gaya dan kaedah pengajaran di dalam kelas amat penting dalam memastikan perancangan program yang...

10
Gaya dan kaedah pengajaran di dalam kelas amat penting dalam memastikan perancangan program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanak-kanak keperluan khas secara menyeluruh. Selain itu juga, gaya dan kaedah pengajaran seseorang guru yang sesuai dan betul akan dapat memastikan setiap pelajar-pelajar mencapai objektif yang telah ditetapkan. Bagaimanapun apa jua perancangan yang dibuat, aktiviti itu haruslah selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif pengalaman yang sesuai (Rohaty, 2003). Selain itu juga, Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu yang akan dapat memperkembangkan minda kanak-kanak dalam semua aspek pembelajaran. Hal ini kerana, pendidikan prasekolah pendidikajn khas bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.. Selain itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan bagi pendidikan prasekolah pendidikan khas adalah melalui teknik belajar dalam bermain. Main atau bermain secara amnya boleh di definisikan sebagai satu aktiviti yang memberikan kegembiraan atau kepuasan kepada kanak-kanak terutamnaya Taufiq

Upload: salihah-mohd-nor

Post on 05-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gaya Dan Kaedah Pengajaran Di Dalam Kelas Amat Penting Dalam Memastikan Perancangan Program Yang Lebih Berkesan Untuk Perkembangan Kanak

Gaya dan kaedah pengajaran di dalam kelas amat penting dalam memastikan

perancangan program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanak-kanak

keperluan khas secara menyeluruh. Selain itu juga, gaya dan kaedah pengajaran

seseorang guru yang sesuai dan betul akan dapat memastikan setiap pelajar-pelajar

mencapai objektif yang telah ditetapkan. Bagaimanapun apa jua perancangan yang

dibuat, aktiviti itu haruslah selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif pengalaman

yang sesuai (Rohaty, 2003). Selain itu juga, Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti

kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu yang akan dapat memperkembangkan

minda kanak-kanak dalam semua aspek pembelajaran. Hal ini kerana, pendidikan

prasekolah pendidikajn khas bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam

semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif

sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah..

Selain itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan bagi

pendidikan prasekolah pendidikan khas adalah melalui teknik belajar dalam bermain.

Main atau bermain secara amnya boleh di definisikan sebagai satu aktiviti yang

memberikan kegembiraan atau kepuasan kepada kanak-kanak terutamnaya Taufiq

tanpa menimbangkan hasil daripada aktiviti itu. Dengan kata lain, kanak-kanak bermain

bukan kerana ingin akan sesuatu atau ingin mencapai tujuan tetentu. Bermain juga di

anggap satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan

hasil akhirnya atau tujuan tetentu. Bermain juga bukanlah aktiviti yang di paksa, malah

ia merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak ( Kraus, 1990 ). Pendekatan belajar

sambil bermain ini adalah memerlukan satu pendekatan yang terancang dan berstruktur

bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang

mengembirakan dan dapat merangsang pemikiran kanak-kanak.

Page 2: Gaya Dan Kaedah Pengajaran Di Dalam Kelas Amat Penting Dalam Memastikan Perancangan Program Yang Lebih Berkesan Untuk Perkembangan Kanak

Guru juga sambil memerhati dan menyelia kanak-kanak bermain, berupaya

menilai kanak-kanak secara berterusan kerana bermain adalah cara belajar yang asas.

Memerhati kanak-kanak bermain adalah cara menilai perkembangan dan kemahiran

intelektual, sosial, emosional dan fizikal mereka.

Page 3: Gaya Dan Kaedah Pengajaran Di Dalam Kelas Amat Penting Dalam Memastikan Perancangan Program Yang Lebih Berkesan Untuk Perkembangan Kanak

Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran perlu terdiri

daripada bahan konkrit, bahan sebenar dan relevan kepada kehidupan kanak-kanak.

Kanak-kanak perlu bermain dengan bahan sebenar dan mengalami peristiwa sebenar

sebelum mereka boleh memahami makna simbol sebenar seperti abjad

Aktiviti nyanyian dapat membantu meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak.

