garis panduan umum kelayakan penyertaan · hasil daripada pengiraan tersebut, penentuan pemenang...

4
1 GARIS PANDUAN UMUM KOMUNITI ESJ (ESJ) adalah "Penganjur" kejohanan ini. Oleh itu, Penganjur berhak melantik sesiapa sahaja sebagai Admins dan Kakitangan Kejohanan. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengubah peraturan dan format tanpa sebarang notis, pemberitahuan. KELAYAKAN PENYERTAAN Pemain yang menyertai kejohanan ini perlu berumur lingkungan 13 tahun hingga 20 tahun dan merupakan Penduduk Tetap atau Warganegara Malaysia. Pemain yang berumur dibawah 18 tahun perlu mengisi BORANG PERLEPASAN TANGGUNGAN yang ditandatangani oleh ibu bapa / penjaga mereka. Semua umur yang dinyatakan di atas akan dikira dalam tahun 2019. Borang Pelepasan Tanggungan yang telah dimuaturun di Laman Web, (http://esportsjohor.com.my) dan telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada penganjur sebelum kejohanan bermula. Pasukan mesti terdiri daripada: i. Pengurus : 1 orang (pilihan) ii. Kapten : 1 orang iii. Pemain Utama : 4 orang iv. Pemain Simpanan : 1 orang (pilihan) Pendaftaran pasukan, hendaklah dibuat melalui Laman Web, http://esportsjohor.com.my/register dan akan ditutup 3 (tiga) hari sebelum kejohanan bermula. Kegagalan untuk mematuhi peraturan ini akan dikenakan penalti kepada individu / pasukan.

Upload: others

Post on 30-Dec-2019

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN UMUM KELAYAKAN PENYERTAAN · Hasil daripada pengiraan tersebut, Penentuan Pemenang adalah berdasarkan bilangan mata yang tertinggi. B. PERINGKAT KALAHMATI (KNOCKOUT)

1

GARIS PANDUAN UMUM • KOMUNITI ESJ (ESJ) adalah "Penganjur" kejohanan ini. Oleh itu, Penganjur berhak

melantik sesiapa sahaja sebagai Admins dan Kakitangan Kejohanan. • Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengubah peraturan dan format tanpa

sebarang notis, pemberitahuan. KELAYAKAN PENYERTAAN • Pemain yang menyertai kejohanan ini perlu berumur lingkungan 13 tahun hingga 20

tahun dan merupakan Penduduk Tetap atau Warganegara Malaysia. Pemain yang berumur dibawah 18 tahun perlu mengisi BORANG PERLEPASAN TANGGUNGAN yang ditandatangani oleh ibu bapa / penjaga mereka. Semua umur yang dinyatakan di atas akan dikira dalam tahun 2019.

• Borang Pelepasan Tanggungan yang telah dimuaturun di Laman Web,

(http://esportsjohor.com.my) dan telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada penganjur sebelum kejohanan bermula.

• Pasukan mesti terdiri daripada:

i. Pengurus : 1 orang (pilihan) ii. Kapten : 1 orang iii. Pemain Utama : 4 orang iv. Pemain Simpanan : 1 orang (pilihan)

• Pendaftaran pasukan, hendaklah dibuat melalui Laman Web,

http://esportsjohor.com.my/register dan akan ditutup 3 (tiga) hari sebelum kejohanan bermula.

• Kegagalan untuk mematuhi peraturan ini akan dikenakan penalti kepada individu /

pasukan.

Page 2: GARIS PANDUAN UMUM KELAYAKAN PENYERTAAN · Hasil daripada pengiraan tersebut, Penentuan Pemenang adalah berdasarkan bilangan mata yang tertinggi. B. PERINGKAT KALAHMATI (KNOCKOUT)

2

FORMAT KEJOHANAN • Kejohanan ini dibahagikan kepada 2 Peringkat: A. PERINGKAT KUMPULAN.

I. Bilangan Kumpulan dan Pasukan dalam setiap kumpulan bergantung kepada jumlah peserta yang menyertai kejohanan ini.

II. Penganjur akan mengumumkan Pasukan dalam setiap kumpulan selepas Cabutan Peringkat Kumpulan diadakan.

III. Perlawanan secara ROUND ROBIN akan dilaksanakan diperingkat kumpulan.

IV. Setiap pasukan akan berlawan 1 (satu) perlawanan sahaja dengan pasukan lain yang berada didalam KUMPULAN yang sama sahaja.

V. Pasukan yang menang akan mendapat 1 (satu) mata pada setiap perlawanan.

VI. Penentuan Kedudukan Pasukan berdasarkan pada jumlah mata yang diperolehi dimana pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan berada di Kedudukan Teratas.

