan ini.

    Terkadangnya kedengaran suara sumbang yang mengatakan Bahasa Melayu tidak mampu

    menjadi bahasa ilmu. Pada hakikatnya orang itu sendiri yang tidak mampu menguasai Bahasa

    Melayu sebagai bahasa ilmu bukan sebaliknya. Bahasa yang canggih dikatakan bahasa ilmu,

    bahasa bagi budaya tinggi, dan lebih tegas lagi bahasa bagi sains dan teknologi. Peningkatan

    ilmu dan profesionalisme dalam sesuatu bidang itu haruslah seiring dengan peningkatanketrampilan wahana itu sendiri, yakni bahasa. Banyak orang berfikir bahasa itu jatuhnya di

    tempat kedua dan pertamanya ilmu itu. Persepsi ini perlu diubah. Bahasa itu juga satu ilmu dan

    sejarah membuktikan banyak ahli yang melahirkan pemikiran dan ciptaan baru menguasai ilmu

    dan bahasa sebagai satu entiti yang terpadu. Kita sebenarnya memiliki bahasa yang berkembang

    dan dinamis dalam menghadapi apa juga cabaran yang bakal datang. Seharusnya tidak timbul

    lagi krisis kepercayaan terhadap Bahasa Melayu. Perbincangan topik ini akan menumpukan

    kepada persoalan cabaran yang dihadapi oleh Bahasa Melayu, iaitu: kewujudan masyarakat yang

    dwibahasa; Bahasa Melayu dan Dasar Pendidikan Negara; Bahasa Melayu dalam teknologi

    maklumat dan komunikasi; dan akhirnya Bahasa Melayu dalam era globalisasi.

    5.1 KEDWIBAHASAAN

    Kedwibahasaan berlaku dalam kalangan masyarakat yang menggunakan banyak

    bahasa. Kedwibahasaan atau bilingualisme ialah penguasaan dua bahasa seperti penutur bahasa

    asli. Penggunanya menggunakannya sebagai bahasa komunikasi, yakni menggunakan satu

    bahasa rasmi untuk berkomunikasi, dan bahasa ibunda untuk hubungan lain misalnya orang Cina

    dan India yang menggunakan Bahasa Melayu untuk komunikasi rasmi tetapi bahasa ibunda di

    rumah. Kedwibahasaan yang sempurna ialah penguasaan sepenuhnya dua bahasa oleh penutur.

    Kedwibahasaan sepenuhnya jarang berlaku kerana jarang sekali seseorang individu dapat

    menguasai lebih dari satu bahasa dengan baik. Terdapat negara yang mempunyai dua bahasa ataulebih (bilingual atau multilingual) sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan. Negara Kanada

    dan Belgium misalnya mengamalkan bilingual, manakala Switzerland pula mengamalkan

    multilingual. Sesebuah negara itu tidak dapat dikatakan bilingual kecuali sebahagian besar

    daripada rakyatnya bertutur dalam dwibahasa. Menurut Mario Pei pula, kedwibahasaan ialah

    kualiti atau kebolehan seseorang bertutur dalam dua bahasa. Kedwibahasaan majmuk ialah

    individu yang memperoleh dua bahasa semasa kecil.

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    13/34

    Kedwibahasaan kordinat pula berlaku apabila individu tersebut memperoleh salah satu bahasa

    tersebut sebagai bahasa pertama dan bahasa kedua pula diperoleh kemudian. Kedua-dua sistem

    tersebut disepadukan dan disimpan secara berasingan.

    Kedwibahasaan lahir dalam masyarakat majmuk yang pelbagai budaya, etnik, agama, bangsa,

    kaum dan lain-lain. Hubungan budaya dengan budaya asing biasanya berlaku di bandar-bandarbesar dan pusat perdagangan yang mempunyai pelbagai ragam manusia dan budaya. Penjajahan

    juga membawa masuk unsur budaya baru dan bangsa asing yang menggunakan dan memaksa

    rakyat pribumi menggunakan bahasa mereka dalam sistem pemerintahan, khususnya pendidikan

    dan ekonomi misalnya penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Hartmann (1976) mengatakan

    bahawa kedwibahasaan melibatkan penggunaan dua bahasa oleh penutur atau masyarakat

    pengguna bahasa. Penutur dwibahasa tidak semestinya penterjemah yang baik sebab kemahiran

    menukar kod dari satu bahasa ke bahasa yang lain diperoleh secara berasingan dan individu

    tersebut mestilah mahir dalam perbualan kedua-dua bahasa dalam semua keadaan. Malaysia

    merupakan sebuah negara yang multibahasa dan terdapat individu yang dapat memahami dua

    bahasa atau lebih, sama ada Melayu-Inggeris, Cina-Melayu-Inggeris, atau India-Melayu-

    Inggeris, dan sebagainya. Individu yang berpengetahuan dalam kedua-dua bahasa tetapi yang

    satu lagi tidak pernah dilahirkan dalam bentuk ujaran atau tulisan, bahkan cuba disembunyikan

    atas sebab-sebab tertentu dinamakancovert bilingual atau dwibahasa terlindung. Individu

    dwibahasa tidak akan mempunyai pengetahuan kedua-dua bahasa yang sama baik. Kadang-

    kadang individu tersebut hanya memahami sahaja tetapi tidak boleh menulis atau bertutur

    dengan baik.

    Kedwibahasaan wujud di negara-negara yang menjadikan dialek sebagai bahasa rasmi seperti di

    Perancis. Keadaan dwibahasa yang memperlihatkan penutur mengamalkan dialek masing-

    masing dalam kehidupan seharian tetapi menggunakan dialek utama yang telah dijadikan bahasa

    rasmi. Sama juga halnya dengan Malaysia yang menggunakan dialek Melayu-Johor sebagai

    bahasa rasmi tetapi menggunakan dialek masing-masing di rumah misalnya dialek Kelantan,

    Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan sebagainya.

    Kedwibahasaan berlaku akibat bahasa tempatan dijadikan bahasa rasmi tetapi bahasa lain

    digunakan sebagai bahasa penyatuan. Di Rusia misalnya, bahasa Rusia dijadikan bahasa

    penyatuan tetapi rakyat tempatan boleh menggunakan bahasa tempatan sebagai bahasa rasmi

    seperti bahasa Ukraine dan Estonia. Kedwibahasaan juga berlaku akibat berpegang kepada idea

    bahawa penggunaan satu bahasa asing yang dipupuk di samping bahasa ibunda terus digalakkan

    dalam pembelajaran untuk tujuan mendapat pengiktirafan setaraf dengan bangsa lain. Mengikut

    ideologi ini, pembelajaran satu bahasa asing dalam keadaan tertentu akan membentuk individu

    yang mempunyai cara pemikiran baru untuk menghapuskan permusuhan dalam kalangan rakyat

    misalnya di Singapura.

