gb 6423 psikologi silang budaya

Upload: miearjuna

Post on 19-Jul-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

GB 6423 PSIKOLOGI SILANG BUDAYA MINAT KERJAYA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PERBANDINGAN BERDASARKAN ETNIK, JANTINA DAN PERSEKITARAN TEMPAT TINGGAL: KAJIAN DI SMK. ABD. RAHMAN TALIB, TELUK INTAN PERAK TUGASAN KUMPULAN KHAIRUL AZMI BIN JAIT P23916 ROSHAIMMI BIN MOHAMAD P23966 MOHAMED JAMATOLAIL BIN MOHAMED RAMLI P23937 PENSYARAH PROF. MADYA DR. ZURIA MAHMUD DR. NOOREINY MAAROF PROGRAM SARJANA BIMBINGAN & KAUNSELING FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PENGENALAN Pada hari ini kedudukan kelas dan pekerjaan selalu menjadi pengukur mobiliti sosial. Peranan pendidikan sebagai alat mobiliti sosial menegak sebelum kemerdekaan sangat terhad. Dasar pecah dan perintah Ingeris telah mengekalkan struktur stratifikasi masyarakat di mana anakanak setiap kaum masih meneruskan pekerjaan ibu bapa mereka. Dasar penjajah mahu menjadikan anak-anak melayu sebagai petani seperti ibu bapa mereka. Keadaan yang sama juga berlaku kepada kaum India. Jika mereka tamat bersekolah pun, kebanyakan peluang adalah untuk menjadi buruh-buruh di jabatan kerajaan seperti di Jabatan Kerja Raya manakala selebihnya meneruskan kerja-kerja di ladang. Manakala kaum Cina lebih banyak menumpukan kepada bidang perniagaan di bandar-bandar. Kerjaya menurut Mohamad Yahya (2001) adalah satu rangkaian pekerjaan atau pengalaman yang dilakukan oleh seseorang itu dalam jangka masa tertentu bagi menjalankan tanggungjawabnya. Kerjaya juga meliputi persediaan sebelum seseorang itu melibatkan diri dalam bidang pekerjaan serta peranan-peranan lain yang dilakukan selepas seseorang itu bersara.Pemilihan bidang kerjaya dan pendidikan semakin dirasai rumit disebabkan terdapatnya

berbagai kebolehan manusia. Di samping itu kemajuan yang semakin pesat yang dialami oleh negara telah menyebabkan bidang pengkhususan pekerjaan dan pendidikan berkembang dengan begitu pesatnya. Pertumbuhan bidang pengkhususan ini sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh sistem ekonomi negara yang semakin kompleks. Pemilihan kerjaya juga dipengaruhi oleh etnik, jantina dan persekitaran tempat tinggal. Sebelum individu menceburkan diri dalam bidang pekerjaan, mereka terlebih dahulu mengenalpasti bidang yang mereka minati. Individu berkenaan juga akan menggunakan pengetahuan dan kebolehan mereka untuk mengenalpasti bidang-bidang kerjaya yang ada. Mereka membentuk stereotaip mengikut minat dan adalah baik jika mereka mendapat kerja yang sesuai dengan streotaip tersebut. Ini adalah penting kerana jika menceburi bidang yang tidak diminati, mereka tidak akan mencapai tahap kepuasan kerja. Ini menyebabkan seseorang itu akan bertukar kerja sebelum menemui bidang yang benar-benar diminatinya. Mereka yang memeilih bidang berdasarkan minat mereka akan mencapai kepuasan kerja dan ini akan menyebabkan mereka meneruskan kerjaya tersebut. Kenyataan ini menyokong pendapat Tolbert (1974) yang menerangkan mengapa terdapat sesetengah orang mungkin meneruskan satusatu kerjaya dengan hanya satu pekerjaan sahaja dalam hidupnya, manakala sesetengah orang pula menceburi bidang kerjaya yang berbeza-beza. Setiap individu bebas memilih kerjaya yang mereka minati kerana menurut Super (Osipow, 1983), setiap individu mempunyai minat yang berbeza-beza dan mereka bebas menentukan bidang yang mereka minati. Holland (1973), juga menyatakan salah satu faktor penting dalam pemilihan kerjaya adalah minat individu, iaitu kecenderungannya terhadap sesuatu kerjaya. Minat kerjaya Terdapat berbagai definisi yang diberikan oleh ahli-ahli psikologi kepada minat kerjaya. Holland (1973) menyatakan minat kerjaya adalah satu ekspresi personalitii dalam pekerjaan, hobi, aktiviti sampingan dan sebagainya. Tolbert (1974) pula menyatakan minat kerjaya adalah kecenderungan terhadap sesuatu kerjaya dan segala minat terhadap aktiviti pekerjaan. Strong (1964) pula mendefinisikan minat kerjaya berdasarkan jantina iaitu bagi lelaki minat kerjaya adalah bidang mekanik. Aktiviti saintifik dan kegiatan fizikal. Wanita pula dalam bidang kesusasteraan, hiburan dan hal-hal kemasyarakatan. Dalam kajian ini minat kerjaya adalah minat pelajar sekolah menengah terhadap bidang kerjaya yang bakal mereka tempuhi. Minat kerjaya tersebut diukur bedasarkan kepada bidang- bidang kerjaya yang terdapat dalam CII Etnik

