gimnastik irama
TRANSCRIPT
GIMNASTIK IRAMA
Gimnastik irama atau gimrama ialah sukan yang menggabungkan pergerakan badan dan manipulasi alatan serentak dengan iringan muzik. Alatan yang digunakan dalam gimrama ialah tali, gelung,bola, belantan dan reben. Walau bagaimanapun, alat-alat seperti selendang, rod kayu, rotan atau bendera boleh digunakan sebagai alat ganti aktiviti gimrama. Gimrama menekankan aspek pergerakan yang estatik, berkoordinasi dan berharmoni dengan muzik. Gimrama telah mendapat tempat dalam Pendidikan Jasmani untuk kedua-dua gender dan semua kumpulan umur.
Terdapat beberapa faedah yang kita boleh peroleh daripada gimrama, antaranya:
Peningkatan kecerdasan fizikal dan kemahiran motor. Pembentukan postur yang baik Penghayatan muzik Penghargaan kepada pergerakan yang estetik Peningkatan daya tumpuan
OBJEKTIF
Selepas mempelajari topik ini, kita akan dapat:
Menyatakan kemahiran asas gerak edar dalam gimnastik irama Melakukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti gimnastik irama Melakukan aktiviti gerak edar dan rangkaian pergerakan dengan betul dan selamat Mengenal pasti lakuan unsur maju yang perlu dibuat sebelum kemahiran sepenuhnya
dibuat. Menyatakan komponen kecerdasan yang diaplikasikan dalam kemahiran gerak edar. Merancang aktiviti latih tubi kemahiran gerak edar dalam gimnasti irama Menganalisis bentuk perlakuan gerak edar dan rangkaian pergerakan yang sempurna
Gambar foto 2.16 pakaian dan alatan yang digunakan dalam pertandingan gimrama perlu mengikut ‘code of points’ yang ditetapkan oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa atau International Gymnastik Faderation (FIG)
PERGERAKAN GERAK EDAR
Gerak edar merupakan kumpulan pergerakan yang paling asas. Kumpulan pergerakan ini yang juga dikenali sebagai elemen perhubungan membantu kita mengintepretasikan ciri-ciri muzik. Menggunakan ruang yang berkesan serta menghubungkaitkan elemen daripada kumpulan pergerakan yang lain. Pergerakan gerak edar dalam gimrama adalah seperti high step dan three point step. Selain itu, langkah-langkah gerak edar juga dipinjam dan diubahsuai daripada balet, tarian moden dan tarian rakyat. Antaranya ialah, langkah chasse, waltz dan langkah schottische.
Rajah 2.21 Antara ciri-ciri pergerakan gimrama yang baik.
TIP KEMAHIRAN
Pergerakan gimrama yang baik mempunyai ciri-ciri berikut;
1. Postur badan yang baik2. Penjanjaran badan3. Kawalan bahagian badan yang baik seperti pergerakan tangan bebas (tangan yang tidak
memegang alat) yang terkawal4. Jari kaki yang dilunjurkan5. Pembawaan badan dengan kedudukan kepala bersedia (chin-up)6. Berdiri di atas bebola kaki
KEMAHIRAN GERAK EDAR
A. Langkah waltz(1) Asas gerak edar langkah waltz
Terdapat tiga bahagian (rentak) dalam langkah waltz iaitu:
TIP KEMAHIRANTip melakukan langkah waltz
1. Postur badan tegak2. Langkah phile lebih besar berbanding revele3. Turutan pergerakan satu set langkah waltz adalah pile-revele I – revele II4. Pergerakan ini mengikut rentak kiraan ¾5. Lakukan plie dan revele secara berterusan 6. Kedudukan tangan boleh diperlbagaikan tetapi masih terkawal
(2) Langkah waltz dengan manupulasi alatanSemua langkah dalam gerak edar dalam gimrama dilakukan dengan memanipulasi alatan. Sebagai contoh bola boleh dileret, dilambung dan dilantun.
ASPEK KESELAMATAN1. Pakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti2. Berkaki ayam sekiranya tidak mempunyai kasut gimrama ( half shoes)3. Tidak memakai aksesori seperti barang kemas, jam tangan dan sebagainya4. Kenalpasti tempat permulaan dan penghabisan aktiviti yang dijalankan5. Pastikan alat yang tidak digunakan diletak jauh dari laluan murid semasa aktiviti
dijalankanB. Langkah Schottische
1. Asas gerak edar langkah schottische
Langkah schottische ialah langkah tarian yang asas. Langkah gerak edar ini adalah jenis pergerakan yang sekata dengan menekankan pada pergerakan keempat dna boleh dilakukan pada semua arah. Langkah scottische terdiri daripada tiga langkah berjalan diikuti dengan satu langkah ketingting atau lompatan.
Bahagian 1
Berdiri tegak. Kedua-dua belah kaki dirapatkan Berjalan tiga langkah di atas bebola kaki
Bahagian 2
Lompat setempat ;pada langkah ketiga di atas bebola kaki Fleksi dan esktensi kaki lonjakan semasa layangan.