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    14/34

    Perdagangan memainkan peranan utama apabila bahasa merupakan wahana untuk

    berkomunikasi dan berinteraksi untuk urusan jual-beli. Penerokaan dunia baru juga memerlukan

    individu memahami dunia yang dilawati untuk memahami budaya bangsa merentasi pelbagai

    negara. Pengembangan agama oleh mubaligh Kristian dan Islam membawa masuk bahasa asing

    ke alam Melayu, iaiatu Bahasa Inggeris, Belanda, Portugis, dan Arab. Dasar pendidikan

    sesebuah negara mencerminkan masyarakat yang lahir misalnya Malaysia yang menjadikan

    Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara akan melahirkan penutur

    dwibahasa. Dasar bahasa negara juga melahirkan penutur dwibahasa. Malaysia telah menetapkan

    bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tetapi menjadikan Bahasa

    Inggeris sebagai bahasa kedua; manakala Brunei Darussalam menetapkan Bahasa Melayu dan

    Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Satu lagi unsur yang mewujudkan kedwibahasaan ialah

    perkahwinan campur dalam masyarakat majmuk yang melahirkan kanak-kanak yang

    berdwibahasa sejak dari lahir lagi. Pemerolehan dua bahasa serentak berlaku apabila kedua ibu

    dan bapa menggunakan kedua-dua bahasa ibunda mereka dalam kehidupan seharian.

    Kesan yang paling ketara akibat kedwibahasaan ini ialah berlakunya penukaran kod atau

    pertukaran kod yang dikenali sebagai code switching. Berlakunya penukaran daripada satu

    bahasa kepada satu bahasa yang lain disebabkan oleh perubahan tajuk atau pertukaran siapa yang

    disapa. Fenomena ini begitu meluas dalam kalangan penutur di Malaysia. Misalnya pelajar

    Melayu berbahasa Inggeris dengan kawan berbangsa Cina tetapi menukar kodnya semula ke

    dalam Bahasa Melayu apabila bercakap dengan ibunya yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

    Kesan yang selanjutnya ialah percampuran kod atau code mixing. Ini berlaku apabila seseorang

    menukarkan kod apabila berbicara secara berganti-ganti untuk satu tajuk yang sama dalam ujaran

    mereka. Misalnya seorang pelajar bangsa Melayu bercakap dalam Bahasa Inggeris untuk

    membincangkan sesuatu tajuk tetapi kemudiannya mencampuradukkan dengan Bahasa Melayu

    kerana sesuatu hal seperti tidak tahu perbendaharaan kata yang sesuai digunakan atau

    sebagainya. Fenomena percampuran kod menggambarkan keadaan bahasa sebenar dalam tempoh

    pemerolehan bahasa kanak-kanak. Namun begitu, dengan berlakunya peredaran masa dan

    penambahan perbendaharaan kata, ciri ini mungkin luput apabila kanak-kanak berupaya

    menggunakan kata dalam bahasa kedua untuk menyampaikan maksud. Namun demikian, di

    Malaysia dengan latar pendidikan dwibahasa yang diamalkan di sekolah-sekolah dan luar

    persekitaran yang didedahkan dengan Bahasa Inggeris seperti media elektronik, kanak-kanak

    telah didedahkan dalam situasi dwibahasa pada peringkat awal lagi. Malah, percampuran kod

    bukan sesuatu yang asing lagi dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.

    Pemindahan bahasa juga berlaku akibat kedwibahasaan. Ini berlaku apabila terdapat penggunaan

    unsur-unsur bahasa pertama dalam bahasa kedua. Terdapat dua jenis pemindahan bahasa, iaitu

    pemindahan negatif atau gangguan dan kedua, pemindahan positif. Pemindahan negatif

    melibatkan pola bahasa natif yang menyebabkan kesilapan dalam bahasa sasaran. Pemindahan

    positif pula melibatkan pemindahan yang memudahkan pembelajaran dan berlaku dalam kedua-

    dua bahasa natif dan bahasa sasaran yang mempunyai unsur persamaan.

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    15/34

    Kita juga dapat melihat bentuk pengasimilasian bahasa berlaku dalam kedwibahasaan. Proses ini

    melibatkan penerimaan bahasa secara beransur-ansur oleh generasi kedua sehingga akhirnya

    tidak menggunakan bahasa ibunda mereka. Kesan lain ialah kelahiran bahasa pijin dan bahasa

    kreol. Bahasa pijin memperlihatkan unsur kedua-dua bahasa bercampur sehingga melahirkanbahasa baru, namun tidak boleh diklasifikasikan sebagai bahasa asal. Bahasa kreol pula ialah

    bahasa pijin yang menjadi bahasa ibunda atau bahasa pertama masyarakat penuturnya akibat

    pertembungan dua bahasa.

    http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/masa-depan-dan-cabaran-bahasa-

    melayu.html

    http://www.slideshare.net/nazarinanawawi/masa-hadapan-bahasa-melayu

    Identiti Masyarakat dan Budaya Melayu

    Identiti Individu

    Sebagai individu setiap orang mempunyai identiti sendiri yang membezakan dirinya daripada

    individu-individu lain dalam masyarakatnya. Seorang itu dapat membina image atau identiti diri

    dengan berbagai cara berasaskan kemampuan masing-masing. Pengenalan diri yang berasaskan

    identiti boleh diteliti kepada pakaian, gaya perlakuan, suaranya, cara berjalan, dan berbagai

    perkara.

    Seseorang individu itu boleh membina image atau identiti, yang menunjukkan ciri-ciripengenalannya dengan berbagai cara. Image atau identiti seseorang yang popular dan dikenali

    ramai dalam masyarakat itu selalunya ditiru atau cuba diikuti orang lain pula. Misalnya, identiti

    seorang penyanyi popular dengan mudah pula dapat mempengaruhi peminat-peminatnya.

    Identiti di peringkat individu itu merupakan pengenalan image yang dibina secara sedar atau

    tidak sedar, sebagai menyatakan kedudukannya sebagai individu dan anggota masyarakat.

    Individu dan Budaya

    Seorang itu sebagai anggota masyarakat dipengaruhi nilai-nilai sosial, yang memupuk nilai-nilai

    itu bagai membolehkannya hidup dalam masyarakatnya. Oleh itu, individu itu mempelajari dan

    menerima budayanya. Nilai-nilai sosial sebagai teras budaya memainkan peranan penting dalam

    menyatakan identiti sesuatu budaya itu. Image atau identiti yang dibina oleh individu itu adalah

    tidak terpisah daripada budayanya.

    http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/masa-depan-dan-cabaran-bahasa-melayu.htmlhttp://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/masa-depan-dan-cabaran-bahasa-melayu.htmlhttp://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/masa-depan-dan-cabaran-bahasa-melayu.htmlhttp://www.slideshare.net/nazarinanawawi/masa-hadapan-bahasa-melayuhttp://www.slideshare.net/nazarinanawawi/masa-hadapan-bahasa-melayuhttp://www.slideshare.net/nazarinanawawi/masa-hadapan-bahasa-melayuhttp://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/masa-depan-dan-cabaran-bahasa-melayu.htmlhttp://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/masa-depan-dan-cabaran-bahasa-melayu.html
  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    16/34

    Walau bagaimanapun individu turut memainkan peranan dalam menyumbangkan nilai-nilai

    sosial dalam membina identiti itu. Dengan kata lain, individu itu sebagai anggota masyarakat

    dapat membawa perubahan atau memperkukuhkan identiti masyarakat dan budayanya.

    Identiti masyarakat dan budaya itu dibina oleh individu. Anggota-anggota masyarakat

    mempunyai tanggungjawab penting dalam menentukan identiti masyarakat dan budayanya.Sebaliknya berasaskan identiti yang dibina itu selalunya menerngkan sifat-sifat anggota

    masyarakat. Melaluinya juga sesuatu masyarakat dan budaya dikenali umum.

    Identiti individu dan masyarakat itu turut menyatakan nilai-nilai sosial. Pengenalan diri yang

    melibatkan perasaan atau nilai-nilai individu dan nilai-nilai sosial dibina demikian sehingga

    terbina image atau identiti masyarakat dan budaya.

