sumber: internet file•meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat...

90
SUMBER: INTERNET

Upload: others

Post on 31-Oct-2019

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

SUMBER:

INTERNET

Page 2: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Orang Kelainan Upaya (OKU)

Dasar Orang Kurang Upaya

Pengenalan

Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU.

Definisi

OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.

Pernyataan Dasar

Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Dasar ini turut mengutamakan nilai hak kemanusian seperti kemuliaan, kehormatan dan kebebasan bagi membolehkan mereka hidup berdikari.

Objektif Dasar

Dasar OKU menetapkan empat objektif berikut:

1. Memberi pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa OKU mempunyai hak dan peluang yang sama bagi penyertaan penuh dalam masyarakat.

2. Memastikan OKU menikmati hak, peluang dan akses secara saksama di bawah undang-undang negara.

3. Menghapuskan diskriminasi terhadap seseorang atas sebab ketidakupayaannya dan.

4. Mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak OKU.

Strategi

Strategi di bawah Dasar OKU terbahagi kepada 15 bidang seperti berikut:

Page 3: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

1. Advokasi

• Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan.

2. Aksesibiliti

• Memastikan penyediaan persekitaran bebas halangan (barrier-free) termasuk kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan serta ruang awam.

• Meningkatkan penyediaan kemudahan pengangkutan awam yang mesra OKU dan • Menggalakkan penyediaan kemudahan serta akses kepada teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT).

3. Kesihatan

• Meningkatkan perkhidmatan kesihatan termasuk program pencegahan, pengesanan dan intervensi awal (primary care) dan

• Meningkatkan perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada OKU (secondary and tertiary care)

4. Pemulihan

• Meningkatkan keberkesanan serta memperluaskan program pemulihan sedia ada bagi OKU.

• Mewujudkan program pemulihan baru bagi OKU selaras dengan perkembangan semasa.

5. Pendidikan

• Meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua peringkat, termasuk pendidikan sepanjang hayat.

6. Pekerjaan

• Membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan penggajian OKU dalam semua sektor pekerjaan.

• Menggalakkan OKU bekerja sendiri (self-employed) dan berdikari.

7. Keselamatan Diri dan Perlindungan Sosial

• Melindungi OKU dari segala bentuk eksploitasi, keganasan dan penderaan. • Memantapkan perkhidmatan dan kemudahan kepada OKU yang layak dan

Page 4: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

berkeperluan.

8. Perkhidmatan Sokongan

• Memantapkan mekanisme perkhidmatan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.

• Menggalakkan penghasilan dan penjualan alat-alat tiruan dan sokongan OKU yang mampu milik.

9. Sosial

• Meningkatkan kemudahan dan menggalakkan penyertaan OKU dalam aktiviti sosial.

10. Pembangunan Sumber Manusia (i) Membangunkan kapasiti dan menyediakan sumber manusia terlatih serta mencukupi yang memberi perkhidmatan kepada OKU. (ii) Membangunkan keupayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kepentingan OK. (iii) Meningkatkan penyertaan OKU dalam proses perancangan dan membuat keputusan. 11. Penglibatan Masyarakat (i) Menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam program pembangunan OKU. (ii) Menjalin dan memperkukuhkan rangkaian kerjasama multisektor dan multidisiplin. (iii) Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat.

12. Penyelidikan dan Pembangunan (i) Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai OKU serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan. (ii) Memantapkan mekanisme penyelarasan pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program-program OKU. 13. Perumahan (i) Menggalakkan reka bentuk universal dalam pembinaan rumah dan kawasan persekitaran. (ii) Membuka peluang kepada OKU untuk memiliki rumah. 14. Kanak-kanak OKU Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk kanak-kanak kurang upaya dalam

Page 5: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU.

15. Wanita OKU Mengutamakan kepentingan terbaik (best interest) untuk wanita kurang upaya dalam setiap program perkembangan, kemajuan dan pemerkasaan golongan OKU.

Penutup

Pihak Kerajaan amat prihatin terhadap golongan OKU dan penggubalan Dasar ini merupakan komitmen Kerajaan dalam usaha memastikan OKU mendapat kesaksamaan hak dan peluang bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan Dasar OKU memerlukan kerjasama yang bersepadu daripada semua pihak serta penglibatan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan serta pertubuhan bukan Kerajaan, ahli akademik, pakar perubatan, pekerja sosial, sukarelawan dan orang ramai.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Kuala Lumpur.

16 November 2007. =Terakhir Kemaskini pada Khamis, 01 Oktober 2009 11:07

Sumber : www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content...id... Tarikh Akses : 7 Julai 2011

Page 6: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Faedah Pendaftaran OKU 1. Pengecualian Cukai Jalan.

• OKU Fizikal. • Kereta,van, motosikal buatan tempatan sahaja • Kementerian Pengangkutan • Jabatan Pengangkutan Jalan

2. Kemudahan pengangkutan awam

• Tambang konsesi • MAS 50% penerbangan domestik • KTM 50% bagi semua kelas • LRT, KL Monorail 50% • Rapid KL – tiada bayaran • Transnasional 50% • Kementerian Pengangkutan/ Syarikat Prasarana Negara

3. Program Pendidikan Khas Kem. Pelajaran/Jab. Pendidikan Khas

4. Program Pendidikan Integrasi Kementerian Pelajaran

5. Elaun RM50.00 sebulan kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah Kementerian Pelajaran

6. Elaun RM300.00 sebulan kepada pelajar IPTA Kementerian Pengajian Tinggi

7. Kod amalan akses bagi OKU:-

• Bangunan baru wajib ada ram dan railings • Laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda • Lif khas dengan rekabentuk yang sesuai • Tempat letak kereta,tandas khas dan sebagainya • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Majlis Kerajaan Tempatan

8. Kemudahan dan galakan pelepasan cukai pendapatan.

• Pelepasan cukai berganda kepada majikan yang melatih dan mengambil pekerja OKU • Pelepasan cukai sebanyak RM 5000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak

OKU yang berusia dibawah 18 tahun • Pelepasan cukai sehingga RM 5000 bagi membeli alat-alat khas untuk kegunaan

sendiri,anak atau ibubapa OKU.

Page 7: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

• Mulai 2005 pelepasan cukai diri ditambah dari RM 6000 kepada RM 8000 dan kepada pasangan OKU dari RM 3000 kepada RM 3500.

• Kementerian Kewangan/ Lembaga Hasil

9. Kadar sewa rumah yang rendah DBKL

10. Potongan harga 20 % pembelian rumah Syarikat Perumahan Negara

11. Pengecualian bayaran rawatan perubatan :

• Bayaran wad kelas 3 • Bayaran pakar • Bayaran ubat • Hanya hospital kerajaan • Kementerian Kesihatan

12. Pengecualian Bayaran dokumen perjalanan

• Pasport • Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri/Jabatan Imigresen

13. Kemudahan peluang pekerjaan

• Pekeliling petrkhidmatan Bil. 10/1988 • 1% peluang pekerjaan sektor awam • Perkhidmatan pendaftaran pekerjaan secara online • Kementerian Sumber Manusia/Jabatan Tenaga Kerja

14. Geran galakan perniagaan OKU

• Telah berniaga • Usia 18 tahun keatas • Individu dan berkelompok • Geran berbentuk one-off • Kem. Sumber Manusia/Jabatan Tenaga Kerja

15. Pengecualian duti impot alat ganti alat tiruan/sokongan

• Kementerian kewangan

16. Pengecualian 50% duti eksais kenderaan OKU

Page 8: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

• OKU Fizikal sahaja • Ada lesen memandu yang khas • Kereta nasional sahaja • Tidak boleh pindah milik atau jual selama 10 tahun kecuali dengan kebenaran

kem.Kewangan • Sebuah kereta setiap 10 tahun • Kementerian Kewangan

17. Pencen terbitan

• Anak penjawat awam yang telah meninggal dunia • JPA – Bahagian Pencen

18. Waktu berkerja anjal

• Kemudahan kepada kakitangan awam untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak OKU

• Jabatan Perkhidmatan Awam

19. Kemudahan Telekom

• Bayaran sewa bulanan dikecualikan • Panggilan 103 operator tidak dikenakan caj • Panggilan menunggu atau pindahan secara percuma • 19 tahun keatas,atas nama sendiri • Bawah 18 tahun atas nama keluarga • Celcom-pengecualian bayaran sewa bulanan • Kem. Tenaga,Air dan Komunikasi/Telekom Malaysia • 20.50% potongan yuran pengajian Universiti Terbuka Malaysia (OUM)

21. Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat

22. Elaun Pekerja Cacat Jabatan Kebajikan Masyarakat

23. Geran Pelancaran Jabatan Kebajikan Masyarakat

24. Bantuan alat tiruan/sokongan

Sumber : http://www. pmr.penerangan.gov.my/.../413-faedah-pendaftaran-oku.html Tarikh Akses : 7 Julai 2011

Page 9: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Kategori Orang Kelainan Upaya 1 . Kurang upaya pendengaran

Kurang Upaya Pendengaran bermaksud tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaranTerdapat empat tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU kurang pendengaran iaitu:

a) Minimum (Mild) - 20 - < 30db)

b) Sederhana (Moderate) - (30 - < 60db)

c) Teruk (Severe) - (60 - <90db)

d) Sangat Teruk (Profound) - (>90db)

2 . Kurang upaya pertuturan

Kurang Upaya Pertuturan bermaksud mereka tidak boleh bertutur hingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini perlulah kekal atau tidak akan sembuh. Di bawah senarai mereka yang boleh dikategorikan bermasalah pertuturan dan perlu disahkan oleh Pakar Otorinolaringologi sekiranya ada kemusykilan. Keadaan ini termasuk kategori - kategori berikut iaitu:

3 . Kurang upaya penglihatan

Kurang Upaya Penglihatan adalah individu yang tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan tterhad di kedua - dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh. OKU penglihatan yang dimaksudkan boleh dibahagi kepada:-

Terhad bermaksud penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantuan penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation

Buta bermaksud penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixaton

*Buta sebelah mata tidak didaftarkan sebagai OKU.

4 . Kurang upaya fizikal

Kurang Upaya Fizikalbermaksud mereka yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti asas seperti penjagaan diri sendiri, pergerakan, penukaran posisi tubuh

Page 10: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

badan. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat hidup berdikari serta menghalang penyertaan penuh mereka di dalam masyarakat.

Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem-sistem seperti sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal ginekologi dan lain-lain.

Contoh penyebab ketidakupayaan ini adalah:

1. Limb defects(congenital/acquired)

2. Spinal Cord Injury

3. Stroke

4. Traumatic Brain Injury

5. Kerdil(Anchondroplasia)

6. Cerebral Palsy

Individu yang mengalami keadaan kekurangan tanpa menjejaskan fungsi contohnya kehilangan jari, mempunyai lebih jari/polydactaly dan tidak ada atau tidak sempurna cuping telinga tidak dipertimbangkan bagi pendaftaran.

5 . Masalah pembelajaran

Masalah Pembelajaran adalah satu keadaan di mana seseorang itu menghadapi masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lewat perkembangan global, sindrom Down, lembam dan kurang upaya intelektual.

Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti autrisme(Autistic spectrum disorder), iAttention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dysgraphia, dyscalculia dll

6 . Mental

Kurang Upaya Mental bermaksud seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami dan telah menjalani rawatan psikiatri, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat.

Di antara jenis - jenis penyakit mental tersebut ialah Skizofrenia, paranoid, other Psychotic Disorder; Mood Disorder (depression, bipolar) dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik.

Page 11: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Walau bagaimanapun, pakar psikiatri akan menentukan bahawa tahap kefungsian sosial, kognitif dan kawalan tingkah laku pesakit terjejas dengan ketara atau teruk sebelum beliau dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU.

7 . Kurang Upaya Pelbagai

Kurang Upaya Pelbagai bermaksud bagi individu yang mengalami lebih dari satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori - kategori yang sedia ada. Contohnya seorang individu yang mengalami ketidakupayaan penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam Kategori Kurang Upaya Pelbagai.

Sumber : http://www.komunitikita.my/OKU/default.asp Tarikh Akses : 7 Julai 2011

Page 12: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

SUMBER:

ELEKTRONIK

Page 13: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

USM mahu perluas penganjuran Sukoku

KOTA BHARU 5 Julai - Karnival Sukan Orang Kelainan Upaya (Sukoku) anjuran Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian akan dikembangkan sehingga meliputi kampus lain bagi mengoptimumkan misi universiti itu dalam membantu golongan kurang bernasib baik.

Timbalan Naib Canselor Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat USM, Prof. Susie See Ching Mey berkata, karnival sukan yang dimulakan sejak 2010 itu merupakan usaha berkesan dalam mewujudkan hubungan erat antara universiti dengan masyarakat luar, terutama orang Kelainan upaya (OKU).

Setakat ini katanya, penyertaan dalam Sukoku terhad kepada peserta dari negeri ini sahaja sebagai langkah memperkukuhkan jenama PPSK dalam penganjuran karnival itu terlebih dahulu.

Zulfadhli Asri, (berkerusi roda) melambung bola dalam acara petanque pada Karnival

Sukoku 2011 di Padang Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, Kota Bharu, baru-baru

ini.

Program itu, katanya, akan dipastikan menjadi acara tahunan dan dibuat pada skala yang lebih besar pada masa akan datang.

"Mulai tahun depan kami akan libatkan juga penyertaan ibu bapa peserta sebagai sebahagian daripada program karnival. USM sebagai sebuah universiti Apex bertanggungjawab membantu golongan minoriti atau terkebawah agar tidak terpinggir.

"Melalui kepakaran kami, khidmat latihan dan kegiatan berterusan yang dilaksanakan bersama OKU akan memastikan mereka juga boleh menyumbang kepada pembangunan mas program Sukoku 2011 di padang USM Kampus Kesihatan Kubang Kerian di sini, baru-baru ini.

1  

Page 14: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

ARKIB : 26/06/2011

Ruhani insan bersemangat kental

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH [email protected]

KESEMPATAN bertemu wanita ini di Seminar Orang Kelainan Upaya (OKU) Peringkat Selangor baru-baru ini membuatkan penulis kagum dengan semangat juang yang dimilikinya.

Hadir bertongkat, dia masih mampu melemparkan senyuman dan bersemangat mendengar setiap bait ucapan penceramah.

Datin Ruhani Ibrahim, 61 disahkan menghidap sejenis penyakit sendi sejak lahir lagi.

Tidak pernah berputus asa, dia mahu memperjuangkan nasib golongan OKU menerusi Majlis Pemulihan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan sejak 39 tahun lalu. Datin Ruhani Ibrahim disahkan

menghidap sejenis penyakit sendi sejak lahir lagi. Daripada kecil, Ruhani telah dididik oleh keluarganya untuk

berdikari.

"Melihat adik-beradik dan kanak-kanak bermain, saya mahu jadi seperti mereka. Walaupun saya tidak mampu berlari, melompat dan berjalan lancar seperti mereka, keinginan itu tetap ada. Pada usia tiga tahun, saya mendekati dunia kanak-kanak walaupun terpaksa mengesot. Emak saya pula sudah mengajar saya untuk pergi ke klinik sendiri.

"Kadang-kadang saya berasa sakit tatkala punggung melecet tetapi itu tidak mematahkan semangat saya," ujarnya yang kini bertugas di KOLEJ Universiti MAHSA (MAHSA).

Bersyukur

Ruhani bersyukur kerana dia mempunyai ibu bapa yang sangat memberi sokongan. Kebetulan bapanya seorang polis dan berpelajaran. Begitu juga ibunya yang tidak pernah patah semangat untuk memastikan Ruhani mendapat didikan yang sempurna.

"Alhamdulillah Allah masih menyayangi saya. saya dapat bersekolah hingga melanjutkan pelajaran ke England. Jika dikenangkan masa kanak-kanak dan remaja saya amat menyedihkan, Disebabkan penyakit yang saya hadapi, sendi saya membengkak. Masa itu, arwah datuk saya mengipas kaki saya yang bengkak hingga kulit pecah," katanya.

Dalam kesibukan kerjaya dan badan bukan kerajaan, Ruhani diuji pula dengan tumor otak pada usia 45 tahun.

2  

Page 15: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Pada masa itu, rakan-rakannya menggalakkan dia untuk berdiam di rumah.

Tetapi itu bukan cara hidupnya kerana dia tidak

boleh berdiam di rumah tanpa memberi sumbangan kepada masyarakat.

"Jika dikenangkan apa yang saya alami sebelum ini, sebenarnya terlalu banyak sehingga tidak mampu saya tanggung. Semasa bertugas di Universiti Malaya, saya pernah dijangkiti Hepatitis B. Saya tidak menyalahkan keadaan pada masa itu (era 70-an) kerana pada waktu itu aspek kesihatan kurang dititik beratkan.

Justeru itu, sebagai OKU kita tidak boleh mengalah dengan takdir tetapi perlu banyak berdoa dan sabar," kata Naib Presiden MPM ini.

Dia yang sudah lama menggunakan tongkat untuk berjalan sebenarnya kini berhadapan dengan masalah buah pinggang rosak dan banyak lagi anggota dalamannya yang sudah tidak berfungsi.

Reda dan pasrah dengan ketentuan Allah, Ruhani tidak pernah lupa memperjuangkan nasib golongan OKU yang lain.

Nasihat Ruhani pada ibu bapa yang mempunyai anak OKU supaya tidak malu dan perlu dapatkan maklumat yang betul.

"Ramai menjadi OKU apabila mereka meningkat dewasa atau memasuki alam kanak-kanak. Misalnya, kanak-kanak yang mengalami sawan menjadi OKU akibat ibu bapa mereka tidak tahu mengawal demam panas anak mereka. Ada juga yang tidak mahu memakan ubat anti sawan sebaliknya mempercayai cara rawatan lain. Ilmu atau pembelajaran tentang sesuatu penyakit itu penting untuk memastikan anak anda yang OKU membesar dengan sempurna," katanya.

Kerjasama

Dalam pada itu, Ruhani meminta golongan pemimpin sama ada kampung atau negara lebih peka dengan isu OKU seperti menganjurkan program belia, masjid dan sebagainya.

Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan pendidikan golongan OKU lebih terjamin.

Menerusi Seminar OKU, badan bukan kerajaan dapat menjadi orang tengah untuk membantu golongan OKU.

"Sepanjang 40 tahun, saya dan rakan-rakan yang lain dan MPM mengharapkan segala fasiliti yang diharapkan dapat dilaksanakan. Penganjuran seminar seperti ini diharap dapat memupuk kesedaran bagi semua yang terlibat dalam perancangan dan pembangunan dalam bandar ke atas konsep dan prinsip-prinsip Reka bentuk Universal (Universal Design) serta garis panduan-garis sedia ada.

3  

Page 16: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Justeru penglibatan golongan arkitek dan jurutera diharap dapat sama-sama mengenalpasti n aspek-aspek kritikal yang perlu diberi penekanan dan diambil kira dalam pelaksanaan "Barrier Free City", ujarnya mengakhiri perbualan.

ARKIB : 24/06/2011

OKU rayu rumah PPRT

Oleh AZELI ALI [email protected]

BUKIT MERTAJAM 23 Jun - Seorang lelaki golongan orang kelainan upaya (OKU) merayu untuk mendapatkan sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebagai tempat berteduh bersama isteri dan dua anaknya kerana rumah pusaka yang didiaminya di Mukim 9 Tanah Liat dekat sini, semakin usang.

Azimi Aziz, 49, yang hilang penglihatan mata kanannya sejak empat tahun lalu mengharapkan belas ihsan pihak bertanggungjawab untuk membenarkannya mendiami rumah PPRT sama ada di Bukit Mertajam atau Permatang Pauh di sini.

Menurutnya, dia kini tidak bekerja dan hidup 'kais pagi makan pagi' selepas mata kanannya rosak akibat terkena asid ketika bekerja di kilang memproses jeruk di Berapit dan terpaksa menjalani pembedahan. AZIMI Aziz menunjukkan kad

OKU miliknya ketika ditemui di pejabat Utusan Malaysia di Bukit Mertajam, semalam.

"Sekarang ini saya hanya menumpang di rumah pusaka bapa saya yang daif dan akibat masalah keluarga saya dipaksa keluar dari rumah tersebut.

"Tapi mengenangkan anak-anak yang masih bersekolah saya tebalkan muka untuk terus bertahan di situ sambil pada masa sama mencari peluang menduduki rumah PPRT," katanya ketika datang ke pejabat Utusan Malaysia di Seberang Jaya di sini, hari ini.

Tambahnya, dia kini bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan dan Pusat Urus Zakat berjumlah RM300 sebulan manakala isterinya, Salima Talib, 45, bekerja membasuh pinggan di kedai makan dengan pendapatan RM25 sehari.

Jelasnya, dengan bantuan serta pendapatan tidak seberapa itu, dia menyara isteri dan dua anaknya, Nur Nabila, 15 yang belajar di tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penanti dan Mohd. Adam, 13, yang belajar di SMK Guar Perahu dalam tingkatan satu.

Malah anak sulungnya juga berhasrat untuk berhenti sekolah akibat kesempitan wang dan ingin bekerja bagi meringankan beban keluarga.

4  

Page 17: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

"Tapi saya tak benarkan sebab tahun ini dia akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Jadi, saya nasihatkan dia tumpukan perhatian kepada pelajaran dulu.

"Saya kasihankan anak-anak yang terpaksa menanggung derita sehingga menganggu pelajaran mereka malah dah dua hari anak-anak saya tidak ke sekolah kerana tiada duit untuk tambang bas dan belanja," ujarnya.

Untuk mengelakkan sebarang masalah bersama keluarganya, dia merayu pihak berkaitan meluluskan segera permohonannya untuk mendiami rumah PPRT tersebut.

Katanya lagi, menurut maklum balas yang diterima daripada pihak berkaitan, tiada kekosongan di mana-mana PPRT buat masa ini namun dia akan terus mengharap.

ARKIB : 23/06/2011

Emyza, Eliza perlukan bantuan

Oleh Rosmah Dain Gambar Wahidah Zainal

"KALAU ikutkan, hati asyik berfikir tentang apakah nasib bakal menimpa anak-anak saya ini apabila saya dan ayahnya sudah tiada nanti, rasanya mahu jadi gila. Tapi akhirnya saya reda, sekarang semuanya saya berserah kepada Allah."

Itulah kata-kata seorang ibu, Halimatun Saadiah Harun, 47, yang membayangkan kebimbangannya mengenangkan nasib dua orang anaknya apabila ditakdirkan dia pergi buat selamanya nanti.

Emyza Fazliena Baharuddin, 20, dan Eliza Aina, 16, merupakan anaknya yang ketiga dan keempat daripada enam orang adik-beradik.

Melihat daripada keadaan fizikal, kedua-duanya memanglah tidak nampak kesan kecacatan. Namun ia boleh dibuat perbandingan dari segi perbezaan umur dengan tumbesaran mereka yang terbantut.

Masalah saraf yang dihadapi sejak kecil membuatkan dua beradik ini, Emyza Fazliena

(kanan) dan Eliza Aina sukar berjalan.

Menurut Halimatun Saadiah, kedua-dua anaknya itu merupakan orang kelainan upaya (OKU) dengan masalah dipanggil ataxiat elanggiectasia, yang melibatkan saraf. Ia dikesan sejak mereka berumur tujuh tahun lagi.

5  

Page 18: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

"Ketika mereka kecil dahulu memang tidak nampak sebarang kelainan. Mereka ceria sebagaimana kanak-kanak lain. Kami juga memberikan suntikan imunisasi yang lengkap buat mereka. Namun tahun demi tahun pembesaran mereka semakin terbantut.

"Mereka tidak lagi boleh berjalan, pergerakan tidak seimbang, pertuturan bermasalah, fizikal lemah dan tidak boleh membaca tetapi boleh mengenal huruf.