Etnik bermaksud kumpulan manusia atau bangsa . Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latarbelakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai kesamaan dari segi sejarah,negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Perasaan kekitaan ke dalam kumpulan etnik berkembang menerusi hubungan kekeluargaan, rakan-rakan dan kejiranan yang berkongsi ciri-ciri kehidupan yang rapat. Kumpulan etnik sememangnya membantu mengekalkan pertalian kumpulan dan mengukuhkan kedudukan etnik berkenaan dalam masyarakat. Sistem pendidikan yang mewujudkan sistem persekolahan yang berasingan mengikut kaum telah menjuruskan ke arah semangat perkauman yang menebal. Sungguhpun di peringkat menengah, murid-murid terpaksa memasuki sekolah yang beraliran Bahasa Melayu, dapat dilihat dengan jelas tiga kelompok kaum yang berasingan antara satu sama lain. Merujuk kepada peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan juga kuota memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), ianya memang memihak kepada kaum bumiputera. Namun begitu, kini timbul rasa tidak puas hati kaum lain terhadap keutamaman yang diberikan ini. Isu ini amatlah sensitif kerana ianya menyentuh hak-hak keistimewaan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan. Kesannya amat berbahaya kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pengkaji-pengkaji Barat telah banyak membuat kajian tentang minat kerja di kalangan pelajar berdasarkan etnik. Carter dan Swanson (1990) dalam kajian mereka mendapati pola minat kerjaya masyarakat kulit hitam mempunyai perbezaan dengan pola minat kerjaya masyarakat kulit putih. Doughtie, Cheng, Arston, Wakefield dan Yom (1971) pula mengkaji pola minat kerjaya di kalangan pelajar Afrika-Amerika. Keputusan yang didapati menunjukkan pelajar Afrika-Amerika lebih berminat dalam bidang sosial. Hill, Pettus dan Heddin (1990) juga membuat kajian ke atas minat kerjaya dalam bidang sains di antara pelajar kulit putih dengan pelajar kulit hitam. Keputusan yang di dapati menunjukkan pelajar kulit hitam mempunyai minat yang lebih tinggi dalam bidang sains berbanding dengan pelajar kulit putih. Kajian seterusnya dilakukan oleh Tomlinson dan Evans- Hughes (1991). Keputusan kajian mereka bercanggah dengan kajian sebelumnya iaitu mereka mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan minat kerjaya di kalangan remaja kulit putih dengan remaja kulit hitam. Jantina Menurut Matsumoto (2000) definisi jantina adalah merujuk kepada tingkahlaku atau paten berhubung dengan aktiviti di mana masyarakat ataupun budaya setempat menganggap