    Identiti dan Perubahan Budaya

    Anggota-anggota masyarakat dipupuk nilai dan norma sosial melalui proses sosial atau proses

    sosialisasi. Melaluinya identiti masyarakat dan budaya dapat dipertahankan. Individu sebagai

    anggota masyarakat menyedari identiti masyarakat dan budayanya yang berbeza daripada

    masyarakat dan budaya lain.

    Dalam masyarakat itu terdapat pula kelompok-kelompok sosial yang membina image dan identiti

    tersendiri. Sebagai anggota kepada kelompok sosial itu, dalam membina kesedaran rasa kekitaan,

    maka ia berusaha mempertahankan image atau identiti kelompoknya. Berbagai kelompok sosial

    dalam sesuatu masyarakat itu membina sub budaya yang membina kesatuan di peringkat

    masyarakat dan budaya yang lebih luas. Sub budaya yang berbagai dalam masyarakat Melayu itu

    merupakan khazanah yang menyatakan kekayaan budaya Melayu itu.

    Masyarakat berusaha mempertahankan identitinya yang menyatakan dengan jelas kekuatan

    masyarakat itu. Identiti itu mahu dipertahankan selama-lamanya. Di samping itu, anggota-

    anggota masyarakat mahukan perubahan. Perubahan yang berlaku itu menyatakan dengan jelas

    tentang budaya itu dinamis. Tetapi perubahan yang berlaku itu tidak pula menghilangkan identiti

    yang diwarisi sejak sekian lama. Dalam perubahan yang berlaku masih boleh diteliti identiti yang

    dipertahankan. Budaya Melayu yang dinamiks, berkemampuan menerima dan menyesuaikan

    dengan perubahan, tetapi mempertahankan identiti Melayu sejak sekian lama. Dengan tu dapat

    dikatakan, tidak Melayu hilang di dunia.

    Identiti dan Prasangka

    Identiti masyarakat dan budaya yang dibina itu diakui dan disedari anggota-anggota masyarakat.

    Mereka berbangga dengan identiti budaya yang mereka warisi dan mereka bina sekian lama.

    Malahan mereka berusaha menonjolnya, untuk dikenali sehingga ke peringkat global. Tradisi

    yang diwarisi itu mempunyai nilai-nilai yang tinggi yang ingin dipertahankan.

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    17/34

    Dalam membina identiti seperti di atas itu bermakna anggota-anggota masyarakat melihat dan

    menilai ke dalam masyarakat dan budaya sendiri yang sentiasa dipandang tinggi. Sebaliknya

    mereka juga melihat keluar, iaitu melihat masyarakat dan budaya lain. Dalam melihat keluar atau

    orang luar melihat budaya Melayu, kerapkali melibatkan prasangka, iaitu melihat identiti budaya

    lain berasaskan sentiman, misalnya memandang rendah masyarakat dan budaya lain dalam

    konteks mengagongkan budaya sendiri. Adakala prasangka itu tidak berasaskan realiti, tetapi

    semata-mata timbul dari sentiman yang terbina dalam masyarakat. Adakala prasangka itu dibina

    berasaskan kepentingan tertentu.

    Malaysia yang terdiri daripada berbagai kumpulan ethnik, boleh menimbulkan prasangka antara

    satu dengan yang lain dan seterusnya boleh membawa kesan dalam hubungan antara kumpulan

    ethnik itu. Oleh itu usaha dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan prasangka buruk antara

    satu dengan yang lain.

    Orang luar yang melihat orang Melayu secara luaran, sebagaimana yang pernah ditulis oleh

    orang-orang barat masa lalu, adakala menggambarkan orang Melayu sangat buruk. Mereka tidakmemahami masyarakat dan budaya Melayu. Pandangan mereka berasaskan budaya mereka, dan

    inilah yang dikatakan ethnocentric.

    Kelompok majoriti dan kelompok minoriti

    Kelompok majoriti, seperti orang Melayu di Malaysia mewarisi tradisi budaya dan berusaha

    mengekalkan identiti Melayu dalam berbagai lapangan. Tradisi budaya memainkan peranan

    penting dalam menyatakan lambang identiti yang diperturunkan dari satu generasi kepada

    generasi berikut. Kelompok majoriti itu menentukan identiti. Walaupun perubahan berlaku,

    tetapi kelompok itu berusaha mengekalkan identiti.

    Kelompok Melayu minoriti, terutama di luar alam Melayu ini didapati tidak mampu untuk

    mempertahankan identiti Melayu seperti kelompok majoriti itu. Kelompok minoriti itu selalunya

    dipengaruhi masyarakat dan budaya majoriti sehingga kelompok itu tidak mampu untuk

    mengekalkan identiti. Apabila generasi baru mengambil tempat dalam kelompok minoriti itu,

    maka kaitan dengan identiti itu didapati semakin lemah dan dalam jangka masa yang lama

    identiti Melayu yang asal itu boleh hilang. Bandingkan dengan kelompok Melayu di Afrika

    Selatan, Sri Lanka dan lain-lain.

    Krisis Identiti

    Dalam masyarakat Melayu yang pesat mengalami proses perubahan, terutama tekanan daripada

    peradaban asing dan proses globalisasi, anggota-anggota masyarakat menghadapi masalah dalam

    mempertahankan tradisi. Mereka menghadapi krisis dalam mempertahankan tradisi sebagai

    menyatakan lambang identiti masyarakat dan budaya Melayu. Dalam menghadapi perubahan itu,

    selalunya unsur-unsur budaya tradisi diketepikan, dan gaya hidup moden menjadi pilihan. Dalam

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    18/34

    keadaan menghadapi krisis identiti itu, terdapat pula gerakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu

    yang mempertahankan identiti, terutama unsur-unsur budaya tradisi yang diwarisi sekian lama.

    Krisis identiti juga turut dialami di peringkat individu. Dalam pesatnya perubahan yang melanda

    orang-orang Melayu, turut membawa kesan kepada individu, dalam menentukan bahawa

    perubahan yang berlaku itu tidak ketinggalan, maka ia juga menghadapi krisis dalammengekalkan tradisi.

    Krisis identiti ini turut dialami individu yang ibu atau bapanya bukan Melayu. Ia menghadapi

    masalah dalam menentukan identiti, sebelah ibunya atau sebelah bapanya. Dalam keadaan ini

    selalunya identiti yang lebih dominan mempengaruhi seseorang itu.

    Mencari dan Mengenali Identiti

    Dalam membina identiti sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini dapat dilakukan secara

    luaran, melalui rupa bentuk fisikal dan sesuatu yang dihasilkan dalam melambangkan identiti itu

    berasaskan kepada struktur luaran. Selain itu, identiti itu juga melibatkan secara dalaman, iaitu

    jiwa Melayu itu. Oleh itu dalam mengenali identiti itu perlu juga difahami aspek dalamannya,

    iaitu struktur dalaman sebagaimana yang dinyatakan oleh anggota-anggota masyarakat.

    Kelompok-kelompok sosial dalam masyarakat itu adakala berusaha membina identiti sendiri

    sebagai melambangkan kekuatan kelompok sosial itu. Dalam membina identiti itu berbagai cara

    pernah dilakukan, misalnya melalui agama kelompok sosial itu menyatakan lambang-lambang

    tersendiri, di samping memupuk nilai-nilai sosial yang berkaitan. Ada kelompok pula amat

    terpengaruh dengan kemodenan barat dan menyatakan identiti berasaskan nilai-nilai itu. Walau

    bagaimanapun kelompok-kelompok sosial itu tidak terpisah daripada masyarakat dan budaya

    Melayu yang dianggap dominan.