"Tambah memilukan apabila Eliza Aina sekarang menderita bronkitis akibat selalu demam dan batuk," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Menurut si ibu, anak-anaknya itu perlu dipimpin setiap kali hendak bergerak atau berjalan.

Pergerakan dua remaja iaitu seperti kanak-kanak yang baru sedang belajar berjalan perlu dipimpin atau berpapah pada sesuatu objek sebelum mampu melangkah, bertatih dan jatuh.

Jika tiada sebarang sebab, kedua-dua mereka tidak akan bangun kecuali untuk ke tandas.

Namun sebagai ibu yang penyayang, kedua-dua anaknya ini disekolahkan di Sekolah Menengah di Jalan Reko, Kajang, Selangor, dalam kelas pendidikan khas.

Latihan akademik buat mereka lebih kepada bagaimana untuk melatih mereka berdikari.

Sekarang, hanya Eliza Aina yang masih bersekolah, manakala Emyza Fazliena sudah menamatkan persekolahan.

"Jika mereka di sekolah, mereka akan memakai lampin pakai buang agar tidak menyusahkan cikgu yang perlu menghantar mereka ke tandas," ujarnya.

Bagi menyara kehidupan, Halimatun Saadiah memberitahu, dia dan suami, Baharuddin Salamat, 53, hanya bergantung kepada pendapatan membawa van sekolah untuk anak-anak di persekitaran kejiranan rumah pangsa di situ.

Selain untuk meraih rezeki, van tersebut juga untuk kemudahan membawa kedua-dua anak mereka ke Hospital Kajang, Selangor, untuk pemeriksaan kesihatan empat kali dalam sebulan.

"Dahulu ayah mereka bekerja di sebuah kilang tetapi melihat kepayahan saya membawa anak-anak ke hospital dia mengambil keputusan untuk mengambil skim pemberhentian kerja secara sukarela (VSS).

"Memang dengan keadaan mereka yang sukar bergerak, tugas membawa mereka ke hospital sesuatu yang mencabar lebih-lebih lagi dengan kudrat wanita seperti saya. Itu belum lagi soal perbelanjaan ulang-alik ke hospital dalam keadaan pendapatan suami 'cukup-cukup makan' saja.

"Tetapi sukar atau senang perlu juga dilakukan bagi membolehkan mereka menjalani terapi fizikal dan pelbagai pemeriksaan lain.

"Sebagai orang tua sudah tentu kami mahukan yang terbaik untuk anak-anak tidak kira sesusah mana sekalipun," katanya.

6  

Page 19: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Halimatun Saadiah memberitahu, mungkin disebabkan kecacatan yang dialami hubungan keda-dua anaknya sangat rapat dan jarang berenggang.

Justeru bagi menghilangkan kebosanan ketika adiknya ke sekolah, Emyza Fazliena berniaga makanan ringan di luar beranda rumahnya.

"Jika kewangan mengizinkan saya bercadang untuk belikan dia tong ais krim, dia tentu akan lebih ceria kerana bukan hanya kerana dapat berjualan tetapi dapat bergaul dengan kanak-kanak sekeliling," katanya.

Namun apa yang penting bagi Halimatun Saadiah ialah sekiranya pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat mempercepatkan proses sumbangan elaun OKU untuk anak-anaknya agar sedikit terbela masa depan mereka.

"Kami sudah memohon, tetapi pihak JKM memberitahu proses seperti itu memakan masa.

"Dahulu ketika bersekolah, Emyza Fazliena menerima bantuan JKM RM150 sebulan tetapi dihentikan selepas dia habis sekolah. Begitu juga Eliza Aina yang bakal ditamatkan elaunnya selepas tamat sekolah nanti," jelasnya tenang.

Tutur Halimatun Saadiah, sumbangan bulanan daripada JKM diperlukan agar masa depan anak-anaknya itu terbela.

"Kita tidak tahu siapa antara kami yang akan pergi dahulu. Sekiranya ada peruntukan untuk anak-anak saya, redalah sedikit kebimbangan saya memandangkan mereka mungkin boleh dijaga oleh adik-beradik yang lain.

"Maklumlah individu OKU seperti mereka memerlukan banyak duit. Saya tidak mahu mereka menjadi beban kepada adik-beradik lain yang sudah tentu mempunyai keluarga sendiri nanti," katanya memikirkan nasib masa depan anak-anaknya itu.

ARKIB : 08/06/2011

Bapa cari anak lelaki OKU hilang selepas keluar rumah

08/06/2011 4:59pm

JERLUN 8 Jun — Seorang lelaki kelainan upaya (OKU), Mohd Fikril Munir Mohd Yusoff, 25, dari Kampung Pida Tiga, Air Hitam dekat sini, hilang sejak 25 Mei lalu selepas keluar dari rumahnya.

Bapanya, Mohd Yusoff Saidin, 55, berkata, dia dan isteri, Che Embun Mustafa, 50, menyedari kehilangan anak ketiga mereka itu selepas waktu Maghrib pada hari sama apabila anaknya itu tidak pulang ke rumah.

“Kebiasaanya Mohd Fikril keluar rumah merayau-rayau sekitar pekan Air Hitam dan Kuala Kedah dengan menunggang basikal dan akan pulang sebelum waktu maghrib.

7  

Page 20: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

“Saya bimbang kerana anak saya tidak boleh makan sendiri kerana keadaan fizikalnya tidak stabil,” katanya.

Mohd Yusoff membuat satu laporan di Balai Polis Jitra sehari selepas kehilangan anaknya itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Mohd Fikril boleh menghubungi Mohd Yusoff di talian 013-5229103 atau menghubungi Balai Polis Jitra di talian 04-9172222. - Bernama

ARKIB : 07/06/2011

6 OKU terima bantuan ADUN Chukai

KEMAMAN 6 Jun – Seramai enam orang kelainan upaya (OKU) menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera dalam rutin turun padangnya baru-baru ini.

Semasa mengadakan kunjungan di Kampung Gong Limau dan Kampung Jabor Kubur, Mohamed menjengah kehidupan keluarga OKU itu yang ternyata menggembirakan mereka dan keluarga. Mohamed Awang Tera (kanan) bertanya

khabar kepada Engku Muda Chik semasa menyampaikan bantuan kepada OKU di

Chukai, Kemaman, baru-baru ini. Sambil bertanya khabar, beliau menyampaikan sumbangan wang tunai dan barang keperluan dapur kepada mereka.

Sidek Salleh, 80, yang lumpuh sejak 20 tahun lalu berkata, dia terharu menerima sumbangan berkenaan dan mengucapkan rasa syukur kerana wakil rakyat memberi perhatian kepada nasib mereka.

“Alhamdulillah, saya berterima kasih kerana turut mendapat bantuan bulanan yang mengurangkan beban keluarga,” katanya.

Ismail Long, 83, yang lumpuh akibat kemalangan jalan raya sejak tiga tahun lalu turut gembira kerana nasibnya turut mendapat perhatian.

“Saya sedih dan gembira kerana tidak dilupakan dalam keadaan uzur dan terlantar di rumah,” katanya.

Sementara itu, Mohamed yang juga Exco kerajaan negeri berkata, program turun padang itu merupakan program yang dilaksanakan secara berterusan.

“Kita akan terus membantu golongan miskin dan kurang upaya dalam DUN ini yang benar-benar memerlukan pembelaan serta perhatian daripada kerajaan,” katanya.

8  

Page 21: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

ARKIB : 07/06/2011

Cacat tidak halang Isa cari rezeki

JERANTUT 6 Jun – Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini dikurniakan dengan pelbagai kelebihan untuk melakukan pelbagai jenis kerja tidak kira mereka yang normal mahupun orang kelainan upaya (OKU).

Bagi Isa Zainuddin, 45, dilahirkan sebagai OKU tidak menghalangnya mencari rezeki halal dengan menjadi tukang baiki kasut biarpun mengalami kecacatan pada bahagian kaki sejak dilahirkan.

Dia yang digelar ‘Dr. Kasut’ oleh penduduk bandar ini menjahit dan membaiki kasut lebih 20 tahun lalu dan pernah merantau ke beberapa bandar untuk mencari rezeki termasuk Kuala Lumpur.

ISA Zainuddin (kiri) dan Amran Abas (kanan) membaiki kasut pelanggan di terminal bas

bandar lama Jerantut, baru-baru ini.

“Sebelum menjadi tukang kasut, saya membuat kraf tangan tetapi pendapatannya tidak menentu lalu belajar menjahit kasut dengan seorang rakan ketika menetap di Kuala Lumpur,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Isa yang masih bujang berkata, setelah mencuba nasib di beberapa tempat, dia akhirnya memilih bandar ini sebagai tempat meneruskan kerjayanya sebagai tukang baiki kasut sejak 2007.

“Saya menyewa kedai kecil bersebelahan terminal bas bandar lama dan memulakan kerja seawal pukul 7.30 pagi sehingga 6 petang. Saya tidak memilih pelanggan dan kasut yang dibawa. Saya akan cuba baiki dan siapkan dalam tempoh ditetapkan pelanggan sekiranya tidak menghadapi sebarang masalah,” katanya.

Jelasnya, pekerjaan yang dilakukannya turut dibantu oleh rakan serumah, Amran Abas, 54, dengan pendapatan yang diterima sekitar RM80 sehari.

Tambahnya, selain memperoleh pendapatan sebagai tukang kasut, dia turut menerima bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Katanya, dia berhajat membuka kedai sendiri di kawasan yang strategik, tetapi tiada pihak sudi membantu biarpun beberapa kali menghantar permohonan kepada agensi kerajaan yang berkaitan.

9  

Page 22: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

ARKIB : 06/06/2011

OKU rayu PTPTN jadi biasiswa TAN Pulau Pinang

SAYA adalah seorang mahasiswi orang kelainan upaya (OKU) yang telah menamatkan pengajian sebelum sidang akademik 2010/2011.

Saya ingin merayu pada pihak kerajaan bagi membantu saya dan mahasiswa-mahasiswi OKU menyelesaikan masalah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).

Oleh kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup yang jauh lebih mencabar berbanding dengan orang lain, kami lebih-lebih lagi yang datang dari keluarga kurang berada sememangnya menghadapi masalah kewangan untuk membayar balik pinjaman tersebut.

Kami ingin meminta jasa baik pihak kerajaan untuk membantu kami dengan menukarkan status pinjaman PTPTN kami itu kepada biasiswa.

Sememangnya kerajaan telah mula memberi bantuan kewangan kepada OKU yang belajar sepenuh masa di IPT sejak tahun 2004.

Namun, elaun wang saku berjumlah RM300 sebulan adalah tidak mencukupi bagi kami melanjutkan pelajaran. Bagi OKU yang berijazah pada atau sebelum tahun 2004 pula, mereka langsung tidak mendapat sebarang bantuan kewangan. Oleh itu, kami terpaksa membuat pinjaman dengan pihak PTPTN untuk meneruskan pelajaran agar kami mempunyai masa depan yang lebih cerah.

Kami sememangnya bersyukur kerana berpeluang melanjutkan pelajaran dengan adanya pinjaman tersebut. Kami juga sedar akan tanggungjawab untuk membayar balik pinjaman tersebut mengikut masa yang dijadualkan selepas menamatkan pengajian.

Namun apakah daya kami untuk membayar balik pinjaman tersebut. Selepas menamatkan pengajian, kami terpaksa berhadapan dengan cabaran hidup yang jauh lebih mencabar.

Kami terpaksa menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan walaupun mempunyai ijazah.

Sikap majikan yang tidak mahu menggaji OKU, persekitaran tempat kerja yang kurang mesra OKU, masalah pengangkutan, kurangnya sokongan sosial daripada pekerja-pekerja lain dan masalah kesihatan telah menyebabkan kami sukar mendapat pekerjaan.

Bagi kami yang berpeluang bekerja pula, ada antara kami terpaksa memegang jawatan yang lebih rendah daripada kelayakan kami atau hanya bekerja secara kontrak selain menghadapi cabaran-cabaran lain untuk bekerja. Kami juga lebih cenderung dibuang kerja sekiranya majikan terpaksa mengurangkan pekerja.

10  

Page 23: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Kami sangat berharap pihak kerajaan khususnya Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dapat membantu kami yang telah menamatkan pengajian di IPT khususnya yang datang dari keluarga kurang berada untuk menyelesaikan masalah pinjaman PTPTN kami.

Kami berharap agar kerajaan dapat membantu kami dengan menukarkan pinjaman tersebut kepada biasiswa. Kami amat berterima kasih sekiranya pihak kerajaan sudi membantu kami

ARKIB : 02/06/2011

Berikan mereka peluang

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH

BAYANGKAN betapa sukarnya kehidupan ini jika semua yang ada di sekeliling kita dibesarkan sekali ganda daripada saiz asalnya.

Bolehkah kita melangkah untuk menaiki bas atau menekan loceng sebaik sahaja tiba ke destinasi?

Kemampuan diri ketika itu mungkin tidak lebih daripada apa yang mampu dilakukan oleh seorang kanak-kanak.

Itulah sebahagian kecil daripada kesukaran hidup yang dapat dirasai sekiranya kita meletakkan diri sebagai orang kerdil.

Selebihnya lagi adalah kata-kata ejekan dan senda dari mereka yang sering memandang rendah terhadap golongan itu.

Membesar dengan tubuh badan separuh daripada saiz manusia normal memberi pelbagai cabaran. Jasmi Shafie mengetuai PKOKM bagi

memperjuangkan nasib golongan orang kerdil. Bagaimanapun ketentuan Tuhan itu tidak

pernah menghalang mereka untuk meneruskan kehidupan bersama-sama orang normal.

Bagaimanapun disebabkan masyarakat cenderung untuk mempersenda fizikal mereka, golongan orang kerdil lebih suka menyendiri dan bergaul sesama sendiri.

11  

Page 24: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM), Jasmi Shafie mengakui golongan orang kerdil di negara ini kebanyakan kurang yakin terhadap kebolehan mereka sendiri.

"Mereka kurang keyakinan terhadap diri sendiri malah sebahagiannya mempunyai rasa malu yang sangat tinggi terhadap keadaan fizikal mereka.

"Mereka juga hidup dalam kepompong sendiri dan tidak mengetahui apa yang berlaku di sekeliling mereka," katanya ketika ditemui di pejabat PKOKM baru-baru ini.

Menurut Jasmi, keadaan ini sebenarnya sedikit sebanyak berpunca daripada stigma masyarakat yang lebih memandang kepada kekurangan berbanding kelebihan yang dimiliki oleh orang kerdil.

Pandangan-pandangan yang kurang menyumbang kepada pembinaan kendiri inilah yang cuba dihapuskan oleh PKOKM.

Menurut Jasmi, walaupun PKOKM kurang dikenali ramai, tetapi ia satu-satunya organisasi yang banyak berjasa terhadap golongan kerdil di negara ini.

Ia ditubuhkan pada 1985 di bawah Jabatan Kebajikan dan sehingga kini PKOKM mempunyai ahli seramai 596 orang.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh pertubuhan tersebut, dianggarkan terdapat seramai 2,000 orang kerdil di negara ini.

Menurut Jasmi, di Malaysia, mana-mana lelaki di bawah 4 kaki 8 inci (1.5 meter) dan perempuan di bawah 4 kaki 6 inci (1.4 meter) dianggap sebagai orang kerdil dan mereka dikategorikan di bawah Orang Kurang Upaya (OKU).

Mereka yang mempunyai saiz badan tersebut layak untuk menerima bantuan kebajikan namun perlu terlebih dahulu mendapatkan pengesahan dari seorang doktor sebelum menjadi seorang ahli PKOKM.

Salah satu peranan penubuhan organisasi itu ialah untuk membawa keluar golongan kerdil daripada 'kepompong' mereka dan sekali gus memasuki arus perdana.

Melalui bantuan yang diberikan oleh pertubuhan tersebut, secara tidak langsung, PKOKM membantu komuniti kerdil untuk lebih berkembang dengan menyediakan sokongan sosial, maklumat, peluang dan sumber-sumber yang diperlukan.

Istimewanya mengenai golongan tersebut menurut Jasni, majoriti orang kerdil mempunyai fikiran yang baik, jangka kehidupan biasa dan badan yang sihat.

Menurutnya, pengambilan makanan berkhasiat merupakan amalan paling penting buat mereka.

"Orang kerdil sentiasa menjaga diet harian mereka agar badan tidak terlalu besar untuk ditampung oleh kaki. Jika ia berlalu maka pelbagai lagi kerumitan lain akan bermula.

12  

Page 25: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

"Kami akan memujuknya agar dia menyertai pertubuhan ini kerana dengan berbuat demikian mereka boleh memanfaatkan masa dengan berinteraksi dengan rakan-rakan lain atau mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan PKOKM.

"Antaranya seperti pertandingan boling, futsal, badminton dan bola sepak dan kebiasaannya kami mengadakan perlawanan persahabatan dengan murid sekolah ataupun orang dewasa biasa," ujar bapa kepada tiga orang anak ini.

Melalui pembabitan dalam bidang sukan ia secara tidak langsung membolehkan golongan kerdil dikenali dan mudah didekati ramai.

Beliau berkata, pada masa lalu, golongan kerdil sukar untuk mencari pekerjaan kerana kebanyakan majikan menganggap mereka sebagai gangguan.

Walaupun demikian, tanggapan tersebut telah berubah perlahan-lahan dan golongan kerdil semakin diterima.

"Sekitar tahun 70-an, golongan kerdil memang sukar untuk mencari pekerjaan tetapi apabila masuk ke tahun 90-an banyak orang kerdil diberi peluang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan berpeluang mendapat pekerjaan yang lebih baik.

"Alhamdulillah, hampir 80 peratus orang kerdil yang berdaftar dengan PKOKM telah mempunyai pekerjaan tetap.

"Kami juga bersyukur di atas bantuan kerajaan dan beberapa syarikat swasta yang banyak memberikan peluang kepada kami dengan menawarkan bantuan dengan menyediakan pekerjaan.

"Sambutan yang amat menggalakkan itu amat menggembirakan kami dan sehinggakan ada syarikat yang hendak menggunakan tenaga kerja orang kerdil tetapi kami tidak dapat sediakan," katanya.

Perasaan rendah diri di kalangan orang kerdil itu perlu dibendung agar orang kerdil lebih berkeyakinan terhadap keupayaan yang ada pada mereka.

"Kadang kala kami berasa malu ketika berada dalam masyarakat tetapi sebenarnya masyarakat tidak bertanggapan begitu walaupun ada juga terdengar suara nakal untuk menjadikan kami sebagai bahan ketawa.

"Biarlah mereka ketawakan kami tetapi mereka juga perlu sedar yang kami juga menyumbang ke arah kemajuan ekonomi negara.

"Bagi saya, kita perlu menerima siapa diri kita kerana rasa malu dan rendah diri tidak dapat membantu perkembangan diri sendiri sebaliknya membantutkan sahsiah sendiri.

"Bagi saya kerdil hanya ketinggian semata-mata, apa yang penting kami merupakan insan istimewa yang memiliki kelainan keupayaan," katanya yakin.

13  

Page 26: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

ARKIB : 02/05/2011

Lihat keupayaan, bukan kekurangan OKU

PADANG BESAR 1 Mei - Masyarakat seharusnya memberi tumpuan khusus terhadap keupayaan orang kurang upaya (OKU) dalam sesuatu bidang daripada terlalu fokus kepada aspek kekurangan yang dihadapi oleh golongan berkenaan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, warga OKU pada masa kini berjaya membuktikan keupayaan masing-masing malah ada yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil menerima buku Antologi Cerpen Puisi, Aina Anakku daripada Roslan Bidin sambil

diperhatikan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu (dua dari kiri) di Kampung

Beseri Dalam, Beseri, Padang Besar, semalam.

"Semangat ditunjukkan mereka (OKU) begitu memberangsangkan malah mereka membuktikan bahawa kelainan upaya tidak merencatkan kemahuan untuk berjaya," titah baginda ketika melancarkan Antologi Cerpen Puisi, Aina Anakku hasil karya Roslan Bidin yang merupakan OKU penglihatan di Kampung Beseri Dalam, Beseri, dekat sini hari ini.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Antologi 62 muka surat itu berjaya dihasilkan Roslan selepas mengambil masa selama empat tahun.

Sehubungan itu, titah baginda, masyarakat perlu membantu memberi galakan kepada golongan berkenaan supaya mereka mendapat motivasi dalam memajukan diri.

"Tolong jangan sesekali bersikap tidak mengendahkan sebarang pandangan mereka kerana mungkin idea diketengahkan itu lebih baik atau belum pernah disuarakan," titah baginda.

14  

Page 27: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

ARKIB : 01/05/2011

Program UUM bantu usahawan OKU

ALOR STAR 30 April — Program Student in Free Enterprise (SIFE) anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) membuka peluang kepada usahawan baru termasuk usahawan daripada orang kelainan upaya (OKU) dan Orang Asli untuk mengetengahkan produk yang mereka hasilkan kepada orang ramai.

Presiden SIFE, Khairun Najmi Kamisan berkata, usahawan yang terlibat dalam program itu merupakan usahawan yang mendapat bimbingan dan khidmat nasihat daripada SIFE yang mana mereka telah melakukan proses penjenamaan semula produk mereka untuk menjadi lebih menarik.

"Mereka sudah ada produk sendiri tetapi produk mereka hanya dikenali di kampung dan kawasan sekitar sahaja.

''Bagi mengembangkan perniagaan mereka dengan bantuan daripada SIFE, produk keluaran mereka diharap mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai di negeri ini dan sekali gus ke peringkat yang lebih tinggi," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Karnival Usahawan 1Malaysia New Entepreneur Development Program (NEDPRO) di sini semalam.

Majlis perasmian karnival itu disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Kedah Datuk Ku Rahman Ku Ismail.

Khairun Najmi berkata, selain itu melalui program ini mereka juga turut melatih Orang Asli dari kawasan Ulu Legong, Baling untuk berkomunikasi dengan orang ramai bagi menjual produk mereka. - BERNAMA

ARKIB : 26/04/2011

Isu parkir OKU di HKL perlu perhatian pihak pengurusan

ISU kemudahan Khas Untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) bukanlah isu baru.

Dalam usaha untuk mendidik masyarakat tentang kemudahan bagi OKU, kita acap kali mendengar dan melihat melalui media massa, aktiviti-aktiviti kerajaan malah NGO juga mengenai perlunya kita menyediakan kemudahan-kemudahan utama seperti pengangkutan awam, tandas, tempat letak kereta dan lain-lain lagi.

Matlamatnya agar golongan ini diberi perhatian serta membuat mereka berasa dihargai, dihormati dan meningkatkan kesedaran masyarakat supaya lebih prihatin kepada isu-isu berkaitan golongan tersebut.

Ini kerana dari masa ke masa, bilangan OKU makin meningkat.

Peristiwa yang telah saya alami pada 21 April 2011 di Hospital Besar Kuala Lumpur baru-baru ini adalah corat-coret tentang kurangnya kesedaran masyarakat terhadap golongan OKU.

15  

Page 28: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Saya telah mengalami kecederaan patah tulang kaki dan memerlukan tongkat untuk bergerak.

Kesan daripada kemalangan itu, saya telah diberikan MC selama hampir setahun.

Saya cuma mengharapkan bantuan Perkeso untuk menyara kehidupan saya. Saya perlu membuat rawatan susulan di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Oleh kerana tempat letak kenderaan di hospital yang sudah penuh, saya terpaksa berlegar-legar bagi mencari tempat letak kereta.

Akhirnya saya menjumpai satu tempat kosong untuk OKU dan saya mengambil keputusan untuk parkir di situ walaupun lokasi tersebut agak jauh dari tempat rawatan yang perlu saya kunjungi.

