Gaya dan kaedah pengajaran di dalam kelas amat penting dalam memastikan
perancangan program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanak-kanak
keperluan khas secara menyeluruh. Selain itu juga, gaya dan kaedah pengajaran
seseorang guru yang sesuai dan betul akan dapat memastikan setiap pelajar-pelajar
mencapai objektif yang telah ditetapkan. Bagaimanapun apa jua perancangan yang
dibuat, aktiviti itu haruslah selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif pengalaman
yang sesuai (Rohaty, 2003). Selain itu juga, Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti
kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu yang akan dapat memperkembangkan
minda kanak-kanak dalam semua aspek pembelajaran. Hal ini kerana, pendidikan
prasekolah pendidikajn khas bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam
semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif
sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah..
Selain itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan bagi
pendidikan prasekolah pendidikan khas adalah melalui teknik belajar dalam bermain.
Main atau bermain secara amnya boleh di definisikan sebagai satu aktiviti yang
memberikan kegembiraan atau kepuasan kepada kanak-kanak terutamnaya Taufiq
tanpa menimbangkan hasil daripada aktiviti itu. Dengan kata lain, kanak-kanak bermain
bukan kerana ingin akan sesuatu atau ingin mencapai tujuan tetentu. Bermain juga di
anggap satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan
hasil akhirnya atau tujuan tetentu. Bermain juga bukanlah aktiviti yang di paksa, malah
ia merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak ( Kraus, 1990 ). Pendekatan belajar
sambil bermain ini adalah memerlukan satu pendekatan yang terancang dan berstruktur
bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang
mengembirakan dan dapat merangsang pemikiran kanak-kanak.
Guru juga sambil memerhati dan menyelia kanak-kanak bermain, berupaya
menilai kanak-kanak secara berterusan kerana bermain adalah cara belajar yang asas.
Memerhati kanak-kanak bermain adalah cara menilai perkembangan dan kemahiran
intelektual, sosial, emosional dan fizikal mereka.
Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran perlu terdiri
daripada bahan konkrit, bahan sebenar dan relevan kepada kehidupan kanak-kanak.
Kanak-kanak perlu bermain dengan bahan sebenar dan mengalami peristiwa sebenar
sebelum mereka boleh memahami makna simbol sebenar seperti abjad
Aktiviti nyanyian dapat membantu meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak.
Nyanyian melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan
membantu mereka menambah perbendaharaan kata. Guru boleh menjalankan aktiviti
ini bagi memberi peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa
melalui aktiviti menyanyi. Muzik dan nyanyian yang dijalankan dapat menggalakkan
kanak-kanak melahirkan perasaan seperti berimaginasi sambil bermain. Oleh itu,
secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui
nyanyian ini juga kanak-kanak akan mempamerkan ekspresi perasaan mereka samada
gembira, sedih dan sebagainya. Selain itu, aktiviti bermain sambil menyanyi juga adalah
satu cara bagaimana kanak-kanak memperkembangkan penguasaan bahasa mereka.
Dengan nyanyian juga dapat memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat
ditingkatkan kerana ia mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak.
Selain dari itu, guru juga boleh menarik perhatian kanak-kanak dengan letakkan objek
yang berbunyi (jam, loceng angin, radio) di bahagian berlainan di dalam rumah untuk
membantu kanak-kanak mengenalpasti susunan rumah. Galakkan kanak-kanak ini
mencari dan merasa tekstur yang berlainan di sekeliling rumah seperti lantai, karpet,
kayu, tingkap kaca, dinding berplaster, meja marmar dan sebagainya. Carilah mainan
dan buku yang mempunyai nombor, huruf atau rekaan yang timbul yang boleh disentuh
dan diterokai oleh kanak-kanak ini. Anda juga boleh memilih cerita yang mempunyai
penerangan yang menarik mengenai sesuatu aksi atau objek. Beri penerangan, dan
biarkan mereka mengalami situasi itu. Contohnya, selepas membaca “The Three Little
Pigs,” mereka mungkin seronok dapat merasa perbezaan antara jerami, ranting dan
batu bata. Guntingkan simbol, bentuk, huruf dan nombor daripada kertas pasir atau
kadbod. Pandu tangan kanak-kanak mengikut bentuk tersebut dan pada masa yang
sama terangkan mengenai bentuk itu. Tunjukkan kanak-kanak ini bagaimana membuat
gosokan dengan mewarna di atas sesuatu tekstur yang menarik. Pastikan bahawa
kawasan bermain mempunyai cukup cahaya supaya kanak-kanak yang mempunyai
deria lihat yang terhad dapat melihat dengan lebih baik. Sediakan kawasan yang khas
bagi aktiviti bermain. Bantu kanak-kanak ini menyesuaikan diri dengan susunan bilik itu.