    Identiti Sosial dan Identiti Budaya

    Masyarakat membina identiti berasaskan berbagai-bagai aspek kehidupan, termasuk aspek sosial

    dan budaya. Dengan berbagai-bagai aspek kehidupan itu secara keseluruhan dalam konteks yang

    lebih luas masyarakat itu membina identiti.

    Antara aspek atau sistem yang memberikan sumbangan kepada pembinaan identiti itu adalah

    seperti dinyatakan di bawah:

    (1)Kekeluargaan dan perkahwinantermasuk dalam menyusur galur keturunan.(2)Sistem sosialstruktur sosial, meliputi aspek hiraki sosial, status sosialtradisi dan moden.

    (3)Sistem kepimpinan dan politikkedudukan pemimpin.

    (4)Agama dan kepercayaantermasuk simbol/lambang yang berkaitan seperti masjid.

    (5)Sistem ekonomitermasuk demografi. Kegiatan cari makan, budaya kerja dan sebagainya.

    Penempatan kampungbandar.

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    19/34

    (6)Simbol status/kelas sosial. Kekayaan, kekuasaan.

    (7)Pakaian, makanan.

    Berasaskan identiti budaya pula termasuklah nilai dan norma sosial, adat, dan seumpamanya,

    atau dalam konteks visual dan bukan kebendaan.

    Melihat kepada perkara-perkara yang diterangkan di atas itu, identiti masyarakat dan budaya itu

    meliputi keseluruhan aspek kehidupan masyarakat.

    Pandangan Orang Luar tentang Orang Melayu

    Isabella Bird, (The Golden Chersonese, Oxford University Press) seorang pengembara Inggeris

    telah menceritakan tentang orang Melayu Perak semasa beliau melawat negeri itu pada abad ke

    19. Beliau menerangkan orang Melayu tinggal di kampung menumpukan kepada pekerjaan

    bertani dan menangkap ikan. Mereka tidak suka tinggal di bandar. Rumah dan perkampungan

    mereka di tepi hutan dan di tepi sungai. Mereka sukakan kebebasan untuk bergerak. Rumah

    mereka dibina agak berjauhan antara satu dengan yang lain. Rumah dibina di atas tiang, dinding

    rumah diperbuat dari kayu yang telah diketam, bumbung rumah dari daun nipah yang disirat.

    Bumbung rumah agak tinggi dan curam. Rumah orang miskin dan orang kaya tidak jauh berbeza,

    kecuali tangga rumah orang miskin dibina dari kayu dan rumah orang kaya dari batu. Rumah

    mereka tidak banyak ruang, didapati ruang tamu juga digunakan sebagai tempat tidur. Dalam

    rumah tidak banyak perabot. Tikar digunakan sebagai tempat duduk. Lantai rumah pula dipasang

    renggang supaya udara dapat beredar ke dalam rumah dan sampah dan sisa makanan boleh

    disapu ke bawah rumah tuntuk dimakan oleh ayam. Pada waktu malam nyamuk di keliling dapat

    dihalau dengan memasang unggun api di bawah rumah.

    Didapati rumah Melayu itu membela monyet yang digunakan untuk memetik kelapa. Seterusnya

    Bird juga menerangkan lelaki Melayu bersifat pendiam, cemburu, curiga dan pembelot.

    Perempuan pula berbadan kecil, pembersih dan bergiat dalam aktiviti ekonomi seperti

    menganyam tikar dan bakul. Pakaian mereka dari sutera atau kain kapas yang menutup bahagian

    lutut hingga leher.

    Rupa paras Melayu berkulit sawo matang, kening mereka rendah, tulang pipi tinggi, hidung

    leper, mulut lebar dengan bibir tebal. Rambut hitam berkilat dan rambut perempuan pula disiput.

    Perempuan Melayu dikatakan malas bekerja, hasil jualan tikar dan buahan mereka membeli kain

    baju. Perempuan suka memakai sarung berwarna merah dan berjalur-jalur. Baju kebayadikenakan kerongsang yang diperbuat dari perak, emas atau permata. Sanggul rambut atau siput

    rambut disematkan pin sanggul. Kain yang dipakai perempuan diikat dengan tali pinggang yang

    diperbuat dari perak atau emas bertatahkan permata. Bagi lelaki pula memakai sarung dan baju

    Melayu dan di kepala mereka memakai destar.

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    20/34

    Undang-undang mereka adalah berteraskan undang-undang Islam. Bird juga memetik pendapat

    seorang pegawai Inggeris yang bernama Capt. Shaw, yang menyatakan orang Melayu itu lembut,

    halus, lurus dan peramah, serta mementingkan harga diri. Mereka sensitif dan sanggup

    membunuh untuk menjaga dan mempertahankan harga diri dan keluarga. Mereka beragama

    Islam dan cita-cita utama mereka ialah untuk menunaikan haji ke Mekah. Ada di kalangan

    mereka yang telah ke Mekah beberapa kali. Di sekeliling rumah ditanam dengan pokok buahan

    seperti nangka, durian, sukun, mangga, pisang dan lain-lain. Mereka menghabiskan masa dengan

    mendengar muzik, cerita atau mengadakan ritual keagamaan. Setiap masjid ada kariahnya dan

    setiap kariah terdapat 44 buah rumah. Kalau ada kampung yang hendak membina masjidnya

    sendiri mesti ada 44 buah rumah. Hal-hal ugama diserahkan kepada Imam yang juga

    melaksanakan tugas-tugas berkaitan perkahwinan dan kematian. Kenduri sering diadakan seperti

    pada masa kelahiran, memotong jambul, perkhatanan dan perkahwinan. Dan pada waktu kenduri

    ini lazimnya disembelih kerbau. Dari segi kepercayaan, orang Melayu amat percaya kepda hantu,

    pawang, bomoh dan tanda-tanda baik-buruk. Sebagai contoh, orang Melayu percaya adanya

    hantu, harimau jadi-jadian dan sebagainya. Orang Melayu juga percaya kepada keujudan pelesit,polong dan lain-lain. Burung pungguk dikatakan burung hantu. Penanggalan pula dalam bentuk

    wanita, kepalanya boleh ditanggalkan dan meninggalkan badan untuk pergi mencari darah

    perempuan yang baru bersalin. Orang Melayu juga percaya kesan azimat yang dipakai pada

    badan mereka. Bagi Bird, yang paling penting untuk menjelaskan identiti orang Melayu ialah

    keris dan konsep amuk. Keris dilihat sebagai senjata dan simbol diri atau kejantanan lelaki

    Melayu. Amuk juga dikaitkan dengan hargadiri. Orang mengamuk sekiranya harga dirinya

    dicemuh atau diperendahkan, ataupun dirinya dan keluarganya diaibkan. Mereka mengamuk

    kerana pandangan mereka menjadi gelap dan tidak tahan menanggung malu dan celaan tersebut.