Setelah selesai rawatan, saya mendapati tayar kereta saya telah dikunci. Apabila menghubungi Pengurusan Parking, saya telah diminta untuk menjelaskan bayaran clamping sebanyak RM50 untuk membuka kunci kerana saya tidak mempunyai pelekat OKU.

Ironinya, tempat parkir tersebut cuma terdapat papan tanda OKU sahaja, tidak pula mengatakan perlu mempunyai pelekat.

Apabila saya katakan bahawa kaki saya patah, salah seorang pekerjanya dengan nada bersahaja mengatakan kaki saya nampak elok.

Acap kali sebelum ini, saya pernah meletakkan kenderaan ditempat yang sama.

Malah, anggota Polis Bantuan yang bertugas membenarkan saya meletakkan kenderaan saya di situ tanpa banyak soal.

Jangan kerana ingin mengejar keuntungan maka kes-kes seperti saya diumpamakan seperti melepaskan batuk di tangga bagi mencapai matlamat pengurusan untuk meningkatkan keuntungan syarikat.

PATAH HATI Kuala Lumpur

16  

Page 29: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

ARKIB : 08/04/2011

Sunyi senyap temu duga program penempatan pekerjaan

GEORGETOWN 7 April - Keadaan sunyi dan senyap, itu ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan temu duga program penempatan pekerjaan yang melibatkan Orang Kelainan Upaya (OKU) di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri Hoe Lean Fatt berkata, lebih 81 peluang pekerjaan ditawarkan oleh enam majikan menerusi program itu yang melibatkan pelbagai sektor bermula dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.

"Program yang kali pertama diadakan itu, dibuat berikutan peluang pekerjaan yang terbuka ditawarkan oleh majikan dan golongan sasar program itu ialah pencari kerja yang terdiri daripada golongan OKU khususnya yang mengalami kecacatan pekak dan bisu," katanya kepada pemberita di sini.

Dua orang kelainan upaya (OKU) berbincang melalui isyarat tangan semasa menghadiri

temu duga khas yang diadakan untuk golongan itu di Bangunan Syed Putra, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

Antara majikan itu ialah daripada industri perkilangan, perhotelan serta perkhidmatan iaitu Malaysia Pharmaceutical Industries Sdn Bhd, Restoran Ayamas, Clarion (M) Sdn Bhd, Restoran Pizza Hut, Shangri-la"s Rasa Sayang Resort & Spa dan Setepak Sireh Seulas Pinang.

Hoe berkata perancangan program itu akan dilaksanakan secara berterusan pada masa akan datang berdasarkan sambutan menggalakkan daripada golongan itu.

"Program itu adalah percubaan pertama JTK kerana sebelum ini tidak pernah ada program yang spesifik kepada golongan seperti itu, dan JTK merancang untuk mengadakan program penempatan pekerjaan kepada golongan ibu tunggal, bekas penagih, banduan serta pesara pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Zalina Anita Zainal Abidin, 46, berkata, kecacatan pekak dan bisu yang dialaminya itu menyukarkan dia untuk mencari pekerjaan yang sesuai di samping umur yang semakin meningkat.

"Program itu merupakan satu peluang terbuka kepada golongan seperti saya untuk mendapatkan kerja dengan mudah," katanya melalui penterjemah menggunakan bahasa isyarat.

Nur Hidayah Tan Abdullah, 39, juga mengalami kecacatan bisu dan pekak berkata dia sukar untuk mendapatkan pekerjaan tetap.

17  

Page 30: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

"Sejak tahun 1992 saya hanya diambil bekerja secara kontrak di kilang-kilang dan kini saya masih bekerja secara kontrak di restoran KFC. Saya masih menaruh harapan untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik," katanya. — BERNAMA

ARKIB : 09/03/2011

Unit Bergerak Khas JPN bantu orang buta dapatkan dokumen diri

KUCHING 8 Mac - Seramai 15 orang kelainan upaya (OKU) yang cacat penglihatan di bahagian ini berjaya mendapatkan dokumen pengenalan diri melalui satu operasi Unit Khas Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak.

Penolong Pegawai Pendaftaran unit itu, Zabulun Sangge berkata, melalui operasi tersebut, pihaknya berjaya mengumpul maklumat berkaitan pemohon seperti tempat kelahiran dan latar belakang keluarga.

Menurut beliau, pihak JPN Sarawak juga mengenal pasti masalah yang dihadapi golongan buta dalam mendapatkan sijil kelahiran dan kad pengenalan sebelum mencadangkan jalan terbaik termasuk memberi kelonggaran dalam beberapa perkara untuk menyelesaikannya.

"Sebelum ini prosedur yang wajib dipenuhi termasuklah mengemukakan dokumen pengesahan diri dan latar belakang keluarga daripada ketua kampung atau tuai rumah.

"Bagaimanapun, kelonggaran telah diberikan apabila pegawai dari Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia dibenarkan menjadi penjamin kepada pemohon.

''Selain itu, mereka juga dikecualikan daripada membuat sebarang pembayaran," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pemohon, Mohd. Fauzan Abdullah, 46, berasa lega apabila pelbagai halangan yang dihadapinya dalam mendapatkan sijil kelahiran dan kad pengenalan akhirnya berjaya diselesaikan menerusi operasi khas itu.

Menurutnya, yang buta sejak lahir, disebabkan tidak memiliki dua dokumen penting berkenaan, masalah demi masalah membelenggu hidupnya sehingga tidak dapat menikmati keistimewaan sebagaimana warganegara Malaysia yang lain.

"Kedua-dua orang tua saya telah meninggal dunia. Selain itu, kehidupan yang daif serta tinggal di kawasan pedalaman adalah punca saya tidak memiliki sijil kelahiran sehingga sekarang.

"Saya bersyukur kerana impian untuk memiliki sijil kelahiran telah tercapai dan kini, proses seterusnya adalah untuk memohon kad pengenalan pula," katanya.

Rakannya, Osman Abdullah, 47, dari Kampung Senah Bayang berkata, selama ini ibu dan ayahnya tidak mengetahui kerajaan menyediakan kemudahan khas untuk OKU memohon kad pengenalan.

"Tambahan pula, di kampung kami tidak ada kemudahan untuk golongan OKU meminta bantuan atau membuat rujukan.

18  

Page 31: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

"Jadi saya amat berterima kasih kepada pihak JPN kerana mengadakan operasi khas ini untuk membantu kami semua," katanya yang membuat pendaftaran untuk kategori Daftar Lewat Kad Pengenalan (DLKP).

Operasi tersebut merupakan program bulanan Unit Khas Bergerak JPN dalam membantu rakyat khususnya golongan OKU, warga emas serta masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak mendapatkan dokumen pengenalan diri.

Selain bandar raya ini, unit khas itu juga ditubuhkan di Betong, Kapit, Bintulu dan Miri.

ARKIB : 04/03/2011

150 fakir miskin, ibu tunggal,OKU terima bantuan

JASIN 3 Mac - Masyarakat kurang bernasib baik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini menerima bantuan makanan sumbangan sebuah syarikat swasta bagi membantu meringankan beban mereka.

Bantuan merangkumi beras, gula, minyak masak dan pelbagai lagi barangan keperluan itu disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di Masjid Merlimau Pasir di sini semalam.

Seramai 150 fakir miskin, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan duda di kawasan DUN itu menerima bantuan tersebut pada majlis berkenaan.

Mohd. Ali Rustam menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin di Masjid

Merlimau Pasir, Melaka, kelmarin.

Turut hadir, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau, Roslan Ahmad.

Salah seorang penerima, Merak Umar, 80, melahirkan perasaan gembira dengan bantuan makanan asas yang diterimanya.

"Dengan barangan makanan beras, minyak masak, gula dan keropok ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban harian," katanya ketika ditemui.

Seorang penerima orang kurang upaya (OKU), Mohd. Kaus Mohd. Rasul berkata, dia amat berterima kasih kepada kerajaan dan syarikat swasta kerana sudi menyampaikan bantuan itu yang dapat meringankan bebannya.

"Ini menunjukkan sikap pimpinan kerajaan sedia ada membuktikan mereka dapat menyelami perasaan dan kehidupan setiap rakyat yang dalam kesusahan," katanya yang berasal dari Kampung Solok Teluk.

19  

Page 32: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Perasaan sama dikongsi ibu tunggal, Sakayah Ahmad, 53, dari Taman Perawan.

"Kami amat gembira, dalam kesibukan Ketua Menteri dan calon BN berkempen untuk pilihan raya, mereka masih sempat meluangkan masa untuk turun padang bertemu kami dan berikan bantuan ini," katanya.

ARKIB : 02/02/2011

Persatuan mahasiswa OKU bela nasib 321 penuntut IPT

TEMERLOH 1 Feb. - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menubuhkan persatuan mahasiswa Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi membela nasib 321 penuntut yang kini sedang mengikuti pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, setakat ini, hanya Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempunyai persatuan mahasiswa OKU.

Menurutnya, golongan berkenaan memerlukan persatuan seumpama itu bagi menjadi medium sokongan kepada mereka sama ada di peringkat dalam atau luar kampus.

''Persatuan yang akan ditubuhkan itu nanti menjadi saluran untuk mereka mengemukakan hak dan mobiliti di persekitaran IPT serta memudahkan mereka berinteraksi dan berkomunikasi antara mahasiswa OKU dengan entiti lain.

Saifuddin Abdullah menyampaikan beg dan peralatan sekolah kepada pelajar miskin bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Wisma Persekutuan, Temerloh,

Pahang, kelmarin. ''Ia juga menjadi medan perkongsian dan sokongan mahasiswa lain kepada rakan mahasiswa OKU," katanya.

Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan bakul makanan dan peralatan persekolahan '1Azam' Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada 90 penduduk dan pelajar miskin kawasan Parlimen Temerloh di sini semalam.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, taraf golongan OKU adalah sama seperti mahasiswa lain yang perlu diberikan pembelaan kerana prestasi mereka dalam pendidikan adalah cemerlang.

20  

Page 33: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Sehingga kini katanya, terdapat 51 penuntut OKU sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), 50 orang di UM, 38 pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan 35 orang di UKM.

Beliau memberitahu, pihaknya akan memberi bantuan sebanyak RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian kepada setiap OKU yang berdaftar dengan JKM.

Saifuddin menambah, OKU yang cacat penglihatan turut diberikan wang tunai bagi memudahkan mereka membeli komputer riba 'braille' dan kemudahan lain yang berkaitan.

ARKIB : 23/01/2011

30 pelajar OKU sambut hari jadi serentak

KOTA BHARU 22 Jan. – Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Al-Khauthar, Taman Sabariah di sini, meraikan sambutan hari jadi 30 pelajarnya terdiri daripada anak-anak istimewa secara serentak dalam usaha meningkatkan keyakinan mereka berdampingan dengan masyarakat setempat.

Majlis itu diadakan dengan dihadiri oleh ibu bapa pelajar terbabit, tenaga pengajar, kakitangan PDK Al-Khautar dan masyarakat setempat.

Pelajar terbabit berusia antara lima dan 28 tahun terdiri daripada golongan orang kelainan upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran, sindrom Down, cerebral plasy dan hiperaktif.

SEBAHAGIAN daripada 30 pelajar orang kelainan upaya (OKU) yang diraikan pada

majlis hari jadi di Kota Bharu, kelmarin.

Penyelia PDK Al-Kauthar, Aishah Abdullah berkata, walaupun pelajar terbabit merupakan golongan OKU, tetapi ramai daripada mereka masih mampu mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran dengan berkesan.

Beliau memberitahu, proses mendidik pelajar istimewa sememangnya mencabar dan menuntut komitmen tinggi seseorang guru, berbanding mengajar murid normal.

“Sehubungan itu, setiap guru di pusat ini memerlukan kesabaran untuk mendidik anak-anak istimewa ini yang mempunyai pelbagai kerenah,” jelas beliau di sini, semalam. Menurut Aishah, berasaskan latihan serta kurikulum khas yang disediakan, anak-anak istimewa ini sebenarnya boleh dilatih dan dididik agar kelak mereka boleh hidup berdikari tanpa hanya bergantung ehsan kepada orang lain terutama kedua ibu bapa.

Sehubungan itu beliau berharap, ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa dapat mendaftarkan anak-anak mereka di PDK terdekat, supaya anak-anak terbabit tidak ketinggalan

21  

Page 34: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang sangat diperlukan dalam menghadapi dunia semakin mencabar. “Sebagaimana anak-anak normal, golongan OKU juga perlu mendapat peluang pembelajaran sewajarnya yang telah disediakan oleh kerajaan untuk mereka,” katanya.

ARKIB : 11/12/2010

313,685 OKU mendaftar dengan JKM - Shahrizat

11/12/2010 8:59pm

MELAKA 11 Dis. - Seramai 313,685 Orang Kelainan Upaya (OKU)

telah mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Ogos tahun ini tetapi bilangan itu lebih rendah daripada unjuran yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, WHO menagggarkan 10 peratus daripada penduduk setiap negara adalah OKU.

"Sehubungan itu, JKM hari ini melancarkan kempen pendaftaran OKU bagi menggalakkan OKU yang belum mendaftar agar tampil ke

hadapan untuk mendaftar dalam program 'outreach'," katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur pada majlis Sambutan Hari OKU di Kota Fesyen, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam merasmikan majlis itu menggantikan Shahrizat yang tidak dapat hadir pada saat akhir kerana menerima rawatan di hospital akibat keracunan makanan. - Bernama

ARKIB : 08/12/2010

Tingkatkan mutu peralatan golongan OKU

Oleh PROF.MADYA DR.MARZUKI IBRAHIM

TIDAK dapat dinafikan kesaksamaan dan keadilan gagasan 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan hanya disasarkan kepada mereka yang sempurna sifat dan kemampuannya, tetapi turut mencakupi golongan kelainan upaya atau OKU.

Berucap merasmikan Karnival Jualan Produk Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kelmarin, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa golongan OKU tidak akan dipinggirkan dalam menikmati agenda pembangunan negara yang telah dirangka.

Di Malaysia, jumlah sebenar OKU tidak dapat dipastikan kerana masalah mendapatkan statistik yang lengkap. Bagaimanapun, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-

22  

Page 35: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Bangsa Bersatu (PBB), golongan OKU merupakan 10 peratus daripada jumlah penduduk di dunia. Sebanyak 80 peratus daripada golongan ini berada di negara-negara membangun.

Berdasarkan statistik PBB itu, maka golongan OKU di Malaysia dianggarkan seramai 2.8 juta orang, iaitu 10 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia seramai 28 juta orang.

Mengikut rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pada 1995 terdapat sejumlah 56,000 OKU yang berdaftar dan jumlah ini meningkat hampir dua kali ganda kepada 105,000 pada 2001. Kaum Melayu mencatatkan angka tertinggi dengan 62,482 orang, diikuti Cina seramai 22,734 dan India 9,920.

Antara jenis kecacatan yang dikenal pasti adalah pekak (13,220), buta (19,848), fizikal (34,990), mental (36,140) serta lain-lain kecacatan (1,096). Pada tahun 2004 sejumlah 132,000 orang telah berdaftar dengan JKM dan angka ini mencecah kepada 280,000 pada tahun 2010.

Walaupun jumlah ini meningkat, namun ia masih lagi tidak menggambarkan keadaan sebenar bagi golongan OKU di negara ini. Sebagaimana dinyatakan di atas, komitmen kerajaan Malaysia dalam membela kebajikan dan nasib OKU memang tidak dapat dinafikan lagi.

Kerajaan sentiasa mengambil berat nasib golongan ini dengan memperkenalkan pelbagai polisi dan program bagi memastikan mereka tidak disisih dan menikmati hidup sebagaimana orang normal.

Malah kerajaan secara berterusan telah merangka pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi memenuhi kehendak golongan ini.

Walaupun demikian, masih terdapat banyak ruang untuk meningkatkan lagi taraf hidup golongan ini. Bersumberkan gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, maka salah satu sumbangan yang boleh diberikan masyarakat Malaysia ialah mereka bentuk dan mengeluarkan produk dan peralatan yang diperlukan mereka.

Sumbangan ini diharap dapat memenuhi kehendak golongan OKU yang mengimpikan kehidupan yang lebih teratur, sempurna, selamat dengan persekitaran yang lebih baik dan selesa. Sumbangan dalam bentuk idea kreatif yang boleh diterjemahkan dalam bentuk produk dan peralatan untuk OKU juga akan mengubah persepsi masyarakat yang selalunya beranggapan rekaan yang baik dan ciptaan yang baru hanya sesuai untuk orang normal sahaja.

Dengan pengeluaran produk dan peralatan di negara kita, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kebergantungan kita kepada produk dan peralatan yang diimport sepenuhnya dari luar negara yang begitu mahal dan sukar didapati di sini.

Produk dan peralatan buatan tempatan kelak boleh diseragam, ditambah baik dan dimodenkan supaya ia dapat memenuhi keperluan dan selera moden golongan OKU. Walaupun pada hari ini terdapat banyak pilihan produk dalam pasaran dengan pelbagai reka bentuk, warna dan harga, namun ia dilihat tidak dapat memenuhi antropometri (ukuran dan keselesaan) sebenar OKU di Malaysia.

Terdapat beberapa produk dan peralatan yang diimport perlu diubahsuai dengan ukuran dan saiz badan OKU di Malaysia. Tambahan pula, setiap OKU mempunyai kecacatan yang berbeza

23  

Page 36: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

antara satu sama lain dan sudah tentu memerlukan ukuran yang pelbagai. Perkara seperti ini sebenarnya telah lama berlaku dan kesulitan ini tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Memandangkan Malaysia mempunyai ramai tenaga pakar profesional dalam bidang yang berkaitan dengan reka bentuk dan pengeluaran produk seperti jurureka, arkitek dan jurutera, maka mereka disarankan agar dapat berganding bahu bersama merealisasikan hasrat murni ini.

Penglibatan profesional lain seperti doktor, ergonomis, saintis dan pakar-pakar dalam bidang-bidang yang ada kaitan langsung dengan perkembangan barangan baru juga diperlukan untuk memantapkan impian ini.

Jika kita mengambil contoh produk yang berkaitan dengan kecacatan fizikal, produk dan peralatan yang akan direka dan dikeluarkan kelak tidak akan hanya terhad kepada produk bersaiz besar untuk kegunaan harian seperti katil, meja, kerusi dan perkakas bilik mandi sahaja.

Malah ia boleh diperluaskan kepada peralatan kecil yang digunakan seharian dan kerap oleh mereka seperti pinggan mangkuk, sudu garpu, peralatan menulis, melukis dan lain-lain.

Selain itu, peralatan untuk membantu pergerakan seperti troli, kerusi roda dan skuter serta peralatan berkaitan postur dan pediatrik harus diberi keutamaan. Selain dapat digunakan sepenuhnya oleh golongan OKU, produk dan peralatan ini juga boleh dimanfaatkan oleh golongan lain seperti orang-orang tua atau golongan yang menghidap kecacatan tidak kekal akibat kemalangan, peperangan atau bencana alam.

Adalah menjadi harapan suatu hari nanti negara kita dapat mengeluarkan produk dan peralatan sendiri khusus bagi golongan OKU. Produk dan peralatan yang akan dikeluarkan kelak akan memberi pertimbangan utama kepada fungsi, ergonomik, aspek keselamatan, di samping berkualiti dan mempunyai nilai estetik yang tinggi.

PROF.MADYA DR.MARZUKI IBRAHIM

Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM Kelantan

ARKIB : 04/12/2010

OKU akan turut nikmati pembangunan negara - Najib

04/12/2010 5:49pm

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Kerajaan akan memastikan semua agenda pembangunan negara dapat dinikmati oleh setiap golongan masyarakat, termasuk orang kelainan upaya (OKU), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, agenda itu yang berpaksikan prinsip keadilan sosial dan inklusif, dapat memastikan wujudnya sebuah masyarakat yang adil, saksama dan seimbang di negara ini.

24  

Page 37: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Kesejahteraan negara bukanlah hak yang dimiliki oleh sebahagian sahaja rakyat negara ini, sebaliknya semua golongan dalam masyarakat tidak kira sama ada berupaya penuh, kurang upaya ataupun mempunyai kelainan upaya, semuanya mestilah terus dibela oleh kerajaan di bawah konsep keadilan sosial, katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Karnival Jualan Produk Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Peringkat Kebangsaan di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Tititwangsa di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. - Bernama

ARKIB : 03/11/2010

Selami kehidupan pelajar OKU

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL [email protected]

KUANTAN 2 Nov. – Seramai 27 pelajar istimewa dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang diraikan dalam program khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan di sini baru-baru ini.

Program bertema ‘Pagi Bersama Kanak-Kanak Istimewa’ di Pantai Sepat itu melibatkan seramai 34 pelajar UIAM bertujuan mendedahkan mereka tentang golongan tersebut di samping membantu mereka menghadapi cabaran kehidupan sebenar dalam masyarakat.

Ketua Publisiti dan Promosi Program tersebut, Noor Atiqah Izan, 22, berkata, para pelajar ingin merasai pengalaman berinteraksi serta menyelami dunia kehidupan golongan istimewa itu atau Orang Kurang Upaya (OKU) selain memberi terapi untuk membantu peningkatan fizikal, keupayaan mental serta perkembangan diri mereka.

Pelajar UIAM mengadakan aktiviti berkumpulan bersama pelajar istimewa SK

Kempadang di Pantai Sepat, Kuantan, baru-baru ini.

‘‘Jika sebelum ini, kebanyakan program khidmat masyarakat lebih tertumpu kepada golongan luar bandar dan pelajar sekolah yang normal sahaja namun kali ini kami membuat kelainan dengan memilih untuk melaksanakan program bersama kanak-kanak istimewa,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

25  

Page 38: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Pada program itu, pelajar istimewa yang diiringi guru dan ibu-bapa turut menyertai pelbagai acara yang disediakan bagi menguji tahap mental dan fizikal seperti sukaneka pantai, permainan ‘puzzle’, membuat origami, mewarna dan melukis diadakan sepanjang hari tersebut.

Turut hadir menjayakan program tersebut, Guru Besar SK Kempadang, Paiza Md. Dom, wakil jurulatih program UIA, Adam Ali serta guru pengiring.

Tambah Atiqah, SK Kempadang dipilih kerana lokasi sekolah itu terletak di kawasan kampung serta terdapat segelintir masyarakat tidak mengetahui kewujudan kelas pendidikan khas yang sudah tiga tahun ditubuhkan di situ.

‘‘Para pelajar sekolah tersebut berusia lingkungan lapan hingga 14 tahun dan terdiri daripada pelajar lembam, sindrom Down, masalah mental serta autisme,” katanya.

Menurut beliau, objektif penganjuran program itu tercapai apabila kesemua peserta yang terlibat melalui pengalaman berharga dan mempelajari sesuatu perkara baru bersama kanak-kanak istimewa terbabit.

‘‘Kami amat berpuas hati apabila program berlangsung dengan lancar dan kesemua murid memberi kerjasama yang baik walaupun ada segelintir yang tidak memberi tumpuan namun itu semua tidak menjadi masalah buat kami,” ujarnya.

Dalam pada itu penuntut Bio Perubatan UIA, Siti Fatimah Kamaruddin, 22, berkata, program itu wajar diteruskan bagi menyedarkan masyarakat dengan cabaran dan dugaan menjaga kanak-kanak istimewa.

‘‘Diharapkan program tersebut dapat mengeratkan ikatan ukhuwah antara pelajar UIAM dengan mereka,” katanya.

Bagi pelajar Ijazah Sains Matematik UIA, Nurul Husna Mustafa, 22, seharian bersama golongan istimewa itu banyak mengajarnya lebih bersabar dalam menghadapi mereka yang kurang bernasib baik.

Dia bersyukur kerana berjaya menjalankan tanggungjawab kepada golongan itu dan berharap program seperti ini akan diteruskan di masa akan datang.