Jika anda bercadang untuk mengubah sesuatu susunan, anda hendaklah membantu
kanak-kanak ini mengenalpasti semula susunan bilik itu. Barang permainan dan bahan-
bahan lain hendaklah berwarna-warni supaya kanak-kanak cacat penglihatan ini dapat
melihat dengan lebih baik. Lekatkan label yang diperbuat daripada kadbod tebal untuk
menunjukkan simbol barang mainan pada rak mainan untuk memudahkan mereka
mengemas. Susun barang-barang di rumah anda untuk membantu mereka bergerak
dengan selamat dan selesa. Pastikan pintu dan kabinet sentiasa ditutup. Ajar kanak-
kanak yang tidak cacat untuk memperkenalkan diri mereka dan menerangkan
mengenai aktiviti atau permainan mereka kepada kanak-kanak cacat penglihatan. Ajar
mereka untuk memanggil nama kanak-kanak cacat penglihatan ini untuk mendapatkan
perhatian mereka dan menggunakan perkataan-perkataan tertentu untuk menerangkan
sesuatu objek seperti telefon, topi atau kereta, dan bukannya hanya berkata “itu”, “ini”
atau “benda”. Perluaskan pembelajaran kanak-kanak ini dengan berbual dengan
mereka semasa menjalankan aktiviti. Guna perkataan yang menggambarkan sesuatu
objek seperti panjang, pendek, di atas, di bawah, besar dan kecil. Jika boleh, biarkan
mereka mengalami situasi yang boleh menggambarkan konsep ini. Contohnya, anda
boleh memberi dua biji bola kepada mereka dan berkata, “Bola di tangan awak besar.
Cuba rasa bagaimana besarnya bola ini. Tetapi bola di tangan saya kecil. Adakah awak
mahu merasanya?” Galakkan kanak-kanak ini membina blok secara memanjang.
Mereka boleh merasa bentuknya dan menyusunnya dari satu hujung ke hujung yang
lain dalam bentuk yang berlainan tanpa perlu risau blok itu akan terjatuh.
Selain daripada itu strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam konsep alam
belajar. (trostle & yawkey, 1981) ialah pertama, Fizikal : Guru memberi izin kepada
murid-murid untuk menggunakan objek yang mereka hendak. Guru membantu murid
untuk mencari objek yang menarik, berguna dan selamat. Kedua, Keseronokan
(bermain). Guru juga boleh turut serta bersama murid semasa bermain. Selain itu guru
hendaklah menyediakan bahan atau objek yang menarik bagi memeriahkan lagi
suasana. Seterusnya guru boleh juga memberi hadiah kepada murid yang menang
supaya timbul motivasi diri murid untuk menang. Ketiga, Mendalami / mengkaji : Guru
akan memberi masa kepada
murid untuk mendalami tentang sesuatu objek atau bahan sebelum menggunakannya
dalam pemikran kreatif. Keempat, Oral : Guru menggunakan “idea sparks” (idea yang
pelbagai) dalam kreatif thinking. Contoh, guru menyuruh murid bermain dengan anak
patung dan tunjukkan bagaimana anak patung itu berjalan ke kedai. Kelima, Huraian :
Guru menghuraikan apa yang telah dikatakan oleh murid dengan lebih terang dan
mudah difahami.(gambar-gambar). Keenam, Ubahsuai objek : Guru akan
mengubahsuai sesuatu objek agar lebih menarik. Ketujuh, Menambah objek
(penambahan) : Apabila murid sedang melakonkan sesuatu peranan guru boleh
menyediakan alatan yang relevan bagi murid-murid menggunakannya dalam permainan
yang kreatif. Guru juga boleh menggunakan langkah-langkah perlaksaan teknik
bermain sambil belajar untuk menarik minat kanak-kanak, contohnya seperti berikut
menentukan tema iaitu tema yang berkaitan dengan pelajaran. Tujuan guru hendaklah
sama seperti untuk memotivasikan murid, membentuk konsep atau memberi
peneguhan. Menentukan aras permainan dan permainan yang dsediakn hendaklah
sesuai dengan tahap kebolehan kanak-kanak. Menentukan bentuk permainan sama
ada secara individu atau kumpulan. Menentukan jenis permainan seperti kad, main kad
atau sebagainya. Mengumpul bahan dan Menentukan cara menilai.