Nyanyian melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan

membantu mereka menambah perbendaharaan kata. Guru boleh menjalankan aktiviti

ini bagi memberi peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa

melalui aktiviti menyanyi. Muzik dan nyanyian yang dijalankan dapat menggalakkan

kanak-kanak melahirkan perasaan seperti berimaginasi sambil bermain. Oleh itu,

secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui

nyanyian ini juga kanak-kanak akan mempamerkan ekspresi perasaan mereka samada

gembira, sedih dan sebagainya. Selain itu, aktiviti bermain sambil menyanyi juga adalah

satu cara bagaimana kanak-kanak memperkembangkan penguasaan bahasa mereka.

Dengan nyanyian juga dapat memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat

ditingkatkan kerana ia mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak.

Selain dari itu, guru juga boleh menarik perhatian kanak-kanak dengan letakkan objek

yang berbunyi (jam, loceng angin, radio) di bahagian berlainan di dalam rumah untuk

membantu kanak-kanak mengenalpasti susunan rumah. Galakkan kanak-kanak ini

mencari dan merasa tekstur yang berlainan di sekeliling rumah seperti lantai, karpet,

kayu, tingkap kaca, dinding berplaster, meja marmar dan sebagainya. Carilah mainan

dan buku yang mempunyai nombor, huruf atau rekaan yang timbul yang boleh disentuh

dan diterokai oleh kanak-kanak ini. Anda juga boleh memilih cerita yang mempunyai

penerangan yang menarik mengenai sesuatu aksi atau objek. Beri penerangan, dan

biarkan mereka mengalami situasi itu. Contohnya, selepas membaca “The Three Little

Pigs,” mereka mungkin seronok dapat merasa perbezaan antara jerami, ranting dan

Page 4: Gaya Dan Kaedah Pengajaran Di Dalam Kelas Amat Penting Dalam Memastikan Perancangan Program Yang Lebih Berkesan Untuk Perkembangan Kanak

batu bata. Guntingkan simbol, bentuk, huruf dan nombor daripada kertas pasir atau

kadbod. Pandu tangan kanak-kanak mengikut bentuk tersebut dan pada masa yang

sama terangkan mengenai bentuk itu. Tunjukkan kanak-kanak ini bagaimana membuat

gosokan dengan mewarna di atas sesuatu tekstur yang menarik. Pastikan bahawa

kawasan bermain mempunyai cukup cahaya supaya kanak-kanak yang mempunyai

deria lihat yang terhad dapat melihat dengan lebih baik. Sediakan kawasan yang khas

bagi aktiviti bermain. Bantu kanak-kanak ini menyesuaikan diri dengan susunan bilik itu.

Jika anda bercadang untuk mengubah sesuatu susunan, anda hendaklah membantu

kanak-kanak ini mengenalpasti semula susunan bilik itu. Barang permainan dan bahan-

bahan lain hendaklah berwarna-warni supaya kanak-kanak cacat penglihatan ini dapat

melihat dengan lebih baik. Lekatkan label yang diperbuat daripada kadbod tebal untuk

menunjukkan simbol barang mainan pada rak mainan untuk memudahkan mereka

mengemas. Susun barang-barang di rumah anda untuk membantu mereka bergerak

dengan selamat dan selesa. Pastikan pintu dan kabinet sentiasa ditutup. Ajar kanak-

kanak yang tidak cacat untuk memperkenalkan diri mereka dan menerangkan

mengenai aktiviti atau permainan mereka kepada kanak-kanak cacat penglihatan. Ajar

mereka untuk memanggil nama kanak-kanak cacat penglihatan ini untuk mendapatkan

perhatian mereka dan menggunakan perkataan-perkataan tertentu untuk menerangkan

sesuatu objek seperti telefon, topi atau kereta, dan bukannya hanya berkata “itu”, “ini”

atau “benda”. Perluaskan pembelajaran kanak-kanak ini dengan berbual dengan

mereka semasa menjalankan aktiviti. Guna perkataan yang menggambarkan sesuatu

objek seperti panjang, pendek, di atas, di bawah, besar dan kecil. Jika boleh, biarkan

mereka mengalami situasi yang boleh menggambarkan konsep ini. Contohnya, anda

boleh memberi dua biji bola kepada mereka dan berkata, “Bola di tangan awak besar.