26  

Page 39: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

ARKIB : 26/09/2010

Golongan OKU masih sukar dapat pekerjaan

26/09/2010 6:14pm

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) masih sukar mendapatkan pekerjaan kerana peluang disediakan bagi mereka sama ada dalam sektor awam mahupun swasta masih terbatas, kata Presiden Pertubuhan Orang Cacat Perlihatan, Mohammed Nazari Othman.

Sehubungan itu beliau berharap sektor kerajaan akan dapat memainkan peranan bagi menghapuskan stigma terhadap keupayaan golongan OKU menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.

Beliau juga berkata, golongan OKU juga perlu menyediakan diri mereka dengan kebolehan tertentu sesuai dengan kerja yang ditawarkan kepada mereka.

"Dalam bidang tertentu golongan OKU seperti yang cacat penglihatan mempunyai kebolehan yang setanding dengan mereka yang normal,” katanya kepada pemberita selepas menutup Bengkel Pemantapan Jati Diri Wanita OKU Cacat Penglihatan Peringkat Kebangsaan 2010 dan Penyampaian Anugerah Pelajar OKU Penglihatan Cemerlang di sini.

Seramai 25 wanita cacat penglihatan menyertai bengkel selama tiga hari itu. - Bernama

27  

Page 40: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

ARKIB : 07/08/2010

Terapi minda pelajar OKU

Oleh NORAZLIZA ISMAIL [email protected]

TELUK KEMANG 6 Ogos - Bukan mudah untuk mengendalikan program membabitkan pelajar dalam kelompok Orang Kurang Upaya (OKU), apatah lagi yang melibatkan projek khas seperti terapi, sukaneka dan bermalam di hotel.

Senario ini adalah cabaran guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Panchor, Seremban yang menyertai program rekreasi bersama 27 pelajar OKU untuk diberi pendedahan keyakinan diri, membentuk jati diri, serta bersedia menjadi insan yang berani hadapi cabaran.

SEBAHAGIAN daripada pelajar PPKI Sekolah Menengah Panchor, Seremban, mengikuti terapi membina istana pasir menggunakan kreativiti bersama pada program rekreasi di pantai Teluk Kemang, Port Dickson, baru-

baru ini. Penyelaras program rekreasi itu, Zalena Mahmood, berkata, aktiviti yang dijalankan ini bertujuan memberi kelainan dalam konsep merehatkan minda kepada pelajar OKU melalui pelbagai aktiviti riadah.

''Kita mahu memupuk perasaan kasih sayang antara guru dan pelajar. Pada masa yang sama mengasuh mereka menjadi lebih matang dan mampu berdikari pada masa hadapan," katanya ketika ditemui di Ancasa Allsuite Resort & Spa, Port Dickson, dekat sini, baru-baru ini.

Zalena berkata, kaedah terapi dan melatih pelajar OKU untuk meningkatkan tahap kemahiran sosial adalah satu keperluan yang wajar dilakukan.

''Pelajar dibawa menyertai aktiviti sukaneka, terapi pasir dan air, selain dibawa melawat Muzium Tentera Darat," katanya.

Tambahnya, pelajar OKU yang menyertai program ini juga diberikan keyakinan supaya bergaul dengan masyarakat dan tidak merasa rendah diri atau malu dengan keadaan mereka.

''Kita mahu pelajar ini berani serta sentiasa mewujudkan interaksi persekitaran sosial antara mereka dengan masyarakat luar," ujarnya.

Dalam program yang berlangsung selama dua hari di hotel berkenaan, pelajar didedahkan dengan membina istana pasir melalui pemikiran kreatif dan menjayakan semangat berpasukan, tanpa ada perasaan tertekan antara satu sama lain.

28  

Page 41: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Mereka juga didedahkan dengan rekaan kreatif melalui penggunaan bahan yang dikumpul dekat pantai peranginan Port Dickson ini dan memberi nama istana pasir yang dibina tersebut.

Pelajar OKU yang diawasi 10 guru itu juga diberikan terapi air dengan mengajar asas renang melalui kaedah pernafasan, cara mengapungkan badan sewaktu berada dalam air, selain daya tahan berada dalam air.

''Semua pelajar yang hadir ini mendapat kerjasama yang baik daripada ibu bapa dan mereka menyokong anak-anak OKU ini diberikan latihan luar, khususnya bercorak terapi dan membina minda ini," ujarnya.

Lagipun, kebanyakan pelajar ini telah mengadakan terapi berkenaan di kawasan sekolah dan sudah sampai masanya, mereka diberikan pendedahan yang lebih mencabar ini.

Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada Ancasa Allsuite Resort & Spa, Port Dickson.

''Kita berharap pada masa hadapan pelajar OKU sekolah ini diberi peluang untuk hadir dalam banyak aktiviti yang dianjurkan secara bersama dengan pihak swasta, agensi kerajaan yang lain dan sebagainya.

''Pelajar ini memerlukan sokongan semua pihak untuk memulihkan keyakinan diri serta bersedia berhadapan cabaran lebih besar pada masa hadapan," ujarnya.

Dalam pada itu, Zalena berharap sempena bulan Ramadan akan datang dan sambutan Hari Raya Aidilfitri, pelajar OKU sekolah ini turut diberi peluang bersama-sama menyertai apa juga aktiviti yang boleh menceriakan kehidupan.

''Jika ada yang sudi membantu atau membiayai apa juga program untuk pelajar OKU sekolah ini, bolehlah menghubungi saya di talian, 012-3448230," kata.

29  

Page 42: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

ARKIB : 17/03/2011

Dua beradik OKU terima sumbangan

KUALA LUMPUR 16 Mac - Dua beradik orang kurang upaya (OKU) di sini menerima kejutan apabila mereka dikunjungi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini.

Kunjungan itu dibuat bagi menyampaikan sumbangan wang sebanyak RM4,500 kepada mereka, yang terlibat dalam kejadian kebakaran kecil di rumah mereka di Blok 20 Taman Bukit Angkasa, Taman Bukit Angkasa semalam.

Zaiton Osman, 51, dan adiknya, Azhari Osman, 47, bagaimanapun bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi itu. Kebakaran dipercayai bermula di bahagian ruang tamu rumah mereka.

Bantuan yang disampaikan adalah hasil sumbangan Yayasan Wilayah Persekutuan sebanyak RM1,000, syarikat pemaju UOA (RM3,000), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (RM300) dan UMNO Bahagian Lembah Pantai (RM200).

RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin (bertali leher) menyampaikan sumbangan kepada

Zaiton Osman sambil diperhatikan oleh Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah

Persekutuan, Datuk Idris Mohd. Isa (dua dari kiri), wakil UOA (kiri) dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai, Nor Asyikin Jaafar.

Raja Nong Chik meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk meninjau tempat kejadian dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada dua beradik berkenaan.

Semalam, wakil dari pejabat Khidmat Masyarakat UMNO Lembah Pantai telah melawat mangsa bersama wakil Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk membantu mendaftarkan mereka dalam senarai program e-Kasih bagi membolehkan mereka mendapat bantuan sewajarnya.

30  

Page 43: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

ARKIB : 18/03/2011

OKU tagih simpati agar diberi peluang berniaga

JASIN 17 Mac - S. Vijaya Kumaran dari Rumah Awam Kempas, Selandar di sini merupakan orang kurang upaya (OKU) yang cacat tangan kanan dan kaki kirinya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira tujuh tahun lalu.

Ketika itu, dia menunggang motosikal sendirian selepas tamat bekerja sebagai pemandu lori di Tampin sebelum dirempuh kenderaan pacuan empat roda dalam insiden tersebut.

S. Vijaya Kumaran menunjukkan surat bankrap dan kad Jabatan Kebajikan

Masyarakat di rumahnya di Rumah Awam Kempas Selandar, Melaka, semalam.

Akibat kemalangan itu, Vijaya hilang punca pendapatan RM1,900 sebulan dan pada hari ini, lelaki itu terpaksa bergantung pendapatan isteri yang hanya RM400 sebulan sebagai pekerja kilang selain menanggung empat anak mereka antara 18 hingga 21 tahun.

Bagaimanapun, Vijaya enggan putus asa dan bercita-cita untuk meneruskan kehidupan melalui tulang empat kerat yang dimilikinya dengan mencuba pelbagai pekerjaan namun nasib masih tidak menyebelahi dia dan keluarga.

Disebabkan tiada pihak yang sudi menawarkan pekerjaan kepadanya, akhirnya Vijaya bertekad melaburkan semua wang simpanannya untuk menjalankan perniagaan kereta sewa namun disebabkan masalah teknikal, hasratnya itu terkubur sehingga hari ini.

''Hampir 10 tahun saya berusaha untuk mendapatkan permit menjalankan perniagaan sewa kereta dan impian ini hampir terlaksana setelah saya memperoleh permit tahun lalu namun disebabkan saya ada kes muflis, saya tidak boleh menggunakan permit untuk operasi kereta," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Katanya, dia sudah mencuba pelbagai usaha untuk melunaskan hutang muflis yang ditanggungnya itu namun jumlah RM1,680 yang tertunggak amat sukar dijelaskan memandangkan dia tidak mempunyai sumber pendapatan.

Ujar Vijaya, dia hanya perlu membayar RM30 sebanyak 56 bulan bagi menjelaskan hutang tertunggak tersebut dengan pihak bank namun dia tidak berkemampuan sehingga terpaksa menggadai barang kemas isterinya bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.

''Saya sudah beberapa kali merayu dan meminta bantuan dengan wakil rakyat, pertubuhan politik agar simpati dengan masalah saya ini namun tiada sesiapa pun yang berminat untuk menghulurkan bantuan.

31  

Page 44: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

''Paling saya kesalkan, kenapa sukar bagi saya peluang malah saya ini OKU, tak kan tidak boleh pertimbangkan masalah muflis yang saya hadapi sekarang ini dan bantu saya berniaga," katanya.

Tidak cukup dengan itu, Vijaya juga tidak pernah ketinggalan mengikuti kursus usahawan tani anjuran Jabatan Pertanian dengan harapan dia boleh dibantu memulakan kegiatan menternak itik di atas tanak milik keluarganya seluas 0.8 hektar.

Namun, harapan Vijaya tinggal angan-angan kosong apabila setiap kali permohonannya untuk mendapatkan bantuan bagi memulakan perusahaan tersebut tidak dilayan agensi terbabit.

ARKIB : 11/03/2011

Pink Hibiscus bantu OKU

Emi Yamazaki (kanan) bersama ahli kumpulan Pink Hibiscus menunjukkan replika cek untuk diserah kepada Yayasan Hospice Pulau Pinang dan Yayasan Perlindungan Kanak-kanak Pulau Pinang.

PULAU PINANG 10 Mac - Hasrat murni sekumpulan warga Jepun bagi membantu golongan kurang upaya tercapai apabila berjaya mengutip RM166,000 untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan.

Mereka yang menggelarkan diri sebagai Pink Hibiscus mengumpul wang itu menerusi beberapa lagu yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi soprano dari Jepun, Rangko Kurano semasa Malam Gala Opera dan Kimono pada 22 Januari lalu,

Presiden Pink Hibiscus, Emi Yamazaki berkata, mereka menjual setiap lagu dengan harga RM1,000 pada majlis tersebut yang diadakan sempena kunjungan Maharaja Jepun ke negeri ini.

"Wang ini akan disalurkan kepada dua badan kebajikan iaitu Yayasan Hospice Pulau Pinang dan Yayasan Perlindungan Kanak- kanak Pulau Pinang bagi membantu orang kurang upaya (OKU) terutama kanak-kanak.

32  

Page 45: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

"Dua badan ini masing-masing menerima RM83,000," katanya pada majlis sumbangan berkenaan di sini baru-baru ini.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Penganjur Malam Gala Opera dan Kimono, Datuk Seri Nazir Ariff Munshir Ariff.

Menurut Emi, Pink Hibiscus ditubuhkan pada 2001 dan telah bertapak di Pulau Pinang sejak lapan tahun lalu.

Mereka terdiri daripada 40 keluarga warga Jepun yang menetap di Pulau Pinang, di mana mereka turut bergiat aktif menjalankan tanggungjawab sosial dengan membantu golongan yang tidak bernasib baik di negeri ini.

Kumpulan berkenaan berperanan dan bergiat aktif memperkenalkan seni budaya Jepun dalam pelbagai majlis dan acara.

ARKIB : 04/03/2011

Beri peluang OKU dalam pasaran kerja

JOHOR BAHRU 3 Mac - Orang kurang upaya (OKU) yang pernah mengikuti latihan dan program di sekolah kanak-kanak istimewa harus diberi tempat dalam pasaran kerja seperti golongan normal.

Yang Dipertua Persatuan Bagi Kanak-kanak Kerencatan Akal Johor, Datin Zahariah Abdul Hamid berkata, mereka sering dipandang sinis dan peluang amat terhad walaupun mampu bekerja.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Kanak-kanak Istimewa Johor Bahru (SKIJB) berkata, keadaan itu berlaku kerana persepsi umum bahawa golongan OKU tidak boleh bekerja.

"Ini tidak betul, sedangkan mereka turut menerima latihan dan program yang sama seperti orang normal. Kami ingin menyeru pihak majikan supaya jangan meminggirkan mereka.

"Ambil mereka bekerja dan bantu golongan ini untuk berdikari dan seterusnya menyumbang kepada masyarakat dan pembangunan negara," katanya selepas majlis penyerahan cek oleh Yayasan Dewan Perniagaan dan Industri Jepun- Malaysia (Jactim) di Dewan Azalea SKIJB, di sini hari ini.

Cek bernilai RM40,000 itu disampaikan Pengerusi Komuniti Pertukaran Budaya yayasan tersebut, Kenjy Kojima kepada Zahariah yang mewakili SKIJB.

Sumbangan itu untuk membeli kemudahan dan peralatan di bilik gimnasium, bilik rawatan pergigian dan dobi sekolah tersebut yang amat memerlukan.

Zahariah berkata, keupayaan OKU yang menerima latihan untuk bekerja telah terbukti, contohnya lepasan pelatih SKIJB diserap dalam beberapa bidang kerja.

33  

Page 46: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Beliau meminta pihak swasta tempatan supaya mencontohi Jactim yang menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya dalam membantu komuniti itu.

Beliau berkata, SKIJB kini amat memerlukan sebuah bas mini untuk kegunaan 80 pelatih sekolah itu yang berumur antara enam hingga 21 tahun.

Menurutnya, keperluan itu amat mendesak dan ketika ini SKIJB hanya menggunakan sebuah van uzur sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak sekian lama.

Sementara itu, Kenjy berkata, yayasan tersebut menyumbang sebanyak RM79,000 kepada sekolah itu sejak 2006 bagi memastikan keselesaan dan keperluan pelatihnya.

"Ini adalah sebagai penghargaan syarikat Jepun yang menjalankan perniagaan di negara ini dan turut bernaung di bawah yayasan ini," katanya.

ARKIB : 03/03/2011

Kerajaan komited bantu anak-anak orang kurang upaya

LAWAS 2 Mac - Kerajaan komited untuk membantu kanak-kanak golongan orang kurang upaya (OKU) di Pusat Dalam Komuniti (PDK) Lawas dengan menyediakan doktor pakar kanak-kanak.

Sehubungan itu Pengerusi PDK Lawas, Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud berkata, ibu bapa tidak perlu mendapatkan pengesahan perubatan di Miri atau Kota Kinabalu kerana doktor berkenaan akan datang ke pusat tersebut bagi membuat pemeriksaan.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Lawas memberitahu, dengan adanya kemudahan itu, ibu bapa tidak perlu berbelanja besar untuk menghantar anak OKU mereka ke Miri atau Kota Kinabalu bagi mendapatkan rawatan pengesahan.

''Kerajaan akan berusaha untuk membawa sendiri doktor pakar kanak-kanak bagi mendapatkan pengesahan perubatan untuk bantuan kebajikan," katanya selepas mengadakan lawatan ke PDK Lawas yang akan beroperasi bulan di sini semalam.

Morliah yang juga isteri Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Sarawak, Datuk Seri Awang Tenga Ali Hasan memberitahu, pihaknya juga akan menempatkan pekerja terlatih bagi mengendali serta melatih kanak-kanak PDK.

Katanya, kemahiran pekerja ini penting agar mereka yang lemah dapat diatasi secara berperingkat.

Sementara itu, katanya, Pusat latihan dan pendidikan kanak-kanak Kurang Upaya yang akan beroperasi itu terletak di bangunan Perkim di Banting, Lawas.

''PDK Lawas kelak akan memulakan operasi dengan mengadakan perkhidmatan asas seperti memberi bimbingan untuk jagaan anak-anak istimewa ini bagi membolehkan mereka belajar hidup berdikari.

34  

Page 47: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

''Di samping itu, aspek penjagaan mereka juga akan dikendalikan pegawai daripada unit Fisioterapi Hospital Lawas," ujarnya.

Justeru, beliau meminta agar ibu bapa terus memberi kerjasama dan terlibat dengan kerja sukarela yang dianjurkan oleh PDK.

ARKIB : 02/03/2011

Isu peniaga OKU dibincang

PETALING JAYA 1 Mac - Satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan isu peniaga orang kurang upaya (OKU) dan beberapa peniaga lain di Taman Megah yang didakwa telah ditindas oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Datuk Bandar, Datuk Roslan Sakiman berkata, siasatan akan dilakukan untuk mengenal pasti masalah yang berbangkit untuk dibawa ke mesyuarat itu yang akan diadakan pada 8 Mac nanti.

Katanya, timbalannya, Puasa Md. Taib akan menjemput semua pihak termasuk peniaga-peniaga yang terlibat menghadiri mesyuarat itu.

"Buat masa kini, MBPJ memutuskan tiada peniaga yang akan berpindah dan mereka masih lagi berniaga di lot masing-masing sehingga keputusan diperolehi nanti.

"Semua perkara akan disiasat termasuk dakwaan peniaga mengenai lesen perniagaan mereka ditukar oleh pihak MBPJ," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat penuh MBPJ di sini semalam.

Roslan mengulas laporan akhbar minggu lepas mengenai seorang OKU dan beberapa peniaga di Pasar Megah yang diarahkan berpindah dari lot gerai yang diperuntukkan kepada mereka.

Pihak berkuasa tempatan tersebut didakwa turut mengugut dan mengasari peniaga dalam usaha memaksa mereka berpindah ke lot gerai yang lain sehingga peniaga membuat laporan polis.

Sementara itu, Ahli Majlis, Tiew Way Keng yang bertanggungjawab bagi kawasan Taman Megah kesal dengan tindakan beberapa Ahli Majlis yang membangkitkan isu tersebut kepada media.

"Kita adalah kerajaan dan sepatutnya tahu saluran mana yang harus digunakan untuk membuat aduan dan membuat semakan jika mempunyai perkara yang kita tidak berpuas hati.

"Namun, saya kecewa kerana ada juga di antara kita yang menggunakan media untuk membangkitkan hal ini untuk mendapatkan publisiti murahan," jelasnya.

35  

Page 48: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

ARKIB : 28/02/2011

Gerai OKU dapat bantahan

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB [email protected]

SELAYANG 27 Feb. – Tempat tidak sesuai dijalankan perniagaan dan mendapat bantahan daripada penduduk setempat menjadi punca mengapa gerai peniaga warga emas yang juga seorang orang kurang upaya (OKU), Mohd. Zaki Kassim, 64, dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) baru-baru ini.

Pemangku Yang Dipertua MPS, Mohd. Jaid Ehsan berkata, pihaknya terpaksa merobohkan gerai yang terletak bersebelahan dengan Bazar Greenwood di Taman Greenwood itu kerana dua sebab tersebut.

Katanya, pihaknya harus menjaga hati semua pihak memandangkan sebelum ini terdapat permintaan penduduk di kawasan itu untuk berniaga di tapak itu tidak diluluskan oleh MPS.

Ujarnya, disebabkan itu juga rata-rata penduduk di kawasan itu membantah tindakan MPS memberikan lesen kepada warga emas terbabit menjalankan perniagaan di situ.

Beliau menjelaskan pihaknya terpaksa merobohkan gerai Mohd. Zaki bagi memberi keadilan kepada semua walaupun pada asalnya lesen telah diberikan kepada peniaga itu.

“Tidak adil kalau kita memberikan lesen berniaga di situ kepada warga emas tersebut, sedangkan ramai lagi penduduk sekitar yang memohon kita tidak izinkan.

“Bagi menjaga hati semua pihak, tindakan merobohkan gerai tersebut wajar diambil,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat penuh MPS di sini baru-baru ini.

Mohd. Jaid menambah, sebelum ini kawasan tersebut sememangnya menjadi kawasan larangan berniaga, tetapi masih ada yang berdegil menjalankan perniagaan namun semuanya telah dibersihkan oleh MPS.

Katanya, oleh itu, MPS juga akan mengembalikan kawasan tersebut sebagai kawasan larangan berniaga.

Tambah beliau, kawasan tersebut tidak sesuai dijalankan sebarang aktiviti perniagaan memandangkan di situ turut terdapat sebuah pondok menunggu bas.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga mendapat maklumat bahawa peniaga warga emas itu sebenarnya mempunyai beberapa gerai lain dan menyewakannya kepada orang lain.

Katanya, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan mengenai kesahihan perkara tersebut dan jika didapati dakwaan itu benar, pihaknya yakin warga emas tersebut pasti akan menyewakan tapak perniagaan di kawasan itu kepada orang lain kelak.

36  

Page 49: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

“Kepada warga emas itu carilah sebuah tempat baru dan syorkan kepada MPS untuk dipertimbangkan,” katanya.

ARKIB : 26/02/2011

Pusat urut milik orang buta

Oleh ROKIAH ABDULLAH [email protected].

PULAU PINANG 25 Feb. – Haszemee Abdul Hamid, 38, ingin berdikari seperti orang lain walaupun tergolong dalam kumpulan orang kurang upaya (OKU). Dia tidak mahu OKU sepertinya terus dipandang hina dan dilabelkan sebagai insan yang menyusahkan orang lain dan tidak mempunyai masa depan.

Haszemee Abdul Hamid (tengah) memastikan pekerjanya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan yang datang ke

pusat urutnya di Arroma Foot Reflewology & Tradisional Massage Centre , Bukit Mertajam,

Pulau Pinang, baru-baru ini. – utusan/Zhafaran Nasib

Bagi Haszemee yang berasal dari Alor Setar, Kedah, kecacatan bukanlah penghalang untuknya terus memajukan diri.

Katanya, selagi nafas belum terhenti, selagi ada kudrat diberi, apa pun akan lakukan dengan semangat dan ketabahan.

Dengan tekad dan azam itu, dia membuka pusat perniagaan urut refleksologi, Aroma Reflexology & Tradisional Massage Centre yang diusahakannya di sebuah bangunan yang disewa di Bandar Perda, Bukit Mertajam di sini.

Katanya, yang berpengalaman hampir lapan tahun dalam bidang urutan dan mempunyai sijil dalam bidang tersebut, perkhidmatan urut semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat kerana kesedaran mereka dalam aspek penjagaan kesihatan.

Melihat kepada potensi dan peluang yang ada itu, dia yang dulunya hanya bertindak sebagai pekerja kini membuka Aroma Reflexology dengan bermodalkan RM40,000 hasil wang simpanannya, setahun setengah yang lalu.

Berbeza dengan kebanyakan rumah urut lain yang menggunakan gadis-gadis jelita sebagai tukang urut, pusat perkhidmatan urut miliknya itu menawarkan tukang-tukang urut yang kaya dengan pengalaman.

Semua tukang urut berkenaan terdiri daripada golongan cacat penglihatan yang masih muda.