Selain dari itu juga, menurut kajian yang dilakukan Al Ghamdi (1987), mendapati
bahawa perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip Matematik dengan mudah dan
efektif. Menurut Key Curriculum Press (2001) Perisian Geometer’s Skechpad, GSP
ialah sebuah sistem perisian untuk membina , meneroka dan menganalisis secara luas
dalam bidang Matematik. Menggunakan perisian ini kita boleh meneroka dan membina
model Matematik interaktif daripada penyiasatan yang asas hingga ilustrasi yang
kompleks. Sebagai contoh guru boleh membimbing pelajar menyiasat nisbah perimeter
kepada diameter bagi beberapa buah bulatan untuk mendapatkan nilai π iaitu 3.142
atau , meneroka soalan-soalan berkaitan dengan tangent sebuah bulatan dan
masalah-masalah terbuka. Pelajar boleh melakukan pembinaan geometri dan mereka
sendiri menentukan formula untuk menghuraikan perhubungan-perhubungan yang
mereka temui. Selain daripada itu pelajar boleh melihat dengan jelas bagaimana
penjelmaan yang terdiri daripada translasi, pantulan, putaran dan pembesaran berlaku,
menerangkan sifat-sifat setiap penjelmaan itu secara meneroka dan menyiasat. Ini
boleh menarik minat pelajar terhadap keindahan matematik dan cuba mengaitkannya
dengan dunia sebenar. Penggunaan multimedia di dalam kelas (Ju-Ping Chung, 2004)
boleh membina pengajaran berpusatkan murid yang mana dapat membantu murid
memperkembangkan kemahiran koperatif, meneroka dan menyiasat. Guru boleh
memberi satu tugasan kepada pelajar secara berkumpulan dan pelajar diminta
menggunakan perisian MS-Powerpoint dan maklumat daripada internet bagi
mempersembahkan tugasan tersebut. Bagi menjimatkan masa laman web yang
berkenaan diberi kepada setiap kumpulan. Guru membimbing pelajar dalam
melaksanakan tugasan tersebut. Ini secara tidak langsung dapat mendorong pelajar
mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Dengan menggunakan teknologi komunikasi, guru dan pelajar memperoleh kemahiran
baru untuk mengajar dan belajar. Menurut Ashnida, Afendi & Shabri (2004), tugas guru
yang menggunakan PBBK (Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer) di dalam kelas
meliputi semua aspek iaitu sebagai fasilitator, pengurus sumber dan juga pengajar.
Guru membimbing pelajar membuat tugasan masing-masing. Pada pihak pelajar pula,
mereka dapat belajar bagaimana cara untuk mencari dan mendapatkan maklumat dan
mengaplikasikan maklumat yang didapati ke dalam tugasan mereka.
Kesimpulannya, Menurut Jean Piaget, beliau menyarankan bahawa pembelajaran
bahawa memerlukan masa “untuk memainkannya” dengan membuat sesuatu menerusi
berbagai alternatif. Oleh itu kanak-kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti
main untuk mencapai matlamatnya. Oleh itu, bukan belajar sahaja dapat mendidik
kanak-kanak, tetapi bermain juga dapat mengasuh mereka untuk memperolehi ilmu.
Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan
keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak
disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai
perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi
perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Penggunaan teknologi multimedia dapat
meningkatkan mutu pengajaran dan seterusnya membina pembelajaran yang
menyeronokkan seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
Salah satu sifat yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran
ialah sifat mudah lupa dan lalai. Kadang-kadang sesuatu soalan itu mudah, tetapi sifat
lupa dan lalai menyebabkan pelajar itu membuat kesilapan. Untuk membantu supaya
pelajar jangan mudah lupa dan lalai, maka aktiviti penggunaan teknologi multimedia
boleh digunakan untuk mereka membuat refleksi tentang apakah konsep dan
kemahiran yang mereka telah pelajari.
Kaedah pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan amat penting dalam
memberikan kefahaman kepada pelajar. Jika pelajar tidak faham, mereka akan menjadi
lemah dan seterusnya tidak dapat menguasai pelajaran. Jadi, wajarlah penggunaan
teknologi multimedia ini digunakan di dalam kelas bagi menggalakkan proses
pengajaran dan pembelajaran agar pengajaran menjadi lebih berkesan pembelajaran
menjadi lebih bermakna.