    Orang Melayu mengikut F. Swettenham (The Real Malay) dalam Stories and Sketches by SirF. Swettenham; selected and introduced by William Roff, Oxford University Press) adalah

    sebagaimana berikut ini:

    Untuk memahami orang Melayu dengan mendalam, Swettenham berpendapat, seseorang itu

    perlu tinggal di kalangan mereka, menghormati agama dan kepercayaan mereka, meminati

    kecenderungan mereka, perlu bersifat toleransi dan jangan memandang serong terhadap prejudis

    mereka, bersimpati dan membantu mereka ketika mereka dalam kesusahan dan kalau boleh

    bukan sahaja berkongsi keseronokan mereka tetapi juga risiko yang mereka hadapi. Hanya

    dengan cara ini sahaja seseorang itu boleh memperolehi kepercayaan dan keyakinan orang

    Melayu. Melalui keyakinan ini sahaja seseorang itu akhirnya boleh memahami hati budi orangMelayu, terutama bersifat batiniah itu.

    Orang Melayu yang sebenarnya, adalah pendek, berbadan tegap dan gempal. Rambutnya lurus

    hitam, kulit sawo matang, hidung dan bibirnya tebal dan matanya cerah dan nampak cerdik.

    Tingkahlakunya lemah lembut dan mudah untuk didampingi. Orang Melayu bersifat curiga

    terhadap orang luar tetapi tidak menunjukkan sikap tersebut secara terbuka. Orang Melayu

    berani dan boleh dipercayai menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Walau bagaimanapun

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    21/34

    dia bersifat boros dan suka meminjam wang tetapi lambat membayarnya balik. Dia petah dan

    bijak bercakap, pandai berkias (dan mungkin juga menyindir), sering memetik peribahasa dan

    kata-kata hikmah, pandai melawak dan berjenaka dan sukakan kepada jenaka yang baik. Orang

    Melayu suka ambil tahu hal orang lain, terutama jirannya. Oleh itu orang Melayu dikatakan kuat

    gosip atau suka menjaga tepi kain orang lain. Orang Melayu beragama Islam dan pada pendapat

    Swettenham ini menyebabkan mereka bersifat fatalistik, iaitu percaya kepada qada dan qadar

    (nasib dan rezeki ditentukan Allah). Tetapi pada masa yang sama mereka juga percaya kepada

    perkara-perkara karut dan tahyul yang bertentangan dengan Islam. Dia tidak minum arak dan

    jarang sekali menghisap candu tetapi dia amat minat berjudi, sama ada menyabung ayam ataupun

    permainan-permainan yang ada elemen pertaruhan.

    Secara semulajadi orang Melayu adalah ahli sukan. Mereka suka dan berminat menangkap dan

    menjinakkan gajah. Mereka juga merupakan seorang nelayan atau penangkap ikan yang cekap.

    Dari satu segi orang Melayu konservatif, bangga dan megah terhadap negerinya dan

    masyarakatnya. Mereka menyanjung adat dan tradisi lama masyarakat Melayu. Mereka takut

    kepada Raja, hormat dan tunduk kepada kuasa. Orang Melayu memandang rendah kepada

    sebarang pembaharuan dan seboleh-bolehnya akan menolak sebarang pengenalan kepada

    perubahan secara mendadak. Sebaliknya, jika mereka diberi masa untuk memeriksa dan

    menelitinya dan perubahan tersebut tidak dipaksa ke atas mereka, mereka boleh diyakinkan

    tentang keuntungan dan faedah yang boleh dicapai melalui pembaharuan-pembaharuan tersebut.

    Orang Melayu cepat mempelajari ilmu yang diajar kepadanya. Bagi Swettenham, sekiranya

    orang Melayu ingin dan juga bercita-cita tinggi dia boleh menjadi seorang mekanik yang baik.

    Walau bagaimanapun orang Melayu malas. Dia tidak mempunyai sebarang perancangan yang

    teratur di dalam hidupnya. Dia tidak tahu tentang ketepatan masa termasuk juga waktu

    makannya. Padanya waktu itu tidak penting. Rumah orang Melayu tidak tersusun dan kotortetapi dia mandi dua kali sehari. Dia juga suka berhias dan memakai pakaian yang kemas. Orang

    Melayu tidak toleran kepada sebarang penghinaan. Baginya malu yang diterima hanya boleh

    dibersihkan dengan darah. Dia akan masam muka dan memendam rasa apabila kewibawaannya

    dan maruahnya tersentuh atau terguris sehingga dia dirasuk oleh perasaan hendak membalas

    dendam. Jika dia tidak dapat membalas pada orang berkenaan atau berkaitan dia akan

    mengancam orang pertama yang ditemuinya, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.

    Inilah yang dikatakan amuk. Semangat kesukuan kuat di kalangan orang Melayu. Dia taat dan

    setia kepada Raja, Penghulu dan pemimpin. Pemberian kurnia oleh Raja kepada rakyat dan

    pemberian hadiah dari rakyat kepada Raja adalah satu amalan yang biasa.

    Walaupun orang Melayu beragama Islam dan sanggup dipaku hidup-hidup dari menolak

    agamanya, orang Melayu bukannya menganggap agama orang lain rendah. Dia juga bukan

    seorang hipokrit. Kehidupannya akan menghadapi kitaran hidup berikut:

    Pada masa kecil dia dijaga dengan baik, dia tidur bila dia suka dan makan apabila dia merasa

    lapar (elemen masa tidak penting). Dia jarang dipukul atau dirotan, oleh itu dia jarang menangis.

    Pada umur 15 atau 16 tahun dia rajin belajar dan dihantar mengaji Qoran walaupun mengaji

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    22/34

    dalam bahasa yang dia tidak faham. Pada umur di antara 16 hingga 25 tahun dia harus dielakkan

    kerana pada peringkat umur ini dia suka bersuka-sukaan, berfoya-foya, boros, pemurah, suka

    berjudi, banyak terikat dengan hutang, sering terlibat dalam melarikan isteri jirannya dan suka

    menonjol-nonjolkan dirinya. Selepas itu jika dia tidak meneruskan dengan perangai buruknya,

    dia akan cuba, dengan bantuan orang-orang yang lebih tua darinya, berusaha memantapkan

    kedudukan sosialnya. Jadi, apabila dia mencecah umur 40 tahun dia akan menjadi seorang

    manusia yang bijak (dan berpengalaman). Anak perempuan pula dibiarkan hidup bebas sehingga

    umur 5 tahun dan kemudian diberi pakaian yang sempurna. Sejak itu dia dididik dan diasuh

    dalam membantu kerja-kerja rumah dan dapur. Dia juga diajar turun ke sawah. Tujuannya untuk

    menyediakan menjadi seorang isteri dan ibu yang baik. Pada peringkat umur 15/16 tahun dia

    sukakan pakaian yang cantik dan juga sudah tahu memakai barang-barang kemas. Gadis yang

    belum kahwin diasuh dan diajar bagi mengelakkan dari mengadakan hubungan dengan lelaki

    yang tidak ada tali persaudaraan dengannya. Selepas berkahwin orang perempuan Melayu

    mendapat kebebasan yang seluas-luasnya. Orang Melayu amat mementingkan bangsa dan

    keturunan. Lelaki Melayu boleh kahwin empat dan boleh menceraikan isteri/ isteri-isteri danmenggantikan mereka dengan isteri yang baru. Sekiranya dia mampu dia akan menggunakan

    kesempatan ini tetapi lelaki Melayu jarang-jarang mempunyai empat orang isteri pada satu masa.

    Orang Melayu mengikut pandangan Hugh Clifford (The Pople of the East-Coast dalam buku,

    In Court and Kampung) diterangkan di bawah ini.