tingkahlaku itu bersesuaian untuk seorang lelaki dan seorang perempuan. . Contoh yang dapat diambil ialah bagaimana pandangan umum berhubung dengan ciri-ciri seorang lelaki itu ialah agresif dan tidak mudah emosional dan itulah sebabnya mengapa seorang lelaki itu mesti keluar rumah setiap hari untuk mencari rezeki manakala wanita pula sifatnya ialah mendidik , bertanggungjawab dan mudah beremosi dan kerana itu dia mesti berada di rumah, menjaga rumah dan mendidik anak. Ini akhirnya telah mewujudkan kepada sikap stereotaip terhadap peranan yang mesti dimainkan oleh lelaki dan wanita (Matsumoto, 2000) Sehubungan dengan itu , stereotaip berkaitan dengan peranan yang perlu dimainkan oleh lelaki dan perempuan seperti yang telah diterima oleh satu-satu budaya itu telah membawa kepada pengaruh bagaimana seseorang itu memilih kerjaya terutama di kalangan pelajar-pelajar sekolah mahupun mereka yang telah berjaya di dalam akademik. Kajian awal oleh Olive (1971) mendapati dalam kajiannya, pelajar perempuan lebih berminat kepada pekerjaan yang mempunyai ciri-ciri kewanitaan seperti kesenian dan personel sosial. Manakala pelajar lelaki pula lebih berminat kepada bidang kerjaya yang lebih mencabar seperti biodang perniagaan dan kejuruteraan. Begitu juga bila melihat kepada kajian yang pernah dibuat oleh Munson (1990) yang telah membuat kajian terhadap pelajar sekolah menengah, beliau mendapati pelajar perempuan mempunyai sikap kerjaya yang menonjol dalam bidang berkaitan dengan sekolah, rumahtangga dan masyarakat manakala pelajar lelaki pula lebih menonjol dalam bidang pekerjaan yang bercorak kelakian. Tomlinson dan Evans-Hughes (1991) telah membuat kajian berdasarkan teori Holland yang mengandungi 6 orientasi iaitu realistic, investigative", artistic, social, enterprising danconventional. Keputusan yang didapati menunjukkan pelajar lelaki lebih berminat kepada kerjaya yang realistic berbanding dengan pelajar perempuan yang lebih berminat dalam bidang artistic. Kajian juga pernah dibuat oleh Rohany Nasir (1980) ke atas 88 orang pelajar universiti tempatan dengan menggunakan occupational inventory mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara jantina dan minat kerjaya. Pelajar lelaki lebih berminat dalam pekerjaan yang berkaitan dengan verbal dan manipulative. Pelajar lelaki ini lebih berminat dalam bidang yang menggunakan alat-alat mesin,perniagaan dan bidang sains. Pelajar perempuan pula lebih berminat dalam bidang kesusasteraan dan personel sosial. Ini menunjukkan bahawa rata-rata apa yang telah diperbincangkan di atas menunjukkan stereotaip terhadap jantina berkaitan dengan pemilihan kerjaya seolah-olah di terima oleh masyarakat dunia yang ada hubung kait dengan fungsi seseorang itu sebagai seorang lelaki ataupun wanita. Seorang lelaki dilihat sebagai seorang yang aktif, kuat, kritis, kelihatan dewasa dan sebagainya manakala wanita pula dipandang sebagai