Cuba rasa bagaimana besarnya bola ini. Tetapi bola di tangan saya kecil. Adakah awak

mahu merasanya?” Galakkan kanak-kanak ini membina blok secara memanjang.

Mereka boleh merasa bentuknya dan menyusunnya dari satu hujung ke hujung yang

lain dalam bentuk yang berlainan tanpa perlu risau blok itu akan terjatuh.

Selain daripada itu strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam konsep alam

belajar. (trostle & yawkey, 1981) ialah pertama, Fizikal : Guru memberi izin kepada

murid-murid untuk menggunakan objek yang mereka hendak. Guru membantu murid

Page 5: Gaya Dan Kaedah Pengajaran Di Dalam Kelas Amat Penting Dalam Memastikan Perancangan Program Yang Lebih Berkesan Untuk Perkembangan Kanak

untuk mencari objek yang menarik, berguna dan selamat. Kedua, Keseronokan

(bermain). Guru juga boleh turut serta bersama murid semasa bermain. Selain itu guru

hendaklah menyediakan bahan atau objek yang menarik bagi memeriahkan lagi

suasana. Seterusnya guru boleh juga memberi hadiah kepada murid yang menang

supaya timbul motivasi diri murid untuk menang. Ketiga, Mendalami / mengkaji : Guru

akan memberi masa kepada

murid untuk mendalami tentang sesuatu objek atau bahan sebelum menggunakannya

dalam pemikran kreatif. Keempat, Oral : Guru menggunakan “idea sparks” (idea yang

pelbagai) dalam kreatif thinking. Contoh, guru menyuruh murid bermain dengan anak

patung dan tunjukkan bagaimana anak patung itu berjalan ke kedai. Kelima, Huraian :

Guru menghuraikan apa yang telah dikatakan oleh murid dengan lebih terang dan

mudah difahami.(gambar-gambar). Keenam, Ubahsuai objek : Guru akan

mengubahsuai sesuatu objek agar lebih menarik. Ketujuh, Menambah objek

(penambahan) : Apabila murid sedang melakonkan sesuatu peranan guru boleh

menyediakan alatan yang relevan bagi murid-murid menggunakannya dalam permainan

yang kreatif. Guru juga boleh menggunakan langkah-langkah perlaksaan teknik

bermain sambil belajar untuk menarik minat kanak-kanak, contohnya seperti berikut

menentukan tema iaitu tema yang berkaitan dengan pelajaran. Tujuan guru hendaklah

sama seperti untuk memotivasikan murid, membentuk konsep atau memberi

peneguhan. Menentukan aras permainan dan permainan yang dsediakn hendaklah

sesuai dengan tahap kebolehan kanak-kanak. Menentukan bentuk permainan sama

ada secara individu atau kumpulan. Menentukan jenis permainan seperti kad, main kad

atau sebagainya. Mengumpul bahan dan Menentukan cara menilai.

Selain dari itu juga, menurut kajian yang dilakukan Al Ghamdi (1987), mendapati

bahawa perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip Matematik dengan mudah dan

efektif. Menurut Key Curriculum Press (2001) Perisian Geometer’s Skechpad, GSP

ialah sebuah sistem perisian untuk membina , meneroka dan menganalisis secara luas

dalam bidang Matematik. Menggunakan perisian ini kita boleh meneroka dan membina

model Matematik interaktif daripada penyiasatan yang asas hingga ilustrasi yang

kompleks. Sebagai contoh guru boleh membimbing pelajar menyiasat nisbah perimeter

