gimnastik di malaysia

Upload: muhd-fakaruddin

Post on 10-Jul-2015

45 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

GIMNASTIK DI MALAYSIA

Gimnastik telah pun diajar di sekolah-sekolah dan maktab-maktab perguruan melalui mata pelajar Pendidikan Jasmani sejak zaman penjajahan lagi, iaitu kira-kira dalam tahun 1900. Murid-murid hanya diajar senaman lantai, imbangan dan melombol. Pertandingan gimnastik antara sekolah-sekolah yang pertama telah diadakan pada 24 November 1962 bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur bagi murid-murid lelaki sahaja. Pertandingan untuk murid-murid perempuan hanya dapat diadakan pada tahun 1980 sahaja.

Gimnastik telah mendapat sambutan ramai melalui pertunjukan di perayaan Hari Kebangsaaan dan temasya sukan sekolah-sekolah setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Malangnya sehingga kini penyertaan dari negerinegeri tidaklah begitu menggalakkan dan boleh dikatakan setiap tahun hanya antara lima negeri yang mengambil bahagian daripada 14 negeri yang menganggotai Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Negeri-negeri yang aktif dan sering mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan gimnastik, khususnya peringkat sekolahsekolah terdiri daripada Selangor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan.

Gimnastik artistik

Gimnastik artistik terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori perempuan dan kategori lelaki. Kedua-dua kategori ini pula terbagai kepada beberapa sub yang tersendiri. Gimnastik artistik kategori lelaki terdiri daripada enam acara iaitu Senam Lantai (Floor Exercise), Kekuda Berpelana (Pommel Horse),Gelang (Rings), Melombol (Vault), Palang Sejajar (Parallel Bars), dan Palang Tunggal (Horizontal

Bar), sementara bagi wanita pula terdapat empat acara; Melombol (Vault), Palang bertingkat (Uneven Bars), Batang Titian (Balance Beam), dan Senam Lantai (Floor Exercise)

4.1.1 Gimnastik Artistik Lelaki

4.1.1.1

Senam Lantai ( Floor Excercise) Peserta lelaki juga turut menggunakan 12m x 12m permaidani. Suatu siri tumbling

perlu dipersembahkan terlebih dahulu sebagai demonstrasi keseimbangan , kekuatan dan fleksibeliti seseorang peserta. Peserta juga harus mempersembahkan pelbagai kemahiran, termasuk bulatan, skala, dan berdiri dengan tangan. Rutin senam lantai bagi lelaki selalunya perlu melakukan empat senaman yang perlu diselesaikan dalanm jangka waktu 60 hingga 70 saat. Persembahan juga di lakukan tanpa muzik berbeza dengan persembahan wanita. Peserta juga mesti menyentuh setiap sudut lantai sekurang-kurangnya sekali semasa melakukan rutin mereka.

4.1.1.2

Kekuda Berpelana ( Pommel Horse)

Senaman kekuda berpelana melibatkan penggunaan sebelah kaki dan kedua-dua belah kaki. Kemahiran menggunakan sebelah kaki secara amnya kelihatan seperti bentuk gunting ataupun secara menyilang diatas kekuda. Penggunaan kedua-dua belah kaki pula merupakan acara utama bagi acara ini. Peserta perlu menhayunkan keduda-dua kakinya sama ada dengan mengikut pusingan arah jam ataupun sebaliknya mengikut kesesuaian masing-masing. Dan terdapat banyak lagi pergerakan lain.

4.1.1.3

Gelang (Rings)

Acara ini banyak bergantung kepada kemampuan fizikal untuk dilakukan.Gelang digantung dengan wayar kabel selaras dengan ketinggian ahli gimnastik. Acara ini memerlukan ahli gimnastik bergayut pada gelang-gelang yang di sediakan dan membuat pergerakan seperti menghayunkan tubuh, berputar beberapa kali, berdiri dengan sokongan tangan diatas gelang sebelum mendarat.

4.1.1.4

Melombol (Vault)

Acara ini memmerlukan ahli gimnastik berlari pada landasan dengan kepanjangan maksimum adalah 25 meter sebelum melompat pagar ke atas papan anjal dan mendarat dengan memastikan kedua-dua belah kaki. Pergerakan kuang-kuang boleh dilakukan sebelum mendarat mengikut kemampuan ahli gimnastik.