seorang yang pasif, mendidik, terlalu bimbang dan mudah beremosi. Persekitaran Persekitaran remaja juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi minat kerjaya mereka. Oleh itu para pengkaji telah membuat kajian ke atas hubungan persekitaran dengan minat kerjaya mereka. Menurut Williams dan Best (1990) hasil daripada kajian terhadap penduduk dari 14 buah negara berkaitan dengan apakah yang mereka percayai dan apakah harapan dan matlamat mereka, di dapati bahawa negara Netherlands, German dan Finland kaum wanita mereka menuntut persamaan hak antara lelaki dan perempuan manakala kaum wanita dari negara Nigeria, Pakistan dan India lebih bersifat kepada fahaman yang lama seperti yang telah diperbincangkan pada tajuk berkaitan dengan jantina. Secara khususnya di dapati negara- negara yang tinggi pembangunan sosio-ekonominya , peratus yang tinggi terhadap permintaan pekerjaan oleh kaum wanita, persamaan hak terhadap kaum wanita memasuki ke universiti- universiti dan sikap individualistik yang tinggi telah mempengaruhi kaum wanita untuk memasuki alam pekerjaan serta berusaha meningkatkan ilmu berbanding dengan negaranegara yang rendah dari beberapa sudut yang telah dibicarakan tadi. (Matsumoto.2000) Ginzberg (1951) dan Osipow (1983) mendapati remaja lelaki yang berasal dari keluarga yang mempunyai status ekonomi yang tinggi beranggapan bahawa mereka akan memasuki universiti atau kolej lebih awal dan seterusnya akan memilih pekerjaan yang profesional manakala remaja yang berasal dari kelurga yang status sosialnya rendah memilih pekerjaan yang mendapat ganjaran yang lebih sedikit dari pekerjaan bapa mereka. Menchon AK Mering (1992) juga telah membuat kajian ke atas hubungan Status Sosio Ekonomi dengan pemilihan kerjaya pelajar. Subjek kajian adalah seramai 120 orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang di pilih secara rawak. Faktor Status Sosio Ekonomi dalam kajian beliau meliputi pendapatan ibu bapa, taraf pendidikan ibu bapa dan pekerjaan ibu bapa mendapati bahawa ketiga-tiga faktor ini mempengaruhi pemilihan kerjaya. Taraf pekerjaan ibu bapa memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kerjaya para pelajar. Crites (1969) mendapati pemilihan kerjaya individu dipengaruhi oleh beberapa perubahan seperti perubahan budaya dan sub budaya individu berkenaan tinggal dan di besarkan. Sub budaya tersebut termasuklah tempat tinggal individu berkenaan iaitu di bandar ataupun di luar bandar. Bloom (1979) dalam kajiannya mendapati terdapat bidang-bidang bakat yang tidak berkembang atau separuh berkembang di dalam suatu masyarakat kerana amalan penggalakkan yang berbeza antara masyarakat. Oleh itu didapati persekitaran individu mempengaruhi minat kerja mereka.

METOD KAJIAN Kajian ini merupakan kajian lapangan tentang minat kerjaya di kalangan pelajar SMK. Abdul Rahman Talib Teluk Intan. Pembolehubah terikat adalah minat kerjaya, iaitu dilihat melalui bidang-bidang kerjaya yang terdapat dalam alat kajian Career Interest Inventory (CII). Terdapat 15 bidang kerjaya yang terdapat dalam CII. Bidang-bidang tersebut adalah Sains Sosial, Perkeranian, Perubatan, Pertanian, Perkhidmatan Perundangan, Pengangkutan, Jualan, Pengurusan, Benchwork dan Pengendalian Mesin/Jentera. Pembolehubah bebas pula adalah terdiri daripada etnik, jantina dan persekitaran tempat tinggal pelajar tersebut. Pembolehubahpembolehubah bebas ini dijangka akan mempengaruhi pembolehubah terikat.

TAJUK TESIS: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHANKERJAYA PELAJAR PERDAGANGAN DI SEKOLAH MENENGAHKEBANGSAAN.PENYELIA : PROF DR. RAMLEE BIN MUSTAPHA