Page 6: Gaya Dan Kaedah Pengajaran Di Dalam Kelas Amat Penting Dalam Memastikan Perancangan Program Yang Lebih Berkesan Untuk Perkembangan Kanak

kepada diameter bagi beberapa buah bulatan untuk mendapatkan nilai π iaitu 3.142

atau , meneroka soalan-soalan berkaitan dengan tangent sebuah bulatan dan

masalah-masalah terbuka. Pelajar boleh melakukan pembinaan geometri dan mereka

sendiri menentukan formula untuk menghuraikan perhubungan-perhubungan yang

mereka temui. Selain daripada itu pelajar boleh melihat dengan jelas bagaimana

penjelmaan yang terdiri daripada translasi, pantulan, putaran dan pembesaran berlaku,

menerangkan sifat-sifat setiap penjelmaan itu secara meneroka dan menyiasat. Ini

boleh menarik minat pelajar terhadap keindahan matematik dan cuba mengaitkannya

dengan dunia sebenar. Penggunaan multimedia di dalam kelas (Ju-Ping Chung, 2004)

boleh membina pengajaran berpusatkan murid yang mana dapat membantu murid

memperkembangkan kemahiran koperatif, meneroka dan menyiasat. Guru boleh

memberi satu tugasan kepada pelajar secara berkumpulan dan pelajar diminta

menggunakan perisian MS-Powerpoint dan maklumat daripada internet bagi

mempersembahkan tugasan tersebut. Bagi menjimatkan masa laman web yang

berkenaan diberi kepada setiap kumpulan. Guru membimbing pelajar dalam

melaksanakan tugasan tersebut. Ini secara tidak langsung dapat mendorong pelajar

mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Dengan menggunakan teknologi komunikasi, guru dan pelajar memperoleh kemahiran

baru untuk mengajar dan belajar. Menurut Ashnida, Afendi & Shabri (2004), tugas guru

yang menggunakan PBBK (Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer) di dalam kelas

meliputi semua aspek iaitu sebagai fasilitator, pengurus sumber dan juga pengajar.

Guru membimbing pelajar membuat tugasan masing-masing. Pada pihak pelajar pula,

mereka dapat belajar bagaimana cara untuk mencari dan mendapatkan maklumat dan

mengaplikasikan maklumat yang didapati ke dalam tugasan mereka.

Kesimpulannya, Menurut Jean Piaget, beliau menyarankan bahawa pembelajaran

bahawa memerlukan masa “untuk memainkannya” dengan membuat sesuatu menerusi

berbagai alternatif. Oleh itu kanak-kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti

main untuk mencapai matlamatnya. Oleh itu, bukan belajar sahaja dapat mendidik

kanak-kanak, tetapi bermain juga dapat mengasuh mereka untuk memperolehi ilmu.

Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan

Page 7: Gaya Dan Kaedah Pengajaran Di Dalam Kelas Amat Penting Dalam Memastikan Perancangan Program Yang Lebih Berkesan Untuk Perkembangan Kanak

keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak

disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai

perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi

perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Penggunaan teknologi multimedia dapat

meningkatkan mutu pengajaran dan seterusnya membina pembelajaran yang

menyeronokkan seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.

Salah satu sifat yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran

ialah sifat mudah lupa dan lalai. Kadang-kadang sesuatu soalan itu mudah, tetapi sifat

lupa dan lalai menyebabkan pelajar itu membuat kesilapan. Untuk membantu supaya

pelajar jangan mudah lupa dan lalai, maka aktiviti penggunaan teknologi multimedia

boleh digunakan untuk mereka membuat refleksi tentang apakah konsep dan

kemahiran yang mereka telah pelajari.

Kaedah pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan amat penting dalam

memberikan kefahaman kepada pelajar. Jika pelajar tidak faham, mereka akan menjadi

lemah dan seterusnya tidak dapat menguasai pelajaran. Jadi, wajarlah penggunaan

teknologi multimedia ini digunakan di dalam kelas bagi menggalakkan proses

pengajaran dan pembelajaran agar pengajaran menjadi lebih berkesan pembelajaran

menjadi lebih bermakna.