    Clifford adalah Residen di Pahang dan beliau menceritakan tentang negeri-negeri Pantai Timur

    iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Walaupun negeri-negeri ini berdekatan tetapi rakyat

    negeri-negeri ini jauh berbeza, sama ada dari segi rupa, pakaian, dialek, watak mahupun adat

    resam. Orang Pahang, mengikut Clifford, hanya menggunakan fikiran dan minda mereka untuk

    mencari jalan berkelahi, bergaduh, berasmara dan bercumbu dan berjudi, yang mereka tahu dan

    sedar dilarang sama sekali oleh agama Islam. Orang Pahang, jelasnya, adalah seorang penyabung

    ayam dan pejudi yang sering terlibat dalam pergaduhan. Dia mempunyai perasaan bangga

    dirinya, bangsanya dan negaranya. Dia kurang arif, kurang ugama dan kurang daya

    keintelektualannya sehingga dibuat orang Melayu lain bidalan tentang mereka: kecek anak

    Melaka; bual anak Minangkabau; tipu anak Rembau; bidaah anak Terengganu; penakut anak

    Singapura; pencelok anak Kelantan dan sombong anak Pahang. Namun demikian, orang Pahang

    juga banyak kualiti yang baik. Mereka jantan dan berani mati. Kelemahan mereka adalah di

    permukaan sahaja dan mereka jarang mahu menyurukkan kelemahan ini. Mereka sombong!

    Mereka berpakaian segak dan sebagai kaki judi sering boros. Mereka juga suka bertindakmengikut nafsu tanpa berfikir panjang tentang hasil atau kesan tindakan mereka. Mereka juga

    amat taat dan setia kepada Raja. Begitu juga taat setia mereka kepada seseorang atau sesiapa

    yang dipercayainya, tidak berbelah bagi. Hubungan ini adalah berasaskan saling mempercayai di

    antara satu sama lain. Mereka sentiasa bergembira dan suka melawak dan berjenaka dan bahan

    ketawa mereka adalah orang lain (suka mengusik dan mempermainkan orang lain). Mereka tidak

    suka membaca atau bekerja. Mereka juga tidak boleh dipaksa membaca Koran. Mereka juga

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    23/34

    hanya akan sembahyang setelah dipaksa. Mereka menghadiri sembahyang Jumaat kerana takut

    kena denda. Kalau boleh orang Melayu tidak mahu bekerja dan tidak akan melakukan sebarang

    kerja walapun dibayar gaji atau upah yang tinggi dan lumayan. Dia akan melakukannya (kerja)

    apabila dia dikerah, iaitu atas permintaan dan suruhan orang-orang besar ataupun raja. Kerja-

    kerja kerah tidak dibayar upah dan di dalam kebanyakan kes mereka terpaksa membawa

    makanan sendiri. Kerja Raja dikelek sedangkan kerja sendiri diabaikan. Mereka akan

    mengerjakan kerja-kerja kerah ini tanpa sebarang rungutan seolah-olah itu adalah tugas hakiki

    mereka. Clifford melihat ini sebagai satu sifat yang bertentangan dengan jiwa orang Melayu itu.

    Dari satu segi, secara sukarelanya, orang Melayu malas bekerja walaupun ganjaran yang dibayar

    lumayan tetapi dari satu segi yang lain dia sanggup pula dipaksa bekerja dan menyerahkan

    tenaganya secara percuma.

    Orang Terengganu pula jauh berbeza daripada orang Pahang. Paling utama, mereka sukakan

    keamanan dan keharmonian. Kegiatan dan minat mereka ialah kepada perniagaan dan

    perdagangan. Apa yang mereka mahu ialah kebenaran dan kebebasan untuk mencari rezeki tanpa

    diganggu. Namun demikian, mereka tidak menunjukkan sikap taksub dan taat setia membabi

    buta seperti yang ditunjukkan oleh orang Pahang, yang akhirnya (iaitu orang Pahang) terpaksa

    menanggung bermacam kerenah, helah dan juga bencana dari Raja dan kerabat Diraja mereka

    sendiri. Bagi Clifford, orang Terengganu hanya berminat untuk belajar, berdagang dan

    bertukang. Sejak kecil lagi dia dibesarkan dalam suasana buku, duit dan tawar menawar

    perniagaan dan perdagangan. Dikatakan dia tahu memuji dan mengangkat tinggi nilai dan mutu

    barang-barang yang hendak dijualnya dan menawar atau menurunkan harga barangan yang

    hendak dibelinya sebaik sahaja dia pandai bercakap. Orang Terengganu dilahirkan dalam dunia

    perniagaan dan perdagangan. Dia boleh dan sanggup berbohong semasa berniaga, tanpa segan

    dan silu ataupun malu sehingga mereka terkenal ataupun dikenali sebagai pembohong yangpaling terkenal di Tanah Melayu.

    Sekiranya seorang kanak-kanak Pahang dibesarkan dalam suasana perang atau khabar angin

    tentang peperangan, dan dia pula akan bercita-cita apabila besar nanti mahu menjadi seorang

    pahlawan terbilang, tetapi berlainan pula dengan kanak-kanak Terengganu. Walaupun lelaki

    Terengganu memakai senjata tetapi dia kurang tangkas menggunakan senjata tersebut. Keris

    yang dipakai hanya sebagai pelengkap pakaian lelaki sahaja. Keadaan ini berlaku kerana

    masyarakat Terengganu memberi sanjungan yang lebih dan memandang tinggi mereka yang

    berpendidikan atau yang mempunyai kemahiran-kemahiran yang tertentu. Jelasnya orang

    Terengganu memuliakan mereka yang berpelajaran dan berilmu sama ada yang menguntungkanmereka di dunia mahupun akhirat. Bagi Clifford, orang lelaki Terengganu dibesarkan sebagai

    pengecut tetapi mereka tidak mahu mengakui hakikat ini. Pandangan Clifford ini mungkin tidak

    adil kerana mencintai keamanan dan tidak suka bergaduh bukanlah sifat orang yang pengecut.

    Sebaliknya ia menggambarkan seseorang yang ingin tinggal di dalam sebuah masyarakat yang

    madani.

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    24/34

    Walau bagaimanapun prestasi dan imej orang Melayu Terengganu adalah lebih baik dari orang

    Melayu lain, bukan sahaja di Pantai Timur tetapi juga di Semenanjung Tanah Melayu.

    Umumnya, seseorang anak Terengganu itu telah tamat membaca Koran sebelum akil baligh lagi.

    Pada masa yang sama mereka juga tahu menulis dan membaca jawi. Jadi masyarakat Terengganu

    adalah masyarakat yang mementingkan ilmu. Namun demikian, orang Terengganu lebih terkenal

    kerana kemahiran mereka dalam bidang kraftangan. Hasil tangan seperti barangan tembaga,

    senjata dan juga pertukangan kayu mereka adalah yang terbaik, tercantik dan terhalus di

    kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Begitu juga dengan hasil tenunan kain

    dan songket mereka. Mereka juga dikatakan pandai membuat barang-barang tiruan, contohnya,

    serban yang diekspot setiap tahun ke Mekah dan dijual di sana sebagai barangan tempatan yang

    dihasilkan oleh Arab Saudi sendiri. Dari segi pakaian, pakaian orang Terengganu jauh berbeza

    dari orang Pahang. Kita boleh kenal orang Terengganu sebelum dia membuka mulutnya. Walau

    bagaimanapun Clifford tidak menjelaskan apakah yang dimaksudkannya. Namun begitu,

    sekiranya kita hendak buat andaian mungkin pakaian orang Terengganu itu lebih kemas sesuai

    dengan kerja mereka sebagai peniaga dan pedagang.