Membuat pemilihan kerjaya di peringkat awalan adalah penting kerana apabila pelajar telahtamat tingkatan tiga, mereka akan diberikan pilihan untuk memilih bidang dan subjek yangdiminati. Terdapat beberapa pilihan elektif yang perlu diketahui oleh pelajar sebelum membuatkeputusan memilih kumpulan elektif yang dikehendaki.Pemilihan kerjaya yang tepat dan bersesuaian dengan kelulusan, minat dan personalitidiri adalah sangat penting dalam menentukan arah tuju kehidupan seseorang individu. Tidak mengetahui apa yang berlaku di hari esok adalah kuasa Tuhan, keupayaan merangka strategiuntuk hari esok adalah kekuatan manusia Eddy (2007). Oleh itu jika tersalah pilih atau tersalahmengatur strategi dalam memilih pekerjaan boleh menimbulkan rasa bosan dalam bekerja,menyesal, menanggung kerugian atau lain-lain risiko yang tidak menyenangkan dalam hidupAhmad Baharuddin (2007).Sharp dan Marra (1971) dalam Mansur (1986), menyatakan masalah utama yang seringdihadapi oleh pelajar masa kini adalah untuk membuat pemilihan kerjaya yang menepati minat,kebolehan, bakat dan sahsiah diri mereka sendiriMenurut Noor Aini (1996) sebab-sebab mengapa timbulnya masalah dalam membuatpemilihan kerjaya ini adalah seperti berikut:-

1.

Masalah Tidak Boleh Membuat Keputusan Dengan Tepat.Timbulnya masalah ini disebabkan oleh individu tersebut tidak mempunyai minat dalamberbagai bidang, minat yang tidak jelas atau betul-betul tidak tahu kerjaya yang sesuaidengan kebolehan yang ada pada dirinya. Inilah yang menyukarkan individu tersebutmembuat pemilihan kerjayanya.2.

Ketiadaan Kesempurnaan Semasa Membuat KeputusanIndividu tidak dapat mengagak dengan baik tentang minatnya, kebolehan ataupun bakatdan sahsiahnya. Kadangkala pemilihan yang dibuat tidak setimpal dengan sifat peribadi.Ada pemlihan yang dibuat terlalu tinggi dan ada pula yang terlalu rendah berbandingdengan kemampuan dan keupayaan semulajadi atau perolehan yang terdapat pada diriseseorang itu.3.

Kekurangan Pengetahuan atau Maklumat Tentang PekerjaanMasalah ini sering berlaku pada peringkat umur dan perkembangan pelajar, dimana padaperingkat ini pelajar tidak mendapat pendedahan dan penerangan yang mencukupitentang peluang-peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan yang boleh mereka ceburi nanti.Menurut Hairunnaja (2005) situasi berkaitan dengan masalah pemilihan kerjaya pelajar dimasa kini iaitu masalah tentang pelajar yang kehilangan

hak untuk memilih subjek yang diminatikerana pihak sekolah telah menetapkan subjek kepada pelajar untuk memudahkan urusan pihak sekolah. Masalah yang diusulkan ialah pelajar iaitu kemungkinan untuk menghadapi kegagalansekiranya pelajar memilih bidang yang tidak diminati. Rahim Abdullah (1999) menegaskanbahawa seseorang hendaklah mengetahui apa yang mereka mahu dalam hidup dan kemudian

bekerja keras untuk sampai kepadanya kerana peluang biasanya tidak selalunya datang berulang.Tambahnya lagi seseorang yang berjaya itu adalah orang yang tahu apa yang dibuatnya.Dalam tujuan literatur penyelidik akan membuat sorotan kepentingan pemilihan kerjayapelajar perdagangan di sekolah menengah kebangsaan.penyelidikan ini

merangkumikaedah,prosedur, tatacara dan program yang digunapakai untuk mendapatkan data ayng diperlukan bagimencapai matlamat kajian serta untukmenjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan.Metodologi kajian ini dijalankan dalam bentuk soal selidik yang akan diedarkan kepadapara pelajar yang mengambil mata pelajaran perdagangan di Sekolah Menengah Kebangsaan disekolah menengah kebangsaan tengku panglima raja. Kaedah soal selidik akan dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai factor utama pemilihan kerjaya pelajar melalui pendekatankolaboratif di sekolah-sekolah yang telah dipilih, dari segi pengurusan, pengajaran danpembelajaran.

]