‘‘Setakat ini, saya mempunyai enam orang tukang urut iaitu dua perempuan dan empat lelaki. Kesemua mereka sebenarnya adalah bekas anak murid saya di Pertubuhan Orang Buta Malaysia.

37  

Page 50: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

‘‘Mereka berkebolehan mengurut di seluruh badan dan bahagian tertentu mengikut kehendak pelanggan. Selain itu, kami juga menyediakan urutan untuk mereka yang terseliuh dan perempuan dalam pantang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Haszemee, pusat urut miliknya itu menyediakan dua bilik rawatan yang menempatkan empat katil untuk lelaki dan tiga katil untuk perempuan selain ruang menunggu untuk pelanggan.

Beliau turut menyediakan dua bilik untuk dijadikan tempat tinggal kesemua pekerjanya di premis berkenaan.

Katanya, tindakan itu dibuat untuk memudahkan urusan mereka seharian dan mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini sewaktu mereka pulang atau datang bekerja.

‘‘Mereka ini datang dari Selangor, Kedah dan Kelantan selain penduduk tempatan. Jika menyewa, saya risau ada antara mereka ditimpa musibah seperti kemalangan atau jatuh,’’ katanya.

Menceritakan sejarah awal penubuhan pusat urut itu, Haszemee berkata, ia dibuka pada 2010 dan sambutan yang diterima amat berkurangan menyebabkan mereka terpaksa mengurut di karnival dan ekspo yang diadakan di negeri itu.

Namun, katanya, dia dan pekerjanya tidak pernah patah semangat dan terus cuba mempromosikan pusat urut itu kepada orang ramai

‘‘Alhamdulillah, ketika ini, pelanggan makin ramai. Waktu yang paling sibuk sebelah petang kerana kebanyakan pelanggan datang selepas habis waktu bekerja.

‘‘Saya amat berharap pusat ini semakin bertambah maju dan menggaji lebih ramai golongan OKU. Saya mahu taraf hidup insan seperti kami ditingkatkan sama seperti orang lain dan berdaya saing,” katanya.

Sementara itu, tukang urut, Norazura Aatree, 24, berasal dari Selangor berkata, beliau amat seronok dapat bekerja di Aroma Reflexology & Tradisional Massage Centre.

Katanya, peluang yang diberikan untuk berdikari tidak akan dipersia-siakan.

‘‘Dulu, keluarga tidak percaya saya yang cacat ini boleh bekerja dan mendapat pendapatan sendiri.

‘‘Setelah melihat saya belajar dan kemudiannya bekerja, mereka gembira dan tidak lagi memandang rendah terhadap saya. Saya harap lebih ramai OKU diberi peluang sebegini supaya mereka dapat berdikari,” katanya.

Samsul Rizahi Mat Ripin, 25, dari Kelantan dan Khayfullah Ismail, 30, pula telah setahun bekerja di pusat urut tersebut.

‘‘Setakat ini, tiada pelanggan yang mengadu. Semuanya nampak berpuas hati dan ada antara mereka telah menjadi pelanggan tetap di pusat ini.

38  

Page 51: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

‘‘Kami harap lebih ramai pelanggan yang akan datang kerana pakej yang disediakan di sini sangat berpatutan,” katanya.

Aroma Reflexology & Tradisional Massage Centre yang dibuka dari 10 pagi hingga 11 malam itu menawarkan pakej urut seluruh badan dan urut bersukan pada harga RM35 sejam manakala RM25 bagi urutan refleksologi dan bahagian tertentu.

Mereka yang berminat untuk membuat temu janji boleh menghubungi Haszemee di talian 04-5372535 atau pergi terus ke Aroma Reflexology & Tradisional Massage Centre, 12-A Tingkat 1, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Seberang Perai dekat sini.

ARKIB : 25/02/2011

Peniaga OKU ditindas

Oleh WAN RAHIMAH WAN DRAMAN [email protected]

PETALING JAYA 24 Feb. - Usaha golongan orang kurang upaya (OKU) untuk hidup berdikari dan mencari pendapatan sendiri ternyata tidak semudah yang dijangka.

Malah, mereka turut menjadi mangsa penindasan pihak-pihak tertentu walaupun perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku.

Itulah yang berlaku kepada seorang peniaga OKU apabila tapak gerai yang telah diperuntukkan kepadanya sebelum ini cuba ditukar oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Lebih menyedihkan, pihak berkuasa tempatan itu didakwa turut mengugut dan mengasarinya dalam usaha memaksa peniaga itu dan beberapa peniaga kecil lain berpindah dari gerai yang diperuntukkan kepada mereka sebelum ini.

Cha Seah Nee (duduk, dua dari kiri) bersama rakan-rakannya menunjukkan salinan laporan

polis mengenai kekasaran yang dilakukan oleh kakitangan MBPJ di Petaling Jaya,

semalam.

Insiden di pasar Taman Megah di sini itu didakwa berlaku sejak beberapa minggu lalu.

Peniaga OKU, Cha Seah Nee, 39, berkata, dia tidak menyangka kakitangan MBPJ sanggup bertindak begitu kasar terhadap OKU sepertinya.

"Saya bukan peniaga haram. Saya ada lesen dan telah diberikan tapak gerai untuk saya, sesuai dengan keupayaan saya sebagai OKU," katanya yang berkerusi roda kerana lumpuh kedua-dua belah kaki.

39  

Page 52: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Seah Nee ditemui pemberita selepas bersama empat peniaga lain membuat laporan di Balai Polis Sea Park hari ini berhubung tindakan kasar serta ugutan oleh pihak MBPJ itu.

Mereka membuat laporan dengan bantuan Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC).

Kekecewaan sama turut dialami oleh Daisy Rani, 48, yang menjual bunga di kawasan itu.

Menurutnya, dia telah diberi lesen untuk berniaga di salah satu tapak bahagian hadapan di pasar berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

"Tapi beberapa minggu lalu, pihak MBPJ tiba-tiba meminta dan mendesak kami mengosongkan tapak berkenaan dan berpindah ke bahagian belakang yang lebih jauh," katanya kesal.

Tindakan itu bukan sahaja menyukarkan kami tetapi juga akan merugikan.

"Kami tidak setuju kerana ia jauh dan menyukarkan kami untuk memunggah barang jualan," katanya.

Sementara itu, Presiden ILTC, G. Francis Siva ketika ditemui berkata, MBPJ bukan sahaja telah mendiskriminasikan golongan OKU malah menyekat peluang mereka untuk hidup berdikari.

Katanya, baru-baru ini, satu memorandum telah diserahkan kepada Ahli Majlis MBPJ, T. Anthony Siva Balan bagi membawa perkara itu kepada Datuk Bandar Petaling Jaya.

Siva Balan yang menyifatkan tindakan itu sebagai kejam meminta Datuk Bandar menyiasat perkara itu bagi mencari punca tindakan tersebut diambil oleh MBPJ.

ARKIB : 22/02/2011

Pelajar buktikan cacat, miskin bukan penghalang kejayaan

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Walaupun tergolong dalam kumpulan orang kurang upaya (OKU), dua pelajar ini membuktikan bahawa kecacatan bukanlah penghalang untuk mencipta kejayaan.

Atas semangat dan daya juang yang tinggi, Low Hong Ping, 21, serta Mohd. Rifaat Hussin, 19, kedua-duanya dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. John, Kuala Lumpur tidak pernah mengeluh atau merasakan kekurangan yang ada sebagai 'jalan mati' untuk menempuh hidup.

Untuk itu, mereka harus berbangga apabila penat lelah menjalani alam persekolahan akhirnya berbayar setelah diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Istimewa Cemerlang bagi kategori masing-masing untuk keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010.

Hong Ping menerima anugerah tersebut bagi kategori spastik manakala Mohd. Rifaat pula untuk kategori buta.

Bagi Mohd. Rifaat, formula kejayaannya cuma satu iaitu melipatgandakan usaha dan ulang kaji berbanding apa yang dilakukan oleh rakan seperjuangan yang bukan senasib dengannya.

40  

Page 53: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

"Hidup sebagai OKU tidak boleh dijadikan halangan untuk berjaya. Syukur kerana keluarga dan rakan-rakan sekelas banyak membantu.

"Saya menetap di asrama dan rakan-rakanlah yang menjadi 'mata' saya untuk membantu dalam pembelajaran. Dalam kelas pula, kita kena memberikan fokus yang lebih,'' katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman STPM di Majlis Peperiksaan Malaysia, Bandar Baru Selayang dekat sini hari ini.

Mohd. Rifaat yang berasal dari Seremban memperoleh dua A bagi mata pelajaran Pengajian Am dan Kesusasteraan Melayu manakala Bahasa Malaysia (A-); Pengajian Perniagaan (A-) dan Syariah (B-).

Selepas ini beliau merancang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) atau Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) demi mengejar cita-cita menjadi seorang pendidik.

Bagi Hong Ping pula, meski serba kekurangan dan terpaksa ditemani ibu, Cheong Yee Yee, 50, untuk melakukan apa jua kerja, kejayaan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dikecapi.

"Selepas ini saya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi di mana-mana universiti tempatan. Tetapi kalau boleh, saya mahu belajar di UM kerana dekat dengan rumah,'' katanya.

Beliau memperoleh dua A dalam mata pelajaran Ekonomi dan Pengajian Perniagaan manakala dua A- iaitu Pengajian Am serta Matematik S.

Sementara itu, Syivero Patrick, 19, yang diumum sebagai pelajar cemerlang bagi kategori luar bandar berkata, di sebalik kehidupan keluarga yang serba kekurangan, pelajaran baginya perlu menjadi keutamaan untuk membawa keluarganya keluar daripada kepompong kemiskinan.

"Semasa menduduki STPM, memang banyak dugaannya. Selain bersekolah, saya terpaksa mencari kerja untuk menampung perbelanjaan.

"Sebahagian upah kerja sampingan yang saya perolehi, dapat juga saya gunakan untuk beli buku dan membayar yuran peperiksaan.

"Saya pun tidak menyangka diumum sebagai pelajar cemerlang. Sudah tentu saya mahu teruskan pengajian ke universiti selepas ini,'' ujar bekas pelajar SMK Kota Marudu, Kota Marudu, Sabah itu.

Berlainan pula bagi pasangan kembar Charlotte Teong Chuin Yi dan Aimee Teong Chuin Ai, 20, dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Petaling Jaya.

Bagi mereka, diumum sebagai pelajar cemerlang STPM 2010 merupakan saat paling manis dalam hidup dan ia sudah tentu atas disiplin yang ditekankan oleh keluarganya ketika belajar.

"Walaupun kembar, kami memiliki cita-cita yang berlainan. Saya sendiri mahu melanjutkan pengajian dalam bidang perundangan manakala kakak, Aimee, pula lebih meminati bidang perubatan,'' kata Charlotte yang menjadikan Aimee sebagai 'rakan kongsi' untuk bersama mencipta kejayaan.

41  

Page 54: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

ARKIB : 21/03/2011

66 termasuk OKU terima lesen penjaja

KUALA LUMPUR 20 Mac - Sebanyak 66 penjaja termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) yang berniaga di Uptown D'Setiawangsa telah menerima lesen penjaja daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.

Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Mustapa Kamal Mohd. Yusof berkata, pemberian lesen tersebut diharap akan meningkatkan semangat penjaja untuk menjalankan perniagaan mereka dengan lebih baik. MUSTAPA Kamal Mohd. Yusoff (kanan)

menyerahkan lesen penjaja kepada Mohd. Nor Affiq pada majlis penyerahan lesen

berkenaan di Setiawangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, sebelum ini, penjaja tersebut tidak mempunyai lesen, menyebabkan sering berlaku masalah termasuk pertengkaran dengan pihak penguat kuasa yang mengadakan operasi penguatkuasaan.

"Lesen penjaja ini turut diberikan kepada golongan muda untuk menggalakkan penyertaan mereka dalam bidang perniagaan," katanya selepas menyampaikan lesen penjaja berkenaan di Dewan Komuniti Setiawangsa, Setiawangsa.

Mustapa Kamal juga berharap penjaja berkenaan akan mendekatkan diri dengan UMNO bahagian masing-masing supaya mudah menyalurkan masalah yang dihadapi, selain berpeluang menyertai taklimat dan kursus tertentu.

Sementara itu, penjaja OKU, Mohd. Nor Afiq Mohd. Radzi, 24, bersyukur kerana diberi peluang untuk berniaga secara sah.

Dia yang cacat penglihatan menjalankan perniagaan perkhidmatan urut tapak kaki bersama sepupunya sejak lima bulan lalu atas nama Mata Hati Refleksologi.

"Sebelum ini saya berniaga tanpa lesen dan sentiasa risau apabila penguat kuasa datang. Kini, saya tidak perlu risau lagi dan boleh menjalankan perniagaan dengan tenang," katanya.

Dalam pada itu, seorang penjaja pakaian dan aksesori muslimah, Mazdelaily Mohd. Ali, 29 berkata, dia berterima kasih kepada DBKL kerana memberikan lesen kepadanya.

42  

Page 55: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

ARKIB : 29/01/2011

Sektor awam diminta beri peluang kepada OKU

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta agar golongan kurang upaya diberi peluang yang lebih luas untuk memegang jawatan dalam sektor berkenaan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, setakat ini sasaran satu peratus orang kurang upaya (OKU) berkhidmat dalam sektor berkenaan masih belum dicapai.

Menurutnya, golongan tersebut sepatutnya diberi peluang untuk bekerja di dalam sektor awam kerana ada antara mereka merupakan golongan bijak pandai dan lulusan universiti.

"Kami mendapat banyak aduan daripada golongan OKU bahawa mereka banyak kali gagal pada sesi temuduga pekerjaan dalam sektor awam walaupun memenuhi kriteria yang diperlukan.

"Kami yakin mereka mampu melaksanakan tugas dengan baik sekiranya ditawarkan jawatan dan pekerjaan di dalam sektor awam seperti kerani, pengurus fail dan sebagainya yang tidak membabitkan tugasan fizikal kerana ada antaranya berkelulusan tinggi seperti ijazah dari universiti tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyerahan cek saguhati perpindahan kepada penghuni kuarters kerajaan Jalan Cochrane di Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri, Datuk Othman Mahmood; Setiausaha Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri, Hasnol Zam Zam Ahmad dan Pengurus Besar Pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Roslan Abu Talib.

Menurut Omar, setakat ini golongan OKU yang bekerja dalam sektor awam berpuas hati dengan kemudahan disediakan.

Katanya, rata-rata golongan tersebut memuji usaha kerajaan menyediakan tempat bekerja yang selesa untuk mereka.

"Tiada masalah dari segi kemudahan OKU di tempat kerja dalam sektor awam, cuma masalahnya kekurangan pekerja daripada golongan itu. Saya berharap perkara ini dapat diberikan perhatian," jelasnya.

Sementara itu, Omar berkata, CUEPACS dan beberapa kesatuan sekerja lain seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sumber Manusia pada 8, 11 dan 12 Februari ini mengenai isu pelaksanaan gaji minimum.

"Sebagaimana yang umum ketahui, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk pengenalan gaji minimum, tetapi kami masih tidak mendapat bayangan bahawa ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

43  

Page 56: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

"Jadi, satu perbincangan akan diadakan pada tarikh tersebut dengan Kementerian Sumber Manusia bagi mengetahui status terkini pelaksanaan gaji minimum di negara ini," katanya.

ARKIB : 22/01/2011

1001 cabaran guru pendidikan khas

KOTA KINABALU 21 Jan. – “Sayalah Ultraman Gaia cikgu,” kata seorang pelajar dengan begitu bersungguh-sungguh sambil melakukan aksi watak adiwira kartun itu sebaik sahaja tiba ke sekolah hari ini.

Pelajar yang menghadapi masalah hiperaktif itu merupakan salah seorang pelajar pendidikan khas yang sering meluru masuk ke bilik Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Kolombong, Alizah Abdul Malek tidak kira masa.

SEORANG guru memberi tunjuk ajar cara yang betul bermain permainan khas kepada

beberapa pelajar OKU semasa belajar di kelas Pendidikan Khas di SMK Kolombong,

baru-baru ini. Alizah bagaimanapun secara spontan terus melayan kerenah pelajar berkenaan tanpa sedikit pun menunjukkan rasa marah malah memujuknya masuk ke dalam kelas.

“Ya.. Cikgu tahu kamu Ultraman Gaia, tetapi sekarang waktu kamu belajar, jadi kamu kena masuk dalam kelas,” pujuk Alizah dengan lembut.

Itulah antara cabaran yang harus dilalui oleh guru pendidikan khas yang pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi dan menurutnya, tugas itu sebenarnya begitu unik dan menarik malah tidak terhad kepada di dalam kelas semata-mata.

“Saya bukan sahaja mengajar di sekolah, malah saya pernah diminta oleh ibu bapa pelajar supaya menelefon dan mengejutkan anak mereka yang enggan ke sekolah.

“Alhamdulillah selepas dia mendengar suara saya murid berkenaan bangun dan kemudiannya tidak berapa lama dia datang ke sekolah dan mengucapkan selamat pagi kepada saya,” cerita Alizah sambil tersenyum.

Beliau yang berpengalaman sebagai guru biasa sebelum ini memberitahu, tugas mengajar pelajar pendidikan khas ini amat berbeza dan lebih mencabar.

Alizah memberitahu, secara kesimpulannya tugas guru pendidikan khas ini sebenarnya mempunyai 1,001 macam cerita.

Katanya, selain berhadapan pelbagai tingkah laku pelajar mereka juga berhadapan tindakan agresif sesetengah pelajar yang perlu ditangani dengan baik.

44  

Page 57: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

“Ada pelajar yang terlalu aktif pernah hilang menyebabkan guru-guru terpaksa mencari hingga ke bandar Inanam.

“Ada juga yang memanjat pokok dan kita terpaksa memujuk supaya pelajar berkenaan turun dengan selamat,” katanya.

Tambah beliau, menjadi guru pendidikan khas juga memerlukan setiap guru melayani kerenah pelajar dengan penuh berhemah.

Katanya, kaedah memujuk adalah cara terbaik berbanding memarahi pelajar yang boleh menyebabkan mereka bertindak agresif.

Dalam pada itu, seorang lagi guru, Donny Chin berkata, mendidik pelajar kelas pendidikan khas bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi perlu pendekatan kreatif dan kritis dalam pembelajaran.

Katanya, ini kerana setiap pelajar pendidikan khas di dalam sesebuah kelas memerlukan kaedah pengajaran tersendiri.

“Selain itu kita kadangkala perlu berhadapan sikap sesetengah ibu bapa yang menaruh harapan yang begitu tinggi terhadap guru untuk mengubah anak-anak mereka.

“Kita tahu had anak mereka bagaimanapun kita mencuba sedaya upaya memberi yang terbaik,” ujarnya.

Sementara itu, seorang ibu, Dayang Kianhing, 40, berkata, prestasi yang ditunjukkan anaknya selepas mengikuti program ini amat memberangsangkan.

Malah katanya anaknya yang menghadapi masalah hiperaktif dan pertuturan juga telah menunjukkan minat belajar setelah dihantar ke SMK Kolombong.

“Saya lihat anak saya kini bukan sahaja boleh mengurus diri tetapi sudah pandai menghafal surah al-Fatihah dan bersolat.

“Saya juga bersyukur kerana anak saya lebih berminat ke sekolah berbanding sebelum ini semasa bersekolah di Labuan dan Sandakan,” ujarnya.

45  

Page 58: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

ARKIB : 12/01/2011

Golongan OKU perlu cekal tempuh kehidupan

SUBANG JAYA 11 Jan. - Golongan kurang upaya (OKU) dinasihatkan agar tidak menjadikan kekurangan mereka sebagai penghalang untuk mencari pekerjaan dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

Penyelaras Parlimen Kelana Jaya, Ong Chong Swen berkata, memiliki kekurangan sama ada dari segi fizikal, mental mahupun intelektual bukan ukuran bagi anggota masyarakat lain untuk memandang rendah apa sahaja yang dilakukan oleh golongan berkenaan.

Menurutnya, untuk menjadi lebih dihormati, golongan OKU perlu lebih cekal dan berdikari dalam menempuh kehidupan termasuk berusaha bagi mengisi keperluan sendiri.

ONG Chong Swen (tengah) bersama golongan kurang upaya dan orang ramai yang

menyertai Bazar Amal@19mall selepas merasmikan bazar tersebut di City Mall,

Subang Jaya, kelmarin.

"Golongan OKU seharusnya tidak terlalu mengharapkan simpati mahupun bantuan daripada orang lain tetapi cubalah untuk berdikari.

"Apa yang diharapkan daripada masyarakat ialah mereka akan memahami situasi yang dihadapi oleh golongan ini seterusnya memberi lebih ruang kepada mereka menunjukkan potensi supaya dapat menikmati kehidupan yang lebih bermakna," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Bazar Amal@19mall di pusat beli belah City Mall di sini semalam.

Chong Swen berkata, penganjuran bazar amal oleh Beautiful Gate Foundation For The Disable itu perlu disambut baik oleh semua pihak terutama dalam menyediakan bantuan dan keperluan kepada golongan sasaran.

Beautiful Gate adalah sebuah pertubuhan sukarela bagi membantu OKU di negara ini yang ditubuhkan sejak lebih sedekad lalu.

Katanya, penganjuran bazar yang julung kali diadakan dengan kerjasama City Mall itu juga adalah bukti golongan terbabit mempunyai usaha dan inisiatif sendiri untuk meletakkan diri mereka di tengah-tengah masyarakat.

Tambah beliau, konsep beramal sambil membeli itu juga dapat menarik pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertai aktiviti kebajikan yang dianjurkan.

46  

Page 59: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

47  

Sehubungan itu, orang ramai terutama yang menetap di Subang Jaya boleh membantu golongan itu dengan menjayakan program yang diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad bermula pada pukul 10 pagi hingga 4 petang.

Penganjuran bazar itu, antara lain bertujuan mengumpul dana untuk disalurkan kepada tabung yayasan tersebut yang kini sudah memiliki lebih enam cawangan termasuk luar Lembah Klang.

Pelbagai barangan termasuk pakaian, aksesori dan makanan kesihatan boleh dibeli di kira-kira 20 gerai yang mengambil bahagian.

Orang ramai yang berminat khususnya golongan OKU dan ibu tunggal dialu-alukan untuk menyertai bazar amal berkenaan dengan menghubungi talian 03-78736579 atau layari laman www.beautifulgate.org.my untuk maklumat lanjut.

