garis panduan tajuk tugasan qgj3053

7
QGJ3053 SUKAN INDIVIDU (PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH) [Garis Panduan Tugasan dan Rubrik Permarkahan]

Upload: hasfa-amat

Post on 31-Dec-2014

153 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

aris panduan

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Tajuk Tugasan QGJ3053

QGJ3053SUKAN INDIVIDU

(PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH)

[Garis Panduan Tugasan dan Rubrik Permarkahan]

Page 2: Garis Panduan Tajuk Tugasan QGJ3053

PERINCIAN TUGASAN KURSUS SUKAN INDIVIDU (QGJ3053)

SEM 2 SESI 2012/2013

TUGASAN BERTULIS (50 %): TARIKH HANTAR: 3 MEI 2013 (Minggu 11)

Tugasan bertulis dibahagikan kepada dua tugasan individu wajib iaitu:

Tugasan Individu 1: Program Latihan Acara Olahraga (30%)

Sebagai seorang jurulatih sukan untuk acara balapan, anda dikehendaki merancang satu program latihan selama dua bulan bagi acara lari berganti-ganti 4 x 200M supaya anda dapat memilih murid yang berbakat untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Sukan peringkat daerah. Anda perlu menghantar dua pasukan sekolah ke kejohanan sukan tersebut iaitu satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan.

Bincangkan secara terperinci program latihan dengan menyatakan empat prinsip sukan individu yang releven (pilihan sendiri) untuk mencapai matlamat program yang dirancang. Dalam program latihan tersebut, anda perlu menerangkan bagaimana ansur maju latihan dan variasi teknik latih tubi untuk acara lari berganti-ganti 4 x 200M dapat dilaksanakan dengan jayanya (memenangi pingat).

Garis Panduan:

a. Sila sediakan 1 kertas kerja berkaitan perancangan program latihan untuk acara lari berganti-ganti 4 x 200M (tidak lebih 30 mukasurat).

b. Format penulisan harus mempunyai maklumat berikut:

i. Tajuk Program Latihanii. Tempoh Masa Program Latihan

iii. Matlamat Program Latihaniv. Tempoh Masa Sesi Latihanv. Jumlah murid yang dilatih

vi. Alatan yang diperlukanvii. Jadual Program Latihan

viii. Objektif Setiap Ansur Maju Latihanix. Perincian Aktiviti Ansur Maju Kemahiranx. Variasi Latih Tubi Kemahiran

xi. Prinsip-prinsip Latihan yang Relevanxii. Kaedah Pemilihan Murid Berbakat Selepas Program Latihan

xiii. Aspek Keselamatan yang Harus Diutamakanxiv. Persediaan Pasukan ke Kejohanan Sukan Peringkat Daerahxv. Penutup

Page 3: Garis Panduan Tajuk Tugasan QGJ3053

c. Anda boleh menambah maklumat tambahan yang difikirkan relevan untuk perancangan program latihan.

d. Penulisan dalam bentuk jadual (program latihan), bentuk poin dengan huraian pendek (penerangan perlaksanaan program), gambar rajah dan diagram (ansur maju kemahiran), atau foto semasa latihan (variasi latih tubi) dapat membantu dalam keberkesanan penyampaian maklumat utama tugasan anda.

e. Kreativiti dan keaslian program latihan yang unik adalah elemen utama dalam permarkahan.

Tugasan 2: Penganjuran Pertandingan Sukan Individu Pilihan (20%)

Anda telah dipilih untuk menganjurkan satu pertandingan sukan individu untuk peringkat negeri. (Anda boleh pilih mana-mana sejenis sukan individu yang diperkenalkan dalam modul ini e.g. Ping Pong). Sediakan satu kertas kerja untuk mendapatkan kebenaran dan bantuan kewangan daripada Pejabat Pendidikan Negeri.

Kertas kerja anda mesti merangkumi perancangan/persediaan awal pertandingan, perlaksanaan/pada hari pertandingan, laporan selepas pertandingan. Sila lampirkan dokumentasi seperti surat-menyurat, gambar/foto aktiviti semasa pertandingan sebagai bukti penganjuran pertandingan sukan di sekolah/kawasan anda.