    Orang Kelantan juga mempunyai ciri-ciri mereka tersendiri. Bagi mereka yang berjumpa dengan

    orang Kelantan buat kali pertamanya mungkin tidak akan faham tentang tutur-katanya. Orang

    Kelantan juga tidak faham bahasa orang lain kecuali dialeknya sendiri. Rupa atau paras orang

    Kelantan serupa sahaja; tidak begitu bersih baik dari segi rupa mahupun perangai. Walau

    bagaimanapun dia mempunyai temperamen yang baik dan sentiasa bergembira. Orang Kelantan

    kuat dan gagah. Mengikut Clifford, ada orang Kelantan yang boleh memecahkan pintu dengan

    kepalanya. Contohnya, seorang lelaki yang diberi gelaran Awang Kepala Keras. Selain itu, dia

    juga boleh memikul beban yang berat, mengayuh perahu untuk beberapa jam dan boleh

    melakukan kerja lebih dari orang Melayu lain. Tingkahlaku orang Kelantan agak kasar dan tidaksensitif seperti orang Melayu lain. Mereka kurang prihatin terhadap perasaan orang lain. Orang

    Kelantan berani tetapi beraninya membabi buta tanpa memikirkan akan bahaya yang mungkin

    dihadapi. Bagi masyarakat lain di Pantai Timur (orang Pahang dan Terengganu) watak baik

    orang Kelantan ditenggelami oleh reputasi orang Kelantan sebagai pencuri, perompak atau

    penceluk. Semasa merompak mereka dikatakan menggunakan senjata tajam yang dikenali

    sebagai parang jengok. Perempuan Kelantan lebih menonjol dari wanita-wanita lain di Tanah

    Melayu. Mereka sering kelihatan di pasar sama ada meniaga atau membeli. Mereka senang

    bertutur mesra dengan semua orang dan tidak menunjukkan sifat-sifat malu yang lazim

    ditunjukkan oleh perempuan Melayu yang lain. Ada kalanya kemesraan mereka khusus dengan

    pelanggan lelaki bersifat `flirtatious atau kemanja-manjaan. Di Kelantan, lelaki dan perempuan,lain cara berpakaian mereka jika dibandingkan dengan orang Melayu lain. Orang lelaki Kelantan

    tidak memakai baju atau seluar sebaliknya mereka lebih selesa memakai sarung. Kain sarung

    diikat singkat hingga ke lutut dan apabila duduk lutut mereka terdedah. Orang perempuan

    Kelantan pula suka berkemban dan bahagian bahu dan dada sering terdedah. Cara berpakaian

    begini membuat orang lain menganggap orang Kelantan tidak beradat dan beradab sopan.

    Sebelum tahun 1888 orang Kelantan takut ke Pahang kerana orang Pahang menganggap orang

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    25/34

    Kelantan itu hanya layak untuk menajamkan matakerisnya sahaja. Dalam perkataan lain orang

    Kelantan itu baik dibunuh sahaja. Seperti orang Melayu lain di Pantai Timur, orang Kelantan

    juga suka berjudi sama ada berlaga ayam, kambing atau kerbau.

    Pada keseluruhannya bagaimanakah agaknya cara hidup orang Pantai Timur? Mengikut Clifford,

    di Kelantan, Terengganu dan Pahang, cara hidup mereka hampir serupa. Di kawasan pendalamanrakyatnya lebih lurus dan amanah, lebih rajin, mengalami prubahan yang sedikit dan hidup

    mereka sehari-hari berkisar kepada saraan hidup semata-mata. Mereka juga cepat tua. Mereka

    bangun pagi, bekerja atau rehat pada waktu siang dan tidur sebaik sahaja hari malam. Hidup

    mereka mudah dan sudah pasti membosankan. Hidup mereka sederhana dan kebanyakan mereka

    tidak mampu untuk kahwin lebih dari satu. Penduduk yang tinggal di tepi pantai pula berbeza.

    Gosip dari istana, cerita-cerita tentang keberanian pahlawan, perbincangan tentang ilmu dan

    sebagainya memenuhi masa hidup mereka. Bagi golongan remaja lelaki, dayang-dayang dan

    gundek-gundek Raja keadaan dan pergaulan yang bebas menambahkan lagi kenakalan remaja

    mereka. Walaupun risikonya tinggi, golongan remaja ini jarang-jarang mahu melepaskan

    peluang tersebut. Mereka yang didapati berkendak dengan gundek Raja bolah dihukum bunuh.

    Orang Melayu mengikut pandangan Munshi Abdullah (Kisah Pelayaran Abdullah :

    diselenggarakan oleh Kassim Ahmad). Pelayarannya ke Kelantan, Abdullah telah sempat juga

    singgah di Pahang (Pekan) dan Terengganu (Kuala Terengganu). Sebagai seorang etnografer dia

    telah mencatatkan dengan detail apa yang dapat diperhatikannya di ketiga-tiga buah negeri di

    Pantai Timur ini. Catatannya ini menarik jika kita bandingkan perbezaan dan persamaan

    pandangan tersebut dengan apa yang ditulis oleh Hugh Clifford. Mengikut Abdullah, negeri

    Pahang seperti sebuah dusun, penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang menghijau. Tidak terdapat

    sebarang pasar, kedai atau lorong untuk orang ramai berjalan kaki. Abdullah percaya negeri

    Pahang kaya dengan hutan sebab penduduknya malas. Sekiranya hutan-hutan ini ditanam dengan

    pokok-pokok yang boleh mendatangkan hasil usaha tersebut pasti berjaya kerana tanah Pahang

    subur. Mengikut pemerhatian Abdullah, dari 100 orang penduduknya hanya 10 orang sahaja

    yang nampak berkerja. Yang lainnya, sama ada lalai, miskin atau suka berbuat jahat (mungkin

    maksud Abdullah, mencuri atau menjadi samseng kampung). Setiap lelaki Pahang ada sekurang-

    kurangnya 4-5 jenis senjata yang tidak bercerai dari tubuhnya. Tabiat lelaki Pahang ialah suka

    melawar sahaja. Gemar memakai seluar dan kain-baju yang bagus-bagus sahaja tetapi malas

    bekerja atau tidak mahu berusaha. Kebanyakan mereka kurus kering keana mereka juga suka

    menghisap madat atau candu. Jelasnya ramai orang Melayu Pahang yang ketagih candu. Rumah

    mereka rumah atap. Bergantung kepada taraf hidup, rumah mereka ada yang kecil dan ada yangbesar. Kesemua rumah tersebut didirikan di atas darat. Namun demikian, kawasan keliling rumah

    mereka semak-samun. Kampung orang Melayu Pahang tidak tersusun kerana rumah-rumah yang

    didirikan tanpa perancangan dan peraturan. Terdapat sebuah rumah di sini dan sebuah rumah di

    sana. Ada rumah yang dibina dalam hutan dan yang didirikan di tepi pantai. Ada kawasan rumah

    yang dipagar dan ada yang tidak dan dibiarkan begitu sahaja. Kawasan di bawah rumah

    selalunya kotor. Di bawah rumah, biasanya di bawah rumah dapur akan terdapat kelimbahan atau

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    26/34

    lopak air yang bertakung dan menjadi dalam apabila dicakar dan disudu oleh ayam dan itik yang

    mencari sisa-sisa makanan yang dibuang ke dalamnya selepas pinggan mangkuk makan dibasuh.