Sumber : http://www.utusanmalaysia.com Tarikh Akses : 7 Julai 2011

Page 60: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Headline: OKU berhati mulia Publication: HM Date of publication: Jul 4, 2011 Section heading: Main Section Page number: 024 Byline / Author: Oleh Warga OKU

SAYA tertarik dengan laporan Harian Metro pada 14 Jun lalu bertajuk 'Penderma organ masih kurang.' Kita perlu bersikap terbuka dalam isu pendermaan organ, sekali gus mempertingkatkan jumlah pengikrar pendermaan organ. Berbalik kepada cerita saya yang digelar orang kelainan upaya (OKU). Saya mempunyai ibu dan empat adik-beradik, manakala ayah sudah meninggal dunia. Sejak digelar OKU pada 2008, saya sudah merasai peritnya apabila kehilangan sesuatu. Memang organ ada dijual, tetapi kosnya tinggi untuk mereka yang memerlukan. Saya pernah bertanya doktor, harga organ yang saya perlu iaitu mata dan dimaklumkan kosnya menelan puluhan ribu ringgit. Daripada situ, walaupun tidak mampu membeli organ berkenaan, saya tanamkan dalam diri, saya masih boleh membantu golongan yang kehilangan organ penting dalam tubuh mereka. Saya pernah berdaftar untuk menderma darah. Manun, doktor tidak membenarkan saya untuk menderma kerana khuatir saya akan mengalami masalah kesihatan. Sebaliknya beliau mengesyorkan saya membuat pendermaan organ. Saya meminta kebenaran ibu dan dia bersetuju. Lantas saya pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Selepas urusan saya menderma organ selesai, hati saya amat puas dan lega. Marilah kita sama-sama membantu golongan yang memerlukan organ mahupun darah. Jika kita terlihat warga OKU, bantu mereka, jangan memandang serong kepada warga OKU. WARGA OKU Kedah

1  

Page 61: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Headline: Rangsang perkembangan minda Publication: HM Date of publication: Jun 29, 2011 Section heading: Variasi Page number: 010 Byline / Author: Oleh Siti Zarinah Sahib

KEGEMBIRAAN jelas terpancar pada wajah kanak-kanak ini tatkala memasuki bilik multi sensori di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) San Peng, Kuala Lumpur. Jika dilihat secara kasar, bilik ini hanya menempatkan peralatan permainan untuk kanak-kanak seperti bola, kerusi, meja dan sejenis tilam yang digunakan untuk melompat. Namun, sebaik saja sistem audio visual dihidupkan, bilik yang pada mulanya tidak 'bermaya' bertukar menjadi ruang yang sangat ceria dan begitu mengasyikkan. Latar muzik yang indah, bunyi-bunyian alam dan sinaran lampu pelbagai warna menghasilkan kesan gambar bukan saja mewujudkan keseronokan dan ketenangan, malah mampu merangsang sistem motor halus dan kasar terutama bagi kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) yang menghadapi masalah autisme, epilepsi, masalah pembelajaran, sindrom Down, hiperaktif dan 'global delay'. Kanak-kanak dibiarkan melakukan apa saja. Ini kerana bilik selamat ini dibina dengan lantai dan dinding lembut agar dapat mengawal pergerakan kanak-kanak, sekali gus memberi peluang kepada mereka bergerak bebas sambil menggunakan peralatan di dalamnya. Menurut Penyelia PDK San Peng, Habibah Abd Ghaffar, pendekatan menggunakan bilik multi sensori adalah antara kaedah berkesan untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak OKU menerusi lima rangsangan asas iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rangsangan sendi. Dengan mewujudkan keadaan seperti itu, ini dapat memberi keselesaan dan ketenangan emosi kepada kanak-kanak istimewa yang berada di dalamnya. "Bilik ini juga adalah satu terapi alternatif bagi menggalakkan penumpuan, tindak balas keyakinan diri, ketenangan, ketegangan otot, perubahan tingkah laku dan perkembangan mereka. "Bilik yang sudah lama digunakan di negara maju ini direka khusus untuk merangsang kanak-kanak OKU melalui penggunaan kesan lampu, warna, muzik dan sentuhan yang berbeza-beza pada material dinding dan lantai yang dapat membantu merangsang pemikiran kanak-kanak terbabit," katanya. Apabila mereka memegang, menyentuh, merasa, mencium dan mendengar, ini akan memberi tindak balas bagi semua deria rasa ini, sekali gus diluahkan secara spontan. Bagi tenaga pengajar dan petugas PDK San Peng, Nor Fadilah Osman, walaupun terdapat 30 kanak-kanak di PDK, tetapi hanya lapan saja yang aktif menggunakannya manakala pada satu-satu masa, hanya dua kanak-kanak dibenarkan berada di dalam bilik multi sensori dalam jangka masa 30 minit saja. Ini bagi mengelak mereka khayal (seakan seperti mengambil dadah) sekiranya terlalu lama berada di situ. "Keadaan yang sama turut dialami individu normal yang pada mulanya akan berasa tenang, namun sekiranya melebihi 30 minit mungkin mereka akan pening atau muntah disebabkan

2  

Page 62: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

kesan sensori yang dikeluarkan," katanya. Apa yang dikatakan Nor Fadilah ini benar kerana penulis yang berada selama 30 minit berasa pening ketika berada di dalam bilik ini. Menurut Nor Fadilah, kesan daripada cahaya yang berubah-ubah akan merangsang motor kasar seterusnya memberi perubahan positif. Walaupun kesannya mungkin sedikit, perubahan diberikan memberi harapan kepada ibu bapa untuk lebih bersemangat memberi pendidikan kepada anak-anak OKU mereka. "Bilik multi sensori sangat berkesan membantu kanak-kanak hiperaktif untuk lebih memahami seterusnya mengurangkan tahap kecergasan mereka. Begitu juga bagi kanak-kanak autisme atau sindrom Down yang membantu mereka untuk lebih memahami persekitaran bagi membolehkan mereka memegang objek atau memahami maksud sesuatu perkataan. Biasanya kanak-kanak yang tidak mampu memegang dapat melakukannya setelah beberapa kali memasuki bilik ini," jelasnya. Penggunaan kaedah ini juga dapat membantu tenaga pengajar dan penjaga merangsang proses pembelajaran serta merekodkan tahap pembelajaran kanak-kanak untuk disemak dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Ini membolehkan mereka menjalani dua jenis terapi dalam satu masa iaitu terapi mental dan fizikal melalui rawatan Terapi Multi Sensori yang memberi penekanan kepada sistem motor halus dan motor kasar dalam anggota badan golongan istimewa terbabit. Dalam hal ini, kanak-kanak akan menggunakan peralatan secara berkala dan berjadual bagi membolehkan proses pemulihan dijalankan secara berperingkat. "Bilik ini dapat membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pertuturan atau gangguan pembelajaran kerana penggunaan warna, gambar dan bunyi membantu mereka menyebut perkataan dengan betul dan jelas. Malah, selepas keluar dari bilik, apa yang dialami akan dapat dipraktikkan di luar terutama ketika bersama keluarga," katanya. Bagi Penyelaras Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kuala Lumpur, Mohd Eaddy Afkam Khalid, ibu bapa yang memiliki anak-anak OKU tidak seharusnya malu atau 'menyimpan' anak mereka di rumah. Ini kerana program PDK di seluruh negara bertujuan memberi pendedahan kepada golongan istimewa supaya mereka tidak diasingkan keluarga, rakan dan masyarakat seterusnya memberi peluang mendapat pendidikan yang sama. "Dulu ibu bapa sering malu dan membiarkan anak-anak istimewa ini di rumah. Mereka tidak dihantar ke sekolah kerana ibu bapa tidak tahu jenis pembelajaran yang sesuai untuk mereka. Namun dengan adanya PDK, keluarga yang mempunyai anak-anak terencat akal, sindrom Down serta autisme memperoleh pembelajaran spesifik terutama bagi ibu bapa yang tidak dapat menempatkan anak-anak mereka di mana-mana pusat pemulihan kanak-kanak kelainan upaya," katanya. Ada ibu bapa yang kurang faham dan beranggapan anak-anak OKU harus melakukan terapi fizikal saja, tetapi sebenarnya mereka memerlukan kedua-duanya iaitu fizikal dan sosial. Walaupun harapan untuk mereka melakukan perkara yang sama seperti kanak-kanak normal lain adalah tipis, sekurang-kurangnya mereka boleh menguruskan diri sendiri seperti memakai baju, mandi dan makan tanpa mengharapkan bantuan ibu bapa.

3  

Page 63: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

"Namun, ibu bapa harus menghantar anak-anak istimewa ini pada usia muda bagi membolehkan mereka diberi pendedahan awal. Buang rasa malu, bimbang atau takut kerana perkembangan anak-anak dan masa depan mereka paling utama. "Mereka bukan setakat diberi terapi fizikal, tetapi melakukan aktiviti bersukan, menari, melukis serta akademik seperti membaca, mengira dan menulis. Jika dilihat, semua aktiviti ini menjadi kesukaan mereka sehingga ada yang mampu menari dan melukis dengan baik," katanya. Di setiap cawangan PDK, kelas diadakan bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari dengan setiap pelatih diberikan elaun kedatangan RM150 seorang manakala bagi pelatih yang menjalani rawatan fisioterapi di rumah menerima RM50 seorang. Peralatan di bilik multi sensori di seluruh negara disumbangkan syarikat Procter & Gamble (Malaysia) Sdn Bhd dengan kos melebihi RM20,000. Sehingga kini, syarikat itu sudah menderma hampir RM6 juta bagi program ini yang mana ia memberi faedah dan kebaikan kepada lebih 5,000 kanak-kanak istimewa di seluruh negara.

Headline: Karnival amal bantu OKU Publication: HM Date of publication: Jun 25, 2011 Section heading: Rentak Artis Popular Page number: 002 Byline / Author: Oleh Norhayati Nordin

PEKA dan prihatin terhadap golongan orang kelainan upaya (OKU), Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) tampil mengambil inisiatif menganjurkan Karnival Amal Silaturrahim 1Malaysia 1Hati pada Julai ini. Karnival dua hari berturut-turut itu dimulakan dengan Karnival Memancing 1Malaysia 1Hati pada 2 Julai di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur dari jam 7.30 pagi hingga 11.30 malam. Pelbagai acara serta aktiviti menarik dan persembahan artis diadakan. Antara artis popular tanah air yang akan muncul di karnival ini nanti ialah Eira Syazira, Azad Jazmin, Fazli Zainal, Azrul Raja Lawak dan Roslan Shah. Malah, beberapa acara disediakan seperti senamrobik, poco-poco, pertandingan mewarna kanak-kanak dan karaoke. Turut dibuka gerai jualan kepada orang ramai. Bahkan, hadiah lumayan menanti kaki pancing yang menang iaitu RM7,000, hamper serta piala untuk tempat pertama, RM5,000, hamper (tempat kedua), RM3,000, hamper (tempat ketiga) dan 30 hadiah sagu hati. Pengarah Projek, Che Ruhani Che Hassan, berkata pertandingan memancing itu akan diadili pengadil dilantik khas dan bagi orang ramai yang berminat menyertai, yuran RM60 dikenakan. Katanya, bagi pertandingan karaoke untuk peserta berumur 17 tahun ke atas, yuran penyertaan RM35. "Hadiah menarik untuk juara karaoke ialah RM1,000, sijil serta piala. Manakala, tempat kedua

4  

Page 64: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

menerima RM500, sijil, piala, ketiga pula RM300, sijil, piala dan tempat keempat hingga ke-10 mendapat sagu hati. Tidak terkecuali untuk hiburan, persembahan badut. "Bagi Majlis Makan Malam Amal 1Malaysia 1Hati pula akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 3 Julai, jam 8.30 malam yang menampilkan artis seperti Datuk DJ Dave, Jamal Abdillah, Eira Syazira, Azad Jazmin, Roslan Shah, Asha Fayed, Online dan Syazwan," katanya pada sidang media baru-baru ini. Che Ruhani berkata majlis makan malam amal itu turut menggandingkan Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dan Faizal Ismail (FBI) sebagai pengacara. Ujarnya, sebanyak 87 meja disasarkan untuk tempahan dengan harga antara RM20,000 dan RM2,500. Selain itu, bagi yang ingin menempah kerusi saja harga antara RM500 hingga RM250. Ditanya mengenai objektif penganjuran Karnival Amal Silaturrahim 1Malaysia 1Hati itu, Che Ruhani menjelaskan Usahanita sekadar berusaha mengumpul dana daripada syarikat korporat dan individu perseorangan untuk diserahkan ke rumah anak yatim dan OKU. "Jujur, saya maklumkan 100 peratus hasil kutipan dana yang dikumpulkan itu akan disalurkan sepenuhnya ke rumah kebajikan seperti Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur di Rawang (Selangor), Pertubuhan Kebajikan Anak-Anakku Sayang (Seremban), Rumah Anak Yatim Bukit Beruntung (Selangor) dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Istimewa Hulu Langat (Selangor)," katanya. Berbicara mengenai Usahanita, Che Ruhani berkata ia sudah ditubuhkan sejak 27 tahun lalu dan hingga kini memperoleh ahli seramai 22,000 ahli. Namun, sukar untuk mengharapkan bantuan ahli kerana rata-rata mereka adalah peniaga industri kecil dan sederhana (IKS).

5  

Page 65: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Headline: PDK Taman Sri Gombak kumpul dana bina pusat OKU

Publication: BH Date of publication: Jun 21, 2011 Section heading: Main Section Page number: 021

KUALA LUMPUR: Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Taman Sri Gombak sedang mengumpul dana RM250,000 bagi membina Pusat Kecemerlangan Anak-Anak Istimewa Sri Gombak yang akan menempatkan dan memberi kemahiran khusus kepada golongan orang kurang upaya (OKU), berumur setahun sehingga 40 tahun, dari daerah terbabit. Peruntukan dana itu termasuk pembelian tanah pertanian 0.4 hektar hektar di kawasan berdekatan untuk membina pusat kecemerlangan dijangka tahun depan. Pengerusi PDK Taman Sri Gombak, Yuszahari Mohd Yusoff berkata, Yayasan Kecemerlangan Anak-Anak Istimewa Sri Gombak turut ditubuhkan untuk mengutip dana itu. "Pusat kecemerlangan ini memberi harapan baru kepada anak-anak istimewa di daerah Gombak yang akan diajar dengan kemahiran kraf tangan dan komunikasi," katanya selepas menerima sumbangan RM17,000, masing-masing daripada seorang dermawan dari Ampang dan UMNO Bahagian Gombak di PDK Sri Gombak dekat sini, semalam. Yuszahari menerima sumbangan RM15,000 daripada S Ratnavally dan RM2,000 daripada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Rahim Kamaruddin bagi mewakili parti politik itu. Sumbangan semalam menjadikan keseluruhan dana terkumpul bagi tabung pusat kecemerlangan itu berjumlah RM20,000, termasuk sumbangan dikutip daripada orang ramai pada majlis makan malam sebelum ini. Majlis sama turut menyaksikan penyampaian elaun bulanan RM150 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada 60 kanak-kanak istimewa di pusat pemulihan dalam komuniti itu.

6  

Page 66: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Headline: OKU mampu berdikari Publication: BH Date of publication: Jun 17, 2011 Section heading: Hip Page number: 018 Byline / Author: Oleh Nor Hatina Shuib

MENTALITI masyarakat belum terbuka, sedangkan cinta itu akan membuatkan hidup lebih mudah, gembira dan bahagia. Adanya cinta akan membuatkan kehidupan insan lebih bersemangat", luah gadis cekal berusia 27 tahun yang menghidap trokoma, sejenis penyakit jangkitan bakteria yang sudah 20 tahun dilalui sebagai golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Dilahirkan sebagai bayi normal sehingg ialah mengalami kecacatan penglihatan ketika berusia tujuh tahun, Siti Huraizah Roslan, gadis ramah ini seperti wanita lain yang mahu disayangi dan menyayangi. Namun, seperti sudah ditakdirkan, tidak semua kebahagiaan berakhir dengan keindahan dan tidak semua penderitaan akan menemui kebahagiaan. Percintaan dua tahun setengah bersama insan yang bernama lelaki akhirnya memusnahkan perasaan suci dan pengalaman itu menjadi pengajaran kepadanya untuk terus melalui kehidupan mendatang. Apatah lagi insan yang pernah disayanginya itu kini sudah dimiliki wanita normal dan tidak sepertinya. "Saya tidak pernah jatuh cinta sehingga saya berjumpa dengan si dia dalam satu ekspedisi mendaki gunung. Latihan yang memakan masa beberapa minggu membuatkan saya mula rapat dengannya. "Inilah kali pertama saya didekati lelaki dan bersama dengannya membuatkan saya sungguh selesa," katanya yang mula menyingkap kisah cintanya. Siti Huraizah, berkata jika sebelum ini beliau langsung tidak memikirkan akan jatuh cinta, kehadiran lelaki yang lebih muda daripadanya yang juga OKU membuatkan dirinya membuka hati yang sebelum ini terkunci rapat untuk manamana lelaki. "Saya ingat pesan ibu supaya berhati-hati dalam bercinta. Lagi pun, saya sendiri berasa rendah diri untuk bercinta atas kekurangan diri yang tidak boleh melihat. "Dia juga seperti saya. Hanya yang membezakan saya dan dirinya adalah tempoh kecacatanapabila saya sudah 20 tahun tidak dapat melihat, manakala diameng alami masalah penglihatanhanya ketika berusia 19 tahun," katanya. Gadis anak kelahiran Kelantan ini memberitahu, sikap lelaki itu yang penyayang, baik dan prihatin membuka ruang kepada mereka berdua berkenalan sehingga percintaan berlangsung selama hampir tiga tahun. "Saya tidak menyalahkan dirinya walaupun dia sudah berkahwin kini. Sebagai anak dia perlu

7  

Page 67: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

mendengar cakap ibu bapa yang melahirkannya. "Saya berdoa diabahagia dengan wanita itu dan sejak ditakdirkan tidak boleh melihat sehingga lah hati ini dilukai, saya mahu sentiasa reda kerana pasti Allah menjanjikan kebahagiaan kepada saya nanti," katanya. Beliau berkata, mungkin disebabkan mengalami kecacatan penglihatan, percintaan itu dianggp sesuatu yang akan memberikan kesusahan kepada merekaa patah lagi jika hubungan itu diakhiri dengan perkahwinan. Katanya, serik untuk bercinta tidak pernah berada dalam kamus hidupnya dan jika ditakdirkan bertemu lelaki baik selepas ini, dia pasti menerimanya. Beliau berkata, sebagai OKU bertekad untuk belajar hidup berdikari seperti individu lain dan tanggapan sesetengah masyarakat bahawa golongan sepertinya tidak mampu hidup sendiri, menjaga dan mendidik anak dan melakukan kerja rumah adalah salah sama sekali. "Kami golongan OKU lebih berdikari. Saya sudah dibiasakan melakukan semua aktiviti sendiri. Membasuh, memasak dan kerja mengemas rumah semua saya lakukan sendiri tanpa pertolongan sesiapa. "Cuma masih ada yang menganggap kami tidak mampu menjalankan rutin harian seperti individu normal lain," katanya. Beliau berkata, bukan mudah insan sepertinya untuk bercinta namun melihat perhubungan cinta itu tidak mengenal usia, rupa paras dan berharap mentaliti segelintir masyarakat akan berubah selepas ini. "Jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan lelaki normal, saya sudah bersedia jika lelaki itu bersungguh dan yang penting hati perlu ikhlas," katanya. BERBEZA pula dengan nasib, Siti Bedah Salleh yang mengecapi mahligai bahagia selama 44 tahun bersama pasangannya, abdul rahman abas, 70 sekali gus membuktikan bahawa golongan OKU juga mampu mempunyai keluarga bahagia. Bergelar isteri pada usia 22 tahun, beliau menjalankan tanggungjawab sebagai isteri seperti insan normal lain. Jika suri rumah yang normal membasuh pakaian, memasak, mengemas rumah dan melakukan pelbagai aktiviti lain, wanita yang mengalami kecacatan penglihatan sejak usia lima tahun ini tidak terkecuali. "Saya mengenali suami saya melalui seorang rakan dan selepas enam bulan berkenalan, kami disatukan dan saya bersyukur suami dan keluarga mentua termasuk sanak-saudaranya menerima saya seadanya," katanya. Beliau berkata, sepanjang menjadi menantu keluarga itu, dia tidak pernah tersisih dan mereka melayan saya sama seperti orang lain. "Saya menjalankan tanggungjawab sebagai menantu dan isteri dengan baik. Apa yang orang lain boleh lakukan, saya pastikan mampu melakukannya. Mungkin sifat dan usaha gigih menjalankan tanggungjawab tanpa perlu meminta bantuan daripada orang lain membuatkan saya diterima seadanya," katanya.

8  

Page 68: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Beliau berkata, sebagai OKU, dia tidak mahu membebankan sesiapa dan mahu kehadirannya dilihat sama seperti insan lain dan berpendapat rasa rendah diri yang sering hadir dalam hidup golongan itu hanya menjadikan mereka lemah dan tidak bersemangat. Isteri kepada bekas pengurus di sebuah kilang di Johor ini sempat menasihat golongan OKU supaya berusaha dalam melalui kehidupan yang penuh cabaran. Katanya, cinta hadir dalam hidup semua insan dan semua berhak memilikinya dan kecacatan bukan penghalang kepada kebahagiaan. Ibu kepada enam anak berusia 26 hingga 42 tahun ini akan terus cekal melalui kehidupan kerana dilahirkan sebagai OKU bukan penghalang untuk menemui cinta sejati.

Headline: Hai-O buka peluang OKU jadi usahawan

Publication: HM Date of publication: Jun 17, 2011 Section heading: Main Section Page number: 042

KUALA LUMPUR: Syarikat Hai-O Marketing Sdn Bhd memberi peluang kepada 70 orang kurang upaya (OKU) mendalami ilmu perniagaan dan produk bagi melahirkan usahawan di kalangan mereka melalui Program Perintis Usahawan Hai-O Marketing bersama Insan Istimewa. Program yang berlangsung di Dewan Wawasan Hai-O, Jalan Kapar, Klang, dekat sini, baru-baru ini membuka peluang kepada golongan OKU memulakan karier bersama syarikat dengan diberikan ilmu perniagaan secara percuma. Pengurus Besarnya, Teoh Nee Siang berkata, program empat jam itu adalah tanggungjawab sosial korporatnya dalam melatih golongan berkenaan menjadi lebih berdikari. Katanya, dalam program itu, penerangan mengenai produk dan pengurusan perniagaan diberikan oleh beberapa pemimpin usahawan yang sudah berjaya. Hadir sama dalam program itu adalah Ahli Majlis Perbandaran Klang, Alan Tan.

9  

Page 69: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Headline: Autistik pertama masuk UiTM Publication: MA Date of publication: May 22, 2011 Section heading: Main Section Page number: 012

BUKIT MERTAJAM: Status orang kelainan upaya (OKU) kerana menghidap autisme tidak menghalang seorang pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Khairul Aiman Hashim, 19, penghidap autisme membuktikan dia mampu meraih keputusan baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekali gus menjadikannya pelajar pertama menghidap penyakit itu diterima masuk melanjutkan pengajian di universiti. Walaupun menyedari dirinya tidak normal seperti orang lain, bekas pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Selangor itu beranggapan penyakit dihidapi bukan halangan untuk mencapai impian. Semalam menjadi detik bersejarah buat Khairul Aiman, yang dikesan menghidap autisme ketika di tahun satu, apabila mendaftar masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Permatang Pauh, di sini, untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Sains Kesihatan.

10  

Page 70: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Headline: Pelekat kenderaan khas untuk OKU diperkenal Publication: HM Date of publication: May 17, 2011 Section heading: Main Section Page number: 028

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama Kementerian Pengangkutan akan mula mengeluarkan pelekat kenderaan bersiri khas khusus untuk kegunaan orang kelainan upaya (OKU) menjelang pertengahan Jun depan. Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pelekat kenderaan tersebut berbeza dengan pelekat sedia ada kerana setiap daripada pelekat itu mempunyai nombor siri berdaftar yang akan digunakan secara seragam oleh semua OKU di seluruh negara. Menurutnya, penggunaan pelekat kenderaan khas berkenaan akan memudahkan golongan OKU menjalani kehidupan seharian terutamanya yang berkaitan dengan masalah tempat letak kereta OKU yang sering disalahgunakan orang awam. "Selain itu, bagi memperkasakan lagi sistem pengangkutan awam khusus untuk kegunaan OKU, Kementerian Pengangkutan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mula mengeluarkan garis panduan mesra OKU yang perlu diikuti setiap bas awam," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kebangsaan OKU, di sini, semalam.