Tugasan tidak melebihi 30 mukasurat tidak termasuk dokumentasi/gambar foto/lampiran.

Page 4: Garis Panduan Tajuk Tugasan QGJ3053

Maklumat penghantaran tugasan adalah seperti berikut:

1. Kedua-dua tugasan di atas membawa sebanyak 50 MARKAH.2. Kedua-dua tugasan hendaklah ditulis dalam 1 FAIL sahaja dan dimuatnaik dalam

tapak penghantaran tugasan.3. Tugasan ini hendaklah dihantar kepada PENSYARAH E-LEARNING KUMPULAN

MASING-MASING SAHAJA! Jangan hantar tugasan ini kepada tenaga pengajar tutorial kerana mereka mungkin bukan pensyarah e-learning anda, atau sesiapa sahaja yang bukan menjadi pensyarah e-learning kumpulan anda.

4. Mekanisme penghantaran tugasan ini adalah melalui TAPAK YANG DISEDIAKAN DALAM TUGASAN MYGURU3 SAHAJA! Jangan hantar tugasan melalui emel atau pos. Pensyarah E-Learning anda TIDAK AKAN MELAYAN tugasan yang dihantar melalui pos atau emel kecuali atas kes-kes tertentu yang dipersetujui oleh pensyarah e-learning.

5. SILA HANTAR TUGASAN INI SEBELUM TARIKH TUTUP IAITU PADA 3 MEI 2013 (MINGGU KE 11)! Tarikh tutup tapak penghantaran tugasan adalah muktamad dan tidak akan dibuka lagi selepas itu.

6. Tugasan yang dihantar selepas tarikh 3 Mei 2013 tidak akan ditanda. Ini bermakna anda akan kehilangan 50%. Masalah peribadi yang mengakibatkan kelewatan penghantaran tugasan tidak akan diambilkira oleh pensyarah. Pastikan anda mendisiplinkan diri dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pensyarah.

7. Oleh yang demikian, pastikan anda mengikuti langkah-langkah sepatutnya dalam proses muatnaik tugasan bagi memastikan pensyarah e-learning berjaya membuka tapak penghantaran tugasan anda.

8. Merujuk kepada pengalaman semester lepas, pensyarah e-learning tidak ada masalah dalam membuka tapak tugasan pelajar kecualilah jika pelajar sendiri tidak melakukan proses muatnaik dengan betul menyebabkan tugasan diterima tapi tidak boleh dibuka.

PERHATIAN:

TUGASAN LEWAT DARIPADA TARIKH AKHIR PENGHANTARAN (3 MEI 2013)TIDAK AKAN DITANDA!

SILA DISIPLINKAN DIRI DAN PATUHILAH PERATURAN KURSUS.

TERIMA KASIH.

Page 5: Garis Panduan Tajuk Tugasan QGJ3053

Rubrik Pemarkahan Tugasan QGJ3053

Nama:____________________________Kumpulan:_______No.Matrik:______________

BIL RUBRIK PEMARKAHAN WAJARAN MARKAH CATATAN

TUGASAN 1: PROGRAM LATIHAN ACARA BALAPAN (30%)

1 Latar belakang Program Latihan 22 Jadual Program Latihan 53 Objektif Setiap Ansur Maju Latihan 44 Perincian Aktiviti Ansur Maju Latihan 45 Variasi Teknik Latih Tubi 46 Prinsip-prinsip Latihan yang Relevan 47 Kaedah Pemilihan Murid Berbakat 28 Aspek keselamatan yang harus

diutamakan2

9 Persediaan Pasukan ke Kejohanan Sukan peringkat daerah

2

10 Penutup 1Jumlah

TUGASAN 2: PENGANJURAN PERTANDINGAN SUKAN INDIVIDU PILIHAN (20%)

1 Isi Kandungan Kertas Kerja 32 Langkah-langkah persediaan/

perancangan penganjuran pertandingan

6

3 Prosedur dan perjalanan pertandingan

5

4 Keunikan Lampiran 45 Keaslian dan Kreativiti Penulisan 2

Jumlah

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN 50

Disediakan oleh:Dr. Lee Ai ChooPenyelaras Kursus

Page 6: Garis Panduan Tajuk Tugasan QGJ3053

18 Feb. 2013