4.1.1.5

Palang Sejajar ( Parralel Bars)

Dilakukan diatas sepasang palang yang sejajar dan memerlukan kekuatan bahu untuk dilakukan. Satu siri berhayun dilakukan berkali-kali dan kekuatan yang selaras diperlukan.

4.1.1.6

Palang Tunggal ( Horizontal Bar / High Bar)

Sebatang besi (steel) dengar ukur lilir 2.4 cm digunakan sebagai palang. Peserta atau ahli gimnastik akan bergayut pada palang tersebut dan melakukan pergerakan-pergerakan seperti berputar melalui palang, kemahiran melepaskan pegangan, putaran, dan menukar arah putaran.

4.1.2 Gimnastik Artistik Wanita

4.1.2.1

Melombol ( Vault )

Seperti Acara melombol lelaki , acara melombol wanita juga memerlukan wanita berlari diatas landasan dengan maksimum jarak 25 meter. Kemudian melompat keatas beatboard(sejenis papan anjal) dengan tangan kemudian mendarat. Aksi berputar boleh dilakukan sebelum ahli gimnas mendarat.

4.1.2.2

Palang bertingkat ( Uneven Bars)

Palang bertingkat memerlukan (juga dikenali sebagai palang asymmetric, UK), gimnas mengemudi dua palang melintang yang ditentukan pada ketinggian yang berbeza. Kelebaran dan ketinggian boleh dilaraskan. Gimnas melakukan ayunan, bulatan (circling), peralihan, dan membebaskan pergerakan, samaada dengan melangkau, di bawah, dan antara dua palang. Pergerakan mungkin melalui handstand. Gimnas selalunya menggunakan beatboard (papan anjal) untuk naik ke atas palang.

4.1.2.3

Batang titian ( Balance Beam)

Gimnas perlu melakukan tarian yang direka (choreographed) dalam tempoh 60 ke 80 saat yang mengandungi lompatan, kemahiran akrobatik, somersaults, putaran dan tarian pada satu batang lompatan berpadu. Acara ini memerlukan kestabilan, kelenturan dan kekuatan.

4.1.2.4

Senam Lantai (Floor Excercise)

Acara lantai diadakan pada 12m 12m segi empat berpermaidani, biasanya terdiri foam keras di atas lapisan papan lapis, yang disokong oleh spring atau blok foam dipanggil umumnya lantai "lompatan" (spring floor) yang lebih lembut daripada lantai biasa. Gimnas

wanita melakukan senaman koreografi selama 70 ke 90 saat. Peserta wanita boleh memilih iringan muzik tanya vokal.

Lapan aksi usaha asa pergerakan bersama lakaran symbol ikut analisis laban

1) Pressing 2) Flicking 3) Punching or Thrusting 4) Floating or Flying 5) Wringing 6) Dabbing 7) Slashing 8) Gliding

BIBLIOGRAFI David L. Gallahue, (1987). Developmental Physical EducationFor Todays

Elementary School Children. New York : Indiana University

Heather C. Palmer, (2003). Teaching Rythmic Gymnastics : A developmentally

Appropriate Approach. Champaign, Illinois, United States : Human Kinetics Publishers

Peter H. Werner (1994). Teaching Children Gymnastics : Becoming A Master

Teacher. University Of South Carolina, Columbia : Human Kinetics Publishers

Peter H. Werner (2004). Teaching Children Gymnastics (2nd Edition). University

Of South Carolina, Columbia : Human Kinetics Publishers

Micheal A. Taylor, ( 2003, Julai ).Some of The Benefits of Gymnastics. USECA

Newsletter. (1-3)

Alphonso Sirtle (2006). Benefits of Gymnastics. 26 Januari 2010.

http://www.articleclick.com/Article/Benefits-of-Gymnastics

WikiChild (2009), Gymnastics Activities for Children in Ohio. Akses: 30 Januari

2010. Daripada http://www.wikichild.com/Ohio/Columbus/All/Gymnastics/City.aspx