11  

Page 71: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Headline: Tak dapat bantuan OKU Publication: HM Date of publication: May 11, 2011 Section heading: Variasi Page number: 013 Byline / Author: Oleh Nor Faizah Mohamed

HATI mana yang tidak meruntun apabila melihatkan kanak-kanak comel tidak mampu bergerak apatah lagi merasai keseronokan bermain seperti rakan seusianya kesan penyakit yang mengganggu tumbesarannya. Sejak dalam kandungan, Muhammad Shahrool Ashraf Mohd Hussin dikatakan mengalami kekurangan oksigen yang tidak sampai ke otak lalu disahkan mengalami penyakit palsi serebrum (cerebral palsy) kala dilahirkan pada 24 Mac 2007. Penyakit palsi serebrum ini berlaku kerana ada gangguan, kerosakan atau ketidaknormalan pada bahagian otak sejak bayi hingga menjejaskan postur, pergerakan serta keseimbangan badan dan boleh menjejaskan kualiti kehidupan bayi itu sehingga meningkat dewasa. Kebanyakan masalah itu sejak dalam kandungan, namun ia boleh berlaku dua tahun pertama kehidupan bayi kerana otak mereka masih berkembang sepanjang tempoh itu. Bagi sesetengah kes palsi serebrum, ada bahagian otak yang cedera kerana tahap oksigen yang rendah (hipoksia) di kawasan terbabit. Bagaimanapun, punca penyakit ini masih belum dapat dikenal pasti. Menurut bapanya, Mohd Hussin Jabari, Ashraf turut tidak mempunyai pinggul menyukarkan dia duduk serta membuang air besar dan sekadar mampu terlantar kerana tidak boleh bergerak. "Kata doktor, ususnya kecil, jadi dia tidak mampu membuang air besar secara normal dan kami terpaksa menggunakan pam khas sekurang-kurangnya dua hingga tiga hari sekali. "Disebabkan penyakit itu, Ashraf tidak boleh melihat sepenuhnya kerana matanya kabur dan cuma boleh melihat bayang-bayang atau kilas cahaya yang lalu di depannya. "Tetapi deria pendengarannya amat sensitif hinggakan bunyi plastik jatuh boleh menyebabkannya terjaga dan tidak boleh tidur selama beberapa jam. "Disebabkan pendengarannya yang terlalu sensitif, hampir dua tahun saya dan isteri tidur kurang dua jam sehari kerana Ashraf akan menangis kerana tidak selesa. "Sesekali Ashraf juga diserang sawan, antara dua hingga tiga kali sebulan, hingga menyebabkan jari kakinya membengkok. Jadi kami segera mengurut bahagian itu perlahan-lahan supaya kakinya kembali dalam bentuk normal," ujarnya ketika ditemui di Flet Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, Ahad lalu. Susulan itu, Mohd Hussin mengambil keputusan berhenti kerja dan melakukan kerja sambilan demi menjaga Ashraf sementara isterinya, Zawiah Basri meneruskan pekerjaan di sebuah syarikat penerbitan buku di Petaling Jaya.

12  

Page 72: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

"Ashraf memerlukan perhatian sepenuh masa dan kami mengambil keputusan itu demi kebaikannya. Bukan tidak pernah menghantarnya untuk dijaga orang lain ketika kami bekerja tetapi semuanya tidak sanggup. "Tiga kali kami menghantarnya untuk jagaan sementara tetapi menjelang tengah hari mereka semua menghantarnya pulang kerana takut terjadi apa-apa padanya. "Mahu atau tidak, seorang daripada kami perlu mengalah dan saya berhenti kerja untuk beri perhatian padanya. "Bapa mentua (bapa Zawiah) saya juga tinggal bersama kami, jadi sesekali dia turut membantu menjaga Ashraf apabila saya keluar menghantar isteri dan anak-anak ke sekolah," kata Hussin. Tambah Zawiah, sudah pelbagai ikhtiar dilakukan agar anak kecil ini dapat pulih walaupun tidak sepenuhnya. "Wang simpanan kami habis beribu-ribu ringgit untuk merawatnya di sebuah pusat perubatan serta cara tradisional seperti urutan dan pengambilan makanan tambahan. "Kosnya yang tinggi menyebabkan kami terpaksa menghentikan rawatan itu. Selain itu, kami juga memerlukan perbelanjaan RM250 hingga RM400 sebulan untuk lampin pakai buang dan susu bijirin Nestum kerana hanya susu itu yang boleh diambil Ashraf. "Kami cuba menyuapkannya dengan makanan biasa seperti nasi tapi dia hanya mampu menelannya dalam jumlah amat sedikit, selebihnya akan dimuntahkan semula kerana perutnya rasa tidak selesa. "Disebabkan itu beratnya kekal 5.6 kilogram sejak dua tahun lalu," katanya. Biarpun terpaksa mengekang perbelanjaan harian dan mengajar anak-anak yang lain berjimat cermat, Hussin dan Zawiah tetap berusaha mendapatkan tangki oksigen untuk Ashraf meskipun harganya mencecah hampir RM3,000. "Kami baru membayar RM600 sebagai pendahuluan tapi masih belum boleh mengambilnya kerana belum cukup wang untuk bakinya. Apa yang boleh kami lakukan ketika ini cuma fisioterapi di rumah seperti yang diajar di pusat perubatan itu. "Jika Ashraf mampu duduk dan ketawa seperti kanak-kanak lain, itu sudah cukup bagi kami. Sedaya mungkin kami berusaha membantu memulihkan. "Perkembangannya agak perlahan tapi kami sentiasa berdoa dan positif bahawa ada perubahan padanya kelak walaupun kecil," ujar Zawiah. Pada masa sama, mereka pernah beberapa kali memohon bantuan tetapi sentiasa berdepan masalah birokrasi walaupun Ashraf mempunyai kad orang kelainan upaya (OKU). Bagi yang ingin membantu kanak-kanak ini, boleh hubungi Hussin di talian 016-2221577.

13  

Page 73: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Headline: Lahir autisme berdikari Publication: BH Date of publication: May 10, 2011 Section heading: Hip Page number: 019 Byline / Author: Oleh Amir Mamat

MUNGKIN ramai ibu bapa yang mempunyai anak lembam atau autisme tidak mengetahui wujudnya Pusat Intervensi Autisme di Bukit Peringgit, Melaka, yang mampu mendidik golongan berkenaan menjadi lebih matang dan berdikari. Pusat yang diusahakan bersama kerajaan negeri, Badan Amal Isteri-isteri Wakil Rakyat Negeri (BISTARI) Melaka dan Persatuan Kebangsaan Autism Malaysia (NASOM) di Bandaraya Melaka Bersejarah itu bukan saja menyediakan penjagaan untuk kanak-kanak autisme, malah turut berperanan besar mengembalikan keyakinan ibu bapa terhadap sindrom yang dihidapi oleh anak-anak mereka. Kewujudan pusat terbabit juga boleh membantu golongan itu menerusi tunjuk ajar serta pembelajaran yang lebih fokus terhadap keperluan anak-anak berkenaan. Perasmian pusat terbabit disempurnakan isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Datin Seri Rosmah Mansor, baru-baru ini. Rosmah turut mengakui kewujudan Pusat Intervensi Autisme itu dapat memberi ke selesaan kepada pesakit autisme, apatah lagi kemudahan yang disediakan di pusat berkenaan adalah terbaik dan sesuai dengan kanak-kanak berkenaan. "Saya mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi BISTARI, Datin Seri Asmah Abd Rahman yang berusaha untuk mewujudkan Pusat Intervensi Autisme bagi kebaikan kanak-kanak kelainan upaya (OKU) di negeri ini. "Terima kasih kepada kerajaan Melaka yang memberi sepenuh dorongan dan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak sama ada OKU serta normal dan saya berdoa supaya segala perbelanjaan untuk membina bangunan dan penyediaan kemudahan bagi pengoperasian pusat ini sentiasa mendapat keberkatan Allah," katanya pada majlis perasmian pusat pendidikan itu, baru-baru ini. Pusat Intervensi Autisme Melaka di bawah naungan NASOM itu diasaskan pada Mac 2000 dan ia bermula dengan pembabitan dua guru serta lima murid. Namun kini, jumlah itu bertambah kepada tujuh guru, manakala murid pula seramai 32 orang. Asmah ketika ditemui, berkata Pusat Intervensi Autisme Melaka itu ditubuhkan bagi menyediakan sistem pembelajaran serta persekitaran kursus untuk kanak-kanak lembam bagi mendapat kemahiran sekali gus menjadi insan berdikari dan berdaya saing pada masa de pan. Pada masa sama, katanya, ia juga memberi kesedaran dan kefahaman kepada ibu bapa mengenai kanak-kanak berkenaan untuk memastikan mereka mendapat intervensi lebih awal serta ransangan sebanyak mungkin.

14  

Page 74: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

"Ia juga dapat membantu ibu bapa atau penjaga kanakkanak berkenaan memahami masalah masing-masing dengan lebih mendalam supaya mereka dapat memberi perhatian yang sewajarnya bagi merangsang pertumbuhan minda kanak-kanak itu. "Pusat ini turut membantu kanak-kanak lembam itu dalam persediaan integrasi ke dalam sistem pendidikan yang normal," katanya. Pusat Intervensi Autisme Melaka beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat membabitkan dua sesi pembelajaran iaitu bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 12 tengah hari hingga 5 petang. Pembelajaran di pusat berkenaan adalah berpandukan modul khas yang disediakan NASOM dan setiap guru dilatih khas menggunakan kombinasi berbagai kaedah serta teknik untuk mengajar kanak-kanak autisme. Setakat ini, tujuh kurikulum disediakan pihak pengurusan pusat terbabit kepada golongan berkenaan berdasarkan tahap keupayaan mereka iaitu Bahasa dan Komunikasi, Adaptasi Sosial, Kognitif, Kemahiran Motor Halus (Fine motor Skills), Snoezeleen room, aquatherapy dan Kemahiran Motor Kasar (Gross motor Skills). Berkat usaha yang dilaksanakan bagi membantu kanak-kanak OKU terbabit, Pusat Intervensi Autisme Melaka pernah dipilih sebagai Institusi Kebajikan Cemerlang Negeri Melaka dan dikurniakan anugerah Mayang Seri Endon pada 20 Disember 2005.

Headline: Pasangan OKU bertemu jodoh Publication: HM Date of publication: May 10, 2011 Section heading: Main Section Page number: 030 Byline / Author: Oleh Jamaludin Husin

MUAR: Perkenalan di Warung Pening-Pening Lalat di sekitar bandar ini enam bulan lalu, membawa pasangan orang kelainan upaya (OKU), Noraidah Mohd Noh, 31, dan Azmi Othman, 51, ke jenjang pelamin, pagi semalam. Pasangan duda dan janda itu diijabkabulkan di rumah pengantin perempuan di Bakri di sini, oleh jurunikah kariah Masjid Jamek Jeram, Md Yatim Samadi. Noraidah dan Azmi, kedua-duanya dikategorikan sebagai lembam, memilih untuk disatukan selepas mengenali hati masing-masing di warung milik ibu wanita berkenaan, Hasnah Kassim, 61. Penyelaras Pusat Dalam Komuniti (PDK) Bakri Batu 6, Datin Zaidah Hatim berkata sebaik selesai akad nikah, pasangan berkenaan diarak dengan bunga manggar serta bacaan selawat dan paluan kompang. "Perarakan sejauh kira-kira 200 meter di Jalan Bakri ke bangunan PDK berkenaan disambut dengan renjisan air mawar yang turut disertai tenaga pengajar PDK.

15  

Page 75: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

"Majlis persandingan di pekarangan bangunan PDK itu turut dimeriahkan dengan acara menepung tawar mempelai oleh tetamu kehormat, keluarga pengantin serta orang ramai," katanya. Turut hadir Pengerusi Penyelaras Jawatan kuasa Mukim-Mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, Datuk Mohd Ismail Mohd Shah; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Naning, Datuk Abdullah Md Ali; Naib Pengerusi Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri Wakil Rakyat Negeri Johor (JUITA), Datin Sukarti Md Tahir; Pegawai Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Ledang, Nazri Hussin; dan Penyelia PDK, Latifah Mis. Menurut Zaidah, Noraidah yang aktif dalam PDK turut menerima elaun sara hidup bulanan berjumlah RM300 melalui program pekerja OKU JKM. Abdullah pula menyifatkan majlis berkenaan juga adalah penghargaan kepada peserta, tenaga pengajar serta kepimpinan PDK berkenaan. Beliau yang juga penaung PDK itu berkata, selain membimbing peserta dengan latihan kemahiran dan pengetahuan bagi menjamin masa depan, pengurusan PDK serta JKM sentiasa memantau perkembangan peserta daripada segi minda dan kebajikan mereka. "Langkah kerajaan mewujudkan PDK adalah untuk mengelakkan golongan OKU terpinggir daripada menikmati kemudahan dan faedah pembangunan," katanya.

Headline: Laluan dihalang

Publication: HM Date of publication: May 9, 2011 Section heading: Main Section Page number: 023 Byline / Author: Oleh Muhammad Saufi Hassan

KUALA LUMPUR: Orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan di sekitar Brickfields, di sini, menghadapi kesukaran untuk meneruskan aktiviti harian mereka berikutan sikap segelintir orang ramai yang meletakkan kenderaan di laluan khas golongan itu. Tinjauan Harian Metro mendapati ada kenderaan diletakkan dengan sengaja di atas laluan siar kaki untuk laluan khas golongan cacat penglihatan sekali gus menghalang mereka untuk berjalan di kawasan itu. Lebih buruk, aktiviti pembangunan di tempat itu secara tidak langsung menyukarkan golongan OKU berkenaan untuk berjalan dan kadang kala mereka mendakwa ada di kalangan rakan yang terlanggar halangan berkenaan. Seorang OKU, Isak Igau, 33, berkata masalah itu mungkin berpunca daripada sikap segelintir orang ramai yang tidak menghiraukan nasib mereka dengan membiarkan saja golongan itu sendirian tanpa menghulurkan sebarang pertolongan. "Kami memang diajar untuk menggunakan laluan yang sama setiap hari untuk pergi bekerja,

16  

Page 76: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

tetapi bagaimana jika laluan yang sering digunakan sedang menjalani proses pembangunan. Kami harap orang ramai prihatin dengan keadaan kami," katanya. Isak berkata, mereka bukan menolak pembangunan, namun semua pihak harus faham berikutan keadaan mereka selain menegaskan mereka juga perlu keluar bekerja untuk meneruskan kehidupan. Katanya, seorang daripada rakannya pernah terjatuh dan mengalami kecederaan ringan akibat melanggar halangan yang diletakkan di laluan khas golongan itu. Menurutnya lagi, bukan halangan seperti kon saja yang memberi masalah kepada mereka, malah ada juga orang ramai yang sesuka hati meletakkan kenderaan di laluan itu sehingga menyusahkan mereka untuk melalui lokasi berkenaan lantaran perlu mendapat pertolongan daripada orang ramai.

Headline: Peraturan tempat letak kenderaan menyusahkan OKU Publication: BH Date of publication: May 7, 2011 Section heading: Main Section Page number: 023 Byline / Author: Oleh Karim Sulaiman

MINGGU lalu saya ke sebuah pasar raya besar di Batu Caves, Selangor. Jarang juga saya ke sana sebelum ini kerana sukar mendapatkan tempat meletak kenderaan yang berhampiran pintu masuk bangunan itu. Tidak terdaya dan panas hendak berjalan jauh walaupun berkerusi roda. Dulu pasar raya ini tidak menyediakan ruang meletak kenderaan untuk orang kelainan upaya (OKU), hanya beberapa bulan lalu ada kemudahan itu di situ. Itu pun tidak banyak, tidak silap hanya dua ruang. Jadi, adalah minat untuk ke pasar raya itu kerana tempat meletak kenderaan itu sangat hampir dengan pintu masuknya. Beberapa kali menggunakan kemudahan itu tanpa masalah. Minggu lalu, saya dilarang meletak kenderaan di situ kerana mengikut pengawal keselamatan ruang itu hanya untuk pemandu OKU. Katanya, arahan baru pihak pengurusan. Kami menunjukkan pelekat OKU, tetapi tetap tidak dibenarkan meletak kenderaan di situ. Pengawal keselamatan itu berkeras ruang berkenaan hanya untuk pemandu OKU. Maksudnya mesti OKU yang memandu kereta itu, baru boleh menggunakan kemudahan berkenaan. Pada saya berapa ramai OKU yang memandu sendiri ke situ. Logiknya, orang seperti kami pasti meminta bantuan orang lain membawa ke situ untuk membeli-belah. Lebih mudah dan selamat. Takkan hendak memandu sendiri juga walaupun membahayakan diri sendiri dan orang lain semata-mata untuk layak mendapat kemudahan itu? Kadangkala, orang yang melaksanakan arahan, mengikut saja tanpa ada pertimbangan atau rasa peri kemanusiaan. Ada kalanya mereka perlu melihat keadaan orang yang dikatakan OKU itu. Mereka sangat memerlukan kemudahan itu. Contohnya, kerana tidak boleh berjalan jauh atau terkena cuaca panas. Orang yang mengeluarkan arahan pula, hanya tahu membuat peraturan tanpa mengambil kira kesukaran orang lain. Berilah sedikit kelonggaran.

17  

Page 77: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Peraturan dan arahan tidak tepat ini bukan masalah baru di banyak tempat kepada OKU. Jika berurusan di hospital kerajaan pun, OKU akan menghadapi masalah sama. Mesti pandu sendiri, baru boleh guna tempat kenderaan OKU. Peraturan seumpama sebenarnya menyekat kebebasan OKU untuk hidup seperti orang normal. Orang normal pun, ada kalanya tidak mahu ke sesuatu tempat dengan alasan sukar untuk mendapat tempat meletak kenderaan. Ini pula OKU. Begitu pun, ada juga tempat yang pengurusan dan pengawal keselamatannya bertimbang rasa. Contohnya, sewaktu berurusan di ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kami dibenarkan meletak kenderaan OKU walaupun yang memandu itu isteri saya. Ada juga pusat beli-belah terkemuka yang menyediakan kemudahan bukan saja untuk pemandu OKU, malah mana-mana OKU yang tidak memandu. Dalam pada itu, ada juga mereka yang bukan OKU tidak segan silu merampas kemudahan kami. Golongan ini langsung tidak mempedulikan apa yang mereka lakukan itu salah. Hendak dikatakan mereka tidak memahami peraturan atau tidak tahu membaca notis, tidak juga. Apa tidaknya, banyak kali saya melihat orang yang kereta mewah yang kerap berbuat demikian. Kena denda pun tidak mengapa. Janji dapat tempat meletak kenderaan, lebih-lebih lagi dekat dengan pintu masuk.

Headline: 10 OKU dipaksa mengemis

Publication: HM Date of publication: Apr 9, 2011 Section heading: Main Section Page number: 011 Byline / Author: Oleh Mohamd Fahd Rahmat

JOHOR BAHRU: Pengurusan sebuah pusat jagaan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas berdaftar di Nilai, Negeri Sembilan, dipercayai mengambil kesempatan terhadap 10 penghuninya dengan memaksa golongan berkenaan mengemis sebelum membolot semua hasil. Penghuninya pula dikerah mengemis di seluruh negara, termasuk di Rawang, Selangor, serta Ipoh, Perak, dan kini aktif di negeri ini. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar berkata, pada masa sama dalang pusat jagaan terbabit dipercayai turut mengambil kesempatan merekrut ahli baru terdiri daripada OKU di setiap lokasi yang disinggah bagi menambah hasil. "Taktik itu terbongkar selepas seorang lelaki OKU berusia 30-an ditahan dalam Ops Pengemis yang dijalankan JKM di sekitar JB Sentral serta Larkin Sentral, kelmarin. "Ketika ditahan, OKU itu mengemis dengan berkerusi roda dan ditolak seorang mak nyah yang juga berusia 30-an," katanya. Menurut Faizal, mak nyah itu dipercayai penjaga OKU berkenaan dan mendakwa mereka

18  

Page 78: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

mempunyai hubungan persaudaraan selain aktif mengemis sejak lebih setahun lalu. Pemeriksaan terhadap OKU berkenaan dalam operasi bermula jam tiga hingga 10 malam membabitkan 30 kakitangan JKM itu mendapati dia membawa dokumen perakuan sebagai penghuni sebuah pusat jagaan di Ulu Tiram yang memerlukan bantuan kewangan bagi membiayai kehidupannya. "Pemeriksaan terhadap dokumen berkenaan mendapati pertubuhan itu didaftarkan di Nilai," katanya.

Headline: Lumpuh tapi cemerlang

Publication: HM Date of publication: Apr 1, 2011 Section heading: Metro Plus Page number: 006 Byline / Author: Oleh Mohamad Fahd Rahmat

JOHOR BAHRU: "Sijil penghargaan ini membuktikan bahawa walaupun terpaksa bergantung kepada kerusi roda, ia tidak menghalang saya melakukan tugas perkeranian seperti pekerja lain. "Lebih-lebih lagi, penyediaan kemudahan di sini banyak membantu memudahkan kerja saya kerana ia mesra orang kelainan upaya (OKU)," kata pembantu tadbir, Masarah Mohd Radzi, 31, ketika ditemui di sini, baru-baru ini. Masarah yang bekerja di Bahagian Perjawatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama 67 yang lain menerima sijil penghargaan Ketua Polis Negara sempena Hari Polis Ke-204 Kontinjen Johor, di Teluk Danga, baru-baru ini. Menurutnya, dia lumpuh ketika berusia enam bulan selepas diserang demam panas dan sejak itu pergerakannya terbatas serta menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, dia berkhidmat di IPK Johor sejak empat tahun lalu dan sentiasa komited menjalankan tugas walaupun tidak memiliki kekuatan fizikal setanding pekerja normal lain, namun usahanya berbaloi dengan pengiktirafan yang diterima. "Pengiktirafan ini memberikan motivasi dan semangat baru kepada saya untuk lebih komited kerana terbukti segala usaha mendapat sokongan majikan dan rakan sekerja serta pada masa sama, saya sentiasa mengingatkan diri supaya bekerja dengan ikhlas untuk mendapat keberkatan," katanya. Sementara itu, Lans Koperal Intan Maslindah Abdul Aziad, 32, turut mencatat kejayaan membanggakan kerana ia mewakili seluruh pegawai dan anggota wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor apabila julung kalinya dipilih sebagai penerima Juara Penuh Disiplin yang sebelum ini hanya dimonopoli pegawai dan anggota lelaki. Intan mendapat pengiktirafan itu atas kegigihannya berkhidmat sejak 13 tahun lalu.

19  

Page 79: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Masarah dan Intan menerima anugerah yang disampaikan Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Headline: NGO, MBPJ hargai OKU Publication: HM Date of publication: Mar 23, 2011 Section heading: Main Section Page number: 030 Byline / Author: Oleh Noozieyantie `AliaAdnan

PETALING JAYA: Seiring sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac lalu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menganjurkan program bagi mengiktiraf golongan orang kelainan upaya (OKU) di Malaysia. Program anjuran Persatuan Wanita Kurang Upaya Malaysia (Pewakum), Beautiful Gate Foundation, Persatuan Berdikari Untuk Orang Kelainan Upaya Selangor dan Persatuan Ibu Bapa Orang Kelainan Upaya Malaysia itu bertujuan menghargai serta mengenang jasa wanita OKU dalam masyarakat, selain memberikan pengiktirafan terhadap kehadiran dan peranan mereka. Ahli Majlis MBPJ, Tiew Way Keng berkata, program pada Ahad ini di Ibu Pejabat MBPJ yang bertemakan 'Wanita OKU: Peneraju Pembangunan Masyarakat Mampan' akan diselitkan dengan pelbagai program yang mampu memberi pendidikan dan hiburan kepada pengunjung. "Buat julung kalinya di Malaysia, kami sebagai badan bukan kerajaan pertama yang menganjurkan program seperti ini, amat berharap agar inisiatif MBPJ ini mampu menarik perhatian wanita yang tinggal dan bekerja di Petaling Jaya untuk menyertai kami sebagai sokongan kepada OKU di Malaysia. "Kami turut berharap agar lebih 100 wanita OKU dapat hadir menyertai program ini," katanya. Sementara itu, Presiden Pewakum, Bathmavathi Krishnan berkata, program berkenaan mampu meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kehendak golongan wanita OKU. "Pada hari berkenaan, kami turut menjemput panel profesional, Aliza Alias bagi memberikan ceramah dan menceritakan kisah hidup beliau," katanya.