    Kawasan ini dan juga rumah berbau busuk kerana tidak terdapat longkang untuk mengalirkan air

    yang bertakung itu. Di bawah rumah juga terdapat banyak sampah sarap yang disapu dari atas

    rumah. Setiap malam unggun api akan dipasang di bawah rumah untuk menghalau nyamuk.

    Asap sering naik ke rumah menyebabkan mata menjadi pedih dan berair. Pakaian di atas rumah

    juga akan menjadi hitam disebabkan asap dan jelaga. Tanaman yang banyak ditanam di

    sekeliling rumah ialah pokok nyiur dan pinang. Harga 8 buah nyiur ialah seringgit. Terdapat juga

    sayur-sayuran seperti keladi, ubi, keledek, tebu, pisang dijual tetapi hasil kebun ini datangnya

    dari kawasan hulu negeri. Orang Pahang juga memelihara ternakan seperti kambing, kerbau,

    lembu, ayam dan itik. Jelasnya, cara hidup orang Pahang adalah cara hidup masyarakat tani

    (peasang) atau masyarakat kampung yang di samping bercucuk tanam dan berternak untuk

    saradiri juga menghasilkan tanaman kontan. Oleh kerana kawasan persekitaran kampung kotor

    dan tidak tersusun cara pembuangan sampahnya, maka kawasan ini menjadi kawasan kegemaran

    gagak yang tertarik dengan kekotoran dan bangkai-bangkai yang bersepah. Hasil daganganPahang yang terbesar ialah emas dan timah. Ada juga penduduk yang menghasilkan sutera. Ada

    juga antara mereka yang ke hutan mencari kayu kemuning, damar dan rotan. Wang yang

    digunakan di Pahang dikenali sebagai tampang. 16 tampang = 1 ringgit.

    Dari segi sistem sosialnya, terdapat ramai golongan Sayid (Syed) di Pahang. Kononnya mereka

    adalah keturunan nabi. Maka cucu-cicit mereka juga memakai gelaran Syed pada awal nama

    mereka. Di Pahang terdapat juga golongan yang dikenali sebagai golongan Sheikh. Gelaran ini

    juga dipakai turun-temurun. Bahasa yang digunakan oleh orang ramai apabila bercakap dengan

    golongan ini serupa seperti mereka bercakap dengan golongan Raja-Raja. Mereka bertengku dan

    berhamba Tengku. Pekerjaan golongan ini berniaga. Di kalangan ini lebih ramai yang kaya dariyang miskin. Rumah-rumah mereka lebih baik dan cantik dari rumah orang Melayu. Nampak

    jelas bahawa golongan ini wujud sebagai satu kelas yang nyata. Mereka mengamalkan cara

    hidup dan status yang jauh lebih baik dari rakyat Pahang yang lain. Penempatan atau

    perkampungan mereka jauh berbeza dari perkampungan orang Melayu. Mereka tinggal di tepi

    pantai dan di kawasan perkampungan itu terdapat sebuah masjid. Anak-anak mereka dihantar

    mengaji di masjid tersebut walaupun mereka tidak faham tentang apa yang mereka baca. Namun

    demikian kebanyakan rakyat biasa tidak tahu membaca dan sekiranya keadaan ini dibiarkan

    nescaya akan merosakkan generasi orang Melayu yang akan datang. Di Pahang, seperti di

    negeri-negeri Melayu yang lain, terdapat juga golongan istana atau Raja yang merupakan

    pemerintah negeri. Mengikut Abdullah, anak-anak Raja Pahang menaruh berpuluh-puluh hambaRaja. Hamba Raja wujud apabila orang yang bersalah melakukan jenayah bunuh mengadap

    Sultan dan di samping memohon maaf di atas perbuatannya menyerahkan juga dirinya kepada

    sultan untuk dijadikan hamba Raja. Status dan kedudukan hamba raja tinggi dan ditakuti oleh

    orang ramai. Di dalam kebanyakan hal mereka menjadi tukang pungut hutang dan tukang pukul

    anak-anak raja. Mereka bolehlah dianggap sebagai samsing kampung. Mereka sering digunakan

    oleh pihak raja dan anak-anaknya untuk mengganggu anak-isteri orang. Oleh kerana mereka

  • 8/11/2019 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi

    27/34

    dilindungi raja maka ditakuti dan boleh melakukan apa-apa sewenang-wenangnya. Sekiranya

    mereka dibunuh sultan akan menuntut tujuh nyawa kerabat orang yang membunuh hamba raja

    tadi. Terdapat dua cara hukuman bunuh dilaksanakan di Pahang, iaitu cara sula dan salang. Sula

    dilaksanakan dengan menikam dubur pesalah dengan pucuk nipah hingga sampat ke perutnya.

    Salang pula ialah membunuh dengan menggunakan keris panjang yang dikenali juga sebagai

    keris penyalang. Keris tersebut digunakan untuk menikam jantung melalui tulang selangka, iaitu

    kawasan di antara bahu dengan leher sebelah kiri. Keris akan dicabut dan kawasan luka itu akan

    ditekap dengan kain untuk menghalang darah dari memancut. Rakyat Pahang dikatakan takut

    hendak mengubah cara hidup mereka, terutama taksub kepada golongan raja kerana takutkan

    daulat Raja. Abdullah mengimbas semula tentang negeri Pahang. Dahulu Pahang mashur tetapi

    sekarang negeri tersebut kesunyian dan miskin. Kemiskinannya bukanlah kerana ia diserang dan

    ditawan musuh dari luar atau disebabkan oleh perompak dan penyamun yang mengganggu dan

    menjejaskan perniagaannya ataupun oleh kerana tanahnya yang tandus kerana terbukti hutannya

    hidup subur menghijau. Bagi Abdullah, Pahang miskin kerana kezaliman rajanya. Rakyat takut

    dan juga tidak mahu berusaha dan menghasilkan lebihan untuk simpanan kerana akhirnya akandiminta oleh raja. Kalau tidak diberi akan dirampasnya juga. Maka keadaan ini mematahkan

    semangat rakyat untuk membuat harta, menabung dan sebagainya.

    Di Terengganu (Kuala Terengganu) Abdullah menerangkan terdapat pasar yang dibuka pada

    waktu petang. Raja menduduki tempat dan hiraki yang istimewa dalam masyarakat Melayu.

    Apabila melalui istana dan perkampungan raja, rakyat biasa dilarang memakai payung sama

    sekali. Golongan rakyat juga dilarang memakai baju kasa, kasut dan pakaian serba kuning.

    Abdullah menganggap larangan ini sebagai kolot dan bodoh. Dia bertanya, mengapa tidak

    dilarang burung terbang di atas istana, atau nyamuk memakan darah raja atau pijat-pijat

    menggigit raja dan sebagainya. Sebaliknya mengapa tidak dilarang penjualan dan penghisapanmadat atau candu yang berleluasa bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga raja. Sepatutnya

    raja menjadi contoh, teladan dan role model untuk rakyat tetapi di Pahang dan Terengganu

    sebaliknya berlaku. Golongan raja tidak menampakkan ciri-ciri orang yang dianggap berbangsa,

    bangsawan dan berdarjat mulia. Jadi jika golongan raja tidak berakhlak mulia bagaimanakah

    pula dengan rakyat biasa? Orang yang menjadi penagih madat jarang mementingkan kebersihan

    dirinya. Pakaian mereka kotor dan berdaki. Kadang-kadang pakaian tersebut 4-5 bulan tidak

    dibasuh. Baju mereka penuh dengan tuma. Kebanyakan kanak-kanak Terengganu tidak

    bersekolah. Mereka asyik bermain-main sahaja sepan