VII. Bilangan Pasukan dalam setiap kumpulan yang secara automatik layak ke Peringkat Kalahmati (KNOCKOUT) bergantung kepada bilangan kumpulan yang menyertai kejohanan ini.

VIII. Sekiranya terdapat pasukan memperolehi jumlah mata yang sama pada peringkat ini, kaedah berikut akan digunakan untuk penentuan pasukan :

PEMENANG = JUMLAH KILL ÷ JUMLAH MASA PERLAWANAN IX. Hasil daripada pengiraan tersebut, Penentuan Pemenang adalah

berdasarkan bilangan mata yang tertinggi. B. PERINGKAT KALAHMATI (KNOCKOUT)

I. Jumlah pasukan yang layak keperingkat kalahmati adalah bergantung kepada penganjur sama ada 8 Pasukan, 16 Pasukan atau 32 Pasukan.

II. Setiap perlawanan pada peringkat ini akan menggunakan Format Best of 3 (Bo3).

III. Pasukan yang menang pada setiap perlawanan akan mendapat 1 (satu) mata.

IV. Pemenang setiap peringkat adalah berdasarkan kepada pasukan pertama yang mencapai 2 (dua) mata.

V. Pasukan yang menang pada setiap pusingan akan maju ke pusingan seterusnya.

VI. Pemenang Pusingan Akhir akan menjadi PEMENANG TOURNAMENT.

Page 3: GARIS PANDUAN UMUM KELAYAKAN PENYERTAAN · Hasil daripada pengiraan tersebut, Penentuan Pemenang adalah berdasarkan bilangan mata yang tertinggi. B. PERINGKAT KALAHMATI (KNOCKOUT)

3

DAFTAR MASUK PEMAIN • Pemain dikehendaki bersiapsedia 30 minit sebelum permainan bermula dan apabila

perlawanan pra-perlawanan dimulakan, setiap pasukan yang terlibat pada perlawanan tersebut hendaklah masuk ROOM dalam lingkungan masa 10 (sepuluh) minit sebelum permainan yang dimulakan.

JADUAL KEJOHANAN • Semua jadual kejohanan rasmi akan dimaklumkan melalui : i. Laman web, http://esportsjohor.com.my ii. Aplikasi WhatsApp. • Pasukan yang tidak memasuki ROOM dalam lingkungan masa yang ditetapkan (10

minit) sebelum perlawana bermula, maka pasukan lawan tersebut akan diberikan kemenangan secara percuma.

• Jika kedua-dua pasukan bersetuju untuk menangguhkan sementara perlawanan

mereka, maka kadar masa maksimum 10 minit akan diberikan. sesiapa yang mempunyai pemain paling banyak dalam pasukan mereka akan diberikan. Penangguhan perlawanan hendaklah dimajklumkan kepada penganjur / Marshall.

TETAPAN PERMAINAN PERLAWANAN • Semua pemain hendaklah menggunakan tetapan permainan versi terkini untuk

menyertai pertandingan ini. Sebarang kemaskini tersebut hendaklah dilaksanakan sebelum kejohanan dimulakan.

• Kejohanan akan menggunakan Mod Draf 5v5. • Penganjur / Marshall atau Ketua Pasukan akan menetapkan ROOM sebelum

perlawanan dimulakan. • Sebaik sahaja ROOM telah diwujudkan, maka setiap pasukan yang terlibat hanya

diberikan masa maksimum selama 10 minit untuk memasuki ROOM tersebut.

Page 4: GARIS PANDUAN UMUM KELAYAKAN PENYERTAAN · Hasil daripada pengiraan tersebut, Penentuan Pemenang adalah berdasarkan bilangan mata yang tertinggi. B. PERINGKAT KALAHMATI (KNOCKOUT)

4

KEPUTUSAN PERLAWANAN • Setiap pasukan hendaklah melaporkan status setiap perlawanan yang disertai

melalui Aplikasi WhatsApp kepada penganjur / Marshall perlawanan. Kegagalan mana-mana pasukan untuk melaporkan status perlawanan pasukannya, maka pasukan tersebut dianggap kalah jika ada berlaku sebarang bantahan.

• Laporan status perlawanan adalah bertujuan untuk pengesahan atau sebagai bukti

jika terdapat sebarang pertikaian. . PEMAIN SIMPANAN • Pemain Simpanan tidak dibenarkan menggantikan Pemain Utama ketika

perlawanan sedang berlangsung. • Pemain Simpanan yang telah berdaftar pada satu pasukan tidak dibenarkan

menjadi sebahagian daripada mana-mana pasukan berdaftar yang lain.