20  

Page 80: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Headline: Sindrom Down istimewa Publication: MA Date of publication: Mar 20, 2011 Section heading: Sihat Page number: 004 Byline / Author: Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin

TARIKH 21/3 atau 21 Mac adalah istimewa. Ia ditetapkan sebagai Hari Sindrom Down Sedunia dan tarikh ini melambangkan tiga salinan untuk kromosom ke-21; keadaan genetik yang dikenali sebagai trisomi 21 atau Sindrom Down. Jumlah individu Sindrom Down di negara kita besar, tetapi angka sebenar tidak diketahui kerana masih ramai belum mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Namun mengikut kadar kejadian (satu kes Sindrom Down bagi setiap 800 kelahiran) atau dua peratus daripada jumlah penduduk; dianggarkan ada 50,000 individu Sindrom Down di negara kita. Menurut Presiden Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Wan Hanizan Wan Ramlan, meskipun pelbagai kempen dan aktiviti dijalankan, pemahaman dan penerimaan masyarakat terhadap sindrom ini belum membanggakan. Sindrom ini sering disalah tafsir sebagai penyakit dan individu Sindrom Down dipanggil 'pesakit'. Ini salah kerana Sindrom Down adalah keadaan yang berlaku ketika mengandung. Ia bukan penyakit yang dihidapi atau penyakit berjangkit. Sindrom Down berlaku apabila badan seseorang terlebih satu kromosom pada pasangan ke-21. Lazimnya manusia ada 46 kromosom, tetapi individu Sindrom Down ada 47 kromosom - hanya ciri ini yang membezakan individu normal dengan Sindrom Down. "Yang menyedihkan ialah, masyarakat kita masih percaya bahawa mendapat seorang anak Sindrom Down adalah satu bala. Pasangan yang mempunyai anak Sindrom Down sering dipandang serong dan tidak diterima mentua. "Malah tidak kurang suami isteri yang saling tuduh menuduh dan menafikan hakikat bahawa mereka adalah insan terpilih untuk dianugerahkan anak istimewa ini. "Pandangan masyarakat bahawa golongan Sindrom Down tidak boleh diajar atau belajar juga menyebabkan mereka sering tersisih daripada arus pembangunan dan tiada peluang mendapat pekerjaan sepadan dengan keupayaan mereka. "Majikan pula tidak bersedia mengambil pekerja Sindrom Down kerana ragu dengan kebolehan mereka dan kurang pengetahuan atau pengalaman untuk mengurus pekerja Sindrom Down. Memang ada majikan yang mula mengambil pekerja Sindrom Down, tetapi jumlahnya terlalu kecil. "Kehidupan golongan Sindrom Down di negara maju jauh lebih baik kerana mereka diterima sebagai sebahagian daripada masyarakat. Masyarakat menerima bahawa mereka yang dilahirkan dengan Sindrom Down mempunyai kelainan upaya, jadi tidak ada sebab golongan ini dipandang rendah atau dianggap 'asing'," katanya.

21  

Page 81: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Bagaimanapun, membesarkan anak Sindrom Down memang ada banyak cabaran, khususnya dalam aspek kewangan, kerana memberi perlindungan, rawatan dan pendidikan memerlukan belanja tinggi. Kebanyakan anak Sindrom Down mempunyai masalah jantung; memerlukan pemulihan dan terapi minda, otot dan pertuturan; pembelajaran tambahan individu; perjalanan ke pusat intervensi awal dan latihan vokasional yang jauh. Akses banyak disediakan di bandar besar dan kepada mereka yang berpendapatan tinggi. Walaupun kerajaan memberi pengecualian cukai, elaun khas pelajar istimewa dan geran khusus JKM untuk pengurusan golongan Sindrom, ia masih tidak mencukupi. Oleh itu, ibu bapa yang mempunyai anak Sindrom Down memerlukan sokongan. Ada banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang boleh membantu seperti PSDM (yang ada hampir di setiap negeri) dan Yayasan Sindrom Down Kiwanis (sekadar menyebut beberapa nama). Apakah cara terbaik untuk menangani masalah atau kesukaran dihadapi dalam membesarkan anak Sindrom Down? Ibu bapa digalakkan sentiasa berhubungan dengan persatuan dan pusat penjagaan golongan istimewa yang terdekat untuk mendapatkan khidmat bantu bagi membangunkan anak Sindrom Down. Wan Hanizan juga menyarankan ibu bapa supaya rajin menghadiri dialog atau sesi perbincangan awal bagi menyuarakan cabaran membesarkan anak Sindrom Down kerana melalui persatuan, suara ibu bapa mendapat lebih perhatian daripada pihak berwajib. "Selain itu, adik beradik (sebagai orang paling rapat) juga boleh bersama-sama membantu perkembangan individu Sindrom Down dengan membabitkan individu Sindrom Down dalam semua aktiviti harian dan hadir sama pada kegiatan sosial seperti latihan seni teater, perkhemahan atau lawatan. "Kasih saying keluarga tiada tolok bandingnya. Kejayaan hidup golongan Sindrom Down adalah kerana keluarga dan masyarakat menyayangi serta memberi mereka peluang," katanya. Apakah aktiviti yang dapat membantu perkembangan individu Sindrom Down? Aktiviti rangsangan (intervensi) awal sangat penting apabila dikenal pasti kanak-kanak lahir dengan Sindrom Down. Anak Sindrom Down perlu mendapat latihan dan terapi awal kerana ia membantu dalam pembangunan minda, otot, deria, kognitif, pertuturan dan bahasa. Ada banyak program khusus mengikut peringkat umur anak yang perlu dilalui hingga mereka dewasa. Pertumbuhan dan perkembangan individu Sindrom Down juga sama seperti orang normal, khususnya daripada segi deria, nafsu dan fizikal. Perkara ini perlu diambil perhatian dan tidak boleh dianggap remeh kerana ada ramai individu Down Sindrom yang berjaya menjadi pemuzik, ahli sukan dan berkahwin. Katanya, kini banyak kemudahan pendidikan disediakan untuk golongan Sindrom Down walaupun masih ada ruang yang perlu diperbaiki, khususnya alat dan bahan bantuan mengajar dan belajar, nisbah guru dan murid yang ideal, keseragaman modul pendidikan dan terapi, sekolah berhampiran dan kelas khusus untuk pelajar Sindrom Down serta program vokasional

22  

Page 82: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

yang menyediakan pelajar istimewa ini untuk kemahiran asas. "Malangnya ramai ibu bapa masih tidak yakin dengan kemampuan anak mereka belajar. Beri peluang kepada anak ini untuk menjalani hidup dengan penuh kasih sayang daripada keluarga dan masyarakat supaya satu hari nanti mereka boleh berdikari," katanya. Sempena sambutan Hari Sindrom Down Sedunia, PSDM akan mengadakan Persidangan Perubatan Untuk Sindrom Down (MCDS2011) pada 27 Mac ini di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Kuala Lumpur yang terbuka kepada semua pihak. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi PSDM di talian 03-42579818 atau 012-5512239 (Ronnie Tan).

Headline: JKM mohon maaf gagal bayar OKU Publication: HM Date of publication: Feb 19, 2011 Section heading: Main Section Page number: 002

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam memohon maaf berhubung dakwaan segelintir orang kelainan upaya (OKU) yang tidak berpuas hati kerana gagal menerima wang bantuan masing-masing sejak Januari lalu. Pengarahnya, Normah Datuk Rauf, berkata masalah itu berlaku disebabkan pihaknya membuat semakan data dan rekod simpanan jabatan terbabit yang sekian lama tidak dikemas kini. "Bukan kami sengaja tidak mahu bayar, tapi perkara ini berlaku disebabkan JKM mengemas kini permohonan baru dan semua rekod lama dalam simpanan kami. "Saya bagi pihak JKM mengakui kesilapan kami yang tidak memaklumkan perkara ini kepada mereka yang berkenaan sehingga menimbulkan pelbagai tanggapan negatif," katanya mengulas laporan Harian Metro Rabu lalu berhubung dakwaan lebih 50 OKU yang tidak mendapat bantuan bagi Januari dan Februari.

23  

Page 83: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Headline: Calon OKU menang pilihan raya kampus PSSAAS Publication: BH Date of publication: Feb 10, 2011 Section heading: Varsiti Page number: 008 Byline / Author: Oleh Nor Fariza Ramlan

PILIHAN Raya Kampus (PRK) 2011 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAAS) melakar sejarah tersendiri apabila calon orang kelainan upaya (OKU), pelajar Sijil Kemahiran Penyelenggaraan Mekanikal, Muhd Afiq Isa, 20 memenangi kerusi perwakilan untuk Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Beliau yang terkejut dengan keputusan itu menganggap ia sebagai peluang untuknya mendengar keluhan rakan senasib yang belajar di situ. "Ini kali pertama saya sertai PRK dan kemenangan ini amat manis. Ia peluang kepada saya berusaha mencari jalan menambah baik kemudahan disediakan untuk golongan OKU di PSSAAS. "Walaupun saya berminat dalam aktiviti berpersatuan sejak sekolah (menengah) lagi, memegang jawatan pada peringkat tinggi seperti ini seperti mimpi jadi kenyataan. Saya akan gunakan kepercayaan diberikan sebaik mungkin untuk memastikan semua mendapat manfaat," katanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman keputusan PRK 2011 PSSAAS, baru-baru ini. Sementara itu, pelajar semester 5, Diploma Teknologi Pemprosesan Kayu, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAAS), Amirul Syafiq Zainuddin, 21 dipilih sebagai penyandang kerusi umum untuk sesi 2011. Kemenangan beliau pada PRK 2011 bukti keyakinan dan kepercayaan pelajar PSSAAS terhadap kemampuan dirinya. "Kepercayaan rakan memilih saya akan menguatkan semangat untuk memberikan khidmat terbaik kepada mereka. Amanah ini ialah satu tanggungjawab yang berat untuk dipikul sendirian, jadi saya harap akan terus mendapat kerjasama daripada rakan dalam memastikan kebajikan semua terjamin. "Pengalaman pertama kali menyertai pemilihan seperti ini juga diharap mampu membentuk diri saya untuk berdepan dengan cabaran lebih besar yang menanti apabila menamatkan pengajian nanti," katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan PRK 2011 PSSAAS baru-baru ini. Amirul menewaskan pesaing terdekatnya, Zihni Sufi Arief Shaleh dengan majoriti tipis, 19 undi. Beliau yang sebelum ini pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Penghuni Kolej (KAMSIS) menyifatkan pengalaman dikutip ketika bersama KAMSIS memberikan kelebihan kepadanya. Timbalan Pengarah PSSAAS, Nazri Idris, berkata PRK 2011 dijalankan kali kedua dan peratusan keluar mengundi meningkat berbanding tahun sebelumnya.

24  

Page 84: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

Katanya, seramai 4,531 pelajar atau 74.76 peratus pelajar keluar mengundi untuk PRK 2011 membuktikan kesediaan pelajar untuk terbabit secara lebih aktif dalam aktiviti berpersatuan sebagai persiapan menjadi bakal pemimpin satu hari nanti.

Headline: OKU mahu peluang, bukan ungkapan simpati Publication: BH Date of publication: Dec 14, 2010 Section heading: Main Section Page number: 019 Byline / Author: Oleh Imlan Adabi

DALAM konteks orang kurang upaya (OKU), kenyataan demi kenyataan dikeluarkan untuk memastikan penyertaan menyeluruh mereka dalam masyarakat. Namun hasilnya tidak seberapa. Nasib OKU tidak banyak berubah walaupun negara sudah lebih separuh abad merdeka. Sehingga kini pelbagai istilah digunakan - orang kelainan upaya, orang kurang upaya, orang cacat, golongan istimewa dan entah apa lagi - namun usaha untuk memastikan mereka mendapat tempat sewajarnya dalam masyarakat, masih misteri. Kementerian ditubuhkan kerajaan untuk membela nasib mereka lebih memberi fokus kepada isu kewanitaan, ibu tunggal, anak luar nikah dan pembuangan bayi. Justeru, nasib OKU hanya diperkatakan secara bermusim dan tiada jaminan sebarang tindakan tegas untuk menyelesaikan masalah mereka. OKU tidak mengharapkan simpati, apatah lagi diberi keistimewaan. Mereka hanya mengharapkan peluang dan penyertaan dalam masyarakat. Mereka juga mengharapkan ruang untuk bekerja dengan jaminan pendapatan yang selesa. Malangnya, tidak banyak peluang diberi kepada mereka. Justeru, majoriti OKU kekal sebagai antara golongan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan. Jika di bandar raya seperti Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, tentunya mereka antara nama yang tercatat dalam senarai kemiskinan bandar. Bagaimanapun kenyataan Datuk Seri Najib Razak, mengenai pembelaan nasib OKU pada Karnival Jualan Produk Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Peringkat Kebangsaan di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Tititwangsa, 4 Disember lalu amat diharapkan. Perdana Menteri memberi jaminan kerajaan akan memastikan semua agenda pembangunan negara dinikmati setiap masyarakat termasuk OKU. Beliau berkata, agenda itu yang berpaksikan prinsip keadilan sosial dan inklusif, dapat memastikan wujudnya sebuah masyarakat yang adil, saksama dan seimbang di negara ini. "Kesejahteraan negara bukan hak yang dimiliki oleh sebahagian rakyat negara ini, sebaliknya semua golongan dalam masyarakat tidak kira sama ada berupaya penuh atau kurang upaya," katanya. Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengandaikan 10 peratus jumlah penduduk di sesebuah negara terdiri daripada OKU. Ini bermakna 2.7 juta rakyat Malaysia tergolong OKU walaupun hanya segelintir yang mendaftarkan diri dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Angka yang besar ini memerlukan tindakan tegas pelbagai pihak. Kerajaan, khususnya

25  

Page 85: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

kementerian terbabit perlu menggariskan tindakan susulan untuk memberi peluang kepada OKU sama ada dari segi pendidikan, peluang berniaga dan pendedahan di pelbagai sektor pekerjaan. Mereka juga wajar dilantik sebagai senator di Dewan Negara bagi menjamin suara OKU pada peringkat Parlimen. Pihak swasta dan pertubuhan sosial juga perlu berperanan kerana OKU memerlukan peluang memajukan diri bukannya ungkapan simpati yang boleh menjejaskan masa depan mereka sendiri. Ramai di kalangan OKU berkelayakan, tetapi diabaikan untuk menyandang jawatan setimpal berpunca sikap prejudis segelintir anggota masyarakat sendiri. Siti Huraizah Ruslan - antara graduan cemerlang yang pernah mendapat liputan media, namun sehingga kini masih belum mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan dan kemampuannya. Beliau pernah menjalani temu duga untuk mengisi jawatan pensyarah di pusat pengajian yang pernah mendidiknya dulu, tetapi dianggap tidak berkelayakan kerana cacat penglihatan. Seorang graduan undang-undang pula terpaksa menganggur beberapa tahun sebelum diterima menjadi peguam di Lembah Klang. Mereka ada kelayakan dan kemahuan untuk memajukan diri sendiri. Malangnya, kerana kekurangan peribadi menyebabkan hasrat untuk berbakti kepada masyarakat tergendala. Di samping mereka, ramai lagi OKU yang dinafikan peluang kenaikan pangkat kerana kekurangan fizikal. Sikap menghukum tanpa mengambil kira kemampuan OKU adalah tindakan keterlaluan. Apakah kecacatan suatu dosa hingga menyebabkan mereka dinafikan peluang kenaikan pangkat? Malaysia memperkenalkan Akta Orang Kurang Upaya 2008 bertujuan mengiktiraf sumbangan mereka dalam masyarakat. Akta ini diluluskan di Parlimen (Dewan Negara) pada 24 Disember 2007 dan diwartakan pada 24 Januari 2008 sebelum dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Ia memberi pengiktirafan hak OKU dan menukar konsep OKU daripada konsep kebajikan kepada konsep right-based. Akta ini membolehkan OKU mempunyai hak penyamaan peluang dan penyertaan penuh dalam masyarakat setara dengan ahli masyarakat lain. Ia juga memperuntukkan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan OKU. Bagaimanapun akta ini tinggal kaku di atas kertas tanpa pelaksanaan yang jelas. Sejak pengisytiharan Tahun Antarabangsa Orang Kurang Upaya 1980 dan pelancaran The World Programme of Action Concerning Disabled Persons 1982, Malaysia turut memperkenalkan program bagi membaiki kualiti kehidupan OKU. Bagaimanapun hasilnya masih misteri kerana kita terlalu banyak bercakap dan bersimpati tanpa sebarang tindakan tegas. Masalah sikap menyebabkan nasib OKU terus diabai. Pelaksana pembangunan negara sering mengabai keperluan OKU hingga menyebabkan kemudahan awam milik segelintir masyarakat. Masih banyak bangunan yang tidak menyediakan kemudahan asas untuk OKU. Tandas awam dan kemudahan laluan OKU sering dilupakan. Tempat parkir kenderaan OKU jarang disediakan. Jika ada pun, ia sering diceroboh pihak lain hingga menyebabkan OKU sukar menjalani kehidupan di kawasan awam.

26  

Page 86: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

27  

Headline: 30 OKU sertai seminar penulisan Publication: HM Date of publication: Jun 9, 2008 Section heading: Main Section Page number: 23

PETALING JAYA: Seramai 30 golongan kurang upaya (OKU) yang cacat pendengaran menyertai seminar penulisan resume dan persiapan temuduga yang diadakan di ibu pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, semalam. Seminar anjuran Yayasan Pemulihan Sosial (SeNet) dan majalah Challenges itu diadakan untuk mendedahkan golongan OKU mengenai persiapan yang sepatutnya dilakukan bagi mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Pengarah Program SeNet, Madhu Marimuthu, berkata mereka sengaja membuat kelainan dengan mengadakan seminar seumpama itu khusus untuk OKU supaya golongan itu lebih bersedia sebelum, sewaktu dan selepas mendapat pekerjaan. "Ramai golongan OKU memiliki taraf pendidikan tinggi sama seperti orang normal, namun peluang untuk mereka mendapatkan pekerjaan agak sukar kerana tiada bimbingan mengenai cara penulisan resume dan persiapan sebelum ditemuduga. "Jadi kami harap seminar ini akan dapat memberi keyakinan kepada mereka dan bakal majikan mengenai kebolehan dan kelebihan yang mereka miliki," katanya. (END)

Sumber : http://www.nstemedia.com.my Tarikh Akses : 6 Julai 2011

Page 87: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) HARUS TERUS DIDAMPINGI - ROSMAH

Date: 17-10-2010 Author: / KNAZ AKT NH ROSMAH-OKU KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama)-- Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini meminta golongan yang terlibat dalam proses membuat keputusan di kalangan pendidik, pembimbing, keluarga dan masyarakat untuk terus mendampingi Orang Kelaianan Upaya (OKU). Beliau yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) berkata, golongan ini perlu diberi hak yang sama seperti kanak-kanak lain terutama dalam bidang pendidikan. "Tidak kira apa jua jenis dan tahap ketidakupayaan yang dialami oleh seseorang OKU itu, mereka seharusnya tidak dikecualikan daripada terus mendapat pendedahan atau bimbingan dalam pengajaran. "Kita harus lebih mendampingi mereka dan menghayati keperluan dalam memperjuangkan nasib golongan OKU ini," katanya semasa merasmikan persidangan kali keempat Program Bakti-Mind Conference di Bangunan Bakti Siti Hasmah di sini, hari ini. Selain itu, Rosmah berpendapat melalui pendidikan, OKU berpeluang meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik dan mengurangkan kebergantungan golongan ini kepada keluarga, masyarakat, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan. Rosmah berkata akses kepada pendidikan adalah penting namun aspek Pendidikan Khas perlu diketahui oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya tenaga pendidik. "Ini penting bagi membantu para guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran. Tanpa pengetahuan pendidikan khas ia akanmenimbulkan istilah negatif kepada kanak-kanak tersebut," katanya. Persidangan empat hari itu bertemakan usaha memperkasakan OKU melalui penyediaan dan pengurusan maklumat yang menumpukan kepada 'Akses Kepada Pendidikan' khususnya dalam penggunaan sistem komunikasi Augmentatif dan Alternatif (ACC) di bawah Akta OKU 2008. Hadir sama Pengerusi Lembaga Pentadbir Bangunan Bakti Siti Hasmah, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Pengerusi Projek BAKTI-MIND Toh Puan Datuk Seri Dr Aishah Ong. -- BERNAMA KNAZ AKT NH

 

Page 88: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

GANTIKAN 'ORANG KURANG UPAYA' DENGAN 'ORANG KELAINAN UPAYA'

Date: 13-06-2009 Author: / NSM NSM RS SHABERY-OKU KEMAMAN, 13 Jun (Bernama)-- Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheekmencadangkan agar penggunaan istilah 'orang kelainan upaya' (OKU) diperluaskan bagi menggantikan 'orang kurang upaya'. Menurut beliau istilah orang kelainan upaya lebih menggambarkan keistimewaan dan kelebihan golongan itu berbanding istilah lama yang memberi maksud lebih negatif dan seolah-olah merendahkan keupayaan golongan itu. "Kita mungkin terlalu terikut dengan perkataan bahasa Inggeris 'disable' yang menggambarkan ketidakupayaan serta kelemahan golongan ini sedangkan sebenarnya mereka mempunyai kelainan dan kelebihan luar biasa yang kadang kala tidak terdapat pada orang normal. "Contohnya, atlet paralimpik yang mempunyai semangat dan iltizam yang tinggi, serta kebolehan yang kadang kala manusia sempurna sendiri tidak mempunyai keupayaan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup program 'Higher Institution National Expedition and Camping (HINEX) 2009' di sini hari ini. Katanya, golongan OKU juga tidak ketinggalan menyumbang jasa dalam pembangunan negara termasuk menjadi pembuat kraftangan, doktor, guru, pensyarah, serta ahli perniagaan. Majlis itu turut dihadiri oleh Ahli Exco Majlis Pengakap Malaysia Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Rektor Kolej Universiti TATI, Dr Mohd Rozilan Mamat. -- BERNAMA NSM NSM RS

Sumber : http://www.mylib.pnm.my/ Tarikh Akses : 6 Julai 2011

 

Page 89: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

RUJUKAN

Page 90: SUMBER: INTERNET file•Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU menerusi program yang berkesan. 2. Aksesibiliti • Memastikan penyediaan

RUJUKAN

Kehilangan upaya Available : http://www.wikipedia.org.my Memorandum Kepada Majlis Perundingan Ekonomi Negara II Menjelang Tahun 2000 – Peluang – peluang dan Hak – hak Saksama Bagi Orang Kurang Upaya. Kuala Lumpur : Julai 2000 Dato’ Dr Noor Laily Dato’ Abu Bakar Apa ertinya oku atau orang kurang upaya. Mingguan Wanita : 100 ; Oktober 2006. Jabatan Kebajikan Masyarakat Buletin PDK ( Program Pemulihan Dalam Komuniti ) : 44-54 ; ed. 2008. Orang Kelainan Upaya (OKU). [Online] Available : http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content...id... (7 Julai 2011) Faedah Pendaftaran OKU Available : http://www.pmr.penerangan.gov.my/.../413-faedah-pendaftaran-oku.html (7 Julai 2011) Kategori Orang Kelainan Upaya Available : http://www.komunikita.my/OKU/default.asp (7 Julai 2011) Nst Emedia. [Online] Available : http://www.nstemedia.com.my Utusan Malaysia. [Online] Available : http://www.utusanmalaysia.com.my (7 Julai 2011)