Kaki bebas diangkat kehadapan dalam keadaan fleksi ( front attitude)
Bahagian 3
Mendarat di atas kaki lonjakan Kaki bebas diturunkan dan dirapatkan dengan kaki lonjakan
C. Kombinasi dua pergerakan asas gerak edar
Satu contoh kombinasi gerak edar ialah dua langkah menggelosor sisi dan satu set langkah bersilang. Kedua-dua langkah gerak edar ini mempunyai arah pergerakan sisi. Kombinasi dua jenis gerak edar boleh menambahkan ciri kepelbagaian dalam pergerakan serta membolehkan pengguanaan pelbagai cara manipulasi alatan.
(1) Asas langkah menggelosor sisi
TIP KEMAHIRAN1. Ketika menggelosor sisi
Pastikan postur badan yang tegak dikekalkan sepanjang pergerakan ini. Kiraan ritma adalah 1,2,3,4 dan dua langkah menggunakan sisi Kedudukan tangan boleh dipelbagaikan seperti didepakan atau mencekak
dipinggang2. Persembahan gimrama seharunya mengikut ciri-ciri iringan muzik. Contoh :
melakukan lambungan bola dan melompat ketika ‘ crescendo’ muzik.
Berdiri tegak. Buku lali seluas bahu secara turn out Silang kaki dihadapan kaki yang mendahului Langkah ke sisi dengan kaki yang mendahului Silang kaki di belakang kaki yang mendahului Rapatkan kaki yang mendahahului dengan kaki yang disilangkan
(3) Langkah menggelongsor sisi dan langkah bersilang dengan manipulasi alatan
Sepanjang pergerakan gimrama, alat mesti dimanipulasikan dengan pelbagai cara. Alat tidak dibenarkan statik. Manipulasi alatan yang dicadangkan untuk kombinasi ini ialah putaran tali untuk lengkah menggelosor sisi dan ayunan tali bentuk lapan untuk langkah yang bersilang.
TIP KEMAHIRAN
Tip langkah bersilang
Pastikan penjajaran badan betul dan sentiasa menghadap ke depan walaupaun bergerak ke sisi.
Kiraan ritma adalah 1,2,3,4 satu set untuk langkah bersilang.
INFO Kemahiran Putaran tali
Putar tali dengan menggunakan pergerakan pada pergelangan tangan Arah putaran tali bergantung pada arah pergerakan. Langkah ke kiri ikut arah jam.
Langkah ke kanan lawan arah jam Pastikan tali tidak memukul lantai
Ayunan tali bentuk lapan
Tangan yang bebas dilunjurkan ke depan Gerakan tali kesisi kiri dan kanan badan dengan pergerakan dari pergelangan
tangan Pastikan tali tidak memukul lantai
RANGKAIAN PERGERAKAN GERAK EDAR
Persembahan gimrama terdiri daripada siri rangkaian pergerakan berserta manipulasi alatan. Kita perlu menggunakan kreativiti tersendiri untuk membentuk rangkaian pergerakan yang meramngkumi semua kemahiran pergerakan yang berlainan yang disesuaikan dengan muzik iringan. Salah satu contoh rangkaian pergerakan gerak edar ialah imbangan di atas sebelah kaki (attitude), langkah waltz dan melentik ke belakang dari kedudukan meniarap di lantai.
INFO Kemahiran
Gimrama pernah dikenali sebagai modern rhythmic gymnastics (MRG) dan Rhythmic sportive gymnastics (RSG). Kini nam arasmi sukan ini telah ditetapkan sebagai Rhythmic gymnastics (RG). Sumber : Jastrjembskaia, N. & Titov, Y. (1999).
Walaupun gimrama menegaskan aspek estetik dalam pergerakan, unsur kepelbagaian pergerakan badan serta manipulasi alatan dan kesedaran ritma adalah diutamakan. Selain itu, penilaian sesuatu persembahan gimrama juga melibatkan penilaian kualiti rangkaian kemahiran yang merangkumi semua pola pergerakan.
INFO Kemahiran
Semasa persembahan rutin rasmi gimrama, terdapat potongan markah untuk yang berikut :
Perkara Penalti
Alat yang statik 0.3Gimnas yang statik 0.3Kurang keperlbagaian dalam penggunaan alat 0.5Kurang pengendalian alat 0.5Sumber : Rhythmic gymnasticstechnical committee (2001)
Rumusan
1. Gerak edar berfungsi sebagai elemen penghubung yang menggabungkan komponen-komponen teknikal dan artistik untuk menghasilkan persembahan yang mantap
2. Pergerakan gerak edar terdiri daripada langkah gimnastik dan beberapa jenis tarian3. Setiap pergerakan gerak edar perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan
risiko kecederaan4. Pergerakan edar dalam gimrama mesti dilengkapkan dengan manipulasi alat5. Gimrama dinilai berdasarkan tiga komponen utama iaitu, pergerakan badan, manipulasi
alatan dan ritma.